Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label parasit. Show all posts
Showing posts with label parasit. Show all posts

Thursday, June 15, 2017

PAS PERLU KERJA KERAS SINGKIRKAN PARASIT PAN YANG MASIH BERSARANG DALAM PARTI!!!!



Seperti UMNO yang dipenuhi oleh parasit-parasit yang menghirup keuntungan daripada UMNO tetapi menikam UMNO dari dalam, PAS juga sebenarnya tidak jauh bezanya. Namun sedikit berbeza dengan parasit-parasit UMNO yang muka mereka setebal kulit babi, dan juah dengan mempamerkan keparasitan mereka di media-media sosial, tetapi mudah pula dilihat dalam mana-mana perkumpulan atau perhimpunan melibatkan pemimpin UMNO, parasit-parasit PAS bergerak secara senyap-senyap dan kurang mempamerkan belang mereka secara terang-terangan.

Walau bagaimanapun, media sosial seperti Facebook dan sekarang ini, medium yang paling digemari, WhatsApp menyerlahkan kemunafikan mereka sebenar.

Dalam beberapa group WhatsApp yang melibatkan beberapa orang pemimpin PAS, sifat munafik itu terserlah apabila sebahagian daripada mereka bersikap lebih PAN daripada PAN.

Kekesalan kerana PAS tidak lagi mahu bekerjasama dengan DAP dan PKR, mengundang kemarahan mereka. Bahkan mereka seperti berputus asa untuk meneruskan perjuangan bersama-sama PAS. Bagaimanapun, bimbang kehilangan jawatan dan kedudukan, menyebabkan mereka kekal di dalam PAS walaupun hati masing-masing sudah tidak ada dalam PAS.

Salah seorang daripada mereka adalah Mahfuz Omar.

Secara amnya, para pemimpin PAS Kedah merupakan antara yang paling bermasalah dan bakal memberikan masalah kepada PAS sendiri.

Ada sebahagian daripada mereka yang beria-ia cuba mempropagandakan kononnya, PAS Kedah berbeza daripada PAS Pusat. Mereka kononnya lebih terbuka dan sentiasa bekerjasama erat dengan PAN yang merupakan serpihan PAS, bahkan bergiat aktif mencuri ahli-ahli dan cuba merampas kawasan-kawasan yang telah dimenangi oleh PAS sebelum ini.

Di Sungai Limau dan Pendang contohnya, perbuatan menikam dan cubaan membunuh PAS oleh ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin PAS sendiri amat ketara. Label 'bodoh', 'walaun' dan sebagainya diberikan kepada mereka yang akur dengan nasihat Presiden PAS untuk membawa PAS menjadi sebuah parti yang berpolitik secara matang.

Keinginan mereka untuk kembali berada di bawah naungan DAP begitu meluap-luap. Salah seorang ADUN PAS Kedah di Parlimen Kuala Kedah secara terang-terangan memberitahu, PAS tidak akan ke mana-mana tanpa DAP. PAS katanya, perlu kembali semula ke pangkuan DAP kerana hanya DAP sahaja yang dapat mencorakkan kemenangan untuk PAS. Katanya lagi, PAS terlalu banyak terhutang budi dengan DAP, bukan sebaliknya.

Pujian dan sanjungan diberikan kepada PAN yang kononnya lebih dinamik dan lebih diminati oleh para pengundi muda PAS di Kedah kerana lebih berpijak di bumi nyata kerana bersekongkol dengan DAP. Malahan, kempen untuk tolak PAS, sebaliknya memilih PAN atau Cap Bunga turut dilakukan oleh para pemimpin yang telah diberikan kepercayaan oleh PAS itu.

Di Sungai Tiang pula, PAS di Felda Sungai Tiang berkecamuk kerana sebahagian besar daripada tenaga penggeraknya kini lebih berminat dengan Mat Sabu. Kebetulan Mat Sabu merupakan calon Parlimen PAS PRU-13 yang menyaksikan dia berjaya dikalahkan oleh anak tempatan, Othman Abdul.

Bendera-bendera hitam telah mula dikeluarkan dan bakal dipacakkan pada bila-bila masa. Bendera hitam telah digunakan pada PRU-13 lalu untuk menarik sokongan puak-puak Syiah Pendang agar mengundi Mat Sabu.

