Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label hudud. Show all posts
Showing posts with label hudud. Show all posts

Thursday, April 6, 2017

SETENGAH JAM ABDUL HADI AWANG DIGANGGU OLEH AHLI-AHLI PARLIMEN DAP-PKR-PAN YANG DIKETUAI OLEH LIM KIT SIANG DARI BENTANG RUU355!!!



Akhirnya Presiden PAS yang juga merupakan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang membawa usul persendirian berkaitan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.

Usul tersebut tersenarai sebagai Perkara 1 di bawah Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul Parlimen hari ini. Sekaligus mencatatkan rekod usul pertama yang diberikan prioriti kepada parti pembangkang sepanjang UMNO-BN menjadi Kerajaan Malaysia.

Bagaimanapun, Dewan Rakyat menyaksikan bagaimana Ahli-Ahli Parlimen DAP, PAN, PKR serta Cap Bunga bersatu dalam usaha menghalang Abdul Hadi Awang membaca usul dan membentangkan RUU355.


Lim Kit Siang adalah Ahli Parlimen yang paling biadap apabila mempersoalkan kewajaran RUU355.

Selama setengah jam, Abdul Hadi Awang tersangkut dan tidak dapat membentang usulnya angkara gelagat kebudak-budakan dan kebadutan Ahli-Ahli Parlimen DAP, PKR, PAN dan Cap Bunga.

Usul yang dibacakan oleh Abdul Hadi Awang adalah bertujuan untuk meminda perkataan 'penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali' dengan perkataan 'penjara selama tempoh melebihi tiga puluh tahun atau denda melebihi satu ratus ribu ringgit atau sebatan 100 kali' sebagaimana ditadbir selaras dengan tatacara jenayah syariah.

Semalam, salah seorang ahli G25 yang pro-liberal, Tawfiq Tun Dr. Ismail mengancam untuk menyaman Speaker Dewan Rakyat bagi menghalang Abdul Hadi Awang membentangkan RUU355. Tindakannya itu mendapat sokongan kuat daripada Cap Bunga dan PKR. Malahan beberapa peguam aktivis seperti Siti Kasim turut mengalu-alukan tindakan Tawfiq itu.

Sebelum ini, Kerajaan dipersoal mengapa tidak membentangkan usul tersebut sebagaimana tradisi sebaliknya menyerahkan kembali kepada Abdul Hadi Awang. Semua penjelasan yang diberikan tidak diterima, sebaliknya Kerajaan UMNO-BN dikatakan mahu mempermain-mainkan PAS dan tidak menyokong RUU355, selain berusaha untuk menghalang RUU tersebut daripada dibacakan dan dibentangkan di Dewan Rakyat.


Bagaimanapun, prioriti yang diberikan kepada usul tersebut dan meletakkannya pada giliran pertama, menutup mulut sebahagian besar daripada para penghasut berkenaan.

Pembentangan akan disambung pada jam 2:30 petang nanti selepas waktu rehat. Dijangkakan, DAP, PKR dan PAN terutamanya akan mengganggu serta mengacau agar usul tersebut tidak dapat dibentangkan hari ini.

Namun berdasarkan rekod persidangan terpanjang semalam, besar kemungkinan sidang hari ini yang merupakan sidang terakhir bagi sessi kali ini, juga akan dipanjangkan sekiranya Ahli-Ahli Parlimen DAP, PKR dan PAN berusaha menggagalkannya.


Thursday, March 30, 2017

RUU355: BENARKAH PAS DIKENCING UMNO-BN? ATAU SEBENARNYA PAKATAN TERLEBIH LONCAT?!!




29 Mac 2017, dalam satu sidang media selepas mesyuarat Barisan Nasional, Dato Seri Najib menyatakan bahawa kerajaan BN tidak akan bentangkan RUU355. Selepas kenyataan ini dikeluarkan maka bertepuk dan bersoraklah puak puak pendokong LGBT, homoseksual, liberal dan pluralisme kononnya PAS sudah kena kencing dengan UMNO.

Padahal puak puak itu baru membaca “headline story” sahaja, belum membaca habis lagi kandungan ceritanya. BN telah buat keputusan bersama dalam mesyuarat tentang RUU355. Keputusan dicapai secara sepakat bukannya seperti Pakatan Harapan, hari ini keputusan lain, esok keputusan lain.

BN tidak halang RUU355 untuk dibentangkan secara bersendirian di Dewan Rakyat. Ini yang Dato Seri Najib sebut “rang undang undang ini akan terus menjadi rang undang undang persendirian dan terserah kepada Speaker (Yang Dipertua Dewan Rakyat) menentukan. Sekiranya beliau putuskan akan bentangkan, maka ia akan dibentangkan dan beliau akan menentukan peraturan undang undang tersebut”. Ini tidak dibaca habis oleh macai macai pembangkang.

Mereka tidak faham bahawa ada dua jenis usul di Parlimen. Usul kerajaan dan usul persendirian. Pindaan RUU355 dibawa secara usul persendirian oleh Ahli Parlimen Marang, Hadi Awang. Ianya masih kekal sebagai usul persendirian sehingga hari ini mengikut Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Perkara ini dibincang dalam DT BN kerana pada 17 Mac 2017 yang lalu, Dato' Zahid Hamidi telah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan BN akan membentangkan Pindaan Akta 355 di mesyuarat pertama penggal kelima Parlimen ke 13 ini.

Keputusan Dewan Tertinggi (DT) Barisan Nasional memberi maksud; kerajaan tidak akan menjadikan pindaan RUU355 sebagai usul kerajaan.

Hadi Awang akan kekal sebagai pencadang usul ini. Skop perbincangan DT Barisan Nasional malam tadi adalah mengenai dua pilihan :

1) Biarkan Hadi Awang bentangkan di bawah usul persendirian; atau

2) Kerajaan ambil alih dan bentang melalui usul kerajaan

Akhirnya DT BN secara konsensus memilih pilihan pertama dan membuat keputusan untuk tidak membawanya di bawah usul kerajaan. Jadi persoalan kononnya BN menolak RUU355 hanyalah satu dakwaan dan tuduhan puak puak pembangkang sahaja. Lebih teruk puak puak liberal itu menuduh kononnya PAS sudah kena kencing dengan UMNO.

Nasruddin Tantawi, Ketua Penerangan PAS juga sudah bercakap mengenai keputusan DT BN ini. Nasruddin melihat cadangan Dato Zahid untuk BN membentangkan RUU355 adalah sebagai satu pilihan sahaja. Nasruddin menyatakan PAS kekal dengan format pembentangan asal RUU355.

“Pengisytiharan DT BN itu tidak menjejaskan apa-apa bagi pihak PAS. Situasinya adalah _"kekal pada format asal"_. Sememangnya, Ahli Parlimen PAS sejak awal telah diletakkan dalam _'mode standby'_ bagi menghadapi perbahasan di parlimen” ulas Nasruddin Tantawi

Puak liberal dan pluralisme ini meloncat yang bukan bukan. Dulu mereka meloncat kata PAS kena kencing bila Dato Zahid kata BN akan bentangkan RUU355. Kini bila BN tidak bentang dan PAS akan bentang secara bersendirian, mereka meloncat juga kata PAS kena kencing. Puak puak liberal ini yang sebenarnya kencing merata rata. Mereka hilang arah, hilang punca bila melihat ribuan orang Islam bersatu sokong RUU355 di Padang Merbok.

Lebih mereka runsing bila RUU355 ini menjadi medan penyatuan dan kesatuan ummah tanpa mengira parti politik dan warna kulit. Tuduhlah PAS kena kencing dengan UMNO, padahal format asal pembentangan RUU355 tidak pun berubah. Mati kutu lagilah puak puak liberal ini. Apa lagi yang mereka hendak cakap selepas ini?

Tulisan :
Beruang Biru
BB353, Khamis
30 Mac 2017

WALAUPUN TIDAK DIAMBILALIH OLEH BARISAN NASIONAL, PAS TETAP AKAN BENTANG RUU355 DI PARLIMEN!!!



PAS akan tetap meneruskan pembentangan usul persendirian rang undang-undang pindaan Mahkamah Syariah (Akta Mahkamah Syariah) atau RUU355 walaupun Kerajaan memutuskan untuk 'memulangkan' kembali usul tersebut kepada Presiden PAS untuk dibentangkan sebagai usul persendirian. Apatah lagi Usul tersebut asalnya dibuat oleh PAS sendiri.

