Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label kedah. Show all posts
Showing posts with label kedah. Show all posts

Monday, May 7, 2018

KEDAH BAKAL SAKSIKAN KERAJAAN NEGERI CAMPURAN BN-PAS YANG PERTAMA SELEPAS PRU-14?



Semenjak PRU-12 tahun 2008 lagi, parti-parti politik di Malaysia memberikan keutamaan kepada cubaan mereka untuk memenangi undi golongan mereka memandangkan golongan muda dianggap sebagai penentu kemenangan. 

Di Kedah juga, tidak terkecuali. Walaupun Kedah menyaksikan ramai pengundi mudanya kelihatan aktif dan ambil tahu tentang politik negara serta negeri, tetapi faktor kemenangan di Kedah lebih banyak dipengaruhi oleh pengundi saluran 1, 2 dan 3. Pengundi ketiga-tiga saluran ini merangkumi 57% daripada keseluruhan pengundi di Kedah yang berjumlah 1,146,492 orang. 

Kebanyakan daripada golongan berusia pertengahan dan golongan yang lebih berusia tinggal di kawasan luar bandar dan pinggir bandar.

Pengundi atas pagar yang berusia antara 41 sehingga 60 tahun pula, kebanyakannya masih condong kepada Barisan Nasional, manakala mereka yang berusia lebih 61 tahun pula cenderung kepada Pakatan Harapan. 

Kebanyakan pengundi tua dilihat masih menyokong BN terutama di kawasan yang didominasi oleh parti pemerintah itu. Bagaimanapun, terdapat trend terbaru yang menunjukkan mereka yang berusia lebih 60 tahun mulai condong kepada Pakatan Harapan. Besar kemungkinan kerana faktor Dr. Mahathir. 

Kebanyakan daripada mereka hidup pada zaman Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri. Justeru, mereka mempunyai kecenderungan untuk menyokongnya dan kebanyakan daripada penyokong setianya adalah dari UMNO. Manakala kebanyakan penyokong berusia dalam PAS turut menunjukkan sikap yang serupa apabila pemimpin-pemimpin heavyweight seperti Mahfuz Omar berpindah kem dari PAS ke PAN. 

Justeru, persaingan di Kedah, tidak hanya melibat dan bertumpu kepada pengundi-pengundi muda sebaliknya akan turut ditentukan oleh pengundi-pengundi daripada saluran yang lebih tua. Dan sekiranya Dr. Mahathir berjaya memperolehi sokongan mereka, pasti BN akan berhadapan dengan masalah untuk mempertahankan Kerajaan Negeri yang dikuasai semenjak tahun 2013.

Acap kali digambarkan bahawa undi daripada pengundi-pengundi Melayu saluran 1, 2 dan 3 akan lebih berpihak kepada BN. Manakala parti-parti pembangkang pula akan meraih sokongan daripada undi golongan muda. 

Dan itulah sebenarnya yang cuba ditukarkan oleh Dr. Mahathir di Kedah. 

Dr. Mahathir selagi boleh cuba mendapatkan perhatian dan sokongan daripada pengundi-pengundi saluran 1, 2 dan 3 terutama yang masih bernostalgia tentang pentadbirannya yang seringkali digambarkan sebagai 'ZAMAN TIDAK SUSAH' walaupun sebenarnya adalah sebaliknya. Manakala anaknya, Mukhriz Mahathir pula menggunakan isu-isu seperti kenaikan kos sara hidup, pengangguran, GST dan ekonomi negara yang lebih diminati oleh golongan muda sebagai modal bagi mendapatkan sokongan. 

Mukhriz Mahathir sekalipun tidak terserlah sebagai seorang pemimpin, tetapi propaganda yang dibuat ke atas dirinya, menjadikan dia seolah-olah seorang PENYELAMAT KEDAH walaupun telah gagal selama menjadi Menteri Besar Kedah apabila lebih banyak 'bercuti' daripada bekerja untuk rakyat. 

Disebabkan itulah, terdapat petunjuk, sebahagian besar daripada pengundi muda akan memilih Pakatan Harapan hanya kerana Mukhriz Mahathir dan Dr. Mahathir. Manakala PAS dan BN pula akan kekal bergantung kepada pengundi-pengundi setia mereka walaupun saiznya mungkin sudah sedikit mengecil. 

Kebanyakan orang Melayu luar bandar tidak begitu mempercayai Pakatan Harapan yang bertanding menggunakan logo PKR kerana faktor DAP. DAP seringkali dilihat dan telah membuktikan tentang permusuhan, kebencian serta provokasi mereka terhadap apa-apa sahaja yang berkaitan Islam dan Melayu di negara ini. Sikap terus-terang DAP tentang mereka hanya memperkudakan Dr. Mahathir dan Mukhriz dalam usaha untuk meraih sokongan pengundi-pengundi Melayu terserlah dalam klip video ucapan Nga Kor Ming dan Hew Kuan Yau. Sebelum ini pun, beberapa insiden yang membabitkan kebencian DAP terhadap Islam dan Melayu, turut dipertuturkan termasuklah desakan Ngeh Kor Ham agar umat Islam dibenarkan murtad dari agama Islam dan pengubahan ayat-ayat al Quran oleh Lim Kit Siang ketika dia menyerang JAKIM.

Sebenarnya di Kedah, pengundi muda lebih cenderung kepada PAS kerana PAS dilihat sebagai satu-satunya parti yang memperjuangkan Islam dan melindungi kepentingan umat Islam, meskipun dua PRU lalu, PAS bergandingan dengan DAP membentuk Pakatan Rakyat. RUU355 yang dibentangkan oleh Presiden PAS dan disokong kuat oleh Ahli-Ahli Parlimen UMNO, menjadi bukti kepada mereka bahawa PAS benar-benar mengotakan janji mereka dalam politik. 

PAS pernah memerintah Kedah pada tahun 2008 tetapi pentadbiran PAS yang diketuai oleh Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak 'dirosakkan' oleh parasit-parasit PAS yang kini telah pun melompat masuk PAN. Kerosakan besar yang dilakukan oleh parasit-parasit tersebut pada tahun 2008 sehingga 2013, bukan sahaja gagal dipulihkan oleh pentadbiran Mukhriz bahkan dirosakkan semakin teruk apabila orang-orang Mukhriz pula bertindak sebagai lintah darat dan lanun bermata satu.

Apabila Mukhriz digulingkan dan Ahmad Bashah menggantikannya, pemimpin yang kerap kali dilabelkan oleh Mukhriz sebagai 'PEMIMPIN KAMPUNG' itu cuba memperbetulkan semula kepincangan yang telah melanda Kedah sepanjang dua penggal pentadbiran PAS dan Mukhriz. Banyak program yang telah dibuat oleh Ahmad Bashah bagi tujuan tersebut. 

Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP tetapi menjadikan PPBM sebagai boneka, dilihat berpeluang besar untuk 'merampas' undi masyarakat Siam yang seramai 35,000 orang dengan menjadikan isu-isu ekonomi selain kekangan terhadap hak Bumiputera kerana karenah birokrasi dan red-tape. 

Masyarakat Siam masih lagi tertakluk kepada sistem kuota apabila mereka cuba memasuki pusat-pusat pengajian tinggi awam seperti UiTM, kegagalan membeli hartanah di kawasan Tanah Rezab Melayu dan mereka tidak menikmati potongan diskaun 5% yang diperuntukkan kepada Bumiputera apabila membeli rumah. 

