Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label kementerian kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kementerian kesihatan. Show all posts

Thursday, December 26, 2019

HAPUS BAYARAN INSENTIF PERKHIDMATAN KRITIKAL, PEMIMPIN PELAKON PAKATAN SEGERA MENYALAHKAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM!!!

Macam biasalah... bila dah teruk kena hentam dengan netizen, maka para pemimpin Pakatan Harapan akan segera mencari alasan untuk mengkambinghitamkan individu atau pihak yang paling mudah mereka mangsakan.

Dalam isu penghapusan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), yang benar-benar terjejas turut melibatkan jururawat, pegawai perubatan, pegawai pergigian, pensyarah perubatan dan pensyarah pergigian yang akan mula berkhidmat pada 1 Januari 2020.


Jikalau kita merujuk Pekeliling JPA, keputusan menarik balik elaun kritikal tersebut telah pun diputuskan semasa Mesyuarat Khas Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Dr. Mahathir sendiri! (RUJUK SINI)

Keputusan Kerajaan Pakatan yang dilaksanakan oleh JPA ini, bukan sahaja mengejutkan rakyat Malaysia, tetapi juga turut dibantah ramai. Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) turut membuat petisyen untuk membantah keputusan Kerajaan Pakatan Harapan ini. (RUJUK SINI)


Bagaimana keputusan Kerajaan Pakatan ini akan memberikan kesan yang besar kepada penjawat awam dan perkhidmatan kesihatan secara amnya?

Seorang doktor junior (yang akan mula bekerja pada tahun 2020) akan bertugas sebagai MO pada tahun 2022. Walaupun junior, mereka juga akan dibebankan dengan kerja yang banyak dan tempoh bekerja yang sama seperti MO senior tetapi dengan gaji yang lebih rendah.


Sekaligus menjadikan MO junior itu, telah dijadikan hamba abdi atau buruh murahan yang dipaksa merawat pesakit!

Gaji mereka juga akan dikurangkan sebanyak 15%. Pengurangan tersebut sangat besar berbanding bebanan kerja yang tidak akan berkurangan malahan akan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa.

Dengan status 'doktor kontrak', mereka juga akan berhadapan dengan masalah untuk menyambung pelajaran kepakaran.

Kerajaan Pakatan dan Kementerian Kesihatan di bawah Pakatan bercakap tentang mewujudkan nisbah 1 doktor untuk 450 pesakit. (1:450). Sedangkan apa yang mereka lakukan sekarang ialah, ditambah pula dengan pengurangan penjawat awam terutama dalam bidang perubatan sehingga kita boleh melihat sendiri kesesakan luar biasa di hospital-hospital kerajaan, 1 orang doktor bagi 10,000 orang pesakit.


Bertahun-tahun belajar dan kemudian memberikan tumpuan serta masa bekerja yang melebihi waktu kerja manusia biasa, seorang doktor di mata Pakatan Harapan, lebih hina daripada seorang menteri atau timbalan menteri yang belajar pun tak habis. Gaji doktor-doktor itu pula, jauh lebih rendah berbanding elaun parking menteri.

Malang betul rakyat Malaysia kerana mendapat kerajaan yang gagal memilih keutamaan dan lebih seronok memangsakan rakyat. Sepatutnya yang dipotong adalah elaun-elaun Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri yang melampau tinggi berbanding kualiti kerja dan perkhidmatan mereka.


Dr. Mahathir sepanjang menjadi Perdana Menteri buat kali kedua ini, sudah beberapa kali berseronok bercuti di luar negara menggunakan wang negara, sedangkan rakyat pula, kebanyakan peruntukan mereka bukan sahaja dipotong, malahan banyak yang dihapuskan.

Kecenderungan Kerajaan Pakatan untuk membela taukeh-taukeh yang lari cukai menerusi pengenalan semula SST, mungkin membuatkan mereka rasa rakyat terlalu bodoh dan mudah dizalimi. Nilai cukai yang dilarikan itu bernilai ratusan ringgit. Dan disebabkan itulah, rakyat menerima kesan termasuklah pemotongan elaun BPIK ini mahupun peruntukan-peruntukan lain.


Dan mungkin sedar mereka dihentam dengan teruk, Syed Saddiq merupakan Menteri Pakatan yang paling awal cuba berlakon konon-kononnya menentang perlaksanaan penghapusan tersebut. Alasan yang diberikannya membuatkan FB peribadinya dihurungi netizen yang meluahkan rasa meluat dan jijik mereka dengan lakonannya.

Kemudian Menteri Kesihatan pula cuba cuci tangan dan buat kerja tuding jari - amalan yang menjadi kebiasaan bagi para pemimpin Pakatan.

Konon-kononnya ini adalah kerja 'daulah terpendam' atau 'deep state' dalam usaha untuk memburukkan Kerajaan Pakatan. 'Daulah terpendam' yang dimaksudkan itu sudah tentulah kakitangan awam yang mereka tidak dibenarkan menggunakan media sosial dan mereka tidak boleh bersidang media untuk menyanggah segala tuduhan oleh pemimpin kerajaan.