Ketua Ulama PAS, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, dia sudah 'menjangkakan' keputusan tersebut akan dibuat oleh Barisan Nasional. 

"Kami tahu Barisan tidak akan membentangkan Usul ini kerana mereka tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan rasmi kepada Ahli-Ahli Parlimen UMNO untuk menyokong atau mengundi Usul ini," katanya. 

Najib Abdul Razak pada malam Rabu mengumumkan, Kerajaan tidak akan mengambilalih Usul Persendirian PAS untuk meminda akta berkenaan. Menurut Perdana Menteri, keputusan tersebut selari dengan prinsip konsensu di dalam Barisan Nasional sambil menambah Usul berkenaan akan kekal sebagai Usul Persendirian sekiranya dibentangkan di Dewan Rakyat. 

Ekoran itu, Mahfodz berkata, PAS akan kembali kepada pelan asal, yang membolehkan Presidennya, Abdul Hadi Awang yang juga merupakan Ahli Parlimen Marang untuk membentangkannya di Parlimen. 

Menurut Mahfodz, walaupun kelihatan mustahil untuk Usul tersebut diluluskan, tetapi dia percaya, Usul tersebut telah pun mencapai kejayaan ekoran kebenaran Speaker untuk sebutannya sebanyak dua kali sebelum ini di Parlimen. 

"Kami berhadapan dengan pelbagai kesulitan untuk membawa Usul ini ke Parlimen sebelum ini, tetapi sekarang ia dibenarkan untuk dibentangkan dan dibahaskan. Sekalipun kami juga tahu, ia sukar untuk untuk dimenangi, tetapi ia sudah pun menunjukkan kemajuan."

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama, Nasruddin Hassan berkata, PAS tidak terkejut dengan keputusan Barisan. Menurutnya, satu-satunya perbezaan sama ada Usul tersebut dibentangkan oleh Kerajaan atau PAS ialah keutamaannya dalam senarai Kertas Senarai Parlimen. Kalau dibentangkan oleh Kerajaan, ia akan diberikan keutamaan, manakala seandainya dibentangkan oleh PAS, bergantung kepada budibicara Speaker. Proses seterusnya adalah sama, iaitu bahas dan undi sebelum dibuat Bacaan Kali Kedua yang juga akan dibahas dan diundi sebelum Bacaan Kali Ketiga yang turut akan dibahas dan diundi di Dewan Negara.

PKR DAN AMK JADI SYAITAN APABILA KERAJAAN UMUMKAN TAK JADI BENTANG RUU355 DAN SERAH BALIK KEPADA PAS UNTUK PEMBENTANGAN KALI PERTAMA!!!



RUU355 hangat kembali!

Ini adalah ekoran kenyataan Perdana Menteri yang juga merupakan Pengerusi Barisan Nasional bahawa Barisan Nasional yang merupakan Kerajaan tidak akan membentangkan RUU355 sebaliknya menyerahkan kembali kepada PAS untuk membentangkannya sebagai usul persendirian sama seperti sebelumnya. Keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira konsensus antara parti-parti komponen BN.

Kenyataan tersebut bertentangan dengan kenyataan awal yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa BN akan mengambilalih pembentangan tersebut dari PAS bagi membolehkan usul tersebut didahulukan bagi tujuan perbahasan dan kelulusan.

Keadaan tersebut membuatkan PKR melihatnya sebagai peluang untuk kembali memujuk PAS bersama-sama PKR dan 'meninggalkan' UMNO. AMK dalam satu kenyataan menyatakan, PAS telah dipermain-mainkan oleh UMNO walaupun pada ketika kenyataan bahawa BN akan mengambilalih pembentangan RUU355, AMK bertegas mengatakan PAS telah menjadi sebahagian daripada UMNO, manakala PAN pula menuduh, itu adalah bukti PAS bersekongkol dan menjalinkan kerjasama dengan UMNO.

AMK meminta PAS agar 'membuang yang keruh, ambil yang jernih' ekoran keputusan Perdana Menteri itu dan menyeru PAS kembali bertahaluf siyasi dengan PKR untuk menumbangkan Barisan Nasional.

Kalau ikutkan PKR dan AMK, RUU355 memang dah hancurlah. BN (baca UMNO) dah tipu PAS. Tapi seperti yang dikatakan oleh Nasruddin Tantawi dalam kenyataan terbaharunya, kalau PAS bentang, BN dikatakan telah menipu PAS. Kalau BN bentangkan di Parlimen, PAS pula dituduh telah menjadi komponen BN dan telah makan dedak UMNO.

Hakikatnya, ramai yang keliru bahkan sewenang-wenangnya membuat andaian dan kesimpulan seolah-olah RUU355 telah ditolak oleh kerajaan sebaliknya kekal sebagai rang undang-undang persendirian yang akan dibawa dan dibentangkan oleh PAS.

Pembentangan Rang Undang-Undang Persendirian di Parlimen bermakna versi RUU355 yang dicadangkan oleh PAS akan terbuka kepada perbahasan dalam Dewan Rakyat. Apabila dibahaskan, maka terserahlah kepada proses demokrasi berparlimen untuk membincangkan secara pro dan kontra setiap aspek dalam pindaan yang dicadangkan.

Sekiranya RUU355 diterima kelak selepas dibahaskan dengan majoriti mudah (walaupun hanya kelebihan satu undi berdasarkan kehadiran Ahli Parlimen waktu pengundian), maka RUU ini akan berpindah menjadi RUU Kerajaan.

Bila dah jadi RUU kerajaan maka prosesnya ialah Kerajaan berhak meneliti kembali aspek-aspek di dalam cadangan awal pindaan yang dibuat oleh PAS sama ada untuk meminda bagi tujuan menambah baik atau kekal sebagaimana versi RUU persendirian.

Setelah Kerajaan meminda dan menambah baik RUU355 ini, maka notis akan diserahkan kembali kepada Parlimen sebagai Bacaan Kali Kedua RUU355 bagi tujuan dibahaskan buat kali kedua. Seandainya diluluskan, barulah akan menjadi Bacaan kali ketiga dan dibawa ke peringkat Dewan Negara pula untuk dibahaskan.

Pastinya kerajaan akan mengambil kira faktor rakyat berbilang agama di negara ini, selain mengambil kira pelbagai faktor lain termasuklah yang menjadi polemik dan kekeliruan di kalangan rakyat terhadap cadangan pindaan RUU355 versi PAS.

Kerajaan yang samalah yang telah berusaha memartabatkan institusi mahkamah syariah semenjak Akta 355 diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 1965 sebelum dipinda buat kali pertama pada tahun 1984 dan pindaan kali kedua pada tahun 1989.

Semenjak tahun 2007 pula, Kerajaan yang sama jugalah yang menubuhkan jawatankuasa mengkaji pindaan Akta 355 walaupun mungkin berbeza daripada versi yang dicadangkan oleh PAS.

Jadi, tiada masalah sekiranya RUU355 kekal sebagai usul persendirian yang akan dibentangkan oleh PAS selepas penambahbaikan seperti yang dikatakan oleh Presiden PAS dibuat. Ini adalah kerana jikalau dibahaskan dan dipersetujui nanti, Kerajaan jugalah yang akan membentangkannya semula ke Parlimen.

Tindakan PKR dan AMK yang terlebih awal meloncat sebenarnya menunjukkan betapa terdesaknya parti tersebut mahu mendapatkan kembali PAS bagi kepentingan kewujudan mereka sendiri. Ia langsung tidak kena-mengena dengan pemerkasaan Akta Mahkamah Syariah yang mereka tentang kerana DAP menentang!


Friday, February 17, 2017

PKR TENTANG HABIS-HABISAN HIMPUNAN RUU355 ESOK KERANA BIMBANG TIDAK DAPAT UNDI BUKAN ISLAM!!!



Semakin berketuntang penentang-penentang RUU355 apabila semakin hampir Sabtu 18 Februari 2017. Dan walaupun berkali-kali sudah diberitahu bahawa RUU355 langsung tidak kena mengena dengan hukum hudud, hudud jugalah yang digunakan sebagai hujah untuk menentang RUU355.

RUU355 adalah tentang Akta Mahkamah Syariah yang terhad kepada umat Islam sahaja, selain itu tertakluk kepada had hukuman maksimum yang ditentukan oleh Akta Persekutuan. Akta 355 hanya memberi autonmi yang lebih besar kepada negeri untuk mencegah maksiat dan salah laku syariah. Akta ini juga tidak memperuntukkan sebarang undang-undang hudud mahupun qisas sebaliknya sekadar menaikkan kadar hukuman kepada kadar yang lebih tinggi berbanding sebelum RUU355. Ia juga tidak menyentuh bidang kuasa mahkamah sivil untuk membicarakan kes-kes jenayah di bawah Kanun Keseksaan. 


