Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label 1mdb. Show all posts
Showing posts with label 1mdb. Show all posts

Saturday, December 14, 2019

RINTIHAN CLARE REWCASTLE BROWN, DIA TAK MAMPU BAYAR RM100 JUTA KALAU KALAH SAMAN FITNAH DYMM SULTANAH NUR ZAHIRAH... PADANLAH MUKA KAU!!!



Ingat lagi dengan wanita British yang mendakwa dia dilahirkan di Sarawak dan mengendalikan portal Sarawak Report? 

Sarawak Report pada asalnya adalah sebuah portal berita atau lebih tepat lagi laman sesawang yang menyerang Abdul Taib Mahmud yang pada ketika Ketua Menteri Sarawak dan sekarang ini merupakan Yang Dipertua Negeri Sarawak. Sarawak Report ditubuhkan untuk mempertahankan tindakan pencerobohan dan penjarahan yang dilakukan oleh Bruno Manser di hutan Sarawak walaupun alasan klise lelaki Switzerland itu adalah menyelamatkan hutan, balak dan kaum Penan. Bruno Manser yang merupakan aktivis asal Switzerland dilaporkan hilang di Hutan Bukit Batu Lawi pada tahun 2000.

Beroperasi di bawah Bruno Manser Fund, Sarawak Report mula beroperasi di London pada tahun 2010 oleh Clare Rewcastle-Brown yang merupakan ipar kepada bekas Perdana Menteri Britain, Gordon Brown. Tumpuan dan sasaran Sarawak Report adalah melaporkan tentang skandal rasuah, penyelewengan kuasa serta salahguna kedudukan di kalangan pemimpin-pemimpin utama Barisan Nasional, khususnya dari kalangan UMNO dan PBB.


Sarawak Report dihalang siarannya di Malaysia pada tahun 2015 sehingga 2018 kerana melaporkan tentang skandal 1MDB. Namun walaupun dilarang siarannya, Sarawak Report tetap menjadi punca maklumat utama tentang 1MDB dan 'salahguna' serta 'penyelewengan' Najib Razak. 


Pada 4 Ogos 2015, satu waran tangkap telah dikeluarkan terhadap Clare Rewcastle-Brown oleh PDRM atas dakwaan menjalankan kegiatan yang mengancam demokrasi di Malaysia. Dia juga dikehendaki kerana menerbitkan laporan palsu yang boleh mengganggu ketenteraman awam. (RUJUK SINI)

Bagaimanapun, dengan nada sinis, Clare berkata, dia tidak boleh diekstradisi ke Malaysia kerana tidak mempunyai cara walaupun telah mengeluarkan waran tangkap ke atasnya. Katanya, 'jenayah' yang dituduh oleh polis Malaysia ke atasnya itu, tidak wujud di United Kingdom mahupun di negara-negara lain. (RUJUK SINI


Nama Clare Rewcastle-Brown semakin popular ketika Xavier Justo, bekas eksekutif PetroSaudi ditangkap di Thailand. Dalam keterangan yang diberikan oleh Xavier Justo, Clare merupakan antara orang penting selain Tony Pua yang menemukannya dengan pemilik The Edge Media Group, Tong Kooi Ong dan Ho Kay Tat. (RUJUK SINI)

Berdasarkan dokumen siasatan pihak berkuasa Thailand, Rewcastle -Brown yang bertindak sebagai Broker Justo dalam penjualan data yang dicuri daripada PetroSaudi, menghubungi Justo pada Februari 2015 dan memberitahu beliau bersama Pua, sudah mengatur mengatur penjualan data dicuri itu kepada pemilik The Edge Media Group, Datuk Tong Kooi Ong.




Nama Pua timbul beberapa kali dalam pengakuan bertulis Justo dan Transkrip mesej WhatsApp selama tiga bulan membabitkan Rewcastle Brown, Justo dan pengurusan kanan The Edge, Kooi Ong serta Ho Kay Tat yang didakwa memulakan perbualan itu.

Dalam satu perbualan WhatsApp antara Justo dan Rewcastle Brown (mereka menggunakan nama samaran Fullerton dan Athene Ban) bagi membincangkan bayaran dijanji kepada Justo tetapi belum dilunaskan, Rewcastle-Brown memberitahu Justo (terjemahan):”Saya sudah meminta Tony mengatur pertemuan dengan Tong’.

Setelah usaha bersungguh-sungguh Tony Pua membabitkan Clare, Sarawak Report dan Justo, akhirnya Kerajaan Najib Razak tumbang pada 9 Mei 2018.

Kekalahan Najib dan kerajaan disambut gembira oleh Clare Rewcastle-Brown yang datang ke Malaysia pada 20 Mei 2018 untuk meraikan kejayaannya, selain menerima laba daripada Pakatan Harapan kerana peranan yang dimainkannya. (RUJUK SINI)


Sebelum itu pada November 2017, Presiden PAS menyaman ke atas Clare Rewcastle-Brown kerana fitnah RM90 juta yang kononnya rasuah Najib dan UMNO kepada PAS. Kes fitnah berkenaan difailkan di mahkamah London. Bagaimanapun, pada Februari 2019, PAS telah menemui persefahaman dengan Clare untuk menyelesaikan kes saman mereka di luar mahkamah. (RUJUK SINI)

Keterujaannya kerana berjaya menggulingkan Najib Abdul Razak dan Kerajaan UMNO-BN menerusi pendedahan 1MDB yang turut membantu Mahathir dan DAP untuk berkuasa di Putrajaya, membolehkan Clare menerbitkan sebuah buku berjudul, The Sarawak Report: The Inside Story of 1MDB Exposé pada 8 September 2018 yang majlis pelancarannya turut dihadiri oleh Tony Pua di Hotel Sheraton, Petaling Jaya. (RUJUK SINI)


Dan kerana tulisannya di dalam buku itulah, DYMM Sultanah Terengganu menerusi Tetuan J.S Pillay & Mohd Haaziq pada Rabu 21 November 2018 menyaman Clare Rewcastle-Brown, selain pengedar buku tersebut di Malaysia Gerakbudaya Enterprise dan pencetaknya, Vinlin Press Sdn. Bhd selaku defendan bersama dengan Clare. (RUJUK SINI)

Ternyata kali ini Clare bersendirian tanpa bantuan Tony Pua, DAP mahupun Mahathir. Sekaligus menyaksikan perubahan format Sarawak Report yang kembali menghentam Kerajaan Malaysia, walaupun Kerajaan itulah yang dibantunya untuk berkuasa pada 9 Mei 2018. (RUJUK SINI)


Kerajaan Pakatan kelihatan seperti lepas tangan dalam isu saman DYMM Sultanah Terengganu Nur Zahirah ke atas Clare.lebih-lebih lagi selepas mahkamah pada 13 Disember 2019 memutuskan bahawa Clare perlu membela diri setelah mahkamah mendapati ada asas fitnah yang dilakukan oleh pemilik Sarawak Report itu ke atas baginda Sultanah. (RUJUK SINI)

Reaksi menarik yang diberikan oleh Clare sejurus selepas Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim memutuskan yang dia perlu membela diri, dia berasa sedih kerana 'dihadiahkan' dengan keputusan mahkamah itu selepas kerja kerasnya membuat pendedahan tentang skandal 1MDB. (RUJUK SINI)

Seperti sudah tahu, kekalahan akan menimpanya, Clare mengeluh yang dia tidak mungkin akan mampu membayar RM100 juta seperti yang dituntut oleh DYMM Sultanah Johor itu.


Belum pun lama lagi, sebahagian besar daripada kita tentu masih ingat dengan kegembiraannya kerana segala kerja kerasnya semakin membuahkan hasil apabila Kerajaan UMNO-BN dan Najib Razak dibenci oleh rakyat Malaysia. Malahan pelbagai cerita tentang 1MDB, lebih banyak diambil daripada cerita-cerita karangan Clare berbanding daripada maklumat rasmi. 

Yang dinantikan ialah peranan Tony Pua, Tong Kooi Ong dan Ong Kay Tat... dalam isu penggunaan Justo, Clare adalah orang hubungan utama mereka. Menerusi Clare jugalah, mereka berjaya memperolehi matlamat mereka menumbangkan Najib dan menyingkirkan Kerajaan UMNO-BN dari Putrajaya. 

Adakah dengan saman fitnah ini, mereka akan menggembelengkan tenaga dan membantu Clare secara senyap-senyap supaya tidak kelihatan seperti mereka menentang institusi kesultanan Melayu? Atau selepas 1MDB, khidmat Clare tidak lagi diperlukan dan dia perlu berdiri di atas kakinya sendiri?



Sunday, November 24, 2019

SIAPA YANG TERIMA MANFAAT DARI PINDAAN DALAM DERAF LAPORAN AUDIT 1MDB?



PENULIS: NABEEL NAQIE

Baiklah, KERAjaan PH menuduh terdapat pindaan dalam DRAF laporan audit 1MDB yang dilakukan oleh DSN demi menyembunyikan salah lakunya.

Jom kita tengok apakah pindaan atau perkara yang cuba ‘disorokkan’ oleh Najib ini.

Ada 4 pindaan yang berlaku.

