Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label Felda. Show all posts
Showing posts with label Felda. Show all posts

Monday, March 4, 2019

BERSEDIA PENEROKA FELDA UNTUK KEHILANGAN TANAH YANG DIDUDUKI DAN DIMILIKI SEKARANG SELEPAS KERAJAAN PAKATAN JADIKAN ROBERT KUOK SEBAGAI PEMONOPOLI KARTEL!!!



Berita yang tersiar tentang 'kejayaan' Malaysia menjual minyak sawit sebanyak 1.62 juta tan, membuatkan ramai yang tersengih lebar.

Lebih-lebih lagi apabila diberitakan, nilai perdagangan tersebut adalah RM891 juta berdasarkan kepada harga semasa.

Butirannya adalah seperti berikut:

* Yantai Tianmao Edible Ltd sign deal to buy 100,000 tons of refined, bleached and deodorized (RBD) palm stearin from Sime Darby Plantation
* Yihai Kerry (Shanghai) International Trade Co. sign deal to buy 1.3 tons of RBD palm olein from PGEO Marketing Sdn
* Yizheng Fangshun Industry Ltd sign deal to buy 120,000 tons of RBD palm stearin from Cacao Paramount Sdn, unit of Teck Guan Group
* Yizheng Fangshun sign deal to buy 100,000 tons of RBD palm olein from SOP Edible Oils (RUJUK SINI)

Perjanjian urusniaga tersebut telah ditandatangani antara Menteri Perusahaan Utama Malaysia, Teresa Kok dengan Duta China ke Malaysia, Bai Tian.

Secara luarannya sangat menarik. Namun apa keuntungan yang akan diperolehi oleh peneroka-peneroka FELDA dan FELCRA mahupun pekebun-pekebun kecil sawit yang lain? 

Hampir tidak ada. Sebaliknya mereka akan menjadi hamba abdi yang terpaksa menerima harga murah memandangkan perjanjian yang dimeterai oleh Teresa Kok itu adalah untuk memberi kuasa kepada ROBERT KUOK, salah seorang ahli Majlis Orang Tua yang membabitkan kroni-kroni Mahathir. 

Ramai yang melihat perjanjian tersebut dimeterai selepas Malaysia bersetuju untuk membayar gantirugi RM200 juta yang Mahathir katakan, bayaran hutang Malaysia yang dibuat oleh Najib kepada China untuk projek ECRL, sekalipun sebenarnya RM200 juta tersebut adalah sebahagian daripada gantirugi yang dituntut oleh China kerana Malaysia membatalkan projek ECRL yang telah siap 20%. (RUJUK SINI)


Namun yang paling nyata ialah, perjanjian tersebut sebenarnya adalah untuk melebarkan lagi kekayaan Robert Kuok ke atas rakyat Malaysia terutama sekali rakyat Malaysia yang terbabit dalam industri sawit khususnya warga FELDA dan FELCRA. 

Ini adalah kerana Yihai Kerry (Shanghai) Internation Trade Co, yang tandatangani perjanjian pembelian 1.3 tan olen sawit dari PGEO Marketing Sdn. Bhd mempunyai kaitan langsung dengan Robert Kuok. 

PGEO Group itu keseluruhannya dimiliki oleh Wilmar International Limited dan merupakan salah satu kumpulan perniagaan agro integrasi terbesar Asia. Wilmar dimiliki oleh keluarga Robert Kuok. Dan pejabat Wilmar pula terletak di Singapura.

Perkara ini telah disebut dan dibincangkan secara meluas oleh netizen 7 bulan lalu selain kesan-kesan buruknya terhadap peneroka FELDA, FELCRA dan pekebun-pekebun kecil sawit yang kebanyakannya adalah Melayu-Bumiputera.


Friday, January 26, 2018

GAGAL GUNA SARAWAK REPORT, SEKARANG MAHATHIR NAK JAHANAMKAN FELDA DENGAN KEMPEN BOIKOT MINYAK SAWIT PULA?!!!


14 orang delegasi Kedutaan Eropah telah bertemu dengan Dr. Mahathir.

Bagi para penyokong Mahathir, ia merupakan satu penghargaan dan pengiktirafan, apatah lagi setelah Dr. Mahathir sekarang ini merupakan calon Perdana Menteri mewakili Pakatan Harapan. Dan seperti biasalah, apabila sokongan daripada Barat diterima, ia dianggap sebagai satu pengiktirafan yang sangat besar walaupun pada masa yang sama, 14 buah negara yang sama sedang melakukan kempen yang sangat agresif untuk menjatuhkan dan menjahanamkan lebih 300,000 orang peneroka FELDA di seluruh Malaysia.

Kempen boikot minyak sawit bukan baru berlaku. Sudah terlalu lama kempen boikot tersebut dilaksanakan di negara-negara Eropah. Minyak sawit diberikan pelbagai tanggapan buruk termasuklah kesan kepada kesihatan walaupun tiada sebarang bukti klinikal dan farmaseutikal yang mengiktiraf tohmahan berkenaan walaupun minyak sawit terbukti mengandungi carotenoids, phytosterols, Vitamin E dan Vitamin A yang sangat baik untuk jantung dan badan manusia. Sebaliknya, minyak soya yang diketahui memberi kesan buruk kepada buah pinggang dan hati manusia pula, dikempen sebagai minyak sayuran yang lebih berkhasiat.

Memandangkan faktor tentang masalah kesihatan tidak lagi relevan bagi membolehkan pemboikotan minyak sawit, alasan yang digunakan sekarang adalah alam sekitar. (RUJUK SINI) Boikot minyak sawit bererti, membantu menyelamatkan alam sekitar. Seolah-olah kacang soya, bunga matahari, jagung, kacang tanah, dan sebagainya yang diekstrak di Eropah, untuk dijadikan minyak masak, tidak memerlukan tanah dan kawasan lapang. Negara-negara Eropah tersebut cuba menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang telah menerangkan segala hutan-hutannya bagi memberi laluan kepada penananam kelapa sawit.

Malaysia terutama menerusi Menteri Luar, Anifah Aman menjalankan kempen secara aktif untuk memastikan kempen boikot oleh negara-negara Eropah tersebut ditarik kembali memandangkan ia akan memberi kesan besar khususnya kepada golongan pekebun kecil dan peserta FELDA.


Pada November 2017, Musa Aman Ketua Menteri Sabah yang juga merupakan abang kepada Anifah Aman telah memanggil Duta-Duta Eropah ke Sabah untuk bercakap tentang kempen berkenaan. (RUJUK SINI)

Minggu lepas pula, wakil-wakil peneroka FELDA membuat tunjuk perasaan membantah kempen boikot minyak sawit oleh negara-negara Eropah.

Ternyata, aspirasi untuk menyelamatkan salah satu daripada pendapatan negara tidak disukai oleh sebilangan orang yang mahu mencari kuasa di negara ini. Sebaliknya, mereka menggunakan kesempatan itu untuk mencari sokongan bagi memberi tekanan, sepertimana yang mereka lakukan ketika menggunakan Sawarak Report dan Wall Street Journal bagi mewujudkan cerita-cerita bohong tentang 1MDB dan pentadbiran negara.

Ketika Wall Street Journal dan Sarawak Report semakin longlai serta pembohongan mereka semakin terbongkar, kini minyak sawit pula digunakan sebagai senjata.


Sepanjang 22 tahun pentadbiran Mahathir, tiada sebarang usaha untuk membantu para peserta, peneroka dan keluarga FELDA. Malahan FELDA pernah disarankan untuk diswastakan dengan para peserta, peneroka dan ahli keluarga mereka menjadi hamba tebusan syarikat kapitalis yang berjaya menguasai FELDA. Bagaimanapun, tentangan dari dalam UMNO sendiri, berjaya menyelamatkan FELDA daripada jatuh ke tangan kaum kapitalis walaupun Presiden UMNO pada waktu itu berusaha menjahanamkannya.

Sekarang, Presiden UMNO itu telah menjadi 'mantan'. Namun impiannya untuk menghamba-abdikan FELDA, serta tenaga kerja di dalamnya tidak pernah padam dan susut.

Apa sebenarnya dendam Mahathir kepada FELDA sehingga dia sampai hati untuk menjadikan FELDA sebagai medan hamba abdi yang boleh diperdagangkan?


Tuesday, July 25, 2017

PAN VIRAL KONONNYA PENEROKA FELDA KEMAHANG 1 NAK BAGI DUIT INSENTIF RM5000 KEPADA MEREKA... ANGAN-ANGAN SANGAT TINGGI!!!



Pasukan propaganda dan kempen Parti PAN menerusi media-media sosial, khususnya WhatsApp dan Telegram sedang menviralkan kisah 'unik' mereka kononnya 223 orang peneroka Felda Kemahang 1 di Kelantan, akan menyerahkan wang pemberian insentif hujung bulan ini sebanyak RM5000 kepada parti itu sebagai cara 'membuang sial' dan 'menyucikan pendapatan'.

Penyerahan wang tersebut juga adalah untuk persiapan PAN menghadapi PRU-14 yang akan datang.

Dalam propaganda tersebut, wakil kumpulan berkenaan yang dinamakan AYUB berkata, mereka sepakat untuk menyerahkan kesemua wang berkenaan kepada PAN atau Pakatan Harapan Kelantan kerana tidak yakin wang tersebut halal digunakan.

Seorang wakil rakyat daripada PAN akan dijemput untuk menerima wang itu bagi pihak Pakatan Harapan.


Felda Kemahang Tanah Merah terdiri daripada Kemahang 1, Kemahang 2, Kemahang 3 dan Kemahang 4 yang tiada peneroka.

