Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label Melayu. Show all posts
Showing posts with label Melayu. Show all posts

Wednesday, July 13, 2016

SIKAP PENGECUT AHLI-AHLI UMNO A.K.A MELAYU, HANYA BERANI TERHADAP PEMIMPIN MELAYU DAN KERAJAAN!!!



Seronok tengok situasi politik di negara ini. Lebih-lebih lagi apabila kita boleh membuat perbandingan antara parti-parti pembangkang dengan parti-parti kerajaan yang diterajui oleh UMNO.

Berbanding parti-parti politik lain, UMNO adalah parti yang paling banyak mengumpulkan ahli. 3 juta daripada 30 juta rakyat Malaysia. Bermakna 10% rakyat Malaysia secara keseluruhannya adalah ahli-ahli UMNO.

Populasi Melayu-Bumiputera di seluruh negara tertumpu pada kawasan-kawasan luar bandar dan pinggir bandar. Dan sekalipun, ramai Melayu-Bumiputera tinggal di bandar, jumlah mereka adalah minoriti berbanding kaum Cina.

Sekalipun secara harfiahnya, pemegang kuasa politik di Malaysia adalah Melayu-Bumiputera, tetapi hakikat sebenarnya, kuasa politik Melayu-Bumiputera tidaklah sekuat mana. Bukan kerana kuatnya tekanan dan pemburuan kuasa daripada kaum-kaum lain, tetapi selain daripada sekadar menjadi ahli parti tetapi tidak mendaftar dan berminat untuk mengundi, Melayu-Bumiputera juga secara majoritinya mengambil mudah semua perkara, termasuklah tidak menggunakan otak untuk berfikir sebaliknya sekadar menjadi penyambung lidah dan lisan pihak lain. Ditambah pula dengan kuasa ekonomi yang hanya dipegang oleh sebilangan Melayu-Bumiputera yang diberi tongkat tetapi berasakan mereka tidak perlu bertanggungjawab terhadap Melayu-Bumiputera yang lain dan secara majoritinya dikuasai oleh bukan Melayu-Bumiputera.

Amat menarik apabila kita melihat bagaimana bersungguh-sungguh para penyokong DAP mempertahankan dan membela para pemimpin mereka. Lim Guan Eng yang diheret dan didakwa di mahkamah atas dua tuduhan rasuah, dikatakan telah dianiayai oleh BN walaupun ketika melakukan perbuatan tersebut, tiada mana-mana pemimpin BN pun yang menjadi rakan kongsi Lim Guan Eng. Malah tiada juga muncung senapang atau mata pisau diletakkan di batang tengkuknya, memaksanya untuk melakukan rasuah dan salahguna kuasa.

Begitu juga dalam kes yang melibatkan Nga Kor Ming. Tidak sahaja para pemimpin DAP seperti Teresa Kok membela, malah ahli-ahli DAP juga bergotong-royong memberikan alasan yang dirasakan paling wajar termasuklah spin fakta dengan menyalahkan pihak lain dan akhirnya yang salah tetap UMNO.

Berbeza pula dengan apa yang berlaku kepada UMNO dan para pemimpin BN. Yang menyerang bersungguh-sungguh, bukannya orang lain tetapi kaum dan ahli sendiri. Daripada alasan-alasan yang dirasakan wajar, sehinggalah alasan paling tidak wajar dan tidak masuk akal seperti yang dilakukan oleh para penyokong Protun a.k.a PAKATUN.

Ironinya, jangan haraplah mereka ada TELUR dan KEBERANIAN untuk menyerang DAP khususnya.

Menjadi Melayu-Bumiputera di negara ini amat mudah... nak apa-apa, merahang menganga dan melalak. Kalau boleh nak makan pun, hanya cakap dan selepas itu, segala-galanya disuapkan sampai ke dalam perut. Kalau tak dapat, serang, cerca dan buatlah fitnah terhadap para pemimpin Melayu-Bumiputera. Gunalah alasan salahlaku, salahguna kuasa, rasuah dan sebagainya, tetapi sampai ke hari ini, tetap juga tidak ada pemimpin Melayu-Bumiputera yang diheret ke mahkamah atas segala tuduhan tersebut sekalipun di dalam media sosial, berlambak-lambak hakim dan juri wujud, lengkap dengan segala bukti dan mehnah yang lain.

