Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label prk permatang pauh. Show all posts
Showing posts with label prk permatang pauh. Show all posts

Thursday, May 7, 2015

CAKAPLAH APA PUN... REALITINYA, PKR DAN WAN AZIZAH TETAP MENANG DI PERMATANG PAUH!!!



Dikatakan, PAS akan memboikot PRK Permatang Pauh....
Realitinya, PAS U-Turn pada saat-saat akhir dan Wan Azizah serta PKR tetap menang dengan majoriti selesa, sama seperti BN menang di Rompin dengan majoriti selesa biarpun ramai pengundi tidak keluar mengundi.

Dikatakan, Pakatan Rakyat berantakan di Permatang Pauh...
Realitinya, secara luaran mereka berantakan tetapi dalaman tetap bersatu hati dna bersatu padu biarpun mimpi lain-lain.


Dikatakan, Wan Azizah dan keluarganya tidak lagi mendapat tempat di Permatang Pauh....
Realitinya, sesiapa pun dari kalangan keluarga Anwar Ibrahim diletakkan di Permatang Pauh, tanpa perlu berkempen pun, mereka akan menang dengan majoriti besar kerana imej Anwar Ibrahim sekeluarga telah dipublisitikan sebagai Islamik, bersih dan jujur semenjak dari awal lagi.

Dikatakan, ada angin perubahan di Permatang Pauh...
Realitinya, Saluran 3, 4 dan 5 langsung tidak memihak kepada UMNO-BN walaupun di beberapa peti undi majoriti Cina, Barisan Nasional berjaya menukar kekalahan sebelum ini kepada kemenangan.

Dikatakan, gelombang anak muda semakin meninggalkan PKR dan Wan Azizah...
Realitinya, walau sebaik mana pun calon yang ditampilkan oleh BN di Permatang Pauh, anak muda tetap akan menolaknya dan lebih memilih yang bukan UMNO-BN.


Realiti dan hakikatnya, UMNO hanya ada tiga tahun untuk bekerja keras. Dua PRK iaitu Rompin dan Permatang Pauh adalah bukti, terlalu banyak kelemahan yang tidak diambil peduli dan diberatkan.

Walau sesiapa pun yang dipersalahkan dalam post-mortem nanti, yang pasti, kelemahan-kelemahan ini yang akan terus menghantui sekiranya tidak diatasi sebaik-baik mungkin!!

Tahniah kepada PKR dan Wan Azizah... tahniah juga kepada para pengundi Permatang Pauh yang telah membuat pilihan dari awal lagi....


TERKINI KEPUTUSAN PRK PERMATANG PAUH!!! SAH, PKR DAN WAN AZIZAH MENANG!!!



9.10 pm:
BN 20856
Bebas 359
PKR 30504
PRM 98
Majoriti 9918

9.00 pm: Sah PKR menang. Cuma pengumuman rasmi SPR sahaja yang ditunggu untuk mengesahkannya.

8.28pm: BN 20019
Bebas 350
PKR 29561
PRM 96
Majoriti 9542

8.13pm:  BN 18633
Bebas 342
PKR 27971
PRM 98
Majoriti 9338

8.04pm: BN 17939
Bebas 328
PKR 26631
PRM 96
Majoriti 8692

7.54pm: BN 16497
Bebas 269
PKR 23745
PRM 95
Majoriti 7248

7.37pm: BN 14034
Bebas 244
PKR 20727
PRM 89
Majoriti 6693


7.24pm: BN 10588
Bebas 173
PKR 16009
PRM 62
Majoriti 5421

7.18pm: BN 9793
Bebas 163
PKR 14958
PRM 60
Majoriti 5165

7.15 pm: PKR 14,540
BN 9,550
Bebas 163
PRM 60
Majoriti 5,027

7.07pm: PKR: 12,008
BN: 7,863
Bebas: 146
PRM: 50
Majoriti: 4,145

5.33pm: Peratusan keluar mengundi adalah 73%, menurun 15.3% berbanding PRU13 lalu.


KEPUTUSAN MUKTAKHIR PRK PERMATANG PAUH: AMK BATALKAN RUSUHAN DAN BERGEMBIRA KERANA PKR SEDANG DAHULUI UMNO-BN!!!



8.15pm: Keputusan tak rasmi setakat ini:

PKR 25,918
BN 17861
Bebas 163
PRM 60
Majoriti 8,050








BAGAI TERCIUM BAU KEKALAHAN, AMK RANCANG RUSUHAN BESAR-BESARAN MALAM INI!!!


Mereka seperti kehausan darah kerana kegemilangan yang pernah mereka kecapi dahulu, tidak lagi kelihatan di Permatang Pauh. Bahkan sehingga terpaksa membeli khidmat ramai anak muda dari kawasan-kawasan luar Permatang Pauh untuk bermotosikal sejauh 3 kilometer malam tadi semata-mata untuk bermegah-megah.

Segala-galanya tidak menjadi. Majoriti besar yang ingin dipertahankan, besar kemungkinan merudum teruk. Ramai orang PAS yang tidak segan silu menyatakan, mereka telah mengundi calon Barisan Nasional sehingga menimbulkan kemarahan di kalangan para penyokong Pakatan Rakyat yang lain.



