Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label rafizi ramli. Show all posts
Showing posts with label rafizi ramli. Show all posts

Thursday, May 30, 2019

SEJAK KALAH JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN, RAFIZI BERTUKAR JADI ORANG BERAGAMA, TERUTAMA BILA DITANYA TENTANG FORMULA MINYAK DAN TARIF ELEKTRIKNYA!!!



Kesian Rafizi Ramli... bintangnya yang dahulu terang benderang, menjadi suram dan kurang bercahaya selepas dia kalah dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR di tangan Azmin Ali walaupun pada masa yang sama, dia mendapat sokongan yang sangat kuat daripada Anwar Ibrahim yang bertindak sebagai Presiden Parti.

Rafizi Ramli sebelum ini berjaya 'dibebaskan' apabila Mahkamah Rayuan sekadar mengenakan bon berkelakuan baik selama 2 tahun dengan cagaran RM10,000 pada 1 Jun 2018 setelah Mahkamah Tinggi sebelum itu menjatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan terhadapnya atas kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 (RUJUK SINI).

Pada Februari 2019, Rafizi sekali lagi dibebaskan oleh Mahkamah Majistret daripada tuduhan membuat tohmahan dan menyiarkan fitnah terhadap Tabung Haji. Pembebasan-pembebasan Rafizi dari mahkamah membuatkan Rafizi bercakap besar kononnya dia tidak bersalah walaupun Rafizi bukanlah satu-satunya pemimpin Pakatan yang dibebaskan oleh mahkamah selepas kemenangan Pakatan pada 9 Mei 2018 dan selepas Tommy Thomas diangkat menjadi Peguam Negara.



Kebelakangan ini, Rafizi Ramli kembali aktif menonjolkan diri walaupun tidak lagi bersungguh-sungguh mendedahkan kepincangan pentadbiran dan pengurusan negara sepertimana yang berlaku ketika PKR masih lagi pembangkang.

Namun berbeza dari sebelum PRU-14, Rafizi kini berhadapan dengan situasi yang sama sekali berbeza. Walaupun ramai yang telah kena blok dan dihalang daripada memasuki page FB peribadinya, begitu juga di Twitter, namun ramai pula netizen yang masuk dan menghentamnya.




Dan sudah pastilah, antara isu utama yang menjadikan Rafizi sebagai sasaran adalah isu kenaikan tarif elektrik dan harga petrol. Hampir kesemuanya bertanya, apa yang sudah terjadi kepada formula-formula hebat Rafizi Ramli untuk menurunkan harga kedua-duanya selain penurunan harga barangan keperluan.

Seperti biasa dan sama seperti pemimpin Pakatan yang lain, Rafizi tidak menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh pengkomen-pengkomen di dalam FB peribadinya, sebaliknya Rafizi mula merapu-rapu tentang kerjasama UMNO dan PAS selain menyalahkan para penyokong UMNO dan PAS yang menurutnya masih tidak dapat menerima hakikat kekalahan kedua-dua parti tersebut dalam PRU-14 lalu.


Semua yang memberikan komen negatif terhadapnya dipanggil sebagai MACAI UMNO-PAS walaupun hakikatnya sebahagian besar adalah penyokong dan pengundi Pakatan Harapan pada PRU-14 lalu. Lebih tepat lagi, pengundi kali pertama yang termakan hasutan dan fitnah yang dibuat oleh Rafizi serta Pakatan Harapan untuk memenangi PRU-14.

Namun sesuatu yang menarik, dalam status terbaharunya, Rafizi tiba-tiba bercakap tentang PAHALA DAN DOSA. Rafizi bercakap tentang kebaikan dan keburukan. Dan lebih menarik lagi ialah bila Rafizi bercakap tentang KEBENARAN dan FITNAH.

Tiba-tiba sahaja Rafizi jadi seorang yang beragama! Barangkali semangat Ramadhan tahun ini.


Sama seperti dia cuba menyedarkan para pengkomen di status Facebooknya bahawa para pemimpin politik atasan, walaupun kelihatan bermusuh sesama sendiri, tetapi di belakang, mereka bekerjasama dan berbincang untuk berkongsi kuasa.

Dan samalah seperti dia membangga-banggakan INVOKEnya sebagai salah satu pemangkin kemenangan Pakatan Harapan dalam menyedarkan pengundi tentang kepincangan Barisan Nasional, tetapi apabila ditanya oleh para pengkomen, mengapa INVOKE gagal membantunya memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR, Rafizi terpaksa menuduh yang pengkomen-pengkomen tersebut adalah MACAI-MACAI UMNO-PAS yang masih tidak dapat menerima hakikat kekalahan.








Tuesday, March 5, 2019

RAFIZI BOLEHLAH TERUSKAN DEDAHKAN MAKLUMAT-MAKLUMAT SULIT PERBANKAN ATAU TRANSAKSI BANK LAWAN-LAWAN POLITIKNYA SUPAYA PERBANKAN MALAYSIA MUFLIS DAN PELABUR TERUS LARI!!!



Maka tidak hairanlah apabila para pelabur menjauhkan diri dari Malaysia. Malah pelabur-pelabur sedia ada yang telah menyumbang pendapatan negara yang besar, turut keluar sebaik-baik sahaja Kerajaan Barisan Nasional kalah pada 9 Mei 2018. 

Tindakan dan keputusan Kerajaan Malaysia menerusi Peguam Negara, Tommy Thomas membebaskan Rafizi Ramli daripada kesalahan BAFIA, jelas telah menyebabkan para pelabur melihat Malaysia bukanlah destinasi pelaburan yang selamat. (RUJUK SINI)

Dan kini, Rafizi Ramli yang dibebaskan oleh Tommy Thomas, buat hal lagi. 

Justeru, seorang pemimpin PAS Marang, Zakaria Ismail mendakwa, mereka yang menjadi saingan atau musuh politik Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan Rafizi akan berhadapan dengan keselamatan perbankan mereka dicabul dan dicerobohi. 

"Dalam era Malaysia baru, sekiranya anda adalah pesaing Anwar dan Rafizi, atau anda berkawan dengan musuh-musuh politik mereka, maklumat transaksi perbanka anda akan diceroboh pada bila-bila masa, mengatasi kuasa Bank Negara dan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang negara," katanya dalam satu kenyataan yang turut disiarkan oleh Harakah Daily. 

Menurut Zakaria, tindakan Rafizi mungkin terdorong untuk mendedahkan kebenaran, tetapi pada masa yang sama, tindakan dan gelagatnya bertentangan dengan undang-undang dan memberikan implikasi yang sangat besar kepada negara.

Perkembangan terbaru ini amat tidak sihat dan menakutkan bagi setiap pemegang akaun bank di negara ini, kata Zakaria lagi. 

Pada 1 Mac, Rafizi mendakwa telah mengenalpasti pemilik akaun Bank Islam yang didakwa digunakan untuk memindakan RM1.4 juta fi perundangan kepada Sarawak Report, selain turut menyertakan nombor akaun penuh dan nama pemilik akaun terbabit. 

Zakarian menegaskan, mana-mana pegawai bank dan kakitangan institusi kewangan sepatutnya tahu, perincian mana-mana individu pemegang akaun bank adalah maklumat rahsia yang tidak boleh didedahkan kepada awam.

"Akaun individu itu hanya boleh dicerobohi oleh mereka yang terlibat mengawal institusi-institusi kewangan seperti Bank Negara atau agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan sekiranya disyaki melakukan transaksi perbankan yang meragukan. 

"Atau pun oleh agensi-agensi penguatkuasaan seperti polis dan SPRM apabila ianya melibatkan jenayah kewangan dan rasuah, yang berdasarkan kuasa yang diberikan berdasarkan Akta atau selepas mendapat perintah mahkamah," katanya lagi. 

Menurut Zakaria lagi, dakwaan Anwar kononnya dia tahu tentang transaksi perbankan melibatkan PAS dan UMNO, jelas menunjukkan bagaimana sistem perbankan di negara ini tidak lagi selamat atau mudah dipergunakan untuk tujuan politik. 

PAS menafikan tentang transaksi RM1.4 juta itu dan menafikan membuat sebarang bayaran kepada Sarawak Report, manakala individu yang dinamakan oleh Rafizi pula, terus mendiamkan diri sehingga ke hari ini.

Menurut Zakaria lagi, tidak dapat dipastikan sama adalah transaksi RM1.4 juta yang didakwa oleh Rafizi itu berlaku menerusi akaun individu, dan berkata, tiada sebarang arahan sehingga kini dari pihak berkuasa terhadap individu berkenaan untuk memberikan penjelasan. 

Zakaria turut menyoal sekiranya pendedahan yang dibuat oleh Rafizi itu adalah disebabkan kebocoran maklumat-maklumat penting perbankan atau ianya berdasarkan kepada dakwaan peribadi Rafizi semata-mata.

"Kalau dalam kategori pertama, Bank Negara seharusnya menyiasat bagaimana maklumat berkenaan boleh bocor ke tangan Rafizi. Kenalpasti bagaimana ianya bermula dan hukum mereka yang terlibat," katanya. 

Sekiranya dalam kategori kedua, Zakaria berkata, Bank Negara dan agensi penguatkuatkuaan perlu memberi memberi amaran kepada mereka kerap mendakwa mempunyai pengetahuan tentang maklumat transaksi perbankan pesaingnya agar berhenti menyebarkan fitnah dan cerita bohong selain merosakkan reputasi mereka yang diserang.