Para pemimpin Kerajaan Pakatan yang lebih lajak dari laju itu, terlalu memandang rendah kepada kakitangan awam serta rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Yang patut mereka tujukan kemarahan atau komplen, atau kritikan atau tuduhan adalah Perdana Menteri, Dr. Mahathir. Bukannya JPA memandangkan keputusan memansuhkan elaun tersebut adalah keputusan mesyuarat jawatankuasa kabinet yang dipengerusi serta dipersetujui oleh PM ke-7.

Agak aneh apabila Menteri Kesihatan dan Menteri KBS kata mereka tak tahu, sedangkan dalam mesyuarat kabinet, sudah tentu mereka ada sekali. Takkan masa mesyuarat, mereka tidur, terlelap atau sibuk main game online?

Para pemimpin Pakatan tak perlulah berdrama dan gemar menyalahkan kakitangan awam dengan alasan 'Daulah Terpendam' itu.

Yang pastinya, mereka sendiri yang setuju mansuh. Mereka sendiri yang bantah. Bila kena hentam, mereka pula sibuk menyalahkan pihak lain sambil cuba menampilkan diri sebagai hero!

Friday, September 1, 2017

KERANA KIASU, RAKYAT DAN MEDIA SINGAPURA CUBA MEMBURUK-BURUKKAN PERKHIDMATAN HOSPITAL MALAYSIA!!!



Seronok betul FREE MALAYSIA TODAY, portal pro-Pakatan kerana dapat skop berita yang boleh memperlekehkan Malaysia. Portal pro-Pakatan yang sentiasa mencari jalan untuk mencaci dan mencerca negara ini, kelihatan sangat terhibur apabila berita sensasi kononnya perkhidmatan hospital kerajaan Malaysia menjadikan wang sebagai motif utama sebelum memulakan sebarang prosedur rawatan.

FMT memetik cerita dongeng karangan dan terbitan sebuah portal kiasu Singapura, The Independent. Ceritanya ialah tentang seorang pemuda berbangsa Cina Singapura berusia 25 tahun terlibat dalam satu kemalangan langgar lari. Konon ceritanya, pemuda tersebut, Justinian Tan bersama-sama 5 orang kawannya baru sahaja selesai minum malam dan kemudian berjalan ke kereta mereka jam 3:00 pagi. Pada ketika itulah, sebuah kereta PROTON SAGA memecut laju dan melanggar mereka, sebelum melarikan diri.

Akibat rempuhan tersebut, Justinian menggigil, sukar bernafas dan batuk berdarah. Kawan-kawannya mendakwa, pihak berkuasa Malaysia lambat bertindakbalas. Kononnya ambulan hanya sampai 30 minit kemudian walaupun jarak hospital dengan tempat kejadian hanya 5 minit.

Lebih menarik lagi ialah bilamana kiasu-kiasu Singapura itu mendakwa Hospital Sultanah Aminah enggan membuat imbasan awal selagi wang deposit tidak dilunaskan terlebih dahulu. Hanya selepas kakitangan hospital mendapat bayaran RM2,700 daripada mereka, barulah imbasan dibuat. Prognosis mangsa hanya diketahui 4 jam kemudian.

Jam 8:30 pagi, pihak hospital sekali lagi didakwa meminta bayaran untuk pembedahan. Dan pembedahan tersebut dilakukan oleh Pegawai Perubatan, bukannya Pakar Bedah!!!

Betul-betul perangai kiasu!


Kementerian Kesihatan Malaysia segera memberi maklumbalas dan menafikan tuduhan tersebut. Secara terperinci, KKM mengesahkan bahawa pemuda berusia 25 tahun itu yang cedera parah, telah diberikan rawatan kecemasan pada kadar segera tanpa sebarang desakan untuk pembayaran deposit. Malah hospital juga tidak bertanya tentang nombor polisi insuran atau caruman EPF sebelum menerima rawatan sepertimana yang berlaku di Singapura.

Sebaliknya warga Singapura itu yang dalam keadaan kritikal, terus dimasukkan ke Zon Merah di Jabatan Kecemasan HSA dan diberikan rawatan kecemasan sejajar dengan protokol Sokongan Nyawa Trauma Lanjutan (ATLS) yang sudah pun dimulakan di dalam ambulans. 

Pasukan Jabatan Kecemasan juga telah memulakan pengimejan yang perlu (x-ray, imbasan otak CT, serviks dan toraks), rawatan (termasuk intubasi) dan rujukan kepada pasukan berkaitan secara profesional dan dalam masa singkat tanpa sebarang depisit memandangkan ia adalah kes kecemasan. 

Disebabkan kecederaan otaknya, pesakit kemudian dirujuk kepada pasukan pendedahan saraf dengan perancangan untuk nyahmampatan kraniektomi segera, pengeluaran darah beku dan pemantauan tekanan intrakranial, juga tanpa meminta deposit.

Rekod perkhidmatan ambulans pula menunjukkan sebuah ambulans telah dikerahkan ke tempat kejadian 2 minit selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 2:57 pagi, 25 Ogos. Ambulans tiba di tempat kejadian 13 minit kemudian iaitu pada jam 3:10 pagi dan bergegas ke HSA dengan pesakit 5 minit kemudian.

