Parti yang mahu ditubuhkan oleh Mahathir menerusi tangan Muhyiddin nampaknya masih belum menjadi realiti. Tetapi sudah ada yang mahu segera menonjolkan diri sebagai orang yang paling rapat dengan Mahathir, sekaligus cuba menyingkirkan orang lain yang lebih berpengaruh, dan lebih awal mencetuskan 'revolusi Mahathir' seperti Anina Saadudin dan Hamidah Osman.
Siapa Sharifah Zohra Jabeen?
Tidak ramai yang kenal dia kecuali yang masih ingat dengan perkataan LISTEN! LISTEN! LISTEN! dalam satu program melibatkan seorang pelajar perempuan India penyokong Parti Sosialis Malaysia. Selebih itu, Sharifah Zohra Jabeen hanyalah nama yang bersifat sekadar nama.
Tetapi nampaknya, serangan yang dibuatnya terhadap Anina Saadudin yang membuat inisiatif mengumpulkan nama mereka yang mahu menyertai parti baru dalam apa yang digelarnya sebagai PRA-PENDAFTARAN, menerusi label MANGKUK TINGKAT ke atas bekas ahli Wanita UMNO Langkawi itu, menggambarkan keserakahannya untuk membolot jawatan dan kedudukan di sebelah Mahathir kalau tidak pun, anak lelakinya, Mukhriz Mahathir.
Seorang lagi orang kuat Mahathir, Khairuddin Abu Hassan nampaknya awal-awal lagi sudah menyatakan bahawa dia tidak berminat untuk menyertai parti baru itu walaupun dia juga yang bersungguh-sungguh dengan temberang 6 juta orangnya.
Pun begitu, taktik Khairuddin Abu Hassan itu merupakan taktik biasa yang digunakan oleh orang politik apabila mahu mendapatkan habuan atau jawatan tertentu. Buat-buat jual mahal, kemudian apabila ditawarkan, dia akan letak harga dan kedudukannya. Penyakit lama dalam UMNO yang terbawa-bawa walaupun selepas dipecat dari UMNO.
Namun serangan Sharifah Zohra ke atas Hamidah Osman nampaknya seperti tidak berasas langsung. Sharifah Zohra seharusnya lebih sedar diri dan mengukur kemampuannya berbanding Hamidah Osman yang mempunyai pengalaman lebih luas selain pernah menjadi Ketua Penerangan Wanita UMNO yang terlibat dalam pelbagai jenis peperangan termasuklah perang saraf.
Mereka yang pernah bekerja dengan Hamidah Osman, pastinya tahu tentang sikap bulldozernya dan kerana sikap bulldozernya itu jugalah, Hamidah Osman kehilangan kerusi DUN Sungai Rapat yang dimenanginya pada tahun 2008.
Siapa Sharifah Zohra berbanding Hamidah Osman?
Apakah kerana Sharifah Zohra aktif di Facebook, maka dia melihat Hamidah Osman sebagai sampah yang tidak bernilai? Atau berasa dirinya lebih juah kerana dia mempunyai page di Facebook, sedangkan Hamidah Osman pula disifatkannya sebagai penumpang dan pembangkai?
Memang sakit sungguhla puak-puak ProTun ni... patutlah mereka sentiasa meroyan dan menyalahkan orang lain tanpa sedikit pun menyalahkan diri sendiri...