Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, January 31, 2017

IDRIS AHMAD SINDIR 'MENTERI PROPAGANDA' MAHATHIR, INSAF SELEPAS DEDAK UMNO SUDAH TIDAK DIBERI!!!



Apabila membaca tulisan A. Kadir Jasin bertajuk "Umno-Pas: Siapa Goda Siapa Atau Asmara Dana?", maka fahamlah saya penulis seorang yang anti Pas sejak daripada muda hingga tua. Baguslah beliau sudah insaf bahawa buruknya Umno. Parti yang beliau dokong dan pemimpin yang beliau menjadi pengampu dan penangkis kepada kebobrokan pemimpin Umno semasa beliau berkuasa di media Umno dahulu. Insaf itu pun setelah dedak sudah tidak diberi. Cuba tanya pula berapa kekayaan yang beliau pungut waktu menjadi penulis upahan Umno suatu ketika dahulu.

Tulisan beliau mengenai politik Kelantan pun agak pelik, mana peranan Dr Mahathir sewaktu krisis politik di Kelantan. Mungkin Datuk Mustafa Ali boleh memberi jawapannya, kerana beliau antara tokoh yang masih hidup, ketika Pas bersama BN dan terlibat secara langsung dalam krisis tersebut. Apakah Datuk lupa bahawa Dr Mahathir merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno. Samada Datuk lupa atau buat-buat lupa. Datuk hanya sebut tokoh-tokoh yang sudah meninggal seperti Tun Hussein Onn, Jaafar Albar, Datuk Harun Idris tetapi Datuk sepatah pun tidak sebut nama Tun Dr Mahathir. Mungkin terlalu banyak makan sagon atau dedak kot.

Tulisan Datuk yang penuh perajudis kepada Pas, membangkitkan isu RM90 juta. Sebagai seorang penulis yang hebat, kenalah baca dulu media rasmi Pas mengenai status saman Pas terhadap Sarawak Report. Mungkin itu budaya penulisan Datuk sewaktu makan dedak dengan Umno sehingga terbawa-bawa perangai tersebut walau pun tidak bersama Umno.

Tidak perlulah membuat tuduhan bahawa Pas bersama Umno. Datuk belajarlah menjadi pembangkang setelah kenyang bersama Umno. Pas sudah 65 tahun faham sepak terajang Umno. Banyak di kalangan kami tidak pernah bersama Umno. Sedangkan Datuk dan sekutu dan sewaktu dengannya pernah terlibat dengan Umno. Kami lawan Umno sewaktu Datuk  pertahan Umno melalui serangan media. Janganlah Datuk hendak samakan kami dengan perangai Datuk.

Maaflah saya tidak suka serang Datuk, kerana Datuk baru hendak belajar bertateh menjadi pembangkang.  Tetapi  apabila Datuk membuat tuduhan yang melampau kepada Pas, saya terpaksa serang. Sewaktu Datuk dengan Umno pun kami lawan Umno, inikan pula Datuk pun tidak ada kuasa tidak munasabah kami tidak berani lawan Datuk.

Datuk tidak layak bercakap soal integriti, nanti banyak pula orang akan dedahkan sewaktu Datuk menyokong Umno dahulu.

Hj Idris Hj Ahmad
Naib Presiden Pas
31/1/17


Monday, January 30, 2017

SKANDAL BMF DAN SKANDAL FOREX GAGAL DIJAWAB, KINI MUNCUL PULA SKANDAL OPCOM-MUKHRIZ UNTUK MAHATHIR DAN PENYOKONGNYA!!!



Mahathir silap jangka...

Mahathir silap congak... dan

Mahathir tersalah menerima nasihat daripada orang sekelilingnya.

Itu adalah penyakit yang sering melanda orang politik terutama sekali yang mempunyai kuasa dan pengaruh.

Sesuatu yang dianggap sudah berkubur dan tidak mungkin dapat digali, rupa-rupanya dalam revolusi dan ledakan maklumat ini, ia cukup sekadar membuat sedikit pencarian, fakta dan bukti boleh ditemui secara pukal.

Persepsi tidak lagi boleh diuruskan dengan hanya penafian kosong semata-mata. Sama seperti yang berlaku kepada 1MDB, hampir separuh daripada rahsia syarikat tersebut terpaksa dibentangkan kepada awam, bahkan taktik dan teknik urusniaga serta perdagangan 1MDB juga terpaksa didedahkan bagi membuktikan ketelusan dan tidak wujud

Selama berdekad-dekad Mahathir 'terselamat' daripada sebarang skandal kewangan yang telah menyebabkan rakyat Malaysia perlu menanggung segala kos, termasuklah peningkatan kos sara hidup dan barang dengan harga upah kerja dan gaji yang sangat rendah. Namun memandangkan faktor masa dan kebanyakan penyokong Mahathir pula terdiri daripada golongan muda yang tidak pernah hidup atas kaki sendiri pada zaman Mahathir berkuasa selama 22 tahun, mereka telah terperangkap dalam propaganda kekaguman melampau ke atas pentadbiran Mahathir.

Manakala golongan yang kuat menentang Mahathir serta dasar-dasar dan polisinya pula, telah didiamkan dengan pelbagai cara termasuklah menerusi penguatkuasaan undang-undang yang lebih sesuai kalau dikatakan sebagai UNDANG-UNDANG DRACONIAN. Bahkan ramai yang menentang Mahathir dan membuat pendedahan tentang penyelewengan serta salahguna kuasa oleh Mahathir, akhirnya tutup mulut selepas mendapat habuan masing-masing - sama ada dalam bentuk jawatan mahupun projek besar.

Generasi pengundi sekarang, bukan lagi generasi pengundi terdahulu yang hanya bergantung kepada media-media propaganda milik kerajaan semata-mata. Generasi pengundi kini, lebih tertarik dan menjadi pengguna tegar media-media sosial yang bersifat lebih bebas, tidak terikat mahupun tidak tertakluk kepada undang-undang walaupun pada masa yang sama, pihak berkuasa cuba mengekangnya.

Telah menjadi satu budaya, bahkan kebiasaan di seluruh dunia, kisah dan kes silam tidak akan dibuka atau didedahkan seandainya pihak yang berkenaan tidak berlakon sebagai insan suci.

Itulah yang berlaku kepada Mahathir.

Dalam usahanya untuk menumbangkan Najib, bahkan keyakinan bahawa Najib akan tumbang pada September 2015 menerusi pelbagai usaha, termasuklah menerusi undi tidak percaya dan penolakan bajet. Bagaimanapun, usaha-usaha tersebut gagal. Mahathir yang dikatakan 'malaikat maut' nyata, bertemu dengan WATERLOOnya kali ini.

Bahkan Mahathir pula yang kelam-kabut mencari alternatif lain sehingga terpaksa bekerjasama dengan musuh utamanya dan orang yang paling dibencinya - Kit Siang dan Anwar Ibrahim - semata-mata untuk memastikan Najib tumbang.

1MDB dan GST terus dijadikan kuda hitam oleh Mahathir tanpa dia sedar, usaha dan kerja kerasnya itu hanya akan membuatkan sebahagian daripada Netizen mula bertanya-tanya tentang pelbagai skandal kewangan pada zaman Mahathir yang tidak pernah disiasat, tidak pernah diselesaikan dan wang yang hilang, tidak pernah dikembalikan.


Daripada pendedahan yang dibuat oleh Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) membabitkan Skandal BMF-Carrian, kini Netizen mula mempersoalkan kewajaran syarikat anak lelakinya, Mukhriz yang juga merupakan Timbalan Presiden Cap Bunga, Opcom yang memonopoli pembekalan fiber optik untuk Telekom Malaysia (TM) menerusi penggunaan kuasa dan runding terus atau lebih tepat lagi PAKSABERI yang nilainya ratusan juta ringgit bahkan mencecah bilion Ringgit.

Netizen juga mempersoalkan tentang perjanjian yang membolehkan Mukhriz dan syarikatnya terus 'terselamat' daripada dicantas hasil campurtangan bapanya ketika Mahathir berada di penghujung kerjaya selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Kalau sebelum ini, 1MDB dan GST menjadi senjata, nampaknya amalan kronisme dan nepotisme serta korupsi yang berleluasa diamalkan oleh Mahathir sekeluarga pula yang sedang diungkit-ungkit.

Rakyat kebanyakan sekadar terpelongo walaupun pada masa yang sama, sentimen mereka dipermain-mainkan untuk bangsawan politik mengukuhkan kekayaan dan kemewahan mereka dengan wang rakyat sendiri!!!


Sunday, January 29, 2017

BERITA BURUK BUAT PKR, DAP, CAP BUNGA DAN PAN APABILA PAS BERAZAM TAWAN 40 KERUSI PARLIMEN UNTUK PASTIKAN ISLAM TERUS MEMERINTAH MALAYSIA!!!



Pada ketika DAP dan Cap Bunga berusaha menjadikan PAS sebagai abdi mereka, manakala PKR dan PAN pula sangat berharap PAS akan menyertai Pakatan Harapan sekaligus membolehkan mereka memperolehi kerusi mudah menerusi bantuan dan penyerahan tengkuk oleh PAS. 

Namun, di sebalik ugutan Lim Kit Siang untuk menyaman Abdul Hadi Awang, Presiden PAS itu langsung tidak menunjukkan bibit-bibit ketakutan atau mundur. Sebaliknya berazam untuk menawan sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen dalam usaha untuk memastikan pemerintahan orang Islam di negara ini tidak tergugat.

Dalam laporan yang disiarkan oleh Harakah Daily, Abdul Hadi juga berkata, parti itu akan mempertahankan Kelantan, merampas Terengganu dan Kedah dari Barisan Nasional selain mengemudi pentadbiran Selangor yang sekarang ini dikendalikan oleh PKR. 

Menurut Hadi lagi, dalam konsensus politik terdahulu dengan Pakatan Rakyat yang mengandungi PKR dan DAP, PAS berjaya membantu kedua-dua parti tersebut memperolehi keputusan yang baik untuk pakatan pembangkang tetapi pada masa yang sama, turut menghasilkan ketidakseimbangan politik. 

Daripada 89 kerusi Parlimen pembangkang, hanya 21 milik PAS, manakala 30 lagi dimenangi oleh PKR dan DAP pula menguasai 38 kerusi Parlimen, sekaligus membuatkan DAP berasakan mereka adalah ketua Pakatan Rakyat dan memaksa PAS untuk mengikut telunjuk mereka sahaja.

PAS kini hanya memiliki 14 kerusi Parlimen apabila 6 orang Ahli Parlimen yang menang atas tiket PAS, melompat ke Parti Amanah Negara (PAN), manakala Ahli Parlimen Tumpat, Kamaruddin Jaafar akhirnya menyertai PKR, parti yang sepatutnya dia masuk dari tahun 1999 lagi.

"Adilkah untuk negara ini di mana kerajaannya adalah umat Islam dengan 39 kerusi manakala bukan Islam pula menguasai pemilikan kerusi yang lebih besar? Ini tidak betul," kata Hadi. 

Ahli Parlimen Marang itu merujuk kepada 39 Ahli Parlimen beragama Islam di kalangan 89 kerusi Parlimen yang sekarang ini dimiliki oleh Pembangkang di Dewan Rakyat.

Menurut Hadi lagi, sekiranya Ahli-Ahli Parlimen bukan Islam menguasai lebih 30 kerusi Parlimen lagi pada PRU akan datang, negara ini akan diperintah oleh bukan Islam sepenuhnya. 

Sebarang usul untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk menguatkuasakan undang-undang Syariah akan gagal memandangkan Ahli-Ahli Parlimen beragama Islam tidak membentuk majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. 

Hadi menyalahkan bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir kerana membahagikan kawasan Parlimen tanpa mengikut kepentingan agama Islam yang merupakan agama rasmi Persekutuan.

Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP-PKR-Cap Bunga-PAN amat berharap pertembungan satu lawan satu pada PRU akan datang dengan PAS pula diharapkan menjadi balaci seperti yang berlaku pada PRU-12 dan PRU-13. PAS bagaimanapun enggan bekerjasama dengan DAP dan PAN. 

PAS turut menuduh pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang sebagai anti-Islam bahkan menolak salam perdamaian Lim Kit Siang bagi menyatupadukan barisan pembangkang.

"SILAKAN SAMAN PRESIDEN DAN PAS SEKALI, KIT SIANG!" - KETUA PENERANGAN DEWAN ULAMA PAS!!!



Lim Kit Siang mungkin mendapati sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini merupakan sambutan yang paling tidak menyeronokkan. Bukan sahaja Lim Kit Siang dapat melihat sendiri bagaimana para penyokong DAP yang begitu berleluasa di media-media sosial sudah mula surut dan susut walaupun PRU-14 semakin hampir, bahkan magiknya juga turut hilang selepas dia berbaik-baik dengan Mahathir.

Ancamannya untuk menyaman Presiden PAS, rupa-rupanya bukan sahaja tidak ditakuti malah dia dicabar agar mempercepatkan proses saman.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Khairuddin Aman Razali berkata, PAS memang menanti-nantikan saman Lim Kit Siang ke atas Hadi Awang. Ini akan memudahkan PAS untuk menterjemahkan dan merangkan kepada mahkamah apa yang telah dilakukan oleh Kit Siang, Lim Guan Eng dan DAP terhadap umat Islam.

"Tolonglah, Kit Siang. Saman Hadi. Kit Siang memang anti-Islam. Dia telah melampau batasan dalam menentang pindaan usul Mahkamah Syariah sekaligus menentang Islam di negara ini," kata Khairuddin.

"Kami mencabar Kit Siang untuk memanjangkan perkara ini ke mahkamah. Tolonglah saman. Kami akan mendedahkan semuanya tentang tindakan DAP menentang Islam," kata Khairuddin lagi.

Menurut Khairuddin, PAS seblum ini mrupakan sebahagian daripada Pakatan Rakyat sebelum DAP yang anti-Islam bertindak menyingkirkan PAS.

"Terpulanglah kepadanya untuk menafikan perkara ini. Semua tindakan DAP, walaupun sepanjang PAS bersama-sama Pakatan Rakyat, menunjukkan mereka anti-Islam. Itulah yang menyebabkan kami mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam Pakatan Rakyat."

Menurut Khairuddin, daripada penggunaan Kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu, isu pemelukan agama Islam oleh si bapa yang dibenarkan di bawah Perlembagaan sehinggalah ke beberapa isu lain, semuanya menunjukkan penentangan dan sikap anti-Islam Lim Kit Siang serta DAP.

"Setiap kali wujud tindakan untuk memperkukuhkan Islam, Kit Siang akan cucuk dan buat provokasi," kata Khairuddin lagi.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan pula menyelar Lim Kit Siang dan menyifatkan pmimpin supremo DAP itu sebagai orang yang TIDAK TETAP OTAK. Malah dia juga menyifatkan pelan dan strategi DAP sebagai 'Strategi Serba Tak Menjadi'.

Keinginan dan cita-cita DAP untuk memusnahkan PAS awal-awal lagi telah dipatahkan apabila kelompok pemimpin PAS yang menyembah DAP kecundang dalam pemilihan parti setelah akar umbi PAS memilih untuk wala' kepada Presiden PAS.

DAP kecundang ketika berasakan PAS akan hancur apabila pemimpin-pemimpin PAS pro-DAP memilih untuk keluar parti dan menyertai PAN yang ditubuhkan oleh DAP berketuakan Mat Sabu.

Sama seperti Khairuddin, Nasruddin juga mencabar Kit Siang agar menyaman Presiden PAS!

SKANDAL FOREX: PENDEDAHAN BAGAIMANA KERUGIAN BESAR AKIBAT NAFSU MAHATHIR!!!



Oleh: Dr Rosli Yaakob 

Artikel di bawah ini petikan dari ucapan beliau:

Sesudah subuh, hari Jumaat, 1 Jun, dalam hujan yang lebat, kami memandu kereta ke Alor Setar. Program di Alor Setar memang menyemarakkan semangat perjuang tetapi meletihkan. Bila kembali dari Alor Setar pada dinihari, Sabtu 2 Jun, saya menginap di Hotel Penaga, di Hutton Lane. Seawal selepas sembahyang subuh, saya menyambung kerja menyiapkan ppp. Ianya siap pada pukul 12.30 petang dan terus saya emelkan kepada Syed Mikael kerana saya telah berjanji akan emel kepada beliau pada sebelah pagi. Saya terlewat.

Saya tiba di Dewan Sri Pinang pada pukul 2.00 petang. Forum bermula pada kira-kira pukul 3.30 petang kerana DSAI yang berkereta dari Kuala Lumpur terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Utara-Selatan. Perjalanan mengambil masa lima setengah jam berbanding 3-4 jam jika tiada kesesakan.
Kepada kira-kira 400 hadirin dan hadirat di majlis forum itu saya memberitahu ada sekurang-kurang lapan isu utama yang mengundang jawapan berkaitan dengan tajuk forum itu (forum diadakan dalam Bahasa Inggeris). Saya kongsi isu-isu dan jawapan yang saya kemukakan di forum itu dengan pembaca semua.
Pertama, wajarkah Bank Negara Malaysia (BNM) berspekulasi di pasaran pertukaran wang asing?
Tidak. BNM tidak boleh sama sekali terlibat di dalam kegiatan spekulasi di dalam pasaran wang kerana risiko kerugian daripada kegiatan ini amat tinggi. Fungsi sebenar BNM adalah sebaliknya, iaitu, memerangi kegiatan spekulasi. Di dalam pasaran pertukaran wang asing khususnya, fungsi teras BNM ialah menjaga dan melindungi nilai Ringgit Malaysia (MYR) berbanding nilai matawang asing khususnya matawang rakan dagang utama negara seperti Dolar Amerika (USD), Ringgit Singapura, Paun British (GBP), Deutch Mark (DM), Yen, Swiss Franc, French Franc dan sebagainya. BNM mesti melindungi MYR dari serangan spekulatif dan menjaga nilai pertukaran MRY supaya sentiasa stabil dan pasaran wang setiasa cukup kecairan.
Kedua, bilakah BNM mula terlibat di dalam kegiatan spekulasi di dalam pasaran pertukaran wang asing?
BNM mula melibatkan diri di dalam kegiatan spekulasi di pasaran pertukaran wang apabila Tan Sri Jaffar Hussien (arwah) dilantik Gabenor pada tahun 1985. Gabenor-Gabenor sebelum beliau – Tun Ismail Ali (arwah) dan Tan Sri Aziz Taha (meletak jawatan) – semuanya menentang kegiatan spekulasi matawang. Malah, mereka sentiasa mempertahankan BNM sebagai badan yang harus bebas dari campur tangan pemerintahan. Kerana tidak rela dijadikan “budak suruhan” kepada Menteri Kewangan yang mengarahkan Tan Sri Aziz berbuat sesuatu yang bertentangan dengan prinsip dan etika bank pusat, beliau memilih meletakkan jawatan. Mungkin, antaranya, beliau enggan berspekulasi di pasaran wang asing.
Isyarat bahawa BNM akan bersepekulasi di pasaran pertukaran wang asing disebut di dalam satu syarahan yang disampaikan oleh TSJH di Delhi dalam tahun 1989. Beliau menyebut bahawa beliau telah menambahkan dimensi ketiga dan keempat kepada pengurusan rizab BNM, iaitu, mengoptimamkan keuntungan dan membangunkan kemahiran berurusniaga di dalam pasaran wang asing. Sebelum ini, teras utama pengurusan rizab adalah menjaga dan melindunigi nilai MYR dan mengekalkan kecairan di dalam pasaran. Sejak dari itu bermulalah penglibatan BNM dalam kegiatan spekulasi di pasaran wang asing dalam skala besar dengan tujuan menjana keuntangan maksimam sehingga mengkesampingkan teras utama pengurusan rizab.
BNM bukan lagi berspekulasi di dalam pasaran untuk menjaga nilai ringgit tetapi berjudi dengan harapan mendapat untung besar dan segera. Bila ada pihak yang bertanya kenapa BNM berspekulasi secara besar-besaran sedangkan tidak ada mana-mana bank pusat yang berbuat demikian, maka TSJH sering memberi alasan “untuk mempertahankan nilai ringgit dan mengawal inflasi.” Ini terbukti falsu kemudiannya apabila kerugian besar akibat berjudi terdedah dan nilai pertukaran asing MYR merudum dalam tahun 1997-98 diserang spekulator.
Ketiga, Berapa besar dana digunakan BNM untuk berjudi di dalam pasaran pertukaran asing?
Kerana ketiadaan penyiasatan, jumlah dana terlibat sukar diperinci. Tetapi, pakar-pakar pasaran memang mengetahui bahawa pada satu ketika BNM (sebelum skandal terdedah) adalah pemain terbesar di dalam pasaran pertukaran wang asing di dunia. Lawannya hanyalah George Soros, “penyangak matawang.” 

 Akhbar Reuter pernah melaporkan bahawa BNM adalah “sebuah kuasa yang dominan di dalam pasaran pertukaran wang sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Bahawa, BNM telah menjana keuntungan yang agak lumayan dari kegiatan itu sejak sebelum tahun 1992-93, telah mendorong BNM untuk bermain di dalam pasaran pertukran asing dalam skala yang semakin besar.”
Pedagang-pedagang matawang asing biasanya berjual beli dalam lot USD1 juta, USD5 juta dan paling tinggi USD 10 juta. Tetapi BNM berniaga dalam lot USD 50 juta dan kadang-kadang dalam lot USD1 bilion (dalam istilah pasaran, ini dipanggil satu ela) dalam sehari. 

Amat jarang sekali peniaga matawang asing berjual beli dalam lot yang besar. Penanding yang paling hampir kepada BNM dalam kegiatan jual beli di dalam pasaran pertukaran asing ini ialah pengurus-pengurus dana Jepun. Itu pun mereka berani bermain paling tinggi dalam lot USD50 juta dan setakat sekali atau dua kali setahun. BNM bermain dalam lot-lot besar ini setiap hari. Ertinya, BNM memang berjudi di dalam pasaran, satu aktiviti yang tidak ada kena-mengena langsung dengan fungsi “mempertahankan nilai ringgit dan mengawal inflasi.”
Strategi BNM ialah membeli dahulu sesuatu matang wang dalam jumlah beberapa bilion USD dan setelah urusan pertama ini selesai (selang beberapa minit sahaja), ia akan membeli beberapa billion USD lagi. Ini menjana kejutan di dalam pasaran dan pedgang-pedagang lain menjadi panik dan akan tergesa-gesa membeli matawang berkenanan. Akibatnya, harga akan naik dan ketika itulah BNM menjual pegangannya dan menjana keuntungan lumayan. Akhirnya, pedagang-pedagang lain akan tahu helah ini dan bila mereka tahu, mereka akan bertindak balas. Maka bertemulah buku dengan ruas.
Dalam tahun 1992, BNM berjudi di dalam Paun British (GBP). Ia membeli dengan jangkaan GPB akan naik nilai. Pada masa yang sama, George Soros membuat “short selling” ke atas GBP (jual dulu dan beli kemudian) kerana dia menjangka nilai GBP akan jatuh di masa hadapan. Jangkaan soros tepat. Nilai GBP jatuh. BNM rugi USD5.5 bilion dan Soros untung USD1.7 bilion. TSJH berbohong dengan mengumumkan bahawa BNM hanya rugi di atas kertas sebanyak RM9.3 bilion. Hanya kemudian (dalam tahun 1993) beliau mengakui BNM rugi RM10.1 bilion.
Pakar-pakar membuat anggaran bahawa kerugian sebesar itu hanya boleh terjadi kalau BNM berspekulasi dalam pasaran sebanyak US27-33 bilion. Jumlah ini 5 kali ganda jumlah rizab BNM pada masa itu dan lebih besar dari nilai asset BNM, iaitu, USD20.7 bilion ketika itu, bermakna BNM sudah bankrap. Ini bukan hendak menjaga nilai ringgit dan mengawal inflasi, ini berjudi sakan.
Perjudian BNM di dalam pasaran pertukaran wang asing ini telah dikesan oleh bank pusat Amerika (Federal Reserve Bank) dan Gabenornya pada masa itu, Alan Greenspan telah menggesa BNM menghentikan segera perbuatan itu. Tetapi, BNM buat pekak badak. Ia terus bermain judi dan akhirnya rugi besar lagi dalam tahun 1993.
Akhbar “Malaysia Business” melaporkan bahawa pada kemuncaknya, BNM pernah berspekulasi di dalam pasaran pertukaran wang asing sehingga RM270 bilion (USD90-100 bilion). Pedagang-pedagang matawang asing BNM amat agresif dan digelar “pembuli pasaran” (market bully). Mereka seolah-oleh diberi oleh bos mereka cek kosong, berbelanja ikut suka. 

