Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, August 30, 2017

SUKAN SEA KUALA LUMPUR 2017 DAN CURI KREDIT OLEH AZMIN ALI SERTA LIM GUAN ENG!!!



Rata-rata, rakyat Malaysia dan netizen masih lagi membincangkan tentang kekalahan pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia Sukan SEA di tangan pasukan bolasepak Thailand akibat kesilapan sendiri. Pelbagai teori, pelbagai cadangan dan tidak kurang juga kutukan terutama terhadap penjaga gol, dapat dibaca biarpun pada masa yang sama, mereka juga sedar, bolasepak di Malaysia tidak sampai ke mana pun.

Satu pingat emas yang digelarkan sebagai 'Ibu Pingat Emas' menjadi perhatian, manakala 142 pingat emas yang berjaya diraih setakat artikel ini ditulis, sehingga menjadikan Malaysia sebagai kontinjen juara, seperti tidak dipedulikan dan dihargai.


Pun begitu, kejayaan besar kontinjen negara dalam temasya Sukan SEA kali ini, membuka mata sesetengah pihak, terutama pencari populariti dan penangguk di air keruh. Itulah yang dilakukan oleh Azmin Ali apabila tanpa segan tanpa malu, dia mendabik dada kononnya kemenangan besar kontinjen negara pada Sukan SEA kali ini adalah disebabkan 21 polisi pembangunan sukan negeri Selangor.

Sesuatu yang sama sekali bertentangan dengan hakikat sebenar kemajuan sukan di Selangor. Di sebalik cakap besar dan dabik dada Azmin Ali, prestasi semua sukan di Selangor merudum teruk. Pasukan bolasepak negeri Selangor berhadapan dengan pelbagai masalah termasuklah kewangan. Kerajaan Negeri Selangor sebaliknya memilih pasukan kelab, PKNS untuk ditaja walaupun pada masa yang sama, PKNS tidak pernah dapat mengungguli sukan bolasepak kelab-kelab di Malaysia.


Kenyataan dan cakap besar Azmin Ali akhirnya ditertawakan secara berjamaah!

Azmin Ali sebenarnya mencontohi Lim Guan Eng yang bukan sahaja KUAT MENIPU, tetapi juga sentiasa memutarbelitkan fakta dan angka dalam usaha untuk menonjolkan dirinya sebagai yang terbaik dan terhebat.


Lim Guan Eng bercakap besar kononnya, Pulau Pinang di bawah pentadbirannya telah berjaya meningkatkan pelaburan dalam sektor pembuatan sebanyak 73% dari tahun 2008 sehingga 2016. Katanya, semasa BN memerintah Pulau Pinang, pelaburan dalam sektor pembuatan hanya RM34 bilion (1999-2007) berbanding RM59 bilion di bawah pentadbirannya.

Sekali baca, hebat betul Lim Guan Eng punya pentadbiran. Hebat betul DAP memerintah dan mentadbir Pulau Pinang.

Namun apa yang dilakukan oleh Lim Guan Eng adalah menipu untuk menutup kegagalannya. Malaysia telah merekodkan pelaburan dalam sektor pembuatan sebanyak RM497 bilion dari tahun 2008-2016. Sekaligus menyaksikan peningkatan sebanyak 74.6% berbanding RM285 bilion dari tahun 1999-2007. Mengambil kira pelbagai faktor termasuklah kesemua infrastruktur yang telah disiapkan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum DAP dan Lim Guan Eng masuk cuci kaki ke Pulau Pinang, pentadbiran Lim Guan Eng sebenarnya tidak mencapai apa-apa peningkatan menerusi pelaburan dalam sektor pembuatan.

Terbaru, Lim Guan Eng cuba menjadikan nama 'Pulau Pinang atau Penang' sebagai milik mutlaknya. Satu arahan kepada Penang Tourism Organisation (PTO), sebuah NGO yang terlibat secara langsung dengan pelancongan negeri telah dibuat oleh ADUN DAP merangkap Exco Pelancongan, Danny Law.

Menurut Danny Law, tiada sesiapa pun yang dibenarkan menggunakan nama 'Penang (Pulau Pinang' sekiranya tidak mendapat kelulusan daripada Ketua Menteri Lim Guan Eng! (RUJUK SINI)

Begitulah, kalau bab mendabik dada dan curi kredit, Lim Guan Eng dan Azmin Ali sangat pakar. Mereka tidak ada langsung rasa malu. Malah sebaliknya, mereka pula membuatkan orang lain yang benar-benar bekerja rasa malu dengan pembohongan yang mereka lakukan.


Tuesday, August 29, 2017

PKR BERPECAH, PARTI CAP BUNGA DI PENDANG PUN BERPECAH JUGA KERANA 'AMALAN ILMU HITAM' ISTERI KEDUA!!!



Ketika PKR sedang kalut dengan 'pertelingkahan' antara Rafizi Ramli dengan Azmin Ali, dengan penyokong masing-masing menghentam pemimpin lawan dalam parti yang sama, Parti Cap Bunga di Kedah turut bergolak.

Walaupun berita membabitkan ketidakpuasan hati sebilangan besar pemimpin dan penyokong Parti Cap Bunga Kedah apabila PKR menerusi Johari Abdul menyatakan secara berterus-terang bahawa PKR akan bertanding sekurang-kurangnya 16 kerusi DUN untuk menunjukkan mereka lebih dominan, dengan Johari Abdul sendiri akan bertanding di DUN Gurun bagi membolehkan dia menjadi Menteri Besar sekiranya Pakatan menang pada PRU-14 akan datang.

Seandainya bertepatan sebagaimana yang dicita-citakan oleh PKR, dicampur pula dengan 'tolak ansur' antara PKR-DAP dalam dua kerusi iaitu DUN Gurun dan DUN Kulim yang turut dituntut oleh DAP, selain pembahagian kerusi untuk PAN yang akan menggunakan platform PAS, baki yang ada untuk Parti Cap Bunga Kedah, bukan sahaja tidak cukup untuk mendominankan parti berkenaan, bahkan akan menukarkan Parti Cap Bunga Kedah sebagai sebuah parti minoriti yang langsung tidak ada sebarang nilai tambah.

Kedah hanya ada 36 kerusi DUN. BN bertanding di semua kerusi berkenaan dengan pembahagiannya ialah UMNO (28), MCA (4), MIC (2) dan GERAKAN (2). PAS pada PRU-13 lalu bertanding di 24 kerusi DUN dan pada PRU-14, dijangkakan akan meletakkan calon-calon mereka di kesemua 36 kerusi DUN. DAP awal-awal lagi telah menyatakan mereka hanya mahu 4 kerusi DUN yang merupakan tambahan DUN Gurun dan DUN Kulim berbanding 2 kerusi iaitu DUN Derga dan DUN Kota Darul Aman yang ditandingi dan dimenangi pada PRU-13 lalu. PKR pula telah mengumumkan akan bertanding di 16 kerusi DUN berbanding 10 pada PRU-13. PAN sudah tentu akan mengekori kerusi-kerusi yang ditandingi oleh PAS. Manakala Parti Cap Bunga Kedah yang diketuai oleh Mukhriz Mahathir masih lagi terkontang-kanting. 16 kerusi sahaja yang masih ada untuk PAN dan Parti Cap Bunga dengan majoritinya adalah kerusi-kerusi yang dimenangi oleh PAS pada PRU lalu.

Dan di sebalik kemelut perebutan kerusi antara parti, perebutan di dalam Parti Cap Bunga Kedah, khususnya di Bahagian Pendang juga amat menarik untuk diperhatikan. Lebih menarik lagi ialah, cerita-cerita buruk tentang PPBM Bahagian Pendang itu datangnya daripada orang mereka sendiri!


Abdul Razak Khamis bersama-sama Dr. Mahathir dan Mukhriz Mahathir

PPBM Bahagian Pendang sedang dilanda krisis kepimpinan apabila sebahagian besar AJKnya bertindak mewujudkan sebuah lagi kem di bawah kepimpinan Abdul Malek Manaf, yang merupakan bekas Timbalan Ketua PPBM Bahagian Pendang kerana sudah tidak lagi yakin dan berminat untuk berada di bawah kepimpinan Abdul Razak bin Khamis yang kini menyandang jawatan sebagai Ketua PPBM Bahagian Pendang. 

Kesemua AJK yang dilantik oleh Abdul Razak Khamis itu awalnya, memberikan kesetiaan serta sanggup bekerja tanpa mengira masa serta wang ringgit demi parti. Namun selepas beberapa bulan, akhirnya seorang demi seorang AJK PPBM Bahagian Pendang mulai menarik diri atau dipecat kerana menegur salah laku peribadi Abdul Razak Khamis terutama yang melibatkan isteri keduanya, seorang janda kaya berbangsa 'Siam' yang berasal dari Kampung Watt, Padang Pusing, Sungai Tiang.

Abdul Razak juga dituduh telah melantik individu-individu yang dilihat mempunyai kedudukan kewangan yang agak kukuh sebagai AJK PPBM Bahagian Pendang termasuklah Abdul Malek bin Manaf dan Azizah Omar selaku Ketua Srikandi PPBM Pendang dengan harapan, mereka akan menyumbangkan dana untuk aktiviti-aktiviti parti di Pendang. 


Halimaton Saadiah Shah Mat, Ketua Srikandi Cap Bunga Pendang

Azizah Omar kemudiannya meletak jawatan dan menarik diri. Abdul Razak kemudiannya melantik pula Halimaton Saadiah Shah Mat, seorang ahli perniagaan yang berjaya menguruskan Kedai Mee Udang dan Insuran Zurich di Pendang sebagai Ketua Srikandi. Apabila Halimaton menyedari niat sebenar Abdul Razak, dia tidak lagi menaja sebarang program PPBM Pendang terutama setelah mengetahui, Abdul Razak Khamid ada menerima dana dari PPBM Negeri Kedah dalam penganjuran aktiviti. Tindakan Halimaton itu akhirnya mencetuskan permusuhan dengan Abdul Razak. 