Yang pertama melibatkan 1MDB memfailkan penyata kewangan untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014 kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang berbeza dengan penyata kewangan yang diber kepada pemilik 1MDB iaitu Minister of Finance Incorporated dan sebuah bank.

Perbezaan yang dimaksudkan adalah pada satu perkataan sahaja iaitu "substantially set-aside" (dikhaskan untuk tujuan) dengan "substantially utilized" (digunakan untuk tujuan yang sama).

Kesemua ini tak pernah disembunyikan pun dan ia telahpun didedahkan di dalam prosiding 1MDB di parlimen sebelum ini.

Link: https://www.parlimen.gov.my/…/PAC-01122015%20Bil.%2041%20Bh…

Percanggahan wujud melibatkan fund units dan ini telahpun dijelaskan secara terperinci oleh Arul Kanda ketika disoal siasat oleh Tony Pua sendiri.

Jadi apa benda yang Najib dapat dengan sorok perkara ini?

Pindaan kedua adalah tentang bagaimana 2 buah syarikat iaitu Country Group Securities Public Company Ltd (Thailand) dan Acme Time Ltd (Singapura) yang telah menjana keuntungan sebanyak USD 1.3 juta dan USD 125.97 juta masing-masing apabila bon IMTN bernilai RM 5 billion yang dikeluarkan oleh TIA pada 18 Mei 2009.

Perkara ini tidak melibatkan DSN kerana beliau belumpun terlibat di dalam 1MDB. Ia berlaku kerana Tuanku Mizan telah ditipu oleh Jho Lo. Sultan murka amat dan mahu tarik keluar Terengganu dari urusan ini sedangkan bon sudahpun diterbitkan. Disebabkan itulah kerajaan persekutuan terpaksa mengambil alih TIA dan tertubuhnya 1MDB.

Link:
https://www.facebook.com/…/saya-tengok-b…/10156377891350952/

Perkara ini juga telah dipinda sedangkan tidak ada apa-apa salah laku melibatkan DSN yang perlu disorokkan.

Lagipun, jabatan audit bersetuju bahawa perkara ini adalah diluar skop audit 1MDB kerana ianya melibatkan penjualan bon oleh Ambank kepada dua syarikat itu dan tidak melibatkan 1MDB.

Pindaan ketiga adalah berkenaan kehadiran Jho Lo di mesyuarat khas lembaga pengarah 1MDB pada 26 September 2009 yang disebut di dalam jadual 7.5 draf laporan Jabatan Audit Negara.

Pindaan wajib dibuat kerana ia seolah-olah memberi gambaran bahawa Jho Lo hadir sebagai seorang lembaga pengarah 1MDB yang bermesyuarat dan tidak dinyatakan dia hadir atas kapasiti apa.

Tidak ada apa yang disorokkan pun selama ini kerana ketika proseding PAC pada 25 November 2015, dan juga persidangan parlimen pasa 21 Disember 2015, jelas telah diberitahu bahawa kehadiran Jho Lo itu adalah di atas kapasiti mewakili Putera Turki Abdullah (pemilik Petro Saudi) dan bukan sebagai ahli lembaga pengarah 1MDB!

Ini pun salah? 🤣

Link:
http://www.astroawani.com/…/jho-low-hadir-mesyuarat-1mdb-wa…

Pindaan keempat dan terakhir adalah dakwaan bahawa Najib telah mengadap YDP Agong pada 27hb Mei 2009 dan didakwa telah bersetuju untuk menangguhkan penerbitan bon TIA.

Tetapi, Jabatan Audit juga menjelaskan bahawa bon sudahpun diterbitkan pada 18 Mei 2009 iaitu sebelum YDP Agong titah kepada Shahrol pada 22 Mei 2009 supaya penerbitan bon itu dihentikan.

Kenapa perkara ini perlu dipinda?

Oleh kerana terdapat keraguan tentang kesahihan maklumat yang diberi kepada Jabatan Audit tentang perkara diatas.

Pertemuan Najib dan YDP Agong hanya antara dua orang sahaja,

Jabatan Audit tidak pernah bertemu-bual Najib atau YDP Agong semasa mereka menyediakan laporan audit ini.

Lagipun, YDP Agong juga tidak pernah menimbulkan isu ini bahawa Najib cakap tak serupa bikin.

Ia bukan bertujuan menyorok salah laku Najib kerana bon ini terbit oleh TIA masa ianya di bawah kuasa YDP Agong sebelum TIA diambil alih oleh kerajaan pusat. Najib tak terlibat lagi pun.

Jadi, jadah apa keuntungan yang Najib dapat hasil dari kononnya arahan Najib supaya 4 perkara ini dipinda? Yilek. Zero. Zilch.

Pindaan ini sebenarnya menguntungkan mereka yang terlibat dalam TIA, 1MDB, Shahrol dan semestinya Pakatan Harapan kerana boleh berterusan menggunakan isu ini untuk memfitnah Najib.

Abang kakak semua nampak kan? 😊

Rujukan lain :

https://pdfs.semanticscholar.org/…/43a0277eefb8d77709de0eb7…

https://www.parlimen.gov.my/pac/review/docs-110-116.pdf

(NOTA: Nabeel Naqie merupakan antara pengguna Facebook yang aktif dalam menangkis fitnah dan hasutan jentera propaganda Pakatan Harapan)

Saturday, November 23, 2019

SALWANI: WIRA YANG PERLU DIBERIKAN PINGAT, WISTLEBLOWER ATAU CONTOH TERBAIK PENJAWAT AWAM YANG KHIANAT BAGI MENCIPTA PERSEPSI NAJIB CURI DUIT 1MDB?



Penulis: Yuktes Vijay

Salwani - Wanita yang menyelamatkan laporan audit asal 1MDB
(https://www.malaysiakini.com/news/500751)

Tajuk berita Malaysiakini ini misleading.

Dan walaupun misleading, ianya dipercayai sampai Salwani diangkat sebagai hero lah kakitangan kerajaan yang patut dicontohi lah calon untuk Anugerah Maal Hijarah lah. 🤦‍♂️


HAKIKATNYA,

Di dalam laporan berita mengenai pemeriksaan utama Nor Salwani oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib , Nor Salwani dilaporkan memberi testimoni berikut : (https://www.malaysiakini.com/news/500591)

"saksi pendakwaan kelima itu berkata 𝗱𝗿𝗮𝗳
laporan itu dihantar ke Percetakan Keselamatan Nasional Sdn Bhd untuk percetakan pada 20 Feb 2016 setelah diarahkan Ambrin"

"𝗱𝗿𝗮𝗳 Laporan Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diserahkan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan lima individu lain, dua hari sebelum Mesyuarat Penyelarasan Laporan Pengauditan 1MDB diadakan"

"𝗱𝗿𝗮𝗳 Laporan Akhir Audit 1MDB ini dicetak untuk dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)"


Untuk pengetahuan Nor Salwani dan fan club dia yang baru ditubuhkan hari ini, dalam Cambridge Dictionary maksud draft copy dijelaskan seperti berikut " to write down a document for the first time, including the main points but not all the details "

https://dictionary.cambridge.org/dictionary/english/draft

Draf dalam Kamus Dewan Edisi ke-4 dijelaskan seperti berikut : tulisan atau lukisan yang disediakan secara kasar pada peringkat awal.

http://prpmv1.dbp.gov.my/Search.aspx?k=draf


Apa yang Nor Salwani beritahu Mahkamah adalah salinan laporan audit yang diserah kepada Najib adalah salinan draf sahaja. Dan sejak bila membuat pembetulan pada salinan draf mula diklasifikasikan sebagai jenayah ya?

Dan daripada celah mana Malaysiakini dapat info ianya Laporan ASAL? Laporan Deraf dan Laporan Asal ada banyak perbezaan lah!

Satu lagi persepsi yang tengah dicipta adalah Nor Salwani ambil risiko untuk simpan laporan draf 1MDB.

Namun, di dalam keterangannya, Nor Salwani telah beritahu Mahkamah :

"Bagi percetakan pertama, sebanyak 60 laporan audit dicetak. Kesemua naskhah yang sudah dicetak dimasukkan ke dalam kotak.

"Kemudian pada 22 Feb 2016, saya mengambil 10 naskhah daripada CGSO dan saya menyerahkan enam laporan audit kepada Tan Sri Ambrin 𝐦𝐚𝐧𝐚𝐤𝐚𝐥𝐚 𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐧𝐚𝐬𝐤𝐡𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐩𝐞𝐭𝐢 𝐛𝐞𝐬𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐩𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐮𝐝𝐢𝐭 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚," katanya.

Read the bold part again.


Jelas dan nyata, laporan yang kononnya diselamatkan oleh Nor Salwani dengan mengambil risiko yang tinggi sebenarnya bukan satu-satunya salinan.

Seperti yang diberitahu Nor Salwani sendiri, ada 4 lagi naskah dalam peti besi berpalang di Jabatan Audit dan ia sebenarnya satu SOP di semua Jabatan Kerajaan.

Kalau nak edit dokumen untuk cover line jenayah, takkan nak ikut SOP Jabatan Kerajaan dan simpan salinan draf laporan audit yang asal kan?

