Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label masalah umno. Show all posts
Showing posts with label masalah umno. Show all posts

Thursday, December 26, 2019

BILA PRESIDEN UMNO PUN DAH TERKENA PENYAKIT YANG SAMA DENGAN SUPREMO DAP DAN PENGERUSI PPBM!!!


Berat dah penyakit Presiden UMNO ni...

Dia pun dah terjangkit penyakit yang sama dengan Penasihat Seumur Hidup DAP yang juga berjawatan MENHAN dan Pengerusi PPBM yang berjawatan Perdana Menteri.

Teruk sangat u-turn ni... wartawan mana pula pi sua mikrofon kat depan dia sampai dia boleh buat u-turn sebegitu hebat sampai terlupa yang pada 19 November 2019, dia sendiri yang keluarkan kenyataan:


“UMNO serahkan sepenuhnya perkara ini kepada Jawatankuasa (Lembaga) Disiplin bagi menjalankan siasatan." (https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/11/518718/lembaga-disiplin-umno-siasat-pertemuan-sulit-azmin)

Salah seorang Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri Yaakob pula berkata Lembaga Disiplin UMNO bebas memutuskan bagaimana siasatan dijalankan, selain membuat keputusan secara telus dan adil. (https://www.bharian.com.my/berita/politik/2019/11/630803/lembaga-disiplin-umno-bebas-siasat-pertemuan-sulit)


Tapi 17 Disember, Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan bahawa tiada sebarang tindakan akan diambil terhadap Hishamuddin Hussein Onn kerana 'masalah tersebut telah selesai sepenuhnya'. (https://www.sinarharian.com.my/article/62315/BERITA/Politik/Surat-tunjuk-sebab-yang-tersebar-tidak-sah-Ahmad-Zahid)

Turut dinafikan ialah, sepucuk surat tunjuk sebab daripada Lembaga Disiplin UMNO terhadap Hishammuddin yang didakwa melanggar Perlembagaan parti itu dan tata etika sebagai ahli UMNO. Berdasarkan surat yang ditandatangani oleh Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Mohamed Apandi Ali itu, Hishamuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong itu perlu menghadiri satu sesi pendengaran di Ibu Pejabat UMNO, Kuala Lumpur bagi memberi penjelasan pada 26 Disember ini.

Hari ini, Tan Sri Apandi Ali mengumumkan peletakan jawatannya beliau sebagai Pengerusi Lembaga Displin UMNO serta-merta. Keputusan itu diambilnya ekoran keputusan pucuk pimpinan parti membatalkan sesi perjumpaan antara Lembaga Displin dengan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.


Bekas Peguam Negara itu berkata, pembatalan itu adalah sesuatu yang tidak bertepatan dengan Perlembagaan Parti.

“Saya tidak rela dijadikan sebagai kuda tunggangan.Maruah saya lebih penting daripada jawatan,” katanya.

Ironinya, sama seperti perangai pemimpin-pemimpin Pakatan yang segera menyalahkan Najib Razak, Kerajaan UMNO-BN, Ketua Setiausaha, JPA dan rakyat apabila terkantoi dan dah tak ada alasan lain, perkara yang sama juga sedang berlaku dalam UMNO.

Sudah ada yang berkata, kemelut yang 'dicipta dan dibesar-besarkan' oleh Apandi Ali, dalangnya adalah Najib Razak.

Siapa kata TONGONG ITU TIDAK BOLEH DIWARISI DAN DIJANGKITI?

Akar umbi UMNO kelihatan keras menyokong UMNO walaupun UMNO ada banyak masalah dan sedang berhadapan dengan kepupusan selama-lamanya. Tapi nampaknya pucuk pimpinan pula, masih lagi bermain politik dengan mentongong-tongongkan akar umbi.

Saturday, November 23, 2019

MISTERI AHLI-AHLI PARLIMEN UMNO-BN YANG BERJUMPA AZMIN, SEKADAR MEMPERTAHANKAN DIRI DAN TIDAK MENYERANG AZMIN ALI DAN MAHATHIR!!!




Hari ini, Anwar Ibrahim menunjukkan kepada Mahathir khususnya bahawa dia mempunyai kekuatan yang tersendiri. Malah dia turut memberikan isyarat, sekiranya Mahathir berterusan mengharapkan Azmin Ali yang semakin terpinggir dari PKR, Mahathir akan mengalami nasib yang jauh lebih teruk berbanding yang dihadapi oleh Najib Abdul Razak dan Zahid Hamidi, dua orang yang paling didendami oleh Mahathir selepas Anwar.

Di Sarawak, Anwar Ibrahim tidak peduli dengan ugutan atau gertakan fraksi Azmin Ali terutama sekali yang melibatkan AMK. Ketiadaan Baru Bian, sekutu utama Azmin Ali di Sarawak dengan kumpulannya, tidak menghalang Konvensyen PKR Sarawak daripada berjalan lancar dan Anwar sendiri datang ke Sarawak dengan jet peribadi yang diperolehinya sewaktu dia masih berada di dalam penjara kerana jenayah liwat.

Rakyat Malaysia, khususnya golongan muda yang tidak pernah hidup pada tahun 1997-2000 atau ketika itu mereka masih menetek, dibawa kembali ke zaman itu. Cuma kali ini, memandangkan Mahathir dan Anwar Ibrahim sudah tua, maka permainan ganas dan agresif seperti yang ditunjukkan pada tahun 1998 dahulu, sudah bertukar corak.

Pun begitu, kaedah perang dan pertempurannya tetap sama. Anwar mencari pengaruh dan kekuatan. Mahathir pula mendakwa dia masih ada pengaruh dan kekuatan.




 Baru-baru ini, beberapa orang Ahli Parlimen UMNO-BN dilaporkan oleh media membuat pertemuan dengan Azmin Ali di kediaman rasminya di Precint 10, Putrajaya. Seolah-olah memang disengajakan pertemuan itu diketahui oleh Anwar Ibrahim, Azmin Ali kemudiannya dipersoalkan oleh orang yang paling meroyan dan berkeinginan besar hendak jadi Perdana Menteri Malaysia ke-8 itu.

Azmin kemudiannya diarahkan menghadiri Mesyuarat Biro Politik PKR. Apabila Azmin tetap enggan hadir selepas setahun tidak menghadirinya, Anwar mengugut yang Azmin boleh dipecat dari parti. Pun begitu, Azmin Ali yang mungkin mendapat kekuatan daripada Mahathir, tidak menghiraukan ugutan Mahathir. Sebaliknya Azmin dilaporkan membuat pertemuan 'sulit' dengan beberapa orang pemimpin dan Ahli Parlimen PKR pula.

Namun Azmin memang menduduki tempat istimewa sama ada kepada Anwar Ibrahim apatah lagi Mahathir yang menggunakan Azmin sebagai Tembok Besar Negeri Chinanya.



Pertemuan Azmin dengan Ahli-Ahli Parlimen UMNO cuba digunakan dan dimanipulasikan oleh Mahathir dengan beberapa kenyataan yang membuatkan ramai tergelak besar.

Kesilapan Mahathir ialah, dia masih terperangkap dalam era 80-an di mana maklumat hanya diperolehi dari sumber-sumber rasmi dan kerajaan. Mahathir masih terperangkap dengan stigma, dia menguasai dan mengaturkan maklumat sebagaimana yang dikehendakinya.

Akibatnya, akar umbi UMNO menzahirkan rasa tidak senang dan gelisah dengan gelagat Ahli-Ahli Parlimen tersebut. Berita-berita negatif turut menyusul dan orang yang paling akrab dengan Azmin Ali dan Mahathir iaitu Hishamuddin Hussein Onn menjadi sasaran kemarahan.


Hishamuddin Hussein Onn dituduh menjadi pengembala kepada kawanan Ahli-Ahli Parlimen UMNO-BN itu untuk memberikan sokongan kepada Mahathir supaya kekal dengan jawatan Perdana Menterinya sekaligus menghalang Anwar daripada merampas jawatan tersebut. Hishamuddin didakwa cuba membawa Ahli-Ahli Parlimen UMNO-BN itu untuk melompat parti, sekaligus mengukuhkan kedudukan Mahathir yang mengetuai parti paling minoriti dalam Pakatan Harapan yang menjadi Kerajaan Putrajaya.

Ramai yang beranggapan, pertemuan Ahli-Ahli Parlimen UMNO-BN dengan Azmin Ali di kediaman rasminya tidak ubah seperti masuk ke dalam perangkap yang memang dipasang oleh Mahathir menggunakan Azmin Ali. Mahathir akan menggunakan kesempatan itu untuk memusingkan cerita sebenar agar dia menang - sama ada menang ke atas Anwar Ibrahim, apatah lagi ke atas UMNO yang kelihatan jelas sedang mengatasinya dari pelbagai aspek.


Kelewatan Ahli-Ahli Parlimen UMNO-BN yang terbabit mengeluarkan kenyataan rasmi, telah dipergunakan oleh Mahathir untuk menyatakan kononnya, Ahli-Ahli Parlimen tersebut bertemu dengan Azmin Ali untuk mereka menyatakan rasa tidak senang, hilang kepercayaan dan rasa jijik berada di dalam UMNO. Mahathir memberitahu satu negara menerusi media-media rasmi yang dikuasainya bahawa dia sudah terlalu kuat untuk dijatuhkan atau digulingkan oleh Anwar Ibrahim.

Paling-paling tidak, Mahathir dilihat mempunyai sokongan Ahli Parlimen UMNO-BN yang bersama-sama Hishamuddin Hussein Onn dan 18 orang Ahli Parlimen PAS yang lebih awal menyatakan, mereka lebih menyokong Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal berbanding penyerahan jawatan tersebut kepada Anwar Ibrahim ikut pintu belakang.

Agak menarik apabila beberapa orang Ahli Parlimen UMNO-BN hanya menjadi bertahan dan mempertahankan diri daripada 'serangan' Mahathir. Mereka sekadar menafikan. Malahan Zahid Hamidi dalam satu kenyataannya, Ahli-Ahli Parlimen UMNO-BN tersebut bertemu dengan Azmin Ali untuk membincangkan tentang peruntukan infrastruktur di kawasan mereka.

