Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label hospital. Show all posts
Showing posts with label hospital. Show all posts

Tuesday, June 7, 2016

PEMERIKSAAN VAGINA BATALKAN PUASA? NANTI DULU... DENGAR PENJELASAN DARI DOKTOR PAKAR INI!!!



Semalam ada persoalan dari salah seorang follower saya tentang apakah pemeriksaan vagina/ selok jari /vaginal examination, membatalkan puasa.

Sebelum ini seorang sahabat saya yang mengandung juga telah membatalkan puasanya kerana diberitahu oleh doktor yang memeriksa bahawa pemeriksaan vagina membatalkan puasa.

Apakah benar vaginal examination atau prosedur yang melibatkan amalan memasukkan jari atau instrumen tertentu seperti bimanual palpation, speculum examination dan vaginal pessary insertion membatalkan puasa? Bagaimana pula pemeriksaan dubur/rektum seperti digital rectal examination, memasukkan tiub kencing (CBD) dan ubat2an suppository? Apakah ia juga membatalkan puasa?

Saya merujuk beberapa pandangan ulama2 besar dan mendapati pandangan yang lebih rojih (kuat) adalah seperti berikut...

Kesemua pemeriksaan di atas termasuk memasukkan jari untuk pemeriksaan tidak membatalkan puasa. Ini adalah berdasarkan keperluan perubatan pesakit tersebut dan atas dasar kemaslahatan kesihatan yang perlu dijaga.

Ia juga merupakan prosedur2 dan pemeriksaan yang tidak mengenyangkan atau menghilangkan dahaga. Ia tidak melibatkan memasukan zat atau nutrien ke dalam badan yang akan memberi tenaga pada tubuh. Oleh itu, ia tidak membatalkan puasa.

Lalu ada yang mengatakan bahawa jika demikian, hubungan seksual juga tidak membatalkan puasa kerana ia juga melibatkan kemasukkan anggota dalam rongga badan. Pandangan ini adalah salah kerana secara jelas ada dalil larangan khusus melakukan hubungan seksual ketika berpuasa. Namun demikian, larangan ini tidak boleh ditamsilkan kepada prosedur perubatan yang lain.

Sungguhpun prosedur2 di atas tidak membatalkan puasa, ia tidak boleh dilakukan dengan suka2, sengaja atau atas tujuan bersedap2an. Oleh itu, perbuatan sengaja memasukkan jari atau objek bagi tujuan yang tidak perlu misalannya beronani adalah membatalkan puasa.

‪#‎Kesimpulannya‬:

1. Pemeriksaan vagina dan prosedur ginekologi atas tujuan perubatan seperti di atas tidak membatalkan puasa.

2. Bagi ibu2 yang mengandung yang masih larat untuk berpuasa, tidak perlu gusar atau berasa was2 apabila menjalani pemeriksaan dan rawatan.

‪#‎Rujukan‬:

1. Majma’ al-Fiqh al-Islami (Islamic Fiqh Council)

2. Dr Zakir Naik (Q&A)

3. e-fatwa JAKIM



AKHIRNYA MENTERI BESAR KEDAH DIMASUKKAN DAN DIRAWAT DI HOSPITAL KERAJAAN JUGA!!!



Mentaliti kebanyakan orang di Malaysia ini ialah, hospital kerajaan terlalu amat cikai, malah kepakaran di hospital-hospital kerajaan pun tersangat rendah berbanding hospital-hospital swasta. Lebih malang lagi ialah apabila ada si bingung yang mengeji, mengutuk, mencerca bahkan menyumpah seranah kakitangan hospital, terutama sekali doktor dan jururawat yang disifatkan mereka sebagai 'MAKAN DUIT RAKYAT'.

Kaum perawat dan institusi perkhidmatan perubatan kerajaan seringkali dipandang lekeh. RM1 dan RM5 serta maksimum RM500 untuk rawatan yang lebih serius, dijadikan sebagai faktor utama untuk memperlekehkan perkhidmatan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada rakyatnya yang tidak reti bersyukur.

Hakikatnya, bagi mereka yang sering keluar masuk hospital, terutama sekali membabitkan hospital swasta yang akan menelan wang anda sebanyak-banyaknya atau kalau menggunakan insuran, akan menampil caj rawatan yang hampir tidak munasabah, amat sedar dengan kelebihan yang ada di hospital-hospital kerajaan.

Yang utamanya ialah, di hospital-hospital kerajaan sahajalah para pakar dalam pelbagai bidang perubatan bersarang. Hospital-hospital kerajaan jugalah yang memiliki bukan sahaja kepakaran, malahan keperluan perubatan yang ada hospital swasta tidak mampu sediakan, seperti vaksin untuk patukan ular. Malahan peralatan hospital kerajaan juga jauh lebih canggih walaupun mengenakan caj yang tersangat rendah kepada para pesakit.

Itulah yang berlaku kepada Menteri Besar Kedah, Ahmad Bashah Hanipah yang mengalami komplikasi usus dan terpaksa dihantar oleh hospital swasta terkenal di Alor Star ke Hospital Pulau Pinang.


Menteri Besar Kedah itu yang dilaporkan tidak serius sakitnya, terpaksa dihantar ke Hospital Pulau Pinang kerana hospital swasta yang dimasukinya sebelum itu, bukan sahaja tidak cukup pakar, tetapi juga tidak mempunyai peralatan yang lebih canggih berbanding yang terdapat di Hospital Pulau Pinang.

Sebenarnya itu adalah proses yang seringkali berlaku terutama membabitkan penghantaran para pesakit serius dari hospital swasta yang telah pun menelan puluhan ribu ringgi sebagai caj rawatan ke hospital kerajaan yang akan merawat dengan hanya bayaran maksimum adalah RM500 sekiranya pesakit tersebut adalah rakyat Malaysia, dengan jumlah sebenar telah diserap oleh subsidi perubatan yang disediakan oleh kerajaan.

Bayangkanlah harga ubat-ubatan yang tidak murah, digunakan oleh hospital-hospital kerajaan untuk merawat para pesakit tetapi kebanyakan rakyat Malaysia langsung tidak pandai bersyukur dan seringkali beralasan, ITU SEMUA ADALAH TANGGUNGJAWAB KERAJAAN.

Masalahnya ialah, hanya KERAJAAN MALAYSIA YANG TERLALU BODOH UNTUK MEMBERIKAN SUBSIDI berjumlah berbilion-bilion ringgit setahun untuk rakyat Malaysia yang tidak tahu diuntung!!!


Saturday, June 4, 2016

MACAM TAK ADA KERJA... AMBIL GAMBAR CURI-CURI DI HOSPITAL DAN VIRALKAN DENGAN CERITA PALSU SENSASINYA!!!



Barangkali memang tak ada kerja kut?

Atau pun gel beranggapan bahawa akaun palsu yang menggunakan profil mengelirukan tidak akan membuatkan dia dikesan oleh pihak berkuasa?

Seronok barangkali untuk mendapatkan perhatian daripada netizen kerana menjadikan kakitangan hospital sebagai bahan menarik untuk disensasikan, membuatkan individu yang menggunakan nama samaran sebagai Laksh Yah masuk ke hospital, mencuri-curi gambar dan kemudian menviralkannya.

Silapnya individu tersebut ialah, dia tidak menyangka bahawa dia dan perbuatannya telah dirakamkan oleh CCTV. Dia bukan sahaja terkantoi kerana mengambil gambar tetapi kerana skodeng kakitangan hospital



Difahamkan, pihak Hospital Kuala Lumpur telah menulis surat kepada individu tersebut supaya tampil membuat aduan rasmi tetapi tidak dihiraukan.

Memandangkan perbuatannya itu bukan sahaja menjatuhkan reputasi dan maruah kakitangan HKL, sebaliknya mengandungi unsur-unsur fitnah, HKL telah memanjangkan kes tersebut dengan membuat laporan kepada PDRM.

Tak ada kerja cari kerja... tak ada masalah, cari masalah...


Itulah orang kata, masuk ke hospital biarlah kerana berpenyakit tetapi jangan sesekali CARI PENYAKIT...

Punyalah banyak kerja di luar sini, segala mat imigran boleh senang-senang dapat duit tiga empat ribu sebulan, awak pula, bakal makan nasi bungkus dalam sel penjara.

Tak ke bongok semata-mata untuk mendapatkan perhatian daripada pengguna FB!!!


Friday, May 27, 2016

AZWAN ALI KATA, ICU HOSPITAL KUALA LUMPUR MACAM GAMPANG DAN DOKTOR SERTA JURURAWATNYA LEBIH BANYAK MELANGUT!!!



#‎DUNIA_MENGIKTIRAF_DI_KALA_RAKYAT_MENGHINA‬

Saya dikirimkan printscreen ini oleh salah seorang sahabat saya. Beliau memohon saya memberi pencerahan berkenaan kenyataan saudara Azwan Ali.

