Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label pulau pinang. Show all posts
Showing posts with label pulau pinang. Show all posts

Monday, November 6, 2017

PULAU PINANG DI BAWAH GUAN ENG-DAP ADALAH NEGERI GAGAL, MUFLIS DAN NEGERI MUDAH BANJIR!!!



Penulis: AZMI ARSHAD

Dua jam sebelum Lim Guan Eng mengalirkan air mata penipunya, Kerajaan Persekutuan telah pun menggerakkan pasukan tentera untuk membantu mangsa-mangsa banjir dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sendiri. Nasib baik Kerajaan Persekutuan yang diketuai oleh Najib Abdul Razak tidak menunggu panggilan telefon daripada Lim Guan Eng.

Sebagaimana yang dikatakan oleh Najib: 

Berkenaan banjir ini memang tak payah kerajaan negeri minta, kalau ada musibah walaupun kerajaan negeri pembangkang, kita memang bantu atas dasar kemanusiaan dan tanggungjawab kita." (RUJUK SINI)


Ketika ratusan orang terbabit secara langsung dengan operasi bantuan mangsa-mangsa banjir, ADUN DAP dari Seri Delima, RSN Rayer pula terlalu sibuk merakamkan gambar-gambar peribadinya serta selfie. 

Saya tidak tahu sudah berapa banyak peringatan dan nasihat diberikan, sesiapa sahaja yang melihat orang yang sedang memerlukan bantuan, mereka perlu membantu berbanding mengeluarkan telefon pintar dan merakamkan gambar, video serta yang paling teruk, berswafoto untuk dimuatnaik ke Facebook dan Instagram. Ya, material-material tersebut akan membuktikan dia telah turun melawat mangsa banjir dan berfungsi sebagai Wakil Rakyat sedangkan hakikatnya, gambar-gambar itu sendiri membuktikan dia sekadar mempromosikan dirinya. Apabila publisiti dan promosi diri lebih diutamakan berbanding membantu rakyat, bermakna memang tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan walaupun dia memberitahu dia sedang terlibat dalam penyaluran bantuan makanan kepada mangsa-mangsa banjir.


Tiada apa-apa kritikan untuk kehadiran Wan Azizah dalam babak banjir itu KECUALI perlukah kipas di tangannya?

Mejar Huan pula benar-benar telah membalun Guan Eng termasuklah mendesak agar Guan Eng meletak jawatan. Kenyataan di FBnya wajar dibaca. (RUJUK SINI)

"Malahan, satu lagi aspek mengejutkan tentang bencana banjir ini ialah, parti yang mentadbir Pulau Pinang iaitu DAP sedang mengutip derma daripada rakyat Malaysia, kononnya bagi membolehkan mereka membantu mangsa-mangsa banjir Pulau Pinang! Saya  menyeru rakyat supaya tidak menderma kepada DAP memandangkan wang yang didermakan itu, akan disalurkan terus ke akaun parti. Sekiranya berbilion ringgit boleh hilang dari Kerajaan Negeri, jutaan pula boleh hilang dari akaun parti DAP. Saya menyeru mana-mana rakyat Malaysia yang mahu memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Pulau Pinang, lakukannya menerusi agensi-agensi atau NGO-NGO yang lebih dipercayai. Jangan menderma menerusi DAP memandangkan Kerajaan Negeri sendiri pun telah terbukti hampir bankrap sehingga mereka perlu mengutip derma untuk membantu mangsa banjir." - Mejar Huan.


Saya bersetuju sepenuhnya dengan saranan Mejar Huan.

Sudah pastilah, simpati kita kepada semua yang terlibat dalam bencana banjir di Pulau Pinang. Ramai yang kehilangan harta benda dan kita mengharapkan kediaman mereka masih boleh diperbaiki. Doa dan harapan kita bersama-sama mereka serta golongan yang terlibat dalam misi menyelamat dan operasi penyaluran bantuan makanan.

