Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label blogger lucah. Show all posts
Showing posts with label blogger lucah. Show all posts

Friday, November 13, 2015

TI LIAN KER SENADA DENGAN MUFTI NEGERI SEMBILAN... 'PEDULIKAN SI ALVIN TAN YANG SAKIT JIWA'!!!



Terdapat komposisi imej beredar melalui WhatsApp melibatkan Alvin Tan yang terkenal membuang air besar dan menghina Al-Quran.

Semua rakyat Malaysia digesa untuk mengabaikan orang gila ini yang jelas adalah terjerat dengan mental yang sakit dengan melakukan perbuatan yang keji dan mencetuskan provokasi kebencian antara orang Islam dan bukan Islam.

Sama dengan Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Mohd Ali Baharom atau gabungan pertubuhan bukan kerajaan Melayu (NGO), Datuk Jamal Md Yunus yang tidak mewakili keseluruhan Melayu, begitu juga seorang anak muda yang sakit mental tidak mewakili rakyat Malaysia keseluruhannya. Kelakuan tidak senonoh itu hanya boleh menampakkan mental yang sakit dan sangat menagih perhatian.

Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk bertenang, bangkit dari penghinaan tersebut dengan tidak memberikan ini "sekeping najis yang sakit" ini publisiti yang selayaknya. Rakyat Malaysia yang berfikiran mulia dan cintakan keamanan tahu lebih baik daripada mencontohi dan mengikut telunjuk mentaliti akhlak buruk dengan memberi reaksi api bertemu api.

Kita perlu mengekalkan sikap rasional dan tenang serta tidak membenarkan 'orang sakit mental' ini menjadi tumpuan media kita, apatah lagi mengawal emosi kita.

Sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia dan media memberi tumpuan kepada pembinaan negara dan kemajuan, bukannya terperangkap dalam mod balas mengejek kepercayaan orang lain apabila suara menghina perkauman sedang dimuntahkan terhadap satu pihak.

Bagi seseorang yang pernah menjadi seorang sarjana ASEAN, dia harus menumpukan bakatnya ke arah meningkatkan nama baik, melakukan kerja kebajikan untuk yang kurang bernasib baik daripada sibuk menggunakan otaknya dengan menyinggung perasaan umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia. Dalam kehidupan sebenar, Alvin Tan lah yang memerlukan bantuan psikiatri atau kaunseling kerohanian.

Dan kepada Alvin Tan, saya katakan kepada anda. Jangan bertindak seperti kononnya bijak. Permohonan suaka politik anda di Amerika Syarikat sebenarnya boleh ditolak berdasarkan perbuatan buruk anda.

Datuk Sri Ti Lian Ker,
Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA,
Ahli Jawatankuasa Pusat MCA,
Pengerusi MCA Bahagian Kuantan





Monday, December 8, 2014

SELEPAS PASPORT ANTARABANGSANYA DINYAHTARAF, KINI STATUS KEWARGANEGARAAN ALVIN TAN PULA DALAM KAJIAN KDN!!!


Kerajaan Malaysia menyerahkan soal status kewarganegaraan blogger kontroversi, Alvin Tan kepada penasihat undang-undang Kementerian Dalam Negeri untuk pertimbangan dan tindakan lanjut.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, beliau enggan campur tangan dalam soal perundangan untuk mengelakkan persepsi negatif terhadap dirinya.

"Saya tidak mahu dianggap apabila kenyataan daripada menteri keluar, ianya kononnya berbaur politik sedangkan ianya tiada kena mengena dengan soal politik.

"Ianya mengenai soal prinsip kenegaraan dan pematuhan kepada undang-undang yang ada di negara kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis ulang tahun Pertubuhan Seni Silat Gerak Kilat Kebangsaan, di ibu negara, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan blogger seks itu yang telah memuat naik kenyataan yang menghina institusi Diraja Selangor secara terang-terangan dalam akaun Facebooknya, kelmarin.

Alvin, 26, dipercayai telah memuat naik kenyataan menghina Sultan Selangor itu ketika berada di Los Angeles, California, Amerika Syarikat berdasarkan catatan lokasi di laman Facebooknya.