Sesuatu yang pasti ialah, Rafizi dan penyokongnya sudah tentu berbangga kerana dapat membuat pendedahan tersebut. Mereka akan mempersetankan kesan-kesan negatif kepada sektor perbankan dan pelaburan negara biarpun tindakan Rafizi itu sebenarnya memberikan gambaran, Malaysia bukanlah sebuah negara yang boleh dipercayai.

Barangkali Rafizi sudah mempunyai pelan untuk menyediakan berpuluh juta peluang pekerjaan dan membangunkan sektor kewangan dan perbankan Malaysia tanpa bergantung kepada dunia luar selain Malaysia?


Saturday, March 2, 2019

ANTARA RAMELI BIN MUSA KARANGAN RAFIZI RAMLI, DENGAN JALALUDDIN SARAWOOT PENJELASAN DR. AHMAD SAMSURI, LEBIH MEYAKINKAN YANG RAFIZI BUAT FITNAH!!!



Rafizi Ramli tahu dia sudah terjebak dalam perangkapnya sendiri apabila nama RAMELI BIN MUSA didedahkannya berhubung sekeping cek yang disiarkan oleh Sarawak Report.

Berkelam-kabut Rafizi Ramli cuba menafikan hubung kait RAMELI BIN MUSA dengan Anwar Ibrahim dan cuba membuat taichi kononnya RAMELI BIN MUSA lebih rapat dengan Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

Anda boleh baca sendiri karangan panjang lebar Rafizi Ramli di page FBnya.




Sehinggakan dia terpaksa menggunakan sekeping gambar yang kononnya bukti pertemuan dan upacara menandatangani cek yang dimaksudkan itu.

Sedikit pun Rafizi Ramli tak berasa malu dengan perbuatan fitnahnya. Malahan dia berbangga kerana kononnya telah membuat pendedahan walaupun hakikatnya, orang yang dimaksudkan sebagai RAMELI BIN MUSA dalam gambar itu sebenarnya adalah JALALUDDIN SARAWOOT yang merupakan peguam Muslim di Bangkok dan juga bekas Presiden World Muslims Youth Thailand.

Penjelasan dan penafian telah dibuat oleh Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga merupakan Setiausaha Politik TGHH.





Nampaknya drama Anwar Ibrahim dengan klonnya masa kes klip video China-Doll kembali diputarkan. Cuma kali ini, mereka menggunakan kaedah yang sama untuk mengenakan Presiden PAS dan PAS.



Friday, March 1, 2019

CLARE REWCASTLE-BROWN KANTOI BOHONG, CEK BANK ISLAM PULA TULISAN ANWAR IBRAHIM MEMAKSA RAFIZI CAMPURTANGAN!!!



Semakin dekat dengan hari membuang undi di DUN Semenyih, maka semakin banyaklah drama fitnah dan pembohongan yang disajikan untuk penonton dan orang ramai. Dan memandangkan sekarang ini, kekuatan UMNO dan PAS telah digembelingkan dan kelihatan benar-benar mengancam peluang Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri, maka antara UMNO dan PAS perlu dipecahkan.

Serangan ke atas UMNO telah berjaya menggunakan isu 1MDB, Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor. Kini serangan menggunakan modus operandi yang sama terhadap PAS pula dilakukan.

Rafizi Ramli dilihat mengetuai serangan tersebut dengan memanipulasi gambar sekeping cek dan 'bukti' yang dipaparkan oleh Clare Rewcastle-Brown kononnya Editor Sarawak Report tersebut telah dibayar oleh PAS dan Hadi Awang untuk membubarkan kes saman fitnah di London.

Rujuk:



Berturut-turut kali Rafizi memuatnaikkan status Facebooknya sehingga 'terlupa' sudah masuk waktu Solat Jumaat ketika dia bertekak di ruang komen dengan pengkomen-pengkomen yang mempertikaikan hujah-hujahnya.

Dan seperti biasa, Rafizi Ramli akan cuba menunjukkan dia lebih pandai dari orang lain apabila akaun Bank Islam yang dikatakan menjadi penyalur dana tersebut dimiliki oleh RAMELI BIN MUSA yang baginya merupakan PROKSI PAS dan Hadi Awang untuk pembayaran kepada Clare.

Semuanya bermula apabila netizen mempertikaikan kewujudan akaun tersebut apabila nombor akaun yang dipaparkan oleh Clare, telah dinafikan kewujudannya oleh Bank Islam sendiri.

Paling ketara ialah apabila netizen mempertikaikan mengapa orang yang menandatangani cek tersebut, dihitamkan. Begitu juga dengan tandatangan dan nombor akaun sebenar seperti yang tercatat pada bahagian bawah cek tersebut dihitamkan.

Namun yang paling menarik sekali ialah, tulisan pada cek tersebut dikaitkan secara langsung dengan Anwar Ibrahim. Dan kebetulan pula, Anwar Ibrahim yang beria-ia berucap dalam ceramah PRK DUN Semenyih, dia mempunyai bukti iaitu sehelai kertas hitam yang didakwanya sebagai bukti.


Blogger MINDA RAKYAT turut mempertikaikan kesahihan cek yang ditampilkan sebagai bukti oleh Clare itu.

1) Pelik sungguh .. cek kononnya dari TGHA ialah kepada Tetuan Americk Sidhu bukannya kepada Editor Sarawak Report .. sepatutnya Americk Sidhulah yang membuat pengesahan bahawa cek berkenaan sememangnya dari TGHA untuk tujuan pembayaran penyelesaian kes saman fitnah luar mahkamah antara PAS/TGHA dengan Editor Sarawak Report.

2) Macam mana Sarawak Report boleh dapatkan salinan cek berkenaan sedangkan ianya diberikan kepada Tetuan Americk Sidhu???

3) Mengapa beberapa butiran amat penting dihitamkan dari pengetahuan dan penilaian umum seperti siapa tanda tangan dan nombor akaun bank cek berkenaan??

4) Dimana pengesahan dari Bank Islam pengesahan yang cek berkenaan kepunyaan TGHA dan dibayar kepada Americk Sidhu???

5) Cuba perhatikan tulisan cek berkenaan .. macam pernah kenal dan nampaklah sebelum ini siapa punya tulisan??? Tapi dimana ya??? Tulisan siapa ya???



Kelakarnya, peguam Americk Sindhu yang namanya terpapar pada cek Bank Islam pun tak berapa berani nak defend dan mengaku dia telah menerima wang berkenaan, sebaliknya menyerahkan kepada Maybank pula untuk menjawab bagi pihaknya. 

Monday, May 7, 2018

KESIAN RAFIZI RAMLI!!! TERPAKSA BENTANG ANGKA TAK MASUK AKAL SEBAB TAHU PAKATAN AKAN KALAH TERUK!!!



Kesian  Rafizi Ramli!!!

Sebagai seorang ahli politik yang modus operandi sepenuhnya adalah penipuan dan fitnah, Rafizi Ramli sedar, keadaan langsung tidak memihak kepada Pakatan Harapan. Lebih tepat lagi kepada PKR.

PKR seperti yang diketahui, dari tahun 1999 lagi iaitu pada kali pertama parti tersebut bertanding dalam PRU, bergantung harap dengan PAS untuk mendapatkan kerusi, termasuklah kerusi Parlimen Permatang Pauh yang menjadi kubu kuat Anwar Ibrahim. Tanpa sokongan PAS, PKR sememangnya sukar untuk bertapak dan bergerak.

PKR bernasib baik kerana 'kebijaksanaan' Anwar mempergunakan PAS. Dalam semua PRU dan PRK yang disertai oleh PKR, tenaga kerja sama ada jurukempen di media sosial mahupun mengumpul orang ramai, terletak di tangan PAS semata-mata. Jentera PAS sentiasa berada di lokasi untuk memenangkan PKR walaupun pada masa yang sama, PKR langsung tidak pedulikan PAS kecuali menuntut dan mendesak agar PAS bekerja untuk mereka.

PRU-14, sekali lagi PKR bernasib baik apabila para penyokong Mahathir, secara sukarela dan cuba menjaga air muka bekas Perdana Menteri itu, bekerja untuk PKR. Apatah lagi PPBM, PAN dan DAP akan bertanding dengan menggunakan lambang PKR iaitu MATA SATU.

Rafizi Ramli amat sedar banyak kerusi PKR yang bergantung kepada undi orang-orang PAS akan hilang dari genggaman dan penguasaan mereka. Penyokong-penyokong PAN dan PPBM tidaklah seramai mana walaupun DAP pada yang sama, cuba menampakkan kononnya PPBM dan PAN mendapat sambutan hangat dengan menghantar rombongan-rombongan apek dan nyonya dari kawasan-kawasan bermajoriti Cina ke kawasan-kawasan ceramah besar PAN dan PPBM termasuklah di Putrajaya di mana pengundi Cinanya cuma 269 orang berbanding yang datang mendengar ceramah Mahathir, 6,000 orang.