Yang sebenarnya, yang berjudi itu seorang sahaja, iaitu Nor Mohamed Yakcop. Khabarnya (berita yang hangat di kalangan kakitangan BNM), apa yang beliau buat ialah beliau berjual beli menggunakan komputer orang lain – pegawai-pegawai di bawah beliau. Beliau akan bergerak dari satu komputer ke satu komputer sehingga pasaran melihat BNM mempunyai ramai pedagang matawang asing yang agresif walhal yang agresif hanya seoarng sahaja. Beliau selalu datang mesyuarat lambat dan ketika mesyuarat sedang berjalan, keluar pergi ke kamar dagangan (dealing room). Beliau membuat laporan palsu kepada Gabenor tetapi kerana dia licik, maka Gebenor percaya semua laporan sehinggalah “nasi telah menjadi bubur” barulah Gabenor sedar orang yang dipercayainya selama ini telah bermain kayu tiga dengan beliau, buat cerita dongeng.
Keempat, berapa besarkah kerugian yang ditanggung BNM akibat dari perjudian itu?
Memang sukar diketahui dengan tepat tanpa penyiasatan. YB Lim Kit Siang pernah menyebut di parlimen bahawa jumlah kesemua kerugian ialah RM30 bilion, satu jumlah yang amat menggerunkan. Inilah jumlah kerugian yang paling kerap disebut di kalangan pemain pasaran.
BNM mengakui kerugian sebanyak RM10.1 bilion dalam tahun 1992 dan RM5.7 bilion dalam tahun 1993. Jumlahnya RM15.8 bilion, kira-kira setengah dari anggaran pakar. Jumlah yang diakui oleh BNM itu memang secara muslihat direndahkan. 

Sebahagian kerugian itu disorokkan melalui menilai semula pegangan emas BNM pada harga pasaran yang telah menjadi lebih tinggi berbanding harga mula-mula ia dibeli dan menilai pelaburan BNM dalam saham tersenarai dan beberapa lagi harta yang lain. BNM juga menggunakan “creative accounting” bagi menyorok kerugian. 

Kerugian telah ditukarkan menjadi “harta” dengan mencipta istilah baru perakaunan, iaitu, “deferred expenditure” atau “perbelanjaan tertunda” – wang telah dibelanjakan dahulu tetapi akan dibayar secara ansuran kemudian. Ini adalah penipuan. TSJH, seorang akauntan bertauliah, telah menderhakai profesyen beliau sendiri.
Kelima, siapakah yang bertangungjawab di atas kerugian?
BNM berjudi sakan di pasaran pertukaran matawang asing semasa Tun Daim Zainuddin (TDZ) menjadi Menteri Kewangan. Semua orang maklum, TDZ ini seorang spekulator besar dalam pasaran saham. Beliau menjana kekayaan melalui spekulasi di pasaran saham. Dengan nada angkuh beliau pernah dilaporkan berkata: “Apa yang saya jana di pasaran saham itu hanyalah duit poket saya.”
Diyakini bahawa arahan “pergi buat duit di pasaran pertukaran asing” kepada BNM datangnya dari TDZ dan tentunya direstui oleh Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad (TMM). Umum mengetahui kedua-dua mereka rapat, bagaikan isu dengan kuku. 

 Arahan itu dilaksanakan kerana BNM memiliki seorang Gabenor yang berwatak “Yes Man” bukan macam Tun Ismail Ali dan Tan Sri Aziz Taha. Harus diingat TDZ – kerana gagal menundukkan Tan Sri Aziz Taha dengan arahan tidak munasabah – telah berjaya menekan Tan Sri Aziz sehingga beliau meletak jawatan. Gabenor TSJH pula mempunyai “Yes Man” lapisan kedua, iaitu, Nor Mohamed Yakcop.
Pada peringkat BNM, kerugian gergasi ini adalah tanggungjawab TSJH dan Nor Mohamed Yakcop sepenuhnya. Mereka, walaubagaimana pun mengambil arahan daripada dan membuat laporan terus kepada TDZ dan TMM mengenai permainan mereka di pasaran matawang ini. Pegawai tinggi BNM yang lain tidak tahu apa-apa. Timbalan Gabenor pada masa itu, Tan Sri Dr. Lin See Yan diketepikan. 

Sesungguhnya, mereka berdua telah terpesong jauh dari batasan (went overboard) dalam memperjudikan harta BNM di pasaran pertukaran asing. Mereka bukan berspekulasi tetapi berjudi secara cuai dan tidak bertanggung jawab dengan tidak mengendahkan langsung tentang keselamatan harta BNM dan harta negara. 

 Mungkin mereka bernafsu besar untuk mengalahkan Goerge Soros yang dikenali sebagai “raja perompak” (robber baron) itu bertujuan memenangi hati bos mereka bahawa mereka mempunyai kepakaran tanpa tolok banding di dalam urusniaga matawang asing.
Jadi, empat orang adalah orang yang harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya di atas kerugian gergasi yang ditanggung BNM akibat perjudian di pasaran pertukaran asing – Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, Menteri Kewangan, Tun Dain Zainuddin, Gabenor, Tan Sri Jaffar Hussein dan Nor Mohamed Yakcop.
Bila Dato Sri Anwar Ibrahim mengambil alih sebagai Menteri Kewangan dalam tahiun 1991, BNM memang sudah terperangkap di dalam perjudian di pasaran. Beliau dinafikan maklumat mengenai keterdedahan BNM dalam pasaran pertukaran asing – berapa besar pelaburan, untung atau rugi, semuanya disembunyikan dari beliau. Beliau mendapat maklumat serpihan dari pihak ketiga.
Beliau, seperti yang diakui. pernah meminta maklumat terperinci dari Gabenor TSJH tetapi beliau disuruh pergi memintanya daripada Perdana Menteri. Bila DSAI dilantik Menteri Kewangan, kerugian telah menggunung – “nasi telah menjadi bubur.” Apa yang boleh beliau buat hanyalah memberhentikan pendarahan dan itu beliau telah berjaya buat.
Beliau “membuang” Gabenor dan Nor Mohamed Yakcop dari BNM pada pertengahan tahun 1994 selepas pembentangan laporan Tahunan BNM 1993 yang mendedahkan kerugian dari spekulasi wang asing itu. Beliau juga melarang sama sekali BNM dari bersepekulasi di pasaran matawang asing. 

Larangan ini berkuatkusa hingga kini.
Penganalisis merasakan beliau akhirnya membayar kos yang tinggi atas tindakan beliau itu – difitnah, dibuang kerja dan dipenjara 6 tahun.
Orang yang memberi arahan supaya BNM berspekulasi di pasaran wang asing adalah TMM dan TDZ dan “kerja kotor” diserahkan kepada TSJH dan NMY untuk melaksanakannya. Jadi, TSJH dan NMY mempunyai pelindung. Sebab itu mereka bebas, tidak didakwa langsung.
Keenam, Kenapakah orang yang bertanggungjawab dibiarkan lepas-bebas?
Nor Mohamed Yakcop dipaksa meletak jawatan pada Julai 1994, satu hukuman yang amat ringan berbanding jenayah yang telah beliau lakukan terhadap negara. Malah, beliau kemudiannya diberi habuan lebih besar – kembali ke BNM dan menjadi menteri kabinet.
TSJH juga dipersilakan meletakkan jawatan tetapi dengan segera beliau dilantik menjadi Timbalan Pengerusi PNB sebagai habuan. Sejak dari itu, beliau hidup murung – jarang mendapat liputan media – dan dua tahun kemudian beliau menginggal dunia akibat penyakit barah.
Perdana Menteri dan TDZ pula tida siapa yang berani sentuh. Buat penyiasatan mereka tidak mahu. Mereka tidak lut undang-undang.
Ketujuh, kenapakah skandal kerugian pertukaran asing BNM tidak disiasat?
Ini adalah kerana, pertama, pemimpin tertinggi negara nampaknya terlibat dan bersekongkol dalam perjudian ini. Kedua, penyiasataan mungkin mendedahkan banyak kepincangan dan perkara buruk yang boleh membawa kacau bilau politik kepada golongan berkuasa. Ketiga, perincian-perincian skandal ini mungkin terlalu mengerikan (too gruesome) kepada umum dan boleh menyebabkan malu besar kepada golongan berkuasa, sekiranya didedahkan. Keempat, wujud unsur-unsur jenayah di dalam skandal berkenaan yang boleh menyebabkan orang bertanggungjawab masuk penjara bukan masuk kabinet seperti yang berlaku sekarang.
YB Lim Kit Siang telah mencadangan di Parlimen supaya Suruhanjaya PenyiasatanDiraja ditubuhkan untuk menyiasat skandal kerugian pertukaran asing ini tetapi cadangan tidak langsung diendahkan.
Kelapan, patutkah PR (jika memerintah) menyiasat kembali skandal ini?
Di Mongolia, dua orang bekas Gabenor dan tiga orang kakitangan bank pusat negara itu telah didakwa dimahkamah atas tuduhan kecuaian dan melebihi kuasa sehingga menyebabkan kerugian USD90 juta di pasaran pertukaran asing. TSJH dan NMY telah melakukan kesalahan yang lebih besar dan menyebabkan kerugian gergasi, maka sudah sewajarnya mereka di bawa ke muka pengadilan. Mereka mestilah disiasat. Jenayah yang terlibat termasuklah kecuaian, menyalahgunakan kuasa, memalsukan akaun, memesongkan maklumat, pecah amanah, konspirasi dan rasuah.
Aktiviti spekulasi yang dibuat sebenarnya berlawan dengan prinsip-prinsip utama bank pusat. Bank pusat sepatutnya membanteras spekulasi. Manakan boleh BNM melibatkan diri di dalam kegiatan spekulasi di pasaran matawang asing secara besar-besaran?

Forum khas bertajuk “Bank Negara Forex Scandal: When Government Becomes Speculator.” 2.30 ptg, Sabtu2 Jun 2012 di Dewan Sri Pinang, Padang Kota Lama, Pulau Pinang. 