Sebelum ini, Alvin dihadapkan pertuduhan jenayah di bawah Akta Hasutan 1948 serta Akta Penapisan Filem kerana memuat naik entry 'bak kut teh' pada bulan Ramadan tahun lepas dan gambar serta video seks bersama pasangannya, Vivian Lee dalam sebuah blog.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, soal kewarganegaraan Tan tertakluk kepada akta lain dan ia perlu diperhalusi oleh penasihat undang-undang KDN terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan diambil.

Terdahulu, Ahmad Zahid berkata, beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim untuk membatalkan pasport perjalanan antarabangsa milik Tan susulan tindakan biadapnya, kelmarin.

"Bermula esok, pasport Alvin akan dibatalkan serta-merta ekoran beliau terus memainkan isu-isu sensitif dan melakukan beberapa tindakan yang tidak menghormati undang-undang dan Perlembagaan negara kita.

"Ketua pengarah Imigresen akan menggunakan kuasanya yang termaktub dalam akta imigresen untuk membatalkan pasport Tan nanti," katanya.

Ahmad Zahid tidak menolak walaupun tindakan membatalkan pasport itu dibuat, Tan dipercayai akan terus mendapatkan suaka politik dari negara besar itu.

Sunday, December 7, 2014

BARU CADANG PASPORT ANTARABANGSA ALVIN TAN DIBATALKAN... UGUTAN ZAHID DIBALAS GELAK TAWA ALVIN TAN!!!

1974 dahulu, Hishamuddin Rais yang mendapat pembiayaan dan dana bantuan daripada gerakan sosialis antarabangsa melarikan diri tanpa sebarang pasport. Hasilnya dia dipenjarakan di merata-rata negara kerana melanggar peraturan imigresen sehinggalah dia tiba di London atas nama suaka politik.

2014, Alvin Tan melarikan diri daripada undang-undang Malaysia kerana terlibat dalam kelucahan dan hasutan serta penghinaan melampau. Dia berpangkalan di Amerika Syarikat.

Untungnya, dia adalah Cina dan namanya tidak mempunyai unsur-unsur Arab. Amerika Syarikat menerima dengan senang hati orang-orang sepertinya.

Hari ini, Menteri Dalam Negeri berkata, Kementerian Dalam Negeri sedang BERCADANG-CADANG dan MENIMBANG-NIMBANG untuk membatalkan pasport antarabangsa Alvin Tan. Mungkin Menteri berkenaan cuba mengugut dan menakut-nakutkan Alvin Tan.

Bagaimanapun, Alvin Tan sedikit pun tidak gentar dengan ugutan Menteri Dalam Negeri. Bahkan dia mencabar Zahid agar membatalkan pasportnya dan bukannya mengugut atau menimbang-nimbang.

Ketiadaan sebarang tindakan tegas daripada pihak berkuasa, khususnya Imigresen membolehkan Alvin Tan lepas lari dengan memberikan alasan yang paling remeh menggunakan penggambaran di Singapura walaupun hakikatnya, Singapura melarang kemasukan Alvin Tan ke negara itu.

Lembab bertindak selain berharap perangai Alvin Tan akan reda serta hilang begitu sahaja seperti Hishamuddin Rais merupakan satu kesilapan besar kerana pihak berkenaan gagal mengambil kira faktor Media Sosial yang kitarannya tidak bertempoh dan tidak berhayat, bahkan sentiasa diperbaharui sepanjang masa.

Sekarang bukan zaman ugut atau menimbang-nimbang lagi. Pihak berkuasa seharusnya bertindak, bukannya bercakap semata-mata. Zaman sekarang, hanya yang pro-kerajaan sahaja yang masih takut dengan ugutan dan akan tunduk mengikut nasihat serta ugutan pihak berkuasa. Yang PRO-PAKATAN, bukan sahaja tidak takut, bahkan mereka mempunyai back-up yang akan menghentam kerajaan dan individu dalam kerajaan menerusi pendedahan demi pendedahan sehingga akhirnya individu paling lantang dalam kerajaan pun akan tutup mulut dan buat-buat pekak badak!!!


 
Blogger Templates