Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label nazri aziz. Show all posts
Showing posts with label nazri aziz. Show all posts

Monday, June 12, 2017

NAZRI AZIZ SENGAJA UNDANG KEMARAHAN PENGUNDI SARAWAK MENJELANG PRK PUJUT APABILA MENGHINA MENTERI PELANCONGAN SARAWAK SEBAGAI 'SETAHUN JAGUNG, CAKAP BANYAK'!!!



Nazri Aziz...

Satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Cukup terkenal dengan permulaan kerjaya politiknya sebagai Pengerusi MAS pada usia yang masih muda ketika zaman Mahathir berkuasa. Kemudian meningkat menjadi Menteri.

Sudah berpenggal-penggal menjadi Ahli Parlimen Padang Rengas. Yang mana kenal dan rapat dengannya akan memanggilnya sebagai Cip atau Chief.

Lantang dan kelihatan sangat berani walaupun pada masa yang sama, bersifat sembrono.

Mungkin pada satu-satu masa dan ketika, sifat-sifatnya dan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkannya menghibur.

Tetapi berjudi dengan 25 kerusi Parlimen yang merupakan deposit tetap BN di Sarawak, bukanlah sesuatu yang boleh dijenakakan. Sarawak merupakan negeri yang paling banyak menyumbangkan kerusi Parlimen kepada BN dan pada masa yang sama, Sarawak merupakan satu-satunya negeri di mana UMNO tidak boleh masuk dan bertapak walaupun PAS, PKR, DAP dan sekarang PAN sudah pun ada pangkalan di Sarawak walaupun yang ada kerusi hanya DAP dan PKR.

Nazri adalah pemimpin UMNO. Sedikit sebanyak kenyataan yang dikeluarkan oleh Nazri memperlekeh-lekehkan salah seorang Menteri Kabinet Sarawak, akan memalitkan persepsi negatif kepada UMNO, khususnya di kalangan pengundi-pengundi di Sarawak.


Isunya hanyalah cukai pelancongan yang enggan dikuatkuasakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Kali pertama usul tersebut dibentangkan adalah pada 4 April 2017. Bentang kali kedua pada 5 April 2017. Tiada perbahasan panjang dan usul tersebut diluluskan 5 April 2017.

Pulau Pinang merupakan negeri terawal yang menguatkuasakan cukai pelancongan atas nama cukai katil, lama sebelum usul dibentangkan di Parlimen.

Nazri Aziz selaku Menteri Pelancongan seharusnya mengeluarkan statistik kedatangan pelancongan domestik dan antarabangsa di setiap negeri termasuklah di Sarawak dan Sabah selain menangani masalah dan implementasi cukai pelancongan ini secara berhati-hati, bukannya sembrono. Zaman Mahathir dengan polisi pemaksaan ke atas pentadbiran negeri-negeri dan layanan tidak adil kepada Sabah dan Sarawak, telah lama berlalu. Dan Nazri juga perlu sedar, Sarawak dan Sabah mempunyai autonomi yang diiktiraf oleh Perlembagaan. Lagipun, menurut Perkara 161E (2) (C) Perlembagaan Persekutuan, jelas wujud autonomi dan kuasa Kerajaan Negeri Sarawak berkenaan hal-hal yang berkaitan dengan kewangan termasuklah cukai.


Maka tindakan Nazri Aziz mengeluarkan kenyataan yang amat biadap terhadap Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak yang disifatkannya sebagai 'SETAHUN JAGUNG' sambil bermegah-megah dengan senioritinya dalam kepimpinan negara, dianggap amat tidak wajar.

Benar seperti kata Menteri Kerja Raya, Fadillah Yusof, kenyataan Nazri itu langsung tidak melambangkan semangat kekeluargaan dalam Barisan Nasional. Tindakan melabelkan Menteri Sarawak itu sebagai setahun jatung dan masih budak adalah satu penghinaan terhadap Datuk Karim yang telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan negeri bagi menerajui kementerian berkenaan di peringkat negeri.

