Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label fama. Show all posts
Showing posts with label fama. Show all posts

Friday, February 6, 2015

ISU HARGA NAIK: FAMA PERLU BERFUNGSI KEMBALI SEBAGAI PEMASAR DAN ORANG TENGAH, BUKAN JADI TAUKEH BESAR!!!



Ramai yang tidak sedar, sebenarnya Kerajaan telah dan mempunyai agensi yang mampu menjayakan JIHAD ORANG TENGAH seandainya agensi berkenaan benar-benar berfungsi dan digerakkan oleh tenaga-tenaga kerja yang sememangnya bertanggungjawab dan benar-benar memikul amanah.

FAMA atau Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan berada di bawah Kementerian Pertanian dan Asas Tani. Ditubuhkan sebagai badan berkanun pada tahun 1965, antara tugas-tugas rasmi FAMA adalah memasarkan dan meningkatkan pemasaran produk-produk pertanian selain mengawal import dan eksport produk pertanian kecuali getah, kelapa sawit, padi beras dan tembakau. Selain itu, antara tanggungjawab sosial FAMA adalah meningkatkan daya saing para petani menerusi khidmat nasihat dan perundingan.

Walaupun FAMA sekarang ini terkenal dengan pameran MAHA, tetapi dari segi pemasaran terutama sekali yang melibatkan orang tengah, FAMA dilihat gagal menyaingi dan memberikan saingan kepada pemborong-pemborong dan orang tengah sehinggakan harga produk pertanian kepada pengguna mencanak naik, sedangkan pendapatan petani tidak juga bertambah. PASAR TANI yang juga diinisiatifkan oleh FAMA juga tidak sepadan dengan tanggungjawab dan amanah yang dipikulnya kerana penganjuran Pasar Tani boleh dibuat tanpa melibatkan entiti seperti FAMA pun!

Mungkin FAMA mempunyai seribu satu macam alasan untuk menjawab 'kegagalan' mereka dalam hal pemasaran sehingga para pengguna di Malaysia perlu bergantung kepada pemborong dan orang tengah yang berjaya menakutkan sebahagian besar orang politik, namun realitinya, FAMA sememangnya bukan sahaja gagal, bahkan telah bertukar menjadi sebuah badan berkanun yang berasaskan keuntungan.

Barangkali tidak keterlaluan kalau kita katakan, cantiknya dan tersusunnya FAMA, hanyalah di atas kertas atau di laman web mereka, tetapi perlaksanaan dan peranannya, hampir tidak dipedulikan oleh kaum petani. Malah kaum petani lebih memilih peraih dan pemborong yang mencekik darah berbanding menggunakan perkhidmatan FAMA yang sekadar berpusat di sekitar pejabat mereka, termasuklah di pejabat PELADANG.

Sepatutnya dalam keadaan Menteri Pertanian sendiri menjadi sasaran polemik kerana mengeluarkan kenyataan yang kemudiannya digunakan oleh DAP untuk menimbulkan sentimen RASIS, FAMA bergerak pantas untuk mengambilalih tanggungjawab  peraih dan pemborong yang suka-suka hati menaikkan harga.

Sesuatu yang perlu diperbetulkan ialah, pemborong dan orang tengah tamak tidak sahaja terhad kepada orang Cina tetapi Melayu, India dan lain-lain kaum juga sefikiran, senada dan seakal untuk bersatu dalam menyokong serta menaikkan harga. Pemborong Cina dengan cara mereka. Pemborong Melayu dengan isu Melayu dan bantuan serta subsidi kerajaannya seperti yang dilakukan oleh Pemborong-Pemborong Beras Melayu yang merungut kerana lebih ramai diberikan hak untuk mengilang dan memasarkan beras sekaligus mengurangkan kuota mereka dan pemborong India dengan gelagat mereka yang juga mencucuk mata.

FAMA seharusnya memainkan peranan dalam hal ini. Takkan tunggu Menteri sahaja yang bercakap sedangkan agensi-agensi pula sekadar goyang kaki dan memberi alasan, mereka hanya mengikut arahan, walhal sebenarnya mereka tidak pernah mengikut arahan pun!!!

 
Blogger Templates