Terbaharu ialah apabila 8 orang lagi Ahli Parlimen UMNO-BN yang dilaporkan bertemu Azmin Ali, menyanggah dakwaan dan tuduhan Mahathir. Sebaliknya mereka menyatakan yang mereka sebenarnya mengajak Azmin Ali menyertai UMNO-BN.

Sekali lagi mereka dikecam oleh akar umbi yang telah menolak pembabitan dan penyertaan Azmin Ali mahupun Mahathir ke dalam UMNO-BN. Biarpun Mahathir dan Azmin Ali merupakan watak utama dalam Kerajaan Pakatan Harapan, tetapi kebanyakan netizen dan akar umbi penyokong UMNO lebih rela, UMNO dan BN menjadi pembangkang berbanding menjadi kerajaan ikut pintu belakang. Azmin Ali dan Mahathir diharamkan menyertai UMNO walau apa pun yang berlaku kepada UMNO dan para pemimpinnya!

Menariknya, timbul persoalan, mengapa sikap Ahli-Ahli Parlimen UMNO-BN terbabit begitu lunak terhadap Azmin Ali dan Mahathir?

Bukankah lebih mudah untuk mereka mengatakan yang Azmin sebenarnya memanggil mereka dengan bertemankan besannya dan juga rakan karibnya, Hishamuddin Hussein Onn untuk dia meminta pendapat mereka bagi memudahkan dia menyertai UMNO selepas kedudukannya dalam PKR semakin meruncing dan dia perlu menyelamatkan pencalonannya sebagai Perdana Menteri Ke-8?


Mengapa Ahli-Ahli Parlimen UMNO-BN terbabit tidak mahu memberitahu yang Mahathir telah menggunakan Azmin Ali untuk meminta nyawa dan kepastian bantuan daripada UMNO-BN sekiranya Anwar Ibrahim benar-benar mempunyai jumlah yang mencukupi di Parlimen untuk menggulingkannya sekaligus mengancam kedudukan yang sedang dinikmati oleh anak-anak dan kroni-kroninya sekarang?

Mengapa Ahli-Ahli Parlimen UMNO-BN itu tidak mahu bercakap tentang runding-niaga yang ditawarkan oleh Mahathir menerusi Azmin Ali apabila pertemuan tersebut seolah-olah sengaja dibiarkan media menciumnya, sekaligus membolehkan berita pertemuan tersebut dilaporkan kepada orang ramai di seluruh negara dan sampai ke telinga serta pengetahuan Anwar Ibrahim?

Dan yang paling penting, mengapa Ahli-Ahli Parlimen UMNO-BN tidak menceritakan tentang syarat-syarat yang mereka kenakan kepada Azmin Ali dan Mahathir berbanding sanggup membiarkan mereka dikecam dan dicemuh oleh para penyokong UMNO sendiri berhubung pertemuan tersebut?


Adakah ini merupakan serampang dua mata seperti yang dilakukan oleh bekas Ketua Puteri UMNO yang juga merupakan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermiyati dan bekas Menteri MITI yang juga merupakan Ahli Parlimen Jeli, Hamzah Zainuddin dan beberapa orang Ahli Parlimen UMNO lain yang kemudian melompat masuk ke PPBM selepas mendapat keyakinan dan kepastian bahawa mereka 'terselamat' daripada sebarang tindakan undang-undang?


Monday, November 27, 2017

MENGAPA RAMAI ANAK MUDA DIKATAKAN TIDAK MENYOKONG UMNO-BN?!!!



Semenjak tahun 1998, UMNO seperti dikejutkan dengan sesuatu yang tidak dijangka dan disangka. Pelbagai teori telah diberikan dan pelbagai kajian telah dibuat. Namun jawapan kepada persoalan besar tersebut, tetap TIDAK JUJUR dan cuba menafikan kebenaran.

Mengapa anak-anak muda Melayu dilihat tidak cenderung menyokong UMNO?

Tidak dapat dinafikan, masih ada golongan muda yang setia mendokong dan menyokong UMNO tetapi perubahan besar bermula Era Reformasi menyaksikan UMNO berhadapan dengan kemelut sokongan anak muda. Cabaran besar yang tidak pernah difikirkan oleh kepimpinan UMNO sebelum 1998, kini terpaksa dihadapi dan cuba diselesaikan oleh kepimpinan terkini dan masih teraba-raba mencari formula yang lebih berkesan.

Malangnya, kebanyakan alasan yang ditampilkan untuk menjelaskan kemelut tersebut, tidak pernah jujur dan berpijak ke bumi nyata.

Alasan mudah golongan yang masih beranggapan UMNO tersangat kuat ialah, anak-anak muda sudah tidak patriotik lagi. Sudah melupakan jasa-jasa UMNO. Sudah lupa diri dan berada dalam keadaan terlalu selesa sehingga terlupa perjuangan UMNO.

Secara jujur, tiada sesiapa pun di kalangan rakyat Malaysia - kecuali segelintir - yang menafikan sumbangan besar UMNO kepada negara. Bermula daripada rundingan mendapatkan kemerdekaan sehinggalah Malaysia berada dalam keadaan sekarang, jasa-jasa UMNO sebagai tulang belakang parti pemerintah negara, tidak pernah dinafikan. Ketika kebanyakan negara lain yang mempunyai masyarakat majmuk, UMNO selaku pengemudi berjaya menjadikan kepelbagaian kaum dan agama di negara ini boleh hidup sebelah menyebelah.

Namun, persoalan pokok mengapa sokongan semakin tandus dan menjauh tidak pernah cuba diatasi!

Penipuan demi penipuan selain penyelewengan demi penyelewengan yang dilakukan pada zaman Mahathir selaku Perdana Menteri dan peneraju UMNO, masih berbekas malahan menjadi trauma kepada kebanyakan rakyat Malaysia, khususnya yang terdedah kepada pembacaan pelbagai maklumat menerusi pelbagai jenis media. Selama 22 tahun, negara menyaksikan ratusan bilion Ringgit hilang begitu sahaja sedangkan pada masa yang sama, banyak kawasan di seluruh negara bukan sahaja tidak dibangunkan, malah dibiarkan papa kedana dan ketinggalan dari segi prasarana.

Walaupun Mahathir bijak menipu dengan bermain psikologi menerusi pembinaan pelbagai jenis mercu tanda seperti KLCC, Litar F1 Sepang, KLIA dan sebagainya, apa yang didedahkan selepas itu, terutama dengan proses bail-out yang berkisar di kalangan kelompok tertentu, menjelaskan bahawa segala projek-projek mega tersebut sebenarnya merupakan topeng untuk rompakan wang negara yang lebih besar.

Para pemimpin dan wakil rakyat pula dilihat sukar dihubungi dan lebih ketara apabila projek-projek pembangunan dibahagi-bahagikan di kalangan mereka sahaja. Para pemimpin parti lebih ketara dikatakan sebagai ahli korporat berbanding wakil rakyat. Masalah di kalangan rakyat yang sudah tidak sama seperti pada tahun-tahun 50-an sehingga 90-an, kurang diberikan reaksi segera. Media sosial pula jauh lebih pantas berbanding respons wakil rakyat serta petugas-petugas berkaitan. Peruntukan daripada Pusat, mengalami ketirisan yang sangat teruk pada peringkat perlaksanaan tetapi malangnya, tiada usaha-usaha mengatasi ketirisan berkenaan dan akhirnya imej buruk terpalit sama ada kepada ADUN, Ahli Parlimen mahupun kepada Kepala Kerajaan di Putrajaya manakala pihak yang menyonglap dan membuat ketirisan bebas, sambil menyalahkan Pusat.

Alasan-alasan kononnya UMNO parti rasuah dan penyeleweng kuasa, sebenarnya adalah manisfestasi sama ada daripada tohmahan atau pun rasa bosan melampau dengan gelagat kepimpinan UMNO sendiri. Anehnya, mengapa kepimpinan UMNO masih tidak sedar dan enggan berubah. Tidak kurang juga pemimpin UMNO yang bertaraf Menteri pun, banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan dangkal yang memperlekehkan keintelektualan anak-anak muda yang akhirnya menjadi antara punca kebencian terhadap UMNO sendiri.

Rakyat sudah bijak menilai dan membuat pengiraan. Walaupun penilaian dan pengiraan tersebut adakalanya terlalu bersifat mitos dan fantasi, tetapi ia sepatutnya diatasi dengan respons dan penjelasan tuntas. Malangnya, ia tidak dilakukan atau cuba disenyapkan.

Kewujudan DAP, PKR, PAN, PPBM dan PAS mahupun parti-parti kecil lain tidak hanya sekadar ingin merebut kuasa tetapi juga menjadi tempat untuk rakyat melampiaskan rasa kecewa mereka terhadap prestasi parti pemerintah yang diterajui oleh UMNO-BN kerana kelemahan parti pemerintah mengatasi pelbagai masalah yang berbangkit.

Anak-anak muda pada zaman apa pun merupakan golongan anti-establishment dan pemberontakan. UMNO selaku pengemudi utama kepimpinan negara, agak kurang menyedari faktor tersebut dan masih lagi mengamalkan taktik-taktik politik gaya lama yang sudah tidak sesuai dengan zaman sekarang. Sedangkan pada masa yang sama, parti saingan utama UMNO iaitu PAS dan DAP, giat mengumpulkan sokongan anak-anak muda, malah barisan kepimpinan PAS sendiri pun dibarisi oleh muka-muka baru yang dalam dua atau tiga PRU lagi, boleh bertukar menjadi kuasa yang tidak boleh dipertikaikan. Sedangkan UMNO pula, masih kekal dengan gaya lama.

Biarpun beberapa pihak persendirian yang pro-UMNO cuba mengumpulkan sokongan anak-anak muda, terutama yang berminat bermain dengan media sosial seperti MYKMU, Nadi Rakyat dan sebagainya, UMNO selaku badan induk seperti kurang mempedulikan usaha-usaha tersebut walaupun pada masa yang sama, masih lagi beretorik dan bercakap tentang sokongan anak muda. Perhatikan UMNO sendiri pada peringkat kepimpinan, di mana suara anak mudanya?

PRU-14 sudah semakin hampir. Kepimpinan atasan sudah mula bercakap tentang PRU. Cakap-cakap retorik tentang perlunya sumbangan pengundi-pengundi muda juga sudah mula kedengaran. Namun sesiapa pun boleh melihat, gerak kerja parti terlalu perlahan, malah di sesetengah tempat, hampir tidak ada langsung.