Nor Salwani tidak boleh dikategorikan sebagai whistleblower kerana laporan yang disimpan olehnya hanya laporan draf. Laporan draf memang dibuat untuk dipinda, diedit dan dicantikkan. Dan ianya sememangnya satu kesalahan untuk simpan salinan draf pun kerana mampu berlaku kebocoran rahsia kerajaan.

Namun demikian, mustahil untuk Nor Salwani akan dihukum kerana apa yang dia buat berjaya cipta persepsi Najib cuba edit dokument 1MDB untuk cover line pencurian dia di 1MDB.


Mengenai rakaman 2 1/2 jam yang berjaya direkodkan Nor Salwani pula..Ianya tidak ada apa-apa implikasi undang-undang kerana tertuduh iaitu Najib tidak hadir di dalam mesyuarat tersebut. Maka, orang sebut Najib yang suruh edit atau pinda dalam audio tersebut, ianya dianggap hearsay. (The general rule is that all relevant evidence are prima facie admissible, except for hearsay and opinion)

Soalan yang patut ditanya apakah motif Nor Salwani letak perakam tanpa pegetahuan wakil jabatannya sendiri?

Dalam testimoniya, Nor Salwani mengaku selitkan perakam dalam pencil box ketuanya kerana Nor Salwani tidak dibenarkan berada dalam bilik penyelarasan laporan audit 1MDB.

Terdesak nak tahu butiran mesyuarat untuk kongsi dengan siapa ya, Nor Salwani? 🙄


Dia diangkat sebagai hero hari ini supaya dia boleh elak hukuman kerana melanggar Akta Rahsia Kerajaan 1972 dan elak kredibiliti dia tercelar untuk menjadikan dia seorang saksi yang boleh dipercayai.

Kerana itu laporan draf disebut sebagai laporan asal dalam tajuk utama Malaysiakini.

Obvious sangat lah strategi ini. Trial by media.


p/s : kertas pendakwaan terhadap Najib telah dilampirkan di sini. Dalam kertas pendakwaan pun dengan jelas ianya ditulis Najib suruh pindaan dibuat sebelum laporan dimuktamadkan. Ambrin juga sahkan Najib suruh buat pindaan pada draf.

(Nota: Yuktes Vijay adalah seorang pengamal perundangan dan pernah terlibat dalam pasukan peguambela Anwar Ibrahim dalam kes liwat 2)

Tuesday, May 28, 2019

SEBENARNYA CUKUP BUKTI ATAU TAK ADA BUKTI SAMPAI TERPAKSA SERBU IBU PEJABAT DELOITTE MALAYSIA, WAHAI TUAN PEGUAM NEGARA?!!!



Sehari dua ini, cerita tentang Tommy Thomas kembali hangat diperkatakan, di celah-celah kehangatan dan kemarahan rakyat terhadap kenaikan tarif elektrik yang diterjemahkan dengan bil elektrik yang tinggi oleh TNB serta penjelasan TNB yang hanya melepaskan batok di tangga selain memperbodoh-bodohkan masyarakat pengguna.

Tommy Thomas memberikan respons berhubung desas-desus media sosial yang menyatakan, dia telah mengaku kepada Dr. Mahathir dan Daim yang pihaknya tidak mempunyai bukti-bukti kukuh untuk mensabitkan Najib Abdul Razak dalam kes-kes membabitkan SRC International dan 1MDB. Justeru, pihaknya dikatakan terpaksa mencipta lebih banyak tuduhan terhadap Najib dengan harapan, persepsi umum akan terbentuk dan mempercayai, kalau tidak salah dan tidak ada kes, mengapa terdapat puluhan kes yang menentang Najib.

5 hari lepas, PDRM telah menyerbu Ibu Pejabat Deloitte Malaysia di Taman Tun Dr. Ismail dan 11 buah kotak dokumen telah dirampas yang mengikut laporan media, kesemua kotak-kotak tersebut mengandungi dokumen yang berkaitan dengan 1MDB.

Selepas 5 hari kejadian, Peguam Negara Tommy Thomas dilihat cuba menafikan yang pihaknya ketiadaan bukti dengan berkata, berita yang tular di media sosial beberapa hari sebelum ini bahawa pihak berkuasa sebenarnya TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG BUKTI YANG KUKUH untuk mengaitkan Najib Abdul Razak dengan aktiviti-aktiviti penggubahan wang haram dan Criminal Breach of Trust yang kini sedang dibicarakan di mahkamah.

Alasan yang diberikan oleh Tommy Thomas untuk menafikan ketiadaan bukti kukuh itu, dilihat ramai terlalu tidak berasas. Malah kalau kita ikuti kronologi perkembangan kes 1MDB secara teliti pun, memang macam ada sesuatu yang tidak munasabah membabitkan pihak-pihak berkuasa dan Peguam Negara sendiri. Macam ada sesuatu yang tidak beres.


Kes 1MDB telah disiasat dan mengambil masa yang panjang. Dari zaman Najib yang dikatakan oleh Pakatan sebagai melindungi jenayah yang dilakukan oleh Najib sehingga mendorong Lim Kit Siang mencadangkan agar diwujudkan RCI untuk menyiasat apa yang digelarkannya sebagai 'Week of Long Knives Operation in July 2015' (RUJUK SINI), sehinggalah ke zaman Pakatan Harapan menjadi Kerajaan Malaysia, yang sekarang ini sudah berusia setahun, untuk mengumpulkan bukti dan maklumat, tempoh yang sangat panjang ini sudah lebih dari cukup. Mungkin Pakatan Harapan boleh memberikan harapan kononnya, Najib menggunakan kuasanya untuk menyekat sebarang maklumat dan bukti tetapi sekarang, Pakatan yang berkuasa dan dengan dendam serta kemarahan Mahathir serta Lim Guan Eng terhadap Najib Abdul Razak, tidak mungkin mereka sukar untuk mendapatkan maklumat dan bukti yang kukuh.

Namun apa yang berlaku ialah, sehingga kini, isu Skandal 1MDB masih lagi dalam peringkat MENCARI BUKTI!

Peringkat awal kerajaan dan pihak berkuasa dilihat seperti sudah cukup yakin apabila menang sahaja Pakatan sebagai Kerajaan pada 9 Mei 2018, serbuan demi serbuan, rampasan demi rampasan dibuat bagi sebarang premis yang berkaitan dengan Najib Abdul Razak dan isterinya, Rosmah Mansor. Sehinggakan siling rumah ibunya, Tun Rahah juga dipecahkan demi mencari bukti. Malahan kasut cucu Najib juga diangkut sebagai bahan bukti. Lebih menyeronokkan lagi bilamana melihat anggota-anggota dan pegawai-pegawai polis dari Jenayah Komersial mengangkut keluar berpuluh-puluh kotak yang mengandungi beg tangan mewah dan barangan mewah yang lain termasuklah wang beratus juta ringgit.


Jadi, sekiranya bukti sudah cukup untuk Peguam Negara bertindak, malah Tommy Thomas juga berkali-kali memberitahu, Najib akan kena kerana bukti  yang dimiliki Pejabat Peguam Negara sangat kukuh, mengapa pula selepas setahun, Deloitte Malaysia diserbu tanpa sebarang pemberitahuan kepada Deloitte sendiri?

Perlu diingat, Deloitte bukanlah syarikat sembarangan. Deloitte merupakan antara BIG-4 syarikat perakaunan dunia yang sudah pasti mahu menjaga reputasi dan integriti mereka dalam bidang perakaunan dan auditing. Sebarang urusan dengan pihak berkuasa, pasti akan diberikan kerjasama sepenuh dan sebaik-baiknya tanpa menyembunyikan apa-apa demi reputasinya di seluruh dunia.

Serbuan sebegitu hanya dibuat oleh kongsi gelap dan ah long saja. Ataupun apabila TIADA BUKTI KUKUH bagi pihak Peguam Negara untuk menyokong kes pendakwaannya.

Dalam apa-apa proses sekalipun, pendakwaan hanya akan berlaku apabila pihak pendakwa iaitu Peguam Negara mempunyai bukti yang kukuh dan sempurna. Bukannya dakwa dahulu, kemudian menggunakan kuasa media untuk mewujudkan persepsi salah selain melakukan perbicaraan menerusi media sehinggalah cukup yakin, persepsi awam sudah berpihak baru kes dibawa ke mahkamah sebenar.

Inikah yang dinamakan sebagai RULE OF LAW Kerajaan Pakatan atau sebenarnya Kerajaan Pakatan RULE THE LAW?

Perlukah Peguam Negara Tommy Thomas mengeluarkan kenyataan untuk menafikan 'khabar-khabar angin yang disebarkan menerusi media sosial oleh netizen sedangkan pada masa yang sama, netizen sedang melihat urusan pembuktian oleh Peguam Negara yang masih tidak beres menerusi siasatan demi siasatan dan serbuan demi serbuan seperti yang dilakukan terhadap Deloitte dan beberapa syarikat tempatan lain?


Friday, February 1, 2019

TRANSKRIP WHATSAPP JUSTO-CLARE REWCASTLE-BROWN AKHIRNYA TERBUKTI BENAR APABILA TONG KOII ONG BAYAR RM8.2 JUTA UNTUK TUTUP MULUT XAVIER JUSTO SUPAYA TIDAK BOCORKAN RAHSIA!!!



