Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, November 30, 2017

PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR TUDUH, PENANGKAPAN ANAK SAUDARA AZMIN YANG KAYA RAYA WALAUPUN PENGANGGUR, ADALAH KONSPIRASI JAHAT BURUKKAN REPUTASI AZMIN!!!



Pejabat Menteri Besar Selangor mendakwa penyebaran maklumat kononnya anak saudara Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ditahan kerana terbabit aktiviti lombong pasir haram, adalah berniat jahat.

Pengarah Komunikasi Strategiknya, Yin Shao Loong, dalam satu kenyataan media berkata, pihaknya kesal maklumat sedemikian bocor secara meluas melalui media sosial dan blog.

“Pentadbiran ini dimaklumkan salah seorang yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan terbabit dalam aktiviti perlombongan pasir haram adalah anak saudara Datuk Menteri Besar Selangor.

“Kita tidak mempersoalkan tanggungjawab SPRM untuk menjalankan sebarang siasatan.
“Namun, dalam kes ini, kita kesal kerana pembocoran maklumat secara meluas melalui media sosial dan blogger UMNO sebelum penahanan itu dilakukan, jelas menggambarkan wujudnya konspirasi jahat untuk memburukkan reputasi Datuk Menteri Besar dan Kerajaan Selangor menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.
“Bagaimanapun, sekiranya proses siasatan dijalankan secara profesional dan telus, pentadbiran ini mengalu-alukan siasatan yang mengikut lunas undang-undang tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak tertinggi yang berkepentingan,” katanya.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak mengesahkan atau menafikan sama ada individu terbabit sememangnya anak saudara kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, atau sebaliknya.
Cubaan pemberita untuk mendapatkan kenyataan Mohamed Azmin sendiri juga gagal selepas menunggu lebih dua jam.

Mohamed Azmin yang berada di pejabatnya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), meninggalkan bangunan pentadbiran itu tanpa sempat ditemui pemberita, kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi melalui lif khas.



ANAK SAUDARA AZMIN ALI DITANGKAP SPRM KERANA PROJEK RASUAH LOMBONG PASIR DAN PROJEK-PROJEK SONGLAP LAIN!!!



Berita awal yang membabitkan penahanan anak saudara Menteri Besar Selangor, Azmin Ali yang bernama Mohd Nuzul Fadli Mohd Noriyualsaid, 34, mula disiarkan oleh Sabahkini2.com semalam.

Portal berkenaan menyiarkan berita penangkapan anak saudara Azmin Ali dan dua orang lagi ahli perniagaan oleh SPRM di kediamannya di No. 35, Jalan Desa Pandan, Kuala Lumpur pada jam kira-kira 1:00 tengah hari bagi siasatan kes rasuah projek lombong pasir dan pelbagai projek lain di Selangor yang dianugerahkan oleh Menteri Besar Selangor.

Dalam serbuan tersebut, sejumlah lebih RM4 juta wang tunai telah ditemui. Beberapa akaun bank turut dibekukan.

Nuzul Fadli, 34, dikatakan tidak bekerja tetapi kaya-raya menggunakan kedudukannya sebagai anak saudara Menteri Besar Selangor. Gaya dan cara hidup mewahnya, acapkali dipaparkan menerusi Instagram, sama seperti yang dilakukan oleh anak perempuan Mukhriz Mahathir.

Pagi ini, Free Malaysia Today (FMT) melaporkan Mahkamah Majistret hari ini membenarkan reman selama 7 hari terhadap seorang anak saudara kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan 3 yang lain atas tuduhan rasuah melibatkan projek lombong pasir.

Majistret Ainna Sherina Saipolamin membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman keempat-empat mereka sehingga 6 Disember ini.

Mereka disiasat di bawah Seksyen 16 (b) (B) kerana memberi suapan berkait projek lombong pasir pada 2014.

Dua daripada lelaki itu merupakan pengarah syarikat, dan diwakili peguam Azad Bashir. Seorang lagi merupakan seorang kaki tangan sebuah syarikat pengiklanan.

Monday, November 27, 2017

MENGAPA RAMAI ANAK MUDA DIKATAKAN TIDAK MENYOKONG UMNO-BN?!!!



Semenjak tahun 1998, UMNO seperti dikejutkan dengan sesuatu yang tidak dijangka dan disangka. Pelbagai teori telah diberikan dan pelbagai kajian telah dibuat. Namun jawapan kepada persoalan besar tersebut, tetap TIDAK JUJUR dan cuba menafikan kebenaran.

Mengapa anak-anak muda Melayu dilihat tidak cenderung menyokong UMNO?

Tidak dapat dinafikan, masih ada golongan muda yang setia mendokong dan menyokong UMNO tetapi perubahan besar bermula Era Reformasi menyaksikan UMNO berhadapan dengan kemelut sokongan anak muda. Cabaran besar yang tidak pernah difikirkan oleh kepimpinan UMNO sebelum 1998, kini terpaksa dihadapi dan cuba diselesaikan oleh kepimpinan terkini dan masih teraba-raba mencari formula yang lebih berkesan.

Malangnya, kebanyakan alasan yang ditampilkan untuk menjelaskan kemelut tersebut, tidak pernah jujur dan berpijak ke bumi nyata.

Alasan mudah golongan yang masih beranggapan UMNO tersangat kuat ialah, anak-anak muda sudah tidak patriotik lagi. Sudah melupakan jasa-jasa UMNO. Sudah lupa diri dan berada dalam keadaan terlalu selesa sehingga terlupa perjuangan UMNO.

Secara jujur, tiada sesiapa pun di kalangan rakyat Malaysia - kecuali segelintir - yang menafikan sumbangan besar UMNO kepada negara. Bermula daripada rundingan mendapatkan kemerdekaan sehinggalah Malaysia berada dalam keadaan sekarang, jasa-jasa UMNO sebagai tulang belakang parti pemerintah negara, tidak pernah dinafikan. Ketika kebanyakan negara lain yang mempunyai masyarakat majmuk, UMNO selaku pengemudi berjaya menjadikan kepelbagaian kaum dan agama di negara ini boleh hidup sebelah menyebelah.

Namun, persoalan pokok mengapa sokongan semakin tandus dan menjauh tidak pernah cuba diatasi!

Penipuan demi penipuan selain penyelewengan demi penyelewengan yang dilakukan pada zaman Mahathir selaku Perdana Menteri dan peneraju UMNO, masih berbekas malahan menjadi trauma kepada kebanyakan rakyat Malaysia, khususnya yang terdedah kepada pembacaan pelbagai maklumat menerusi pelbagai jenis media. Selama 22 tahun, negara menyaksikan ratusan bilion Ringgit hilang begitu sahaja sedangkan pada masa yang sama, banyak kawasan di seluruh negara bukan sahaja tidak dibangunkan, malah dibiarkan papa kedana dan ketinggalan dari segi prasarana.

Walaupun Mahathir bijak menipu dengan bermain psikologi menerusi pembinaan pelbagai jenis mercu tanda seperti KLCC, Litar F1 Sepang, KLIA dan sebagainya, apa yang didedahkan selepas itu, terutama dengan proses bail-out yang berkisar di kalangan kelompok tertentu, menjelaskan bahawa segala projek-projek mega tersebut sebenarnya merupakan topeng untuk rompakan wang negara yang lebih besar.

Para pemimpin dan wakil rakyat pula dilihat sukar dihubungi dan lebih ketara apabila projek-projek pembangunan dibahagi-bahagikan di kalangan mereka sahaja. Para pemimpin parti lebih ketara dikatakan sebagai ahli korporat berbanding wakil rakyat. Masalah di kalangan rakyat yang sudah tidak sama seperti pada tahun-tahun 50-an sehingga 90-an, kurang diberikan reaksi segera. Media sosial pula jauh lebih pantas berbanding respons wakil rakyat serta petugas-petugas berkaitan. Peruntukan daripada Pusat, mengalami ketirisan yang sangat teruk pada peringkat perlaksanaan tetapi malangnya, tiada usaha-usaha mengatasi ketirisan berkenaan dan akhirnya imej buruk terpalit sama ada kepada ADUN, Ahli Parlimen mahupun kepada Kepala Kerajaan di Putrajaya manakala pihak yang menyonglap dan membuat ketirisan bebas, sambil menyalahkan Pusat.

Alasan-alasan kononnya UMNO parti rasuah dan penyeleweng kuasa, sebenarnya adalah manisfestasi sama ada daripada tohmahan atau pun rasa bosan melampau dengan gelagat kepimpinan UMNO sendiri. Anehnya, mengapa kepimpinan UMNO masih tidak sedar dan enggan berubah. Tidak kurang juga pemimpin UMNO yang bertaraf Menteri pun, banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan dangkal yang memperlekehkan keintelektualan anak-anak muda yang akhirnya menjadi antara punca kebencian terhadap UMNO sendiri.

Rakyat sudah bijak menilai dan membuat pengiraan. Walaupun penilaian dan pengiraan tersebut adakalanya terlalu bersifat mitos dan fantasi, tetapi ia sepatutnya diatasi dengan respons dan penjelasan tuntas. Malangnya, ia tidak dilakukan atau cuba disenyapkan.

Kewujudan DAP, PKR, PAN, PPBM dan PAS mahupun parti-parti kecil lain tidak hanya sekadar ingin merebut kuasa tetapi juga menjadi tempat untuk rakyat melampiaskan rasa kecewa mereka terhadap prestasi parti pemerintah yang diterajui oleh UMNO-BN kerana kelemahan parti pemerintah mengatasi pelbagai masalah yang berbangkit.

Anak-anak muda pada zaman apa pun merupakan golongan anti-establishment dan pemberontakan. UMNO selaku pengemudi utama kepimpinan negara, agak kurang menyedari faktor tersebut dan masih lagi mengamalkan taktik-taktik politik gaya lama yang sudah tidak sesuai dengan zaman sekarang. Sedangkan pada masa yang sama, parti saingan utama UMNO iaitu PAS dan DAP, giat mengumpulkan sokongan anak-anak muda, malah barisan kepimpinan PAS sendiri pun dibarisi oleh muka-muka baru yang dalam dua atau tiga PRU lagi, boleh bertukar menjadi kuasa yang tidak boleh dipertikaikan. Sedangkan UMNO pula, masih kekal dengan gaya lama.