Pada masa yang sama, kemarahan dan kekecewaan pengundi-pengundi muda dan golongan muda masih tidak dapat dilihat dengan pelbagai masalah melibatkan rakyat, tidak diselesaikan dengan segera.

Agak aneh, mengapa kepimpinan UMNO masih lagi bertanya-tanya tentang semakin ramai anak muda yang berterus-terang menentang UMNO?


Thursday, February 16, 2017

MASA HANGAT ISU 1MDB, BUKAN MAIN HEBAT HENTAM NAJIB... SEKARANG, BUKAN MAIN HEBAT CANANG DIRI SEBAGAI CALON PRU KAT NAJIB!!!



Senarai Ketua Penaja Bahagian Cap Bunga telah pun keluar. Sepatutnya ini merupakan titik tolak kepada pejuang-pejuang 'Selamatkan Malaysia' yang masih bersarang di dalam UMNO untuk benar-benar mempamerkan kehebatan dan kesungguhan perjuangan mereka, bukannya terus berselindung di dalam UMNO tetapi pada masa yang sama, bertindak sebagai parasit.

Samalah juga seperti yang berlaku di dalam PAS.

PAN sudah lebih setahun ditubuhkan. Sebelum PAN, wujud PASMA yang diketuai oleh Phahrulradzi Zawawi. Kononnya ramailah ahli dan pemimpin PAS yang tidak sebulu dengan pucuk pimpinan yang diketuai oleh Abdul Hadi Awang, akan menunjukkan protes menerusi keluar parti dan membuat desakan kepada Hadi meletak jawatan.

Namun akhirnya, senyap sunyi.

Ketika UMNO berada dalam keadaan lemah kerana serangan bertali arus terutama melibatkan 1MDB dan RM2.6 bilion serta SRC, ramai parasit di dalam UMNO berkata, mereka mahukan Najib meletak jawatan termasuklah beberapa orang Ketua-Ketua Bahagian.

Bukan rahsia lagi bilamana perbincangan tersebut dibuat secara terbuka. Mereka sepakat mengatakan, Muhyiddin adalah orang yang paling sesuai menggantikan Najib bagi mengelakkan Barisan Nasional kalah pada PRU-14 akan datang. Sandaran mereka adalah laporan daripada Sarawak Report dan Wall Street Journal selain Malaysiakini, Free Malaysia Today dan The Edge. Bahkan akhbar-akhbar yang dimiliki oleh parti-parti komponen BN terutama yang berbahasa Cina turut menyertai gerakan berkenaan.

Apabila PAC mengeluarkan laporan dan menafikan pembabitan atau salahlaku dan penyelewengan wang 1MDB oleh Najib Abdul Razak, bahkan apabila banyak pihak termasuklah yang terbaharu Peguam Negara Switzerland menafikan Najib Abdul Razak melakukan perbuatan seperti yang dituduh, dan DOJ Amerika Syarikat pula menggugurkan tuduhan dan penyitaan ke atas harta-harta yang dikatakan mempunyai kaitan dengan 1MDB, usaha-usaha untuk menghancurkan keyakinan terhadap Najib tetap diteruskan tetapi semakin perlahan.

Tony Pua bakal berhadapan dengan perbicaraan saman fitnah 1MDB yang membabitkan Najib tidak lama lagi. Rafizi Ramli juga berhadapan dengan masalah perundangan yang sama. Mahathir walaupun tidak didakwa - mungkin atas kapasitinya selaku orang tua dan bekas Perdana Menteri - hanya mampu berkata, segala tuduhannya tidak disertakan dengan bukti. Bahkan dia hanya menggunakan HEARSAY ketika ditanya di mahkamah.

UMNO dan imej Najib sedikit pulih. Cap Bunga pula telah didaftarkan secara rasmi dan sekarang ini giat meluaskan dan mengukuhkan parti dengan merekrut seramai mungkin ahli.

Ironinya, ramai pemimpin-pemimpin dalam UMNO yang sebelum ini beria-ia mengatakan Najib perlu meletakkan jawatan bagi memulihkan UMNO dan menjamin kelangsungan BN pada PRU-14 nanti, tidak pula segera menyeberang ke Cap Bunga. Tidak seperti ketika Semangat 46 ditubuhkan apabila para pemimpin yang menentang Mahathir, tidak bertangguh menyertai parti yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh Hamzah itu dan menyebabkan Mahathir kacau bilau mengatur pelbagai strategi untuk tidak kehilangan jawatan.

Golongan yang sama jugalah sekarang ini sedang sibuk menonjolkan diri untuk dipilih sebagai calon untuk kerusi DUN dan Parlimen walaupun sebahagian daripada mereka sebelum ini telah menjadi calon dan kalah sekurang-kurangnya dua kali PRU.

Ada juga Ketua Bahagian yang Parlimennya kalah tiga penggal berturut-turut, sebelum ini bersuara lantang menentang Najib, turut berlagak seolah-olah mereka adalah pemimpin yang kuat menjilat tapak kaki Najib. Tidak kurang juga yang bercerita kononnya Najib, walau hendak menyarung stokin pun, perlu mendapat pandangan dan keizinan daripada mereka dahulu, bagi menunjukkan betapa layaknya mereka untuk menjadi calon atau peruntukan Pilihanraya turun ke tangan mereka dahulu.

Mereka barangkali lupa, ini zaman dinding dan lantai pun boleh bercakap. Bukti tidak lagi disimpan di dalam fail seperti yang dilakukan oleh Mahathir, sebaliknya dalam bentuk digital yang setiap hari diperbaharui oleh pasukan khas yang menjaga dan memantau perkembangan media sosial, khususnya yang popular seperti Facebook, blog dan twitter.

Cuma.... seandainya Najib mengulangi kesilapan besar seperti PRU-13 yang menggunakan calon-calon tidak berkelayakan tetapi bijak mempublisitikan dirinya, kekalahan Najib dan Barisan Nasional pada PRU-14 akan menjadi lebih parah kerana golongan parasit yang ada di dalam UMNO, tidak akan melepaskan peluang untuk membuktikan kepada Mahathir betapa setia dan efektifnya mereka.

Kalau PAS yang jauh lebih kecil berbanding UMNO sudah melakukan penapisan dan saringan dengan mengenepikan golongan HARUM MANIS yang masih di dalam PAS seperti Mahfuz Omar, mengapa pula UMNO tidak berani menyaring dan mengenepikan golongan yang berbaju merah terang dengan merah sedikit gelap?


Monday, October 3, 2016

EZAM KELUAR UMNO!!! BELALAH LAGI ULAR BERBISA DALAM RUMAH SENDIRI!!!



Di tengah-tengah kerancakan berita tentang hancurnya PKR di Sabah selepas Lajim Ukim dan kawan-kawannya keluar dari parti tersebut dengan alasan enggan menerima arahan daripada orang luar Sabah untuk Sabah, UMNO pula terpukul dengan tindakan bekas orang kuat Anwar Ibrahim, Ezam Mohd Nor yang mengisytiharkan diri keluar dari UMNO.

Desas-desus tentang Ezam Mohd Nor yang cukup terkenal dengan cerita enam kotak bukti, hendak keluar dari UMNO sebenarnya sudah kedengaran lebih tiga bulan lalu apabila jawatannya sebagai Senator tamat tempoh.

Kemasukan Ezam Mohd Nor ke dalam UMNO selepas memberikan buah pukulan kepada bekas majikan dan ketuanya dalam isu liwat, sebenarnya tidak memberikan sebarang keuntungan kepada UMNO, sebaliknya lebih menguntungkan Ezam Mohd Nor sendiri.

Sentuhan ajaibnya semasa bersama-sama Anwar Ibrahim dan PKR sudah lama hilang. Walaupun sebahagian besar pengikutnya turut menyertai UMNO, tetapi mereka juga sama sepertinya, menjadikan UMNO sebagai medium untuk mengumpul kemewahan dan pemudahcara.

Dilantik sebagai Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan dengan pangkat JUSA, Ezam Mohd Nor ditatang bagaikan anak emas, walaupun sebenarnya dia tidak memberikan sebarang jasa kepada UMNO pun, melainkan mengutuk dan mencerca Anwar Ibrahim dan keluarganya.

Sudah banyak pihak sama ada di dalam UMNO, mahupun yang menyokong UMNO tetapi bukan ahli UMNO yang memberi ingat tentang bahayanya orang seperti Ezam Mohd Nor diberikan kepercayaan yang luar biasa besarnya. Cerita tentang BUKTI ENAM KOTAK yang seringkali dijaja oleh Ezam Mohd Nor semasa dia masih bersama-sama PKR, sudah cukup untuk membuktikan, Ezam Mohd Nor tidak lebih daripada seorang oportunis yang bijak memanipulasikan keadaan demi kepentingan dirinya.

Ingatan demi ingatan tentang bahayanya golongan bersalin kulit seperti Ezam Mohd Nor, langsung tidak dipedulikan oleh pucuk pimpinan UMNO, sebaliknya mereka yang sebelum ini tidak sahaja mencerca dan mengutuk UMNO, bahkan mengencing dan membakar bendera dan bersumpah tidak akan sama sekali masuk UMNO, apabila menyertai UMNO, diberikan pelbagai jawatan-jawatan berpendapatan lumayan serta kuasa yang amat besar. Manakala golongan yang setia mempertahankan UMNO sama ada ketika majoriti melihat UMNO seperti sampah, mahupun pada ketika majoriti menyayangi UMNO, langsung tidak dipedulikan dan dihargai.

Taktik keluar UMNO, menentang UMNO dan kemudian menyertai UMNO semula dengan imbalan-imbalan luar biasa, sudah menjadi pemandangan biasa tetapi amat menyakitkan hati bagi golongan yang sentiasa setia dengan UMNO.

Ezam belum membuat sebarang keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik walaupun ramai yang mengatakan, Ezam sedang berusaha untuk kembali semula ke dalam PKR melalui penyingkiran Azmin Ali sama ada daripada jawatan Menteri Besar Selangor mahupun sebagai Timbalan Presiden PKR.