Sebelum ini, Felda Gugusan Kemahang Tanah Merah adalah seramai 1208 orang. Yang tanam semula dan menjual hasil semula dengan  FELDA adalah seramai 909 orang. Felda Kemahang 1 pula merupakan kubu kuat PAS yang terdiri daripada 400 orang lebih peneroka. Sebahagian besar daripada mereka masih bersama-sama FELDA dan sebahagian pula bersendirian semasa proses tanam semula kali kedua.

Difahamkan kesemua peneroka di sini telah habis hutang mereka dengan FELDA.

Bukan kesemua peneroka FELDA yang akan menerima insentif tersebut. Sebaliknya pihak FELDA hanya akan membayar RM5000 kepada para peneroka yang masih bersama-sama FELDA. Manakala peneroka-peneroka yang bersendirian dan merupakan penyokong kuat PAS serta PAN, tidak akan memperolehi insentif tersebut.

Sedar tentang hal tersebut, menyebabkan mereka tidak berpuas hati. Habuan besar yang menanti untuk para peneroka yang masih setia bersama-sama FELDA, turut mahu dinikmati oleh mereka yang tidak lagi bersama-sama FELDA, walaupun masih berada di tanah rancangan tersebut.


Seperti yang diterangkan oleh seorang Facebooker FELDA, Zaki Abdul Sani yang mengibaratkan para peneroka FELDA seperti penyimpan deposit di sebuah bank, kemudian berpindah bank, tetapi apabila bank pertama memberikan pelbagai insentif, para peneroka yang 'berpindah' tersebut tidak selayaknya bercakap tentang keberadaan mereka dalam FELDA lagi walaupun mereka masih tinggal di tanah-tanah rancangan FELDA. Begitu jugalah dengan para peneroka terbabit.

PAN sebenarnya sedang bergelut dengan masalah kewangan yang sangat teruk. Kalau sebelum ini, kewangan mereka banyak bersumber dari DAP, DAP sendiri nampaknya terpaksa berbelanja besar selepas Lim Guan Eng dan DAP berhadapan dengan pelbagai natijah undang-undang, membuatkan peruntukan untuk PAN dari DAP tersekat atau dihentikan.

Itulah antara sebab Mazlan Aliman, Presiden ANAK, dilihat bergelut teruk untuk membayar saman fitnah sebanyak RM500,000 kepada FELDA seperti yang diarahkan oleh mahkamah. Manakala beberapa orang pemimpin PAN lain, terpaksa mengemis simpati dan dana dari orang ramai untuk membina bilik-bilik gerakan di tempat masing-masing. Malahan ada yang terpaksa meminta dan mengemis daripada orang ramai semata-mata untuk menyara hidup dengan alasan 'PERJUANGAN'.


PAN lebih kalut apabila di sebalik cerita-cerita dan cakap-cakap besar kononnya PAN sedang mendapat sokongan besar daripada rakyat Kelantan, bahkan Husam Musa sendiri telah dimartabatkan dan diangkat oleh Lim Kit Siang sebagai bakal Menteri Besar Kelantan menggantikan Ahmad Yaakob dari PAS, Ijtima' Ulama yang diadakan di Kota Bharu beberapa hari lepas telah berjaya menghimpunkan lebih 50,000 orang yang rata-ratanya adalah golongan muda.

Sedangkan pada masa yang sama, PAN sendiri sedang bergelut untuk mengumpulkan para penyokong dan pendengar ceramah serta kempen mereka walaupun bergabung dengan PKR, Parti Cap Bunga dan DAP.

PAN sedang berusaha untuk menempatkan diri di kalangan ahli-ahli PAS, bahkan sedang berusaha untuk menyerang dan menawan kubu-kubu kuat PAS.

Cerita kononnya para peneroka FELDA yang tidak akan dapat insentif RM5000 itu akan memberikan wang insentif berkenaan kepada PAN, adalah cerita yang bersifat angan-angan semata. Ianya bertujuan untuk menunjukkan kononnya PAN telah berjaya menembusi kubu kuat PAS di Kemahang 1 biarpun pada masa yang sama, jumlah para peneroka yang menyokong PAN berbanding PAS, terlalu kecil. Apatah lagi sebilangan besar mereka, masih lagi bersama-sama FELDA dan tidak terpengaruh langsung dengan cakap-cakap subversif Mazlan Aliman!

Sebagai peringatan, pada 16 Oktober 2015, Mahkamah Tinggi Temerloh menolak tuntutan tiga orang peneroka FELDA ke atas FELDA dengan kos. Ketiga-tiga peneroka tersebut menfailkan permohonan untuk mendapatkan satu deklarasi dan perintah mandamus bahawa keputusan FELDA untuk tidak memberikan wang sebanyak RM300 kepada para peneroka sebagai pemberian wang insentif yang masih menyaman FELDA pada tahun 2014 adalah tidak sah kerana mereka masih mempunyai hak yang sama seperti peneroka-peneroka lain.

Hakin setelah mendengar hujah kedua-dua belah pihak pada 2 Jun 2015 menolak permohonan peneroka-peneroka tersebut pada 2 Oktober 2015. Antara alasannya ialah mahkamah mendapati para pemohon tersebut gagal menunjukkan mana-mana peruntukan dalam Akta yang boleh mewujudkan satu tugas atau tanggungjawab FELDA untuk membayar wang insentif kepada para peneroka. Wang insentif tersebut adalah daripada sumber kewangan FELDA sendiri dan keputusan pembayarannya dibuat atas kapasiti FELDA sebagai badan korporat, maka para peneroka tidak boleh mencabar keputusan tersebut melalui proses Semakan Kehakiman. (RUJUK SINI)


Friday, July 14, 2017

DAP TAKKAN HAPUS FELDA, CUMA AKAN PASTIKAN PENEROKA FELDA SEPERTI MELAYU DI PULAU PINANG... HANYA MAMPU PANDANG, TAPI TAK MAMPU MILIKI!!!



Setiap kali buka mulut, para pemimpin DAP khususnya Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tidak pernah lekang daripada menyatakan perjuangan mereka untuk menyelamatkan Malaysia. Segala sistem di Malaysia ini, dianggap tidak betul dan ketinggalan. Malah dari tahun 1966 sehingga ke hari ini, Lim Kit Siang tidak pernah mengiktiraf kepimpinan negara yang bertunjangkan UMNO sebaliknya sentiasa menyatakan, Malaysia sudah bankrap.

Hakikatnya ialah, bukan sahaja taraf hidup kelompok termiskin dahulunya sudah meningkat, bahkan kekayaan kaumnya juga semakin bertambah-tambah. Lim Kit Siang sendiri yang merupakan anak imigran berjaya menghimpunkan kuasa dan pengaruh yang bukan sedikit. Malahan status kehidupan seluruh keluarganya juga berubah secara drastik, terutama selepas Lim Guan Eng, anak lelakinya menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pulau Pinang merupakan antara dua negeri yang ditumpukkan harta kekayaan negara ini semenjak dari zaman sebelum merdeka. Satu lagi negeri adalah Selangor.

Di kedua-dua negeri itu, DAP adalah pemain kuasa utamanya. Bahkan penyumbang-penyumbang dana mereka juga bersarang di kedua-dua negeri tersebut.

Pentadbiran Mahathir selama 22 tahun melebarkan lagi jurang ekonomi antara kedua-dua negeri itu serta kaum Lim Kit Siang dengan kaum-kaum lain. Dan seperti biasa, apabila kuasa ekonomi sudah dipegang, bermakna kuasa politik hanyalah boneka.

Namun, peralihan pucuk pimpinan menyaksikan Najib yang mengambilalih pentadbiran daripada Abdullah Badawi, secara drastik cuba mengubah pola ekonomi tersebut. Kekayaan negara yang dilonggokkan kepada segelintir sahaja, kini dikembang biakkan menerusi program transformasi ekonomi yang lebih cakna rakyat.

Lim Kit Siang tahu seandainya Najib terus dibiarkan, DAP akan berhadapan dengan masalah besar. Apatah lagi, kepala-kepala penguatkuasa undang-undang yang berkhidmat di bawah Najib pula, tidak lagi terikat dengan PERMAINAN BAWAH KARPET sepertimana yang ditunjukkan oleh SPRM, PDRM, mahupun Imigresen. Najib yang mengamalkan dasar lebih terbuka berbanding pendahulu-pendahulunya, bakal memberikan impak yang lebih besar pada masa hadapan sekiranya tidak dibendung atau digulingkan.


Kekuatan Najib datangnya daripada kekuatan UMNO. UMNO bersarang di kawasan-kawasan kampung. Antara kawasan-kawasan kampung adalah tanah-tanah rancangan atau lebih dikenali sebagai FELDA. FELDA sahaja memperuntukkan sekurang-kurangnya 54 kerusi Parlimen dan lebih 100 kerusi DUN. Menguasai kerusi-kerusi FELDA bermakna, penguasaan di Parlimen Malaysia akan lebih terjamin.

Mac 2017, buat kali pertama Lim Kit Siang yang memperjuangkan penghapusan hak-hak istimewa Melayu-Bumiputera membabitkan beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, bercakap kononnya DAP tidak berniat langsung untuk menutup FELDA walaupun mereka berjaya menguasai Putrajaya nanti.

Para penyokong Pakatan, bersorak gembira dan kemudian menjadikannya sebagai hujah kononnya, DAP tidak akan mengubah apa-apa.

Tetapi berdasarkan apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor khususnya, janji-janji Lim Kit Siang atau janji-janji DAP itu hanyalah bersifat menanam tebu di tepi bibir. Benar, DAP tidak melakukan penghapusan etnik atau radikal menghalau orang Melayu di kawasan-kawasan yang mereka menang seperti yang berlaku pada 10 sehingga 13 Mei 1969. DAP tidak lagi berarak membawa penyapu dan sepanduk dengan tulisan-tulisan provokatif.