Biarpun beberapa pihak persendirian yang pro-UMNO cuba mengumpulkan sokongan anak-anak muda, terutama yang berminat bermain dengan media sosial seperti MYKMU, Nadi Rakyat dan sebagainya, UMNO selaku badan induk seperti kurang mempedulikan usaha-usaha tersebut walaupun pada masa yang sama, masih lagi beretorik dan bercakap tentang sokongan anak muda. Perhatikan UMNO sendiri pada peringkat kepimpinan, di mana suara anak mudanya?

PRU-14 sudah semakin hampir. Kepimpinan atasan sudah mula bercakap tentang PRU. Cakap-cakap retorik tentang perlunya sumbangan pengundi-pengundi muda juga sudah mula kedengaran. Namun sesiapa pun boleh melihat, gerak kerja parti terlalu perlahan, malah di sesetengah tempat, hampir tidak ada langsung.

Pada masa yang sama, kemarahan dan kekecewaan pengundi-pengundi muda dan golongan muda masih tidak dapat dilihat dengan pelbagai masalah melibatkan rakyat, tidak diselesaikan dengan segera.

Agak aneh, mengapa kepimpinan UMNO masih lagi bertanya-tanya tentang semakin ramai anak muda yang berterus-terang menentang UMNO?


KERANA SANUSI, PAS KEDAH BERTERABUR!!! YANG TINGGAL DALAM PAS KEDAH SEKARANG HANYALAH HAMPAS!!!



Tindakan Ketua Pembangkang DUN Kedah yang juga merupakan ADUN Anak Bukit, Ir Amiruddin Hamzah menyertai PPBM menyerlahkan masalah sebenar yang sedang berlaku dalam lingkungan PAS Kedah.

Ramai yang melihat dan menyatakan punca masalah sebenar PAS Kedah adalah Timbalan Pesuruhjaya 1 Kedah merangkap Yang Dipertua PAS Kawasan Sik, Sanusi Mohd Nor yang juga merupakan bekas Setpol Allahyarham Ustaz Azizan ketika PAS menguasai Kedah pada 2008-2013. Sanusi yang dilihat mempunyai terlalu banyak liabiliti termasuklah pembalakan di Pedu ketika PAS berkuasa dahulu, dikatakan cuba mengukuhkan kuasa dan kedudukannya dalam PAS tanpa mempedulikan kedudukan PAS sendiri.

Walaupun Amiruddin sudah agak lama sering berada dalam majlis-majlis Pakatan Harapan, terutama membabitkan PAN dan PPBM, kebanyakan pemimpin PAS Kedah beranggapan, Amiruddin tidak mungkin akan berhijrah ke parti lain selain PAS kerana ikatan sumpah baiah talak tiga.

Apabila Amiruddin menyerahkan borang keahlian PPBM, ia benar-benar memeranjatkan kerana sebelum ini, Amiruddin dikatakan lebih cenderung kepada PAN berbanding PPBM. PAN sendiri terkejut kerana Amiruddin tidak menyertai mereka.

Tindakan Amiruddin sebenarnya cukup menyakitkan hati kepimpinan PAS Kedah khususnya. Walau bagaimanapun, untuk menjaga air mukanya, Sanusi menyatakan tindakan Amiruddin menyertai PPBM tidak mengejutkan pimpinan dan penyokong PAS Negeri Kedah.

Selain itu, dia turut menyatakan Amiruddin terlalu banyak menyakiti hati pemimpin dan ahli PAS semasa menjadi pemimpin PAS. Amiruddin juga dikatakan telah mengkhianati PAS walaupun kerap berbaiah setiap kali pilihanraya umum diadakan. Kata Sanusi, dia berharap Amiruddin akan menanggung baiahnya di hadapan Allah Taala pada hari akhirat kelak.

Kalau hendak dikatakan tidak memberikan kesan, mengapa pula Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man turut memberikan reaksi segera dengan nada mengugut Amiruddin menerusi ingatan tentang baiah. Bukankah ingatan tentang baiah itu sebenarnya adalah untuk menekan Amiruddin?

Begitu juga, kalau benar seperti Sanusi, Amiruddin sudah dijangka meninggalkan PAS, mengapa pula PAS Kedah mengekalkan Amiruddin sebagai Ketua Pembangkang DUN Kedah? Kalau PAS Kedah bijak dan sudah dapat menduga tindakan Amiruddin, sudah pasti mereka akan menukar Amiruddin dengan wakil lain, sekaligus membiarkan Amiruddin keluar parti tanpa memegang jawatan Ketua Pembangkang DUN.

Suah pasti sebelum membuat keputusan, Amiruddin sudah membuat pelbagai perkiraan dan berfikir panjang selain mendapat keputusan jelas serta yakin berhubung apa yang dibimbangi oleh Tuan Ibrahim dan Sanusi. ADUN Anak Bukit itu sudah pasti sangat yakin, baiahnya tidak akan memakan diri dan ia merupakan satu helah politik semata-mata yang tidak ada kena-mengena dengan akidah.

Cuma satu perkara yang menjadi persoalan. Mengapa Amiruddin menyertai PPBM dan bukannya PAN yang dipimpin oleh Mat Sabu, sedangkan Amiruddin sebelum ini dilihat lebih cenderung kepada PAN. Apatah lagi di dalam PAN, terdapat ramai kawan-kawannya. Dengan kata lain, dia lebih mengenali barisan kepimpinan PAN berbanding PPBM.

Namun, beberapa pihak berpendapat, Amiruddin sebenarnya tidak dapat menerima pendirian PAS untuk bersendirian dan enggan bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk menumbangkan UMNO-BN. Malah, PAS Kedah juga tidak memberikan maklumat atau membayangkan yang mereka akan bekerjasama dengan UMNO-BN sekaligus menjadikan parti itu tidak mempunyai arah haluan dan destinasi.

Ada juga yang berpendapat, Amiruddin marah setelah perjumpaan dengan Pesurujaya PAS Kedah untuk merundingkan agar pembangkang meletakkan kerusi satu lawan satu di Kedah, dibocorkan dan dia menjadi mangsa kecaman para pemimpin dan ahli-ahli PAS Kedah.

Namun walau apa pun teorinya tentang kemasukan Amiruddin ke dalam PPBM, yang pastinya, PAS Kedah sedang berhadapan dengan masalah yang sangat berat. Puncanya telah dikenalpasti tetapi PAS Kedah dilihat tidak mampu merubah situasi tersebut sebaliknya lebih rela diperbudak-budakkan hanya kerana mahu mempertahankan seorang individu!


ISYARAT PENDANG KEPADA MUKHRIZ MAHATHIR... HADIRIN ANGKAT PUNGGUNG SEBAIK-BAIK SAHAJA MUKHRIZ MULA BERUCAP!!!



Sepatutnya malam tadi Tun Dr. Mahathir berucap dan berceramah di Kampung Baru, Pendang. Itu pun selepas rancangan awal mahu mengadakan ceramah di Felda Sungai Tiang atau lebih tepat lagi berhampiran dengan Balai Polis Sungai Tiang mendapat tentangan penduduk menyebabkan lokasi terpaksa dipindahkan ke Kampung 4 Relong. Malangnya, sekali lagi penduduk tempatan bersikap 'biadap' menghalau dan menghalang program ceramah tersebut daripada diadakan.

Akhirnya ditetapkan, ceramah PPBM yang turut melibatkan Tun Dr. Mahathir akan diadakan di Kampung Baru, Pendang. Setiap Bahagian PPBM di seluruh Kedah diarahkan membawa penyokong sekurang-kurangnya 4 buah bas.


Dengan kata lain, Pendang akan dibanjiri oleh para penyokong PPBM, sekaligus akan mewujudkan satu gelombang besar untuk menunjukkan betapa hebatnya Mahathir dan anak lelakinya, Mukhriz Mahathir.

Bagaimanapun, selepas mendapat tahu program PPBM di Felda Sungai Tiang telah dihalang dan ditentang oleh penduduk tempatan, sudah kedengaran ura-ura Tun Dr. Mahathir akan membatalkan kehadirannya. Pun begitu sehinggalah program diteruskan di Kampung Baru, berita kononnya Tun Mahathir akan datang dan berucap terus didendangkan oleh juruacara.


Malangnya sehingga ke akhir program, kelibat Tun Dr. Mahathir tidak kelihatan. Alasan yang diberikan tentang ketidakhadiran Mahathir ialah, Mahathir diserang selesema dan tidak sihat.

Program malam tadi dimulakan dengan ucapan daripada Mahfuz Omar yang masih belum berani untuk mengisytiharkan diri keluar dari PAS. Kemudian diikuti dengan ucapan Ketua Bahagian PPBM Pendang, Razak Khamis yang mengisytiharkan jihad menentang UMNO walaupun PPBM Pendang hampir berpecah angkara perbuatan dia dan isterinya selain perbalahannya dengan Naib Ketua PPBM Pendang, Penghulu Malik.

Jumlah kehadiran dianggarkan 1,200 orang dengan 60% daripada mereka adalah orang luar.


Apabila tiba giliran Mukhriz Mahathir berucap, tidak semena-menang, para hadirin yang kebanyakannya adalah orang tempatan angkat punggung dan meninggalkan majlis. Akhirnya yang tinggal tidak sampai 500 orang yang masih setia mendengar temberang si Mukhriz.

Air muka Mukhriz berubah. Kejadian tersebut berlaku di hadapan matanya. Dia mungkin tidak menjangkakan layanan sebegitu rupa di Pendang sedangkan dia seringkali didodoikan oleh para pengikutnya, orang Kedah memujanya seperti batu berhala.

Tidak dapat dipastikan apakah sebenarnya yang berlaku sehingga kejadian memalukan Timbalan Presiden PPBM dan bekas Menteri Besar Kedah itu tercetus? Ada yang kata, itu adalah sabotaj daripada Ketua Bahagian PPBM sendiri. Bagaimanapun, kata-kata itu tidak boleh disandarkan memandangkan Razak Khamis adalah seorang pemuja dan pembodek tegar Mukhriz.

