Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label anwar ibrahim. Show all posts
Showing posts with label anwar ibrahim. Show all posts

Thursday, June 20, 2019

BUKU MENGAPA ANWAR TAK BOLEH JADI PM? ANWAR, JOHARI PUTAR FAKTA


Oleh : Yahaya Ismail

Saya ingin memberi penjelasan supaya rakyat tidak terpengaruh dengan putarbelit Anwar dan Johari mengenai naskah pra-cetak berjudul ‘Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM. Saya penulis buku itu.

Saya tidak diupah oleh sesiapa pun untuk menulisnya. Ia adalah hasil kajian saya sendiri. Saya telah menulis hal politik, lebih 50 judul buku politik, sejak 40 tahun dulu. Salah satu buku yang saya terbit pada athun 1993 berjudul ‘Anwar Ibrahim Antara Nawaitu dan Pesta Boria’.

Saya mengkritik kepimpinannya, dan dia telah menjemput saya ke rumahnya untuk bincang hal politik selama dua jam dari jam 11.45 malam sampai 1.45 pagi. Dia takut saya mendedahkan berbagai tindakannya yang tidak mengikut ajaran agama walaupun dia mendabik dada sebagai pejuang Islam. Dia takut saya mendapat maklumat lebih banyak mengenai hubungan homoseknya.

Anwar kawan saya sejak tahun 70an. Tapi saya tidak sejalan dengan politiknya. Saya tidak menyertai mana-mana parti politik. Sebagai penulis saya mencari kebenaran, dan berjuang untuk bangsa, agama dan negara.

Umum tahu Anwar meroyan hendak jadi PM. Banyak orang, khasnya Melayu beragama Islam, tidak boleh menerima seorang homosek sebagai pemimpin. Baca kemurkaan Allah dalam al-qur’an terhadap homosek yang dilaknati Allah di Sodom dan Gemorrah. Sebagai penulis beragama Islam saya tidak boleh terima dia sebagai PM. Saya bagi berbagai fakta dan hujah dalam naskah itu mempertahankan pendirian saya.

Saya memberi naskah itu kepada beberapa orang tertentu untuk mendapat komen mereka. Juga saya promosikan buku itu dalam whatapp melalui kulit buku tersebut. Itu bukan kesalahan buat prmosi buku.

Saya bagi naskah itu kepada Anwar dan juga Johari untuk mereka baca, dan kalau mahu, membeli hak ciptanya Ini lazim dilakukan dalam bisnes penerbitan. Saya kemukakan naskah itu kepada beberapa individu tertentu untuk mereka beli hakcipta. Saya letak harga jualan hakcipta RM400 ribu kerana saya tahu buku ini boleh jadi bestseller. Pengalaman selama 40 tahun sebagai penerbit/penulis saya tahu jenis buku yang boleh jadi bestseller.

Saya terkejut bila Anwar berkata saya hendak perasugut dia minta bayaran RM400 ribu. Harga itu berdasarkan nilai hakcipta yang saya bakal jual kepada pembeli. KALAU DIA TIDAK MINAT JANGAN BELI. TAK ADA PAKSAAN APA-APA SEBAB HAKCIPTA ITU SAYA YANG PUNYA. SAYA BERHAK MENERBITKAN BUKU ITU SENDIRI KERANA HAKCIPTA SAYA PUNYA. KALAU SAYA TERBIT BUKU ITU DAN KALAU ANWAR ATAU JOHARI MENGATAKAN SAYA FITNAH BOLEH SAMAN SAYA KELAK. WHAT IS THE PROBLEM?

Barangkali Anwar dan Johari terlalu meroyan dalam politik dalam situasi politik yg tidak keruan sekarang maka mereka tidak faham makna ‘naskah pracetak dengan ‘buku’. Saya tidak perlu memerasugut Anwar untuk menjual hakcipta buku itu. Itu kerja orang bodoh. Saya tidak berkawan dengan gangster untuk mendapat sokongan memerasugut politikus yang dua kali masuk penjara kerana meliwat. Itu fakta, bukan auta.

Kalau mereka menuduh saya penulis upahan menghasilkan buku itu sila tunjuk bukti. Boleh cek akaun bank saya. Sila dedahkan nama manusia yang bermurah hati mengupah saya.
Saya akan menyaman mereka kerana menuduh saya penulis upahan.

InsyaAllah saya akan menerbitkan buku ini kelak sekiranya tidak ada pihak lain yang sanggup membeli hakciptanya.

Monday, February 4, 2019

ANWAR IBRAHIM KEKAL DENGAN GELARAN, PM-IN WAITING TERLAMA DI DUNIA BILA AZMIN ALI DILAPORKAN BAKAL DILANTIK TPM SELEPAS RAYA CINA!!!



Tiga hari lepas (1 Februari 2019), page FB Kedahan69ers menyiarkan satu status berhubung Azmin Ali.

Status yang tertulis:

"TAHNIAH AZMIN ALI...

Admin diberitahu, gazet Kementerian Ekonomi yang diterajui Azmin Ali, telah ditarik balik

Sebabnya...

Azmin bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas Tahun Baru Cina."

Hari ini, Sinar Harian telah mengeluarkan satu artikel tentang ura-ura Azmin Ali bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri menggantikan Wan Azizah, sekaligus menyepak ke tepi calon Perdana Menteri paling lama di dunia, Anwar Ibrahim. Artikel tersebut bagaimanapun, telah dikeluarkan dari siaran oleh Sinar Harian.

Besar kemungkinan kerana komplen daripada kem Azmin Ali yang cuba mengurangkan masalah, terutama dengan Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dan Rafizi Ramli.


Namun berita tersebut diulang siar semula oleh Utusan Online yang bersandarkan kepada artikel daripada blog, Another Brick In The Wall (RUJUK SINI).

Menurut Utusan dan blog berkenaan, Azmin Ali akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas sambutan Tahun Baru Cina.

“Tiada apa-apa perbezaan kepada Mahathir tentang bagaimana Azmin akan dibawa ke atas, sama ada dia dan pengikutnya meninggalkan PKR atau menyertai Bersatu atau membentuk parti baharu, dia patut tahu apa yang perlu dilakukan apabila berada di kedudukannya.

“Azmin juga memutuskan untuk terus bersama PKR, ia lebih ekonomikal daripada memulakan sesuatu. Pasukannya juga menguasai ahli-ahli PKR dan Majlis Pimpinan Pusat, pelantikan Rafizi Ramli sebagai Naib Presiden tidak signifikan kerana dia tidak setanding dengan Azmin dan Mahathir,” ujar blog itu lagi.

Mengulas mengenai nasib Anwar, penulis blog itu juga mendakwa Presiden PKR itu akan sekali lagi menjadi mangsa fitnah namun kali ini tidak melibatkan kes liwat tetapi berkemungkinan berkaitan isu dana amanah.

“Dengan perancangan untuk menggagalkan laluan Anwar (sebagai Perdana Menteri), usaha melantik Azmin sebagai Timbalan Perdana Menteri dilihat kaedah yang logik,” katanya.

Tambahnya, Perdana Menteri juga telah memberikan pelbagai tugas penting kepada Azmin termasuk sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Kelantan serta kemungkinan mengetuai Majlis Tindakan Ekonomi Negara.


Khabar-khabar angin dan desas-desus ini semakin kuat di Group WhatsApp, apabila dikhabarkan Perdana Menteri, Dr. Mahathir telah menarik kembali semua warta atau gazet Kementerian Ekonomi. 

