Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label ronnie liu. Show all posts
Showing posts with label ronnie liu. Show all posts

Friday, April 14, 2017

PKR SELANGOR BUAT U-TURN SOKONG RUU355 SEBAB TAKUT HILANG KUASA PADA PRU AKAN DATANG!!!



PKR Selangor sudah dapat merasakan bahang kekalahan sekiranya PAS mengambil pendekatan kekal pada prinsip dan enggan berganjak daripada keputusan memutuskan hubungan dengan PKR kerana faktor PAN dan DAP.

Pujukan agar PAS kekal di bawah kuasa DAP telah ditolak mentah-mentah. Malah 'nasihat' Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali langsung tidak dihiraukan. Sebaliknya RUU355 membuatkan DAP semakin dimusuhi oleh PAS.

Bimbang PRU akan datang, PKR tidak lagi berkuasa di Selangor dan para pemimpin PKR Selangor yang sekarang ini begitu selesa dengan perubahan besar setelah berjaya menguasai Selangor selama dua penggal berturut-turut, PKR Selangor mengambil keputusan yang amat mengejutkan.

Shuhaimi Shafie yang merupakan Ketua Penerangan PKR Selangor merangkap ADUN Sri Muda telah mengumumkan bahawa PKR Selangor MENYOKONG RUU355 yang dibentangkan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang minggu lepas. Malahan, Shuhaimi menyeru agar RUU355 disokong oleh sesiapa sahaja yang beragama Islam, sambil menekankan bahawa undang-undang berkenaan tidak ada kena-mengena dengan yang bukan Islam. Sekaligus kenyataan Shuhaimi Shafie itu bercanggah dengan keputusan menentang RUU355 yang dibuat oleh Wong Chen dua minggu lepas.


Keputusan 'ganjil' PKR Selangor itu sudah pasti didorong oleh kebimbangan PKR terhadap masa hadapan parti itu di Selangor pada PRU akan datang. Ketiadaan PAS mahupun jentera pilihanraya PAS, akan membuatkan PKR lumpuh sepenuhnya.

Sekalipun semasa retreat AMK tempoh hari di Kuala Langat, Ketua AMK menyatakan PAS tidak lagi diperlukan, bahkan PKR tidak perlu mengharapkan bantuan dan tenaga daripada PAS seperti yang biasa mereka lakukan, tetapi pemimpin-pemimpin PKR Selangor sendiri tahu, retorik kata-kata seperti yang dituturkan termasuklah oleh Zuraidah Kamaruddin dalam program retreat tersebut, hanya untuk syok sendiri.

Demi memujuk ahli-ahli PAS supaya tidak memulaukan PKR, menyebabkan PKR Selangor mengambil keputusan yang telah membuatkan DAP Selangor mengamuk.


Salah seorang pemimpin DAP Selangor yang juga merupakan bekas Exco, Ronnie Liu mengecam sekeras-kerasnya keputusan PKR Selangor itu. Ronnie Liu menegaskan bahawa RUU355 akan diaplikasikan kepada bukan Islam dan RUU355 akan menjadi undang-undang hudud yang menzalimi bukan Islam.

Ronnie Liu tidak berselindung menyatakan kebenciannya apabila PKR dan DAP Selangor masih duduk semeja dengan PAS dalam Kerajaan Negeri.

Dalam posting Facebooknya pada hari Rabu, Ronnie memuatnaikkan petikan akhbar yang tentang kenyataan Shuhaimi Shafie menyokong RUU355.


Bagaimanapun selepas teruk dikecam oleh netizen dalam ruang komen pada posting berkenaan, tidak sampai 24 jam, Ronnie Liu menyalahkan laporan akhbar. Ronnie Liu mendakwa, dia tidak pernah meminta DAP Selangor memutuskan hubungan dengan PAS bahkan mendakwa dia adalah antara orang terawal yang membuat inisiatif menjalinkan kerjasama antara DAP dengan PAS.