Hakikat tersebut amat dimaklumi oleh Rafizi Ramli. Justeru, dia menggunakan INVOKE, syarikatnya untuk membuktikani yang PKR dan Pakatan sedang mendahului menerusi data-data dan keputusan-keputusan kajiselidik yang bukan sahaja boleh dipertikaikan, tetapi lebih kepada LAWAK JENAKA.

Portal Pro-DAP, Malaysiakini melaporkan kononnya tinjauan INVOKE mendapati Pakatan Harapan akan membentuk kerajaan persekutuan yang akan datang dengan majoriti mudah berdasarkan hasil permodelan kecenderungan pengundi baru dan hasil kajian untuk Semenanjung Malaysia.

Bagaimanapun, kajiselidik sebuah kumpulan lain, mendapati sebaliknya. Pakatan bukan sahaja kalah, tetapi jumlah kerusi yang dimenangi oleh PKR juga merosot teruk.


Kumpulan itu juga turut meramalkan PAS bukan sahaj tidak akan menang walau satu kerusi pun, malahan akan kalah teruk di seluruh Semenanjung Malaysia.

BN pula hanya dijangka menang di Perlis, Pahang, Terengganu dan Kelantan serta hanya akan mendapat 54 kerusi Parimen. Manakala PH akan berjaya membolot 111 kerusi Parlimen. 

Kaji selidik itu melibatkan 11,991 responden, yang dipilih melalui persampelan secara rambang dan ditimbang mengikut populasi bagi setiap negeri.

Rafizi Ramli yang merupakan pengasas dan pemilik INVOKE Malaysia menjelaskan tinjauan terbaru mendapati sokongan Melayu kepada PH telah berkembang dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan sokongan Melayu kepada BN telah terhakis.

Sebaliknya, kata Rafizi sokongan PAS di seluruh negara dianggarkan stabil pada 27 peratus.

Katanya lagi, selain Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan, sokongan Melayu kepada PH berada di belakang BN, sekitar 3.5 peratus ke 13.1 peratus.

Laporan tersebut bukan sahaja untuk menyedapkan hati sendiri, tetapi juga sebagai persediaan untuk persepsi kepada para penyokong PH apabila PH gagal lagi dalam PRU-14 seperti yang dijangkakan oleh pemerhati di seluruh dunia.


Saturday, May 5, 2018

RAFIZI BERDEPAN SIASATAN POLIS KERANA BERITA PALSU, KHAIRY JAMALUDDIN DAKWA CALON PKR RANTAU MEMANG TAK AMBIL PAS SPRNYA!!!



Rafizi Ramli berdepan dengan siasatan polis di bawah Akta Anti Berita Palsu 2018.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaluddin berkata, polis akan merakamkan keterangan daripada Rafizi berhubung dakwaan fitnahnya di media sosial terhadap SPR dan polis berhubung insiden pada hari pencalonan di kerusi DUN Rantau minggu lepas. 

"Kami akan memanggil Rafizi dan beberapa orang lain yang terlibat," katanya kepada wartawan selepas selesai membuang undi dalam pengundian awal di Pangkalan Unit Ke-7 FRU.

Menurutnya, polis akan bekerjasama dengan SKMM untuk mengesan pemilik akaun Facebook yang turut membuat tuduhan liar dan fitnah ke atas kakitangan SPR serta polis berhubung proses penamaan calon di Dewan Seri Rembau di Rembau.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hassan menang tak bertanding di kerusi DUN Rantau pada hari Penamaan Calon pada 28 April apabila satu-satunya pencabarnya, Dr. S. Streram dari PKR, tidak dibenarkan menyerahkan borang pencalonannya memandangkan dia tidak mempunyai pas SPR untuk memasuki pusat penamaan calon. 


Sementara itu, Khairy Jamaluddin mencabar kenyataan Dr. Streram Sinnasamy yang menyebabkan pencalonannya tidak boleh dibuat dengan berkata, Dr. Streram sendiri gagal mengambil pas SPRnya.

Ketua Pemuda UMNO itu berkata, CCTV di Pejabat Daerah Rantau menunjukkan calon PKR tidak datang pun ke situ pada hari pencalonan minggu lepas untuk mengambil pas SPRnya. 

Khairy menambah, calon Barisan Nasional dirakam datang ke fasiliti tersebut selewat-lewatnya jam 9:30 malam untuk mengambil pas yang sama, sedangkan Streram pula mendakwa, pejabat telah ditutup ketika dia datang tiga jam lebih awal. 

"Rakaman CCTV jelas menunjukkan sama ada Dr. Streram dan pencadang serta penyokongnya tidak pergi ke Pejabat Daerah sebagaimana yang didakwa," katanya. (RUJUK SINI)


Wednesday, April 25, 2018

KURANGKAN KERUGIAN, WAN AZIZAH DAN NIK NAZMI TERPAKSA BERBOHONG, AZMIN-RAFIZI SEDANG BEKERJASAMA!!!



Menjelang penamaan calon pada Sabtu nanti, gejolak yang melanda PKR semakin ketara biarpun beberapa nama yang digugurkan daripada pencalonan sebelum ini, telah dinaikkan kembali. Dan sedar tentang bahana yang sedang menimpa PKR sekiranya kerosakan tersebut tidak diperbaiki segera, Ketua AMK Nik Nazmi tampil dengan fakta bohong, kononnya tidak wujud fraksi-fraksi di dalam PKR. Wan Azizah yang diketahui terlalu lemah dan amat bergantung kepada Rafizi Ramli pula, terpaksa menyatakan bahawa di dalam PKR hanya wujud 'KEM WAN AZIZAH', sedangkan dia sendiri tidak dapat menjawab mengapa dia tidak mampu menyembunyikan kebenciannya kepada Azmin Ali tiga hari lepas di Bukit Mertajam.

Kisah pertembungan fraksi di dalam PKR, bukan hanya baru sekarang berlaku. Sudah terlalu lama. Serangan antara satu fraksi ke atas satu fraksi yang lain dengan Wan Azizah sekadar jadi boneka yang tidak mampu berbuat apa-apa, sudah lama dapat disaksikan termasuklah di media-media sosial. 


Tentunya ramai yang masih ingat bilamana Latheefa Koya yang dikenali sebagai 'orang Azmin' menyerang dan mencerca Rafizi Ramli dalam beberapa isu termasuklah mendedahkan kepada awam yang Rafizi Ramli mewujudkan INVOKE untuk membolehkannya menjadi 'playmaker' di dalam PKR.

Dan dalam kes terbaharu membabitkan pengguguran nama calon-calon yang telah diutarakan oleh Azmin Ali sehingga mendorong Zuraidah Kamaruddin bergegas mendapatkan Wan Azizah untuk mendesak penjelasan, sekali lagi tudingan dibuat kepada Rafizi Ramli yang juga merupakan Naib Presiden PKR. 

Kebergantungan Wan Azizah dan Nurul Izzah kepada Rafizi Ramli, menyebabkan Rafizi didakwa sebagai dalang yang berselindung di sebalik tindakan dan keputusan Wan Azizah. Apatah lagi setiap kemelut dan gejolak yang melanda PKR, pasti yang terselit adalah nama Rafizi Ramli.

Rafizi Ramli perlu diperakui, dialah sebenarnya arkitek PKR. Azmin Ali sudah lama hilang minat dengan PKR kerana dia terlalu sibuk mengumpul kekayaan, proksi dan kroni seperti yang dapat dilihat dalam beberapa pendedahan skandal termasuklah Tanah Peneroka Ijok dan Wetland selain industri pasir yang menyaksikan anak saudaranya dan beberapa orang proksinya disergap SPRM.



Tahun lepas, Rafizi Ramli diserang oleh anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Latheefa Koya yang menuduh dia adalah punca perpecahan Pakatan Rakyat (PR) dengan rancangan 'LANGKAH KAJANG' pada tahun 2014 bagi menggulingkan Menteri Besar Selangor pada waktu itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Kata Latheefa, 'LANGKAH KAJANG' sebenarnya adalah rancangan untuk menghalang Azmin Ali daripada dilantik sebagai Menteri Besar.

“Dia dan orang kuatnya yang merancang kesemua itu secara rahsia, tidak satu pun diluluskan di mesyuarat parti. Malah Biro Politik juga tidak tahu langsung,” kata Latheefa dalam siri kritikannya terhadap Rafizi.

Sebelum ini, beberapa orang pemimpin PKR bertikam lidah berhubung soal rundingan bersama-sama PAS untuk menentukan bilangan dan kedudukan kerusi pada PRU-14. Azmin merupakan penyokong kuat rundingan tersebut. Rafizi pula adalah penentang rundingan tersebut yang berjaya mempengaruhi beberapa orang anggota Biro Politik PKR lain yang lebih berpengarauh untuk tidak bersetuju PKR bertindak di luar kerangka kerjasama Pakatan Harapan yang menggabungkan PKR dengan DAP, PPBM dan PAN.

Azmin Ali kalah dalam pertarungan tersebut. PKR gagal memperolehi kerjasama dengan PAS yang telah banyak membantu parti tersebut dalam arus politik massa semenjak ditubuhkan pada tahun 1999. 


30 Mei 2016, Rafizi menimbulkan kegemparan apabila membuat pendedahan dan dakwaan berhubung rasuah wang dan wanita dalam Kerajaan Selangor yang diketuai oleh Azmin Ali. Rafizi membuat dakwaan itu dalam perbualan menerusi aplikasi WhatsApp. Rafizi kemudiannya membuat laporan kepada SPRM dan mengemukakan bukti-bukti bagi menyokong dakwaannya. Azmin Ali pula cuba menafi dan menolak dakwaan tersebut sambil menyifatkannya sebagai kempen memburuk-burukkannya.

