Selepas Hatta Ramli terketar-ketar apabila kereta pacuan empat rodanya cuba dibakar oleh pihak-pihak tertentu di hadapan rumahnya sendiri, ada orang yang geramkan Dr.Dzulkefly Ahmad yang bermulut celupar baru-baru ini.
Hasilnya, subuh tadi, dia DIKAYUKAN ke muka dan mulutnya.
Konon kisahnya, selepas solat Subuh, dia masuk ke keretanya untuk membaca al Quran. Kemudian, datanglah dua orang lelaki menaiki motosikal lengkap bertopi keledar. Salah seorangnya 'menyapa' dan berkata, "Mengapa kurang ajar sangat?"
Selesai bertanya, dikayunya muka dan mulut Dr.
Nak dijadikan cerita, Dr. Zul yang terkejut, segera keluar dari kereta dan mengejar kedua-dua lelaki tersebut yang pantas melarikan diri.
Kes Dr.Zul kena pukul di muka dan mulut, telah disahkan oleh Kamaruddin Jaafar. Dr.Zul telah membuat laporan polis dan kemudian menerima rawatan di hospital.
Serangan dipercayai berpunca daripada kenyataan biadap Dr.Zul sendiri di dalam sebuah portal di mana da berkata, dia tidak lagi menghormati ulama PAS, sudah hilang hormat kepada pihak yang digelarkan sebagai ulama tetapi memaki hamun sesama sendiri, apatah lagi sesama jemaah Islam (nota pen: jemaah Islam yang dimaksudkannya adalah gerombolan PASMA).
Kumpulan PASMA dan penyembah Lim Guan Eng menuduh kumpulan pro-ulama yang melakukan serangan tersebut. Bagaimanapun, pro-ulama bingkas mempertahankan diri dan dalam kes Dr. Hatta, Hatta sendiri dituduh cuba membakar keretanya bagi meraih simpati.
Dalam kes cubaan membakar kereta Hatta dan serangan fizikal ke atas Dr.Zul, sudah ada gaya puak-puak PASMA untuk menuduh penyokong pro-ulama bekerjasama dengan UMNO melakukannya dalam cubaan menimbulkan kebencian kepada kumpulan pro-ulama yang tegas mempertahankan Hadi Awang.
Yang pasti, semakin ramai dalam PAS sendiri yang tidak berpuas hati dengan PASMA yang bersungguh-sungguh mahu menjadikan PAS sebagai biro Melayu-Islam untuk DAP dan PKR.