Dakwaan kononnya rakan mangsa telah diminta oleh HSA untuk membayar RM1,350 bagi tujuan imbasan dan satu lagi bayaran sebanyak RM1,350 untuk membuang 'pendarahan dalam otak' Tan juga, disangkal. Sebaliknya Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan mempertahankan HSA bertindak sejajar dengan dasar Kementerian Kesihatan mengikut Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan bertarikh 4 Mac 2015 berhubung bayaran deposit untuk warga asing di hospital kerajaan. 

Ahli keluarga Tan hanya diminta membayar kos pengimejan berjumlah RM2,575 setiba mereka di HSA.

Barangkali kiasu-kiasu tersebut tidak senang hati kerana warganegara Malaysia hanya membayar RM1 untuk proses berkenaan, sedangkan mereka dikenakan bayaran penuh!!!

Ahli keluarga Tan kemudian mengeluarkan pesakit atas risiko sendiri (AOR) untuk dihantar ke sebuah hospital di Singapura setelah diberi penjelasan tentang risiko yang perlu mereka tanggung kerana menangguhkan pembedahan ke atas mangsa. 


Terdapat beberapa orang Netizen yang selama ini cukup membenci Malaysia walaupun mendakwa mereka adalah rakyat Malaysia, menggunakan media-media sosial untuk memperlekehkan KKM. Namun, netizen yang tahu bahawa cerita-cerita bohong dari pihak kiasu Singapura lebih mudah diperolehi seandainya mereka rasa terancam dengan kelebihan pada Malaysia terutama sekali dalam hal perkhidmatan hospital, mengecam netizen-netizen yang cuba menyebarkan berita palsu tersebut.

Rata-rata Netizen mempertahankan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Hospital Sultanah Aminah daripada tuduhan bohong dan fitnah kiasu-kiasu Singapura. Bahkan rata-rata bersetuju agar Kementerian Kesihatan menyaman sebuah portal di Singapura yang mula-mula menyebarkan berita fitnah tersebut.

Malahan Exco Kesihatan Negeri Johor, Datuk Ayub Rahmat turut menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil tindakan undang-undang terhadap portal tersebut sebagai membela kakitangan dan petugas-petugas Jabatan Kecemasan HSA, khususnya dan seluruh warga kerja hospital umumnya daripada fitnah jahat kiasu Singapura berkenaan. (RUJUK SINI)


Wednesday, February 15, 2017

MALAYSIA BANKRAP... UBAT GENERIC ADALAH UBAT TIRUAN? TOLONG JANGAN BAGI MALU LER KALAU TAK BOLEH BEZA UBAT GENERIC DAN TIRUAN!!!




"BETUL KE UBAT KERAJAAN MURAH TIDAK BERKUALITI?"

“Dziehan, memang ubat yang Umi amik di hospital atau ubat kerajaan ini tidak berkualiti ker?”. “Ubat Tiruan ker?”

“Hmmmm siapa cakap ubat kerajaan ubat tiruan dan tidak berkualiti ini Umi?”

“Mak Kiah (bukan nama sebenar) ko cakap, dia kata dia cuma amik ubat di Hospital Swasta dan sebab itu tidak pergi Hospital kerajaan. Ubat kerajaan tidak berkesan dan ubat murah”

“Kata Mak Kiah ko, ubat yang mahal itu lebih baik dan bukan ubat tiruan macam ubat hospital kerajaan”

“Ooooo... tidak mengapa lah Umi. Pedulikan kata Mak Kiah tu... Setakat ini Umi makan ubat Hospital berkesan atau makin teruk kencing manis dan darah tinggi Umi?”

“Doktor kata penyakit Umi ini terkawal”

“Haaa... maksudnya berkesanlah tu. Pedulikan kata-kata Mak Kiah itu. Dia tak faham pasal ubat GENERIK. Lagipun dia berduit, biarkanlah dia dapatkan ubat-ubat mahal di Hospital swasta tu”

“Apa benda ubat GENERIK itu, Dziehan? ”

Pernahkah anda dengar orang berkata-kata “Ubat hospital atau ubat kerajaan ini murah, tiruan dan tidak berkualiti" ?

Bagi menjawab semua mitos-mitos ini dan mengenali apa itu ubat GENERIK...Manfaatkan pembacaan berikut:

Mitos 1: Ubat generik adalah ubat tiruan.
Fakta: Ubat generik bukan ubat tiruan tetapi adalah ubat yang dikilangkan setelah tempoh paten ubat berjenama asal (innovator) telah luput. Kandungan bahan aktif dalam ubat generik adalah sama dengan ubat berjenama asal dan semua ubat generik perlu dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanannya dan berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum dikilangkan, diimport dan digunakan di Malaysia. Berlainan dengan 'ubat tiruan', ia tidak dinilai kualiti,keselamatan dan keberkesanannya dan tidak berdaftar dengan PBKD.