Namun yang pasti, Ezam Mohd Nor pasti akan menjaja pelbagai cerita berdasarkan 'bukti-bukti' sepertimana yang dilakukannya dahulu. Mungkin sedikit canggih dan berteknologi tinggi, 'KOTAK-KOTAK' akan digantikan dengan 'PENDRIVE' atau 'EXTERNAL HARDISK' mahupun salinan PDF. Yang pasti, Ezam Mohd Nor akan menggunakan kembali taktik dan teknik seperti dia di dalam PKR dahulu.

Kepimpinan UMNO bolehlah meratap dan menghiba kerana tertipu dengan lakonan Ezam Mohd Nor. Tetapi pada masa yang sama, terima jugalah kecaman daripada marhein-marhein UMNO yang sudah lama memperingatkan tentang Ezam Mohd Nor dan kawan-kawannya yang masih lagi bersarang dalam UMNO sambil membuncitkan perut mereka dan menunggu masa untuk menunjukkan belang masing-masing.

Nak buat macam mana kalau suka sangat bela ular berbisa dalam rumah sendiri... sekarang, kenalah tanggung risiko dipatuk!!!


Monday, September 26, 2016

BETUL KE UMNO TAK NGERI, ATAU SEBENARNYA UMNO TERLEBIH NGERI KERANA MASIH TIDAK BERSEDIA?



Berkali-kali para pemimpin UMNO menyatakan kewujudan parti-parti politik baru seperti Cap Bunga dan Parti Apdal di Sabah, tidak akan mengancam UMNO, malah tidak menakutkan UMNO. Tidak itu sahaja, diberitakan pula kononnya parti-parti tersebut akan memberi kemenangan lebih mudah kepada UMNO kerana mereka saling berpecah dan berebut-rebut kerusi.

Dari satu segi, betullah seperti yang diperkatakan. Tetapi pada masa yang sama, ia seperti cuba menyembunyikan kelemahan ketara yang UMNO sudah terlepas pandang selama beberapa tahun, tidak sahaja kerana terlalu berkeyakinan besar tetapi juga kerana terleka dan tidak peduli.

Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Mansor sekali lagi mengulangi Parti Apdal di Sabah tidak akan mengancam UMNO di negeri tersebut. (RUJUK SINI). Dan seperti biasa, penanda arasnya adalah sejarah silam. Fakta sejarah yang sudah tidak terpakai pada masa kini, memandangkan terdapat perkembangan dan kecenderungan yang pelbagai, terutama sekali di kalangan pengundi-pengundi muda.

Dan seperti biasa, hujah untuk menyokong pendapatnya adalah KESETIAAN KEPADA PARTI DAN PRESIDEN.

Ternyata Setiausaha Agung UMNO itu sebenarnya tidak sedar realiti sebenar yang sedang berlaku. Kesetiaan kepada parti dan presiden sebenarnya tidak melibatkan ahli-ahli marhein, sebaliknya melibatkan para pemimpin UMNO itu sendiri. Yang keluar dari UMNO adalah pemimpin-pemimpin UMNO. Dan kemudian yang masuk kemudian diangkat serta dipuja sebagai pahlawan terhebat adalah pemimpin-pemimpin UMNO juga. Ahli-ahli UMNO marhein, kekal sebagai bola yang boleh ditendang sesuka hati.

Zaman ahli-ahli marhein menerima sahaja tanpa banyak soal, sudah lama berlalu. Zaman di mana ahli-ahli marhein mula mempersoalkan para pemimpin, kini terpampang jelas. Dan apabila ahli-ahli marhein tidak setuju atau berbulu mata melibat kelakuan serta gelagat para pemimpin UMNO, mereka membuat keputusan sendiri yang tidak tertakluk langsung dengan retorik para pemimpin UMNO seperti yang dilaung-laungkan oleh Tengku Adnan Tengku Mansor.


Adakah pemimpin-pemimpin UMNO seperti Tengku Adnan Tengku Mansor sedar hakikat tersebut? Adakah dia sedar bahawa Melayu yang didaftarkan sebagai pengundi baru, tersangat kecil jumlahnya berbanding pengundi Cina walaupun Melayu dan Bumiputera adalah majoriti penduduk di negara ini?

Bersediakah atau tidak takutkah UMNO kalau pengundi berpotensi untuk parti itu sendiri gagal didaftarkan sebagai pengundi? Sedangkan pada masa yang sama, Cap Bunga yang baru ditubuhkan beberapa hari lepas, sedang giat mendaftarkan ahli di seluruh negara. Kewujudan ahli-ahli baru Cap Bunga, menandakan terlalu ramai yang UMNO terlepas pandang atau buat-buat tidak peduli.

Apakah yang telah dilakukan atau dipelajari sepanjang tempoh dari tahun 2013 sehabis PRU-13 yang menyaksikan BN gagal memperolehi majoriti dua pertiga walaupun setelah pelbagai suapan diberikan kepada masyarakat Cina?

Cakap memanglah boleh bercakap untuk menyedapkan hati sendiri. Hakikat di bawah, ada dirasai atau tidak?

Atau sekadar cakap untuk mengampu semata-mata?


Thursday, August 25, 2016

KES EXCO PEMUDA UMNO PEMBULI JALANRAYA... DIA PERLU MASUK KELAS LAKONAN!!!



Walaupun PRU-14 masih 'lama' bagi sesetengah orang, tetapi tempoh tersebut terlalu singkat jikalau diambil kira pelbagai faktor sampingan. Apatah lagi pada masa kini, cabaran untuk mendapatkan pengaruh dan kepercayaan daripada para pengundi jauh lebih besar berbanding sebelum tahun 1999.

Dengan kebergantungan para pengundi kepada media-media sosial yang lebih pantas, lebih menyeluruh, lebih sensasi dan lebih tidak berpijak ke bumi nyata, mereka dan parti-parti politik yang terlibat memerlukan sistem bekerja yang jauh lebih getir. Manakala sebarang cerita-cerita 'hitam' walaupun hanya membabitkan individu, akan memalitkan parti dengan pengaruh negatif.

Media sosial beberapa hari ini memberikan perhatian khusus kepada kes melibatkan seorang Exco Pemuda UMNO yang dikatakan dan dituduh sebagai PEMBULI JALANRAYA apabila kereta mewah yang dikaitkan dengannya, didakwa menghimpit, menggesel dan membahayakan kereta seorang pengguna jalanraya lain.

Menggunakan media sosial, pengguna jalanraya tersebut telah memuatnaikkan kejadian tersebut dan mendapat reaksi segera daripada Netizen. Exco Pemuda UMNO tersebut bersegera memberikan reaksi, iaitu memberikan kata dua dan mengancam saman fitnah sambil menafikan dia sebagai pemandu kenderaan yang dikaitkan dengan dirinya.


Terbaharu, laporan polis telah dibuat oleh Exco Pemuda UMNO tersebut tentang 'fitnah' ke atas dirinya walaupun majoriti Netizen menyuruh dia membuat laporan polis berdasarkan tuduhan jenayah. Pun begitu, posting pengguna jalanraya yang mengadu kenderaannya telah dihimpit oleh kenderaan mewah yang didakwa milik Exco Pemuda UMNO tersebut, telah menarik kembali entrinya yang mungkin dilakukan kerana banyak sebab, termasuklah kewangan kerana melibatkan kos guaman.

Melihat kepada situasi ini, ia sebenarnya adalah permainan undang-undang sahaja. Siapa pun yang memandu kenderaan mewah yang melakukan perbuatan buli tersebut, yang akan terkena natijahnya adalah si pemiliknya. Melainkan kereta tersebut telah lebih awal dilaporkan dicuri atau pun terbukti memang untuk digunakan secara beramai-ramai.

Isunya amat mudah. Yang dituduh melakukan perbuatan buli jalanraya itu adalah seorang Exco Pemuda UMNO. Kalau orang biasa, ia tidak akan menarik perhatian sesiapa pun. Apatah lagi, jawapan dan reaksi yang diberikan oleh Exco Pemuda UMNO itu pula, dilihat sangat biadap dan bongkak terutama sekali 'ARAHAN' yang diberikan kepada si pengadu. 'Biadap dan bongkak' itu pula wujud kerana dia adalah orang UMNO. Kalau dia bukan orang UMNO, reaksinya masih dianggap sebagai biasa-biasa sahaja.

Namun kesimpulan akhirnya ialah, kesan daripada peristiwa ini adalah kepada UMNO dan Najib Abdul Razak selaku KEPALA UMNO DAN BARISAN NASIONAL.


Amat mudah untuk mengaitkan UMNO dan Najib Abdul Razak dalam isu seperti ini. Ditambah pula dengan tanggapan sedia negatif untuk menyalahkan Najib Abdul Razak, biarpun dalam isu Lim Guan Eng yang berhadapan dengan tuduhan rasuah dan salahguna kuasa.

Dalam situasi di mana individu berjenama UMNO dilihat mewakili UMNO, kes ini sebenarnya akan dipandang sebagai BURUKNYA UMNO dan PARA PEMIMPIN UMNO terutama barisan pelapis... ditambah pula dengan kereta mewah dan sikap yang ditunjukkan, sememangnya akan menguatkan lagi tanggapan-tanggapan negatif yang cukup berleluasa dan viral.

Saranan Pemangku Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi agar para pemimpin UMNO terutama pemimpin akar umbi berubah sikap dan menyelami serta mendekati masyarakat, nampaknya dalam kes ini dicampakkan begitu sahaja.


UMNO sedang berhadapan dengan masalah besar seandainya kes-kes 'sombong dan bongkak' seperti ini terus dibiarkan berleluasa. Exco Pemuda UMNO itu perlu lebih mendalami ilmu seni 'LAKONAN POLITIK' agar kedudukannya dalam politik dan sumber pendapatan serta kedudukannya yang berkait dengan politik seperti sekarang, tidak terjejas. Para pemimpin UMNO, tidak kiralah pemimpin kecil atau pemimpin besar perlu belajar berlakon untuk kelihatan seperti pemimpin rakyat, bukannya pemimpin yang menggunakan rakyat.

Jadi tidak salah jikalau mereka mencontohi Lim Guan Eng dan gerombolan DAP serta PKR yang lain cakap, lain buat. Mereka sangat berjaya dan walaupun diseret ke mahkamah kerana rasuah dan salahguna kuasa, mereka dianggap sebagai mangsa politik pihak pemerintah.