Para penyokong PKR di beberapa PDM turut melancarkan keganasan dan provokasi berlebihan, termasuklah mengusung replika mayat yang telah dikafankan. Pilihanraya Kecil Berdarah adalah gelaran yang paling layak untuk PRK P.044 Permatang Pauh 2015 kerana keganasan para penyokong PKR yang kemudiannya cuba diputarbelit dan disalahkan UMNO-BN.

Ada laporan tentang kejadian menetak petugas SPR. Bagaimanapun, laporan berkenaan masih boleh diragui. Ada juga laporan yang menyatakan AMK Selangor akan melancarkan serangan ganas malam ini bagi menghalang SPR daripada mengumumkan keputusan PRK Permatang Pauh atas alasan menentang kezaliman SPR dan UMNO-BN.


Nampaknya, PKR dan entiti-entitinya benar-benar takutkan kekalahan atau keputusan tidak menarik di Permatang Pauh malam ini.

Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk menentukan, mampukah Wan Azizah mengekalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti yang jauh lebih kecil atau calon UMNO-BN dapat membuat kejutan besar sekaligus merampas TAKHTA KEBANGGAAN PKR...




LAPORAN HARI MENGUNDI PARLIMEN P.044 PERMATANG PAUH!!!



LAPORAN BIL. 49 / 2015
MASA: 03.00-04.00 PTG

(SEMASA / TIDAK RASMI)

DUN N.10 SEBERANG JAYA:

044/10/01
(Jalan Sembilang)
Sek. Men. Keb. Seberang Jaya

JUMLAH: 2,730 / 4,053

044/10/02:
(Seberang Jaya II)
Sek. Keb. Seberang Jaya 2, Lengkok Tenggiri

JUMLAH: 2,443 / 3,671

044/10/03:
(Kampong Pertama)
Sek. Keb. Permatang Tok Kandu

JUMLAH: 1,590 / 2,107

044/10/04:
(Kampong Belah Dua)
Sek. Men. Keb. Pauh Jaya, Tmn Pauh

JUMLAH: 2,093 / 2,658

044/10/05:
(Seberang Jaya I)
Sek. Keb. Seberang Jaya Persiaran Siakap

JUMLAH: 2,370 / 3,582

044/10/06:
(Jalan Bahru)
Sek. Keb. Jalan Bahru

JUMLAH: 1,900 / 3,651

044/10/07:
(Simpang Ampat)
Sek. Men. Keb. Permatang Rawa

JUMLAH: 2,533 / 4,013

044/10/08:
(Jalan Tuna)
Sek. Keb. Seberang Jaya 2, Lengkok Tenggiri

JUMLAH: 2,382 / 3,524

044/10/09:
(Tmn Tun Hussien Onn)
Tun Hussien Sek. Men. Keb.

JUMLAH: 2,081 / 3,007

DUN N.11 PERMATANG PASIR:

044/11/01
(Sama Gagah)
Sek. Men. Keb. Sama Gagah

JUMLAH: 2,126 / 3,024

044/11/02:
(Permatang Ara)
Sek. Keb. Permatang Pasir

JUMLAH: 2,743 / 3,657

044/11/03:
(Permatang Pauh)
Sek. Keb. Permatang Pauh

JUMLAH: 1,407 / 1,827

044/11/04:
(Bukit Indra Muda)
Sek. Keb. Bukit Indra Muda

JUMLAH: 2,384 / 3,104

044/11/05:
(Kampong Pelet)
Sek. Jenis Keb. (C) Kubang Semang, Jalan Kepala Batas

JUMLAH: 1,401 / 2,049

044/11/06:
(Kubang Semang)
Sek. Keb. Seri Penanti

JUMLAH: 1,302 / 1,581

044/11/07:
(Tanah Liat Mukim 8)
Sek. Keb. Seri Penanti

JUMLAH: 1,615 / 2,4985

044/11/08:
(Kampong Cross Street 2)
Sek. Ren. Islam Al Masriyah

JUMLAH: 1,385 / 2,094

044/11/09:
(Permatang Tengah)
Sek. Jenis Keb. (C) Lay Keow Permatang Pauh

JUMLAH: 1,970 / 2,976

DUN N.12 PENANTI:

044/12/01:
(Guar Perahu)
Sek. Men. Keb. Guar Perahu

JUMLAH: 1,802 / 2,334

044/12/02
(Kuala Mengkuang)
Sek. Keb. Guar Perahu

JUMLAH: 2,949 / 4,039

044/12/03:
(Telok Wang)
Dewan Orang Ramai Kampung Tun Sardon, Ara Kuda

JUMLAH: 533 / 673

044/12/04:
(Mengkuang)
Sek. Keb. Mengkuang

JUMLAH: 1,624 / 2,407

044/12/05:
(Sungai Lembu)
Sek. Jenis Keb. © Perkampungan Sungai Lembu

JUMLAH: 407 / 524

044/12/06:
(Penanti)
Sek. Men. Keb. Mengkuang

JUMLAH: 828 / 1,174

044/12/07
(Kubang Ulu)
Sek. Men. Keb. Penanti

JUMLAH: 1,138 / 1,620

044/12/08:
(Sungai Semambu)
Sek. Keb. Tanah Liat

JUMLAH: 1,800 / 2,152

044/12/09:
(Tanah Liat Mukim 9)
Sek. Keb. Tanah Liat

JUMLAH: 2,016 / 2,302

044/12/10:
(Berapit Road)
Sek. Jenis Keb. © Jit Sin A & B, Jalan Berapit

JUMLAH: 950 / 1,553

Peratus Keluar Undi:

DUN N.10 SEBERANG JAYA
(20,122 / 67.82%)

DUN N.11 PERMATANG PASIR
(16,333 / 71.59%)

DUN N.12 PENANTI
(14,047 / 74.80%)

KESELURUHAN KELUAR UNDI JAM 03.00-04.00 PTG
(51,051 / 71.01%)




TIAN CHUA CUBA PUTAR BELIT... REALITINYA, PENYOKONG DAN PENGUNDI BN YANG DISERANG, TAPI DIKHABARKAN PENYOKONG BN YANG MENYERANG PKR!!!



Tian Chua segera mengambil kesempatan untuk melakukan pembohongan dan pembelitan bagi mengelakkan PKR dipersalahkan dalam kejadian provokasi dan serangan ganas ke atas harta awam, orang ramai, petugas serta anggota keselamatan di PRK Permatang Pauh.

Klip-klip video yang sedang disebarkan menunjukkan keganasan para penyokong PKR menyerang dan cuba menghalang proses demokrasi, langsung tidak memberi kesan kepada Tian Chua, sebaliknya secara bersahaja, dia menipu dan cuba pula menaikkan kemarahan para penyokong PKR seolah-olah merangsang mereka untuk bertindak lebih ganas.

Gelagat dan sikap yang ditunjukkan oleh Tian Chua itu sebenarnya bukanlah sesuatu yang asing. Sudah banyak kali perkara seperti ini berlaku... mereka yang buat, mereka akan salahkan pihak berkuasa dan Barisan Nasional, khususnya UMNO.



Dan lebih menarik lagi ialah apabila Selangor Kini yang merupakan salah sebuah organisasi media milik Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, cuba menjadikan petugas media yang dikenali di kalangan rakan-rakan sebagai Blackpanther itu atau Mahathir sebagai 'PENYOKONG PKR'.

Langsung tidak tahu malu!!!




Di Permatang Pauh juga nampaknya sama. Mereka yang melakukan provokasi, menyerang ahli-ahli PAS yang berkempen agar PKR ditolak kemudian menuduh ahli-ahli PAS tersebut adalah jelmaan daripada ahli-ahli UMNO atau upahan UMNO, kemudian melakukan serangan ke atas anggota dan pegawai serta kenderaan polis tetapi kemudian memberi alasan, mereka hanya memantau kertas-kertas undi yang telah siap dipangkah dibawa masuk yang ternyata tidak benar. Dan pagi tadi, mereka memulakan provokasi dengan merosakkan kenderaan orang awam selain sebuah van Skuad Sayang Wanita UMNO, sebelum memulakan serangan ke atas orang awam.

Menariknya, Tian Chua boleh pula lepaskan Tweetnya dan menyalahkan UMNO-BN!!!

Di Facebook pula, para penganut agama PKR memadankan muka orang yang telah diserang oleh rakan-rakan seakidah mereka...




LAPORAN SEMASA PRK PERMATANG PAUH... PEGAWAI SPR PULA DITUMBUK PENYOKONG PKR!!!




Setakat jam 1:15 tengah hari, seramai 30,865 pengundi berdaftar di Parlimen ini menunaikan tanggungjawab mereka dalam pilihan raya kecil (PRK) kerusi berkenaan sehingga pukul 12 tengah hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, jumlah itu merangkumi 43 peratus daripada keseluruhan pengundi yang layak mengundi bagi PRK berkenaan.

Sementara itu, dilaporkan kekecohan berlaku di sekurang-kurangnya empat pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen ini pagi ini dengan seorang petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilaporkan cedera ditumbuk.

Di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permatang Rawa, dua kumpulan peraih undi terpaksa diarahkan bersurai oleh polis selepas saling melakukan provokasi.

Suasana tegang sehingga hampir mencetuskan pergaduhan juga dilaporkan berlaku di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Penanti; SK Seberang Jaya 2 dan di pusat mengundi Tanah Liat.

Setakat ini, keadaan masih terkawal dengan anggota polis dilihat meningkatkan tahap kawalan keselamatan. (sumber)


SELEPAS KEPUNG DAN SERANG KENDERAAN POLIS, PECAHKAN CERMIN KERETA BAWA PENGUNDI DAN CUBAAN BAKAR VAN WANITA UMNO, KINI PENGUNDI PULA JADI SASARAN SERANGAN ANARKI PAKATAN!!!



Mereka tidak kecewa, sebaliknya mahu menakut-nakutkan pengundi daripada menjalankan tanggungjawab.