Sebaliknya, menggunakan lompong undang-undang sepertimana yang berlaku di Pulau Pinang, apabila tanah wakaf yang diwakafkan secara lisan, 'dirampas' dan dibangunkan dengan bangunan-bangunan kediaman agam yang sekadar mampu dipandang, tetapi tidak mampu dimiliki walaupun sekadar pintu berandanya.


FELDA dan masyarakatnya juga ada dalam janji Pakatan Harapan yang baru dilancarkan. Kononnya Pakatan Harapan mahu menjadikan FELDA lebih baik dari sekarang. Masyarakat FELDA yang seringkali dicop dengan pelbagai gelaran kerana memberikan kemenangan kepada UMNO-BN, sekarang ini diumpan dengan pelbagai ganjaran yang indah-indah, hanya untuk membolehkan Pakatan (DAP sebenarnya) berkuasa pada PRU akan datang.

Sepatutnya para peneroka FELDA tidak termakan dan terpedaya dengan umpan DAP itu. Parti yang hanya mempunyai perwakilan seramai 2,600 orang itu pun, sukar untuk dijaga oleh DAP dan buat mesyuarat, bagaimana mereka hendak membela 112,635 orang peneroka FELDA serta keluarga mereka.

Apakah satu lagi Pulau Pinang akan dilakukan di tanah-tanah rancangan FELDA seluruh negara? Adakah tanah-tanah sama ada telah diberi milik atau sebaliknya untuk para peneroka FELDA, merupakan motif utama memandangkan di Pulau Pinang, Lim Guan Eng cukup terkenal sebagai BROKER TANAH TERKEMUKA negara ini. Malahan ramai yang berpendapat, Lim Guan Eng mengumpul kekayaan peribadi hanya dengan menjadi broker tanah!

Berbanding penubuhannya 61 tahun dahulu, FELDA yang ada pada hari ini jauh lebih baik. Generasi ketiga FELDA sekarang sedang menikmati hasil susah payah dan jerih perih para peneroka generasi pertama dahulu.

Bermula dengan Lurah Bilut, FELDA kini adalah satu jenama besar dunia. Maka sudah pastilah, DAP yang cukup tamak dan haloba itu, membuka mata kerana FELDA sudah pun berkembang pesat dengan asetnya-asetnya terutama sekali tanah bernilai beratus-ratus bilion ringgit.

Biarpun negara ini mengamalkan dasar dan sistem demokrasi, namun pada masa yang sama, kepentingan serta hak masyarakat Bumiputera perlu dijaga dan dipelihara seboleh mungkin. Tiada apa-apa yang dapat menjamin hak-hak serta kepentingan tersebut sekiranya masyarakat FELDA sendiri enggan berbuat begitu.

Mungkin para peneroka FELDA terkeliru dengan janji serta kenyataan para pemimpin Pakatan kononnya walaupun Pakatan menang, mereka tidak akan mampu mengubah apa-apa. Hakikatnya, penghapusan 29 buah perkampungan Melayu di seluruh Pulau Pinang adalah bukti paling nyata bagaimana undang-undang boleh dimanipulasi dan diubah sesuka hati. Sedangkan undang-undang sedia ada pun, para pemimpin DAP berjaya manipulasi, sebagai contoh, lihatlah bagaimana Lim Guan Eng berjaya mengelak atau menangguh-nangguhkan perbicaraan kes rasuah dan salahguna kuasanya, inikan pula perkara yang membabitkan keuntungan besar iaitu TANAH!!!

LUAHAN HATI Lim Kit Siang berhubung FELDA sebenarnya adalah rancangan dan impian besar DAP sepertimana luahan hati Tony Pua yang merupakan seorang lagi pemimpin kanan DAP tentang KEBENCIANNYA TERHADAP PENJAWAT-PENJAWAT AWAM yang disifatkannya sebagai membebankan kewangan negara!

Berjanji memang mudah dan seronok untuk dipercayai tetapi apabila tanah sudah hilang, jangan harap akan dapat semula. Tidak ada mana-mana pihak yang akan bermurah hati seperti Kerajaan Malaysia yang akan menyediakan dan memberikan tanah kepada rakyatnya sendiri...



Wednesday, June 14, 2017

FGV TAK MILIKI WALAU SEINCI TANAH FELDA PUN LA WAHAI PENFITNAH DARI CAP BUNGA DAN PAN!!!



Sekarang ini, dengan menggunakan WhatsApp Group, jentera-jentera propaganda khususnya dari Cap Bunga dan PAN sedang menabur fitnah kononnya, FELDA dan FGV bakal terjual kepada 3 syarikat dari China menerusi pembelian besar-besaran saham-saham murah FGV di Bursa. Kata mereka lagi, dengan pembelian tersebut, maka semua tanah FELDA dan FGV akan beralih tangan kepada ketiga-tiga syarikat dari China itu. 

Modus operandi dan SOP mereka samalah sepertimana yang mereka gunakan dalam isu membabitkan Proton dan Lotus. 

Para peneroka dan pemilik tanah di Felda ditakut-takutkan dengan harapan, para peneroka akan mengalihkan sokongan kepada mereka bilamana PAN dan Cap Bunga berjanji akan memansuhkan dan menghalang pemilikan oleh syarikat-syarikat dari China itu ke atas tanah-tanah Felda dan FGV. 

Satu pembohongan yang sangat jelas dengan menggunakan ketakutan dan kebimbangan para peneroka FELDA.

Dakwaan PAN dan Cap Bunga itu tidak lebih daripada sekadar 'sampah' dan karut!

FELDA dan FGV adalah dua entiti yang berbeza. FELDA adalah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan. FELDA memiliki 34% saham-saham di dalam FGV. Manakala peranan FGV pula menguruskan perladangan, juga membeli buah-buah sawit daripada para peneroka, memprosesnya dan kemudian menjual minyak sawit ke pasaran. 

Berbeza daripada PROTON di mana jualan kereta-kereta Proton dilakukan sepenuhnya oleh syarikat swasta DRB-Hicom dan tidak lagi tersenarai di bursa saham semenjak 2011 selepas mengikut nasihat Dr. Mahathir, sekaligus membuatkan 'golden shares' milik kerajaan di dalam Proton terbatal. 

Sebarang jualan saham-saham Proton kepada mana-mana pihak adalah atas keputusan dan urusan pemilik-pemilik saham swastsa memandangkan kerajan tidak memegang sebarang saham atau kepentingan di dalam Proton. 

FGV tidak memiliki sebarang tanah FELDA. Sebaliknya FGV menyewa 335,000 hektar daripada keseluruhan 850,000 hektar tanah milik FELDA di bawah Perjanjian Pajakan Tanah (LLA). 

Oleh itu, TIADA SEINCI TANAH FELDA pun akan dijual kepada China atau mana-mana pihak memandangkan FGV memiliki mana-mana tanah pun.

Selain daripada menyewa atau memajak tanah daripada FELDA, semenjak disenaraikan FGV turut membeli beberapa syarikat perladangan lain dan tanah-tanah kelapa sawti. 

Antaranya termasuklah pengambilalihan Pontian United Plantation Bhd yang dimiliki oleh penasihat DAP, Chen Man Hin dengan harga RM1.2 bilion dan Asia Plantation Ltd (dari Bursa Saham London) dengan harga RM628 juta. FGV turut membelanjakan RM2.2 bilion untuk membeli baki kepentingan 51% di dalam Felda Holdings Bhd daripada bekas pemegangnya, Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad pada Oktober 2013. Pembelian terbaharu adalah ladang sawit berkeluasan 836.1 hektar dari Golden Land Bhd dengan harga RM655 juta tunai pada tahun 2015.

FGV juga adalah syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur. Maknanya, apabila disenaraikan di pasaran saham, sesiapa sahaja boleh membeli saham-saham daripada pasaran saham termasuklah syarikat-syarikat dari China atau mana-mana bahagian dari seluruh dunia. Tetapi itu tidak bermakna, mereka akan mengawal atau menguasai syarikat selagi mana pemegang saham majoriti tidak menjual kepentingan dan pegangan mereka. 

Mengambil kira apa yang dilakukan oleh Mahathir dalam menswastakan dan menyenaraikan syarikat-syarikat di bursa seperti Lembaga Padi Negara menerusi BERNAS, LLN menerusi Tenaga Nasional, lapangan-lapangan terbang menerusi MAHB, Jabatan Pos kepada POS Malaysia, syarikat komunikasi negara kepada Telekom, Axiata, pelabuhan dan banyak lagi.

Adakah akhirnya, kebanyakan daripada syarikat-syarikat tersebut berada di tangan orang asing yang telah melabur dan membeli saham-saham di pasaran?

Sekiranya syarikat-syarikat dari China berminat untuk membeli saham-saham FGV, mereka pastinya akan memborong saham-saham FGV, sekaligus akan meningkatkan harga saham-saham FGV. Tetapi mereka tetap tidak akan menjadi pemilik majoriti atau mengawal pemegang-pemegang saham yang lain sama seperti yang berlaku dalam MAHB, Telekon, Tenaga Nasional, POS dan sebagainya. 

Sebenarnya, terdapat laporan-laporan berita semenjak dua bulan lalu, 3 syarikat dari China berminat untuk membeli kepentingan strategik di dalam FGV. Salah satu syarikat tersebut adalah COFCO. (RUJUK SINI)

COFCO merupakan syarikat pemprosesan, pembuatan dan perdagangan makanan terbesar di China. Perniagaan mereka adalah menggunakan bahan mentah seperti minyak kelapa sawit untuk menghasilkan makanan. 

