Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label hew kuan yau. Show all posts
Showing posts with label hew kuan yau. Show all posts

Thursday, July 27, 2017

SELEPAS MENAMAKAN DIRINYA SEBAGAI 'TOP DOG', PENCERAMAH TERKENAL DAP MELABELKAN DR. MAHATHIR SEBAGAI 'KUDA TUA' UNTUK SKRU MELAYU!!!



Penceramah DAP yang berasa dia sangat besar kepala dan terlalu memusuhi orang Melayu, bahkan dalam ceramah-ceramahnya sentiasa mencadangkan bagaimana Cina DAP boleh menguasai Melayu-Islam di negara ini, Hew Kuan Yau barangkali secara tidak sengaja telah memecahkan rahsia dan objektif utama DAP serta Lim Kit Siang. 

Dia yang turut dikenali sebagai 'Superman' mencipta satu lagi kontroversi yang sudah pasti tidak akan disenangi oleh Lim Kit Siang apabila menyamakan Dr. Mahathir sebagai 'keris' yang boleh digunakan untuk membunuh UMNO. 

Di dalam status Facebooknya, Hew memuatnaikkan gambar keris dan menulis petikan dalam bahasa Cina yang bermaksud, "Sekiranya kita hendak menjalankan tugas, kita perlu menajamkan senjata kita."

Menurutnya, untuk menghapuskan UMNO terutama di kawasan-kawasan luar bandar, 'kuda tua' adalah senjata paling tajam yang boleh digunakan. 

"Perlu diingat, kuda tua itu boleh menjadi alat untuk menentang Najib," tulisnya. 

'Kuda Tua' yang dimaksudkannya adalah merujuk kepada Dr. Mahathir yang namanya dalam Bahasa Cina kedengaran seperti perkataan yang bermaksud kuda. 

Pada Pilihanraya Negeri Sarawak lalu, Hew Kuan Yau mencetuskan kontroversi apabila dia menuturkan ayat 'Skru Melayu' yang kemudian cuba dinafikan oleh DAP sebagai pendirian rasmi parti tersebut. 

Ketika berkempen di Batu Kitang, Kuching, Hew menyeru para pengundi memilih calon DAP, Abdul Aziz Isa yang boleh digunakan oleh parti sebagai Melayu yang akan menyerang Melayu. 

Di dalam posting di Facebooknya, dia turut memperlekehkan mereka yang membenci Dr. Mahathir dan berkata, golongan tersebut gagal melihat apa yang perlu dilakukan. Dia turut menggesa para pengundi untuk mempergunakan kekuatan bekas pemimpin utama UMNO itu untuk menghapuskan UMNO. (RUJUK SINI)

Posting terbaharu Hew Kuan Yau itu, telah mendapat komen-komen menyokong daripada peminat-peminatnya yang rata-rata mereka adalah dari kaum Cina.


Thursday, March 23, 2017

REMAN DAH HABIS, HEW KUAN YAU BEBAS DENGAN JAMINAN POLIS!!!



Pakar ceramah DAP yang juga kurator Muzium Komik milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Hew Kuan Yau hari ini telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas tamat tempoh reman 3 hari. Dia telah ditahan di lokap balai polis di Kulai, Johor.

Isterinya, Shannon Lew memberitahu, Hew Kuan Yau telah dibebaskan daripada tahanan polis pada jam 12:55 tengah hari tadi. 

Menurut Shannon, Hew akhirnya menjamah makanan selepas mogok lapar yang dirasakan membolehkan dia berehat di katil hospital semasa tempoh remannya dengan semangkuk mee kari.

Semalam polis telah menghantarnya ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan selepas dia mengadu tidak sihat dan menghidap kencing manis. Rancangan Hew Kuan Yau untuk tinggal di katil hospital, tidak tercapai apabila pihak hospital mendapati dia sihat. Dia kemudiannya dihantar balik ke lokap polis. 

Hew Kuan Yau yang dikenali sebagai 'Superman' yang terkenal dengan kempen-kempen kebencian terhadap Melayu-Bumiputera dan Islam bagi meraih sokongan untuk DAP, telah ditangkap pada Isnin lepas ekoran postingnya dalam Facebook yang menghina Perdana Menteri dan isterinya.