Mereka tidak mahu menerima hakikat bahawa ada perubahan besar yang sedang berlaku di Permatang Pauh.

Mereka mensasarkan golongan wanita sebagai mangsa serangan bagi tujuan menakut-nakutkan pengundi-pengundi yang lain.

Dan mereka sedang dalam rangka untuk memastikan sistem pilihanraya di Permatang Pauh ditamatkan lebih awal kerana alasan keselamatan.

Itu sahaja sebenarnya yang mereka mahukan.




Kerana itulah, pelbagai serangan dan provokasi telah mereka lakukan. Dengan jumlah yang keluar mengundi jauh lebih rendah berbanding jangkaan awal, ada sebab mengapa PKR dan Pakatan Rakyat berasa sangat gusar dan mula melakukan pelbagai perkara tidak masuk akal.

Satu serangan ke atas pengundi dilaporkan berlaku di Tanah Liat. Kejadian tersebut bermula dengan baling membaling objek sebagai provokasi di hadapan kawasan mengundi SK Tanah Liat. Dan akhirnya seorang wanita tercedera.



Manakala dalam satu kejadian lain, seorang lelaki turut dibaling batu oleh para penyokong PKR yang menuduhnya sebagai pengundi hantu. Seorang petugas media turut dipukul oleh penyokong PKR di hadapan SK Tanah Liat.

Kejadian dan provokasi seperti ini pastinya akan dipertingkatkan menjelang petang ini... Tiada yang lebih penting bagi PKR melainkan untuk memenangkan Wan Azizah dengan apa cara sekalipun.








PENYOKONG PKR SERANG DAN ROSAKKAN DUA BUAH MPV POLIS DI PUSAT MENGUNDI SEKOLAH KEBANGSAAN INDERA MULIA PULAK!!!



Dua kenderaan pelbagai guna milik (MPV) milik pihak polis dirosakkan oleh sekumpulan penyokong sebuah parti politik di pusat mengundi Sekolah Kebangsaaan Indera Mula di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira- kira 2 pagi itu, lebih 1,000 orang penyokong parti berkenaan berkumpul di hadapan pintu pagar sekolah itu kerana menyesaki wujud unsur cubaan menipu undi selepas melihat dua pasukan flushing polis masuk.

Begitupun, kehadiran mereka ialah bagi menjalankan pemeriksaan keselamatan akhir di semua tempat pembuangan undi yang merupakan prosuder biasa.

Kumpulan penyokong berkenaan yang tidak berpuas hati mula bertindak angresif dengan melontar batu ke arah kenderaan polis.

Dua lagi pusat pengundian yang turut dikepung penyokong parti berkenaan ialah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permatang Rawa dan SMK Guar Perahu.

Sementara itu....

LAPORAN HARI MENGUNDI PARLIMEN P.044 PERMATANG PAUH

LAPORAN % KELUAR MENGUNDI 8.00 - 9.00 PAGI.

(TIDAK RASMI)

DUN N.10 SEBERANG JAYA:

044/10/01
(Jalan Sembilang)
Sek. Men. Keb. Seberang Jaya

JUMLAH: 452 / 4,053

044/10/02:
(Seberang Jaya II)
Sek. Keb. Seberang Jaya 2, Lengkok Tenggiri

JUMLAH: 322 / 3,671

044/10/03:
(Kampong Pertama)
Sek. Keb. Permatang Tok Kandu

JUMLAH: 375 / 2,107

044/10/04:
(Kampong Belah Dua)
Sek. Men. Keb. Pauh Jaya, Tmn Pauh

JUMLAH: 277 / 2,658

044/10/05:
(Seberang Jaya I)
Sek. Keb. Seberang Jaya Persiaran Siakap

JUMLAH: 386 / 3,582

044/10/06:
(Jalan Bahru)
Sek. Keb. Jalan Bahru

JUMLAH: 300 / 3,651

044/10/07:
(Simpang Ampat)
Sek. Men. Keb. Permatang Rawa

JUMLAH: 431 / 4,013

044/10/08:
(Jalan Tuna)
Sek. Keb. Seberang Jaya 2, Lengkok Tenggiri

JUMLAH: 322 / 3,524

044/10/09:
(Tmn Tun Hussien Onn)
Tun Hussien Sek. Men. Keb.

JUMLAH: 348 / 3,007

DUN N.11 PENGKALAN PASIR:

044/11/01
(Sama Gagah)
Sek. Men. Keb. Sama Gagah

JUMLAH: / 3,024

044/11/02:
(Permatang Ara)
Sek. Keb. Permatang Pasir

JUMLAH: 370 / 3,657

044/11/03:
(Permatang Pauh)
Sek. Keb. Permatang Pauh

JUMLAH: 213 / 1,827

044/11/04:
(Bukit Indra Muda)
Sek. Keb. Bukit Indra Muda

JUMLAH: 460 / 3,104

044/11/05:
(Kampong Pelet)
Sek. Jenis Keb. (C) Kubang Semang, Jalan Kepala Batas

JUMLAH: 377 / 2,049

044/11/06:
(Kubang Semang)
Sek. Keb. Seri Penanti

JUMLAH: 147 / 1,581

044/11/07:
(Tanah Liat Mukim 8)
Sek. Keb. Seri Penanti

JUMLAH: 303 / 2,498

044/11/08:
(Kampong Cross Street 2)
Sek. Ren. Islam Al Masriyah

JUMLAH: 212 / 2,094

044/11/09:
(Permatang Tengah)
Sek. Jenis Keb. (C) Lay Keow Permatang Pauh

JUMLAH: 401 / 2,976

DUN N.12 PENANTI:

044/12/01:
(Guar Perahu)
Sek. Men. Keb. Guar Perahu

JUMLAH: 220 / 2,334

044/12/02
(Kuala Mengkuang)
Sek. Keb. Guar Perahu

JUMLAH: 470 / 4,039

044/12/03:
(Telok Wang)
Dewan Orang Ramai Kampung Tun Sardon, Ara Kuda

JUMLAH: 97 / 673

044/12/04:
(Sek. Keb. Mengkuang)
Sek. Keb. Mengkuang

JUMLAH: 438 / 2,407

044/12/05:
(Sungai Lembu)
Sek. Jenis Keb. © Perkampungan Sungai Lembu

JUMLAH: 69 / 524

044/12/06:
(Penanti)
Sek. Men. Keb. Mengkuang

JUMLAH: 155 / 1,174

044/12/07
(Kubang Ulu)
Sek. Men. Keb. Penanti

JUMLAH: 200 / 1,620

044/12/08:
(Sungai Semambu)
Sek. Keb. Tanah Liat

JUMLAH: 330 / 2,152

044/12/09:
(Tanah Liat Mukim 9)
Sek. Keb. Tanah Liat

JUMLAH: 325 / 2,302

044/12/10:
(Berapit Road)
Sek. Jenis Keb. © Jit Sin A & B, Jalan Berapit

JUMLAH: 140 / 1,553

Peratus Keluar Undi:

DUN N.10 SEBERANG JAYA
(3,213 / 10.83%)

DUN N.11 PERMATANG PASIR
(2,906 / 12.74%)

DUN N.12 PENANTI
(2,444 / 13.01%)

KESELURUHAN KELUAR UNDI JAM 8.00-9.00 PAGI
(9,112 / 12.67%)

AMANAT HARON DIN... PENYOKONG PAS BUAT UNDI PROTES DAN PROTES SENYAP KE ATAS PKR DAN DAP!!!


Ada sebabnya mengapa pro-ulama PAS keluar menunjukkan diri dan menzahirkan tentangan kepada Wan Azizah.

Ada sebabnya juga mengapa para penyokong PKR amat takut dan berasakan jalan kekasaran serta keganasan adalah sesuatu yang diwajarkan bagi menakut-nakutkan para penyokong PAS di Permatang Pauh. 

Perlu diingat, jumlah ahli PKR di Permatang Pauh, tidaklah seramai mana. Yang ramai adalah penyokong PAS. Penyokong PAS sebenarnya yang akan menentukan sama ada Wan Azizah dipilih atau sebaliknya dalam PRK kali ini. 

Amanat-amanat daripada beberapa orang pemimpin PAS berhubung hudud telah didedahkan dan disiarkan oleh banyak pihak termasuklah dari kalangan penyokong-penyokong PKR sendiri. Mereka bagaimanapun, hanya memilih amanat-amanat tertentu yang dirasakan berpihak kepada mereka tanpa menyentuh sedikit pun tentang perlunya ahli-ahli PAS menyokong hudud.

PKR cuba menjadikan GST sebagai puaka yang perlu ditakuti oleh para pemilih tetapi dengan sengaja cuba menyembunyikan kepentingan hudud dan hukum syariat atas alasan tidak penting kerana itulah yang dimahukan oleh DAP.

Di Permatang Pauh, PAS jauh lebih besar dan lebih berkuasa dari PKR. Dalam keadaan biasa, yang lebih besar, lebih kuat dan lebih tersusun, biasanya akan menentukan jalan cerita atau corak penceritaan. PAS pula sebaliknya, seringkali membiarkan DAP dan PKR yang amat mengharapkan mereka untuk mengikut corak cerita yang dicipta oleh PKR dan DAP. 

Walaupun mungkin keterlaluan bagai penyokong tegar Pakatan Rakyat, tetapi di Permatang Pauh, PAS seharusnya menunjukkan mereka adalah kuasa besar yang tidak boleh diperkotak-katikkan atau diperlekehkan sebagaimana yang dilakukan oleh PKR dan DAP ke atas mereka sepanjang 12 hari berkempen. 

Dan seperti kata Harun Din Al-Hafiz, para penyokong PAS seharusnya menunjukkan undi protes agar PKR dan DAP sedar, tanpa PAS, mereka tidak akan ke mana-mana, bukan sebaliknya!!!



LAGI CUBAAN PROVOKASI ANARKI PKR... CERMIN KERETA BAWA PENGUNDI PULA DIPECAHKAN!!!



Selepas mengepung Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Rawa yang dijadikan pusat pengundian, sekali lagi anarki-anarki PKR melakukan provokasi bagi mencetuskan keganasan dan huru-hara di Permatang Pauh bagi mengelakkan proses demokrasi berlangsung di Parlimen tersebut.