Untuk menghasilkan barangan makanan seperti minyak masak, COFCO akan boleh menggunakan minyak kelapa sawit atau mereka boleh menggantikannya dengan minyak-minyak masak lain seperti minyak soya mahupun minyak dari lemak haiwan. 

Sekiranya mereka pemegang strategik dalam FGV, kepentingan COFCO sudah tentulah untuk memastikan bekalan bahan mentah seperti minyak kelapa sawit sentiasa terjamin. 

Ini merupakan satu perkembangan yang bagus untuk FGV memandangkan pelanggan utama tidak akan bertukar dari minyak sawit kepada minyak-minyak masak lain atau membeli minyak sawit dari Indonesia mahupun negara-negara lain. 

Bayangkan jaminan dan kestabilan bagi para penanam kelapa sawit dan para peneroka FELDA di negara ini apabila minyak sawit dari Malaysia menjadi komoditi utama untuk menghasilkan produk-produk makanan dan dijual oleh syarikat-syarikat makanan dari China kepada rakyatnya yang berjumlah 1.4 bilion orang. Ini bermakna, harga sawit akan menjadi lebih stabil dan terjamin.

Bagaimanapun, semua ini hanyalah spekulasi dan buat masa ini, tiada sebarang indikasi yang COFCO akan melaksanakan pembelian berkenaan. 

Sekiranya benar parti-parti pembangkang seperti PAN dan Cap Bunga memperjuangkan kepentingan negara ini atau pun para peneroka, mereka tidak akan berterusan menyerang FGV sebaliknya membenarkan saham-saham FGV meningkat harga di pasaran, sama seperti yang dilakukan oleh Hew Kuan Yew dari DAP yang bermegah-megah kerana berjaya menjatuhkan harga-harga saham Lynas selepas menyerang Lynas selama beberapa tahun. 

Saham-saham FGV sekarang berharga rendah dan ia sememangnya amat menarik dan murah untuk syarikat-syarikat asing membelinya. Bagaimanapun pihak pembangkang, khususnya Cap Bunga dan PAN, lebih seronok mengambil kesempatan dan memanipulasi orang kampung untuk mensabotaj ekonomi mereka sendiri dengan mencipta pembohongan dan menyaburnya menerusi WhatsApp.

LIM SIAN SEE


Sunday, June 11, 2017

54 DARIPADA 60 KERUSI PARLIMEN FELDA, MASIH SELAMATKAH UNTUK UMNO-BN SELEPAS PARTI CAP BUNGA AKAN GUNA PENGARUH DR. MAHATHIR UNTUK DAPATKAN UNDI PENEROKA?!!!



Awal Januari 2017, dalam satu mesyuarat DAP yang berlangsung di Wisma DAP, Jalan Rangoon yang dihadiri pemimpin-pemimpin kanan parti itu dan dipengerusikan oleh Chow Kon Yeow, keikhlasan Parti Cap Bunga yang dipengerusikan oleh Dr. Mahathir dan diPresidenkan oleh Muhyiddin Yassin dipersoalkan oleh kebanyakan pemimpin-pemimpin kanan DAP itu.

Malah beberapa orang daripada mereka turut mempersoalkan keghairahan Dr. Mahathir menghentam Najib dan kemudian berbaik-baik dengan Lim Kit Siang dalam tujuan untuk menaikkan anaknya, Mukhriz Mahathir di samping membela kroni-kroninya yang hilang kepentingan akibat dasar-dasar dan polisi-polisi baru pentadbiran Najib Abdul Razak.

Isunya adalah berkisar tentang pembahagian kerusi yang akan ditandingi. Kemasukan Parti Cap Bunga ke dalam Pakatan Harapan yang diketuai dan diterajui oleh DAP, menambah sukar untuk DAP menjadi dominan.

Chow Kon Yeow akhirnya meredakan kekecohan tersebut dengan menyatakan DAP Pusat hanya membenarkan Parti Cap Bunga bertanding di kerusi-kerusi FELDA sahaja.

FELDA mempunyai 60 kerusi Parlimen dan 92 kerusi DUN. Daripada 60 kerusi Parlimen itu, UMNO-BN menguasai 54 kerusi. Hanya beberapa kerusi Parlimen dan DUN FELDA sahaja yang berjaya dirampas oleh PAS atau PKR dari tangan UMNO-BN. Tanah Rancangan Persekutuan yang didominasi oleh pengundi-pengundi Melayu itu - walaupun di beberapa tanah rancangan terdapat campuran kaum Cina, India dan Melayu - mempunyai 317 kawasan penempatan peneroka, dan merupakan satu perempat daripada 222 jumlah kerusi Parlimen serta 96 kerusi DUN. Felda Plantation sahaja memiliki tanah seluas 341,000 hektar, majoriti di Sabah dengan keluasan 100,000 hektar.

Di Pahang sahaja, 12 daripada 14 kawasan Parlimennya mempunyai penempatan FELDA. Di DUN negeri itu pula, 27 daripada 42 kawasan adalah FELDA.


Kali pertama DAP mula mengintai kerusi-kerusi FELDA adalah pada pertengahan tahun lepas selepas menjadi dalang kepada PKR dan ANAK menghasut masyarakat FELDA dari tahun 2013. Bagaimanapun, 'kesilapan' menghasut yang diterajui oleh PKR dan ANAK menyaksikan hampir kesemua kes peneroka menentang FELDA yang dibawa ke mahkamah, berakhir dengan kekalahan dan para peneroka tersebut terpaksa membayar gantirugi yang besar selain kehilangan manfaat lain dari FELDA serta bayaran guaman yang tidak berkurang satu sen pun. 8 orang peneroka pula kalah dalam saman terhadap Perdana Menteri dan diperintahkan membayar ganti rugi kepada Perdana Menteri.

PKR lebih awal cuba menembusi kerusi-kerusi FELDA setelah mengambil kira asas yang telah dibuat oleh PAS ketika PAS berada dalam Barisan Nasional dan ketika PAS diberikan tanggungjawab menjaga FELDA pada waktu itu.

Antaranya, pada 13 Februari lalu Felda dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings (FGVH) Sdn. Bhd. beroleh ganti rugi RM70,000 setelah memenangi kes saman mereka terhadap Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan dua lagi.

Ini berhubung penerbitan dua artikel berbaur fitnah dalam akhbar mingguan, Suara Keadilan, kira-kira tujuh tahun lalu. ­Pernyataan fitnah itu terkandung dalam artikel pertama bertajuk ‘Felda Bankrap’ yang diterbitkan pada 22 Jun 2010 dan artikel kedua berserta gambar bertajuk ‘Kontroversi’ dan ‘Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu’ bertarikh 29 Jun 2010 yang diterbit dan diedarkan oleh akhbar itu.

Pada tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuantan, Pahang turut menolak saman dikemukakan 571 peneroka daripada Felda Chini dan Chini Timur di Pekan terhadap Felda dan sebuah anak syarikatnya atas dakwaan menipu kadar perahan minyak kelapa sawit serta pecah amanah.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Mariana Yahya membuat keputusan itu selepas mendapati plaintif gagal membuktikan dakwaan itu setelah mendengar keterangan 24 saksi daripada kedua-dua belah pihak sepanjang 51 hari perbicaraan sejak 2014.

Beliau memerintahkan kesemua plaintif membayar kos ganti rugi berjumlah RM300,000 kepada Felda dan Felda Palm Industries Sdn. Bhd.

Demikian juga pada 29 Mei 2015 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan tuntutan Felda dan memerintahkan Mazlan dan Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd. membayar kepada Felda RM350,000 sebagai ganti rugi am dan ganti rugi teruk.

Sekarang ini, Parti Cap Bunga benar-benar mahu membuktikan kepada DAP bahawa Dr. Mahathir mempunyai pengaruh yang sangat besar kepada masyarakat pengundi FELDA walaupun ketika berkuasa selama 22 tahun, tidak banyak yang dilakukannya untuk masyarakat FELDA sebagaimana yang dibuat oleh Najib Abdul Razak.

Selepas gerakan-gerakan mencemarkan reputasi FELDA giat dijalankan bagi memecahbelahkan peneroka dan generasi muda FELDA yang dilakukan oleh PKR dan ANAK yang diketuai oleh Mazlan Aliman, Cap Bunga masuk dan dengan menggunakan pengalaman mereka di dalam UMNO, pelbagai dakyah dan tohmahan baru dibuat bagi membolehkan sekurang-kurangnya 29 kerusi Parlimen FELDA berjaya ditawan oleh Cap Bunga pada PRU akan datang.


Ironinya, seperti yang diakui oleh Ketua Penerangan PPBM Kamaruddin Mohd Nor pada 18 Mei 2017, seandainya prestasi FELDA baik, para peneroka akan terus menyokong. Bagaimanapun, beberapa kemelut yang melibatkan pentadbiran dan pengurusan FELDA dan anak syarikat terutamanya FGV, menyebabkan sokongan kepada UMNO-BN merosot.

FELDA sebagai deposit selamat BN mungkin tidak keterlaluan kalau dikatakan, sudah tinggal sejarah. Masalah kewangan dan dakwaan salah laku dalam pentadbiran FELDA, selain ramai peneroka yang menanggung hutang besar di samping bergelut menyara kehidupan seharian, adalah antara faktor utama yang mungkin akan menyaksikan perpindahan sokongan dari UMNO-BN kepada Pakatan, khususnya Cap Bunga.

Antara faktor besar yang masih diperkatakan ialah, kekecewaan sebilangan besar peneroka kerana tidak dapat pulangan setimpal daripada pelaburan mereka dalam FELDA Global Ventures Holdings yang disenaraikan di Bursa Saham Malaysia pada 2012 dan menarik perhatian ramai apabila meraih tawaran awam awal (IPO) berjumlah RM10.5 bilion, kedua terbesar selepas Facebook, sekaligus membolehkan keluarga peneroka menerima 'durian runtuh' berjumlah RM15,000.

