Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label PAS Selangor. Show all posts
Showing posts with label PAS Selangor. Show all posts

Tuesday, December 26, 2017

JANGAN HINA ADUN-ADUN PAS SELANGOR!!!!



*Semoga Allah memberi kekuatan kpd ADUN-ADUN PAS Selangor yang teruk difitnah sejak akhir-akhir ini.*

*Mereka dikatakan hendak keluar dari PAS dan menyertai PKR kerana sayangkan jawatan.*
*Saya lihat tidak ramai yang memberi sokongan kepada mereka ketika fitnah ini dilempar.*
*Malah ada yang menempelak kalau hendak keluar, keluarlah.*
*Ada pula yang berkata kalau hendaklah keluar, keluarlah sekarang. Sebelum PRU.*
*Seolah-olah bersetuju dengan berita yang disebar.*
*Kenapa begitu cepat mempercayai fitnah tersebut?*
*Kenapa meletakkan nilai dan integriti ADUN-ADUN PAS ini begitu rendah sehingga mengesyaki 
mereka akan melompat?*
*Sayang ramai yang lupa apa yang telah terjadi ketika berlaku Kajang Move.*
*ADUN-ADUN inilah yang berdiri teguh di belakang Presiden.*
*ADUN-ADUN inilah yang menyokong penuh keputusan Presiden untuk mempertahankan Tan Sri Khalid.*
*Walaupun tekanan dan pujukan diterima amat hebat sehingga 2 ADUN kecundang tetapi 13 ADUN ini tidak berganjak.*
*Kalau hendak dibangkitkan tentang hilang jawatan, kemungkinan kehilangan jawatan ketika itu adalah lebih tinggi.*
*13 ADUN terus istiqomah walaupun ada kemungkinan PAS akan terkeluar dari kerajaan ketika itu.*
*Jika mereka bimbang kehilangan jawatan maka sudah tentu mereka akan menurut jejak Hulu Kelang dan Morib.*
*Tetapi mereka tidak.*
*Mereka terus kekal menyokong keputusan Presiden.*
*Hari ini ramai yang pandai bercakap, "nasi tambah" atau opportunis tetapi mereka tidak pernah walaupun 10 peratus merasai tekanan yang dirasai oleh 13 orang ADUN itu ketika Kajang Move.*
*Bukan mereka sahaja yang terkesan tetapi keluarga mereka.*
*Saya bukan meminta-minta agar jasa mereka dihargai.*
*Saya bukan meminta-minta agar pengorbanan mereka dikenang.*
*Hanya jangan menghina mereka.*

Iskandar A Samad
Naib Presiden Pas

Itu adalah kenyataan terbaharu yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PAS merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga merupakan salah seorang Exco Selangor, Iskandar Samad. 

Ketika itu, berita yang giat disebarkan menerusi media sosial, kononnya kesemua ADUN PAS Selangor telah bertemu dengan Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin dan menyatakan ketidaksanggupan mereka untuk kehilangan jawatan. Sekaligus membuatkan mereka memutuskan untuk meninggalkan PAS dan menyertai mana-mana komponen Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP. 

Konon cerita, 6 orang daripada mereka telah meluahkan perasaan bahawa kesemua calon PAS akan kalah malah akan hilang wang deposit sekiranya bertanding sendiri. Maka, mahu tidak mahu demi meneruskan survival politik, mereka tidak ada pilihan lain kecuali menyertai parti lain. Mereka kononnya tidak boleh lagi berjuang dengan PAS. 

Keenam-enam ADUN PAS yang dikatakan itu adalah Iskandar Samad sendiri (Chempaka), Khairuddin Othman (Paya Jaras), Dr. Shafie Ngah (Bangi), Halimah Ali (Selat Kelang), Hasbullah Ridzwan (Gombak Setia) dan Dr. Rani Osman (Meru). 

Tiga daripada mereka, dikatakan juga lebih berminat untuk menyertai PAN iaitu Dr. Rani, Dr. Halimah dan Khairuddin manakala tiga orang yang lain akan masuk PKR iaitu Hasbullah, Dr. Shafie dan Iskandar sendiri. 


Dari awal semenjak PAS diserang dan kemudian disingkirkan dari Pakatan Rakyat, kemudian Pakatan Rakyat dibubarkan oleh Lim Guan Eng untuk membentuk Pakatan Harapan yang tidak memasukkan PAS, ADUN-ADUN PAS itu telah diserang dengan begitu teruk. Mereka bukan sahaja diserang, bahkan dihalau dari pentadbiran negeri. Bahkan sehingga satu masa, Azmin Ali hampir akur dengan desakan DAP yang tidak mahu lagi PAS berada dalam pentadbiran negeri Selangor. 

