Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label nfc. Show all posts
Showing posts with label nfc. Show all posts

Wednesday, October 25, 2017

GAGAL MENGELAK DARIPADA DIBICARAKAN KERANA KES BAFIA, RAFIZI SALAHKAN NAJIB DAN KERAJAAN JUGA?!!!



Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli telah diarahkan untuk membela diri bagi tuduhan mendedahkan kerahsiaan perbankan yang berkaitan dengan National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp).

NFCorp merupakan syarikat swasta yang diberikan konsesi fidlot daripada National Feedlot Centre (NFC). NFC merupakan milik penuh kerajaan.

Turut dituduh bersama-samanya adalah kerani bank, Johari Mohamad. Dia telah diarahkan hakim Mahkamah Sesyen Zamri Bakar untuk membela diri kerana bersubahat dengan Rafizi Ramli. 

Hakim membuat keputusan tersebut selepas mendapat ada kes prima facie terhadap Rafizi dan Johari. 

Menurutnya, dia berpuas hati, pihak pendakwa berjaya membuktikan semua elemen undang-undang terhadap kedua-dua tertuduh. 

Rafizi didakwa mempunyai akses ke atas profil dokumen-dokumen empat pelanggan bank membabitkan NFCorp, National Meat and Livestock Sdn. Bhd, Agroscience Industries Sdn. Bhd dan ke atas Pengerusi Eksekutif NFCorp Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail. 

Dia turut dituduh mendedahkan dokumen-dokumen tersebut kepada pihak media dan wartawan di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1 pada 7 Mac 2012. 

Rafizi didakwa kerana mendedahkan perincian tersebut yang dilindungi di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (BAFIA). Manakala Johari pula didakwa kerana bersubahat dengan Rafizi melakukan kesalahan yang sama, di tempat dan tarikh yang sama. 

Nasib malang terus mengiringi Rafizi. Setelah bertahun-tahun cuba mengelak, bahkan menggunakan semua peluang undang-undang untuk mengenepikan tuduhan tersebut, termasuklah membuat tuduhan Kerajaan Najib Abdul Razak menyalahgunakan undang-undang untuk melindungi penyelewengan walaupun sebenarnya dialah yang melanggar undang-undang, akhirnya dia perlu juga berhadapan dengan perbicaraan melibatkan undang-undang BAFIA. 

Undang-undang BAFIA merupakan undang-undang yang digunakan dan diterimapakai di seluruh dunia. 


Rafizi gagal menggugurkan kes BAFIA itu dan hakim mengarahkannya untuk membela diri. Bahkan hakim juga berkata, kes tersebut yang sudah tertangguh selama 5 tahun, perlu dipercepatkan dan mengarahkan para peguam untuk mencari tarikh yang paling hampir untuk memulakan prosiding. 

Ternyata Rafizi tidak berpuas hati dan menyalahkan Najib. Sedangkan dialah yang menangguh-nangguhkan kes tersebut dengan mencabar peruntukan undang-undang beberapa kali, bahkan mempertikaikan hakim yang mengadili kesnya juga beberapa kali. 

Pada 1 November 2016, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi telah mengarahkan Rafizi membayar sebanyak RM200,000 kepada Mohamad Salleh Ismail dan NFCorp sebagai gantirugi berhubung fitnah pembelian hartanah KL Eco City. Rafizi juga diarahkan membuat bayaran sebanyak RM100,000 sebagai kos mahkamah. 

Dalam taktiknya cuba melengah-lengahkan masa, Salleh kemudiannya mengambil tindakan pengisytiharan muflis ke atas Rafizi Ramli. Pengisytiharan tersebut membuatkan Rafizi kelam-kabut dan memberikan pelbagai alasan selain mula memungut derma dari orang ramai dan penyokong. Hasilnya, dia berjaya memperolehi lebih RM1.5 juta yang turut menyaksikan satu lagi polemik dan kontroversi berlaku membabitkannya dan Latheefa Koya, salah seorang pemimpin utama PKR. 