Saya tidak tahu apa yang menyebabkan Azwan Ali begitu marah hingga mengeluarkan kata2 sedemikian. Mungkin ada sesuatu yang berlaku. Namun saya ingin menjelaskan beberapa perkara agar beliau dan masyarakat tidak tersilap faham.

Pertama sekali adalah berkenaan availability antivenom. Sememangnya antivenom cuma boleh diperolehi di hospital kerajaan sahaja. 3 buah hospital swasta terkenal di KL yang saya hubungi iaitu Prince Court Hospital, Gleanagles dan KPJ tidak menyimpan stok antivenom. Kesemua mereka apabila diaju soalan tentang ini telah menjawab mereka akan merujuk kes gigitan ular ke HKL atau hospital2 kerajaan yg berdekatan.

Demikian juga hospital swasta negeri2 lain. Mereka akan merujuk kes gigitan ular ke hospital yang mempunyai Pakar Kecemasan bagi tujuan perawatan lanjut. Jadi, sungguhpun anda memegang kad insurans yang mahal dan hebat2, jika anda dipatuk ular berbisa dan memerlukan antivenom, anda akan dirujuk ke hospital kerajaan yang anda tidak sukai ini juga.

Ini boleh difahami sebenarnya kerana antivenom adalah amat mahal harganya menjangkau ribuan ringgit. Sea snake antivenom misalannya berharga RM 13,500 sebotol). Jadi, tidak kos efektif bagi hospital swasta membeli ubat semahal ini yang amat jarang kes seumpamanya. Mereka menjalankan perniagaan dan perlu memikirkan pulangan yang berbaloi dengan modal.

Namun, kerajaan Malaysia memikirkan tentang kebajikan rakyat. Ke mana lagi mereka boleg pergi utk rawatan bagi kes2 seperti ini. Stok2 antivenom dibeli oleh Kerajaan Malaysia dan dibekalkan di hospital2 yang mempunyai kepakaran untuk menguruskan sakit berkenaan.

Semua harus faham bahawa tidak semua kes gigitan ular memerlukan rawatan antivenom. Hanya 18 dari 40 spesies ular darat di Malaysia adalah berbisa. Malah sekalipun kita digigit oleh spesies ular berbisa tidak semestinya kita memerlukan antivenom kerana majoriti gigitan ular adalah dry bites (patuk dan lari tanpa dos lethal bisa ular masuk ke badan).

Jika setiap klinik hendak dibekalkan stok antivenom, ini sudah tentulah merupakan satu ketirisan kerana ada kawasan2 tertentu yang mungkin hanya mempunyai kes gigitan ular 5 tahun sekali. Takkan nak biar antivenom yang mahal seperti itu terperam macam pekasam hingga expired?
Oleh itu kami ada mekanisme pengagihan antivenom berdasarkan keperluan yang sudah dikaji dan diteliti.

Keduanya, sekiranya perlu diberikan antivenom, ia mestilah keputusan yang dilakukan oleh doktor pakar kecemasan setelah menilai keadaan pesakit. Antivenom perlu diberi di bawah monitoring yang rapi. Ia hanya dilakukan di zon merah jabatan kecemasan. Klinik2 kerajaan tidak ada fasiliti ini dan bukan merupakan tempat yang sesuai untuk rawatan antivenom ini diberikan. Pelbagai perkara boleh berlaku seperti kemerosotan keadaan pesakit yang memerlukan intervention segera seperti intubation dan bantuan pernafasan. Disebabkan inilah, rawatan antivenom hanya boleh diberi di fasiliti yang mempunyai kelengkapan merawat pesakit kritikal iaitu di zon kritikal Jabatan Kecemasan.

Saya kurang faham kenapa ICU HKL dikaitkan dengan perkara ini. Tidak semua kes gigitan ular yang memerlukan antivenom perlu dirawat di ICU. Majoriti dirawat di jabatan kecemasan dan wad biasa sahaja melainkan mereka memerlukan bantuan pernafasan. Jadi mengapa ICU HKL pula dimangsakan dan dimarahi. Ini adalah tidak adil bagi mereka.

ICU HKL adalah merupakan ICU terbesar dan terbaik di negara kita. Tidak ada hospital swasta atau hospital kerajaan lain yang berani mendabik dada mereka lebih hebat dari ICU HKL. Para pakar2 seluruh negara termasuk di swasta amat menghormati HKL kerana para sifu, otai , mahaguru segala disiplin bermastautin di sana.

Kehebatan HKL ini diiktiraf hatta ketika lawatan Presiden Obama. Pasukan perubatan Presiden Obama telah melakukan tinjauan berkali2 selama berbulan2 sebelum lawatan Presiden Obama. Mereka mencari hospital terbaik yg boleh merawat Presiden mereka jika sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Segala aspek ditinjau terutamanya aspek kepakaran, availability multidisiplin, fasiliti dan kelengkapan dan sebagainya. Tinjauan turut dilakukan di hospital2 swasta yang berdekatan. Akhirnya mereka memilih HKL sebagai hospital yang akan merawat Presiden Obama. Keputusan mencerminkan kualiti dan standard HKL.

Jadi amat lucu dan tidak patut bagi staf dan doktor2 ICU HKL dimarahi hingga hendak diludah seperti ini. HKL adalah centre of excellence dengan pelbagai pencapaian antarabangsa. Terbaru, HKL telah memenangi anugerah bertaraf dunia Best Hospital Brand Award 2016 mengalahkan semua hospital lain termasuk hospital swasta bagi kategori Healthcare yang dipilih oleh Global Brands Magazine UK!

Perkhidmatan kesihatan kita juga dinilai sebagai no 3 terbaik di dunia oleh tinjauan International Living di Amerika Syarikat. Kita hanya di belakang Perancis dan Uruguay sahaja.

Saya hairan dengan mentaliti rakyat kita dewasa ini. Baru beberapa hari lepas doktor HKL dimaki sebagai babi. Kini ini pula.
Ludah dan makilah HKL dan petugasnya wahai rakyat di kala dunia mengiktiraf HKL dan perkhidmatan kesihatan Malaysia sebagai antara yang terbaik di dunia.

Dr Abdul Rahman Abdul Kadir
Pakar Kecemasan dan Trauma


Wednesday, May 25, 2016

DOKTOR PAKAR SAKIT PUAN HKL YANG GAMBARNYA DIVIRALKAN SEBAB BERMUKA MASAM DAN DITUDUH KURANG ADAB, MEMBERI RESPONS!!!




Pertama sekali, saya nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan-kawan yang tak putus-putus memberikan kata-kata semangat. Usaha dan keperihatinan kalian amatlah saya hargai. Terima kasih juga untuk doa yang dikirimkan.

Berdiam bukan bererti kalah, tapi berdiam untuk tidak mengeruhkan keadaan. Apa yang berlaku semalam, motifnya hanya satu iaitu kerana ketidakpuasanhati suami kepada pesakit saya.

Siapa kata doktor dan misi jahat?garang?kurang ajar?Tak kisah apa yang hendak orang awam labelkan kami sebagai pekerja di sektor kesihatan, tapi apa pun tugas yang telah diamanahkan kepada kami, kami akan jalankan dengan penuh rasa tanggungjawab. Betul, ada masa-masanya, mungkin ternampak kami bermasam muka, kami bercakap agak kasar, tapi benda itu semua tidak menghalang kami untuk memberikan yang terbaik utk pesakit kami.





Semua pesakit yang berada di wad saya, saya cuba berikan yang yang terbaik. Jika perlu rujukan dibuat ke team yang lain (contoh pembedahan, medikal dan lain-lain), saya akan buat demi kebaikan pesakit saya. Dan bila mana team tersebut sudah terlibat sama dalam memastikan kesihatan pesakit berada di tahap yang baik, jika pesakit dibenarkan pulang, team berkenaan hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu. Ini adalah kerana pesakit berkemungkinan memerlukan rawatan susulan dengan team berkenaan di masa akan datang.

Saya biadap?Jika kita pergi rumah orang, perlulah ketuk pintu, beri salam dan perkenalkan diri tak lupa juga tujuan kedatangan kita ke rumah orang itu. Jika tujuan kita dikemukan dengan cara biadap dengan ayat yang kasar, agak-agak tuan rumah akan layan tak? Entah-entah tuan rumah dah report polis ada orang nak menceroboh ke rumahnya.

Saya marah sampai menggeletar dan rasa nak tumbuk? Cuba bayangkan, kalau orang biadap memberi provokasi sedangkan kita sedaya upaya berusaha menerangkan dengan suara yang tenang, tapi dia masih terus meninggikan suara, agak-agak ada orang boleh tahan? Saya juga manusia seperti orang lain, sabar saya ada hadnya. Tapi saya tetap tahan diri dari melakukan perkara yang di luar jangkaan. Saya minta maaf kalau ada orang yang terasa bila saya menyuarakan rasa kemarahan saya kepada misi saya tanpa niat untuk menumbuk sesiapa. Kenapa perlu terasa?