Mitos 2: Ubat generik dibuat di kilang yang tidak mengikut piawaian dan dianggap sebagai ubat 'tepi jalan'.Fakta : Ubat generik dikilangkan di kilang-kilang farmaseutikal yang mematuhi piawaian Amalan Pengilangan Baik (APB) sama seperti ubat berjenama asal. Semua ubat generik sama ada dikilangkan di Malaysia atau diimport dari luar negara perlu mematuhi APB sebelum boleh didaftarkan oleh PBKD. Malaysia telah menjadi ahli Pharmaceutical Inspection Cooperation Scheme (PIC/S) semenjak tahun 2002 yang mana piawaian yang digunapakai adalah sama seperti yang dilaksanakan di negara-negara maju seperti Australia, Eropah dan Amerika Syarikat. PBKD melalui sekretariatnya iaitu Agensi Regulatori Farmaseutikal Negara (ARFN) perlu melakukan pemeriksaan APB terhadap premis-premis pengilang ubat generik dan ubat berjenama asal yang terletak di Malaysia dan di luar negara. Ini bermakna bahawa tahap APB pengilang ubat generik adalah sama seperti pengilang ubat berjenama asal.

Mitos 3: Ubat generik tidak selamat.Fakta: PBKD telah menetapkan syarat supaya ubat-ubat generik mematuhi aspek-aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan seperti yang telah dikenakan terhadap ubat-ubat berjenama asal kerana ubat generik mengandungi bahan aktif yang sama seperti ubat berjenama asal. Oleh yang demikian, ubat generik mempunyai kebaikan dan risiko penggunaan yang sama seperti ubat berjenama asal.

Mitos 4: Ubat generik berharga murah, oleh yang demikian ianya tidak berkesan untuk merawat penyakit.Fakta: Syarikat ubat berjenama asal telah mengeluarkan belanja yang besar untuk menjalankan aktiviti penyelidikan dan kajian klinikal, justeru perlu mengenakan harga yang tinggi ke atas ubat untuk mendapatkan semula modal yang telah dikeluarkan. Syarikat yang mengeluarkan ubat generik tidak perlu mengeluarkan belanja yang tinggi untuk aktiviti penyelidikan dan tidak perlu mengulangi kajian klinikal yang sama seperti yang telah dilakukan terhadap ubat berjenama asal kerana bahan aktif yang terkandung dalam ubat generik adalah sama seperti ubat berjenama asal. Oleh yang demikian, ubat generik boleh dipasarkan dengan harga yang lebih rendah. Namun demikian, ubat generik masih tertakluk kepada semua keperluan yang telah ditetapkan oleh PBKD daripada aspek kualiti , keselamatan dan keberkesanan. Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa 'Ubat Murah' bukan ’Berkualiti Rendah' dan perlu mengikis persepsi negatif terhadap ubat generik, cuba dahulu, baru tahu kesannya.


Mitos 5 : Ubat generik mengambil masa yang lebih lama untuk memberi kesan dalam merawat penyakit berbanding ubat berjenama asalFakta: PBKD telah melaksanakan keperluan kajian bioekuivalens (BE) atau ujian kesetaraan-bio terhadap ubat-ubat generik sejak tahun 1999. Kajian BE dijalankan terhadap ubat generik bertujuan untuk membuktikan bahawa ubat generik dapat memberi kesan yang sama dan dalam masa yang sama seperti ubat berjenama asal. Kajian BE menggunakan manusia sebagai subjek dan penentuan bioekuivalens adalah melalui pengukuran kepekatan ubat generik dalam darah dan dibandingkan dengan kepekatan ubat berjenama asal dalam darah bagi subjek yang sama. Kajian BE merupakan kaedah yang paling sesuai untuk membuktikan bahawa keberkesanan sesuatu ubat generik adalah sama dengan ubat berjenama asal dalam merawat pesakit dan keadaan ini membolehkan sesuatu ubat generik disaling tukar gantikan dengan ubat berjenama asal.

Mitos 6: Ubat generik tidak mematuhi keperluan pendaftaran setelah dipasarkan kerana tidak dipantau oleh pihak berkuasa.Fakta: Malaysia mempunyai sistem regulatori farmaseutikal yang mantap dan bertaraf antarabangsa. Setelah ubat-ubat generik didaftarkan, PBKD akan sentiasa memastikan
bahawa ubat-ubat generik tersebut masih mematuhi keperluan pendaftaran daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan melalui program pemonitoran ubat-ubat berdaftar di pasaran. PBKD tidak akan teragak-agak untuk membatalkan pendaftaran ubat-ubat generik yang didapati tidak berkualti, tidak selamat dan tidak berkesan serta berkuasa untuk menarik balik ubat-ubat tersebut dari pasaran.

Jadi...
Bagi yang berkemampuan boleh dapatkan ubat inovator atau ubat asal yang berharga mahal

Bagi yang kurang berkemampuan atau ingin berjimat, mungkin ubat generik adalah pilihan yang bijak. Harga yang berpatutan dan kualiti dan keberkesanan yang sama dengan ubat asal.

Ingat...
"UBAT GENERIK BUKAN UBAT TIRUAN"
Pegawai Farmasi Anda
Mohd Dziehan Mustapa


Wednesday, February 1, 2017

WOI TONGONG!!! CAJ PERGIGIAN NAIK UNTUK KELAS PERTAMA DAN KEDUA SAHAJA.. KAU KELAS MARHEIN KEKAL SERINGGIT DAN PERCUMA, NAK MEMEKAK BUAT APA?!!!



