Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label eric paulsen. Show all posts
Showing posts with label eric paulsen. Show all posts

Friday, September 18, 2015

SEPERTI BIASA, SELEPAS TERKANTOI, TERUS KATA IA ADALAH POSTING PALSU... ITU PUN SELEPAS KETUA POLIS NEGARA DENGAN LEMAH LEMBUT MINTA ERIC PAULSEN BANTU SIASATAN!!!



Peguam Hak Asasi Manusia Eric Paulsen menafikan menyiarkan gambar perhimpunan baju merah yang dipalsukan di Facebooknya.

Pengasas Lawyers for Liberty itu menulis di Twitternya pada Khamis: "Posting ini adalah palsu, saya baru sahaja membuat laporan polis dan kenyataan saya telah direkodkan."

Beliau juga menggesa polis supaya menyiasat mereka yang bertanggungjawab terhadap posting itu.

Peguamnya, Michelle Yesudas menulis di Twitter: "Eric telah membuat laporan mengatakan bahawa posting itu adalah palsu dan berniat jahat."

"Eric telah memberikan kenyataan apabila beliau membuat laporan polis di IPD PJ terhadap posting palsu berkaitan baju merah.

"Ketua Polis Negara boleh merujuk kepada laporan yang difailkan oleh Eric di sana kira-kira jam 3 petang," katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menulis di Twitter bahawa adalah baik untuk Paulsen membantu polis berhubung posting itu.

Imej-imej yang telah di'tweet' oleh Ketua Polis Negara menunjukkan perbandingan antara dua imej.

Salah satu imej menunjukkan penunjuk perasaan didakwa membawa sepanduk dengan ayat, 'Rakyat bersatu menolak penghinaan agama Islam sebagai agama persekutuan'.

Imej lain menunjukkan penghinaan kaum.

Imej-imej telah disertakan dengan kapsyen yang mengatakan, "Eric Paulsen menyunting gambar untuk memfitnah penunjuk perasaan daripada perhimpunan baju merah". (MSTAR ONLINE)


Wednesday, September 16, 2015

LAUTAN MERAH DI KUALA LUMPUR... ERIC PAULSEN CUBA CETUSKAN PROVOKASI DAN FITNAH MENERUSI GAMBAR EDIT!!!



Eric Paulsen, orang yang paling banyak menghina Islam dan institusi Islam, termasuklah Khutbah Jumaat dan Solat Jumaat. Dalam BERSIH 4.0, dia jugalah yang cukup kuat menghasut.

Tindakan yang dikenakan ke atasnya hanyalah dipanggil untuk soal siasat dan kemudian dibebaskan setelah diambil keterangan.

Hari ini, Eric Paulsen, peguam LGBT dan orang kuat Lawyers for Liberty melakukannya sekali lagi.


Dari awal lagi dia cuba melakukan provokasi dengan menggambarkan Himpunan Baju Merah adalah untuk mencetuskan kekacauan dan jenayah.

Bagaimanapun, tinjauan mendapati, Himpunan Baju Merah tidak membawa penyapu, tidak membawa anak-anak kecil, tidak mengadakan upacara kematian mengikut agama Taoisme, tidak memijak gambar atau memakai topeng muka Betty Chew dan Lim Guan Eng atau Lim Kit Siang. Malah perhimpunan yang sedang (ketika artikel ini ditulis) sedang berarak ke Padang Merbok dengan jumlah kehadiran adalah hampir 200,000 orang, berjalan secara aman.


Himpunan Baju Merah mendapat kebenaran daripada DBKL dan PDRM selepas semua arahan dipatuhi oleh penganjur. Berbanding BERSIH 4.0 yang melanggar segala arahan, enggan mematuhi permintaan DBKL agar demonstrasi tidak diadakan di kawasan-kawasan yang dikehendaki dan sebagainya.

Adakah sekali lagi Eric Paulsen akan terlepas?

Adakah sekali lagi Eric Paulsen akan berjaya menggunakan kedudukannya sebagai PEGUAM untuk melepaskan diri sedangkan memang jelas dia melanggar Akta Hasutan 1948?


Monday, March 23, 2015

ERIC PAULSEN TIDAK SERIK, SEKALI LAGI DITANGKAP DI BAWAH AKTA HASUTAN KERANA HINA ISLAM!!!



Barangkali kerana berasakan dia adalah seorang peguam, ditambah pula dia adalah penyokong kuat Pakatan Rakyat, selain ketiadaan undang-undang pencegahan jenayah yang lebih berkesan untuk menangani hasutan serta penghinaan ke atas agama, maka Eric Paulsen menganggap dia cukup kebal. Selain itu, kesilapan tanggapan tentang UMNO dan hudud, menyebabkan dia menuturkan sesuatu yang dia sendiri tidak tahu apa-apa.

UMNO dijangka akan membuat pengumuman tentang hudud sehari dua ini. Secara rasminya, UMNO tidak pernah membentangkan undang-undang hudud walaupun menambah baik undang-undang takzir termasuklah menaiktarafkan status Mahkamah Syariah serta bidang hukuman dan penguatkuasaannya.

Dua tweet yang dibuatnya, akhirnya 'dilayan' oleh pihak polis. Eric Paulsen telah ditahan di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur pukul 5:00 petang semalam dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk diambil keterangan. Difahamkan, dia juga telah ditahan dan reman ke atasnya akan dipohon pada hari ini.


Eric Paulsen yang sebelum ini pernah ditangkap kerana menuduh JAKIM dan solat Jumaat sebagai mempromosikan ekstremisme. Dia bagaimanapun dibebaskan atas jaminan.

Walaupun Eric Paulsen ditahan, Majlis Peguam telah pun bersiap sedia untuk melakukan serangan dari segi undang-undang dengan cara memutarbelitkannya selain menyalahkan polis dan kemudian menyalahkan Kerajaan sepertimana yang mereka lakukan sebelum ini.

Kita akan mndengar kembali Artikel 10, kebebasan bersuara, Artikel 11 dan sebagainya yang akan digunakan oleh Pakatan Rakyat dan Majlis Peguam untuk menghalalkan perbuatan menghasut Eric Paulsen. Pada masa yang sama, mereka akan menuduh PDRM menjadi ANJING BARISAN NASIONAL kerana telah menangkap Eric Paulsen yang bagi mereka hanya menyuarakan kebebasan bersuara.


 
Blogger Templates