NOTA THE SAVIOUR: 

Kerugian wang rakyat terlalu besar untuk dilupakan begitu sahaja. Kerajaan pimpinan Najib Abdul Razak seharusnya menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat skandal ini walaupun ia telah terlewat beberapa dekad. Sekurang-kurangnya masih terdapat watak-watak utama yang terlibat dalam kegiatan perjudian yang merugikan wang negara yang masih hidup dan wajib memberikan keterangan kepada rakyat Malaysia tentang apa yang telah mereka lakukan. 

Apatah lagi sehingga ke hari ini, bukan sahaja wang yang telah dirugikan itu tidak dapat dikembalikan, malah tidak ada sebarang siasatan pun dibuat seolah-olah kerugian menghampiri RM100 bilion itu untuk tempoh yang singkat, bukanlah satu perkara besar.



Saturday, January 28, 2017

BENAR-BENAR TERDESAK SAMPAIKAN KIT SIANG TERPAKSA UGUT NAK SAMAN HADI AWANG!!!



2 Februari semakin hampir. Tarikh di mana Parti Cap Bunga yang akan diwakili oleh Mukhriz Mahathir bersemuka dengan kepimpinan PAS, sekaligus memujuk PAS untuk menyertai Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP untuk bekerja bagi pihak DAP, PKR, Cap Bunga dan PAN bagi tujuan PRU-14 nanti.

Mahathir dan Muhyiddin sudah berulang-ulang kali menyatakan harapan agar hanya satu wakil atau calon dari kelompok pembangkang untuk berhadapan dengan calon-calon Barisan Nasional.

Para pentaksub dan penyokong Mahathir sudah pun menyatakan, PAS seharusnya mengundurkan diri bagi memberi peluang kepada Cap Bunga di kerusi-kerusi yang ditandingi oleh PAS secara tradisi tetapi sentiasa kalah kepada UMNO-BN.


Berbanding PAS yang telah pun mempunyai kelompok penyokong tegar yang cukup setia dan istiqamah dengan perjuangan mereka, Cap Bunga pula dianggotai oleh bekas-bekas ahli serta pemimpin UMNO yang kecewa dan mahu mengejar kuasa dengan pantas.

Malah berbanding PAS yang telah pun mempunyai kerusi-kerusi Parlimen mahupun DUN yang akan ditandingi secara peribadi, Cap Bunga dan PAN pula terpaksa mengemis kasih sayang dan belas ihsan daripada DAP dan PKR.

Menjadikan PAS sebagai sasaran mudah untuk mendapatkan kerusi, DAP berkompromi dengan Mahathir untuk memperdayakan PAS.

Bagaimanapun, reaksi yang diberikan oleh Presiden PAS pula nampaknya menyukarkan Cap Bunga dan Mahathir sendiri untuk memomokkan kepercayaan bahawa PAS telah lemah dan boleh dipergunakan dengan sewenang-wenangnya sebagaimana yang pernah dilakukan oleh DAP dan PKR ke atas PAS.

PAS nampaknya lebih tegas kali ini apabila secara tidak berselindung menyatakan, tidak mahu bekerjasama dengan DAP dan Cap Bunga.


Barangkali kerana geram dan marah itulah, Lim Kit Siang cuba menakut-nakutkan Presiden PAS dengan ancaman saman menggunakan alasan Presiden PAS itu telah menfitnah DAP dan Lim Kit Siang sebagai pembenci umat Islam, agama Islam dan orang Melayu.

DAP dan Lim Kit Siang tidak pernah mengaku mereka membenci Islam dan Melayu walaupun tindak tanduk mereka, termasuklah konsep Malaysian Malaysia yang dicipta 10 tahun selepas mereka diberikan status kewarganegaraan negara ini, terus dipegang sehingga ke hari ini sepertimana yang terdapat dalam Pengisytiharan Setapak dalam Kongres Kebangsaan Pertama DAP di Setapak, Kuala Lumpur pada 29 Julai 1967. DAP tetap mengakui mereka sebagai rakyat Malaysia sejati yang mencintai negara ini walaupun sebahagian besar daripada pemimpin dan ahli mereka gagal menguasai Bahasa Melayu yang merupakan Bahasa Kebangsaan, bahkan memandang rendah Bahasa Melayu selain cukup kuat berkempen menentang Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.


Di sebalik pujukan agar PAS bersama-sama mereka, Mahathir dan Kit Siang tidak menyembunyikan rasa benci dan permusuhan terhadap PAS. Desakan dmi desakan dibuat agar PAS menurut kehendak Kit Siang dan Mahathir.

Perkembangan terbaharu selain pertemuan yang dirancang pada 2 Februari, bakal memberikan impak yang sangat besar, terutama sekali di kalangan kepimpinan Pakatan Harapan yang turut melibatkan Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz.


MALAYSIA BAKAL BERISIKO DIBOIKOT PELABUR-PELABUR DARI CHINA KERANA MULUT DAN KEMPEN JAHAT MAHATHIR!!!



Mahathir dan para pentaksubnya sekarang ini sedang menghasut rakyat Malaysia agar berperang dengan China. Rakyat Malaysia ditakut-takutkan kononnya Malaysia akan dijajah oleh China dan setiap inci tanah negara ini akan dimiliki oleh China. 

Para pentaksub dan penyokong Mahathir sedang giat menggunakan hujah yang sama di media-media sosial dengan menjadikan Forest City yang merupakan milik mutlak Kerajaan Negeri Johor sebagai sandaran hujah mereka dalam usaha untuk memastikan Parti Cap Bunga mendapat sokongan meluas di negeri tersebut.

Sesuatu yang lebih besar sedang berlaku di Negara China sendiri. 

Akhbar The Global Times merupakan akhbar berbahasa Inggeris terbesar di China. Pembaca atas taliannya sahaja berjumlah 15 juta orang dan edaran cetakannya berjumlah 1.5 juta salinan setiap hari. 

Akhbar berkenaan dimiliki oleh People's Daily yang juga merupakan media utama Kerajaan Negara China. Akhbar tersebut seringkali dilihat sebagai 'suara' Kerajaan China dan menerangkan tentang reaksi Kerajaan dan rakyat China.

Dalam dua artikel yang disiarkan baru-baru ini termasuklah artikel terbaharu bertajuk, "Chinese Net users react with shock after Malaysia ex-PM's anti-China comments' (Reaksi terkejut pengguna Internet China selepas komen-komen anti-China oleh bekas PM Malaysia), menyelar Mahathir kerana mencetuskan isu perkauman. 

Bagaimanapun, perkara yang sangat menarik ialah apabila Global Times juga melaporkan sebilangan netizen mula berkempen untuk memboikot Malaysia. 

"Sebahagian netizen China menyatakan kekecewaan mereka dan berkata, amat mengejutkan bekas pemimpin utama sebuah negara membuat kenyataan sebegitu rupa, manakala sebahagian yang lain pula menyeru agar Malaysia diboikot."

"Perlukah kita memboikot Malaysia," tulis pengguna Internet yang menamakan dirinya sbagai 'Jiemohu' di Sina Weibo.

Seorang lagi pengguna Internet, 'Yuchundaxianglianzhuli' berkata, 'Selepas menjadi sahabat selama beberapa dekad, Mahathir memilih untuk menikam China. Ia adalah satu perkara besar."

Melihat kepada pengaruh besar Global Times, dan People's Daily, artikel-artikel seperti itu amat merbahaya kepada Malaysia. 

Jepun pernah mnerima nasib malang apabila netizen di China melancarkan kempen boikot beberapa tahun lepas, sekaligus menyebabkan jualan produk-produk syarikat Jepun merudum sehingga 60% dalam tempoh tersebut. 

Malaysia juga pernah berhadapan dengan kempen boikot berskala kecil pada tahun 2014 selepas insiden MH370. Walaupun berskala kecil tetapi ianya sudah mencukup untuk menyebabkan jumlah kedatangan pelancong China ke Malaysia pada tahun 2014 dan 2015, merosot teruk apabila pelancong-pelancong China lebih memilih Thailand sebagai destinasi mereka berbanding Malaysia. 

Malaysia kerugian ratusan juta Ringgit kesan pemboikotan tersebut. Hanya pada tahun lepas, jumlah pelancong China ke Malaysia kembali meningkat. 

Kerjasama ekonomi dan perdagangan antara Malaysia dan rakan niaga terbesar negara ini, China, telah melonjak apabila dagangan tahunan mencecah sekitara USD100 bilion. Ini sekaligs memberikan manfaat besar kepada rakyat Malaysia, termasuklah para penoreh getah dan pengusaha kebun kelapa sawit.

Amat malang apabila orang seperti Mahathir dan para pentaksub serta penyokongnya terus dibiarkan mensabotaj ekonomi negara ini semata-mata keinginan mereka untuk berkuasa dan memenangi kuasa politik.

Malaysia perlu mengambil kira retorik-retorik Mahathir secara serius. Penghujung 2015, pelaburan Malaysia di China berjumlah USD7.4 bilion secara keseluruhannya manakala pelaburan China di Malaysia adalah berjumlah USD2.7 bilion.

Selama bertahun-tahun, Malaysia telah melabur di China jauh lebih banyak berbanding China melabur di Malaysia. Malahan, Malaysia merupakan antara pelabur terawal dan terbesar di China apabila negara tersebut mula membuka pintunya kepada dunia.

Dengan ekonomi yang lebih kukuh dan berkembang, China pula yang melabur di Malaysia. Apabila kempen boikot ini berlaku, ia akan menyumbang kemusnahan kepada ekonomi Malaysia, terutama apabila kebanyakan negara di dunia ini, termasuklah Filipina dan Indonesia berusaha secara giat untuk menarik pelaburan dan perdagangan China ke negara mereka. 

Sementara China dan Amerika Syarikat sedang bersaing hebat, rakyat Malaysia seharusnya berwaspada dengan sebarang berita dan artikel daripada media-media barat, termasuklah dari Singapura yang berterusan untuk mencetuskan dan menghangatkan sentimen dan ketakutan anti-China. 

Di sebalik bertrilian pelaburan China dan Amerika Syarikat di seluruh dunia, sehingga ke hari ini, tidak sebuah negara pun di dunia hari ini yang telah dijajah oleh China atau Amerika Syarikat sebaliknya terjajah kerana jemputan orang-orang seperti Mahathir ke negara mereka seperti yang berlaku di negara-negara Timur Tengah.

Propaganda bahawa pelaburan bermakna negara akan dijajah, tidak lebih daripada sebuah pembohongan dan dongengan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab dan lapar kuasa.

Seperkara yang perlu diberikan perhatian, selain daripada sejumlah besar produk elektronik dan petroleum, China juga merupakan pengimport kedua terbesar minyak kelapa sawit dan getah Malaysia. Sebarang kempn boikot akan menjejaskan 113,000 peneroka Felda dan keluarga mereka yang mana majoriti mereka adalah orang Melayu.

Adakah Mahathir dan Pakatan (terutama sekali DAP) benar-benar mahu bermain dengan permainan rasis ini sekaligus mensabotaj ekonomi Malaysia yang berjumlah ratusan bilion Ringgit pada tahun ini dan menjadikan orang Melayu sebagai mangsa utama mereka, semata-mata kerana mahukan Mukhriz Mahathir dan Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri?

Wajarkah kerana sentimen yang tidak berasas dan hanya bersandarkan kepada hearsay dan kebencian melampau, ekonomi Malaysia dirosakkan dan segala yang dinikmati pada hari ini, dimusnahkan begitu sahaja hanya semata-mata kerana nafsu dua orang ahli politik tua?


Friday, January 27, 2017

DEMI KIT SIANG DAN LIM GUAN ENG, MAHATHIR TIDAK BOLEH WAKILKAN MUKHRIZ UNTUK BERSEMUKA DENGAN HADI AWANG PADA 2 FEBRUARI NANTI!!!