Sebagai menteri yang sangat senior kononnya, seharusnya sebarang isu yang menyentuh sensitiviti rakyat khususnya, perlu ditangani secara musyawarah dalam semangat BN dan bukannya menerusi kenyataan umum atau hebahan media dengan cara sensasi.


Dan sekarang, selepas Sarawak, Sabah juga sependapat untuk menolak perlaksanaan cukai pelancongan menerusi pengumuman Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Masidi Manjun.

Menurut Masidi, walaupun faham dengan langkah yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan untuk menjana pendapatan dalam keadaan yang sukar, namun analisis kos dan faedah perlu dilakukan sebelum melaksanakan cukai sedemikian.

"Pelancongan dianggap penyelamat ekonomi negara ketika negara berdepan kesukaran. Banyak pemain tidak meraih pendapatan tinggi sekarang," katanya.

Sabah sebelum ini menyatakan cukai pelancongan wajar dipertimbangkan, tetapi bukan diimplementasikan pada ketika ini.

"Yang saya hendak tekankan ialah kita dapat 'menjual' Sabah lebih baik daripada orang lain, kerana ini negeri kita dan kita tahu dengan bagaimana hendak 'menjualnya'. Ramai rakyat Sabah akan kehilangan pekerjaan jika industri pelancongan terjejas dan keadaan akan bertambah buruk jika Kerajaan Pusat mengambil keputusan melaksanakan cukai pelancongan," katanya.


Ramai yang menjadikan Nazri sebagai hero apabila mencabar dan menunggu Mahathir di Padang Rengas, kemudian memburu orang tua itu di Kuala Kangsar sebelum makan laksa dan minum cendol bersama-sama. Tetapi dalam kes ini, Nazri dilihat sebagai terlalu biadap dan memperlekeh-lekehkan pihak lain, khususnya di Sarawak dan Sabah.

Barangkali Nazri lupa atau tidak tahu tentang Sarawak for Sarawakians dan Sabah for Sabahans yang sedang popular di kedua-dua negeri tersebut?

Sama seperti dia terperangkap dengan pertanyaan daripada wartawan Malaysiakini tentang berapa jumlah hotel di Miri memandangkan PRK Pujut akan berlangsung dalam masa terdekat, dan dijawab oleh Nazri dengan penuh yakin, "Hanya ada 1"... jawapan yang sudah pasti mengundang gelak tawa tentang kesenioritian tetapi kedangkalan pengetahuan!!!


Friday, March 17, 2017

KATANYA NAZRI AZIZ YANG KECUT DAN MAHU TARIK DIRI, TAPI YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH KECUT PULA ADALAH PARA PENYOKONG DAN PENTAKSUB MAHATHIR!!!



Ada pihak yang sudah mulai gentar dengan semakin hampirnya 25 Mac. 

Ini adalah kerana pada tarikh itulah, sepatutnya debat antara Nazri Aziz dengan Dr. Mahathir akan diadakan.

Pentaksub-pentaksub dan penyokong-penyokong Mahathir kelihatan memberikan perhatian yang sangat luar biasa kepada acara tersebut. Kebanyakan daripada mereka, seolah-olah mahu debat tersebut dibatalkan dengan apa cara sekalipun tetapi tidak begitu berani mengakui, mereka sebenarnya sangat gentar kerana Dr. Mahathir sendiri kelihatan tidak bersedia langsung. 

Kuda tua Mahathir, Zainuddin Maidin mengatakan, UMNO akan mencari apa sahaja cara untuk membatalkan perdebatan tersebut. 

Jentera-jentera propaganda Cap Bunga pula sedang melabelkan Nazri Aziz sebagai pengecut dan cuba menarik diri daripada berdebat dengan apa cara sekalipun. 

Bagaimanapun berbeza daripada pelbagai kenyataan yang dikeluarkan oleh para penyokong dan pentaksub Mahathir, Nazri Aziz masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan selepas bersetuju untuk berdebat dengan Dr. Mahathir TANPA SEBARANG SYARAT DAN TIDAK MEMILIH TEMPAT.

