Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label hina sultan. Show all posts
Showing posts with label hina sultan. Show all posts

Tuesday, January 16, 2018

TERDESAK ALIH ISU LIM GUAN ENG, MELAYU PENCACAI DAP SEPERTI MAHFUZ MULA PERLEKEHKAN RAJA MELAYU!!!



Tiga hari lepas, tular video Mahfuz Omar berucap dalam kempen Pakatan Harapan. Mahfuz Omar seperti yang diketahui sedang mencari-cari dahan untuk berpaut bagi meneruskan kerjaya politiknya selepas mengambil keputusan keluar dan meninggalkan PAS. Mahfuz dalam ucapannya cuba menjadikan KDYMM Sultan Pahang sebagai modal temberangnya.

Penularan klip video tersebut, akhirnya mendapat reaksi daripada rakyat Pahang. Beberapa laporan polis telah dibuat oleh pihak terbabit. Dan sama seperti Lim Guan Eng yang menjadi kiblat serta tujuan utama Mahfuz Omar, dia mengikrarkan ketegarannya dengan enggan meminta maaf atau mengakui keterlanjuran kata-katanya.

Kiblat utama Pakatan Harapan bukanlah Mahathir mahupun Mukhriz Mahathir walaupun kedua-duanya merupakan figur utama yang sedang menyerang minda orang Melayu sekarang. Sebaliknya, matlamat utama Pakatan Harapan terutama dari kalangan PPBM, DAP dan PAN adalah Lim Guan Eng.

Dan seperti yang diketahui, Lim Guan Eng sedang berhadapan dengan masalah besar. Bukan sahaja membabitkan perbicaraan kes rasuah dan salahguna kuasanya yang dijadualkan akan berlangsung selama 23 hari berturut-turut, tetapi yang lebih 'menakutkan' adalah skandal terowong dasar laut Pulau Pinang yang kini mendapat perhatian besar SPRM.

Seperti yang diketahui juga, antara yang dapat memujuk DAP dan Lim Guan Eng adalah permusuhan atau pengolokan ke atas Sultan-Sultan Melayu di Malaysia. Institusi kesultanan Melayu di Malaysia bukanlah merupakan sesuatu yang digemari oleh DAP. Mengolok-olokkan mana-mana sultan, sudah pasti akan mendapat pujian besar daripada pendokong-pendokong DAP.

Barangkali kerana percayakan kepada teori itulah, Ketua PPBM Bahagian pendang ketika berceramah dalam Jelajah Selamatkan Felda di rumah nombor B13, Jalan Pejabat Felda Lubuk Merbau pada ja 10:00 malam bertarikh 13 Januari 2018 cuba mengaitkan almarhum KDYMM Sultan Kedah untuk menguatkan hujahnya.


Abdul Razak Khamis menuduh Almarhum yang pada ketika itu merupakan DYMM Yang Di-Pertuan Agong telah dikurung oleh Perdana Menteri, Najib Abdul Razak menyebabkan Pakatan kalah pada PRU-13 dan 'Agong dah pun meninggal.'

Kempen dan pembohongan Ketua PPBM Bahagian Pendang itu kemudiannya menarik perhatian Anak Peneroka Felda Lubuk Merbau yang kemudiannya mendakwa Abdul Razak telah menghina Almarhum Sultan Kedah semasa baginda masih menjawat jawatan Yang Di-Pertuan Agong.

Satu laporan polis telah dibuat pada keesokan harinya. Mereka turut mendesak agar Abdul Razak disiasat dan dikenakan tindakan undang-undang kerana tidak menghormati institusi raja-raja Melayu selain menjadi teladan kepada golongan yang cuba mencetuskan ketidaktenteraman dan ketidakstabilan di negara ini.

Yang pasti, semakin kalut dengan skandal Lim Guan Eng, semakin kalut jugalah konco-konco Melayu DAP akan mencari isu-isu baru untuk mengalihkan tumpuan netizen dan orang ramai daripada memperkatakan skandal terowong dasar laut itu yang bernilai berbilion-bilion ringgit.

Monday, October 5, 2015

SELEPAS TIGA KALI MINTA MAAF SECARA TERBUKA, HARI INI RAHIM THAMBY CHIK TAK MENGAKU BERSALAH DI MAHKAMAH!!!



Selepas tiga kali memohon maaf kerana menyiarkan posting yang mengatakan DYMM Raja Muda Selangor telah memeluk agama Katholik dan mengaku bersalah, di mahkamah hari ini, bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Thamby Chik menukar pengakuannya sebagai TIDAK BERSALAH pula.

Hari ini, Rahim Thamby Chik mengaku tidak bersalah atas tuduhan hasutan kerana menghina Raja Muda Selangor. Dia telah didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan berhubung postingnya di Facebook pada 25 September yang antara lain menyatakan, Tengku Amir Shah telah memeluk agama Khatolik dan menyedihkan umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia.

Selain itu, Rahim Thamby Chik juga didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia dengan 'niat untuk membangkitkan kemarahan'.