Abdul Malek Manaf atau Penghulu Malek, bekas Timbalan Ketua PPBM Pendang

Turut menjadi perhatian dan perbualan di kalangan AJK PPBM Pendang ialah amalan Abdul Razak Khamis dan isteri keduanya yang dikatakan menyeleweng dari ajaran Islam. Faktor itulah yang mencetuskan permusuhan dengan Abdul Malek Manaf yang diketahui agak kuat pegangan agamanya. Upacara yang pernah dilangsungkan di pejabat PPBM Pendang itulah juga yang dikatakan faktor utama mencetuskan penarikan diri beramai-ramai AJK Bahagian.

Tidak dapat dipastikan, sejauh manakah dakwaan yang dibuat terhadap Abdul Razak Khamis dan isteri keduanya namun yang pasti, PPBM Bahagian Pendang sedang bergolak teruk. Di sebalik keinginan dan cita-cita Abdul Razak Khamis untuk bertanding di Sungai Tiang dengan bantuan isteri keduanya, cerita-cerita yang popular dari kem sendiri itu, pasti akan membantutkan impian kemenangan Parti Cap Bunga.

PERTELINGKAHAN DALAMAN PKR, ZAHID HAMIDI PULA DISERET SEBAGAI 'PEMBELA' RAFIZI RAMLI!!!



Rafizi Ramli mengakui, individu yang diserang oleh Latheefa Koya secara aktif menerusi media sosial adalah dirinya. Dan lebih menarik lagi ialah apabila Rafizi Ramli mengakui, dia cuba dikaitkan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Pemangku Timbalan Presiden UMNO, Zahid Hamidi. 

The Star Online melaporkan, Rafizi berkata, tuduhan dan dakwaan kononnya dia telah dibeli oleh Datuk Seri Zahid Hamidi telah dibuat oleh sekumpulan orang di dalam PKR dalam kempen senyap mereka menentangnya. Kononnya, Zahid telah membelinya dan Rafizi bersetuju untuk menjual diri sebagai pertukaran agar tidak dipenjarakan.


Rafizi bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut dan berkata dia tidak akan menjawab segala tuduhan Latheefa memandangkan "satu dunia telah tahu yang tuduhan-tuduhan tersebut tidak benar."

Latheefa membuat beberapa tuduhan serius yang mendakwa Rafizi berterusan menipu menggunakan angka-angka palsu dan telah menyelewengkan wang derma, membuat janji-janji palsu dan terlibat dalam politik wang untuk membeli sokongan.


Sementara itu, Rafizi telah menamakan Azmin, Tian Chua, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Xavier Jeyakumar, Dr. Shaharuddin Badaruddin, Zuraida Kamaruddin, R. Sivarasa, Saifuddin Abdullah, Kamaruddin Jaafar dan Fahmi Fadzil antara mereka yang kuat menyokong kerjasama dengan PAS.

Manakala William Leong, Saifuddin Nasution, Nik Nazmi Nik Ahmad, Tan Yew Kew, Syed Ibrahim Syed Noh, Johari Abdul, Sim Tze Tzin dan Fariz Musa adalah mereka yang menentang cadangan untuk menjalinkan kerjasama semula dengan PAS.

Rafizi Ramli yang kerapkali berjaya menenggelamkan PKR dengan sensasi dirinya, dikatakan mengetuai kumpulan kedua PKR yang digelar sebagai 'Geng Ponorogo' iaitu sebuah kumpulan yang cuba mewujudkan pertelingkahan dan masalah dalam PKR. 


Tidak cukup dengan serangan Latheefa Koya, Siti Aishah Shaik Ismail yang merupakan Ketua Srikandi PKR juga menyerang 'Geng Ponorogo' dengan mengkhususkan Rafizi Ramli. Rafizi disifatkan Siti Aishah sebagai pemimpin yang perasan bagus tetapi gagal mengeja namanya dan nama bapanya dengan betul. 

Menerusi tulisan Siti Aishah, 'Geng Ponorogo' telah menfitnahnya sebelum ini. Dia sendiri mahu menuntut isu fitnah tersebut sehingga ke akhirat!

"Kau eja nama aku dengan bapak aku pun salah ada hati nak mengaku kau pemimpin yang bagus. Ingat kau fitnah aku sebab tak pernah tanya terus pada aku atas segala rumusan yang kau buat. Ini kali kedua kau berhutang maruah dengan aku dan keluarga, semoga akhirat kau cari aku."

Pertelingkahan antara fraksi-fraksi dalam PKR, bukanlah satu perkara yang asing. Ironinya, dalam setiap pertelingkahan dan perbalahan mereka, UMNO dan beberapa orang pemimpin utama UMNO akan ditarik sekali. 

Kali ini, Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi pula yang dikaitkan dengan Rafizi Ramli. Hujahnya cukup mudah, Rafizi sedang berhadapan dengan masalah undang-undang dan dia sedang berhadapan dengan hukuman penjara. Sebelum ini, Rafizi telah dipersalahkan kerana akibat daripada Langkah Kajangnya telah mempercepatkan hukuman penjara Anwar Ibrahim, sebagaimana yang didakwa oleh Latheefa Koya. 


Justeru, Rafizi menjadi sasaran mudah dan budak jahat yang perlu dihapuskan. Lebih-lebih lagi, Rafizi sebenarnya mempunyai pengikutnya sendiri yang jauh lebih ramai berbanding peminat-peminat dan penyokong-penyokong PKR. Rafizi juga telah menenggelamkan banyak nama-nama lain yang dianggap lebih besar dan lebih berwibawa, bahkan lebih kanan dan lebih senior di bahu Anwar Ibrahim.

'Kehebatan' Rafizi Ramli itu dilihat berlaku kerana adanya bantuan dari pihak lawan. Tumpuan yang diberikan kepada Rafizi dilihat amat keterlaluan sehingga dia dilihat lebih besar daripada PKR apatah lagi pemimpin-pemimpin utama PKR. Rafizi mungkin bukan Setiausaha Agung PKR lagi tetapi perhatian dan kepercayaan para pengikut kepada Rafizi, jauh lebih besar berbanding yang diterima oleh PKR dan saf kepimpinan utama PKR.

Siapa lagi pihak lawan yang lebih besar dan lebih berpengaruh selain daripada pemimpin UMNO. Dan lebih mudah untuk mencetuskan kebencian terhadap pemimpin dalam parti seperti PKR dengan mengaitkan individu tertentu dengan pemimpin-pemimpin besar dari UMNO.

Rafizi mungkin sudah terkena ulah itu setelah sekian lama dia juga sebahagian daripada sistem 'SEMUA SALAH UMNO.'


Monday, August 28, 2017

PERANAN RAFIZI RAMLI SEBAGAI AGEN PEROSAK DALAM PKR, TELAH BOCOR... PEMIMPIN-PEMIMPIN PKR SEPAKAT MENGUTUKNYA!!!



Kemelut dalaman PKR yang menyaksikan Kem Azmin dan Kem Wan Azizah atau lebih tepat lagi Kem Rafizi, tidak lagi dapat dibendung. Walaupun selama ini PKR cuba menyembunyikan kemelut dan perbalahan sesama mereka, tetapi akhirnya medan sosial menjadi saksi, kemarahan yang sekian lama terpendam, diluahkan tanpa berselindung lagi. 

Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Latheefa Koya, salah seorang pimpinan tertinggi PKR yang dilantik terhadap bekas Setiausaha Agung merangkap Naib Presiden merangkap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli begitu mengejutkan. 



Menggelarkan Rafizi Ramli sebagai 'PONOROGO', Latheefa jelas tidak senang dengan Rafizi Ramli yang mempergunakan nama parti untuk kepentingannya sendiri. Latheefa mempersoalkan Rafizi Ramli yang mengutip RM1.5 juta daripada orang ramai walaupun dia sebenarnya tidak memerlukan wang tersebut untuk membayar yuran guaman pun. 


Semuanya bermula daripada sekeping gambar yang disiarkan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pada 12 Ogos 2017 di laman peribadi Facebooknya. Gambar itu memaparkan lawatan dan ziarah Azmin Ali, Wan Azizah Wan Ismail dan Dr. Shaharuddin Baharuddin yang merupakan pensyarah kanan Universiti Selangor (UNISEL) dan juga merupakan Naib Presiden PKR.

Walaupun Azmin Ali memberi alasan, itu hanyalah ziarah dan lawatan biasa, tetapi lebih ramai yang melihat ziarah dan lawatan tersebut bertujuan untuk memujuk PAS agar tidak memutuskan terus tahaluf siyasi dengan PKR terutama sekali di Selangor. PKR di Selangor akan kehilangan banyak kerusi seandainya tidak bekerjasama dengan PAS.



Bermula dari situlah, Azmin Ali terus dikecam. Kalau selama ini, dia sekadar diumpat secara bisik-bisik kononnya dia mengetuai 'Kartel Min' yang mahu memastikan UMNO-BN terus menguasai Parlimen Malaysia pada PRU akan datang, penyiaran gambar tersebut telah mengesahkan bahawa Azmin Ali di sebalik jawatannya sebagai Timbalan Presiden PKR, Menteri Besar Selangor dan Pengarah Pilihanraya Pakatan Harapan adalah seorang PARASIT yang hanya mementingkan tembolok sendiri. 

Ironinya, Wan Azizah dan Dr. Shaharuddin yang turut serta dalam ziarah tersebut langsung tidak dikutuk dan dicela.

Bagaikan retak menanti belah, Rafizi Ramli yang hanya menunggu masa untuk mengulangi serangan terhadap Azmin Ali dan kepimpinannya, akhirnya menggunakan isu tersebut dengan mencadangkan agar diwujudkan Kongres Khas PKR untuk memuktamadkan hubungan dan kerjasama PKR-PAS.

Cadangan Rafizi Ramli yang jarang hadir dalam mesyuarat-mesyuarat penting pucuk pimpinan PKR seperti Biro Politik, tidak sahaja disanggah, bahkan Rafizi Ramli sendiri dikecam oleh para pemimpin PKR yang lain. 


Salah seorang yang bersikap keras terhadap Rafizi Ramli adalah Timbalan Ketua AMK, Dr. Afif Bahardin. 