Dia telah ditahan di Muzium Komik di KOMTAR dan kemudian dipindahkan ke Johor untuk pendengaran reman. Laporan polis terhadap Hew telah dibuat di Kulai, Johor. 

Posting Hew itu disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana salahguna fasiliti talian atau perkhidmatan talian. Seksyen tersebut memperuntukkan denda sebanyak RM50,000 dan penjara tidak melebihi setahun jikalau didapati bersalah. 


Wednesday, March 22, 2017

MACAM SIAL!!! BERLAGAK NAK MOGOK LAPAR 4 HARI KONON, 3 HARI DAH MASUK HOSPITAL... AKAL TAK MAHU DUDUK DI LOKAP!!!



Masa kat luar, dialah jaguh... cabar sana sini! 

Cabar bertumbuk! 

Cabar berMMA!

Dalam ceramahnya, berapi-api dia menghasut dan cuba mencetuskan ketegangan kaum dan kebencian orang Cina terhadap orang Melayu, khususnya para penyokong UMNO dan Barisan Nasional. Terlebih-lebih lagi kebencian terhadap Najib. 

Dia berkempen supaya menyokong Melayu-DAP supaya dapat mengitai Melayu dalam Kerajaan. Dia berkempen supaya Mahathir ditunggang oleh DAP supaya Mahathir dapat menumbangkan Najib dan DAP meraih keuntungan besar daripada kejayaan Mahathir. 

Hew Kuan Yau juga merupakan pakar ceramah DAP dan bekas Ketua DAP Teluk Intan yang merajuk apabila namanya tidak dicalonkan sebaliknya yang dinaikkan adalah Dyana Sofya, kekasih Zairil Khir Johari, anjing utama Guan Eng di Pulau Pinang. Agak lama dia menyepikan diri sehinggalah dia dipujuk oleh Kit Siang.

Dia juga terkenal sebagai Superman kerana kegemarannya memakai t-shirt Superman dan adiwira Barat lain. Dia juga adalah kurator muzium komik yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang walaupun dikatakan dia sudah dipecat dari DAP.

Hew Kuan Yau menggunakan kaedah perang saraf gaya komunis, iaitu menerusi propaganda bertulisan dan lukisan. Paling ketara ialah komik tentang keperwiraan Lim Guan Eng yang ditulis dalam tiga bahasa selain mencaci maki pemimpin utama negara ini terutama sekali Najib Abdul Razak dan isterinya, Rosmah Mansor. 


Akhirnya dia ditangkap kerana melakukan penghinaan melampau di Facebook. Dia telah ditahan reman selama 4 hari di IPD Kulai. Sama seperti para pemimpin dan pengikut komunis pada zaman darurat, penyokong DAP berhimpun dan menyuarakan sokongan kepada yang ditangkap. Tetapi memandangkan pada zaman sekarang tiada lagi undang-undang seperti ISA, maka mereka telah membuat kacau ganggu di hadapan IPD Kulai menyatakan tidak puas hati dan menyalakan lilin.

Reaksi yang berbeza ketika Exco Kerajaan Johor dan Ketua Pemuda Bahagian ditangkap tempohari atas kes rasuah. Para penyokong DAP, bahkan pemimpin tertinggi DAP memadankan muka mereka.

Konon-kononnya Hew Kuan Yau mahu mogok lapar sepanjang tempoh dia ditahan reman. Sebenarnya dia mencari jalan untuk 'BEREHAT DI KATIL HOSPITAL' dan enggan memberikan kerjasama kepada pihak polis atas alasan sakit. 


Dan itulah yang dilakukan oleh Hew Kuan Yau yang mungkin telah diberikan cadangan tersebut oleh pemimpin-pemimpin DAP yang lain sewaktu ditangkap. Hanya selepas 3 hari, Hew Kuan Yau dimasukkan ke hospital dengan alasan, kesihatannya terganggu, apatah lagi dia mengakui dia menghidap penyakit kencing manis.