Dipendekkan cerita, jika anda tidak berpuashati dengan perkhidmatan saya, percakapan saya, atau perbuatan saya, sila lapurkan dengan cara yang betul, bukan melalui facebook. Yang paling menyalahi undang-undag bila mana gambar saya diambil TANPA PENGETAHUAN saya, diambil KETIKA SAYA BEKERJA dan dimuatnaik TANPA IZIN saya. Saya berhak melapurkan kepada SKMM dan tindakan selanjutnya akan diambil.

Dengan ini, saya meminta maaf secara terbuka jika ada perbuatan atau perkataan saya yang telah menyakitkan hati mana-mana pihak. Walau bagaimanapun, saya telah membuat aduan polis dan akan memastikan kejadian yang berlaku ke atas diri saya tidak akan berulang lagi untuk mana-mana penjawat awam. Saya akan mengambil tindakan undang-undang kerana kejadian ini telah memalukan saya, menggugat reputasi saya dan tempat kerja saya serta secara tidak langsung menganggu emosi saya.

Terima kasih.

SUMBER: FB DZURATUL AIN

NOTA: 

RAKYAT MALAYSIA SEMAKIN MENGADA-NGADA DAN MEMANDAI-MANDAI. ELOKLAH PAKAR SAKIT PUAN BERKENAAN BUAT LAPORAN POLIS BAGI MEMBERI TELADAN KEPADA PARA PEMBULI SIBER INI.


Tuesday, May 24, 2016

BERBINIKAN INDON, MAMAT MEMBABIKAN JURURAWAT DAN PERKHIDMATAN HOSPITAL KERAJAAN BAWA ISTERINYA BERANAK DI HOSPITAL KERAJAAN JUGA!!!



Mamat ini yang memanggil semua staf Melayu KKM sebagai BABI dan mendabik dada ada insurans dan mampu ke private. Dia kata duit cukai dia bayar gaji doktor pakar. Hahhaha.

Dia berkahwin dgn wanita warga asing dari Indonesia. Maybe org perempuan tempatan tak layan atau takut tgk dia.

Sekali tgk...time nak bersalin mai kat spital kerajaan jugak. Sebab:

1. Insurans tak cover.

2. Kalau dekat govt, warga asing yg berkahwin dgn rakyat Malaysia dapat caj murah spt warganegara juga.


Kata mampu bayar gaji doktor pakar. Takkan tak mampu bawak bini ke spital swasta kot?
Tak geli plak staf2 yg dibabikan tu menyambut anak dia.
Ibarat babi memakan najisnya sendiri kan? Konon geli geleman, tapi telan manfaat. Hahahha.

Oh lupa...part babi tu...dia lupa tengok cermin.

Sudahlah kita kekurangan doktor wanita di bahagian sakit puan. Yang ada pun dimaki dan diugut bunuh. Siapa nak stay kat bidang O&G macam ni? Kalau aku doktor pompuan pun aku lari. Mana taknya, hidup stress, risiko litigasi dan medico legal tinggi dan kerja tak tentu masa. Ya lah...orang beranak bukan boleh tetapkan appointment bila anaknya nak keluar.

Jika ada aduan, gunakan saluran yang betul. Jangan beri alasan konon anda bukan siapa2/marhaen etc jadi aduan tidak akan dipandang. Jadi elok viralkan di media sosial konon impaknya lebih besar. Ini fitrah anjing sebenarnya. Semakin kerdil badan anjing itu, semakin kuat salakan anjing tersebut sekadar utk menarik perhatian seperti spesies chihuahua.

Bagi sesiapa yang tertinggal isu ini yg berlaku semalam boleh lah singgah dan baca di link ini:
https://m.facebook.com/story.php…

Saya kecewa ada pula makhluk yang boleh sokong dan justifikasi komen2 biadap di sana. Kami suka apabila makhluk ini berkata dia tidak akan sesekali menggunakan khidmat kesihatan kerajaan. Dia ada insurans katanya. Thank you. Good riddance. Kalau accident kritikal dan koma mana2 hospital private takkan respond. Kat spital gomen gak ko tersadai. Pesan kat anak bini awal2 suruh sign borang ambil risiko mati dan bawak ke spital swasta. Tu pun kalu depa terima la. Kad insurans tak jamin depa terima. Depa terima kalau stable for transport saja.

Saya tak peduli tuduhan2 bodoh individu ini yang mengatakan kakitangan hospital tak pernah kerja ikhlas, hanya mengejar gaji besar dan tunggu pencen. Ia adalah merupakan fitnah ke atas 268,712 penjawat awam KKM dan merangkaklah di akhirat nanti memohon ampun kepada mereka.



Cuma saya tertarik dengan komennya yang mengatakan servis kesihatan kita lebih teruk dari Romania dan Albania. Apalah dia merepek ni.
Negara kita telah menduduki ranking perkhidmatan kesihatan no 3 terbaik di dunia mengikut ranking yang dibuat oleh sebuah majalah US. Rujuk link:
https://internationalliving.com/…/where-to-go-for-the-best…/

Apakah kamu tidak mahu bersyukur? Kita hanya dibelakang Perancis dan Uruguay.
Dengan kos paling murah di dunia, kita berikan perkhidmatan bertaraf dunia. Mohon anda berpindah ke negara lain atau sila meninggal. 😊

Part dia menggelar doktor, jururawat Melayu sebijik macam babi tu saya malas nak komen. Kalau tgk gambar profile dia pun kita boleh tau siapa babi.

Note: saya tidak padam profile dan nama individu ini kerana dia meminta2 diviralkan.
Your wish is granted.

Sekian.

ABDUL RAHMAN ABDUL KADIR


Tuesday, May 17, 2016

SUDAHLAH TUDUH NURSE MAKAN GAJI BUTA, KAKAK SENDIRI BERAK DALAM PAMPERS PUN TAK BOLEH NAK CUCI DAN HARAPKAN NURSE JUGAK!!!



malas nak cakap banyak.
1) kenapa nak suruh nurse kalau family member ramai tercongok dalam bilik tu?

2) takda nurse yg akan bagi alasan dengan kasar and pastu g gosip kat kaunter. paling kurang pun kami akan cakap "kejap eh" pastu mengumpat kat kaunter jap yg family dekat 7 keturunan dalam bilik tapi takda sorang pun boleh buat. and last2 kitorang buat jugak sbb ihsan kesian tengok patient dapat family member semua suci tak pernah basuh berak.

3) kalau SEMUA patient terabai sebab nurse tak basuh berak, pergi la study berapa banyak kadar kematian pesakit sebab nurse tak basuhkan berak pesakit

4) aah nurse memang makan gaji haram buta. alhamdulillah best sangat kalau seharian dapat duduk je kat kaunter borak2. hahah




5) Semua nurse 1 dunia ni dapat kelulusan sebab semuanya dapat 4 flat dalam subjek "basuh berak". ye betul g tanya nurse2 lain.

6) korang ni yang comment dok maki hamun sedap manis mulut berbicara, g ah jadi nurse baru korang tahu rasa dia mcm mana nikmat jadi nurse. ha lepastu pegi belajar cara cuci berak ye adik2. yang perempuan pun sama naik
mulut.

7) sakit hati kan nurse cakap busy pastu g gosip pasal artis? HA PADAN MUKA. geram aku

ha kecam la kecam. tak kisah pun. mueheheheh

COPY PASTE FB


Saturday, May 14, 2016

LAGI JAWAPAN DARIPADA 'DOKTOR BODOH' YANG BUAT OPERATION BODOH UNTUK SELAMATKAN KAKI IBU ANAK YANG CERDIK!!!



Doktor Bodoh yang buat Operation Bodoh
***************************************

1. Viral lagi status berkaitan Ortopedik. Saya perlu komen bagi memastikan masyarakat mendapat maklumat yang benar dan tidak dipesongkan oleh status emotional ini. Apatah lagi doktor yang merawat ibu pengkomplen dipanggil BODOH, IBLIS, ANAK PUNGUT, ANAK BULUH BETONG dan operation yang dilakukan juga disebut sebagai OPERATION BODOH.

2. Doktor tidak akan sesekali melakukan sesuatu yang akan memudaratkan pesakit. "FIRST, DO NO HARM" ialah prinsip asas pertama yang dipegang oleh setiap doktor. No such thing as Operation Bodoh.

3. Daripada imej yang dikongsikan, berkemungkinan besar pesakit mengalami jangkitan kuman yang dikenali sebagai Necrotising Fasciitis (NF) iaitu jangkitan kuman yang memakan tisu pesakit. Ia adalah jangkitan yang boleh membunuh jika tisu yang dijangkiti tidak dibuang. Prinsip "LIFE BEFORE LIMB" sentiasa menjadi pegangan kami. Selamatkan nyawa adalah utama, walaupun terpaksa korbankan kulit, otot atau kaki pesakit. Tak tahulah saya kalau anda nak utamakan untuk selamatkan kaki dan tak kisah untuk biarkan mak anda meninggal dunia.