Pada 24 Julai 2015, Xavier Justo mengakui bahawa dia telah ditawarkan sebanyak USD2.7 juta (RM11.15 juta) oleh pemilik The Edge Group, Tong Koii Ong dan editornya, Ho Kay Tat bagi mencuri maklumat-maklumat daripada majikannya Petrosaudi untuk digubah dan kemudian digunakan untuk menyerang sekaligus menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Najib Abdul Razak pada PRU-14.

Orang hubungan Xavier Justo dengan Tong Koii Ong dan Ho Kay Tat adalah Tony Pua dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown. (RUJUK SINI)


Selain Tong Koii Ong, Ho Kay Tat, Clare Rewcastle-Brown dan Tony Pua, turut terlibat dengan Xavier Justo adalah Nurul Izzah dan Tian Chua.

Xavier Justo sendiri telah mengakui kepada Polis Diraja Thailand bahawa dia sebenarnya sekadar memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi tetapi kesempatan itu turut diambil oleh pihak-pihak berkepentingan di Malaysia yang melihat kejatuhan Najib dan Kerajaan Barisan Nasional adalah satu-satunya cara untuk mereka menjarah dan merompak harta negara ini. (RUJUK SINI)

Beberapa artikel tentang Xavier Justo, konspirasi Tong Koii Ong, Ho Kay Tat, Clare Brown dan Tony Pua boleh dibaca DI SINI.

Pemberian RM8.2 juta oleh Tong Koii Ong kepada Xavier Justo dalam satu upacara gilang-gemilang, sebenarnya tidak lebih daripada menunaikan janji yang tertangguh selepas Xavier Justo menjadi antara orang yang berjaya meyakinkan pengundi-pengundi Malaysia bahawa 1MDB memang bermasalah tanpa melihat fakta sebenar.

Janji Justo yang dia akan lebih berazam untuk membantu Kerajaan Pakatan untuk menyelesaikan isu 1MDB sebenarnya tidak lebih daripada janji seorang pencuri dan pemeras ugut, yang antara lain membawa maksud Kerajaan Pakatan perlu membayarnya kalau tidak mahu dia menceritakan dan menghebahkan perkara sebenar kepada masyarakat Malaysia.



Tidak semua orang mempunyai salinan transkrip WhatsApp Justo dengan Clare Rewcastle-Brown, Tong Koii Ong, Ho Kay Tat dan Tony Pua. Namun yang jelas, menerusi transkrip tersebut, wujud konspirasi yang berjaya dilaksanakan menerusi PRU-14.

Lebih menarik, hasil konspirasi tersebut, Tong Koii Ong dan The Edge Groupnya berjaya memperolehi kontrak lumayan MyFund Home, manakala Xavier Justo pula memperolehi RM8.2 juta, sekalipun kurang RM3 juta dari janji awal.

Friday, April 27, 2018

MENGAPA DR. MAHATHIR, TONY PUA, RAFIZI RAMLI KHUSUSNYA TIDAK BERANI DATANG KE PROGRAM ARUL KANDA DAN MEMALUKAN CEO 1MDB ITU DENGAN HUJAH-HUJAH MEREKA?!!!



CEO 1MDB, Arul Kanda berterus-terang mencabar mana-mana pemimpin Pakatan bahkan para penyokong Pakatan untuk bersemuka dengannya dalam siri penjelajahannya di seluruh negara dalam isu yang membabitkan 1MDB. 

Tetapi sehingga ke hari ini, malah kali terakhir di kubu kuat DAP di Subang pun, tiada seorang pun pemimpin Pakatan seperti Dr. Mahathir, Muhyiddin, Lim Guan Eng, Azmin Ali, Rafizi Ramli, Govind Singh, bahkan Lim Kit Siang yang mahu bersemuka, berbahas dan menekan Arul Kanda dengan pelbagai persoalan tentang 1MDB. Peluang untuk membuktikan yang Najib Razak adalah Perdana Menteri pencuri, penyangak dan perompak selain wang 1MDB disamun untuk tujuan peribadi, dilepaskan begitu sahaja. Mereka enggan menutup mulut Arul Kanda yang semakin galak menjelajah dan 'cuba menutup kebobrokan Najib,' walaupun di atas pentas-pentas ceramah dan di media sosial, para pemimpin dan penyokong Pakatan terlalu berkobar-kobar menceritakan yang negara ini akan bankrap, rakyat sedang menderita dan kedaulatan negara sudah terjual. 

Dr. Mahathir yang mempunyai satu perangai huduh iaitu gemar melanggar majlis orang pun tak berani untuk melanggar program yang ada Arul Kanda walaupun pada masa yang sama, dipercayai menjadi taukeh-taukeh besar kepada pelbagai media dunia untuk mengecam Malaysia menggunakan 1MDB untuk kepentingan politik. Tiada seorang pun daripada mereka yang ada telur untuk bersemuka dan memalukan Arul Kanda walaupun mereka begitu bersemangat berkempen dengan memalukan Malaysia di mata dunia dengan membuat pelbagai tohmahan dan fitnah yang tidak berkesudahan. 


Seringkali isu 1MDI diulas dengan ribuan kenyataan media dikeluarkan oleh pihak Pakatan. Mereka bukan sahaja mengecam 1MDB dan Najib Abdul Razak, bahkan menuduh segala jentera kerajaan, jabatan-jabatan kerajaan termasuklah Jabatan Peguam Negara, PDRM, SPRM dan badan kehakiman bersekongkol dengan Najib untuk menutup lubang 1MDB. 

Segala bentuk media digunakan untuk memburuk-burukkan Najib dalam isu 1MDB dan beratus-ratus bentuk cetakan digunakan untuk menjayakan kempen menjatuhkan Najib, bukannya mahu berterus-terang mengenai apa sebenarnya masalah 1MDB.

DAP dengan Tony Pua, Hannah Yeoh dengan Rafizi Ramli bangkit, gagah menceritakan peratus itu dan peratus ini, hutang itu dan hutang ini, sebat itu dan sebat ini, rompakan dan mencuri, tetapi tidak mahu membuka kertas siasatan.

Tuduhan melampau melibatkan penjawat awam turut dilemparkan. Beg-beg berisi dokumen 1MDB – kononnya dengan “money trail” atau jejak wang semua tertumpu pada MO1 (Malaysian Official 1) – merujuk Najib.



Lusa, Arul Kanda akan menghadiri sesi penerangan terbuka mengenai 1MDB di Ampangan, Negeri Sembilan, diikuti program sama di Seksyen 16 dekat Shah Alam, Selangor pada 28 April ini.

Harap-harap, adalah pemimpin Pakatan terutama sekali Tony Pua atau pun Dr. Mahathir sendiri yang hadir di dalam sesi penerangan dan penjelasan Arul Kanda. Setakat cabaran Tony Pua agar Arul Kanda mengadakan sesi penjelasan kepada Ahli-Ahli Parlimen Pakatan sepertimana yang 1MDB lakukan untuk Ahli-Ahli Parlimen PAS, tak guna. Sebabnya, terlalu ramai yang nak tengok dokumen-dokumen dan bukti-bukti terutama sekali MONEY TRAIL yang dikaitkan dengan Najib Abdul Razak yang akan ditunjukkan oleh para pemimpin Pakatan, kerana itu yang sering mereka momokkan.

Atau mereka boleh juga bertanya tentang mengapa Laporan General Audit di OSAkan. Atau tentang auditor-auditor bebas yang kononnya tidak diupah untuk membuat pengauditan ke atas 1MDB atau cabar Arul Kanda tunjukkan akaun 1MDB tahun 2014 - yang mana tidak pernah dan tidak mungkin akan dilakukan oleh mana-mana entiti di seluruh dunia termasuklah Dr. Mahathir dan akaun peribadinya apatah lagi ratusan syarikat anak-anaknya!




Saturday, March 24, 2018

HANYA BERANI DATANG KE MAJLIS GENG SENDIRI, MAHATHIR SEPATUTNYA JADI GATECRASHER MAJLIS YANG ADA ARUL KANDA 1MDB!!!



Bersorak sorai para penyokong Mahathir apabila mereka berjaya membuli dan 'membelasah' salah seorang pengkritik tegar Dr. Mahathir, Dr. Kamarul Yusoff yang diperangkap dalam sebuah wacana anjuran Sinar Harian yang dipenuhi oleh para penyokong Mahathir - dari panelis sehinggalah penganjur dan penonton.

Setidak-tidaknya, kejayaan tersebut dapat mengalihkan perhatian daripada pengabaian yang dibuat oleh Mahathir selama 22 tahun di Sabah, dan kini sedang giat dipulihkan oleh Najib Abdul Razak.

Ketika Mahathir datang mengejut setelah mengetahui wacana tersebut dipenuhi para penyokongnya, Najib berada di Kiulu untuk menyaksikan sendiri pembinaan Jalan Telipok-Kiulu-Randagong yang dicadangkan pembinaannya semasa RMK-7 yang dibentangkan pada tahun 1986-1990. Mahathir hanya berjanji tetapi tidak pernah membinanya, malah tidak pernah menjejakkan kaki ke Kiulu.