Khabarnya, dalam satu keputusan Mesyuarat Biro Politik Bil. 1/2017 bertarikh 10 Januari 2017 menyatakan, Biro Politik bersetuju supaya KEADILAN tidak menyertai himpunan berkaitan usul pindaan RUU355 anjuran Parti PAS yang akan diadakan pada 18 Februari 2017 nanti. 

Dengan kata lain, PKR sudah pun menyatakan penentangan mereka terhadap RUU355 memandangkan sebilangan besar ahli dan pemimpin PKR terdiri daripada golongan bukan Islam. Bimbang undi daripada golongan bukan Islam tidak akan diperolehi, membuatkan Biro Politik PKR mengambil keputusan untuk tidak menyertai himpunan berkenaan.

Kebenaran sebenar ditutup-tutup atau diselindungkan. Undi daripada bukan Islam jauh lebih penting, walaupun RUU355 bagi memperkasakan Akta Mahkamah Syariah (Akta 355) langsung tidak ada kena-mengena dengan hudud. 


Sebenarnya, PKR yang dipimpin oleh Wan Azizah Wan Ismail PERLU mengambil tindakan tersebut. Ini adalah kerana kepercayaan bahawa undi orang Melayu-Islam kepada PKR tidak sebanyak dan sekuat undi bukan Islam. 

Pemerkasaan undang-undang syariah dianggap tidak penting bahkan boleh menyebabkan DAP marah. Kalau DAP marah, susahlah PKR. Bahkan sebilangan pemimpin politik dari BN pun turut sama rasa susah kerana percaya, undi-undi dari bukan Islam akan lari.

Itu sebablah, RUU355 perlu ditentang habis-habisan. Kalaupun tidak secara lisan, sekurang-kurangnya dengan cara memulaukan himpunan yang akan diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada pagi 18 Februari 2017.

Menjadikan Islam dan halehwal Islam sebagai modal untuk mendapatkan sokongan daripada bukan Islam, sudah menjadi satu kebiasaan di kalangan parti-parti politik di Malaysia, khususnya PKR dan sebilangan besar parti-parti yang berasaskan kaum Cina. Kebimbangan Islam akan menjadi dominan di negara ini dan kemudian bukan Islam akan mati dibom atau disembelih, kerapkali digambarkan oleh pemimpin-pemimpin berkenaan. 


Sedangkan pada masa yang sama, negara ini yang dibina dari asas pelbagai Empayar Melayu Islam termasuklah Melaka telah lama menjadikan undang-undang syariah sebagai elemen utama. Persekutuan Malaysia bagaimanapun, dikenakan syarat agar menggunakan undang-undang sekular ciptaan British sekiranya mahu merdeka. Pun begitu, beberapa klausa dalam Perlembagaan Malaysia memberikan peruntukan untuk Islam dan undang-undang Islam biarpun sekadar dikuatkuasakan untuk umat Islam sahaja. 

Sekiranya benar negara ini bakal ditadbir mengikut kaedah TALIBAN kerana pemerkasaan Akta Mahkamah Syariah menerusi RUU355 sebagaimana yang kerapkali dituturkan oleh pemimpin PKR dan PAN serta DAP, pastinya perkara pertama yang telah dilakukan terlebih dahulu adalah PENGHAPUSAN HAK BERPOLITIK BUKAN ISLAM dan BUKAN BUMIPUTERA.

Walhal, dari semenjak PRU pertama pada tahun 1955, hak berpolitik bukan Islam dan bukan Bumiputera tetap terjamin sehingga ke hari ini, sehinggakan mereka begitu bebas membuat fitnah ke atas Islam, hal ehwal Islam dan umat Islam termasuklah menggunakan orang Melayu-Islam seperti yang terdapat dalam PKR untuk menentang apa-apa sahaja yang berkaitan dengan hal ehwal Islam di negara ini. 


Tuesday, May 31, 2016

PARA PEMIMPIN UMNO PERLU DIPERSALAHKAN ATAS KEJAHILAN PARA PEMIMPIN PARTI KOMPONEN YANG MENENTANG PINDAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH!!!



Saya sangat kecewa dengan reaksi yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga pemimpin ini. Bagaimanapun, kita tidak terkejut apabila The Star menjadikan reaksi ketiga-tiga pemimpin ini sebagai berita muka hadapan akhbar tersebut.

Saya mengutamakan agama saya. Bukan PAS, bukan BN, bukan UMNO. Parti yang menjunjung Islam adalah parti yang akan mendapat undi saya. Parti yang menolak Syariah, tidak akan mendapat sokongan saya. Saya menghormati sesiapa sahaja yang mengutamakan agamanya. Kita juga harus menghormati dan kembali kepada Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sekiranya berlakunya pertembungan kepentingan. Kalau tidak, sampai bila-bila pun masalah tidak akan selesai dan keamanan tidak dapat dicapai. Bagaimanapun, kita berharap bukan Islam juga akan menyokong undang-undang baru atau pindaan yang bertujuan untuk mengurangkan jenayah dan tidak menyebabkan kemudaratan kepada rakyat yang tidak bersalah. Pada ketika anda berhak untuk membantah, ia tidak akan membantu sekiranya kami tahu anda bersikap jahat terhadap inisiatif terhadap kebajikan umat Islam dan negara hanya kerana terdapat elemen Islamik di dalamnya.

Saya mulai teruja dengan perkembangan terkini yang memperlihatkan kita sedang menuju keharmonian kaum semula selepas kerosakan yang dilakukan oleh DAP tetapi kini, politikus-politikus paranoid mula melatah dan mendedahkan belang mereka yang anti undang-undang syariah. Ini telah menyebabkan umat Islam negara ini menempelak para pemimpin ini dan parti-parti mereka dan hasilnya, rakan-rakan bukan Islam juga akan tersinggung. Rakan-rakan bukan Islam, walaupun tidak berniat buruk, turut menyinggung rakan-rakan Islam mereka. Mujurlah perdebatan antara kawan-kawan masih kekal mesra berdasarkan keadaan. Semoga perbezaan pendapat dan emosi ini akan terus terkawal.


Dan di sinilah di mana para pemimpin perlu tahu bagaimana untuk berkelakuan seperti pemimpin. Mereka seharusnya merujuk kepada para pemimpin Islam untuk lebih memahami Usul tersebut atau sekurang-kurangnya menyatakan, yang mereka perlukan masa untuk mengkaji Usul itu berbanding menunjukkan sikap TERKEJUT BERUK. Saya rasa ahli-ahli politik beragama Islam di dalam kerajaan perlu dipersalahkan kerana tidak memberikan penjelasan yang betul atau sekurang-kurangnya mengelakkan para pemimpin bukan Islam itu daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan negatif sehinggalah ia diselesaikan secara dalaman, walaupun ianya sekadar satu usul persendirian. Sepatutnya wujud satu proses perundingan berbanding membiarkan para pemimpin bukan Islam itu terawang-awang dan meraba-raba sendiri.

Bagaimanapun, saya berasakan MCA sekurang-kurangnya perlu lebih sensitif terhadap populasi umat Islam di negara ini selepas mereka dimalukan pada dua PRU lalu dan mereka masih lagi diberikan kedudukan dalam Kabinet. Bagaimana MCA mahu mengharapkan undi orang Melayu jikalau para pemimpin MCA berkelakuan tidak ubah seperti para pemimpin DAP?

Masih belum terlambat untuk membetulkan semula keadaan dan kita boleh mengambil inisiatif kita sendiri untuk mewujudkan persefahaman antara umat Islam dan bukan Islam berbanding menunggu arahan daripada ahli-ahli politik yang tidak boleh diharap.

Saya ada menulis sedikit sebanyak tentang sejarah Syariah di negara ini. (RUJUK DI SINI) yang mana turut mengandungi pautan kepada posting tentang sejarah ketibaan Islam di negara ini oleh The Patriots. (RUJUK SINI)

Semoga persahabatan kita berkekalan. Insyaallah.

AZMI ARSHAD


Sunday, May 29, 2016

ORANG BUKAN ISLAM TAK PERLU MENYIBUK DAN MASUK CAMPUR, KATA HADI AWANG!!!



Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyelar segelintir pihak yang mempertikai usul Rang Undang-Undang (RUU) persendirian untuk meminta Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang dibentangkannya di Parlimen, kelmarin.