Saya telah tulis artikel mengenai NF dan anda boleh baca mengenai dihttp://www.mmgazette.com/tag/necrotizing-fasciitis/

Kalau Doktor bodoh, kami tak boleh nak buat judgement ni.

4. Pengkomplen menyebut 'kulit dibuang adalah saraf hidup' & ibu beliau sakit sebelum dibuang kulit itu. Imej sebelum pembedahan menunjukkan kulit yang kehitaman dan menggelembung (blister) dikelilingi kawasan tisu berwarna merah. Kulit kehitaman & blister adalah sifat-sifat kulit yang telah mati. Ibunya sakit adalah disebutkan tisu mati (ischaemic pain) dan tekanan nanah & air kuman dari bawah kulit (distension). Tisu ini perlu dibuang jika nyawa ibu mahu diselamatkan.

5. Pada pandangan saya, berdasarkan imej yang dikongsi di FB pengkomplen, Doktor yang merawat telah melakukan pembedahan yang baik dimana nanah telah dibuang dan tisu merah dan sihat kelihatan. Doktor yang melakukan pembedahan akan membuang semua tisu yang mati dan dijangkiti kuman. Tak tahulah jika anda hendak hidup dengan tisu mati, busuk, bernanah dan berdenyut-denyut. Macamana doktor tahu hanya tisu mati dibuang? Tisu yang hidup dan sihat mempunyai 4 kriteria (4C): Berwarna merah (Colour-red), boleh mengecut (Contractility), boleh berdarah (Capacity to bleed), dan (Consistency). Doktor yang bodoh tak boleh buat operation ni.

6. Namun perlu diingat, dalam kes sebegini termasuk jangkitan kuman & luka akibat kemalangan jalanraya (Degloving wound), ada masanya satu pembedahan tidak memadai kerana jangkitan pada kulit boleh merebak pada tisu bersebelahan (mata manusia ni tak dapat nak nampak setiap ekor bakteria tu) melainkan mata kita macam mikroskop la. Pembedahan kedua, ketiga dan seterusnya mungkin perlu. Dalam kes jangkitan kuman serius, ada masanya kaki perlu dipotong bagi menyelamatkan nyawa ibu bapa dan saudara anda. Nyawa anda keutamaan kami. Selepas tisu baru dan sihat dah tumbuh nanti, doktor akan tampal kembali kulit pada tempat tersebut.

7. Oh ya, akhir sekali, jika tidak berapa cerdik (ie bodoh), kami tidak akan berjaya lulus sebagai seorang doktor, apatah lagi sebagai seorang pakar. Saya amat gembira dan menyokong jika masyarakat di luar sana yang banyak komplen (atau minta anak2 anda jika mereka cerdik) untuk sama2 masuk kursus perubatan ni, manalah tahu untung-untung boleh lulus jadi doktor dan dapatkan kita sama-sama rawat saudara-mara kalian.

8. Jika anda tak tahu atau nak tahu mengenai saudara anda, please tanya kami. We are more than happy to answer. Kami bukan Bodoh dan kami tidak akan buat operation bodoh. Nak selamatkan nyawa ibu anda pun kami dimaki. Patutnya anda berterima kasih dan bukannya maki kami. Semoga anda dan masyarakat semua diberi petunjuk dan hidayah.

9. Nasihat saya kepada doktor2 yang tertekan akibat perbuatan pesakit atau relatives pesakit, anda boleh buka file dengan psychologist atau psychiatrist sebagai bukti anda tertekan, boleh buat laporan polis & kemudian kita pun boleh ambil tindakan undang2 terhadap mereka. Anda boleh saman kami, kami pun boleh saman anda. This is the age of litigation. Bring it on.

‪#‎DrMahyuddin
Pakar Ortopedik
Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS),
Temerloh, Pahang.


Friday, May 13, 2016

JAWAPAN 'WIN' AZNIL HISHAM DAN ABDUL RAHMAN KADIR KEPADA SEORANG ANAK YANG RASA DIA LEBIH PANDAI DARI DOKTOR DI HOSPITAL!!!



[ Apa yang anda perlu tahu tentang abscess ]

1. Rawatan untuk abscess (nanah) ini bergantung keadaan abscess, adakah pesakit mempunyai tanda2 sepsis, bagaimana co-morbid mereka, adakah tisu itu rosak (necrosis), adakah mempunyai tanda2 ischaemia dan lain2.

2. Dari gambar yang dipamerkan, besar kemungkinan abscess pada ibu saudara Zul Halid agak teruk. Saya dapat lihat sludge yg ada. Namun, saya tetap tidak tahu severity nya. Hanya doktor yang merawat sahaja yang tahu.

3. Dari kajian2 yg dilakukan, common pathogen (70%) selalunya adalah dari S. Aureus. Namun, terdapat beberapa cabaran dalam memberi rawatan seperti di bawah:


• Apabila pathogen (kuman) adalah bukan terdiri dari satu jenis - Polymicrobial (Lebih dari satu kuman). Akibat ini, selalunya kita rawat secara empirical antibiotic therapy. Apabila rawatan secara empirical (rawak) dilakukan, ditakuti keberkesanan rawatan adalah tidak optima.

• Seperti yang saya kata di atas, pathogen yg common adalah S. aureus. Dan kita dapati bahawa pathogen ini mengalami evolusi yang lebih "ganas". Akibatnya, kebanyakkan antibiotic mengalami resistant. Pada masa yang sama kuman ini menjadi lebih bahaya. Maka, rawatan sekadar antibiotic masih tidak mencukupi. Kita terpaksa keluarkan nanah itu secara pembedahan.

• Apa yang paling kita risau adalah apabila kuman ini merebak seluruh badan (sepsis) melalui pembuluh darah. Maka, combinasi antibiotic dan pembedahan di perlukan.

• Satu lagi keadaan yang cukup kami takuti adalah "necrotizing infection". Ianya adalah medico-surgical emergency. Untuk mengesan amat sukar dan sangat mencabar. Jika terlepas pandang, pesakit boleh maut. Sekali lagi, rawatan bagi ini adalah pembedahan.

• Sekiranya rawatan tepat dilakukan, abscess ini akan merebak ke tulang (osteomyelitis), paru2 (lung abscess), otak (brain abscess) dll.

4. Pada pendapat saya, apa yang doktor hospital Selayang lakukan itu adalah tepat. Kesan operation pada mata pandang saya amat kemas. Tahniah kepada doktor yang berkenaan.

.

‪#‎Kesimpulan‬

1. Saya tak tahu situasi ibu Zul Halid. Saya harap saudara dapat bersabar. Saya nasihatkan saudara dapatkan pandangan doktor yang berkenaan dari menviralkan sesuatu yg saudara sendiri tak tahu. Jika viral, saya tak nampak apa kebaikkan yang ibu saudara dapat perolehi. Lagi pun, pembedahan ini dilakukan dengan consent pesakit atau waris.

2. Bila saya lihat situasi ibu Zul Halid ini, saya teringat akan seorang pesakit saya. Kami mencadangkan agar untuk di bedah kakinya. Namun, waris mahu berbincang dahulu dgn adik beradik sebelum buat keputusan. Malangnya, sebelum keputusan di buat, ibu telah menghembuskan nafas terakhir akibat sepsis. Hati saya cukup marah ketika itu. Ianya mempunyai peluang untuk selamat. Namun sebagai penjawat awam, kita kena sentiasa senyum.

"..Sabar encik, mungkin ini adalah takdir tuhan.."

- dalam hati, saya sambung

"..sebab dapat anak macam kamu.."


DR. AZNIL HISHAM

‪#‎KENAPA_KAMI_SIAT_KAKI_PESAKIT_SESUKA_HATI‬ (Pun intended) 😎

Tolong cakap kat mamat ni, bahawa dia yang sedang berak dulu baru bukak seluar. Viral di facebook sedangkan kat depan mata ada begitu ramai petugas hospital yang lalu lalang. Bukak mulut dan tanya. Bukan bukak mulut dan confirmkan kebangangan di media sosial.

Walau mak dia buta huruf, consent operation mmg diambil dari mak dia sebab mak dia adalah manusia dewasa yg kami hormat. Consent cuma diambil dari waris jika mak dia coma, tak sedar diri, gila atau nyanyuk. Biasanya prosedur2 ini akan dimaklumkan pada waris sekiranya waris ada disebelah bertanya. Melainkan waris pun lesap dan jarang jenguk mak ayah, mmg xde nye lah kami nak explain. Kami ada banyak urusan lain. Selagi kami nilai pesakit tidak faham akan sakit dan prosedur yang akan dilakukan selagi itu kami tidak akan sentuh pesakit. Ini simple medical law yang mana2 hospital dunia pakai hatta negara2 Afrika.

