Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label mahkamah. Show all posts
Showing posts with label mahkamah. Show all posts

Friday, March 15, 2019

DEMI KAPAL PESIARAN MEWAH EQUANIMITY DAN SITI AISYAH, INTEGRITI MALAYSIA SEMAKIN MEMALUKAN DAN DIAIBKAN KE SELURUH DUNIA!!!



Pembebasan suspek bunuh abang tiri Presiden Korea Utara, Kim Jong Nam dari Indonesia, Siti Aisyah oleh Mahkamah Kuala Lumpur langsung tidak mengejutkan. Lebih-lebih lagi apabila wujudnya campurtangan dan kehendak pihak pemerintah tertinggi Malaysia iaitu Dr. Mahathir Mohamad.

Tahukah anda, pembebasan Siti Aisyah diperakui oleh Jokowi sebagai hasil usaha pentadbirannya? (RUJUK SINI) Siti Aisyah disambut di Istana Presiden dan dijadikan bahan kempen Presiden. Malahan Menteri Hukum Indonesia, turut mengakui ada berbincang dengan Tun Dr. Mahathir mengenai pembebasan Siti Aisyah pada Ogos 2018.

Pastinya kita masih ingat, tarikh berkenaan adalah sekitar keinginan berkobar-kobar Mahathir mahu membawa pulang kapal pesiaran mewah, Equanimity yang dikatakan milik Jho-Lo. Kapal mewah itu akhirnya dibawa pulang dan 'disimpan' di Langkawi dengan perbelanjaan RM3 juta sebulan.


Sekaligus menimbulkan persoalan, sebenarnya kapal pesiaran mewah itu milik siapa? Benarkah milik Jho Lo atau sebenarnya milik Mahathir atau keluarganya? Kalau tidak, masakan bersungguh-sungguh mahu membawa pulang dan sanggup melakukan tukaran yang akhirnya meruntuhkan imej Malaysia di mata dunia.

11 Mac 2019, Reuters memetik Peguam Negara sebagai berkata, pembebasan Siti Aisyah adalah atas permintaan Indonesia. Namun Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir masih lagi dengan sikap berpura-puranya, DIA TIDAK TAHU APA-APA walaupun satu dunia tahu, Tommy Thomas yang merupakan Peguam Negara Malaysia hanya bekerja untuk Mahathir dan Pakatan.

Siti Aisyah bukanlah satu-satunya contoh bagaimana Mahathir menggunakan kuasanya selaku Perdana Menteri dan mengarahkan Peguam Negara menggugurkan tuduhan, bahkan lebih awal daripada itu, Menteri Kewangan yang juga merupakan Ahli Parlimen Bagan dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sudah pun mempunyai keistimewaan tersebut apabila kes-kes perbicaraan rasuah dan salahguna kuasanya digugurkan walaupun sedang dibicarakan di mahkamah.

Campurtangan ketara seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini kecuali pada zaman Mahathir semata-mata. Kalau sebelum ini, campurtangan Mahathir ke atas bidang kehakiman dan mahkamah, seringkali dinafikannya kerana akses maklumat yang kurang, namun pada zaman Internet merupakan khutubkhanah terbaik dan lengkap, Mahathir tidak boleh lagi terus menafikan dan berbohong.


Justeru, sebarang tindakan mengheret mana-mana musuh Dr. Mahathir ke mahkamah seperti Najib Abdul Razak sebenarnya boleh dipertikaikan memandangkan tindakan undang-undang tersebut bukannya dibuat di atas konsep RULE OF LAWS sepertimana yang sering dilaung-laungkan oleh Mahathir.

Sebaliknya ia dilakukan kerana dendam kesumat dan matlamat Mahathir yang masih belum kesampaian.

Justeru juga, tidak mustahil sekiranya hukuman dijatuhkan tnapa mengambil kira keadilan, bukti dan fakta kerana mahkamah di Malaysia, lebih-lebih lagi Peguam Negaranya, Tommy Thomas hanya melaksanakan keinginan Dr. Mahathir.

Keadilan mahkamah dan perundangan di Malaysia hanya boleh dikembalikan apabila Dr. Mahathir diturunkan dari jawatan dan Tommy Thomas sendiri diheret untuk dibicarakan kerana menyalahguna kuasa!



Monday, September 19, 2016

ARAHAN JEFF OII SERAH DIRI, TIDAK LEBIH DARIPADA SEKADAR SATU JENAKA SADIS!!!



Arahan Ketua Polis Negara yang mengarahkan agar Jeff Oii menyerah diri dan memberikan keterangan kepada polis secara sukarela, sebenarnya tidak lebih daripada satu tindakan berdasarkan undang-undang, tetapi pengakhirannya telah boleh dijangka dan diramal.

