Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label anarki. Show all posts
Showing posts with label anarki. Show all posts

Tuesday, September 1, 2015

ANAK HIJJAZ KASTURI YANG MERUPAKAN SEORANG PENARI, DITANGKAP DI BAWAH SEKSYEN 504 KANUN KESEKSAAN!!!



Bilqis Hijjas, anak kepada arkitek terkemuka Hijjas Kasturi, mungkin menghadapi tuduhan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana penghinaan yang disengajakan selepas didakwa menjatuhkan Belon Bersih 4 di pusat membeli-belah Pavilion di Kuala Lumpur hari ini.

Penari berusia 35 tahun itu ditahan oleh polis bantuan pusat membeli-belah selepas dia didakwa menjatuhkan 7 belon kuning yang mempunyai perkataan "demokrasi", "media yang bebas" dan "keadilan" yang dicetak pada belon tersebut dari Aras 5 pusat membeli-belah itu.

Belon yang dilepaskan dari tingkat lima itu menarik perhatian umum apabila ia dilepaskan ketika Najib menonton persembahan tarian ketika pembukaan DiverseCity 2015: Festival Kesenian Antarabangsa Kuala Lumpur.


Namun begitu, belon tersebut berlegar-legar di udara sebelum jatuh di belakang pentas utama dan kemudiannya disimpan oleh pasukan keselamatan pusat membeli belah itu.

Sekitar 200 pengunjung terkejut apabila melihat belon itu, ada di antara mereka yang merakamkan kejadian tersebut dan ada juga menuding jari ke tingkat atas.

Manakala seorang polis bantuan lagi pula, terus ke tingkat lima untuk menjejaki individu yang melepaskan belon berkenaan.

Najib dan Rosmah tidak menunjukkan sebarang reaksi kerana tidak menyedari insiden itu berlaku.

Sebelum belon kuning itu dilepaskan, kedua-duanya meluangkan masa meneliti pameran lukisan yang diadakan di ruang legar tingkat bawah pusat membeli belah itu. (BELIA BANGKIT)


Thursday, May 7, 2015

LAGI CUBAAN PROVOKASI ANARKI PKR... CERMIN KERETA BAWA PENGUNDI PULA DIPECAHKAN!!!



Selepas mengepung Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Rawa yang dijadikan pusat pengundian, sekali lagi anarki-anarki PKR melakukan provokasi bagi mencetuskan keganasan dan huru-hara di Permatang Pauh bagi mengelakkan proses demokrasi berlangsung di Parlimen tersebut.

Mereka mencipta pembohongan Pengundi Hantu tetapi disebabkan mereka tidak mempunyai dan tidak dapat mengeluarkan sebarang bukti, mereka terpaksa mencipta bukti!

Itu yang berlaku apabila kereta yang akan digunakan untuk mengangkut pengundi - proses yang berlaku dalam semua pilihanraya - telah cuba dimusnahkan oleh anarki-anarki PKR dalam usaha mereka menakut-nakutkan pengundi.


Kejadian tersebut berlaku di PDM Sungai Semambu sebentar tadi.

Beberapa laporan dari lokasi-lokasi yang berbeza juga menunjukkan PKR telah menggerakkan anarki-anarki mereka untuk melakukan huru-hara bagi mengelakkan kekalahan Wan Azizah dan kehilangan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang dikuasai oleh PKR dan Anwar Ibrahim semenjak dari tahun 1982.

Malah ada yang menjangkakan, para penyokong dan penganut PKR akan melakukan rusuhan dan keganasan sepanjang hari ini, terutama sekiranya keputusan PRK Permatang Pauh tidak mengikut sebagaimana yang mereka inginkan.



Pihak berkuasa telah diminta untuk melakukan kawalan yang lebih ketat dan tindakan tegas ke atas provokator-provokator tersebut!!!

Kepada para petugas, berhati-hatilah ketika menjalankan tugas kerana besar kemungkinan mereka akan dijadikan sasaran keganasan oleh para pengikut PKR yang tidak lagi dapat berfikir secara waras.


Wednesday, February 25, 2015

YANG DIUGUT HENDAK DILETUPKAN DALAM KERETA TAK TAKUT, YANG MENGUGUT BUNGKUS MUKA DAN BADAN!!!



Satu klip video daripada kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Anak Malaysia Anti Demokrasi' telah viral di media-media sosial. Dalam klip video tersebut, tiga orang pemuda Melayu (berdasarkan pertuturan mereka), telah mengugut untuk membunuh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ini adalah klip video kedua selepas mereka mengancam untuk meletupkan mahkamah selepas Anwar Ibrahim dijatuhi penjara lima tahun kerana kesalahan jenayah liwat pada 10 Februari lalu. Ancaman meletupkan mahkamah dibuat pada 16 Februari.

Khalid bagaimanapun menyatakan, dia tidak takut langsung dengan ugutan budak-budak bacul berkenaan. Sebaliknya menurut Khalid, ancaman sebegitu adalah perkara biasa sepanjang dia menjalankan tugas sebagai anggota dan pegawai polis.

Sebagai perhatian, beberapa orang Ketua Polis Negeri dan Negara telah ditembak mati oleh subversif. Antara mereka termasuklah Allahyarham Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Ketua Polis Negara ketiga yang mati ditembak dua lelaki dengan 11 das tembakan di Jalan Ipoh, dipercayai agen komunis dan Mendiang Tan Sri Khoo Chong Kong, Ketua Polis Perak yang ditembak mati oleh agen komunis pada tahun 1975.

Menurut Khalid lagi, apa yang membimbangkannya ialah segelintir orang tidak menggunakan saluran demokrasi di negara ini dan kerapkali melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang untuk mendapatkan kehendak mereka.

"Rakyat Malaysia, pastinya tidak mahu melihat negara ini bertukar menjadi sebuah negara kucar-kacir kesan daripada tindakan tidak bertanggungjawab kumpulan-kumpulan tertentu," katanya.

Kebanyakan warga pengguna siber melahirkan kekesalan dan rasa meluat yang teramat sangat kepada kumpulan anarki berkenaan. Malah ada yang mencadangkan agar ketiga-tiga mereka tidak ditangkap, dibicarakan dan dihantar ke penjara, sebaliknya dimasukkan ke dalam beg mayat sahaja.

Menurut Khalid, polis dengan kerjasama SKMM sedang mengesan aktiviti dan identiti kumpulan terbabit.

Dalam klip video yang pertama, terdapat empat orang individu membuat ancaman untuk meletupkan mahkamah. Klip video kedua pula hanya menampilkan tiga orang individu yang sama berdasarkan susuk tubuh mereka. Ada maklumat yang menyatakan salah seorang daripada mereka telah ditahan oleh polis sekaligus menjadikan hanya tiga orang sahaja yang muncul dalam klip video kedua.





 
Blogger Templates