Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label iskandar samad. Show all posts
Showing posts with label iskandar samad. Show all posts

Tuesday, December 26, 2017

JANGAN HINA ADUN-ADUN PAS SELANGOR!!!!



*Semoga Allah memberi kekuatan kpd ADUN-ADUN PAS Selangor yang teruk difitnah sejak akhir-akhir ini.*

*Mereka dikatakan hendak keluar dari PAS dan menyertai PKR kerana sayangkan jawatan.*
*Saya lihat tidak ramai yang memberi sokongan kepada mereka ketika fitnah ini dilempar.*
*Malah ada yang menempelak kalau hendak keluar, keluarlah.*
*Ada pula yang berkata kalau hendaklah keluar, keluarlah sekarang. Sebelum PRU.*
*Seolah-olah bersetuju dengan berita yang disebar.*
*Kenapa begitu cepat mempercayai fitnah tersebut?*
*Kenapa meletakkan nilai dan integriti ADUN-ADUN PAS ini begitu rendah sehingga mengesyaki 
mereka akan melompat?*
*Sayang ramai yang lupa apa yang telah terjadi ketika berlaku Kajang Move.*
*ADUN-ADUN inilah yang berdiri teguh di belakang Presiden.*
*ADUN-ADUN inilah yang menyokong penuh keputusan Presiden untuk mempertahankan Tan Sri Khalid.*
*Walaupun tekanan dan pujukan diterima amat hebat sehingga 2 ADUN kecundang tetapi 13 ADUN ini tidak berganjak.*
*Kalau hendak dibangkitkan tentang hilang jawatan, kemungkinan kehilangan jawatan ketika itu adalah lebih tinggi.*
*13 ADUN terus istiqomah walaupun ada kemungkinan PAS akan terkeluar dari kerajaan ketika itu.*
*Jika mereka bimbang kehilangan jawatan maka sudah tentu mereka akan menurut jejak Hulu Kelang dan Morib.*
*Tetapi mereka tidak.*
*Mereka terus kekal menyokong keputusan Presiden.*
*Hari ini ramai yang pandai bercakap, "nasi tambah" atau opportunis tetapi mereka tidak pernah walaupun 10 peratus merasai tekanan yang dirasai oleh 13 orang ADUN itu ketika Kajang Move.*
*Bukan mereka sahaja yang terkesan tetapi keluarga mereka.*
*Saya bukan meminta-minta agar jasa mereka dihargai.*
*Saya bukan meminta-minta agar pengorbanan mereka dikenang.*
*Hanya jangan menghina mereka.*

Iskandar A Samad
Naib Presiden Pas

Itu adalah kenyataan terbaharu yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PAS merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga merupakan salah seorang Exco Selangor, Iskandar Samad. 

Ketika itu, berita yang giat disebarkan menerusi media sosial, kononnya kesemua ADUN PAS Selangor telah bertemu dengan Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin dan menyatakan ketidaksanggupan mereka untuk kehilangan jawatan. Sekaligus membuatkan mereka memutuskan untuk meninggalkan PAS dan menyertai mana-mana komponen Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP. 

Konon cerita, 6 orang daripada mereka telah meluahkan perasaan bahawa kesemua calon PAS akan kalah malah akan hilang wang deposit sekiranya bertanding sendiri. Maka, mahu tidak mahu demi meneruskan survival politik, mereka tidak ada pilihan lain kecuali menyertai parti lain. Mereka kononnya tidak boleh lagi berjuang dengan PAS. 

Keenam-enam ADUN PAS yang dikatakan itu adalah Iskandar Samad sendiri (Chempaka), Khairuddin Othman (Paya Jaras), Dr. Shafie Ngah (Bangi), Halimah Ali (Selat Kelang), Hasbullah Ridzwan (Gombak Setia) dan Dr. Rani Osman (Meru). 

Tiga daripada mereka, dikatakan juga lebih berminat untuk menyertai PAN iaitu Dr. Rani, Dr. Halimah dan Khairuddin manakala tiga orang yang lain akan masuk PKR iaitu Hasbullah, Dr. Shafie dan Iskandar sendiri. 