Syarat Nazri Aziz, 'TANPA SEBARANG SYARAT' masih lagi kekal dan tidak berubah walaupun pada masa yang sama, kem Mahathir pula cuba meletakkan syarat bahawa perdebatan hanya boleh berkisar tentang RM2.6 bilion dan 1MDB.

Untuk menutup malu, dikatakan Nazri telah mengeluarkan kenyataan agar debat tersebut dibuat di Dewan Sekolah Menengah. Cadangan awal perdebatan diadakan di Dewan Millineum ke MRSM adalah disebabkan pada tarikh 25 Mac, Dewan Millineum telah ditempah awal untuk kenduri kahwin. TANPA SEBARANG SYARAT yang dipersetujui oleh Nazri membolehkan lokasi perdebatan tersebut diadakan di Langkawi atau di halaman rumah Dr. Mahathir sekalipun dan yang pastinya Nazri Aziz akan ke sana. 


Dari awal lagi Nazri tidak meletakkan sebarang syarat. Kalau Dr. Mahathir tidak membenarkan penyokong Nazri hadir, ia tidak akan menjadi masalah kepada Ahli Parlimen Padang Rengas itu kerana dia pernah membuktikan KEJANTANANNYA apabila berhadapan dengan Salehuddin Ayub di venue yang dipenuhi penyokong PAS dan dia pula bersendirian. 

Seperkara lagi, debat tersebut dianjurkan oleh Sinar Harian bagi segmen Wacana Sinar, maka segala urusan permit polis mahupun bantuan keselamatan seharusnya diselesaikan oleh pihak Sinar Harian dan pihak berkuasa. Jadi, menyalahkan Nazri Aziz seperti yang cuba dilakukan oleh pentaksub dan penyokong Mahathir, merupakan satu sikap janggal.

Begitu juga dengan skrin besar. Semua orang tahu, penganjur debat tersebut adalah Sinar Harian dari Karangkraf. Mahathir boleh meminta Karangkraf menyediakan skrin sebesar mana pun di luar dewan. Nazri Aziz tidak pula meletakkan sebarang syarat debat tersebut perlu diadakan di dalam dewan. Seandainya Mahathir berasakan saiz dewan terlalu kecil, Mahathir boleh minta penganjur mengadakan acara debat di luar dewan, kalau tidak pun di tengah-tengah padang!

Nazri Aziz bukannya ada ramai peminat sangat pun... tetapi apabila Mahathir dan kumpulannya kelihatan bertungkus-lumus mencipta alasan untuk melarikan diri, tetapi tidak berani berterus-terang sebaliknya membuat andaian Nazri Aziz yang akan mencari jalan melarikan diri daripada perdebatan tersebut, Nazri Aziz sebenarnya menggamit peminat yang tersendiri.

Apatah lagi setelah diberitahu, Nazri Aziz menanggapi perdebatan dia dengan Dr. Mahathir sebagai sesuatu yang bersifat PERIBADI.... bak kata orang putih, NO HOLD BARRED!

Lebih-lebih lagi dengan kenyataan terbaharu Nazri Aziz yang tidak membenarkan para penyokong UMNO-BN datang, sebaliknya meminta penyokong pembangkang datang beramai-ramai, selain telah meminta Setiausaha UMNO Bahagian membantu mempercepatkan permohonan permit debat....


Monday, January 9, 2017

PERHIMPUNAN RUU355 PAS 18 FEBRUARI... NAZRI AZIZ SELAR TI LIAN KER YANG TAK FAHAM UNDANG-UNDANG!!!



PAS merancang untuk mengadakan himpunan besar dengan kehadiran seramai 300,000 orang di Dataran Merdeka untuk menyatakan sokongan kepada RUU355 yang ditentang oleh DAP dan sebilangan pemimpin Barisan Nasional pada 18 Februari nanti.

