Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label zainuddin maidin. Show all posts
Showing posts with label zainuddin maidin. Show all posts

Sunday, February 19, 2017

ZAINUDDIN MAIDIN, FOSIL DINOSAUR YANG KORBANKAN DIRINYA SEBAGAI BANGANG SEMATA-MATA KASIH SAYANGNYA KEPADA MAHATHIR!!!



Siapa yang tidak kenal Zainuddin Maidin, wartawan mesin taip yang kemudiannya diangkat sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Utusan dan selepas itu menjadi Ahli Parlimen sebelum dilantik sebagai Menteri Penerangan pada zaman Abdullah Badawi.

Dan Zainuddin Maidin merupakan Menteri Penerangan paling 'bangang', paling teruk, paling tidak berpengetahuan dan paling jumud sehinggakan dia gagal mengawal dan menguasai sektor penerangan serta komunikasi yang menyaksikan imej Abdullah Badawi merudum teruk. Lebih teruk lagi ialah apabila Zainuddin Maidin menafikan kepentingan dan keberkesanan media sosial sehinggakan dia berasa pelik dan menyalahkan AL-JAZEERA dan agensi-agensi berita asing yang kononnya gagal mendapat maklumat lanjut daripada kerajaan Malaysia sebaliknya gemar melakukan fitnah.


Dua hari sudah, apabila viral tragedi yang mengorbankan 8 orang kanak-kanak berbasikal di Johor Bahru, Zainuddin Maidin dengan penuh yakin, bertindak dan mengeluarkan kenyataan seperti manusia tidak bertuhan dan beragama apabila mengaitkan tragedi tersebut dengan Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak.

Kebangangan yang diwarisi dari zaman dia menjadi Menteri Penerangan, rupa-rupanya tidak hilang, bahkan semakin bertambah.


Berhadapan dengan generasi baru yang lebih canggih dan lebih bermaklumat berbanding mantan Menteri Penerangan sendiri, Zainuddin Maidin bukan sahaja dikecam menerusi Facebook tetapi turut mendapat kecaman di Twitter.

Zainuddin Maidin masih cuba mempertahankan kejahilannya sambil berbangga-bangga kononnya hujahnya tidak dapat ditentang.

Dan apa yang selama ini, tidak atau cuba untuk tidak diperkatakan, terkeluar juga.

Tidak sedikit yang membangkitkan tragedi berdarah yang mengorbankan ramai orang Melayu hanya selepas 4 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri dalam usahanya untuk menyekat perkembangan dan pengaruh PAS yang mulai menular di kalangan orang Melayu, khususnya golongan muda yang terpelajar.


Tragedi Memali yang mengorbankan orang Melayu di sebuah perkampungan kecil merupakan tragedi berdarah pertama yang mendapat liputan secara meluas oleh media. Mahathir bagaimanapun, berjaya mengelak daripada dipersalahkan, bahkan menyalahkan Musa Hitam yang merupakan Menteri Dalam Negeri pada masa itu.

Manakala Jalil Ibrahim pula merupakan mangsa pembunuhan yang kemudian menyaksikan wang negara hilang berbilion-bilion ringgit dalam Skandal BMF-Carrian yang sehingga ke hari ini cuba disembunyikan oleh Mahathir, tetapi nampaknya sudah tidak berjaya.

Hanya kerana mahu memadankan muka Najib, Zainuddin Maidin melakukan kesilapan yang paling bodoh sehingga memaksa dia mengaku DIA MASIH ORANG UMNO walaupun umum mengetahui, siapa tuan dan kiblatnya!


Monday, June 8, 2015

PATUTLAH DIA TERJERIT-JERIT MASA DITEMURAMAH AL-JAZEERA, RUPA-RUPANYA ZAINUDDIN MAIDIN MACAM UBI TAK EMPUK!!!



Bukan main marah lagi Zainuddin Maidin kepada Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem kerana menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Najib Abdul Razak secara terbuka. Bahkan Adenan Satem turut menyatakan realiti tentang Najib Abdul Razak yang baru memegang jawatan Perdana Menteri selama 6 tahun tetapi telah banyak melakukan perubahan dan pembangunan untuk Sarawak berbanding Tun Dr. Mahathir yang berkuasa selama 22 tahun.

Mungkin gagal menerima hakikat tersebut, atau berkecenderungan untuk menjaga nama baik Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dahulu, Zainuddin Maidin mempamerkan sisi jeleknya selaku bekas Menteri Penerangan.

Zainuddin Maidin mengungkit tentang kedudukan Adenan Satem yang dikatakannya tidak mengenang budi. (RUJUK SINI).

Kata Zainuddin Maidin, kalau tidak disebabkan oleh Tun Dr. Mahathir, Adenan Satem ada kedudukan dalam politik sekarang ini. Malah kalau tidak disebabkan oleh Tun Dr. Mahathir, Adenan Satem tidak akan menjadi Ketua Menteri Sarawak.

Kenyataan yang separuh benar dan selebihnya adalah berdasarkan logik otak Zainuddin Maidin sendiri!!!