Saturday, August 13, 2016

TUNGGU APA LAGI, BERAMBUSLAH SEGERA DARI UMNO... TAK MALU KE MAKAN DUA KOLAM?



Di sana sini semakin ramai yang menyuarakan agar penyokong-penyokong Mahathir dan Muhyiddin di dalam UMNO agar keluar beramai-ramai atau paling tidak pun menunjukkan diri agar lebih mudah dikenali sekaligus membolehkan mereka memberikan tumpuan seratus peratus kepada parti baru yang mereka sokong.

Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Johari Baharom menghalau para penyokong Mukhriz Mahathir agar keluar dari UMNO dan berterus-terang tentang kedudukan mereka.

Beberapa orang pemimpin UMNO lain turut menyuarakan perkara yang sama, termasuklah Menteri Besar Johor, Khaled Nordin.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Berhad) belum lagi diluluskan pendaftarannya tetapi sembang-sembang melangit tentang kehebatan parti politik baru itu, bagaikan ratib dan zikir para penyokongnya terutama sekali di media-media sosial.

Menariknya juga, parti baru itu tidak terlepas daripada kepompong UMNO dengan sebahagian besar daripada mereka masih berada di dalam UMNO, malah ada yang masih memegang jawatan dalam UMNO tetapi bersikap makan dua kolam kerana bimbang kehilangan banyak peluang dan kemewahan yang talian mereka ada pada UMNO.

Temberang kuat sana kuat sini, hakikatnya parti baru ini dan para penyokong mereka tidak ubah seperti dedalu di pokok jejawi. Bukan sahaja penumpang, tetapi juga penghisap darah. Gemuk dan subur kerana pokok yang ditumpang tetapi tidak mampu menjana kesuburan dan kekuatan sendiri.

Setakat ini, selain daripada ahli-ahli PERKASA, PRIBUMI belum berani mengisytiharkan kekuatan ahli-ahli mereka. Masih terlalu awal sebenarnya tetapi kalau cakap-cakap para penyokong diperhatikan, seolah-olah UMNO sudah kehilangan lebih 75% ahli kerana berpindah masuk ke dalam BERSATU yang dipimpin oleh Muhyiddin Yassin.

UMNO secara harfiah sejarahnya pernah berada dalam keadaan yang sama berulang-ulang kali dari tahun 1951 lagi. Paling ketara adalah pada tahun 1988 apabila sebahagian besar ahli-ahlinya berpindah ke dalam Semangat 46 yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan menentang Mahathir yang hampir kehilangan kuasa. Pada tahun 1999 pula, hanya menerusi kerjasama dan 'perjanjian gelap' Mahathir dengan Suqui dan Dong Zhong menerusi 17 Perkara Tuntutan sahaja yang membuatkan Mahathir kekal memegang jawatan sebagai Perdana Menteri walaupun UMNO kehilangan banyak kerusi tetapi majoriti dua pertiga dikekalkan dengan bantuan MCA, GERAKAN dan MIC di Semenanjung.

Tanpa Suqui dan Dong Zhong, 'penyatuan' seperti yang berlaku pada tahun 2008-2013 pastinya telah menjadikan UMNO dan Barisan Nasional sebagai parti pembangkang. Dan kalau bukan kerana perjanjian Mahathir-Suqui pada tahun 1999, sudah pasti sekolah-sekolah vernakular Cina tidak akan besar kepala seperti hari ini.

Persoalannya sekarang sejauh manakah keberanian dan kejujuran para penyokong Mahathir-Muhyiddin-Mukhriz dalam menangani permasalahan jiwa mereka sendiri? Adakah mereka akan terus berad di dalam UMNO walaupun mereka telah dihalau keluar berbanding menyertai segelintir lain yang berani mendahului dengan keluar dari UMNO dan mengisytiharkan diri sebagai ahli BERSATU walaupun parti tersebut belum diluluskan oleh ROS?


Sunday, August 7, 2016

HERAN JUGA, TAK KELUAR-KELUAR JUGA PEMIMPIN UMNO YA, TERUTAMA DI DEPAN BATANG HIDUNG NAJIB DI TAIPING!!!



Heran juga...

Kaum puak penyokong bebal ProTun bukan main kencang lagi bersembang kononnya, UMNO nak tutup cawangan dan Bahagian. Kononnya juga ramai yang akan keluar beramai-ramai dan meninggalkan hanya Najib dan para pembesar UMNO yang takut-takut untuk melompat ke dalam parti baru Mahathir yang sampai ke hari ini entah apa kenamanya.

Sana sini perasmian mesyuarat UMNO Bahagian. Hari ini sahaja Perdana Menteri merasmikan mesyuarat perwakilan dan empat sayap Bahagian UMNO yang melibatkan UMNO Bahagian Taiping, Bukit Gantang, Bagan Serai dan Parit Buntar. Yang turut hadir adalah Menteri Besar Perak, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Ketua UMNO Bahagian Taiping, Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Ketua UMNO Bahagian Lenggong, Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai, Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar, Ketua Wanita UMNO Perak, Ketua UMNO Bahagian Tanjong Malim dan Ketua UMNO Bahagian Larut.


Lebih kurang 5000 orang juga hadir. Mungkin jumlahnya jauh lebih kecil kalau dibandingkan dengan orang yang hadir majlis hariraya dan rumah terbuka Mukhriz di Air Hitam kerana tukang propagandanya mencanangkan lebih kurang 15,000 orang hadir untuk makan percuma setelah masa Mukhriz jadi Menteri Besar Kedah dahulu, rayanya banyak di luar negara.

Di sebalik gembar-gembur kononnya sokongan dari kalangan UMNO sendiri untuk Najib dikatakan telah merudum, tidak ada pula kedengaran Ketua-Ketua Bahagian yang merupakan pemegang kuasa utama menurun atau menjatuhkan Najib selain MKT yang mengisytiharkan ketiadaan sokongan kepada Najib, seperti Ketua-Ketua UMNO Bahagian di Kedah yang membuat sidang media mengumumkan ketiadaan kepercayaan terhadap Mukhriz Mahathir.


Konon-kononnya terdapat ramai di kalangan para pemimpin kecil UMNO terutama Ketua-Ketua Cawangan yang sedang bersatu untuk menjatuhkan Najib, tidak ada pula yang berani ke hadapan bertemu dengan Najib di Dewan Besar Pusat Latihan Teknologi Tinggi (Adtech) Aulong, Taiping untuk menekan dan menceritakan perkara sebenar.

Sebaliknya yang kedengaran, entah pemimpin cawangan mana yang nama pun hanya bersandar kepada bapa dan penglibatan dalam UMNO pun, sekadar mencari jawatan dan mahu meneruskan legasi bapanya yang terkenal sebagai pencipta mimpi dan angan-angan. Nak kata berpengaruh sangat, tidak juga kerana yang keluar hanya dia seorang, manakala 'pengikut-pengikutnya' (kalau ada tetapi setakat yang diketahui memang tidak ada), masih kekal di dalam UMNO.

Sedangkan di sebalik hebatnya canang yang dipukul, sepatutnya hari ini, ramailah yang menyatakan kemarahan kepada Najib secara berdepan-depan dan kemudian mengadakan demonstrasi keluar dari parti.


Malangnya itu tidak berlaku. Dan lebih malang lagi, kebanyakan orang UMNO cukup bersemangat - walaupun kita juga tahu, semangat mereka kalau dibandingkan dengan hangat tahi ayam, panas tahi ayam lebih lama - untuk mempertahankan UMNO.

Jauh benar bezanya kalau dibandingkan semasa kewujudan Semangat 46 dan Parti Keadilan Nasional (PKN) yang kemudian bertukar nama menjadi Parti Keadilan Rakyat!

Siapa sebenarnya yang masih bergayut kepada ketulan tahi yang berkelampungan di permukaan air ni?


Friday, June 24, 2016

BERITA BESAR SANGAT KE, MUHYIDDIN YASSIN DAN MUKHRIZ DIPECAT DARI UMNO?



Pemain-pemain media sosial sedang sibuk menyalurkan berita-berita tentang pemecatan Mukhriz Mahathir dan Muhyiddin Yassin dari UMNO. Para penyokong kedua-dua bekas pemimpin UMNO itu juga, turut menggunakan media-media sosial untuk melepaskan geram.

Keluar masuk pemimpin ke dalam UMNO bukannya perkara baru. Dari zaman Allahyarham Datuk Onn sehinggalah ke zaman Najib, ramai pemimpin UMNO, sama ada yang kecil tidak bernama, sehinggalah yang besar dan dikatakan mempunyai pengaruh, keluar masuk UMNO.

Namun, UMNO tetap begitu juga. Ahli-ahli UMNO tetap waras dan rasional kerana walau apa pun tohmahan dan fitnah yang dilemparkan, pendirian akhirnya ialah, parti lebih diutamakan berbanding pemimpin yang keluar masuk. 

Kita tidak membicarakan tentang Muhyiddin yang kita lihat, pemecatannya adalah untuk mengurangkan kesan kerosakan pada imej parti memandangkan kes aib yang sedang dihadapinya di mahkamah. Apatah lagi, Muhyiddin sendiri pun sudah mulai kendur dan tidak lagi menunjukkan minat untuk terus memperjuangkan kedudukannya dalam UMNO setelah cuba menentang arus dalam konspirasi yang ternyata telah mengalahkannya.

Tiada yang lebih menarik berbanding Mukhriz Mahathir, bekas Menteri Besar Kedah yang telah diberikan tepak bersulam, keris panjang, dastar dan persalinan busana tanpa dia perlu bersusah payah seperti para pemimpin UMNO yang lain hanya kerana dia adalah anak lelaki Dr. Mahathir Mohamad.

Mukhriz pernah dicanangkan sebagai barisan pelapis kepimpinan UMNO yang sangat berpotensi. Kenyataan yang sebenarnya sangat jauh daripada realiti terutama apabila sebagai Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir tidak mempunyai keupayaan untuk menggalas tanggungjawab tersebut.

Mukhriz sendiri hanya mampu mengumpulkan sejumlah kecil pengikut setia yang tidak memberikan sebarang pengaruh besar kepada UMNO walaupun mereka kelihatan cukup lantang di dalam media sosial, khususnya Facebook.