Namun dari sehari ke sehari, saham-saham FGV jatuh harga dan merudum. Daripada harga mencecah RM5.00 seunit, kini berada di bawah paras RM2.00.

Laporan Ketua Audit Negara sebelum ini juga mencetuskan kebimbangan apabila menyatakan wujudnya salah guna dana mencecah RM200 juta. Pengakuan Pengerusi baru FELDA Tan Sri Shahrir Samad bahawa banyak perkara dalam FELDA dilakukan tanpa mengikut protokol dan prosedur sebelum ini, pastinya akan akan mengambil masa untuk memenangi semula keyakinan para peneroka FELDA.

Thursday, June 8, 2017

CERITA SEBENAR KEMELUT YANG BERLAKU DI FGV BABITKAN CEO DAN PENGERUSI!!!



Para penyiasat SPRM memulakan pengumpulan dokumen-dokumen di ibu pejabat Felda Global Ventures Holdings (FGV) hari ini bagi memudahkan penyiasatan mereka berhubung rasuah dan salahguna kuasa di syarikat minyak sawit ketiga terbesar dunia itu. 

SPRM turut menyiasat beberapa orang pegawai FGV ekoran penggantungan tugas CEO, CFO dan dua orang eksekutif syarikat itu awal minggu ini. 

Jurucakap SPRM berkata, agensi anti rasuah itu berada di pejabat FGV di Kuala Lumpur untuk 'mengumpulkan dokumen-dokumen sokongan' selepas mengadakan pertemuan dengan CEO FGV Datuk Zakaria Arshad semalam. 

Para penyiasat turut menyita laptop dan komputer. Bagaimanapun butiran lanjut tentang perbincangan dengan Zakaria, tidak diberikan. 

Sumber FGV yang tidak dinamakan berkata, pegawai-pegawai SPRM turut mahu membuat pertemuan dengan Pengerusi mereka, Isa Samad di pejabat syarikat. 

Bercakap kepada pemberita hari ini, Isa berkata, dia akan bertemu dengan para penyiasat agensi anti rasuah tersebut jikalau diminta. Menurutnya lagi, FGV akan meneruskan siasatan mereka sendiri berhubung transaksi dengan anak-anak syarikat yang menyumbang kepada rasa syak terhadap eksekutif-eksekutif FGV.

Isa merupakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan bekas Naib Presiden UMNO.

Sementara itu, pejabat Perdana Menteri mula campurtangan dalam perbalahan lembaga pengarah itu dan meminta seorang bekas menteri kabinet untuk menangani masalah penggantungan tugas eksekutif-eksekutif tertinggi FGV.

Kekalutan di FGV - yang pemilik terbesar kepentingannya adalah FELDA - boleh menjejaskan Najib Abdul Razak terutama dalam bulan-bulan terakhir sebelum PRU ke-14 diadakan. Para pemegang saham FGV, kebanyakannya merupakan pemilik tanah kecil, seringkali menjadi tambatan kepada Najib di medan PRU. 

Peneroka Felda atau pemilik tanah merupakan pengundi majoriti di 54 daripada 222 kerusi Parlimen Malaysia. Mereka memiliki saham dalam FGV yang telah membolehkan syarikat tersebut mengumpulkan USD3 bilion atau RM12.7 bilion, sekaligus menjadikan salah satu penyenaraian terbesar dunia pada 2012. 

Saham FGV jatuh 70% semenjak dilancarkan, sekaligus memberi kesan yang besar kepada kaum peneroka. Mereka turut merungut tentang kelambatan pembayaran daripada Felda yang membeli buah-buah sawit yang dihasilkan dari tanah mereka. 

Saham-saham FGV jatuh 0.6% hari ini menjadi RM1.65 bagi setiap saham, sekaligus menurunkan nilai syarikat kepada RM5.91 bilion. Saham-saham tersebut telah jatuh nilai lebih kurang 6% semenjak penggantungan tugas eksekutif-eksekutif kanan itu pada Selasa lalu. 

Lembaga Pengarah FGV berkata, urusniaga dengan syarikat pembeli minyak sawit yang berpangkalan di Dubai, Safitex, menjadi tumpuan siasatan utama oleh syarikat. Safitex dilaporkan berhutang dengan FGV sebanyak USD11.7 juta semenjak 2016.

Krisis di FGV terdedah kepada awam pada hari Selasa apabila surat CEO Zakaria kepada Pengerusi, menyatakan keengganannya untuk meletakkan jawatan sebagaimana yang diarahkan oleh Pengerusi, bocor. 

Lembaga Pengarah FGV kemudiannya menggantung tugas Zakaria dan tiga orang yang lain. CEO itu menafikan sebarang salahlaku dan meminta SPRM melakukan siasatan ke atas FGV.


Wednesday, June 7, 2017

BILA PEJABAT PERDANA MENTERI DAH MASUK CAMPUR DALAM KEMELUT FGV, ELOKLAH ISA SAMAD DIREHATKAN DAN DICUTIKAN!!!



Akhirnya Kerajaan 'campurtangan' dalam kemelut FGV membabitkan Pengerusi FGV yang sangat berkuasa, Isa Samad dengan CEOnya, Zakaria Arshad dan CFOnya, Ahmad Tifly.

Idris Jala telah dilantik oleh Pejabat Perdana Menteri untuk menjadi pihak bebas yang akan meneliti hal dalaman FGV yang menjurus kepada kemelut yang tidak perlu itu.

Beberapa pihak, termasuklah Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man secara jelas, memberikan  sokongan kepada Zakaria Arshad dan Ahmad Tifly berbanding Isa Samad.

PKR menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Rafizi Ramli turut menunjukkan sikap yang sama.

Sebahagian daripada mereka yang pro-BN tetapi banyak menegur tentang FELDA dan FGV turut menyatakan perkara yang sama.

Kenyataan Isa Samad yang mewajarkan tindakan terhadap Zakaria Arshad, dilihat hanyalah sebagai selubung semata-mata.

Sekurang-kurangnya persepsi itulah yang diwujudkan sekarang ekoran pelbagai masalah yang melanda FELDA dan FGV sepanjang Isa berkuasa di entiti tersebut. Soal sama ada ianya benar, separuh benar atau tidak benar, tidak timbul sama sekali kerana persepsi berkenaan telah bermain semenjak sekian lama. Apatah lagi dengan perkembangan di Felda dan FGV yang menyaksikan ramai pegawai-pegawainya dipecat dan disingkirkan.

'Pendamai' yang dilantik adalah Idris Jala. Sebelum ini, kata dua telah diberikan oleh Zakaria Arshad yang jelas tidak bersetuju dengan tindakan yang dikenakan ke atasnya walaupun Isa Samad bermodalkan laporan audit PWC. Secara tidak langsung, ia menunjukkan kemelut di dalam FGV bukannya ribut di dalam cawan sahaja, sebaliknya taufan dan badai yang pada bila-bila masa sahaja mampu memberikan kesan yang sangat negatif kepada para peneroka FELDA.

Justeru, seelok-eloknya, cutikanlah dan rehatkanlah semua pihak terutama sekali Isa Samad, Zakaria Arshad dan Ahmad Tifly sehingga selesai siasatan terutama yang membabitkan SPRM dijalankan.

Apatah lagi FELDA dan FGV sebenarnya memerlukan kepakaran korporat bukannya ahli politik yang berasakan dia terlebih pandai walaupun kerugian demi kerugian daripada projek-projek 'gila' FELDA dan FGV terus dicatatkan!!!


Tuesday, June 6, 2017

ISU FGV: SIASATAN MENYELURUH PERLU, TIDAK SAHAJA ZAKARIA ARSHAD DAN AHMAD TIFLY, ISA SAMAD JUGA PERLU BERCUTI DAN DIREHATKAN!!!



Walau apa pun yang berlaku dalam FGV yang tidak diketahui oleh orang luar, atau sebarang alasan yang diberikan oleh kedua-dua belah kem, selain campurtangan SPRM yang dikatakan telah bersetuju untuk melakukan siasatan. SPRM dilaporkan telah menerima beberapa maklumat penting berhubung masalah yang berlaku dalam entiti FELDA itu. Namun yang lebih penting, kes ini sebenarnya memberikan kesan sama ada jangka pendek atau jangka panjang kepada para peneroka FELDA itu sendiri.

Pada ketika FGV sendiri terpaksa bergelut untuk mendapatkan keuntungan daripada penyenaraiannya di bursa, dan beberapa bulan kebelakangan ini, penyelarasan tersebut sedang dibuat oleh pasaran, kemelut yang menimpa FGV masakini, tidak akan mengunjurkan pertumbuhan yang lebih baik kepada FGV, sebaliknya akan memberikan kesan yang lebih buruk, terutama sekali kepada imej Perdana Menteri yang kuat melindungi dan memperjuangkan FELDA serta FGV sendiri.

Sebarang masalah antara Tan Sri Isa Samad dengan Dato Zakaria Arshad dan Ahmad Tifly Mohd Taha, seharusnya tidak mengaitkan pihak lain kecuali pihak berkuasa seperti SPRM.

Dan kalaupun benar siasatan dalaman FGV mewajibkan Zakaria dan Ahmad Tifly bercuti sementara, sewajarnya Isa Samad turut bercuti daripada FELDA dan FGV. Siasatan harus dibuat secara menyeluruh, tidak sahaja membabitkan Zakaria dan Ahmad Tifly, tetapi juga Isa Samad dan ahli keluarganya yang berada di dalam FELDA.