Namun ramai yang melihat tindakan hadirin itu adalah sebagai isyarat tentangan kepada amalan dan gaya hidup keluarga Mukhriz sendiri. Gambar-gambar serta gaya hidup anak-beranak Mukhriz serta yang terbaharu membabitkan larangan Tun Dr. Mahathir ke atas Tun Dr. Siti Hasmah daripada bertudung, dikatakan memberi kesan kepada orang di Pendang khususnya dan Kedah amnya.

Pendang merupakan antara kubu kuat PAS dengan kewujudan beberapa buah sekolah pondok.

Kopiah putih, jubah putih dan kain serban di atas bahu yang sering menjadi imej Mukhriz apabila masuk ke Pendang suatu ketika dahulu, nampaknya sudah tidak laku.


Ternyata, kemasukan Ir. Amiruddin Hamzah ke dalam PPBM dari PAS pada sebelah siangnya, langsung tidak mengujakan para penyokong PPBM sendiri.

Apakah itu sebab utamanya mengapa Dr. Mahathir membatalkan kehadirannya setelah dimaklumkan tentang layanan yang akan diberikan di Pendang?


Friday, November 24, 2017

MAHATHIR TAK PUAS HATI APABILA ANAK-ANAK MUDA BERSIKAP SINIS TERHADAPNYA!!!



Benarlah seperti yang dikatakan oleh kebanyakan orang, Dr. Mahathir sebenarnya telah diberikan maklumat yang salah. Orang di sekelilingnya seringkali mengkhabarkan yang Dr. Mahathir amat-amat dikehendaki dan diperlukan oleh rakyat Malaysia, khususnya golongan muda yang tidak pernah hidup dan membesar pada zamannya. Apatah lagi dengan propaganda pada zaman Mahathir tentang pentadbirannya yang kurang disanggah serta tidak banyak pendedahan tentang pelbagai masalah pentadbirannya secara rasmi, maklumat yang diberikan kepada Dr. Mahathir oleh mereka yang terlalu bercita-cita untuk menjadi 'inner circle'nya, sama sekali bertentangan dengan realiti sebenar.

Pertemuan dengan anak-anak muda di dalam satu program membabitkan golongan tersebut, bukanlah kali pertama berlaku. Dan bukan juga kali pertama Mahathir dihadapkan dengan pelbagai soalan tentang kesalahan pentadbirannya.

Mahathir gagal menjawab setiap soalan yang dilemparkan kepadanya secara tuntas. Permasalahan seperti kehilangan wang negara sebanyak lebih RM30 bilion menerusi perjudian FOREX, cuba dialihkan oleh Mahathir menerusi pelbagai dalih dan jawapan balas.

Namun sesuatu yang tidak disedari oleh Mahathir dan tidak pernah diberitahu kepadanya ialah, golongan muda di Malaysia pada hari ini, bukan lagi golongan muda pada tahun-tahun 1980-an atau 1990-an. Generasi muda zaman kini yang lebih terdedah kepada GAYA HIDUP berbanding keperluan hidup, tidak lagi terpengaruh dengan cerita-cerita retorik tentang perjuangan bangsa atau memartabatkan negara menerusi ucapan semata-mata.

Sebaliknya majoriti golongan muda pada hari ini yang terdedah kepada pelbagai maklumat menerusi media sosial, terutama sekali Internet, selain kempen-kempen yang dijalankan secara berterusan selama bertahun-tahun oleh DAP khususnya, mempunyai cara pemikiran yang lebih kritikal dan sinikal.

Justeru apabila Dr. Mahathir menyatakan dia sedih kerana anak-anak muda tidak peduli dengan gaya pentadbiran Najib dan seperti enggan membantunya menggulingkan Najib, sebaliknya lebih banyak mempersoalkan tentang salah laku serta kleptokrasi yang diamalkannya sehingga menjadikan anak-anaknya kaya raya daripada kantung kewangan negara, Dr. Mahathir seperti baru tersedar, dia sudah terlanjur jauh. Kerja-kerja menggulingkan Najib yang dianggap sanga tmudah, rupa-rupanya tidak semudah yang disangka kerana kisah-kisah silamnya tetap dipersoalkan. Apatah lagi dalam setiap tuduhan yang dilemparkan, Mahathir tidak dapat menyertakan bukti dan hujah yang lebih baik sebaliknya terpaksa terus bergantung kepada persepsi dan teorinya, 'Melayu Mudah Lupa'.

Sesuatu yang mungkin tidak pernah terlintas di fikiran Dr. Mahathir dan para pengikutnya ialah, kebanyakan golongan muda berasakan dan menganggap 'kesusahan' negara sekarang adalah berpunca daripada pentadbiran 22 tahun Mahathir yang berjoli sakan menggunakan wang negara untuk kepentingan sekelompok kecil kroninya. Pemimpin-pemimpin yang mewarisi kepimpinan negara, tidak kira dari mana-mana parti sekalipun selepas Mahathir, terpaksa mencari jalan memulihkan kembali negara dan keluar dari kepompong syok sendiri.

Mahathir acap kali memberitahu bahawa Malaysia semasa di bawah pentadbirannya adalah salah sebuah Negara Harimau Asia. Sedangkan hakikatnya, Malaysia tidak pernah menjadi Negara Harimau Asia seperti yang didakwanya. Hanya 4 buah negara Asia diiktiraf sebagai Negara Harimau Asia berdasarkan pencapaian ekonomi mereka iaitu Hong Kong, Singapura, Taiwan dan Korea Selatan. Malaysia hanya dianggap sebagai 'Anak Harimau' sahaja.

Kemuncak daripada masalah ekonomi dan struktur kewangan negara yang lemah adalah krisis kewangan pada tahun 1997. Walaupun Mahathir memberi alasan bahawa negara telah diserang oleh penyangak matawang yang diketuai oleh George Soros, tetapi pendedahan terbaru terutama menerusi maklumat RCI menunjukkan Bank Negara Malaysia berhadapan dengan masalah besar setelah terlibat dalam jual beli matawang Pound Sterling yang berakhir dengan kerugian besar, ditokok pula dengan pembabitan aktif BNM di dalam jual beli Forex .

Selama 22 tahun, Mahathir telah dimabukkan dengan kuasa dan cerita-cerita mitos yang dia sendiri cukup percaya!



ISU TUDUNG, SITI HASMAH SEBENARNYA CUBA NAK KENEN KEPADA ROSMAH MANSOR TANPA SEDAR, DIA BOGELKAN SUAMINYA SENDIRI!!!



Di kalangan netizen, seperti sudah ada mutual understanding bahawa Tun Dr. Siti Hasmah tidak perlu dilibatkan dalam apa-apa juga bentuk propaganda memandangkan dia bukanlah figur politik, walaupun pada masa yang sama, beberapa pihak terutama dari kalangan penentang-penentang Mahathir dari era Reformasi hujung 90-an banyak membuat pendedahan tentang pembabitan dan campurtangan Siti Hasmah dalam pembahagian harta kekayaan negara, berdasarkan kedudukan adik-beradik dan anak-anaknya.

Sebelum ini pun, baik DAP, PKR, PAS apatah lagi di kalangan orang UMNO, nama Siti Hasmah langsung tidak disebut dan dikaitkan dengan apa-apa sahaja INDUSTRI KLEPTOKRASI, KRONI dan NEPOTISME yang diamalkan oleh Mahathir.

Namun keadaan mulai berubah apabila Mahathir dan anak lelakinya, Mukhriz melaksanakan operasi menggulingkan Najib Abdul Razak. Mengambil kesempatan daripada imej Siti Hasmah yang dilihat bersih, isteri Dr. Mahathir itu dipergunakan untuk menyerang Rosmah Mansor, isteri Najib Abdul Razak yang seringkali dianggap sebagai sisi lemah Najib Abdul Razak.

Sekali dua Siti Hasmah menyerang Rosmah Mansor yang kemudian disambut oleh suami dan anaknya untuk dijadikan bahan kempen di pentas-pentas ceramah, Siti Hasmah masih lagi tidak diusik. Tetapi apabila berkali-kali Siti Hasmah yang beranggapan dia adalah isteri dan ibu mithali, netizen mula mengeluarkan pelbagai pendedahan yang turut melibatkan gaya hidup anak-anak, cucu-cucu, adik beradik bahkan kaum keluarganya secara besar-besaran.

Daripada tidak disentuh, Siti Hasmah sendiri yang seolah-olah meminta agar dia diserang bagi mengalihkan tumpuan serangan ke atas Dr. Mahathir dan Mukhriz Mahathir.

Kenyataan terbaharu Siti Hasmah tentang rambut dan tudung, sebenarnya lebih terarah kepada serangan terhadap Rosmah Mansor. (RUJUK SINI)

Banyak pihak di Malaysia, amat memandang berat kepada penggunaan tudung dan menutup rambut yang disifatkan sebagai asas menutup aurat di kalangan wanita walaupun mereka tidak pernah menegur tentang pemakaian tudung tetapi baju dan seluar yang dikenakan pula, ketat dan sendat.

Bagaimanapun, dalam keterujaannya untuk mengenakan Rosmah Mansor, Siti Hasmah seperti meletakkan beban kesalahan kepada suaminya sendiri. Menurutnya, suaminya tidak suka dia bertudung dan memalingkan muka ke arah lain apabila dia mengenakan tudung.

Sebagai seorang wanita yang terpaksa mengenakan rambut palsu sepanjang masa, tudung dan menutup rambut bukannya satu kewajipan lagi memandangkan rambut palsu tidak termasuk dalam kategori aurat pun. Bahkan ada larangan bagi pemakai rambut palsu mahupun yang menyambung rambut menggunakan rambut palsu untuk tujuan memanjangkannya. (RUJUK SINI)


PKR NAK BERDEPAN DENGAN LIM GUAN ENG PASAL PERUNTUKAN BANJIR? KEJAP LAGI, PEKUP TELUR LER TUH... MANA BERANI!!!