Antara pemimpin BN yang lantang menentang adalah bekas Ahli Parlimen MCA, Ti Lian Ker yang juga merupakan Pengerusi Biru Keharmonian Kaum MCA.

Hari ini, Ti Lian Ker telah mempersoalkan tindakan Nazri memberikan sokongan kepada perhimpunan PAS tersebut. Bahkan Ti juga berkata, Nazri seharusnya berhati-hati kerana perhimpunan tersebut adalah berdasarkan agama. 

Kenyataan Ti Lian Ker itu telah menyebabkan Nazri berang dan menyelar Ti Lian Ker. 

MCA hanya mempunyai 7 kerusi di Parlimen tetapi mempunyai peruntukan besar dalam Kabinet berbanding PBB, parti berasaskan Bumiputera yang menduduki tempat ke-2 di belakang UMNO dari segi pemilikan kerusi di Parlimen. Bagaimanapun, berbeza dengan PBB, MCA yang paling lantang dan paling kuat membuat tuntutan yang adakalanya terlalu mirip dengan tuntutan DAP.

"Siapa MCA yang nak bercakap tentang hal ini? Mereka fikir mereka parti super? Jelas sangat, MCA ini ada masalah rendah diri keterlaluan," kata Nazri Aziz.

Pada masa yang sama, Nazri turut mengingatkan MCA, mereka tidak boleh menghalang PAS daripada mengadakan apa-apa perhimpunan selagi parti tersebut patuh kepada Akta Perhimpunan Aman. 

Ketua Polis Negara turut memberikan kenyataan yang sama.

Tahun lepas, Nazri 'menghempuk muka' Ti Lian Ker apabila Ti menasihatkan UMNO agar tidak menjadi hero kampung yang menggunakan taktik menakut-nakutkan bagi memastikan undi UMNO terjamin. Nazri membalas, lebih baik dari hero kampung daripada menjadi seperti MCA yang hanya menang 7 kerusi Parlimen dengan sebahagian besarnya pula terpaksa bergantung kepada undi orang Melayu. 

Ti kemudiannya membalas, Nazri adalah seorang yang bongkak kerana memperkecil-kecilkan parti komponen BN walaupun sebenarnya dia yang memperkecil-kecilkan kemenangan berkali-kali ganda UMNO berbanding MCA. 

Wednesday, July 13, 2016

KALI PERTAMA NAZRI AZIZ DIPERSETUJUI... KESIAN MAHATHIR, TAK SEPATUTNYA PARTI PEMBANGKANG BUAT NEGARAWAN SEBEGITU RUPA!!!



Admin bukannya berminat sangat dengan Nazri Aziz, Menteri Pelancongan yang cukup akrab dengan Lim Guan Eng. Banyak kenyataan-kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini, tidak ubah seperti menembak kaki sendiri, kalau tidak pun umpama koboi bacul yang melepaskan tembakan dan kemudian membiarkan orang lain yang bertempur untuknya. Sedangkan dia sendiri, selepas lari, menyorok dalam kain bini.

Namun kenyataan hari ini tentang nasib Dr. Mahathir, amat dipersetujui.

Seorang negarawan yang ketagih perhatian dan suaranya dipatuhi, tidak seharusnya dilayan sebegitu rupa oleh pihak pembangkang yang berasakan bekas Perdana Menteri itu mampu memberikan pengaruh untuk mereka. Tidak seharusnya Dr. Mahathir terpaksa menubuhkan parti baru sekaligus membuktikan parti-parti pembangkang tidak memerlukannya di kalangan mereka. 

Memang menyedihkan... UMNO Baru yang ditubuhkan oleh Mahathir, sekarang ini dibenci oleh Mahathir dan konco-konconya walaupun alasan yang mereka gunakan sekarang ialah menyelamatkan UMNO daripada Najib Abdul Razak, walaupun hakikatnya yang mereka mahu selamatkan adalah taukeh-taukeh kapitalis yang telah menghirup darah rakyat Malaysia selama lebih 22 tahun dengan pelbagai keistimewaan. 