Pendedahan yang dibuat oleh blogger Malaysia Today, RPK di dalam blognya, adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan. Penglibatan Isa Samad dalam Delima dan Safitex yang menandatangani perjanjian pada 17 Oktober 2015, boleh memberikan banyak makna. Apatah lagi, antara punca Zakaria direhatkan adalah kerana urusniaga antara Delima dan Safitex. (BACA JUGA DI SINI)

Sebelum ini, terdapat beberapa projek gila termasuklah membela sturgeon yang mengatasnamakan FGV dan FELDA. Bagaimanapun, projek berkenaan tidak diteruskan walaupun beberapa pihak kelihatan amat teruja dan terdorong untuk melaksanakannya walaupun pada masa yang sama cukup sedar, haiwan akuatik tersebut tidak pernah ditemui hidup di perairan air tawar tropika seperti Malaysia. (RUJUK SINI)

Projek tersebut khabarnya sedang dan masih disiasat oleh SPRM. Dan FELDA dikatakan memberikan kerjasama yang baik untuk proses siasatan.

Cerita-cerita 'aneh' yang berkisar di dalam FELDA dan FGV sepanjang Isa Samad diberikan kuasa, sangat banyak. Para peneroka yang dahulunya tidak pandai bercerita, juga sekarang ini pandai bercerita. Mungkin mereka termakan hasutan daripada pihak pembangkang seperti yang kerap didakwa. Namun pada masa yang sama, banyak persoalan yang dibangkitkan, termasuklah hutang para peneroka kepada FGV, tidak pernah dijawab secara tuntas dan jitu.

Justeru, FGV dan FELDA sebenarnya perlu merehatkan Isa Samad juga bagi membolehkan siasatan dilakukan secara adil dan saksama. Nafi memang boleh nafi tetapi orang awam, terutama sekali para peneroka dan mereka yang terlibat dengan FELDA secara langsung atau tidak langsung, sudah tentu menuntut keadilan yang lebih besar berbanding sekadar mendengar pelbagai teori dari sebelah pihak.

Rehatlah dan bercutilah, Tan Sri Isa Samad!


Thursday, March 23, 2017

PAKATAN HASUT PENEROKA FELDA TANDATANGAN PETISYEN DESAK BUKA FELDA UNTUK SEMUA KAUM!!!



Kebencian DAP terhadap peneroka FELDA dan FELDA itu sendiri sudah lama ditunjukkan. FELDA bagi DAP adalah keistimewaan orang Melayu-Bumiputera dan lambang ketidakadilan kepada rakyat Malaysia yang bukan Melayu dan bukan Bumiputera. DAP mahu menuntut hak tersebut, sekalipun dalam Perlembagaan Malaysia termaktub keistimewaan orang Melayu-Bumiputera tentang pemilikan tanah serta skim subsidi serta bantuan yang lain.

DAP walaupun tidak menyatakan secara berterus-terang yang mereka MEMERANGI peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia itu tetapi dari semasa ke semasa mereka menunjukkan permusuhan dan iltizam untuk mengubahnya dengan apa cara sekalipun.

Mereka hampir berjaya sebenarnya....

Begitu jugalah dengan FELDA.

Selama ini, tiada langsung bantuan atau pun sokongan daripada DAP terhadap FELDA dan penerokanya. Bahkan DAP kerapkali meuwar-uwarkan bahawa FELDA perlu dibuka kepada semua kaum terutama Cina dan India agar 'kemudahan' tersebut dinikmati semua rakyat Malaysia biarpun pada masa yang sama, DAP tidak pernah berusaha MEMALAYSIAKAN para pengikut dan ahli-ahli mereka termasuklah melancarkan pertuturan dan kefahaman dalam Bahasa Kebangsaan. Yang mereka mahu dan tuntut adalah kemudahan serta keistimewaan.


Sekarang ini, dengan bantuan daripada pemimpin-pemimpin Melayu yang sudah terkenal sebagai pensabotaj seperti Rafizi Ramli yang telah berusaha keras untuk menjahanamkan Tabung Haji, Yapeim dan sebagainya, DAP mulai masuk ke FELDA-FELDA dan menghasut para peneroka, terlebih-lebih lagi generasi kedua dan ketiga FELDA yang diketahui banyak bermasalah untuk menyokong mereka membuka FELDA kepada kaum lain, sekaligus mengenepikan generasi kedua dan ketiga FELDA yang sedang dimanjakan oleh pemerintah sekarang.

Masyarakat FELDA bolehlah mula berkemas-kemas sekiranya mereka benar-benar menyokong usaha-usaha DAP yang cuba mendapatkan petisyen agar FELDA dibuka kepada umum sebagaimana yang dihajatkan oleh DAP.

Bukan kerana mahu membantu negara, tetapi kerana TANAH... sama seperti perjuangan DAP di Sabah dan Sarawak yang mahukan Tanah-Tanah Adat dan Anak Negeri yang kata mereka, dibazirkan dengan sistem tradisional yang diamalkan sekarang!


Wednesday, January 18, 2017

MATI KUTU!!! RAFIZI MARAH BILA SHAHRIR SAMAD MEMBAKULSAMPAHKAN SAHAJA PENGIRAANNYA!!!



Selalunya Rafizi bangga dengan apa yang dilakukannya walaupun dia telah dibuktikan salah atau menfitnah. Bahkan Rafizi Ramli akan mempertahankan fakta dan angka-angka ciptaannya walaupun dibuktikan dia sebenarnya sengaja melakukan kesalahan. 

Namun selepas Shahrir Samad diangkat menjadi Pengerusi FELDA, Rafizi menunjukkan kebimbangan yang bukan sedikit terutama apabila Shahril membakulsampahkan pengiraan matematik Rafizi tentang kerugian yang bakal dialami oleh FELDA kesan daripada penyahsenaraian FGV.

Menurut Rafizi, penyahsenaraian FGV akan menghasilkan kerugian bernilai RM7.8 bilion. Kerugian tersebut disebabkan: 

(1) RM2.9 bilion yang perlu dibayar oleh FGV bagi membeli kembali stok daripada pemegang-pemegang saham. 
(2) RM2 bilion dana awam yang telah rugi kesan daripada kejatuhan harga saham FGV
(3) RM2.9 bilion yang perlu dibayar oleh FGV kepada EPF dan perbelanjaan-perbelanjaan lain. 

FELDA memegang kepentingan sebanyak 37% dalam FGV. Untuk membeli balik baki saham seperti yang didakwa Rafizi bernilai RM2.9 bilion, FELDA perlu memiliki kepentingan 100% di dalam FGV. Berdasarkan kepada harga pasaran saham hari ini, FGV bernilai RM2.67 bilion. 

Ketika kali pertama disenaraikan, saham-saham bernilai RM10.5 bilion telah dijual dengan RM6 bilion berpatah balik kepada FELDA manakala RM4.5 bilion pula kekal di dalam FGV. Baki berkenaan telah digunakan untuk mengambilalih beberapa syarikat perladangan termasuklah Pontian Plantation yang dimiliki oleh pengasas DAP, Chen Man Hin. 

RM6 bilion yang dimiliki oleh FELDA pula telah digunakan untuk penanaman semula dan membayar bonus khas sebanyak RM15,000 bagi setiap keluarga peneroka berserta dividen-dividen lain. 

Selain daripada menerima RM6 bilion semasa penyenaraian, FELDA turut menerima RM250 juta setiap tahun dan 15% daripada keuntungan operasi setiap tahun semenjak FGV disenaraikan yang terhasil daripada Perjanjian Pajakan Tanah. 

Keetika sebahagian dana kerugian akibat kejatuhan harga saham FGV, FELDA tidak rugi apa-apa kerana FELDA telah pun membuat wang selepas harga CPO disenaraikan pada premium tertinggi dan tidak terjejas akibat kesan kejatuhan harga saham. 

Dana yang kerugian adalah dana portfolio dan akan mencatatkan keuntungan menerusi pelaburan lain atau penyenaraian, termasuklah penyenaraian IHH Berhad yang sekarang ini harganya adalah tiga kali ganda. 

Penyahsenaraian tidak bermakna FGV atau FELDA perlu membayar semula pinjaman bernilai RM2 bilion daripada EPF. Ini adalah kali pertama wujud keperluan pembayaran semula pinjaman hanya kerana kita menyenarai atau menyahsenaraikan syarikat. Apatah lagi FGV telah pun membuat bayaran tersebut beberapa tahun sebelum ini dan jumlah berkenaan telah turun menjadi RM1.58 bilion.

Jadi di mana ruginya FELDA seperti yang didakwa oleh Rafizi Ramli? Fahaman ekonomi mana yang mengajar bahawa membayar pinjaman dianggap sebagai satu kerugian?

Dan kalau benarlah seperti yang dikatakan oleh Rafizi, sudah tentu Ananda Krishnan tidak akan berhenti menyenarai dan menyahsenaraikan syarikat-syarikatnya seperti ASTRO, MAXIS, Bumi Armada, Times dan sebagainya berkali-kali. Kalau benarlah seperti yang didakwa oleh Rafizi Ramli, penyenaraian dan penyahsenaraian merugikan, takkanlah Ananda Krishnan buat berbilion ringgit daripada aktiviti tersebut?


Sunday, January 8, 2017

KENYATAAN TERBUKA ZULKIFKLI NORDIN KEPADA SHAHRIL SAMAD TENTANG SALAH LAKU DALAM FELDA!!!



Assalammualaikum.

Alasan alasan kenapa kami mahu Pengerusi Felda merombak Felda Technoplant @ FTP.

1. Terdapat 3 orang Pengurusan Tertinggi yang telah di cadangkan untuk dikenakan tindakan tatatertip oleh pihak Pengurusan Felda/ FTP. tetapi ianya telah dihalang oleh DG. Felda melalui arahan yang dikeluarkan secara bersurat oleh COO. FTP.