Berapa banyak lagi kediaman dan nyawa yang harus dikorbankan sebelum DAP dihalau keluar dari Pulau Pinang?

AZMI ARSHAD


Friday, February 10, 2017

KALAU NAK TUNTUT PULAU PINANG DIKEMBALIKAN KEPADA KEDAH, TUNTUT BETUL-BETUL... JANGAN ASYIK BERETORIK!!!



Kerajaan Negeri Kedah tidak bersetuju dan menolak cadangan Tengku Adnan Tengku Mansor untuk menjadikan Langkawi sebagai salah satu Wilayah Persekutuan. Bahkan Kerajaan Negeri Kedah akan meminta kerajaan Pusat mengkaji semula harga pajakan yang dibayar oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang setiap tahun supaya mngikut harga semasa.

Lebih penting, Kerajaan Negeri Kedah akan 'mengambil semula' Pulau Pinang yang merupakan salah satu daerahnya.

Exconya, Mohd Rawi Abdul Hamid berkata, Kedah mempunyai hak untuk membantah cadangan peribadi Tengku Adnan Tengku  Mansor itu kerana Langkawi adalah sebahagian dan masih wilayah Negeri Kedah.

Bahkan Kedah menuntut semula Pulau Pinang yang telah 'disonglap' secara senyap-senyap pada 1957 untuk dijadikan sebuah negeri walaupun perjanjian pajakan masih berkuatkuasa sehingga ke hari ini.

Beberapa desakan telah dibuat agar nilai pajakan perlu dinaikkan mengikut harga semasa tetapi Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah Lim Guan Eng membantah sekeras-kerasnya, bahkan dengan penuh lagak berkata, Pulau Pinang adalah sebuah negeri berdaulat dan tidak tertakluk dengan mana-mana negeri. Perjanjian 1786 dan 1800 melibatkan bahagian pulau dan Seberang Perai, seolah-olah tidak wujud pada pandangan Lim Guan Eng dan Kerajaan DAP yang semua tahu, sangat buta tentang sejarah negara ini walaupun mereka bercita-cita besar untuk menjadi TUAN BESAR Malaysia.

Lim Guan Eng dan DAP cuba menyembunyikan fakta yang Pulau Pinang adalah sebahagian daripada Kedah. Dapat dilihat sekarang, golongan yang tidak tahu apa-apa tentang sejarah Negeri Pulau Pinang, tiba-tiba sahaja bertukar menjadi seorang yang sangat patriotik dan sayangkan Pulau Pinang. Golongan yang memuja Francis Light sebagai pembuka negeri Pulau Pinang, walaupun Pulau Pinang sudah pun mempunyai 12 orang Penghulu Melayu ketika kapal Francis Light mendarat dan ketua lanun tersebut terpaksa meminta izin untuk berkhemah di tempat yang sekarang ini dinamakan Padang Kota Lama, fakta tersebut telah dihilangkan begitu sahaja.

Begitu juga dengan kesan-kesan ketamadunan Melayu di Batu Maung dan Batu Uban serta tapak arkeologi dunia di Guar Kepar, Seberang Perai, tidak sahaja dimusnahkan dan dihilangkan, bahkan disenyapkan tanpa sebarang usaha daripada Kerajaan Negeri untuk memperkenalkannya sebagai warisan negeri.

Sebaliknya yang dijadikan warisan adalah bangunan-bangunan pra-kemerdekaan yang menunjukkan 'penaklukan' orang Cina ke atas Pulau Pinang termasuklah perkampungan setinggan Cina di atas air yang kononnya sebagai perkampungan asal.

Nama-nama seperti Nakhoda Kecil, Nakhoda Intan dan Datuk Janatun yang merupakan orang yang berkuasa di Pulau Pinang sebelum kedatangan Francis Light, telah hilang sama sekali, sebaliknya digantikan dengan pelbagai nama imigran termasuklah Karpal Singh!