Mereka mencipta pembohongan Pengundi Hantu tetapi disebabkan mereka tidak mempunyai dan tidak dapat mengeluarkan sebarang bukti, mereka terpaksa mencipta bukti!

Itu yang berlaku apabila kereta yang akan digunakan untuk mengangkut pengundi - proses yang berlaku dalam semua pilihanraya - telah cuba dimusnahkan oleh anarki-anarki PKR dalam usaha mereka menakut-nakutkan pengundi.


Kejadian tersebut berlaku di PDM Sungai Semambu sebentar tadi.

Beberapa laporan dari lokasi-lokasi yang berbeza juga menunjukkan PKR telah menggerakkan anarki-anarki mereka untuk melakukan huru-hara bagi mengelakkan kekalahan Wan Azizah dan kehilangan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang dikuasai oleh PKR dan Anwar Ibrahim semenjak dari tahun 1982.

Malah ada yang menjangkakan, para penyokong dan penganut PKR akan melakukan rusuhan dan keganasan sepanjang hari ini, terutama sekiranya keputusan PRK Permatang Pauh tidak mengikut sebagaimana yang mereka inginkan.



Pihak berkuasa telah diminta untuk melakukan kawalan yang lebih ketat dan tindakan tegas ke atas provokator-provokator tersebut!!!

Kepada para petugas, berhati-hatilah ketika menjalankan tugas kerana besar kemungkinan mereka akan dijadikan sasaran keganasan oleh para pengikut PKR yang tidak lagi dapat berfikir secara waras.


PENYOKONG PKR KEPUNG POLIS PEMUSNAH BOM DI PERMATANG PAUH TENGAH MALAM TADI!!!



Ia adalah prosedur biasa.

Namun para penyokong PKR yang sudah terlalu teruk dihantui oleh bayangan yang mereka sendiri cipta, selain tidak percaya dengan wakil-wakil mereka yang ada dalam pusat-pusat pengundian serta pusat penjumlahan undi, tela menyebabkan mereka bertindak secara tidak sewajarnya.

Cerita tentang pengundi hantu, dimomok-momokkan dan diperbodoh-bodohkan oleh enigma pengundi hantu oleh para pemimpin PKR, khususnya seperti Rafizi Ramli, telah menjadikan para penyokong PKR cukup percaya, SPR bekerjasama dengan polis untuk memasukkan undi-undi hantu ke dalam kotak-kotak undi bagi memenangkan calon UMNO-BN.

Itulah yang berlaku malam tadi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permatang Rawa, apabila sekumpulan anggota polis unit pemusnah bom yang melakukan rutin tugas bagi melakukan pemeriksaan keselamatan akhir di salah sebuah pusat mengundi untuk PRK Permatang Pauh, telah dikepung oleh lebih kurang 100 orang penyokong PKR yang diketuai oleh seorang individu bernama AMIR GHAZALI.

Kejadian berlaku lebih kurang jam 10:30 malam tadi. Rutin pemeriksaan itu merupakan salah satu prosedur keselamatan yang diambil dan dilaksanakan bagi memastikan proses demokrasi berjalan lancar tanpa sebarang masalah termasuklah serangan keganasan bagi tujuan menggagalkan proses pengundian selain membunuh nyawa awam.

Pusat mengundi itu akan dibuka pada jam 8:00 pagi esok untuk proses memilih Ahli Parlimen baru Permatang Pauh. Selain polis, akan bertugas juga adalah kakitangan SPR selain wakil-wakil daripada parti-parti yang bertanding termasuklah dari PKR yang bertindak sebagai pemantau. Mereka semua akan terus berada di pusat tersebut sehinggalah ianya ditutup dan kotak undi kemudiannya akan dibawa ke pusat pengumpulan, juga dengan digiring antara lain wakil-wakil dari parti yang bertanding.


Justeru, cerita tentang kotak undi palsu yang sudah disiapkan lebih awal, TERLALU MUSTAHIL akan wujud.

PKR telah menghebahkan lebih awal tentang PENGUNDI HANTU, kotak undi palsu dan sebagainya kepada para penyokong mereka dalam usah auntuk menggagalkan proses demokrasi selain bertujuan untuk menimbulkan provokasi dan ketidakpercayaan kepada SPR dan pihak berkuasa apabila keputusan tidak memihak kepada mereka.

Sehingga ke hari ini, walaupun PKR telah menjayakan beberapa demonstrasi atas alasan Blackout, pengundi hantu, senarai pengundi meragukan dan sebagainya, mereka masih gagal membuktikan tuduhan yang dibuat.

Tindakan menghalang yang dilakukan oleh para penyokong PKR di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Rawa, jelas menunjukkan mereka sudah menderitai penyakit otak yang sangat kronik!!!


Wednesday, May 6, 2015

HINANYA PAS DI MATA PKR... PERJUANGAN HUDUD DIKATAKAN PERJUANGAN BODOH, DAN PARA PENYOKONG PAS DIHALAU BAK ANJING KURAP OLEH PENYOKONG PKR!!!