Ada pesakit yang akan bertegas mahukan waris diberitahu ttg prosedur. Kalau pesakit tak mintak, kami mmg x terangkan pada waris sebab pesakit adalah manusia dewasa yg hidup, berakal dan boleh membuat keputusan bebas. Kami terangkan segala2nya pada pesakit terutama jenis operation dan apa yg akan kami lakukan. Sungguhpun penerangan diberi kepada waris, consent ttp diambil dari pesakit. Walau kononnya waris ada lama di hospital, kalau tak tanya memang kami tak explain. Penerangan jika diberikan pun hanya kepada seorang dua waris terdekat saja. Kami tak explain kat satu kampung.

Ini adalah polisi kerana yang sakit adalah pesakit dan mereka yang paling berhak terhadap diri mereka. Betapa ramai waris yang melengah2kan memberi consent atau keputusan kerana bersikap tidak bertanggungjawab. Bukan saya kata mamat ni macam tu, tapi saya hairan kenapa dia tension dengan tindakan pantas doktor membuang kuman2 dan tisu2 terjangkit dan busuk yang boleh membunuh ibu dia jika dibiarkan?

Kedua, pertanyaan tentang bagaimana saya tau ia adalah kuman pemamah daging sedangkan keputusan makmal cuma dapat semalam. Pertama sekali, saya adalah pakar kecemasan. Sakit mak dia ni adalah medical emergency yang kalau saya tak geti diagnose, elok saya resign dan buang degree saya dalam longkang. Untuk mendiagnose necrotizing fasciitis ni, mmg setakat klinikal dan spot diagnosis saja. Tengok saja dah boleh diagnose. Nak uji apa lagi? Lagi lama tunggu, lagi tinggi la risiko maut.
Dah gambar2 mak dia bersepah dia bubuh dengan macam2 angle, pelajar perubatan tahun 2 pun boleh diagnose.

Saya bagi analogi lain supaya terjangkau dek akal dia. Bila baby kamu berak dalam pampers, kamu boleh tau kan dengan bau dan kadangkala colour pampers yang bertukar. Apakah kamu terus bukak, bersihkan dan tukar pampers baby atau kamu nak biar dia peram lama2 hingga 2-3 hari sampai melecet punggung dia kena jangkitan kuman? Nak tunggu company pampers mai sahihkan ia mmg taik? Nak tunggu analisis makmal baru nak tukar? Tak kan?

Kalau takat tukar pampers taik yang tak bahaya mana pun kita buat lekas2, inikan pulak untuk buang kuman yang akan membunuh mak kita? Mak yang dulu tak lambatkan walau sedetik nk tukar lampin kita.

Apa lagi anda mahu?

DR. ABDUL RAHMAN KADIR

Wednesday, December 30, 2015

WAHAI PENGKOMEN YANG TONGONG, TANGAN-TANGAN NURSE YANG KOTOR ITULAH YANG BASUH BERAK KENCING MAK BAPAK KORANG DI HOSPITAL!!!



Saya mendapat kiriman gambar di atas (rujuk gambar) dari seorang follower saya. Di dalamnya terkandung penghinaan terhadap jururawat di hospital kerajaan.

Pertamanya, ini bukan kali pertama saya mendengar ucapan seperti ini. Saya kira rakan2 jururawat saya berhadapan dengan celaan2 sama dengan agak kerap.

Ya, tangan2 mereka adalah tangan2 yg mencuci kencing dan berak. Tetapi mereka mencuci kencing dan berak mak dan bapak kamu yang kamu sendiri geli untuk membersihkannya.

Tangan2 yang sama jugalah yang menyuapkan makanan kepada para pesakit yg tidak mampu makan.

Tangan2 yang sama jugalah yang akan memandikan pesakit2 yg tidak larat bangun ke bilik air.

Tangan2 yang samalah yang akan membancuh ubat2an untuk anda.

Tangan2 yang sama jugalah yang akan tangkas menekan dada pesakit (CPR) ketika mereka mengalami renjatan jantung.

Tangan2 yang sama jugalah yang akan melindungi maruah pesakit dengan menarik skrin ketika aurat mereka terdedah.

Tangan2 yang sama juga lah yang akan menenangkan pesakit kanak2 yang ketakutan.

Tangan2 yang sama jugalah yang akan menyeka air mata pesakit2 kami dan memberikan kata2 semangat agar berjuang melawan penyakit.

Banyak lagi yang kalau saya senaraikan mungkin hingga esok tidak habis.

Ya. Tangan2 mereka memang melakukan kerja2 kotor seperti yang kamu hina. Tetapi mereka adalah rakan2 perjuangan kami para doktor, para MA dan para petugas perubatan. Mereka adalah wirawati dan wirawan kami.

Kami tahu pengorbanan mereka demi pesakit dan negara bukanlah sedikit. Tangan yang kamu hina itu adalah tangan yang mulia di sisi kami. Di dunia yang hina ini mungkin tangan2 ini adalah tangan2 jijik dan nista. Namun kami yakin dan berdoa agar para pemilik tangan2 mulia ini di puji oleh Allah dan Malaikat di akhirat kelak.

‪#‎BIARLAH_KITA_VIRAL_DI_LANGIT‬



GST 6%, INCOME TAX 11%, MASIH RAMAI RAKYAT MALAYSIA BONGOK YANG BANDINGKAN KATIL HOSPITAL NEGARA PUJAAN DENGAN KATIL HOSPITAL KERAJAAN DI MALAYSIA!!!



Ini adalah contoh spesies macai yang kufur nikmat.

Tak salah mengkagumi kemewahan negara lain tapi jangan pulak kutuk negara sendiri. Apatah lagi tuduh pulak pemimpin kedekut.

Di Belanda, perkhidmatan mereka memang mewah. Apatah tidaknya rakyat mereka WAJIB MEMBELI INSURANS.
Juga, income tax mereka adalah setinggi 52%!
GST (VAT) mereka pula adalah setinggi 21%!

Tapi di Malaysia, rakyat takde insurans, miskin malah gelandangan pun boleh mendapatkan perawatan pakar, ubat2an mahal hingga CT scan (jika perlu) pada harga RM 1 (itupun boleh ngelat bayar kalau x mampu sangat).

Subsidi kesihatan kita adalah antara yg tertinggi di dunia dengan 95% ditanggung oleh kerajaan. Masuk wad berbulan2 hampir tak terasa bayarannya.

Pendapatan bawah RM 5K dikecualikan income tax. Majoriti rakyat kalau kena tax pun pda kadar 11% sahaja.

GST kita hanya 6% sahaja itupun begitu banyak barangan dan ubat2an dikecualikan GST.

Tapi macai dok terliur tengok negara lain. Nak negara kita macam Belanda....Tapi GST 6% je dah behave macam akan meninggal papa kedana. Bayar income tax pun sambil maki hamun pemimpin negara. 

Katil spital pun salah pemimpin?
Ko patut lahir kat Myanmar atau Uganda. Beranak atas lantai baru ada akal.



Monday, December 14, 2015

GAMBAR VIRAL NURSE TIDUR DAN JAHIT LUKA LUTUT MACAM JAHIT GUNI... AMBIK KAU YANG RASA PANDAI SANGAT, PAKAR PERUBATAN SENDIRI YANG JAWAB!!!



Kami sudah biasa tubuh badan kami disimbahi dengan pelbagai bendalir badan dan kotoran.

Darah, muntah, kencing, najis, ludah, air mentuban, nanah, kahak...namakan saja dan kami mmg sudah pernah bermandikan ini semua.

Sedikitpun kami tidak pernah merungut apabila kami dikotori dengan semua ini. Malah kadang kala kami tidak hiraukan dan terpaksa meneruskan rawatan terhadap pesakit demi menyelamatkan mereka sekalipun sedar risiko jangkitan kuman yang mungkin ada dalam bendalir tersebut.

Penat, mengantuk, lapar, dahaga malah keinginan untuk kencing dan berak akan kami tangguhkan sewaktu sesuatu rawatan resusitasi agresif bagi kes2 trauma mahupun kes medical yang tidak stabil.

Pernah staf saya pengsan ketika bertugas kerana terlalu penat. Betapa ramai jururawat saya yang keguguran ketika mengandung kerana beban kerja yang begitu berat dan stress. Dan betapa ramai yg bercerai berai, putus tunang dan tidak berkahwin langsung akhirnya dek komitmen mereka yang terlalu tinggi untuk berkhidmat demi negara. Ini berlaku dek pasangan mereka tidak tahan dan tidak sanggup berkahwin dgn orang yang mempunyai komitmen tinggi dalam perkhidmatan kritikal seperti kami.

Betapa acapkali kami meninggalkan ahli keluarga kami di hari perayaan dan kenduri kendara. Malah ketika anak2 kami sakit, kami tinggalkan mereka demi berkhidmat merawat orang asing yg kami tidak kenal dan berdoa biar Allah jaga anak2 kami ketika kami menjaga pesakit.

Opss! Saya terlupa. Semua di atas itu adalah cara hidup yang kami sendiri gatal pilih. Dan kami dibayar gaji oleh macai yg kononnya membayar cukai. Oleh itu menurut macai, kami tidak mempunyai hak untuk bersuara apabila diserang di media sosial. Kami mesti akur dan buat penambahbaikan sungguhpun tuduhan adalah palsu dan tiada asas. (Inilah statement2 yang saya baca di wall KKM yang share status saya).