Katanya, kegagalan Rafizi Ramli untuk hadir mesyuarat-mesyuarat penting, membuatkan Ahli Parlimen Pandan itu ketinggalan banyak maklumat. Lebih tepat lagi, secara tidak langsung Afif menyatakan, Rafizi Ramli terlalu dibuai oleh khayalan dan imaginasi liarnya sendiri.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada 28 Ogos 2017, Afif turut berkata, rundingan yang dilakukan oleh Azmin Ali hanyalah untuk memastikan pertandingan tiga penjuru tidak berlaku membabitkan PAS dan PKR. Dengan kata lain, Azmin Ali cuba memujuk PAS agar tidak menentang PKR yang akan mengakibatkan kerugian besar kepada PKR sekaligus menyelamatkan air muka Presiden dan Timbalan Presiden PKR daripada kalah di kubu sendiri.


Namun kenyataan yang paling keras datangnya daripada Pemangku Ketua AMK Cabang Pandan, kawasan yang menaikkan Rafizi Ramli sendiri selaku Ahli Parlimen, Mizan Adli Mohd Noor. 

Mizan Adli menyeru Rafizi Ramli agar tidak buat gila dan menghentikan usahanya untuk memecah belahkan parti. Sikap Rafizi Ramli seperti seorang agen perosak tidak lain hanyalah bertujuan untuk mensabotaj parti dan peluang PKR pada PRU akan datang. 

Menurut Mizan lagi, sebelum ini, Rafizi Ramli berjaya menghuru-harakan PKR dan menghancurkan hubungan PKR-PAS dengan Langkah Kajang yang menyaksikan Khalid Ibrahim berjaya digulingkan tetapi Langkah Kajang yang dianggap langkah separuh masak, hanya membuang masa dan mendapat kecaman ramai kerana hanya bertujuan untuk membuktikan Rafizi Ramli adalah seorang pencatur politik di dalam PKR. Menurut Mizan, penubuhan INVOKE terbukti telah merosakkan dan memecahkan perpaduan ahli parti. 

Siapa sebenarnya yang cuba memecah belahkan PKR?


Rafizi atau Azmin Ali? 

Berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Latheefa Koya dan rakan-rakannya dalam PKR, apatah lagi dengan gelaran PONOROGO yang diberikan kepada Rafizi Ramli, jelas, orang yang dimaksudkan memecah belahkan PKR adalah Rafizi Ramli, bukannya Azmin Ali meskipun pada masa yang sama, para penyokong Rafizi Ramli cuba membuat serangan peribadi ke atas Latheefa Koya.




TERLALU YAKIN UNDI CINA MILIK DAP SEPENUHNYA, ONG KIAN MIN LEGAKAN ANAK-BERANAK LIM DENGAN TSUNAMI MELAYU... MALANGNYA TERSASAR!!!



Pakatan Harapan, khususnya DAP masih menaruh harapan 'tsunami politik' seperti yang berlaku pada tahun 1999 dan 2008, kembali berulang dalam PRU-14 yang bakal dilangsungkan dalam tempoh beberapa bulan sahaja lagi.

Pada tahun 1999, tsunami Melayu telah melanda dengan faktornya adalah pemecatan Anwar Ibrahim. Kerajaan Barisan Nasional yang pada waktu itu diketuai oleh Dr. Mahathir hampir tertungging. Bagaimanapun, kelebihan pembahagian kawasan serta rundingan pada saat-saat akhir dengan Shuqui dan Dong Zhong berjaya menyelamatkan Barisan Nasional. Dr. Mahathir beruntung kerana pada waktu itu, media sosial masih tidak popular dan digunakan secara meluas seperti sekarang.

Biarpun Barisan Nasional berjaya mengekalkan penguasaan majoriti dua pertiga di Parlimen, tetapi UMNO mengalami kemerosotan jumlah kerusi yang dimenangi secara drastik. Kerusi-kerusi campuran Cina dan India banyak menyelamatkan Barisan Nasional.

2008, tsunami Cina pula melanda. Kemenangan majoriti lebih dua pertiga oleh BN pada tahun 2004, menyebabkan DAP giat mencanangkan bahawa orang Cina khususnya akan berhadapan dengan pelbagai tekanan kerana dasar-dasar kerajaan sudah pasti akan melebihkan orang Melayu. Hasutan dan tohmahan DAP itu berjaya dihadam oleh masyarakat pengundi Cina. Pada masa yang sama, Dr. Mahathir turut menghasut orang Melayu agar menggulingkan Abdullah Badawi yang dikatakannya sebagai 'menjahanamkan negara' walaupun hakikatnya, Abdullah Badawi cuba meminimakan kerugian wang negara kesan daripada dasar-dasar Mahathir yang pro-kroni, korupsi dan nepotisme.

Tidak sedikit Melayu yang terpengaruh dengan hasutan Dr. Mahathir yang kemudian menentang serta mendesak Abdullah Badawi agar berundur.

Gabungan 'tsunami Melayu dan Cina' menyaksikan buat kali pertama, Barisan Nasional gagal menguasai dua pertiga majoriti di Parlimen pada PRU-2008. 5 negeri pula terlepas ke tangan pakatan pembangkang. Abdullah Badawi akhirnya terpaksa meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO untuk digantikan oleh Najib Abdul Razak.

2013, DAP dan tsunami Cina masih berterusan. DAP memainkan pelbagai isu-isu sensitif yang mempersoalkan tentang kedudukan orang Melayu, agama Islam, Raja-Raja Melayu bahkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Seperti pada tahun 2008, DAP menghasut masyarakat Cina agar menentang Barisan Nasional kononnya orang Cina telah ditekan, didiskriminasi dan dizalimi memandangkan Kerajaan Barisan Nasional hanya melebihkan orang Melayu dan Bumiputera. Isu sensitif lain yang lebih kerap digunakan oleh DAP ialah kononnya Islam telah dipaksa ke atas orang-orang bukan Islam. Pelajar-pelajar sekolah terutama di SJKC-SJKC telah cuba diIslamisasikan oleh guru-guru Melayu yang 'sengaja' dimasukkan ke sekolah-sekolah berkenaan.

Hasutan, fitnah dan tohmahan DAP berjaya. PRU 2013 menyaksikan, Barisan Nasional kehilangan kerusi-kerusi Parlimen dan DUN yang mempunyai jumlah pengundi Cina melebihi 40% kepada DAP. Pun begitu, UMNO dan PBB Sarawak berjaya meningkatkan jumlah penguasaan kerusi Parlimen dan DUNnya walaupun parti-parti komponen utama seperti MCA, MIC dan GERAKAN gagal menyaingi DAP.

PRU-14, pelbagai teori dan analisis telah mula dikeluarkan. DAP seperti biasa, meneruskan kempen dan hasutan mereka agar pengundi-pengundi Cina berjaya ditakut-takutkan dengan Melayu-Bumiputera dan Islam. Pada masa yang sama, DAP turut cuba meraih sokongan pengundi-pengundi Melayu-Bumiputera terutama apabila Dr. Mahathir kini mengetuai Parti Cap Bunga manakala Mat Sabu yang memimpin serpihan PAS, mengetuai PAN.


Dalam analisisnya, Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Min berkata, AKAN BERLAKU PERALIHAN 15% undi Melayu kepada Pakatan Harapan sebagaimana yang berlaku pada 1999 dan 2008. Alasannya mudah, UMNO telah berpecah. Begitu juga dengan PAS.

Bagaimanapun, hujah Ong Kian Min itu agak dangkal memandangkan yang teruk berpecah sekarang adalah DAP dan PKR. DAP khususnya Lim Guan Eng sedang berhadapan dengan krisis kepercayaan dan kepimpinan terutama selepas Lim Guan Eng berhadapan dengan kes rasuah dan salahguna kuasa selain pendedahan melibatkan penjualan tanah-tanah kerajaan negeri dalam usaha Lim Guan Eng untuk membuktikan, dia bijak mentadbir dan menguruskan kewangan Pulau Pinang.

DAP sedang berhempas pulas untuk memperbetulkan persepsi di kalangan para pengundi Cina apabila akhbar-akhbar berbahasa Cina yang selama ini menjadi sumber kekuatan DAP, mula memaparkan ketirisan dan penyelewengan dalam DAP. Cengkaman Lim Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang ke atas akhbar-akhbar berbahasa Cina, tampak semakin longgar terutama selepas beberapa siri skandal dan penyelewengan membabitkan para pemimpin DAP dipaparkan.

Lebih teruk lagi ialah apabila DAP sendiri terpaksa membuat pembetulan hujah setelah menerima Dr. Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz sebagai sekutu baru mereka setelah sekian lama menghentam dan membuat pelbagai tuduhan terutama sekali ke atas Dr. Mahathir.

Biarpun cuba menggunakan isu-isu nasional seperti 1MDB dan derma politik RM2.6 bilion, DAP sendiri tidak mampu menangkis isu-isu setempat yang berkaitan DAP seperti Laporan Kajian BolehLaksana Terowong Dasar Laut Pulau Pinang yang pembayarannya sebanyak RM305 juta telah dibuat walaupun laporan tersebut belum disiapkan sehingga ke hari ini. Begitu juga dengan tuduhan derma RM1.6 bilion dari Zionis Israel yang dibuat oleh bekas pemimpin DAP yang sehingga ke hari ini tidak diambil tindakan walaupun Lim Kit Siang pada waktu itu, bersungguh-sungguh menyatakan akan menyaman bekas pemimpin tersebut.

Skandal penipuan pemilikan rumah mampu kos rendah yang dilakukan oleh Lim Keat Seong, bapa kepada ADUN DAP Sungai Pinang Lim Siew Khim, kilang haram di Sungai Lembu yang mempunyai kaitan dengan Phee Boon Poh, kekayaan luar biasa dan melampau Nigel Law, anak Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Pulau Pinang Danny Law Heng Kiang, pembelian banglo dengan harga di bawah pasaran selain penguasaan sekurang-kurangnya 16 jawatan penting GLC oleh Lim Guan Eng, merupakan antara masalah yang sering diperkatakan oleh rakyat Pulau Pinang, tetapi cuba ditutup oleh DAP.