Sunday, November 20, 2016

RONNIE LIU TAK SEPATUTNYA BERLAKON PENGSAN DALAM LOKAP, TAPI SEPATUTNYA BERLAKON MATI, BARULAH DAPAT SIMPATI YANG BANYAK!!!



Elemen-elemen simpati sudah mula dimainkan...

Anak-anak Zuraidah bising dan cuba meraih simpati, kononnya polis tidak membenarkan mereka menemui ibu mereka, bahkan memberikan ubat harian kepada Zuraidah yang kini berada dalam tahanan polis pun, tidak dibenarkan.

Kesian...

Kejam sungguh polis dan penguatkuasaan undang-undang negara ini...

Ronnie Liu, bekas Exco Selangor yang juga merupakan salah seorang pemimpin utama DAP Selangor walaupun kini dilihat tidak memegang jawatan, tetapi mempunyai peranan besar untuk sebarang aktiviti kewangan DAP, menggunakan DRAMA yang lebih hebat.

Dia pengsan di dalam lokap dan terpaksa dibawa ke hospital kerana tekanan darah tinggi. Sama juga seperti Zuraidah Kamaruddin, ubat tidak dibenarkan diberikan kepadanya! (RUJUK SINI)

Lim Lip Eng, Ahli Parlimen Segambut kata, Ronnie Liu telah dinafikan haknya dan tidak membawa ubat bersama-samanya. Polis juga katanya tidak membenarkan ubat diberikan oleh ahli keluarga Liu dan peguamnya. Malahan mereka turut dinafikan hak untuk melawat Ronnie.

Anehnya, masa dia sibuk membuat hasutan ke sana ke sini, tidak pula dia pengsan dan dikejarkan ke hospital. Dan sudah pastilah, dia tidak membawa bekalan ubat darah tingginya semasa buat kerja menghasut.

Memang sewajarnya juga polis tidak membenarkan sesiapa pun yang mengaku sebagai sanak saudara atau ahli keluarga, apatah lagi peguam untuk menemui Ronnie Liu. Tragedi kematian Teoh Beng Hock yang cuba menyembunyikan kegiatan salahguna dan penyelewengan pemimpin DAP Selangor di mana Ronnie Liu juga merupakah salah seorang daripada mereka, sudah sewajarnya membuatkan polis memperketatkan prosedur.

Hanya kerana dia dilokapkan, maka baru timbul isu ubat?

Bukankah elok kalau Ronnie Liu berlakon mati di dalam lokap... boleh jugalah DAP buat modal berarak ke seluruh Malaysia seperti yang mereka lakukan ke atas Teoh Beng Hock.


Thursday, June 9, 2016

WAH, MEMANG MIRIP KEPALA KONGSI GELAP LER SI RONNIE LIU NI... UNTUNGLAH DIA SEBAB DIA CINA!!!!



Kalau ada yang mengatakan Ronnie Liu adalah kepala samseng dan merupakan pemimpin DAP yang menjaga 'underworld' untuk DAP, mungkin tidak boleh dipersalahkan.

Gerak geri dan tingkah laku Ronnie Liu memang terlalu mirip dengan kepala underworld. Walaupun dia tidak membawa pistol atau bala tentera seperti yang biasa dibuat oleh kepala-kepala kongsi gelap Cina yang tidak pernah berani bersendirian, tetapi gelagatnya memang terlalu mirip.

Klip video di atas dirakamkan dan disiarkan oleh portal pro-DAP sendiri membabitkan kejadian billboard provokasi yang cuba mencetuskan pergaduhan antara orang Melayu dan Cina di Sekinchan (Parlimen Sungai Besar) selain mewujudkan trauma terhadap kuasa Cina dengan isyarat, Cina akan bangkit dan membalas dendam.

Dalam kejadian itu, Ronnie Liu meluru dan cuba mempertahankan billboard tersebut sambil menghalang anggota-anggota penguatkuasa SPR daripada menjalankan tugas. Dia mengancam untuk menyaman dan berkata, anggota penguatkuasa SPR tiada hak dan tiada kuasa untuk menurunkan billboard tersebut. Sedangkan sebenarnya, dia yang tiada kuasa dan hak, selain dia yang telah melanggar undang-undang.