Semua pengorbanan di atas itu tidak boleh disebut kerana telah termasuk dalam pakej gaji. Ini termasuk pakej untuk diambil gambar curi dan diviralkan oleh macai di media sosial supaya dimaki hamun oleh netizen secara berjemaah.

Simbahilah kami dengan darah, muntah dan juga fitnah.

Bukan niat kami mengungkit semua ini tetapi apabila dengan hanya sekeping gambar staf kami yang berehat diviralkan seolah2 kami makan gaji buta, terpaksalah kami sebutkan supaya mereka yang rasional dapat melihat di luar kotak.

Kepada sahabat2 saya para petugas hospital, saya pernah nyatakan ini dan saya nyatakan sekali lagi, janganlah berduka dan kecewa dek tohmahan di media sosial.
Biarlah kita viral di langit dengan Allah dan para Malaikat memuji kita.


Nota: Gambar seperti ini tidak akan pernah viral. Ini adalah senario yang biasa bagi kami di zon merah/kritikal. Baju seorang Penolong Pegawai Perubatan (MA) kami yang disimbahi muntah darah seorang pesakit. Beliau meneruskan merawat pesakit dalam keadaan itu demi nyawa pesakit tersebut.
Geli, penat, takut diketepikan demi anda.


MACAM JAHIT GUNI

1. Profesi ini memang tak lekang dek kutukan & kritikan. Baru sahaja semalam sahabat saya Dr. Abdul Rahman, Pakar Kecemasan Hospital Melaka menjawab post FB seorang jururawat yang dikatakan tidur di sebuah hospital awam di Johor. Hari ini viral pula post FB (post yang dibuat semalam) mengenai jahitan luka seorang pesakit di Hospital Sungai Buloh yang dikatakan ala menjahit guni. Dan doktor ni dikatakan sangat tak bertanggungjawab dan tak Ikhlas bekerja.

2. Buat saudari yang mengata ni, saya nak bagitahu satu perkara. Jahitan guni yang saudari katakan inilah jahitan yang TERBAIK bagi pesakit ini. Izinkan saya bercerita ringkas, nak fokus pasal jahitan luka sahaja. Tak perlu nak cerita bab lain pun. Bab ni pun saudari Dah silap besar.

3. Buat pengetahuan pembaca sekalian, kulit manusia pada bahagian lutut adalah agak kendur bagi membenarkan pergerakan sendi lutut (seperti juga siku) dan tidak seperti kulit di kepala atau di kawasan muka. Luka pada bahagian lutut perlu dijahit menggunakan teknik "mattress suture" seperti yang telah dilakukan oleh doktor yang melakukan pembedahan ni. Doktor yang dikatakan "tak bertanggungjawab & tak Ikhlas" ni.

4. Doktor ni boleh sahaja memilih untuk menggunakan teknik yang lebih mudah seperti simple interrupted suture atau memakai stapler bedah yang lebih cepat dan mudah. Namun doktor ini telah memilih untuk berdiri lebih lama dan menjahit menggunakan teknik ini kerana beliau tahu ia adalah teknik yang terbaik bagi luka di kawasan ini.

5. Jahitan yang dilakukan kemas dan tidak terlalu ketat. Hujung2 luka dirapatkan dengan sempurna. Jika terlalu ketat, bahagian tepi luka (edge of wound) boleh mati dan menjadi hitam (necrosis). Luka pesakit ini merah dan berdarah menunjukkan bahagian tepi kulit itu hidup.

6. Dalam Perubatan, Ilmu menjahit ni amat luas. Pegawai Perubatan Siswazah yang baru masuk kerja pun tak mampu melakukan jahitan ini. Kaedah jahitan (interrupted versus continuous, simple versus mattress, horizontal, vertical or hiding mattress etc), jenis jarum (curve versus straight, round body versus cutting etc) & jenis benang (absorbable vs non absorbable, synthetic vs non synthetic etc) yang perlu digunakan adalah berbeza bagi jenis luka, kawasan luka dan organ yang perlu dijahit. Bukan macam nak jahit guni yer cik Puan.

7. Nasihat saya buat semua Rakyat Malaysia, kalau ada apa2 kemusykilan, TANYA kami. Kami sedia bercerita dan menjelaskan kemusykilan anda. Bukannya kami ada apa2 yang nak disembunyikan pun. Tugas kami ialah memberi Rawatan dan Perkhidmatan sebaik mungkin buat semua Rakyat Malaysia. Tiada apa yang kami mahu melainkan melihat pesakit kami kembali sembuh dan dapat berjalan seperti sediakala. Masalahnya segelintir Rakyat Malaysia ni berat mulut nak bertanya, lebih suka "assume" dan berprasangka buruk terhadap Perkhidmatan Kesihatan Awam.

8. Melihat kepada keadaan luka lutut dan tulang keting pesakit yang ada besi (tibial pin traction on tibia bone), dan daripada komen2, pesakit yang terlibat dalam kemalangan jalanraya ini telah mengalami luka di lutut dan patah tulang peha beliau. Pesakit ini perlu menjalani Pembedahan lagi bagi membetulkan kepatahan tulang peha beliau. Saya doakan yang terbaik buat beliau. Semoga Pembedahan beliau berjalan lancar. Saudari tak malukah nak berhadapan dengan doktor2 yang masih merawat beliau ni?

9. Buat saudari, saya nasihatkan anda mohon maaf kepada semua doktor di Malaysia terutamanya di hospital sungai Buloh. Takut nanti saudari pula yang merangkak mintak maaf kat akhirat.

10. Buat kakitangan kesihatan, saya nasihatkan kita sama2 protect each other, defend each other dalam masa yang mencabar ni. Begitu ramai di luar sana yang berusaha mencari salah silap kita. Di hospital saya Skrg Dah Ada yang dengan sengaja merakam gambar dan video dengan harapan kita membuat kesilapan. Maklumlah, disaat ekonomi yang mencabar dan kos sara hidup yang meningkat ni, jika dapat menang saman memang lega la hidup kan? Make sure setelah kita explain to patients, document properly. Protect ourselves. And maybe we can go on the offense too, insyaAllah.

Ingat, KOMUNIKASI DAN DOKUMENTASI!

Dr. Mahyuddin Mohamed
Pakar Ortopedik HOSHAS Temerloh



Sunday, November 29, 2015

JAWAPAN KENAPA MASUK 'HOSPITAL SWASTA BERBULAN-BULAN MASIH HIDUP, MASUK HOSPITAL KERAJAAN TERUS MATI'!!!




Saya selalu defend hospital kerajaan. Kini saya juga terpanggil untuk defend rakan2 saya di sektor swasta. Lebih2 lagi apabila isu ini dijadikan sebab oleh sesetengah individu untuk membabitkan dan menghukum seluruhnya perkhidmatan kesihatan negara Malaysia sudah ketinggalan zaman. 🙄🙄🙄🙄

Saya bukan pakar Otorhinolaryngology (ORL/ENT). Saya merujuk kepada rakan saya, seorang pakar ENT di KKM tentang perkara ini. Apakah benar prosedur sialoendoscopy tidak dapat dilakukan di negara kita. Berikut adalah apa yang saya rumuskan hasil dari penerangan beliau.

Sialoendocopy adalah merupakan satu teknik memasukkan scope ke dalam saluran kelenjar air liur dalam mulut bagi tujuan diagnosis batu karang kelanjar air liur (salivary duct/gland stones. Ia juga boleh digunakan untuk tujuan (terapeutik) memecah dan mengeluarkan batu tersebut jika boleh dilakukan melalui scope.

Ia merupakan satu prosedur yang rumit kerana saluran kelanjar adalah sangat kecil lagi halus dan risiko perforation atau kebocoran saluran kelenjar boleh berlaku. Kes salivary gland stones juga adalah kes yang kurang bilangan kesnya di negara kita.

Atas sebab itu, ramai pakar2 ENT dan juga pakar oral surgery yang boleh merawat masalah ini tidak mahu melakukan prosedur ini kerana komplikasinya. Pakar di swasta apatah lagi. Mereka mahu memberikan perawatan yg baik dengan komplikasi yang minima demi menjaga imej mereka dan hospital swasta bagi menjana pendapatan dalam perniagaan mereka. Kerana itulah kes2 yang complicated bisanya akan dirujuk ke hospital kerajaan kerana:

1. Peralatan dan kepakaran serta kemampuan untuk merawat komplikasi pembedahan bagu kebanyakan kes adalah lebih baik di hospital kerajaan.

2. Rawatan bagi kes yang mempunyai komplikasi mungkin memakan masa dan pesakit mungkin tidak akan mampu menanggung kos rawatan.