Suasana pada tahun 2008 dan 2013 di kalangan masyarakat Cina juga kurang dirasakan walaupun masih ramai yang percaya, DAP sekurang-kurangnya masih mampu memperolehi lebih 80% undi Cina tetapi kurang 90% berbanding yang mereka perolehi pada tahun 2008 dan 2013. Aliran dan trend terkini, khususnya di media-media sosial menyaksikan kesuraman tersebut apabila RBA iaitu tentera-tentera siber DAP yang sering dikatakan hebat, sekarang ini semakin kurang menyengat terutama di laman-laman berbahasa Melayu dan Inggeris.

Ong Kian Min boleh menyedapkan hati dengan 'tsunami Melayu' sepertimana DAP menyedapkan hati para penyokong PAS suatu ketika dahulu untuk membantu DAP meningkatkan penguasaan kerusi-kerusi Parlimen mereka. Namun secara jelas, DAP sendiri berhadapan dengan masalah tsunami Melayu yang mungkin akan menyebabkan mereka kehilangan kerusi-kerusi yang dimenangi dengan bantuan PAS dan PKR sebelum ini terutama kerusi-kerusi di Pulau Pinang dan Selangor.

Tidak dapat dinafikan bahawa perubahan terutama membabitkan pengundi-pengundi baru dari kalangan generasi muda akan berlaku terhadap Barisan Nasional, namun pada masa yang sama keseimbangan juga akan berlaku apabila pengundi kali pertama pada 2008 dan 2013 mula melihat kegagalan dan keserakahan DAP serta Pakatan sendiri.

Ong Kian Min bolehlah sedapkan hatinya sendiri. Boleh juga sedapkan hati Lim Kit Siang yang sudah mahu berpindah dari Gelang Patah di Johor ke Pulau Pinang kerana masalah dan krisis kepercayaan terhadap anak lelakinya, Lim Guan Eng. Namun yang pasti, angka dan trend sedang berbicara sendiri untuk menunjukkan analisanya tentang tsunami Melayu, terlalu dangkal dan hanya bersifat memujuk diri sendiri!


Thursday, August 24, 2017

RUNDINGAN GAGAL, AMANAH SEDIA ARAH PKR KELUAR PAKATAN HARAPAN!!!



PAS menerusi Naib Presidennya, Nik Amar menyatakan dengan tegas, PAS tidak akan bekerjasama dengan PKR lagi walaupun terdapat desas-desus menyatakan penyatuan kedua-dua parti itu membabitkan pembahagian atau penentuan kerusi bagi menghadapi Barisan Nasional pada PRU-14.

Menurut Nik Amar, keputusan itu jelas selepas PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR pada Mei lalu. Biarpun usaha untuk menjalin semula hubungan dan pujukan dilakukan oleh wakil-wakil Pakatan Harapan, usaha mereka dilihat tidak ubah seperti jantan yang gilakan talak.

Usaha memujuk PAS semakin ketara apabila PAS Permatang Pauh menghantar isyarat, yang mereka mahu bertanding semula di Parlimen Permatang Pauh yang sekarang ini diwakili oleh Wan Azizah Wan Ismail.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Khairuddin Aman Razali pula menyarankan agar PKR 'bertaubat nasuha' terlebih dahulu sebelum menjalinkan hubungan dan kerjasama semula dengan PAS.

PKR Selangor berhadapan dengan masalah yang sangat kritikal ekoran keengganan PAS menyertai Pakatan Harapan.

Sementara itu, dalam satu kenyataan media lewat petang ini yang disiarkan dan ditularkan menerusi kumpulan WhatsApp pro-PAN, Pengarah Komunikasi PAN, Abdul Khalid Samad pula berkata, PAN sudah menjangkakan PAS akan menolak sebarang usaha untuk bergabung biarpun didesak oleh PKR. Ini adalah kerana menurutnya, PAS sangat yakin mereka cukup kuat untuk memenangi semua kerusi atas kekuatan diri mereka sendiri tanpa bantuan daripada mana-mana pihak. Sekaligus penolakan ini akan dilihat sebagai pengakuan bahawa PKR sebenarnya tidaklah sekuat sepertimana yang didakwa selama ini.

Selain itu, menurut Khalid lagi, PAS turut menyedari bahawa PAN sudah bersedia untuk bersaing dengan mereka di semua kerusi. Pilihanraya akan datang ini dilihat sebagai peluang keemasan untuk membuktikan bahawa PAN tidak mempunyai sokongan dan daya tarikan di kalangan masyarakat Melayu khususnya.

Khalid menambah, PAN sudah bersedia untuk berhadapan dengan PAS di semua kerusi. Justeru, sekiranya PKR masih mengharapkan PAS, maka tindakan tersebut dilihat sebagai bukti bahawa PKR sebenarnya yang takut untuk berhadapan dengan PRU-14 tanpa PAS.

Sehubungan dengan itu, PAN mengharapkan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan disegerakan untuk memutuskan kedudukan parti-parti yang ingin membawa PAS bergabung dalam Pakatan Harapan. PAN menurutnya berpendapat, sukar untuk Pakatan bergerak selagi PKR masih tidak putus asa memujuk PAS untuk bersama-sama sedangkan PAS tidak sekelumit pun untuk bersama.

Oleh kerana itu, PAN bersedia untuk menolak PKR keluar dari Pakatan Harapan dan bergerak bersama DAP dan Parti Cap Bunga.


Bagaimanapun, sejam selepas kenyataan media Khalid Samad itu tersebar menerusi sistem WhatsApp, satu pemberitahuan mengatakan kenyataan media tersebut adalah PALSU.

Namun sesuatu yang pasti, rasa tidak puas hati di kalangan para pemimpin PAN yang dikatakan 'masih bayi' dan 'tidak mempunyai pengaruh' oleh Elizabeth Wong dalam usaha memujuk PAS supaya menjalinkan kembali kerjasama dengan PKR, amat menebal. Rata-rata di dalam Group WhatsApp yang dianggotai oleh ahli-ahli pro-PAN dan DAP mengutuk dan menyelar tindakan PKR serta Azmin Ali kerana masih memandang PAS tanpa menghiraukan PAN yang bersungguh-sungguh mahu bekerjasama dengan PKR.


SINDIRAN TAJAM ELIZABETH WONG KEPADA PAN SEBENARNYA HELAH UNTUK PUJUK PAS YANG TAK MAHU BERTAHALUF SIYASI DENGAN MACAI-MACAI DAP!!!



Elizabeth Wong sememangnya mencari fasal dengan Parti Cap Bunga dan PAN. Sama seperti Azmin Ali, Elizabeth Wong juga nampaknya lebih memihak PAS berbanding Parti Cap Bunga dan PAN dalam usaha mempertahankan Selangor daripada dirampas oleh UMNO-BN.

Elizabeth Wong adalah ADUN Bukit Lanjan. Dia juga merupakan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR dan merupakan antara figur penting dalam kerjasama antara PAS-PKR. Bukit Lanjan walaupun merupakan kawasan campuran dalam daftar pengundi terkini, Elizabeth Wong amat mengharapkan para pengundi PAS terutama dari kawasan TTDI untuk memenangkannya.

Apatah lagi PAS pernah menjadi pembela Elizabeth Wong dalam isu gambar-gambar aibnya suatu masa dahulu dengan UMNO dipersalahkan, walaupun gambar-gambar tersebut dikatakan datang daripada bekas teman lelaki Elizabeth yang juga merupakan salah seorang ahli PKR.

Keghairahan PAN untuk menguasai tempat di Selangor amat ketara apabila mereka sangat yakin, ahli-ahli PAS akan beralih menyokong mereka selepas perpecahan dengan parti induk itu. Sudah beberapa kali para pemimpin PAN di Selangor khususnya mendesak PAS agar menyerahkan kerusi mereka kepada PAN dengan alasan, PAS menang 15 kerusi di Selangor kerana aura pemimpin-pemimpin yang kini sudah menyeberang masuk ke PAN, bukan kerana PAS.

Justeru, tindakan Azmin Ali berunding dan masih lagi 'menyimpan' PAS dalam pentadbiran negerinya, amat tidak disenangi oleh PAN yang beranggapan, PKR sengaja 'membela janda yang telah ditalak tiga berbanding isteri baru yang belum dijamah.'

Selain PAN, Parti Cap Bunga turut tidak senang kerana Azmin Ali dan PKR Selangor masih terus melayan dan mengharapkan PAS bersama-sama mereka, malah langsung tidak memberikan harapan kepada PAN dan Cap Bunga.

Elizabeth Wong dalam satu kenyataan mengulangi pendirian PKR Selangor bahawa pintu rundingan persefahaman politik dengan PAS adalah diperlukan dan tidak boleh mengharapkan PAN yang lemah.

Menurutnya lagi, PAN masih bayi. Para pemimpinnya khususnya Mat Sabu dan Husam Musa belum cukup mampu untuk dikenali dan memiliki aura untuk mengumpulkan sokongan orang Melayu kepada PAN dan seterusnya untuk PKR sepertimana yang pernah ditunjukkan oleh PAS sebelum ini. Katanya lagi, PAN memerlukan masa beberapa tahun lagi untuk memperolehi sokongan daripada Melayu-Islam.

Secara tidak langsung, di sebalik cakap besar dan mendabik dada, kepimpinan PKR sendiri melihat PAN tidak lebih daripada sebuah parti picisan yang terpaksa bergantung kepada orang lain untuk hidup. Sindiran tajam Elizabeth Wong terhadap kepimpinan PAN menunjukkan PAN secara jelas tidak mempunyai kemampuan, tiada halatuju atau apa-apa yang kondusif melainkan dendam terhadap PAS.

Samalah juga dengan Parti Cap Bunga yang dipimpin oleh Mahathir dan Mukhriz, yang hanya berdendam terhadap Najib tanpa sebarang matlamat terutama sekali Mahathir dan Mukhriz sendiri terpalit dengan pelbagai skandal dan kegagalan.

Namun pada masa yang sama, ramai juga yang tahu, kenyataan yang keluar dari mulut Elizabeth Wong itu sebenarnya adalah satu pujukan, memandangkan PAS sebelum ini dan ditegaskan berkali-kali oleh Pengarah Penyelidikan PAS, Dr. Mohd Zuhdi Marzuki, tidak akan mengadakan sebarang kerjasama dengan parti-parti politik yang mempunyai pertalian dengan DAP dan PAN.