Dakwaan Latheefa Koya bahawa Rafizi sebenarnya sedang cuba memecahbelahkan PKR, ada kebenaran berdasarkan apa yang sedang berlaku dalam parti tersebut. Kebergantungan Wan Azizah dan Nurul Izzah kepada dirinya, membolehkan Rafizi bergerak bebas dan melaksanakan segala perancangannya dengan baik dan tanpa dapat dihalang oleh sesiapa pun. Azmin Ali yang suatu masa dahulu dilihat mempunyai kuku dalam PKR, lebih sibuk bergelut dengan masalah peribadinya yang boleh menyebabkannya, bukan sahaja hilang jawatan tetapi juga dihumban ke lantai penjara kerana penyelewengan dan skandal kewangan yang parah.

Dan tidak hairanlah mengapa kemelut pengguguran pencalonan senarai yang diberikan oleh Azmin Ali begitu ketara walaupun Rafizi Ramli sebenarnya tidak berkuasa di Selangor!


Sunday, April 15, 2018

KALAU NAK DIKIRAKAN, RAFIZI RAMLI JAUH LEBIH BIJAK BERNIAGA DARIPADA DR. MAHATHIR WALAUPUN PERNIAGAANNYA SEKADAR AIR LIUR!!!



Baik kecil mahupun besar perniagaan yang diceburi oleh Dr. Mahathir, semuanya akan lingkup dan mencatatkan kerugian. Tak payah disenaraikan apa perniagaan besar yang ada campurtangan Dr. Mahathir yang akhirnya melingkup, sehinggakan Bank Negara Malaysia pun hampir muflis kerana hampir semua orang tahu.

Dan yang terbaru, perniagaan kedai rotinya pun lingkup juga dengan catatan kerugian puluhan juta ringgit semenjak dari tahun 2005 lagi.

Di sebalik pertunjukan serta peragaan kekayaan dan kemewahan yang ditunjukkan oleh anak perempuan Mukhriz, Mahathir dan Mukhriz ke sana sini mengutip derma untuk perjuangan mereka. Mahathir sendiri terpaksa mengaku yang dia miskin dan tidak kaya walaupun tidak ada sesiapa pun di Malaysia ini yang ada ladang kuda dan memiliki kuda lumba berjumlah 40 ekor.

Hakikatnya, tanpa projek-projek kerajaan yang diperolehi secara runding terus dan perlantikan ketika Mahathir bergelar Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, anak-anak Mahathir tidaklah akan sekaya seperti yang dilihat dan diketahui.

Dan mujurlah, Mahathir bukan lagi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Kalau tidak, pastinya 'kerugian' yang dialami akan ditebus menggunakan wang negara terutama sekali wang Petronas dan KWSP serta Tabung Haji sebagaimana yang sering diamalkannya.

Berbeza benar dengan Rafizi Ramli.

Perlu diketahui, walaupun Rafizi Ramli merupakan salah seorang pemimpin utama PKR, namun dia kelihatan dan berusaha menjarakkan diri daripada Dr. Mahathir yang sekarang ini merupakan Pengerusi Pakatan Harapan. Beberapa cubaan untuk merapatkan dan membuatkan Rafizi Ramli bekerjasama dengan Dr. Mahathir kelihatan gagal kerana Rafizi Ramli lebih selesa bergerak sendirian.

Sebenarnya, walaupun Rafizi Ramli merupakan seorang ahli politik, hakikatnya Rafizi Ramli adalah seorang ahli perniagaan. Dia tidak perlu jual roti. Dia tidak perlu surat 'arahan' daripada bapanya untuk memperolehi kontrak monopoli dengan Telekom Malaysia seperti Mukhriz Mahathir. Dia juga tidak perlukan perlantikan khas ke atas syarikatnya untuk kontrak gas dan petroleum dengan PETRONAS walaupun Rafizi Ramli sendiri memulakan kerjayanya di PETRONAS.

Rafizi hanya perlu berniaga dengan menggunakan air liur. Dan dalam tempoh 2 tahun sahaja, Rafizi Ramli berjaya menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM8 juta untuk sebuah syarikatnya sahaja.

Perlu diingat, semuanya dilakukan tanpa perlu menggunakan kabel seperti anak-anak Mahathir dan Mahathir sendiri!

Rafizi baru dua tahun lepas menjalankan perniagan dengan menubuhkan sebuah syarikat bernama Invoke Solutions Sdn. Bhd. dengan modal permulaan sebanyak RM500,000 yang menggunakan duitnya sendiri daripada simpanan di Tabung Haji.

Selepas dua tahun menjalankan perniagaan dengan modal permulaan RM500,0000, hari ini Invoke berjaya mengutip perolehan sebanyak RM8 juta. Keuntungan tersebut berkali-kali ganda lebih banyak berbanding bonus Tabung Haji jikalau dia meneruskan simpanannya di agensi tersebut tanpa diganggu gugat.

Perlu diingat, Invoke Solutions bukanlah satu-satunya syarikat yang dimiliki oleh Rafizi Ramli. Rafizi Ramli turut memiliki sebuah lagi syarikat iaitu KEIP Resources Sdn. Bhd yang turut menjana pendapatan lumayan kepadanya.

Selam 12 tahun Mahathir berniaga kedai roti, kerugian yang dialami oleh syarikatnya adalah puluhan juta ringgit. Sedangkan Rafizi Ramli baru 2 tahun berniaga, sudah berjaya menjana pendapatan lebih RM8 juta. Bayangkanlah kalau 12 tahun, berapa pula Rafizi Ramli akan berjaya perolehi pendapatan dan keuntungan.

Dan Rafizi Ramli sekadar berniaga dengan air liur. Tidak ada produk yang dijualnya. Tidak ada perkhidmatan yang didagangkannya. Sekadar air liur!

Dr. Mahathir sepatutnya malu dengan Rafizi Ramli dan perlu belajar bagaimana menguruskan perniagaan dengan baik tanpa perlu bail-out dan wang negara.

Maka tidak hairanlah Rafizi Ramli cuba menjauhkan diri daripada Dr. Mahathir. Kedekut ilmu juga rupa-rupanya taukeh Invoke Solutions ni!


Wednesday, February 7, 2018

BIJAK BETUL RAFIZI RAMLI!!! BUAT CERITA SEDIH PERJUANGANNYA MASUK PENJARA UNTUK MINTA SEDEKAH WANG RAKYAT BERJUTA!!!



Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 7 Februari 2018


Rafizi baru sahaja mengeluarkan cerita sedih tentang bagaimana beliau berjuang untuk rakyat dan dihukum dengan penjara 30 bulan kerana "mendedahkan masalah rasuah" NFC.

Biasanya, cerita itu berakhir dengan meminta orang ramai menderma lebih banyak wang kepadanya.

Undang-undang adalah undang-undang. Walaupun tiada siapa yang mahu melihat sesiapa dipenjarakan, ianya penting untuk membetulkan cerita Rafizi mengenai apa yang sebenarnya berlaku.

Menggunakan penyata bank NFC Corp pada 7 Mac 2012, Rafizi membuat tuduhan secara terbuka bahawa NFC Corp telah menyalahgunakan pinjaman mudah RM250 juta untuk membeli kondominium mewah dan bukannya untuk pembiakan lembu.

Bagaimanapun, syarikat NFC mempertikaikannya dan menyaman Rafizi kerana fitnah - kes yang mana dimenangi NFC di mahkamah tinggi. Rafizi kemudian membayar ganti rugi RM300,000 kepada NFC.

Pada asasnya, Rafizi telah melanggar akta BAFIA kerana mendedahkan penyata bank peribadi NFC untuk membuat tuduhan yang kemudiannya dibuktikan oleh mahkamah sebagai palsu.

Undang-undang BAFIA sangat jelas di sini. Sekiranya anda mendedahkan penyata bank orang lain, anda melanggar undang-undang. Rafizi tahu ini.

Mengapakah beliau harus dikasihani apabila beliau secara sukarela dan dengan sengaja melanggar undang-undang untuk memfitnah orang lain?

Rafizi bukan pun orang pertama yang "mendedahkan" masalah syarikat NFC ini. Kerajaan sendiri yang "mendedahkan" NFC ini.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 mengatakan bahawa NFC telah gagal mematuhi objektif pembentukannya selepas pinjaman mudah sebanyak RM250 juta telah diberikan oleh kerajaan.

Pada Mac 2012 semasa Rafizi membuat “pendedahan” itu, Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) Parlimen telah meneliti isu NFC berdasarkan apa yang dinyatakan dalam laporan AG. Begitu juga dengan SPRM. https://tinyurl.com/y9qw9hl5

Rafizi bukanlah "wira" yang mendedahkan NFC jadi kenapa beliau sepatutnya "dikasihani" kerana cuba menjadi wira?

Anda juga harus ingat bahawa tidak seperti laporan RM305 juta untuk Terowong Pulau Pinang, RM250 juta yang diluluskan di bawah Kementerian Pertanian Muhyiddin Yassin adalah pinjaman mudah yang NFC masih perlu membayar kos faedah dan membayar balik pinjaman itu.