Nampak tak bagaimana takut dan gentarnya puak-puak seperti Hew Kuan Yau apabila berhadapan dengan undang-undang? Mereka akan mencari jalan apa sahaja untuk melepaskan diri atau paling tidak menangguhkan kes sepertimana yang dilakukan oleh Lim Guan Eng dalam kes rasuah dan salahguna kuasanya!


Monday, March 20, 2017

MASA BELUM TANGKAP, HEW KUAN YAU RASA DIALAH SUPERMAN YANG HEBAT... BILA KENA TANGKAP, TAHU PULAK DIA KETAR!!!



Sudah lama sangat bekas Ketua DAP Teluk Intan, Hew Kuan Yau bersikap biadap, kurang ajar bahkan subversif termasuklah mempertikaikan kewujudan wilayah kedaulatan negara ini dengan mendakwa sebahagian perairan Malaysia merupakan hak Republik Rakyat China walaupun ICJ atau mana-mana entiti keadilan dunia tidak pernah memutuskannya.

DAP cuba 'menenangkan keadaan' kononnya pakar ceramah DAP itu telah keluar parti dan semua kenyataan-kenyataan subversifnya merupakan pendapat peribadinya semata-mata. Bagaimanapun, dari semasa ke semasa, laporan menunjukkan Hew Kuan Yau sangat aktif memberi ceramah untuk DAP.

Hew Kuan Yau paling popular dengan 'MELAYU SKREW MELAYU', klip video yang digunakan dalam kempen PRN Sarawak bagi DUN Batu Kitang di mana DAP mempertaruhkan seorang Melayu sebagai calon mereka. Calon Melayu itu dikatakan oleh Hew Kuan Yau, amat diperlukan supaya boleh menghentam Melayu/Bumiputera di DUN Sarawak demi kepentingan Cina-DAP.

Tiada sebarang ulasan daripada Lim Guan Eng dan DAP yang sebelum itu amat kuat mempertahankan Hew Kuan Yau. Hew Kuan Yau pula apabila tiada tindakan undang-undang ke atasnya, terus berlagak seolah-olah dia sangat kebal dan dia seolah-olah tidak boleh disentuh oleh undang-undang negara ini yang sentiasa lekeh di matanya.



Hari ini, dia telah ditangkap di Pulau Pinang, lebih tepat lagi di Muzium Komik yang merupakan antara jentera propaganda yang memaksumkan dan mempotretkan Lim Guan Eng sebagai saviour menerusi kaedah komik sepertimana yang gemar digunakan oleh diktator-diktator komunis.

Hew Kuan Yau telah ditangkap dan dibawa ke Johor setelah laporan polis tentangnya telah dibuat di Kulai. Peguamnya yang juga merupakan seorang lagi RACIST berbangsa CHOLA, RSN Rayer berkata, polis telah menyoalsiasat Hew Kuan Yau di Pulau Pinang terlebih dahulu sebelum dibawa ke Johor untuk disoalsiasat berhubung posting kurang ajarnya melibatkan Perdana Menteri dan isteri.

Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap Hew Kuan Yau yang semakin hari semakin melampau!


Tuesday, September 27, 2016

MALAYSIA BANKRAP TAHUN 2020, LIANG TECK MENG CABAR HEW KUAN YAU PERTARUH RM5 JUTA UNTUK BUKTIKAN!!!



1. Tujuan saya mengadakan persidangan akhbar pada hari ini adalah untuk menyangkal kenyataan yang dibuat oleh bekas ahli DAP Hew Kuan Yau di mana beliau mendakwa bahawa Malaysia akan menjadi muflis menjelang tahun 2020 semasa memberi ceramah kepada orang ramai.

2. Saya amat kecewa dengan dakwaan Hew yang tidak berasas dan mengelirukan orang ramai. Isu Malaysia akan menjadi bankrap bukannya isu baru, dakwaan tersebut sering dibangkitkan oleh pembangkang dan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sejak tahun 70-an sehingga ke baru-baru ini.

3. Selepas mencetuskan pelbagai kontroversi, pada bulan Julai, Hew terpaksa untuk undur diri sebagai ahli DAP untuk selamatkan imej parti dia. Walaupun kononnya sudah berhenti, Hew masih sering berkerja sebagai penceramah di pelbagai acara dan ceramah anjuran DAP. Ini bermakna, pengunduran Hew sebagai ahli DAP tidak bermakna.