Ada dua kemungkinan penarikan itu. Sama ada jawatan Menteri Ekonomi yang sekarang ini yang disandang oleh Azmin, digantikan dengan orang lain atau kementerian baru itu hendak dilupuskan. 

Difahamkan, warta atau gazet tersebut perlu kalau hendak menukar menteri atau kementerian baru. Untuk menukar menteri yang disandang oleh Azmin, warta lama perlu dibatalkan terlebih dahulu. 

Monday, August 14, 2017

NOTHING TO HIDE 2.0, ANWAR IBRAHIM PUN BALUN DR. MAHATHIR!!!



Hanya pada era Najib Abdul Razak menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia sahajalah, banduan-banduan kes jenayah termasuklah jenayah liwat mempunyai kebebasan untuk membuat kenyataan-kenyataan media mengikut masa yang disukainya. 

Anwar Ibrahim sedang menjalani hukuman penjara selama 5 tahun di Penjara Sungai Buloh kerana jenayah liwat yang berjaya dibuktikan di mahkamah dan tidak langsung disanggah oleh Anwar Ibrahim meskipun perjalanan kes tersebut memakan masa yang sangat lama. 

Namun dari hari pertama dia dipenjarakan sehinggalah sekarang, beratus-ratus kenyataan medianya boleh dibaca dan ditularkan oleh para pengikutnya. 

Terbaharu, Anwar Ibrahim menggesa Kerajaan untuk mempertahankan hak kebebasan bersuara termasuklah membabitkan bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir selepas forum yang dianjurkan oleh ARMADA Cap Bunga disabotaj oleh ahli sendiri demi usaha menyalahkan UMNO dan meraih simpati masyarakat. 

Ketua Umum PKR itu menuduh polis tidak mengambil sebarang tindakan ketika bas yang dinaikinya dilempar batu dan cermin bas dipecahkan semasa dia berada di dalam bas itu pada PRU-13 yang lepas. 

Menurutnya lagi, dalam ceramah Mahathir semalam yang kemudian diganggu oleh beberapa orang pencetus masalah, kebimbangan tentang kejadian seperti itu akan berulang dan berleluasa pada PRU-14 akan datang, amat kuat. 


"Kerajaan perlu bertanggungjawab untuk memastikan hak dan kebebasan menyuarakan pandangan, termasuklah oleh Dr. Mahathir, perlu dipertahankan," kata Anwar dalam kenyataan tersebut. (RUJUK SINI)

Pihak polis sebelum ini enggan memberikan kebenaran dan kelulusan bagi penganjuran Nothing To Hide 2.0 kerana faktor keselamatan, apatah lagi langkah-langkah keselamatan yang diambil oleh penganjur iaitu ARMADA, amat kebudak-budakan. Polis bagaimanapun, dituduh enggan bekerjasama dan cuba menahan Dr. Mahathir daripada bersuara. 

Apabila berlaku kejadian seperti semalam, polis dan kerajaan pula yang dipersalahkan. Sekaligus membenarkan teori dan jangkaan sebelum ini, bahawa program Nothing To Hide 2.0 itu sebenarnya rancangan untuk memalukan Najib dan mengangkat Mahathir menerusi provokasi dan anarki. Bagaimanapun, keadaan jadi sebaliknya. Yang dimalukan adalah Dr. Mahathir dan Parti Cap Bunga sendiri. 

Kritik terhadap Dr. Mahathir yang merupakan Perdana Menteri paling lama di negara ini, sudah lama kedengaran. Sepanjang kekuasaan, Mahathir dituduh menyekat kebebasan bersuara. Pentadbirannya turut menahan lebih 100 orang penentangnya dengan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 1987 menerusi Operasi Lalang. Malah dia turut menutup tiga buah akhbar aliran perdana yang didapati menentang dan kerap mengkritiknya.

Dalam program Nothing To Hide 2.0 di Shah Alam semalam, kekecohan mula tercetus apabila Dr. Mahathir gagal menjawab soalan tentang Tragedi Memali. Kekecohan tersebut sekaligus menyelamatkan Dr. Mahathir daripada terus menjawab dan digiring pantas oleh pasukan polis yang telah ditugaskan untuk menjaga keselamatannya.

Tiga orang remaja dilaporkan telah direman selama 4 hari bagi membolehkan siasatan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dijalankan kerana terlibat dalam mencetuskan kekacauan dan memiliki senjata bahaya. 


Tuesday, June 6, 2017

SHAFEE ABDULLAH DIFITNAH DEMI MENSUCIKAN DAN TUKAR FAKTA KONONNYA ANWAR IBRAHIM TIDAK PERNAH MELIWAT!!!



Seperti sudah tidak ada hujah lain, sekali lagi Pakatan mengitar semula isu 1MDB dan SRC. Cuma kali ini lebih 'menarik' apabila cuba mengaitkan Shafee Abdullah yang bertindak sebagai pendakwaraya dalam kes liwat membabitkan Anwar Ibrahim yang kemudian menyaksikan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun setelah didapati, Anwar Ibrahim bersalah atas tuduhan tersebut.

Sampai bila pun, Pakatan khususnya PKR tidak dapat menerima hakikat, Ketua Umum PKR itu adalah seorang penjenayah liwat yang telah disabitkan berdasarkan bukti dan fakta selain kegagalan pihak peguambelanya yang berjumlah berbelas-belas orang itu untuk menghadirkan saksi dan bukti bagi menangkis dakwaan pihak pendakwa.

Kemelut siapa yang akan jadi calon PM sekiranya Pakatan berjaya menguasai Putrajaya pada PRU akan datang menyaksikan, sesuatu perlu dilakukan untuk membersihkan nama Anwar Ibrahim, sekaligus menariknya keluar dari hukuman penjara.

PKR sampai bila pun beranggapan, tiada sesiapa pun yang lebih layak menjadi Perdana Menteri Malaysia melainkan Anwar Ibrahim.

Walaupun kesemua mahkamah telah membuktikan bahawa Anwar Ibrahim seorang peliwat, PKR dan Pakatan perlu mengalihkan fakta tersebut kepada sesuatu yang lebih sensasi menerusi kaedah konspirasi, teori yang paling digemari oleh Anwar Ibrahim.

Shafee Abdullah adalah mangsa fitnah mereka dengan menggunakan khidmat Sarawak Report, WSJ dan Malaysiakini bagi tujuan tersebut.

Dua hari sudah, Mahkamah Rayuan Syariah menolak rayuan Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan qazaf ke atas Shafee Abdullah yang didakwa menuduhnya meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Asas penolakan tersebut adalah mudah. Hakim memutuskan tuduhan qazaf dalam kes liwat tidak terpakai memandangkan di bawah Seksyen 36, qazaf hanyalah seksyen yang diperuntukkan dalam kes pertuduhan zina antara lelaki dan perempuan.

Anwar dan pasukannya tahu. Itulah sebabnya, sebelum proses rayuan tersebut diputuskan, Shafee diserang terlebih dahulu dengan fitnah dan tuduhan yang amat berat dengan kerjasama Wall Street Journal, Sarawak Report dan Malaysiakini. Tuduhan yang tidak berasas dan cubaan untuk mempertikaikan etika guaman di Malaysia yang dilakukan oleh mereka benar-benar melampau. Apatah lagi secara tidak langsung menuduh kesemua hakim yang terlibat dalam proses tersebut di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan sebagai mengambil 'upah' daripada Shafee Abdullah untuk mengekalkan keputusan Anwar Ibrahim bersalah kerana jenayah liwat!

