Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label mic. Show all posts
Showing posts with label mic. Show all posts

Thursday, June 25, 2015

MAMPUKAH MIC DI BAWAH SUBRAMANIAM KEMBALI BANGKIT SELEPAS PALANIVEL TERSINGKIR?



P.Palanivel gagal dalam usahanya untuk berselindung di belakang undang-undang apabila mahkamah menolak permohonannya dan ROS pula memutuskan yang dia sudah hilang keahlian dalam parti. Kepimpinan Interim yang dikendalikan oleh Dr. Subramaniam pula telah diiktiraf dan MIC berada di bawah pentadbiran Dr. Subramaniam sekarang ini.

Palanivel dalam keadaan panik, cuba mengaitkan Najib Abdul Razak bagi membolehkan dia terus berada dalam MIC. Bagaimanapun, kesilapan terbesar Palanivel ialah, keengganannya mendengar nasihat dan berbuat sekehendak hati dengan perancangan yang mudah dibaca, termasuklah pengaturan penyokong-penyokongnya serta menggantung keahlian para pencabarnya, akhirnya memakan diri apabila dia yang tercampak dari MIC.

MIC di bawah kepimpinan Palanivel berada dalam keadaan yang amat tenat. Desakan agar perubahan dilakukan oleh Palanivel dari pelbagai peringkat, langsung tidak diendahkan. Sebaliknya Palanivel lebih menumpukan perhatian kepada pengukuhan kuasanya dan cuba menghapuskan semua pencabarnya termasuklah Subramaniam.

Tindakan paling tidak bijak Palanivel ialah apabila mengheret ROS ke mahkamah apabila keengganannya untuk berhadapna dengan keputusan ROS yang meminta agar pemilihan yang baru lepas, diadakan semula.

Hari ini, Palanivel menerima natijahnya. Keahliannya dalam MIC telah dilucutkan, sekaligus jawatan Presiden MIC yang disandangnya juga telah terlucut secara automatik. Mujur jugalah kedudukannya selaku Ahli Parlimen Cameron Highland yang dimenanginya pada PRU lalu, tidak terlucut sama. Namun kedudukannya dalam Kabinet, amat terjejas dan besar kemungkinan perlucutan keahliannya turut membawa kehilangan jawatan Kabinetnya.

Pengaruh Palanivel tidaklah sebesar mana. Tetapi MIC juga tidaklah sekuat mana. Apatah lagi MIC mempunyai terlalu banyak fraksi.Masyarakat India yang tidak seramai mana telah berpecah belah semenjak dari zaman Sammy Vellu lagi. Parti yang sepatutnya memperjuangkan masyarakat India itu, sudah lama dilihat hanya memperjuangkan segelintir pemimpin MIC semata-mata, sedangkan kebanyakan marhein India yang lain, tetap terbiar dan semua kesalahan seringkali dipersalahkan kepada UMNO bagi mengelakkan peranan dan tanggungjawab MIC dipersoalkan.

Persoalannya sekarang, mampukah Palanivel menjadi penyelamat MIC yang sedang tenat dan dijangka akan terus diganggu oleh konco-konco Palanivel yang masih ada di dalam parti tersebut? Adakah Palanivel sendiri akan bertukar menjadi Waythamoorthy atau P.Ramasamy yang menjadi kawan baiknya?

Atau Hindraf akan menjadi lebih angkuh dan bersuara lebar selepas ini, apabila golongan kecewa dalam MIC, bertindak menyokong mereka dengan alasan untuk memperjuangkan masyarakat India yang 'ditindas' di negara ini?

Kebijaksanaan Pemangku Presiden MIC dan pasukannya sedang ditagih dan diperhatikan....


Sunday, June 21, 2015

ADAKAH PALANIVEL AKAN MENYERTAI HINDRAF SELEPAS SEMUA PAKAT BALUN DIA?



