Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label atm. Show all posts
Showing posts with label atm. Show all posts

Sunday, September 4, 2016

BANTAI DULU, DAPAT SOKONGAN DULU, KEMUDIAN BILA DIKANTOIKAN, MINTA MAAF... SELESAI PERKARA!!!



Inilah yang sedang berlaku di Malaysia...

Demam media sosial menyebabkan hampir kebanyakan rakyat Malaysia berasakan mereka lebih bijak daripada orang lain, walaupun sebahagian besar daripada mereka, merupakan CACAT AKADEMIK semasa di bangku sekolah. Malah ada juga yang nak mengeja nama sendiri, walaupun dah tua bangka, masih tergagap-gagap tetapi bercakap perihal orang yang mereka benci, cukup lancar, lebih lancar dari air yang mengalir di sungai berjeram.

Berbekalkan LIKE dan SHARE serta komentar-komentar yang sama sejenis, Facebook merupakan medium terbaik walaupun amat diketahui bahawa medium tersebut amat terdedah kepada awam sekaligus mendorong pelbagai persepsi negatif terbina selain fitnah-fitnah yang mudah dicipta.

Seorang wanita yang suaminya adalah seorang pegawai tentera yang terkorban dalam satu bencana di Amerika Syarikat, menggunakan Facebook untuk mencipta persepsi dan tanggapan kononnya dia dan anak-anaknya tidak dipedulikan oleh Kerajaan Malaysia atau lebih tepat lagi Kementerian Pertahanan Malaysia.

Tulisannya menggambarkan kekejaman, penyelewengan dan penindasan serta kezaliman ke atas dirinya dan arwah suaminya. Komen-komen yang diberikan oleh mereka yang mengikuti postingnya, juga amat menarik.

Barangkali 'kesilapannya' ialah apabila dia membuat tuntutan daripada Menteri terbabit.



Dan Menteri itu pun memberikan jawapannya sekaligus mendedahkan bahawa wanita berkenaan telah menerima lebih dari SUKU JUTA RINGGIT daripada kematian suaminya.

Sokongan dan simpati yang diterimanya sebelum itu segera bertukar reaksi. Wanita berkenaan dilihat seperti seorang yang mengada-ngada dan keterlaluan apatah lagi dengan tulisannya yang memang mencari sokongan menerusi pembantaian ke atas Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Malaysia.

Suku juta ringgit, masih tidak cukup?

Yang dicakapkannya ialah pencen bernilai RM916.75 yang dikatakan tidak cukup untuk ketiga-tiga orang anaknya dan dia sendiri. Tetapi dia langsung tidak bercakap tentang lebih RM274,000 yang telah dibayar oleh Kementerian Pertahanan kepadanya.

Bila dah terkantoi, cepat-cepat keluarkan kenyataan minta maaf dan berharap isu itu tidak lagi dipanjang-panjangkan. Namun pada masa yang sama, masih lagi cuba menegakkan benang basah, kononnya dia cuma menuntut hak tanpa sedikit pun berasa kesal dengan pembohongan dan fitnah yang dibuat, bahkan tidak berterima kasih langsung dengan pampasan lebih suku juta ringgit yang telah diterimanya.


 
Blogger Templates