Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label pengkhianatan. Show all posts
Showing posts with label pengkhianatan. Show all posts

Monday, January 28, 2019

APABILA MELAYU-MELAYU PEMBODEK LIM GUAN ENG DILANTIK MENGETUAI AGENSI DAN SYARIKAT AKHBAR, JANGANKAN LUDAH DAN DEDAK, TAIK LIM GUAN ENG PUN MEREKA JILAT DAN KUNYAH!!!



Banyak pihak yang melahirkan kehairan ekoran akhbar-akhbar seperti New Sunday Times di bawah NST Group enggan menyiarkan walau sepatah pun tentang kemenangan Barisan Nasional dalam PRK Cameron Highland pada muka hadapan akhbar tersebut. Sedangkan walau sebarang kejayaan, meskipun terlalu kecil yang melibatkan Kerajaan Pakatan, NST akan menggunakan ruang sebesar-besar mungkin pada muka hadapan untuk menyiarkan dan meuwar-uwarkannya.

Atau sebenarnya NST mahu memberitahu seluruh rakyat Malaysia bahawa berita kemenangan Barisan Nasional, tidak ada sebarang nilai seperti NST beranggapan Barisan Nasional yang sudah kehilangan kuasa, tidak lagi bernilai kerana tidak boleh diperah dananya seperti ketika zaman kekuasaan BN sebelum ini?

Mujurlah ada media sosial yang dipenuhi dan dikerumuni oleh netizen untuk membaca dan mengetahui perkembangan terbaharu. Malahan dari semasa ke semasa, hantaran-hantaran maklumat baru tentang PRK Cameron Highland jauh lebih cekap dan tepat berbanding yang dibuat oleh NST sendiri.

Situasi ini pastinya berbeza sama sekali jikalau keputusan PRK Cameron Highland berpihak kepada DAP. Tentu sekali NST akan meraikannya dan merayakannya dengan pelbagai tajuk-tajuk hebat yang memuji-muji kehebatan Lim Guan Eng dan gerombolan DAP yang mengetuai Pakatan Harapan.


Nak harap apa kalau Editor Kumpulan NST adalah Mustapha Kamil?

Sebelum dilantik, dialah pejuang media yang lebih terbuka, lebih adil, lebih saksama kononnya. Sebelum dilantik, dialah yang paling lantang dan paling galak menuduh media-media arus perdana termasuklah NST sudah tidak ada kredibiliti, menjadi alat kerajaan dan menyorok berita terutama yang membabitkan pembangkang.

Tetapi apabila dia dilantik dan didudukkan sebagai orang yang berkuasa di NST, apa yang dikatakan dan dituduhnya, itulah yang dia buat. Malahan AMALAN MEMAKAN DEDAK yang diamalkannya jauh lebih menjijikkan dan lebih meloyakan kerana selain MEMAKAN DEDAK, dia dan Kadir Jasin juga menghirup kahak dan ludah mereka sendiri.

Sudah tidak ada elemen kritis. Sebaliknya yang wujud hanyalah bodek ampu dan angkat mengangkat bagi menyelamatkan dan mengekalkan kedudukannya. Semuanya perlu ikut telunjuk Mahathir dan Kadir Jasin.

Itulah keterbukaan media di bawah Era Malaysia Baru... lebih tepat lagi di bawah kepimpinan kali kedua Mahathir dan DAP.

Sebenarnya NST tidak bersendirian. Turut kelihatan bodoh adalah BERNAMA, agensi rasmi Kerajaan. BERNAMA sudah tidak lagi profesional, malah jauh dari bebas berbanding sebelum ini. Laporan-laporan BERNAMA yang diketuai oleh Azman Ujang yang cukup kuat DAPnya, lebih menyerupai ROKET, organ media rasmi DAP.


Seperti kata Fakhrul Mohd Salihin:

Dahulu ketika era BN, beliau licik membodek dan kini pada era Pakatan Harapan, lagi galak membodek malah menjadi suara DAP. Ramai wartawan dan staf Bernama, kecewa melihat hilangnya kredibiliti Bernama sekarang.

Satu lagi media yang mengecewakan adalah Astro Awani. Sentiasa ada sahaja usaha untuk menafikan BN dan Pas sebaliknya menjadi alat Pakatan Harapan secara terang-terangan.

Kemenangan BN di Cameron Highlands semalam misalnya dilaporkan secara sinikal dan angle yang menampakkan seolah-olah ia bukan kemenangan sebenar.

Mereka lupa dalam demokrasi menang apatah lagi majoriti besar adalah kemenangan kepada rakyat dan demokrasi. Hormatilah keputusan rakyat.