Kedatangan Najib ke Kiulu adalah yang pertama bagi mana-mana Perdana Menteri Malaysia.

Dari awal lagi ramai yang telah memperkatakan, wacana anjuran Sinar Harian itu adalah satu perangkap yang sebenarnya mahu menaikkan nama Mahathir. Maka tidak hairanlah apabila hujah-hujah berfakta yang dikemukakan oleh Dr. Kamarul Yusoff hanya dibalas dengan jawapan sinis Mahathir yang lebih kepada membesarkan egonya.

Agak aneh kerana Mahathir dan orang-orangnya terutama sekali dari kalangan DAP sangat tahu tentang road-tour 1MDB oleh CEOnya, Arul Kanda ke seluruh negara. 1MDB adalah zikir dan ratib harian mereka dalam usaha untuk mendapatkan sokongan dan perhatian. Terlalu banyak cerita-cerita yang aneh bercampur mitos yang diuwar-uwarkan oleh Pakatan Harapan tentang 1MDB.


Kalau Mahathir 'berani' merempuh majlis wacana yang memperkatakan tentang dirinya, mengapa agaknya tiada satu pun majlis penerangan 1MDB, Mahathir mahupun para pemimpin Pakatan yang lain tidak berani menghadirkan diri?

Apakah ketiadaan sekatan untuk bertanya seperti yang berlaku dalam Wacana Sinar tentang TUANYA MAHATHIR, menyebabkan mereka takut malu?

Semalam, 23 Mac 2018, antara jam 8:30 malam sehingga jam 11:15 malam bertempat di Warung Sup, Taman Budaya Jaya, Parit Besar, Batu Pahat, telah hadir seramai lebih kurang 150 orang dari kalangan AJK UMNO Bahagian Sri Gading, ahli-ahli komponen BN dan masyarakat setempat.



Antara yang turut hadir adalah Aziz Kaprawi yang merupakan Ahli Parlimen Sri Gading merangkap Timbalan Menteri Pengangkutan dan Arul Kanda, CEO 1MDB.

Dalam penjelasannya menerusi sesi soal jawab - sesi yang tidak boleh wujud kalau wacana membabitkan Mahathir -  Arul Kanda menegaskan 1MDB diwujudkan untuk mengawal keuntungan individu dalam syarikat-syarikat milik kerajaan. Berkenaan Jho Low, menurutnya, individu tersebut telah meletak jawatan pada tahun 2009 iaitu sebelum 1MDB berkuatkuasa.



Arul bagaimanapun mengakui wujudkan permasalahan dalam 1MDB dan ianya berpunca daripada kerugian perniagaan tetapi hal berkenaan telah diputarbelitkan dan diperbesar-besarkan oleh Pakatan.

Menurutnya lagi, walaupun Najib Abdul Razak merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, namun Perdana Menteri tidak mempunyai kuasa dalam 1MDB.

Arul juga mengakui, 1MDB memang berhutang dengan bank tetapi setakat ini, 1MDB tidak mempunyai sebarang masalah untuk membayar balik kerana mempunyai nilai aset yang lebih tinggi dari hutang. Manakala wang RM2 bilion yang didakwa pembangkang telah hilang, adalah tidak benar kerana wang tersebut adalah hutang 1MDB kepada bank.

Mahathir dan para pemimpin Pakatan yang menzikir dan meratibkan 1MDB sewajarnya hadir untuk sesi soal jawab dengan Arul Kanda. Biar rakyat menilai sendiri, siapa sebenarnya yang menipu dan siapa sebenarnya yang takut penipuan mereka terbongkar!!!

Friday, March 2, 2018

ISU KAPAL JHO LOW DIRAMPAS, APA KISAH SEBENARNYA?



PENULIS: SAIFUL BAHARI BAHAROM

Sebenarnya ia adalah suatu perkembangan positif. Biarlah proses perundangan dipercepatkan supaya terbukti kebenaran di pihak siapa.

Kita hanya tahu serba sedikit menerusi laporan media terutama laporan Sarawak Report yang kita tahu sejak awal lagi seolah telah memberi gambaran bahawa DS Najib adalah dalangnya walhal saman DOJ tersebut tidak menamakan DS Najib dan sehingga timbulnya isu kapal layar Jho Lo dirampas ini ianya bukti jelas bahawa semuanya masih dalam siasatan dan sehingga sekarang tiada keputusan mahkamah diputuskan berkaitan penglibatan individu-individu yang dinamakan dalam saman tersebut termasuk Jho Lo.

Pada Ogos 2017, pihak Red Granite sendiri mahu mempercepatkan proses undang-undang bagi membersihkan nama dan mempersoal tindakan DOJ menangguhkan tindakan sivil mereka.

"Red Granite Pictures Inc has joined other parties in questioning the move of the United States Department of Justice (DoJ) to put on hold civil forfeiture lawsuits against assets purchased with funds allegedly embezzled from 1MDB."

"In the event that a negotiated resolution is not imminent, however, Red Granite has a strong interest in clearing its name promptly,” the company stated in a brief opposing the delay, according to the showbiz industry publication.

Isu yang sering dimainkan oleh media pro pembangkang seperti Sarawak Report, Malaysiakini dan Malaysian Insight khususnya ialah kapal layar mewah bernilai AS$260 juta milik Jho Low itu didakwa diperoleh menggunakan wang 1MDB yang dikaitkan dengan pengubahan wang haram. Biarlah DOJ siasat berasaskan kepada laporan Sarawak Report tersebut dan tunggu akan 'kebenaran' laporan Sarawak Report.

Bagaimanapun 1MDB sejak awal dan konsisten sehingga sekarang berulang kali menyatakan bahawa tiada wang 1MDB yang hilang. Oleh itu, jika satu hari nanti DOJ mahu memulangkan semula 'wang' tersebut sebagaimana yang sering dinyatakan oleh mereka , 1MDB tidak boleh menerimanya kerana tiada wang mereka yang hilang.

Hanya International Petroleum Investment Company (IPIC) syarikat milik kerajaan Abu Dhabi yang mendakwa bahawa wang mereka hilang. Maka sepatutnya ia adalah siasatan berkaitan IPIC, yang secara khususnya terarah kepada Khadem Al Qubaishi yang pada ketika itu merupakan Pengarah Urusan IPIC yang turut memegang jawatan Pengerusi Aabar Investments dan Ketua Pegawai Eksekutif Aabar, Mohamed Badaway Al Husseiny yang turut dinamakan dalam saman DOJ.

Lebih menarik 1MDB dan IPIC telah pun mencapai persetujuan penyelesaian dan 1MDB setakat ini telah pun melaksanakan obligasinya dalam memenuhi terma dan syarat perjanjian persetujuan tersebut.

Bertambah menarik sehingga sekarang pihak 1MDB mahupun presidennya, Arul Kanda tidak pernah dipanggil atau dihubungi DOJ untuk memberi sebarang kenyataan walhal tuduhan tersebut menyatakan bahawa 1MDB adalah mangsa yang telah kehilangan wang.

Apa yang perlu difahamkan DOJ bertindak kerana kononnya aktiviti jenayah tersebut berlaku di Amerika Syarikat, yang melibatkan wang AS , bank AS dan hartanah di AS.

Jadi, tiada ada yang pelik tentang perkembangan terbaru ini kerana sebelum ini dilaporkan sebahagian aset lain turut dirampas dalam tuntutan DOJ termasuk lukisan Picasso yang diberikan kepada pelakon Hollywood Leonardo DiCaprio dan hak terhadap dua filem.

Pada Jun 2017 Mahathir sendiri berkata:

"..Jadi Amerika berhak bertindak. Ini jenayah di Amerika bukan jenayah di Malaysia.”

Friday, September 29, 2017

DARIPADA LABELKAN KETUA SPRM SEBAGAI MONYET, LEBIH BAIK KIT SIANG SULUH MUKANYA SENDIRI!!!



Di tengah-tengah kekalutan Rafizi Ramli terpaksa menjawab perihal PREYPAMENT INVOICEnya yang serba mengelirukan, ditambah pula dengan penjelasan Rafizi Ramli yang dia sendiri terlupa beberapa fakta atau terlepas pandang terutama sekali berhubung tarikh pada invois dan tarikh dalam penjelasannya, para pemimpin Pakatan langsung tidak berusaha mempertahankan Rafizi. Sebaliknya mereka lebih sibuk dengan hal sendiri.

Hari ini adalah hari kedua Rafizi Ramli terpaksa 'MEMBODOH-BODOHKAN' orang yang menyanggah dan enggan percaya dengan penjelasannya, tetapi PKR yang merupakan parti yang diwakilinya lebih berminat dengan berita Tian Chua lebih rela masuk penjara selama sebulan dan menarik semula rayuannya di mahkamah. Portal-portal berita yang sebelum ini memberikan ruang kepada Rafizi, juga tidak begitu menyebelahinya.

DAP langsung tidak membela Rafizi. Regu utamanya, Tony Pua, langsung tidak mengeluarkan sebarang kenyataan. Mudah untuk difahami mengapa DAP mengambil sikap 'berkecuali' dalam hal Rafizi Ramli walaupun DAP juga sangat terkenal dengan penipuan akaun mereka, sepertimana yang berlaku dalam pemilihan CEC yang menyebabkan parti itu hampir diisytiharkan haram.

