Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label fathul bari. Show all posts
Showing posts with label fathul bari. Show all posts

Monday, June 15, 2015

ISU FARAH ANN, GIMNAS EMAS NEGARA.... YANG MENGECAM DAN MENEGUR TIDAK LEBIH BAIK DARIPADA YANG DIKECAM DAN DITEGUR!!!



1. Hukum keWAJIPAN Aurat merupakan hal yang tidak diragui lagi. Bahkan merupakan satu kemunafikan jika orang islam sendiri mempersoalkan kewajipannya. Firman Allah, maksudnya: "Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka…" [QS. An Nur: 31]

2. Sebenarnya, tidak wajar untuk kita fokus hanya kepada isu Farah Ann sedangkan atlit sukan yang lain, artis, pemimpin, penjawat awam@swasta dan masyarakat Islam secara umumnya juga perlu diingatkan serta difahamkan tentang kewajipan aurat. Sikap selektif tidak akan menyelesaikan isu ini sebaliknya hanya akan membawa kepada aib mengaibkan antara satu dengan yang lain.

3. Jadi, saya nasihatkan diri saya dan kita semua melihat isu aurat ini secara telus melalui perspektif agama yang merentasi apa jua sentimen. Kerana hukum aurat tidak dibataskan dengan status, pangkat, pingat emas, populariti dan lain-lain. Sebaliknya ia adalah hukum yang Allah turunkan ke atas semua umat Islam. Maka, bahaskan secara telus, ikhlas dan berhikmah.

4. Apabila isu aurat dibangkitkan dalam kes Farah Ann; cadangan supaya wanita tidak terlibat dalam sukan sebegini merupakan cadangan yang terbaik kerana mengambil langkah berhati-hati demi melaksanakan tuntutan agama. Namun, jika ianya tidak dipersetujui, saya ingin cadangkan supaya pihak kerajaan sediakan juga alternatif pakaian untuk atlit wanita negara yang ingin menjaga aurat mereka. Walaupun tidak perlu kepada paksaan, namun penjelasan tentang kewajipan aurat tetap perlu menyeluruh. Merupakan satu hal yang menyedihkan jika pihak kerajaan tidak boleh memperjuangkan alternatif pakaian yang menutup aurat bagi atlit sukan negara lelaki mahupun perempuan.

5. Untuk Farah Ann, tahniah atas kemenangan. Namun, dengan kemenangan itu, janganlah menjadikan kita memandang remeh teguran masyarakat umum tentang etika berpakaian saudari. Saudari mungkin memiliki alasan yang tersendiri. Namun, hukum tetap hukum dan ianya tidak akan berubah walaupun berjuta pingat emas diperolehi. Alangkah baiknya jika saudari terima nasihat-nasihat tersebut dengan positif dan berusaha untuk memperbaiki kekurangan. Moga Allah berikan kekuatan kepada saudari.

6. Manakala kepada yang menasihati; saya nasihatkan supaya menjaga lisan. Nasihat perlu dibina atas kasih dan sayang serta bertujuan untuk memperbetulkan kesilapan bukan melahirkan kebencian. Penyebaran gambar-gambar yang mendedahkan aurat dan perbincangan tentang tubuh badan orang lain adalah hal yang mengaibkan. Dan tentunya termasuk dalam maksud hadis Nabi saw: "barangsiapa yang menutup aib seorang muslim, Allah akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat". (Riwayat Abu Daud, no:4946)


Dr. Fathul Bari bin Mat Jahya
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia


NOTA:

Sebelum Ayat 31 dalam Surah An-Nur yang melarang wanita pada pandangan dan kemaluannya selain daripada suaminya, serta penampakan perhiasan dan bahagian tubuhnya, AYAT 30 pula memerintahkan kaum lelaki agar menundukkan pandangan dan menahan syahwatnya kepada wanita kecuali isterinya. 

Perintah yang sama, hukum yang sama. 

Ini merupakan perintah Allah kepada hamba-hamba-Nya yang beriman agar mereka menahan pandangan dari perkara-perkara yang haram dilihat. Janganlah melihat kecuali kepada hal-hal yang dibolehkan untuk dilihat dan hendaklah mereka menahan pandangan dari perkara-perkara yang haram untuk dilihat, maka hendaklah ia segera memalingkan pandangannya seperti yang diriwayatkan oleh Muslim dalam shahihnya, dari Abu Zur’ah bin Amr bin Jarir dari datuknya, yakni Jarir bin ‘Abdillah Al Bajali r.a, dia berkata,

“Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang pandangan spontan. Baginda memerintahkanku agar segera memalingkan pandanganku.”

Malangnya, dalam isu gimnas negara itu, yang mengecamnya pula tidak mungkin melihat secara spontan dan tidak sengaja. Bahkan tidak mungkin mematikan televisyen atau menukar ke siaran lain apatah lagi dengan gambar-gambar yang disiarkan di pelbagai medium termasuklah di Facebook.

Mereka yang paling kuat mengecam, mereka jugalah golongan yang mendurhakai perintah Allah Taala...

Lagi mahu cakap banyak tentang salah orang lain? Salah sendiri, tak mahu cakap?