Nampaknya Kumpulan NST, Bernama dan Astro Awani kini bukan lagi berorientasikan rakyat tetapi menjadi alat kerajaan semata-mata. Memalukan dan tiada kelas.

Dengan NST, Bernama dan Astro Awani semakin tidak relevan, rakyat akan lebih banyak beralih kepada media sosial sebagai sumber rujukan.

Dengan kata lain, apa yang dilakukan oleh media arus perdana yang menyokong kerajaan secara taksub akan makan diri.

Sejarah telah membuktikan dan belajarlah daripada sejarah.

Tuesday, September 12, 2017

NAJIB DI WASHINGTON: ANTARA FITNAH TERBARU RAFIZI RAMLI DAN TIAN CHUA MENGADU KEPADA MENTERI LUAR SINGAPUR DI PUMPONG, ALOR STAR!!!



Setelah menggembar-gemburkan dan membuat gempar kononnya Malaysia akan berhadapan dengan malapetaka apabila Najib Abdul Razak akan menjadi banduan di penjara di Amerika Syarikat kerana skandal 1MDB sehinggakan ada pihak yang betul-betul percaya dengan cerita dongeng tersebut, kini Pakatan Harapan yang dipengerusikan oleh Dr. Mahathir cuba mencipta cerita baru untuk menutup malu setelah Donald Trump menjemput Najib Abdul Razak untuk bertemu dengannya di Amerika Syarikat.

Sudah beberapa kali sebelum ini, Najib Abdul Razak dijemput oleh Presiden Amerika Syarikat bermula dengan Barrack Obama dan kini Donald Trump untuk bertemu.di Rumah Putih.

Sedangkan Perdana Menteri Malaysia yang dikatakan paling cemerlang, Dr. Mahathir terpaksa membayar pelobi Yahudi, Abramof sebanyak USD1.2 juta (RM5.04 juta) semata-mata untuk bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat, George Bush. (RUJUK DI SINI)


Lim Kit Siang mempersoalkan keberangkatan Najib Abdul Razak ke Amerika Syarikat yang menurutnya tidak mendatangkan sebarang keuntungan kepada rakyat Malaysia. Menurutnya lagi, Najib seharusnya malu kerana 'MO1' dan 'Kleptokrasi' yang dibuat oleh media-media upahan di Amerika Syarikat, akan memalukan Malaysia dan seluruh rakyat. (RUJUK SINI)

DAP menerusi Tony Pua dan Lim Guan Eng merupakan antara yang paling lantang cuba mempengaruhi rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu berbahasa Inggeris dan orang Cina konnnya Najib akan ditangkap oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat. Cerita-ceita tentang DOJ dan FBI menjadi cerita-cerita wajib mereka walaupun akhirnya, sama ada DOJ mahupun FBI, tidak berani menamakan siapa 'MO1' atau mengenakan tuduhan jenayah ke atas Najib mahupun 1MDB, sedangkan Amerika Syarikat diketahui amat pakar mencipta bukti serta pertuduhan seperti dalam kes Serangan 11 September mahupun senjata-senjata pemusnah dunia yang kononnya dimiliki oleh Iraq dan Libya atau pangkalan pengganas di Afghanistan.


Sementara itu, Rafizi Ramli pula cuba mencipta satu lagi fitnah apabila menuduh pemergian Najib Abdul Razak dan isteri ke Amerika Syarikat, bukanlah atas jemputan atau lawatan rasmi. Sebaliknya kerana tujuan yang lain. Buktinya, kata Rafizi ialah tiadanya sambutan rasmi menyambut kedatangan Najib Abdul Razak.

Rafizi barangkali tidak menemui kenyataan rasmi dari Rumah Putih bertarikh 23 Ogos yang telah mengesahkan lawatan tersebut. Sekiranya ia bukanlah lawatan rasmi, mengapa Rumah Putih mengeluarkan kenyataan rasmi


Sebelum itu, Lim Kit Siang mendesak Kabinet membatalkan lawatan Najib ke Rumah Putih manakala anak lelakinya, Lim Guan eng pula berkata, Donald Trump adalah seorang Presiden yang dungu kerana menjemput Najib bertemu dengannya. Kata Lim Guan Eng lagi, dia tidak akan bertemu dengan Trump walaupun dijemput untuk mengelakkan dia menjadi bodoh.

Nampak sangat Pakatan Harapan benar-benar terdesak untuk menutup malu setelah fitnah dan tuduhan mereka terhadap Najib Abdul Razak terbukti salah. Mereka sekarang cuba mewujudkan rasa bersalah di hati Najib dan Kabinet kerana lawatan tersebut sepertimana yang mereka cuba lakukan terhadap PAS yang telah diterajang dan diperlekehkan oleh DAP, tetapi sekarang ditagih khidmat PAS semula.