Mungkin kalau terdesak, Elizabeth Wong atau mana-mana pemimpin PKR akan mengeluarkan kenyataan menghentam, menyindir dan mengecam DAP pula... semata-mata untuk kembali meraih simpati dan sokongan daripada PAS.


PARTI CAP BUNGA, PAN BEREBUT KERUSI DI TOKAI... DAN MEREKA BERGADUH SESAMA SENDIRI!!!



Tokai adalah DUN paling 'hitam' kalau mengikut kata-kata orang UMNO-BN. Pendek kata, kalau diturih kulit orang Tokai, darah yang keluar berwarna hijau, bukannya merah. UMNO-BN memang tidak ada harapan untuk menang di Tokai walaupun DUN jirannya, Sungai Tiang milik UMNO-BN.

Tokai dan Sungai Tiang adalah dua buah DUN yang terletak dalam Parlimen Pendang.

Begitulah tanggapan terhadap Tokai, DUN yang telah dikuasai oleh PAS semenjak beberapa penggal lalu. DUN Tokai dahulunya dikenali sebagai DUN Bukit Raya merupakan kawasan yang dikuasai oleh Allahyarham Datuk Fadzil Noor dan kini disandang oleh Taulan Rasul.

PAS yang merupakan 'Putera Mahkota' di Tokai, kini sudah berpecah. Anak ADUN Tokai sendiri pun, kelihatan lebih mirip dan condong kepada PAN apabila kerapkali menyertai Faiz Fadzil, yang merupakan seorang peguam dan Ketua Pemuda PAN Nasional.


Faiz Fadzil, bakal calon DUN Tokai dari PAN.

Faiz Fadzil adalah anak kepada Allahyarham Fadzil Noor. Dia dikatakan sangat berminat untuk 'mewarisi' DUN yang pernah meletakkan Allahyarham bapanya, daripada seorang pensyarah di UTM, kemudian Ahli Jawatankuasa Kerja PAS, kemudian Ahli Parlimen Pendang, Pesuruhjaya PAS Kedah dan menyandang jawatan Presiden PAS.

Terkini, gambaran yang diberikan ialah, PAN dan PAS di Tokai 'bersatu'. Penyatuan kedua-dua parti yang secara hakikinya bermusuh itu, adalah disebabkan oleh Parti Cap Bunga yang turut mengintai kerusi Parlimen Pendang dan Sungai Tiang.

Bagaimanapun, Parti Cap Bunga Bahagian Pendang sedang mengalami pergolakan dalaman yang sangat teruk sehingga beberapa laporan polis telah dibuat.

Terbaru, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang ahli Parti Cap Bunga dari Kampung 30, Tokai. Laporan polis pada 22 Ogos itu mengesahkan tentang pergolakan dalaman akibat perebutan kuasa dan tempat di kalangan para pemimpin Parti Cap Bunga setempat.


Abdul Razak Khamis (berdiri tengah), Ketua Parti Cap Bunga Pendang 
yang bercita-cita besar mahu jadi calon.

Abdul Razak Khamis, Ketua Parti Cap Bunga Pendang dilaporkan sangat berminat untuk menjadi calon bagi mana-mana antara ketiga-tiga kerusi berkenaan (Parlimen Pendang, DUN Sungai Tiang dan DUN Tokai). Bagaimanapun, Abdul Razak Khamis berhadapan dengan tentangan atau lebih tepat lagi disaingi rapat oleh Halimaton Saadiah Shah Mat yang merupakan Ketua Srikandi Parti Cap Bunga Bahagian Pendang.

Berbanding Abdul Razak Khamis yang sentiasa dilihat cuba bersandar kepada Mukhriz Mahathir, Halimaton Saadiah pula lebih dikenali bahkan lebih disenangi di kalangan ahli-ahli Parti Cap Bunga Pendang, terutama sekali di Tokai.


Halimaton Saadiah, Ketua Srikandi Parti Cap Bunga Pendang, 
pesaing rapat Abdul Razak Khamis.


Penghulu Malek, bekas Timbalan Ketua Parti Cap Bunga Pendang.

Dan yang lebih penting, Halimaton sebenarnya mendapat 'sokongan' daripada bekas Timbalan Ketua Parti Cap Bunga Pendang, Penghulu Malek yang merupakan musuh Abdul Razak Khamis. Kelebihan Penghulu Malek berbanding Halimaton dan Abdul Razak Khamis ialah, hubungan baiknya dengan orang PAS di Tokai!

Dua hari sudah, difahamkan kumpulan Abdul Razak bermesyuarat dan membuat keputusan untuk memecat Halimaton Saadiah bagi mengurangkan rintangan dan tentangan terhadap Abdul Razak.

Semalam pula, kumpulan pro-Halimaton bermesyuarat dan membuat keputusan untuk meletak semua jawatan yang mereka sandang sekiranya Abdul Razak memecat Halimaton.

Pertembungan antara PAS-PAN-Parti Cap Bunga atau lebih tepat lagi, pertembungan sesama sendiri ini, pastinya amat menarik untuk diperhalusi. Lebih-lebih lagi PAN dan Parti Cap Bunga sebenarnya sedang giat mengintai-ngintai tempat untuk dirampas.

Bagaimana pula dengan PKR dan UMNO yang sudah tentu tidak akan terlepas peluang untuk sama-sama berebut sebuah 'kota kara kecil' bernama Tokai itu?


Wednesday, August 23, 2017

SELEPAS SERBUAN SPRM, JAUH BETUL AZMIN ALI TERBANG... KENAPAKAH!!!



6 serbuan yang dilakukan oleh SPRM ke atas pejabat Jana Niaga Sdn. Bhd, UNISEL dan pejabat MBI semalam, mengundang kemarahan Azmin Ali. Serbuan oleh SPRM itu ekoran pendedahan beberapa buah blog dan orang perseorangan tentang penyelewengan kewangan.

Beberapa hari sebelum itu, Azmin Ali yang kerap bercakap besar kononnya pentadbirannya di Selangor sebagai cekap, jujur, tidak rasuah, tidak menyeleweng dan berjaya memajukan Selangor telah mencabar SPRM untuk menyiasat skandal tersebut.

Konon-kononnya dia tidak takut disiasat, bahkan bersedia untuk disiasat. Para penyokong dan jentera propaganda Azmin Ali pun bukan main mendabik dada dan berlagak, konon-kononnya Azmin Ali tak takut untuk disiasat sebab Azmin tak buat salah apa-apa.

Namun berbeza sikap, sebaik-baik sahaja SPRM mula menjalankan tugas, ayat yang keluar dari mulut Azmin Ali jelas melambangkan kegusarannya. Para penyokong pun mula memainkan ayat-ayat simpati kononnya SPRM bertindak pantas sebab aduan UMNO. Konon-kononnya UMNO memainkan tangan ghaib untuk memalukan Azmin Ali.


Azmin Ali sendiri cuba menggambarkan dan memahamkan para penyokong dan pengikutnya bahawa tindakan dan proses penguatkuasaan itu adalah tindakan yang mahu mengganggu gugat pentadbirannya. Azmin Ali mahu menyatakan bahawa tindakan tersebut adalah cubaan menganiayainya. Malah lebih tepat Azmin Ali tidak bersedia untuk disiasat dan takut untuk disiasat.

Pengarah Komunikasi Strategik di Pejabat Menteri Besar Selangor, Yin Shao Long berkata, serbuan SPRM itu adalah tindakan terancang untuk menjejaskan imej Kerajaan Negeri Selangor. Menurutnya lagi, SPRM telah ditekan untuk melakukan serbuan tersebut dan tekanan politik ke atas SPRM hanya akan mencalarkan persepsi dan menghakis keyakinan rakyat terhadap agensi anti-rasuah itu. (RUJUK SINI)

Ironinya, masa SPRM bertindak menyiasat, menyerbu dan menahan pemimpin-pemimpin yang ada kaitan dengan UMNO, puak-puak yang sama, bukan main lagi memuji tindakan SPRM. Tidak pula dikatakan, tindakan SPRM itu adalah hasil tekanan politik. Tetapi apabila terkena ke batang hidung sendiri, semua dalih-dalih bodoh untuk melindungi sesuatu terpaksa dikeluarkan tanpa rasa malu.

Maka tidak hairanlah mengapa Selangor enggan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) tempoh hari sehingga terpaksa mengeluarkan kenyataan PALING BODOH kononnya Selangor mempunyai kaedah dan mekanisme pencegahan jenayah yang lebih baik.

Yang pastinya, pendedahan-pendedahan membabitkan skandal UNISEL-Jana Niaga itu melibatkan dokumen-dokumen, surat-surat serta arahan-arahan daripada MBI, selain turut mengandungi tandatangan Azmin Ali dan mereka yang lain... bukan sekadar satu teori yang kemudian disimpulkan menerusi money-trail bikinan sendiri seperti dalam 1MDB yang gemar dilakukan oleh Rafizi Ramli.

Pastinya anda masih ingat dengan Adam Rosly, 'anak ikan' Zuraidah Kamaruddin yang tiba-tiba sahaja menjadi kaya-raya dan kesnya membuatkan Zuraidah Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang bungkam dan menyepikan diri.

Alasan dan benda yang samalah...

HUKUMAN PENJARA 18 BULAN UNTUK RAFIZI KEKAL, TAPI DIA BELUM BOLEH DIPEROSOKKAN KE PENJARA LAGI!!!



Dua hari lepas, menerusi FB peribadinya, Rafizi Ramli memaklumkan dia sedang berhadapan dengan sekurang-kurangnya 4 kes mahkamah dan memberi keterangan kepada pihak polis dalam minggu ini sahaja. Di sebalik cubaannya untuk menunjukkan betapa dia berbangga kerana dia menjadi perhatian dan tindakan, ternyata Rafizi Ramli amat gementar dengan hukuman penjara 18 bulan yang sedang dihadapinya. 