Saturday, May 9, 2015

TENTUNYA SAYA INGINKAN PEMIMPIN YANG ADIL LAGI AMANAH, BUKAN YANG ZALIM LAGI KHIANAH - FATHUL BARI



Saya bimbang,
Bimbang bila persepsi menghantui diri,
Yang benar didustai, yang dusta diimani,
Dunia huru hara, fitnah, adu domba menjadi santapan utama manusia,
Wahyu dimanipulasi untuk kepentingan diri dan peribadi,
Rakyat dizalimi, pemimpin dikasari,
Si alim berlagak suci.

Saya bimbang,
Bimbang bila manusia gila kuasa,
Gila mahu jadi pemimpin,
Gila mahu jadi tempat rujukan agama,
Bila politikus gembira dengan ramai pengundinya,
Si alim pula gembira dengan ramai pengikutnya,
Rakyat dalam delima. Yang mana satu pilihan jiwa?
Yang ramai pengundinya atau yang banyak pengikutnya?
Lantas hujjah terletak pada jumlah bilangan,
Bukan kualiti menjadi perhitungan.

Saya bimbang,
Bimbang dengan dunia yang tidak seimbang,
Tentunya saya inginkan pemimpin yang adil lagi amanah,
Bukan yang zalim lagi khianah,
Saya percaya tiada manusia bebas dari silap dan dosa,
Para pemimpin di atas sana,
Demikian juga rakyat jelata termasuk ulama tua dan muda,
Jika ini difahami, manusia takkan berlebihan dalam menjatuhkan hukuman sebaliknya tindakan mereka berpaksikan keadilan.

Saya bimbang,
Bimbang bila politikus mengajar rakyat politik membenci,
Ulama mengajar pengikutnya mencaci,
Rakyat terus berkelahi,
Seolah-olah tiada kebaikan langsung di negeri sendiri,
Seperti tiada walau secebis kebaikan ulil amri,
Api kebencian membakar kasih sayang dan perpaduan,
Jika syaitan pernah benar bicaranya,
Masakan manusia tiada langsung berbuat pahala,
Maka, biarlah kerajaan, pembangkang mahupun rakyat diadili sebaiknya,
Yang salah diperbetulkan,
Yang baik dilaksanakan,
Yang ragu ditinggalkan,
Saya yakin, semua inginkan kebaikan,
Cuma ijtihadnya berbeza akibat tiada kawal selia.

Saya bimbang juga,
Bimbang juga bila pemimpin tak bersedia ditegur,
Bila disapa dia senyum gembira kononnya penyokong suka,
Namun, bila dinasihati, wajahnya muram sekali tanda tidak puas hati,
Pemimpin seperti ini tidak diperlukan oleh rakyat yang inginkan keadilan,
Pemimpin wajarnya menghayati denyut nadi rakyat,
Jangan jadi keparat yang cita-citanya hanya mahu jadi korporat,
Jangan salahkan rakyat bila maruah kalian disebat,
Biasakan diri mendengar nasihat bukan suka pujian lebat,
Nabi SAW berwasiat pemimpin yang tidak ditegur kelak akan melompat ke neraka ibarat kera.

Saya bimbang,
Bimbang bila ada yang membangkang kerjanya mencanang,
Canang teguran, wajar diraikan,
Tapi canang fitnah wajib disanggah,
Matlamat mereka bukannya agama mahupun keadilan sebaliknya kerusi dan jawatan,
Rakyat dijadikan jambatan,
Kerajaan dijadikan bahan cacian,
Mereka gembira pabila kerajaan bercelaru,
Mereka terus menabur peluru,
Bukan memberi solusi tapi menanam benci,
Bila ditegur, katanya: "Inilah politik wahai saudara",
Politik apa yang kalian maksudkan?
Politik Islam atau politik syaitan?

Saya bimbang,
Bimbang bila ada ulama besar kepala,
Ditegur mereka menggila,
Diri mereka bagai nabi,
Kata-kata mereka seolah-olah wajib diikuti,
Mereka rupanya lebih rakus daripada politikus,
Bertopengkan songkok dan kopiah,
Mereka menabur persepsi dan fitnah,
Semua urusan mereka campuri seolah-olah mereka ilmuan rabbani,
Kritikan mereka berasaskan kejahilan bukan fakta dan ilmu pengetahuan,
Bila ditanya rujukan, orang lain dipersalahkan,
Kritikan mereka selektif,
Topik yang 'hot' menjadi pilihan,
Si alim terus ambil kesempatan,
Kononnya menasihati,
Realitinya mencari populariti,
Alasannya juarai isu rakyat,
Tapi adu domba itulah hakikat,
Pandangan mereka bermotifkan keuntungan, Mereka lebih suka melihat perbalahan bukannya keamanan dan kesejahteraan,
Mereka suka porak peranda kerana di saat itu mereka mampu meraih dunia.

Saya bimbang,
Bimbang bila segala keputusan berdasarkan majoriti,
Sedangkan Allah kerap mencela majoriti namun memuji minoriti,
Buka Al-Quran hayati tinta suci,
Kita akan fahami majoriti bukan hujjah bahkan mampu mencipta fitnah,
Berbaliklah kepada Al-Quran dan sunnah dalam menyelesai segala masalah,
Walaupun minoriti menyokong, Allah pasti mendokong,
Biarlah majoriti membenci, tapi Allah redhai, Indahnya Islam.

Dr Fathul Bari bin Mat Jahya
19 Rejab 1436H bersamaan 8 Mei 2015


 
Blogger Templates