Klip video di atas bukanlah satu lakonan semula. Bukan juga sebuah sandiwara dengan kelibat kamera televisyen mahupun lampu limpah yang agak panas. Sebaliknya itu adalah situasi sebenar yang berlaku di Permatang Pauh. Situasi yang memperlihatkan bagaimana terdesaknya PKR yang menjadikan PAS sebagai musuh mereka, walaupun pada masa yang sama, memaksa PAS memberikan sokongan dan bekerjasama dengan mereka.

Begitulah nasib PAS.

PAS di mata PKR, hanyalah ANJING KURAP yang boleh ditolak ke tepi ke kanan, disuruh menjilat, menjilat, disuruh mencangkung, mencangkung....

Sama ada PAS sedar atau tidak, seringkali mereka dialpakan dengan pelbagai janji yang kemudiannya dimungkiri oleh PKR dan DAP. Malah tidak cukup dengan pemungkiran janji, mereka juga dihina apabila cuba mengingatkan kembali janji-janji yang telah dibuat oleh PKR dan DAP kepada PAS.

Itu yang berlaku di hadapan Masjid Kubang Semang, Permatang Pauh apabila flashmob yang dibuat oleh sekumpulan penyokong PAS, bukan sahaja dikasari, bahkan barang flashmob dimusnahkan dan mereka juga dihalau seperti anjing kurap oleh para penyokong PKR.

Isu Hudud di PRK Permatang Pauh ternyata merupakan satu isu yang telah memporak-perandakan jentera pilihanraya Pakatan haram Pembangkang.

Akar umbi PAS berpegang kepada Hudud, perjuangan asas PAS tetapi PKR cuba menutup isu Hudud ini dengan pelbagai propaganda murahan yang tiada kena mengena dengan isu tempatan di sini.

Malah, kekalutan Pakatan haram Pembangkang yang bercelaru tiada arah untuk berkempen di PRK Permatang Pauh ini semakin terserlah. Hudud yang menjadi perjuangan asas PAS menjadi tunggang langgang dengan pelbagai kenyataan yang pasti menimbulkan marah ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS di Permatang Pauh. (SUMBER)


Kebencian PKR kepada hudud dan perjuangan PAS, terserlah dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh salah seorang anak Anwar Ibrahim-Wan Azizah, Nurul Nuha. 

Nurul Nuha mempersoalkan perjuangan PAS yang lebih mementingkan hudud berbanding bapanya, Anwar Ibrahim. Anak perempuan Anwar Ibrahim yang pada mulanya dicadangkan sebagai calon PRK Permatang Pauh tetapi digantikan oleh ibunya pada saat-saat akhir turut mengungkit kononnya PAS kuat kerana Anwar Ibrahim, justeru mereka perlu membalas budi tersebut. 

Lebih menarik lagi ialah, Nurul Nuha menganggap para penyokong dan pengundi PAS adalah SANGAT BODOH sekiranya tidak mengundi ibunya, esok!!!

Sampai begitu sekali hinanya PAS di mata PKR!!!


BERSIH SUDAH DIGERAKKAN HENTAM SPR, RAFIZI DENGAN PENGUNDI HANTU MELAYU DAN ANWAR IBRAHIM DENGAN SAMAN SPR!!!



Memang nampak terdesak sangat-sangat dah PKR.

Bagaimanapun, sasaran mereka tidak lagi UMNO dan Barisan Nasional sebaliknya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Bagaikan sudah menjangka apa yang dapat berlaku berdasarkan bukti-bukti yang dapat mereka lihat sendiri, PKR berasakan Suruhanjaya Pilihanraya adalah pilihan terbaik untuk mewujudkan persepsi di kalangan pengundi bahawa pilihanraya kecil Permatang Pauh sangat kotor dan kalau pun Barisan Nasional kalah dengan majoriti kecil, itu adalah kerana SPR bertindak sebagai 'ANJING BARISAN NASIONAL'.

Itu yang dikatakan oleh BERSIH menerusi jurucakap mereka, Marina Chin Abdullah. Tuduhan kononnya SPR menyembunyikan sesuatu telah dibuat selain desakan agar SPR mendedahkan jumlah senarai pengundi kononnya untuk lebih ketelusan. Kalau SPR tidak melakukan sebagaimana yang didesak oleh BERSIH, maka Pengerusi SPR perlu meletak jawatan kerana bertindak memenangkan UMNO-BN. (RUJUK SINI)


Sementara itu, Rafizi Ramli pula kembali dengan cerita PENGUNDI HANTUnya setelah beberapa isu yang cuba dibangkitkan, langsung tidak membuahkan hasil. Permainan rasis yang cuba dibuat oleh PKR juga tidak mendapat sambutan, sebaliknya masyarakat India yang sebelum ini merupakan deposit tetap PKR di Permatang Pauh mengambil sikap bertentangan berbanding tanggapan awal PKR.

