Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label nga kor ming. Show all posts
Showing posts with label nga kor ming. Show all posts

Tuesday, March 19, 2019

GELAR UMNO-PAS SEBAGAI TALIBAN, BOLEH... TAPI BILA DAP DIGELAR SEBAGAI KOMUNIS, MENGGELINJANG PARA PEMIMPIN DAP TERUS GUNA SEGALA KUASA YANG ADA UNTUK TUTUP!!!



Noh Omar dihalau keluar dari Dewan dan digantung selama tiga hari selepas Nga Kor Ming enggan meminta maaf berhubung kenyataannya mengaitkan UMNO-PAS dengan Taliban.

Nga Kor Ming dan wakil rakyat DAP di Dewan berang apabila Noh Omar mengaitkan Nga Kor Ming dan DAP dengan komunis. Namun yang sangat jelas ialah, sepertimana laporan ASTRO AWANI, Nga Kor Ming ketakutan apabila Noh Omar berterusan menengkingnya, membuatkan Nga Kor Ming terpaksa mematikan mikrofon dan menggunakan kuasanya sebagai Timbalan Speaker untuk menghalau Noh Omar keluar.

Nga Kor Ming dalam usaha melindungi ketakutannya, berkata, tindakan Noh di Dewan Rakyat adalah melanggar Peraturan Mesyuarat Dewan.

"Berdasarkan kelakuan Tanjong Karang yang tidak senonoh dan jelas sengaja melakukan perbuatan yang menghina majlis mesyuarat atau tidak mengendahkan kuasa pengerusi, tohmahan yang dilemparkan menuduh pengerusi tidak layak memegang jawatan adalah satu perbuatan menghina majlis mesyuarat.

"Oleh yang demikian, berdasarkan kuasa yang diberi di bawah Perkara 43 dan 44, saya dengan ini memerintahkan Tanjong Karang keluar dari majlis mesyuarat bagi tempoh bagi tiga hari iaitu hari ini 19 Mac, 20 Mac dan 21 Mac. Saya sarankan Tanjong Karang ambil iktibar tidak ulangi kelakuan menghina majlis mesyuarat pada masa akan datang dan berharap ahli majlis yang lain menjaga tertib," kata Nga Kor Ming tanpa sedikit pun merujuk kepada dirinya sendiri yang menjadi punca Noh Omar naik angin.


Semalam, Noh Omar membangkitkan isu Nga Kor Ming menggelarkan kerjasama antara UMNO-PAS sebagai TALIBAN. Nga Kor Ming didesak meminta maaf tapi dia enggan berbuat begitu. Malahan dengan angkuh berkata, tidak ada sebarang sebab untuk dia meminta maaf.

Dengan kata lain, dia mahu rakyat melihat kerjasama UMNO-PAS sebagai Taliban of Afghanistan dan bukan Islam di negara ini perlu mengisytiharkan perang ke atas umat Islam di negara ini kerana kerjasama tersebut akan menzalimi bukan Islam.

Nga Kor Ming jelas cuba menghasut dan melakukan provokasi perkauman dan agama.

Itu yang cuba ditanya oleh Noh Omar. Namun Nga Kor Ming berbelit-belit dan enggan menjawab pertanyaan Noh Omar sama ada dia ada mengeluarkan kenyataan tersebut atau sebaliknya.

Agak aneh, DAP boleh menggelarkan kerjasama antara UMNO-PAS sebagai TALIBAN tapi apabila DAP dikaitkan dengan KOMUNIS, tahu pula marah. Maknanya, hanya DAP sahaja yang boleh dan bebas menggelarkan atau melabelkan sesiapa sahaja yang tidak mereka sukai dengan pelbagai gelaran, tetapi apabila DAP dilabelkan dengan standard yang serupa, mereka akan menggelinjang kepanasan?

Dan yang paling penting, tahu pula Nga Kor Ming menggunakan kuasa untuk menutup cerita sebenar.

Noh hanya mahu mendapatkan penjelasan Nga, yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan berkenaan laporan kenyataannya yang membandingkan Umno-PAS dengan Taliban. Kalau serang peribadinya (selaku Timbalan Yang Dipertua), bolehlah dianggap menghina Dewan dan guna kuasa dia, tetapi ini mempersoalkan tindakannya di luar Dewan dan tiada kena mengena dengan tugasnya sebagai Timbalan Yang Dipertua.

Nga Kor Ming tidak gunakan kuasa sebagai Timbalan Yang Dipertua untuk mempertahankan tindakan salahnya di luar Dewan.

Tapi bak kata Najib, kita sedar dan iktiraf kuasa besar yang dimiliki oleh DAP sekarang.


Monday, March 18, 2019

BUAT APA MINTA MAAF, KATA NGA KOR MING DENGAN BONGKAK!!!



NGA KOR MING ENGGAN MOHON MAAF KENYATAAN 'NEGARA TALIBAN'

PARLIMEN: 18 Mac - Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming hari ini enggan memohon maaf berhubung kenyataannya sebelum ini yang menyifatkan bahawa negara ini akan menjadi "Negara Taliban" sekiranya pakatan UMNO-PAS berkuasa.

"Apa yang nak dimohon maaf?" katanya ketika ditemui di lobi parlimen hari ini.

Awal hari ini, Pemuda PAS Selangor berkata, pihaknya akan menganjurkan himpunan besar-besaran jika tiga pemimpin DAP - Nga, Lim Guan Eng, dan Chew Chong Sin - tidak memohon maaf atas kenyataan mereka yang disifatkan sebagai "melampau".

Nga bagaimanapun berkata Pemuda PAS mempunyai hak untuk berhimpun.

"Biar polis yang kendalikan (himpunan itu). Kita hormati kedaulatan undang-undang, dan kita juga hormati kebebasan berekspresi.

"Mereka boleh menganjurkan perhimpunan selagi ia mematuhi undang-undang," katanya.


Nga dilapor bercakap kepada pemberita awal bulan ini sebagai berkata sekiranya pakatan PAS dan UMNO mengambil alih kerajaan persekutuan, Malaysia akan menjadi seperti Afghanistan di bawah pentadbiran Taliban.

Tiga hari kemudian, Lim mengeluarkan kenyataan yang menyifatkan kerjasama Umno-PAS "perisytiharan perang" terhadap golongan bukan Melayu. Beliau kemudian membuat pembetulan dengan menukar frasa "perisytiharan perang" dengan "menyasarkan".

Sekurang-kurangnya 58 laporan polis dibuat terhadap Lim dan siasatan kini masih berjalan.

Sementara itu, Adun Mengkibol Chew Chong Sin berkata serangan keganasan di masjid di New Zealand - yang mengorbankan 50 nyawa - patut dijadikan pengajaran di Malaysia dalam soal isu kaum dan agama dengan menjadikan kerjasama UMNO-PAS sebagai contoh.

Beliau kemudian menarik balik kenyataan itu atas sebab ia telah mengakibatkan "salah faham".

SUMBER

Tuesday, May 8, 2018

'MAHATHIR JANGAN MAMPOS DULU' ADALAH SUARA HATI SEBENAR DAP TERHADAP DR. MAHATHIR DAN MELAYU SECARA KHUSUSNYA!!!



Klip video yang memperlihatkan bagaimana DAP menerusi lidah Nga Kor Ming melihat Mahathir hanya sebagai KUDA yang diharapkan akan MAMPOS setelah matlamat mereka tercapai menggunakan batang tubuhnya, terus diperkatakan oleh Netizen. 

Walaupun Mahathir merupakan rakan sekutu Lim Kit Siang yang cukup anti dengan Barisan Nasional sekarang, tetapi ramai pemimpin Barisan Nasional yang tidak senang dengan keceluparan dan kebiadapan yang ditunjukkan oleh Nga Kor Ming terhadap Dr. Mahathir. 

Bohonglah kalau dikatakan, rata-rata orang Melayu berseronok dengan apa yang dikatakan oleh Nga Kor Ming terhadap Mahathir. Kecualilah Melayu-Melayu yang kuat menjilat DAP dan melihat para pemimpin DAP termasuklah Nga Kor Ming sebagai PENYELAMAT MALAYSIA, sahaja yang akan menganggap, kata-kata biadap itu hanyalah 'gurauan' dan 'metafora' semata-mata. 


Sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin DAP itu merupakan BUKTI JELAS akan kebenaran yang diperkatakan selama ini. DAP memang rasis. DAP memang bencikan orang Melayu. DAP memang akan mempergunakan sesiapa sahaja yang bergelar Melayu untuk mencapai matlamat mereka, menakluk dan menjarah kuasa di negara ini. Dan selepas memperolehi kuasa, sepertimana yang dilakukan oleh Nga Kor Ming pada tahun 2008 selama 11 bulan di Perak, sepertimana juga yang dilakukan oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang selama 10 tahun, orang Melayu akan dihalau keluar secara terhormat dari kawasan tradisi mereka, sama ada atas nama pembangunan atau atas nama kemajuan. 

Apa yang berlaku dengan tanah pajakan 999 tahun yang dianugerahkan Kerajaan DAP Perak pada tahun 2008? Apa yang berlaku kepada berpuluh-puluh perkampungan tradisi Melayu dan India di Pulau Pinang? Di mana rumah murah dan rumah mampu milik yang dijanjikan oleh DAP berbanding rumah-rumah mampu tengok? Berapa ratus peratuskah kenaikan cukai tanah yang menyebabkan kos sara hidup melambung dan harga rumah memuncak tingginya sehingga menjadi RUMAH MAMPU TENGOK sahaja selepas DAP berkuasa?

Semuanya bermula dengan PENGGUNAAN PEMIMPIN BERBANGSA MELAYU. 

Dan itulah sebenarnya yang dilakukan oleh Nga Kor Ming dan DAP secara keseluruhannya. 

Mahathir yang begitu bijak pun, TERPAKSA TOLONG DAP agar DAP menolongnya dan anak-anaknya dengan cubaan meletakkan DAP di Putrajaya. Segala maruah dan tenaga tua Mahathir dicurahkan kepada DAP tetapi balasan yang diberikan oleh DAP hanyalah 'BOLEH PERGI MAMPOS!' kepada Mahathir. 

Itu Mahathir. Bagaimana dengan Melayu-Melayu marhein yang terpedaya kononnya DAP akan menyelamatkan mereka dan membantu mereka? Bagaimana pula dengan orang Melayu yang boleh dijadikan hamba, dan hanya wajib mengangguk dan membenarkan segala perlakuan dan tindak tanduk pemimpin DAP. 

Ingat balik apa yang dilakukan oleh DAP kepada PAS dan Abdul Hadi Awang!!!

Wednesday, November 22, 2017

NGA KOR MING TAK MENGAKU DIA SEBUT 'MELAYU PUKIMAK'!!!



Nga Kor Ming cuba menafikan yang dia telah mengeluarkan kata-kata nista terhadap orang Melayu dan Menteri Besar Perak, Zambry Abdul Kadir menerusi sebuah klip video yang menjadi tular di media sosial.

Ahli Parlimen Taiping itu sebaliknya bercadang untuk membuat laporan polis berhubung penularan klip video tersebut yang menunjukkan dan membuktikan dia menghina Menteri Besar Perak dengan kenyataan-kenyataan nista dan menjijikkan. 

Nga Kor Ming yang cukup dikenali menerusi pelbagai kenyataan-kenyataan jijik menerusi Facebook dan media sosial lain mendakwa, klip video tersebut telah disunting dan palsu. Jadi, menurutnya, dia mempunyai hak untuk menyaman sesiapa sahaja yang menyebarkan klip video berkenaan.

Kor Ming memberi respons berhubung satu laporan polis yang dibuat oleh Pemuda BN Perak yang menuduh Nga mengeluarkan kata-kata nista dan mencarut.

"Saya tidak pernah mengeluarkan perkataan jijik itu. ITu adalah mengarut, palsu dan video tersebut telah disunting. Jelas, sesiapa sahaja yang menontonnya tahu, video berkenaan adalah palsu," katanya. (RUJUK SINI)

Kontroversi tersebut bermula daripada anugerah BrandLaureate Nation Building Brand Icon Leadership Award yang telah diterima oleh Zamry pada Ogos lepas. Di dalam klip video tersebut, Nga telah menuduh Zamry menggunakan dana awam untuk membeli anugerah tersebut. 

Dia mengeluarkan kenyataan tersebut dalam ceramahnya pada 16 November.

Klip video tersebut turut menunjukkan footage di mana Nga mengeluarkan kenyataan, 'Melayu Puk**ak'. (RUJUK SINI)

Nga bagaimanapun, mengakui dia menuduh Zamry membayar sejumlah dana untuk membeli anugerah tersebut tetapi menegaskan dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan atau kata-kata mencarut, menjijikkan dan menghina.

Wednesday, September 6, 2017

BARU ADA AKAI.... DAP DAN NGA KOR MING MENGANJING-ANJINGKAN SAHAJA PARTI SOSIALIS MALAYSIA!!!



Parti Sosialis Malaysia (PSM) mempunyai seorang wakil di Parlimen. Kerusi Parlimen yang dimenangi oleh parti tersebut adalah di Sungai Siput. Bagaimanapun, kemenangan Dr. Michael Jeyakumar Devaraj pada PRU-13 lalu di Sungai Siput adalah atas PKR, walaupun dia kekal sebagai ahli PSM.

Semenjak 2004, PSM bertanding di bawah logo PKR.

Atas faktor itulah, PSM dianggap sebagai 'anjing kurap' dalam kelompok Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP. DAP tidak melihat signifikan PSM sebaliknya melihat PSM sebagai parti politik yang hanya mengambil kesempatan di atas kekuatan DAP.

Keputusan Nga Kor Ming untuk merampas kerusi-kerusi yang ditandingi oleh PSM pada PRU akan datang ternyata membuktikan keangkuhan DAP yang menganggap mereka adalah 'ABANG BESAR' yang tidak boleh disanggah dan tidak boleh dilawan.

Nga Kor Ming menyatakan kerusi Parlimen Sungai Siput yang dimenangi oleh Jeyakumar akan ditandingi oleh DAP pada PRU akan datang, sekaligus mencetuskan rasa tidak senang di kalangan para pemimpin PSM yang selama ini hanya tunduk dan tidak berani menentang apa-apa sahaja arahan yang datangnya dari DAP.

PSM menerusi Pengerusinya, Dr. Nasir Hashim menyatakan PSM akan bertanding di 20 kerusi pada PRU-14 termasuklah Sungai Siput, Semenyih, Kota Damansara dan Jelapang. Pengumuman tersebut telah menyebabkan DAP marah dan menyatakan, DAP tidak akan membenarkan kerusi-kerusi yang dimenangi oleh DAP pada PRU lalu ditandingi oleh PSM.

Jeyakumar, seorang doktor perubatan, kali pertama bertanding di Sungai Siput atas tiket DAP pada 1999 sebelum menggunakan logo PKR dalam tiga PRU sehingga 2013. Pada 1999 dan 2004, Jeyakumar kalah kepada Presiden MIC pada waktu itu, S. Samy Vellu.

Dia bagaimanapun, berjaya menewaskan Sammy Vellu pada 2008 dan kemudian mengalahkan seorang lagi calon heavyweight MIC, SK Devamany yang merupakan Timbalan Menteri pada 2013.

Menurut Jeyakumar, PSM tidak pernah dipandang bernilai oleh pakatan pembangkang. Mereka juga tidak pernah dijemput untuk mengambil bahagian dalam sebarang perbincangan terutama ketika pembentukan pakatan yang baru.

Sementara itu, bagi mengurangkan pergeserannya dengan Nga Kor Ming, Lim Guan Eng menyatakan apa yang berlaku di Perak, diserahkan kepada pucuk pimpinan DAP Perak. Menurutnya, dia tidak boleh membuat sebarang komen berhubung isu tersebut.

Rafizi Ramli pula dalam pada itu, menggesa PSM-PKR-DAP agar duduk semeja untuk membincangkan status kerusi Parlimen Sungai Siput pada PRU-14. Menurutnya, PSM perlu mendapatkan persetujuan daripada PKR dan DAP. Ini kerana memandangkan Jeyakumar memenangi kerusi tersebut di bawah tiket dan logo PKR, Jeyakumar seharusnya menerima hakikat bahawa kerusi tersebut di bawah Pakatan Harapan yang mengandungi PKR, DAP, PPBM dan PAN.