1. Ini cerita lama yg berdarah kembali. Jika kalian masih ingat tentang viral kenaikkan caj RM 1 pada hujung tahun lepas, ianya menjadi kecoh seketika. Kemudian Kementerian Kesihatan memaklumkan tiada kenaikkan caj untuk kelas ke 3. Yang hanya terlibat adalah kelas 1 & 2. Ini pun melibatkan 1.6% rakyat Malaysia. Nitizen berasa tenang caj RM 1 tidak dinaikkan. Namun mereka tidak perasan makluman tentang caj pergigian, fisiotherapi, radioterapi dan onkologi yg bakal berubah.

2. Sebelum saya jelaskan lebih lanjut, suka sy nyatakan tentang sejarah Fi perubatan. Ianya pada mulanya diperkenalkan sebagai Akta Fee 1951. Segala caj perubatan diperkenalkan ketika itu. Kemudian akta ni diganti kepada Perintah Fi 1982. Caj yg dikenakan dikekalkan. Hanya berubah adalah nama.

3. Kemudian terdapat beberapa pindaan Perintah Fi pada tahun 1994, 2003 & 2014. Kesemua pindaan ini hanya melibatkan caj wargaasing. Tidak melibatkan caj warganegara.
4. Maknanya sejak merdeka lagi caj ini kekal hingga kini.

5. Saya hadiri meeting kewangan pada tahun lepas. Walaupun peringkat hospital, namun saya faham status kos kesihatan secara keseluruhan.

6. Untuk makluman, Jika anda merujuk penyata kewangan Kementerian Kesihatan Malaysia tahun 2015, hasil yg diperolehi oleh pihak kementerian hanyalah RM 560 juta. Sedikit peningkatan dari tahun sebelum nya iaitu sebanyak RM 120 juta (dari RM 440 juta). Majority kenaikan hasil ini adalah dari perkhidmatan dan bayaran perkhidmatan.

7. Apa maknanya? Maknanya telah terdapat peningkatan secara significant dari segi perkhidmatan kesihatan kerajaan.

8. Sekarang kita lihat kos kementerian Kesihatan perlu tanggung. Untuk perbelanjaan mengurus tahun 2015 sahaja RM 21.7 billion. Jika anda lihat tahun-tahun sebelum ini, peningkatan kos hampir RM 1 billion setiap tahun.

9. Berbaloikah dengan kenaikkan hasil hanya RM 120 juta dengan kos rawatan meningkat sebanyak RM 1.1 billion setiap tahun?

10. Itu baru perbelanjaan mengurus. Belum lagi perbelanjaan2 lain. Perbelanjaan Perkhidmatan dan bekalan untuk tahun 2015 misalnya, kos yang terlibat adalah RM 8.6 billion.

11. Saya ada sertakan kutipan hasil negara tahun 2015 menurun dari 2014 walaupun pada ketika itu GST telah dilaksanakan. Semua tahu hasil negara rendah adalah ketidak tentuan ekonomi global - (Sumber : Jabatan Audit Negara)



12. Saya percaya kutipan hasil negara juga mencabar untuk tahun-tahun berikutnya.

13. Dengan kadar populasi rakyat yg makin meningkat - kos kesihatan rakyat juga meningkat tetapi hasil negara menjadi rendah. Bagaimana nak membantu rakyat?

14. Hari ini diviralkan tentang caj pergigian. Untuk makluman semua, Pekeliling penangguhan itu betul. Namun caj yg dikatakan itu tidak ada kesahihannya. Saya sudah merujuk kepada bahagian hasil, namun belum memperolehi pekeliling terkini.

15. Saya selaku berada dalam lapangan ini berasa keharusan Kementerian menaikkan caj rawatan berkenaan. Jika boleh caj RM 1 juga perlu dinaikkan. Adalah tidak masuk akal dgn caj RM 1, pesakit dapat pelbagai kemudahan subsidi kesihatan yg amat tinggi.

16. Saya mengambil contoh, jabatan saya perlu membeli set nephrostomy dgn harga RM 500 setiap satu. Pesakit memerlukan 2 set. Pakai tak sampai 3 hari, dah tercabut. Dan kami pasang yg baru. Walaupun telah diterangkan tentang penjagaan, masih lagi tercabut. Dan kami pasang lagi. Berapa banyak kerugian yg kita tanggung hasil dari sikap tidak menghargai?

17. Salah satu mendidik rakyat mengenakan caj pada kesihatan. Lakukan seperti negara luar. Baru masa itu rakyat tahu erti nikmat bersyukur.
18. Saya pernah mengutarakan tentang kenaikkan caj ini sebagai satu kewajaran

..

#Kesimpulan

1. Caj perubatan untuk warganegara tidak pernah berubah sejak merdeka.

2. Kutipan hasil Kementerian kesihatan hanya setengah billion. Namun kos lebih dari RM 20 billion. Dan kenaikka kos tahunan adalah sebanyak RM 1 billion. Di samping kutipan hasil negara tidak menentu.

3. Kerajaan adalah agensi yang menguruskan harta rakyat. Bukan agensi cari duit bagi subsidi pada rakyat. Kerajaan tidak berfungsi jika tidak mendapat sokongan rakyat terutama kewangan. Give and take.