Di tengah-tengah kehangatan isu Skandal BMF dan menyusul pula skandal FOREX yang menyaksikan rakyat Malaysia kerugian lebih RM40 bilion semata-mata kerana nafsu Mahathir yang kemudian dipersalahkan orang lain, Mahathir yang sinonim dengan gelaran U-Turn, cuba mencari kekuatan baru menerusi bantuan PAS.

DAP telah membuktikan, PAS adalah pembantu yang paling berkesan apabila DAP berjaya bertapak dan menghilangkan sebahagian fobia orang Melayu khususnya golongan muda terhadap parti tersebut selepas fakta Tragedi 13 Mei 1969 dan pembabitan langsung Kit Siang dalam tragedi tersebut, berjaya diputarbelitkan.

Walaupun Mahathir pada mulanya sudah putus asa apabila PAS enggan melayannya untuk bekerjasama atau duduk semeja, tetapi campurtangan Kit Siang yang cuba menyelamatkan anak lelakinya yang bakal dibicarakan kerana rasuah dan salahguna kuasa, membuatkan Mahathir tidak punya pilihan, melainkan terpaksa mengikut kehendak Kit Siang.

2 Februari nanti Mahathir dan kepimpinan PAS dirancang untuk duduk semeja bagi mencari jalan penyelesaian untuk berhadapan dengan Barisan Nasional pada PRU akan datang.

Mahathir dan Kit Siang terlalu berharap, PAS akan 'menarik diri' dan membiarkan Cap Bunga dan DAP serta PKR sahaja yang akan bertanding, manakala PAS pula bertanding untuk mencukupkan syarat. Sebaliknya, PAS diharapkan akan menggerakkan angkatan mereka bagi menyokong serta membantu DAP, PKR, Cap Bunga dan PAN  sepertimana yang PAS pernah buat untuk DAP dan PKR sebelum ini sehingga kedua-dua parti tersebut berjaya membentuk kerajaan di Pulau Pinang dan Selangor.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sudah berulang-ulang kali menyatakan pendiriannya untuk tidak bekerjasama lagi dengan DAP yang telah terbukti menjadi musuh Islam dan orang Melayu di negara ini. Presiden PAS itu bersandarkan kepada tindakan dan sikap DAP terhadap RUU355 yang telah menimbulkan fitnah secara menyeluruh sehingga membentuk salahtanggapan dan salahfaham kepada sebahagian besar rakyat Malaysia.

Secara peribadi juga, keluarga Mahathir terutama sekali Marina Mahathir, dua orang anak angkat serta cucunya amat kuat menentang RUU355, sebaliknya menyokong dan memperjuangkan liberalisme dan penghapusan sebarang undang-undang yang berkaitan agama serta akidah.

Nampaknya, cubaan untuk melenyapkan dan melemahkan PAS terpaksa diteruskan apabila rancangan awal untuk melemahkan dan melupuskan UMNO serta Najib Abdul Razak tidak menjadi kenyataan.

Ironinya, perbincangan pada 2 Februari nanti, Cap Bunga hanya akan diketuai oleh Mukhriz Mahathir, bukan Mahathir sendiri tetapi Mahathir berharap Abdul Hadi Awang akan mengetuai PAS untuk bersembang dengan anaknya.

Hebat benar Mahathir dan Mukhriz berbanding Presiden PAS!!!




Wednesday, January 25, 2017

DOKUMEN CIA DIDEDAHKAN UNTUK CEMAR NAMA BAIKNYA, KATA MAHATHIR!!!



Akhirnya Mahathir membuka mulut berhubung pendedahan yang dibuat oleh sebuah portal bebas, Asian Correspondent berhubung beberapa dokumen yang kini boleh dibaca di atas talian yang telah 'dibebaskan' oleh Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA). 

Kata Mahathir, pendedahan tersebut sengaja dibuat untuk mencemarkan nama baiknya. Malahan, katanya lagi, laporan tersebut merupakan balas dendam Amerika Syarikat selepas dia mengkritik dasar-dasar negara tersebut secara keras. 

Mahathir turut mempersoalkan, mengapa dokumen berkenaan hanya disiarkan sekarang sedangkan skandal BMF yang menyebabkan Malaysia kerugian berbilion ringgit, berlaku pada tahun 1980-an. 

"Mereka (CIA) menyerang saya kerana saya tidak pernah berhenti mengkritik mereka. Mereka cuba menakut-nakutkan saya. Mengapa mereka mendedahkannya sekarang? Bolehkah anda membetulkan apa yang telah saya lakukan sebelum ini? Tujuannya hanya politik. Ada orang yang mendapat manfaat daripadanya," kata Mahathir dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini. 

Menurut Mahathir, terdapat beberapa laporan lain oleh agensi-agensi perisikan yang menafikan pembabitannya dengan Skandal BMF. 

Dalam laporan yang merupakan sebahagian daripada 13 juta muka surat daripada dokumen yang telah dinyahklasifikasikan oleh CIA minggu lepas, agensi tersebut berkata, pentadbiran Mahathir terbabit dalam skandal tersebut yang turut mempengaruhi kepimpinan Mahathir dalam UMNO dan Barisan Nasional. 




PENDEDAHAN CIA TENTANG SKANDAL BMF BUATKAN KIT SIANG TERDESAK DAN MAHU BEKERJASAMA DENGAN NAJIB!!!



Para penyokong Mahathir sedang bergelut dengan isu terbaharu membabitkan idola pujaan mereka. Ironinya, kebanyakan daripada mereka langsung tidak ada sebarang klu tentang Skandal BMF yang menyaksikan seorang juruaudit telah dibunuh dan beberapa orang yang lain telah dikambinghitam manakala dalang sebenar, terselamat sehingga ke hari ini.

Skandal BMF merupakan skandal kewangan terbesar pada awal Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri sebelum satu lagi skandal yang menggegarkan kewangan negara melibatkan bijih timah dan getah menerusi skandal MAMINCO yang sehingga ke hari ini, belum lagi dibuka dan didedahkan secara menyeluruh.

Lim Kit Siang merupakan antara yang paling lantang mempersoalkan tindakan Mahathir yang cuba bermain selamat dengan menyalahkan orang lain bagi setiap skandal kewangan yang didedahkan waktu itu. Bahkan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra menerusi kolumnya di The Star, turut mempertikaikan perkara yang sama, menyaksikan akhbar-akhbar yang menyiarkan berita tentang hal tersebut dikenakan sekatan undang-undang.

Akhbar-akhbar Kumpulan Utusan dan NST pula sekadar menyiarkan berita tersebut menerusi skop jenayah pembunuhan, bukannya skandal kewangan. Tiada sebarang media alternatif waktu itu yang berani menyentuh skandal tersebut secara terang-terangan sepertimana yang berlaku sekarang. Kalau ada pun, cuma ceramah-ceramah yang dirakamkan ke dalam kaset dan pita video VHS yang hanya boleh dijual secara gelap, bukannya terang-terangan.

Selepas 30 tahun, Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat yang sentiasa menyibuk dengan hal-ehwal dalaman negara lain telah mengeluarkan dokumen-dokumen berkaitan.

Pada masa yang sama, Lim Kit Siang yang sebelum itu gah dan megah dengan kerjasama antara DAP-Cap Bunga, terus menarik handbrake serta-merta. Kenyataan Lim Kit Siang bahawa dia sanggup bekerjasama dengan Barisan Nasional, sekaligus memberi erti bahawa pemimpin Supremo DAP itu enggan mengambil risiko menerusi kerjasama dengan Cap Bunga dan Mahathir.

Bahkan Lim Kit Siang dan DAP melihat Mahathir sebagai satu liabiliti yang hanya akan menyusahkan DAP pada PRU akan datang terutama sekali menerusi beberapa kenyataan kontroversi Mahathir termasuklah yang melibatkan pelaburan dari China.

Selepas PAS memberitahunya, tidak akan terpengaruh dan dipatuk buat kali kedua apabila dia menawarkan perdamaian dengan PAS, Lim Kit Siang tidak menyembunyikan lagi kegelisahannya. Dia membuat satu lagi kenyataan selepas itu iaitu kesanggupan untuk bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin BN termasuklah Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Mengapa Lim Kit Siang tiba-tiba menjadi sangat terdesak?



(1) Pendedahan oleh CIA berhubung skandal BMF yang menyebabkan satu misteri pembunuhan dan skandal kewangan yang melibatkan Mahathir.
(2) Kajian yang dibuat oleh Rafizi Ramli menunjukkan kekalahan teruk Pakatan pada PRU-14.
(3) Pendedahan tidak sengaja oleh Mahathir yang DAP telah meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri (selain kemungkinan jawatan Menteri Kewangan) telah menyebabkan DAP dan Cap Bunga berhadapan dengan kecaman daripada penyokong sendiri.
(4) Perbicaraan rasuah melibatkan anaknya sendiri yang akan bermula pada Mac di mana semua perincian salahlaku akan didedahkan di mahkamah. Ramai termasuklah peguam pro-Pakatan yang beranggapan, berdasarkan fakta dan bukti, Lim Guan Eng sudah pun didapati bersalah.

Jadi, daripada keempat-empat sebab tersebut, yang manakah sebenarnya menjadi pendorong utama untuk Lim Kit Siang berubah sikap dan menjadi terdesak?

Barangkali tidak keterlaluan kalau dikatakan, kesemua alasan tersebutlah yang menyebabkan tiba-tiba sahaja Lim Kit Siang mahu bekerjasama dengan Najib bagi menyelamatkan Malaysia sekaligus meninggalkan rakan kongsi barunya, Mahathir?



Tuesday, January 24, 2017

AGENSI PERISIKAN PUSAT AMERIKA SYARIKAT DEDAHKAN DOKUMEN BERKAITAN SKANDAL BMF DAN MAHATHIR!!!



Sekarang terjawablah mengapa Mahathir 'mengarahkan' Khairuddin dan Matthias mendahului isu dengan cubaan menggambarkan kononnya Amerika Syarikat menyebelahinya dalam usaha menjatuhkan Najib Abdul Razak membabitkan isu 1MDB.

Rupa-rupanya ada kalut tertentu yang menyebabkan Mahathir perlu memenangi perlumbaan masa dan persepsi ini. Bukan kerana 1MDB, bukan juga kerana mahu Selamatkan Malaysia sebagaimana yang didakwa. 

Sebaliknya seperti biasa, MAHU MENYELAMATKAN DIRI SENDIRI, ANAK-ANAK LELAKI dan kaum kroninya. 

Skandal BMF tahun 1983 merupakan skandal kewangan terbesar melibatkan sebuah bank milik penuh kerajaan, Bank Bumiputera dan sebuah syarikat dari Hong Kong, Carrian Group. Skandal tersebut berakhir dengan penemuan mayat juruaudit Allahyarham Abdul Jalil Ibrahim dan berkuburnya Bank Bumiputera.

Skandal kewangan tersebut, tidak pernah selesai sehingga kini. Mahathir lepas tangan dan berkata, yang hilang adalah wang bank, bukan wang negara.

Portal Asian Correspondent mendedahkan Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) telah menyahklasifikasikan 13 juta dokumen bagi membolehkan ditatap dan dibaca oleh orang awam di atas talian, termasuklah yang membabitkan SKANDAL BMF yang merupakan antara skandal kewangan terbesar di bawah pentadbiran Mahathir.

Skandal kewangan terbesar lain di bawah pentadbiran Mahathir termasuklah MAMINCO, PERWAJA dan FOREX.

Mahathir tidak pernah menjawab atau memberikan sebarang penjelasan berhubung skandal-skandal kewangan yang dilaporkan bernilai lebih RM100 bilion itu walaupun membuat penafian kosong.