Cuba tengok, bukankah yang membuat pelbagai tuduhan, yang mengaku ada bukti tetapi sehingga sekarang tetap tidak ada apa-apa, yang hanya sembang hebat dan yang membuat nujum pak belalang, bukankah Melayu-Bumiputera?

Antara kritik, teguran, fitnah dan tohmahan, semuanya telah menjadi satu. Fitnah telah dijadikan sebagai kepercayaan utama. Pada ketika apa-apa sahaja yang dikatakan oleh para pemimpin DAP dan pembangkang yang lain dipercayai sepenuhnya dan diterima tanpa banyak soal, Sedangkan pada masa yang sama, apa-apa sahaja yang berkaitan dengan para pemimpin UMNO dan Kerajaan, semuanya buruk dan salah belaka.

Untung sangatlah menjadi pemimpin DAP. Buatlah apa-apa pun, mereka akan terbela dan dipertahankan. Malang sungguh jadi pemimpin BN dan UMNO. Buatlah baik macam mana pun, mereka tetap akan dicop RASUAH dan PEROMPAK!


Thursday, January 7, 2016

MENYAMPAH DENGAN MEREKA? KENAPA TAK AMBIL PENGAJARAN BAGAIMANA MEREKA BOLEH BERJAYA?



Terlajak puteh nampak. Saya juga antara yang tak ketinggalan melihat rancangan ini. Mahu juga terkinja-kinja menonton kekayaan tiga insan yang sentiasa menjadibuah mulut rakyat Malaysia. Mereka ini tidaklah setaraf dengan beberapa ikon kesayangan negara seperti Siti Nurhaliza, Tony Fernandez, Tan Sri Mokhtar, Emma Maembong, Shaheizy Sam mahupun Dato M Daud Kilau, tetapi semua gerak geri dan kata-kata yang keluar dari mulut mereka ini jadi satu alat pemasaran yang luar biasa.

Moh kita ambil pendekatan positif melihat titik persamaan antara ke tiga-tiga taikun kosmetik negara ini. Antaranya ialah:

1. Jatuh. Mereka pernah jatuh dengan sangat teruk. Tetapi bangkit dengan semangat luar biasa. Lihat satu demi satu, Datuk Alif pernah dihina kerana hanya mempunyai sijil SPM dan berniaga di pasar malam. Keanehan manusia ini dari awal sememangnya ditentang habis-habisan di media sosial.

Dengar suara sahaja “terlajaaak larrrrissss” memang buat kita terus nak tukar channel. Tetapi gimik suara dan pendekatan iklan luar biasa beliau akhirnya membawa duit ke poketnya sendiri. Ada sahaja gimik iklan yang tak masuk akal. Kalau dari Bangi nak ke KL tu hangin sungguh ada papan-papan billboard tulis Wajah Kosmetik Yang Dipercayai. Kau gila nak letak muka lelaki dengan alat-alat solek jadi aksesori dalam gambar tu? Tapi Datuk Alif buat. Dan dia berani terus buat dan berjaya!

Bagi Puan Rita Sosilawati pula, kisah kematian ibunya yang cukup tragis dan menggemparkan negara. Sebut sahaja tentang ibu beliau, pasti semua ingat. Dan kita pula tak pernah terfikir bagaimana wanita ini mahu kembali bangkit untuk meneruskan legasi ibunya dengan wajah ibunya yang sering kali muncul di sebalik produk-produk tersebut.

Orang kata, yang melemahkan kita itulah yang akan menguatkan kita. Akhirnya Puan Rita bangkit dan kini mempunyai rangkaian kosmetik antara yang paling kukuh di Malaysia.

Sekali pasang tv keluar pula wajah wanita ini. Dulu saya sendiri pernah kata, dah kenapa stesen tv3 ini dah kena beli dengan perempuan ini ke macammana. Sekejap sekejap keluar, Qu Puteh Qu Puteh. Bagi lelaki kacak yang tak pernah putih seumur hidup seperti saya ini, ini satu pertandingan antara hidup dengan mati. Menyampah nengoknya. Itu dululah.

