Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label rafizi. Show all posts
Showing posts with label rafizi. Show all posts

Monday, April 17, 2017

RAFIZI RAMLI SEBENARNYA NAK KENAKAN AZMIN ALI, TAPI TAK CUKUP BERANI!!!



Sebahagian besar daripada kita masih mengingati LANGKAH KAJANG yang diatur oleh Rafizi Ramli menerusi kertas kerja 91 muka surat dalam usaha menggulingkan Khalid Ibrahim bagi membolehkan Anwar Ibrahim atau Wan Azizah Wan Ismail menjadi Menteri Besar Selangor.

Semuanya kerana PKR sudah tidak cukup dana dan PKR melihat Selangor sebagai lubuk dana terbesar yang perlu dikaut sehabis mungkin.

Bagaimanapun, Langkah Kajang yang diatur oleh Rafizi Ramli terkantoi. Pendedahan tentang Langkah Kajang tersebut terutama yang membabitkan wang dari sumber-sumber negeri, membuatkan Rafizi Ramli kelam-kabut mencari alasan untuk 'membetulkan' semula keadaan.

Pun begitu, Langkah Kajang tetap mencapai matlamat iaitu Khalid Ibrahim bukan sahaja diturunkan daripada jawatan Menteri Besar bahkan dipecat dari PKR. Untuk tempoh yang agak lama, Selangor tidak mempunyai Menteri Besar. Secara luaran, Wan Azizah mendapat sokongan padu daripada PKR Selangor dan DAP. Namun, PAS yang sudah mempunyai calon iaitu Iskandar Samad, ADUN Cempaka, langsung tidak berminat untuk menyokong Wan Azizah sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor.

Ding dong ding dong, akhirnya PAS Selangor dan PAS Pusat menggunakan kekuatan mereka sendiri, Azmin Ali dilantik sebagai Menteri Besar Selangor. DAP terpaksa bersetuju menerusi kompromi yang hanya mereka sahaja yang lebih tahu.

Kini, kompromi tersebut telah pun terdedah. Pelbagai skandal kewangan dan tanah melibatkan pelbagai agensi yang ditubuhkan oleh Khalid Ibrahim bertujuan untuk rakyat Selangor, telah digunakan untuk mengkayakan sebahagian kroni seperti YAWAS, Tanah Wetland, PKNS dan sebagainya.

Rafizi Ramli sedar, rakyat Selangor tidaklah sebodoh yang kerap ditanggapi oleh sebahagian besar pemimpin dan penyokong PKR. Sesuatu harus dilakukan untuk 'membetulkan' keadaan tersebut. Tidak ada cara lain, kecuali Azmin Ali digulingkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor.

Ahli Parlimen Pandan itu pernah membuat gempar dengan skandal HABUAN SEKS yang kemudian dokumen-dokumennya diserahkan kepada SPRM. Untuk seketika, pentadbiran Azmin Ali kecoh jugalah tetapi disebabkan Rafizi tidak meneruskan kecoh dan gemparnya, kes tersebut hilang begitu sahaja.

Azmin sedar, kedudukannya di Selangor sekarang, ditentukan oleh kehadiran PAS dalam pentadbiran Kerajaan Negeri sahaja. Disebabkan itulah, walaupun PAS terus mencabar bahkan Dewan Pemuda PAS Selangor telah pun membuat ketetapan mendesak agar PAS Selangor memutuskan hubungan dengan PKR Selangor, Azmin Ali terus buat-buat pekak.

Justeru apabila Rafizi Ramli sengaja 'menembak' Nasharuddin Mat Isa yang sudah tidak ada kedudukan dalam PAS dan cuba mengaitkannya dengan PAS, Rafizi sebenarnya mengharapkan tembakannya itu akan membunuh Azmin Ali. Akuan Bersumpahnya berdasarkan 'hearsay' daripada bekas pegawai kanan SPRM yang terpaksa bersara awal kerana masalah peribadi dan wang RM100 juta, diharap dapat menaikkan kemarahan PAS Selangor kepada Azmin Ali.

Marah PAS kepada PKR bererti PAS Selangor akan mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Azmin Ali walaupun pada masa yang sama, Azmin Ali cuba mengendurkan ketegangan dengan kaedah pujukan dan kata-kata manis. Azmin sendiri tidak berani membuat sebarang keputusan tentang kehadiran PAS Selangor dalam pentadbiran Kerajaan Negeri meskipun didesak kuat oleh DAP.

Akuan Bersumpah dan kelentong gempar Rafizi Ramli tidak akan menjejaskan Nasharuddin Mat Isa langsung memandangkan semua orang lebih kenal Rafizi Ramli sebagai pembuat fitnah tegar berbanding Nasharuddin Mat Isa yang kurang bercakap semenjak dia masih menjawat jawatan Timbalan Presiden PAS lagi.


Thursday, August 6, 2015

NAJIB DAN ROSMAH FAIL PERMOHONAN BATAL PEMBELAAN RAFIZI RAMLI!!!



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri akan memfailkan permohonan untuk membatalkan beberapa perenggan dalam pembelaan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan seorang lagi berhubung kes saman fitnah subsidi minyak.

Peguam, Choo Shi Jin yang mewakili Najib dan isterinya memberitahu pemberita, perkara itu dimaklumkan semasa kes itu disebut di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Noraini Abdul Rahman di kamar hakim di sini hari ini.

Yang turut hadir peguam, Ng Siau Sun yang mewakili Rafizi dan Joanne Leong yang mewakili pemilik portal dalam talian, Media­rakyat.com, MR Multimedia, Chan Chee Kong.

Menurut Shi Jin, pihaknya akan mengemukakan permohonan itu sebelum 21 Ogos ini dan mahkamah telah menetapkan tarikh tersebut untuk pengurusan kes saman berkenaan.

Pada 16 April lalu, Perdana Menteri dan Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan saman terhadap Rafizi dan Chee Kong yang didakwa memfitnah mereka dengan dakwaan yang mengatakan duit rakyat telah masuk ke poket Najib manakala Rosmah membelanjakan wang subsidi harga minyak yang dihapuskan untuk kepentingan diri sendiri.

Najib berkata, dakwaan tersebut secara tidak langsung telah menjejaskan reputasi mereka berdua di Malaysia mahupun peringkat antarabangsa.

Katanya, pernyataan yang dibuat Rafizi pada 22 November tahun lalu itu adalah fitnah semata-mata tanpa disokong dengan sebarang bukti, selain dibuat dengan niat jahat untuk merosakkan nama baik Perdana Menteri dan isterinya.

Dakwaan yang dilemparkan Rafizi itu juga memberi impak yang berat dan akan memberi manfaat kepada Ahli Parlimen Pandan tersebut serta PKR.

Dalam pernyataan tuntutan saman tersebut yang difailkan atas kapasiti peribadi, Najib selaku plaintif pertama dan Rosmah plaintif kedua menyatakan, Rafizi yang dinamakan sebagai defendan pertama merupakan salah seorang penceramah utama dalam satu forum yang dihadirinya di Bandar Tun Razak.

Ucapan tersebut telah dirakamkan oleh Media Rakyat dan dimuat naik oleh Chee Kong yang dinamakan sebagai defendan kedua dalam laman sosial YouTube dan di laman sesawang mediarakyat.net di bawah tajuk, Rafizi Ramli: Kenapa kita pertahankan subsidi minyak. (sumber)


 
Blogger Templates