Ya, projek itu mengalami masalah pelaksanaan - sebahagiannya disebabkan oleh kelewatan kerajaan dalam membina rumah penyembelihan serta jalan yang baik untuk menuju ke ladang - tetapi apa-apa pun, NFC masih perlu membayar balik.

Untuk mengatakan bahawa Rafizi tidak mendapat manfaat daripada "pendedahan" Mac 2012 beliau itu yang mana adalah fitnah dan tidak sah itu pastinya tidak betul.

Oleh kerana itu, Rafizi bangkit menjadi satu nama yang diketahui ramai. Beliau kemudian diberi kerusi Parlimen Pandan untuk bertanding dalam PRU13, yang mana beliau menang dan telah mendapat gaji bebas cukai bulanan sebanyak RM29,000 sejak itu.

Dengan menggunakan kemasyhurannya, beliau juga telah mengumpulkan berjuta-juta derma daripada orang ramai di mana sebahagian daripada wang itu kemudian dikesan telah digunakan untuk membayar yuran perkhidmatan untuk syarikat milik Rafizi yang membekalkan tenaga kerja kepada Invoke.

Bertentangan dengan dakwaannya bahawa beliau tidak mengambil satu sen pun daripada orang awam, kemasyhuran dan kekayaan yang diterimanya adalah kerana “pendedahan” NFC ini.

Perlukah kita merasa kasihan kepada Rafizi kerana “beliau tidak mendapat apa-apa" apabila beliau dengan sengaja melanggar undang-undang?

Didorong oleh "pendedahan" NFC ini, Rafizi kemudian banyak membuat tuduhan yang semakin dasyat terhadap semua perkara.

Ini termasuklah Langkah Kajang yang gagal itu yang memulakan perpecahan Pakatan Rakyat dan bahawa Tabung Haji berada dalam masalah kewangan yang membawa kepada banyak jemaah mengeluarkan simpanan mereka dan kehilangan giliran mereka untuk menunaikan Haji.

Yang terkini, Rafizi dengan salah menuduh bahawa Rahman Dahlan telah memberikan projek kepada "abangnya" atas dasar bahawa tokoh korporat itu berkongsi nama keluarga yang sama.

Walaupun Rafizi mengakui bahawa beliau salah, beliau masih enggan memohon maaf.

Dan siapa yang boleh melupakan keterangan mahkamahnya bahawa tuduhannya terhadap cincin berlian Rosmah hanyalah satu jenaka?

Kasihankan Rafizi? Saya rasa tidak perlulah.

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/2112702082281908

5 TAHUN PUNYA BICARA, AKHIRNYA RAFIZI DIJATUHI HUKUMAN PENJARA 30 BULAN... ENTAH BILA HUKUMANNYA AKAN BERMULA!!!!



Akhirnya yang ditunggu-tunggu telah tiba.

Ahli Parlimen Pandan merangkap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli telah didapati bersalah tanpa sebarang keraguan dan dijatuhi hukuman penjara selama 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana mendedahkan maklumat perbankan berkaitan dengan National Feedlot Corporation (NFCorp).

Turut dikenakan tindakan yang sama adalah rakan sekongkolnya, Johari Mohamad yang juga merupakan bekas kerani bank, juga didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara selama 30 bulan. 

Hakim Mahkamah Sesyen, Zamri Abu Bakar menjatuhkan hukuman tersebut selepas mendapati kedua-dua tertuduh bersalah pada penghujung kes pembelaan.

"Selepas membuat penilaian maksimum, mahkamah mendapati pembelaan ke atas tertuduh pertama dan kedua gagal untuk membangkitkan perkara yang boleh meragukan. Kedua-dua tertuduh didapati bersalah dan disabitkan dengan kesalahan," katanya. 

Zamri bagaimanapun membenarkan penangguhan hukuman bagi membolehkan rayuan dibuat dan mengekalkan jaminan sebanyak RM15,000 bagi setiap orang tertuduh.

Rafizi didakwa mengakses empat dokumen profil pelanggan yang membabitkan ringkasan baki NFCorp, National Meat and Livestock Sdn. Bhd, Agroscience Industries Sdn. Bhd dan akaun Pengerusi Eksekutif NFCorp, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail. 

Dia turut dituduh mendedahkan dokumen-dokumen terbabit kepada konsultan media dan wartawan di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square,Jalan Tropicana Selatan 1 pada 7 Mac 2012.

Rafizi didakwa di bawah Seksyen 97 (1) Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) (kerahsiaan). 

Rakan sekongkolnya, Johari pula dituduh bersubahat dengan Rafizi dengan melakukan kesalahan pada tempatn dan tarikh yang sama. 

Pendakwaan dijalankan oleh DPP Lailawati Ali dan Steve Chin. Manakala peguam AhmadNizam Hamid an Mohd Falihin Kamil Mohd Sazali mewakili Rafizi, sedangkan Latheefa Koya pula mewakili Johari.

Pada November 2016, Rafizi Ramli telah diperntahkanmembayar RM200 ribu kepada Mohammad Salleh Ismail dan NFCorp dalam fitnah yang dilemparkan oleh Rafizi terhadap NFCorp dan Mohamd Salleh berhubung pembelianhartanah di KL Eco City, Bangsar.

Rafizi turut pernah dikantoikan menipu dalam sidang medianya di INVOKE Malaysia berkenaan kontrak pengendalian EXPO NEGARAKU dengan mengaitkan pemberian kontrak espo berkenaan kepada 'abang' Rahman Dahlan, Raslan Dahlan. Bagaimanapun, ternyata Rahman Dahlan dan Raslan Dahlan bukanlah adik-beradik sebagaimana dakwaan Rafizi, bahkan mereka tidak mempunyai sebarang ikatan darah pun.

Rafizi Ramli juga sekali lagi dibuktikan menipu di dalam Parlimen dalam isu cukai LHDN ketika dia menyampuk dan cuba memalukan Menteri Kewangan Kedua, Johari Abdul Ghani yang sedang berucap.



Saturday, December 23, 2017

RAFIZI RAMLI BERCAKAP DENGAN BANGKU KOSONG DI POKOK SENA... 400 ORANG AHLI BARU PKR PUN TAK NAMPAK BATANG HIDUNG!!!



Kalau ikut-ikutkan kepada keazaman yang ditunjukkan menerusi ceramahnya, Rafizi Ramli sangat kuat membantu PKR Kedah merampas Kedah dari tangan UMNO-BN. Apatah lagi dengan ceritanya, konon Pakatan sangat kuat dan PKR pula, selain PAN merupakan parti yang meletakkan calon paling ramai di Kedah setelah PAS bercerai dari Pakatan. 

Malangnya semalam, semasa pelancaran jentera pilihanraya PKR Parlimen Pokok Sena, petunjuk yang diharapkan oleh Rafizi Ramli dan PKR sendiri, terlalu menakutkan. 


Apakan tidak, Dewan Serbaguna Pekan Bukit Payong, Jalan Naka, Pokok Sena, menjadi saksi bagaimana majlis pelancaran jentera pilihanraya PKR Parlimen Pokok Sena selain majlis penyerahan borang ahli baru PKR Cabang Pokok Sena yang disempurnakan oleh Saifuddin Nasution, amat suram dengan kehadiran tidak melebihi 50 orang. 

Kehadiran Rafizi Ramli, Johari Abdul yang merupakan Ahli Parlimen Sungai Petani, Sofee Razak yang merupakan Ketua Penerangan PKR Kedah dan Nurin Aina Abdullah yang merupakan Ketua Wanita PKR Negeri Kedah, gagal menarik kehadiran lebih ramai ahli PKR Kedah ke Pokok Sena.  




Lebih malang lagi, program yang sepatutnya dihadiri oleh ahli-ahli dan penyokong-penyokong Pakatan Harapan Pokok Sena, Kulim-Bandar Bahru, Kuala Kedah, Pulau Pinang dan Kedah itu, seperti telah 'dipulaukan' kerana kehadiran Rafizi Ramli. 

Dalam ucapannya, Johari Abdul berkata, dia sudah 20 tahun berada di dalam parti dan setiap kali PRU, dia dapat melihat peningkatan sokongan kepada PKR. Katanya lagi, dari segi mental, PKR sudah bersedia untuk memerintah, bukan sahaja di Kedah tetapi juga Putrajaya. 

Menurut Johari Abdul lagi, kalau PKR dan Pakatan berjaya menguasai Kedah, negeri itu akan ditukarkan menjadi negeri pertanian. Dengan cara itu, orang kampung akan berpeluang bercucuk tanam dan tiada lagi anak Kedah yang menganggur. Johari Abdul bagaimanapun, langsung tidak menyentuh tentang kebanyakan sektor pertanian, khususnya membabitkan kerja-kerja rencam termasuklah menoreh getah, kebanyakannya menggunakan buruh asing di Kedah. 

Ironinya, Johari Abdul gagal melihat sambutan yang diberikan kepada PKR di Kedah terlalu mengecewakan!