Laporan-laporan polis yang dibuat kononnya Shafee mengambil wang SRC dan 1MDB dari akaun peribadi Najib Abdul Razak, sebenarnya tidak lebih daripada pembodohan yang cuba dilakukan oleh Pakatan dan PKR. Ini adalah kerana akaun bank milik Najib yang didakwa itu dan cuba dikaitkan dengan transaksi sebanyak RM9.5 juta yang dikatakan mempunyai kaitan dengan 1MDB telah ditutup lebih awal. Namun, Pakatan dan PKR menuduh, akaun tersebut telah digunakan sebanyak dua kali untuk melakukan transaksi kepada Shafee sebulan selepas akaun berkenaan ditutup.


Bermula dengan tuduhan menyonglap duit 1MDB dan SRC sebagai dana politik untuk mengukuhkan UMNO dan Barisan Nasional, kini fitnah terpaksa dipanjangkan ke atas Shafee semata-mata kerana mahu memperlihatkan Anwar Ibrahim suci dan tidak seboleh-boleh mungkin tidak bersalah dan tidak pernah meliwat walaupun fakta adalah sebaliknya!

Di dalam kumpulan-kumpulan WhatsApp, para penyokong Pakatan seboleh mungkin cuba menjadikan dana politik yang membabitkan UMNO dan Najib sebagai satu kesalahan besar. Bagaimanapun, mereka tidak pernah berani bercakap tentang dana politik yang membabitkan DAP, PKR, PAN dan Cap Bunga.

Derma RM2.6B, gegak gempita dikerjakan oleh Pakatan sehingga terpaksa mengaitkan Shafee Abdullah dan kes liwat Anwar Ibrahim yang telah terbukti Anwar Ibrahim memang seorang peliwat berdasarkan fakta dan bukti di mahkamah. 

Tetapi, apabila ditanya 'Bagaimana pula dana politik diterima oleh pembangkang, kenapa tidak ISYTIHARkan? 




Monday, June 5, 2017

ANWAR INGATKAN DR. MAHATHIR, JANGAN MEMANDAI-MANDAI NAK JADI CALON PERDANA MENTERI MALAYSIA!!!



Ketika anaknya, Nurul Izzah sedang bergelut untuk menfitnah Dato Mohd Idris Jusi, Ahli Parlimen Batu Pahat menerusi kempen terbaharunya menggunakan klip video, 'REFORMASI - OMONG-OMONG KOSONG", bapanya, Anwar Ibrahim pula bergelut untuk mempertahankan takhta dan mahkotanya selaku CALON PERDANA MENTERI.

Mohd Idris Jusi adalah Ahli Parlimen Batu Pahat dari PKR, parti Nurul Izzah sendiri!


Kata Anwar Ibrahim, Tun Mahathir tidak boleh membuat keputusan siapa yang akan menjadi calon Perdana Menteri dari kalangan pemimpin Pakatan Rakyat. Menurutnya lagi ketika ditemubual di Mahkamah Shah Alam pagi tadi, untuk menamakan calon Perdana Menteri, perlukan konsensus daripada anggota-anggota Pakatan Harapan. 

Berdasarkan kenyataan terbaharu Pengerusi Parti Cap Bunga yang dia mungkin 'terpaksa menimbang' untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi sekiranya rakan-rakan di dalam Pakatan mahukannya, Anwar berkata, "Dia tidak boleh memandai-mandai (membuat keputusan), tetapi Harapan (yang akan membuat keputusan)."

"Orang tidak boleh sukarela (menjadi Perdana Menteri), perlu ada konsensus," katanya lagi kepada portal berita yang menemubualnya ketika Anwar menghadiri pendengaran kes di Mahkamah Shah Alam. 

PKR pada setiap masa menegaskan bahawa Anwar Ibrahim adalah calon untuk Perdana Menteri Malaysia walaupun Parti Cap Bunga menunjukkan perubahan yang lebih dinamik di dalam Pakatan.

Parti Cap Bunga sebelum ini memberikan sokongan sama ada Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Pengerusinya yang lebih berkuasa, Dr. Mahathir sebagai calon pilihan untuk Perdana Menteri sekiranya Pakatan berjaya menguasai Putrajaya pada PRU akan datang.  

Anwar sekarang ini sedang menjalani hukuman penjara selama 5 tahun kerana jenayah liwat membabitkan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada tahun 2008. Berdasarkan undang-undang, dia dilarang daripada terlibat dengan sebarang pilihanraya selama lima tahun selepas dibebaskan daripada penjara nanti. 

Thursday, September 8, 2016

MAKA BERMULALAH PENGGABUNGAN DAN KERJASAMA ANTARA MAHATHIR-ANWAR SECARA RASMI!!!



Akta MKN menjadi titik dan penyebab pertemuan antara Mahathir dan Anwar Ibrahim, dua orang musuh ketat selama 18 tahun yang pada akal logiknya tidak mungkin akan dapat duduk atau bertentang mata lagi buat selama-lamanya. Ini kerana perbalahan mereka yang mengheret rakyat marhein, tidak lagi berkisar dalam hal politik tetapi menjangkau ke masalah peribadi kedua-duanya.

Namun, perancangan-Nya jauh lebih hebat daripada apa yang mampu dijangka oleh manusia. Mahathir yang memerlukan sokongan daripada sesuatu atau seseorang yang lebih berpengaruh - atau dilihat sangat berpengaruh - telah merendahkan egonya ke tahap paling rendah dalam sejarah kerjaya politiknya apabila menanti Anwar Ibrahim di mahkamah ketika Anwar Ibrahim mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara.

Orang PKR yang bertahun-tahun mencemuh Mahathir, tersentak dan terdiam. Orang UMNO mencemuh kedua-duanya. Manakala orang-orang Cap Bunga bersorak sorai sambil bertanya, apa akan berlaku kepada UMNO sekiranya dua orang gergasi bekas UMNO bergabung kembali sambil mengejek-ngejek ketakutan yang mereka sangkakan wujud di dalam UMNO.

MCA, MIC, GERAKAN sekadar jadi pemerhati. DAP pula dalam diam-diam menjadi tukang sorak dan batu api di belakang sambil berpura-pura naif. Parti-parti politik di Sabah dan Sarawak seperti acuh tidak acuh dengan perkembangan semasa walaupun pada masa yang sama, Shafie Apdal dilihat bertungkus-lumus cuba menyebarluaskan pengaruhnya di Sabah.

Hari ini pula, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri mengumumkan kelulusan ROS terhadap penubuhan parti Cap Bunga dengan syaratnya, tidak boleh menggunakan nama BERSATU melainkan PBPM.

Kepantasan kelulusan untuk parti Cap Bunga pimpinan Muhyiddin dan dipengerusikan oleh Mahathir itu, seolah-olah menunjukkan Kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO sudah tidak sabar-sabar untuk berlawan secara terang-terang dengan barisan kepimpinan Mahathir.

