Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label kebiadapan pkr. Show all posts
Showing posts with label kebiadapan pkr. Show all posts

Thursday, April 14, 2016

INI RUPANYA ORANG YANG DIDAKWA MEMPUKIMAKKAN DAN MEMBABIKAN KETUA MENTERI SARAWAK DAN KATA TWEETERNYA TELAH DIPALSUKAN!!!




PKR suatu masa dahulu, mendabik dada kononnya mereka memperjuangkan kuasa autonomi negeri Sarawak. Dijaja-jaja ke serata Sarawak kononnya, Sarawak tidak mempunyai kuasa autonomi di bawah pentadbiran Putrajaya. PKR menggambarkan Sarawak mempunyai pemerintahan sendiri dan berkuasa dalam segala hal.

Namun tanpa mengambil kira hak autonomi yang ada pada Sarawak, PKR akhirnya melalak-lalak apabila para pemimpin mereka, ramai yang dihalang memasuki Sarawak.

Mangsa terbaharu daripada kejahilan PKR adalah Timbalan Ketua AMK, Afif Bahardin dihalang daripada memasuki Sarawak.

Berita tersebut menyebabkan salah seorang penyokong PKR yang buta kayu dan jahil ilmu, mengutuk keras Kerajaan Negeri Sarawak, khususnya Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem.


Ahli PKR itu, Saifuddin Shafi bukan sahaja menghamun, tetapi juga mencerca dan menghina Adenan Satem.

"Adenan Satem, simpanlah negeri kau dalam poket. Nanti bila mati, bawalah imej sebagai seorang tua bodoh yang penuh ketakutan dalam menghadapi kebenaran dan demokrasi. Shame on you bloody old man!”

Tidak cukup dengan itu, satu Tweet yang lain pula, memaparkan sikap biadap Saifuddin Shafi apabila dia mencarut-carutkan Ketua Menteri Sarawak dengan perkataan PUKIMAK dan BABI. Malah dia turut mengancam dan mengugut keselamatan Adenan Satem apabila dia tiba di Sarawak nanti.

Mengulas tentang Tweeter tersebut, beberapa orang pemimpin kanan BN Sarawak menyatakan, printscreen yang beredar menerusi WhatsApp itu menunjukkan sikap sebenar PKR dan parti pembangkang.

"Inilah sebabnya, mengapa kita tidak mahu orang seperti ini berada di Sarawak."

Selepas Tweet tersebut menjadi viral, Saifuddin mendakwa menerusi Facebook bahawa kesemua tweet tersebut adalah paling dan mendakwa, dia tidak pernah menggunakan perkataan-perkataan seperti itu mahupun gaya tulisan sebegitu.

COPY PASTE: BULETIN 247

NOTA: Difahamkan, Saifuddin Shafi adalah Pegawai Khas kepada Amiruddin Shari, EXCO Kerajaan Negeri Selangor.


Friday, August 14, 2015

PKR, RAFIZI DAN SAIFUDDIN ISMAIL NASUTION KENA TROL DENGAN 'PERMOHONAN MAAF HARI RAYA' KHALID IBRAHIM!!!




"dokumen tersebut telah menyatakan dan memberi gambaran bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) adalah seorang yg korup, zalim, tidak boleh dipercayai, tidak bersikap telus, tidak jujur, tidak beretika, tidak beramanah, tidak berintegriti, telah terlibat dengan perlakuan rasuah dan salahlaku dan tidak layak menjadi MB Selangor.

Bagi pihak PKR dan saya secara peribadi, kami melahirkan rasa amat kesal dan dengan ikhlas dan suci hati serta TANPA SYARAT memohon maaf kpd TSKI.

Bagi pihak PKR dan secara peribadi, kami juga memberi akujanji kpd TSKI dan mahkamah yg mulia ini bhw kenyataan2 tersebut tidak seharusnya dikatakan dan kami akan memberhentikan dpd menyadatakan dan tidak akan mengulangi kandungan dan tuduhan2 dlm dokumen tersebut dan apa2 kenyataan yg berkaitan dgn dokumen tersebut."-

Saifuddin Nasution
Ex-Secretary General, PKR.



Puak-puak PKR terutama sekali penyokong Rafizi Ramli cuba memutarbelitkan perkara sebenar daripada kes saman Khalid Ibrahim ke atas PKR dan Saifuddin Nasution serta Rafizi Ramli. Malaysiakini pula cuba memutarbelitkan perkara sebenar dengan menggambarkan pada peringkat awal kononnya Khalid Ibrahim telah menarik kembali saman tersebut dan kes itu selesai begitu sahaja

Hakikatnya, kes itu berjalan seperti yang diketahui. Puak PKR terutama sekali Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution serta PKR secara keseluruhannya adalah MESIN FITNAH yang tidak akan mengaku bersalah kecuali setelah mereka diheret ke mahkamah.

Dan bagi melepaskan diri, mereka rela memohon maaf serta penyelesaian luar mahkamah berbanding berhadapan dengan perbicaraan yang akan menelanjangkan segala perkara.

Perkara yang sama juga pernah dilakukan oleh Nurul Izzah yang disaman oleh Raja Nong Chik kerana membuat fitnah dan cerita bohong untuk menang sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai pada PRU-13 lalu. Nurul Izzah yang berhadapan dengan saman besar, memilih untuk meminta maaf di luar mahkamah sebagai jalan penyelesaian serta memodalkan air mata dan kemut muka minta belas kasihan.