Thursday, August 3, 2017

NGA KOR MING FITNAH ALLAHYARHAM TUN RAZAK SEBAGAI PENGKHIANAT NEGARA BERBANDING CHIN PENG!!!



Nga Kor Ming, Ahli Parlimen Taiping yang sudah beberapa kali terbabit dengan menyalahgunakan kemudahan Internet terutama dalam usahanya untuk memprovokasi dan mencetuskan permusuhan antara kaum membabitkan Melayu dan Cina, sekali lagi nampaknya berusaha ke arah itu.

Dia tidak pernah serik walaupun sebelum ini, dia pernah disoalsiasat dan kemudian menyalahkan pihak lain yang telah menggunakan namanya dan DAP di Facebook apabila sebuah kartun menghina perayaan umat Islam di negara ini dimuatnaik di laman yang tertera namanya sebagai pemilik.

Kali ini, Nga Kor Ming mengambil kesempatan menghina Perdana Menteri kedua Malaysia, Allahyarham Tun Abdul Razak, bapa kepada Perdana Menteri sekarang, Najib Abdul Razak biarkan sekadar kononnya 'berkongsi' fitnah tersebut di laman FBnya.

Nga Kor Ming cuba menggambarkan dan memberikan persepsi bahawa Allahyarham Tun Abdul Razak adalah seorang pengkhianat yang telah bekerja dengan Jepun. Ahli Parlimen DAP itu turut membandingkan Allahyarham dengan Chin Peng yang menurutnya adalah seorang wira negara kerana berjuang menentang Jepun meskipun seorang komunis.

Ayat yang menarik dalam gambar tersebut antara lain berkata, kalau si bapa adalah seorang pengkhianat, maka tidak hairanlah anaknya yang sekarang ini adalah Perdana Menteri menjual berbilion-bilion ringgit tanah negara ini kepada pihak asing. Satu tuduhan yang sangat berat dan sangat melampau!

Untuk membuktikan tuduhannya, sekeping gambar lama Tun Abdul Razak yang berpakaian seakan-akan tentera Jepun disiarkan walaupun itulah pakaian yang digunakan oleh anggota Malayan Civil Service yang berada di bawah perintah Jepun.

Bagi golongan yang tidak faham, tidak tahu dan tidak peduli dengan sejarah negara, terutama sekali membabitkan penaklukan dan pendudukan tentera Jepun ke atas Tanah Melayu, serta pembabitan komunis yang ditubuhkan pada tahun 1930, sudah pasti akan menerima bulat-bulat apa yang dikatakan dan dikongsikan oleh Nga Kor Ming.

Nga Kor Ming berasal dari Ayer Tawar, Manjung yang turut menempatkan Kampung Baharu Ayer Tawar yang merupakan penempatan semula atau lebih tepat lagi pengurungan masyarakat Cina yang terdedah kepada komunis. Walaupun sebahagian besar daripada masyarakat Cina tersebut tidak menyokong PKM, tetapi sebahagian yang lain merupakan penyokong dan pengsimpati mahupun sebagai anggota PKM sendiri. Ada yang melakukannya kerana beranggapan orang Melayu sangat lemah dan boleh dijajah seandainya penjajah Inggeris dan Jepun dapat dihalau. Sebahagian lagi dipaksa dan takut dipencilkan atau dipulaukan - kaedah sama yang digunakan oleh DAP bagi mana-mana Cina yang tidak menyokong atau menyanggah mereka sekarang!

Tun Abdul Razak merupakan antara anak Melayu yang sangat berani kerana sanggup menyusup masuk Perkhidmatan Awam Malaya (Malayan Civil Service) meskipun usianya masih muda pada ketika itu. Dari dalam, dia menyalurkan pelbagai maklumat serta pergerakan tentera Jepun bahkan mengelakkan orang Melayu melalui tragedi Sook Ching atau pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Jepun seperti yang berlaku kepada orang-orang Cina. (RUJUK SINI)


Menerusi Perkhidmatan Awam Malaya itulah Tun Abdul Razak bertemu dengan Yeop Muhyidin yang kemudian mereka menubuhkan Askar Wataniah yang berjuang menentang tentera Jepun secara lebih efektif dan bukannya bercita-cita untuk menakluk negara ini sepertimana pengganas komunis yang diketuai oleh Chin Peng, seorang anak pendatang yang bukan merupakan warganegara tetapi bercita-cita untuk menjadi pemerintah tunggal negara ini menerusi keganasan dan kekejaman.

PKM dan Chin Peng awalnya bekerjasama dengan British. Namun apabila Hiroshima dan Nagasaki dibom, tentera Jepun menyerah kalah, menjadikan pentadbiran negara tidak stabil. Kesempatan tersebut diambil oleh PKM dan Chin Peng untuk keluar dan berlagak seolah-olah merekalah yang berjuang membebaskan negara ini daripada cengkaman tentera Jepun. Masyarakat Melayu dan Cina menjadi mangsa kekejaman PKM dan Chin Peng.

Sehinggalah tentera dan pentadbiran British kembali memerintah Tanah Melayu beberapa minggu kemudian, PKM dan Chin Peng akhirnya lari ke dalam hutan dan meninggalkan sebahagian daripada mereka di bandar-bandar dan perkampungan serta penempatan Cina sebagai mata serta telinga mereka.

Penentangan ke atas tentera Jepun telah berakhir buat Askar Wataniah. Sama seperti Force 136, tidak ramai orang Cina seperti Nga Kor Ming yang tahu dan iktiraf kerana kedua-dua pasukan tersebut tidak melakukan penganiayaan serta kekerasan ke atas masyarakat serta infrastruktur awam. Apatah lagi kedua-dua pasukan tersebut kemudiannya bertukar fungsi kepada menentang PKM dan Chin Peng, membuatkan ramai penyokong komunis yang sakit hati.

Fitnah besar yang dibuat dan dikongsi oleh Nga Kor Ming sebenarnya memerlukan tindakan undang-undang yang lebih tegas. Nga Kor Ming bukannya orang biasa. Dia adalah seorang penggubal undang-undang iaitu Ahli Parlimen dan ADUN.

Apa yang dilakukannya adalah bertujuan untuk menimbulkan kebencian antara orang Melayu dan Cina. Kepada orang Cina, Nga Kor Ming cuba memberitahu kononnya orang Melayu adalah pengkhianat negara ini, sebaliknya negara ini terhutang budi sepenuhnya kepada orang Cina yang telah membebaskan negara daripada cengkaman tentera Jepun. Untuk orang Melayu, Nga Kor Ming mahu mencetuskan sentimen kebencian terhadap orang Cina yang tidak mengenang budi kerana dibenarkan menetap dan kemudian diberikan pelbagai hak termasuklah berpolitik dan mengundi, iaitu hak yang tidak diberikan oleh banyak negara kepada warga yang berasal daripada masyarakat imigran.

Nga Kor Ming mungkin rasa dia tidak bersalah, seorang yang naif kerana sekadar 'berkongsi' punca gambar tersebut disiarkan tetapi berdasarkan kepada perbuatan-perbuatannya sebelum ini, niat serta maksudnya amat jelas!!!


Wednesday, April 19, 2017

KERANA GAMBAR BERASMARA, DYANA SOFYA BAKAL HILANG KEDUDUKAN DI TELUK INTAN!!!



Akhirnya Nga Kor Ming mendapat peluang membalas dendam setelah dia disailang dalam PRK Teluk Intan pada tahun 2014 lalu.

Dyana Sofya Mohd Daud bukanlah calon yang dicadangkan oleh Nga Kor Ming yang merupakan Pengerusi DAP Perak, sebaliknya calon untuk PRK Teluk Intan pada waktu itu adalah Hew Kuan Yau, pakar ceramah DAP yang kuat memaki hamun dan menyumpah seranah. Apatah lagi Hew Kuan Yau pada waktu itu adalah Pengerusi DAP Teluk Intan. 

Bagaimanapun, campurtangan Lim Kit Siang, membuatkan Nga Kor Ming terpaksa berputih mata untuk mengukuhkan kedudukannya. 

Dyana Sofya pada waktu itu merupakan anak didik Lim Kit Siang. telah diberikan laluan lebih mudah sekaligus menyebabkan Hew Kuan Yau terpinggir. Sepanjang tempoh berkempen dalam PRK Teluk Intan, Hew Kuan Yau langsung tidak muncul di Teluk Intan untuk berceramah, manakala Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham turut mengambil tindakan yang serupa, walaupun pada saat-saat terakhir, mereka muncul juga.