Mahathir menggerakkan inisiatif kerjasama dengan Anwar Ibrahim secara teratur. Perlu faham, untuk kembali mendapatkan kepercayaan Anwar Ibrahim yang mempunyai pengaruh besar, bukannya boleh terjah atau menggunakan kuasa undang-undang sepertimana yang kerap dilakukan oleh Mahathir sepanjang dia berkuasa selama 22 tahun dahulu.

Seperti yang diperkatakan, Mahathir telah mencipta sekelompok penyokong yang berstatus billionaire yang tidak mungkin akan berpindah kesetiaan dan sokongan kepada Najib atau Anwar walau apa cara sekalipun. Mereka inilah yang akan bekerja untuk Mahathir walaupun Mahathir mungkin cuba menganyam awan di langit sebagai selendang untuk menutup kepala Tun Siti Hasmah dengan menggunakan kekuatan kewangan mereka yang telah disedut oleh Mahathir dari khazanah perbendaharaan negara sepanjang tempoh dia berkuasa. Pengikut-pengikut berstatus kecil lain, hanyalah sekadar mangkuk tambah yang lebih dikuasai sentimen dan emosi atau ketaksuban membuta tuli.

Gabungan kelompok kecil penyokong Mahathir berstatus billionaire itu dengan kelompok kecil penyokong Anwar Ibrahim yang tidak kurang hebatnya berstatus billionaire juga, ditambah pula dengan penyokong kedua-duanya yang berada di dalam Perkhidmatan Awam termasuklah dalam bidang kehakiman dan perundangan, dilihat lebih berkeupayaan berbanding gerakan secara bersendirian dalam usaha menggulingkan Najib dan UMNO-BN.

Bermula dengan arahan kerjasama antara peguamnya dengan para peguam Anwar Ibrahim, Mahathir secara rasminya mengumumkan kerjasama antaranya dan Anwar Ibrahim. Peguamnya, Haniff Khatri Abdulla berkata, dia telah diarahkan oleh Mahathir dan sebaik-baik menerima arahan, dia telah mengusahakan pertemuan dengan Latheefa Koya, N.Surendran dan Eric Paulsen pada minggu hadapan untuk menyusun gerak kerja seterusnya.

Perkembangan seterusnya dinanti terutama sekali sejauh mana keakraban antara Mahathir dan Anwar Ibrahim akan bertahan.


Tuesday, September 6, 2016

SALAM MAHATHIR-ANWAR IBRAHIM BENAR-BENAR MENAKUTKAN UMNO-BN KE?



Beberapa orang Menteri dan pemimpin UMNO memberikan reaksi berhubung pertemuan bersejarah antara Mahathir dan Anwar Ibrahim. Dan seperti biasa, ulasan-ulasan mereka adalah bertumpu kepada perangai Mahathir yang akan menikam belakang kawan dan sekutunya.

Kata mereka lagi, ciuman Mahathir umpama ciuman maut. Huluran salam Mahathir bererti huluran pembunuhan. Dan Mahathir telah membuktikannya berkali-kali sepanjang sejarah pembabitannya dalam politik negara.

Tidak salahlah kalau ada yang mengatakan drama terbaharu semalam, menakutkan UMNO sebab reaksi-reaksi yang diberikan oleh beberapa orang figura UMNO, menjurus ke aras tanggapan tersebut.


Hakikat yang perlu ditelan ialah, dalam politik, serba-serbinya berkemungkinan. Tidak mustahil sekiranya Teresa Kok yang kuat menentang azan, tulisan jawi, mahupun totok chauvinistnya, tiba-tiba sahaja berpurdah atau berkelambu ke sana ke mari dengan hanya menampakkan mata sepetnya sahaja.

Dan tidak mustahil juga suatu masa nanti, Najib Abdul Razak akan mengulangi gelagat songsang Mahathir memandangkan banyak keputusan dan tindakan Mahathir, dituruti oleh Najib walaupun dengan caranya yang tersendiri atau terbalik seperti, kalau Mahathir lebih mengutamakan kaum korporat dan taukeh-taukeh besar 9 orang, Najib pula lebih banyak memberikan perhatian kepada kaum marhein dengan pembaharuan-pembaharuannya yang ditentang dan dikatakan oleh kaum korporat dan taukeh-taukeh besar 9 orang sebagai satu pembaziran wang negara.

Bagaimana pula dengan reaksi kaum Reformis 1998 yang cukup setia turun ke jalanan bagi tujuan berdemonstrasi sambil mendesak Mahathir meletakkan jawatan?


Bagaimana pula dengan reaksi para pentaksub Mahathir yang hanya mampu mengatakan, Mahathir bukannya berbaik-baik atau berdamai atau akan membersihkan nama Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat, sebaliknya sekadar memberi sokongan kepada penentangan terhadap Akta MKN yang dikatakan akan membiakkan sikap kuku besi Najib walaupun Mahathir sebenarnya yang menjadikan DYMM Yang Di-Pertuan Agong tidak berfungsi dalam meluluskan suatu akta?

Yang pastinya, baik Mahathir mahupun Anwar, sedang mentertawakan para pengikut masing-masing. Manakala para penyokong Najib pula, sangat meriah dengan pelbagai teori berhubung kedua-dua orang berkenaan.

Yang bertepuk tangan, masih lagi Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan keseluruhan gerombolan DAP kerana pemenang sebenarnya adalah mereka!


Monday, September 5, 2016

EEEEIIIII TAKUTNYA BILA MAHATHIR BUAT KEJUTAN SOKONG ANWAR DI MAHKAMAH!!!!



Eiiii takutnya...

Eiiii gentarnya....

Eiii menggeletarnya....

Betullah kata-katanya sendiri, dalam politik, musuh tidak akan kekal sebagai musuh. Kawan tidak akan kekal sebagai kawan. Tetapi tidak mustahil, demi politik, dengan musuh pun boleh berkawan.

Sokongan yang diberikan oleh Mahathir kepada Anwar Ibrahim sememangnya sudah dijangka dari awal lagi apabila Mahathir memerlukan penyokong-penyokong Anwar Ibrahim untuk memudahkan rancangannya. Bagaimanapun, pentaksub-pentaksub Mahathir seringkali menolak andaian tersebut dengan kata mereka, Mahathir sentiasa berjuang atas kebenaran.
Kini kita menunggu masa, adakah Mahathir akan mengatakan kes liwat yang dihadapi oleh Anwar Ibrahim sebenarnya hanyalah rancangannya semata-mata?

Siapa pula yang telah mati akan dipersalahkan oleh Mahathir kali ini?



Atau barangkali juga, Mahathir sebenarnya sedang membuang tebiat dan sedang cuba mencuci segala kesalahannya dengan menjilat-jilat kembali kahak dan ludahnya sebelum ini?

Bagaimana pula dengan kaum penyokong Anwar Ibrahim, dengan kotak-kotak bukti, dengan demonstrasi-demonstrasi jalanan besar-besaran pada hampir setiap minggu tahun 1999 dahulu menuntut agar Mahathir dibicarakan kerana salahguna kuasa dan mendesak agar dia melepaskan jawatan Perdana Menteri kerana telah merosakkan ekonomi negara ini?

Adakah kali ini, para penyokong Anwar Ibrahim akan segera melupakan ikrar-ikrar mereka yang berapi-api kerana Mahathir telah bersalaman dengan Anwar Ibrahim?

Kita tonton drama seterusnya...