Kini, saya lihat strategi mempasakkan perkataan itu dalam kepala rakyat Malaysia(walau ejaannya pun tak betul) tetap berjaya. Anak saya sendiri pun pandai sebut Qu Puteh Qu Puteh Barulah Putih! Hebat Dato Seri Dr. Vida. Beliau ini juga mempunyai kisah tragis yang sangat besar dalam hidupnya apabila dua anak lelakinya meninggal dunia akibat dari kebakaran rumahnya sendiri.

Dato Seri Dr. Vida kembali bangkit dan membangunkan produknya dengan membawa semangat anak-anaknya untuk terus berjaya dan membantu anak-anak yang lain.

2. Bersama. Jika kalian lihat Instagram ke tiga-tiga taikun ini, kalian akan perasan satu perkara yang berlaku diluar kotak pemikiran kita sendiri. Logiknya mereka ini adalah pesaing di dalam industry yang sama. Tetapi, mereka kerap kali berjumpa dan bermesyuarat. Setiap kali ke tiga-tiga ini bergambar dan gambarnya dipampang di dalam insta masing-masing, saya terus terfikir strategi perniagaan bangsa cina yang sangat hebat. Antaranya ialah:

Mereka akan berbincang produk mana sesuai dengan syarikat mana.
Mereka akan membuat keputusan syarikat mana dengan gimik pemasaran yang bagaimana.
Mereka akan membahagikan produk laris dengan kesesuaian pemilik syarikat mana.

Kau orang nampak tak? Mereka tidak bersaing, malah mereka saling menguat antara satu sama lain.

Ini yang sedang dibuat oleh sebuah syarikat penerbitan Indie (bukan Hindi) dan saya sangat suka cara mereka. Mereka bangkit bersama. Bantu kawan-kawan lain dan berjaya bersama-sama.

Dalam industry hari ini, memang sudah tak boleh untuk bergerak sendiri. Dengan mudah kalian akan tumbang jika ada pesaing yang sama hebat dengan kalian. Maka cara paling baik ialah dengan bersama.

3. Kreatif dan Bina Pengaruh. Mereka sentiasa menunjuk kekayaan dan kekuasaan. Ini yang orang melayu pantang. Takut kena curi, takut orang kata riak, takut mata syaitonirojim. Waima Dato Seri Dr Vida yang mempunyai beberapa koleksi mahkota juga kalian tegur baik punya. Ya salah satu kegemaran rakyat Malaysia ialah menegur-negur perbuatan orang lain. Anak jiran kampung sebelah yang kau tak kenal pun kau boleh cerita kisah dia dari lahir sampailah dia kahwin.

Ok, kita sambung. Mereka bertiga ini (pada fikiran saya) tidak menunjuk-nunjuk pada zahirnya. Tetapi kekuasaan mereka pada media sangat kuat. Maka, segala apa yang diceritakan akan jadi bahan untuk ditunjuk dan dikongsi kepada semua.

Kadang-kadang post itu hanya untuk memberitahu yang mereka sangat sukakan sesuatu pada masa lalu, dan kini sudah pun mendapatinya (rujuk kepada post Dato Aliff dengan kereta Rolls Royce). Sama juga dengan kita, nak sangat makan kat kedai kak leha dangdut, jadi hari tu kawan kita belanja dan kita pun selfie gitu. Lebih kurang sahaja sebenarnya Cuma mood kau orang tak sebanyak orang yang memang kaya dengan cas-cas positif di kepala.

Untuk kuat dalam arus media, kau kena kreatif. Kau kena pastikan orang sentiasa positif dengan apa yang kau ‘tunjuk’. Lihat akaun sosial media mereka bertiga ini, semuanya ada tag line dengan ‘background’ kemewahan mereka. Semua itu adalah strategi pemasaran untuk mendapatkan pengaruh. Jika kalian perasan, ada produk mereka yang sama, ada juga yang memang niche. Dan yang niche itulah kekuatan mereka masing-masing.