Dari awal semenjak PAS diserang dan kemudian disingkirkan dari Pakatan Rakyat, kemudian Pakatan Rakyat dibubarkan oleh Lim Guan Eng untuk membentuk Pakatan Harapan yang tidak memasukkan PAS, ADUN-ADUN PAS itu telah diserang dengan begitu teruk. Mereka bukan sahaja diserang, bahkan dihalau dari pentadbiran negeri. Bahkan sehingga satu masa, Azmin Ali hampir akur dengan desakan DAP yang tidak mahu lagi PAS berada dalam pentadbiran negeri Selangor. 

Bagaimanapun, titah KDYMM Sultan Selangor merencatkan rancangan DAP. Pun begitu, DAP menerusi konco-konconya seperti PAN dan PPBM tidak jemu-jemu melakukan serangan terhadap PAS. Pelbagai label diberikan. Segala maki hamun dihamburkan walaupun hakikatnya, kehadiran PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor itulah yang telah menyelamatkan Azmin Ali daripada kehilangan jawatan Menteri Besar Selangor dan DAP masih mengekalkan penguasaan majoriti ke atas kerusi-kerusi Ahli-Ahli Majlis seluruh PBT di Selangor.

Nampaknya kali ini, setelah maki hamun dan pelabelan buruk tidak berjaya, DAP dan PKR dengan bantuan PAN dan PPBM menukar taktik. Selain pujukan, mereka mewujudkan cerita-cerita yang boleh memberikan persepsi buruk terhadap PAS di Selangor. 

Sama seperti yang sedang dilakukan oleh PPBM ke atas ahli-ahli UMNO termasuklah pujukan agar ahli-ahli UMNO tidak keluar mengundi kerana kata mereka, kemenangan dalam PRU akan kekal di tangan Melayu meskipun UMNO dan PAS tumbang!



Wednesday, March 15, 2017

BAKAL MENTERI BESAR SELANGOR YANG BARU, BAGI AMARAN KERAS KEPADA AZMIN ALI DAN PKR SELANGOR!!!



Amaran keras yang diberikan oleh PAS Selangor kepada PKR Selangor yang diterajui oleh Azmin Ali, bukan boleh dibuat main-main. Malah Azmin sendiri tahu implikasi daripada tindakan keras PAS akan menyebabkan, bukan sahaja dia bakal kehilangan jawatan, bahkan PKR pun akan menjadi parti paling minoriti di Selangor, sekurang-kurangnya. 

PAS Selangor dalam penegasan paling keras berkata, mereka akan 'melanggar' mana-mana kerusi yang ditandingi oleh PKR di Selangor sekiranya parti itu tidak lagi menghormati prinsip serta kerjasama politik yang terbentuk semenjak PRU-12.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad berkata, PAS tidak akan memberi sebarang jalan kepada PKR sekiranya PKR kekal dengan pembahagian kerusi menjurus kepada tiga penjuru sepertimana yang dilaporkan baru-baru ini.

“Kita tidak ada masalah (jika PKR, DAP, PAN dan Cap Bunga mengadakan pembahagian kerusi), namun kita telah kenal pasti dan bertegas dengan kerusi yang kita akan tandingi untuk PRU14 nanti.

“Jika pembahagian kerusi itu menjurus kepada formula pertandingan satu lawan satu, kita akan hormati kerjasama (dengan PKR) yang ada sebelum ini, kita akan kekalkan kerusi DUN dan Parlimen yang ditandingi oleh kita.

“Namun, sekiranya pembahagian kerusi membabitkan parti pembangkang itu melibatkan formula pertandingan tiga penjuru atau lebih, maka semua kerusi di Selangor ini kita anggap terbuka, sesiapa sahaja boleh bertanding termasuk PAS sendiri,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Smart Strata 2017 di Setia Alam pada Selasa.

Iskandar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desas-desus bahawa PKR serta sekutunya iaitu DAP, PAN dan Cap Bunga telah membahagi-bahagikan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tanpa melibatkan PAS untuk pilihan raya umum akan datang.

Difahamkan hasil pembahagian itu, PKR dijangka akan bertanding 18 kerusi DUN diikuti 15 kerusi untuk DAP, manakala PAN serta Cap Bunga masing-masing akan bertanding 14 dan 9 kerusi.

Bukanlah satu rahsia lagi apabila DAP Selangor sebenarnya berusaha untuk menghancurkan dan menamatkan kewujudan PAS di Selangor. Pelbagai gaya dan usaha telah dilakukan bagi tujuan tersebut tetapi sehingga ke hari ini, PAS Selangor masih bertahan.