4. Selama 40 tahun, ahli-ahli politik dari DAP sering menuduh Malaysia bakal bankrap ataupun menjadi negara gagal. Realitinya ialah ekonomi Malaysia semakin berkembang dan bertambah makmur sejak 40 tahun ini.

5. Kini pula sampai giliran Hew Kuan Yau yang cuba mengelirukan orang ramai dengan dakwaan sembarangan beliau yang tidak berasas dan hanya bertujuan untuk menghasut kemarahan orang ramai demi mencapai agenda politik.

6. Ahli-ahli politik seperti Hew mengemukakan fakta dan statistik ekonomi yang tidak betul kononnya Malaysia akan mengikut jejak Greece yang mengalami masalah ekonomi bagi menghasut orang ramai dengan menimbulkan rasa marah dan kebimbangan. Hakikatnya, Malaysia masih menjadi destinasi pelaburan asing, dakwaan tersebut terbukti salah dan tidak menjadi realiti

7. Pembangkang lebih gembira melihat kejatuhan ekonomi negara dan bertepuk tangan, hanya disebabkan oleh kepentingan politik mereka.

8. Mereka terus memburukkan negara tetapi tidak menyumbang kepada usaha kerajaan untuk mengatasi cabaran dan ketidakpastian ekonomi yang melanda negara kita.

9. Dengan ini, di bawah saksi peguam dan para pemberita di sini, saya ingin mencabar Hew Kuan Yau dalam perjanjian bertulis berikutan dengan dakwaan beliau.

10. Sekiranya Malaysia tidak menjadi bankrap pada tahun 2020 sebagaimana yang didakwa oleh Hew, maka beliau perlu menderma RM 5 juta kepada pertubuhan kebajikan yang dinamakan oleh saya. Akan tetapi, sekiranya Malaysia betul betul bankrap pada tahun 2020, saya dan sekumpulan kecil ahli perniagaan akan menajakan RM 5 juta kepada pertubuhan kebajikan yang dinamakan oleh beliau.

11. Ini adalah satu cabaran kredibiliti kepada Hew dan DAP yang sering kali menggunakan isu tersebut sebagai topik ceramah bagi mengelirukan orang ramai dan menghasut kemarahan mereka demi tujuan politik.

12. Saya ingin menegaskan di sini bahawa perbuatan Hew Kuan Yau adalah tidak bertanggungjawab, mementingkan diri sendiri, mengelirukan dan hanya bermotif politik, ia tidak menyumbang kepada pembangunan negara dan perpaduan masyarakat, perbuatan sebegini perlu diberhentikan.

13. Susulan pertumbuhan ekonomi memberangsangkan selama beberapa tahun - terutama sejak tahun 2009 - Sehingga 30 Jun 2016, KDNK tahunan semasa negara diunjur pada RM1.2 trilion. Ini adalah kira-kira 17 kali saiz ekonomi negara pada tahun 1986 dan sekitar 3 kali saiz ekonomi pada tahun 2003.

14. Ekonomi negara sebenarnya berkembang secara stabil dan sihat menurut fakta rasmi, bukannya sebagaimana yang didakwa oleh Hew dalam ceramah bahawa ekonomi kita merosot sejak penubuhan negara. Berhenti menipu dan mengelirukan rakyat.

15. Logiknya jika pendapatan negara meningkat, kita mampu menanggung hutang yang lebih besar. Nisbah semasa 53.4% bagi hutang berbanding KDNK masih terkawal. kadar ini adalah rendah jika dibandingkan dengan kadar antara tahun 1980 hingga 1985 apabila nisbah hutang berbanding KDNK melonjak daripada 44.0% kepada 103.4% dan kekal di tahap melebihi 55% sehingga tahun 1994.