Ingat kawan-kawan, pengaruh dibina dengan kuasa, harta dan kata-kata. Zaman ini mudah sahaja, kalian ada kepakaran dan buat dengan betul-betul, kalian akan (atau pasti) akan berpengaruh dengan sayap yang cukup lebar. Saya pernah bersembang dengan salah seorang jurujual mereka, sama ada benar atau tidak, katanya salah seorang dari tiga taikun ini jualannya pada setiap jam ialah sebanyak RM1,200. Setiap jam Bro! Kau kali dengan 24 jam, dapat RM28,000 sehari. Kali lagi dengan 30 hari, jualan sebulan ialah RM864,000 woi.

Gunakanlah media sosial untuk meraih kebaikan, bukan dengan membuka aib dan berkata tidak baik. Stay positif kawan!

Kawan-kawan, bab riak takbur bagai itu bukan hal kita pun. Mereka dapat apa yang mereka inginkan. Kita pun takat dapat sebut kau riak kau riak kau riak! Itu sahaja, kau sebut kau riak tu ada dapat mahkota? Ada dapat rolls Royce? ada? Ada boleh taja TRW? Sudah-sudahlah jadi penunggang agama. Cewah.

Nak hidup dan jadi orang hebat kena harungi satu perjalanan susah, kalau tengok kaki pun tak nampak kerana perut membesar bagai juara tak adalah susah benar hidup kita tu. Kena harungi satu fasa kehidupan yang ala-ala baru nak bernafas semula dek kerana kegagalan itu ini. Gitu. Kau faham ke tak faham ni sebenarnya? Ha Barulah dapat hidup senang. Bak kata Imam Ghazali, Untuk dapat sesuatu yang kau suka, kena sabar dengan apa yang kau benci.

Yang kau suka itu kesenangan.
Yang kau benci itu kesusahan.

Yang buat kau senang hari ini ialah perjalanan susah kau masa lalu. Mereka ini Tuhan uji dengan ujian paling berat untuk mereka terima. Tuhan juga hanya uji mereka yang sesuai sahaja dengan ujian-ujiannya. Tak semua dapat ujian macam tu kawan, jadi reda dan berusahalah untuk kita juga berjaya.

Tak semestinya kita kena berjaya macam depa, kalau kita pun sama je habis takkan nak tukar Bapa Brownies Kebangsaan cakap, Qu Brown Qu Brown Barulah Brownies. Tak, semua tu tak semestinya sama.

Kawan-kawan,

Ada orang memang berjaya dengan jadi cikgu. Walau tak dapat rumah besar, dia dapat 10,000 anak murid yang sentiasa panggil dia cikgu sampai dia mati.
Ada orang memang berjaya jadi doktor, walau dia tak kaya raya, tapi dia punya saham akhirat merawat pesakit pasti sebesar-besar gunung yang melimpah-limpah kebaikannya.
Ada orang memang berjaya jadi penulis, mungkin dia juga tak kaya raya macam depa. Tapi penulisan dia buat jiwa kaya, buat orang terkesan dan mahu jadi baik. Cewah. Ha ha ha. Nak jugak.

Masa saya kecil dulu saya selalu tanya emak, apa yang emak nak dari aye (saya)? Emak saya kata, tanya diri sendiri nak jadi apa, emak nak awak jadi baik. Itu sahaja.

Bukan susah nak jadi baik. Kaya miskin senang susah semua boleh jadi baik. Kita pun boleh jadi baik. Nak jadi baik mula dengan hati, kemudian otak, kemudian perlakuan dan perkataan. Senang woi. Ha, yang duk kata riak riak takbur takbur sesuka hati ni tanya balik dalam hati masing-masing, “aku ni baik sangat ka sampai Tuhan beri aku seketul hati yang senangnya tuduh orang begitu begini, yang lancar sahaja cakap itu ini dan yang mudahnya bersangka-sangka”

Ada eloknya kita belajar melihat mereka berjaya daripada kita hanya berjaya cakap-cakap mahu kaya.