Katanya, orang bukan Islam sepatutnya tidak masuk campur.

“MIC dan MCA lebih faham dan DAP pula tidak faham, ia sangat mendukacitakan. PAN pula tidak faham sempadan,” katanya dalam satu sidang media di Markas PAS, Simpang Lima malam tadi.

Mengulas lanjut Hadi berkata, DAP sebenarnya mempunyai agenda untuk memburukkan agama Islam.

“Ada agenda di belakang DAP yang cuba hendak memburukkan Islam. Mereka bimbang sekiranya akta itu dilaksanakan, ia akan mendapat respon positif daripada penganut bukan Islam,” katanya lagi.

Ini dibuktikan apabila DAP dengan lantang menyatakan bangkangan selepas Hadi membentangkan RUU berkenaan di Dewan Rakyat.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, menyifatkan bahawa rang undang-undang persendirian yang dibawa Abdul Hadi tidak mengikut Perlembagaan.

Begitu jugan dengan Timbalan Setiausaha Agung DAP, P. Ramasamy menganggap RUU yang dibentangkan tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan dan perasaan orang bukan Melayu di negara ini.

Dalam perkembangan lain, Hadi semalam turut membidas segelintir pihak yang mempersoalkan pemilihan Dr Abdul Rani Osman sebagai calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

Katanya, perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana pemilihan orang luar bukan sesuatu yang luar biasa.

“Lim Guan Eng (Ketua Menteri DAP) bertanding di Pulau Pinang, walhal dia bukan orang Pulau Pinang. Jadi tidak ada masalah,” katanya.

PAS mengumumkan untuk mempertaruh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Abdul Rani Osman dan Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad, sebagai calonnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, 18 Jun ini.

Kerusi Parlimen Sungai Besar kosong berikutan kematian penyandangnya, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dalam tragedi helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu. (ISMAWEB)


PUNYALAH BUTA PERUT, HAL-EHWAL ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN DINAFIKAN, SEKOLAH-SEKOLAH VERNAKULAR YANG TIDAK ADA DALAM PERLEMBAGAAN DIBELA!!!



Kata dua beberapa Menteri Kabinet dari MCA dan GERAKAN kepada kepimpinan UMNO berhubung RUU Hukum Hudud yang dibentangkan oleh Presiden PAS, sememangnya cukup menyakitkan hati.

Undang-undang tersebut sekiranya diluluskan, hanyalah memperkasakan undang-undang syariah sedia ada yang kerana Perlembagaan, menyebabkan undang-undang itu hanya dikuatkuasakan kepada umat Islam negara ini sahaja. Tiada seorang bukan Islam pun yang pernah dihadapkan, dibicarakan dan disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Syariah.

Jadi, muncul persoalan besar, apa masalah sebenarnya puak-puak ini begitu beria-ia menentang pemerkasaan Undang-Undang Syariah di negara ini?

Lainlah kalau UMNO dan PAS bergabung bersama-sama parti Bumiputera lain dan mereka menguasai lebih dua pertiga kerusi Parlimen majoriti sekaligus membolehkan Perlembagaan dipinda dan undang-undang yang digunapakai di negara ini adalah Undang-Undang Syariah sepenuhnya yang terkandung di dalamnya adalah Hudud, Qisas dan Takzir.

Kedudukan agama Islam dan hal-ehwal agama serta tadbir urus umat Islam, sudah dinyatakan secara terang di dalam Perlembagaan. Puak yang diketuai oleh DAP, sekarang ini menggunakan Perlembagaan untuk menutup kejahatan dan sikap dengki mereka sedangkan mereka sendiri tidak begitu memahami Perlembagaan Persekutuan.

Pada bahagian manakah yang dikatakan bertentangan dengan Perlembagaan? Pada menyatakan bahawa semua undang-undang lain yang bertentangan dengan Perlembagaan terbatal (ARTIKEL 4 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN).

Bagaimana pula dengan ARTIKEL 3 (5) berkenaan Agama Persekutuan yang membabtikan peruntukan-peruntukan bagi hal ehwal agama Islam?


Bagaimana pula dengan Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan yang tidak terdapat langsung peruntukannya di dalam Perlembagaan Persekutuan?

Mengapa pula dalam hal ini, para pemimpin MCA, GERAKAN dan DAP langsung tidak bersuara sedangkan sekolah-sekolah vernakular tersebut jelas bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan membabitkan pendidikan?

Kalau kerajaan sudah bertoleransi dengan kewujudan sekolah-sekolah vernakular yang melahirkan chauvanist yang tidak mampu bertutur dan menulis dalam Bahasa Kebangsaan secara fasih, malah gagal menyanyikan lagu Negaraku, mengapa pula mereka terlalu sibuk dalam hal-ehwal agama Islam?

Elok jugalah mereka meletak jawatan atau keluar dari Barisan Nasional memandangkan selama ini pun mereka lebih banyak menumpang Melayu dan Bumiputera untuk memperolehi kedudukan sekarang. Elok juga Kabinet terdiri daripada Melayu dan Bumiputera yang lebih memahami keperluan undang-undang syariah sekalipun ramai Bumiputera yang tidak beragama Islam!!!


Friday, May 27, 2016

HUDUD: NAK MARAH APA, JANJI KESEMUA MEREKA SOKONG TUN GULINGKAN NAJIB!!!



Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi mengemukakan rang undang-undang persendirian berhubung pelaksanaan undang-undang jenayah syariah di Dewan Rakyat.

Rang undang-undang persendirian itu disenaraikan sebagai agenda terakhir dalam aturan mesyuarat pada hari akhir sidang Dewan Rakyat hari ini.

Ini adalah kali ketiga Ahli Parlimen Marang itu mengemukakan rang undang-undang yang serupa ke Parlimen selepas dua cubaan sebelum ini pada tahun lepas.

Sama seperti sebelum ini, rang undang-undang persendirian ini juga dipercayai tidak akan sempat dibentangkan dalam persidangan.

Rang undang-undang persendirian itu bertujuan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang akan membuka jalan kepada pelaksanaan hudud dan qisas di negara ini.

Presiden PAS itu kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan PAS mengemukakan rang undang-undang persendirian (RUU) itu.

Baru sahaja kemukakan RUU, tetapi DAP dan beberapa orang Ahli Parlimen bukan Melayu dari BN, melompat, meloncat dan menyeranah UMNO kerana kononnya telah mengkhianati Perlembagaan Malaysia. 

Tidak cukup dengan itu, salah seorang Exco Negeri Kedah dari Kedah, Leong Yong Kong mengambil tindakan keluar parti tetapi tidak meletak jawatan sebagai Exco Negeri kerana menentang RUU itu. 

Reaksi yang ditnjukkan oleh pemimpin-pemimpin golongan bukan Islam yang terdiri daripada cauvanis DAP seperti Ong Kian Min, Anthony Loke Siew Fook, Teresa Kok Suh Kim dan Chong Chien Jen yang bermati-matian menentang dan berusaha menggagalkan Abdul Hadi Awang daripada membentangkan RUU itu memperlihatkan sikap mereka yang jahat walaupun RUU tersebut bertujuan untuk permulaan tindakan dan penguatkuasaan undang-undang ke atas umat Islam di Kelantan.

Tidak cukup dengan itu, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P.Ramasamy kemudiannya mencabar parti-parti seperti MCA, MIC, SUPP dan GERAKAN meninggalkan Barisan Nasional sebagai cara menekan dan menggugut UMNO agar tidak menyokong RUU itu. Manakala Ahli-Ahli Parlimen bukan Islam dari BN seperti Ong Ka Chuan, Dr. Wee Ka Siong, Mah Siew Keong, Ti Lian Ker dan lain-lain lagi turut menunjukkan permusuhan dan kebencian secara terbuka kepada usaha untuk memperkasakan undang-undang Islam di negara ini. 

Aneh, mengapa mereka perlu menentang sedangkan perundangan ini hanya tertakluk kepada umat Islam dan langsung tiada kaitan dengan bukan Islam.

Apakah kebimbangan 87 orang Ahli Parlimen UMNO akan menyokong RUU PAS, sekaligus mewujudkan satu kerjasama politik jitu antara umat Islam, sebenarnya yang membimbangkan mereka?