Rafizi Ramli pula dalam ucapannya berkata, sokongan terkini kepada Pakatan daripada semua kaum di seluruh Malaysia adalah 45% berbanding BN 41% manakala selebihnya adalah PAS. Kedah, katanya, Melayu Pakatan mendahului sebanyak 43% berbanding UMNO yang hanya memperolehi sokongan 37%. Undi Cina dan India tetap tidak berubah iaitu kekal menyokong Pakatan Harapan. 

Sama seperti setiap kali dia buka mulut, Rafizi Ramli tidak lekang daripada perbuatan fitnah dan menipu. Katanya, sekarang ini Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah membenarkan apa-apa jenis kad pengenalan (kad kuasa) seperti kad RELA dan sebagainya bagi tujuan supaya mereka boleh mengundi banyak kali. 

Oleh itu, Pakatan memerlukan jentera yang ramai dan terlatih untuk menghalang kerja-kerja jahat UMNO-BN. Malahan Pakatan memerlukan komando-komandi yang boleh membantu jentera pilihanraya. Untuk itu, sukarelawan-sukarelawan perlu dilatih seperti yang sedang dilakukannya kini. 

Dengan kata lain, secara tersirat, Rafizi Ramli meminta agar para penyokong Pakatan menyalurkan sumbangan kepada syarikatnya dengan alasan, sumbangan kewangan tersebut boleh digunakan untuk tujuan-tujuan seperti yang dinyatakannya. 

Dalam majlis yang sama, satu acara penyerang borang-borang penubuhan ranting-ranting baru negeri Kedah turut diadakan kepada Rafizi Ramli. Manakala borang-borang keahlian pula diserahkan kepada Saifuddin Nasution yang merupakan Setiausaha Agung PKR. 


Ranting-Ranting baru yang ditubuhkan itu adalah seperti berikut: 

(a) Bendang Perang yang diketuai oleh Hj Maarof bin Husin, 
(b) Kg. Apil yang diketuai oleh Mohd Ghani bin Jusoh
(c) Jabi yang diketuai oleh Mohd Hisyam bin Yaakob
(d) Kubang Besar yang diketuai oleh Sobri bin Abu Bakar
(e) Bukit Lada yang diketuai oleh Kamarul
(f) Alor Gunong yang diketuai oleh Sofiah binti Long
(g) Kg Padang Serai yang diketuai oleh Mohd Sofie.

PKR selama ini terkenal kerana sokongan golongan muda. Tetapi dalam majlis di Pokok Sena itu, hadirin yang datang majoritinya adalah terdiri daripada golongan berusia 40-an ke atas. Keahlian yang didaftarkan seramai 400 orang kononnya itu, langsung tidak menampakkan impak berdasarkan majlis.
Maksudnya apa?


Wednesday, December 13, 2017

RAFIZI KANTOI BERBOHONG LAGI, TAPI PARA PENYOKONGNYA TETAP PERCAYA SEBAB AKAL MEREKA TELAH DILIWAT OLEH RAFIZI!!



Usaha membodoh-bodohkan orang Melayu, khususnya generasi muda sekarang ini telah 'diserahkan' kepada orang Melayu sendiri. Kebetulan pula, ramai anak-anak muda Melayu yang sangat malas mencari ilmu tetapi suka bercakap, malahan sentiasa berlagak seolah-olah mereka terlebih tahu dalam segala hal, menyebabkan hasutan yang mendidik mereka dalam kebodohan menjadi lebih mudah.

Itu yang berjaya dilakukan oleh Rafizi Ramli, Naib Presiden PKR yang hidup dengan melakukan pembohongan, fitnah dan tohmahan.

Contoh terbaik dan terkini ialah bilamana Rafizi Ramli berjaya membodoh-bodohkan sebahagian  besar spesies anak muda Melayu yang bukan sahaja kurang berilmu, tetapi sombong dan angkuh dalam isu harga minyak.

20 jam sebelum itu, Rafizi Ramli cuba menimbulkan gempar dengan mengumumkan bahawa Kerajaan akan menaikkan harga minyak mingguan pada minggu ini kerana katanya harga minyak mentah Brent telah naik ke USD65 setong.

Ramailah pengikut dan pemercaya Rafizi yang turut bersorak dan menyimpan maki hamun masing-masing sehingga kerajaan membuat pengumuman secara rasmi harga baru minyak petrol RON95, RON97 dan diesel.

Namun apabila KPDNKK mengumumkan bahawa harga minyak turun minggu ini (4 sen untuk RON95; 5 sen untuk RON97 dan 1 sen untuk diesel), Rafizi segera membuat u-turn. Daripada kenyataannya bahawa kerajaan akan menaikkan harga minyak, bertukar menjadi marah kerana sepatutnya kerajaan menurunkan harga RON95 kepada 5 sen bukannya 4 sen seperti yang diwartakan.

Sesuatu yang sangat jelas ialah, Rafizi Ramli sebenarnya tidak tahu apa-apa tentang bagaimana mekanisme pengiraan harga minyak dibuat. Apabila dia mengatakan harga minyak mentah BRENT atau WTI, bermakna Rafizi Ramli samalah seperti para pengikut dan pemercayanya yang bodoh, tetapi berlagak macam pandai.

Harga minyak di Malaysia dipengaruhi oleh harga minyak yang telah ditapis dan diproses, Mean of Platts Singapore (MOPS). Ada yang terlebih 'pandai' bertanya, mengapa kita perlu ikut Singapura sedangkan kita adalah pengeluar minyak. Mereka masih tidak faham yang setiap kenderaan di Malaysia tidak dijanakan oleh minyak mentah sebaliknya minyak yang telah diproses.

Tiada Perdana Menteri sebelum Najib yang mahu bersaing dengan Singapura dalam bidang pemprosesan minyak. Dr. Mahathir yang konon-kononnya sangat bijak dan berpandangan jauh itu pun, lebih memilih untuk membiarkan Singapura menguasai sektor tersebut. Kilang pemprosesan dan penapisan minyak Singapura di Jurong kini merupakan hub utama terutama di Asia Tenggara.

Pentadbiran Najib bagaimanapun, cuba mengubah keadaan tersebut dengan RAPID Pengerang. Tetapi nampaknya, ia juga ditentang kuat oleh DAP, bahkan Dr. Mahathir dan para pengikutnya cuba menimbulkan sentimen kononnya Malaysia telah dijual kepada China kerana projek tersebut dibangunkan dengan pelaburan dan tenaga kerja mahir serta separuh mahir dari China.

Rafizi Ramli akan terus berjaya memperbodoh-bodohkan generasi muda Melayu yang sekarang ini melihat media sosial, khususnya FB sebagai medan untuk mereka membuktikan mereka bijak. Sebabnya, hampir kesemua pemercaya Rafizi Ramli bukan sahaja tidak berotak, tetapi mereka hanyalah mayat hidup yang tidak mampu berfikir dengan akal sendiri.


RAHMAN DAHLAN NAK SAMAN? SAMANLAH, RAFIZI RAMLI SIKIT PUN TAK TAKUT!!!



Rafizi Ramli tidak ada cara lain kecuali memperakui yang dia sebenarnya bukan sahaja seorang penipu tetapi juga seorang penfitnah tegar. Semuanya bermula apabila Rafizi Ramli sendiri 'tersilap' membuat tekaan dalam keterujaannya untuk membuktikan yang Ekspo Negaraku adalah satu pembaziran.

Ironinya, Rafizi turut mengakui, dia tidak pernah mengunjungi ekspo tersebut.

Abdul Rahman Dahlan dan Razlan Dahlan yang menjadi mangsa fitnah Rafizi telah membuat kenyataan bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap Rafizi Ramli.

Di sebalik hakikat bahawa dia memang seorang penfitnah dan pembohong besar, Rafizi Ramli dilihat enggan meminta maaf walaupun pada masa yang sama, telah mengakui kesalahannya. Bahkan demi ego dan maksud yang lebih tersirat membabitkan dua buah syarikatnya yang sangat bergantung harap kepada sumbangan orang ramai sebagai punca pendapatan, Rafizi Ramli mencabar kedua-dua 'bin Dahlan' itu menyamannya.

Ramai yang melihat tindak tanduk Rafizi itu sebenarnya didorong oleh 'kejayaannya' mengutip RM1.5 juta dalam tempoh beberapa hari sahaja sebelum ini untuk membantunya membayar saman Pengerusi Eksekutif NFCorps yang berjumlah RM300,000.

Rafizi dilihat sedang berhadapan dengan pelbagai masalah termasuklah di dalam PKR. Berbanding ketika dia merangka Langkah Kajang yang akhirnya menyaksikan Anwar Ibrahim berjaya disumbat ke dalam penjara dan Wan Azizah terlepas peluang menjadi Menteri Besar Selangor, malah PRK Kajang yang menaikkan Wan Azizah, turut dikecam kerana membuang wang rakyat semata-mata untuk memuaskan hati Rafizi Ramli.

Maka tidak hairanlah Rafizi terpaksa bergantung kepada syarikat persendiriannya berbanding PKR yang telah menjadi medium awalnya. Dalam apa-apa aktiviti pun, Rafizi cuba mengelak daripada menggunakan PKR sebaliknya cuba menaikkan syarikatnya, Invoke dan KEIPP yang konon-kononnya membekalkan tenaga kerja kepada Invoke.

Justeru, Rafizi perlu meneruskan kerjaya politiknya dengan menggunakan kaedah yang paling pantas iaitu membuat dan mencipta fitnah.