Sementara itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua pula dirakamkan bertemu dengan seorang pegawai PAP Singapura serta Menteri Luar Singapura di Pumpong, Alor Star selepas menghadiri upacara pemakaman Almarhum Sultan Abdul Halim Mua'dzam Syah.

Sumber memberitahu, Tian Chua sebenarnya kebetulan berada di restoran yang sama dengan rombongan PAP Singapura itu. Sebaik-baik sahaja dia melihat rombngan tersebut, Tian Chua terus menghampiri mereka. Pada mulanya bercaap sambil berdiri tetapi tidak lama kemudian, dia menarik kerusi dan mulai duduk. Dia bercakap lebih lama dan mula mengadu kepada PAP Singapura tentang ekonomi Malaysia, harga barang dan isu-isu politik.

Timbul persoalan, apakah sebenarnya motif Tian Chua? Adakah dia berharap lebih banyak dana dari Singapura akan masuk kerana bersimpati dengan cerita-cerita minta belasnya itu? Atau sememangnya Tian Chua cuba membuktikan dakwaan selama ini bahawa dia adalah salah seorang daripada pembocor rahsia dan menyalurkan pelbagai maklumat rahsia negara ini atas kapasiti Ahli Parlimen kepada pihak asing?


Wednesday, February 22, 2017

BANYAK SANGAT TENGOK VCD MENYEBABKAN RAMAI NETIZEN BAYANGKAN MALAYSIA DIBOMNUKLEARKAN KOREA UTARA!!!



Wah!

Sembang pasal 'sayangkan negara', 'selamatkan Malaysia', 'kita adalah pejuang negara', bukan main hebat. Berdegar-degar dalam setiap posting dan reaksi mereka di media sosial. Malah apabila kita mempersoalkan motif sebenar mereka mengecam pentadbiran negara, alasan yang mereka berikan ialah kerana mereka sayangkan negara ini, kerana mereka sangat patriotik.

Hakikatnya merekalah si kitul yang pada bila-bila masa sahaja akan lebih sanggup memusnahkan malah seronok terkinja-kinja apabila dilihat ada kuasa luar yang mengancam negara ini.


Begitulah dalam isu Malaysia dengan Korea Utara!

Yang mengaku menjadi rakyat Malaysia itu rupa-rupanya tidak tahu dan tidak pernah ambil tahu tentang peranan Malaysia sebagai mediator atau orang tengah atau pendamai. Mereka tidak tahu bagaimana Malaysia merupakan negara pertama dari dunia demokrasi yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan China yang berkuasakan komunis. Mereka juga tidak tahu bahawa Malaysia merdeka melalui jalan rundingan bukannya melalui jalan pertumpahan darah setelah kekerasan dan provokasi hanya mendatangkan kerugian yang lebih besar berbanding revolusi.


Bukan main lagi seronok mereka apabila Korea Utara menunjukkan sikap keras terhadap pentadbiran Malaysia apabila pentadbiran Malaysia enggan tunduk kepada desakannya agar mayat abang tiri Presiden Korea Utara dipulangkan kepada mereka tanpa sebarang bedah siasat dan siasatan ke atas jenayah pembunuhannya.

Kesimpulan mudah yang mereka buat, apatah lagi sikap sembrono yang ditunjukkan, menunjukkan kewajaran Malaysia untuk menguatkuasakan undang-undang kewarganegaraan. Status kewarganegaraan perlu disaring kembali dan perlu menjalani ujian paling ketat dan paling tegas memandangkan terlalu ramai yang mengaku sebagai rakyat Malaysia tetapi sangat bersedia untuk berpindah ke negara lain apabila negara ini dilihat terancam.


Paling menyakitkan hati ialah apabila ada pula yang menyarankan agar orang Melayu-Bumiputera segera mempertahankan negara ini jikalau diserang oleh Korea Utara!

Satu perkara yang pihak berkenaan tidak tahu atau barangkali buat-buat tidak tahu ialah, MAJORITI ANGGOTA KESELAMATAN ADALAH ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA, terutama yang berpangkat rendah dan akan dihantar ke barisan hadapan!!!


Tuesday, August 16, 2016

PENDEDAHAN BLOGGER: KP FINAS ORANG PKR DAN SAHABAT BAIK HISHAMUDDIN RAIS?