Tapi buat apa nak marah, kan? Sebab sebahagian besar daripada penentang RUU ini adalah penyokong kuat Mahathir dalam gerakan menggulingkan Najib, UMNO dan Barisan Nasional. Mungkin tentangan ini merupakan pemangkin dan pencetus kepada penubuhan sebuah parti politik yang diterajui oleh Mahathir, yang bukan sahaja menentang Najib, UMNO dan Barisan Nasional tetapi juga memastikan RUU tersebut tidak dibahaskan dan kemudian diuji dengan sokongan Ahli-Ahli Parlimen di Dewan Rakyat. 


Tuesday, May 26, 2015

NIK ABDUH KATA, DIA AKAN JADI ORANG PERTAMA TENTANG PERLAKSANAAN HUDUD KALAU NAJIB NAK LAKSANAKANNYA SEKARANG!!!

Sekiranya kerajaan mahu melaksanakan hudud di Malaysia dalam masa terdekat, Nik Abduh Nik Aziz menjadi orang pertama tidak bersetuju.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu memberitahu, sekiranya secara tiba-tiba Perdana Menteri mahu berbuat demikian, ia bukan masa sesuai.

"Jika di Parlimen, YAB Pekan kata mahu laksanakan hudud di Malaysia pada tahun 2016, saya orang pertama bangun menentang," ujarnya pada Forum Israk Mikraj Menyingkap Keadilan Perundangan Islam di Masjid Al Azim, Pandan Indah malam tadi.

Menurut anak Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat itu, PM tidak wajar melaksanakan hudud kerana masih banyak soal maqasid syariah, masalah sosial dan ekonomi umat Islam yang perlu diselesaikan.

"Bagaimanapun, kalau nak laksanakan hudud di Kelantan, iya saya setuju kerana sudah 25 tahun bersedia ke arah perlaksanaan hukum hudud. Sepanjang pentadbiran Tok Guru (Nik Aziz) Kelantan sudah buat banyak persediaan dan beri Kelantan peluang melaksanakannya kerana ia amanah daripada rakyat kepada Kelantan walaupun ketika demokrasi cacat sekali pun," ujarnya.

Menurutnya, Kelantan sudah banyak kali mencuba membentangkan enakmen syariah tetapi gagal tetapi kali ini Dewan Undangan Negeri meluluskannya.

Jadi, katanya, beri peluang kepada Kelantan melaksanakannya.

"Ini tidak, kecoh macam Malaysia hendak melaksanakan hudud. Hudud ni di Kelantan sahaja kerana kami sudah bersedia," katanya sambil menekankan selain kefahaman tentang agama perlaksanaan hukum Allah juga memerlukan kuasa pemerintahan untuk berbuat demikian.

Menurut Nik Abduh, sekiranya alasan Kelantan negeri miskin, masalah kemiskinan tidak akan selesai sepenuhnya hanya kerana mahu melaksanakan hudud. Sepanjang pentadbiran Kelantan, negeri itu telah banyak membuat perubahan bersesuaian dengan Islam seperti menggunakan bank Islam bagi urusan kewangan negeri dan ia akhirnya ditiru oleh Putrajaya.

"Kelantan laksana cuti dua hari seminggu, dulu kata orang Kelantan malas sekarang tiru malah Malaysia sekarang paling banyak cuti," ujarnya lagi.--MalaysiaGazette

Sumber:


Saturday, May 16, 2015

PAS DESAK DAP DAN LIM KIT SIANG MOHON MAAF KERANA PERTIKAIKAN HUDUD!!!



PAS meminta Penasihat DAP Lim Kit Siang memohon maaf kerana mempertikaikan pelaksanaan hudud semasa menyampaikan ceramahnya di Kelantan, negeri yang melaksanakan undang-undang Islam itu.

Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS Pusat Datuk Dr Nik Zawawi Salleh berkata Lim sepatutnya lebih berhati-hati dalam ceramahnya di Padang Perdana di sini pada 10 Mei lepas, yang dianjurkan PAS Kawasan Kota Bharu.

Lim sepatutnya menghormati dasar PAS setelah dijemput bercermaah diKelantan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan muktamar Dewan Ulama PAS Kelantan di Markas Dewan Ulama (Madu) di sini, Sabtu.

"Beliau tidak sepatutnya bercakap begitu dan (Lim sepatutnya) lebih berhati-hati," katanya apabila diminta mengulas mengenai laporan akhbar berhubung kenyataan Lim itu.

Akhbar melaporkan bahawa dalam ceramah berkenaan, Lim menjadikan dua negara iaitu Jordan dan Mesir sebagai contoh kerana mempunyai lebih 90 peratus penduduk beragama Islam, namun sehingga kini tidak melaksanakan undang-undang Islam.

Lim dilaporkan berkata sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum, beliau mengingatkan semua parti yang berada dalam pakatan pembangkang supaya berpegang kepada janji asas yang sudah dipersetujui bersama.

Nik Zawawi berkata PAS sentiasa menghormati dasar DAP, dan pada masasama berharap DAP menghormati dasar PAS berasaskan persefahaman yang terbentuk dalam pakatan pembangkang.

Beliau berkata walaupun PAS boleh menyanggah banyak dasar-dasar yang diperjuangkan DAP, tetapi PAS tidak pernah berbuat demikian semata-mata kerana menghormati parti itu.

Pada 19 Mac lepas, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hudud selepas mendapat persetujuan sebulat suara daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk 12 ADUN dari Barisan Nasional (BN).

Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong menyelar PAS kerana menyifatkan ia sebagai parti melampau selepas mencabar perlembagaan rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di MahkamahPersekutuan.

Mah berkata apa yang amat membimbangkan parti itu ialah jika pelaksanaan undang-undang hudud tidak mengikut perlembagaan dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Gerakan mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Kami hanya mahu mempertikaikan apa yang dikatakan oleh para pemimpin PAS bahawa kami melampau sebab hujah kami ialah undang-undang hudud tidak berperlembagaan dan kami mengambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan jawapan kepada kekeliruan ini,"katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat parti di sini, Sabtu.

Mah, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata Gerakan mendukung Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi, dan "kita tidak mampu untuk mempunyai sistem undang-undang yang berbeza di negara ini. "



Monday, May 4, 2015

KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS KUALA TERENGGANU KATA, KALAU HUDUD DAN QISAS DIGUNAKN DI NEGARA INI, PEMBUNUH MYVI SOHEH AKAN INSAF!!!



1) Semua lapisan masyarakat Malaysia melahirkan kesedihan terhadap insiden kemalangan maut yang menimpa sebuah keluarga di Lebuhraya Duke semalam. Kemalangan yang menyebabkan kematian suami isteri beserta seorang bayi berumur 7 bulan.

2) Yang menjadi kemarahan awam adalah apabila dilaporkan bahawa kemalangan tersebut adalah disebabkan berlaku perlumbaan haram antara 6 buah kereta Myvi di tempat kejadian. Apa yang perlu kita fikirkan juga adalah bagaimana nasib 2 orang lagi anak mangsa yang masih lagi kecil untuk meneruskan kehidupan mereka di dunia ini tanpa tanggungan ibu bapa disisi.

3) Jika diteliti undang-undang Sivil, diperuntukkan di bawah Seksyen 41 yang pesalah hanya dikenakan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih sepuluh tahun. Serta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM10,000 dan hilang kelayakan daripada memegang lesen memandu selama tidak kurang dari tiga tahun.

4) Akan tetapi, keluarga mangsa tidak dapat pembelaan yang sewajarnya samada pampasan daripada penjenayah dan sebagainya. Bahkan, denda yang dikenakan kepada penjayah tersebut hanya diberikan kepada kerajaan bukannya kepada keluarga mangsa. Melainkan perlu melalui tuntutan file di mahkamah yang sudah pasti akan melalui prosedur dan kos yang berlainan.

5) Ia sangat berbeza dengan ketetapan yang telah ditetapkan di dalam Undang-undang Syariat dalam menyelesaikan kes ini. Dalam Islam, sebarang jenayah pembunuhan seakan-akan sengaja (Shibhu 'amd) tanpa niat, diwajibkan kepada penjenayah untuk membayar diyaat (Ganti rugi) kepada keluarga mangsa bukannya kerajaan.

6) Jika dibuka di dalam kitab-kitab fiqh seperti Fiqh Islam wa Adillatuh, Syeikh Wahbah Zuhaili menyebut bahawa diyaat yang dikenakan kepada jenayah pembunuhan tanpa niat (Dalam konteks kes ini) adalah diyaat mukhaffafah (Diyaat ringan), iaitu 100 ekor unta yang dibayar secara beransur-ansur selama 3 tahun dan setiap tempoh masa satu tahun dibayar 1/3 diyaat.