4. Kenaikkan caj perubatan adalah sgt di sokong.

5. Ada pihak mewar-warkan yg negara mengalami kekangan kewangan. Mereka gembira sebab memperoleh milage politik yg sedikit. Tapi apabila sudah tahu masalah kekangan kewangan negara, mereka juga marah bila caj perubatan di naikkan. Wajarkah mereka ini dinobatkan sebagai manusia?

Dr. Aznil Hisham.

RUJUK JUGA:



Saturday, November 5, 2016

PELAKSANAAN PERKHIDMATAN PESAKIT BAYAR PENUH ATAU FULL PAYING PATIENT MEMUNCULKAN MITOS, SUBSIDI PERUBATAN TELAH DIMANSUHKAN KERAJAAN!!!




(Amaran: Ini post panjang kerana jantung sedang berdegup kencang & jari2 bergerak sendiri menaip keypad dengan flight of ideas)
Bergegar seluruh kumpulan whatsapp saya & rakan2 dalam Medical Mythbusters Malaysia (M3) & MedTweetMy (MTM) apabila pekeliling mengenai Pelaksanaan Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (PPBP)/ Full Paying Patient (FPP) ini tersebar di media sosial semalam.

Penyebaran ini dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab & ingin menimbulkan kegusaran di kalangan rakyat, apatah lagi Bajet 2017 bakal dibentangkan hari ini (Jumaat-21/10/2017) oleh Perdana Menteri.

Kesilapan di sini adalah terma Full Paying Patient atau Pesakit Bayar Penuh itu sendiri. Adakah ia bermakna SEMUA pesakit yang datang ke hospital kerajaan selepas ini perlu membayar sepenuhnya kos rawatan??? Tiada lagi bayaran RM1 yang begitu didambakan rakyat selama ini? TIDAK!!

Full-Paying-Patient (FPP) adalah satu "noun" merujuk kepada pesakit2 yang memilih perkhidmatan ini. Pesakit2 FPP akan membayar bayaran rawatan/pembedahan seperti sektor swasta di hospital awam. Pesakit2 lain iaitu Pesakit RM1 masih kekal seperti biasa, RAWATAN BUAT ANDA TIDAK BERUBAH!

FPP ini bukan perkara baharu. Ia telah ada sejak tahun 2007 lagi & bukannya baru nak dibuat. Rawatan RM1 tidak pernah terhapus pun sejak FPP diperkenalkan. Anda masih dapat rawatan RM1 sekarang bukan? Kelebihan FPP telah disenaraikan oleh sahabat saya Dr. Abdul Rahman Kadir dalam post beliau semalam.

Rakyat tidak tahu hakikat yang sebenarnya. Hakikat sebenarnya ialah ini adalah antara langkah bijak kementerian & kerajaan bagi memastikan kecukupan pakar di hospital2 awam. Rakyat juga yang selalu komplen rawatan lambat & doktor tidak cukup di hospital awam bukan? Antara penyebab utama, selain daripada pesakit yang melimpah ruah akibat bayaran yang ridiculously cheap (RM1) adalah kerana ketidakcukupan doktor & doktor pakar kerana ramai doktor & pakar berhijrah ke sektor swasta.

Now, jangan salahkan doktor kononnya tidak patriotik & mementingkan diri sendiri. Kerana jika anda di tempat kami, kami juga pasti anda melakukan perkara yang sama, iaitu keluar ke sektor swasta apabila mendapat tawaran. Anda tahu kenapa? Saya akan bagitahu perkara yang tidak ramai doktor akan suarakan kepada orang awam. Mari saya senaraikan antara sebabnya:

1. Beban kerja di hospital awam adalah tinggi. Selain tugas merawat anda, doktor2 pakar (Gred UD52/54/JUSA C/B/A) ini terpaksa melakukan tugas2 Pentadbiran juga termasuk mesyuarat, tugas meningkatkan kualiti & melakukan kajian/research/audit bagi menambahbaik perkhidmatan kepada anda & mengharumkan nama hospital, kementerian & negara. Ini belum lagi saya sebut mengenai mengetuai pelbagai jawatankuasa & tugasan menjaga Houseman di hospital awam.

2. Ini belum sebut beban komplen yang dibuat oleh rakyat yang tidak bersyukur. Suka sangat komplen. Hampir setiap minggu saya & rakan2 pakar menerima pelbagai surat komplen dari anda. Anda tahu bagaimana rasanya bila dapat komplen? Komplen secara rasmi, telefon hatta sepatah ayat di media sosial pun tetap kami kena jawab. Apatah lagi bila komplen ini kebanyakkannya TIDAK BERASAS? Malah ada yang DIBUAT-BUAT. Walaupun tidak berasas kami tetap kena jawab. Nak jawab kena mesyuarat, di panggil pihak atasan, mendapat amaran, kena tulis surat dan sebagainya. Jadi, STOP COMPLAINING, ANDA BUAT KAMI STRESSS TAU!

3. Pesakit terlalu ramai setiap hari akibat masalah kesihatan & gaya hidup tidak sihat hari ini. Bayaran semurah RM1 menyebakan ramai yang mengambil mudah & memandang rendah doktor2 di hospital awam. Sedangkan harga rawatan sebenar adalah mahal & murahnya itu adalah akibat tanggungan subsidi oleh kerajaan kita (lebih 95 peratus). (Jangan cakap pasal cukai pendapatan yang anda bayar, kerana kami juga bayar cukai & mungkin kami bayar cukai lebih tinggi dari anda).