Minggu lepas, CIA mendakwa, berdasarkan dokumen-dokumen yang mereka miliki, dalam tempoh terawal Mahathir berkuasa, Malaysia telah berhadapan dengan masalah rasuah dan salahguna kuasa yang sangat besar membabitkan bank yang dimiliki oleh kerajaan iaitu Bank Bumiputera. Reputasi bank tersebut tercemar dengan operasi yang diragui. (TERUSKAN BACAAN DI SINI).

Justeru tidak menghairankan bagaimana Mahathir menjadi sangat kalut dan membuat pelbagai tuduhan serta dakwaan dengan hanya bersandarkan kepada hujah HEARSAY. Semuanya dilakukan untuk melindungi pendedahan yang dibuat oleh CIA.

Dan tidak menghairankan juga apabila Mahathir mula meniupkan semangat patriotik, sama seperti yang dilakukannya ketika Barry Wain membuat pendedahan menerusi bukunya, "The Malaysian Maverick' tentang pelbagai skandal dan penyelewengan di bawah pentadbiran Mahathir.



Monday, January 23, 2017

ZAHID BIMBANG HANYA 6.6% SIBERTRUPER UMNO, RAFIZI PULA RISAUKAN PENGUNDI CINA YANG AKAN SEBABKAN KEKALAHAN BESAR PKR-DAP!!!



Sedang trending di media sosial adalah 6.6% - cybertrooper UMNO yang membabitkan Pemangku Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri. Pelbagai reaksi diberikan berhubung kenyataan polemik Ahmad Zahid itu. Ramai yang terhentak hati, tetapi ramai juga yang menyatakan kenyataan Zahid itu sebenarnya tidak lebih daripada sekadar satu 'helah politik' semata-mata. 

Mungkin kerana ianya merupakan kenyataan membabitkan UMNO, maka ia dianggap sangat besar. Tetapi beberapa hari sebelum Zahid mengeluarkan kenyataan tersebut, Rafizi Ramli dan Sim Tze Tzin telah mengeluarkan kenyataan yang serupa bagi pihak PKR dan DAP. Cuma, ia tidak melibatkan titik perpuluhan dan tidak juga memperkatakan secara khusus tentang sibertruper.

PKR secara terbuka mengakui, Pakatan akan kehilangan lebih dari 10 kerusi pada PRU akan datang kerana masalah membabitkan pengundi-pengundi Cina. 

Pengarah Biro Strategik PKR, Sim Tze Tzin berkata, orang Cina tidak lagi ghairah tentang politik sepertimana yang mereka perlihatkan semasa PRU-12 dan PRU-13. Sebaliknya, lebih ramai orang Cina yang semakin tidak berminat dengan politik dan berasa bosan dengan kerenah yang ditunjukkan oleh para pemimpin DAP terutama sekali Lim Guan Eng. Situasi ini membuatkan Sim Tze Tsin bimbang, peratusan pengundi Cina yang akan keluar mengundi pada PRU akan datang, merosot teruk. 

Menurutnya, jikalau peratusan pengundi Cina yang keluar mengundi dikurangkan 5% sehingga 10%, senario politik di Malaysia akan bertukar. Pakatan Harapan akan kehilangan lebih 10 kerusi Parlimen berbanding yang dimiliki sekarang.

Malah, Tian Chua yang merupakan Naib Presiden PKR juga berkata, sikap yang ditunjukkan oleh para pengundi Cina sekarang ini akan menyebabkan parti-parti pembangkang kalah teruk pada PRU akan datang. Malahan walaupun para pengundi Melayu meningkat 5% atau 10% pun pada PRU akan datang, keputusannya tidak akan banyak membantu Pakatan. (RUJUK SINI)

Walaupun ia mungkin merupakan satu strategi yang melibatkan Tian Chua, Rafizi dan Sim Tze Tzin bagi membangkitkan sentimen, sekaligus mengumpulkan kembali seramai mungkin sokongan daripada para pengundi Cina, namun yang pasti sama seperti yang dihadapi oleh UMNO-BN, kegersangan sokongan daripada para pengundi Cina memang amat ketara. 

'Tentera-tentera' Cina yang dilihat begitu ghairah pada PRU-13 lalu, kini hilang. Selepas beberapa skandal melibatkan pemimpin-pemimpin Pakatan didedahkan selain ditipu dan diperdayakan terutama sekali oleh Lim Guan Eng, mereka dilihat semakin bosan dengan Pakatan.
Walaupun sebahagian orang Cina masih lagi memperlihatkan sokongan kepada BN, tetapi sejumlah besar orang Cina yang lain pula berasakan, mereka hanya membuang masa beratur untuk membuang undi sedangkan keputusannya ialah BN tetap menang. Sesetengahnya pula melahirkan kemarahan secara terang-terangan di FB terutamanya apabila mereka ditipu berulang-ulang kali dengan propaganda seperti 40 ribu Bangladesh dan Blackout.

Bagaimanapun, rata-rata sependapat bahawa Pakatan tidak mempunyai polisi yang tulen untuk pembangunan Malaysia dan hanya tahu mengkritik atau membuat janji tidak bertanggungjawab serta sesnasi yang memmberikan segala-galanya secara percuma walaupun hakikatnya yang percuma itu sebenarnya perlu dibayar berkali ganda seperti cukai.

Serangan oleh Mahathir dan Muhyiddin ke atas pelaburan Cina juga merupakan salah satu penyebab para pengundi Cina melihat Pakatan yang sedang bekerjasama dengan Cap Bunga pimpinan Mahathir sebagai tidak bertanggungjawab dan membuta tuli. Sifirnya mudah, kalau pelaburan asing di Malaysia, dihalau keluar, bagaimana Malaysia hendak diselamatkan?

MAHATHIR KATA TAK MAHU DAH DENGAN PAS, MUHYIDDIN KATA PAS KENA ADA, KIT SIANG KATA PAS KENA AKUR DENGAN DAP... JELITA SUNGGUH PAS NI!!!



Mahathir kata, masa telah tamat buat PAS untuk menyertai Pakatan Harapan. Mahathir sangat marah dengan PAS apabila PAS langsung tidak mengendahkannya walaupun berbekalkan gelaran NEGARAWAN bahkan PAS menggelarkan Mahathir sebagai SASAUAN.

Perlu diingat, jauh lebih lama sebelum wujudnya PKR atau Semangat 46, PAS adalah penentang Mahathir yang paling wahid. PAS cukup kenal Mahathir terutama selepas Mahathir memilih pentas PAS untuk menentang Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra dan kemudian apabila Tunku melepaskan jawatan, Mahathir mengerjakan PAS secukup-cukupnya.

Tempoh dari tahun 1979 sehingga 2003, Mahathir adalah musuh utama PAS. Dan kebetulan Mahathir adalah Presiden UMNO, maka UMNO juga terpalit dengan kemarahan dan kekecewaan PAS. Dan kerana Mahathir jugalah, PAS memberikan pelbagai label bahkan mentakfirkan jemaah UMNO secara keseluruhannya.

Jadi, apabila sekali lagi Mahathir cuba berhelah dan memperdayakan PAS agar tunduk kepadanya, dan PAS memberikan jawapan secara sinikal, Mahathir menjadi sangat berang.

Namun pada masa yang sama, Muhyiddin pula cuba menarik PAS untuk menyertai DAP.

Kekuatan PAS sememangnya amat diperlukan oleh DAP. Mengharapkan Mahathir untuk menunjukkan kekuatan menerusi Cap Bunga, adalah sesuatu yang dilihat mustahil walaupun dikatakan gelombang kekuatan Cap Bunga menerusi seluran 4, 5 dan 6 amat utuh. DAP tetap memerlukan PAS kerana sebarang pertandingan tiga penjuru yang melibatkan PAS, DAP akan berputih mata.

Dek sebab itulah, Lim Kit Siang merendahkan egonya dengan menghantar perutusan damai kepada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, walaupun Abdul Hadi Awang sudah berulang-ulang kali menyatakan, PAS tidak akan bekerjasama lagi dengan DAP setelah DAP mengkhianati mereka.

Lim Kit Siang mengajak Abdul Hadi Awang untuk bekerjasama. Katanya, kedua-dua parti boleh bekerjasama sekiranya Abdul Hadi dan PAS sedia berkorban untuk 'menyelamatkan' Malaysia daripada menjadi Negara Kleptokrasi, istilah yang dipopularkan oleh Mahathir.

Sesuatu yang menarik ialah, Mahathir sendiri amat terkenal dengan amalan Kleptokrasinya yang diterjemahkan sebagai Korupsi, Kroni dan Nepotisme (KKN) yang banyak diperkatakan oleh pelbagai media asing dan dalam negara sepanjang dia menjadi Perdana Menteri. Bahkan Lim Guan Eng sendiri yang merupakan anak lelaki Lim Kit Siang juga masih terkial-kial dengan kes rasuah dan salahguna kuasa selain beberapa isu membabitkan 'perkara-perkara' melibatkan wang rakyat Pulau Pinang di Hong Kong yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak tetapi cuba diselindungi oleh DAP dan Pakatan.

Kata Kit Siang, kalau Presiden PAS bersedia untuk menandatangani perjanjian yang memberikan pengkhususan kepada PRU-14 bagi menyelamatkan Malaysia, DAP bersedia bekerjasama dengan PAS.

Permainan paling bangang yang ditunjukkan oleh Kit Siang ialah, dia yang mahu berdamai dengan Abdul Hadi Awang tetapi dia pula yang meletakkan syarat.

Secara tidak langsung Kit Siang tetap mahu PAS tunduk kepada DAP. Sama seperti puak-puak yang bencikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan penentang Dasar Pendidikan Kebangsaan mendesak kerajaan agar menerima UEC dengan alasan, beberapa buah universiti dunia telah mengiktiraf UEC dan tidak mahu Malaysia ketinggalan, padahal mereka sendiri gagal menjadi rakyat Malaysia!

DAP dan PKR telah membentuk Pakatan Harapan dengan tempat PAS sebelum itu digantikan oleh serpihannya, PAN. Pakatan Harapan kini sedang bekerjasama dengan CAP BUNGA dan Pakatan Harapan akan 'dimansuhkan' untuk digantikan dengan BARISAN RAKYAT mengikut idea Muhyiddin.

Dalam kajiselidik dan kajian yang dibuat oleh INVOKE yang dimiliki oleh Rafizi Ramli, keputusan akhirnya ialah, PAS diperlukan walaupun pada masa yang sama, Rafizi cuba menakut-nakutkan PAS kononnya PAS akan kalah teruk pada PRU akan datang sekiranya tidak bekerjasama dengan DAP dan PKR. Sedangkan hakikatnya, PKR dan DAP yang akan kehilangan banyak kerusi sekiranya PAS masih berkeras kepala dan berdegil untuk terus berfungsi sebagai LONE RANGER.


Saturday, January 21, 2017

DAH PUAS HASUT MELAYU, SEKARANG HASUT DAN TAKUTKAN CINA PULA KERJA u-TUrN MAHATHIR!!!



Yakin sangat la agaknya yang sebahagian besar orang Melayu telah mempercayai kata-katanya bahawa negara ini dan tanah-tanah Melayu akan tergadai kepada Negara China, kini taktik menakut-nakutkan orang Cina Malaysia pula dibuat secara agresif.

Apatah lagi DAP yang merupakan TAIKO BESAR u-TUrN Mahathir telah pun menzahirkan kebimbangan tentang para pengundi Cina yang mungkin sudah bosan kerana dua kegagalan iaitu pada PRU-12 dan PRU-13 untuk menguasai Putrajaya menyebabkan mereka 'memulaukan' dan malas untuk keluar mengundi pada PRU-14.

DAP sendiri mengakui, lebih 10% pengundi Cina tidak keluar mengundi bermakna mereka akan kehilangan banyak kerusi Parlimen.