Monday, October 31, 2016

RAFIZI TIDAK HAIRAN LANGSUNG DIDAPATI BERSALAH FITNAH NFCORPS KERANA MATLAMATNYA ADALAH MUSNAHKAN SAINGAN KE ATAS KARTEL-KARTEL DAGING!!!



Mahkamah telah memutuskan bahawa Rafizi Ramli adalah seorang penfitnah!

Dan ini terbukti menerusi keputusan hari ini apabila Rafizi Ramli diarahkan membayar gantirugi sebanyak RM200 ribu kepada NFCorps dan RM100 ribu sebagai kos mahkamah.

Rafizi didapati bersalah kerana membuat fitnah, NFCorps membeli lapan hartanah menggunakan wang pinjaman kerajaan. (RUJUK SINI).

Mahkamah bagaimanapun menolak permohonan NFCorps dan Pengerusinya, Mohamad Salleh Ismail untuk mendapatkan gantirugi kerosakan daripada Malaysiakini yang melaporkannya.

Isu NFCorps terus berlarutan sehingga ke hari ini. Cerita-cerita aneh, kononnya lembu-lembu dibeli dan disimpan di kondo mewah berhawa dingin, menjadi momokan puak-puak berkenaan yang telah mempromosikan dan mempublisitikan, bahkan melebih-lebihkan sehingga ke tahap pendewaan terhadap fitnah yang dibuat oleh Rafizi Ramli.

Rata-rata percaya bahawa NFCorps adalah sebuah syarikat yang telah menyonglap duit rakyat walaupun berkali-kali pengurusan syarikat berkenaan menegaskan bahawa wang berkenaan adalah pinjaman mudah daripada kerajaan.

Dan setiap pinjaman - sama ada mudah atau 'susah' - perlu dibayar kembali setiap sen berserta faedah dan perubahan nilai semasanya.

Memang benar, Rafizi telah dibuktikan bersalah menfitnah. Memang benar juga bahawa NFCorps telah dianiayai oleh Rafizi Ramli sehingga operasinya dihentikan dan keseluruhan syarikat tersebut telah disita, manakala aset-asetnya telah dibekukan selain pembayaran kembali terpaksa dibuat walaupun berada dalam keadaan beku.

Pembuktian fitnah Rafizi Ramli tidak mengubah apa-apa pun. Bahkan mengesahkan bahawa Rafizi Ramli sebenarnya sengaja menjadikan dirinya sebagai kambing hitam yang bertujuan untuk memastikan keuntungan pihak tertentu yang berada di belakangnya dalam isu fitnah NFCorps, terjaga dan terjamin.

Yang pasti, NFCorps dan bekalan daging yang lebih terjamin kualiti untuk rakyat Malaysia, khususnya umat Islam, telah pun runtuh sepenuhnya. Kartel-kartel daging yang menguasai pasaran di Malaysia, boleh bergelak tawa dan tidak ada masalah langsung untuk membiayai pembayaran RM300 ribu Rafizi Ramli kepada NFCorps dan mahkamah.


Tuesday, November 24, 2015

ISU NFCORP: SALLEH DIBEBASKAN DARIPADA SEMUA TUDUHAN, RAFIZI RAMLI YANG BUAT FITNAH BILA LAGI NAK BERTANGGUNGJAWAB?



Hari ini, pagi tadi, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah melepas dan membebaskan Pengerusi Eksekutif Nasional Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), Datuk Seri Dr. Mohammad Salleh Ismail daripada semua pertuduhan yang dihadapi, termasuklah pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM49.7 juta.