Dalam satu kenyataan media daripada Pengerusi PKR Pulau Pinang, Mansor Othman, PKR Pulau Pinang menyelar tindakan Lim Guan Eng dan DAP yang merampas hak serta mandat yang telah diperolehi oleh ADUN PKR Kebun Bunga, Cheah Kah Peng. 

Cheah Kah Peng telah dinafikan haknya oleh Lim Guan Eng yang kemudian menyerahkan hak tersebut kepada ADUN Pulau Tikus dari DAP, Yap Soo Huey.

Sekatan peruntukan bantuan mangsa banjir kepada ADUN Kebun Bunga telah disekat oleh Lim Guan Eng. Sebaliknya dalam satu kenyataan yang lain, Lim Guan Eng sendiri yang mahu memberikan peruntukan tersebut bersama-sama ADUN Pulau Tikus, dengan alasan wujudnya 'perubahan prosedur dalaman'. (RUJUK SINI)


"Perubahan prosedur dalaman diperlukan untuk memastikan semua mangsa banjir dapat didaftarkan secara komprehensif. Tumpuannya adalah untuk membantu mangsa-mangsa banjir dan perubahan dalaman adalah penting untuk memastikan mereka mendapat manfaat daripada program RM105 juta Pulau Pinang Bangkit Kembali," kata Lim Guan Eng sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini. 

Lim Guan Eng dan pentadbiran negeri Pulau Pinang terkenal kerana 'menghilangkan' ratusan juta kalau tidak pun berbilion duit rakyat Pulau Pinang menerusi pelbagai projek tidak masuk akal seperti Laporan Kebolehlaksanaan Terowong Dasar Laut Pulau Pinang serta mengecat laluan sesikal dan pejalan kaki.


DAP dan Lim Guan Eng sekarang ini sedang bergelut untuk mendapatkan keyakinan para pengundi Pulau Pinang ekoran ketiadaan bantuan daripada Kerajaan Negeri untuk mangsa-mangsa tanah runtuh dan banjir besar yang telah mengorbankan hampir 20 nyawa. Kedua-dua insiden berkenaan berlaku dalam selang masa yang agak rapat.

ADUN Kebun Bunga dan empat ADUN PKR lain sebelum ini berselisih pendapat dengan Lim Guan Eng setelah mengambil sikap berkecuali dalam pengundian usul UMNO untuk menghentikan semua projek penambakan laut pada 2015. Pendirian kelima-lima ADUN PKR itu telah membuatkan Lim Guan Eng berang dan menuduh kesemua mereka menyokong UMNO dan Barisan Nasional. (RUJUK SINI



Akibat daripada itu, Lim Guan Eng telah memecat Cheah yang ketika itu memegang jawatan Pengarah Penang Hill Corporation. Cheah pada 10 November turut mempersoalkan pengkorporatan Penang Botanic Gardens.

Sebenarnya cukup mudah untuk tahu mengapa Lim Guan Eng mengambil tindakan sebegitu rupa terhadap ADUN-ADUN PKR. 

Lim Guan Eng hilang kepercayaan terhadap ADUN-ADUN PKR yang sering membocorkan rahsianya. ADUN-ADUN PKR dilihat tidak begitu menyokongnya bahkan seringkali mendahului rakyat seperti ADUN Penanti, Dr. Norlela Ariffin yang telah menyebabkan kilang haram di Sungai Lembu dan Exco kesayangannya, Phee Boon Poh dikenakan tindakan undang-undang.

Memandangkan PRU-14 semakin dekat, Lim Guan Eng perlu mengurangkan risiko terhadap diri dan kerajaan negeri pimpinannya. Maka dia terpaksa menggunakan ADUN Pulau Tikus yang dirasakan mampu menjilat dan menyokongnya dengan memberikan alasan tidak wajar. 

Lim Guan Eng dan alasan-alasan tidak masuk akalnya, bukanlah sesuatu yang asing!

Sama seperti dia cuba menafikan bantuan daripada Kerajaan Pusat kepada Pulau Pinang dalam insiden banjir besar walaupun bantuan Kerajaan Pusat jauh berkali-kali ganda lebih besar berbanding bantuan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang masih belum muncul-muncul dan masih lagi pada peringkat pendaftaran mangsa-mangsa banjir sahaja!

RUJUK SINI untuk melihat senarai dan jumlah bantuan Kerajaan Pusat kepada Pulau Pinang.


Thursday, November 23, 2017

KUASA DEMO PAN! DEMO 42 JAM, MINYAK TURUN HARGA, KADAR RINGGIT NAIK!!!



Sikit-sikit demonstrasi... tapi hasil demonstrasi, hanyalah menyusahkan pengguna yang lain.

Lain pula halnya apabila PAN buat demonstrasi 42 jam sehingga menyebabkan bukan sahaja harga minyak turun 8 sen, kadar Ringgit Malaysia berbanding Dollar Amerika Syarikat pun mengukuh.


Bayangkanlah kalau PAN buat demonstrasi secara berterusan selama berbulan-bulan, sudah pasti rakyat Malaysia bukan sahaja menikmati minyak percuma bahkan kerajaan perlu membayar rakyat bagi setiap liter penggunaan. Malahan rakyat Malaysia hanya perlu bekerja sekali dalam hidup kerana wang gaji sekali itu sudah boleh menampung hidup selama berpuluh-puluh tahun kerana nilai matawang Malaysia yang tersangat-sangat tinggi.


Tidak mustahil ramai yang akan percaya dengan cerita dongeng PAN dan demonstrasi 5 orang mereka itu telah menurunkan harga minyak dan menaikkan kadar Ringgit Malaysia walaupun pada masa yang sama, maklumat-maklumat bagaimana kaedah pengiraan harga apungan petroleum dikira  atau dijangka, boleh diperolehi dengan mudah. Atau bagaimana kadar Ringgit berbanding matawang-matawang utama lain berbeza-beza nilainya.

Apatah lagi dengan akidah dan kepercayaan yang sangat menebal bahawa apa-apa yang berlaku dalam negara ini adalah 'SEMUA SALAH KERAJAAN, SALAH UMNO dan SALAH NAJIB.'

Wednesday, November 22, 2017

NAK TEMBERANG APA TOKWAN OII!!! HANG PENJARAKAN ORANG BAWAH ISA SEBAB HANG TAKUT BUKAN SEBAB DEPA KOMUNIS!!!



Mahathir terkenal dengan ungkapannya 'Melayu mudah lupa'. Dan Mahathir sendiri utuh beriman dan berakidah dengan teorinya bahawa Melayu bukan sahaja mudah lupa tetapi juga sangat bodoh dan malas membuat ulangkaji.

Dek kerana itulah, Mahathir sekali cuba menipu bagi membela dirinya sendiri.

Semasa berucap di hadapan anak muda dalam program yang diadakan di Petaling Jaya malam semalam, Mahathir memperbodoh-bodohkan para hadirin tentang fakta sejarah.

Dia membandingkan penangkapan di bawah ISA pada zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Hussein Onn. Menurutnya Tunku Abdul Rahman telah menahan lebih 2000 orang di bawah ISA manakala Hussein Onn pula memenjarakan lebih 4000 orang menggunakan akta yang sama. Sedangkan dia pula hanyalah 1200 orang. Jumlah yang jauh lebih kecil.

Bagi yang pemalas dan menerima sahaja kata-kata Mahathir, mudahlah mereka terpedaya dengan kelentongnya.

Hakikatnya pertanyaan Mahathir malam semalam mengapa tiada sesiapa yang marahkan Tunku Abdul Rahman dan Hussein Onn berbandingnya kerana menggunakan akta ISA, sebenarnya tidak lebih daripada sekadar membodoh-membodohkan orang ramai dan menghina intelektual rakyat Malaysia.

Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn telah menggunakan akta tersebut untuk berlawan dan menentang Parti Komunis Malaya yang merupakan ancaman utama negara pada waktu itu. Kebanyakan tahanan ISA di bawah pentadbiran ketiga-tiga bekas Perdana Menteri itu adalah penggiat komunis, pensimpati dan penyalur kewangan atau maklumat kepada komunis di hutan yang menentang kerajaan secara bersenjata.

Sedangkan hampir kesemua tahanan ISA semasa pentadbiran Mahathir adalah membabitkan kepentingan politik peribadi Mahathir, bukan untuk negara. Mahathir menggunakan akta ISA untuk menutup mulut dan menakut-nakutkan sesiapa sahaja yang menentangnya walaupun penentangan mereka adalah untuk kepentingan negara seperti menentang pengambilan tanah untuk projek kroni.

Apa yang semakin teruk perangai Mahathir ni? Dia tidak ada langsung rasa malukah mempergunakan orang yang telah meninggal dunia untuk kepentingannya? Tidakkah dia tahu maklumat-maklumat tentang sejarah silam sudah boleh diakses dengan mudah dan kebanyakannya tidak lagi tertakluk kepada kehendaknya?

NGA KOR MING TAK MENGAKU DIA SEBUT 'MELAYU PUKIMAK'!!!



Nga Kor Ming cuba menafikan yang dia telah mengeluarkan kata-kata nista terhadap orang Melayu dan Menteri Besar Perak, Zambry Abdul Kadir menerusi sebuah klip video yang menjadi tular di media sosial.

Ahli Parlimen Taiping itu sebaliknya bercadang untuk membuat laporan polis berhubung penularan klip video tersebut yang menunjukkan dan membuktikan dia menghina Menteri Besar Perak dengan kenyataan-kenyataan nista dan menjijikkan. 

Nga Kor Ming yang cukup dikenali menerusi pelbagai kenyataan-kenyataan jijik menerusi Facebook dan media sosial lain mendakwa, klip video tersebut telah disunting dan palsu. Jadi, menurutnya, dia mempunyai hak untuk menyaman sesiapa sahaja yang menyebarkan klip video berkenaan.

Kor Ming memberi respons berhubung satu laporan polis yang dibuat oleh Pemuda BN Perak yang menuduh Nga mengeluarkan kata-kata nista dan mencarut.