Hukuman penjara 18 bulan kerana OSA, cuba dijadikan oleh Rafizi kononnya dia telah dianiayai oleh pihak yang difitnahnya. 24 November 2016, Rafizi Ramli telah dijatuhi hukuman penjara selama 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah memiliki dan mendedahkan laporan pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Mac tahun yang sama. Hakim menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan bagi setiap pertuduhan yang dihadapi oleh Rafizi dan memerintahkannya menjalani hukuman tersebut secara serentak. 

Naib Presiden PKR itu menghadapi dua pertuduhan iaitu didakwa memiliki tanpa kebenaran satu halaman muka surat 99 mengenai Laporan Pengauditan 1MDB yang merupakan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA). Dia didakwa melakukan kesalahan itu di lobi bangunan Parlimen, Jalan Parlimen pada jam 3:00 petang, 24 Mac 2017. Mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972, dia boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun jika sabit kesalahan.

Rafizi yang bercakap besar kononnya dia tidak gentar dengan hukuman bagi membela rakyat kononnya, selepas itu mengupah lebih setengah dozen peguam untuk membebaskannya atau menangguhkan hukumannya dengan memanipulasi sistem perundangan negara.

Hari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengekalkan salah satu sabitan terhadap Rafizi Ramli atas pertuduhan Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan mengekalkan hukuman penjara 18 bulan.  

Bagaimanapun, pertuduhan OSA kedua di mana dia telah disabitkan oleh Mahkamah Sesyen, Hakim Datuk Azman Abdullah membebaskan Rafizi. Hakim juga membenarkan penangguhan hukuman sementara Rafizi menfailkan notis rayuan. 

Antara kes lain yang sedang menunggu Rafizi di mahkamah adalah dakwaan menfitnah Tabung Haji di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan. Kes sepatutnya bermula pada hari Isnin (21 Ogos 2017) sehingga Khamis (24 Ogos 2017) dari jam 9:00 pagi sehingga 5:00 petang. 

Rafizi juga terlibat dalam perbicaraan di bawah BAFIA kes NFC. 21 September, hakim akan memutuskan sama ada dia perlu membela diri atau sebaliknya.


Tuesday, August 22, 2017

PEREBUTAN KERUSI DUN KULIM DAN GURUN SEMAKIN HANGAT ANTARA PKR DENGAN DAP!!!



Keinginan DAP yang disuarakan oleh Lim Kit Siang agar PKR menyerahkan kerusi DUN Gurun dan Kulim untuk ditandingi oleh DAP pada PRU akan datang, terus menimbulkan kemarahan di kalangan pemimpin-pemimpin kanan PKR. 

Pada PRU-13 lalu, kerusi DUN N.22 Gurun ditandingi oleh Leong Yong Kong dari BN dan Salma Ismail dari PKR. Leong Yong Kong memperolehi undi sebanyak 11,411 berbanding Salma Ismail berbanding 10,115. Leong Yong Kong memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 1,296 undi. 

Manakala bagi kerusi DUN N.35 Kulim, Barisan Nasional diwakili oleh Chua Thiong Gee. Manakala PKR diwakili oleh Chu Maw Nian. Turut serta dalam pertandingan tersebut adalah calon dari BERJASA, Mohd Junip Huzayin. Chua berjaya memperolehi 14,384 undi, manakala Chu pula berjaya memperolehi 13,741. Calon BERJASA hanya mampu memperolehi 898 undi. Chua dan BN menang dengan majoriti 643 undi. 

Komposisi kaum di DUN N.35 Kulim adalah Melayu 60%, Cina 22%, India 16% dan lain-lain kaum 2%. Manakala di DUN N.22 Gurun pula, Melayu adalah 56%, Cina 24%, India 18% dan lain-lain kaum 2%.

Secara keseluruhan berdasarkan komposisi pemilih mengikut kaum di seluruh Kedah, Melayu seramai 76%, Cina pula 16%, India 6% dan lain-lain kaum 2%.

Pada PRU-12, calon PKR, Lim Soo Nee (PKR) berjaya merampas DUN Kulim dari BN yang diwakili oleh Lim Lee Choo dengan majoriti 1,244 undi. Gurun bagaimanapun menyaksikan calon PKR yang diwakili oleh B. Kalaivanan kalah kepada calon BN Dr. Leong Yong Kong dengan majoriti 1,554 undi. 

Statistik itulah yang membuatkan Lim Kit Siang sangat yakin, seandainya DAP yang bertanding di kedua-dua kerusi tersebut, calon-calon BN akan berjaya dikalahkan dengan mudah. Perkiraan Lim Kit Siang amat mudah, selain undi solid daripada masyarakat Cina, DAP sudah berjaya memperolehi undi daripada Melayu terutama dari kalangan serpihan PAS yang kini bernaung di bawah PAN serta ahli-ahli Parti Cap Bunga.

Mungkin kerana itulah, Pengerusi PKR Kedah, Dr. Azman Ismail berkata, PKR Kedah bersikap terbuka dengan cadangan Penasihat DAP itu supaya DAP dibenarkan bertanding di Kerusi N.22 Gurun dan kerusi N.35 Kulim dalam usaha Pakatan Harapan untuk membentuk Kerajaan Negeri menggantikan UMNO-BN.

Bagaimanapun, PKR yang diketahui amat tamak untuk bertanding dan meletakkan calon, menerusi Naib Presidennya, Tian Chua menyelar pembahagian kerusi itu. Menurut, sebarang pembahagian kerusi perlu dibincangkan secara tertutup di meja rundingan dan tidak dibincangkan secara terbuka menerusi media bagi mengelakkan gambaran negatif parti-parti komponen Pakatan Harapan sedang bergaduh berebut kerusi.

'Nasihat' Tian Chua itu tidak ditujukan secara khusus kepada sesiapa, tetapi jelas, bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan politik semasa, sudah tentulah mereka yang membicarakan secara terbuka tentang tuntutan kerusi tersebut adalah Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Johari Abdul.

Tuntutan terbuka Lim Kit Siang ke atas kerusi N.22 dan N.35 yang sebelum ini ditandingi oleh PKR, membuatkan Johari Abdul naik angin. Sebelum itu, Johari Abdul secara terbuka menyatakan, 'PKR mahu bertanding sekurang-kurangnya 16 kerusi DUN di Kedah. Dia sendiri akan bertanding di kerusi N.22 Gurun agar dia boleh dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang baru sekiranya PKR menang paling banyak kerusi di Kedah pada PRU-14.

Gelagat serta kenyataan-kenyataan yang keluar dari mulut Lim Kit Siang, Tian Chua, Johari Abdul dan Dr. Azman Ismail sebenarnya cukup menarik sekaligus menyaksikan pertembungan hangat antara PKR-DAP dalam perebutan kerusi untuk ditandingi. 

Kita belum lagi dengar cerita PAN dan Parti Cap Bunga di Kedah pula. Yang pasti keempat-empat parti sedang berebut dan saling cuba cantas mencantas antara satu sama lain!

TIDAK HAIRANLAH KENAPA AZMIN ENGGAN TANDATANGAN IKRAR BASMI RASUAH, RUPA-RUPANYA KES UNISEL-JANA NIAGA DAH SAMPAI KE PARAS HIDUNG!!!



Dengar sembang dan puji diri Azmin Ali, kira-kiranya Selangor di bawah pentadbirannya adalah yang paling hebat, paling terserlah dan paling menonjol. Pendek kata, Selangor sebelum dia menjadi Menteri Besar, hanyalah sebuah negeri yang dipenuhi beruk kera, paya lembah dan hutan banat. Hanya selepas dia menjadi Menteri Besar, barulah Selangor menjadi sebuah negeri seperti yang kita dapat saksikan sekarang.

Lebih 'mengharukan' lagi ialah bilamana Azmin dengan penuh bangga dan tanpa sebarang rasa malu, mendabik dada, kononnya pentadbirannya sangat bersih dan tidak rasuah. Kayanya Selangor kerana pentadbirannya adalah jujur, telus dan baik hati. 

Dengarkan sendiri dari klip video di atas bagaimana dia memberitahu tentang insentif-insentif yang diwujudkannya di Selangor, walaupun hampir kesemua rakyat Selangor langsung tidak memperolehi insentif-insentif tersebut kecuali AIR PERCUMA yang sekejap ada, berhari-hari kepala paipnya keluar angin. Kesemua insentif-insentif dan inisiatif berkenaan hanya wujud di atas kertas-kertas propaganda yang disebarkan menerusi masjid-masjid terutama pada hari Jumaat.

Hari ini, Azmin Ali terpukul apabila siri pendedahan membabitkan UNISEL-Jana Niaga Sdn. Bhd yang merupakan satu daripada sekian banyak penyelewengan di Selangor, mula diambil perhatian oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Empat serbuan yang hanya berselang sejam dilakukan oleh SPRM. Jam 9:50 pagi tadi, enam orang pegawai dan anggota SPRM yang beruniform tiba di kampus UNISEL dengan dua kenderaan berasingan untuk membuat serbuan. Turut diserbu adalah pejabat Menteri Besar Incorporated (MBI) di Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam dan Jana Niaga Sdn. Bhd. 

Tiga orang pegawai SPRM pula tiba di pejabat MBI di Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam untuk serbuan. Manakala empat orang pegawai SPRM tiba di pejabat Jana Niaga di Jalan 4/76C pada jam 10:25 pagi dengan kenderaan cermin gelap untuk melakukan serbuan. 


SPRM bertindak atas laporan ke atas Azmin Ali dan MBI berhubung skandal kewangan UNISEL dan kontraktornya, Jana Niaga. Jana Niaga didakwa menerima pampasan dan kontrak baru dari UNISEL sekalipun gagal dalam melaksanakan kontrak sebelumnya. 

Jam 10:50 pagi, 5 orang anggota dan pegawai SPRM dari Putrajaya yang berpakaian seragam tiba dengan dua kenderaan rasmi di pusat pentadbiran Kerajaan Negeri di Bangunan SUK sebelum naik ke tingkat 14.

Oleh kerana Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Raja Shahreen Raja Othman kini di Makkah kerana mengerjakan Haji, SPRM mengambil butiran daripada pegawai MBI yang lain. 