Biarpun PKR menerusi Rafizi Ramli cuba menyedapkan hati dengan menyatakan, PAS akan kalah teruk, sekaligus menyediakan banyak kerusi Melayu untuk Pakatan Harapan, tetapi keyakinan tersebut kurang kukuh memandangkan PAS dan para pengikut serta pemimpinnya adalah dari jenis istiqomah dengan perjuangan.

PAS yang sudah biasa kalah masih berpegang kepada pendapat Almarhum Ustaz Fadhil Nor yang mengatakan, kemenangan adalah luar biasa bagi PAS tetapi bukanlah luar biasa bagi sebuah perjuangan seperti yang pernah dan sering dilalui oleh PAS.

Forest City sebenarnya diinisiatifkan pada tahun 1993 dan digerakkan secara agresif oleh Muhyiddin yang merupakan Menteri Besar Johor tetapi kemudian 'tergendala' kerana isu tertentu yang menyebabkan Muhyiddin terpaksa dipindahkan ke Pusat. Apabila Forest City diteruskan dan bahagian-bahagian tertentu untuk puak-puak berkenaan tercantas di bawah pentadbiran Najib dan pengtakhtaan KDYMM Sultan Ibrahim sebagai Sultan Johor, itu yang pakat mengamuk habis terutama sekali Mahathir.

Forest City itulah yang dijadikan modal untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia kononnya negara akan tergadai. Tanah dijual sewenang-wenangnya untuk dimiliki oleh warga asing, walaupun hakikatnya yang terjual dan ditawarkan pemilikan kepada warga asing adalah unit-unit strata, bukannya daratan.

Selepas isu 1MDB yang semakin jauh daripada gapaian untuk menjatuhkan Najib, apatah lagi dengan perubahan besar DOJ yang sebelum ini diharapkan dapat memalukan Najib, tumpuan diberikan kepada Forest City.

Barangkali skopnya lebih besar kerana ia membabitkan hartanah. Apatah lagi kegilaan masyarakat Cina dengan hartanah, mudah dimanipulasikan dengan acuman kononnya, kepentingan mereka akan terjejas dengan kemasukan pemodal-pemodal dan pelabur-pelabur dari China yang bukan sahaja lebih genuine tetapi lebih besar dana yang dimiliki.

Itulah sebabnya, Mahathir langsung tidak berani menyentuh tentang Gold Coast, Australia, Long Beach, Palm Beach di Amerika Syarikat, Dubai dan beberapa hub ekonomi serta 'rumah kedua' di bahagian dunia lain yang dipenuhi dengan expatriate atau pelabur asing yang memiliki hartanah tetapi negara-negara berkenaan tidak pula tergadai terutama kepada pelabur-pelabur dari China sebagaimana yang didakwa berlaku di Malaysia.

Namun, satu kelebihan yang dimanipulasi oleh u-TUrN Mahathir dan DAP ialah kebenakan masyarakat Malaysia dalam menghadam sesuatu isu kerana terlalu bergantung kepada persepsi dan hearsay selain terlalu bersangka buruk dengan sebarang penjelasan dari pihak kerajaan.

Setelah melihat kejayaan menghasut sebahagian besar orang Melayu untuk percaya Kerajaan Najib dan Kerajaan Negeri Johor menjual negara kepada China, menakut-nakutkan orang Cina yang mereka akan menjadi lebih miskin, bahkan harta kekayaan yang mereka kumpul selama ini akan dirampas oleh pelabur-pelabur dari China, dipergunakan dengan sebaik-baiknya.

Pada masa yang sama, kepala DAP, Lim Guan Eng cuba memprovokasi dan memainkan sentimen kemarahan orang Cina terhadap pasukan polis dan kerajaan apabila memberitahu, dia lebih rela ditangkap berbanding memberikan keterangan secara sukarela apabila beberapa laporan dibuat berhubung ucapan Tahun Baru Cinanya yang mengecam RUU355.

Dah habis orang Melayu-Bumiputera dihasut dan hasutan tersebut dilihat berjaya, sekarang orang Cina pula dihasut dan ditakut-takutkan.

'Semoga berjayalah'!

Maka benarlah titah KDYMM Sultan Johor yang u-TUrN Mahathir sememangnya sedang memainkan perkara yang sepatutnya tidak dilakukan oleh orang tua sepertinya iaitu melaga-lagakan kaum di negara ini!


Friday, January 20, 2017

NAK MUNTAH SUNGGUH BILA DAP KATA, MEREKA TIDAK KEJAR KUASA... YANG GUAN ENG KEKAL JADI KM PULAU PINANG WALAUPUN ADA KES RASUAH DAN SALAHGUNA TU, APA BENDANYA?!!!



Kenyataan u-TUrN Mahathir yang memecahkan tembelang DAP, sekaligus membenarkan dakwaan Tunku Abdul Aziz pada 31 Disember yang menyebabkan Mukhriz Mahathir cuba menonjolkan diri sebagai seorang pemberani, membuatkan DAP mencari jalan pantas untuk segera menutup cerita.

Dan seperti biasa, DAP cuba menafikan berita tersebut sambil cuba mendabik dada kononnya mereka adalah sebuah parti yang ideal dan penuh idea, bukannya pencari kuasa dan kedudukan.

Walhal apa yang berlaku pada tahun 2008 di Perak dan sehingga kini di Pulau Pinang serta Selangor adalah sebaliknya. Bahkan di Sarawak di mana DAP hanyalah sebuah parti pembangkang, lagak mereka seolah-olah mereka adalah penguasa terbesar. Bahkan gerak kerja mereka yang mencetuskan pelbagai polemik dan kontroversi termasuklah mempertikaikan kedudukan agama Islam, Raja-Raja Melayu, bahkan Bahasa Melayu dan hak keistimewaan Melayu-Bumiputera, selain begitu bersungguh-sungguh mempertahankan, bahkan mahu sekolah-sekolah vernakular, khususnya aliran Cina, menunjukkan kegilaan mereka yang sebenarnya.

Menariknya, sebuah parti yang dipenuhi dengan golongan hipokrit yang cuba tunjuk baik mendakwa, mereka sebenarnya tidak pernah berhajatkan sebarang jawatan termasuklah jawatan Timbalan Perdana Menteri seperti yang dicanangkan.

Liew Chin Tong yang merupakan Pengarah Pendidikan Kebangsaan DAP berkata, laporan yang menyatakan Mahathir memecahkan tembelang keinginan DAP untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri itu telah DISALAHLAPOR dan DIPUTARBELIT oleh media.

Sebaliknya, Liew Chin Tong menyalahkan MCA yang meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri pada April 2009 ketika Najib Abdul Razak dilantik sebagai Perdana Menteri.

Agak menggelikan hati apabila Chin Tong berkata, DAP tidak berminat dengan jawatan padahal, di Pulau Pinang dan di Selangor, selagi ada jawatan yang berduit dan boleh buat duit, semuanya disapu bersih. Malahan ketika Pakatan berkuasa selama 11 bulan di Perak pada tahun 2008 sehingga Februari 2009, DAP dan para pemimpinnya menjadi PENYEDUT HAMPAGAS sehingga muncul isu terbesar iaitu 999 tahun untuk pajakan tanah kampung-kampung baru selain tanah-tanah balak, kuari dan bekas-bekas lombong yang disapu licin.

Contoh terbaik ialah bagaimana Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham melalui syarikat mereka boleh menguasai tanah balak berkeluasan lebih 10 ribu hektar di Hulu Kelantan yang menjadi salah satu punca banjir lumpur dan balak besar pada penghujung 2014 kalau benar sepertimana yang didakwa oleh Liew Chin Tong.

Bahkan jawapan mengapa DAP sangat cenderung untuk MEMERANGI Perlembagaan Persekutuan, tidak pernah dijawab sehingga ke hari ini.

Liew Chin Tong tidak payah berlakon. DAP memang mengejar kuasa. Dan DAP juga sangat mengejar jawatan. Sepertimana yang ditunjukkan oleh Setiausaha Agung DAP sendiri yang kalau orang lain, sudah lama meletak jawatan sementara kes rasuahnya sedang dalam kes mahkamah. Bukan terus memegang kuasa dan membuat pelbagai onar untuk menutup cerita rasuah dan salahguna kuasanya.


Thursday, January 19, 2017

AKHIRNYA u-TUrN MENGAKU DAP MINTA JAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI!!!



Apabila Tunku Abdul Aziz, bekas Naib Pengerusi DAP mendedahkan tentang pakatan sulit antara Mahathir dengan Lim Kit Siang membabitkan jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Mahathir adalah orang yang paling kuat lompat. Lim Kit Siang pun lompat sama. Bahkan Mukhriz Mahathir yang tidak banyak tahu tetapi hanya bermodalkan bapanya pun bukan main lagi melatah.

Setelah puas berkungtau, berkungfu, bersilat dan bersilambam, akhirnya u-TUrN membuat pengakuan bahawa DAP memang meminta jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Dengan kata lain, betullah seperti yang didakwa oleh Tunku Abdul Aziz pada 31 Disember lalu walaupun disangkal, bahkan diancam untuk disaman.

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan DAP mahu jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Beliau yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata, hasrat itu disuarakan sendiri DAP yang mahu jawatan kedua tertinggi dalam kerajaan berkenaan diserahkan kepada salah seorang pemimpin parti itu.

Bagaimanapun, beliau menafikan DAP mahukan jawatan Perdana Menteri kerana memerlukan undi daripada orang Melayu yang dilihat sukar berbanding mendapatkan undi kaum Cina.

"Tak mungkin (mahu jadi Perdana Menteri jika menang PRU) kerana kalau DAP nak menang, mereka kena dapat sokongan parti Melayu yang lain.

"Mereka terang-terang kata kepada saya, bangsa Cina ini minoriti dalam negara ini...dan DAP tak pernah minta menjadi Perdana Menteri.

"Tapi kalau timbalan itu, adalah...Yang kata mereka nak jadi Perdana Menteri adalah Datuk Seri Najib untuk menakut-nakutkan orang Melayu," katanya seperti dilaporkan portal Antarapos, hari ini.

Beliau berkata demikian pada program Warga Putrajaya bersama Tun Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, hari ini. (RUJUK SINI)



MUHYIDDIN TIDAK BUTA TULI TAAT KEPADA SULTAN TETAPI SENTIASA MEMBUTA TULI MENTAATI MAHATHIR!!!



Akhirnya Muhyiddin Yassin menunjukkan dengan siapa sebenarnya kesetiaannya diberikan, walaupun pada masa yang sama, dia menyatakan kesetiaannya kepada rajanya tidak boleh dipersoal tetapi kesetiaannya juga tidak membuta tuli.

Dengan kata lain, Muhyiddin Yassin cuba menggunakan falsafah popular Hang Jebat dalam menunjukkan dia sebenarnya adalah pejuang rakyat.

Sayangnya, kisah lama Muhyiddin sewaktu menjadi Menteri Besar Johor, turut terburai sama. Kisah lama yang membabitkan tanah-tanah rezab Melayu yang diserahkan kepada pihak asing yang kemudian membina bandar baru yang menjadi milik mereka, sepertimana yang berlaku ke atas Kampung Haji Manan di Kluang.


Kampung Haji Manan dan Kampung Melayu Kluang serta syarikat pemaju BCB, hanyalah sebahagian daripada kisah bagaimana Muhyiddin menggadaikan tanah kepada pihak asing. Dan di Johor, ianya bukanlah satu cerita dalam kain kerana rata-rata mereka yang pernah bermenteri besarkan Muhyiddin, amat tahu dan maklum dengan cerita ini.

Kalau dahulu, tanah-tanah rezab Melayu di Johor digadaikan kepada syarikat-syarikat Cina dan Muhyiddin langsung tidak rasa bersalah, tetapi kali ini, dek kerana kesetiaannya kepada Mahathir, Muhyiddin secara tiba-tiba menjadi anti pelaburan China. Muhyiddin senada dengan Mahathir yang takut orang Cina lebih ramai dan rumah-rumah yang dibina di Forest City tidak boleh dimiliki oleh Melayu tempatan.