Yang pasti, ianya tidak mengejutkan langsung untuk Mahathir melawat atau membela Anwar Ibrahim sekalipun kerana keterdesakan dan panik boleh membuatkan dia akan menggapai apa-apa sahaja, termasuklah TAHI TERAPUNG DI PERMUKAAN AIR. Yang penting dia tidak lemas!


Wednesday, May 18, 2016

KETUA PENGARAH PENJARA PERLU JELASKAN, BAGAIMANA PENGKHIANAT BERLELUASA DALAM PERKHIDMATAN PENJARA!!!



Kisah surat lapan mukasurat tulisan tangan Anwar Ibrahim yang dipenuhi ayat-ayat dan istilah-istilah bombastik dan bertandatangan Anwar Ibrahim sendiri, yang cuba dinafikan oleh beberapa orang pemimpin PKR seperti Sam Ketot demi menjaga hati Tun Dr. Mahathir yang sedang berusaha merampas kedudukan utama dalam PKR dan Pakatan, tetapi disahkan tulen oleh beberapa orang pemimpin lain seperti Rafizi Ramli yang melihat peluang dan ruang terbaik untuk menyekat pengaruh dan kuasa Azmin Ali - konco utama Mahathir - di dalam PKR, masih lagi diperkatakan dan dibahaskan.

Namun perkara paling menarik yang turut disentuh dan ia bukanlah kali pertama menimbulkan persoalan ialah, BAGAIMANA SURAT ANWAR begitu mudah diseludup keluar dari penjara sedangkan banduan-banduan lain terpaksa berhadapan dengan saringan yang ketat sebelum surat mereka dilepaskan untuk keluarga masing-masing.

Siapakah di dalam Penjara Sungai Buloh yang menjadi talibarut dan macai Anwar Ibrahim?

Kalau surat lapan mukasurat boleh diseludup keluar tanpa sebarang masalah dan Ketua Pengarah Penjara pula sehingga kini terus mendiamkan diri, bagaimana dengan dadah dan bahan-bahan terlarang lain? Adakah ianya boleh diseludup masuk dengan mudah kerana penguatkuasaan dan disiplin kakitangan Penjara Sungai Buloh yang terbabit boleh dipertikaikan?

Sebelum ini, banyak persoalan ditimbulkan berhubung keistimewaan yang diberikan kepada Anwar Ibrahim oleh Penjara Sungai Buloh. Jawapan klise yang diberikan adalah, segala kemudahan tersebut adalah atas budi bicara pihak penjara.

Mengapa banduan-banduan lain tidak menerima keistimewaan tersebut?

Sudah tentu kerana budi bicara juga!

Jadi, atas dasar apakah budi bicara yang sebegitu istimewa diberikan kepada Anwar Ibrahim?

Ketua Pengarah Jabatan Penjara perlu menerangkan secara panjang lebar dan terperinci bagaimana keadaan sebegini berlaku kepada rakyat Malaysia. Ketua Pengarah Penjara dan Pengarah Penjara Sungai Buloh tidak boleh terus bersembunyi dan mendiamkan diri seperti sekarang.


Sunday, December 27, 2015

SAYANGNYA KHIR TOYO TAK SEHEBAT ANWAR IBRAHIM!!!



Sehingga ke hari ini, Khir Toyo kekal di dalam penjara setelah mahkamah mendapati, dia bersalah kerana membeli hartanah di bawah harga pasaran. Kalau mengikut kepada logik Pakatan dan pihak-pihak tertentu, dosa Khir Toyo sangat besar kerana telah membeli sebuah hartanah pada harga tidak mengikut harga pasaran. Justeru, Khir Toyo perlu terus disimpan dalam penjara agar tidak mengancam keselamatan orang awam.

Berbanding Anwar Ibrahim yang telah didapati bersalah kerana air maninya berada sedalam 4cm di dalam dubur mangsa liwatnya, Khir Toyo tidak menikmati 'kebebasan' dan 'keistimewaan' sepertinya. Malahan banduan-banduan lain termasuklah banduan-banduan yang kesalahan serta jenayah mereka jauh lebih ringanjuga tidak menikmati keistimewaan yang diberikan kepada Anwar Ibrahim.

Sudah beberapa kali layanan istimewa yang diberikan oleh pihak berkuasa, khususnya Jabatan Penjara dan Penjara Sungai Buloh kepada Anwar Ibrahim diperkatakan. Setiap kali itulah juga, pihak berkenaan memberikan pelbagai alasan yang dikira logik tetapi apabila mengambil kira tiada layanan yang diberikan kepada mana-mana banduan yang lain, setiap penjelasan mereka, tidak ubah seperti JENAKA MAHARAJA LAWAK musim baru.

Semuanya terlalu bertentangan.

Sudah dua hari gambar-gambar Anwar Ibrahim melawat anak perempuannya yang terjatuh dan terhentak kepalanya, disiarkan oleh Netizen. Selama dua hari itulah juga, Netizen mempersoalkan kewajaran pihak penjara memberikan layanan seistimewa itu kepada Anwar Ibrahim, pada ketika banduan-banduan lain, terpaksa terus berada di dalam sel kurungan masing-masing walaupun anak, isteri atau ibu bapa mereka meninggal dunia.

Tiada sebarang sungutan atau komplen daripada para penyokong Anwar Ibrahim walaupun pada masa yang sama, Nurul Izzah menerusi satu kenyataan memberitahu, adiknya, Nurul Nuha sedang berehat setelah dinasihati oleh doktor swasta yang merawatnya.

Doktor swasta?


Mengapa doktor swasta? Semenjak bila pula, doktor swasta dan bukannya doktor kerajaan yang diambilkira kenyataan mereka bagi mengesahkan sesuatu penyakit atau kecederaan sehingga membolehkan Anwar Ibrahim 'dibebaskan' dari penjara?

Dengan sejarah penipuan dan lakonan hebat Anwar Ibrahim serta seluruh keluarganya, layanan istimewa yang diberikan kepada Anwar Ibrahim juga nampaknya penuh lakonan dengan lakonlayar dan skrip hebat!

Siapa agaknya yang menulis lakonlayar dan skrip untuk 'pembebasan' Anwar kali ini setelah tidak lama dahulu, dia dilaporkan mendatangi pejabat peguamnya yang sudah tentu bukannya berada di pekarangan kompleks Penjara Sungai Buloh?

Adakah berbeza tahap KEBANDUANAN Anwar Ibrahim dengan Khir Toyo sehinggakan Anwar boleh berada di mana-mana, manakala Khir Toyo pula terus terperosok dalam penjara sehingga tempoh hukumanya selesai?


Wednesday, September 16, 2015

16 SEPTEMBER AKAN TERUS DIKENANG... SELAIN HIMPUNAN BAJU MERAH, JUGA ULANG TAHUN KE-7 ANWAR IBRAHIM SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA 'DALAM MIMPI'!!!



Himpunan Baju Merah 169 sebenarnya telah merencatkan satu lagi sambutan yang sangat penting di negara ini selain Sambutan Hari Malaysia.

Pada tarikh 16 September inilah, bermulanya satu era baru pentadbiran yang menang menerusi Undi Tidak Percaya di Parlimen yang dibuat di luar musim persidangan.

Pada tarikh inilah juga, proses pendemokrasian di negara ini telah dimusnahkan dengan desakan agar Parlimen bersidang dan Perdana Menteri dipaksa memerintahkan persidangan Parlimen bagi membolehkan proses undi tidak percaya dibuat, sekaligus menabalkan seorang Ketua Pakatan yang tidak berjaya memenangi jumlah majoriti kerusi Parlimen untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Lebih tepat lagi, seorang tertuduh dan pelaku jenayah liwat dilantik menggantikan Perdana Menteri yang dipilih menerusi penguasaan jumlah kerusi Parlimen.