Keputusan yang dibuat oleh MT UMNO hari ini, sebenarnya merupakan tindakan yang tepat. UMNO mempunyai terlalu ramai pengkhianat yang bekerjasama dengan pihak lawan dalam usaha mereka mengejar kuasa dan mempertahankan kartel-kartel yang menjadi sumber kewangan utama mereka.

Sebahagian besar pengikut Mukhriz dan pengkagum Tun Dr. Mahathir yang masih berada di dalam UMNO, seharusnya mengikut jejak Mukhriz yang dipecat oleh parti. Dalam mana-mana parti sekalipun, tiada guna menyimpan ahli-ahli yang bersikap khianat dan menikam dari belakang.

Apatah lagi, sudah menjadi lumrah, keluar masuk ahli-ahli yang disingkir ke dalam parti bukanlah perkara besar yang bersifat terhad. Dr. Mahathir sendiri pun tiga kali keluar masuk UMNO. Kali pertama dia dipecat oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman yang disokong kuat oleh Allahyarham Tun Dr. Ismail. Kali kedua dia sendiri keluar dari UMNO Baru yang ditubuhkannya sebagai pencetus kepada penolakan kepimpinan Abdullah Badawi dan kali ketiga, beberapa bulan lalu dalam usahanya untuk menggulingkan Najib Abdul Razak, sekaligus memberikan tekanan kepada Najib agar taukeh-taukeh kapitalis terus dihidupkan dengan projek-projek kerajaan.

Kalau Tengku Razaleigh dan hardcore-hardcore UMNO pada tahun 1987 dan Anwar Ibrahim berjaya mewujudkan gelombang besar selepas mereka dikeluarkan dari UMNO, sama ada kerana UMNO diharamkan atau kerana masalah disiplin, UMNO kekal berdiri tegak dengan sokongan dan dokongan ahli-ahli serta penyokong-penyokongnya.

Ini kan Mukhriz dan Muhyiddin yang tidak ada faktor 'wow' untuk dijadikan faktor utama gelombang besar!


Wednesday, May 11, 2016

UMNO TEAM-B BAKAL LETAK CALON DI PARLIMEN SUNGAI BESAR DAN PARLIMEN KUALA KANGSAR?!!!



UMNO TEAM-B yang dibarisi oleh Mukhriz Mahathir, Muhyiddin Yassin, Syafie Apdal dan Tun Dr. Mahathir perlu mengambil tindakan lebih drastik bagi menguji kepopularitian serta keberkesanan perjuangan Mahathir menentang dan berusaha menggulingkan Najib Abdul Razak.

Oleh kerana pelbagai usaha yang dilakukan sekarang ini, tidak begitu membuahkan hasil, bahkan menjadi bahan memperolok-olokkan kumpulan itu kembali, beberapa cadangan telah dibuat daripada beberapa orang Ketua Cawangan UMNO yang turut berada di dalam kumpulan berkenaan.

Masing-masing sedar natijah yang bakal mereka hadapi nanti. Barangkali mendalami semangat, alang-alang basah, biar lencun, membuatkan pilihan yang diambil dan dibuat memberikan atau menarik lebih banyak perhatian berbanding apa yang dilakukan sekarang.

Pilihanraya Kecil Parlimen Sungai Besar dan Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Kangsar merupakan medan terbaik untuk kumpulan UMNO Team-B yang ditubuhkan oleh Mukhriz Mahathir pada minggu lepas membuktikan keberkesanan mereka.

Apatah lagi Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar dikatakan tidaklah terlalu memihak kepada UMNO-BN berdasarkan keputusan pada PRU-13 lalu.

Dengan PAS sendiri berperang dan berbalah dengan PAN, bahkan berebut untuk bertanding di kedua-dua kerusi berkenaan dengan alasan, sudah menjadi tradisi PAS bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar berbanding PAN yang merupakan sebuah parti baru yang ditubuhkan oleh DAP untuk meletakkan proksi-proksinya yang berjaya memenangi kerusi Parlimen dan DUN atas nama PAS.

PKR juga turut mengintai peluang untuk bertanding di kedua-dua kerusi tersebut. DAP sudah tentulah berproksikan PAN sepertimana yang dilakukannya di Sarawak apabila membabitkan kawasan bermajoriti Melayu-Islam.

Seperti yang diketahui, sebarang pertandingan lebih dari tiga penjuru, pasti akan dimiliki dan dimenangi oleh UMNO-BN dengan mudah. PAS-PKR-DAP pernah mencuba mewujudkan satu skim yang membolehkan mereka bertentang satu sama satu dengan Barisan Nasional, dan mereka hampir berjaya menerusi keputusan PRU-12 dan PRU-13.

Memandangkan PKR-DAP-PAS-PAN sedang bertelagah sekarang, apatah lagi Mahathir sendiri amat baik dan rapat dengan Lim Kit Siang, sudah eloklah kalau UMNO TEAM-B bergabung dengan parti-parti tersebut dan memilih calon-calon terbaik dari UMNO TEAM-B untuk bertanding dan berhadapan dengan UMNO-BN yang sudah tentu akan menghantar wakil ke PRK-PRK berkenaan.

Mahathir tidak pernah terbukti sebagai pemimpin yang menyatukan kelompok. Sewalaun-walaun Anwar Ibrahim, lulusan am Pengajian Melayu Universiti Malaya itu telah berjaya menyatukan PKR-PAS-DAP dalam Pakatan Rakyat dan selama lebih 5 tahun, Pakatan Rakyat bermaharajalela mewujudkan pelbagai masalah di seluruh negara dalam kesatuan.

Sehinggalah akhirnya Anwar Ibrahim dipenjarakan kerana jenayah liwat, barulah Pakatan Rakkyat berpecah belah dengan PAS membawa diri dan hati yang lara setelah ditipu oleh DAP dan PKR.


Inilah masanya untuk Mahathir menunjukkan betapa Negarawannya dia. Kalau dia boleh menyatukan PAS-PKR-DAP-PAN dan memilih calon-calon dari UMNO TEAM-B, peluang Mahathir untuk menggulingkan Najib daripada jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, lebih cerah dan lebih dipercayai.

Cuma seperkara yang perlu dilakukan oleh Mahathir iaitu, MEMASTIKAN KEDUA-DUA CALON untuk Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar adalah dari UMNO TEAM-B, dan mereka mesti diterima sebulat suara oleh PAS-PKR-DAP-PAN.

Kalau sejuta tandatangan boleh diperolehi, takkanlah untuk tujuan yang lebih baik dan lebih berkesan, Mahathir tidak mampu lakukan. Lagipun, Mahathir adalah seorang genius. Anaknya juga genius, malahan kesemua pendokong utama UMNO TEAM-B adalah hebat-hebat belaka.

Harap-harap sangatlah UMNO TEAM-B yang diketuai oleh Mukhriz Mahathir dan bermusyidul amkan Tun Dr. Mahathir akan menghantar calon bagi membuktikan mereka benar-benar mendapat sokongan rakyat bagi tujuan menggulingkan Najib berdasarkan hearsay dan syak wasangka Mahathir semata-mata!!!


Monday, April 25, 2016

PENTAKSUB MAHATHIR SERONOK SAKAN APABILA DUA UMNO CAWANGAN DI KELANTAN, TOLAK NAJIB!!!



Dua UMNO Cawangan di Kelantan - Lepan Simpol dan Banggol Judah - yang menolak kepimpinan Najib Abdul Razak, pastinya akan disambut sorak sorai oleh para penyokong dan pentaksub Mahathir. Maka sudah tentu jugalah, teori-teori besar tentang kepimpinan Najib ditolak oleh UMNO-UMNO Cawangan serta Bahagian akan menjadi buah mulut mereka.

Kata Ketua UMNO Cawangan Lepan Simpol, Sazmi Miah berkata, penolakan ke atas kepimpinan Najib itu adalah untuk memastikan kemenangan pada PRU akan datang. Alasan yang diberikannya ialah, sokongan akar umbi kepada Najib sudah berkurangan.

Sazmi Miah adalah Ahli Parlimen Machang dari tahun 2004 sehingga 2008. Selepas menjadi Ahli Parlimen, dia telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Pada PRU tahun 2008, Sazmi Miah kalah di tangan Saifuddin Nasution yang buat kali pertama bertanding dan datang ke Machang. Saifuddin Nasution menang dengan majoriti 1820 undi setelah membolot undi sebanyak 21,401 berbanding Sazmi Miah yang memperolehi undi sebanyak 19,581. Nama Sazmi Miah hilang lenyap dari aliran perdana politik negara. Tiada sebarang usaha yang dilakukannya walaupun UMNO-BN menang pada PRU-13 di Machang berwakilkan Ahmad Jazlan Yaakub.

Penolakan oleh UMNO Lepan Simpol dan Banggol Judah pastinya akan menjadi buah cakap yang paling disenangi oleh golongan yang menentang dan cuba menggulingkan Najib. Kata mereka, itu adalah indikasi yang menunjukkan kepimpinan Najib yang telah tertolak dan Najib wajar mengundurkan diri.

Terdapat hampir 22,000 UMNO Cawangan di seluruh negara. Beberapa UMNO Cawangan bermasalah seperti Lepan Simpol dan Banggol Judah, apatah lagi kedua-duanya merupakan Cawangan yang tidak menyumbang pun kepada kemenangan UMNO-BN, bukanlah indikasi yang baik sebagaimana yang diharapkan oleh para pentaksub Mahathir.

Bagaimana dengan lebih 20,000 UMNO Cawangan lain yang memberikan sokongan kepada Najib? Adakah UMNO-UMNO Cawangan tersebut tidak diambil kira hanya kerana sebilangan kecil UMNO Cawangan yang menolak kepimpinan Najib?

Tapi elok jugalah... sekurang-kurangnya nampaklah sebenarnya orang yang jadi JELATANG GAJAH dalam UMNO nih... menangnya tidak, kerjanya untuk UMNO tidak, tetapi berpolitik untuk mengejar dan membesarkan tembolok sendiri, cukup bijak....


Tuesday, September 1, 2015

AKHIRNYA ANINA YANG SAMAN NAJIB ATAS NAMA UMNO, DIPECAT DARI UMNO!!!



Wanita Langkawi yang mengatakan tindakannya menyaman Najib Abdul Razak dengan 'harga' RM2.6 bilion, akhirnya dipecat keahliannya dari UMNO.