3. Imej doktor di swasta akan lebih terjaga seandainya mereka merawat kes yg straight forward dengan kaedah paling selamat.
Kita biasa dengar bukan, "Lama pesakit dirawat di hospital swasta. Elok saja. Transfer ke kerajaan terus je mati. Spital kerajaan ni mmg tempat bungkus orang."
Hakikatnya, pesakit telah dirawat di hospital swasta dengan pelbagai komplikasi hingga tidak mampu membiayai kos rawatan lagi atau sudah exceed limit kredit insurans. Oleh itu pesakit terpaksa di transfer ke hospital kerajaan dalam keadaan kritikal. Apa yg mampu hospital kerajaan buat apabila pesakit tiba dalam keadaan terlalu tenat?
Jadi, nama baik kekal pada hospital swasta, tapi segala yg busuk adalah terpalit kepada hospital kerajaan. Hospital kerajaan sungguhpun tahu keadaan yg sedemikian, pasti akan tetap menerima rujukan dari sesiapapun kerana memikirkan aspek kemanusiaan serta kasihankan rakyat. Mana lagi mereka hendak pergi?

4. Sesetengah kes seperti kes ini misalannya tidak banyak dan adalah tidak berbaloi bagi hospital swasta melabur wang bagi kes seperti ini. Lagipun pesakit yg mempunyai masalah batu karang kelenjar air liur ini biasanya akan mengalami jangkitan kelenjar yang kronik. Mana2 doktor pakar juga tahu cara melakukan pembedahan bagi mengeluarkan batu ini dengan mudah dan selamat. Ia tergolong sebagai minor surgery sahaja.
Sebagai analogi, Ectodermal dysplasia adalah merupakan kes yang amat jarang sekali (anggaran 7000 kes di seluruh dunia). Apakah hospital swasta perlu membeli baju coolant dari NASA berharga berjuta2 sebagai stok hanya untuk kes2 yang mungkin hampir tiada di negara kita? Dan bila tiada kita dikatakan ketinggalan? Hihihi.

5. Jika saya pun berkhidmat di hospital swasta, saya juga akan melakukan prosedur2 mudah, selamat, rendah komplikasi dan lumayan. Buat apa mengambil risiko membuat kes2 dan prosedur berisiko dan kemudian membazirkan masa naik turun mahkamah sedangkan masa saya begitu berharga dan lebih baik digunakan utk menjana pendapat lumayan di klinik saya. 😉😉😉😉

Merujuk kepada komen beliau bahawa Malaysia telah ketinggalan zaman kerana tiada prosedur ini, ia juga adalah merupakan tuduhan yang dibuat tanpa melihat kepada realiti sebenar.
Hospital swasta enggan melakukan prosedur ini atas sebab2 yg saya sebutkan di atas.
Namun prosedur ini boleh didapati di hospital kerajaan spt HTAR, Hospital Selayang dan juga Penang Hospital. Malah Dental juga boleh melakukannya di PPUM.

Jadi membayangkan seolah2 prosedur ini langsung tidak ada atau tidak boleh dilakukan di negara kita adalah merupakan satu tanggapan yang dangkal.

Dr Abdul Rahman. 


Thursday, November 26, 2015

YANG NAK DIBEDAH, KAKINYA, KENAPA PULA DIBOGELKAN SAMPAI KEMALUANNYA TERDEDAH?... INI PENJELASANNYA!!!



Semalam saya telah membuat satu posting bagi memperjelaskan tentang isu sensiviti gender dan aurat pesakit yang kononnya terabai dan tidak terjaga di hospital.
Alhamdulillah ia menerima respons positif dan semakin ramai yang memahami realiti sebenar dan skop kerja penjawat awam di sektor kesihatan khususnya para doktor, jururawat dan juga MA.

Namun komentar seorang wanita ini telah menarik perhatian saya (rujuk gambar). Ia agak lucu sebenarnya kerana menunjukkan betapa masyarakat awam begitu memandang serong dan bersangka buruk pada prosedur perawatan yg diberikan kepada pesakit. Saya kira cerita2 seperti inilah yang akan melompat dari mulut ke mulut sebagai cerita2 seram rakyat dan mitos atau dalam bahasa Inggerisnya disebut 'Urban Legend'.

Beliau mempertikaikan jawapan balas dari jururawat bahawa waris pesakit adalah orang yang paling elok menguruskan pampers, memandikan, mencuci najis dan kencing pesakit mengikut hukum Islam memandangkan masyarakat begitu keras mengkritik warga KKM sebagai tidak sensitif terhadap isu aurat dan tidak sensitif gender kononnya.

Beliau (pengkomen) berkata bahawa ada ketikanya sungguhpun waris menguruskan perkara tersebut, terdapat waktu dan ketika pesakit berada luar dari kawalan dan pemantauan waris contohnya ketika pembedahan.

Ringkasnya, beliau membangkitkan 4 perkara ini di dalam komennya:

1. Pesakit memakai pampers kerana tidak boleh berjalan ke tandas kerana patah kaki.

2. Pesakit perlu menjalani operation kaki memasukkan besi.

3. Di dewan bedah pembantu/nurse telah diarahkan oleh doktor untuk membuka pampers pesakit atas alasan 'menggangu tugas doktor'.

4. Beliau menimbulkan pertanyaan, kenapakah alat sulit didedahkan sedangkan bahagian yang akan dilakuan operation adalah kaki.

Pertamanya, harus kita sedar bahawa operation yg hendak dilakukan adalah pada bahagian anggota kaki pesakit. Daripada tindakan waris yang memakaikan pampers kepada pesakit jelas menunjukkan bahawa ia adalah kepatahan yang serius. Ini ditambah pula dengan pembedahan memasukkan besi yg perlu dilakukan di dewan bedah. Ia memberi maksud bahawa tulang yang terlibat adalah tulang besar (long bones) seperti femur atau tibia.

Jika melibatkan tulang2 kecil, amat jarang pesakit mahu memakai pampers. Mereka lebih suka bergerak sendiri ke tandas dengan kaki yg bersimen bagi menunaikan hajat. Para perawat juga akan menggalakan mereka bergerak seandainya stabil bagi mengelakkan mereka mengalami penyakit sumbatan darah dalam salur darah kaki atau Deep Vein Thrombosis (DVT) akibat kurang pergerakkan.

Memandangkan operation perlu dilakukan di dewan bedah, adalah menjadi satu prosedur rasmi mana2 dewan bedah seluruh dunia agar pesakit memakai gown dewan bedah. Semua pakaian pesakit termasuk pakaian dalam dan juga barang2 kemas mestilah ditanggalkan dan tidak boleh dibawa masuk ke dewan bedah.

Bukan hanya pesakit sahaja yang perlu melakukan demikian, para doktor, jururawat, MA serta sesiapa sahaja yang ingin masuk ke dewan bedah perlulah menanggalkan pakaian mereka dan memakai pakaian dewan bedah yang telah disediakan!

Ini adalah kerana dewan bedah mahu mengekalkan sterliti atau kawasan suci kuman. Pakaian2 anda di luar dan pakaian dalam semestinya mempunyai kuman dan berpotensi merebak ke dalam luka anda apabila pembedahan dilakukan. Oleh itu spender dan pantist anda tak kira apa brand dari semahal Calvin Klein atau semurah brand ayam pasar malam wakaf che yeh perlu ditanggalkan. Pampes juga perlu ditanggalkan apatah lagi pampers yang sedang menakung najis! Ini adalah kerana kuman mmg amat suka untuk 'menginap' di pakaian khususnya pakaian dalaman anda.

Jika operation hendak dilakukan di sesuatu bahagian anggota badan, kawasan tersebut sememangnya perlu didedahkan. Kami bukan bomoh bedah batin yang boleh mengeluarkan batu karang dengan jari dari depan abdomen tanpa luka. 😏😏😏😏
Tolong jangan keliru profesion kami dengan para bomoh tersebut.

Kawasan yang didedahkan sewaktu pembedahan oleh doktor adalah kawasan yang perlu sahaja. Selebihnya akan ditutup dengan draping towel yang tebal kerana kita tidak mahu kuman dari anggota badan pesakit yang terdedah merebak dan masuk ke dalam luka pembedahan.

Suhu di dalam dewan bedah juga adalah ditetapkan rendah antara 18 hingga 20 darjah celcius bagi mengurangkan aktiviti kuman. Jadi para perawat memahami pesakit kesejukan kerana berpakaian ringkas. Oleh itu pemanas/warmer dan tuala2 sterile yg panas akan digunakan untuk membungkus pesakit dan meminamakan sebanyak mungkin anggota badan yg terdedah. Kita tidak mahu pesakit mengalami hypothermia kerana ini akan memudaratkan pesakit dan meningkatkan pendarahan!