Lebih menarik lagi ialah, pada 16 September inilah, si tertuduh yang kemudiannya setelah menjalani proses perbicaraan yang penuh dengan penangguhan serta putarbelit teknikal untuk melepaskan diri, dan kemudian didapati bersalah berdasarkan fakta dan bukti-bukti di mahkamah, keluar dari tempat persembunyiannya di Kediaman Rasmi Duta Turki.

Dia cuba mendapatkan suaka politik apabila mengetahui mangsanya membuat laporan polis. Hampir dua minggu dia menghilangkan diri, sambil cuba digemparkan oleh anak bininya, konon dia telah diculik dan kononnya juga terdapat cubaan membunuh.


Setelah dihalau keluar dari rumah Duta Besar Turki, dengan wajah selamba, dia mengumumkan dia akan menjadi Perdana Menteri pada 16 September 2008 menerusi undi tidak percaya kepada Perdana Menteri pada waktu itu.

16 September demi 16 September berlalu, tetapi jangankan menjadi Perdana Menteri, keyakinan besarnya bahawa Pakatan yang diketuainya akan menang besar di Parlimen pada PRU-13 juga berkecai. Dan demi mencapai 16 September 2013, dia cuba menggerakkan demonstrasi demi demonstrasi bermula dengan Demonstrasi Blackout 505 dengan pelbagai tuduhan dilemparkan kepada SPR dan Kerajaan UMNO-BN.

Hari ini adalah ulangtahun yang ke-7. Mungkin disebabkan itulah, anak perempuannya, Nurul Izzah segera bergegas ke Amerika Syarikat dengan alasan untuk mendapatkan sokongan daripada Amerika Syarikat untuk membantu menekan Malaysia mengeluarkan Anwar Ibrahim daripada penjara bagi rawatan bahunya yang kononnya sakit teruk, sedangkan hakikat yang diketahui mempunyai kaitan dengan 16 September.


Tuesday, September 15, 2015

AKAI PENIPU!!! ANWAR IBRAHIM SAKIT BAHU PULAK DAH... KRONIK LAGI DAN SEPERTI BIASA, PERLU RAWATAN LUAR NEGARA!!!



Lama betul tak dengar cerita tentang Anwar Ibrahim...

Tapi berdasarkan kepada pengakuan anak perempuannya yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah, Anwar Ibrahim sekarang ini sedang menghadapi sakit bahu yang sangat kronik. Kekronikan sakit bahunya itu memerlukan pembedahan dan pembedahan yang perlu dijalani oleh Anwar Ibrahim adalah di luar Malaysia.

Lebih tepat lagi di Amerika Syarikat.

Akal Anwar sentiasa ligat untuk dia keluar dari negara ini atau sekurang-kurangnya mendapatkan perhatian daripada bapa angkatnya, Zionis yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Masa dia dipenjarakan ketika Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri dahulu, penyakit yang dihadapinya adalah penyakit tulang belakang. Dia juga dikatakan menghidap AIDS dan sengaja diracuni arsenik.

Ketua Polis Negara pada waktu itu, Tan Sri Abdul Rahim Nor pula dianggap mempunyai saka pada penumbuknya, kerana tumbukan daripada Rahim Nor telah menyebabkan Anwar terlentang, hampir sakaratul maut, hampir putus nyawa dan mengalami kecederaan tulang belakang yang sangat teruk.

Hasilnya ialah, selepas Mahathir tidak lagi menjadi Perdana Menteri, sebaliknya digantikan oleh Abdullah Badawi, Anwar dibenarkan menjalani rawatan di Jerman dan tidak sampai tiga jam selepas 'pembedahan' tulang belakangnya, Anwar sudah pun sihat seperti sedia kala

Barangkali kerana kehebatan pembedahan dan teknologi perubatan yang ada di negara Eropah dan Amerika Syarikat itulah yang membuatkan Anwar Ibrahim sangat resah dan sentiasa pula dijangkiti pelbagai penyakit.

Lebih menarik lagi ialah apabila Nurul Izzah mengadu, kononnya PAPA JAHATnya tidak mendapat rawatan yang sewajarnya daripada pihak berkuasa di Malaysia. Malah PAPA JAHATnya juga telah dinafikan hak rawatan dan mendapatkan rawatan.

Kalau berdasarkan daripada acuman anak dan isteri Anwar Ibrahim, bolehlah dianggap Anwar Ibrahim sebagai seorang yang menghidap pelbagai jenis penyakit yang amat kronik.

Cumanya, semua penyakit kroniknya hanya boleh dirawat di luar negara terutama sekali di Amerika Syarikat dan Jerman serta negara Eropah!!!

Dah jadi BANDUAN JENAYAH LIWAT pun masih juga tidak sedar-sedar diri. Masih juga mahu mendapatkan keistimewaan seperti masyarakat awam yang tidak melakukan sebarang jenayah!



Wednesday, August 19, 2015

AKAL PENIPU BERFUNGSI GUNA ALASAN LAMA NAK KELUAR PENJARA... BAHU KENA BEDAH PULAK DAH!!!



PKR meminta kerajaan memberi kebenaran kepada bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjalani pembedahan dengan segera ekoran kecederaan di bahu yang dialami beliau sebelum ini semakin teruk.

Perkara itu diberitahu oleh Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, kecederaan ini menyebabkan kesakitan berterusan kepada Anwar yang mendesak pembedahan dengan segera.

Malah ujarnya, kecederaan bahu serius yang dialami Anwar telah pun diketahui oleh Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Penjara dan pihak hospital.

"Kecederaan ini sudah bertambah buruk menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan kepada Datuk Seri Anwar berterusan.

"Sehubungan itu, kami mendesak supaya Datuk Seri Anwar dibedah serta-merta berikutan kesakitan yang dialaminya," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, kali terakhir Anwar dimasukkan ke hospital adalah pada awal Julai lalu selepas sebulan bekas ketua pembangkang itu dimasukkan ke hospital buat pertama kali pada Jun.

Pada Jun lalu, Najib menerusi kenyataannya di Twitter berkata: "Saya ambil maklum kesihatan DS Anwar Ibrahim dan saya mahu pihak berkenaan memastikan beliau menerima rawatan sewajarnya."

Selain pembedahan segera, Nurul Izzah berkata, pihaknya turut memohon Anwar dibenarkan untuk diperiksa oleh doktor pakar pilihan keluarga secara konsisten dengan kadar segera seperti yang diminta sebelum ini.

Nurul Izzah turut mendakwa fisioterapi yang telah disyorkan oleh pakar Hospital Kuala Lumpur tidak dilakukan secara menyeluruh dan konsisten sehingga menghalang proses pemulihan fizikal bapanya.

"Kita mohon Anwar dimasukkan ke dalam wad serta-merta dan fisioterapi dibuat seberapa kerap yang perlu," katanya.

Anwar kini dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun atas dakwaan liwat terhadap bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan. - (ANTARA POS)


Monday, August 10, 2015

ADA MANA-MANA BANDUAN YANG NAK SAMBUT HARIJADI, SILA BERHUBUNG DENGAN PKR DAN LAWYERS FOR LIBERTY!!!