Bagaimana pula kalau dikatakan, Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri kerana sokongan daripada Presiden-Presiden parti komponen, bukan semata-mata kerana akar umbi memandangkan Malaysia tidak mengamalkan pemilihan Perdana Menteri oleh rakyat. Seseorang Perdana Menteri dipilih oleh partinya daripada pemilihan dan disokong pula oleh parti-parti komponen terutama yang mempunyai kekuatan penguasaan kerusi DUN dan Parlimen.

Sarawak tidak pernah gagal menyumbangkan jumlah kerusi dominan kepada Barisan Nasional. Zainuddin Maidin ada atau tidak mengambil kira faktor berkenaan? Tanpa kerusi dominan Sarawak pada zamannya, dan negeri-negeri lain, mana mungkin Mahathir menjadi Perdana Menteri. Malh mana mungkin Zainuddin Maidin menjadi Menteri Penerangan pada zaman Abdullah Badawi yang merupakan satu kesilapan perlantikan terbesar oleh pentadbiran negara!!!

Takkan dia langsung tak memikirkan logik bahawa semuanya saling berkait, justeru ungkitan yang dibuatnya, sebenarnya tidak lebih daripada sekadar usaha PARASIT JEMUAN yang mahu terus menyemarakkan permusuhan antara kepimpinan dan seterusnya memudahkan kemenangan DAP pada PRU akan datang!!!



Wednesday, June 3, 2015

BEKAS MENTERI PENERANGAN PALING SAMPAH, GELAR ORANG LAIN SAMPAH SEBAB NUJUMNYA TEMBERANG!!!



Kementerian Penerangan di bawah Zainuddin Maidin yang pernah mengaku dia adalah Awang Selamat dalam Utusan Malaysia suatu ketika dahulu, benar-benar memalukan. Ketika BERSIH 1.0, jawapan yang diberikan oleh Menteri Penerangan kepada wartawan Al-Jazeera yang kemudiannya disiarkan ke seluruh dunia, nyata telah menyungkurkan Kementerian Penerangan ke peringkat paling bawah.

Kementerian Penerangan merupakan antara kementerian paling penting untuk menyebarluaskan dasar-dasar kerajaan, baik kepada rakyat sendiri, mahupun kepada pihak luar.

Malangnya, di tangan Zainuddin Maidin, Kementerian Penerangan tidak ubah seperti sampah yang akhirnya memalukan Malaysia! Lebih malang lagi ialah apabila Zainuddin Maidin tidak dapat membezakan maksud perkataan ELECTION dan ERECTION yang dituturkannya secara langsung di kaca televisyen!!! (SINI)

Berang kerana Muhyiddin Yassin tidak mengikut kehendak dan ramalan nujumnya, selain menteri-menteri kabinet lain yang masih kekal bersama-sama Najib serta enggan meletak jawatan, sekaligus menjadikan Najib bersendirian, Zainuddin Maidin melabelkan semua Menteri termasuklah Muhyiddin Yassin sebagai sampah!

Golongan pencen seperti Zainuddin Maidin yang pernah berikrar bahawa dia tidak akan menulis politik lagi, semakin teruja apabila perhatian diberikan kepadanya. Golongan seperti ini sentiasa berasakan mereka lebih bijak dan pandai kerana mereka 'makan garam dahulu' walaupun ketika mereka diserahkan tanggungjawab, mereka sekadar menjadi keledai yang berbuih mulut.

Muhyiddin dikatakan 'sampah' kerana tidak menentang Najib. Adakah DYMM Sultan Pahang juga 'sampah' dalam maksud Zainuddin Maidin kerana turut memberikan sokongan kepada Najib Abdul Razak? Adakah para pengundi di Sungai Petani - tempat Zainuddin Maidin bertelur dan berhabitat sebagai ahli politik dahulu - yang telah memilih PKR berbanding UMNO, merupakan sampah yang tidak diperlukan lagi?

Tan Sri Zainuddin Maidin.

Saya tidak fikir ianya baik untuk memanggil semua menteri-menteri kabinet sebagai sampah.  (RUJUK SINI

Memandangkan bahawa anda tidak lagi menjadi menteri kabinet, adalah tidak adil untuk anda menggambarkan semua menteri kabinet yang ada sekarang seperti itu.

Dan mengapa anda mahu menghasut menteri-menteri kabinet untuk menyerang Tun Mahathir secara langsung?

Adakah anda mengajar rakyat supaya tidak menghormati orang tua dan pemimpin negara?

Oleh kerana anda sudah berusia 76 tahun dan lebih tua secara umumnya (dan sebelum ini merupakan seorang pemimpin negara), adakah tidak mengapa juga bagi saya untuk tidak menghormati anda?

Malah ketika anda menjadi Menteri Penerangan semasa era 2004-2008, anda gagal untuk membendung arus blogger dan juga berkata internet hanya untuk bermain permainan dalam talian – oleh itu menyebabkan BN kehilangan kelebihan penggerak utama dalam propaganda media sosial.

Malah, ketika anda menjadi Menteri Penerangan, anda juga menggelar blogger sebagai goblok (slang Indonesia untuk “bodoh”) dan berkata orang ramai harus mengabaikan blogger. (RUJUK SINI) - SUMBER



 
Blogger Templates