Khairul Hakimin. Muhammad
Belum kaya lagi woi.


Thursday, October 15, 2015

PERADABAN SUNGAI BATU, MERBOK KEDAH... JANGAN PANDANG SEBELAH MATA DAN MUDAH!!!



Sekarang ini bila ada pihak yang mendakwa, MELAYU PUN PENDATANG!, maka ramailah yang terperongo dengan mata melotot, menggaru-garu kepala, bahkan ada yang menekup telur dengan kedua-dua belah tangan sambil menekurkan muka merenung lantai kalau tidak pun hujung jari kaki sendiri.

Bila ada golongan berketurunan tidak berkasta yang dibawa masuk oleh British untuk bekerja di ladang-ladang getah pada awal tahun 1900 dan memuncak pada tahun 1931, dengan bangga menyatakan negara ini sudah lama dibangunkan oleh golongan pendatang, malah Parameswara itu sendiri adalah India kerana beragama Hindu, ramai yang terkial-kial untuk menjawab yang agama bukannya melambangkan bangsa seseorang.

Ketiadaan dokumen bertulis atau kesukaran menemuinya dalam negara yang mencatatkan sejarah kewujudan negara ini sebelum kedatangan penjajah termasuklah serangan Raja Chola telah dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu untuk memperkecil-kecilkan kedudukan Bumiputera di negara sendiri. Bahkan ketiadaan usaha pro-aktif daripada pihak kerajaan untuk memperkasakan semula sejarah negara ini menerusi dapatan-dapatan baru bagi menyingkirkan data-data sejarah Shellabear dan Winsted, telah menjuzuk-juzukkan Bumiputera di seluruh Malaysia sehinggakan rumpun Melayu, Melayu berdasarkan Perlembagaan dan Sub-Etnik Melayu, tidak lagi dapat dihadami, bahkan memperkenalkan diri mereka sebagai bangsa-bangsa berasingan seperti Iban, Kadazan, Murut-Dusun, Asli dan sebagainya.


Penemuan arkeologi di Sungai Batu, Mukim Merbok Kedah amat signifikan yang memerlukan pemerhatian dan perhatian serius daripada pihak Kerajaan Pusat khususnya. Setelah sekian lama, rakyat Malaysia ditipu dan diperdaya dengan sejarah 'MAT JENIN', 'Pak Belalang', 'Lebai Malang', 'Pak Kaduk' dan 'Pak Pandir', kini hadir industri besi yang merupakan industri eksklusif yang dimiliki oleh sebuah perabadan tinggi zaman purba di bumi Malaysia sendiri.

Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir telah menafikan tapak arkeologi penting itu akan dimusnahkan untuk memberikan laluan kepada pembangunan. Malahan menurut Mukhriz, Kerajaan Negeri Kedah sedang berusaha menyelamatkan tapak tersebut memandangkan tapak tersebut bertindih dengan kawasan berstatus persendirian.

Berikut adalah catatan dari SiakapKeli yang seharusnya membuka mata sesetengah pihak.

Khazanah ternilai negara akan lenyap? dilihat kemboja bangga dengan Angkor Wat nya, Indonesia bangga dengan Borobudur, China dengan Great Wallnya, Kita? khazanah hebat yang dijumpai iaitu Tapak Arkeologi Sungai Batu 500 BC dikatakan akan lenyap kerana akan diratakan untuk aktiviti pembagunan.Menurut sumber, tanah tapak ini adalah milik persendirian..




APA ISTIMEWANYA SUNGAI BATU?

Terdapat persoalan daripada orang ramai, kenapa kita harus pertahankan Sungai Batu sebegini sekali? Apa yang hebatnya Sungai Batu ini sehinggakan kempen ini disambut dengan baik oleh page-page terkemuka di Malaysia? Mari saya hujankan anda dengan fakta-fakta pendek kenapa harus pertahankan SUNGAI BATU.