1. Kemelut penganjuran Festival Filem Malaysia (FFM) ke-28 akhirnya berakhir dengan keputusan yang memalukan. Ia tragedi nasihat yang salah KP Finas dan para pegawai Menteri kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia pada 10 Ogos lalu. Seperti kata Datuk Yusof Haslam Presiden PFM bahawa dia terpaksa akur dengan keputusan kerajaan itu. Keputusan itu umpama “pahit untuk ditelan” namun beliau perlu menghormatinya.Beliau dihujani tohmahan tidak mempertahankan hak Bahasa Kebangsaan namun ia adalah keputusan kerajaan untuk tidak mengasingkan karya berbahasa Malaysia dan bukan berbahasa Malaysia dalam FFM28 ini.


2. Datuk Abdul Rahim Awang Setiausaha Kehormat Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) menyifatkan usaha membenarkan dan mengiktiraf atau mengangkat karya bukan berbahasa Malaysia untuk anugerah utama dalam FFM28 adalah tindakan menghina dan tidak menghormati Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

3. Jika kita mengikuti kronologi isu FFM ke 28 dan memperhalusi setiap perkara yang berlaku bermula 3 Ogos 2016 ketika pengumuman senarai calon FFM 28 itu sehinggalah 11 Ogos lalu tidak sukar untuk membaca cara fikir dan kecenderungan Datuk Kamil Othman Ketua Pengarah Finas pendokong PKR dan sosialis yang pernah menjadi Penasihat Muzik dan pelakon pada produksi filem sampah dari Dari Jemapoh ke Manchestee arahanHishammuddin Rais tokoh reformasi Anwar Ibrahim dan PKRitu. Tiada siapa tidak mengenali Hishamuddin Rais seorang reformasi beraliran sosialis, marxis, liberal dan sangat terbuka. Agaknya sebab itulah Kamil Othman ini secara secara terbuka menyokong kempen Azmin Ali dengan menganjurkan Tayangan Wayang Pacak Polis Evo di program kempen Azmin Ali di Ampang Jaya tahun ini. Dia berlagak neutral tetapi menyokong pembangkang.

Sahabat Hishammudian Rais ni patutlah cara fikirnya dia liberal. Takut jika digelar pro melayu. Malah karya meletakkan syarikat pemilikan bumiputera pun beliau takut.Dalam filem "Lelaki Harapan Dunia" sekali lagi Hishamuddin Rais berlakon dalam filem itu. Seperti biasa KP Finas menyokong kehadiran sahabatnya dalam filem ini.

Datuk Kamil Othman ini dia takut pada kritikan netizen. 
Dia tiada agenda pemerkasaan bumiputera.

4. Cara fikir begitulah barangkali yang cuba dibawa Kamil Othman dalam Finas. Orang seperti ini jika menjadi Ketua Jabatan agensi kerajaan pastinya akan sanggup menjual apa sahaja hak Melayu dan bumiputera asalkan kepentingan diri dapat dicapai. Malah tidak bersalahpun memberikan jutaan ringgit kepada pengeluar filem bukan Melayu asalkan beroleh untung dia dan proksinya.

5. Kemelut FFM 28 adalah satu skrip tersusun oleh Datuk Kamil Othman. Jika kita melihat isu sebelum ini pada 8 Mac 2016 pertelagahan antara Jurey Latif dan Kamil Othman berhubung surat GAFIM kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Mohd Salleh Tun Said Keruak kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran FINAS, kita akan tahu strategi Kamil Othman untuk membela dirinya tidak jauh berbeza. Beliau menggunakan medium media untuk menyelamatkan dirinya.


Menggunakan media pembangkang dan netizen dalam media sosial adalah satu "movement" Kamil Othman. malah anaknya turut serta mempertahankan keraja bapanya. isu FFM28 sekali lagi Kamil Othman "bermain tarik tali' menggunakan media pembangkang dan sokongan netizen seperti artis untuk menunjukkan beliau tidak bersalah. Semua ini katanya bukan kerana Bahasa Kebangsaan tetapi kerana keegoan ahli persatuan. Beliau menggunakan sentimen ini untuk menundukkan lawannya.

6. Ketika Kamil Othman diganyang oleh Jurey Latif Rosli Gafim kerana pentadbirannya menguburkan agenda pemerkasaan bumiputera, Malaysiakini bersama penyokong penyokong antiestablishment dan chauvinist berkempen untuk mempertahankan Kamil Othman mempromosikan trending #KamiSokongKamil di media sosial 1 Mei 2016. Bermula dengan sokongan Afdlin Shauki dan artis-artis lain menyokong Datuk Kamil Othman. Menggunakan sentimen dan simpati Netizen kepada dirinya. Ketika Isu FFM28 sekali Afdlin Shauki menjadi penolongnya apabila memboikot FFM28.