Matlamat untuk mencapai kemenangan besar pada PRU-14, menyebabkan DAP sanggup berbuat apa-apa sahaja demi mendapatkan undi orang Melayu-Islam, khususnya Melayu-Bandar di mana kebanyakan calon DAP akan bertanding. Pada masa yang sama, DAP juga menjaga kepentingan untuk menang dengan undi Cina.

Setelah pesta arak Jerman, Octoberfest dibenarkan di Selangor, serangan ke atas Dobi Islam di Johor terbaharu DAP meneruskan agenda mereka untuk menimbulkan rarsa tidak percaya dan sangsi dengan entiti-entiti penguatkuasaan kerajaan seperti PDRM dan SPRM. Serangan secara verbal itu, telah berjaya sebelum ini terutama ke atas PDRM, sehinggakan terdapat terlalu banyak video-video viral yang memburuk-burukkan PDRM yang turut memberi kesan kepada anggota-anggota dan pegawai-pegawai PDRM yang bertugas.

Terbaharu, Lim Kit Siang mempertikaikan SPRM yang menurutnya tidak menjalankan tugas yang diamanahkan. Malahan Lim Kit Siang menggelarkan Ketua Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad sebagai 'monyet yang mempunyai mata tetapi tidak melihat, ada telinga tetapi tidak mendengar dan mulut tetapi tidak berbicara' hanya kerana SPRM tidak mengambil sebarang tindakan mengikut kehendak DAP dalam isu 1MDB. (RUJUK SINI)

REUTERS dua tahun lalu menyiarkan berita tentang siasatan oleh SPRM, PDRM dan Pejabat Peguam Negara yang membersihkan nama Perdana Menteri daripada tuduhan dan skandal 1MDB yang dipopularkan oleh DAP dan PKR. Malah SPRM turut menyatakan wang yang dipersoalkan itu, sebenarnya adalah derma politik daripada keluarga diraja Arab Saudi kepada Najib.

Di Malaysia, derma politik tidak mempunyai sebarang undang-undang, apabila DAP menentang sekeras-kerasnya sebarang pengisytiharan yang perlu dibuat oleh mana-mana parti politik tentang punca dan sumber dana politik mereka. (RUJUK SINI)

Ogos 2017, THE STAR ONLINE melaporkan tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) menggantung saman jenayah ke atas 1MDB setelah tidak mempunyai sebarang bukti atau salahguna dalam syarikat pelaburan negara itu.

15 September 2017, syarikat perfileman yang mana anak tiri Najib Abdul Razak adalah salah seorang pemiliknya, Red Granite berjaya mencapai persetujuan dengan Kerajaan Amerika Syarikat berhubung aset-aset syarikat tersebut yang sepatutnya disita kerana kononnya dibiayai dengan wang 1MDB. (RUJUK SINI)

Hampir keseluruhan fakta terkini menunjukkan segala tuduhan yang dilemparkan oleh DAP dan Pakatan terhadap 1MDB dan Najib Abdul Razak khususnya, hanyalah tuduhan-tuduhan jahat yang bukan sahaja untuk mencemarkan imej Perdana Menteri dan Kerajaan, tetapi yang lebih penting untuk memastikan integriti pihak berkuasa dan penguatkuasa undang-undang di negara ini, tercemar dan tidak lagi dipercayai.

Memang benar seperti yang diperkatakan oleh Lim Kit Siang, rakyat memerhati tindak-tanduk SPRM. Malah bukan stakat memerhati, bahkan mempersoalkan mengapa SPRM terlalu lambat bertindak terhadap mana-mana kes yang membabitkan DAP dan PKR.

Ramai yang masih lagi ingat tentang kes membabitkan Christina Liew dari PKR yang sekarang ini dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Sabah. Christina Liew, pada 30 Sptember 2015, Mahkamah Tinggi Tawau telah memutuskan dia dan dua rakan subahatnya bersalah kerana melakukan pemerdayaan untuk memiliki tanah dan telah didenda sebanyak RM558 juta.

Begitu juga dengan kes membabitkan anak lelakinya, Lim Guan Eng dalam dua kes rasuah dan salahguna kuasa, sehingga kini masih terkial-kial dan mencari-cari lompong undang-undang untuk dimanipulasikan agar dia tidak dibicarakan tuduhan-tuduhan tersebut yang membabitkan sebidang tanah dan sebuah banglo di Jalan Pinhorn.

Tidak cukup dengan itu, terdapat juga kes membabitkan RM305 juta yang dibayar menggunakan tanah dan wang rakyat Pulau Pinang kepada syarikat penyedia laporan kebolehlaksanaan Terowong Dasar Laut yang sebenarnya tidak pernah dilaksanakan walaupun bayaran telah dibuat.

Begitu juga dengan kes kilang haram Sungai Lembu yang turut membabitkan anaknya!

Masyarakat turut mempersoalkan tindakan DAP khususnya Lim Guan Eng yang terpaksa mengambil tindakan mendapatkan pengisytiharan dari mahkamah bahawa Akta SPRM adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan semata-mata untuk membebaskan darinya daripada sebarang tindakan undang-undang.

Dan sekarang, bapanya menggelar Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai monyet yang ada mata tetapi tidak melihat, ada telinga tetapi tidak mendengar dan ada mulut tetapi tidak bercakap?

Berdasarkan kepada isu-isu semasa yang membabitkan DAP dan 1MDB, siapa sebenarnya yang jadi monyet? SPRM atau Lim Kit Siang-DAP?


Monday, July 3, 2017

'MASALAH' 1MDB ADALAH KHADEEM AL QUBAISY DAN MOHAMAD AL-HUSAINY, TETAPI SI BEBAL PENYOKONG TUN SALAHKAN NAJIB ABDUL RAZAK!!!



Di sebalik ratusan penjelasan yang diberikan tentang kemelut 1MDB-IPIC/AABAR BVI, para penyokong Dr. Mahathir kekal untuk memilih menjadi bebal dan tongong dengan hanya mempercayai bulat-bulat apa yang mereka mahu percaya sahaja. 

Lebih malang lagi ialah apabila mereka percaya dan sangat-sangat yakin bahawa arbitration atau proses timbangtara di London adalah perbicaraan yang akhirnya menyaksikan 1MDB dan Kerajaan Malaysia 'kalah' kerana 1MDB bersetuju membayar IPIC sebanyak USD1.2 bilion. Sekaligus itu merupakan pengakuan 1MDB bahawa telah berlaku penyelewengan dalam transaksi kepada IPIC/AABAR BVI.

Kesimpulan mudah, mengapa bayar kalau tidak salah, sebenarnya adalah kesimpulan paling bebal dan langsung tidak berpengetahuan!

Dalam kenyataan kepada Bursa Saham London, 1MDB menyatakan persetujuan membayar semula 'pendahuluan tunai' yang diberikan oleh IPIC kepada mereka pada tahun 2015 selain beberapa komitmen IPIC terhadap bon 1MDB pada tahun 2015 dan 2016. Jumlah keseluruhan ini adalah USD1.2 bilion. 

International Petroleum Investment Company PJSC (IPIC), Aabar Investments PJS (Aabar), the Minister of Finance (Incorporated) Malaysia (MoF Inc.) and 1Malaysia Development Berhad (1MDB) are pleased to announce that an agreement has been reached between all parties that provides for a settlement in respect to the arbitration proceedings at the London Court of International Arbitration (the Settlement). The agreement is conditional on the Arbitration Tribunal making a consent award by 31 May 2017.

Under the terms of the Settlement, IPIC will receive an amount of US$602,725,000 by 31 July 2017 and a further amount of US$602,725,000 by 31 December 2017.

Separately, 1MDB and MoF Inc., undertake to IPIC to assume responsibility for all future interest and principal payments under the two bonds issued by 1MDB Group companies that are guaranteed by 1MDB and IPIC; (i) US$1,750,000,000 fixed rate 5.75 per cent. notes due 2022 issued by 1MDB Energy (Langat) Limited and (ii) US$1,750,000,000 fixed rate 5.99 per cent. notes due 2022 issued by 1MDB Energy Limited.

The parties have provided suitable undertakings and indemnities in respect of the performance of obligations under the Settlement.

The parties have also agreed to enter into good faith discussions in relation to payments made by 1MDB Group to certain entities.

Barangkali tidak faham Bahasa Inggeris atau sekadar faham bab 'kena bayar', maka mereka membuat kesimpulan mudah tanpa rasa malu dan segan. Walhal pembayaran berkenaan tidak ada kena-mengena dengan urusniaga atau transaksi yang menjadi pertikaian antara 1MDB dengan IPIC berkenaan AABAR BVI. 

Sebaliknya terang dan nyata dalam pada perenggan terakhir itu, maksudnya ialah tiada pengakuan bersalah 1MDB dalam isu AABAR BVI. Sebaliknya dalam persetujuan yang sah dari segi undang-undang ini, 1MDB telah mengheret IPIC supaya berunding lanjut, bukannya menolak mentah-mentah tanggungjawab mereka. 