Kini, Nga Kor Ming memberikan isyarat bahawa Lim Kit Siang tidak boleh lagi memberi muka kepada Dyana Sofya apabila pencalonan Dyana Sofya untuk kerusi Parlimen Teluk Intan pada PRU akan datang, ditentang oleh Nga Kor Ming walaupun secara tidak berterus-terang. Nga Kor Ming sebaliknya mengatakan, kedudukan Dyana Sofya kini hanya boleh diputuskan oleh kepimpinan tertinggi DAP, sekaligus memberi isyarat, DAP Perak sendiri sudah tidak sudi dengan Dyana Sofya. (RUJUK SINI)

Nga Kor Ming memberi respons terhadap gambar-gambar yang disiarkan oleh media yang menunjukkan seorang wanita yang tersangat mirip dengan Dyana Sofya sedang bercium dengan seorang lelaki yang rupa paras dan bentuk tubuhnya sangat mirip dengan Ahli Parlimen Bukit Bendera DAP, Zairil Khir Johari.

Imej-imej membabitkan kedua-duanya bukanlah kali pertama muncul dan menjadi tular di Internet. 

"Saya serahkan kepada kepimpinan parti untuk membuat keputusan. Zairil sudah berulangkali menafikan (gambar-gambar terawal yang dikatakan dimuatnaik oleh isterinya sendiri) tetapi gambar-gambar seperti itu masih juga muncul. Jadi cara terbaik adalah media mendapatkan sendiri pengakuan daripada tuan punya tubuh," kata Nga.

Zairil yang telah berkahwin dan mempunyai anak, sebelum ini menafikan dia adalah lelaki yang sedang menari dengan seorang wanita yang menyerupai Dyana Sofya yang mula tersiar pada Mac lepas sebelum tersiarnya gambar-gambar bercumbu terbaharu. 

Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera itu bagaimanapun, belum lagi memberi respons berhubung gambar-gambar terbaharu. 

Sementara itu, Dyana Sofya sendiri secara tidak langsung telah mengesahkan wanita di dalam gambar berkenaan adalah dirinya. Dia bagaimanapun, menganggap penyiaran gambar-gambar tersebut adalah salah satu serangan privasinya. Pendapatnya itu disokong oleh ibunya sendiri.

Wednesday, March 22, 2017

LAWAK PEMILIK RUMAH PUTIH IPOH!!! PEMIMPIN UMNO DAN PAS MAKAN BERSAMA DI PARLIMEN PUN, NGA KOR MING KATA ITU RUNDINGAN SULIT PAS-UMNO!!!



Ingat lagi ungkapan 'ADA BULAN DI DADAMU?'

Ingat lagi betapa penuh perasaannya Ngeh Kor Ham menyanyikan lagi 'Ada Bulan Di Dadamu' dalam Bahasa Mandarin?

Ingat lagi Nga Kor Ming berceramah dan menggunakan ayat-ayat al Quran yang kemudian disambut takbir oleh para penyokong PAS dan mereka mempertahankan bahkan memuji-muji tindakan Nga Kor Ming walaupun diberitahu Nga Kor Ming sebenarnya menghina Islam selain mempergunakan ayat-ayat al Quran untuk menggula-gulakan para penyokong PAS dalam usaha mendapatkan sokongan mereka untuk DAP berkuasa di Perak dan Malaysia amnya?

Itu dulu... ketika PAS atau lebih tepat lagi ketika DAP mempunyai para penjilat yang bersembunyi di dalam PAS dan sebelum mereka keluar beramai-ramai untuk membentuk PAN.

Sekarang, lain ceritanya...


Nga Kor Ming sedang menjalankan kempen secara aktif kebencian ke atas PAS dengan sasarannya adalah Nik Abduh.

Kekalahan Nik Abduh dalam pemilihan jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Pengkalan Chepa, telah menjadi bahan momokan Nga Kor Ming dan para pengikutnya. Tidak cukup dengan itu, kenyataan Nik Abduh bahawa dia sekadar 'suka-suka' bertanding jawatan tersebut, turut menjadi bahan jenaka Nga Kor Ming dan para pengikutnya yang terdiri daripada penyokong PAN.

Di sebalik kebimbangan PKR terutama sekali di Selangor tentang sikap PAS, bahkan penamatan kerjasama PAS dengan PKR yang bakal meruntuhkan Kerajaan Negeri pimpinan Azmin Ali serta didalangi oleh DAP, Nga Kor Ming pula cuba memainkan peranan untuk menimbulkan rasa bersalah di kalangan para penyokong PAS kerana meninggalkan DAP.


Dia juga cuba menimbulkan salah sangka sehinggakan sekeping gambar beberapa orang pemimpin PAS di meja makan bersama beberapa orang pemimpin UMNO di kawasan terbuka, sebagai 'rundingan sulit' antara UMNO-PAS.

Sebenarnya Nga Kor Ming tahu, tanpa PAS, DAP akan menghadapi kesukaran meskipun kini tempat PAS di sisi DAP telah diganti oleh PAN dan Cap Bunga. Kedua-dua parti itu bagaimanapun, tidak mempunyai kekuatan yang setara dengan PAS. Apatah lagi dengan 'seloroh' Nik Abduh yang PAS akan menawan 5 buah negeri di mana Perak adalah salah sebuah negeri terbabit, sudah tentu amat meresahkan Nga Kor Ming, pemilik Rumah Putih Ipoh yang memiliki tanah balak yang sangat luas di Hulu Kelantan hasil tahaluf siyasinya dengan PAS pada era Husam Musa sebagai Exco Kanan.


Monday, July 11, 2016

ALASAN TERBAHARU NGA KOR MING: DAH AKAUN FACEBOOK KENA HACKED PULA, SEBAB TU NYAH-AKTIF!!!



Senang sungguh jadi Nga Kor Ming a.k.a YB Babi!!!

Ir Nawawi Ahmad, Ahli Parlimen Langkawi terpaksa memohon maaf dan mengambil tanggungjawab terhadap posting dalam akaun Facebook atas namanya walaupun ianya dikendalikan oleh orang lain.

Hamidah Osman, ketika bergelar Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, mengambil tanggungjawab berhadapan dengan saman fitnah oleh Khalid Samad dan terpaksa membayar harga saman tersebut walaupun yang mengendalikan Facebook atas namanya adalah orang lain.

Tapi Nga Kor Ming di sebalik 'keberaniannya' dengan keyboard, mengambil pendekatan PENGECUT dan BACUL apabila menyatakan, laman Facebook yang sudah pun dinyah-aktifkan bukan miliknya, tetapi menyalahkan peminatnya. Bahkan tidak tahu hendak menamakan pihak yang menggunakan namanya untuk akaun Facebook itu.

Kata Nga Kor Ming lagi, dia bukannya administrator fanpage Facebook itu. Laman tersebut telah dibina dan diuruskan oleh para penyokongnya.perasan dan diikuti oleh 450,000 peminat.

"Itu merupakan petunjuk yang baik, jadi saya benarkan mereka meneruskannya tanpa mengambil sebarang tindakan," katanya.

"Saya bukannya admin, para penyokong saya yang menguruskannya. Secara asas, mereka akan memuatnaikkan tanpa bertanya saya bagi melaksanakan reformasi politik"

Katanya lagi, dia perasan akaun Facebook tersebut telah dinyah-aktifkan dan dia mengesyaki, akaun berkenaan telah digodam!

Mudah sungguh Nga Kor Ming memberi alasan, sepertimana dia memberi alasan paling bangang membabitkan banjir lumpur dan batang-batang balak besar di Hulu Kelantan pada penghujung 2014. Dia sebaliknya menyalahkan Kerajaan Negeri Kelantan walaupun kawasan berkenaan merupakan kawasan kegiatan pembalakan melibatkan syarikatnya.

Kalau banjir lumpur dan batang-batang balak besar di Hulu Kelantan pun, berjaya membebaskannya daripada sebarang tanggungjawab membayar gantirugi, nampak gayanya, kali ini bebas lagilah Nga Kor Ming kerana alasan akaun kena hacked adalah alasan yang paling popular dan paling boleh digunakan!!!