Senang cakap... KEPALA HOTAK KORANGLAH!

Anwar Ibrahim adalah BANDUAN JENAYAH. Dia bukannya mangsa jenayah politik. Dia melakukan perbuatan jenayah dan dia dimasukkan ke penjara selama 5 tahun kerana kesalahan jenayah.

Lawyers for Liberty yang Pengarah Eksekutifnya dalah Eric Paulsen telah menggambarkan kekejaman dan kezaliman peraturan penjara kepada keluarga Anwar Ibrahim kerana terlalu banyak had dan batas yang dikenakan. (BACA DI SINI)

Sama ada dia mendatangkan bahaya atau tidak kalau disentuh, dipeluk atau dicium oleh ahli keluarganya, itu bukanlah persoalannya. Yang penting ialah, ANWAR IBRAHIM ADALAH BANDUAN JENAYAH yang sedang menjalani hukuman penjara. Setiap banduan perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh penjara.


Beberapa perkara telah dibangkitkan oleh pihak awam yang melihat Penjara Sungai Buloh memberikan layanan berbeza kepada Anwar Ibrahim berbanding banduan-banduan lain. Dengan ruang penjara sendiri, dengan kemudahan yang lebih enak dan empuk, dengan kelebihan berhubung dengan dunia luar, dengan lawatan tidak mengira waktu sama ada oleh peguam mahupun ahli keluarganya, sepatutnya perkara yang sama juga diberikan kepada banduan-banduan lain, terutama sekali banduan-banduan jenayah kecil yang menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh.

Mengapa mereka tidak menikmati keistimewaan seperti yang diterima oleh Anwar Ibrahim?

Dilaporkan seramai lebih kurang 50 orang terdiri daripada Ahli-Ahli Parlimen PKR, DAPdan GHB serta penyokong mereka telah datang ke pintu masuk Penjara Sungai Buloh sempena sambutan harijadi Anwar Ibrahim antara jam12:45 tengah hari tadi sehingga 1:10 tengah hari tadi.



Antara yang hadir termasuklah, Wan Azizah, Rafizi Ramli, Nurul Izzah, Tian Chua, Zuraidah Kamaruddin, Wong Tuck (Pengerusi Anti Lynas), Manivanan, Imran Abdul Hamid dan Abdullah Sani.

Mereka turut melakukan gimik lawatan dengan memotong kek harijadi Anwar Ibrahim yang dibuat oleh Wan Azizah.


Friday, June 26, 2015

WAN AZIZAH BUAT LAPORAN QAZAF KE ATAS SHAFEE ABDULLAH BAGI PIHAK ANWAR IBRAHIM!!!



Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan Qazaf terhadap peguam Tan Sri Shafee Abdullah berhubung kenyataan terbuka fitnah liwat terhadap Anwar.

Ia dibuat isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Jumaat.

Dalam laporan yang dibuat, beliau menggesa kenyataan terbuka Shafee disiasat di bawah Seksyen 36 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.


“Pihak kami akan memberi kerjasama sekiranya pihak Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) memerlukan maklumat lebih lanjut,” katanya kepada pemberita di Lobi Pejabat JAIS.

Azizah menjelaskan, pada 17 Februari lalu, Shafee dalam satu program dialog terbuka anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI) di Kelana Jaya telah memfitnah secara terbuka bahawa Anwar melakukan liwat ke atas Saiful Bukhari Azlan tanpa menampilkan mana-mana empat orang saksi seperti mana yang diwajibkan undang-undang.


“Laporan ini dibuat demi menegakkan keadilan dan hak Anwar yang telah dijadikan mangsa dengan niat jahat untuk menjatuhkan maruah dan peribadi Anwar.

“Kami ingin menegaskan bahawa jumhur Ulama’ termasuk dari Mazhab Imam Syafie berpandangan bahawa kesalahan liwat adalah diqiyaskan termasuk di bawah kategori zina di mana tuduhan terhadap kesalahan liwat tanpa empat orang saksi merupakan satu jenayah Qazaf,” katanya lagi.

Sementara itu, Peguam Anwar, Fadhlina Sidek berkata laporan dibuat melalui keluarga atau wakil Anwar mengikut arahan JAIS memandangkan Anwar tidak boleh keluar penjara untuk tujuan itu. (SUMBER)


Tuesday, June 2, 2015

TIGA SEBAB UTAMA SAIFUL BUKHARI AZLAN TARIK BALIK SAMAN RM50 JUTA KE ATAS ANWAR IBRAHIM!!!



PUTRAJAYA - Tindakan Saiful Bukhari menarik balik tuntutan samannya berjumlah RM50 juta terhadap bekas majikan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengemparkan rakyat Malaysia. Ramai yang tertanya-tanya apa punca bekas pembantu peribadi Anwar Ibrahim membuat keputusan berkenaan. 

Menjawab persoalan orang ramai, Saiful memuat naik jawapannya melalui laman mohdsaifulbukhari.blogspot.com.

Pertama Saya ada kes dan hujah yang kukuh untuk saman ini, namun proses perundangan kadang kala mengambil masa yang amat panjang untuk sampai ke peringkat Mahkamah tertinggi negara. Saya tidak berkeupayaan untuk membiayai kos guaman yang tinggi sehingga ke peringkat itu. Perlu bergadai harta dan masa untuk turun naik Mahkamah.

Cukuplah 7 tahun saya melalui proses perundangan turun naik Mahkamah untuk membukti kebenaran laporan polis yang saya buat pada tahun 2008. Saya mahu terus kehadapan.

Kedua Laporan polis yang saya buat berkenaan saya diliwat Anwar telah pun dibuktikan BENAR apabila kelima-lima Hakim Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada April 2014 yang mendapati bahawa beliau bersalah meliwat saya, dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara.

Mahkamah Persekutuan juga telah memutuskan untuk mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa saya adalah seorang saksi yang kredibel, boleh dipercayai dan berkata benar.

Ketiga Saya seboleh-bolehnya tidak mahu proses perbicaraan sivil ini sekiranya berlangsung, dieskploitasi untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.

Sekian kenyataan saya.

Demikianlah jawapan Saiful. Jadi, penarikan balik keputusan itu bukanlah bermaksud Anwar Ibrahim tidak bersalah seperti mana yang dicanangkan oleh peguambela Anwar dan beberapa pemimpin pembangkang.


HEBAT BETUL BANDUAN JENAYAH BERNAMA ANWAR IBRAHIM, WALAUPUN DIHUKUM, TETAPI TETAP MENERIMA LAYANAN ISTIMEWA!!!


Bontot Berdarah - Banduan VVIP Anwar Ibrahim Dimasukkan Ke Hospital Kuala Lumpur !!!

Mewah sungguh kenderaan SUV yang membawa banduan liwat, Anwar Ibrahim untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Siap dengan kawalan ketat seperti seorang diplomat asing.

Petang ini, Anwar Ibrahim yang mengadu BERAK BERDARAH dan sakit tulang bahu, telah dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Dia akan menerima rawatan dan ditempatkan di Wad 28, HKL.

Jam 7:00 petang, dilaporkan ahli-ahli keluarganya akan melawat Anwar Ibrahim. Lawatan daripada pihak lain, tidak dibenarkan (KONONNYA). Hanya keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan melawat.

Hebat Anwar Ibrahim....