Daripada 1.1 juta pengundi di Kedah, 20.79% adalah bukan Melayu, 14.32% pula adalah Cina dan 6.47% adalah India. 

BN dan PAS mungkin tidak perlu bimbang tentang DAP-PKR kerana DAP-PKR sekadar meletakkan calon-calon mereka di kawasan-kawasan bandar seperti Alor Star, Sungai Petani, Padang Serai dan Kulim. Bagaimanapun, PPBM dan PAN pula telah ditugaskan oleh DAP untuk memecahkan dominasi UMNO-PAS di kawasan-kawasan luar bandar bermodalkan batang tubuh Mahathir dan Mukhriz. 

Justeru, kubu-kubu kuat UMNO-BN seperti Padang Terap, Terap, Baling, Sik, Merbok dan Pendang serta kubu-kubu kuat PAS seperti di Pokok Sena, Jerai dan Kuala Kedah, dilihat sedikit terjejas sekiranya faktor-faktor di atas diambil kira. 

Ramai yang melihat pertarungan sebenar PRU-14 kali ini adalah antara BN dengan PH. Bagaimanapun, PAS mampu menjadi pengacau yang cukup berkesan dan berjaya menawan banyak kerusi yang kemudian akan dijadikan sebagai sandaran untuk pasca PRU-14.

Disebabkan itulah, sudah ada ura-ura yang melihat akan wujud Kerajaan Campuran di Kedah antara UMNO-BN dengan PAS. Sekaligus menjadi yang pertama dalam sejarah Malaysia. 

Beberapa pihak menjangkakan, BN hanya akan menang 16 kerusi DUN daripada 36 kerusi DUN. PH pula akan menang 12 manakala bakinya iaitu 8 kerusi akan dimenangi oleh PAS. 

Pada 10 April lalu, Dr Mahathir mengumumkan, PPBM diperuntukkan 14 kerusi DUN untuk ditandingi, PKR 10 kerusi, PAN 10 kerusi dan DAP mempertahankan 2 kerusi yang dimenanginya pada PRU-13.


Sunday, February 25, 2018

UPACARA BAKAR BENDERA PPBM DI LUBUK MERBAU SEBAB MARAH, PKR 'RAMPAS' KERUSI!!!



Para penyokong PPBM bahkan pemimpin mereka dan Pakatan Harapan secara keseluruhannya seringkali menggambarkan Kedah sebagai kubu kuat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Parti Cap Bunga itu digambarkan sebagai sebuah raksasa yang baru bangun dari tidur dan tidak boleh dihalang dengan suatu apa pun. Kununnya, rata-rata rakyat dan pengundi Kedah menyokong Cap Bunga dan tertarik untuk berjuang bersama-sama Mukhriz Mahathir merampas kembali jawatan Menteri Besar Kedah bagi membolehkan Mukhriz sekeluarga menikmati kehidupan mewah yang ditanggung sepenuhnya oleh rakyat Kedah.

Dari Bukit Kayu Hitam sehinggalah ke Bandar Baru, yang digambarkan kepada orang ramai ialah, PPBM telah menguasai semua DUN dan Parlimen. Orang-orang PPBM tidak perlu bekerja keras kerana Kedah terlalu menyayangi Dr. Mahathir dan mengasihi Mukhriz Mahathir selaku Menteri Besar Kedah.

Kedah kata mereka adalah HAK MUTLAK KELUARGA MAHATHIR!

Hakikatnya, PPBM tidak ada cengkaman langsung di Kedah. PPBM tidak mempunyai sebarang kuasa dan suara. PPBM juga tidak boleh berbuat apa-apa tanpa restu dan keizinan daripada DAP dan PKR. Kalau DAP dan PKR kata PPBM tidak boleh bertanding, maka parti itu dan para penyokongnya hanya boleh mengundi PKR dan DAP atau dalam bahasa yang lebih mudah, menjadi macai kepada PKR dan DAP sebagai pekerja parti menggantikan PAS yang telah diterajang lebih awal pada tahun 2015.

Jangkaan awal para pemimpin dan penyokong PPBM ialah, parti Mahathir-Mukhriz itu akan meletakkan calon di kesemua kerusi DUN dan Parlimen di Kedah kerana berbanding PKR dan DAP, PPBM lebih kuat. 

Sekurang-kurangnya itulah yang mereka percaya dan dodoikan kepada orang ramai.

Malangnya itu tidak berlaku. 

Pembahagian kerusi-kerusi DUN dan Parlimen di Kedah, tidak menunjukkan langsung DAP dan PKR akan mengurangkan kawasan mereka bertanding bagi memberi laluan kepada PPBM untuk membuktikan parti Mahathir-Mukhriz itu lebih diterima pengundi Kedah. Sebaliknya, PKR dan DAP menambahkan lagi kerusi yang akan mereka bertanding selepas pakatan mereka dengan PAS berkubur. PAN yang diharapkan dapat menggantikan PAS pula, hidup segan mati tak mahu walaupun sama seperti PPBM, seringkali digambarkan lebih hebat berbanding PAS Kedah. 



Semalam, di hadapan Markas PPBM, Jalan Pejabat, Felda Lubuk Merbau, salah seorang ahli PPBM Felda Lubuk Merbau hilang sabar apabila mendapat tahu, PPBM tidak dibenarkan bertanding di DUN Pedu. Sebelum ini, ahli-ahli PPBM Pedu diberitahu, PPBM akan bertanding di situ, bagaimanapun kerusi berkenaan telah diberikan kepada PKR.

Ahli berkenaan benar-benar kecewa. Biarpun sedar, lokaliti Felda Lubuk Merbau merupakan kawasan putih untuk UMNO-BN, tetapi gambaran-gambaran yang diberikan sebelum ini ialah, semua kerusi UMNO-BN akan beralih kepada PPBM dengan mudah. 

Tetapi apa yang berlaku ialah, PKR telah merampas peluang PPBM itu. Ini menyebabkan ahli-ahli PPBM Lubuk Merbau berasa sangat kecewa setelah mereka berhempas pulas dan bersusah payah demi parti, tetapi yang akhirnya mendapat laba adalah PKR, parti yang langsung tidak bekerja di Kedah apatah lagi di Lubuk Merbau. 


Kekecewaan itu dizahirkan dengan tindakan membakar bendera bagi memberi mesej kepada pucuk pimpinan PPBM yang tidak akan bersama sekiranya DUN Pedu kekal milik PKR mewakili Pakatan Harapan bertanding di DUN Pedu dalam pilihanraya umum akan datang. 

Ia juga merupakan satu gambaran dan mesej kepada pucuk pimpinan PPBM bahawa ahli-ahli PPBM Lubuk Merbau tidak akan bersama-sama Pakatan Harapan sekiranya DUN Pedu kekal ditandingi oleh PKR. Mereka berasakan usaha yang dilakukan untuk menghidupkan PPBM di Felda Lubuk Merbau dan di DUN Pedu khususnya adalah perjuangan yang sia-sia. 


Thursday, December 28, 2017

PAKATAN BERMIMPI INDAH DI KEDAH, PAS DAN UMNO TETAP JUGA SELESA!!!