16. Tidak logik untuk Malaysia menjadi 'bankrap' atau ekonomi negara berdepan masalah sekiranya nisbah hutang berbanding KDNK melepasi had 55% seperti yang didakwa pihak tertentu. Jika kita tidak muflis ketika kadar 103.4% pada tahun 1985, bagaimana mungkin kita boleh menjadi bankrap pada kadar 55%? Apatah lagi kadar 53.4% pada masa sekarang?

17. Dengan kadar semasa pada 53.4%, Malaysia berada dalam senarai ke-71 tertinggi daripada 179 negara. Sejumlah 70 negara mempunyai nisbah lebih tinggi berbanding Malaysia, termasuk negara maju seperti Jerman, Jepun, Kanada, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Singapura.

18. Nisbah semasa hutang berbanding KDNK kita adalah terkawal dan ekonomi negara masih menikmati pertumbuhan sederhana 5% setahun pada tahun 2015 dan 4.1% pada separuh pertama tahun 2016.

19. Walaupun berdepan harga komoditi semasa yang rendah, kesan Brexit dan ketidaktentuan keadaan ekonomi global secara keseluruhan, kerajaan telahpun berkata tidak berhasrat melepasi had 55% dan akan terus menguruskan kewangan negara secara bertanggungjawab.

20. Bank Dunia, IMF dan agensi-agensi penarafan antarabangsa seperti Moody's. Standard & Poors dan Moody's menarafan dan sering memberi pengiktirafan bahawa ekonomi Malaysia kukuh pada gred A dan berada di laluan yang betul.

Siapakah Hew dan DAP untuk menuduh Malaysia akan bankrap dalam 4 tahun ini?

21. Saya mengambil kesempatan di sini untuk menggesa Hew dan sesetengah parti politik atau individu yang tertentu supaya berhenti menyebarkan propaganda untuk mengeliru dan menakut-nakutkan rakyat, kerana ia akan menjejaskan keyakinan pelabur dan pengguna terhadap ekonomi negara. Berhenti mensabotaj negara sendiri tetapi menyumbang secara membina kepada pembangunan negara.

Liang Teck Meng
Setiausaha Agung
Parti Gerakan Rakyat Malaysia

Monday, September 19, 2016

HINANYA BILA SEORANG NEGARAWAN 'MELAYU' DIKELEDAIKAN OLEH LIM KIT SIANG UNTUK MENDAPATKAN KUASA DI NEGARA INI!!!



Setiap kali berita negatif tentang Mahathir disiarkan, setiap kali itulah juga para penyokong tololnya yang percaya kepada fantasi Harry Porter yang dicipta oleh Mahathir sepanjang 22 tahun, akan menggelinjat, panas meriang seluruh badan dan jadi tidak tentu arah umpama dirasuk hantu puaka dari perut bumi. Apa yang mereka mampu lakukan ialah melawan segala fakta pendedahan ke atas Mahathir dengan maki hamun dan menggelarkan 'DEDAK' kepada sesiapa yang mereka lihat sebagai ancaman.

Mereka hanya boleh tersenyum sekiranya, ada berita-berita Mahathir menghentam Najib atau UMNO. Tetapi tidak dapat menerima kenyataan bahawa zaman pembohongan Mahathir sudah lama berlalu dan sekarang, Mahathir perlu menerima kenyataan bahawa kejalangan dan petualangannya dari tahun 1969, sudah pun diketahui dan dia akan terus dikutuk serta dilaknat sampat mati.

Bagi para pentaksub dan pemercaya bahawa Mahathir adalah penyelamat negara walaupun mereka masih tidak dapat menjawab bagaimana anak-anak Mahathir dan saudara-maranya tiba-tiba menjadi kaya raya menerusi kontrak-kontrak serta tender-tender Kerajaan mahupun GLC, tidak dapat menerima kenyataan bahawa Mahathir sebenarnya tersengkak dan sudah tidak ada jalan penyelesaian kerana semua usahanya menemui kegagalan dan dimalukan. 

Hew Kuan Yau, aktivis dan ayam tambatan DAP yang kononnya telah keluar dari DAP dan baru-baru ini dilarang menjejakkan kaki ke bumi Sabah, telah mendedahkan bagaimana Lim Kit Siang dan DAP mempergunakan Mahathir untuk menggulingkan Najib Abdul Razak dan UMNO-BN.