Hakim Slamat Yahya menetapkan jaminan sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin untuk kedua-dua pertuduhan itu. Hakim juga telah menetapkan 5 November sebagai tarikh sebutan.

Pendakwaan ke atas Rahim dilakukan oleh Mohd Dasuki Mokhtar manakala Firuz Hussein mewakili Rahim.


Bulan lepas, Rahim telah memuatnaikkan status di Facebook menuduh, Tengku Amir telah memeluk agama Kristian. Istana Selangor kemudiannya mengeluarkan kenyataan dan menyangkal tuduhan tersebut, malah menyatakan status tersebut adalah bersifat hasutan selain mempunyai 'elemen fitnah yang boleh mencetuskan kebencian di kalangan umat Islam kepada Raja Muda dan Sultan Selangor.'

Bekas Ketua Menteri Melaka itu sebelum ini telah membuat permohonan maaf secara terbuka sebanyak tiga kali selepas memuatnaikkan status 25 September itu.... TERUSKAN BACAAN DI BULETIN 247


Friday, April 24, 2015

SEMAKIN BIADAP!!! PENGGUNA MEDIA SOSIAL DESAK PDRM DAN SKMM AMBIL TINDAKAN SEGERA TERHADAP PENGHINA DYMM SULTAN!!!




SEMAKIN RAMAI YANG MENDESAK PDRM DAN SKMM MENGAMBIL TINDAKAN KE ATAS PEMILIK AKAUN FACEBOOK INI.

Ini bukanlah kali pertama perkara sebegini berlaku. Sudah terlalu acapkali. Walaupun beberapa orang pengguna Facebook yang melakukan perbuatan serupa, telah berjaya dikesan, ditangkap dan didakwa serta menjalani hukuman baik penjara mahupun didenda, namun ternyata ianya tidak menghalang golongan anarki dan ROSAK OTAK ini untuk terus melakukan tindakan bodoh yang sama.

Pendedahan telah dibuat. Desakan juga semakin kuat. Diharap SKMM dan PDRM berjaya menangani masalah ini dengan lebih pantas.





Thursday, April 9, 2015

PENYANYI KUMPULAN MONOLOQUE MUNCUL KONTROVERSI DENGAN IMEJ DYMM YANG DI-PERTUAN AGONG!!!!



Vokalis kumpulan Monoloque, Khairil Ridzwan Annuar atau lebih dikenali sebagai Locque mencetuskan kontroversi apabila meletakkan imejnya seperti Yang di-Pertuan Agong pada matawang ringgit di kulit single terbaharunya.

Imej itu tertera di laman Instagramnya, Loque, @antiloque.

Segelintir kecil pengikut Instagramnya menyampaikan rasa kurang puas hati kepada Loque kerana dikatakan tidak sensitif dengan meletakkan gambarnya seperti Yang di-Pertuan Agong yang merupakan Ketua Negara.

Terdapat juga pengikut nya yang memuji kreativiti Loque, termasuk gambar dan lagu GST yang dijangka menepati situasi semasa.

Mengikut jadual, single terbaharunya berjudul ‘Ringgit’, akan dipasarkan pada 13 April ini adalah album kedua kumpulan berkenaan.

Berdasarkan rakaman video klip yang berdurasi 15 saat di laman Facebook monoloQue, ia meluahkan keluhan terhadap pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sejak 1 April lalu.

Friday, December 5, 2014

KERANA ANWAR DILUCUTKAN GELARAN DATUK SERI, PENYOKONGNYA MAKI DYMM SULTAN SELANGOR!!!


Menjadi penyokong, pemimpin atau ahli parti pembangkang, tidak menghalalkan kita untuk memaki hamun orang lain kononnya untuk menarik sokongan atau mengeluarkan kebenaran. Apatah lagi yang dimaki adalah Sultan Melayu yang secara sejarahnya telah membolehkan masyarakat bukan Melayu-Bumiputera menjadi warganegara Malaysia setelah British enggan menerima atau mengambil mereka sebagai warganegara pada tahun 1957 dahulu.



Namun hasutan daan dendam selain buta tentang sejarah, membuatkan sebahagian daripada mereka bersikap biadap dan kurang ajar serta tidak berterima kasih kerana telah dibenarkan tinggal di negara ini serta menjadi warganegara dengan menikmati hak-hak kewarganegaraan secara bebas, malah jauh lebih bebas berbanding bangsa mereka yang menjadi imigran di negara-negara lain.

Penggunaan media sosial seperti Facebook telah dilakukan untuk menyemai kebencian, anarkisme dan subversif. Dalam hal ini, penama turut melakukan perbuatan yang sama di Facebook secara bebas. Kebenciannya kepada Melayu, Islam dan Bumiputera terpapar jelas dalam posting-postingnya.

Sehingga kini, belum ada lagi tindakan dibuat terhadapnya. Barangkali SKMM terlepas pandang dan ketiadaan laporan polis terhadapnya, membuktikan ramai yang beranggapan tindakan menghasut kebencian antara kaum yang dilakukan oleh penama adalah sesuatu yang bersifat remeh.



 
Blogger Templates