4. Ramai doktor & pakar hospital awam berhijrah ke sektor swasta kerana tawaran pendapatan yang lebih lumayan (3-5 kali ganda). Gaji pokok Pakar di sektor awam adalah lebihkurang antara RM8-10 ribu & kami boleh dapat RM30 ribu sebulan di sektor swasta. Anda tidak mahu RM30 ribu dengan beban kerja merawat yang sama tetapi kurang beban kerja Pentadbiran & komplen2 daripada pesakit RM1 yang tidak bersyukur?? Jika anda waras & ada pilihan ini, anda sendiri pun akan menyertai hospital swasta.

FPP ini mengizinkan kami, pakar di hospital awam mendapatkan sedikit pendapat extra seperti rakan2 di sektor swasta. Kami juga ada keluarga, isteri/suami & anak2 seperti pesakit RM1 yang kami perlu tanggung. Kami juga manusia.

Rumusan & Kesimpulan saya mengenai FPP:
****************************************

1. Kos hospital awam adalah TIDAK BERUBAH & seperti biasa iaitu RM1 (ridiculously & insanely cheap)

2. STOP COMPLAINING. Setiap komplen tidak berasas akan mempercepatkan doktor2 keluar ke sektor swasta

3. FPP membenarkan anda memilih doktor pakar yang akan merawat anda

4. Masa rawatan pesakit lain TIDAK TERGANGGU kerana doktor pakar akan menggunakan masa di luar waktu bekerja biasa (lepas pukul 5ptg) bagi melakukan pembedahan/rawatan ke atas pesakit FPP)

5. Pesakit FPP mempunyai senarai pembedahan berbeza & tidak mengganggu rawatan pesakit RM1

6. FPP ini membenarkan doktor pakar kerajaan mendapat extra income & menggalakkan mereka untuk terus bekerja di sektor awam

7. Lebih ramai doktor & pakar di hospital awam bermakna rawatan bagi pesakit RM1 lebih cepat & lebih baik

8. FPP memberi peluang kepada anda yang berkemampuan di bandar2 kecil yang tiada hospital swasta bagi mendapatkan perkhidmatan hospital swasta di hospital awam yang berdekatan dengan tempat tinggal anda. Contohnya pesakit2 di Temerloh, anda boleh ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) apabila perkhidmatan ini ditawarkan kelak (InsyaAllah mulai 2017) & tidak perlu lagi ke Kuala Lumpur atau Kuantan.

9. FPP adalah antara langkah terbaik pihak kerajaan & kementerian bagi memastikan kecukupan pakar di hospital awam.

PS Post ini tiada kaitan dengan dasar2 atau polisi Kementerian Kesihatan Malaysia atau kerajaan Malaysia. Boleh baca kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia untuk kenyataan rasmi KKM.

#DrMahyuddin
Pakar Ortopedik Hospital Awam
#MedicalMythbustersMalaysia
#MedTweetMY


Wednesday, November 11, 2015

GILA!!! MAJLIS TEMBAKAU NEGARA DESAK TIMBALAN MENTERI KESIHATAN LETAK JAWATAN SEBAB KRITIK PERANG KE ATAS PENJUAL VAPE!!!



Nampaknya, isu VAPE dan VAPOR masih lagi menjadi perkara besar di negara ini. Ada yang menyokong, dan tidak kurang pula yang mengeji tindakan Kementerian Kesihatan cuba meregulasikan industri yang kalau dibiarkan, bakal menggugat perolehan syarikat-syarikat rokok besar di negara ini.

Barangkali kerana itulah, Presiden Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC), Molly Cheah, mendesak Timbalan Menteri Kesihatan, Hilmi Yahya agar meletak jawatan kerana mengkritik tindakan ke atas peniaga vape.

Timbalan Menteri Kesihatan itu berkata, tindakan menyerbu dan merampas ke atas para peniaga rokok elektronik itu terlalu drastik.

Kata Molly, kenyataan Hilmi itu tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang Timbalan Menteri Kesihatan. Justeru, dia perlu meletak jawatan.

"Siapa lagi yang dipertanggungjawabkan tenang kesihatan awam kalau bukan Kementerian Kesihatan," katanya. "Penyitaan ini adalah berdasarkan undang-undang sedia ada."

Menurut Molly lagi, MCTC menyokong penuh pengharaman vape dan mendesak Kementerian Kesihatan agar meneruskan usaha memerangi rokok elektrik tersebut sehingga pengharaman sepenuhnya dikuatkuasakan.

Sungguh menarik apabila Presiden kepada pertubuhan yang mengawal PENYEBAB PENYAKIT UTAMA DUNIA, menghentam saingan rokok, malah mendesak agar pengharaman dibuat semata-mata untuk memastikan industri rokok tidak disaingi dan keuntungan besar daripada penjualan rokok dikecilkan. (RUJUK SINI)

Beria-ia benar Molly Cheah mahu vape diharamkan dan bercakap tentang kesan kesihatan daripada amalan vape, tetapi langsung tidak menyentuh tentang bahaya rokok dan tembakau kepada kesihatan manusia.