Walaupun 'budak-budak' Cap Bunga sentiasa cuba menafikan yang BERHALA PUAKA mereka dipergunakan oleh Lim Kit Siang, tetapi pengakuan yang diberikan oleh Hew Kuan Yau, amat jelas bertentangan dengan cakap kosong para CAP BUNGA.

Dan tidak hairanlah mengapa mereka begitu teruja membela Jeff Oii dan RBA yang cuba dipesongkan kononnya itiu semua adalah kerja sibertruper UMNO dalam usaha untuk mendapatkan pujian daripada taukeh-taukeh DAP yang kini menjadi tuan kepada Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysia yang sangat dikagumi oleh seluruh dunia!!!


Wednesday, July 13, 2016

TERANG-TERANG BABI DAP INI MELAKUKAN PENGKHIANATAN KE ATAS NEGARA, APA TINDAKAN KERAJAAN? POTA, POCA, SOSMA ATAU GUGURKAN KERAKYATAN?!!!



Tidak cukup dengan melakukan provokasi kaum dan agama, DAP sekali 'mencuba nasib' dengan sesuatu yang lebih besar iaitu mencabar kedaulatan dan undang-undang negara membabitkan pengkhianatan dan penderhakaan.

Malaysia terlibat dalam pertikaian membabitkan terumbu karang di Laut China Selatan. Beberapa buah negara lain, termasuklah China yang letaknya lebih jauh dari kedudukan terumbu-terumbu karang tersebut, turut menuntutnya dengan alasan, pulau-pulau terumbu di lokasi strategik berkenaan berada di Laut China Selatan. Dan mana-mana pulau atau tanah yang berada di Laut China Selatan, merupakan hak China.

Kebangangan itulah yang ditunjukkan oleh pakar ceramah DAP, Hew Kuan Yau yang nyata lebih memihak China walaupun dia memegang status kerakyatan Malaysia, menunjukkan betapa LEMAHNYA KERAJAAN MALAYSIA dalam menangani masalah penderhaka yang berpotensi untuk menjadi tali barut pihak musuh.

Di sebalik menangani masalah ancaman IS, ISIS dan kumpulan militan lainnya, seharusnya orang seperti Hew Kuan Yau sudah sepatutnya 'masuk senarai' untuk dikenakan tindakan termasuklah menggugurkan status kerakyatannya apabila dia jelas menunjukkan tidak dapat memberikan taat setia tidak berbelah bahagi kepada negara ini hanya kerana dia adalah ahli parti DAP!!!

Hew Kuan Yau dalam satu deklarasi aneh berkata, perebutan di Laut China Selatan tidak sepatutnya berlaku kerana kawasan rebutan tersebut adalah milik China dan Malaysia tidak seharusnya anti-China hanya kerana Malaysia anti-komunis.

Pemimpin DAP ini semasa PRN Sarawak baru-baru ini cukup popular dengan kata-kata, "Membiarkan Melayu skru Melayu sendiri adalah pertunjukan yang paling menarik seumur hidup." DAP dalam reaksi mereka berkata, kenyataan tersebut telah disalahtafsirkan dan tidak RASIS.

Adakah alasan-alasan berikut akan digunakan oleh DAP dan Hew Kuan Yau apabila pihak berkuasa mula berminat:

(1) Akaun tidak dikawal saya tetapi oleh 'peminat' yang tidak boleh dinamakan.
(2) Siapa makan cili, dia rasa pedas. Tidak perlu sensitif dengan kenyataan ini. 
(3) Akaun saya telah digodam. 
(4) Ahli politik perlu menerima jenaka atau mereka akan membosankan. 
(5) Kenyataan saya telah disalah petik atau salah faham. 

Adakah Jawatankuasa DAP akan menggunakan alasan-alasan di atas untuk membersihkan penderhakaan yang dilakukan oleh Hew Kuan Yau dalam posting di Facebooknya?