Bukan lagi satu rahsia bilamana PKR sangat berhajat untuk menguasai Kedah buat kali pertama pada PRU akan datang. Walaupun PKR sekarang ini dilihat seperti menguasai Selangor, hakikatnya Selangor terpaksa dikongsi oleh PKR bersama-sama dengan PAS dan DAP. Dan walaupun PKR perlu akur dengan arahan serta perintah DAP agar memutuskan hubungan dengan PAS, PKR tidak mampu berbuat begitu kerana jikalau PAS keluar dari Pakatan di Selangor, bermakna PKR akan kehilangan segala-galanya.

Dalam keadaan sekarang, terutama apabila PRU semakin hampir, PKR tidak boleh sama sekali kehilangan Selangor. Lebih-lebih lagi apabila pelbagai pendedahan tentang penyelewengan dan skandal di Selangor membabitkan wang Kerajaan Negeri serta tanah sehingga membuatkan Azmin Ali tidak senang duduk.

Sebab itulah, PKR tetap terpaksa menerima PAS di Selangor meskipun pada masa yang sama, terus menerima desakan daripada DAP.

Disebabkan itulah, PKR mahu menguasai Kedah secara total, sepertimana DAP menguasai Pulau Pinang.

Walaupun pada masa yang sama, PKR tahu Kedah juga diintai oleh PPBM menerusi usaha-usaha Mukhriz Mahathir yang mahu kembali menjadi Menteri Besar Kedah, selain PAN yang mempunyai 'dendam peribadi' terhadap PAS di Kedah, manakala DAP pula mahu menambahkan kerusi yang akan ditandingi pada PRU akan datang, PKR sudah mula menggerakkan usaha untuk mencapai matlamat mereka.

Kerusi-kerusi DUN di Kedah Selatan menjadi sasaran utama. Padang Serai, Kulim-Bandar Bahru, Sungai Petani dan Merbok, setidak-tidaknya menjadi pemangkin kepada usaha PKR. Begitu juga beberapa DUN di bahagian utara termasuklah Pokok Sena, Kubang Pasu dan Jitra, turut dirasakan berpotensi untuk PKR.

Pembahagian kerusi antara komponen Pakatan Harapan masih belum dibuat dan diputuskan. Namun itu bukanlah satu halangan untuk cita-cita besar. Pakatan Harapan pastinya akan menemui formula terbaik dalam tempoh singkat untuk menyelesaikan masalah tersebut, lebih-lebih lagi Pakatan yang diketuai oleh DAP akan hanya mengutamakan kepentingan DAP sahaja, manakala parti-parti lain perlu menurut kata-kata DAP, termasuklah di Kedah. Doktrin, 'Tumbangkan UMNO-BN Dengan Apa Cara Sekalipun', pasti akan digunakan sekali lagi.

Jadi, Pakatan Harapan akan mempamerkan kerjasama yang padu sehinggalah PRU-14. Kalau ada pun pergaduhan atau pertikaian, akan hanya berlaku selepas itu. Dan berbanding PAN serta PPBM, DAP lebih berpihak kepada PKR walaupun PKR mungkin akan mencuri ahli, pemimpin mahupun kawasan DAP untuk menang memandangkan kecenderungan PKR untuk meletakkan calon seramai-ramainya di DUN Kedah, sama seperti yang mereka lakukan dalam PRN Sarawak dan di negeri-negeri lain.

Tidak boleh dinafikan, besar kemungkinan taktik dan usaha PKR serta Pakatan di Kedah akan lebih berjaya pada PRU-14 kali ini. Sebabnya, PAS dan UMNO, dua buah parti tradisi yang biasanya saling berlawan antara satu sama lain, sedang berhadapan dengan beberapa masalah tersendiri.

PAS dilihat kehilangan ramai tokoh-tokoh pemimpin dan calon-calon tempatan sama ada kepada PAN, PASMA mahupun kepada PPBM. Pertelingkahan dalaman PAS Kedah terutama terhadap bekas Setpol MB Kedah pada zaman Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, Sanusi Mohd Nor memuncak. Ramai pemimpin PAS Kedah yang tidak berpuas hati dengan Sanusi. Biarpun tidak meluahkan perasaan mereka secara terang-terangan tetapi fenomena, 'pakai baju hijau tetapi perangai oren', semakin berleluasa di Kedah.

Manakala UMNO-BN yang berjaya merampas Kedah dari tangan PAS pada PRU-13 lalu, berhadapan dengan fenomena pemimpin-pemimpin dan calon-calon tua selain beberapa orang ADUN sedia ada yang dilihat gagal menjalankan tugas mereka dengan berkesan di kawasan masing-masing. Setakat ini, belum ada muka-muka baru yang ditampilkan oleh UMNO-BN sebagai pelapis meskipun beberapa nama seringkali disebut-sebut dan 'diperkenalkan' menerusi media namun tidak mempunyai atau mencetuskan sebarang faktor 'WOW'.

Walaupun UMNO-BN Kedah berkeyakinan besar akan mempertahankan kedudukan mereka di negeri itu, namun keadaan di Kedah sebenarnya amat terbuka. Seandainya PKR, DAP, PAN dan PPBM berjaya menyelesaikan atau merundingkan masalah mereka secara lebih teratur, tidak mustahil, PAS dan UMNO-BN akan kembali menjadi pembangkang di negeri Kedah pada PRU-14 nanti.

Dalam tempoh yang amat singkat sebelum PRU-14 diumumkan, sudah tidak banyak yang mampu dilakukan kecuali kempen dan propaganda secara berterusan. Sesuatu yang penting yang perlu dilihat dan diperhalusi ialah sikap para pengundi yang sudah banyak berubah berbanding 10 PRU yang lepas. Kempen dan propaganda semata-mata, sudah tidak laku lagi kerana para pengundi akan turut menilai prestasi wakil-wakil rakyat yang mewakili parti masing-masing di kawasan mereka. Mana-mana parti politik yang mengambil mudah serta bersikap terlalu selesa, pasti akan menempah masalah!!!


Tuesday, August 29, 2017

PKR BERPECAH, PARTI CAP BUNGA DI PENDANG PUN BERPECAH JUGA KERANA 'AMALAN ILMU HITAM' ISTERI KEDUA!!!



Ketika PKR sedang kalut dengan 'pertelingkahan' antara Rafizi Ramli dengan Azmin Ali, dengan penyokong masing-masing menghentam pemimpin lawan dalam parti yang sama, Parti Cap Bunga di Kedah turut bergolak.

Walaupun berita membabitkan ketidakpuasan hati sebilangan besar pemimpin dan penyokong Parti Cap Bunga Kedah apabila PKR menerusi Johari Abdul menyatakan secara berterus-terang bahawa PKR akan bertanding sekurang-kurangnya 16 kerusi DUN untuk menunjukkan mereka lebih dominan, dengan Johari Abdul sendiri akan bertanding di DUN Gurun bagi membolehkan dia menjadi Menteri Besar sekiranya Pakatan menang pada PRU-14 akan datang.

Seandainya bertepatan sebagaimana yang dicita-citakan oleh PKR, dicampur pula dengan 'tolak ansur' antara PKR-DAP dalam dua kerusi iaitu DUN Gurun dan DUN Kulim yang turut dituntut oleh DAP, selain pembahagian kerusi untuk PAN yang akan menggunakan platform PAS, baki yang ada untuk Parti Cap Bunga Kedah, bukan sahaja tidak cukup untuk mendominankan parti berkenaan, bahkan akan menukarkan Parti Cap Bunga Kedah sebagai sebuah parti minoriti yang langsung tidak ada sebarang nilai tambah.