Rafizi Ramli mendedahkan tentang dua nama 'pengundi hantu' Melayu yang berjaya dikesannya sebagai cara untuk membuktikan penyelewengan yang dilakukan oleh SPR dan UMNO-BN. (RUJUK SINI) Bagaimanapun, Rafizi tidak pula dapat menjawab tentang dakwaan oleh ahli-ahli PKR tentang PENGUNDI-PENGUNDI HANTU yang digunakan oleh PKR dalam pemilihan parti tersebut sepertimana yang didedahkan menerusi klip video ini.



Tiga nama pengundi Cina yang menggunakan alamat rumah Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh telah pun dikesan. Bagaimanapun, ketiga-tiga orang pengundi Cina tersebut adalah para pengundi PKR. Pendedahan tersebut dibuat lebih awal daripada pendedahan yang dibuat oleh Rafizi Ramli.






Apakah kerana pendedahan tersebut, maka Rafizi Ramli terpaksa mencipta dua nama Melayu yang dikatakannya sebagai pengundi hantu.

Ternyata, PKR sebenarnya yang membiakkan Pengundi Hantu dan sekarang, mereka cuba menggunakan kaedah yang mereka amalkan secara meluas itu untuk menuduh SPR dan UMNO-BN berbuat perkara yang sama.



Namun yang lebih kelakar adalah apabila Anwar Ibrahim memutuskan untuk menyaman SPR kerana tidak membenarkannya mengundi. Walaupun samannya itu tidak sah kerana statusnya sebagai banduan yang tiada hak untuk mengundi atau terlibat dalam pilihanraya, tetapi sebagai Anwar Ibrahim dan sebagai PKR, dia dan konco-konconya apa peduli. Bagi mereka, mereka bebas melakukan apa-apa sahaja. Undang-undang bukanlah perkara yang dapat menghalang mereka daripada mencipta polemik walaupun undang-undang secara jelas menyatakan bahawa BANDUAN terutama sekali BANDUAN JENAYAH LIWAT seperti Anwar Ibrahim memang tidak dibenarkan mengundi!!!


TAKTIK SAAT-SAAT TERAKHIR PKR TERMASUK SEBARAN VIDEO LUCAH ANWAR IBRAHIM, KANTOI... HENG SEAI KIE BUAT LAPORAN POLIS!!!




China Press, sebuah akhbar berbahasa Cina yang diketahui merupakan penyokong kuat DAP dan Pakatan Rakyat dilihat sengaja cuba membuat fitnah dan kemudian apabila fitnah tersebut dikesan selain ada ancaman undang-undang, maka dengan menggunakan taktik yang telah diketahui berkesan, digunakan... iaitu menarik kembali artikel tersebut dan kemudian memohon maaf.

Bagaimanapun, apa yang telah disebarkan oleh China Press tidak ditarik balik. Fitnah yang dibuat oleh China Press adalah berterusan kerana cetakan fitnah tersebut sudah pun berada di tangan golongan yang disasarkan.

Apatah lagi, tidak ramai daripada penerima naskhah yang mengandungi fitnah berkenaan akan menilai berita fitnah berkenaan melainkan menerimanya bulat-bulat. Permohonan maaf oleh China Press juga tidak akan dihiraukan kerana kebanyakan pembaca sudah menerima, berita fitnah itu adalah satu kebenaran.

Setakat ini, tiada mana-mana pihak dari MCA mahupun GERAKAN atau lebih tepat lagi para pemimpin Cina BN di Malaysia yang sanggup mengambil tindakan undang-undang dan saman fitnah ke atas media-media seperti China Press yang kuat menyebarkan pembohongan dan taktik Pakatan Rakyat.

Atau dengan kata lain, kesilapan besar para pemimpin UMNO yang membiarkan pembohongan dan penipuan portal-portal pro-pembangkang ke atas mereka, diulangi oleh para pemimpin Cina BN yang akhirnya akan menjadikan fitnah tersebut dianggap satu kebenaran.



Fitnah yang dibuat oleh China Press itu kemudiannya, dipetik oleh PKR dan dijadikan poster besar. Pemimpin MCA yang difitnah adalah Ketua Wanita MCA, Heng Seai Kie.

Barangkali kerana takut melihat kesungguhan MCA terlibat aktif di Permatang Pauh, berbanding tanggapan yang diberikan kepada MCA bahawa parti tersebut banyak diam dan kurang bekerja, menyebabkan PKR terpaksa mengalihkan taktik serangan dari UMNO kepada MCA.



Dilaporkan, Heng Seai Kie telah membuat laporan polis berhubung fitnah tersebut dan akan mengadakan sidang media dalam tempoh terdekat. Pada masa yang sama, petugas-petugas SPR telah meruntuhkan pemidang fitnah yang dinaikkan oleh PKR hari ini di seluruh Permatang Pauh.

Heng Seai Kie tidak sepatutnya berhenti sekadar laporan polis dan sidang media, sebaliknya mengambil tindakan undang-undang dan saman fitnah ke atas China Press yang tidak pun menarik kembali KESEMUA TERBITAN FITNAH mereka yang sedang beredar dengan bebas di kalangan awam. Kalau Lim Guan Eng boleh berbuat begitu dan akhirnya menang, mengapa pula Heng Seai Kie menjadi terlalu baik hati?


 
Blogger Templates