Rafizi Ramli begitu bangga kerana pendedahannya pada tahun 2011 telah berjaya menggagalkan projek feedlot kebangsaan yang bertujuan membekalkan daging halal kepada pasaran domestik dan menjadi hub daging halal untuk pasaran serantau. (RUJUK SINI)

Dari tahun 2011 sehinggalah kini, isu NFCorp telah digabungkan dan dikelirukan oleh Rafizi Ramli serta gerombolannya dengan NFC, entiti kerajaan yang telah ditegur oleh Ketua Audit Negara berhubung kegagalan entiti tersebut untuk mengawalselia jumlah ternakan lembu yang sepatutnya.

Pasaran daging halal di Malaysia merupakan antara perniagaan 'kecil' yang menjana pendapatan berbilion-bilion ringgit setahun. Dan pasaran daging halal pula, dikuasai sepenuhnya oleh kartel yang majoriti mereka memperolehi bekalan daging lembu atau sebenarnya lebih tepat lagi, kerbau, dari India. Hanya segelintir pemain kecil industri tersebut dari kalangan umat Islam dan memperolehi bekalan dari negara-negara yang mempunyai protokol dan prosedur penyembelihan serta pembekalan yang menepati peraturan halal.


Kejayaan besar Rafizi Ramli dan PKR menggagalkan projek fidlot kebangsaan yang mana NFCorp adalah antara pemainnya, memperlihatkan bagaimana kartel-kartel berjaya menggunakan permainan dan persepsi politik untuk terus mendominasi dan memonopoli pasaran daging halal tempatan.

Hari ini, sudah terbukti, segala pendedahan yang dibuat oleh Rafizi Ramli dan gerombolannya adalah berniat jahat dan mewakili kepentingan sesuatu pihak.



Rafizi Ramli masih berhadapan dengan beberapa kes pendakwaan dalam isu ini. Antara yang paling menarik ialah BAFIA dan ketirisan maklumat perbankan yang kalau tidak ditangani dengan sempurna, akan memperlihatkan industri perbankan negara ini sebagai TIDAK BOLEH DIPERCAYAI.

Adakah dengan pembebasan Datuk Seri Salleh ini, akan membolehkan Rafizi menanggung dosa-dosa ciptaannya sendiri atau dia juga akan dibebas serta dilepaskan walaupun kerosakan yang dilakukannya cukup besar?




Tuesday, May 19, 2015

SHAHRIZAT ABDUL JALIL NYATAKAN SIMPATI APABILA SHAMSUBAHRIN DIPENJARA 8 TAHUN DAN 4 SEBATAN!!!



Ahli perniagaan Shamsubahrin Ismail dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas didapati bersalah terhadap lima pertuduhan menipu Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail melibatkan RM1.75 juta dan 17 pertuduhan pengubahan wang haram.

Hakim Rozilah Salleh menjatuhi hukuman penjara antara 5 dan 8 tahun serta 4 sebatan terhadap Shamsubahrin, 49, bagi 5 pertuduhan menipu manakala penjara antara enam bulan dan lima tahun bagi 17 pertuduhan pengubahan wang haram mengikut Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (Amlatfa).

Dengan itu, Shamsubahrin hanya perlu menjalani hukuman penjara 8 tahun selepas mahkamah memerintahkan dia menjalani hukuman penjara itu secara serentak bermula hari ini.

Rozilah juga memerintahkan tertuduh membayar penalti RM611,895.94 bagi kesalahan di bawah Amlatfa iaitu sejumlah harta yang dilesapkannya.

Katanya, penalti itu yang berkuat kuasa hari ini perlu dijelaskan dalam tempoh 3 bulan dan jika gagal bayar tertuduh perlu menjalani hukuman penjara 4 tahun.


Bagaimanapun, Rozilah membenarkan permohonan peguam Hasnal Rezua Merican untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan menaikkan wang jaminan daripada RM300,000 kepada RM350,000 dengan seorang penjamin.

Dalam prosiding hari ini, Shamsubahrin yang berjubah putih, ditemani isteri dan ahli keluarga, kelihatan tenang sebaik hukuman terhadapnya dijatuhkan.

