Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label pengangguran. Show all posts
Showing posts with label pengangguran. Show all posts

Wednesday, May 13, 2015

400 RIBU SISWAZAH MENGANGGUR, TAPI JUTAAN WARGA ASING BERSEPAH-SEPAH DI NEGARA INI!!!



Apabila muncul berita-berita seperti ini, maka sudah tentulah banyak pihak yang menuding ke arah Kerajaan. Akan dipersalahkan mengapa Kerajaan membekukan pengambilan kakitangan baru. Akan dipersalahkan, mengapa Kerajaan tidak membuka lebih banyak peluang untuk siswazah-siswazah penganggur itu.

Kalau semuanya bekerja dengan kerajaan, lebih baik kita tukar kerajaan negara ini menjadi 'KERAJAAN RAKYAT' atau Kerajaan Komunis yang sudah pasti, sebahagian besar daripada kita tidak akan bertoleransi tentang perkara berkenaan.

Tetapi pemikiran yang menjurus ke arah membebankan Kerajaan untuk semua masalah termasuklah masalah pengangguran, TERUTAMA SEKALI DI MALAYSIA, merupakan pemikiran ke arah mewujudkan sebuah Negara Komunis di mana Kerajaan mengawal segala-galanya, termasuklah siapa yang boleh makan apa, siapa yang boleh duduk di mana dan siapa yang boleh belajar apa!

Sektor awam mungkin sudah tepu, ditambah pula dengan ramai pula kakitangan awam yang sudah tidak mempunyai kerja sehingga mereka mempunyai terlalu banyak masa lapang untuk berpolitik dan MEMPRAKTIKKAN KEBEBASAN BERSUARA tanpa rasa takut walau sedikit pun pada tindakan tatatertib atau kehilangan kerja.

Namun di sektor swasta....

Dengan sikap prejudis dan menindas, kita seringkali dapat melihat, calon-calon yang memohon kerja kosong, diperlukan untuk bercakap, menulis dan mahir berbahasa Cina atau pun sebarang tempat telah dipenuhi oleh warga asing yang nampaknya lebih menonjol berbanding warga tempatan. Malahan kecenderungan pihak swasta untuk mengupah dan mengambil pekerja asing yang menurut mereka lebih mudah dikawal serta dibayar rendah, menyebabkan sektor swasta langsung tak terdesak untuk mencari pekerja di kalangan warga tempatan.

Apatah lagi dengan sikap sebahagian daripada generasi muda Malaysia yang amat memilih kerja, dan berharap mereka akan bekerja dalam bilik berhawa dingin, berpejabat walaupun sekadar menjadi kerani cabuk, kononnya setelah penat belajar dan setimpal pula dengan kelulusan merkea, merupakan faktor utama kepada kemelut ini.

Dalam keadaan di mana warga asing bersepah-sepah di negara ini, dan pada masa yang sama, warga tempatan yang mahu bekerja pula tidak dapat kerja, ia adalah amat memalukan. Kita bukannya bangsa yang pemalas seperti bangsa Eropah atau Amerika Syarikat. Kita adalah warga Asia yang biasanya bekerja lebih 10 jam sehari dan 6 hari seminggu.

Bab ni, rasa-rasanya Kerajaan yang perlu ditanyakan, mengapa tiada tindakan tegas mengekang warga asing di negara ini agar keutamaan diberikan warga tempatan. Mengapa Malaysia dijadikan sebagai TONG SAMPAH yang menerima segala warga asing termasuklah yang kita boleh tengok melepak dan berlagak seolah-olah merekalah tuan besar dengan penguasaan kawasan-kawasan tertentu di seluruh negara?

Bila agaknya operasi besar-besaran menghalau pendatang asing akan diadakan? Takkanlah seramai-ramai pendatang asing di negara ini, semuanya berpermit?

Hebat betullah kalau semuanya berpermit!!!


 
Blogger Templates