Propaganda dan kempen sedang giat dijalankan di kalangan para peneroka terutama yang beraliran PAS agar beralih dari PAS kepada PAN, manakala Cap Bunga pula giat cuba mengalihkan sokongan para peneroka yang dikenali menyokong UMNO kepada Cap Bunga dengan mempromosikan ketokohan Dr. Mahathir dan Mukhriz Mahathir, walaupun kedua-dua orang itu, semasa berkuasa tidak pernah sampai ke Felda Sungai Tiang, apatah lagi lanjut sehingga ke Kampung Tok Dam dan Weng tetapi sekarang sudah mampu berbuat begitu.

Artikel ini adalah secara am. Dalam pendedahan akan datang, perinciannya akan diberikan, termasuklah nama-nama parasit-parasit PAS yang sedang kalut menyarung baju PAS tetapi berjuang untuk PAN-DAP dan Cap Bunga.




Sunday, June 28, 2015

SETELAH PUAK JIM-IRC GAGAL TAWAN UMNO DAN PAS... AKHIRNYA MEREKA MAHU TUBUH PARTI BARU!!!



Zaharudin Muhammad

Buku Dr Fuad Salleh mengingatkan saya tentang kertas kerja HIS / IRC menguasai UMNO dan PAS daripada dalam. Yang ni sebahagian m/s kertas kerja grand design menguasai UMNO daripada dalam.Planning kuasai UMNO daripada dalam berlaku selepas Planning kuasai PAS daripada dalam. Lihat ayat ke 4 daripada atas: “Kita berpandangan penglibatan di dalam PAS itu harus dipertingkatkan dengan matlamat menguasai PAS.

Bagi saya ini bukan sejarah sekalipun ia berlaku pada akhir 80an justeru aktivisnya masih aktiv dan cergas pada hari ini. Jika anda kata sejarah sebab berlaku tahun 80an, maka malaysia adalah sejarah, UMNO dan PAS juga adalah sejarah sebab ia ditubuhkan pada tahun 50an.

Kadangkala teringat bahawa dalam kertas kerja Grand Design tersebut menyebut mereka perlu mengeluarkan ahli abim beramai-ramai selepas gagal menguasainya daripada dalam. Nanti saya cari balik muka surat berapa dan kita share modus operandi ini supaya gerakan rahsia ini menjadi tatapan umum.

Setahu saya, penyusun strategi dan kertas ini adalah murabbi kepada murabbi satu kampus universiti terkemuka negara yang melahirkan satu kumpulan di kenali sebagai Group I. Penaja kepada PASMA sewaktu NGO hari tu pun daripada perkaderan ini.

Kalau ikutkan hati, rasa sahaja ingin coretkan sejarah ini berdasarkan dokumen dan pengalaman berhadapan dengan kumpulan ini.

Moral: Puzzle tidak akan memberi makna jika tidak disambung.

Sekian.





Saturday, June 20, 2015

MAT SABU TUDUH UMNO YANG KALAHKAN DIA DALAM PEMILIHAN PAS DAN AHMAD AWANG PERTIMBANG NAK SAMAN HADI AWANG KERANA KALAH!!!



Puak yang pro-DAP dalam PAS dan kalah dalam pemilihan baru-baru ini nampaknya masih tidak berpuas hati dan masih tidak dapat menerima ketentuan bahawa mereka sudah kalah dan tidak lagi diperlukan dalam kepimpinan baru PAS. Akar umbi PAS telah menolak mereka sepenuhnya.

Tidak seperti dalam pemilihan yang lepas-lepas di mana golongan yang kalah atau dikonspirasikan agar kalah sebagaimana yang dilakukan oleh Mat Sabu ke atas Ustaz Nasharuddin Mat Isa, golongan yang kalah menerima kekalahan dan tidak banyak bunyi.

Sebabnya mudah.... golongan yang tidak ditaja seperti Ustaz Nasharuddin Mat Isa biasanya lebih redha. Manakala golongan yang ditaja seperti Mat Sabu pula, akan mendabik dada mereka menang tetapi menyalahkan orang lain apabila mereka kalah. Bukannya pasal apa, tetapi kerana taukeh-taukeh penaja mereka mempersalahkan mereka dan mempertikaikan kemampuan serta pengaruh mereka di dalam parti.