Rozilah dalam penghakimannya, berkata mahkamah berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap tertuduh pada akhir kes pembelaan.

Beliau berkata, mahkamah sependapat dengan pihak pendakwaan bahawa hujahan pembelaan hanya mengenai kesan terhadap pindaan pertuduhan dan tidak menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

"Hujahan pembelaan hanya membangkitkan isu pindaan dan tidak menyentuh mengenai pengakuan tertuduh yang mereka-reka cerita tentang khidmat pesanan ringkas (SMS) sehingga mendorong mangsa menyerahkan 4 keping cek," katanya.

Bagi pertuduhan mengikut Amlatfa pula, Rozilah berkata tertuduh tidak mencabar keterangan yang beliau mendepositkan, mengeluarkan, memindah wang seperti pertuduhan.

"Saya percaya ia transaksi hasil daripada penipuan. Mahkamah tidak terima penjelasan tertuduh. Ia berjaya dibuktikan melampaui keraguan munasabah," katanya.

Rozilah turut berkata, tertuduh sengaja mengambil kesempatan terhadap keadaan Mohamad Salleh (saksi pendakwaan ke-42) yang ketika itu diserang melalui laporan media dan parti pembangkang berhubung isu pengurusan NFCorp.

Terdahulu, ketika rayuan meringankan hukuman, peguam Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin memaklumkan anak guamnya seorang yang inovatif dan telah memberi sumbangan kepada masyarakat antaranya meningkatkan kualti perkhidmatan teksi di Suria KLCC.

Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan (Polisi) Jabatan Peguam Negara Datuk Abdul Razak Musa berkata kesalahan tertuduh adalah serius membabitkan jumlah wang yang besar dan memohon hukuman maksimum dikenakan terhadap tertuduh.

Pada 30 Disember 2011, Shamsubahrin didakwa terhadap lima pertuduhan menipu Mohamad Salleh membabitkan RM1.75 juta dan pada 18 Jun 2012 dia didakwa terhadap 17 pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram.

Dia didakwa menipu iaitu menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat dengan menyatakan dia disuruh oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membantu Mohamad Salleh dan menawarkan untuk menjalankan kerja-kerja konsultan bernilai RM2.75 juta sehingga mendorong Mohamad Salleh bersetuju membayar wang perkhidmatan kepadanya. – Bernama, 18 Mei, 2015.


Tuesday, January 6, 2015

KERANA TUDUHAN-TUDUHAN JAHAT INILAH, NURUL IZZAH DISAMAN OLEH NFCORP!!!


Nga Kor Ming dan sekalian pecacai Pakatan Rakyat sekarang ini sedang sibuk mencari-cari alasan untuk mempertikaikan saman ke atas Nurul Izzah. Gagal untuk menyanggah tuduhan ke atas Nurul Izzah, mereka sekarang ini beralih taktik dengan cuba menggambarkan mahkamah sebagai mahkamah UMNO dengan harapan, hakim yang menghakimi kes saman ini akan berasa tertekan dan kemudian membuat keputusan bagi membuktikan proses perundangan tidak dipengaruhi oleh UMNO-BN.

Ada banyak perkara menarik mengapa Nurul Izzah disaman malu oleh NFCorp dan Pengerusinya, Mohamad Salleh Ismail. (RUJUK SINI)

1. Nurul Izah membuat kenyataan umum bahawa NFCorp menggunakan dana awam untuk membeli hartanah persendirian.
"Ini adalah kerana DANA AWAM MEMBAWA MAKSUD WANG KERAJAAN dan menggunakan wang kerajaan untuk pembelian persendirian adalah rasuah."