Kedah hanya ada 36 kerusi DUN. BN bertanding di semua kerusi berkenaan dengan pembahagiannya ialah UMNO (28), MCA (4), MIC (2) dan GERAKAN (2). PAS pada PRU-13 lalu bertanding di 24 kerusi DUN dan pada PRU-14, dijangkakan akan meletakkan calon-calon mereka di kesemua 36 kerusi DUN. DAP awal-awal lagi telah menyatakan mereka hanya mahu 4 kerusi DUN yang merupakan tambahan DUN Gurun dan DUN Kulim berbanding 2 kerusi iaitu DUN Derga dan DUN Kota Darul Aman yang ditandingi dan dimenangi pada PRU-13 lalu. PKR pula telah mengumumkan akan bertanding di 16 kerusi DUN berbanding 10 pada PRU-13. PAN sudah tentu akan mengekori kerusi-kerusi yang ditandingi oleh PAS. Manakala Parti Cap Bunga Kedah yang diketuai oleh Mukhriz Mahathir masih lagi terkontang-kanting. 16 kerusi sahaja yang masih ada untuk PAN dan Parti Cap Bunga dengan majoritinya adalah kerusi-kerusi yang dimenangi oleh PAS pada PRU lalu.

Dan di sebalik kemelut perebutan kerusi antara parti, perebutan di dalam Parti Cap Bunga Kedah, khususnya di Bahagian Pendang juga amat menarik untuk diperhatikan. Lebih menarik lagi ialah, cerita-cerita buruk tentang PPBM Bahagian Pendang itu datangnya daripada orang mereka sendiri!


Abdul Razak Khamis bersama-sama Dr. Mahathir dan Mukhriz Mahathir

PPBM Bahagian Pendang sedang dilanda krisis kepimpinan apabila sebahagian besar AJKnya bertindak mewujudkan sebuah lagi kem di bawah kepimpinan Abdul Malek Manaf, yang merupakan bekas Timbalan Ketua PPBM Bahagian Pendang kerana sudah tidak lagi yakin dan berminat untuk berada di bawah kepimpinan Abdul Razak bin Khamis yang kini menyandang jawatan sebagai Ketua PPBM Bahagian Pendang. 

Kesemua AJK yang dilantik oleh Abdul Razak Khamis itu awalnya, memberikan kesetiaan serta sanggup bekerja tanpa mengira masa serta wang ringgit demi parti. Namun selepas beberapa bulan, akhirnya seorang demi seorang AJK PPBM Bahagian Pendang mulai menarik diri atau dipecat kerana menegur salah laku peribadi Abdul Razak Khamis terutama yang melibatkan isteri keduanya, seorang janda kaya berbangsa 'Siam' yang berasal dari Kampung Watt, Padang Pusing, Sungai Tiang.

Abdul Razak juga dituduh telah melantik individu-individu yang dilihat mempunyai kedudukan kewangan yang agak kukuh sebagai AJK PPBM Bahagian Pendang termasuklah Abdul Malek bin Manaf dan Azizah Omar selaku Ketua Srikandi PPBM Pendang dengan harapan, mereka akan menyumbangkan dana untuk aktiviti-aktiviti parti di Pendang. 


Halimaton Saadiah Shah Mat, Ketua Srikandi Cap Bunga Pendang

Azizah Omar kemudiannya meletak jawatan dan menarik diri. Abdul Razak kemudiannya melantik pula Halimaton Saadiah Shah Mat, seorang ahli perniagaan yang berjaya menguruskan Kedai Mee Udang dan Insuran Zurich di Pendang sebagai Ketua Srikandi. Apabila Halimaton menyedari niat sebenar Abdul Razak, dia tidak lagi menaja sebarang program PPBM Pendang terutama setelah mengetahui, Abdul Razak Khamid ada menerima dana dari PPBM Negeri Kedah dalam penganjuran aktiviti. Tindakan Halimaton itu akhirnya mencetuskan permusuhan dengan Abdul Razak. 


Abdul Malek Manaf atau Penghulu Malek, bekas Timbalan Ketua PPBM Pendang

Turut menjadi perhatian dan perbualan di kalangan AJK PPBM Pendang ialah amalan Abdul Razak Khamis dan isteri keduanya yang dikatakan menyeleweng dari ajaran Islam. Faktor itulah yang mencetuskan permusuhan dengan Abdul Malek Manaf yang diketahui agak kuat pegangan agamanya. Upacara yang pernah dilangsungkan di pejabat PPBM Pendang itulah juga yang dikatakan faktor utama mencetuskan penarikan diri beramai-ramai AJK Bahagian.

Tidak dapat dipastikan, sejauh manakah dakwaan yang dibuat terhadap Abdul Razak Khamis dan isteri keduanya namun yang pasti, PPBM Bahagian Pendang sedang bergolak teruk. Di sebalik keinginan dan cita-cita Abdul Razak Khamis untuk bertanding di Sungai Tiang dengan bantuan isteri keduanya, cerita-cerita yang popular dari kem sendiri itu, pasti akan membantutkan impian kemenangan Parti Cap Bunga.

Thursday, August 24, 2017

PARTI CAP BUNGA, PAN BEREBUT KERUSI DI TOKAI... DAN MEREKA BERGADUH SESAMA SENDIRI!!!



Tokai adalah DUN paling 'hitam' kalau mengikut kata-kata orang UMNO-BN. Pendek kata, kalau diturih kulit orang Tokai, darah yang keluar berwarna hijau, bukannya merah. UMNO-BN memang tidak ada harapan untuk menang di Tokai walaupun DUN jirannya, Sungai Tiang milik UMNO-BN.

Tokai dan Sungai Tiang adalah dua buah DUN yang terletak dalam Parlimen Pendang.

Begitulah tanggapan terhadap Tokai, DUN yang telah dikuasai oleh PAS semenjak beberapa penggal lalu. DUN Tokai dahulunya dikenali sebagai DUN Bukit Raya merupakan kawasan yang dikuasai oleh Allahyarham Datuk Fadzil Noor dan kini disandang oleh Taulan Rasul.

PAS yang merupakan 'Putera Mahkota' di Tokai, kini sudah berpecah. Anak ADUN Tokai sendiri pun, kelihatan lebih mirip dan condong kepada PAN apabila kerapkali menyertai Faiz Fadzil, yang merupakan seorang peguam dan Ketua Pemuda PAN Nasional.


Faiz Fadzil, bakal calon DUN Tokai dari PAN.

Faiz Fadzil adalah anak kepada Allahyarham Fadzil Noor. Dia dikatakan sangat berminat untuk 'mewarisi' DUN yang pernah meletakkan Allahyarham bapanya, daripada seorang pensyarah di UTM, kemudian Ahli Jawatankuasa Kerja PAS, kemudian Ahli Parlimen Pendang, Pesuruhjaya PAS Kedah dan menyandang jawatan Presiden PAS.

Terkini, gambaran yang diberikan ialah, PAN dan PAS di Tokai 'bersatu'. Penyatuan kedua-dua parti yang secara hakikinya bermusuh itu, adalah disebabkan oleh Parti Cap Bunga yang turut mengintai kerusi Parlimen Pendang dan Sungai Tiang.

Bagaimanapun, Parti Cap Bunga Bahagian Pendang sedang mengalami pergolakan dalaman yang sangat teruk sehingga beberapa laporan polis telah dibuat.