Jom kita tengok apa yang dirungutkan oleh Mat Sabu yang menuduh UMNO adalah dalang di sebalik kekalahannya dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PAS.

Pemimpin PAS yang kalah, Mohamad Sabu telah mendedahkan 'tangan hitam' UMNO dalam pemilihan parti PAS baru-baru ini yang menyaksikan kekalahan golongan progresif dan profesional dan penentang ulama.

Organisasi media UMNO telah berkempen tanpa henti untuk golongan ulama dan mengenepikan golongan progresif di mana Mat Sabu adalah salah seorang daripadanya.

Itu yang dikatakan oleh Mat Sabu dalam satu temubual media hari ini. Menurutnya liputan besar-besaran ke atas golongan ulama oleh Utusan Malaysia, TV3 dan BERNAMA merupakan sebahagian daripada strategi UMNO untuk melemahkan parti yang merupakan saingan politik untuk mendapatkan undi Melayu di kawasan-kawasan bermajoriti Melayu.

Kekalahan golongan progresif membolehkan UMNO dan BN mendapat nafas baru, katanya, kerana PAS tidak lagi berkemampuan untuk memperolehi undi daripada golongan bukan Islam atau penyokong pro-Pakatan. Itulah sebabnya UMNO menyokong puak ulama dan bergembira dengan kekalahan puak progresif yang dilihat mampu mewujudkan kerjasama yang lebih erat dengan konco-konco mereka dalam Pakatan Rakyat.

"Sekiranya UMNO mahu melemahkan PAS, mereka sudah tentu berada di jalan yang betul dan mereka telah berjaya," katanya dalam temubual dengan Malaysiakini. (SUMBER)


Sementara itu, Ahmad Awang, calon Presiden PAS yang kalah teruk di tangan Abdul Hadi Awang pula menyatakan sudah berkira-kira untuk mengambil tindakan undang-undang dan saman ke atas mereka yang menuduhnya sebagai calon pilihan DAP, termasuklah ke atas Abdul Hadi Awang sendiri.

Calon presiden PAS yang tewas, Ahmad Awang, sedang mengkaji tindakan undang-undang ke atas pihak yang memfitnah beliau sepanjang kempen pemilihan baru-baru ini, termasuk presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya, beliau tidak kesal kecundang dalam pemilihan itu kerana ia adat pertandingan namun fitnah yang dilemparkan kepadanya dan pihak lain menyebabkan perpecahan besar berlaku dalam PAS.

"Saya sedang kaji tindakan itu (saman), termasuk presiden yang menuduh saya sebagai calon DAP," kata Ahmad kepada The Malaysian Insider.

"Ini (fitnah) saya tidak boleh terima dan saya akan bersihkan nama baik saya," katanya yang tewas dalam pemilihan itu awal bulan ini apabila hanya mendapat kira-kira 25% sahaja dari keseluruhan jumlah undi.

Menjelang pemilihan pada muktamar tahunan ke-61 parti itu di Kuala Selangor, Hadi dalam satu kenyataannya yang disebarkan melalui video mendakwa, pertandingan itu antara calon pilihan DAP dan calon pilihan PAS.

"Boleh pilihlah antara yang DAP hendak atau yang kita (PAS) hendak," katanya dalam rakaman video yang disebarkan secara meluas melalui media sosial khasnya di kalangan perwakilan muktamar itu.

Semasa pemilihan pula, 'cai' atau senarai calon kumpulan pro beliau disebarkan di kalangan perwakilan yang sedang berbaris untuk mengundi. (SUMBER)



Tuesday, June 2, 2015

KEPIMPINAN NEGARA BAKAL BERPECAH MALAM INI, KATA JEMUAN DAN PARA PENCEN!!!



Tengah duk heboh sekarang di merata-rata medium media sosial. Kononnya kepulangan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dari percutiannya di luar negara, akan mewujudkan satu situasi baru kepada pucuk kepimpinan negara.