7) Walaubagaimanapun para ulama’ berpendapat boleh menggantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya pada masa tersebut. Diantaranya ialah:

a. Wang Emas – 1,000 dinar
b. Wang Perak – 10,000 dirham
c. Lembu – 200 ekor
d. Kambing – 2,000 ekor
e. Persalinan – 200 persalinan lengkap.

Kadar seekor unta misalnya RM4,000 maka jumlah satu diyaat penuh ialah RM 400,000. Manakala jika seekor lembu RM2,000 maka satu diyaat penuh ialah RM400,000. Begitulah nilai semasa satu diyaat penuh.

8 ) Cuba bayangkan jika di dalam kes ini yang menyebabkan kematian seramai 3 orang, maka penjenayah perlu membayar ganti rugi tersebut kepada waris mangsa dalam kadar 3 kali ganda daripada kadar diyaat asal iaitu dalam kiraan kasar adalah lebih kurang RM1.2 juta.

9) Disinilah dapat kita teliti rahmatnya undang-undang Syariah Islam berbanding undang-undang Sivil kerana ia bukan sahaja dapat menjatuhkan hukuman kepada penjenayah akan tetapi dapat membela waris mangsa dengan sewajarnya. Oleh kerana itulah PAS bersungguh-sungguh untuk memperjuangkan Undang-undang Syariat ini kerana ia jelas membawa rahmat dan kesejahteraan kepada alam keseluruhannya.

#Sokong_hudud
#Bantah_GST

Wan Muhammad Mizan Wan Abd Latiff
Ketua Penerangan DPPK K. Terengganu


Thursday, March 26, 2015

BAGHAL JENIS APA PEMIMPIN-PEMIMPIN PAS NIH? YANG DISIBUKKAN UMNO, RAMAI PEMIMPIN PAS YANG TOLAK HUDUD TU, TAK NAK TANYA?



Hari ini, Mahfuz Omar diarahkan keluar Dewan apabila terus mendesak dan marah apabila pada 11 Mac dalam Majlis Raja-Raja, Kerajaan tidak membawa usul hudud ke dalam mesyuarat tersebut. Kata mereka, Kerajaan atau lebih tepat lagi UMNO memungkiri janji dalam JawatanKuasa Teknikal Hudud.

Baghal apa agaknya Mahfuz Omar dan Ahli-Ahli Parlimen PAS dalam kes ini?

DUN Kelantan hanya luluskan Enakmen Undang-Undang Syariah (II) Kelantan pada 19 Mac. Majlis Raja-Raja bermesyuarat pada 11 Mac.

Bukankah sehingga 11 Mac, malah sampai sekarang pun, di kalangan PAS dan Pakatan Rakyat sedang bercempera kerana tidak menyokong dan menentang hudud?

Kenapa nak salahkan UMNO dan Kerajaan kerana tidak membawa usul hudud ke Majlis Raja-Raja dan mengamuk apabila mendapat tahu ianya tidak dibawa ke persidangan tersebut?

Takkanlah UMNO yang mendahului PAS sedangkan yang benar-benar memperjuangkan isu hudud adalah PAS?

Sepatutnya Mahfuz Omar dan Ahli-Ahli Parlimen PAS yang keluar Dewan kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan bahawa isu hudud tidak dibawa dalam mesyuarat Raja-Raja, lebih sibukkan dengan para pemimpin dan ahli-ahli PAS sendiri yang sedang menentang Hudud dan PAS selain memastikan DAP akur dengan rancangan hudud PAS, bukannya menentang seperti sekarang.

Lagipun, PAS adalah rakan sekutu DAP, bukannya rakan sekutu UMNO. Yang Mahfuz nak mengamuk tu pasai apa?

Macam mana nak usulkan isu hudud dalam mesyuarat Raja-Raja pada 11 Mac sedangkan DUN Kelantan baru meluluskannya pada 19 Mac. Berselang 8 hari. Kalau berselang 8 jam pun,tak boleh mendahului, apatah lagi 8 hari.

Sepatutnya selepas DUN, isu tersebut dibentangkan di Parlimen. Keputusan di Parlimen, barulah dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja, bukannya terbalik dan songsang sana sini.


Mahfuz dan Ahli-Ahli Parlimen PAS ni cerdik ke tidak? Ke sebab kalut sangat nak cover penentangan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan DAP, selain mahu menuduh UMNO menentang hudud untuk mudah dipersalahkan, walaupun pada 19 Mac, UMNO Kelantan telah terbukti menyokong dengan sokongan sebulat suara berbanding Husam Musa yang lari kononnya ke Turki tetapi setelah 'ditangkap' berceramah di PRK DUN Chempaka pada malamnya sehingga memaksa esoknya dia hadir sidang DUN?

Nampak sangat kerja-kerja bodoh ini didalangi DAP yang cuba mengelak daripada dipersalahkan kerana menentang kuat hudud. Nampak sangat Ahli-Ahli Parlimen PAS itu cuba menyembunyikan pendalangan dan jenayah DAP terhadap hudud dengan cuba menjadikan UMNO dan Majlis Mesyuarat Raja-Raja sebagai kambing hitam mereka.

Dah boleh baca dah!!!


HADI AWANG KATA, WAN AZIZAH TIDAK LEBIH DARI SEKADAR BURUNG KAKATUA YANG TAK TAHU APA YANG DICAKAPNYA!!!


19 Mac, Wan Azizah dengan penuh yakin memperkatakan tentang Fiqh Al-Awlawiyat, Maslahah Ummah dan Maqasid Syariah dalam usahanya meyakinkan DAP bahawa PKR mempunyai cara menolak hudud yang tidak akan membangkitkan kemarahan para penyokong Melayu-Islam, dan pada masa yang sama, berjaya pula menggunakan elemen agama untuk memperdayakan ahli-ahli PAS yang tidak begitu faham tentang fiqh siyasah melainkan sebagai burung kakatua yang mengulang-ulang kata ustaz masing-masing.

Hari ini, iaitu 26 Mac, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang membelasah Wan Azizah dan menyifatkan Wan Azizah sebagai burung kakatua yang tidak faham, tidak mengamalkan dan tidak mendalami apa yang dituturkannya, melainkan semata-mata berdasarkan skrip.


Suatu ketika dahulu, telah didedahkan bahawa Wan Azizah sebenarnya tidak tahu apa-apa sebaliknya sekadar bertindak sebagai burung kakatua yang membacakan skrip yang telah dikarang oleh Anwar Ibrahim. Wan Azizah seringkali terbabas atau out-of-date daripada maklumat terkini.

Samalah seperti dia membela suaminya, Anwar Ibrahim walaupun pada masa yang sama, dia tahu tentang segala bukti dan fakta yang tidak langsung dapat disanggah oleh belasan orang peguam upahan Anwar Ibrahim. Dia masih menyatakan suaminya difitnah dan sekarang menjadi tahanan politik di Penjara Sungai Buloh walaupun sebenarnya Anwar Ibrahim adalah BANDUAN JENAYAH LIWAT.

Tak lama dulu, Wan Azizah dikatakan sebagai burung kakatua, para pengikut PKR, mengamuk sampai mencakar-cakar tanah. Sekarang, Presiden PAS pula kata Wan Azizah burung kakatua... nak kata apa?

DAP BIJAK MENGATAKAN HUDUD LANGGAR PERLEMBAGAAN, MALAYSIAN MALAYSIA DAP TU TAK LANGGAR PERLEMBAGAAN?


Mengata orang, dia yang lebih.

Hudud kalaupun diluluskan, hanya dilaksanakan di Kelantan. Hanya dilaksanakan kepada umat Islam. Dan hukum hudud itu masih lagi di bawah kuasa Mahkamah Syariah tanpa sedikit pun melibatkan masyarakat bukan Islam.

Lim Kit Siang berkata pelaksanaan rang undang-undang kanun jenayah syariah hudud di Kelantan akan mencabul Perlembagaan Malaysia dan Perjanjian Malaysia 1963.

Macam ni, senang cerita... KEPALA BAPAK KAU LER APEK PUAKA!!!!

Dari tahun 1965 sampai sekarang, MALAYSIAN MALAYSIA yang diperjuangkan oleh DAP yang merupakan sinambungan daripada perjuangan Lee Kuan Yew-PAP tu, jadahnya apa?

Tak langgar Perlembagaan Malaysia dan Perjanjian Malaysian 1963?