Tapi nak buat macam mana, kan? Kalau Ronnie Liu tu lelaki Melayu, sudah lama dia ke dalam dan didakwa. Malangnya dia adalah Cina dan dia pula pemimpin DAP, jadi sebarang provokasi dan halangan ke atas penjawat awam menjalankan tugas, tidak memberi sebarang bekas.

Tony Pua telah pun mengakui bahawa kesemua billboard tersebut telah dinaikkan oleh DAP walaupun Teresa Kok cuba menafikannya. Tiada logo DAP tetapi sokongan kepada PAN, bermakna sokongan dan undi kepada DAP. Dengan kata lain, DAP sedang bertanding menentang PAS dan BN dengan berselindung di sebalik Melayu PAN.

Buktinya, hampir keseluruhan tenaga kempen PAN adalah para pemimpin DAP.


Sunday, September 27, 2015

CAMPURTANGAN DUTA CHINA KE MALAYSIA... YANG JADI BATU API DAN TUKANG TAMBAHNYA ADALAH RONNIE LIU!!!



Kedutaan China di Malaysia telah mengeluarkan kenyataan berhubung 'campurtangan' dan 'kata dua' Duta China ke Malaysia, Dr. Huang Huikang, yang membuat lawatan ke Petaling Street. Kenyataannya kemudiannya telah diputarbelit oleh puak DAP bagi menggambarkan yang China mahu melakukan campurtangan dan seterusnya mengancam Malaysia sekiranya ada usaha-usaha mengancam 'rakyat China' yang tinggal di Malaysia.

'Rakyat China' yang tinggal di Malaysia dengan Rakyat Malaysia berbangsa Cina adalah dua entiti yang berbeza sama sekali.

Bagaimanapun, Ronnie Liu dalam kenyataan pendeknya, secara tidak langsung cuba memberikan gambaran bahawa rakyat Malaysia berketurunan Cina adalah 'rakyat China yang tinggal di Malaysia. Sekaligus tertakluk di bawah tindakan yang bakal diambil oleh Negara China ke atas Malaysia.

Gambaran kononnya China akan campurtangan urusan dan halehwal Malaysia, sebenarnya mengundang lebih banyak persepsi dan tanggapan negatif kepada masyarakat Cina di Malaysia sendiri, terutama dalam keadaan masakini pasca BERSIH 4.0 dan Himpunan Baju Merah.


Apa sebenarnya yang dikehendaki oleh Ronnie Liu yang merupakan ketua Otai Reformasi yang kononnya menyediakan 2000 orang pejuang barisan hadapan untuk menghalang Himpunan Baju Merah daripada memasuki Petaling Street pada 16 September lalu?

Dengan sistem propaganda DAP yang cekap dan berkesan, terutama yang menggunakan Bahasa Cina, sudah pasti, kenyataan pendek dan metafora yang dikarang oleh Ronnie Liu akan diterjemahkan dalam bentuk yang berbeza sama sekali.

Maka, akan timbullah selepas ini prejudis bahawa orang Cina di Malaysia masih lagi beranggapan mereka adalah RAKYAT CHINA yang menetap di Malaysia, walaupun ramai Cina Malaysia yang bermasalah di luar negara, terutama yang menjadi tebusan di Selatan Filipina, diselamatkan oleh pihak berkuasa Malaysia, bukannya oleh pasukan keselamatan China. Begitu juga dengan orang Cina Malaysia yang telah mengoyak pasport serta kad pengenalan Malaysia mereka untuk memperolehi kerakyatan United Kingdom, Kerajaan Malaysia jugalah yang akhirnya membenarkan untuk mereka kembali hidup di negara ini sebagai pemastautin tetap dengan tempoh masa beberapa tahun sebelum membolehkan mereka kembali memohon kembali status kewarganegaraan.