Terbaru, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang ahli Parti Cap Bunga dari Kampung 30, Tokai. Laporan polis pada 22 Ogos itu mengesahkan tentang pergolakan dalaman akibat perebutan kuasa dan tempat di kalangan para pemimpin Parti Cap Bunga setempat.


Abdul Razak Khamis (berdiri tengah), Ketua Parti Cap Bunga Pendang 
yang bercita-cita besar mahu jadi calon.

Abdul Razak Khamis, Ketua Parti Cap Bunga Pendang dilaporkan sangat berminat untuk menjadi calon bagi mana-mana antara ketiga-tiga kerusi berkenaan (Parlimen Pendang, DUN Sungai Tiang dan DUN Tokai). Bagaimanapun, Abdul Razak Khamis berhadapan dengan tentangan atau lebih tepat lagi disaingi rapat oleh Halimaton Saadiah Shah Mat yang merupakan Ketua Srikandi Parti Cap Bunga Bahagian Pendang.

Berbanding Abdul Razak Khamis yang sentiasa dilihat cuba bersandar kepada Mukhriz Mahathir, Halimaton Saadiah pula lebih dikenali bahkan lebih disenangi di kalangan ahli-ahli Parti Cap Bunga Pendang, terutama sekali di Tokai.


Halimaton Saadiah, Ketua Srikandi Parti Cap Bunga Pendang, 
pesaing rapat Abdul Razak Khamis.


Penghulu Malek, bekas Timbalan Ketua Parti Cap Bunga Pendang.

Dan yang lebih penting, Halimaton sebenarnya mendapat 'sokongan' daripada bekas Timbalan Ketua Parti Cap Bunga Pendang, Penghulu Malek yang merupakan musuh Abdul Razak Khamis. Kelebihan Penghulu Malek berbanding Halimaton dan Abdul Razak Khamis ialah, hubungan baiknya dengan orang PAS di Tokai!

Dua hari sudah, difahamkan kumpulan Abdul Razak bermesyuarat dan membuat keputusan untuk memecat Halimaton Saadiah bagi mengurangkan rintangan dan tentangan terhadap Abdul Razak.

Semalam pula, kumpulan pro-Halimaton bermesyuarat dan membuat keputusan untuk meletak semua jawatan yang mereka sandang sekiranya Abdul Razak memecat Halimaton.

Pertembungan antara PAS-PAN-Parti Cap Bunga atau lebih tepat lagi, pertembungan sesama sendiri ini, pastinya amat menarik untuk diperhalusi. Lebih-lebih lagi PAN dan Parti Cap Bunga sebenarnya sedang giat mengintai-ngintai tempat untuk dirampas.

Bagaimana pula dengan PKR dan UMNO yang sudah tentu tidak akan terlepas peluang untuk sama-sama berebut sebuah 'kota kara kecil' bernama Tokai itu?


Tuesday, August 22, 2017

PEREBUTAN KERUSI DUN KULIM DAN GURUN SEMAKIN HANGAT ANTARA PKR DENGAN DAP!!!



Keinginan DAP yang disuarakan oleh Lim Kit Siang agar PKR menyerahkan kerusi DUN Gurun dan Kulim untuk ditandingi oleh DAP pada PRU akan datang, terus menimbulkan kemarahan di kalangan pemimpin-pemimpin kanan PKR. 

Pada PRU-13 lalu, kerusi DUN N.22 Gurun ditandingi oleh Leong Yong Kong dari BN dan Salma Ismail dari PKR. Leong Yong Kong memperolehi undi sebanyak 11,411 berbanding Salma Ismail berbanding 10,115. Leong Yong Kong memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 1,296 undi. 

Manakala bagi kerusi DUN N.35 Kulim, Barisan Nasional diwakili oleh Chua Thiong Gee. Manakala PKR diwakili oleh Chu Maw Nian. Turut serta dalam pertandingan tersebut adalah calon dari BERJASA, Mohd Junip Huzayin. Chua berjaya memperolehi 14,384 undi, manakala Chu pula berjaya memperolehi 13,741. Calon BERJASA hanya mampu memperolehi 898 undi. Chua dan BN menang dengan majoriti 643 undi. 

Komposisi kaum di DUN N.35 Kulim adalah Melayu 60%, Cina 22%, India 16% dan lain-lain kaum 2%. Manakala di DUN N.22 Gurun pula, Melayu adalah 56%, Cina 24%, India 18% dan lain-lain kaum 2%.

Secara keseluruhan berdasarkan komposisi pemilih mengikut kaum di seluruh Kedah, Melayu seramai 76%, Cina pula 16%, India 6% dan lain-lain kaum 2%.

Pada PRU-12, calon PKR, Lim Soo Nee (PKR) berjaya merampas DUN Kulim dari BN yang diwakili oleh Lim Lee Choo dengan majoriti 1,244 undi. Gurun bagaimanapun menyaksikan calon PKR yang diwakili oleh B. Kalaivanan kalah kepada calon BN Dr. Leong Yong Kong dengan majoriti 1,554 undi. 

Statistik itulah yang membuatkan Lim Kit Siang sangat yakin, seandainya DAP yang bertanding di kedua-dua kerusi tersebut, calon-calon BN akan berjaya dikalahkan dengan mudah. Perkiraan Lim Kit Siang amat mudah, selain undi solid daripada masyarakat Cina, DAP sudah berjaya memperolehi undi daripada Melayu terutama dari kalangan serpihan PAS yang kini bernaung di bawah PAN serta ahli-ahli Parti Cap Bunga.

Mungkin kerana itulah, Pengerusi PKR Kedah, Dr. Azman Ismail berkata, PKR Kedah bersikap terbuka dengan cadangan Penasihat DAP itu supaya DAP dibenarkan bertanding di Kerusi N.22 Gurun dan kerusi N.35 Kulim dalam usaha Pakatan Harapan untuk membentuk Kerajaan Negeri menggantikan UMNO-BN.

Bagaimanapun, PKR yang diketahui amat tamak untuk bertanding dan meletakkan calon, menerusi Naib Presidennya, Tian Chua menyelar pembahagian kerusi itu. Menurut, sebarang pembahagian kerusi perlu dibincangkan secara tertutup di meja rundingan dan tidak dibincangkan secara terbuka menerusi media bagi mengelakkan gambaran negatif parti-parti komponen Pakatan Harapan sedang bergaduh berebut kerusi.

'Nasihat' Tian Chua itu tidak ditujukan secara khusus kepada sesiapa, tetapi jelas, bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan politik semasa, sudah tentulah mereka yang membicarakan secara terbuka tentang tuntutan kerusi tersebut adalah Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Johari Abdul.

Tuntutan terbuka Lim Kit Siang ke atas kerusi N.22 dan N.35 yang sebelum ini ditandingi oleh PKR, membuatkan Johari Abdul naik angin. Sebelum itu, Johari Abdul secara terbuka menyatakan, 'PKR mahu bertanding sekurang-kurangnya 16 kerusi DUN di Kedah. Dia sendiri akan bertanding di kerusi N.22 Gurun agar dia boleh dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang baru sekiranya PKR menang paling banyak kerusi di Kedah pada PRU-14.