IPIC tidak boleh cuci tangan sepenuhnya dalam isu AABAR BVI. Ini adalah kerana pemegang sahamnya adalah Khadeem Al-Qubaisy dan Mohamed al-Husainy. Khadeem adalah CEO IPIC manakala Al-Husainy pula adalah CEO AABAR PJS LTD (IPIC) ketika urusniaga itu dilakukan.

Atas sebab itulah, Malaysia menerusi 1MDB mengheret IPIC ke arbitration. Dan 1MDB tidak perlu membayar lebih dari sepatutnya yang dibayar walaupun Al-Qubaisy dan Al-Husainy dilaporkan telah menyonglap duit IPIC. 1MDB mendakwa, kedua-duanya maklumat dan gambaran palsu bahawa AABAR adalah milik penuh IPIC.

Sebab itulah, Menteri Kewangan II, Johari Ghani berkata, Malaysia sangat yakin kerana mempunyai dokumen yang mencukupi bahawa sebarang penyelewengan sebenarnya berpunca dari IPIC bukannya 1MDB seandainya tribunal berterusan. 

Itu adalah situasi sebenarnya. Malangnya sebahagian besar rakyat Malaysia, terutama yang menentang Najib dan Kerajaan memilih untuk percaya kepada pembohongan dan pendustaan, kemudian bertindak sebagai agen penyebar fitnah dan dakyah untuk memburuk-burukkan negara sendiri, semata-mata bermatlamatkan mahu menjatuhkan kerajaan. 

Isu yang sama juga nampaknya sedang melanda yang membabitkan DOJ. Apa yang berlaku di DOJ sekarang ini, langsung tidak diambil peduli, sebaliknya mereka leka dengan cerita-cerita zaman Loretta Lynch dan James Comey yang telah pun dipecat oleh Donald Trump untuk mengukuhkan dakwaan kononnya, memang berlaku penyelewengan dan rompakan wang 1MDB walaupun 1MDB mengakui, mereka tidak pernah kehilangan sesen pun, malah diperakui dan telah di'endorsed' oleh firma-firma audit ternama untuk pengesahan berkenaan.

Bodoh bebal sangatkah rakyat Malaysia kerana sepatutnya yang dikecam adalah Khadeem al Qubaisy dan Mohamad Al-Husainy tetapi yang menjadi mangsa adalah Najib Abdul Razak dan 1MDB?


Sunday, July 2, 2017

MEMANG NAK TENGOK JHO LOW DITANGKAP DAN DIDAKWA KERANA JENAYAH, TAPI BILA DIA SENDIRI CABAR DOJ UNTUK BERBUAT BEGITU, DOJ PULA BUAT TAK TAHU, APA MAKSUDNYA?!!!



Jho Low....

Satu nama yang sebenarnya bersifat PUAKA atau dalam bahasa yang lebih mudah faham oleh orang Malaysia, PHANTOM.

Pelbagai cerita boleh didengar dan diperdengarkan tentang Jho Low atau nama sebenarnya, Low Thaek Jo walaupun latar belakangnya masih kekal misteri. Pelbagai juga cerita sensasi termasuklah liburannya bersama beberapa orang selebriti wanita Hollywood menjadi tajuk berita dan bahan bercerita.

Jho Low merupakan antara 'watak-watak penting' yang seringkali dikaitkan dengan instrumen pelaburan negara milik penuh Kementerian Kewangan, 1MDB yang dikatakan banyak menimbulkan masalah terutama sekali apabila ianya dijadikan sebagai senjata untuk menggulingkan Najib Abdul Razak dan Kerajaan Barisan Nasional.

Berdasarkan maklumat-maklumat yang boleh dilayari di Internet, Jho Low sebenarnya tidak bekerja sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan 1MDB, sebaliknya dia merupakan konsultan untuk IPIC, sebuah syarikat Abu Dhabi yang menjalin usahasama dan merupakan salah satu daripada syarikat pelabur di dalam 1MDB. Jho Low turut mempunyai hubungan rapat dengan pemilik IPIC iaitu Putera Turki serta keluarga diraja UAE.

Seperti perbicaraan-perbicaraan dan tindakan undang-undang yang melibatkan beberapa buah bank serta institusi kewangan yang berkaitan dengan 1MDB di beberapa buah negara, termasuklah di Singapura, 1MDB dan Jho Low tetap tidak dapat dikaitkan. Manakala institusi-institusi kewangan yagn dikenakan tindakan itu pula, lebih menjurus kepada urusniaga mereka dengan syarikat-syarikat yang melabur dengan 1MDB, bukan dengan 1MDB secara langsung.

Kompang tentang Jho Low sudah lama kedengaran. Namun ketiadaan undang-undang, termasuklah di Amerika Syarikat sendiri yang mampu mengheret Jho Low atas kanun cara jenayah, menimbulkan seribu satu persoalan, terutama bagi mereka yang berkeinginan benar mahu melihat Jho Low disabitkan dengan kesalahan kerana mencuri wang 1MDB dan kemudian menggunakan wang curi tersebut untuk diberikan kepada Najib Abdul Razak mahupun Rosmah Mansor sepertimana yang kerap diceramahkan oleh para pemimpin dan penyokong parti-parti pembangkang Malaysia.

Sebenarnya, ramai orang, termasuklah yang menjadi penyokong Kerajaan turut mahu melihat Jho Low dikenakan tindakan undang-undang dan dibicarakan kerana 'mencuri' wang 1MDB. Keinginan tersebut hampir menjadi kenyataan apabila pada tahun lepas, DOJ Amerika Syarikat diberitakan mahu mengambil tindakan terhadap Jho Low kerana terlibat dalam penggubahan wang haram menggunakan sistem kewangan Amerika Syarikat sendiri. DOJ menfailkan saman untuk menyita aset-aset Jho Low menerusi undang-undang yang ditentang oleh penggubal mahupun pengamal perundangan di negara itu sendiri.

Pelbagai pendedahan terutama yang dibuat oleh Sarawak Report dan Wall Street Journal (WSJ) ke atas Jho Low tidak lebih daripada sekadar bersifat hear-say walaupun mendakwa terdapat money trail kerana ia tidak pernah digunakan sebagai bahan bukti untuk mendakwa Jho Low atas nama jenayah.

Terbaharu, semenjak Mac lalu, Jho Low mencabar kesahihan undang-undang itu bagi mendapatkan semula aset-asetnya yang telah 'dirampas', sekaligus membuatkan DOJ tidak ubah seperti pencuri besar menerusi 'Civil Forfeiture Law' yang sangat kontroversi itu. Hakim dalam kesnya itu turut membidas tindakan 'rough justice' DOJ yang cuba merampas aset

Menerusi undang-undang tersebut, polis, FBI dan mana-mana penguatkuasa dibenarkan merampas semua aset daripada sesiapa pun walaupun orang itu tidak melakukan jenayah dan tanpa perlu dibuktikan orang itu melakukan jenayah. Cukup hanya 'disyaki' segala harta benda, termasuklah duit ringgit boleh dirampas sesuka hati. Undang-undang ini diamalkan secara meluas di Israel terutama ke atas rakyat Palestin bagi merampas harta benda dan tanah rakyat Palestin.


Ironinya, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sendiri mengecam DOJ kerana menggunakan isu dan berita-berita palsu untuk membina kes!

Kalau benar Jho Low berkomplot dengan Khadem Al Qubaisy dan Mohamad Al-Husainy menipu IPIC dan 1MDB, Jho Low memang sewajarnya ditangkap dan dibicarakan mengikut kanun cara jenayah. Rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik, wajib mengalu-alukan penangkapan tersebut.

Malangnya, sehingga kini, ketiga-tiga nama tersebut tidak pernah ditangkap di mana-mana negara termasuklah di UAE, negara IPIC yang telah memecat Kadeem dan Mohamad.

DOJ Amerika Syarikat yang dihebohkan itu pun, tidak menangkap Jho Low sekalipun telah dicabar dan Jho Low sendiri berada di Amerika Syarikat. Sedangkan sebelum ini, DOJ telah terbukti sangat berkuasa mengambil tindakan jenayah ke atas Osama bin Laden, Noriega, Al Capone dan seribu satu macam nama yang lain. Malah yang terbaharu, menyenaraikan Evgeniy Boghacev yang dikatakan sebagai penjenayah siber dari Russia yang kononnya telah melepaskan malware bernama Zeus Banking Trojan yang menyebabkan kecurian wang berjumlah USD100 juta.

Friday, June 30, 2017

TAK PAYAH SERONOK SANGAT PASAL DOJ SENDIRI SEDANG BERMASALAH DENGAN PEMECATAN DAN PERLETAKAN JAWATAN!!!



21 Julai 2016, para penyokong Pakatan dan Mahathir gegak gempita sambil memberikan gambaran Najib Abdul Razak, Rosmah Mansor dan 1MDB akan didakwa di mahkamah Amerika Syarikat, apabila Peguam Negara Amerika Syarikat, Loretta Lynch mengumumkan bahawa DOJ Amerika Syarikat 'berjaya' membuat penemuan penyonglapan wang beratus juta daripada akaun 1MDB bagi tujuan penyelewengan.

Tiada bukti yang dilampirkan. DOJ tidak menfailkan sebarang tuduhan di mana-mana mahkamah di Amerika Syarikat.