1. Sungai Batu ialah bukti tamadun tertua bangsa Melayu. 600 Sebelum Masihi, sezaman dengan Rom dan Yunani. 1100 tahun sebelum kelahiran junjungan besar Rasulullah S.A.W dan juga 600 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa A.S

2. Sungai Batu ialah bukti hidup bahawa bangsa Melayu ialah bangsa yang sangat bertamadun. Lebih 2500 tahun yang lalu, bangsa Melayu masak besi beb! Bukannya buat jarum, seperti mana yang didakwa oleh segelintir bahawa Melayu Bina Sebatang Jarum Pun Tak Mampu.

3. Besi terbaik dunia datangnya daripada peradaban ini. Sehinggakan terdapat teori dan hipotesis yang mendakwa bahawa besi yang digunakan untuk menempa Pedang Rasulullah adalah datang daripada tamadun ini.

4. Ada sehingga 4-7 buah kapal yang berusia sehingga 2000 tahun yang terdampar di dasar tasik di tengah hutan kelapa sawit. Kapal itu dikatakan sepanjang 70 meter, dan tiang layarnya dapat dilihat dari permukaan. Itu belum dikatakan lagi dengan tapak sungai batu ialah penemuan arkeologi tapak metropolis purba yang paling lengkap di Asia Tenggara. Tak keterlaluan kalau dipanggil bahawa Sungai Batu ialah 'Mohenjo-Daro dan Harappa Melayu'.

5. Tapak Sungai Batu ini adalah SEZAMAN dengan Taman Tergantung Babylon yang dibina oleh raja agung dari Mesopotamia iaitu Nebuchadnezzar II.

6. Tapak Sungai Batu adalah 400 TAHUN LEBIH TUA daripada Tembok Besar China yang dibina oleh DINASTI QIN dan juga 1600 TAHUN LEBIH TUA daripada TEMBOK BESAR DINASTI MING yang wujud pada hari ini.

7. Tapak Sungai Batu adalah 600 TAHUN LEBIH TUA daripada pembinaan COLLOSSEUM di Rom yang dibina pada 70 Masihi untuk menjadi tempat hiburan rakyat Rom menonton para gladiator bertempur sesama sendiri dan juga haiwan buas seperti harimau dan singa.

8. Tapak Sungai Batu adalah 1773 TAHUN LEBIH TUA daripada MENARA CONDONG PISA yang terkenal di Itali itu.

9. Tapak Sungai Batu adalah 300 TAHUN LEBIH TUA daripada RUMAH API ISKANDARIAH yang pernah menjadi salah satu daripada banggunan tertinggi pada zaman purba yang dibina oleh Dinasti Ptolemy yang memerintah Mesir.

10. Tapak Sungai Batu adalah 2000 TAHUN LEBIH TUA daripada MACHU PICHU yang dibina di Peru oleh TAMADUN INCA.

11. Tapak Sungai Batu adalah 1000 TAHUN LEBIH TUA daripada Hagia Sophia yang dibina oleh Empayar Byzantine lalu dijadikan masjid oleh Sultan Muhammad Al-Fateh.

12. Tapak Sungai Batu adalah SEZAMAN dengan PIRAMID bangsa Maya yang bernama CHICHEN ITZA yang dibina di pendalaman hutan Amerika Tengah.

13. Tapak Sungai Batu adalah 200 TAHUN LEBIH TUA daripada PETRA di Jordan, sebuah seni bina agung yang dipahat pada tepi gunung oleh bangsa Arab Purba.

14. Tapak Sungai Batu adalah adalah 2200 TAHUN LEBIH TUA daripada TAJ MAHAL yang dibina oleh SHAH JAHAN, yang konon dibina atas lambang cinta sejati.

15. Tapak Sungai Batu adalah 1350 TAHUN LEBIH TUA daripada BORUBUDUR yang dibina oleh DINASTI MELAYU SAILENDRA di PULAU JAWA.

16. Tapak Sungai Batu adalah 1700 TAHUN LEBIH TUA daripada ANGKOR WAT yang berdiri di bumi KEMBOJA hari ini yang dibina oleh Suryavarman II dari Kerajaan ANGKOR.