MBI pada 25 Julai  mengancam akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mendakwanya terbabit dalam rasuah berhubung pembayaran kepada Jana Niaga. MBI sebelum itu menafikan membuat bayaran sebanyak RM60 juta kepada Jana Niaga dan mahkamah tidak pernah memutuskan syarikat itu mahupun UNISEL melakukan kesalahan. 


Dakwaan kononnya MBI membuat pembayaran kepada Jana Niaga walaupun kontraktor tersebut melanggar perjanjian dan gagal dalam tuntutan tunggakan bayaran adalah tidak benar. Bagaimanapun, pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor mempersoalkan MBI bila proses timbang tara dengan Jana Niaga akan dilakukan. 

Rizal turut meminta MBI menyatakan siapakah yang terlibat dalam timbang tara itu sambil berkata, UNISEL tidak bersetuju dengan terma yang dicadangkan oleh MBI dan bayaran pendahuluan RM10 juta kepada Jana Niaga berdasarkan pendedahan yang dibuat oleh beberapa buah blog.


HUSAM MUSA PULA KETAKUTAN KALAU BENAR KERJASAMA PAS-PKR MENERUSI USAHA AZMIN ALI BERHASIL!!!



Gelagat tikam belakang dan hipokrit Azmin Ali, kini menimbulkan kegelisahan di dalam Pakatan Harapan. Ketakutan Azmin Ali yang dia mungkin akan kehilangan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, apatah lagi kehilangan jawatan itu dan kalahnya PKR di Selangor, akan membuatkan dia mungkin dihadapkan ke inkuiri RCI seperti yang dihadapi oleh bapa angkatnya, Dr. Mahathir kerana pelbagai skandal kewangan.

Yang paling terkesan dengan sikap Azmin Ali itu, sudah tentulah PAN. Naib Presiden PAN, Husam Musa menegaskan, tiada mana-mana parti komponen Pakatan Harapan boleh membuat keputusan bersendirian termasuklah dalam hal berkaitan rundingan dengan PAS.

Menurutnya, sebarang keputusan akhir hanya akan dimuktamadkan dalam Pakatan Harapan yang terdiri daripada PAN, PKR, DAP dan Cap Bunga. Husam menyatakan perkara itu dalam dialog anjuran PAN Taiping di Bukit Gantang, Perak dua malam lepas.

Kata Husam Musa, PAS sekarang bukan yang dahulu. PAS sekarang katanya, telah di'BRIM' oleh pihak-pihak tertentu.

"Yang pergi bukan calang-calang orang. Datuk Seri Azmin yang pergi. Kalau saya pergi (ziarah) Ustaz Hadi sudah tutup pintu awal-awal lagi," ujarnya. (RUJUK SINI)

Dendam Husam kepada PAS dan Abdul Hadi Awang terserlah dalam kenyataannya yang menganggap kunjungan Azmin yang juga Pengarah Pilihanraya Pakatan Harapan bersama-sama Presidennya, Wan Azizah Wan Ismail pada 12 Ogos lalu sebagai satu hal positif. Katanya, pengundi atas pagar akan melihat pendekatan tersebut sebagai bertatasusila sekaligus, akan meninggalkan PAS dan tanggapan bahawa Pakatan Harapan adalah alat DAP, dapat dibersihkan.

Bagaimanapun, kata Husam lagi, rundingan yang diusahakan oleh Menteri Besar Selangor itu sukar mencapai matlamatnya kerana sikap PAS yang sudah diketahui umum.

"Saya kesiankan Azmin. Kita dah tak boleh buat apa-apa dengan PAS. Kita terpaksa teruskan perjuangan kita," katanya.

Katanya lagi, 15 kerusi DUN Selangor yang dikuasai oleh PAS pada masa ini, perlu diserahkan kepada PAN dan Cap Bunga bagi agihan kerusi pada PRU akan datang. Langkah tersebut, ujarnya, harus dilakukan atas faktor termasuklah penolakan pengundi Cina terhadap PAS.

"Nak selamatkan Kerajaan Selangor, tak bolehlah bagi kerusi itu kepada PAS walaupun sayang pada dia," kata Husam lagi.

Monday, August 21, 2017

RCI FOREX: ALASAN DOKUMEN MASIH DI BAWAH AKTA RAHSIA RASMI DIGUNAKAN UNTUK HALANG INKUIRI!!!



RCI Forex sepatutnya sudah bermula, malangnya rekayasa 'pita merah' untuk menjadi penghalang dan bakal menjadi penghalang besar kelancaran siasatan serta pendedahannya kepada awam dapat dilihat berdasarkan cubaan BNM untuk menghalang pendedahan dokumen-dokumen atas sebab Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Ini kerana Dr. Mahathir telah bersedia dari awal lagi, terutama ketika dia masih menjadi Perdana Menteri dengan meng'OSA'kan sebahagian besar dokumen-dokumen yang berkaitan dengan urusniaga Forex membabitkan Bank Negara Malaysia. 

Hari ini, Suruhanjaya Siasatan Diraja berkaitan urusniaga dan skandal Forex itu memulakan permohonan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengadakan sesi soal jawab secara tertutup kerana sebahagian daripada laporan-laporan tersebut masih dikategorikan sebagai 'RAHSIA'. 

Peguam BNM, Datuk Tan Hock Chuan berkata, sebahagian daripada laporan yang terbabit dalam siasatan tersebut telah diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan mendatangkan natijah perundangan kepada saksi-saksi yagn memberi keterangan. 

Menurutnya, dua orang saksi dari BNM tidak diberikan imuniti dan boleh dikenakan tuduhan pada masa hadapan.

"Dua orang saksi dari BNM tidak mempunyai imuniti bagi tindakan undang-undang kerana melanggar OSA. Justeru, kita mempunyai dua cadangan alternatif - tidak membenarkan siasatan dihadiri oleh media dan orang awam," kata Tan dalam inkuiri hari ini yang diadakan di Kompleks Mahkamah Istana Keadilan hari ini. 

Bagaimanapun, Pengerusi Panel RCI, Tan Sri Mohd Siden Hassan tidak bersetuju dengan hujah Tan dan berkata, inkuiri akan diteruskan dan akan diadakan secara terbuka.

"Ini adalah inkuiri. Tiada sesiapa pun yang dibicarakan. Saya telah diberitahu bahawa ini adalah inkuiri bukannya perbicaraan. Kami dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong untuk melaksanakannya. Saya juga diberitahu di bawah Akta, Suruhanjaya mempunyai kuasa. Oleh kerana itu, mulai dari sekarang, saya akan meneruskan tanpa menundan-undan inkuiri," kata Mohd Sidek. 

Inkuiri itu bermula dengan testimoni daripada dua orang bekas kakitangan BNM iaitu Datuk Ahmad Hizzad Baruddin dan Abdul Aziz Abdul Manap. 

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Dr. Mahathir, memohon salinan daripada kenyataan-kenyataan saksi untuk diberikan kepada mereka yang menjadi pemerhati. Bagaimanapun permohonanan itu ditolak oleh Mohd Sidek. Mohd Haniff Khatri Abdulla bangkit mempersoalkan tindakan BNM yang tidak memberikan dokumen rahsia kepadanya.

Hanif menjelaskan, dokumen itu perlu kerana ia membantu pihaknya untuk menyelidik dan membantu siasatan dijalankan panel RCI.

Namun, Kamaludin mempersoalkan hasrat Haniff dan bertanya bagaimana dokumen rahsia ini jika diberikan akan membantu siasatan dijalankan panel pada hari ini.

Hujah Haniff bagaimanapun tidak menyakinkan semua 6 panel dan Kamaludin memintanya duduk dan menunggu kenyataan daripada saksi yang dibawa BNM.

Mahathir adalah Perdana Menteri sepanjang tahun 1990-an apabila BNM didakwa terlibat dalam urusniaga pasaran hadapan matawang yang menyebabkan kerugian berpuluh-puluh bilion Ringgit. 

Sidek yang juga pengerusi Petroliam Nasional Berhad (Petronas) bagaimanapun menolak hujah peguam BNM yang disifatkan tidak membantu siasatan jika ia terus menjadi dokumen rahsia.

“Jika semuanya OSA itu dan ini, jadi lebih baik tidak perlu adakan siasatan ini. Saya tidak mahu berdebat lagi dalam isu ini, sila teruskan (siasatan),” katanya.

Arahan dari Sidek menyebabkan BNM terpaksa menyerahkan dokumen kepada 6 panel RCI itu.

Antara individu yang menganggotai RCI ialah Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md. Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad, Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan, Tan Sri Saw Choo Boon.

Turut terlibat ialah ahli Institut Akauntan Malaysia, K Pushpanathan dan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Dr Yusof Ismail yang juga setiausaha suruhanjaya siasatan itu.

Panel RCI telah diberikan lima terma rujukan, perlu menyelesaikan inkuiri dan menyerahkan laporan mereka kepada DYMM Yang Di-Pertuan Agong dalam tempoh 3 bulan yang dijadualkan pada 13 Oktober. Kelima-lima terma tersebut termasuklah mengenalpasti kesahihan dakwaan bahawa kerugian yang dialami oleh BNM daripada urusniaga pasaran hadapan tukaran matawang pada tahun 1990-an dan kesannya kepada ekonomi negara, serta mengenalpasti sama ada urusniaga tukaran matawang asing yang didakwa kerugian itu telah melanggar Ordinan Bank Pusat 1958 atau undang-undang yang berkaitan. 

Jam 2:00 petang tadi, bekas Timbalan Gabenor BNM, Datuk Abdul Murad telah memberikan keterangan kepada inkuiri. 

Kes disiasat apabila bank pusat itu dilaporkan mengalami kerugian AS$10 bilion (RM44 bilion) dalam urus niaga perdagangan mata wang sekitar 1990-an.

WALAUPUN TERKANTOI MENIPU SAMAKAN MAKMAL AUTISME UKM DENGAN PERMATA PINTAR, PENULIS PRO-DAP TEGAR SERANG ROSMAH MANSOR!!!



DAP dan Pakatan berusaha sedaya mungkin untuk memburuk-burukkan PERMATA NEGARA dan Rosmah Mansor. Serangan ke atas Rosmah Mansor bukannya baru, sudah terlalu lama. Sehinggakan bekas Perdana Menteri Malaysia yang cuba menggulingkan Najib Abdul Razak, turut menjadikan Rosmah Mansor sebagai sasaran menaikkan sentimen kebencian dan persepsi buruk terhadap Najib Abdul Razak.