Golongan jemuan dan para pencen serta para penganalisa berharga RM50, sedang sibuk mengatur strategi dan meniupkan khabar-khabar angin tentang berita Najib akan meletakkan jawatan.

Menariknya, viral yang cuba mereka lakukan bukan sahaja tidak berjaya, sebaliknya mendatangkan rasa mual dan jijik kerana seperti yang diketahui, kebanyakan daripada mereka terutama sekali yang mengaku 'BLOGGER' dan 'PENGANALISA POLITIK' itu sebenarnya adalah golongan yang kepentingan mereka, telah ditolak oleh Najib.

Malah ada pula yang bankrap kerana budaya hidupnya yang suka bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk kekayaan tetapi akhirnya dimufliskan oleh bank kerana tidak mampu membayar hutang dan pinjaman bank tetapi kemudian marah kepada parti dan Presiden parti kerana tidak membantunya, walhal selama ini, dia menikmati terlalu banyak tender dan kontrak kerajaan sebelum keistimewaannya itu diagih-agihkan kepada orang lain pula.

Ada pula Melayu DAP yang bersungguh-sungguh seperti memberikan sokongan kepada Muhyiddin untuk menjadi Perdana Menteri, tetapi sebenarnya mempunyai niat jahat bagi memudahkan penguasaan DAP ke atas Malaysia, sedang mencuba untuk menusukkan jarum hasutannya. (BACA DI SINI)

Menariknya, di sebalik tohmahannya bahawa Pejabat Timbalan Perdana Menteri telah menghantar mesej, WhatsApp dan sebagainya agar sambutan kepulangan TPM di KLIA dibuat secara beramai-ramai untuk menunjukkan solidariti, perkara sebenarnya ialah, ia tidak berlaku. Sebaliknya yang melakukan perbuatan tersebut adalah golongan jemuan dan para pencen yang berusaha untuk membuktikan bahawa teori mereka kononnya Muhyiddin dan Najib sedang bersengketa dilihat benar.

Muhyiddin sudah berulang-ulang kali - termasuklah sebelum Najib menjadi Perdana Menteri lagi - telah menolak gesaan para jemuan dan para pencen tersebut untuk mengikut kehendak mereka. Sesuatu yang sangat pasti, berbanding anggota kabinet yang lain, Muhyiddin kerapkali bersendirian dan tidak tertakluk langsung dengan mana-mana kumpulan pro mahupun kontra.

Walaupun ramai yang menanti-nantikan apa perutusan dan ucapan Muhyiddin sekembalinya ke tanahair hari ini, tetapi yang sudah pasti dan boleh dijangka ialah, Muhyiddin tetap berada di belakang Najib Abdul Razak.

Golongan jemuan dan para pencen itu, akan kekal bernostalgia dan hidup dalam angan-angan!!!




Monday, February 16, 2015

KETUA DEWAN ULAMA PAS PAHANG DEDAHKAN KEBINATANGAN KUMPULAN 'HAWAII-FIVE-O' YANG DIANGGOTAI HATTA RAMLI!!!


1. Masihkah anda ingat ...
Pada 18 Jun 2009, seramai 10 orang Ahli Parlimen PAS mengadakan satu Sidang Media Khas di Parlimen kononnya untuk berdiri teguh dibelakang Tuan Guru Nik Abdul Aziz bagi "memalukan" Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang difitnah kononnya mahu membawa PAS masuk Barisan Nasional.

Antara 10 Ahli Parlimen itu ialah Dr Hatta Ramli, Khalid Samad, Dr Mariah, Dr Dzulkefli Ahmad, Kamarudin Jaafar, Dr Mujahid Rawa dan lain - lain. Mereka secara terbuka menolak gagasan Presiden PAS Tuan Guru Hj Abdul Hadi dan membawa fitnah kononnya Presiden PAS mahu bergabung dengan UMNO dengan gagasan yang dikemukakan iaitu Kerajaan Perpaduan (Unity Government) atau disebut sebagai Kerajaan Tanpa Pembangkang.