"Saya tidak pernah mengeluarkan perkataan jijik itu. ITu adalah mengarut, palsu dan video tersebut telah disunting. Jelas, sesiapa sahaja yang menontonnya tahu, video berkenaan adalah palsu," katanya. (RUJUK SINI)

Kontroversi tersebut bermula daripada anugerah BrandLaureate Nation Building Brand Icon Leadership Award yang telah diterima oleh Zamry pada Ogos lepas. Di dalam klip video tersebut, Nga telah menuduh Zamry menggunakan dana awam untuk membeli anugerah tersebut. 

Dia mengeluarkan kenyataan tersebut dalam ceramahnya pada 16 November.

Klip video tersebut turut menunjukkan footage di mana Nga mengeluarkan kenyataan, 'Melayu Puk**ak'. (RUJUK SINI)

Nga bagaimanapun, mengakui dia menuduh Zamry membayar sejumlah dana untuk membeli anugerah tersebut tetapi menegaskan dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan atau kata-kata mencarut, menjijikkan dan menghina.

LIM KIT SIANG BUTA PERUT!!! SERAH DIRI DULU SEBAB MAKAN GAJI BUTA DAN ANAK MENANTU YANG SEBABKAN KEMATIAN BERGANDA AKIBAT TANAH RUNTUH DAN BANJIR BESAR PULAU PINANG!!!



Malam tadi, Lim Kit Siang ketika sesi pertemuan bersama-sama anak muda di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya dengan penuh semangat tetapi penuh penipuan berkata, sebarang salah guna kuasa termasuklah persepsi kelakuan itu dahulu dan sekarang akan disiasat sebaik-baik sahaja Pakatan Harapan berjaya menawan Putrajaya pada PRU akan datang. 

Bagaimanapun, Lim Kit Siang yang di sebelahnya adalah Dr. Mahathir berkata, masa hadapan lebih penting berbanding peristiwa dahulu. 

Dia menjawab soalan sama ada dia akan menyiasat dakwaan salah laku yang dilemparkan kepada Dr. Mahathir sekiranya Pakatan Harapan diberi kuasa, memandangkan kini Dr. Mahathir bersama-sama Pakatan. 

Persepsi negatif tentang Najib Abdul Razak telah dijadikan sebagai senjata utama Pakatan Harapan dan Dr. Mahathir untuk memenangi kepercayaan dan undi rakyat. Walaupun tiada seorang pun pemimpin pembangkang termasuklah Dr. Mahathir yang dapat memberikan bukti tentang salahguna serta penyelewengan yang dikatakan dilakukan oleh Najib, malah mereka dimalukan oleh portal yang mereka sendiri biayai iaitu Sarawak Report apabila pemiliknya mengaku tidak mempunyai sebarang bukti di mahkamah London, masih ramai di kalangan orang awam yang percaya dengan tohmahan Pakatan Rakyat. 

Suatu perkara yang sangat nyata ialah, Lim Guan Eng yang merupakan anak lelaki Lim Kit Siang, selain berjawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP merupakan orang yang telah diseret ke mahkamah kerana rasuah dan salahguna kuasa. 

Lim Guan Eng bagaimanapun, masih bertungkus-lumus menggunakan lompang-lompang perundangan Malaysia untuk mengelak daripada dibicarakan termasuklah cubaan untuk memansuhkan Akta SPRM hanya semata-mata untuk mengelak daripada dibicarakan kerana rasuah dan penyelewengan kuasa. 

Dua peristiwa besar yang telah mengorbankan lebih 20 nyawa dalam tempoh terdekat iaitu tanah runtuh di Tanjung Bungah dan banjir besar yang melanda seluruh Pulau Pinang, turut mendedahkan penyelewengan yang dilakukan oleh Lim Guan Eng serta isterinya, Betty Chew. Keserakahan dan kehalobaan Lim Guan Eng dan Betty Chew dapat dilihat dengan jelas dalam isu pembelian banglo di Jalan Pinhorn apabila Betty menggunakan firma guamannya menguruskan pembelian tersebut dan meninggalkan firma berkenaan setelah urusan jual beli selesai. (RUJUK SINI)

Betty Chew turut dilantik sebagai Ketua Jawatankuasa Perkhidmatan Hartanah dalam Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC). Pada masa yang sama, Lim Guan Eng pula merupakan Exco yang berkaitan dengan tanah selain memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang. Betty Chew bagaimanapun, terpaksa melepaskan jawatan itu selepas pendedahan dibuat oleh beberapa pihak. (RUJUK SINI)

Selain daripada pembotakan dan perataan lereng-lereng bukit, tebus guna tanah, pembaziran wang rakyat dengan pembayaran berkali-kali ganda untuk syarikat-syarikat kroni seperti dalam kes laporan kebolehlaksanaan terowong dasar laut Pulau Pinang serta mengecat laluan sesikal dan pejalan kaki, selain 'kehilangan' wang peruntukan Pusat yang kemudian dijadikan sebagai pendapatan negeri menerusi manipulasi perakaunan, Lim Guan Eng turut dipertikaikan tentang kehilangan pelaburan serta pemodal-pemodal asing yang telah lama bertapak di Pulau Pinang kepada jirannya, Kedah.

Dan di sebalik pelbagai slogan retorik kononnya membela rakyat, apa yang dilakukan oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang hanyalah memberi keutamaan dan keistimewaan kepada syarikat-syarikat pemaju yang membina perumahan mewah dan tidak mampu dimiliki oleh rakyat Pulau Pinang.

Lim Kit Siang sendiri walaupun telah berpenggal-penggal menjadi Ahli Parlimen, dia hanyalah makan gaji buta dan tidak melakukan tugasnya sebagai wakil rakyat untuk rakyat yang diwakili.

Sepatutnya sebelum dia mengadili orang lain, seharusnya dia mengadili dirinya sendiri serta anak menantunya yang telah 'membunuh' hampir 20 orang dalam dua peristiwa ngeri di Pulau Pinang dalam tempoh yang singkat.

Tuesday, November 21, 2017

GELORA PPBM DI KEDAH SUDAH PUN MEMBARAH!!!



Kedah seringkali disifatkan sebagai kubu kuat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Mukhriz Mahathir dianggap sebagai 'penyelamat' Kedah walaupun semasa menjadi Menteri Besar Kedah selama 3 tahun, dia lebih banyak menghabiskan masa di luar Kedah untuk urusan peribadinya selain menjual retorik sebagai modal politiknya.

Jerlun, Langkawi, Sungai Petani dan Kubang Pasu dikatakan merupakan kota kara PPBM. Cakap-cakap besar kononnya PPBM di bawah kepimpinan Mukhriz Mahathir akan menumbangkan Kerajaan UMNO-BN yang dipimpin oleh Ahmad Bashah Hanipa, begitu kuat kedengaran.

Jentera propaganda PPBM masih cuba meyakinkan akar umbi di Kedah bahawa PPBM terlalu kuat dan sangat berkeyakinan untuk menang pada PRU akan datang. Pun begitu, mereka masih tidak dapat menjelaskan tentang pembahagian kerusi-kerusi DUN dan Parlimen yang akan ditandingi memandangkan, sama ada DAP, PKR mahupun PAN, tidak memperlihatkan kekenduran untuk berundur bagi memberi laluan kepada PPBM di Kedah.

Biarpun kuasa politik di Kedah adalah membabitkan UMNO dan PAS, tetapi PKR turut menguasai beberapa kerusi. Begitu juga dengan DAP. PAN pula melihat kerusi-kerusi DUN yang ditandingi oleh PAS sebagai berpotensi untuk dirampas. Apatah lagi sebahagian besar pemimpin PAN Kedah datangnya dari PAS Kedah yang kecewa selepas pemilihan agung parti pada tahun 2015 menyaksikan barisan yang ditaja dan pro-DAP, habis kecundang. Barisan kepimpinan yang kecundang itulah yang menyertai PAN sekarang.

Maklumat terbaharu menunjukkan beberapa orang pemimpin PPBM Kedah, khususnya dari Srikandi dan ARMADA akan meletak jawatan dan keluar parti. Desas-desus tentang isu keluar parti itu semakin kuat apabila sebahagian besar pemimpin-pemimpin PPBM Kedah melihat PPBM sebagai sebuah parti yang tidak ada hala tuju.

Lebih malang, mereka melihat sebahagian besar pemimpin-pemimpin PPBM di Kedah bermain kong-kali-kong dengan pemimpin-pemimpin dalam UMNO. Beberapa orang pemimpin tertentu dilihat terlalu mahu menguasai PPBM Kedah seolah-olah selepas itu, mereka mahu berunding untuk kembali semula ke dalam UMNO. Mereka tidak dilihat seperti mahu kekal di dalam PPBM selepas PRU-14 nanti.

Ironinya, PAS juga berhadapan dengan masalah yang sama apabila sebahagian daripada pemimpin PAS Kedah, berbaju PAS tetapi berhati PAN!


PPBM sebenarnya sedang berhadapan dengan banyak masalah. Walaupun cubaan untuk menuding jari dan menyalahkan UMNO-BN, khususnya Najib Abdul Razak terutama sekali dalam isu pendaftaran PPBM yang besar kemungkinan berhadapan masalah dengan ROS, namun akar umbi yang terdedah kepada pelbagai maklumat sekarang ini. Status ARMADA dan Srikandi di dalam PPBM, membuka banyak mata.

Apatah lagi gelagat dan segala tuduhan yang dilemparkan kepada pemimpin utama negara, sedangkan pendedahan tentang gaya hidup keluarga Tun Dr. Mahathir sendiri, bukan sahaja jauh lebih teruk berbanding pendedahan tentang musuh-musuhnya, malahan bertentangan sama sekali dengan iltizam untuk memartabatkan Pribumi dan Bumiputera sebagaimana yang dilaung-laungkan di dalam parti.

Belum lagi membabitkan masalah kewangan melibatkan kepimpinan setempat PPBM. Berapa banyak Bahagian PPBM di seluruh negara, termasuklah di Kedah, yang gagal beroperasi dan berfungsi kerana masalah utama adalah kewangan dan mereka tidak dibantu oleh kepimpinan Pusat. Lebih malang, mereka pula diminta berkorban, sedangkan pucuk pimpinan yang telah melantak semahu-mahunya sewaktu berkuasa dan sewaktu di dalam UMNO, berpura-pura miskin.