Rafizi Ramli yang berhadapan dengan saman Rosmah Mansor kerana menfitnah berhubung CINCIN RM24 JUTA pula memberikan alasan, dia HANYA BERGURAU.

Khalid Ibrahim telah difitnah dengan teruk pada PRK Kajang yang diorkestrakan untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim dan mengalihkan isu apabila Mahkamah Agung memutuskan bahawa Anwar Ibrahim bersalah kerana JENAYAH LIWAT. Cubaan untuk menjadikan Anwar Ibrahim dan kemudian isterinya, Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor mendedahkan niat jahat PKR yang menjadikan fitnah sebagai inspirasi utama mereka.

Untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim dengan bantuan DAP, pelbagai isu rasuah dan salahguna kuasa telah dituduh Khalid Ibrahim melakukannya. Kononnya PKR mempunyai pelbagai bukti berbentuk dokumen untuk menunjukkan yang Khalid Ibrahim melakukan rasuah dan salahguna kuasa. Tetapi sampai sudah, tidak ada dokumen yang dimaksudkan. Sebaliknya yang dilakukan oleh para peguam PKR ialah meminta agar kes tersebut diselesaikan di luar mahkamah dengan PKR, Rafizi dan Saifuddin memohon maaf.

Sebagai balasan, mereka akan meminta maaf kepada Khalid Ibrahim dan mengakui bahawa mereka telah menfitnah Khalid Ibrahim.


Menariknya, untuk tutup malu, mereka cuba menggambarkan kononnya kes tersebut berakhir dengan masing-masing meminta maaf dan mengakui kesalahan masing-masing. Kononnya juga, PKR mempunyai bukti yang Khalid Ibrahim telah meminta maaf secara peribadi kepada Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution serta PKR secara keseluruhannya kerana telah mengheret mereka ke mahkamah.

Hakikatnya, permohonan maaf Khalid Ibrahim hanyalah permohonan maaf biasa mengikut adat orang Melayu apabila menyambut Syawal!!!

Sampai macam ni pun, mereka masih juga melakukan fitnah untuk pujuk diri sendiri!!!


Friday, August 7, 2015

PKR ANCAM UNTUK KELUARKAN SEMUA SYARIKAT-SYARIKAT PELABUR DI MALAYSIA KALAU UNDANG-UNDANG INTERNET DIKUATKUASAKAN!!!



Nak nafikan apa lagi... PKR memang sah-sah jahat dan kebanyakan daripada isu yang timbul kebelakangan ini adalah bermula daripada kejahatan PKR yang ditopengi sebagai wira rakyat!!!

Terbaru, PKR berusaha untuk menimbulkan ketakutan sekaligus menghalau keluar syarikat-syarikat asing yang melabur di Malaysia dalam bidang komputer dan multimedia.

PKR menerusi Pengarah Strategiknya, Sim Tze Tzin yang beberapa hari lepas menggunakan gambar Lahad Datu untuk menfitnah PDRM, Kerajaan dan Jabatan Peguam Negara, menegaskan mereka akan menulis surat kepada Bill Gates dan Fortune 500 sekiranya Putrajaya masih mahu meneruskan hasrat meminda akta dan undang-undang berhubung penapisan Internet.

Sekaligus, Sim Tze Tzin membayangkan hasrat PKR untuk memastikan semua syarikat-syarikat pelaburan asing di Malaysia yang berkaitan multimedia menarik keluar pelaburan mereka dari negara ini jikalau kerajaan mahu menguatkuasakan undang-undang berkaitan Internet.

Kebergantungan PKR kepada Internet untuk melakukan fitnah, nampaknya cukup kuat sehingga mereka begitu berani mengancam untuk memiskinkan negara ini, sekaligus mencetuskan huru-hara dari segi sosial mahupun ekonomi, kemudian membangkitkan sentimen dan menyalahkan kerajaan tanpa mereka mahu bertanggungjawab atas perbuatan khianat PKR.


Setiap negara di dunia ini mempunyai undang-undang kawalan ke atas media mereka sendiri. Singapura, Thailand dan China pastinya tidak akan melepaskan orang seperti Sim Tze Tzin yang terang-terang melakukan fitnah ke atas PDRM dengan gambar dua tahun lepas dan langsung tiada kena-mengena dengan penyingkiran Ghani Patail daripada jawatan Peguam Negara. Sim Tze Tzin barangkali telah disaman kalau tidak pun kehilangan kedudukannya selaku Ahli Parlimen dengan denda berat dan tempoh penjara yang lama.

Mujurlah dia di Malaysia!!!

Dengan keadaan masakini yang jelas disumbangkan kebanyakannya oleh penggunaan Internet ala-ala koboi baru dapat pistol, Malaysia seharusnya mempunyai undang-undang yang lebih ketat dan tidak langsung memberi peluang atau ruang kepada manusia khianat seperti Sim Tze Tzin yang terang-terang mahu meruntuhkan dan menghancurkan negara ini.

Kebergantungan kepada fitnah-fitnah menggunakan Internet menyebabkan Sim Tze Tzin tergamak mengeluarkan kenyataan seperti itu. Beralasankan KEBEBASAN MEDIA, membolehkan Sim Tze Tzin dan angkatannya melakukan fitnah dan dengan bantuan pemanipulasian undang-undang, mereka biasanya akan terlepas daripada undang-undang dan akta Internet Malaysia yang sangat longgar.


 
Blogger Templates