Mahathir sudah keluar dari UMNO yang diwujudkannya selepas UMNO asal diharamkan bagi mengekang pengaruh dan kuasa Tengku Razaleigh Hamzah dan Almarhum Tunku Abdul Rahman serta Allahyarham Tun Hussein Onn.

Sekaligus menjadikan Mahathir bebas daripada ikatan mana-mana parti politik dan dia bebas untuk menganggotai mana-mana parti bersama-sama para pengikut dan pemercayanya.

Jadi, betullah seperti kata Nazri Aziz, memang menyedihkan Mahathir dilayan sebegitu rupa sedangkan dia adalah seorang Negarawan, bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden UMNO. Lebih malang lagi ialah apabila parti-parti pembangkang terutama sekali PKR melihat Mahathir sebagai satu BIAWAK HIDUP yang tidak seharusnya ditanggung atau diberi muka. 

DAP sendiri pun tidak berani menghulurkan tawaran kepada Mahathir walaupun Mahathir dilihat berjinak-jinak dengan Kit Siang, Penasihat Agung DAP.

Mengapalah Mahathir dilayan sebegitu rupa? Bukankah dia amat berjasa besar kepada Vincent Tan, Ananda Krishnan, Francis Yeoh dan sekelompok SUPERBUMIPUTERA di negara?

Tidakkah apa yang berlaku kepada parti-parti serpihan, bakal menimpa parti baru yang akan ditubuhkan oleh tea-boy, Khairuddin Abu Hassan dengan Mahathir sebagai Presidennya?

Tak kesian ke?


Friday, August 7, 2015

NAK SOKONG KE TIDAK NIH: NAZRI AZIZ KATA, KERENDAHAN NILAI RINGGIT MEMBERI MANFAAT KEPADA INDUSTRI PELANCONGAN!!!



Ketika mata wang ringgit jatuh ke paras terendah dalam tempoh 17 tahun, Datuk Seri Nazri Aziz percaya ia masih memberi manfaat kepada industri pelancongan.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata ia adalah baik untuk industri tersebut kerana Malaysia menjadi destinasi 'berpatutan' untuk pelancong asing.

"Selain itu, rakyat Malaysia akan mendapati kos agak mahal untuk melancong ke luar negara jadi mereka akan berbelanja di dalam negara dan ia baik untuk pelancongan domestik," katanya kepada The Star Online menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Nazri, yang kini berada di Paris, Perancis untuk lawatan kerja berkata nilai mata wang yang rendah mampu meningkatkan eksport Malaysia dengan mengambil contoh China menentang gesaan Amerika Syarikat untuk mengapungkan mata wang yuan mereka.

"AS merasakan mata wang yuan terlalu rendah berbanding dolar AS di mana mereka tidak boleh bersaing dengan eksport China," katanya.

Pada 10 Jun lalu, Nazri dikritik apabila berkata kejatuhan nilai ringgit boleh menaikkan pelancongan domestik apabila ringgit didagangkan sekitar 3.7000 berbanding dolar AS.

Menyedari sentimen rakyat mengenai kenyataan itu, beliau menegaskan pendiriannya sebagai menteri adalah 'tepat'.

Pada Jumaat, ringgit berada dalam jajaran 3.9235 berbanding dolar AS. (MSTAR ONLINE)


Monday, July 6, 2015

PELIK!!! NAZRI AZIZ MINTA NAJIB ABDUL RAZAK AGAR TIDAK SAMAN WALL STREET JOURNAL!!!



Ini benar-benar pelik...

Dalam ramai-ramai sama ada yang menyokong mahupun yang mahu melihat Najib terlentang dan akhirnya kehilangan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia meminta serta mendesak Najib segera mengambil tindakan undang-undang ke atas The Wall Street Journal yang cukup terkenal dengan pembohongan mereka, walaupun bermegah dengan pelbagai anugerah serta penghargaan, ada pula seorang menteri kabinet yang menasihati Najib agar tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas WSJ.