Sunday, July 10, 2016

APA YANG BANGANG SANGAT TUNTUT PERMOHONAN MAAF DARI NGA KOR MING?



Dah berdedai-dedai para pemimpin baik dari UMNO mahupun PAS yang menuntut agar YB Babi dari Taiping memohon maaf kepada umat Islam di seluruh Malaysia kerana penghinaan yang dipaparkan di dalam akaun Facebook miliknya. Dan ramai jugalah, Netizen yang turut menyuarakan serta desakan serupa.

Apa untungnya umat Islam kalau Nga Kor Ming meminta maaf?

Nga Kor Ming sendiri telah menafikan yang akaun tersebut adalah akaunnya. Malah katanya, dia sangat menghormati agama Islam malah dia mendabik dada kononnya dia banyak membantu umat Islam, termasuklah mengadakan majlis Khatan Perdana sedangkan dia sendiri, dipercayai tidak berkhatan.

Di sebalik penafiannya dan tuduhannya bahawa posting tersebut telah dilakukan oleh sibertruper yang mahu mencemarkan nama baik DAP, Nga Kor Ming menyatakan, tidak seharusnya orang ramai terutama sekali umat Islam melatah dan terasa hati sekiranya mereka faham dengan maksud lakaran kartun itu. (RUJUK DI SINI)

Malah menurut Nga Kor Ming lagi, lakaran kartun tersebut perlu dilupakan sebaliknya rakyat perlu memikirkan perkara yang lebih besar melibatkan kepentingan negara, masa hadapan serta isu-isu seperti 1MDB, rasuah dan seumpamanya.

Bagaimanapun, semua isu-isu tersebut hanya melibatkan kerajaan, manakala isu-isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta kedudukan melibatkan Nga Kor Ming sendiri serta DAP, jangan sesekali diungkit atau diperkatakan.

Justeru, dia enggan meminta maaf.

Sebenarnya, Nga Kor Ming tidak perlu meminta maaf pun. Untuk apa dia memohon maaf sekiranya, dia akan mengulangi semula perbuatannya melakukan provokasi dan menanam kebencian terhadap bukan Cina-Kristian sepertinya?

Jadi, jangan jadi banganglah untuk menuntut manusia sombong dan bongkak seperti Nga Kor Ming meminta maaf. Kalaupun dia meminta maaf, itu adalah kerana dia bimbang sekiranya kekayaan yang diperolehinya menerusi pelbagai kaedah politik seperti pembalakan di Hulu Kelantan, ditarik balik dan rumah mewahnya disita kerana tuntutan saman fitnah.


TERKENA PENYAKIT RAFIZI RAMLI, NGA KOR MING BAGI ALASAN 'SALAH FAHAM' DAN 'JENAKA'!!!



Bermula malam tadi, akaun Facebook Nga Kor Ming telah pun dinyah-aktifkan. 

Nga Kor Ming enggan mengaku yang akaun tersebut adalah miliknya, sebaliknya akaun yang mempunyai 440 ribu pengikut itu adalah laman peminatnya. Menariknya, apa yang terkandung di dalam laman tersebut, dikongsi di dalam akaun FB peribadi Nga Kor Ming. Selepas akaun FB yang diikuti oleh 440 ribu orang pengikut itu dinyah-aktifkan, Nga Kor Ming menyalakan sibertruper yang diupah oleh pihak tertentu untuk mencemarkan nama baik DAP. 

Itulah yang dinyatakan oleh Nga Kor Ming dalam kenyataannya yang bertajuk, "When is the smear campaign against the DAP going to stop?" (Sampai bila kempen mencemarkan nama baik DAP akan berhenti?)

"Saya tidak pernah memuatnaik atau melukis kartun tersebut, sebaliknya saya adalah mangsa siber truper yang telah diupah oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai kepentingan untuk melakukan kempen mencemarkan nama baik DAP. Malahan, saya bersedia membantu pihak polis dalam siasatan mereka sekiranya diperlukan."

Laman yang sama jugalah yang telah mengheret Nga Kor Ming ke mahkamah dalam satu saman fitnah membabitkan Perdana Menteri dan isterinya. Penghujung kes tersebut ialah, Nga Kor Ming memilih untuk meminta maaf secara terbuka dan membuat aku janji untuk tidak mengulangi sebarang fitnah ke atas Perdana Menteri dan isterinya. 

Memandangkan saman fitnah Perdana Menteri dan isteri ke atas Nga Kor Ming tidak menyebabkan YB Babi itu muflis dan harta-harta kekayaan yang diperolehinya menerusi jalan politik disita dan dirampas, maka dia terus melakukan perbuatan provokasi, termasuklah dua kes yang terbaharu. 

Dan seperti biasa, makhluk sespesiesnya yang berak di tengah jalan, tidak akan mengaku perbuatan yang dilakukannya, sebaliknya bukan sahaja menuduh orang lain tetapi juga memaki hamun orang lain yang tiada kena-mengena dengan tahi di tengah jalan. 

Nga Kor Ming turut dibantu oleh Teresa Kok yang menegaskan, ahli politik perlu menghargai nilai-nilai humor agar dunia politik tidak hambar dan membosankan. Teresa Kok menyifatkan apa yang berlaku sekarang hanyalah satu LAWAK JENAKA yang menggelikan hati sahaja... tidak lebih dan tidak kurang... tapi kalau lawak jenaka itu kena kat batang hidungnya atau DAP, dia akan segera melabelkannya sebagai RASIS, TEKANAN TERHADAP KAUM MINORITI dan KEZALIMAN.

Menurut Teresa Kok, para pemimpin DAP telah menyoal Nga berhubung posting tersebut dalam 'chat group' dan menurut Nga, semua itu berlaku kerana salah faham."

Paling menarik ialah apabila Nga Kor Ming menyalahkan pula orang ramai yang disifatkannya sebagai buta kayu kerana tidak faham maksud 'In God We Trust' (Kepercayaan Kepada Tuhan) yang merupakan perkara pertama dalam Rukunegara. (RUJUK SINI)

Sama ada YB Babi itu seorang yang benar-benar bodoh, atau dia sebenarnya tidak tahu mana satu bendera Malaysia, Nga Kor Ming sebenarnya cuba mengalihkan perhatian dan cuba mengherotkan fakta. 

Kemarahan yang diluahkan oleh Netizen berhubung poster yang telah dipadamkan itu bukannya pada perkataan 'IN GOD WE TRUST' tetapi kepada bendera yang terdapat di dalam poster tersebut. Nga Kor Ming dicerca kerana tidak kenal bendera negara sendiri, atau dia sebenarnya memberi isyarat untuk memanggil tentera Amerika Syarikat menceroboh ke Malaysia membawa 'misi suci Crusaders' menghancurkan kepimpinan negara yang diterajui oleh orang Islam dan membolehkan DAP yang kebanyakan pemimpin utamanya adalah seagama dengan Nga Kor Ming, mengambilalih kuasa pemerintahan. 

Kenyataan 'membela diri' oleh Nga Kor Ming ini mengulangi kembali amalan menyalahkan pihak lain yang kini menjadi ibadah utama DAP sepertimana mereka menyalahkan 'PENGUNDI BODOH YANG DUDUK DI ATAS POKOK DI DALAM HUTAN dan TIDAK KENAL WI-FI' kerana kekalahan besar DAP di Sarawah. Manakala kekalahan DAP (PAN) di Kuala Kangsar dan Sungai Besar pula adalah kerana para pengundi makan dedak. Dakwaan jenayah ke atas Lim Guan Eng pula adalah kerana drama politik BN walaupun hakikatnya, Lim Guan Eng memperolehi keuntungan berjuta-juta ringgit daripada perbuatannya dan tiada seorang pun dari BN mengacukan muncung senapang ke kepalanya dan memaksa Phang Li Koon menjual sebuah banglo di kawasan mewah di Pulau Pinang kepada Lim Guan Eng dengan harga sebegitu rupa. 

Senang sahaja jadi ahli politik seperti Nga Kor Ming... jadi pengecut dan jangan sesekali mengaku!!!


Saturday, July 9, 2016

ALAH, AKTA HASUTAN KE, KANUN KESEKSAAN KE, TAK LAMA LAGI BEBASLAH NGA KOR MING UNTUK MENGULANGI KEMBALI PERANGAI BABINYA!!!