2. NFCorp menolak dakwaan bahawa wang daripada pinjaman persekutuan itu yang didepositkan dalam Public Bank telah digunakan sebagai sandaran untuk meminjam dari bank yang sama untuk pembelianharga bernilai tinggi di KL Eco-City.
"Saya tidak meminjam sebarang wang dari Public Bank untuk pembelian di Eco City dan oleh kerana itu, tiada sebarang keperluan untuk menyandarkan pinjaman kerajaan kerana saya tidak meminjm wang."

NFCorp memberikan penjelasan bahawa Public Bank ada menawarkan pinjaman-pinjaman bank bagi pembelian 8 unit premis di KL Eco-City tetapi kemudian menarik balik surat tawaran sejurus sebelum sidang media Nurul Izzah pada 2012. NFC mengesahkan bahawa wang berjumlah RM71.4 juta yang merupakan sebahagian daripada pinjaman RM250 juta yang diberikan secara beransur-ansur oleh Kerajaan Persekutuan telah didepositkan di Public Bank. Wang berkenaan tidak pernah digunakan untuk membeli lapan unit premis berkenaan.

Wang bernilai RM71.4 juta itu telah dirampas oleh kerajaan sejurus selepas kontroversi dicetuskan tetapi dipulangkan semula pada tahun berikutnya tanpa sebarang penjelasan melibatkan perampasan sebelumnya.

Kes ini agak menarik. Apa yang perlu dilakukan oleh NFCorp adalah perkara-perkara berikut:

(1) membuktikan bahawa Nurul Izzah telah membuat kenyataan berkenaan (ini tidak sukar kerana ramai saksi, laporan berita, rakaman video dan sebagainya).

(2) membuktikan bahawa RM71.4 juta tidak pernah dikeluarkan dari bank. (ini juga tidak sesukar mana kerana sekiranya RM71.4 juta telah dikeluarkan untuk pembelian premis-premis berkenaan, bagaimana kerajaan boleh merampasnya?)

(3) membuktikan bahawa tiada pinjaman bank telah dibuat untuk membeli 8 unit premis di Eco City (ini juga mudah kerana apa yang perlu dilakukan cuma membuktikan tiada pinjaman bank dibuat dengan menyandarkan deposit RM71.4 juta, apatah lagi sekiranya NFCorp mempunyai dokumen-dokumen yang menunjukkan Public Bank telah menarik kembali tawaran pinjaman).

(4) Kirakan berapa kerosakan dan kerugian yang dialami oleh NFCorp kesan daripada tindakan Nurul Izzah dan perampasan yang dibuat oleh kerajaan. (Sepatutnya NFCorp juga menyaman kerajaan kerana kerosakan dan kerugian kecuali perjanjian dalam pinjaman mudah menyatakan kerajaan boleh membatalkan pinjaman berkenaan pada bila-bila masa.) Kerugian sebenar adalah bersifat subjektif tetapi setidak-tidaknya boleh diukur berdasarkan kadar faedah daripada simpanan tetap RM71.4 juta yang bernilai sekurang-kurangnya RM3 atau 4 juta setahun.

Apatah lagi, apabila kita membeli hartanah, kita tidak semestinya menyandarkan wang tunai untuk mendapatkan gadaian ke atas hartanah berkenaan. Bank-bank biasanya akan menggunakan hartanah yang dibeli sebagai sandaran kepada pinjaman yang dibuat. Itu proses biasa dalam pembelian rumah mahupun hartanah lain.

Berdasarkan kepada beberapa faktor, Nurul Izzah sebenarnya tidak begitu selesa. Apatah lagi selepas dia kalah saman malu kepada Raja Nong Chik sehingga memaksa dia mengakui yang dia menipu dan melakukan fitnah semata-mata untuk menang kerusi Parlimen Lembah Pantai pada PRU-13 lalu, besar kemungkinan saman ini menjadi kekalahan kali keduanya. Dan sudah pasti, saman kali ini tidak akan berakhir dengan permohonan maaf dan pengakuan bersalah, sebaliknya turut akan melibatkan wang ringgit dalam jumlah yang sangat besar.

