Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label pas-dap. Show all posts
Showing posts with label pas-dap. Show all posts

Thursday, September 7, 2017

PAS KATA UNDI PAKATAN BERERTI UNDI DAP, MAHATHIR PULA KATA UNDI PAS BERERTI UNDI NAJIB DAN BARISAN NASIONAL!!!

 
 
Ketua Pemuda PAS, Abdul Khalil Abdul Hadi mengeluarkan satu kenyataan, satu undi kepada Pakatan Harapan bererti satu undi kepada DAP. Menurutnya undi tersebut sebenarnya diberikan kepada golongan Evangelis Kristian yang bercita-cita mahu menawan negra ini.

Kenyataan tersebut muncul seleaps gabungan pembangkang mengisytiharkan PKR tidak lagi boleh berunding dengan PAS berhubung pengagihan kerusi pada PRU akan datang.

Menurut Abdul Khalil, keputusan tersebut jelas menunjukkan cengkaman kuat DAP ke atas Pakatan Harapan sekaligus menentukan arah tuju setiap tindakan pakatan tersebut.

"DAP sebenarnya melindungi wajah hipokrit mereka dengan menyelinap serta mempengaruhi PPBM, PAN dan PKR sebagai proksi mereka dalam melaksanakan pelbagai misinya."

Kenyataan Abdul Khalil itu kemudiannya mendapat reaksi daripada Pengerusi Pakatan Harapan, Dr. Mahathir. Dr. Mahathir sebaliknya menyatakan, setiap satu undi kepada PAS bererti undi kepada Najib dan UMNO-BN. Undi kepada PAS bererti undi untuk mengekalkan kerajaan pimpinan Najib Abdul Razak.

Sementara itu, Ketua ARMADA Syed Saddiq pula berkata, PAS sekarang tidak ubah seperti UMNO yang cuba menggunakan isu kaum untuk menarik undi dengan menakut-nakutkan orang Melayu terhadap DAP agar mereka tidak mengundi pembangkang.

Syed Saddiq berhujah, kononnya kalaupun DAP memenangi semua kerusi yang dipertanding dalam PRU-14 kali ini, mereka tidak akan mampu mebentuk sebuah Kerajaan Persekutuan tanpa parti-parti komponen Pakatan Harapan yang majoritinya adalah Melayu.

Manakala Ketua Pemuda PAN Faiz Fadzil pula dalam kenyataan balasnya berkata, kenyataan Abdul Khalil dalam usahanya membantu Perdana Menteri dan UMNO itu berbaur perkauman.

DAP benar-benar kelam-kabut sekarang apabila PAS langsung tidak terjejas dengan ancaman mahupun gertakan DAP. Bahkan cakap-cakap kasar DAP terutama daripada pemimpin utamanya seperti Lim Guan Eng dan Anthony Loke atau Liew Chin Tong, sekadar diketawakan oleh PAS. Sebaliknya yang ketakutan sekarang adalah PKR.

PKR menerusi Azmin Ali cuba memujuk PAS sekaligus menyebabkan perbalahan dalaman PKR sendiri. Rafizi Ramli mengetuai fraksi yang jelas tidak bersetuju dengan usaha-usaha yang dilakukan oleh Azmin Ali. Manakala DAP yang selalunya banyak cakap dan bijak menunjuk ajar, bersikap mendiamkan diri atas kerja-kerja Azmin Ali sungguhpun pada masa yang sama, mereka menyalak tentang bencinya mereka kepada PAS.

Jadi, apabila Ketua Pemuda PAS mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan peluang undi Melayu-Islam kepada DAP, balaci-balaci DAP seperti Syed Saddiq dan Faiz Fadzil segera membuat kenyataan dengan cuba menggambarkan PAS sedang bekerja untuk UMNO-BN.

Sama jugalah seperti Dr. Mahathir yang permusuhannya dengan PAS tidak pernah padam, turut cuba menimbulkan rasa bersalah di kalangan ahli-ahli PAS agar bangun memberontak ke atas kepimpinan PAS dengan menyatakan, undi kepada PAS bererti mengundi Perdana Menteri dan mengekalkan UMNO-BN sebagai Kerajaan Persekutuan.

Monday, September 4, 2017

KESIAN DAP... RUPA-RUPANYA MASIH LAGI MENAGIH PAS UNTUK BERSAMA-SAMA MEREKA!!!



Kebelakangan ini kita dapat perhatikan, serangan ke atas PAS semakin diperhebatkan terutama daripada kalangan PAN dan pro-DAP. PAS digambarkan sebagai pihak bersalah, penjahat, pengacau, bahkan dianggap sebagai parti kecil yang tidak begitu penting, tetapi sangat kuat berlagak. 

PAS digelarkan sebagai PA$NO - gabungan PAS, Ringgit dan UMNO. 