7. Wal hal semua tahu bagi pendokong seni dan filem Kamil Othman yang cenderung kepada agenda pembangkang ini pernah mencadangkan agar Syarat Wajib Tayang bagi industri filem dihapuskan dan membuang insentif kerajaan memastikan filem terbitan tempatan mendapat slot tayangan di panggung wayang. Akibat desakan Persatuan Filem maka Kamil terpaksa menarik hasrat itu dan menambah baik program itu. Ia satu kaedah "Try & Error".


BAGAIMANA KAMIL OTHMAN MEMPERALATKAN FFM ke-28 UNTUK MENOLAK PERSATUAN YANG MENENTANG HALA TUJUNYA?

8. Kamil Othman sedar jika beliau tergesa-gesa membuka Finas dan FFM kepada bukan bumiputera beliau pasti menerima bantahan dari pelbagai persatuan terhadapnya.

9. Kamil memanfaatkan semua reaksi luar terhadap FFM dari 3 hingga 6 Ogos 2016. Respon awal ini beliau gunakan untuk laporan awal kepada Menteri.

i. Kritikan Alfie Palermo, Presiden Persatuan Lakon Layar Kuala Lumpur dan Selangor (PENULIS

ii. Boikot Afdlin Shauki terhadap FFM yang disambut netizen dalam media sosial. (sekali lagi Afdlin tampil menolong)

iii. Sokongan korporat Datuk Seri Nazir Razak CEO CIMB dan Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Eksekutif Kumpulan Air Asia terhadap Afdlin Shauki

iv. DAP melalui Anthony Loke Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP meminta campur tangan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak bagi mengarahkan FINAS membatalkan proses pencalonan untuk kategori Filem Terbaik Malaysia dalam Festival Filem Malaysia (FFM) ke-28.


Gambar 6 Ogos 2016 adalah pertemuan Pengerusi Finas, KSU KKMM dan KP FINAS dengan YB Datuk Seri Salleh Said Keruak di Tawau. Apa yang disampaikan oleh KP Finas?

10. 6 Ogos juga Kamil Othman, KP Finas muncul dalam media semula menjawab isu FFM berdasarkan bahasa ialah bertujuan mempromosi bahasa kebangsaan. Namun malamnya Dato' Khusairi Talib ( Pengerusi Finas), Dato' Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad KSU KKKM dan Datuk Kamil Othman telah bertemu dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak sempena pelancaran sambutan Bulan Kebangsaan di Tawau Sabah. Apa keputusan perbincangan itu? Menteri hanya membuat kenyataan media akan beri respon akan berbincang dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berhubung isu pengasingan kategori berdasarkan bahasa pada Festival Filem Malaysia (FFM) tahun ini. [http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/08/06/salleh-jumpa-finas/].


Perhatikan Tweet Ketua Pengarah Finas ini ketika berada di Sabah selepas pertemuan
dengan menteri. Barangkali dia sudah memberi bayangan kepada menteri apa yang perlu dilakukan. Siapakah Makhluk Asing yang beliau maksudkan? PFM? FDAM?GAFIM atau yang tidak sebulu dengannya?

11. Maknanya pada 6 Ogos itu Datuk Kamil telah memberi nasihat dan laporan yang salah kepada Menteri KKMM. Beliau tidak bimbang kepada Persatuan Pengeluar Filem Malaysia (PFM), Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dan lain-lain. Apakah mereka mahu meneruskan menunggu respon rakyat dari Media sosial lagi?. Boleh jadi keputusan Menteri KKM pada 10 Ogos sebenarnya sudah dicapai pada 6 Ogos 2016.

12. Ternyata kritikan dan pendapat luar dari 7 Ogos hingga 10 Ogos sebelum keputusan Menteri KKKM jauh lebih teruk kerana melibatkan

i. Komen Datuk Rahman Dahlan Menteri JPM mohol dibatalkan kategori

ii. Hafiz Ibrahim, Penolong Setiausaha Agung Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) meletak jawatan sebagai bantahan FFM 28

iii. Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam meminta Finas supaya tidak memisahkan kategori filem yang dipertandingkan pada FMM 2016.

iv. YB Khairy Jamaluddin, Menteri KBS selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia turut memberi komen tidak perlu ada pelbagai kategori, cukup dengan satu kategori sahaja.

v. Mohd Noor Kassim, Pengarah sinematografi memulangkan kembali dua trofi Festival Filem Malaysia (FFM) kerana boikot.

vi. Program Majlis Tanya FINAS melibatkan KP Finas dan Datuk Yusof Haslam bertukar tegang apabila Pengarah dan penerbit itu dituduh mempunyai kepentingan peribadi dalam Festival Filem Malaysia (FFM) ke-28.

vii. Chew Mei Fun Naib Presiden MCA mempersoalkan segregasi kategori filem kepada dua bahasa itu.