Bukankah terang-terang MALAYSIAN MALAYSIA DAP itu mahu memansuhkan Artikel 152, Artikel 153, Artikel 10 membabitkan Islam, Artikel 11 membabitkan penyebaran agama lain kepada umat Islam, Artikel 3 pada menyatakan Agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan dan Artikel-Artikel lain yang berkaitan Melayu, Bahasa Melayu, Raja-Raja Melayu dan Agama Islam serta adat-istiadat Melayu?

Hudud melanggar perlembagaan atau Malaysian Malaysia sebenarnya yang lebih mendatangkan kemudaratan kepada Melayu-Bumiputera-Islam di negara ini? 


Tuesday, March 24, 2015

SIAPA DI KALANGAN UMNO DAN PAS YANG AKAN TOLAK RUU HUDUD PAS NANTI?




Bagi membolehkan RUU Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (Pindaan 2015), Pas hanya perlu melakukan salah satu daripada tiga perkara di bawah:

1. Meminda Akta 355 dan 356 (Akta Mahkamah Syariah) Bidang Kuasa Jenayah 1965 atau

2. Memohon kebenaran di bawah Perkara 76A (1) Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa kepada negeri Kelantan melaksanakan kanun jenayah syariah itu.

3. Meminda Perlembagaan

Untuk meminda dua akta (1) dan (2), Pas hanya memerlukan sokongan "simple majority atau 112 orang ahli parlimen sahaja bagi membolehkan ianya diluluskan.

Apakah cukup jumlah 112 untuk membolehkan undang undang itu dipinda di parlimen?

Dari 222 orang, jumlahnya ahli parlimen Islam adalah seramai 136 orang.

136 orang ahli parlimen Islam itu merangkumi :

1) Ahli parlimen UMNO – 87 orang
2) Ahli parlimen PBB – 10 orang
3) Ahli parlimen Bebas, Khalid Ibrahim – 1 orang
4) Ahl parlimen PAS – 21 orang
5) Ahli parlimen PKR – 15 orang
(tidak termasuk Anwar Ibrahim)
6) Ahli parlimen DAP – 2 orang

Dari jumlah ini, jumlah ahli parlimen Islam yang dijangka tidak akan menyokong RUU ini adalah seramai 25 orang, iaitu 7 orang daripada PAS (PasMa), 2 orang DAP dan 16 orang PKR termasuk Anwar)

Justeru jumlah ahli parlimen Islam yang dijangka menyokong RUU Hudud ini cuma 111 orang, tidak sampai 112 orang majoriti mudah.


DAP SALAHKAN UMNO KERANA PAS BENTANG HUDUD, MCA PULAU PINANG PULAK BALUN DAP SEBAB DAP SUKA PUTAR BELIT!!!



Timbalan Pengerusi MCA Pulau Pinang Tan Teik Cheng berkata bahawa seawal 2013 Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Presiden PAS Hadi Awang untuk "mengkhianati" masyarakat Cina. Kerajaan negeri Kelantan lulus rang undang-undang pindaan Hudud hari ini adalah perbuatan DAP diri sendiri!

Beliau berkata bahawa data telah menunjukkan DAP telah menandatangani perjanjian dengan PAS sebelum Pilihan Raya Umum 505 bermakna DAP sebulat suara dengan konsep memperjuangkan Negara Islam. Tetapi sekarang DAP membangkitkan bantahan kuat dengan hipokrit. Adakah DAP sedang memperbodohkan rakyat?

Tan Teik Cheng berkata bahawa facebook Hadi Awang juga menunjukkan perjanjian tersebut, untuk membuktikan bahawa DAP telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah Negara teokratik. Tetapi tiada seorang pun daripada pemimpin-pemimpin DAP berani untuk berbalas.

Beliau mendedahkan bahawa pada tahun 2013 Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah menandatangani perjanjian itu mewakili pihak DAP. Hadi Awang pulamenandatangani bagi pihak PAS. Perjanjian ini adalah seperti Wu San Gui membawa tentera Qing ke China dalam sejarah China, mengkhianati negara dan rakyat sendiri. DAP dan semua pemimpin parti ini benar-benar merupakan orang-orang berdosa masyarakat Cina!

Tan Teik Cheng berkata, DAP telah mengelirukan masyarakat Cina, "jika anda tidak mencuri atau merompak, tidak perlu takut kepada Hudud." mangakibatkan kaum Cina menyokong PAS sepenuhnya dalam Pilihan Raya Umum 308 dan 505. Hari ini, PAS menegaskan untuk lulus Hudud melalui dewan perundangan negeri. Mengenai hal ini, DAP perlu memohonan maaf secara terbuka, dan menunjukkan pendirian mereka untuk bertanggungjawab.

Beliau berkata pemimpin DAP masih tidak tahu keseriusan isu ini dan juga cuba mengelirukan masyarakat Cina, dengan mendakwa bahawa MCA dan Gerakan tidak berani untuk menentang UMNO kerana menyokong Hudud. Tetapi DAP seolah-olah lupa bahawa PAS yang membentangkan rang undang-undang Hudud tetapi bukan parti komponen BN.

Beliau percaya bahawa kredit DAP telah muflis. Jika masih ada rasa malu sedikit dalam DAP, mereka hendaklah segera meminta maaf kepada masyarakat Cina. Kerana mereka tidak berupaya untuk mempertahankan hak-hak orang bukan Islam dalam masyarakat Cina.

Beliau menegaskan bahawa DAP mempunyai bilangan ahli parlimen PR yang paling banyak. DAP perlu menggunakan pengaruhannya untuk memperhentikan Hudud yang akan dilaksanakan atau membiarkan undang-undang ini digantung.


INI PENDIRIAN NAJIB ABDUL RAZAK... UMNO TIDAK TOLAK HUDUD!!!



ALOR SETAR: Kerajaan tidak pernah menolak hudud sebagai hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT tetapi banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum ia dapat dilaksanakan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata banyak kekangan dan keutamaan yang perlu diselesaikan dan diperhalusi sebelum hukum hudud ini dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan matlamat hukum yang sebenar.

“Terdapat perbezaan yang cukup ketara antara menolak hukum hudud dengan tidak melaksanakannya kerana kekangan dan kesulitan yang pelbagai.

“Sebab itulah kita memerlukan ulama dalam kalangan mujtahid untuk memperhalusi dan melakukan ijtihad baharu dalam menentukan pelaksanaan hukum hudud supaya keadilan yang menjadi matlamat mampu ditegakkan,” katanya ketika merasmikan majlis penutupan Ijtimak Pondok Malaysia 2014 di sini hari ini.

Katanya kerajaan menyokong niat baik pihak mana sekalipun untuk melaksanakan hukum hudud tetapi ia perlu mengambil kira hal-hal lain yang menuju ke arah Islam yang sejati.

Najib berkata sebelum melaksanakan hudud, pastikan masyarakat Islam bersedia untuk melaksanakannya baik dari segi pemahaman, penghayatan, mental mahupun pemikiran.

“Begitu juga dengan masyarakat bukan Islam, perlu diberi kefahaman yang betul dan menyeluruh tentang hukum-hakam Islam supaya tidak wujud pandangan yang salah terhadap ajaran Islam yang suci ini,” katanya.

Perdana menteri berkata kerajaan istiqomah memartabatkan syiar dan syariat Islam dan mengamalkan pendekatan wasatiyyah yang bercirikan keadilan, kecemerlangan dan keseimbangan.

” Kerajaan juga komited melaksanakan Maqasid Syariah dalam system pentadbiran negara (menjaga dan memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta).

“Sebagai ajaran agama samawi, syariat dan akidah bergandingan menjadi teras dalam Islam. Dalam syariat, inilah intipati teras daripada Allah SWT untuk membimbing manusia dalam mengharungi kehidupan bersosial, berpolitik dan menjalankan misi khalifah di atas muka bumi. Ini termasuklah hukum hudud yang kembali hangat diperbincangkan,” katanya.


NIZAR JAMALUDDIN MASIH LAGI BERANGAN-ANGAN NAK JADI MENTERI BESAR PERAK DAN AKUR DENGAN KEHENDAK NGEH-NGA!!!



Tahun 2008 sehingga Februari 2009 mencatatkan sejarah paling menarik di Perak apabila seorang anak Melayu yang datang dari parti PAS, yang ceramahnya begitu hebat dengan unsur-unsur agama, tetapi apabila dilantik sebagai Menteri Besar Perak, dia hanyalah seorang barua yang seronok menjadi boneka melakukan pelbagai kerja untuk DAP atau lebih tepat lagi Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham. Tidak ada sebarang usahanya sepanjang 11 bulan sebagai Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin bertindak untuk kebaikan PAS, sebaliknya Nizar hanya memilih untuk memberikan pelbagai kelebihan dan keistimewaan kepada Nga-Ngeh dan DAP sehinggakan status tanah pajakan pun dijadikannya 999 tahun semata-mata kerana kehendak DAP.