Namun, setelah beberapa kali bercakap tentang mengembalikan Pulau Pinang kepada Kedah semula, maka setiap kali itulah juga, Lim Guan Eng dan gerombolannya yang buta sejarah akan mencipta retorik lain, dan akhirnya isu ini akan senyap begitu sahaja....

Nampak gayanya kali ini pun sama jugalah!


Saturday, September 10, 2016

KALAU PENGERUSI BN NEGERI PUN DAH MULA SALAHKAN UMNO SEBAB GAGAL TAWAN PULAU PINANG, BERMAKNA APA?



Teng Chang Yeow, Pengerusi BN Pulau Pinang rupa-rupanya masih lagi hidup dalam angan-angan. Masih lagi dalam cubaan untuk tidak mengaku salah sebaliknya cuba melepaskan kesalahan tersebut kepada pihak lain sambil memberikan contoh Selangor dan Kelantan untuk menutup masalah partinya sendiri.

Tanpa sedikit pun menyebut bahawa UMNO bukan sahaja mengekalkan, tetapi juga menambahkan bilangan kerusi yang dimenangi, tetapi parti-parti komponen BN seperti GERAKAN, MCA dan MIC pula tidak sahaja kehilangan sebaliknya gagal mendapat sokongan daripada pengundi-pengundi mereka sendiri.

Teng Chang Yeow dilihat cuba menyelar Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi yang menyeru agar jentera pilihanraya Barisan Nasional diperkukuhkan dan mengatur strategi yang lebih berkesan untuk menawan semula Pulau Pinang. (RUJUK SINI)

Menurut Teng Chang Yeow, kekalahan di Pulau Pinang adalah kerana UMNO. Para pengundi benci UMNO tetapi yang kalah adalah GERAKAN, MCA dan MIC. GERAKAN, MCA dan MIC tidak salah apa-apa.

Yang bekerja kuat adalah UMNO, tetapi yang hanya mahu menikmati hasil adalah GERAKAN.

Dan sekarang pun, kalau bukan Parti Cinta Malaysia (PCM) yang digerakkan oleh Naib Presidennya, Huan Chen Guan, GERAKAN masih belum bergerak-gerak. Banyak isu yang telah dibangkitkan oleh PCM termasuklah isu skandal rasuah dan salahguna Lim Guan Eng serta pentadbirannya di Pulau Pinang, manakala GERAKAN pula sekadar claim credit atas kerja berat yang dilakukan oleh PCM.

Pandai Teng Chang Yeow bercakap kononnya, Zahid seharusnya tahu mengapa jentera pilihanraya terbaik UMNO pun gagal memenangkan Permatang Pauh pada PRK lepas. Begitu juga dengan Kelantan dan Selangor di mana UMNO-BN gagal menawan kedua-dua negeri tersebut.

Kesimpulan yang dibuatnya ialah, UMNO kalah kerana UMNO itu sendiri. Walaupun hakikatnya, UMNO tidak kalah, sebaliknya Barisan Nasional yang kalah kerana pengundi-pengundi Cina tidak mengundi MCA dan GERAKAN. Terbukti di Pulau Pinang, mana-mana kerusi yang ditandingi oleh GERAKAN, tertungging kepada DAP secara amat sadis.

UMNO sahaja yang perlu bekerja, sedangkan GERAKAN goyang kaki macam taukeh besar?

Pemimpin GERAKAN Pulau Pinang itu seharusnya sedar diri, menyalahkan UMNO kerana kegagalan mendapatkan undi daripada bukan Melayu untuk GERAKAN tidak akan membuatkan GERAKAN lebih kuat dan lebih berpengaruh.

Seharusnya GERAKAN dan Teng Chang Yeow belajar dari PCM dan Huan Chen Guan, bukannya sentiasa mengharapkan UMNO yang akan bekerja untuk mereka.

Atau sebenarnya, kenyataan Teng Chang Yeow itu tidak lebih daripada sekadar pre-empt untuk kemenangan DAP pada PRU-14 nanti?