17. Tapak Sungai Batu adalah 100 TAHUN LEBIH TUA daripada PATUNG ZEUS yang dibina oleh TAMADUN YUNANI.

18. Tapak Sungai Batu adalah jauh lebih tua daripada kebanyakan binaan-binaan agung di seluruh dunia. Sekarang… masih ada yang bertanya apa istimewanya Sungai Batu?

19. Tapak ini adalah bukti bahawa bangsa Melayu membina peradaban hebat jauh lebih hebat dan tua daripada kebanyakan-kebanyakan penemuan hebat di dunia.

20. Ini ialah bukti bahawa bangsa Melayu ialah bangsa yang sangat bertamadun!

21. Justeru, kami berharap agar kerajaan negeri dan pusat dapat melakukan sesuatu untuk terus mengangkat Tamadun Sungai Batu sebagai tempat terbaik tamadun Melayu. Khazanah bangsa yang tidak ternilai terdampar di tanah yang cukup luas.

22. Apa yang berada di tapak ini adalah tidak ternilai sekali walaupun dengan wang puluhan malahan ratusan billion ringgit sekalipun.

23. Semoga juga kerajaan pusat dapat membantu kerajaan negeri dalam membeli tanah persendirian yang terkandung tapak berpotensi besar seperti kapal-kapal purba Melayu berusia sehingga 2000 tahun sepanjang 70 meter dan juga rangka manusia purba Kedah Tua.. Sumber: The Patriots

Save The Oldest Civilization In South East Asia(https://goo.gl/qY27DH)

Bersama kita sign petition untuk menyelamatkan khazanah yang tidak ternilai negara ini. https://goo.gl/4iGWFF atau KLIK SAHAJA DI SINI.


Sunday, May 24, 2015

KESAT DAN KEJI KATA-KATA YANG DILEMPARKAN OLEH JEFF OOI KEPADA PRESIDEN PAS!!!



"Putuskan hubungan dengan DAP kalau betul dia ulama tulen, bukannya politikus," kata Jeff Ooi kepada Abdul Hadi Awang.

Dan pada pengakhirannya, Jeff Ooi yang merupakan Ahli Parlimen Jelutong, dalam sidang media yang sama, menegaskan cabarannya itu adalah pendirian rasmi DAP ke atas PAS. (RUJUK SINI)

Awal sebelum itu, Lim Guan Eng mencabar Abdul Hadi Awang untuk membuktikan menerusi ayat-ayat al Quran tentang kemarahan yang patut dilemparkan oleh orang Islam kepada orang bukan Islam yang tidak bersetuju dengan hudud. (RUJUK SINI)

Sementara itu, Najib Abdul Razak pula terus diserang oleh orang Melayu sendiri, sama ada mereka adalah ahli UMNO apatah lagi bukan UMNO. Tun Mahathir, bekas Perdana Menteri yang sangat terkenal di seluruh dunia, pencapaiannya dikagumi, dilihat semakin terpengaruh dengan cucukan dan tohmahan sehingga membuatkan orang tua itu tersilap banyak dalam tuduhan-tuduhan yang dilemparkannya ke atas Najib.

Apa yang anda nampak dari senario ini?

Orang Melayu bodoh? Para pemimpin Melayu tidak berkelayakan? Al Quran tidak benar? Islam agama karut? Undang-undang syariah dan kod etika yang terpateri dalam 'piagam' Siyasah Syariiyah mengarut? Al Quran, Hadis, Ijma' dan Qiyas tidak lebih baik daripada pendirian parti politik dan orang Melayu-Islam telah tersalah tafsir atau bertaqlid membuta tuli?

Kita boleh bagi pelbagai alasan dan jawapan kepada pendirian kita. Namun menariknya, kita sebenarnya lebih menjayakan perancangan halus pihak musuh yang mahukan perpecahan bagi memudahkan mereka mencapai matlamat dan objektif mereka.

Serangan bertali arus dari segenap penjuru, tetapi kita tetap juga seronok kerana ada serangan yang kelihatan menyebelahi kita. Sedangkan hakikatnya, pada penghujung serangan tersebut, sama ada kita gembira atau kesukaan berlebihan, yang musnahnya adalah kita sendiri!!!


 
Blogger Templates