Menteri Kabinet tersebut adalah Nazri Aziz... Menteri Kebudayaan dan Pelancongan yang sehingga kini telah gagal menjalankan tanggungjawab serta amanah yang digalasnya dengan kadar kemasukan pelancong semakin menurun dan merosot selain ketiadaan inisiatif untuk menarik lebih ramai pelancong asing selain daripada mengambil jalan mudah dengan penghapusan visa kepada pelancong-pelancong dari China.

Menariknya, rekod 'kehilangan' pelancong-pelancong China di negara ini yang bermakna, mereka masuk tetapi tidak pernah keluar meninggalkan negara ini, cukup tinggi.

Dalam kenyataannya, Nazri Aziz mahu Perdana Menteri memikirkan semula tindakannya untuk menyaman WSJ dengan berkata, akhbar harian itu sekadar membuat tuduhan ke atasnya. Sepatutnya katanya lagi, dalam prosedur yang betul, WSJ akan membuat laporan kepada polis berhubung penyelewengan RM2.6 bilion dana 1MDB yang dipindah masuk ke akaun bank Najib.

WSJ juga perlu menyerahkan bukti dan fakta kepada pihak berkuasa. Itu adalah prosedur. Sekiranya Najib mengambil tindakan ke atas WSJ, ia seolah-olah memperlihatkan sikapnya yang berpilih-pilih.

Kata Nazri lagi, Najib perlu konsisten. Kalau sudah jadi konsisten, perlu sama semua pihak.

Berkenaan pasukan khas yang telah merampas dokumen-dokumen dari premis-premis SRC International Sdn. Bhd, Gandingan Mentari Sdn. Bhd dan Ihsan Perdana Sdn. Bhd, menurut Nazri, ia adalah perkara biasa. WSJ menurutnya masih lagi boleh membuat laporan polis. Sekiranya mereka telah menyerahkannya kepada pasukan khas, tiada lagi keperluan Perdana Menteri untuk menyaman mereka.

Dalam keadaan seperti sekarang, pihak yang menuduh perlu membuat laporan polis, bukannya Perdana Menteri menyaman mereka, kata Nazri lagi.

Sementara itu, Najib berkata, dia akan merujuk para peguamnya dan akan membuat sebarang keputusan pad minggu ini.

WSJ dan Sarawak Report telah menerbit serta menyiarkan pada Jumaat lepas, sebuah artikel dengan memetik kenyataan seorang penyiasat yang tidak dinamakan, mendakwa hampir USD700 juta (RM2.63 juta) dana 1MDB telah dimasukkan ke akaun peribadi Najib.

Pejabat Perdana Menteri memberi respons dengan menyatakan, artikel tersebut adalah sabotaj politik manakala 1MDB menafikan sebarang penyaluran dana kepada akaun peribadi Najib.

Najib turut menolak dakwaan tersebut dan menegaskan tuduhan tersebut adalah liar dan berniat jahat selain mainan politik musuh politiknya untuk menjatuhkannya.

WSJ bagaimanapun menegaskan, siasatan dan artikel yang mereka siarkan itu adalah berdasarkan kepada dokumentasi tulen. (SUMBER)


Thursday, June 18, 2015

TERIMALAH HAKIKAT, PELANCONGAN MALAYSIA MEMANG TERUK PENGENDALIAN DAN PENGURUSANNYA, ITU PASALLAH MENCATATKAN PENURUNAN!!!



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pelancongan di Parlimen yang antara lain bagi membincangkan cadangan 'quick wins' atau pemangkin jangka pendek bagi menangani penurunan ketibaan pelancong.

Mesyuarat itu juga bertujuan memaklumkan prestasi pelaksanaan Tahun Festival Malaysia 2015 (MyFest 2015), stategik pelaksanaannya bagi menangani penurunan ketibaan pelancong sebanyak 8.6 peratus yang dicatatkan bagi suku pertama tahun ini.