Kegagalan atau kekalahan besar di Sarawak dan dalam dua PRK berkembar, membuatkan DAP sedar, isu 1MDB telah terbukti tidak berkesan bagi DAP mahupun untuk puak ProTun a.k.a Pakatun. Disebabkan itulah, DAP terpaksa kembali kepada isu-isu sensitif membabitkan kaum dan agama bagi mencetuskan kebencian terhadap UMNO, sekaligus mengembalikan sokongan masyarakat Cina kepada mereka. 

Apa yang dilakukan oleh Hew Kuan Yau adalah salah satu SOP DAP... mereka mencipta provokasi dan selepas ianya menjadi viral, DAP akan segera menggunakan alasan-alasan di atas untuk menunjukkan betapa BODOHNYA rakyat Malaysia. 

Kita tunggu apa tindakan pihak berkuasa. Atau pun pihak berkuasa buat-buat pekak dan tidak faham atau beranggapan, ini hanyalah permainan remeh semata-mata berbanding ancaman keganasan IS, ISIS dan militan yang membabitkan orang Islam.


Wednesday, May 11, 2016

DISEBABKAN YANG DIKATA ADALAH MELAYU DAN YANG MENGATA ADALAH CINA, MAKA LIM KIT SIANG BUAT KEPUTUSAN, IANYA TIDAK RASIS!!!



Seperti biasa, apabila membabitkan pemimpin DAP, dewata-dewataraya akan segera menyatakan, tiada unsur-unsur perkauman hodoh yang terhasil, sebaliknya ia adalah 'pendidikan' dan 'seruan'.

Tetapi ianya hanya membabitkan Melayu dan Bumiputera serta Islam sahaja!

Jadi, apabila Hew Kuan Yau menyatakan, Aziz Isa, macai yang kalah di Batu Kitang, perlu dimenangkan dalam ceramah kempen PRN baru lepas agar membolehkan Aziz Isa 'skru Melayu', Lim Kit Siang yang sememangnya bermula kerja politiknya dengan mempersoalkan kedudukan Melayu-Bumiputera-Islam dalam Perlembagaan, memberitahu, Hew Kuan Yau tidak RASIS!

Ingat lagi apabila Utusan Malaysia memainkan tajuk, 'APA LAGI CINA HENDAK?' selepas PRU-13 lalu?

Ingat lagi bagaimana marahnya DAP dan Lim Kit Siang dengan menyatakan, Utusan Malaysia dan Najib Abdul Razak sangat rasis kerana mempersoalkan pendirian orang Cina di Malaysia.

Kalau mereka mempersoalkan Melayu-Bumiputera-Islam, tidak mengapa malah apabila mereka secara terang-terangan mahu menyusutkan moral sesuatu kaum dengan tuduhan rasuah, terutama sekali Bumiputera-Melayu, ia dianggap sebagai satu perbuatan moral.

Cuba kalau ada yang mempersoalkan, mengapa perlu dihantar duit ke neraka dan duit-duit itu pula bukannya laku digunakan di dunia ini. Cuba juga persoalkan tentang budaya 'ambil hati, minum kopi' yang kita dapat lihat dengan mudah yang bermula dengan ayat, 'kira cincai-cincai sudahlah, boss'.

Adakah DAP dan Kit Siang akan mengatakan, semua pertanyaan itu bukannya rasis sebaliknya bersifat moral seperti dalam kes Hew Kuan Yau yang mahu memusnahkan orang Melayu Sarawak dengan memenangkan dan menjadikan Aziz Isa sebagai 'pengebom berani mati.'

Menarik tetapi malang, kerana ada yang Melayu-Bumiputera yang menyebelahi DAP-Kit Siang, malah menyanjungi Hew Kuan Yau yang sentiasa bersikap biadap dan langsung tidak menghormati asas-asas pembentukan negara ini. Biarpun secara terang, jelas dan tegas, Hew Kuan Yau telah memberitahu, Melayu di dalam DAP hanyalah untuk menghancurkan Melayu dan Bumiputera itu sendiri. Melayu di dalam DAP tidak lebih daripada sekadar macai untuk ketuanan DAP!

Masih tak faham-faham dan tak nampak-nampak lagi?




SUPERMAN CUM SCREW-PERMAN KEPALA BANA!!! TAHU PULAK KECUT PERUT DAN BERLAGAK BODOH, KONONNYA DIA TAK RASIS!!!