Tidak pula DAP mahu menggesa Kerajaan Negara China mengambil mereka sebagai rakyat walaupun yang cuba menjadi juara dalam isu ini adalah si manusia berwajah Rottweiler, Ng Wei Aik.

Apakah Ronnie Liu mahu orang-orang Cina di negara ini percaya bahawa Negara China adalah tanah tumpah darah mereka, lantas menyambut baik campurtangan China ke atas Malaysia?

Atau sebenarnya Ronnie Liu tidak pernah menganggap mereka sebagai warganegara tetapi sekadar rakyat China yang tinggal di Malaysia?


Saturday, September 5, 2015

RONNIE LIU KETUAI BANTAHAN DAN BUAT LAPORAN POLIS SEBAB MELAYU NAK BERHIMPUN DI BUKIT BINTANG PADA16 SEPTEMBER!!!



DAP menerusi Ronnie Liu telah membuat laporan polis bagi menghalang orang Melayu berhimpun beramai-ramai pada 16 September nanti di Bukit Bintang dengan alasan perhimpunan tersebut akan membahayakan keselamatan orang ramai selain berpotensi untuk menumpahkan darah.

Manakala Lim Kit Siang pula menggesa pihak polis bertindak tegas kerana himpunan Melayu pada 1 September dan 10 Oktober seperti yang dirancang, bersifat sangat ekstrim serta provokatif. (BACA DI SINI)

Peliknya, inilah juga orang yang memperlekeh-lekehkan apabila penentangan ke atas BERSIH 4.0 dibuat oleh pelbagai pihak dengan menyifatkan tentangan tersebut sebagai melanggar Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan. Konon-kononnya penentangan ke atas demonstrasi yang melibatkan majoritinya adalah orang Cina penyokong DAP, adalah bertentangan dengan kebebasan bersuara dan berhimpun.

Itu kalau kena kat mereka.

Sekarang, orang Melayu pula ingin berhimpun dan berdemonstrasi. Demonstrasi pula akan dibuat di Bukit Bintang, kawasan majoriti perniagaan orang Cina berbanding di Jalan Tunku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka yang menyaksikan majoriti peniaga-peniaga kecil adalah orang Melayu.

Menggunapakai alasan penentang-penentang BERSIH 4.0, DAP pula berlagak seolah-olah mereka adalah penjaga keamanan walaupun hakikatnya, BERSIH 4.0 mendapat sokongan daripada DAP, bahkan DAP bertindak seperti penganjur BERSIH 4.0 walaupun mereka sendiri menafikan peranan sebagai penganjur.

Nampaknya kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun hanya untuk orang Cina. Orang Melayu tidak boleh berhimpun dan berdemonstrasi. Kalau hendak berdemonstrasi, dan mengganggu kelancaran jalanraya, mestilah dibuat di kawasan orang Melayu berniaga, bukannya di kawasan orang Cina seperti di Petaling Street atau Bukit Bintang.

Mana suara Melayu-Melayu penjilat DAP yang sebelum ini lantang menyuarakan KEBEBASAN BERSUARA dan BERHIMPUN?

Mengapa pula apabila orang Melayu hendak berdemonstrasi, maka akan segera dilabelkan sebagai provokatif dan boleh menumpahkan darah.

Sedangkan ORANG-ORANG MELAYU JUGALAH yang membenarkan orang Cina menjadi warganegara negara ini bahkan berkongsi hak berpolitik sama rata termasuklah membolehkan mereka menjadi penggubal undang-undang walaupun di negara lain, status sebagai warganegara pemberian, tidak mempunyai sebarang hak kecuali untuk hidup dan membayar cukai serta berniaga.

Bukankah orang Melayu yang cuba digambarkan sebagai lapar darah itulah juga yang telah mempertahankan orang Cina daripada dimusnahkan oleh tentera Jepun pada Perang Dunia Kedua, bahkan tidak mengganggu gugat kawasan penempatan mereka walaupun tanah yang digunakan sebagai Kampung Baru Cina itu merupakan tanah sultan!
 
Blogger Templates