Berak berdarah, sakit bahu kerana kecederaan lampau, sakit tulang belakang, keracunan arsenik, disuntik virus HIV, otak bergegar atau konkusi, nafsu songsang... nama sahaja penyakit pelik-pelik, semuanya ada pada Anwar Ibrahim.

Dan untuk segala penyakit peliknya itu, dia memerlukan rawatan di luar negara.

Sudah ada cerita yang datang dari kumpulan Anwar Ibrahim sendiri untuk meminta kerajaan membenarkan Anwar Ibrahim menjalani rawatan di luar negara bagi penyakit BERAK BERDARAHnya.

Kalau tak salah, dahulu, Azmin Ali juga dilaporkan BERAK BERDARAH tetapi difahamkan, berak berdarahnya adalah disebabkan oleh buasir. Ramai juga pesakit berak berdarah di negara ini tetapi kebanyakan mereka adalah kerana demam denggi dan buasir.

Selepas tahun 2000 yang mana Anwar dikhabarkan berhayat cukup pendek kerana pelbagai penyakit dan keracunan, apakah kali ini, Anwar Ibrahim akan disahkan menghidap KANSER USUS atau KANSER PERUT pula, memandangkan kedua-dua jenis kanser tersebut juga mula dapat dikesan menerusi BERAK BERDARAH?

Dalam pada tuduhan kezaliman dan ketidakadilan dibuat dan dilaung-laungkan oleh para penyokong Anwar Ibrahim, boleh pula dia diberikan rawatan, kan?

Sepatutnya kalau dah zalim, Anwar Ibrahim dilayan seperti pelarian Rohingya yang dikendalikan oleh sindiket pemerdagangan manusia yang berketuakan rakyat Thailand dan Myanmar di mana akhirnya penderitaannya diakhiri dengan menanamnya di dalam kubur besar!

Anehnya, kerajaan yang dituduh zalim dan tidak berperikemanusiaan, membenarkan Anwar Ibrahim menjalani rawatan di wad khas pula!!!


Monday, April 27, 2015

JAWAPAN MUTLAK SURUHANJAYA PILIHANRAYA.... ANWAR TIDAK ADA HAK MENGUNDI SEBAB DIA ADALAH BANDUAN!!!



Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan untuk mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, 7 Mei depan.

Ia disahkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata, Anwar tidak layak mengundi kerana telah hilang kelayakan mengikut Perkara 119 (3)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“Seseorang hilang kelayakan untuk menjadi pemilih dalam mana-mana pilihan raya ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan jika pada tarikh kelayakan dia ditahan sebagai orang yang tidak sempurna akal atau sedang menjalani hukuman penjara.” katanya.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini meminta kerajaan Persekutuan memberi kelonggaran kepada bekas Ketua Pembangkang itu untuk menunai tanggungjawabnya pada hari pengundian dijalankan. (SUMBER)

Tahanan politik la... tak bersalah la.... teraniaya la... dizalimi la... yang pasti, Anwar setelah melalui semua proses mahkamah, selain kegagalan mendapatkan pengampunan daripada DYMM Yang Di-Pertuan Agong, adalah seorang banduan yang hilang semua haknya selaku orang bebas!!!

Takkan benda sebegitu pun, Nurul Izzah tak faham-faham atau buat-buat tak faham sebab BANDUAN ITU PAPA JAHATNYA?


Friday, March 27, 2015

MALAYSIAKINI KHABARKAN PERMOHONAN WAN AZIZAH UNTUK PENGAMPUNAN ANWAR IBRAHIM DITOLAK LEMBAGA PENGAMPUNAN!!!



Lembaga Pengampunan telah melupuskan (disposed) petisyen dari keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ia nampaknya bukan satu berita baik untuk ketua pembangkang itu.

Bagaimanapun, peguam Anwar N Surendran tidak mahu mendedahkan apa keputusan tersebut, sementara menunggu pengesahan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari Rabu.

Ketika ditemui, Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh memberitahu pemberita petisyen itu telah dilupuskan (disposed), dan dengan itu, kedudukan perlembagaan adalah jelas mengenai perkara itu.

Tambahnya, afidavit yang dibuat oleh Ketua Pengarah Bahagian Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri telah dihantar kepada pemohon.

Ketua pengarah adalah sebahagian daripada urusetia Lembaga Pengampunan, yang dipengerusikan oleh Yang di-Petuan Agong.

Dengan ini, permohonan Anwar untuk mendapatkan pengampunan mungkin ditolak dan akan menjalani hukuman lima tahun penjara selepas disabitkan atas tuduhan liwat.

Ini juga bermakna bahawa kerusi Parlimen Permatang Pauh yang diwakilinya akan diisytiharkan kosong tidak lama lagi.

Keputusan itu disampaikan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Asmabi Mohamad dalam kamar, yang kemudian menetapkan Rabu ini untuk pengesahan lanjut.

Hari ini pada mulanya ditetapkan untuk mendengar permohonan Anwar untuk mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman bagi menghadiri sidang parlimen yang berakhir pada 9 April. (MALAYSIAKINI)


Monday, March 9, 2015

SAMPAI HATI KHALID IBRAHIM SINDIR ANWAR IBRAHIM!!! KAN NURUL IZZAH DAH JADI KETUA PEMBANGKANG TUH!!!


Bukan main hapak lagi bila PKR berkata mereka memperjuangkan anti kronisme, nepotisme dan korupsi, walhal, merekalah yang paling kuat mengamalkan perkara yang mereka kata mereka sangat benci.

Selepas terbukti bahawa peralihan kuasa hanyalah di kalangan ahli-ahli keluarga Anwar Ibrahim, kini kuasa dan peranan sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, dipindahkan daripada si bapa kepada si anak. (BACA DI SINI)



Sekaligus menjadikan Ahli-Ahli Parlimen yang lebih senior termasuklah Abdul Hadi Awang dan Ahli-Ahli Parlimen dari PAS yang sudah lama mengenal kerusi Ahli Parlimen, tidak layak kerana mereka bukannya ahli keluarga Anwar Ibrahim.

Biarpun sebahagian daripada bersolidariti dengan memakai pakaian hitam untuk perasmian Sidang Parlimen berbanding mengenakan pakaian rasmi no.1, kononnya sebagai protes ke atas undang-undang yang dikenakan ke atas Anwar Ibrahim, ruang lingkup pemikiran Pakatan Rakyat sekadar di sekitar Anwar Ibrahim.



Ketidakadilan yang mereka maksudkan adalah undang-undang yang dikuatkuasakan ke atas Anwar Ibrahim yang melakukan jenayah. Kalau kena ke atas para pemimpin Barisan Nasional, bagi mereka itulah undang-undang. Selagimana kena ke atas para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Anwar Ibrahim, akan dianggap sebagai ketidakadilan.

Hari ini, Anwar Ibrahim tidak dapat hadir ke sidang Parlimen kerana statusnya adalah BANDUAN JENAYAH. Sebagai BANDUAN JENAYAH, dia perlu berada dalam bilik kurungan dan menghabiskan saki-baki hukumannya. Segala kebebasannya sudah tidak wujud lagi kerana dia adalah pesalah dan BANDUAN JENAYAH.

Barangkali itulah yang dimaksudkan oleh bekas Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim yang kalau diamat-amati tulisan dan kenyataannya sebenarnya lebih kepada sindiran untuk Anwar Ibrahim.




 
Blogger Templates