Hew Kuan Yau, nama yang amat sinonim dengan RASIS, kebencian keterlaluan kepada kepimpinan negara, amat memusuhi Melayu-Bumiputera dan apa-apa sahaja perkara berkaitan hak keistimewaan Melayu dan Islam menurut Perlembagaan Persekutuan.

Dia pernah dan hampir dicalonkan di Teluk Intan pada PRK tahun 2014 tetapi pada saat-saat akhirnya, namanya sengaja dicicirkan dan Lim Kit Siang secara peribadi telah memilih Dyana Soyfa Mohd Daud sebagai calon pengganti.

Dyana Sofya kemudiannya gagal mempertahankan kerusi Parlimen Teluk Intan yang sebelum itu disandang oleh Seah Leong Peng sebelum kematiannya pada 1 Mei 2014. Lawan Dyana Sofya adalah Mah Siew Keong, bekas AP Teluk Intan selama dua penggal (PRU-10 dan PRU-11) tetapi kalah dua penggal berturut-turut pada PRU-12 dan PRU-13.

Hew Kuan Yau merajuk dan tidak muncul-muncul lagi untuk berkempen setelah dia yang memendam dan bekerja lama untuk menjadi calon DAP di Teluk Intan, diketepikan begitu sahaja. Namun walaupun dia tidak terlibat dengan politik DAP, Hew Kuan Yau terlibat dengan politik jalanan di Hong Kong pula.


Selain baju berlogo SUPERMAN yang kerap dipakai dan menjadi identitinya, Hew Kuan Yau sangat terkenal dengan bahasa-bahasa kasar, kurang ajar, biadap dan cubaan mencetuskan provokasi. Malah dia secara sengaja bagi tujuan mencetuskan kemarahan awam, menghina para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional dalam setiap ceramah mahupun tutur katanya.

Banyak laporan polis telah dibuat terhadap individu ini tetapi dia sangat 'kebal' dan tidak pernah serik untuk mengulangi perbuatannya.


Pendedahan dan viral yang dilakukan oleh Netizen berhubung ceramahnya yang penuh berunsurkan rasisme, dituturkan dalam Bahasa Mandarin, mendapat perhatian luar biasa semalam. Dan dalam tempoh yang singkat DAP terus mengeluarkan klip video tersebut bagi mengelakkan natijah undang-undang selain cubaan menyelamatkan Hew Kuan Yau.

Lebih menarik lagi ialah apabila Hew Kuan Yau BERSEGERA MENYALAHKAN UMNO!!!

Katanya, ucapannya itu telah diputarbelitkan oleh cybertrooper UMNO. Terjemahannya juga dikatakan tidak tepat.

Kata Hew Kuan Yau, klip video yang dipancarkan dari Ibu Pejabat DAP kepada puluhan ribu penduduk Sarawak. Video tersebut kemudiannya disiarkan di saluran rasmi YouTube DAP.


Hew Kuan Yau tak mengaku dia telah melakukan hasutan berbentuk perkauman. Anda baca pula terjemahan yang dibuatnya sendiri bagi menunjukkan dia tidak rasis.

Sebelum ini, cubaan Malaysiakini untuk menipu dan mengelirukan dengan tidak menyiarkan terjemahan sebenarnya, mendapat perhatian ramai. Apatah lagi, Malaysiakini juga cuba menyembunyikan ayat 'biarkan Aziz skrew orang Melayu sendiri'.

Isu tersebut dibangkitkan oleh blogger Raja Petra Kamaruddin menerusi laman sesawangnya, Malaysia Today dengan tajuk, "Vote DAP so that we can screw the Malays".

Ucapan tersebut dalam Bahasa Mandarin tetapi blog Raja Petra menyediakan sarikata. Antara yang menarik perhatian ialah apabila kata-kata Hew, "skrew puak Melayu mereka sendiri, skrew Melayu rasuah, skrew puak Melayu pok kai."

Kita tunggu, apakah tindakan pihak berkuasa ke atas Hew Kuan Yau atau dia sekali lagi akan lepas bebas seperti selalu.


 
Blogger Templates