Ramai kepimpinan setempat yang kecewa dengan pelbagai masalah yang langsung tidak dipedulikan oleh pucuk pimpinan PPBM.

Isyarat untuk keluar parti sudah semakin kuat. Walaupun alasan yang diberikan oleh pucuk pimpinan ialah, yang keluar itu adalah kerana DEDAK UMNO, hakikatnya kebanyakan daripada mereka keluar kerana masalah PPBM sendiri!


HAMPIR SAHAJA NAJIB DIMALUKAN DI PARLIMEN MALAM TADI ANGKARA 80 ORANG AHLI-AHLI PARLIMEN BN!!!



Riuh rendah Dewan Rakyat semalam gara-gara blok Pakatan Harapan (PH) yang cuba membuat serangan hendap, kalah dalam undian belah bahagi ketika proses meluluskan Bajet Peringkat Jawatankuasa KPDNKK semalam.

Kekalahan tipis itu telah mengundang rasa tidak puas hati kebanyakan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan yang sudah berkomplot lebih awal untuk menggagalkan bajet berkenaan.

Keputusan malam tadi, BN 52, PH 51. Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib Abdul Razak bagaimanapun, telah 'diselamatkan' oleh 2 undi PAS yang memilih BERKECUALI. Kalaulah PAS memilih untuk mengundi menentang bersama-sama PKR, DAP, PAN dan PPBM semalam, sudah tentu Najib Abdul Razak, Menteri KPDNKK dan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional tidak ada muka mahu ditunjukkan hari ini.

Telah ramai yang memperkatakan tentang jumlah kehadiran Ahli-Ahli Parlimen untuk bersidang dan bermesyuarat dalam setiap sesi. Jumlah kedatangan terlalu menyedihkan. Kalaulah Dewan Rakyat itu sekolah, sudah lama ditutup kerana kekurangan murid dan pelajar!

Setiap Ahli Parlimen dipilih dan diberi mandat oleh rakyat untuk menyuarakan kepentingan mereka di kawasan masing-masing. Namun apa yang berlaku di Dewan Rakyat adalah, Ahli-Ahli Parlimen berpolitik dan rakyat cuma dijadikan sebagai alasan untuk kehadiran mereka menuntut manfaat yang lebih besar daripada kantung wang negara.

Alasan kononnya ada banyak urusan lain selain daripada menghadiri Sidang Dewan, terlalu menjengkelkan memandangkan sesi mesyuarat di Dewan Rakyat, bukannya sepanjang tahun!

Ketiadakpuasan hati terhadap jumlah kehadiran Ahli-Ahli Parlimen tidak sahaja membabitkan Ahli-Ahli Parlimen Bloc Kerajaan tetapi juga di kalangan penyokong-penyokong pembangkang.

Puak PH menuding jari dan menyalahkan 2 orang Ahli Parlimen PAS yang mengundi BERKECUALI iaitu Idris Ahmad dan Siti Zailah Mohd Yusoff sebagai punca kegagalan komplot Pakatan Harapan di Dewan Rakyat.

Daripada 51 undi yang berpihak kepada PH, 5 undi datangnya daripada Ahli Parlimen PAS termasuk 1 daripada Ahli Parlimen PAS yang tidak lagi PAS, Mahfuz Omar.

Namun sebelum Pakatan meletakkan beban kesalahan kepada Speaker Dewan Rakyat dan 2 orang Ahli Parlimen PAS yang BERKECUALI itu, permasalahan sebenar adalah di kalangan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan sendiri yang ponteng sessi Dewan Rakyat terutama ketika pengundian.

Jumlah Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH): 71 orang.
PKR: 28 orang
DAP: 36 orang
PAN: 6 orang
PPBM: 1 orang
(Jumlah ini tidak termasuk Ahli Parlimen PSM dan Warisan)

Jumlah undi ketika undi belah bahagi adalah 51 undi.

5 undi dari Ahli Parlimen PAS dicampur dengan 1 undi dari Ahli Parlimen PAS yang bukan PAS (Mahfuz Omar): 6 undi
51-6 = 45 undi Ahli Parlimen PH.

Jumlah Ahli Parlimen PH: 71 orang.
71 Ahli Parlimen PH (Keseluruhan AP PH) - 45 Ahli Parlimen PH (hadir mengundi)= 26 AP PH yang ponteng.

Kata para penyokong Pakatan, 26 orang Ahli Parlimen PH yang tidak hadir merupakan jumlah yang cukup besar. Mengapa mereka tidak hadir di sidang Parlimen sedangkan ketika ini banyak proses meluluskan bajet pembekalan Kementerian dijalankan? Ketidakhadiran mereka merupakan satu pengkhianatan kepada bloc mereka sendiri dan para pengundi.

Kekalahan Pakatan adalah berpunca daripada Ahli Parlimen mereka sendiri yang kaki ponteng tetapi seperti biasa mereka lebih gemar menuding kepada pihak lain. Dalam isu ini, mereka menyalahkan 2 orang Ahli Parlimen PAS sebagai punca.

Mengapa mereka tidak salahkan kaki-kaki ponteng di kalangan mereka sendiri atau adakah kerana sindrom ketakutan untuk menyalahkan Ahli Parlimen mereka yang ponteng disebabkan pangkat mereka lebih besar atau takut tidak dicalonkan dalam PRU akan datang sekiranya kaki-kaki ponteng itu dipersalahkan?

Itu perbualan di kalangan para penyokong Pakatan. Bagaimana pula dengan para penyokong bloc Kerajaan?

Daripada 132 orang Ahli Parlimen BN, mengapa hanya 52 orang Ahli Parlimen BN yang hadir semalam?

132 orang - 52 orang = 80 orang Ahli Parlimen BN yang ponteng!!!


Friday, November 17, 2017

TONY PUA DAN DAP SEPATUTNYA MENYALAK KAT DR. MAHATHIR DALAM ISU TAMBANG ERL MILIK YTL!!!



Tambang ERL nak naik lagi. Tony Pua dan DAP mula bertukar watak menjadi wira yang menyelamatkan pengguna. Dan sekali lagi, sama seperti tahun 2015, Najib Abdul Razak dipersalahkan kerana bersetuju untuk menaikkan tambang sepertimana yang dituntut oleh YTL berdasarkan perjanjian yang telah dipersetujui pada tahun 1997.

1997, Perdana Menterinya adalah Dr. Mahathir manakala Menteri Kewangan pula adalah Anwar Ibrahim. Taukeh YTL adalah kawan baik bagi kedua-dua orang ini!

ERL atau Projek Keretapi Laju Express Rail Link yang menghubungkan pusat bandar Kuala Lumpur dengan KLIA merupakan hadiah besar Dr. Mahathir dan Anwar Ibrahim kepada syarikat YTL Corporation.


YTL menjana pendapatan daripada ERL tanpa mengeluarkan satu sen pun daripada pelaburan awal kerana ianya dibiayai sepenuhnya oleh pihak lain.

Pembinaan ERL bermula pada Mei 1997 dan siap sepenuhnya lima tahun kemudian iaitu pada tahun 2002. Modal berbayar bagi projek ERL hanyalah RM69 juta termasuklah RM30 juta saham biasa dan baki RM39 juta saham keutamaan berasaskan dividen.

ERL merupakan projek zaman Dr. Mahathir dengan 50% kepentingannya dimiliki oleh YTL, 40% dimiliki oleh Tabung Haji yang juga merupakan pembiaya utama manakala baki 10% adalah syarikat bermodal RM1 juta yang dipercayai dimiliki oleh bekas CEO Proton yang juga merupakan antara proksi utama Dr. Mahathir.


Projek pembinaan landasan itu dianugerahkan kepada Syarikat Pembangunan Yeoh Tiong Lay Sdn. Bhd. (SPYTL) dan Siemens. Kedua-dua syarikat tersebut adalah milik YTL Corporation.

ERL merupakan projek konsesi selama 30 tahun yang akan berakhir pada 2032. Di bawah perjanjian pada tahun 2002, RM5 dari cukai lapangan terbang dari penumpang antarabangsa KLIA akan dibayar kepada ERL sama ada penumpang tersebut menggunakan perkhidmatan ERL atau tidak.

MAHB telah membayar RM5 bagi setiap penumpang antarabangsa kepada ERL sejak April 2002.



Tahun lepas, Najib Abdul Razak menjadi sasaran serangan kerana membenarkan kenaikan tambang ERL dari RM35 kepada RM55. Apa yang penyerang-penyerang tersebut termasuklah Dr. Mahathir sendiri tidak beritahu ialah, mengikut perjanjian konsesi ERL yang telah ditandatangani oleh Dr. Mahathir dan YTL milik rakan baiknya itu, tambang ERL sepatutnya naik RM41 pada tahun 2004, RM56 pada tahun 2009, RM74 pada 2014, RM97 pada 2019 dan RM126 pada tahun 2024.

Sekiranya kerajaan tidak membenarkan kenaikan tersebut, kerajaan perlulah membayar pampasan berdasarkan unjuran pendapatan yang telah dipersetujui. Sebagai contoh, ERL mengunjurkan pendapata pada RM1.1 bilion tetapi pendapatan sebenar hanyalah RM200 juta. Maka kerajaan perlu menambah RM900 juta lagi kepada YTL.

Selama 14 tahun tambang ERL tidak dibenarkan naik dan kerajaan perlu membayar pampasan berjumlah RM2.9 bilion kepada YTL yang berniaga tanpa modal! (RUJUK SINI)


Dan memandangkan Najib tidak mahu lagi kerajaan membayar pampasan begitu banyak kepada YTL, sebagai penyelesaiannya, tempoh konsesi telah dilanjutkan kepada 30 tahun lagi sehingga tahun 2059. Perjanjian berat sebelah yang dicipta oleh Mahathir untuk kroninya dengan menyedut duit rakyat, telah menutup semua kaedah penebusan oleh kerajaan!

Tony Pua dan DAP (RUJUK SINI dan SINI) tidak sepatutnya mendesak kerajaan dan Najib Abdul Razak kerana orang yang bertanggungjawab terhadap kerugian besar negara untuk mengenyangkan YTL kerana orang yang bertanggungjawab menganugerahkan pelbagai projek mewah kerajaan kepada YTL sekarang ini adalah Pengerusi Pakatan Harapan!