Awal sebelum itu, tiga orang individu termasuklah bekas wartawan bernama Sidek  Kamiso telah ditahan oleh polis. Seperti biasa, ahli keluarga dan dalam cerita Sidek Kamiso, isterinya menjadi histeria seolah-olah penangkapan Sidek Kamiso adalah pengakhiran dunia serta membuktikan kezaliman kerajaan negara ini. (RUJUK SINI)

Dan seperti dijangka, majistret membuat keputusan untuk menolak permohonan polis mereman Sidek Kamiso serta seorang penghina Allahyarham Datuk Dr. Haron Din Al Hafiz yang lain atas alasan, 'WUJUD SALAHGUNA PROSES MAHKAMAH' untuk polis mendapatkan reman terhadap Sidek Kamiso.

Keputusan mahkamah dan hakim, terutama apabila kes tertentu melibatkan para pemimpin dan penyokong pembangkang, seperti sudah dapat dijangka. Ia samalah seperti keputusan seorang hakim yang membenarkan penggunaan Kalimah ALLAH oleh Herald Tribune atas alasan-alasan yang sangat ganjil tetapi cuba disandarkan kepada undang-undang dan Perlembagaan walaupun Perlembagaan Malaysia jelas tidak berpihak kepada keputusan berkenaan.

Jadi, kalau ada yang terkinja-kinja dengan arahan Ketua Polis Negara kepada Jeff Oii, eloklah berfikir dan kenangkan sejenak bilamana 'WUJUD SALAHGUNA PROSES MAHKAMAH' yang sedang berleluasa tanpa ada sebarang tindakan mahupun teguran kerana ada klausa yang melindungi mereka.

Akhirnya nanti yang kekal bersalah adalah PDRM dan Kerajaan Malaysia pula akan diarahkan untuk membayar gantirugi kepada mereka yang ditangkap dan dibicarakan dengan keputusannya, tidak didapati bersalah!


Monday, September 21, 2015

HAKIM MAHKAMAH TINGGI SEBELAHKAN THE EDGE DAN PUTUSKAN, KDN SALAH KERANA GANTUNG PERMIT THE EDGE DAN THE EDGE FINANCIAL DAILY!!!



Syarikat penerbitan The Edge Communications Sdn Bhd berjaya dalam permohonan mereka untuk membatalkan keputusan Menteri Dalam Negeri yang menggantung permit dua akhbar, The Edge dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan berkuat kuasa pada 27 Julai lalu.

Utusan Online melaporkan, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Asmabi Mohamad dalam keputusannya membenarkan permohonan The Edge Communications setelah berpendapat surat tunjuk sebab yang dikeluarkan tidak memperincikan mana satu artikel yang didakwa telah mendatangkan kegusaran dan mengganggu ketenteraman awam.

Menurut Asmabi, keputusan menggantung permit itu adalah satu perkara yang bertentangan dengan Seksyen 7(1) Akta Penerbitan dan Mesin Cetak.

Permit kedua-dua akhbar berkenaan digantung ekoran tindakan menyiarkan beberapa siri artikel berkaitan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam dan negara.

Peguam Kanan Persekutuan, Alice Loke Yee Ching mewakili Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Menteri Dalam Negeri yang dinamakan sebagai responden pertama dan kedua.

Peguam Darryl Goon mewakili The Edge selaku pihak pemohon. (FMT)


Friday, February 13, 2015

KERANA NAMA ABDUL RAHIM, HUKUMANNYA PENJARA 60 TAHUN, SEBAT 22 ROTAN... NAMANYA ANWAR IBRAHIM, HANYA PENJARA 5 TAHUN!!! ADILKAH?



Adilkah? Adakah kerana namanya Anwar Ibrahim, maka dia diberikan keistimewaan sebegini rupa?

Pada tahun 2007, seorang pekerja kontrak Dewan Bandaraya bernama Abdul Rahim bin Abdul Rahman telah disabitkan oleh mahkamah di bawah Seksyen 377B dan dijatuhi hukuman penjara selama 60 tahun dan 22 sebatan rotan.

Dalam rayuannya, dia menyatakan perbuatannya dilakukan secara suka sama suka.

Pada 2010, Mahkamah menolak rayuannya dan mengekalkan hukuman penjara 60 tahun dan 22 sebatan rotan.

Sementara itu, pada 2014, seorang Ahli Parlimen bernama Anwar bin Ibrahim telah disabitkan oleh mahkamah di bawah Seksyen 377B tetapi hanya dihukum penjara selama 5 tahun.

Dia telah membuat rayuan dan para peguamnya menyatakan perbuatannya itu dilakukan secara suka sama suka.

2015, Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya dan mengekalkan hukuman yang telah dijatuhi oleh Mahkamah Agung.

PERSOALANNYA... MENGAPA TIADA KEADILAN DALAM ISU INI?

Mengapa Abdul Rahim Abdul Rahman dikenakan hukuman penjara 60 tahun dan 22 sebatan sedangkan Anwar Ibrahim hanya penjara 5 tahun, sedangkan kesalahan kedua-duanya adalah sama iaitu di bawah 377B?

Mengapa para pecacai Pakatan tidak memperjuangkan keadilan dalam hal ini?

BACA DI SINI, SINI dan SINI


 
Blogger Templates