Mesyuarat tertutup itu turut dihadiri antaranya Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Menurut kenyataan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, antara strategi pelancongan 'quick wins' yang dibincangkan ialah meningkatkan kerjasama dengan syarikat penerbangan antarabangsa, misi galakan taktikal bersama penggiat industri Malaysia di negara-negara tertentu serta meningkatkan promosi melalui pemasaran digital.

Ia juga melibatkan penganjuran Malaysia Educational Seminar for Foreign Media, pengecualian visa bagi pelancong China dan meningkatkan usahasama promosi di negara itu antara kementerian dan agensi.

"Tahun Melawat Malaysia 2014 merupakan tahun yang paling mencabar bagi industri pelancongan negara dengan beberapa insiden seperti tragedi MH370, MH17, berita nahas pesawat Air Asia QZ8501, isu penculikan dan keselamatan perairan Sabah serta kejadian banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia," menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun kenyataan itu menyebut, industri pelancongan negara kekal berdaya tahan dan menunjukkan peningkatan yang positif walaupun negara berdepan pelbagai cabaran.

Ia menyatakan sebanyak 27.4 juta pelancong asing dicatatkan pada 2014 berbanding 25.7 juta bagi tahun 2013, iaitu pertumbuhan sebanyak 6.7 peratus.

Pendapatan pelancongan mencatat pertumbuhan 10 peratus iaitu RM72 bilion berbanding 65.4 bilion pada tahun sebelumnya.

"Berdasarkan laporan Barometer World Tourism Organization (UNWTO), Malaysia berjaya mengekalkan kedudukan di tangga ke-13 bagi tahun 2014 dari segi pendapatan pelancongan antarabangsa," menurut kenyataan itu.

Dari segi ketibaan pelancong antarabangsa, Malaysia berada di tangga ke-12 pada 2014.

-- BERNAMA


Tuesday, June 16, 2015

BERATUS-RATUS DEMO SOKONG TMJ DI JOHOR, DAN NAZRI AZIZ KATA, DIA TELAH DIPILIH OLEH RAKYAT!!!



Beratus-ratus rakyat Johor menuntut agar Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz meletak jawatan.

Ahli-ahli daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di hadapan Istana Bukit Serene, Selasa, bagi menunjukkan kasih sayang dan sokongan mereka terhadap Sultan Johor dengan melaungkan 'Daulat Tuanku' dan 'Hidup Rakyat Johor'.

Penyokong menggesa Nazri meletak jawatan sebagai menteri kerana membuat kenyataan biadap terhadap institusi Diraja.


Kumpulan tersebut dijangka menyerahkan memorandum kepada pegawai-pegawai istana bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap Sultan dan kerabat diraja Johor.

Ketua Biro Penerangan Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (Gabung), Abdullah Md Yusof berkata Nazri tidak mempunyai hak untuk mencabar kerabat diraja.

"Kami rakyat Johor berasa bahawa beliau (Nazri) perlu memahami hak-hak institusi Diraja dan dia perlu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Johor.

"Nazri perlu meletakkan jawatan sebagai menteri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan istana sini.

Beliau juga berkata bahawa lebih ramai orang dijangka akan berhimpun di kawasan itu dalam tempoh beberapa jam akan datang untuk menunjukkan sokongan mereka.


Sementara itu di Sabak Bernam, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berkata beliau telah dipilih oleh pengundi untuk berkhidmat kepada mereka, sesuatu yang membezakan beliau dengan Tunku Mahkota Johor.

Katanya, beliau telah menyuarakan sentimen rakyat, sama seperti apa yang Tunku Ismail Sultan Ibrahim lakukan sebagai pemimpin rakyat, bagi pihak rakyat Johor dan rakyat Malaysia.

"Perbezaan di antara kami ialah saya telah dipilih oleh rakyat. Jika saya tidak menjalankan tugas saya, maka rakyat akan menghukum saya apabila tiba masanya.



"Saya terpaksa berdepan dengan mahkamah rakyat setiap lima tahun tetapi InsyaAllah, saya telah dinilai sebanyak lima kali dan saya menang," katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa lawatan rasminya ke Sekinchan di sini, Selasa.