Puak-puak PKR dan DAP sekarang ini cuba menjadikan UMNO sebagai kambing hitam mereka dalam isu hudud. UMNO dituduh sebagai pengatur politik hudud yang dibentangkan oleh PAS Kelantan dan kemudian disokong sebulat suara oleh DUN Kelantan, termasuklah dari kalangan UMNO dan wakil tunggal PKR.

DAP menerusi Lim Guan Eng menuduh UMNO telah berjaya memperdayakan Abdul Hadi Awang sehingga mengikut kehendak UMNO dan kemudian melemahkan Pakatan Rakyat.

UMNO yang dahulunya dituduh sebagai taghut, penentang al Quran, penentang Islam dan hukum hudud, kini dituduh sebagai dalang sebenar pembentangan hukum hudud di DUN Kelantan dan RUU di Parlimen. UMNO yang dahulunya ditentang, ditohmah, difitnah dan dikeji kerana menyatakan hudud masih belum boleh dilaksanakan selagi umat Islam di negara ini belum bersedia dari segi mental, ilmu, kesedaran, kemantapan akidah mahupun kekuatan ekonomi, sekarang ini dikatakan sebagai penyokong hudud dan dalang kepada keputusan PAS?

Keputusan yang dibuat oleh Nizar Jamaluddin, menunjukkan PAS sedang diambang kepupusan kesan daripada tahaluf siyasi dengan DAP. Hakikat yang selama ini ditolak oleh PAS sendiri, sedang terbentang di hadapan mata. Walaupun pada masa yang sama, mereka masih cuba menafikan peranan yang dimainkan oleh DAP dan kemusnahan dari dalam menerusi agen-agen DAP yang menyamar sebagai pemimpin PAS.

Apa lagi yang mereka boleh katakan apabila Nizar Jamaluddin secara terbuka menyatakan, kalau Pakatan Rakyat memerintah Perak kembali, undang-undang hudud tidak akan dilaksanakan di Perak?

Adakah itu juga kerja UMNO? Adakah Nizar Jamaluddin, Ngeh Kor Ham dan Nga Kor Ming dibayar oleh UMNO untuk mengeluarkan kenyataan tersebut?

Ahli-ahli PAS yang selama ini begitu taksub dengan DAP dan enggan menerima hakikat sebenar, sepatutnya sudah membuka mata dan menyedarkan diri mereka sendiri daripada lamunan dan mimpi-mimpi indah yang diberikan oleh DAP selama ini.

PAS tidak berguna barang seduit pun, melainkan untuk kemudahan DAP!!!

Tak sedar-sedar jugak lagi? UMNO juga yang dipersalahkan?


AKHIRNYA DAP PUN MAHU DAPATKAN BANTUAN UMNO WALAUPUN BERUSAHA UNTUK TUMBANGKAN UMNO DALAM DUA PRU LALU!!


Ini apa yang ditulis oleh Zhang Long Yan dalam Nanyang Siang Pau bertarikh 21 Mac 2015.

Sebelum PRU-12, pengundi-pengundi Cina begitu bimbang dengan undang-undang hudud. Bagaimanapun selepas Pakatan terbentuk dengan tiga parti pada 1 April 2008, DAP telah dilihat berjaya melakukan tugasnya untuk mengawal PAS. Masyarakat Cina begitu yakin dengan DAP dan mereka fikir, walaupun PAS mahu mengimplemenkan undang-undang hudud, PAS akan gagal kerana DAP bertindak sebagai benteng. 

Oleh kerana itu, hudud telah ditutup di bawah pemidang 'anti-korupsi dan anti-kronisme' yang dibangkitkan oleh Pakatan bagi melobi pengundi-pengundi Cina. Mereka sepakat dalam kempen anti-korupsi dan anti-kronisme selain menumbangkan Barisan Nasional. 

Para pemimpin DAP dalam mesej video Tahun Baru Cina menekankan tenang 'Berani Berubah' dan 'Mahu Ubah'. Beberapa propaganda lain turut dibuat seperti "PAS UNTUK SEMUA' atau 'Bulan Mewakili Hati' atau 'Mengapa Takut Dengan Hudud Kalau Anda Tidak Merompak dan Mencuri?". Malah terdapat juga propaganda kononnnya Roket dan Bulan adalah pasangan yang secucuk kerana Roket akan membawa anda ke Bulan. Sebahagian pemimpin Pakatan pula menekankan bahawa Hudud bukanlah polisi Pakatan Rakyat. Dengan kata lain, para pengundi tidak perlu gusar dan takut dengan hudud. 

Ramai pengundi Cina percaya dengan propaganda tersebut dan DAP berjaya memperolehi 38 kerusi Parlimen, PAS pula 21 berbanding 23 pada PRU-12 tahun 2008 dan 27 kerusi Parlimen pada PRU tahun 1999). Memandangkan PAS tidak mendapat banyak manfaat menerusi kerjasama dengan DAP, tiada sebab untuk PAS meneruskan kerjasama tersebut. Oleh kerana, lebih baik membuat u-turn daripada terpaksa mengorbankan cita-cita dan perjuangan mereka. 

Melihat tindakan PAS dari sudut perspektif parti politik, keputusan PAS untuk mengubah halatujunya merupakan tindakan logik dan praktikal. Sebahagian besar pengundi-pengundi Cina terpedaya dengan pembohongan DAP dan mahu 'mengajar' UMNO. Mereka telah 'mengajar' MCA, GERAKAN dan SUPP dalam pilihanraya PRU-12 apabila ketiga-tiga parti berteraskan kaum Cina itu gagal teruk untuk mendapatkan undi dan sokongan masyarakat Cina untuk Barisan Nasional sekaligus menyebabkan Barisan Nasional kehilangan penguasaan undi majoriti dua pertiga. 

Keputusan PRU-13 menyebabkan UMNO bertukar menjadi lebih konservatif dan mula mengabaikan MCA, GERAKAN dan SUPP setelah dua kali ditipu pengundi Cina. UMNO terpaksa bergantung kepada undi Melayu-Bumiputera sepenuhnya bagi meneruskan penguasaannya yang mana ianya adalah praktikal dan logik. 

Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong, yang dianggap ramai sebagai antara pemimpin Cina yang pakar tentang PAS, menggambarkan penentangan ke atas perlaksanaan hudud sebagai isu remeh dan 'kayu hanyut' yang digunakan oleh MCA untuk bangkit kembali meraih sokongan masyarakat Cina. 

Liew Chin Tong tidak sebijak mana seperti yang digambarkan. Sekiranya dia benar-benar tahu tentang PAS, tiada alasan baginya untuk menafikan bahawa penubuhan negara Islam adalah matlamat utama perjuangan PAS. Bagaimana dia boleh menyatakan isu ini adalah remeh sedangkan gabungan PAS-UMNO akan merealisasikan undang-undang hudud?




DAP masih cuba menafikan peranan dan tanggungjawab mereka dalam isu ini. Kemarahan masyarakat Cina kepada DAP kerana menyebabkan undang-undang hudud dibentangkan sekaligus menyaksikan kerjasama UMNO-BN akan lebih cepat terhasil, semakin hari semakin meluap-luap.

Apa yang dilakukan oleh DAP untuk mengatasi masalah tersebut?

Lim Kit Siang sendiri yang mencadangkan agar DAP menyertai Barisan Nasional dan membentuk Kerajaan Perpaduan yang baru. Lim Kit Siang dan DAP meminta bantuan UMNO, parti yang begitu dibenci oleh para pengundi Cina, yang mahu digulingkan dan dikeji tetapi sekarang dianggap sebagai penyelamat kewujudan dan kelangsungan DAP sendiri. 

Secara logiknya, masyarakat pengundi Cina seharusnya meraikan keadaan ini kerana inilah 'UBAH' yang mereka mahukan sangat. Mereka tidak seharusnya merungut dan marah-marah. Susah sangatkah untuk mereka berani mengakui yang mereka telah tersilap percaya dengan memilih DAP yang mempromosikan PAS selama ini? 

Orang Cina seharusnya menyalahkan diri mereka sendiri dan puak yang terlalu bijak mahu mewujudkan sistem dua parti!!! 


 
Blogger Templates