Dan seperti biasa, bila dalam keadaan begini, pastilah akan ada yang menggunakan alasan dan hujah agama kerana agama seringkali digunakan untuk escapisme.

Normal tuh!

Selepas saman Najib, barangkali Anina mahu membawa kes pemecatannya ke mahkamah pula kut. Sekaligus mengingatkan kita semula kepada Kumpulan 11 pada tahun 1988 yang akhirnya mengharamkan UMNO dan tertubuhnya UMNO Baru yang mengambilalih semua aset UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946, hasil rundingan 200 orang para pemimpin Melayu dari segala cabang dan fahaman, termasuklah yang kuat menyokong MPAJA, Sosialis dan anti-feudalisme.

Seperti yang dikatakan lebih awal, Anina 'BODOH TERLAJAK' hanya kerana percaya dalang-dalangnya akan membelanya. (RUJUK SINI)


Sekarang, dia akan ditinggalkan dan terbiar. Hujah-hujah dan alasan-alasannya tidak akan terpakai. Puak yang bertepuk tangan dan menaikkan semangatnya ketika keceluparannya dihidangkan demi menunjukkan keberanian, sekarang ini sudah pun berpaling. Malah kalau berjumpa di tengah-tengah jalan pun, mereka tidak akan menegurnya, walaupun dia mungkin tersengih-sengih seperti kerang busuk mengharapkan mereka mengenalinya.

Walaupun mungkin akan ada yang mengatakan, Anina Saadudin seorang pejuang kebenaran, tetapi hakikatnya mereka juga tahu, Fasal 20.7 Perlembagaan UMNO secara automatik akan menyebabkan dia kehilangan hak samannya. Kes yang dibawa ke mahkamah akan dibuang begitu sahaja kerana dia tidak lagi menjadi ahli UMNO dan tidak berhak menyaman Presiden UMNO atas nama UMNO.

Nak kesian ke atau nak kata PADAN MUKA?

Yang sah dan soheh, Anina Saadudin dan Dato' Seri Zainal serta dalang-dalang mereka sudah boleh menyertai bekas Presiden MIC, G.Palanivel yang tidak faham undang-undang parti sendiri. Elok juga kalau mereka menubuhkan dan bersatu dalam sebuah parti politik terbaru kerana mereka satu kepala dan satu fahaman.


Monday, August 31, 2015

WANITA INI BERSENDIRIAN DI KELILING HARAMJADAH PENDEMONSTRAN BERSIH 4.0 TAPI DIA JAUH LEBIH BERANI BERBANDING JAMAL SEKINCHAN IKAN BAKAR!!!



Kakak ini tidak perlu membawa para pengikut berbaju merah, menghempuk kepala dengan bata atau memukul badan dengan kayu beluti rapuh.

Kakak ini tidak perlu berlagak menceceh mencari peluang dan publisiti untuk menunjukkan betapa dia bencikan BERSIH 4.0!!!

Dan kakak ini, walaupun bersendirian, dikelilingi oleh HARAMJADAH-HARAMJADAH yang berdemonstrasi BERSIH 4.0 di dalam gerabak LRT, mampu berhadapan dengan mereka, tanpa gentar, tanpa berwajah pucat, dan tidak perlu bercakap besar dengan dikelilingi oleh para pengikut yang bermuka lapar.

Siapa pun kakak ini, BLOG INI SECARA PERIBADI menyanjung keberanian dan ketegasannya. Dia jauh lebih berani berbanding para pemimpin UMNO yang setiap kali perhimpunan agung, akan menitiskan air mata dengan dendangan lagu ANAK KECIL MAIN API, atau yang terjerit-jerit terlalak-lalak sampai anak tekak dengan HIDUP MELAYU atau yang bersungguh-sungguh sampai nak tercabut gigi palsu dengan TEMBERANG PERTAHANKAN NAJIB SAMPAI KE TITISAN DARAH TERAKHIR.

Haramjadah-haramjadah yang kedengaran bersusah payah berbahasa kebangsaan, yang bercakap tentang Perlembagaan tetapi BUTA PERUT, BODOH BENGONG tentang Perlembagaan tentang kebebasan berhimpun mahupun Akta Perhimpunan Aman 2012 yang mereka sendiri sebut di dalam klip video tersebut, walaupun cuba mengejek dan menakut-nakutkan kakak tersebut, terutama sekali si perakam yang kedengaran berlidah India, sekadar berani kerana mereka ramai dan berasakan mereka sudah cukup kuat.

Ayat, 'majoriti rakyat' yang mereka sebut, seolah-olah memberitahu, merekalah majoriti di negara ini. Merekalah yang sekarang ini sudah menjadi penjajah dan tuan. Merekalah yang perlu disembah dan ditakuti. Malah tiada undang-undang di negara ini yang boleh dikuatkuasakan ke atas mereka, termasuklah para penguatkuasa undang-undang juga tidak boleh menyentuh atau mengambil tindakan ke atas mereka kerana mereka ADALAH DAP, BERBAJU KUNING DAN MENYOKONG BERSIH 4.0.

Kalaulah ada WALAUPUN cuma 10 ORANG KETUA BAHAGIAN UMNO yang sehebat kakak ini, sudah tentulah UMNO akan dipandang dan dihormati. Secara tidak langsung nama Melayu juga akan dihormati, memandangkan DAP sudah lama melabelkan Melayu yang menentang mereka sebagai UMNO. Sudah tentulah UMNO sudah boleh menggegarkan politik HARAMJADAH DAP yang mengumpan provokasi berdarah di negara ini pada hari ulangtahun kemerdekaan negara.

Kakak ini amat menonjol walaupun namanya tidak diketahui, latar belakangnya samar dan dia tidak mempunyai sebarang gelaran-gelaran pembesar kerana rata-rata para pemimpin UMNO tidak mampu menandingi keberaniannya walaupun sudah bergelar Menteri, dan walaupun sudah lama bergelar Ahli Parlimen.

SYABAS KEPADA KAKAK TIDAK BERNAMA!!!

Anda berani dan anda telah menunjukkan bahawa srikandi Melayu tidak perlu berbaju merah, tidak perlu berbaju kurung pink, dan tidak perlu menjerit HIDUP MELAYU di atas pentas. Anda telah membuktikan bahawa Melayu berani bila mata bertentang mata, bukan sekarang cakap bagai menggegar langit dan menggoncang bumi, tetapi bila kena tegur dek pihak berkuasa, terus meleleh seperti lilin panas!!!


Friday, August 28, 2015

WALAU SIAPA PUN YANG BERADA DI BELAKANG ANINA SAADUDIN, YANG PASTI WANITA UMNO LANGKAWI ITU BODOH TERLAJAK!!!



Ini samalah macam kes G.Palanivel.

Gagal baca peraturan dan undang-undang parti. Main belasah ikut dan selain syok dipuji oleh orang besar yang berada di belakangnya.

Anina Saadudin awal bulan lalu cuba menimbulkan kegemparan apabila dalam mesyuarat UMNO Langkawi menuduh Najib telah 'KENCINGKAN' ahli UMNO. Daripada seorang yang langsung tidak dikenali, Anina Saadudin akhirnya mendapat perhatian daripada puak yang mahu melihat UMNO hancur menjadi debu dan berkecai.

Hari ini, wanita berkenaan sengaja menganiaya dirinya sendiri. Dia bersama-sama dengan firma guaman Hanif Khatri telah menyaman Najib atas kapasiti UMNO.



Alasan yang diberikan oleh Anina adalah kerana 'sayangkan UMNO'. Alasan yang amat cetek kerana orang yang sama, tidak pernah kedengaran menghentam atau secara aktif mempertahankan UMNO daripada serangan musuh sebenar iaitu PKR dan DAP. Sebaliknya meloncat, melatah selak kain apabila membabitkan isu-isu dalaman UMNO sendiri.

Sayang apa namanya macam tu?

Alasan yang sama jugalah digunakan oleh puak-puak tidak bertelur, penakut, bacul dan kalau nama Lim Guan Eng disebut, mereka akan terkencing tanpa sedar dengan seluruh badan menggigil-gigil. Golongan yang lebih seronok dan lebih berani menghentam sesama UMNO tetapi terlalu takut untuk berhadapan dengan DAP walaupun sekadar tentera RBA yang penguasaan Bahasa Kebangsaan mereka pun tunggang langgang.

Yang pasti, undang-undang UMNO sendiri menetapkan:

"Seseorang ahli yang membawa apa-apa jua perkara parti atau hak keahliannya ke mahkamah sebelum mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan parti maka keahliannya di dalam parti gugur dengan sendirinya." (FASAL 20.7 Perlembagaan UMNO).


Anina berkokok tentang ada dalang yang akan bersama-samanya tetapi dalam sejarah UMNO, dalang yang melaksanakan gerakan sebegini, biasanya sampai ke akhir hayat akan bersembunyi dan menghilangkan diri. Malah dalang-dalang itu kemudiannya akan berlagak seolah-olah merekalah yang menjadi wira dan menjadi tukang pengampu, penjilat paling hebat.

Itu adalah perkara lumrah dalam UMNO... macam yang duk ada sekarang pun.... sanggup mepertahankan Najib dan UMNO sampai ke titisan darah terakhir di hadapan mikrofon rostrum mesyuarat dalam dewan, tetapi semasa Najib dan UMNO diserang teruk oleh DAP dan PKR, mereka yang bercakap sampai nak terkeluar gigi geraham itu, hilang entah ke mana!!!

Anina juga samalah seperti itu. Dia akan bersendirian dan dia akan terbiar begitu sahaja tanpa pembelaan daripada dalang-dalangnya apabila rancangan mereka terkantoi besar.


Sunday, June 28, 2015

KHAIRUL SUKAGUAM KATA, DIA TETAP AHLI UMNO WALAUPUN LEPASKAN SEMUA JAWATAN DALAM PARTI!!!



Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat menegaskan bahawa dirinya masih ahli Umno selepas melepaskan semua jawatan yang disandang dalam parti berkenaan.

Khairul Anwar berkata, beliau tidak akan sesekali meninggalkan parti Umno kerana sebelum ini parti itu banyak memberi ruang dan peluang kepadanya untuk menjadi seorang pemimpin.

