Tiada yang lebih ditunggu-tunggu melainkan pada penghujung hari semalam iaitu hari terakhir Anwar Ibrahim sepatutnya menghantar petisyen memohon pengampunan daripada DYMM Yang Di-Pertuan Agong bagi pembebasannya dari penjara selepas dihukum penjara selama 5 tahun.
Ramai sudah pun menjangkakan Anwar Ibrahim akan mengambil peluang terakhir dalam siri proses perundangan negara selepas Mahkamah Persekutuan mengesahkan hukuman yang ditetapkan oleh Mahkamah Agung.
Nurul Nuha yang membuat kenyataan bagi pihak keluarganya yang ke istana dengan mengheret anak dan cucu Anwar bagi mendapatkan simpati awam, cuba memutarbelitkan kenyataan kononnya mereka sekeluarga ke Istana Negara dan menyerahkan petisyen agar DYMM Yang Di-Pertuan Agong memerintahkan agar semakan kehakiman dibuat atas dasar Anwar Ibrahim tidak bersalah walaupun mahkamah telah memutuskannya bersalah hanya bersandarkan kepada kepercayaan bahawa Anwar telah dikenakan fitnah politik.
UNTUK SEBARAN SEGERA
KENYATAAN MEDIA
24 FEBRUARI 2015
Segala puji bagi Allah yang Maha Kuasa.
Bagi pihak keluarga kami, saya dengan penuh rasa rendah diri ingin menyampaikan rasa terharu dan bersyukur ke hadrat Illahi dengan sokongan dan semangat solidariti daripada rakan-rakan serta para penyokong di dalam dan dari luar negara.
Hari ini merupakan minggu kedua ayah kami Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan sebagai tahanan politik Malaysia.
Atas inisiatif keluarga, kami memutuskan untuk menghantar petisyen kepada Duli Yang Maha Mulia Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah Yang Dipertuan Agong - berdasarkan berlakunya pengenepian prinsip-prinsip keadilan dan pembelaan daripada penganiayaan fitnah ke atas Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mahkamah mungkin telah menjatuhkan hukuman bersalah tetapi, namun ayahanda kami tidak bersalah. Justeru itu kami membuat permohonan petisyen bersandarkan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.
Kami meletakan keyakinan kepada proses perlembagaan ini serta percaya prinsip keadilan akan ditegakkan apabila kesemua fakta-fakta diteliti secara menyeluruh tanpa campur tangan politik maupun mana-mana cabang kerajaan bersesuian dengan prinsip pemisahan kuasa melalui intitusi Raja Berperlembagaan.
NURUL NUHA ANWAR
Penyelaras #March2Freedom
Artikel 42 Perlembagaan Malaysia yang mempunyai 13 Fasal tidak menyatakan langsung tentang kuasa DYMM Yang Di-Pertuan Agong untuk memansuhkan hukuman yang telah diputuskan oleh mahkamah, melainkan untuk mengampun, menangguhkan hukuman atau meremit, menggantung ata mengurangkan hukuman-hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah. (RUJUK FASAL 1, 2 dan 10 ARTIKEL 42 Perlembagaan Malaysia). Pengampunan pula dilakukan oleh Jemaah Pengampunan yang antara lain turut mengandungi Peguam Negara atau wakil Peguam Negara bagi menasihati DYMM Yang Di-Pertuan Agong dalam kes pengampunan berkenaan.
Sepatutnya dia berterus terang bahawa dia dan keluarganya ke Istana Negara untuk mendapatkan pengampunan diraja buat Anwar Ibrahim. Dia dan keluarganya sudah mengakui bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang peliwat dan sekarang meminta agar hukuman diringankan.
Keluarga ini kuat bohongnya. Mereka meminta pengampunan diraja dan mengakui Anwar Ibrahim adalah seorang peliwat, tetapi masih lagi cuba berdalih kononnya meminta agar DYMM Yang Di-Pertuan Agong melakukan semakan kehakiman bersandarkan Akta 42 bikinan mereka sendiri!