Cuma kali ini, Rafizi terjerat dengan fitnah yang diciptanya. Namun sebagai orang yang pernah mendapat laba daripada fitnah yang merupakan sebahagian daripada pekerjaannya, Rafizi pasti akan menggunakan masalah ini sebagai kaedah mencari wang yang lebih mudah dan pantas.


Monday, December 11, 2017

RAFIZI RAMLI SEPERTI SENGAJA KANTOIKAN DIRINYA MENFITNAH DALAM USAHA PUNGUT DERMA UNTUK INVOKENYA!!!



Rafizi Ramli tidak bertahan lama kali ini. Tidak sampai 5 minit selepas menfitnah Abdul Rahman Dahlan, Menteri EPU, menerusi page INVOKE, dia menarik kembali video tersebut daripada tontonan ramai.

Bagaimanapun, ramai yang menyaksikan bagaimana Rafizi cuba mencipta persepsi jahat kononnya Abdul Rahman Dahlan telah memberikan kontrak kepada sebuah syarikat bergelar PICO Integrated Exhibits Sdn. Bhd yang mana salah seorang pemegang sahamnya adalah 'Raslan Dahlan'. 

'Raslan Dahlan' didakwa oleh Rafizi sebagai saudara lelaki Rahman Dahlan. 

Untuk pengetahuan, PICO telah terlibat dalam perniagaan pameran selama lebih 20 tahun. 

Matlamat Rafizi untuk mewujudkan persepsi dan kemudian memanjangkan fitnah, sudah dikira berjaya memandangkan 'sambutan' dan reaksi yang diberikan oleh para pengikutnya ketika video INVOKE disiarkan.

Namun hakikatnya, 'Raslan Dahlan' bukanlah saudara lelaki Abdul Rahman Dahlan sebagaimana yang didakwa. Malahan mereka tidak mempunyai kaitan kekeluargaan pun. 

Nama penuh Raslan adalah Nooraslan bin Mohd Dahlan dan dilahirkan di Johor berdasarkan kod Kad Pengenalannya, 01. 

Manakala nama penuh Rahman pula adalah Abdul Rahman bin Datuk Hj. Dahlan (tanpa Mohd). Dilahirkan di Sabah. Bapanya adalah bekas ADUN Sabah untuk DUN Sulaman selama enam tahun bermula dari tahun 1971. 

Kod Mykad Sabah adalah 12, 47, 48 atau 49.

Rafizi dalam kenyataannya sebelum itu menyatakan, dia mempunyai bukti kukuh bagaimana seorang menteri yang rapat dengan Perdana Menteri telah menyalahgunakan kuasa dan mengamalkan kronisme. Pendedahan tersebut dibuatnya menerusi siaran langsung televideo INVOKE di Facebook. 

Bagaimanapun, ternyata tembakannya sekali lagi rambang dan lebih kepada sengaja mencari nahas. Sudah pasti, satu lagi saman fitnah akan diserahkan kepada Rafizi Ramli. 

Agak menarik, mengapa Rafizi Ramli sangat terburu-buru dalam membuat pendedahan tersebut sehingga dia tidak mempunyai penyelidikan dan semakan secara lebih teliti. Apakah ini merupakan satu-satunya cara untuk Rafizi Ramli mengumpul kekayaan dengan mengutip derma sebagaimana yang dilakukannya dalam kes saman fitnah NFCorps yang menyaksikan dia berjaya mengutip RM1.5 juta berbanding RM300,000 yang perlu dibayar kepada Pengerusi NFCorps beberapa bulan lepas. 

Dalam dakwaannya, Rafizi berkata Ekspo Negaraku merupakan satu pembaziran wang yang sangat besar dan menelan kos berpuluh-puluh juta ringgit. 

Ekspo tersebut bagaimana terbukti mendapat kejayaan besar dan telah dikunjungi lebih 500,000 orang pengunjung. Mereka yang mengunjungi ekspo tersebut pasti kagum dengan pameran maya dan interaktif bertaraf tinggi yang memberi maklumat dan mendidik masyarakat Malaysia tentang pelbagai pembangunan infrastruktur di negara ini, selain projek-projek yang sedang dibangunkan serta perancangan projek-projek masa hadapan.


Abdul Rahman Dahlan dalam pada itu telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa dia sedang berbincang dengan para peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi. 

Nampaknya Rafizi bakal mengutip derma lagi daripada rakyat Malaysia, khususnya para penyokongnya untuk memenuhkan kantung peribadi dan INVOKE serta satu lagi syarikatnya!


Wednesday, October 25, 2017

GAGAL MENGELAK DARIPADA DIBICARAKAN KERANA KES BAFIA, RAFIZI SALAHKAN NAJIB DAN KERAJAAN JUGA?!!!



Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli telah diarahkan untuk membela diri bagi tuduhan mendedahkan kerahsiaan perbankan yang berkaitan dengan National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp).

NFCorp merupakan syarikat swasta yang diberikan konsesi fidlot daripada National Feedlot Centre (NFC). NFC merupakan milik penuh kerajaan.

Turut dituduh bersama-samanya adalah kerani bank, Johari Mohamad. Dia telah diarahkan hakim Mahkamah Sesyen Zamri Bakar untuk membela diri kerana bersubahat dengan Rafizi Ramli. 

Hakim membuat keputusan tersebut selepas mendapat ada kes prima facie terhadap Rafizi dan Johari. 

Menurutnya, dia berpuas hati, pihak pendakwa berjaya membuktikan semua elemen undang-undang terhadap kedua-dua tertuduh. 

Rafizi didakwa mempunyai akses ke atas profil dokumen-dokumen empat pelanggan bank membabitkan NFCorp, National Meat and Livestock Sdn. Bhd, Agroscience Industries Sdn. Bhd dan ke atas Pengerusi Eksekutif NFCorp Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail. 

Dia turut dituduh mendedahkan dokumen-dokumen tersebut kepada pihak media dan wartawan di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1 pada 7 Mac 2012. 

Rafizi didakwa kerana mendedahkan perincian tersebut yang dilindungi di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (BAFIA). Manakala Johari pula didakwa kerana bersubahat dengan Rafizi melakukan kesalahan yang sama, di tempat dan tarikh yang sama. 

Nasib malang terus mengiringi Rafizi. Setelah bertahun-tahun cuba mengelak, bahkan menggunakan semua peluang undang-undang untuk mengenepikan tuduhan tersebut, termasuklah membuat tuduhan Kerajaan Najib Abdul Razak menyalahgunakan undang-undang untuk melindungi penyelewengan walaupun sebenarnya dialah yang melanggar undang-undang, akhirnya dia perlu juga berhadapan dengan perbicaraan melibatkan undang-undang BAFIA. 

Undang-undang BAFIA merupakan undang-undang yang digunakan dan diterimapakai di seluruh dunia. 


Rafizi gagal menggugurkan kes BAFIA itu dan hakim mengarahkannya untuk membela diri. Bahkan hakim juga berkata, kes tersebut yang sudah tertangguh selama 5 tahun, perlu dipercepatkan dan mengarahkan para peguam untuk mencari tarikh yang paling hampir untuk memulakan prosiding. 

Ternyata Rafizi tidak berpuas hati dan menyalahkan Najib. Sedangkan dialah yang menangguh-nangguhkan kes tersebut dengan mencabar peruntukan undang-undang beberapa kali, bahkan mempertikaikan hakim yang mengadili kesnya juga beberapa kali. 

Pada 1 November 2016, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi telah mengarahkan Rafizi membayar sebanyak RM200,000 kepada Mohamad Salleh Ismail dan NFCorp sebagai gantirugi berhubung fitnah pembelian hartanah KL Eco City. Rafizi juga diarahkan membuat bayaran sebanyak RM100,000 sebagai kos mahkamah. 

Dalam taktiknya cuba melengah-lengahkan masa, Salleh kemudiannya mengambil tindakan pengisytiharan muflis ke atas Rafizi Ramli. Pengisytiharan tersebut membuatkan Rafizi kelam-kabut dan memberikan pelbagai alasan selain mula memungut derma dari orang ramai dan penyokong. Hasilnya, dia berjaya memperolehi lebih RM1.5 juta yang turut menyaksikan satu lagi polemik dan kontroversi berlaku membabitkannya dan Latheefa Koya, salah seorang pemimpin utama PKR. 


Monday, October 9, 2017

ERIC SEE-TO BUKTIKAN TONY-RAFIZI PENGECUT BACUL DALAM CABARAN DEBAT 2 LAWAN 1!!!



Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Eric See-To kepada Rafizi Ramli memberikan tempoh selama 3 hari kepada Rafizi Ramli untuk memujuk Tony Pua bagi sesi perdebatan berhubung isu Projek Terowong Dasar Laut yang bernilai RM6.34 bilion. 

Tony Pua sebelum itu, telah menolak untuk berdebat dengan Eric See-To dan melabelkan See-To sebagai 'Nobody' yang tidak layak berdebat dengannya. See-To kemudiannya membalas dengan menunjukkan dan membuktikan bahawa Tony Pua adalah bekas rakan kongsi yang pernah meminta pinjaman peribadi kepadanya sebanyak RM100,000 beberapa tahun lepas ekoran masalah kewangan syarikatnya.