Dah banyak kali sangat dah YB Babi disiasat oleh polis di bawah Akta Hasutan. Dan setiap kali itulah, dia akan dilepaskan tanpa sebarang tindakan. Malah, kalaupun dia diheret ke mahkamah, walaupun oleh Perdana Menteri kerana menfitnah, dia juga akan dibebaskan selepas meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya.

Dan kerana itulah, Ahli Parlimen Taiping itu kembang ingsangnya. Dia tidak takut dengan sesiapa pun, mahupun dengan mana-mana undang-undang di Malaysia kerana dia tahu, selepas meminta maaf dan penyelesaian luar mahkamah tanpa denda dan gantirugi besar yang membolehkan dia menjual WHITE HOUSEnya di Ipoh, dia akan dibebaskan.

Sudah beratus kali dia melakukan provokasi dan penghinaan terhadap umat Islam, Bumiputera dan budaya bukan Cina-Yahudi di negara ini. Sudah beratus-ratus laporan polis juga dibuat, tetapi dia tetap kebal daripada sebarang tindakan undang-undang. Undang-undang Malaysia bagaikan tidak wujud kepadanya.

Dua provokasi terbaharunya, mendapat kecaman teruk daripada Netizen, termasuklah dari kalangan penyokong DAP dan Pakatan Harapan sendiri. Duit raya atau sedekah pada Hari Raya AidilFitri yang telah diamalkan selama lebih sealaf, dilabelkannya sebagai RASUAH dan DEDAK, walaupun pada masa yang sama, budaya Cina yang berasaskan rasuah tetapi berselindung di sebalik pemberian hadiah dalam bentuk angpau pula dikatakan sebagai budaya milik penuh orang Cina.

Sebagai seorang Cina di wilayah Melayu, malah dilahirkan di wilayah ini, seharusnya, Nga Kor Ming lebih faham dan lebih prihatin dengan kepelbagaian budaya dan resam. Apatah lagi dia adalah Ahli Parlimen. Malangnya, Nga Kor Ming memilih untuk terus menjadi Cina-Yahudi tegar yang sangat bongkak dan berasakan orang lain lebih hina dan boleh diperbodoh-bodohkan dengan sewenang-wenangnya. Ugutan menerusi isyarat untuk menjemput kuasa asing seperti tentera Amerika Syarikat, seperti yang tertera dalam poster di Facebooknya yang kini telah dipadamkan, dijadikan senjata utama untuk mempertahankan keangkuhan dan ketidakpeduliannya.

Sampai bila rakyat Malaysia yang mencintai keamanan dan membenci provokasi bagi mewujudkan ketidaktenteraman di negara ini hanya kerana kehendak politik, akan terus dihidangkan dengan 'sandiwara' panggil-siasat-ambil keterangan-lepas-ulang balik provokasi atau pun panggil-siasat-ambil keterangan-dakwa-minta maaf-bebas-ulang balik provokasi?

Maka benarlah seperti yang dikatakan oleh Menteri KKLW merangkap MT UMNO, Ismail Sabri bahawa Nga Kor Ming adalah seorang yang biadap.

Seharusnya orang seperti Nga Kor Ming, DIHARAMKAN terus daripada terlibat dengan kegiatan politik dalam apa bentuk sekalipun, malahan, semua kekayaannya kepada negara, yang diperolehinya dengan jalan politik sepertimana kekayaan yang diperolehinya daripada kayu balak di tanah Yayasan Islam Kelantan di Hulu Kelantan, mahupun sekecil-kecil projek menyediakan sut untuk Ahli-Ahli Majlis yang pernah menimbulkan kontroversi suatu ketika dahulu, dirampas dan dimiliknegarakan.

Nga Kor Ming tidak layak langsung menjadi atau terus memegang kerakyatan negara ini!!!


Friday, July 8, 2016

KERANA MALU TERSILAP BENDERA DAN DIHENTAM TERUK NETIZEN, AKHIRNYA YB BABI DELETE POSTINGNYA DI FACEBOOK!!!



Memang teruk YB Babi yang merupakan Ahli Parlimen Taiping kena hentam di Facebook kerana menggunakan poster kumpulan White Supremacy berlatarbelakangkan bendera Amerika Syarikat. Walaupun RBA berlumba-lumba masuk untuk mempertahankan YB Babi ternyata, serangan daripada rakyat Malaysia pelbagai kaum, jauh lebih kuat, menyebabkan posting dan poster tersebut terpaksa dipadamkan.

Kumpulan White Supremacy di Amerika Syarikat memperjuangkan ketuanan kulit putih dan menganggap bangsa lain, terutama sekali kulit hitam, sebagai hamba kepada kaum berkulit putih. Kulit Kuning seperti orang Cina juga tidak terkecuali.



Menggunakan poster White Supremacy untuk melancarkan serangan secara perkauman, atau lebih tepat lagi menjemput tentera-tentera Amerika Syarikat untuk menyerang Malaysia atas alasan menyelamatkan negara ini, merupakan satu perbuatan yang sangat khianat dan terlalu jahat.

YB Babi juga terlibat dengan satu lagi penghinaan iaitu pemberian wang raya kepada kanak-kanak. Adat memberi wang kepada kanak-kanak yang asalnya merupakan sedekah untuk kegembiraan dan keraian Aidil Fitri telah digunakan oleh YB Babi sebagai bahan politiknya.



Difahamkan, beberapa laporan polis telah dibuat ke atas YB Babi untuk kes itu.

Posting melibatkan bendera Amerika Syarikat dengan niat menjemput kedatangan tentera kuasa besar itu bagi membolehkan DAP berkuasa menggantikan pentadbiran pelbagai kaum dan agama yang ditunjangi oleh BN, telah menelanjangkan sikap sebenar YB Babi.



Seharusnya YB Babi ini perlu menjalani ujian ketaatsetiaannya kepada negara ini semula. Tidak mustahil sekiranya, YB Babi dan para penyokongnya akan menjadi penyalur maklumat dalaman untuk pihak musuh agar membolehkan DAP berkuasa.

Thursday, July 7, 2016

AHLI PARLIMEN BABI MEMPERSENDA-SENDAKAN LANGKAH KESELAMATAN!!!



Perangainya serupa perangai babi... menyondol sahaja tak kira tempat!

Asal boleh sondol, dia sondol...
Asal ada tanah bercacing, domoinya bercelomes dengan tanah...
Asal ada tahi, disondolnya sampai taringnya terpalit tahi...

Ahli Parlimen Taiping ini dan mereka yang sama fikiran dengannya, sememangnya tidak pernah mahu menerima hakikat bahawa keganasan sekarang adalah secara global, bukannya mengikut arah politik tertentu.

Langkah keselamatan yang ketat diambil dalam Rumah Terbuka Perdana Menteri, diperolok-olokkan kononnya Panglima Bugis sedang ketakutan!

Tak kena kat kepala sendiri atau puak sendiri, pandailah bercakap. Bila kena kat puak sendiri seperti yang berlaku pada 4 orang tebusan yang mempunyai kaitan dengan ADUN DAP Sarawak, pandai pula merengek-rengek dan menyalahkan pihak berkuasa kerana tidak mengambil langkah-langkah keselamatan bagi memastikan keselamatan puak mereka.

Adakah keselamatan di negara ini diukur kepada tahap yang diterima oleh bukan Melayu, khususnya para pendokong DAP sahaja, sedangkan selain daripada pendokong DAP, keselamatan mereka hanyalah lawak jenaka?


Pengeboman di Puchong, penangkapan lebih 20 orang suspek IS, penemuan bahan-bahan pemusnah dan pembunuhan, penghukuman beberapa orang pesalah di bawah Akta SOSMA, POTA dan POCA nampaknya tidak cukup untuk menyedarkan YB Babi ini dan para pengongsi pemikirannya bahawa keselamatan dan keamanan bukannya bahan yang boleh dipolitikkan dan boleh diremeh-remehkan.

Atau barangkali sememangnya mereka ada niat jahat yang tersembunyi, yang mengharapkan tiada kawalan keselamatan di kediaman rasmi Perdana Menteri?

Itu sebabnya mereka meroyan sangat-sangat apabila diberitakan pihak berkuasa mengambil langkah keselamatan ketat!!!

Mujurlah puak-puak ini tidak hidup pada zaman darurat, kalau tidak, mereka sudah pasti menjadi talibarut komunis yang paling tegar!!!