Thursday, November 16, 2017

MAHATHIR AKUI, PPBM DITOLAK RAKYAT DAN DIA TELAH GAGAL SEPENUHNYA!!!




Sepatutnya PPBM sudah pun mengadakan AGM selewat-lewatnya 9 September lepas mengikut Akta Pertubuhan 1967 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Kegagalan mematuhi peraturan dan akta tersebut, boleh menyebabkan PPBM yang ditubuhkan oleh Muhyiddin Yassin itu diharamkan oleh ROS.

Namun nampaknya, masalah tersebut masih tidak dapat diatasi oleh kepimpinan utama PPBM yang diketuai oleh Dr. Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz Mahathir.

Dalam usaha untuk menggulingkan Najib, akhirnya Dr. Mahathir mengabaikan parti yang sepatutnya menjadi senjata utamanya menyatukan seluruh sokongan, sekaligus membina kekuatan untuk anaknya, Mukhriz untuk menjawat jawatan Perdana Menteri sebagaimana yang dihajatkannya.

Semalam, Mahathir mengakui parti yang ditubuhkannya itu telah gagal pada peringkat akar umbi lagi.

"Ketika ini, di peringkat Bahagian ada ahli, tetapi ia tidak diuruskan menjadi sebuah cawangan, malah beberapa Bahagian masih tidak diuruskan dengan baik," kata Mahathir.

PPBM sememangnya bercelaru. Dendam dan khianat yang menjadi motto serta slogan parti itu, membuatkan pentadbiran dan pengurusannya kelam-kabut. Di beberapa Bahagian, pembubaran dan ahli-ahli keluar parti sedang berlaku. Ketidakpuasan hati terhadap pemimpin-pemimpin yang dilantik hanya kerana 'kabel' dengan Pengerusi, Presiden dan Timbalan Presiden, telah mewujudkan perpecahan yang sangat teruk di dalam PPBM.

Walaupun pada peringkat awalnya, PPBM cukup yakin mampu menarik sejumlah 6 juta orang untuk menjadi ahli parti itu bersandarkan kepada populariti Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin.


"Kita jangka akan berhadapan dengan 6 juta orang anak muda yang kebanyakannya daripada pertubuhan belia dan persatuan pelajar yang kini sudah menunjukkan minat mereka untuk masuk parti baru ini," kata salah seorang pengasasnya, Khairuddin Abu Hassan pada 5 Ogos 2016.

Ingat lagi dengan cakap besar Syed Saddiq, anak muda yang mengetuai sayap 'haram' dalam PPBM, ARMADA?

"Secara jujurnya, saya agak terkejut dengan penyertaan golongan anak muda bawah 30 tahun ke dalam parti ini," kata Syed Saddiq pada 4 Oktober 2016. Dakwa Syed Saddiq, sudah lebih 200,000 borang telah diedarkan dan jumlah ahli PPBM akan diumumkan dua minggu kemudian.

Malangnya, pengumuman itu tidak pernah berlaku.

Apa yang berlaku sekarang ialah, hendak mengumumkan jumlah sebenar keahlian PPBM pun mereka malu. Sebaliknya apa yang berlaku ialah, satu persatu muslihat Mahathir, didedahkan kepada awam dan dapat dilihat oleh rakyat. Jikalau dahulu, semua kebusukan tersebut disimpan dan diperap atas nama menghormati dan wala' kepada pemimpin, pembakaran jambatan oleh Mahathir telah membebaskan segala kebusukan tersebut.

Syed Saddiq juga nampaknya sudah tidak berminat lagi untuk bercakap tentang anak-anak muda yang berminat untuk menyertai PPBM. Sebaliknya dia lebih seronok bercakap tentang anak-anak muda dalam promosi seks bebasnya pula.

Pada konvensyen PPBM yang diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam Januari lepas, menjadi bukti betapa hambarnya sambutan terhadap parti tersebut. Separuh stadium kosong semasa Mahathir berucap. Malahan untuk menampakkan ramai, terpaksa 'import ahli' semata-mata untuk menunjukkan parti itu mendapat sambutan hebat.

Kemudian, berlaku pula acara atau program baling kerusi dan membakar suar di Shah Alam beberapa bulan lepas. Walaupun orang yang bertanya adalah ahli PPBM, manakala yang bertindak ganas itu adalah ahli PPBM, Mahathir menyalahkan orang UMNO manakala Syed Saddiq mendakwa UMNO mengupah orang untuk membuat kacau dalam program PPBM.

Acara-acara dan siri-siri ceramah yang diadakan di seluruh negara juga gagal. Walaupun Kedah dan Johor dikatakan kubu kuat PPBM, namun PPBM tidak pernah berani untuk mengadakan ceramah mega supaya tidak malu dengan jumlah kehadiran yang tidak memberangsangkan. Ia samalah seperti demonstrasi besar-besaran di Padang Timur, Kelana Jaya pada bulan lepas yang bukan sahaja gagal, tetapi sasaran kehadiran 100,000 orang tetapi yang hadir tidak sampai 4,000 orang.

Sewajarnya PPBM dibubarkan sebelum diharamkan oleh ROS dan kesemua mereka sama ada menyeberang masuk DAP, PKR atau pun PAN untuk meneruskan perjuangan dan penentangan terhadap UMNO dan Najib Abdul Razak. Itu jauh lebih baik berbanding berpura-pura tidak tunduk sujud kepada Lim Kit Siang-DAP, tetapi hakikatnya mereka memang bekerja untuk memberi kuasa kepada DAP dan Lim Anak Beranak.

SAMAN KAMARUL YUSOFF TERHADAP SENATOR MELAYU DAP YANG GAYA HIDUPNYA SEKELUARGA MELEBIHKAN AKAL BERBANDING AGAMA!!!




Penulis: Kamarul Yusoff

Sejak tiga hari kebelakangan ini saya agak tertekan bila dimaklumkan oleh ramai rakan mengenai kewujudan artikel bertajuk “Dr Ariffin Omar nasihati Kamarul supaya guna akal” dan “Senator DAP nasihati Kamarul supaya guna akal” di dalam laman web dan page portal berita rasmi DAP, Roketkini, dan di dalam laman web dan page portal berita Malaysiakini, beserta komen-komen yang dibuat di bawahnya yang memburuk-burukkan saya dengan agak teruk.

Artikel yang memburuk-burukkan saya ini adalah berpunca daripada kenyataan Senator DAP dari Pulau Pinang merangkap Naib Pengerusi DAP yang tidak dilantik semula ke jawatan itu pada 12 November lalu, iaitu Dr Ariffin Omar, di mana beliau dipetik sebagai:
(i) Menempelak “tuduhan semberono pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff yang mendakwa kononnya barisan kepimpinan baru DAP mengukuhkan lagi dakwaan kononnya DAP mempunyai agenda Kristianisasi.”
(ii) Berkata “Tidak hairan sekiranya mutu akademik institusi pendidikan di negara ini merosot memandangkan wujud sebilangan ahli-ahli akademik negara ini berfikiran seperti pensyarah berkenaan.”
(iii) Berkata “Sebelum dia (Dr Kamarul) buka mulut, elok dia fikir dulu sebelum bercakap – elok baca balik Perlembagaan DAP.”
(iv) Berkata “Dia ni tak ada kerja lainkah? Nak cari pasal pun carilah yang munasabah sikit. Adakah ini tahap ahli akademik kita?”

Kesemua kenyataan Dr Ariffin Omar ini membawa maksud dan difahami bahawa:
(i) Saya adalah seorang ahli akademik yang suka membuat tuduhan semberono.
(ii) Saya adalah seorang ahli akademik yang menjadi antara punca mutu akademik institusi pendidikan di negara ini merosot.
(iii) Saya adalah seorang ahli akademik yang tidak berfikir dan tidak menggunakan akal sebelum bercakap.
(iv) Saya adalah seorang ahli akademik bertahap rendah yang suka menimbulkan isu yang tidak munasabah.

Saya sangat tidak menyangka seorang yang mempunyai ijazah doktor falsafah seperti Dr Ariffin Omar boleh menghina tahap keintelektualan saya dengan menyifatkan saya sebagai seorang ahli akademik bertahap rendah yang tidak berfikir dan tidak menggunakan akal.

Ini kerana kenyataan yang dibuat oleh Dr Ariffin Omar ini adalah maklum-balas beliau terhadap kenyataan Facebook saya pada 12 November lalu yang diterbitkan semula oleh portal-portal berita Harakah Daily, Isma Web, Malaysia Kini dan The Malaysian Insight.


Kenyataan Facebook saya ini pula merupakan satu komen sangat munasabah yang mempersoalkan kewajaran DAP melantik tokoh-tokoh Kristian ke Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP pada 12 November lalu di saat ia sedang diserang dengan isu Kristianisasi.

Ini kerana, pada pendapat saya, tindakan DAP melantik sekurang-kurangnya 7 daripada 10 orang ahli tambahan CEC DAP ini dari kalangan penganut agama Kristian hanya akan memperkuatkan lagi dakwaan bahawa DAP memang mempunyai agenda Kristianisasi.

Saya sertakan sama bukti bahawa 7 orang ahli tambahan CEC DAP ini, iaitu Stephen Wong Tien Fatt, Thomas Su Keong Siong, Dr Ong Kian Ming, Hannah Yeoh Tseow Suan, Yeo Bee Yin, Dr John Brian Anthony dan Jannie Lasimbang, adalah penganut agama Kristian.

Apa yang sepatutnya Dr Ariffin Omar serta pemimpin DAP atau pemimpin sekutu DAP lakukan untuk menjawab hujah saya ialah untuk sama ada menafikan 7 orang ahli tambahan CEC DAP ini adalah penganut agama Kristian atau memberi sebab mengapa mereka dilantik.

Memperlekeh-lekehkan saya dengan menyuruh saya membaca Perlembagaan DAP yang menyebut bahawa “DAP dari dulu parti sekular” dan “siapa-siapa pun boleh sertai DAP” bukanlah cara yang betul kerana saya tidak mempersoalkan mengenai keahlian DAP.