Katakanlah sekiranya dia kalah, adakah Nurul Izzah layak digelar PUTERI FITNAH TERULUNG MALAYSIA?

Seperkara lagi, memandangkan ini adalah pinjaman mudah, bagaimana pula ia boleh dikategorikan sebagai CURI WANG RAKYAT sedangkan pinjaman berkenaan wajib dibayar dalam tempoh tertentu?

Paling lebih pun istilah yang lebih digunakan ialah salahguna pinjaman bukannya curi wang rakyat. Sekiranya NFCorp gagal menepati sasaran dan janji (yang mana masih belum sampai tempohnya), mahupun gagal menjayakan projek berkenaan, bolehlah kita katakan ia sebagai projek gagal. Pun begitu, tuntutan bagi pembayaran semula pinjaman tetap perlu dibuat.

Dalam kes ini, NFCorp telah dituduh mencuri wang rakyat dan menggelapkan dana awam, sedangkan pada masa yang sama, DAP dan PKR bertungkus-lumus cuba menggagalkan projek yang baru sahaja bermula!!!

Sekarang, siapa yang curi wang rakyat?


Tuesday, December 9, 2014

KERANA RAFIZI RAMLI DAN 4 ORANG KONCO-KONCONYA, PUBLIC BANK BERHADAPAN DENGAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG!!!

Public Bank yang enggan bergabung dengan bank-bank lain pada tahun 1997 dengan alasan memiliki aset serta modal yang besar selain mampu menyerap serangan matawang dan ekonomi oleh Zionis, akhirnya berhadapan dengan kesombongan dan keangkuhan mereka sendiri.

Di mana-mana negara di dunia ini, setiap bank atau institusi kewangan akan tertakluk kepada undang-undang atau akta perlindungan kewangan yang turut memberikan perlindungan keselamatan selain keselamatan data peribadi pelanggan.

Namun tidak begitu yang diamalkan oleh Public Bank.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa selain daripada seorang kerani Public Bank di cawangan Jinjang, empat orang pekerja bank tersebut dari beberapa cawangan Public Bank Berhad pada masa yang sama telah menyelinap dan mencuri data-data kewangan peribadi syarikat National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp), syarikat-syarikat yang berkait dengannya, para pengarahnya termasuklah pengerusinya, Datuk Dr. Mohamd Salleh Ismail.

Salleh dalam testimoninya di hadapan Hakim Datuk John Louis O'Hara berkata, pihak pembangkang telah beberapa kali memperolehi maklumat tentang data-data kewangan peribadinya. Salleh membuat pendedahan selepas siasatan yang dijalankan oleh Pengarah IT di Public Bank mendedahkan, tiga pegawai dari Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Kad Public Bank, Cawangan Labuan dan Pengurusan Deposit di Ibu Pejabat Public Bank telah mencuri maklumat daripada akaun kewangannya. Seorang lagi dari Ibu Pejabat yang mengawal sistem utama perbankan Public Bank masih gagal dikenalpasti. Cawangan-Cawangan ini, Jabatan serta Bahagian yang terlibat dalam pembocoran maklumat akaun kewangan peribadinya, tidak mempunyai sebarang kaitan dengannya.

Salleh dan NFCorp hanya mempunyai akaun-akaun Public Bank di cawangan mereka di Jalan Hang Lekiu.


"Kebocoran dan penyiaran maklumat-maklumat tersebut telah menaikkan kemarahan awam sekaligus membuatkan pihak berkuasa bertindak. Lima hari selepas itu, saya telah didakwa dan dua hari berikutnya, pihak berkuasa di bawah AMLA telah menyita aset-aset syarikat saya yang diletakkan di bawah Public Bank. Kesan daripada kebocoran tersebut, sidang media, penyiaran berita, dakwaan dan penyitaan aset telah dilaporkan lebih dari 110 kali menerusi media. Kesannya, perniagaan saya di NFCorp dan kumpulan anak syarikat, telah rosak dan tidak dapat dipulihkan."