Thursday, June 30, 2016

BERANIKAH DAP MEMBUKTIKAN PARTI MEREKA TIDAK RASIS DENGAN MELANTIK CALON SELAIN CINA MEMANGKU JAWATAN KETUA MENTERI PULAU PINANG?!!!



Kalau kena kepada pemimpin UMNO-BN, walaupun tidak ditangkap dan ditahan oleh SPRM, malahan sekadar tuduhan sahaja yang dilemparkan, sudah pasti DAP akan menyalak sakan mendesak agar pemimpin tersebut meletak jawatan, sekiranya pemimpin itu mempunyai jawatan. Kalau sebagai Ahli Parlimen atau ADUN, didesak dan ditekan agar jawatan-jawatan tersebut dikosongkan serta dipangku oleh orang lain. Kononnya sebagai memelihara integriti dan memastikan siasatan SPRM tidak diganggu.

Hari ini, Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang yang banyak mulut, cukup angkuh dan sentiasa berasakan dia berasa di atas undang-undang, Lim Guan Eng, telah diheret ke mahkamah untuk didakwa atas dakwaan penyalahgunaan kuasa dan melakukan rasuah bersama-sama rakan seperbuatannya, Phang Li Koon.

Maka di sinilah untuk kita memerhatikan benarkah DAP mengamalkan dasar bukan rasis dan bukan anti agama tertentu. Adakah Lim Guan Eng akan meletakkan jawatan atau 'bercuti sementara' dari jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, atau akan terus memegang jawatan itu serta jawatan-jawatan lain dalam pentadbiran Kerajaan Negeri dengan seribu satu macam alasan bagi mengelakkan penghakisan kuasa dan pengaruhnya?



Pulau Pinang mempunyai dua orang Timbalan Ketua Menteri. Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang adalah Haji Rashid Hasnon, ADUN Pulau Jerejak yang telah dilantik ke jawatan itu pada Mei 2013. Dia telah menggantikan Mansor Osman yang telah bertanding dan memenangi Parlimen Nibong Tebal pada PRU-13.

Manakala Timbalan Ketua Menteri II pula adalah P.Ramasamy, ADUN Prai yang sangat membela kumpulan pengganas Tamil Eelam yang melakukan keganasan di Sri Lanka. P. Ramasamy sebelum ini terlibat dalam kontroversi apabila menggelarkan pendakwah terkenal dunia, Dr. Zakir Naik sebagai syaitan.

Berbanding P. Ramasamy yang kuat menjilat Lim Guan Eng, nama Rashid Hasnon agak kurang terkenal. Bahkan tidak banyak berita tentangnya sama ada dalam media pro-DAP, apatah lagi yang pro-BN. Tiada kontroversi, juga tiada polemik, Rashid dilihat hanya makan gaji buta sebagai Timbalan Ketua Menteri I yang juga tidak mempunyai sebarang kuasa serta tidak boleh membuat sebarang keputusan.

Dengan penahanan Lim Guan Eng, bermakna jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, perlu dikosongkan dan dilepaskan bagi membolehkan pentadbiran negeri berjalan lancar dan tidak konflik dengan kepentingan peribadi Lim Guan Eng sekaligus tidak mengganggu kelancaran proses undang-undang ke atas Lim Guan Eng.

Adakah DAP benar-benar akan mengotakan kata-kata mereka bahawa DAP bukannya sebuah parti berasaskan kaum atau kepercayaan agama tertentu? Adakah transaksi kuasa akan dipindahkan kepada Timbalan Ketua Menteri I atau Timbalan Ketua Menteri II yang bukan Cina dan tidak juga beragama Katholik?

Atau DAP terus mengamalkan CHINESE FIRST sepertimana yang telah mereka lakukan dalam melantik ketua-ketua penting negeri walaupun yang dilantik itu merupakan individu yang paling kurang mendapat sokongan daripada akar umbi DAP sendiri?


 
Blogger Templates