Katanya, tindakan melepaskan jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kluang, Naib Ketua Pemuda Umno Johor dan Ketua Sekretariat Perundangan Umno Malaysia adalah tindakan peribadinya.

"Saya akan kekal dengan jawatan berkenaan sehingga 10 Julai ini namun akan menghantar surat peletakan semua jawatan itu berkuatkuasa 11 Julai, Isnin ini kepada pucuk pimpinan parti.

"Alhamdulillah, ahli jawatankuasa serta ahli Pemuda Umno Kluang memahami keputusan yang diambil selepas saya fikirkan sedalam-dalamnya ini malah saya juga dihubungi peminpin Umno pelbagai peringkat yang bukan saja banyak memberi perangsang, dorongan malah nasihat berguna," katanya selepas perjumpaan tertutup bersama ahli jawatankuasa serta ahli Pemuda Umno Kluang, di sini, semalan.

Khairul Anwar semalam mengumumkan melepaskan semua jawatannya dalam parti berkuatkuasa 11 Julai ini.

Beliau dilaporkan berkata, keputusan diambil selepas mendapat restu dari ibu serta perbincangan mendalam bersama ahli keluarga.

Ditanya sama ada keputusannya untuk meletakkan semua jawatan dalam parti berikutan terdapat desakan dari mana-mana pihak, beliau enggan memberikan sebarang jawapan.

"Saya tidak mahu mengulas perkara lain selain kenyataan yang sudah dibuat sebelum ini malah saya akan meneruskan perjuangan hidup dalam bidang lain selepas ini," katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan membuat kenyataan baharu atau susulan selepas menghantar surat peletakan secara rasmi Isnin.

"Saya masih akan mengikuti perkembangan Umno secara dekat kerana saya dilahirkan dalam parti ini," katanya. (SUMBER)


Sunday, June 21, 2015

MENYALAK LAGI... TINDAKAN TETAP JUGA TAK DIBUAT... KALI INI DARIPADA KETUA BRIGED KESATRIA MUDA PULAK!!!





Sila baca!!

Assalamualaikum dan salam 1perjuangan sahabat2 yg saya hormati,


Didalam bulan ramadan, dikala umat islam menyambutnya dengan perasaan bersyukur dan kesabaran, sepertimana dituntut oleh agama islam.

Tercetus satu isu di Pulau Pinang dimana Ketua Menterinya Lim Guan Eng mengarahkan merobohkan tulisan UMNO dikawasan pejabat UMNO Negeri Pulau Pinang. Isu ini kini tersebar dimedia2 sosial dan telah menyemarakkan api kemarahan orang2 UMNO bukan sahaja di Pulau Pinang malah seluruh negara.

Bagi saya tindakan Guan Eng melakukan ini ibarat "PELACUR POLITIK" untuk mengalihkan isu utama iaitu perpecahan didalam PAKATAN.

Cara beliau ini boleh ibarat perangai Tentera Israel Laknatullah yang akan menyerang bumi GAZA tiap kali bulan ramadan utk menguji kekuatan dan kesabaran umat islam dalam bulan ramadan.

Adakah beliau mahukan umat islam hilang pegangan dan kesabaran pada bulan yang mulia ini dengan menunjukan kuasa beliau sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang tanpa mengambil peduli sensitiviti umat islam terutama buat orang UMNO.

Kalau ianya pun tulisan dikawasan tersebut belum mendapat kelulusan kerajaan tempatan, bukankah ianya boleh dibincangkan antara pihak UMNO Pulau Pinang dan Kerajaan Tempatan utk mendapatkan kelulusan, atau pun boleh mengeluarkan saman amaran. Tetapi kerajaan negeri mengambil pendekatan yg tidak demokratik langsung. Jelas disini DAP bukan sebuah parti politik yg Demokratik tetapi lebih kerah parti politik "KUKUBESI" ibarat "Israel Laknatullah"

Bagi saya GUAN ENG adalah "PELACUR POLITIK" yang takut dengan bayang2 sendiri.


Pada kepimpinan Barisan Nasional negeri2 baik kita semak samada pejabat2 DAP atau rakan sekutu mereka mempunyai kelulusan atau tidak untuk menaikkan papan2 tanda baik dipejabat mereka atau dikawasan mereka.

Saya mohon DBKL check logo DAP di Wenworth Hotel di Jalan Pasar mempunyai kelulusan atau tidak jika tiada, mohon pihak kerajaan tempatan utk mengambil tindakan melalui sistem undang2 yang ada.

Wahai "PELACUR POLITIK" janganlah cemari bulan ramadan ini dengan menaikan api kebencian dan buat umat islam hilang kesabaran diwaktu kita diuji utk ada sifat kesabaran dan buang nafsu kebencian pada bulan ramadan ini.

Saya doakan semoga Allah SWT berikan kesabaran, kekuatan dan keberkatan pada semua umat islam pada bulan ramadan ini.

Kita umat islam yg bijaksana ,pandai serta penuh keimanan dan kesabaran.

Selamat Menyambut Ramadan.

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
Pengerusi Briged Kesatria Muda



Wednesday, June 10, 2015

TIGA MENTERI KABINET NAFI KOMPLOT MENYINGKIRKAN MUHYIDDIN YASSIN SEBAGAI TIMBALAN PERDANA MENTERI!!!



Tiga Menteri Kabinet hari ini menafikan wujudnya komplot menyingkirkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang namanya disebut dalam komplot tersebut hanya ketawa apabila disoal mengenai perkara itu.

"Saya tidak fikir mahu melayan konspirasi itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

‎Sebelum ini, blogger yang juga bekas Naib Ketua Pemuda Umno Wangsa Maju, Shahbudin Husin‎ dalam tulisannya mendakwa Najib bakal melakukan rombakan Kabinet tanpa Muhyiddin.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dikatakan akan menggantikan tempat Muhyiddin.

Manakala, Hishammuddin bakal diberikan kedudukan yang lebih kanan iaitu sebagai Menteri Kewangan.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menyifatkan dakwaan itu sebagai satu pembohongan.

"Bohong. Itu tidak benar," katanya ringkas.

Sementara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz ketika ditanya soalan sama turut menafikan ‎dakwaan tersebut.

‎"Saya tidak tahu, saya bukan Perdana Menteri. Saya tidak mendengar apa-apa mengenainya‎," katanya. (SUMBER)


Thursday, June 4, 2015

EH EH ZAHID HAMIDI... DAH DAPAT COP MOHOR NAJIB KE NAK SURUH MENTERI KABINET TAK SEBULU, LETAK JAWATAN?!!!



Masalah kabinet dan pemimpin UMNO ialah, mereka tidak tahu di mana kuasa dan apa had mereka untuk bercakap. Sebaliknya mereka berlumba-lumba untuk bercakap demi membuktikan kononnya mereka adalah pemimpin yang sangat berwibawa dan sangat-sangat menyokong Najib Abdul Razak selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.

Takkanlah Zahid tidak faham-faham, kuasa ada di tangan Najib? Kalau dia nak pecat dan berasakan anggota kabinet sudah tidak layak untuk membantu atau menjadi topang yang bukan sahaja merebahkan, bahkan menekan dan menindihnya, itu dia punya hak. Tak payahlah ada orang lain yang jadi tukang menyibuk dan cuba nak tunjuk ajar.

Apa yang harus dilakukan sekarang adalah kerjasama daripada Kabinet dan pemimpin UMNO sendiri untuk mendapatkan kepercayaan dari rakyat, bukannya suara-suara sumbang daripada Menteri seperti yang dikeluarkan oleh Nazri Abdul Aziz yang kedengaran bongkak apabila memberitahu dia tidak pernah kalah selama lima penggal berturut-turut di Parlimen Padang Rengas. (RUJUK SINI)

Zahid barangkali terlupa bahawa kedudukan wakil-wakil rakyat yang menjadi menteri dan anggota kabinet sekarang amat bergantung kepada pengundian pada PRU-14 nanti. Rakyat senang dan percaya, kekallah mereka pada jawatan sekarang. Kalau gagal mendapatkan kepercayaan rakyat, hilanglah jawatan dan kedudukan. Lepas tu, bolehlah meroyan macam pencen-pencen lain seperti Zainuddin Maidin yang sibuk jadi ibu ketam yang cuba mengajar anak ketam berjalan lurus.

Tambahan pula, faktor penentuan calon yang akan bertanding pada PRU-14 mewakili UMNO-BN nanti pun akan dibuat oleh Perdana Menteri.

Najib pastinya mempunyai justifikasi terbaru berdasarkan apa yang berlaku sekarang ini. Apatah lagi apabila dia terpaksa menjawab kesemua masalah walaupun mempunyai pegawai, menteri, timbalan menteri, ketua setiausaha, Ketua Pengarah dan Pengarah di sekelilingnya. Malah Najib juga sudah tentu mempunyai banyak maklumat berhubung Kepala-Kepala GLC yang bertindak dan berlagak seperti YAHUDI MABUK TANAH yang banyak menimbulkan persepsi buruk ke atas dasar-dasar kerajaan.


Najib mewarisi sebuah kerajaan yang sebenarnya telah dimuakan pada zaman Mahathir, relaks habis-habisan pada zaman Abdullah Badawi selain pegawai-pegawai dan pembesar-pembesar BESAR KEPALA. Dan kesan daripada kesemua itu ialah pelbagai masalah yang berlegar di kalangan rakyat dan agensi sehingga memperlihatkan Najib lemah dalam segala hal, padahal sebenarnya semua masalah terkumpul selama 28 tahun, menumpuk dan muncul apabila golongan berkenaan KELAPARAN dan KEGELOJOHAN.

Fasa kedua selepas enam tahun pertama Najib sebagai Perdana Menteri, nampaknya sudah bermula. Ramai yang menunggu-nunggu sama ada Najib akan meneruskan 'masalah' pada enam tahun pertamanya atau melakukan sesuatu yang lebih drastik sebagaimana yang dikehendaki oleh sebilangan besar rakyat Malaysia terutama sekali penyokong UMNO dan Barisan Nasional?

Jadi, kalau benar Zahid menyokong Najib sebagaimana yang cuba diungkapkan dan dipersepsikan, seharusnya kini, Naib Presiden UMNO itu bersegera melakukan sesuatu untuk menarik sokongan kepada UMNO, bukan sekadar mempopularkan dirinya.

 
Blogger Templates