Yang saya persoalkan adalah mengapa sekurang-kurangnya 7 daripada 10 orang ahli tambahan CEC DAP ini adalah penganut agama Kristian dan ini hanya boleh dijawab oleh ahli-ahli CEC DAP yang dipilih dalam Kongres Khas DAP pada 12 November lalu.

Ini kerana, mengikut Perlembagaan DAP, kuasa untuk melantik 10 orang ahli tambahan ini dipunyai oleh 20 orang ahli CEC DAP yang dipilih, jadi hanya mereka, bukan tokoh yang kalah seperti Dr Ariffin Omar, yang tahu mengapa perlantikan itu dibuat sebegitu.

Kenyataan yang dibuat oleh Dr Ariffin Omar ini, yang telah diterbitkan secara bertulis yang mempunyai sifat kekal dan kesan yang berpanjangan, telah menjejaskan imej, reputasi, kedudukan dan kerjaya saya sebagai seorang ahli akademik dan seorang ahli masyarakat.

Oleh yang demikian, saya telah mengarahkan seorang sahabat peguam, yang tahu mengenai kekangan kewangan saya dan hanya meminta saya membuat bayaran yang sangat minima ke atas perkhidmatan beliau, untuk memulakan tindakan saman ke atas Dr Ariffin Omar.

Saya juga tidak faham mengapa Dr Ariffin Omar masih mempertahankan DAP sedangkan, jika beliau betul-betul menggunakan akal, beliau sudah lama keluar dari DAP dan Pakatan Harapan, apa lagi setelah beliau tidak dilantik semula sebagai ahli tambahan CEC.

Ini kerana Dr Ariffin Omar sendiri telah menghentam teruk Pakatan Harapan dengan pelbagai kenyataan yang sangat tajam di dalam kata-kata aluan buku tulisan Penasihat SUARAM, Dr Kua Kia Soong, bertajuk "Malaysia's 14th General Elections: The Big Issues".

Apa perkara negatif yang tidak disebut oleh Dr Ariffin Omar di dalam buku itu: Pakatan Harapan mempunyai kekurangan serius; mempunyai masalah besar sekitar urus tadbir baik, ketelusan dan rasuah; tidak mempunyai hala tuju yang jelas; malah bersifat opportunistik.

Begitu juga dengan kerjasama Pakatan Harapan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang Dr Ariffin Omar sifatkan memeningkan dan tidak lebih daripada satu kepura-puraan serta kenyataan lain yang menunjukkan ketidaksetujuan beliau dengan Pakatan Harapan.

Dengan pelbagai kritikan serius, sesetengahnya melebihi kritikan yang saya sendiri pernah buat terhadap Pakatan Harapan, saya tertanya-tanya mengapa Dr Ariffin Omar masih kekal berada di dalam DAP sedangkan DAP diketahui mendokong kuat Pakatan Harapan.

Jika Dr Ariffin Omar seorang individu yang berprinsip, beliau perlu segera keluar dari DAP.


KARTEL SUDAH BAGI AMARAN, HARGA IKAN, KERANG DAN SAYUR AKAN NAIK MENDADAK!!!



Walaupun pergantungan Malaysia, khususnya di Semenanjung kepada makanan laut domestik agak rendah berbanding import, namun penguasaan kartel ke atas pengedaran dan pemborongan barangan makanan amat kuat. 

Kartel sebenarnya tidak perlu memberikan sebarang alasan untuk menaikkan harga agar mengurangkan pembekalan ke pasaran. Mereka boleh berbuat sesuka hati apatah lagi pihak berkuasa khususnya KPDNKK terlalu takut untuk bertindak terhadap mereka. Dalam sebarang masa, KPDNKK akan mencari-cari alasan yang paling sesuai untuk mewajarkan tindakan kartel. 

Kartel menguasai segala-galanya, dari pemborongan sehinggalah ke pengedaran. Mereka membeli pada harga murah, kemudian menggunakan kuasa monopoli yang membabitkan pengangkutan dan berselindung di sebalik pelbagai persatuan, untuk menetapkan harga tinggi yang tidak boleh ditolak oleh pengguna. 

Pengguna di Malaysia sebenarnya tidak mempunyai sebarang pilihan melainkan terpaksa menggunakan khidmat yang dipaksa oleh kartel ini.

Walau bagaimanapun, sama seperti perniagaan-perniagaan kapitalis lain, kartel di Malaysia masih lagi memberikan pelbagai alasan untuk mewajarkan tindakan mereka menaikkan kadar harga. 

Terbaru, beberapa kartel yang terbabit dalam industri perikanan memberi amaran, harga ikan dan hasil laut dijangka naik kerana alasan monsun dan musim tengkujuh. 

Walaupun sebahagian besar hasil laut yang digunakan oleh rakyat Malaysia khususnya di Semenanjung berasal dari Thailand dan Indonesia, manakala hasil-hasil laut Malaysia pula dihantar ke Singapura untuk dieksport ke negara-negara lain termasuklah Hong Kong, alasan monsun itu akan digunakan untuk mewajarkan kenaikan. 

Persatuan Nelayan Pantai Remis contohnya berkata, harga kembung akan meningkat antara RM5 dan RM10 sekilogram, manakala sardin pula akan meningkat dari RM4 kepada RM7. Koperasi Nelayan Kuala Sepetang pula berkata, kerana musim hujan, penangkapan ikan jatuh mendadah berbanding tahun-tahun lepas. Persatuan Nelayan Johor Selatan pula berkata, orang tengah atau pemborong adalah penyebab harga ikan meningkat semasa musim tengkujuh. (RUJUK SINI

Ironinya, harga ikan dan sayur di Singapura langsung tidak terjejas dengan musim tengkujuh seperti alasan yang diberikan di Semenanjung Malaysia. 

Sepatutnya pihak berkuasa mengeluarkan lebih banyak AP untuk mengimport lebih banyak hasil laut ke pasaran bagi menstabilkan harga, bukannya hanya menerima alasan-alasan yang diberikan oleh pihak kartel. Dan sepatutnya pasaran di Malaysia perlu lebih terbuka berbanding sekarang yang dikawal dan dimonopoli oleh kartel-kartel yang berselindung di sebalik nama persatuan.

Atau barangkali sudah sampai masanya pihak berkuasa didesak untuk mendedahkan kepada siapa AP dan permit diberikan?

Wednesday, November 15, 2017

RUMAH SELANGORKU DI SEMENYIH BERHARGA RM400,000!!! AZMIN ALI PENIPU BESAR!!!



Rakyat Selangor benar-benar diperlembukan oleh Menteri Besar dan kepimpinan Negeri Selangor!!!

Bayangkanlah, tidak lama dahulu, Menteri Besar Selangor, Azmin Ali dengan megahnya berkata, Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinannya sedang membina rumah mampu milik di bawah Program Rumah Selangorku di Semenyih. (RUJUK SINI)

Malahan pada 7 November lalu, syarikat pemaju hartanah EcoWorld yang 'dihadiahkan' banyak tanah di Selangor, termasuklah tanah milik persendirian seperti di Mukim Ijok, dengan bangganya mengumumkan kononnya Rumah Selangorku jenis A yang berharga RM42,000 seunit mendapat sambutan luar biasa biarpun pendaftaran baru dibuka pada 29 Oktober lalu. (RUJUK SINI)

Kononnya Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan inisiatif rumah mampu milik, Rumah Selangorku khususnya untuk rakyat Selangor semenjak 2015 sekalipun belum sebuah rumah Selangorku pun diwujudkan. Projek berkenaan dikendalikan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) melibatkan geran sebanyak RM100 juta menggunakan wang rezab negeri.

Rumah tak ada, duit rakyat sudah selesai!


Yang dijanjikan ialah, Rumah Selangorku boleh didapati bermula dari RM42,000 sehingga RM250,000. Dengan memperlekehkan rumah PR1MA dan PPA1M yang dikatakan melebihi RM300,000 Azmin Ali bercakap besar kononnya komitmen Kerajaan Selangor lebih terbukti semenjak dahulu.

Namun, komitmen tersebut sekadar satu propaganda murahan. Rumah Selangorku TIDAK WUJUD!

Atau dalam bahasa yang lebih mudah, AZMIN ALI KAKI KENCING!




Itulah yang berlaku dan dibuktikan apabila pembohongan Azmin Ali kononnya Kerajaan Negeri Selangor telah dan sedang membina rumah mampu milik di bawah Program Rumah Selangorku di Semenyih. Pembohongan itu lebih ketara apabila Exco Perumahan Selangor, Iskandar Samad turut sama berkata, projek itu sudah siap dan hanya menunggu penyerahan kunci.

Hakikatnya, perumahan yang dibina di atas tapak kononnya Program Rumah Selangorku itu adalah projek perumahan mewah berharga lebih RM400,000 yang dibina oleh kroni Azmin.

Tiada rasa bersalah, dan tiada rasa malu untuk pembohongan terang-terangan sebegitu. Sebabnya, budaya berbohong sudah mendarah daging dalam setiap diri pemimpin Pakatan.

Perhatikan sahaja bagaimana dia menipu tentang ambialih Syarikat Air SPLASH yang sehingga ke hari ini tertanggung. Dari RM250 juta menjadi RM2.5 bilion, isu berkenaan tidak selesai dan rakyat Selangor berhadapan dengan ancaman keputusan bekalan air walaupun semasa musim hujan!

Perhatikan juga bagaimana dalam Bajet 2018, Azmin Ali menipu kononnya bajet Negeri Selangor lebih baik dari Persekutuan kerana lebih banyak peruntukan untuk pembangunan. Padahal dia menipu dengan memindahkan peruntukan program-program sosial di bawah bajet pembangunan.

Lebih ketara perhatikan juga bagaimana dia langsung tidak rasa bersalah apabila mengumumkan bonus 3 bulan gaji dengan 2 bulan gaji telah pun dibayar pada Aidil Fitri lalu dalam Bajet 2018. Dan kini, 'baki' sebulan itu pun akan ditangguhkan kerana kononnya, wang tersebut akan disalurkan kepada Pulau Pinang sebagai bantuan banjir.

Tak habis-habis menipu!!!


 
Blogger Templates