Mengapa tidak mendesak kerajaan turut sama mengharamkan rokok sepertimana kerajaan diharapkan akan mengharamkan vape?

Atau rokok perlu dibeli daripada farmasi dengan ahli farmasinya perlu berlesen dan diberikan nasihat panjang lebar tentang kesan-kesan sampingan daripada perbuatan merokok?

Mengapa hanya vape?

Molly Cheah bercakap tentang industri dan keuntungan... rokok tu, bukan industri dan bukan keuntungan ke?

Kalau bukan kerana keuntungan, mahukah Molly Cheah bercakap tentang bahaya vape tetapi diam tidak mengulas apa-apa tentang bahaya rokok dan tembakau?


Thursday, July 9, 2015

KELUHAN DOKTOR MUDA EKORAN KEMATIAN RAKAN SEJAWATAN AKIBAT KERJA MELEBIHI KEMAMPUAN MANUSIANYA!!!



Rentetan seorang doktor muda yang maut dalam kemalangan selepas post call (selepas bekerja on call 30-36 jam), yang juga merupakan junior aya di UKM pada petang semalam.

Bukan kali pertama, tahun lepas, seorang rakan seperjuangan sewaktu di HOship turut maut akibat kereta yang dipandu after postcall mengalami kemalangan. Housemate saya juga pernah terbabas melanggar pokok selepas postcall tetapi alhamdulillah, beliau selamat.

Kehilangan mereka ini amat berat bagi ahli keluarga yang menanggung. Malah mereka ini juga antara aset bijak pandai yang menyumbangkan kepada sistem kesihatan negara.

Siapa yang tahu apa On Call, maka ariflah dengan rasa penatnya. Kadangkala, meleleh air mata tanpa sedar dek tak terdaya. Tetapi itu semua orang tak nampak. Pesakit nak tengok kita senyum dan ramah sahaja di depan mereka.

Kalau dulu saya postcall tetapi nak balik kampung, kampung bukan jauh mana, Melaka - Selangor. Tetapi berhenti tidur sampai tiga kali. Mesti ada yang cakap 'Kenapa tak rehat je dulu? Tidur kat rumah dulu,'. Ada yang terpaksa balik juga kerana pelbagai sebab musabab. Nak dijadikan umur masih panjang, walaupun mengantuk dan beberapa kali terlelap, akhirnya dapatlah rehat di RNR.

Walaupun sekarang aku telah bekerja di Health Centre, peritnya pengalaman bekerja melebihi had kemampuan physciology manusia masih kekal terpahat di ingatan (mungkin itu juga antara sebab aku beralih angin). Takkan pernah dapat dilupakan. Belum kira lagi dimarahi sama ada oleh superior ataupun pesakit yang mengjangkakan kita boleh diharap 100%. Padahal kudrat telah mencecah 200%.

Perut acapkali dipaksa berpuasa kerana tuntutan kerja yang tidak menentu. Tidur, apatah lagi. Tunggang terbalik kitaran tidur.

Dah biasa dengar ayat-ayat seperti "pagi semalam doktor kerja, malam tadi pun tengok doktor ada. Pagi ini bangun tidur pun tengok doktor ada juga ambil darah. Doktor tak balik-balik ke?"

Nampak tak? Senario ini sudah diperturunkan dari zaman dulu kala. Malah semua yang bergelar doktor seakan 'wajib' melaluinya. Jika tidak, doktor-doktor muda akan dicemek dan dianggap tidak berdaya tahan. Dan sudah pasti ada 1001 lagi kisah di sebalik tabir yang para doktor lalui.

Jika diungkap satu persatu, pasti ada yang mempertikaikan keikhlasan kita bekerja dan berkata 'Anda yang memilih untuk menjadi doktor'.

Ikhlas itu semua pekerjaan pun kena ikhlas. Namun sesekali suara-suara kecil ini perlu diambil kira sekirannya dapat memberikan perubahan ke arah yang lebih baik. Di peringkat induk, sistem kesihatan sentiasa diupgrade dan dibuat penambahbaikan setiap tahun untuk mencapai KPI yang disasarkan oleh negara.

Macam-macam program dan pelan direka tetapi ia tidak memenuhi kemampuan kehendak bidang ini di luar sana. Mengapa tidak sistem pekerjanya juga dinaiktaraf? Jika graduan perubatan dikatakan sudah melambak, kenapa tiada langsung memberikan apa-apa impak pada bebanan kerja?

Sudah tiba masanya Kementerian mengubah situasi kerja pekerja kesihatan. Pertimbangkanlah hak fitrah akan kebajikan mereka.

p/s: Tidak hairanlah semakin ramai yang meninggalkan kerjaya ini. Mungkin letih dengan sistem kerja, rasa tidak dihargai, tidak dihormati dan kecewa dengan sikap orang awam yang banyak menentang fakta-fakta, memviralkan fitnah, mewujudkan group anti itu, ini selepas dah berkorban seperti yang diceritakan di atas.


Salam takziah buat keluarga Dr Afifah.
In a memory of Dr Kathyrason.

Kredit - AyuZeity Bistari

Diolah semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM
 
Blogger Templates