Tindakan Palanivel yang terdesak untuk terus berpaut kepada kuasa Presiden MIC, sekalipun dia dan konco-konconya telah pun didapati bersalah dan digantung oleh Jawatankuasa Interim MIC, menjadikan parti yang berasaskan kaum India itu berada dalam keadaan paling lemah.

MIC di bawah Palanivel langsung tidak bermaya. Palanivel juga nampaknya hanya boleh bergantung kepada ihsan dan permintaan serta tekanan dengan alasan MIC adalah sebahagian daripada Barisan Nasional.

Akar umbi MIC rata-rata memprotes kepimpinan Palanivel yang disifatkan sebagai lemah. Dan kerana itulah, Palanivel buat hal, enggan menerima keputusan pemilihan, enggan mendengar nasihat ROS, mengheret ROS ke mahkamah dan sekarang, MIC bakal berhadapan dengan penyahdaftaran kerana masalah Palanivel yang enggan menerima hakikat, kepimpinannya tidak lagi diterima dan diperakui.

Pada 5 Disember, RoS mengisytiharkan sebagai terbatal dan tidak sah pemilihan bagi tiga jawatan naib presiden dan 23 jawatan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) yang diadakan semasa perhimpunan agung MIC pada November 2013. Justeru, MIC perlu mengadakan pemilihan semula. Palanivel enggan menerima keputusan tersebut dan mengheret ROS ke mahkamah. Mahkamah bagaimanapun, menolak permohonan Palanivel dan beberapa orang konconya untuk membatalkan arahan ROS.

Barangkali sudah tidak ada cara lain, Palanivel berpaling kepada Najib Abdul Razak, Pengerusi Barisan Nasional. Najib dipersalahkan oleh Palanivel kerana kononnya telah memberikan nasihat agar pemilihan dibuat. Justeru, dia telah mengarahkan MIC untuk mengadakan pemilihan semula tetapi tanpa barisan calon November 2013 yang sebahagian besar daripada mereka telah digantung keahlian parti. (BACA DI SINI)

Dengan kata lain, Palanivel hanya akan mengadakan pemilihan dengan calon-calon yang dilihat tidak akan mencabarnya. 

Kerana itulah, sebahagian besar daripada pemimpin Barisan Nasional termasuklah Setiausaha Barisan Nasional, Tengku Adnan Mansor, bahkan Pemangku Presiden MIC sendiri, Dr. Subramaniam menyatakan Najib Abdul Razak tidak terbabit langsung dalam masalah dalaman MIC, sebaliknya masalah tersebut datangnya daripada Palanivel. Palanivel seharusnya menyelesaikan masalah tersebut dan menerima kehendak akar umbi MIC, bukannya sibuk menyalahkan orang lain. 

Dalam satu kenyataan lain, Tengku Adnan Mansor membidas keras Palanivel: 

Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel perlu bertanggungjawab dalam menangani masalah dalaman parti itu, tegas Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tengku Adnan berkata, tindakan Palanivel yang menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah dalaman, sebaliknya bakal memburukkan lagi situasi.

“Beliau (Palanivel) tidak perlu babitkan Najib dalam hal ini. Dia sebaliknya perlu bertanggungjawab terhadap masalah dalaman parti.

“Beliau tidak sepatutnya cuba alihkan perhatian dengan menyalahkan orang lain atas huru-hara yang berlaku dalam partinya. Kami tidak akan bertolak ansur terhadap apa yang dilakukan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tengku Adnan turut menegaskan pemimpin India itu perlu patuh kepada keputusan mahkamah dan Pendaftar Pertubuhan (RoS) dalam menyelesaikan kemelut pemilihan parti itu.

“Ada ahli MIC yang buat aduan ke RoS yang kemudiannya menasihat Palanivel untuk mengadakan pemilihan semula parti. Mahkamah pun sudah bersetuju dan itu yang sepatutnya beliau lakukan,” katanya lagi.