Walhal, sepanjang sejarah pembinaan hartanah di Malaysia ini, berapa kerat Melayu yang boleh membeli hartanah bernilai tinggi. Tengok sahajalah di Kluang, berapa unit premis yang dibangunkan oleh BCB di atas tanah rezab Melayu Kampung Haji Manan, dimiliki oleh orang Melayu?

Muhyiddin mengulangi dakwaan Mahathir dan lebih sanggup berkonfrontasi dengan KDYMM Sultan Johor berbanding mengecilkan hati Mahathir:

(1) Muhyiddin mendakwa syarikat asing telah membeli tanah-tanah untuk dibangunkan dan dijual.
(2) Muhyiddin mendakwa para pekerja terdiri daripada warga asing yang sebahagian besarnya didatangkan dari Negara China dan bahan binaan juga diperolehi dari Negara China.
(3) Muhyiddin menuduh para pembeli unit-unit kediaman berjumlah 700,000 unit kesemuanya juga adalah warganegara China.


Sebelum itu, KDYMM Sultan Johor telah bertitah:

"Jika pelabur mahu melabur di Johor Bahru, adakah kita kata 'tidak, tidak, jika anda dari China, anda tidak boleh datang'. Adakah logik di situ?
"Sesiapa sahaja yang berfikiran waras tahu pelabur China antara yang terkaya dan paling berpengaruh pada hari ini."
"Jadi mengapa ada masalah?"
"Beta mengalu-alukan semua pelabur."

KDYMM Sultan Johor juga bertitah yang Johor perlu lebih agresif dalam mempromosikan negeri it untuk menarik lebih banyak peluang perniagaan baru.

"Oleh sebab itulah, beta sendiri pergi mencari pelabur ke negeri ini."
"Kami berjaya menarik syarikat-syarikat China. Mungkin kita juga perlu menarik syarikat-syarikat dari India dan negara-negara lain."
"Sebagai penjaga rakyat, beta tahu apa yang terbaik untuk rakyat Johor."

Kesetiaan membuta tuli Muhyiddin kepada Mahathir jelas terbukti apabila dia mengulangi tentang 700,000 warga China yang kononnya akan bermastautin di Forest City.


Sedangkan hanya 10,000 unit sahaja yang ditawarkan kepada warga asing. Dan ianya bukan hanya untuk warga China semata-mata, tetapi juga untuk warganegara Australia, Timur Tengah dan negara-negara lain.

Untuk rekod, Forest City terdiri daripada pembangunan kawasan kediaman, perkhidmatan, perdagangan, pelancongan, perhotelan dan lain-lain. Projek ini merangkumi keluasan lebih 1,386.05 hektar, dibina 4 pulau buatan manusia di Iskandar Malaysia, Johor.

Muhyiddin bercakap tentang tanah pusaka?

Elok Muhyiddin bezakan juga antara tanah rezab Melayu, dengan tanah tambak.

Konsesi tol lebuhraya tu betul pusaka yang mana cucu cicit rakyat Malaysia perlu menanggung dan membayarnya untuk mengkayakan kroni!!!


Wednesday, January 18, 2017

KENAPA FOREST CITY DISERANG? SEBAB IA MENJEJASKAN KEPENTINGAN EKONOMI SINGAPURA!!!




Projek Forest City yang merupakan sebahagian daripada Iskandar Malaysia, sebenarnya secara tidak disedari ramai sedang diserang oleh gergasi media ekonomi, Bloomberg.

Kenapa projek Forest City ini diserang?

Sebab utama adalah kerana ia merupakan pesaing utama sebuah lagi hub ekonomi terbesar di rantau ASEAN iaitu, Singapura.

Persaingan ini telah dianggap ancaman ekonomi terbesar kepada Singapura dan mereka menggunakan pengaruh media yang ada untuk memburuk burukkan projek Iskandar Malaysia melalui ulasan ekonomi, artikel dan sebagainya.

Sebelum itu, kita lihat dahulu siapakah yang menulis artikel Bloomberg yang bertajuk $100 Billion Chinese-Made City Near Singapore 'Scares the Hell Out of Everybody' yang diterbitkan pada 16 November 2016.

Penulis artikel tersebut adalah Pooja Thakur Mahrotri En Han Choong dan dibantu oleh Emma Dong yang mana Pooja dan Han Choong merupakan jurnalis ekonomi yang berpangkalan di Singapura, manakala Emma Dong jurnalis Hartanah Bloomberg berpangkalan di China.

Penulis yang menjadi tumpuan adalah En Han Choong yang kebanyakan daripada artikel beliau mengkritik ekonomi Malaysia dan juga bertanggung jawab terhadap beberapa artikel menyerang 1MDB, pasaran saham Malaysia malah turut mengulas tentang politik Malaysia termasuk kepimpinan YAB Perdana Menteri.


Projek Forest City dan Iskandar Malaysia sebenarnya telah mendapat ancaman daripada Singapura sendiri yang memperlihatkan banyak media mengulas tentang pengalihan palaburan daripada Singapura kepada Malaysia.

Tindakbalas daripada Singapura juga telah dijangkakan oleh pelabur dan kebanyakkan daripada mereka sedar dan bersedia tentang perkara ini.

Malah, beberapa komentator rancangan televisyen di Taiwan mengulas bahawa pelaburan China akan membahayakan pegangan ekonomi Singapura.

Ada juga penganalisis ekonomi rantau Asia berpendapat bahawa pelaburan China di Malaysia ini merupakan satu "HUKUMAN" terhadap SINGAPURA kerana memihak kepada Amerika Syarikat dalam banyak perkara terutamanya tentang pertikaian Laut China Selatan.

Bukan setakat itu sahaja, China juga telah mengurangkan hampir separuh kapal kargo mereka daripada memasuki Perlabuhan Singapura.

Maka tidak mustahil bagi Singapura yang melindungi banyak pelaburan daripada Amerika Syarikat menggunakan media seperti Bloomberg untuk menyerang Malaysia dan pelaburan yang bakal membawa keuntungan besar.

Ini juga termasuk media terbesar Singapura, The Straits Times yang menyerang projek Forest City ini dengan pelbagai andaian dan tuduhan terutamanya tentang alam sekitar.

Projek Forest City juga yang dibangunkan dengan tambakan laut, turut menambahkan keluasan tanah di negeri Johor yang semakin hampir dengan sempadan Singapura.

Penambakan laut ini juga memaksa Singapura mengalihkan laluan kapal kargo, mengkaji semula kedudukan strategik ketenteraan dan pelbagai lagi yang melibatkan kepentingan negara tersebut.

Daripada fakta fakta dan bukti yang ada, memang sukar untuk nafikan bahawa media asing kini amat teruja untuk kacauganggu negara kita. Persoalannya, adakah mereka dijemput?. Atau ada tali barut?

Kebiasaanya juga, dalam perperangan ekonomi seperti ini, wakil tempatan dari dalam negara akan DIGUNAKAN untuk turut menyerang pelaburan tersebut seperti mana yang berlaku terhadap 1MDB iaitu YTL menggunakan media The Edge (Tong Kooi Ong). Malahan, ramai kalau nak sebut pemimpin apposition yang terus menerus menyerang 1MDB agar 1MDB gagal untuk menerbitkan IPO. Ada banyak lagi kes kes lain kalau nak disebutkan.

MATI KUTU!!! RAFIZI MARAH BILA SHAHRIR SAMAD MEMBAKULSAMPAHKAN SAHAJA PENGIRAANNYA!!!



Selalunya Rafizi bangga dengan apa yang dilakukannya walaupun dia telah dibuktikan salah atau menfitnah. Bahkan Rafizi Ramli akan mempertahankan fakta dan angka-angka ciptaannya walaupun dibuktikan dia sebenarnya sengaja melakukan kesalahan. 

Namun selepas Shahrir Samad diangkat menjadi Pengerusi FELDA, Rafizi menunjukkan kebimbangan yang bukan sedikit terutama apabila Shahril membakulsampahkan pengiraan matematik Rafizi tentang kerugian yang bakal dialami oleh FELDA kesan daripada penyahsenaraian FGV.

Menurut Rafizi, penyahsenaraian FGV akan menghasilkan kerugian bernilai RM7.8 bilion. Kerugian tersebut disebabkan: 

(1) RM2.9 bilion yang perlu dibayar oleh FGV bagi membeli kembali stok daripada pemegang-pemegang saham. 
(2) RM2 bilion dana awam yang telah rugi kesan daripada kejatuhan harga saham FGV
(3) RM2.9 bilion yang perlu dibayar oleh FGV kepada EPF dan perbelanjaan-perbelanjaan lain. 

FELDA memegang kepentingan sebanyak 37% dalam FGV. Untuk membeli balik baki saham seperti yang didakwa Rafizi bernilai RM2.9 bilion, FELDA perlu memiliki kepentingan 100% di dalam FGV. Berdasarkan kepada harga pasaran saham hari ini, FGV bernilai RM2.67 bilion. 

Ketika kali pertama disenaraikan, saham-saham bernilai RM10.5 bilion telah dijual dengan RM6 bilion berpatah balik kepada FELDA manakala RM4.5 bilion pula kekal di dalam FGV. Baki berkenaan telah digunakan untuk mengambilalih beberapa syarikat perladangan termasuklah Pontian Plantation yang dimiliki oleh pengasas DAP, Chen Man Hin. 

RM6 bilion yang dimiliki oleh FELDA pula telah digunakan untuk penanaman semula dan membayar bonus khas sebanyak RM15,000 bagi setiap keluarga peneroka berserta dividen-dividen lain. 

Selain daripada menerima RM6 bilion semasa penyenaraian, FELDA turut menerima RM250 juta setiap tahun dan 15% daripada keuntungan operasi setiap tahun semenjak FGV disenaraikan yang terhasil daripada Perjanjian Pajakan Tanah. 

Keetika sebahagian dana kerugian akibat kejatuhan harga saham FGV, FELDA tidak rugi apa-apa kerana FELDA telah pun membuat wang selepas harga CPO disenaraikan pada premium tertinggi dan tidak terjejas akibat kesan kejatuhan harga saham. 

Dana yang kerugian adalah dana portfolio dan akan mencatatkan keuntungan menerusi pelaburan lain atau penyenaraian, termasuklah penyenaraian IHH Berhad yang sekarang ini harganya adalah tiga kali ganda. 

Penyahsenaraian tidak bermakna FGV atau FELDA perlu membayar semula pinjaman bernilai RM2 bilion daripada EPF. Ini adalah kali pertama wujud keperluan pembayaran semula pinjaman hanya kerana kita menyenarai atau menyahsenaraikan syarikat. Apatah lagi FGV telah pun membuat bayaran tersebut beberapa tahun sebelum ini dan jumlah berkenaan telah turun menjadi RM1.58 bilion.

Jadi di mana ruginya FELDA seperti yang didakwa oleh Rafizi Ramli? Fahaman ekonomi mana yang mengajar bahawa membayar pinjaman dianggap sebagai satu kerugian?

Dan kalau benarlah seperti yang dikatakan oleh Rafizi, sudah tentu Ananda Krishnan tidak akan berhenti menyenarai dan menyahsenaraikan syarikat-syarikatnya seperti ASTRO, MAXIS, Bumi Armada, Times dan sebagainya berkali-kali. Kalau benarlah seperti yang didakwa oleh Rafizi Ramli, penyenaraian dan penyahsenaraian merugikan, takkanlah Ananda Krishnan buat berbilion ringgit daripada aktiviti tersebut?


 
Blogger Templates