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli telah mendedahkan 21 akaun bank dalam satu sidang media pada 7 Mac 2012 dan secara berulang-ulang kali memberitahu dengan bangganya, dia telah mengesahkan ketulenan dokumen-dokumen bank berkenaan menerusi konco-konconya di Public Bank.

NFCorp, dan anak-anak syarikatnya, para pengarah termasuklah Pengerusinya, Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail telah menyaman Public Bank Berhad kerana gagal melindungi kerahsiaan akaun-akaun kewangan pelanggannya dan kegagalan tersebut telah menyebabkan plaintif kehilangan perniagaan.

Dengan menggunakan maklumat kewangan pelanggan yang telah dibocorkan, Rafizi Ramli telah melakukan pembohongan, pemutarbelitan dan dengan sengaja menfitnah menerusi media dan kepada pihak awam. Menurut Rafizi, Salleh telah mengambil lapan pinjaman bank untuk membeli hartanah di KL Eco City dengan menyandarkan deposit pinjaman kerajaan di Public Bank.

Rafizi telah menggunakan dokumen-dokumen bank itu untuk menipu media kononnya lapan pinjaman bank telah dibuat dan Datuk Salleh berhadapan dengan masalah untuk membuat pembayaran balik kesemua pinjaman berkenan, sekaligus menyebabkan pinjaman mudah kerajaan yang didepositkan di bank berkenaan, akan diserahkan kepada bank sebagai cara pembayaran.

Hakikatnya, TIADA SEBARANG PINJAMAN BANK yang dibuat dari Public Bank untuk pembelian lapan unit lot pejabat KL Eco City sebagaimana yang didakwa oleh Pakatan Rakyat.

Dalam hal ini, PUBLIC BANK bertindak sebagai pelindung dan penggalak kepada Rafizi Ramli serta Pakatan Rakyat. Public Bank langsung tidak mengeluarkan sebarang kenyataan menafikan sebarang pinjaman bank telah dibuat untuk pembelian lapan hartanah di KL Eco City. Bahkan tindakan Public Bank mendiamkan diri seperti dengan sengaja menganiayai pelanggannya sendiri.

Public Bank terus membisu walaupun menyedari tuduhan-tuduhan yang direka oleh Rafizi Ramli dan Pakatan Rakyat memberi kesan yang sangat buruk kepada plaintif. Sehingga ke hari ini, Public Bank terus membisu dan langsung tidak mempertahankan pelanggan mereka.


Peguam utama NFCorp dan Salleh, Muhammad Shafee Abdullah berkata, pihaknya bercadang untuk mensapinakan Pengerusi Public Bank Berhad, Dr. Teh Hong Piow untuk menjawab sebarang soalan membabitkan integriti Public Bank dan perlanggaran kerahsiaan dalam isu ini.

Walaupun Public Bank banyak memenangi anugerah, namun kegagalan Public Bank mempertahankan maklumat-maklumat sulit perbankan pelanggannya daripada pihak tidak bertanggungjawab dan mempunyai sebarang kepentingan, perlu dijawab sendiri oleh Public Bank.

NOTA TAMBAHAN:

TIADA SEORANG PUN AHLI LEMBAGA PENGARAH PUBLIC BANK SELAIN DARIPADA ORANG CINA! (rujuk sini)

HANYA EMPAT ORANG MELAYU DAN TIADA SEORANG PUN INDIA ATAU KAUM LAIN DARIPADA 32 ORANG DALAM TOP MANAGEMENT PUBLIC BANK BERHAD!!! (rujuk sini)

PENGERUSI PUBLIC BANK, TEH HONG PIOW MERUPAKAN ORANG KETIGA TERKAYA DI MALAYSIA!!! (rujuk sini)


 
Blogger Templates