Monday, May 16, 2016

TERLALU LEMBIK!!! NGA KOR MING HANYA DIMAAFKAN WALAUPUN TELAH BUAT FITNAH, BERBANDING DISAMAN DAN DIBANGKRAPKAN!!!



Berita ini barangkali tidak menarik perhatian kerana ia membabitkan KEBAIKAN HATI dan KELEMBIKAN TENGKUK Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor.

Lainlah kalau berita tentang tiba-tiba berubahnya pendirian Mahathir atau Mahathir bertaubat atau Lim Kit Siang mengakui secara terbuka bahawa dia adalah dalang utama Tragedi 13 Mei 1969. Atau Lim Guan Eng tiba-tiba membacakan terjemahan ayat al Quran dan mengumumkan tentang benarnya agama Islam.

Kalau berita itu yang tercetus, kita akan melihat betapa meriahnya media massa dan sosial. Pelbagai pujian, kata-kata penggalak malah puja-puji akan kedengaran.

Malangnya ini adalah berita tentang KELEMAHAN NAJIB DAN ROSMAH apabila berhadapan dengan orang yang kuat menfitnah mereka. Najib dan Rosmah sekadar mengambil langkah, memberikan kemaafan dan langsung tidak menghukum.

PEGUAM yang mewakili Najib dan Rosmah, HAFARIZAM HARUN, berkata, anak-anak guamnya telah bersetuju untuk menerima permohonan maaf Nga Kor Ming. (RUJUK SINI)

Dalam kenyataan yang dibacakan oleh peguam yang mewakili Nga Nor Ming, Alex Tan, Ahli Parlimen Taiping, 'menyatakan kekesalan tidak terhingga' berhubung sekeping gambar yang telah disiarkannya di Facebook yang telah menimbulkan salahfaham dan dilihat dari luar konteks'.


Nga juga berkataan, dia telah difahamkan bahawa imej yang dilabelkannya sebagia 'SIAPA PM M'SIA YANG SEBENAR? JAWAB!" telah dirakamkan ketika Najib berada di China dan bersedia untuk berangkat pulang ke Malaysia selepas mendapat tahu tentang kemangkatan Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Shah.

Di bawah terma penyelesaian, Nga akan memuatnaikkan permohonan maaf dan kekesalannya kerana telah menfitnah Rosmah Mansor mempengerusikan mesyuarat kabinet dan menarik kembali kenyataannya.

Posting tersebut akan disiarkan dalam tempoh tujuh hari dari hari ini.

'Tarik balik kenyataan', dan menyatakan 'kekesalan' menjadi senjata mudah untuk melepaskan diri. Pengaruh buruk daripada penyiaran gambar fitnah tersebut telah pun berlaku tetapi kenyataan di dalam mahkamah ialah, 'menarik kembali kenyataan' dianggap sebagai penyelesaian segala-galanya walaupun sebenarnya kesan daripada fitnah tersebut tidak lagi dapat ditarik.

Agak aneh, mengapa peguam yang mewakili Najib dan Rosmah tidak memujuk anak-anak guamnya untuk membangkrapkan Nga Kor Ming dan menyita RUMAH PUTIHNYA walaupun peluang sudah tersedia. Nga Kor Ming yang terlalu banyak membuat fitnah dan langsung tidak menyesal dengan perbuatannya.

Bayangkanlah kalau yang menang saman itu adalah Nga Kor Ming... agak-agak sekarang ini apa perintah yang perlu dilaksanakan oleh Najib dan Rosmah?


Saturday, April 23, 2016

SETELAH MENFITNAH SARAWAK DAN ADENAN SATEM, NGA KOR MING MENGAMUK TAK DIBENARKAN MASUK KE SARAWAK!!!



Nga Kor Ming tidak berpuas hati kerana daripada 10 orang ahli DAP Perak yang berada dalam rombongannya, hanya dia sahaja yang dihalau keluar dari Sarawak ketika dia dan rombongannya tiba di Lapangan Terbang Sibu.

Nga Kor Ming bertanya, adakah menjadi satu kesalahan baginya untuk berkongsi kasih sayang bersama-sama rakyat Sarawak. Katanya, dia sayangkan Sarawak dan sanggup berkongsi pilihan alternatif dengan rakyat Sarawak.

Barangkali Nga Kor Ming terlupa, dua bulan lalu, dia telah menfitnah Adenan Satem dengan teruk dan langsung tidak beretika. Dia sengaja memutarbelitkan kenyataan Adenan Satem dan cuba menyemarakkan perangai perkauman yang sudah sebati dengannya apabila menyiarkan berita kononnya, Adenan Satem menghalau orang Cina balik ke Tongsan!


Tidak sekali pun, Nga Kor Ming meminta maaf di atas keterlanjurannya. Sebaliknya dia semakin galak menfitnah Sarawak dan Adenan Satem sehinggakan sekeping gambar yang telah diketahuinya ianya adalah pemandangan biasa di sebuah pedalaman di Indonesia, difitnah kononnya itu adalah situasi di Sarawak yang jauh mundurnya.

Nga Kor Ming berhadapan dengan beberapa saman fitnah terutama membabitkan Perdana Menteri dan isterinya. Pada 15 Jun 2015, Perdana Menteri dan isterinya telah menyaman Nga Kor Ming selepas Ahli Parlimen Taiping itu memuatnaik gambar berunsur fitnah ke atas mereka di Facebook pada Mac tahun yang sama.


17 Mac 2016, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak permohonan Nga Kor Ming untuk membatalkan saman fitnah Perdana Menteri dan isteri ke atasnya. Mahkamah memutuskan, Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor mempunyai locus standi untuk meneruskan kes tersebut.

Penghujung 2014, Nga Kor Ming didedahkan bersama-sama dengan Pengerusi DAP Perak, Ngeh Kor Ham memiliki kawasan pembalakan yang luas di Hulu Kelantan yang terlibat dalam banjir besar. Banjir besar lumpur dan kayu balak itu telah melanda kawasan berhampiran lokasi pembalakan syarikat yang dimiliki oleh Ngeh Kor Ham dan Nga Kor Ming.

Ketika bantuan daripada pelbagai pihak khususnya Barisan Nasional dan UMNO dihantar ke Hulu Kelantan untuk membantu mangsa-mangsa banjir lumpur dan balak, Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham sekadar membuat penafian syarikat mereka adalah penyebab banjir lumpur dan balak itu. Malah mereka mengancam akan menyaman sesiapa sahaja yang cuba mengaitkan mereka dan syarikat mereka dengan malapetaka itu.




Tuesday, December 1, 2015

NGA KOR MING PERTIKAIKAN LAGI ARTIKEL 3 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN... TAK ADA APA-APA TINDAKAN KERANA MEMPERSOALKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN KE?



Perlembagaan Malaysia terutama dalam Artikel 3 menyatakan bahawa Agama Islam adalah Agama Rasmi Persekutuan. Dan sebagai agama rasmi persekutuan, bermakna Kerajaan perlu memperuntukkan sejumlah wang untuk pengurusan dan pentadbiran halehwal Islam dan umatnya di negara ini.

Umat Islam di negara ini tidak pernah mempersoalkan bantuan dan peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia, baik kepada sekolah-sekolah vernakular yang seharusnya dijalankan di bawah penyeliaan dan pengurusan pentadbir mereka sendiri tanpa bantuan kerajaan, mahupun kepada rumah-rumah ibadat bukan Islam yang tidak ada langsung peruntukannya dalam Perlembagaan Persekutuan.

DAP seringkali mendabik dada, kononnya mereka tidak RASIS dan mereka juga amat kuat menyokong dan menjunjung Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Bagaimanapun, setiap peruntukan Perlembagaan yang ada peruntukan untuk Islam, Melayu dan Bumiputera, bahkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, mereka akan jungkirkan tanpa sedikit pun tindakan dikenakan ke atas mereka, walhal menentang dan mempersoalkan Perlembagaan merupakan pengisytiharan perang ke atas DYMM Yang Di-Pertuan Agong!

Dalam hal JAKIM sebagai badan yang menguruskan hal-ehwal umat Islam dan pentadbiran Islam di Malaysia, nampaknya telah menjadi bahan terbaik untuk DAP, khususnya Nga Kor Ming menzahirkan kebencian dan penentangannya.