Jadi adalah amat tidak masuk akal dan tidak logik apabila dikatakan bahawa pesakit dibedah dalam keadaan bogel.
Pemikiran seperti ini mungkin terjadi akibat terlalu banyak menonton video2 tidak senonoh atau akibat fantasi peribadi yang tidak kesampaian. 😝😝😝😝

#Kesimpulan:

1. Terdapat banyak kisah karut yang berlegar di sekeliling masyarakat kita terutamanya dalam hal perubatan.

2. Masyarakat diseru supaya tidak mempercayai buta2 segala yang disampaikan kepada mereka terutamanya perkara yg sedang viral.

3. Sila siasat kesahihan dan bertanya (konsep tabayyun) sebelum menyebarkan berita yang tidak pasti.

4. Rujuklah kepada orang2 yang ahli dan berilmu dalam sesuatu bidang.

5. Warga hospital sentiasa berusaha melindungi dan menjaga maruah pesakit setiap masa.

6. Menjadi satu kesalahan yang amat berat seandainya maruah pesakit tidak dijaga dan didedahkan dengan sengaja dan tanpa sebab. Ia satu kesalahan etika pengamal perubatan yg boleh berhadapan tindakan di tamatkan perkhidmatan.

Semoga bermanfaat.



Wednesday, November 25, 2015

LAGI CERITA TENTANG HOSPITAL KERAJAAN... KALI INI DI HOSPITAL SUNGAI BULOH PULA!!!



Saya ada komplikasi semasa mengandung dan semua urusan di hospital sungai buloh. 3 kali ke PAC sbb bleeding dan pre eclampsia. 2 hari suntuk menunggu di PAC untuk ditempatkan di wad. 32 hari warded di wad 6B hingga bersalin. 6 hari anak di NICU.

Pengamatan saya, katil memang x cukup. Sepanjang di PAC, dr shah alam, kelang, tanjung karang, kuala selangor, hulu selangor semua datang nak bersalin di HSB. Di kaunter mmg nurse dah jelaskan katil n labour room xde yang kosong, yg mana urgent n emergency akan didahulukan. Semua angguk setuju. Ada yang dicadangkan ke Hosp Selayang, tetapi tetap nak bersalin di situ.

Tak termasuk kes² komplikasi yang hospital swasta hantar ke hosp kerajaan. Bersama dgn saya ketika itu seorang expatriate dari Mesir, kes sama dgn saya pre eclampsia, dr rumah ke KPJ Damansara tetapi ditolak mentah² dan diminta terus ke Hosp Sg Buloh. Kdg² kes² komplikasi yg blh merosakkan reputasi hosp swasta, duit byk mana pun tetap dia x pandang.

Semasa pendaftaran juga telah dimaklumkan bukaan menghampiri proses bersalin barulah suami dibenarkan masuk. Semua setuju, semua sign borang tu. Tp bila tiba waktu, nurse dlm labor room call ke kaunter hadapan, suami tiada di ruangan menunggu. Call hp x berjawab mungkin tertidur dalam kereta agaknya. Terlepaslah rezeki nak menemani isteri ketika bersalin. Saya rumuskan ini bahagian masing², sama seperti rezeki mengadap kematian, ada yg Allah beri, ada yg Allah x beri peluang itu.

Di wad 6B, memang ada seorang dua nurse yg masam mukanya. Ada juga yg menjuih² bibirnya mengomel. Ada yg kasar bahasanya. Tapi saya juga bertemu ibu² bersalin, suami dan ahli keluarga yang juga masam wajahnya, menjuih² bibir mengutuk hospital kerajaan, yang kasar bahasa layanannya kepada nurse. Pengalaman saya, alhamdulillah semuanya baik² belaka. Ye lah 32 hari dalam wad. Semua nurse sy kenal. Semuanya jadi kawan sbb itu sahaja lah hiburan teman bersembang sementelah ibu² bersalin yg lain kurang mesra kerana kebanyakannya sehari dua sahaja di situ.

32 hari di wad 6B, walaupun saya layak utk wad kelas pertama, dek kerana komplikasi sy ditempatkan berdekatan kaunter utama wad utk memudahkan nurse memantau. Bila keadaan sy stabil, ada pula kes kecemasan yg lain, sy dipindahkan ke cubicle yg lain. Spjg 32 hari, hampir 5 kali saya berubah katil sampaikan kadang² suami pun x jumpa katil saya sbb asyik berpindah randah. Wad memang padat dan telah dimaklumkan di PAC, ye koridor wad juga dipenuhi katil, selagi stok katil masih ada, pihak wad berusaha menyediakan katil utk menerima ibu² dari PAC. Sudah tentu yg telah melahirkan diberi keutamaan. Ye lah, xkan lepas bersalin terus suruh balik rumah. Xkan lepas bersalin disuruh berehat atas lantai.

Proses discaj juga lambat. Byk prosedur yg perlu diikuti. Teringat saya seorang suami memaki hamun nurse di wad 6B kerana lambat menyediakan borang discaj. Isteri call jam 12pm maklumkan blh discaj dan suami tiba x lama selepas itu, tetapi sehingga jam 4pm masih blm boleh discaj. Nurse telah siapkan semua, cuma pelepasan drpd doktor pakar belum diterima krn doktor di bilik pembedahan. Satu wad bergema maki hamun suami isteri tu. Allah hu Akbar, isteri yg br lps bersalin pun sama tag team memaki hamun, terjerit². Ucap terima kasih pun tidak... Apa mereka juga bukan manusia yg perlu dilayan selayaknya? Pengalaman mak saya discaj dari hospital swasta bertaraf 5 bintang dari jam 10pg doc pakar ckp boleh discaj, akhirnya jam 8pm kami dapat keluar. Tidak lah kami komplen, krn sebagaimana di wad 6B hosp kerajaan, tunggu aje lah. Ada katil boleh baring², makanan pun masih dapat.

Apa yg saya perhatikan, baik di PAC mahupun di wad, kita tgh sakit maka bersabarlah. Saya x nmpk faedah kita bising², lagi nurse x layan ada le. Saya juga kalau boleh nak suami saya teman. 32 hari di wad berseorangan mengalir air mata tanpa teman. Orang kiri kanan depan dah bertukar², saya masih di situ. Tekanan perasaan. Tp Allah kan ada. Itu yg suami saya ucapkan tiap kali saya telefon bila saya rindu, tiap kali waktu melawat habis. Sebab tu semasa 2 hari suntik di PAC, saya x suka bersembang dgn ibu² yg lain especially yg suka komen dan komplen yg negatif. Saya berkhalwat dengan Allah sbb dari Allah dtgnya kekuatan saya dan kepada Allah tempat saya mengadu. Ah... Dah macam poyo pulak saya ni ye. Tp sungguh... Itu sahaja yg dpt saya buat ketika itu. Suami xde, nurse super busy, ibu² yg lain semua sedang menahan kesakitan. Utk kita yg beriman ni, Allah sahajalah yg kita ada. Waktu tu lah kita ingat Dia dan berbicara dengan Dia.

Komplikasi darah tinggi saya terlampau teruk menyebabkan saya terpaksa melahirkan ketika kandungan berusia 32 minggu, dan takdir Allah anak saya dipinjamkan selama 6 hari sahaja. I have no regrets going to HSB. Kini, sy masih ke HSB utk rawatan dalam usaha memperoleh zuriat. Alhamdulillah wpun menunggu lama baik utk temujanji pakar mahupun giliran di farmasi, saya tenang tanpa perlu memikirkan jumlah bayaran yg perlu saya sediakan. 32 hari di wad, 6 hari anak di NICU, bil perubatan saya mencecah hampir RM7000. Alhamdulillah... Saya hanya membayar dengan harga RM1.

Layanan x mewah, tapi servis setara hosp swasta. Matron garang... Tp bila kita senyum, dia senyum semula. Nurse masam mencuka, tp kita senyum je lama² dia senyum semula. Nurse muka kelat, kita bagi salam dan senyum. In shaa Allah dia jawab salam dan senyum wpun terpaksa. Dengan makcik cleaner pun kita buat baik, in shaa Allah blh jd penyeludup jajan/cikedis bila suami kita strict x bagi makan benda bukan². Oh, makcik cleaner pun kenal yg mana nurse yg ok dan yg berkira hehe.

Oh ada sorang doktor garang yg suka marah² intern kesian pulak doktor pelatih tu. Dgn kita pun dia garang. Tp xpelah seminggu sekali je shift dia. Tahan je lah telinga dengar dia membebel. Dengan doc tu mmg sy senyum je n cakap bila perlu. Dgn doc lain, tiap² hari saya mintak nak balik rumah. Mungkin ini bahagian saya, bahagian anda Allah dah tentukan bagaimana tetapi anda sendiri yg menentukan nilai positif yg harus anda terima. Spin the wheel so that all the negativity turns into something positive.

Ye... Tau sakit bersalin sbb tu Allah beri ganjaran syahid. Tp kalau kat hati/mulut asyik komplen merungut x puas hati, tang mana syahidnya tu nanti. Allah bg sakit utk ingat kat Dia, muhasabah diri bkn cari salah org lain.

Ini pengalaman saya dan saya juga punya khilaf. ALHAMDULILLAH. 





 
Blogger Templates