Gelagat serta kenyataan-kenyataan yang keluar dari mulut Lim Kit Siang, Tian Chua, Johari Abdul dan Dr. Azman Ismail sebenarnya cukup menarik sekaligus menyaksikan pertembungan hangat antara PKR-DAP dalam perebutan kerusi untuk ditandingi. 

Kita belum lagi dengar cerita PAN dan Parti Cap Bunga di Kedah pula. Yang pasti keempat-empat parti sedang berebut dan saling cuba cantas mencantas antara satu sama lain!

Saturday, August 19, 2017

DAP TUNTUT LEBIH BANYAK KERUSI DUN DI KEDAH, PAN DAN PKR BEREBUT NAK JADI MENTERI BESAR, MUKHRIZ NAK JADI APA?!!



Dewan Undangan Negeri Kedah mengandungi 36 kerusi. Pada PRU-13 lalu, BN menguasai 21 kerusi, manakala PAS yang merupakan penyandang kuasa sebelum itu, menguasai 9 kerusi, PKR pula mengandungi 4 kerusi manakala DAP menguasai 2 kerusi.

Pada PRU-14, situasi telah berubah. PAS tidak lagi berada dalam Pakatan. Pakatan sekarang mengandungi PKR, DAP, Cap Bunga dan PAN. Setiap parti berasakan mereka mempunyai harapan yang cukup besar untuk menang di Kedah.

Cap Bunga awal-awal lagi telah berikrar mahu menjadikan Kedah sebagai pangkalan dan kota kara mereka apabila mempertaruhkan bekas Menteri Besar Kedah yang merupakan Timbalan Presiden Cap Bunga dan anak lelaki Mahathir, Mukhriz. Malahan Mahathir sendiri menjadikan Kedah sebagai baby-projectnya.

PAN pula sangat berkeyakinan sebahagian besar ahli-ahli PAS Kedah akan menyokong mereka untuk menggantikan PAS. Sembang-sembang besar kononnya PAS boleh merampas semua kerusi yang dimenangi dana ditandingi oleh PAS di Kedah, cukup kuat dan berdegar-degar.

PKR menerusi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani pada 15 Ogos lalu, Johari Abdul sudah bercakap tentang jawatan Menteri Besar. Menurut Johari Abdul, PKR mahu menakluk Kedah dan mengetuai Kerajaan Negeri seterusnya. PKR dilaporkan akan bertanding sekurang-kurangnya 16 kerusi DUN. Dia sendiri akan bertanding di DUN Gurun. Menurutnya lagi, PKR merancang meletakkannya untuk mengetuai kerajaan negeri sekiranya PKR menang paling banyak kerusi dalam PRU akan datang.

Pengumuman Datuk Johari Abdul itu agak mengejutkan kerana dia bukanlah Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Kedah kerana pengumuman seperti ini, jika ada, sepatutnya dibuat oleh Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Kedah yang juga Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Azman Ismail, setelah keputusan rasmi mengenainya dibuat oleh Mesyuarat Majlis Pimpinan PKR Negeri Kedah.

Kalau PKR mengidamkan kerusi Menteri Besar, PAN turut mengidamkan kerusi dan jawatan yang sama. Ini adalah kerana pada 9 Ogos lalu, Presiden PAN, Mohamad Sabu mengumumkan bahawa Konvensyen PAN akan diadakan di Kedah pada 15 sehingga 17 September dengan misi tawan kembali Kedah sebagai agenda utama mereka.

18 Ogos, Penasihat Agung DAP, Lim Kit Siang secara terbuka menuntut dua kerusi DUN yang ditandingi oleh PKR pada PRU-13 lalu, N22 Gurun dan N35 Kulim untuk diserahkan kepada DAP. N22 Gurun adalah kerusi DUN yang diidam-idamkan oleh Johari Abdul untuk membuka laluannya sebagai Menteri Besar Kedah selepas PRU-14.

Kalaulah benar PKR berjaya mencapai hasrat mereka untuk bertanding 16 kerusi DUN, DAP pula berjaya mencapai hasrat mereka untuk bertanding di 4 kerusi DUN, maka baki 16 kerusi DUN akan dibahagi-bahagikan kepada PAN dan Cap Bunga.

Dengan status Mukhriz Mahathir sebagai bekas Menteri Besar Kedah, apakah boleh diandaikan Cap Bunga akan bersetuju mereka akan menerima kurang dari 10 kerusi DUN untuk ditandingi selepas Cap Bunga beriya-iya mengatakan mereka sangat kuat di Kedah.

Kerusi-kerusi DUN Kedah yang ditandingi oleh PAS dalam PRU 13 ialah:

(1) N1 Ayer Hangat
(2) N3 Kota Siputeh
(3) N4 Ayer Hitam
(4) N6 Jitra
(5) N7 Kuala Nerang
(6) N9 Bukit Lada
(7) N10 Bukit Pinang
(8) N14 Alor Mengkudu
(9) N15 Anak Bukit
(10) N16 Kubang Rotan
(11) N17 Pengkalan Kundor
(12) N18 Tokai
(13) N19 Sungai Tiang
(14) N20 Sungai Limau
(15) N21 Guar Chempedak
(16) N23 Belantek
(17) N24 Jeneri
(18) N26 Tanjong Dawai
(19) N27 Pantai Merdeka
(20) N30 Bayu
(21) N31 Kupang
(22) N32 Kuala Ketil
(23) N33 Merbau Pulas
(24) N36 Bandar Baharu

Kerusi-kerusi DUN Kedah yang ditandingi oleh PKR dalam PRU 13 ialah:

(1) N2 Kuah
(2) N5 Bukit Kayu Hitam
(3) N8 Pedu
(4) N12 Bakar Bata
(5) N22 Gurun
(6) N25 Bukit Selambau
(7) N28 Bakar Arang
(8) N29 Sidam
(9) N34 Lunas
(10) N35 Kulim

Kerusi-kerusi DUN Kedah yang ditandingi oleh DAP dalam PRU 13 ialah:

(1) N11 Derga
(2) N13 Kota Darul Aman


Thursday, June 8, 2017

KEDAH JADI PENGKALAN BARU DAN KOTA KARA PAN SERTA CAP BUNGA!!!



Walaupun denial syndrom begitu kuat dirasakan dan diperlihatkan di Kedah terutama membabitkan UMNO-BN dan PAS, hakikatnya Kedah kini telah menjadi pengkalan utama Cap Bunga dan PAN.

Menampilkan tenaga-tenaga muda yang bukan sahaja aktif di kalangan mereka, tetapi juga melangkau sempadan dan kelompok sendiri, kedua-dua parti tersebut jelas mahu menjadikan Kedah sebagai kota kara mereka yang baru.

Umum mengetahui, Cap Bunga walaupun mahu menjadikan Johor sebagai pengkalan di selatan Semenanjung dan menggunakan proksi di Sabah menerusi parti ciptaan Shafie Apdal, Parti Warisan, sambutan untuk parti yang dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir itu lebih mendapat sambutan di Kedah. Lebih daripada itu, tanpa terikat kepada pemimpin-pemimpin tradisi yang sudah berusia dan berpengalaman, Cap Bunga dilihat sebagai sebuah parti anak muda dengan Mukhriz Mahathir sebagai ketuanya.

Sekurang-kurangnya itulah yang cuba digambarkan menerusi pembabitan aktif pengundi-pengundi muda dalam parti berkenaan.