Keengganan Tony Pua untuk berdebat dengannya, mengundang tempelakan daripada See-To. See-To kemudiannya mencadangkan regu utama Tony iaitu Rafizi Ramli untuk menggunakan INVOKE bagi penganjuran debat terbuka antara mereka bertiga. 

Rafizi Ramli sebelum ini cuba mengelak daripada berdebat secara langsung dengan See-To. 'Serangan-serangan' yang dilakukan oleh See-To kepada Rafizi menerusi media sosial, khususnya Twitter dan Facebook, berhadapan dengan halangan apabila Rafizi Ramli bertindak menghadang akaun See-To daripada menjawab, menyoal mahupun membalas reaksi setiap muatnaiknya.

Dan See-To bukannya seorang yang dihalang oleh Rafizi Ramli daripada mengakses akaun media-media sosialnya. Ramai yang lain turut terkena ulah yang sama, hanya semata-mata Rafizi Ramli mahu membuktikan yang setiap persoalannya tidak dapat dijawab oleh sesiapa pun.

Dalam cabarannya, See-To berkata, sekiranya pujukan Rafizi Ramli masih gagal menarik Tony Pua untuk berdebat dengannya, dia mencabar Rafizi pula untuk berdebat dengannya berkaitan GST, MRT, industri penerbangan dan pelaburan Tabung Haji yang sering diputarbelitkan oleh Naib Presiden PKR yang turut dikenali sebagai PEMBOHONG TERUNGGUL itu.

Ramai sebenarnya yang menantikan acara perdebatan antara Tony Pua, Rafizi Ramli dengan Eric See-To setelah Timbalan Pengarah Komunikasi BN itu kerapkali menyerang dan menyebabkan Tony Pua apatah lagi Rafizi Ramli malu dengan pembohongan mereka sendiri. 


Jawapan awal yang diberikan oleh Tony Pua serta reaksi awal Rafizi Ramli, membuktikan, Tony Pua dan Rafizi Ramli itu hanya berani berkokok di luar gelanggang tetapi tidak berani apabila ada individu yang mahu berhadapan dengan mereka. Walaupun alasan yang diberikan ialah 'NOBODY' atau pun buat-buat pekak bodoh dan hanya memberi reaksi kononnya hendak berdebat dengan orang yang setaraf sehaja, sudah cukup untuk membuktikan betapa gementar dan takutnya Rafizi Ramli serta Tony Pua. 

Selama ini, mereka akan cepat menggelarkan orang lain sebagai pengecut apabila cabaran debat mereka tidak dijawab, tetapi sekarang, apabila mereka sendiri dicabar untuk berdebat menggunakan isu yang mereka sendiri bangkitkan dan menjadi kegemaran, mereka pula tiba-tiba bertukar menjadi bacul. 

Cabaran 2 lawan 1 yang dibuat oleh See-To sepatutnya dipergunakan sepenuhnya oleh Rafizi dan Tony Pua. Selama ini pun kedua-duanya sering bergabung, malah seringkali digambarkan sebagai pasangan yang bijak dan berkarisma. Cabaran oleh See-To itu sepatutnya digunakan oleh kedua-duanya untuk membuktikan mereka benar-benar bijak, berkarisma, angka-angka dan fakta-fakta yang diberikan selama ini adalah tepat dan tidak boleh diragui lagi.

Malangnya, Rafizi dan Tony Pua memilih untuk menjadi PENGECUT!!!


Thursday, October 5, 2017

PERANG RIZAL DAN RAFIZI BERTERUSAN SELEPAS RAFIZI GENTAR NAK SAMAN RIZAL BERHUBUNG ISU 'RAFIZI BAYAR RAFIZI'!!!!



Penulis: Rizal Mansor

Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa saya mengambil masa seminggu untuk menjawab Rafizi Ramli?

Saya sengaja mengambil masa seminggu untuk menjawab kerana saya mahu turut memberitahu orang ramai, bahawa sehingga hari ini saya tidak menerima sebarang notis guaman dari Rafizi. Sebagaimana ancaman dia kepada saya minggu lepas. Jangan kata notis peguam atau writ saman, salam perkenalan dari peguam dia pun belum ada lagi. Manakala di belakang saya pula sudah berbaris peguam menunggu untuk melawan samannya. Beliau boleh syok sendiri dengan membohongi orang ramai kononnya saya menggigit jari dan sebagainya kerana takutkan saman darinya. Tetapi Rafizi tidak boleh menipu dirinya sendiri.


Dalam dunia ini, sayalah satu-satunya pengangkat beg isteri PM yang paling hebat. Kerana seorang Ahli Parlimen yang juga seorang Naib Presiden sebuah parti perlukan masa selama satu setengah jam untuk satu sidang media bagi membelasah seorang pengangkat beg.

Saudara saudari rakyat Malaysia yang saya hormati sekalian, dalam kehidupan ini seseorang yang bercakap benar, akan sentiasa bercakap perkara yang benar walaupun 10 tahun yang lepas atau 10 tahun yang akan datang. Manakala bagi seorang pembohong, cakapnya akan sentiasa berubah-ubah. Kerana dia tidak boleh ingat apa yang telah dia bohongi. Jangan kata 1 tahun atau 2 tahun, dalam sidang media yang sama pun dia tidak ingat apa yang dia bohong di awal sidang media. Kemudian di akhir sidang media dia cakap lain pula.


Rafizi dalam sidang medianya pada Khamis 28 September 2017 telah berkata seperti berikut;

“Untuk menubuhkan sebuah “pertubuhan” (sama ada persatuan, parti politik, yayasan dan lain-lain) yang bukan syarikat, permohonan perlu dibuat kepada Pendaftar Syarikat (Registrar of Societies atau ROS). Setakat ini, ROS telah dipolitikkan dan sebarang permohonan dilambat-lambatkan. Malah, ROS juga dilihat menjadi senjata kepada Umno/BN untuk menghukum mana-mana pertubuhan atau parti politik yang mereka tidak gemari.

Mengambil kira risiko INVOKE tidak akan diluluskan oleh ROS dan segala gerak geri kami dijadikan alasan untuk diberikan tekanan oleh ROS, saya membuat keputusan menubuhkannya sebagai sebuah syarikat sendirian berhad yang 99% milik saya.”

Dipetik dari rafiziramli.com


Itu katanya di awal sidang medianya. Kononnya tidak mahu menubuhkan sebuah pertubuhan kerana bimbang masalah dari ROS. Manakala di akhir sidang media pula, dia pusing lagi. Sebab itu saya kata orang yang berbohong dia tidak akan konsisten. Kerana dia tidak ingat apa yang telah dia bohongi. Di akhir sidang media pula dia berkata, dia menubuhkan sebuah lagi syarikat miliknya, iaitu KEIP Resources Sdn Bhd kerana bimbang risiko tekanan dari pihak berkuasa terhadap syarikat INVOKE Solutions Sdn Bhd. Nampak atau tidak bagaimana dia cuba membelit untuk menghalalkan tindakannya bermain dengan wang orang ramai ?

Ditubuhkan syarikat (INVOKE) kerana bimbang tekanan pihak berkuasa jika tubuhkan sebuah pertubuhan.

Setelah tubuhkan sebuah syarikat (INVOKE), ditubuhkan pula sebuah syarikat lagi (KEIP) kerana bimbang tekanan pihak berkuasa ke atas syarikat (INVOKE).


Selepas ini mungkin dia akan tubuh sebuah lagi syarikat. Dicadangkan dinama dengan nama, TSSSB (Tipu Sana Sini Sdn Bhd), kerana bimbang risiko tekanan pihak berkuasa ke atas KEIP pula.

Sepertimana yang saya katakan sebelum ini, setelah ditolak campur kali dan bahagi , akhirnya dia yang untung. Rafizi bayar Rafizi untuk menguruskan Rafizi. Lihat dokumen di bawah bagaimana duit dialihkan dari syarikat Rafizi ke syarikat Rafizi lebih awal dari tarikh invois.

Dokumen dibawah juga menunjukkan KEIP (99% milik Rafizi), telah membilkan INVOKE (99 % milik Rafizi) dengan caj pengurusan sebanyak 5 %. Memungkinkan KEIP telah mengambil keuntungan dari hasil derma orang ramai kepada INVOKE. Jadi dimana rasionalnya Rafizi mengatakan dia tidak mendapat apa-apa keuntungan?

Invois berkenaan juga menunjukkan KEIP tidak mengenakan GST terhadap INVOKE. Sedangkan perkhidmatan pembekalan sumber manusia tertakluk kepada khidmat yang dikenakan GST. Dan dalam masa yang sama akta GST telah menetapkan, perniagaan melebihi RM 500,000.00 setahun perlu berdaftar dengan Kastam. Semakan ditalian dengan Jabatan Kastam menunjukkan KEIP tidak mendaftar.

Nampaknya Wan Azizah selaku Presiden dan Azmin Ali selaku Timbalan Presiden terus membisu setakat ini apabila melihat permainan silap mata yang dimainkan oleh orangnya sendiri. Atau pun, adakah Wan Azizah atau Nurul Izzah juga turut mendapat laba hasil dari permainan silap mata Rafizi?

Kita tunggu episod seterusnya. Permainan masih awal lagi. Belum pun tamat separuh masa pertama.

Sekian.


 
Blogger Templates