Pelbagai senario diwujudkan, termasuklah kononnya PAS Selangor tidak taat kepada Presiden PAS, bahkan bersedia bermufaraqah daripada kepimpinan utama, telah dibuat terutama dari kalangan PAN.

AMARAN KERAS yang diberikan oleh Iskandar Samad itu pula, menurut sumber PAN, tidak lebih daripada ketakutan Iskandar Samad akan kehilangan jawatan dan keistimewaan kedudukan di dalam GLC Negeri yang kini dinikmati oleh ramai pemimpin utama PAS Selangor.

 

Sunday, November 13, 2016

ISKANDAR SAMAD PULA INGATKAN KEKEJAMAN YANG DILAKUKAN OLEH MAHATHIR SEPANJANG 22 TAHUN YANG MENGOTORKAN NAMA UMNO DAN SEKARANG DITANGGUNG NAJIB!!



Memang sepatutnya PAS berasa serik bekerjasama dengan UMNO-BN selepas apa yang dilalui oleh parti itu pada tahun 1970-an. Malah lebih serik lagi apabila Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO apabila menjadikan PAS sebagai sasaran utamanya.

Apa yang dikatakan oleh Iskandar Samad, Pesuruhjaya PAS Selangor merangkap ADUN Cempaka adalah benar dan tidak boleh disanggah sama sekali. (RUJUK SINI)

Ia samalah seperti orang UMNO berasa hati kerana PAS belum lagi menarik kembali atau melupuskan amanat takfir yang telah memecah belahkan orang Melayu-Islam bermula pada tahun 1978. Walaupun ianya tidak lagi diperkatakan, tetapi kesan-kesannya masih ada lagi, terutama golongan yang baru mengenal agama, masih lagi menggunakan hujah itu untuk menang dalam bertaki.

Semua yang disebutkan oleh Iskandar Samad, termasuklah PEMBUNUHAN MEMALI merupakan zaman 22 tahun bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad.

Sekarang ini, Mahathir bersama-sama gerombolan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang yang pernah dilabelkan oleh Presiden PAS sebagai UBAT LUPUT TARIKH.

Adakah Iskandar Samad terlalu  malu apabila gerombolan Pakatan Harapan memomok-momokkan PAS sebagai pemakan dedak Najib, membuatkan Iskandar Samad mengambil kesempatan menelanjangkan kejahatan Mahathir sepanjang 22 tahun dia memerintah ke atas PAS?

Dasar dan polisi seringkali berubah apabila kepala turut berubah. Ia samalah seperti PAS apabila berubah daripada Fuad kepada Burhanuddin dan kemudian kepada Asri sebelum diambilalih oleh Yusuf Rawa, Fadhil Nor dan sekarang ini Abdul Hadi Awang.


UMNO juga seperti PAS, daripada bersikap sekular sehinggakan loteri kebajikan pun hendak dihalalkan yang menjadi salah satu sebab mufaraqahnya Biro Agama UMNO menjadi PAS, kemudian toleransi dan kerjasama dengan PAS serta GERAKAN dan PPP selepas 13 Mei pada zaman Tun Razak, kemudian kembali bergocoh selepas wujud gerakan dalam UMNO yang mahu memastikan tempat mereka untuk mereka bertanding selamat pada zaman Hussein Onn dan zaman kezaliman serta kuku besi pada zaman Mahathir, sebelum zaman bertenang pada era Abdullah dan dasar berbaik-baik pada zaman Najib.

UMNO memerlukan PAS. Begitu juga sebaliknya. Walaupun bukan di dalam satu barisan atau satu kabinet atau satu parti apatah lagi satu jemaah, dan saling bertentangan tetapi UMNO dan PAS merupakan pengimbang terbaik untuk orang Melayu-Islam.

Tetapi mengambil kira dosa orang lain untuk diwariskan kepada orang terkemudian, bukanlah satu perkara terbijak, apatah lagi orang yang melakukan dosa tersebut masih lagi wujud dan masih lagi bernafsu dan bertembolok besar walaupun sudah tua demi kesinambungan kerjaya politik anaknya yang tidak memiliki sebarang kebolehan, bakat mahupun kesungguhan!


 
Blogger Templates