13. 10 Ogos lalu misi Kamil Othman berjaya. Selepas menerima semua respon, Cadangan beliau pada 6 Ogos dan respon pemimpin politik serta netizen selepas 6 Ogos telah diterima oleh Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak Menteri Komunikasi dan Multimedia. Anugerah Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FMM) September ini dibuka kepada semua penggiat industri filem di negara ini. Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan dan cadangan semua pihak termasuk penggiat industri filem dan orang awam. Anugerah Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan sebagai Anugerah baru sedangkan anugerah ini telah ada. FDAM protes tarik diri tinggal PFM sahaja yang masih terpaksa untuk menutup air muka. Lihatlah kesan cara Ketua Pengarah FINAS dan para pegawainya menasihati menteri sehingga keputusan itu nampak janggal. Kenyataan media telah terkeluar dari pejabat Menteri dan tidak boleh ditarik balik. Ia satu pengajaran di masa akan datang.

14. Namun Datuk Kamil Othman tersenyum riang dalam diam. Lihat apa kata Ketua Pengarah Finas pada 13 Ogos 2016 dalam Tweetnya selepas semua ini selesai dan akur. Beliau rasa bangga.Beliau seakan menghina orang filem yang membuat cadangan pembahagian kategori FFM. Mereka dianggap pembawa pemikiran cara lama. Ia bukan mengenai Bahasa Malaysia. Beliau mahu membawa Finas keluar dari berhibernasi. Katanya disekelilingnya dipenuhi makhluk asing. Bagi beliau mudah, filem bukan berbahasa kebangsaan juga adalah sama taraf dengan filem yang 70% berbahasa kebangsaan.

Siapa yang beliau maksudkan cara lama? PFM , FDAM dan GAFIM tak malukan dihina begitu?


Bagi Kamil cara baru ialah artis dan pengarah yang sentiasa menyokongnya.Sebab tu Bront Palaree yang menyokong Datuk Kamil KP FINAS mendapat bantuan untuk filem barunya berkisar cerita Tan Sri Khalid Ibrahim. Apakah ini ada unsur kepentingan?

15. Kamil Othman sememangnya KP Finas pro Cina berbanding Melayu. Selepas ini part 2 kita akan dedahkan bukti-bukti beliau pro Cina. Bagaimana ahli lembaga finas, beliau berikan projek filem jutaan ringgit. Nantikan! Malah pengerusi finas pun mereka beli lari dari landasan.


Apa kepentingan Pengerusi FINAS dan KP Finas pada Filem milik pengarah CH Lor yang juga Ahli Lembaga Pengarah FINAS?

16. Diharap selepas ini Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia tidak perlu lagi menyambung kontrak Datuk Kamil Othman ini yang bakal tamat hujung tahun ini. Jangan menanggung biawak hidup. Apa yang berlaku dalam FFM28 mengundang rasa benci persatuan pengeluar filem dan para sutradara filem malah memalukan Menteri.

Admin percaya semua kesilapan ini bermula dari Ketua Pengarah.

Friday, July 29, 2016

NETIZEN MENDEDAHKAN RANCANGAN JAHAT TIGA TAN SRI JATUHKAN NAJIB GAGAL SELEPAS NAIB KETUA PEMUDA UMNO BUAT LAPORAN POLIS!!!



Pendedahan berani yang dibuat oleh Tan Khai Beng, seorang Facebooker yang umumnya dikenali ramai, terutama membabitkan pendedahannya tentang kejalangan Lim Guan Eng dan Kerajaan DAP Pulau Pinang. Cuma kali ini ianya membabitkan Abu Kassim Mohamed, Abdul Gani Patail dan Dr. Zeti Akhtar Aziz ekoran laporan polis yang dibuat oleh Naib Ketua Pemuda UMNO beberapa hari lepas.

Selain ketiga-tiga Tan Sri tersebut, seorang lagi, Tun Daim Zainuddin sahaja yang tahu apa sebenarnya yang berlaku pada ulangtahun pertama kegagalan dalam cubaan menggulingkan Najib Abdul Razak pada 29 Julai 2015.

Menurut Facebooker tersebut, pada 20 Julai 2016, DOJ dan Peguam Negara Amerika Syarikat telah mengadakan sidang media berhubung wang curi dari 1MDB berjumlah USD1 bilion yang mereka akan sita dan kembalikan kepada Malaysia.