2. Sebanyak RM1juta duit levi Pekerja Asing telah gagal dikembalikan oleh pihak yang telah diberi tanggung menguruskan kemasukkan Pekerja Asing. Kegagalan ini telah menyebabkan beliau diberi surat tunjuksebab tetapi kes tidak diteruskan kerana ada arahan dari DG.

3. Pengurusan Tertinggi di FTP. telah bersengkongkol sesama sendiri dengan menaikan grad gaji 8 Orang Pegawai tanpa kelulusan pihak Tertinggi di Menara Felda. Kes juga telah dibatalkan atas arahan DG. Felda. Walau bagaimana pun semua 8 orang yang terlibat telah diarahkan membayar semula jumlah kenaikan gaji yang dibayar tanpa kelulusan Felda.

4. Ketidakcekapan seorang Pengurus Kanan FTP telah menyebabkan FTP telah disenarai hitamkan oleh CTOS dan ini menyebabkan ALP. FTP. termasuk Tan Sri Pengerusi Felda ketika itu telah disenarai hitamkan oleh CTOS.

5. Ketiga tiga Pengurusan Kanan FTP. ini yang pernah diberi surat tunjuk sebab malah ada yang pernah ditukar tetapi telah diambil semula bertugas dan ketika ini msh. bertugas di FTP malah telah diberi kenaikan gaji dan bonos oleh FTP/ Felda.

6. CEO. FTP telah berbohong dengan pihak kami JKB. SGK2F. bila mana tidak mengakui bahawa Penyata Hutang Peneroka dibawah tanggungjawabnya semasa diawal perjumpaan kami dengannya bulan April, 2015. Siasatan kami selepas itu mendapati bahawa beliaulah yang sebenarnya bertanggungjawab menjaga kewangan/ Penyata Hutang Peneroka sejak FTP. dibawah FASSB. lagi sehinggalah beliau dilantik sebagai CEO FTP.

7. CEO. FTP telah gagal memberikan penjelasan kepada kami kenapa Penyata Hutang Peneroka tidak disediakan sejak 2003 lagi ? Setelah didesak barulah Penyata Hutang Peneroka dikeluarkan (setelah lebih 10 tahun) dan ianya amat meragukan kami dengan tercatat butiran lambakan hutang yang tinggi sehingga ada yang mencecah sehingga RM200K.

8. CEO. FTP gagal memberikan jawapan kepada kami terhadap kenyataannya sendiri kepada pihak kami berkaitan isu Penyata Hutang Peneroka 2005 hingga 2008 tidak dapat dikesan ! Beliau pada awalnya mohon agar Penyata Hutang yang hilang dikira pukul rata tapi kami membantah kerana ianya akan menganiaya emak ayah kami Peneroka Felda !

9. CEO. FTP. juga gagal menjelaskan kepada kami kenapa FTP. mengutip faedah 6,25% daripada Peneroka Felda sedangkan tercatat dalam perjanjian hanya 4% sahaja boleh dikutip oleh FTP. daripada Peneroka Felda.

10. FTP. juga gagal mengurus tadbir ladang Peneroka Felda dengan kaedah terbaik. Ini terbukti bila;

- Diakui sendiri oleh TS. Isa Samad Mantan Pengerusi Felda dalam Akhbar Sinar Harian pada Ogos, 2016 bahawa Urustadbir Ladang FTP. memang lemah.
- Hasil ladang yang jatuh menjunam sehingga Peneroka dilambakkan dengan hutang yang banyak.
- Aduan dari Peneroka dan anak anak Peneroka sendiri melalui FB. Group SGK2F dengan paparan gambar sebagai bukti dan disahkan oleh RGM dan Pengurus bahawa apa yang diadukan adalah benar!

Pihak kami telah menyerahkan segala bukti salahlaku diatas ke pihak SPRM Putrajaya untuk siasatan lanjut.

Sehubungan itu, SGK2F. sangat berharap YB. Tan Sri dapat meneliti kenyataan kami diatas dan dapat bertindak segera mengatasi masaalah yang yang dihadapi oleh emak ayah kami Peneroka Felda yang telah ditimbulkan hasil dari kegagalan FTP. sendiri mengurustadbir ladang Peneroka Felda.

Cadangan kami adalah ROMBAK DAN SUSUN SEMULA FTP. !

Terima kasih.

Yang Ikhlas

Dato' Zulkefli b. Nordin
Penasihat SGK2F.
zn8055boss@hotmail.com
Whatsapp 0126071158.

@ Felda Soeharto


Sunday, July 19, 2015

APA KE TERUK SANGAT MASALAH AIR DI FELDA-FELDA? TIAP KALI RAYA JER, MESTI TAK ADA AIR!!!


Cerita FELDA tak ada air semasa musim perayaan, bukan cerita baru. Jengok-jengoklah keluhan anak-anak FELDA di Facebook, kita akan diketemukan dengan banyak rungutan tentang bekalan air yang sudah keputusan hampir seminggu atau dua hari sebelum raya, kepala paip hanya keluar angin atau langsung tak berbunyi.

Ini bukan masalah tahun ini... bukan masalah raya ini...

Ini masalah sudah bertahun-tahun. Setiap kali didedahkan, setiap kali itulah juga akan kedengaran alasan, PAIP PECAH... INI MASALAH TERPENCIL... INI ADALAH KEBETULAN.... KERJA-KERJA PENAMBAHBAIKAN SEDANG DIJALANKAN dan seribu satu macam alasan yang seperti sudah dicetak dan digantung di dinding tukang pemberi alasan.

Sebabnya ialah, alasan-alasan yang sama kita dengar dan diberitahu.


Bila sembang tentang pilihanraya, bukan main gah lagi bercakap tentang BETAPA FIXED DEPOSITNYA FELDA... konon-kononnya warga FELDA perlu bersyukur, berterima kasih dan membantu kerajaan yang telah membantu mereka selama ini.

Tetapi masalah air tidak pernah selesai. Bekalan air tidak pernah dipertingkatkan. Asal musim raya saja, mulalah bekalan air bermasalah. Malah di sesetengah FELDA seperti FELDA Bukit Rokan Utara, Gemencheh sudah seminggu sebelum raya lagi, bekalan air sudah tidak ada. Kononnya ada paip pecah.

Anehnya, paip yang pecah itu, tahun lepas pun, alasan yang sama juga pecahnya. Lokasi yang sama juga.

Agaknya, paip yang pecah itu diperbuat daripada botol mineral kut?

Tu pasal ler asyik pecah saja....

Baru bercakap tentang bekalan air... belum lagi bercakap tentang beberapa kontroversi melibatkan Pengurus-Pengurus FELDA termasuklah isu penjualan buah sawit....

Takkan nak jadikan FELDA sebagai kawasan perang pulak kut? Takkan didedahkan semua benda termasuklah perangai sesetengah Pengurus FELDA yang berlagak seperti Maharaja Sang Dewataraya, baru terkelam-kabut nak bagi alasan dengan pelbagai retorik yang akhirnya terpulang semula ke atas kepala Najib Abdul Razak!!!


Wednesday, June 17, 2015

DAP SERANG FGV DAN FELDA SELEPAS KEJAYAAN SERANG 1MDB!!! PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN FELDA TIDUR LAGI KE?



DAP sekadar buka dan timbulkan isu. Akhirnya isu tersebut akan dijuarai oleh pemimpin, bekas pemimpin, penyokong dan bekas penyokong UMNO. DAP sekadar jadi batu api tetapi golongan yang berkaitan dengan UMNO akan bertempur sesama sendiri, bermula dengan isu yang ditimbulkan dan kemudian melarat ke isu KEPIMPINAN.

Itu perkara biasa dan lumrah terutama di kalangan puak yang sudah kehilangan kuasa dan pengaruh, sekaligus kehilangan banyak peluang kemewahan.

Isu 1MDB sehingga ke hari ini masih lagi diperkatakan sekalipun penjelasan demi penjelasan telah diberikan. Ke mana duit yang dipertikaikan itu dibelanjakan dan sebagainya. Namun penjelasan apa pun tidak akan diterima kerana persepsi yang ditanam lebih awal, terlalu kuat. Apatah lagi PENYAKIT BIASA ORANG UMNO sudah bersebati dalam diri.

Nah, sekarang, satu lagi isu ditimbulkan oleh DAP. Juga membabitkan sebuah lagi syarikat kerajaan yang ditubuhkan pada zaman pentadbiran Najib Abdul Razak. Juga sebuah program atau aturcara yang bakal memberikan faedah besar kepada rakyat terutama kepada golongan peneroka FELDA yang rata-ratanya berasal dari golongan miskin atau KELAS BAWAHAN.

Ahli Parlimen DAP Serdang, Ong Kian Min menyusul Tony Pua. Kalau Tony Pua mencetuskan polemik 1MDB, Ong Kian Min pula memanaskan isu dengan FGV dan FELDA.

Ong Kian Min mempersoalkan syarikat kerjasama FGV di Indonesia, Eagle High Plantations (EHP) yang menurutnya, lesen untuk membangunkan kawasan hutan tidak diperolehi dan FGV telah terlebih bayar dalam pembelian kepentingan dalam EHP. (BACA DI SINI)

Dan seperti biasa, bukti dan hujah yang digunakan oleh Ong Kian Min, sama seperti yang digunakan oleh Tony Pua, diperolehi dari Amerika Syarikat.

Isu ini bakal panas sedikit masa lagi. Setelah 1MDB berjaya digunakan untuk mengucar-ngacirkan pentadbiran Najib Abdul Razak, 'DATELINE PENGHUJUNG JUN' bakal menyaksikan FGV dan FELDA bakal menjadi peluru baru untuk terus menembak Najib Abdul Razak. Apatah lagi, FELDA dilihat mempunyai kaitan yang cukup kuat dengan Najib Abdul Razak.