Beliau diminta mengulas kenyataan Tunku Ismail yang berkata beliau telah menyuarakan sentimen rakyat sebagai pemimpin kepada rakyatnya dan rakyat Malaysia.

Sabtu lepas, Nazri memberitahu Tunku Ismail untuk tidak campur tangan dalam politik melainkan jika beliau mahu tertakluk kepada peraturan yang sama dan terus 'dibelasah'.

Kerabat diraja, katanya, perlu menjauhkan diri daripada politik kerana "kami adalah orang-orang melindungi kerabat".



Monday, June 15, 2015

PEDIH DAN SINIS REAKSI BALAS TUANKU MAHKOTA JOHOR KEPADA KECELUPARAN NAZRI AZIZ!!!



Kebelakangan ini, saya hanya menyuarakan pandangan supaya mereka yang diberikan amanah jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda. Nampaknya teguran saya secara baik ini telah mendapat maklum balas yang kasar daripada seorang menteri. Kalau saya mendapat jawapan sedemikian, apa harapan untuk teguran rakyat lain didengar?

Anda seorang menteri, bukannya tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur. Jangan fikir rakyat negara ini wujud untuk memberikan anda jawatan dan kekayaan, tetapi jawatan tersebut wujud supaya anda memberikan khidmat kepada rakyat. Apabila saya bersuara, saya melakukannya sebagai pemimpin rakyat saya, rakyat Johor dan Malaysia. Saya hanya mengingatkan para pemimpin negara ini bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat, dan nampaknya oleh sebab itu saya diserang.

Dalam aturan dunia yang baru, saya membayangkan masa depan di mana setiap orang mempunyai hak menyuarakan pendapat masing-masing. Namun, keadaan di Malaysia pada hari ini tidaklah begitu, menteri-menteri pantang ditegur. Saya rela dicemuh untuk mempertahankan perkara yang benar, daripada disanjung untuk membela perkara yang salah.

Saya bukan ahli politik. Saya hanya bertanggungjawab kepada Allah, Sultan saya, dan rakyat Johor. Saya bukannya menjalankan suruhan seperti boneka. Johor hanya mempunyai tempat bagi mereka yang mahu berkhidmat kepada rakyat, bukan untuk mereka yang mahu meraih undi demi kepentingan peribadi.


Akan tiba suatu masa, di mana rakyat Johor perlu membuat keputusan demi kebaikan masa depan kita dan generasi yang akan datang. Kita akan bersatu dan membuat keputusan tersebut sebagai Bangsa Johor, untuk menempa masa depan kita. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Saya berdiri untuk rakyat saya, bukan untuk merebut kuasa, bukan untuk menumbangkan kerajaan, tetapi untuk menjaga kesejahteraan rakyat saya.

Saya tidak pernah menyuruh sesiapa berundur atau meletak jawatan, hanya sekadar memberi ingatan kepada ahli politik berkenaan peranan dan tanggungjawab mereka. Sekiranya perkara seperti itu pun anda tidak boleh terima, jelaslah kepada seluruh rakyat betapa angkuh dan sombongnya anda.

Alhamdulillah, saya telah dikurniakan dengan kehidupan yang selesa. Kalau hendak diikutkan, saya boleh hidup dalam dunia saya sendiri tanpa menghiraukan permasalahan rakyat, tetapi saya di sini berdiri teguh bersama mereka. Jadi kepada mereka yang ingin mencemar imej saya dan menjadikan saya musuh awam nombor satu, sesungguhnya rakyat lebih bijak dan mampu menilai sendiri.

Jangan gunakan saya untuk mengalihkan tumpuan daripada isu 1MDB dan isu-isu nasional yang lain. Negara ini memerlukan ahli politik yang bersih dan telus, yang menjalankan tanggungjawab mereka dengan keikhlasan dan integriti.

-DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim
 Tunku Mahkota Johor.


 
Blogger Templates