Orang ini jugalah yang telah mempersoalkan peruntukan untuk Sekolah-Sekolah Agama Rakyat ketika DAP menjadi Kerajaan Negeri Perak berproksikan Nizar Jamaluddin. Orang ini jugalah yang mempersoalkan peruntukan untuk masjid-masjid dan surau-surau, lantas mahu mewujudkan peruntukan yang sama untuk rumah-rumah ibadat dan institusi-institusi bukan Islam lain. Malah orang inilah juga yang mempersoalkan peruntukan untuk sekolah-sekolah kebangsaan yang tidak sekata dengan peruntukan untuk sekolah-sekolah vernakular, khususnya SJKC. Dia bagaimanapun, bertaichi dan berselindung dengan pelbagai alasan walaupun maksud kenyataannya.... TERUSKAN BACAAN DI BULETIN 247


Wednesday, September 16, 2015

LAUTAN BAJU MERAH MEMBUATKAN NGA KOR MING CEPAT-CEPAT BAGI ALASAN, NOMBOR TELEFONNYA KENA 'HACK'!!!



Setiap kali kantoi, setiap kali itulah juga, alasan yang diberikan ialah kena godam atau hacked.

Itu adalah alasan standard yang diberikan oleh para pemimpin DAP seperti Nga Kor Ming.

Namun jikalau kita rajin menjenguk laman Facebook peribadinya, kita akan dapat melihat hampir kesemua postingnya adalah menghasut rakyat yang berbilang kaum, terutama sekali orang Cina, agar bergaduh dengan Melayu. Dia juga cukup aktif melakukan provokasi agar orang Melayu naik angin dan kemudian melakukan apa yang dihajatinya, sekaligus menyebabkan negara ini berada dalam kacau-bilau.


Terbaru, Nga Kor Ming memaparkan mesej di dalam telefon bimbitnya dan mengatakan, nombor telefonnya telah dicerobohi. Dan seperti biasa, paparannya di Facebook mengundang respons negatif daripada para penyokongnya yang amat membenci UMNO, walaupun pada masa yang sama, turut mendapat kecaman daripada pengikut laman Facebook peribadinya sendiri.

Nga Kor Ming sebenarnya cuba untuk menaikkan kemarahan para pengikutnya, cuba untuk menimbulkan provokasi perkauman dengan meletakkan beban kesalahan kepada UMNO - modus operandi yang telah lama diamalkan oleh Lim Kit Siang - dengan pengakuan yang telefonnya kena godam.

Agak menarik, bagaimana agaknya nombor telefonnya boleh digodam dan kemudian digunakan untuk menghantar mesej-mesej berbaur RASIS sepertimana yang didakwanya.



Atau sebenarnya Nga Kor Ming cemas kerana setelah memperemehkan Himpunan Baju Merah, ternyata dugaannya meleset jauh. Bimbang jumlah berbaju merah yang berkumpul dan mesej-mesej provokatif daripada nombor telefonnya itu sampai kepada mana-mana Baju Merah, seterusnya membangkitkan gelombang yang lebih besar serta dia diburu seperti tikus longkang, Nga Kor Ming segera memberitahu yang nombor telefonnya telah kena hacked?

Orang ini sangat kurang ajar, sangat biadap dan sentiasa mencari jalan gaduh antara kaum di negara ini!

Justeru kata-katanya sukar dipercayai kerana kecenderungannya berbohong amat besar!!!


Friday, September 11, 2015

PERDANA MENTERI DAN ISTERI POHON KEPUTUSAN SAMAN FITNAH KE ATAS NGA KOR MING DIPUTUSKAN MELALUI ISU PERUNDANGAN BUKAN PERBICARAAN PENUH!!!



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri memohon supaya kes saman fitnah difailkan terhadap Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming diputuskan melalui isu perundangan iaitu tanpa perbicaraan penuh.

Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan saman itu terhadap Nga yang didakwa memuat naik gambar berunsur fitnah mengenai mereka dalam akaun Facebooknya Mac lepas.

Peguam Choo Shi Jin, mewakili Najib dan isteri memberitahu pemberita bahawa anak guamnya memfailkan permohonan itu semalam (Khamis) dan tiada tarikh ditetapkan untuk mendengar permohonan pasangan itu.

Beliau berkata demikian ketika kes itu disebut di dalam kamar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Siti Khadijah S. Hassan Badjenid. Peguam Dennis Goh hadir mewakili Nga.

Choo berkata mahkamah juga menetapkan 16 hingga 19 Mei tahun depan untuk perbicaraan dan disambung pada 23 hingga 26 Mei 2016, sekiranya kes saman itu akan diputuskan melalui perbicaraan.

Dalam prosiding sivil, sekiranya permohonan untuk melupuskan kes saman melalui isu perundangan ditolak, mahkamah akan memutuskan kes itu melalui perbicaraan penuh iaitu dengan memanggil saksi-saksi untuk memberi keterangan.

Mahkamah juga menetapkan 23 Oktober ini untuk pengurusan kes.

Pada 11 Jun lepas, Najib, atas kapasiti peribadinya dan Rosmah memfailkan saman itu terhadap Nga selepas mendakwa defendan memuat naik gambar Najib dan Rosmah berserta status dalam akaun Facebook atas nama Nga Kor Ming, pada 29 Mac lalu.

Pasangan itu mendakwa dalam status bergambar itu terpampang gambar mereka bersama dengan beberapa orang menteri kabinet Malaysia dan pegawai tertinggi Wisma Putra di dalam sebuah bilik hotel di China.

Mereka mendakwa, Nga telah menerbitkan perkataan-perkataan fitnah dalam akaun Facebooknya dengan memuat naik status menfitnah yang boleh diakses secara bebas oleh pengguna internet di seluruh dunia.

Najib mendakwa, perkataan-perkataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau telah menyalah guna kuasa dan mandat sebagai Perdana Menteri untuk kepentingan sendiri atau kepentingan isterinya dengan membenarkan Rosmah mencampuri urusan dan hal ehwal kerajaan.

Rosmah pula mendakwa, perkataan-perkataan fitnah itu membawa maksud bahawa beliau adalah seorang yang mementingkan diri sendiri kerana mempengaruhi suaminya selaku Perdana Menteri dan telah melakukan penyalahgunaan kuasa selain mempunyai kepentingan dalam sistem pentadbiran negara.

Pasangan itu berkata walaupun defendan telah mengambil tindakan untuk membuang status bergambar itu, namun status bergambar itu masih tersebar dengan meluas di dua buah blog yang masih boleh diakses di seluruh dunia dan mempunyai ‘page view’ masing-masing seramai 25,360,055 dan 6,626,986 sehingga tarikh writ saman tersebut difailkan.

Oleh itu, mereka menuntut ganti rugi am, ganti rugi tambahan dan teladan, faedah, kos dan lain-lain perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

-BERNAMA


Monday, June 15, 2015

NGA KOR MING AKHIRNYA DISAMAN PERDANA MENTERI DAN ISTERINYA, SETELAH DIANCAM PADA APRIL LEPAS!!!



Berita paling menarik hari ini...

Perdana Menteri dan isterinya, Rosmah Mansor hari ini telah menyaman Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming kerana menfitnah mereka di Facebook.

Peguam mereka, Mohd Hafarizam Harun berkata, salinan dakwaan tersebut akan diserahkan kepada Nga Kor Ming pada hari Isnin.

Dakwaan berkenaan telah difailkan pada minggu lepas.


Pada 29 Mac, Nga Kor Ming telah memuatnaik di laman Facebook peribadinya, sekeping gambar mengandungi gambar beberapa orang menteri Kabinet dan pegawai-pegawai tinggi Wisma Putra di sebuah hotel di China dan 'DIHIASI' dengan kenyataan fitnah.

Kata-kata tersebut antara lain menyatakan Najib tidak berkelayakan untuk menerajui Kerajan Malaysia memandangkan tugas-tugasnya telah diserahkan kepada isterinya, Rosmah Mansor.

Antara lain maksud kandungan kenyataannya ialah, Najib telah menyalahgunakan kuasa dan mandat Perdana Menteri kepadanya dengan pembabitan Rosmah dalam pentadbiran negara.

Pengurusan kes telah ditetapkan pada 10 Julai nanti.


 
Blogger Templates