Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label harakah. Show all posts
Showing posts with label harakah. Show all posts

Monday, March 2, 2015

HANIPA MAIDIN BELI JIWA APABILA UNGKIT TUN MAHATHIR DAN PAK LAH TAK PERNAH SAMAN HARAKAH WALAUPUN KUAT BUAT FITNAH!!!



Tindakan Najib menyaman Harakah, organ media utama PAS, membuatkan peguam PAS, Hanipa Maidin jadi tidak tentu arah. Barangkali tidak menyangka tindakan sebegitu akan diambil oleh Najib, Hanipa Maidin yang merupakan salah seorang daripada 'barua dalam PAS' yang dimaksudkan oleh Nik Abduh mula mengungkit-ngungkit.

Katanya, pada Abdullah Badawi yang lemah pun, tidak pernah menyaman sesiapa. Segarang-garang Tun Dr. Mahathir, juga tidak pernah menyaman PAS mahupun Harakah yang kuat menfitnahnya sepanjang pentadbirannya selama 22 tahun. Sedangkan Najib pula mengambil tindakan bertentangan.

Apa hal nak diungkit-ungkit?

Harakah dan PAS tidak pernah menggunakan justifikasi adil ketika membuat fitnah. Mereka sebaliknya main hentam keromo dan mencari sudut-sudut sensasi bagi melariskan berita yang disiarkan. Malah berulang-ulang kali mereka mencabar pula agar tindakan undang-undang diambil sekiranya berita yang mereka siarkan tidak benar.

Sekarang, Najib secara individu telah menyaman Harakah. Hanipa Maidin cuba menggunakan akal peguamnya dengan merendah-rendahkan integriti Najib selaku Perdana Menteri. Dikatakannya yang 1MDB terlalu penting kepada Najib Abdul Razak sehinggakan Najib perlu menyaman Harakah.

Sedangkan perkara asas dan intipati daripada saman tersebut iaitu tuduhan bahawa Najib telah menyalahgunakan kuasa, mengumpulkan kekayaan dengan cara salah dan menyelewengkan wang rakyat sepertimana yang terpapar dalam artikel yang disiarkan oleh Harakah, tidak pula diperkatakan.

Putar belit dan penyelewengan fakta yang ditunjukkan oleh Hanipa Maidin menunjukkan bagaimana kecelaruan mereka sendiri setelah menjadikan fitnah sebagai bahan makanan dan modal politik.


Thursday, February 26, 2015

HARAKAH KENA SAMAN DENGAN NAJIB ABDUL RAZAK SEBAB SIAR ARTIKEL FITNAH BERHUBUNG 1MDB!!!



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan undang-undang ke atas lidah rasmi Pas, Harakah Daily kerana didakwa memfitnahnya.

Surat tuntutan bagi memulakan tindakan undang-undang itu diserahkan kepada Pengarah Urusan Harakah, Dr. Rosli Yaakub pada pukul 3 petang.

Tindakan undang-undang tersebut dibuat atas kapasiti peribadi berikutan fitnah dibuat Harakah dalam laporan bertajuk, ‘Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz?’.

Sebelum itu, surat tuntutan permohonan maaf dan bayaran gantirugi berhubung penyiaran artikel tersebut telah disiarkan pada 19 Februari lalu.

Artikel tersebut dengan tajuknya, 'Dana 1MDB Biayai Syarikat Filem Riza Aziz (Bhg 2)', didakwa fitnah. Surat tuntutan tersebut telah dihantar dengan tangan oleh Hafarizam Wan & Aishah Mubarak Peguambela & Peguamcara, mewakili Perdana Menteri kepada Pengarah Urusan Dr. Rosli Yaakob, penulis artikel tersebut, di pejabat Harakah pada jam 3:00 petang..... teruskan bacaan di BULETIN 247


 
Blogger Templates