Loretta Lynch kemudiannya dipecat oleh pentadbiran baru Amerika Syarikat yang diketuai oleh Donald Trump kerana terlibat dalam konspirasi untuk memenangkan Hillary Clinton dengan memalsukan dokumen dan menyorok bukti.

Jawatannya dipangku oleh Sally Yates yang merupakan salah seorang dari DOJ yang terlibat dalam isu 1MDB. Januari 2017, Sally Yates pula dipecat oleh Donald Trump.

'Rakan subahat' Loretta Lynch, James Comey juga dipecat pada Mei 2017. James Comey merupakan Pengarah FBI pada waktu itu. Kenyataan James Comey turut menjadi hujah para penentang Najib dan 1MDB kononnya, FBI akan menyiasat, menangkap dan mendakwa Najib di Amerika Syarikat. Sehingga kini, ramai penyokong Dr. Mahathir percaya, Najib tidak berani ke Amerika Syarikat kerana bimbang ditangkap oleh FBI walaupun perkara tersebut tidak pernah dan tidak akan berlaku terutama setelah Najib 'sengaja' bermain golf dengan Presiden Obama di wilayah Amerika Syarikat tidak lama selepas pengumuman James Comey tentang 1MDB dan pada hari Loretta Lynch membuat sidang media tentang 1MDB. (RUJUK SINI)

Turut diarahkan meletakkan jawatan adalah Preet Bharara pada Mac 2017 oleh Trump. Bharara merupakan bekas Pendakwaraya Amerika Syarikat.

Kesemua nama-nama yang disebutkan di atas adalah watak-watak utama dalam kemelut DOJ-1MDB.

1MDB sebenarnya merupakan sebahagian daripada usaha untuk mengalihkan isu sebenar di Amerika Syarikat yang menyaksikan Department of Justice (DOJ) Amerika Syarikat mengalami perubahan besar-besaran ekoran pemecatan dan perletakan jawatan selepas konspirasi untuk menggulingkan Donald Trump dengan mensabitkannya dengan tajaan dana politik daripada Russia menerusi syarikat miliknya, tidak berjaya. (RUJUK DI SINI)

Isu terbesar yang dihadapi oleh kesemua mereka yang disebutkan di atas adalah membabitkan skandal e-mail Yayasan Clinton yang diketuai oleh Hillary Clinton, isteri bekas Presiden Amerika Syarikat, juga calon Presiden yang kalah di tangan Donald Trump.

Bermula dengan Comey yang cuba menutup skandal tersebut dan kemudian bekerjasama serta bersubahat dengan Lynch, akhirnya isu berkenaan terbongkar juga kepada awam sekaligus menyebabkan Clinton kalah. Manakala skandal Trump-Russia pula telah pun disahkan sebagai PALSU dan SENGAJA DIADAKAN-ADAKAN bagi tujuan merosakkan kredibiliti Trump dan cubaan menutup skandal Clinton. (RUJUK SINI)

Untuk membuktikan kononnya DOJ benar-benar tegas dalam melaksanakan arahan Trump untuk membanteras sebarang penggubahan wang haram di negara tersebut sekaligus mengalihkan tumpuan kepada isu-isu besar berkenaan, 1MDB menjadi mangsa. Bagaimanapun, pengumuman kepada media dan saman sivil yang difailkan oleh DOJ buat kali kedua pada 22 Jun lalu, tidak mempunyai sebarang pembaharuan kecuali masukan beberapa perkara yang tidak mengubah apa-apa. (RUJUK SINI)

Bagaimanapun, beberapa pendedahan membabitkan pembayaran berjumlah RM50 juta daripada pihak tertentu dari Malaysia kepada Yayasan Clinton yang merupakan pengutip dana pilihanraya Hillary Clinton, selain dakwaan pembabitan Sivarasa Rasiah, Cynthia Gabriel, Daim Zainuddin dan beberapa orang yang lain, membuktikan tindakan DOJ menfailkan saman sivil pada 22 Jun lalu tidak lebih daripada tindakan politik semata-mata.

Ada yang mempertikaikan mengapa setelah semua pegawai-pegawai kanan Amerika Syarikat terbabit dipecat, saman sivil tersebut masih diteruskan.

Usaha pihak Demokrat dan pro-Demokrat untuk menjatuhkan Donald Trump masih lagi berterusan. Begitu juga dengan usaha untuk membenarkan tuduhan kononnya Donald Trump terlibat dalam konspirasi dengan Russia bagi kemenangannya juga masih berterusan.

Pada 16 Jun lalu, DOJ menfailkan saman sivil untuk menyita aset, barangan kemas, kapal layar dan lukisan yang bernilai USD540 juta yang kononnya dicuri dari 1MDB. (RUJUK SINI)

Pengumuman tersebut kemudiannya disambut gembira oleh para penyokong pembangkang dan pemimpin pembangkang Malaysia sehingga mahu mengadakan Perhimpunan Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi pada September ini sebagai reaksi mereka kepada saman sivil terbaharu Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.

Mahfuz Omar dalam kenyataan terbaharunya mempertahankan tindakan DOJ dan mengatakan 1MDB adalah 'mangsa'. Justeru 1MDB tidak didakwa, sebaliknya DOJ menerusi saman yang difailkan di US District Court For The Central District of California addalah bertujuan untuk menyita dan mendapatkan kembali hasil penyelewengan yang berjumlah USD540 juta dalam bentuk aset-aset yang dipercayai dibeli menggunakan wang yang diselewengkan dari akaun 1MDB.

Ironinya, DOJ atau agen-agen mereka tidak pernah berhubung dengan 1MDB bagi menyiasat aduan berkenaan. Malahan 1MDB berulang-ulang kali menjelaskan bahawa mereka tidak mengalami sebarang kecurian, penyonglapan mahupun kehilangan wang seperti yang didakwa oleh musuh-musuh 1MDB.

1MDB dari awal lagi telah cuba diranapkan oleh pembangkang. Kejayaan terbesar pembangkang adalah dengan menghalang 1MDB daripada menyenaraikan IPO mereka bagi perolehan modal awam.


Di sebalik keseronokan para pembangkang dan Mahfuz Omar, terbaharu pada 23 Jun, Jawatankuasa Kehakiman Senat telah menghantar surat siasatan kepada empat orang yang dikaitkan dengan usaha Mahathir untuk menumbangkan Najib menggunakan isu 1MDB.

Mereka adalah Loretta Lynch, George Soros menerusi Soros Foundation, Hillary Clinton dan James Comey.

The Senate Judiciary Committee announced Friday it sent four investigatory letters, including one to former Attorney General Loretta Lynch.
The letters, dated Thursday and signed by the committee’s bipartisan leadership, demand answers and documents related to the 2016 investigation into Hillary Clinton’s private email server, especially reports that Clinton campaign operatives expressed confidence Lynch would keep that investigation from “going too far.”
The demand comes as the Judiciary Committee investigates the circumstances surrounding the dismissal of ex-FBI Director James Comey, in which the material may take on a new significance. (RUJUK SINI)

Sekaligus memberi petanda bahawa saman sivil yang difailkan oleh DOJ California Pusat itu sebenarnya tidak akan ke mana-mana. Drama terbaharu ini akan mengulangi drama Loretta Lynch, apatah lagi terdapat dakwaan bahawa kertas aduan tersebut dikarang di Malaysia dan DOJ sendiri telah menyatakan bahawa tiada pendakwaan yang akan dibuat sebaliknya sekadar melaksanakan aduan awam.

Malaysia telah mendesak Amerika Syarikat untuk mendedahkan nama pengadu tersebut meskipun beberapa saluran berita di Malaysia telah pun mendedahkan nama-nama yang terbabit yang mana salah seorangnya adalah Cynthia Gabriel, Pengerusi C4 yang mendapat tajaan daripada CIA menerusi NED. (RUJUK SINI)


Portal-portal berita dan media-media massa serta elektronik dan sosial Amerika Syarikat lebih banyak membincangkan tentang pertentangan membabitkan Donald Trump dan tindakan-tindakannya untuk 'membersihkan' DOJ daripada elemen-elemen Clinton. DOJ sebagai reaksi balas, masih berusaha untuk mensabitkan Donald Trump. Beberapa orang Gabenor di wilayah-wilayah pro-Demokrat turut menfailkan tuduhan ke atas Donald Trump.

Kesibukan Donald Trump dan DOJ menangani masalah dalaman mereka sendiri, pastinya akan mengenepikan isu 1MDB yang tidak mempunyai sebarang asas selain daripada 'aduan awam' sekaligus menyebabkan Amerika Syarikat tidak pernah menghantar sesiapa pun untuk melakukan siasatan di 1MDB yang beribupejabat di Kuala Lumpur sehingga kini. Apatah lagi isu 1MDB langsung tidak menjadi kudis kepada Amerika Syarikat berbanding isu-isu membabitkan Donald Trump dan DOJ sendiri. (RUJUK SINI)

Berapa juta Dollar Amerika Syarikat lagi yang akan dilaburkan oleh pihak-pihak dari Malaysia untuk meneruskan proses penyitaan tanpa siasatan itu terutama apabila pegawai-pegawai DOJ berhadapan dengan isu pemecatan dan perletakan jawatan?


 
Blogger Templates