Pada 26 Julai 2016, Abu Kassim sepatutnya mengadakan majlis makan malam perpisahan yang turut dihadiri oleh Gani dan Zeti. Sepatutnya ketiga-tiga mereka akan mengadakan sidang media bersama berhubung pengumuman 20 Julai 2016 oleh Amerika Syarikat dan mereka akan mencadangkan agar Najib meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Hari ini, 29 Julai 2016, media utama Malaysia dan media sosial/alternatif akan memberi lebih tumpuan kepada cerita yang disiarkan oleh The Guardian bertajuk, '1MDB: The Inside Story of the World's Biggest Financial Scandal' (BACA DI SINI)

Dan untuk memberikan pukulan maut kepada Najib, satu demonstrasi yang digelarkan sebagai BERSIH 5.0 akan diadakan dengan harapan, tidak kurang 250,000 orang akan merusuh di jalanraya dan bertempur dengan polis, sekaligus akan menumpahkan darah dan memaksa piha tentera mengambilalih dan kemudian mengisytiharkan darurat, sekaligus Najib akan ditunjukkan pintu keluar dengan muncung senapang di kepalanya.


Ya, Mahathir sangat yakin, sepertimana yang diulang-ulangnya berkali-kali sepanjang tahun lepas yang Najib tidak boleh digulingkan menggunakan kaedah perlembagaan atau menerusi undi tidak percaya. Itu juga yang terbukti pada sepanjang tahun lepas. Satu-satunya cara untuk menggulingkan Najib adalah menerusi apa yang digelarkan oleh Mahathir (sebelum itu Anwar Ibrahim dan DAP), KUASA RAKYAT. Justeru, mereka memerlukan 'Malaysian Spring' untuk melakukannya walaupun tidak pernah terbukti tunjuk perasaan boleh menjatuhkan mana-mana pemimpin di Malaysia, termasuklah Mahathir sendiri.

Menurut Tan Khai Beng lagi, rancangan tersebut hanya diketahui oleh lima orang iaitu Mahathir, Daim, Gani, Abu Kassim dan Zeti. Rancangan tersebut terlalu sensitif untuk dikongsi dengan orang lain seperti Kadir Jasin, Zainuddin Maidin, Syed Akbar Ali, Khairuddin dan mereka yang tidak boleh menyimpan rahsia dan merosakkan segala rancangan melalui mulut (dan jari) celupar mereka.

Namun, bertentangan dengan arahan, Daim telah memberitahu Kadir tentang rancangan tersebut dan pada 22 Julai 2016, dua hari selepas pengumuman yang dibuat oleh Peguam Negara Amerika Syarikat, Kadir Jasin membocorkan rahsia tersebut dengan mesej di atas.

Pendedahan yang dibuat oleh Kadir Jasin pada 22 Julai 2016 telah merosakkan keseluruhan rancangan yang dibuat rapi.

Kadir terlalu teruja sehingga tidak mampu menahan diri dan akhirnya mendedahkan bahawa Pilihanraya Umum tidak akan diadakan pada 2018 kerana kekacauan yang dirancang, akan berlaku dan darurat akan diisytiharkan selepas pentadbiran negara diambilalih oleh Majlis Tindakan Kebangsaan ekoran penggantungan parlimen.

BERSIH 5.0 sepatutnya menjadi 13 Mei versi kedua di mana Najib akan dipaksa meletak jawatan dengan muncung senjata. Dengan pendedahan yang dibuat oleh Kadir Jasin, semua persediaan terpaksa dibatalkan dan para PENGAMPU dan OPORTUNIS mula mengorek apa yang telah berlaku. Ketika itulah mereka 'mendapati' rancangan ulangtahun kegagalan menggulingkan Najib yang pertama Julai tahun lepas dengan pengumuman Amerika Syarikat pada 20 Julai akan disatukan dalam kekacauan demonstrasi jalanan atas nama BERSIH 5.0.

Tan Khai Beng juga merujuk kepada pemergian Mahathir ke Jakarta, Indonesia yang menurutnya pada jam 1:30 pagi pad hari Selasa, 26 Julai 2016, di Jakarta, Mahathir telah menerima panggilan dari Malaysia yang memaklumkan kepadanya tentang laporan polis yang dibuat oleh Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun.

Mahathir panik dan menjadi pucat. Isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, panik dan beranggapan Mahathir mungkin telah diserang oleh penyakit jantung. Sedangkan Mahathir sebenarnya baru sahaja menerima berita yang sangat merungsingkan yang dia sendiri tidak jangkakan akan berlaku.

Mahathir telah menghubungi Gani, Abu Kassim dan Zeti, tetapi ketiga-tiganya tidak menjawab panggilannya. Malahan, mereka telah menyekat panggilan daripada Mahathir selepas mereka sedar, mereka kini dalam kes siasatan dan telefon mereka mungkin telah diintip. Sudah tentu mereka enggan menghadirkan bukti yang Mahathir ada menghubungi mereka.