2. Masihkah anda ingat ...
Pada 7 Nov 2009, Mereka mengadakan Seminar Politik di Taman Melewar dengan membariskan Dr Abdul Aziz Bari dan Dr Abu Hassan Hasbullah untuk "memalukan" Presiden PAS Tuan Guru Hj Hadi Awang dengan kritikan pedas secara terbuka terhadap Tuan Guru Presiden dihadapan ahli - ahli PAS. Presiden PAS seperti "dibicarakan" oleh mereka dihadapan ahli PAS sendiri. Mereka mendedahkan segala kelemahan Tuan Guru Presiden dengan menggunakan lidah ahli akademi kononnya dan ia dilakukan secara terbuka.

3. Masihkah anda Ingat ...
Sebahagian pimpinan PAS Pusat seperti Khalid Samad dan Hanipa Maidin memberi sokongan dan menerima baik Dr Abdul Aziz Bari dalam beberapa siri penulisan beliau "menghentam" Tuan Guru Presiden PAS kepada khalayak ramai, termasuk memuatkan artikel menghentam Presiden dan PAS dalam Harakah sedang Harakah adalah lidah rasmi parti telah dijadikan alat untuk menjatuhkan air muka Presiden parti sendiri.

4. Masihkah anda Ingat ...
Pada 30 Sept 2014, Seorang ahli PAS bernama Safwan Anang (AJK Jabatan Ketua Pemuda PAS Malaysia) dengan menggunakan nama Ngo LENSA menyerahkan memorundum di hadapan Pejabat Agong PAS lalu mengadakan sidang media secara terbuka mendesak supaya PAS keluar daripada Pakatan Rakyat kerana menganggap PAS menjadi liabiliti kepada Pakatan Rakyat dan punca kepada perpecahan dalaman Pakatan Rakyat.

5. Masihkah anda Ingat ...
Pada 25 Jan 2015 , AJK PAS Pusat Hanipa Maidin mengeluarkan kenyataan terbuka di media menyanggahi kenyataan Tuan Guru Presiden PAS mengenai isu Pilihanraya Kerajaan Tempatan menggunakan nama demokrasi untuk bebas menyanggah secara terbuka.

Nota :

Semua mereka dianggap hero. Sebahagian terus menang dan dipilih sebagai AJK PAS Pusat. Kononnya mereka penegak demokrasi. Berani dan pembawa idea bernas menuju pembentukan PAS Baru.

Malang apabila Ustaz Fadhli Ibrahim Ketua DPP Kawasan Kuantan tampil menyerahkan memorundum kepada Setiausaha Agong PAS Pusat bersama bukti yang kukuh disokong dokumen akuan bersumpah mengenai penglibatan Group Hawaii Five O yang turut dianggotai oleh Dr Hatta Ramli sebagai Pengarah Pilihanraya PAS Pusat dalam melancarkan geraksaraf menjatuhkan sesama sendiri termasuklah ..

1. Dr Hatta bocorkan secara terperinci apa yang dibincang dalam mesyuarat PAS Pusat.

2. Dr Hatta arahkan serang 4 exco dan bela dua ADUN yang melompat.

3. Dr Hatta arah sabotaj keputusan Presiden dan Majlis Shura.

4. Aiman Athirah minta lakukan serangan saraf kepada Istana Selangor.

5. Aiman Athirah arah buat kempen gantikan pemimpin PAS (Presiden).

6. Mazhar suruh lancarkan kempen jatuhkan Cikgu Pa.

7. Mazhar arah sebar semula video lucah yang cuba dikaitkan dengan Cikgu Pa.

Dan lain-lain lagi. Disebab ini SD, mereka yang nama didedahkan boleh saman.

Persoalan ...

Kenapa Ust Fadhli Ibrahim dianggap pesalah? dianggap memecahkan PAS sedang ia berusaha mahu menyingkirkan pengkhianatan dalam PAS. Kenapa tidak beri hak serupa kepada Ust Fadhli dalam mengemukakan memonya kepada pucuk pimpinan ?

Atau apakah kerana dakwaan Ust Fadhli itu terkena batang hidung mereka sendiri maka ia anggap salah ? Sementara tindakan dari group mereka untuk dihempaskan kepada Presiden parti dan PAS itu sendiri , maka ia adalah benar dan berlunaskan demokrasi ?

Mokhtar bin Senik
Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang.
 
Blogger Templates