Semalam, Palanivel dalam ucapannya pada Perhimpunan Khas MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menyalahkan Najib kerana menyebelahi RoS yang membatalkan pemilihan parti itu pada 2013.

Najib dalam reaksi balasnya berkata, beliau akan memanggil Palanivel berikutan kenyataan itu dan mahu Palanivel berhenti menyalahkan orang lain serta meminta pemimpin MIC itu mematuhi keputusan mahkamah dan Ros. (SUMBER)


Saturday, February 14, 2015

KENAPA TINDAKAN PENDAFTAR PERTUBUHAN TERHADAP DAP BERBEZA SANGAT DENGAN TINDAKAN KE ATAS MIC?



Secara asasnya, MIC mahupun DAP berhadapan dengan masalah pemilihan. Bezanya, MIC menerima tekanan daripada Pendaftar Pertubuhan manakala DAP pula menekan, mengugut dan akhirnya berjaya menyenyapkan tindakan ROS ke atas mereka.

23 September 2014, DAP menyatakan, ROS menarik balik tindakan ke atas mereka, sekaligus memaksa DAP mnggugurkan tindakan undang-undang ke atas ROS setelah ROS menerima surat penjelasan Lim Guan Eng. (BACA DI SINI)

Namun pada 4 Oktober 2014, ROS dalam satu kenyataan, menafikan pembohongan DAP sebaliknya berkata, mahkamah belum membuat sebarang keputusan berhubung status CEC DAP hasil daripada penciptaan 120 Cawangan Bunian dalam usaha Lim Guan Eng terdesak mengekalkan kedudukannya. (RUJUK SINI)

Sehingga kini, 'keputusan' sama ada DAP dibatalkan atau sebaliknya kesan daripada 120 Cawangan Bunian, kekal misteri, manakala DAP pula terus berlagak seperti biasa seolah-olah mereka telah bebas dan tidak tersentuh dengan sebarang undang-undang Pertubuhan di negara ini.

Banyak pihak mempersoalkan dan hairan dengan gelagat ROS dalam melayani perangai huduh DAP. (RUJUK SINI)

Namun keadaan dan layanan ROS kepada MIC, salah sebuah komponen dalam Barisan Nasional, berlainan sama sekali. Tiada layanan mesra dan lemah lembut serta bersopan santun sebagaimana yang ditunjukkan kepada parti Lim Guan Eng. Sebaliknya ROS bertukar menjadi diktator yang tidak peduli dengan sebarang alasan yang diberikan oleh Palanivel selaku Presiden MIC selain peruntukan dalam parti tersebut terutama sekali yang membabitkan Artikel 46.5 dan 49 Perlembagaan MIC yang menggariskan dengan jelas kuasa-kuasa seorang Presiden.

Tindakan ROS menghantar empat orang pegawai dalam mesyuarat Interim Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC semalam yang dipengeruhsikan oleh Timbalan Presiden MIC, di Ibu Pejabat MIC, sekali lagi menimbulkan pertanyaan dan misteri. Mengapa dalam kes DAP, ROS tidak mengambil tindakan yang serupa?

Malah tindakan ROS yang mengeluarkan beberapa pucuk surat sebelum ini yang antara lain turut mempersoalkan kedudukan G.Palanivel sebagai Presiden parti, agak memeranjatkan kerana ROS sendiri secara tidak langsung telah mempersoalkan Perlembagaan MIC yang tidak sepatutnya dicampuri. Presiden mempunyai hak untuk melantik Ketua Setiausaha, manakala ROS pula tidak berhak campurtangan serta melibatkan diri dalam kemelut ini.

Barangkali ada eloknya juga MIC mengambil tindakan undang-undang ke atas ROS memandangkan ROS sendiri menunjukkan 'MISTERI' dan tindakan penuh tandatanya apabila membabitkan DAP dalam isu dan kemelut kepimpinan yang sama!!!


 
Blogger Templates