Bergandingan dengan Cap Bunga adalah Parti Amanah Negara atau PAN yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi PAN Kedah, Phahrolrazi Zawawi. Meskipun hanya berjawatan Timbalan, tetapi Phahrolrazi Zawawi sebenarnya adalah ketua PAN Kedah yang mengatur semua operasi PAN.


Kalau Cap Bunga beroperasi di kalangan ahli-ahli UMNO, PAN pula beroperasi dan cuba mempengaruhi ahli-ahli PAS terutama sekali golongan muda yang melihat kemenangan adalah segala-galanya walaupun kaedah yang digunakan adalah matlamat menghalalkan cara.

PAN atau lebih awal lagi, PASMA atau Gerakan Harapan Baru yang dimulakan oleh Phahrolrazi Zawawi mempunyai kaitan rapat dengan DAP. Phahrolrazi Zawawi sendiri sewaktu masih di dalam PAS dan masih menjadi Exco di bawah pentadbiran Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, telah mencantumkan dirinya dengan Lim Guan Eng. Ia bukanlah satu rahsia lagi apabila Phahrolrazi dan gerakannya mendapat bantuan penuh daripada DAP yang berkubu di Pulau Pinang.

Phahrolrazi Zawawi sendiri mengakui, beberapa orang ADUN PAS sebenarnya cenderung kepada PAN tetapi masih tidak berani untuk menyatakan pendirian atau keluar dari parti. Nama-nama seperti Nasir Mustafa, ADUN Kubang Rotan seringkali dikaitkan dengan PAN walaupun Nasir masih kekal di dalam PAS. Begitu juga dengan Mahfuz Omar yang merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena.

Menurut Phahrolrazi, PAS di Kedah berbeza dengan PAS Pusat. PAS Kedah mempunyai hubungan yang baik dengan PAN. Dengan kata lain, sama ada PAN wujud atau tidak, sebenarnya tidak banyak berbeza. (RUJUK SINI)

PAN Kedah wujud kerana masalah nasional. Berbeza dengan Cap Bunga yang wujud kerana kehilangan kuasa dan kepentingan yang melibatkan kem Mahathir.

Phahrolrazi Zawawi mengakui PAS dan PAN seringkali mengadakan program bersama seperti yang dibuktikan menerusi penyertaan anak ADUN Tokai, Surya Putera Taulan yang sering bergandingan dengan Faiz Fadzhil, anak bekas Presiden PAS, Allahyarham Fadzhil Noor yang merupakan tenaga utama PAN di Kedah.

Pergerakan PAN dan Cap Bunga banyak dibuat menerusi pasukan PEMUDA PAN dan ARMADA. Pemuda PAN diketuai oleh Asmirul Anuar Aris. Menjadi tulang belakang PAN di Kedah dan menjadi pemudahcara kepada ARMADA yang masih baru dan kurang dikenali dengan Pemuda PKR dan DAP merupakan antara fungsi utama PAN.


Dibantu oleh nama-nama seperti Ridzuan Abu Bakar yang merupakan Pengarah Komunikasi PAN, Ruslina Hussain yang merupakan Pengarah Biro Komunikasi Wanita Amanah Kedah (AWAN), Dr Rohani Abdul Mutalib yang merupakan Ketua AWAN Kedah dan Dr. Ismail Salleh, Pengerusi PAN Kedah, gerakan PAN mulai memasuki kawasan-kawasan FELDA yang sebelum ini merupakan kubu kuat UMNO dan PAS. Kerjasama dengan Cap Bunga atau lebih khusus, Tun Dr. Mahathir memudahkan kerja mereka kerana kewujudan ahli-ahli UMNO di Felda-Felda yang kuat menyokong Dr. Mahathir.

Rohani Abdul Mutalib mula aktif dalam politik pada tahun 1999. Tiga kali menjadi calon di Sik. Pernah memegang jawatan sebagai Ketua Muslimat PAS Kubang Pasu dan Ketua Penerangan Dewan Muslimat Negeri sebelum berhijrah ke PAN.

Manakala Dr. Ismail Salleh pula adalah bekas ADUN Alor Mengkudu dan pernah menjadi Exco semasa Kedah di bawah pentadbiran Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Melihat kepada pejabat PAN dan Cap Bunga Kedah di Star Gate yang terletak saling bersebelahan di Alor Star, sudah cukup untuk menggambarkan harapan besar kedua-dua parti itu untuk menguasai Kedah. Ditambah pula dengan operasi dan sokongan daripada pengundi-pengundi generasi muda, gabungan kedua-dua parti tersebut benar-benar boleh mengancam UMNO dan PAS Kedah.

Mungkin melihat kepada kurangnya sambutan kepada ceramah-ceramah yang melibatkan PAN membuatkan sangkaan bahawa parti berkenaan kurang mendapat sambutan dan tidak akan mampu bertahan lama.

Namun, trend terkini di mana masyarakat pengundi terutama golongan muda yang tidak bernafsu untuk menyemakkan tapak ceramah tetapi berkerumun di hadapan komputer apabila akses kepada Internet lebih mudah, membolehkan pengundi-pengundi senyap menzahirkan sokongan mereka menerusi pembabitan dalam siaran langsung video di Facebook Live.

Manakala AWAN pula bergerak bersama-sama Cap Bunga bagi memonopoli undi kaum wanita yang kurang mengakses Internet, dengan berkempen secara langsung dan secara konvensional yang menyaksikan sokongan kepada mereka semakin lama semakin bertambah walaupun cuba dinafikan oleh UMNO dan PAS Kedah.

Pengundi-pengundi senyap terutama dari golongan muda adalah kunci kepada kemenangan di Kedah. Dan itulah yang sedang dilakukan oleh PAN dan Cap Bunga.

PAS dan UMNO Kedah boleh terus hidup dalam denial syndrom selain saling memuji diri sendiri!!!


Wednesday, July 13, 2016

ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS... TAK MACAM SI BOTAK ANAK MAHATHIR, PENGANTIN SEPANJANG MASA, LEPAS TU PERASAN GLAMOUR!!!



Menjawab dakwaan meleset Ahli Parlimen PKR, Gooi Hsiao Leung
Ahli Parlimen Alor Setar

1. Jika ukuran masa menjadi benchmark, bermakna DS Ahmad Bashah ternyata dengan segala pengalaman politik dan pentadbiranya telah berjaya melepasi ujian besar.

2. Sekaligus menafikan tuduhan Ahli Parlimen PKR Alor Setar bahawa mesyuarat jawatankuasa krisis 22 Julai lalu hanya bersifat publisiti murahan dan gagal merungkai apa jua masalah.

3. Krisis air berdasarkan rekod sudah bermula sejak 2009, makin parah apabila SADA ditubuhkan 1 Januari 2010. Menjelang Febuari dan Mac tahun yang sama, krisis air menjadi parah.

4. Sepanjang musim perayaan, 2010, 2011, dan 2012, isu air diperkatakan di seluruh Kedah dan ramai pengguna terbeban dengannya.


5. NRW mengikut Laporan Industri Air Malaysia bagi tahun 2011 sahaja menunjukkan SADA dan kegagalan kerajaan negeri pimpinan PAS ketika itu mencatatkan angka 50%. Kini dengan usaha kerajaan BN, NRW telah turun ke angka 37% dan water reserve margin dapat ditingkatkan kepada 2%.