Itu belum lagi dari mulut Mukhriz Mahathir yang tidak sedar, isterinya jauh lebih teruk berbanding Rosmah Mansor!

DAP menggunakan media alternatif sebagai bahan kempen berkesan mereka. Trend membaca masyarakat Malaysia yang lebih terarah kepada media alternatif digunakan sebaik-baiknya oleh DAP untuk menusukkan jarum hasutan dan fitnah. Ditambah pula dengan sikap sembrono kebanyakan rakyat Malaysia yang hanya membaca tajuk atau sebahagian artikel sebelum membuat kesimpulan dengan pantas tanpa sebarang rujukan lain, memudahkan banyak kerja DAP.




Portal pro-DAP terbaharu, Malaysian Insight memuatkan pandangan daripada seorang pro-DAP kental yang sangat membenci PERMATA dan Rosmah Mansor. Penulis artikel berkenaan yang menggunakan nama Fa Abdul, bukan sahaja menfitnah PERMATA KURNIA, tetapi sengaja mengelirukan fakta antara Makmal Autisme UKM dengan Permata Kurnia. (BACA DI SINI)


Makmal Autisme UKM bukanlah Permata Kurnia tetapi merupakan starter kepada Permata Kurnia. Seorang ibu yang anaknya adalah salah seorang pelajar di Makmal Autisme UKM berkata, sebagai ibu bapanya, mereka mengharapkan anak mereka dapat peluang ke Permata Kurnia, namun amat faham peluang dan jumlah penyertaannya amat terhad. Ini adalah kerana Permata Kurnia bukan sekadar menyediakan tempat untuk anak-anak austisme belajar tetapi juga peluang ilmu kepada ibu bapa, guru-guru dan juruterapi untuk mendidik anak-anak austisme dalam pelbagai cara.

Dengan sengaja menyeleweng dan mengelirukan pembaca tentang Makmal Autisme UKM dengan Permata Pintar, penulis artikel di portal pro-DAP itu, cuba membangkitkan tentang peruntukan dan wang negara yang diberikan kepada Permata. Dia cuba menggambarkan bahawa peruntukan tersebut adalah untuk kegunaan Rosmah Mansor dan Permata Kurnia (atau Permata secara keseluruhannya) adalah sebuah program yang gagal sepenuhnya.

Paling menarik ialah apabila penulis artikel berkenaan menghina tahap kecerdikan dan kewibawaan guru-guru di Makmal Autisme UKM yang kemudian mengundang jawapan balas daripada Profesor Dr. Hasnah Toran, Pengarah Pusat Permata Kurnia.


Di bawah adalah jawapan balas Prof. Dr. Hasnah yang disalin terus dari Facebooknya.

Saya faham skrg musim pilihanraya...gendang2 sudah mula dipalu. Disebabkan negara kita demokrasi...nak palu gendang tu palulah. Tapi palulah dgn betul. Kalau dah sumbang tu sakit telinga yg mendengar...

Sy nak jelaskan:

1. Tiada Permata Kurnia di UKM

2. Yg ada Makmal Autisme

3. Sy tak pasti penulis ni bila tahun dia dtg ke Makmal Autisme utk buat dokumentari.. tetapi jika Makmal daif... itulah tempatnya kita mulakan perjuangan kita utk masa hadapan yg lebih cerah utk anak2 isi syurga kita. Kami sangat bersyukur UKM beri bangunan dan letrik air utk kami beroperasi. Cik penulis banyak komen...sy nak tanya...pernah tak menyumbang semasa team Makmal perlu mencari rm13k setiap bulan utk survive? Cikgu2 yg dia kata tak reti berbahasa penjajah tu jugalah yg bertungkus lumus tulis buku...jual buku..utk memastikan kelangsungan makmal autisme.

4. Sebenarnya di Makmal...ada cleaner datang tiap2 hari mencuci. Cleaner yg digajikan oleh UKM
5. Wah penulis bukan shj speaking English very tall (pinjam ayat Adibah Noor... yg juga graduan Fakulti Pendidikan UKM) penulis juga sangat pandai mengajar anak2 autisme. Sekali dia beri tunjuk ajar (gunakan stool di sinki) miraculously budak2 di makmal boleh buat semua tugasan secara berdikari. Errr...bukan sebab cikgu ajar tiap2 hari eh? Oooo.... kena tunggu org dokumentari tunjuk ajar baru budak2 semua jadi pandai.

Yg mana dah lama mengikuti FB sy...tentu tahu...saya tak pernah komen ttg politik. Sy bukan org politik. Sy ibu dan cikgu. Maka saya tulis tentang anak2 dan ttg pelajaran esp Pend Khas. Tapi disebabkan penulis ni kutuk Permata Kurnia dan Makmal Autisme... sy perlu pertahankan. Susah payah kita pergi belajar...buka makmal ...tlg buka PK....senang2 dia komen itu ini.

Dan yang paling sy tak tahan bila dia komen ttg cikgu2 kami yg tak pandai cakap omputih dan pengotor. Awak tahu dah brp org anak yg mereka didik dari pakai lampin sampai mampu ke bilik air sendiri. Dari tak pandai cakap hingga pandai membaca. And here you are highlighting the importance of pronouncing anchovies vs ancovies.

You mess with our teachers ...means you mess with me, mak cik!

Ps: Inilah sebabnya knp kami screen habis2 org2 yg nak buat research...nak buat observation...nak buat filming kat PK. Pun kena juga...ini cerita lain kali.

Sunday, August 20, 2017

AZMIN ALI BUKTIKAN, CAP BUNGA DAN PAN ADALAH 'SAMPAH' SEMATA-MATA APABILA HANYA HANTAR ZURAIDAH KAMARUDDIN KE PERASMIAN PAKATAN HARAPAN KELANTAN!!!



PAN tidak berpuas hati apabila PKR Kelantan langsung tidak menghormati Pakatan Harapan yang melancarkan perasmian Pakatan Harapan Kelantan. Di sebalik PAN yang diwakili oleh Presidennya Mat Sabu, manakala Cap Bunga pula diwakili oleh Mukhriz Mahathir, PKR pula sekadar menghantar Zuraidah Kamaruddin yang sudah semakin tidak signifikan di dalam Pakatan Harapan hatta di dalam PKR sendiri.

Lebih menarik lagi ialah Pengerusi PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir yang dikenali sebagai ahli 'Kartel Azmin' juga langsung tidak memberikan komitmen untuk menjayakan program peringkat negeri itu.

Tindakan PKR itu mengundang kecaman terhadap Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR yang sebenarnya lebih menguasai PKR berbanding Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR merangkap isteri Ketua Umum, Anwar Ibrahim.

Azmin Ali dituduh sudah terlalu kemaruk untuk bersekutu dan bersekongkol dengan PAS, menyebabkan PAN dan Parti Cap Bunga di Kelantan, langsung tidak dipandangnya. Bahkan PAN yang merupakan parti kecil asuhan DAP tetapi bercakap besar, atau lebih tepat lagi digelarkan sebagai 'kain basahan DAP', seperti tidak wujud pada mata Azmin Ali dan PKR.

Kajian IDE yang sengaja didedahkan, membabitkan PAN, amat menyedikan. Pendedahan yang dibuat oleh Dr. Mohamad Nor Nawawi menyatakan sokongan kepada PAN hanya 1%. Itu pun sekadar mengadakan angka, bukannya sokongan.

Layanan yang diberikan oleh PKR kepada PAN dan Cap Bunga khususnya di Kelantan, menyebabkan khadam-khadam parti DAP menyerang Azmin dan kartelnya. Perlu diingat, Azmin sentiasa menyisihkan PAN dan Cap Bunga dalam semua gerak kerjanya. Suara-suara dari Selangor pula menyatakan, Azmin dan PKR hanya berminat untuk memastikan perlawanan pada PRU-14 nanti adalah satu lawan satu. Dan dibandingkan PAN dan Cap Bunga, Azmin lebih mengutamakan PAS.

Secara simboliknya, PAN dan Cap Bunga di mata Azmin hanyalah ikan kembong perut busuk. Dalam bahasa yang lebih mudah, ada mereka menyusahkan, tidak ada mereka lebih dialu-alukan.


Azmin sebelum ini dikecam oleh DAP dan PAN kerana bertindak sendirian untuk cuba menjalinkan kerjasama politik dengan PKR. Sekaligus melanggar persetujuan Pakatan Harapan bahawa sebarang kerjasama dengan parti-parti politik selain komponen Pakatan Harapan memerlukan konsesi dan persetujuan daripada semua parti komponen.

Apa yang dilakukan oleh Azmin Ali mudah difaham memandangkan PKR sekarang sedang dalam masalah yang sangat besar selepas PAS mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan mana-mana parti politik yang masih bekerjasama dengan PAN dan DAP.

Di sebalik gesaan DAP dan Lim Guan Eng agar PKR Selangor menghalau tiga orang Exco Negeri dari PAS serta lantikan-lantikan politik lain di dalam PBT dari kalangan ahli-ahli dan pemimpin PAS, Azmin Ali memilih untuk tidak akur kerana sedar dengan masalah yang lebih besar akan melanda pentadbiran dan parti yang dia adalah Timbalan Presidennya di Selangor. Keberanian luar biasa Azmin Ali menentang DAP dan PAN sudah pun menunjukkan betapa terdesaknya PKR untuk menjamin kedudukannya sendiri.

Dek kerana itulah, berdasarkan perkembangan semasa seperti yang ditunjukkan oleh PKR membabitkan perasmian Pakatan Harapan Kelantan, di Selangor sendiri PAN dan Cap Bunga nampaknya tidak mempunyai sebarang harapan. Begitu juga di Kedah di mana PAN dan Cap Bunga berangan-angan mereka menjadi dominan kerana PKR lebih berminat dengan PAS.

Maka tidak hairanlah mengapa para penyokong DAP semakin tidak senang hati dengan Azmin Ali dan PKR yang disifatkan mereka sebagai KAWAN TIKAM BELAKANG!


 
Blogger Templates