Urusniaga belum dijalankan tetapi cerita tentang kerugian dan kegagalan perniagaan tersebut akan diperbesar-besarkan. Lebih ramai PAKAR-PAKAR SEGERA akan muncul untuk membahaskan isu ini dan kemudian membuat ketetapan bahawa Najib Abdul Razak tidak berkelayakan untuk memimpin negara.

Mereka telah berjaya dalam banyak usaha termasuklah yang terbaru, tanah TRX.

Anehnya, walaupun FGV dan FELDA telah diserang lebih awal menerusi penyingkiran FGV dari kelompok Blue-Chip Bursa dan seterusnya penggantungan urusniaga sahamnya kerana perubahan perancangan operasi.

Bukan tidak ada penjelasan tetapi setakat ini hanya pengamal media sosial sahaja yang mungkin sebahagian daripada mereka telah diberikan sedikit penerangan dan kemudian diminta GORENG SESUAI HATI. Pengurusan dan para eksekutif FELDA pula mengambil sikap seolah-olah mereka tidak wujud dan seolah-olah mereka tidak berkuasa, malah tidak bertanggungjawab pada sebarang isu yang dibangkitkan oleh DAP.

Barangkali puak-puak yang bergaji besar dan diberikan amanah untuk menguruskan dan mentadbir FELDA itu seronok tengok Najib yang menjadi macai bagi pihak mereka. Seronok tengok Najib dipersalahkan dan dipersoalkan kerana tindak-tanduk pengurusan dan keputusan perniagaan mereka.

Disebabkan itulah, tiada sebarang suara dari kalangan PEMBESAR DALAMAN FELDA yang mahu menjawab tohmahan yang dibuat oleh DAP. Dari isu penggantungan sahamnya, sehingga ke penurunan harga unit FGV yang diniagakan, nampaknya hanya 'ORANG LUAR' yang menjawab bagi pihak FELDA.

Lembaga Pengarah FELDA wujud untuk apa? Pengurusan dan pentadbiran FELDA dapat gaji dan imbuhan besar pula untuk apa kalau semua persoalan dan permasalahan FELDA perlu dijawab dan dipertanggungjawabkan kepada Perdana Menteri?

Perangai MANDOM, KECUT TELUR dan TUTUP MULUT Lembaga Pengarah 1MDB nampaknya sudah berjangkit kepada FELDA dan FGV pula.

Berapa lamakah Pengurusan Tertinggi FELDA akan terus BERPURA-PURA BENGAP DAN PEKAK walaupun BALA daripada tohmahan DAP sudah pun berada di ambang pintu?


Monday, June 1, 2015

PATUTLAH MAZLAN ALIMAN KALAH DAN HANIPA MAIDIN PULA LARI MENCANAK, TELAHAN FGV AKAN MUFLIS, LANGSUNG TAK BETUL!!!



Melihat kepada perubahan struktur dan budaya pengundian di kawasan-kawasan FELDA, Mazlan Aliman yang merupakan hamba tebusan DAP yang bersembunyi di dalam PAS, terus-menerus melakukan fitnah dan tohmahan selain cuba menakut-nakutkan para peneroka FELDA. Matlamatnya, apabila para peneroka berasa takut dan bimbang akan masa hadapan mereka, para peneroka akan beralih sokongan kepada parti yang disertai oleh Mazlan Aliman.

Tidak lama sebelum Mahkamah Tinggi mengeluarkan keputusan 'BERSALAH' kepada Mazlan Aliman, Presiden ANAK itu masih sempat membuat fitnah kononnya, FELDA akan bungkus, FGV akan muflis dan para peneroka akan jatuh papa kedana kerana terpaksa membayar hutang kesan daripada perbuatan dan tindakan pentadbiran FELDA yang korup. (RUJUK SINI)

Namun barangkali tanpa sedar, Mazlan Aliman sebenarnya turut memuji pengurusan FELDA kerana telah memberikan dividen yang memberangsangkan kepada para peneroka selama ini. Sekaligus menentang kata-katanya sendiri bahawa FELDA telah menganiaya dan menzalimi para peneroka.


Mazlan Aliman cuba menakut-nakutkan para peneroka FELDA bahawa dividen 15% yang mereka nikmati sepanjang 15 tahun kebelakangan ini tidak akan dinikmati lagi. Bahkan tindakan FGV dan FELDA akan menyebabkan para peneroka berkemungkinan besar tidak akan mampu memperolehi dividen sebanyak 10% pun.

Bagaimanapun, sekali lagi Mazlan Aliman sekadar membuat tohmahn dan fitnah kerana AGM KPF hanya akan berlangsung pada 15 Jun nanti. Dia cuba mengambil kesempatan daripada penurunan harga saham semua CPO di seluruh dunia untuk menipu para peneroka FELDA yang tidak pernah ambil pusing tentang perubahan harga komiditi dan saham kerana seringkali diberi subsidi oleh kerajaan.

CPO di seluruh dunia mengalami penurunan menjelang 6 bulan pertama 2015. Beberapa syarikat besar di Malaysia seperti Sime Darby, IOI, Boustead dan sebagainya, mengalami kejatuhan harga. Sekaligus kejatuhan CPO merupakan satu fenomena dan trend yang tidak sahaja melibatkan FGV dan KPF tetapi juga semua pemainnya.

FGV tidak akan dinyahsenaraikan sepertimana yang ditohmah dan difitnah oleh Mazlan Aliman. Sebaliknya syarikat tersebut akan terus berada dalam senarai awam di Bursa Malaysia. Malah FGV juga merupakan slaah satu daripada ahli TOP 30 Index dalam FTSE Bursa Malaysia KLCI. Atau dalam bahasa yang lebih mudah, antara salah satu daripada 30 syarikat terbesar dalam Bursa Malaysia.


Beberapa langkah telah diambil oleh FGV untuk transformasi ke bidang yang lebih luas, sekaligus akan menstabilkan nilai saham FGV itu sendiri dan memberikan pulangan tetap kepada para peneroka.

FGV bukan seperti yang difikirkan oleh Mazlan Aliman, mengusung kantung ke sana sini meminta derma dan wang derma mereka yang mendengar ceramah akan berbahagi sesama penceramah dan penganjur.

Barangkali kerana itulah, Mahkamah Tinggi pada dua hari lepas telah mengarahkan Mazlan Aliman membayar saman malu kepada FELDA berjumlah RM350,000 selain kos guaman sebanyak RM150,000.

Mahkamah Tinggi membuat keputusan, Mazlan Aliman telah melakukan fitnah ke atas FELDA dengan penerbitan bukunya, 'FELDA... DULU TOLONG, SEKARANG AHLONG'.

Turut sama dikenakan perintah berkenaan ialah penerbit buku,Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Su Geok Yiam Jumaat.

Felda mengemukakan saman fitnah itu pada 20 Julai 2009.

Ia mendakwa pernyataan fitnah itu menggambarkan, Felda bakal mengaut keuntungan yang banyak daripada pelbagai rancangan kemajuan sehingga memudaratkan peneroka yang kononnya hidup miskin akibat salah laku plaintif dan mereka tidak ubah seperti hamba abdi ekoran dasar yang didakwa menindas.

Mazlan,penerbit serta peguam Hanipa Maidin tidak hadir semasa keputusan dibuat.

Menariknya, Mazlan Aliman sedikit pun tidak gentar dengan saman tersebut, sebaliknya terus berusaha untuk menanam di kepala setiap peneroka dan anak-anak mereka bahawa FELDA yang telah banyak mengubah hidup mereka selama ini, sedang menghisap darah dan menjadikan mereka sebagai hamba abdi.


Tuesday, December 2, 2014

KERANA SUMBANG MAHRAM, PENGURUS FELDA DIFITNAH CUBA JATUHKAN KERAJAAN GUNAKAN PENEROKA FELDA!!!


Kononnya, seorang pengurus Felda di Semenchu Kota Tinggi Johor Bahru telah mengadakan satu perjumpaan tertutup pad 30 November 2014 dengan kesemua peneroka untuk membincangkan masalah harga kelapa sawit dan saham FELDA. Kononnya juga, dalam pertemuan berkenaan, pengurus Felda itu brkata, jikalau UMNO@BN gagal mengatasi masalah berkenaan, maka 'KITA SEMUA AKAN BERTINDAK TIDAK MEMBERIKAN UNDI DAN SOKONGAN LAGI BUAT UMNO."

Bagaimanapun, sumber yang dipetik oleh penyokong Pakatan Rakyat tersebut adalah daripada 'seorang peneroka Felda terbabit yang enggan mendedahkan identitinya.

Bertitik tolak daripada berita tersebut, pengurus Felda berkenaan telah membuat laporan polis di Balai Polis Teluk Sengat semalam pada jam 10:15 malam.

Menurut pengurus Felda tersebut, dia telah mendengar khabar-khabar angin itu ketika berada di kawasan Felda Semenchu. Dia turut menafikan berita tersebut tetapi lebih ramai yang percaya kepada khabar-khabar angin berbanding penjelasannya.

Justeru, dia terpaksa mengambil tindakan membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Dalam satu pertemuan, pengurus FELDA itu telah menafikan mengadakan pertemuan tertutup sepertimana khabar-khabar angin yang dibuat. Sebaliknya pada tarikh yang dinyatakan, Pengurus FELDA itu berada di pejabatnya untuk menyelesaikan satu KES SUMBANG MAHRAM melibatkan peneroka FELDA SEMENCHU manakala pada sebelah petang pula, telah menziarahi seorang peneroka yang sakit di Felda Semenchu..... TERUSKAN BACAAN DI BULETIN 247
 
Blogger Templates