6. Di zaman kerajaan PAS dan Pakatan WATER Producion Reserve Margin hanya berada pada kadar 0-0.1% setelah ditolah penggunaan harian. Paip dan loji gagal berfungsi dengan kapasiti sepenuhnya selain gagal diselenggara dengan baik termasuk pam-pam ditangki dan motor yang menjana operasi loji.


7. Ini hanyalah sebahagian kelemahan teknikal, selain operasi lojistik SADA tidak dipantau bukan sahaja oleh ahli Lembaga Pengarah SADA yang terdiri dari Ahli PAS, PKR dan DAP ketika itu, malah EXCO sumber Air dari PAS juga seolah-olah mendiamkan perkara ini. Contoh simple, lori bekalan air disewa untuk 3 bulan dibayar RM52 ribu, dengan kekerapan penghantaran sehari sekali, namun nilai air yang dihantar berjumlah RM1,900. Jumlah yang tidak masuk akal dan menguntungkan urusniaga kroni semata-mata.

8. Inilah tinggalan legasi yang bertahun lamanya namun berjaya dirungkai dan diselesaikan oleh DS Ahmad Bashah selaku MB Kedah ketika ini yang hanya baru 6 bulan memegang kuasa.


9. Lebih malang, isu-isu remeh temeh di zaman Pakatan Rakyat mentadbir Kedah dalam soal pengurusan bekalan air menjadi lelucon di kalangan rakyat. Di kawasan bandaraya, semi bandaraya, hujung bandaraya dan diluar Bandar, buka sahaja paip, angina yang keluar. Di Baling, berdekatan petempatan di Gunung Inas, di Sik malah di Padang Terap dan Wang perah, penduduknya mengalami sindrom buka paip yang keluar air the susu, sama setaraf dengan fenomena di Bachok dan Machang Kelantan.

10. Jika dikatakan penubuhan jawatankuasa bertindak oleh YAB DS Ahmad Bashah agak terlambat, maka sebenarnya usaha menjadi lambat kerana mehnah, kerosakan besar yang terlalu banyak dibaiki ditinggalkan oleh kepimpinan Pakatan rakyat terdahulu.


11. Justeru, langkah drastik enam pendekatan segera yang dijana, selain usaha menyeluruh melalui pakej peruntukkan RM37 juta program air dan masyarakat luar bandar,dan konsensus kerajaan Persekutuan menyediakan dana RM2.8 bilion untuk transformasi bekalan air di Kedah bukan sahaja dapat menjadi solusi muktamad bagi isu yang sudah berlarutan sekian lama. Malah mampu membuka sirna baru bagi industri bekalan air di Kedah dan sebagai model untuk negeri jiran yang lain.

12. Maka segala sangkaan buruk Ahli Parlimen Alor Setar dari PKR berhubung kepekaan, keseriusan dan tindakan YAB DS Ahmad Bashah adalah sekadar usaha mencari publisiti murahan dan menangguk di air keruh. Walhal khidmatnya kepada 70,000 pengundi di kawasan diwakilinya sendiri gagal disudahkan dengan sempurna sehingga kini. Tindak tanduk Gooi Hsiao Leung, ternyata memalukan dan segala komentarnya ibarat menepuk dulang, terpercik air ke muka sendiri.

Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri
Naib Ketua Pergerakan Pemuda 

UMNO Bahagian Alor Setar


RUPA-RUPANYA MEREKA MEMANG MENGHARAPKAN MASALAH AIR DI KEDAH TIDAK AKAN SELESAI SAMPAI BILA-BILA!!!



Segolongan ADUN dan pemimpin PAS Kedah bersama-sama dengan ADUN PAN sedang menjadikan masalah bekalan air di 5 wilayah di Kedah sebagai modal politik utama mereka untuk menghentam kepimpinan Ahmad Bashah, sekaligus mencerahkan peluang untuk merampas semula negeri itu yang pernah jatuh ke tangan mereka pada tahun 2008 sehingga 2013.

Namun, mereka seperti biasa, hanyalah jenis pandai bercakap, pandai menghentam, pandai mengutuk dan pandai mencerca tetapi apabila tiba masanya untuk bekerja, mereka lari tak cukup tanah. Ada yang menyorok dalam kain bini masing-masing.

Itulah yang berlaku semalam. Mesyuarat Khas Isu Air Kedah yang menghadirkan penjelasan dan rangka kerja bagi jangka pendek untuk penyelesaian masalah air oleh pihak berkuasa air Kedah, SADA bagaikan diboikot oleh ADUN-ADUN pembangkang. Dari kalangan mereka, yang hadir cumalah ADUN Kota Darulaman dari PKR dan ADUN Derga dari DAP. ADUN-ADUN PAS dan PAN yang kuat melalak dan menjadikan Facebook sebagai medium untuk menarik perhatian, langsung tidak nampak batang hidung. 

ADUN Sungai Limau yang sebelum ini turut memekak dan marah-marah kerana kawasannya dikatakan terjejas teruk, juga tidak kelihatan. Begitu juga dengan ADUN Bukit Pinang, ADUN Kubang Rotan dan ADUN Pengkalan Kundur. ADUN Tokai tak payah cakaplah... Malah ADUN Kuala Ketil dan ADUN Merbau Pulas pun terus hilang tanpa dapat dikesan. 

Mesyuarat tersebut sepatutnya digunakan dengan sebaik-baiknya oleh setiap ADUN di Kedah untuk meluahkan kemarahan terhadap kegagalan dan sikap acuh tidak acuh SADA dalam memastikan bekalan air di seluruh Kedah berada pada tahap terbaik. Mesyuarat tersebut juga sepatutnya menjadi medan buat mereka untuk memberikan buah fikiran mereka yang sangat bernas seperti yang tertera dalam Facebook untuk penyelesaian masalah air di seluruh Kedah. 


Apakah kerana di dalam SADA terdapat ramai 'orang mereka' membuatkan ADUN-ADUN PAS dan PAN enggan hadir dalam mesyuarat tersebut, agar mereka boleh terus mensabotaj bekalan air, sekaligus menimbulkan kemarahan rakyat kepada Kerajaan Negeri Kedah, dan pada masa yang sama, memberikan keuntungan politik kepada mereka?

Atau ADUN-ADUN tersebut tidak mahu tembelang mereka yang buta kayu dan bodoh biol tentang industri air, terdedah walaupun pada masa yang sama, mereka adalah yang paling kuat menyalak dan mempolitikkan isu air demi kepentingan sendiri?

Atau pun mereka berasakan, cukup hanya dengan mengemaskinikan Facebook masing-masing dengan isu air tanpa perlu mereka bekerja kerana akhirnya yang menyelesaikan setiap masalah adalah pemimpin UMNO-BN kerana alasan yang diberikan adalah UMNO-BN adalah pemerintah Kedah masakini.

Jadi, fungsi apa ADUN-ADUN berkenaan wujud? Takkan makan gaji buta semata-mata selain hanya bermain dengan retorik bagi mendapatkan sokongan sedangkan untuk melaksanakan kerja, termasuklah bermesyuarat dan berkongsi jalan penyelesaian dengan otak mereka yang mahal itu, bukanlah tanggungjawab mereka?

Kalau macam tu punya mentaliti ADUN-ADUN PAS dan PAN Kedah, sesiapa sahaja boleh menjadi wakil rakyat. Apa susahnya sebagai wakil rakyat kalau sekadar hanya menggunakan FB dan selepas itu, semua kerjanya orang lain yang buat?

 
Blogger Templates