Isunya sekarang bukan lagi berkisar tentang cubaan menjatuhkan Perdana Menteri. Ia adalah isu jenayah yang membabitkan pengintipan dan penderhakaan. Akta Perlindungan Whistleblower 2010 tidak dapat membela perbuatan tersebut. Jadi, kesemua mereka sangat terdedah dan tidak dilindungi.

Dalam perbualannya dengan Daim, Mahathir telah diberitahu bahawa berita tersebut adalah benar. Laporan polis telah dibuat terhadap Abu Kassim, Gani dan Zeti dan ia kelihatan sangat serius membabitkan penyaluran rahsia kerajaan Malaysia kepada kuasa asing.

Mahathir kemudian bertanya Daim sekiranya dia telah memberitahu orang lain tentang rancangan tersebut. Selepas menafikannya buat seketika, akhirnya Daim mengakui bahawa dia telah memberitahu Kadir. Kadir pula pada 22 Julai 2016 telah membuat satu posting berhubung kekacauan, penggantungan parlimen, undang-undang darurat dan sebagainya.

Itu pendedahan yang dibuat oleh seorang Facebooker yang sudah pasti mempunyai mempunyai bukti serta berdasarkan kepada analisa semasa. Pendedahannya mungkin boleh dipertikaikan tetapi ianya amat menarik berdasarkan kepada laporan polis yang dibuat oleh Khairul Azwan Harun yang sudah tentu sudah bersedia dari segala segi, termasuklah saman dan tindakbalas perundangan daripada mereka yang dituduh.

Secara peribadi, admin mengharapkan ini semua sekadar teori semata-mata dan tidak menggambarkan keadaan sebenarnya. Namun pada masa yang sama, pihak berkuasa juga perlu menyelesaikan kes ini sama ada mengheret ketiga-tiga orang bergelar tersebut ke muka pengadilan atau membersihkan nama mereka daripada tercemar sekiranya terdapat bukti-bukti yang menafikan pembabitan mereka dalam pengkhianatan dan pengintipan untuk kuasa asing.


Saturday, January 17, 2015

NI LER DIKATAKAN KEPALA BAPAK DIA!!! HARI TU KATA BUKAN ATAS DASAR MANA-MANA PARTI SEKARANG, LAIN CERITA!!!!


Kononnya, dia membuat pendedahan kerana dia sebagai orang Islam. Kononnya sebagai orang Islam, dia tidak akan bersubahat dengan penipuan dan kezaliman. Sedangkan hakikatnya, berapa ramai orang yang membuat pengakuan sepertinya hanyalah pembohong tulen.

Kini, Mejar Zaidi menunjukkan siapa dia yang sebenarnya!

Mungkin dia tidak sedar tetapi sama seperti banjir besar berlumpur dan penuh kayu balak yang memusnahkan kehidupan serta prasarana di Kelantan, Allah Taala buka tembelang pembohongannya yang sememangnya amat pro-Pakatan semenjak dari dalam tugasnya dengan TUDM lagi.

Baca nih!

Bekas Pegawai Kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad mengesahkan akan bersama Pakatan Rakyat (PR).
Beliau berkata demikian, selepas menyertai Forum Bersih 2.0, “Padah Kerana Benar, Bebas Kerana Salah”, pada Khamis malam.
“Sudah pasti saya akan bersama Pakatan Rakyat.
“Bila kamu sertai parti politk, kamu kena ikut keputusan parti. Dan kalau parti ambil keputusan untuk saya bertanding, saya akan bertanding sebagai calon,” katanya ketika ditanya sama ada akan bertanding sebagai calon PR pada pilihan raya umum akan datang.
Menurutnya, keputusan untuk bersama PR, bukanlah satu keputusan yang dipaksa mana-mana pihak, sebaliknya ia adalah keputusan beliau sendiri, berdasarkan apa yang berlaku dalam arena politik negara.
“Faktanya ialah, kalau awak tidak bersetuju dengan kerajaan, kamu kena ada pilihan atau alternatif. Jadi, saya perlu lakukan bahagian saya, dan saya percaya semua orang buat keputusan sendiri.
“Keputusan saya adalah berdasarkan apa yang saya fikir, bukan berdasarkan apa yang orang fikir dan percaya apa yang saya akan buat,” jelasnya lagi.
Isnin lalu, Mahkamah Tentera Kuala Lumpur memutuskan untuk memecat Mejar Zaidi daripada perkhidmatan Yang di-Pertuan Agong, lapor TRP.
Keputusan itu dibuat mahkamah berkenaan, selepas mendapati dia bersalah terhadap dua pertuduhan, melibatkan isu dakwat kekal, pada Pilihan Raya Umum ke-13, serta menyiarkan maklumat surat pertukaran kerjanya, dua tahun lalu. (SUMBER)
 
Blogger Templates