Bagaimanapun, titah KDYMM Sultan Selangor merencatkan rancangan DAP. Pun begitu, DAP menerusi konco-konconya seperti PAN dan PPBM tidak jemu-jemu melakukan serangan terhadap PAS. Pelbagai label diberikan. Segala maki hamun dihamburkan walaupun hakikatnya, kehadiran PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor itulah yang telah menyelamatkan Azmin Ali daripada kehilangan jawatan Menteri Besar Selangor dan DAP masih mengekalkan penguasaan majoriti ke atas kerusi-kerusi Ahli-Ahli Majlis seluruh PBT di Selangor.

Nampaknya kali ini, setelah maki hamun dan pelabelan buruk tidak berjaya, DAP dan PKR dengan bantuan PAN dan PPBM menukar taktik. Selain pujukan, mereka mewujudkan cerita-cerita yang boleh memberikan persepsi buruk terhadap PAS di Selangor. 

Sama seperti yang sedang dilakukan oleh PPBM ke atas ahli-ahli UMNO termasuklah pujukan agar ahli-ahli UMNO tidak keluar mengundi kerana kata mereka, kemenangan dalam PRU akan kekal di tangan Melayu meskipun UMNO dan PAS tumbang!



Friday, May 13, 2016

PARTI AMANAH HALAU PAS KELUAR DARI SELANGOR DAN LARANG BERTANDING DI SUNGAI BESAR!!!



PAN atau lebih gemar membahasakan diri mereka sebagai AMANAH, menerusi Setiausaha Agungnya, Anuar Tahir bagaikan mabuk todi atau terminum air limbah yang tidak sempat dikorek buang oleh Azmin Ali.

PAN menghalau PAS, memadankan muka PAS dan berkata, kalau PAS ada maruah, PAS akan meninggalkan Pakatan bersama PKR, dan meninggalkan semua kerusi mereka selepas tidak lagi mempunyai kaitan dengan DAP, taukeh besar PAN.

Pada PRU-13 lalu, PAS yang bertanding 20 kerusi DUN, berjaya memperolehi 15 kerusi DUN. Selepas krisis sokongan kepimpinan, dua orang ADUN PAS, melompat parti dan menyertai PAN yang baru ditubuhkan dengan harapan, PAN mempunyai peruntukan sebagai Exco dan Ahli Majlis PBT.

Daripada 56 kerusi DUN Selangor, PAS memiliki 13 kerusi, DAP 15 manakala PKR pula 13 dan BEBAS 1 kerusi. PAN yang bertindak sebagai 'pencuri' berjaya memperolehi 2 kerusi dan selebihnya dimiliki oleh BN.

PAS awal-awal lagi sudah mengumumkan mereka akan bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Memang patut pun kerana PAS tidak pernah ketinggalan untuk bertanding di kedua-dua kerusi tersebut semenjak beberapa pilihanraya umum lalu.


PAN yang berlagak, sepatutnya tidak mencabar PAS, sebaliknya membuktikan mereka lebih berwibawa, lebih berpengaruh, lebih berkuasa dan lebih disenangi oleh pengundi-pengundi di Sungai Besar khususnya. PAN tidak seharusnya memaksa dan mendesak PAS agar menarik diri atau berunding dengan Pakatan Harapan (PKR-DAP-PAN) untuk bertanding di Sungai Besar mahupun di Kuala Kangsar.

Apatah lagi jikalau dibandingkan kekuatan PAN yang tidak seberapa dengan kekuatan PAS di Selangor, seperti membandingkan warna hitam dengan warna putih. Terlalu banyak bezanya.

Sepatutnya PAN ikut macam Azmin Ali... nak lawan dan nak halau PAS, tak berani, jadi dipujuk PAS supaya kembali menyertai Pakatan, sekaligus sekali lagi bersama-sama DAP menjadi kuli dan batak parti chauvinist yang tarikh 13 Mei setiap tahun semenjak 47 tahun lalu, adalah hari peringatan kewujudan parti berkenaan.

DAP sendiri pun meminta PAS agar berunding kembali dengan Pakatan, mengapa pula PAN yang jadi lebih gelojoh dan berlagak tak tentu arah, malah persis seperti seekor monyet jantan yang cuba merogol seekor gajah betina.

PAN patut sedar diri dan segera tahu bahawa mereka sebenarnya tidak ada pengaruh apa-apa pun di Sungai Besar. Mereka hanya menunggu masa untuk disepak dan diterajang oleh PAS sahaja. Setakat yang tinjauan yang dibuat pun, tak ada sebarang markaz PAN di Sungai Besar yang cukup besar untuk dikatakan atau digelar sebagai markas. Kalau ada pun, hanyalah pondok kecil yang dihiasi warna oren.

Apa-apa pun kita tengoklah keputusan DAP nanti... Azmin Ali pun dah berkampung di Sungai Besar walaupun di kawasannya, Bukit Antarabangsa, haram payah sekali tiga bulan nak tengok muka dan kehadirannya mengambil tahu masalah di DUN yang berada di bawah jajahan Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang cukup terkenal dengan 'serba-serbi'.

DAP pun tentu mempunyai perancangan yang lebih besar bagi menunjukkan mereka adalah kukasa sebenar di Selangor.


 
Blogger Templates