Gambaran kononnya PAS sedang berganding dan akan bekerjasama dengan UMNO-BN disebabkan PAS telah dirasuah oleh Najib Abdul Razak, disebarkan secara menyeluruh terutama menerusi mesej-mesej group WhatsApp dan Telegram. PAS juga digambarkan akan bertanding buat kali pertama dalam PRU, bukan untuk mencari kemenangan, sebaliknya untuk memastikan kemenangan UMNO-BN.

Namun pada masa yang sama, PKR yang diketuai oleh Azmin Ali manakala disokong oleh Wan Azizah Wan Ismail pula giat untuk memujuk dan berusaha untuk berpaut kepada PAS dengan apa cara sekalipun. 

Bahkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Liew Ching Tong beberapa hari lepas, kononnya pertandingan tiga penjuru pada PRU akan datang, hanya akan memberikan kelebihan kepada Pakatan Harapan, dan menghancurkan UMNO serta PAS (RUJUK SINI), menunjukkan dengan jelas bagaimana terdesaknya DAP untuk kembali mendapatkan bantuan dan sokongan PAS bagi PRU-14.

Kemenangan besar Barisan Nasional pada PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar dalam pertandingan tiga penjuru sebelum ini, menidakkan teori songsang Liew Chin Tong.

Hakikatnya, PAS seperti sudah serik dipergunakan oleh DAP. Kejayaan demonstrasi besar seperti BERSIH sendiri sebenarnya terlalu bergantung kepada penyokong PAS. Tanpa PAS, BERSIH tidak mempunyai sokongan Melayu dan bertukar menjadi gerakan protes orang Cina semata-mata.

Secara faktanya, PAS tidak memerlukan DAP untuk memenangi dan menguasai Kelantan, kubu kuatnya. Begitu juga di Kedah dan Terengganu selain Perlis. Sedangkan DAP pula amat memerlukan PAS untuk memenangi Selangor, malah di Pulau Pinang juga. Bantuan dan kerjasama daripada PAS jugalah yang membolehkan DAP menguasai 38 kerusi Parlimen pada PRU-13 lalu. Tanpa PAS, DAP hanya mampu menggapai tidak lebih dari 20 kerusi Parlimen.

Dan biarpun di atas kertas, DAP memerintah Pulau Pinang, manakala PKR mentadbir Selangor, hakikatnya di kedua-dua negeri tersebut, DAP adalah penguasa sebenar. DAP adalah de facto di Selangor dengan PKR pula sekadar penurut perintah PKR.

DAP memberikan gambaran bahawa mereka mendapat sokongan penuh daripada masyarakat Cina dan sekurang-kurangnya 54 kerusi Parlimen dengan sokongan Cina akan menjadi milik mereka, manakala PKR, PAN dan Parti Cap Bunga akan memastikan kerusi-kerusi sokongan Melayu berada di bawah kekuasaan DAP.

Namun DAP mula menyedari kesilapan mereka selepas Lim Guan Eng memutuskan dan menerajang PAS keluar dari Pakatan Rakyat seterusnya membubarkan Pakatan Rakyat pada penghujung 2015. Sokongan orang Melayu terhadap Pakatan merudum jatuh, manakala sokongan 'solid' Cina pula boleh dipersoalkan terutama melihat kepada perkembangan terkini. 

Justeru membawa masuk PAS semula ke dalam Pakatan, bukan lagi pilihan sebaliknya WAJIB. Keputusan PRN Sarawak dan PRK Kuala Kangsar-Sungai Besar petanda jelas, seandainya PAS dan UMNO meneruskan kerja mereka, Pakatan besar kemungkinan akan berkubur terus dengan DAP akan menerima impak yang paling besar. Namun untuk DAP berbuat begitu secara langsung, akan menyebabkan sokongan Cina kepada DAP pula terjejas. Bahkan akan menjatuhkan maruah dan ego DAP yang sangat besar itu.

Tanpa Karpal Singh dan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, DAP dan PAS berhadapan dengan kesukaran untuk bersatu semula. Ini adalah kerana kedua-dua mereka itulah yang merekatkan PAS-DAP. Dalam DAP, pakar strategi politik sebenarnya adalah Karpal Singh, bukannya Kit Siang. PRU 2008 dan 2013 merupakan kejayaan daripada kerja kuat yang dibuat oleh Karpal Singh, bukannya Lim Kit Siang. Lim Kit Siang hanya mahir dalam bab politik kebencian di mana dia memainkan isu bangsa dan agama untuk memastikan orang Cina terus membenci Kerajaan, UMNO, Melayu dan Islam.

Kerjasama 2008-2013 antara DAP-PAS tidak lebih daripada sandiwara semata-mata walaupun hakikatnya DAP tidak pernah menyukai PAS. DAP sanggup bersandiwara untuk menunjukkan kononnya wujud hubungan baik antara DAP dengan PAS. Kepada masyarakat Cina, mereka diberitahu, undi PAS secara tidak langsung akan memberikan undi kepada DAP dan sebaliknya. Para penyokong DAP sanggup menyarung baju T PAS dan membawa bendera PAS sambil menyanyikan lagu berbahasa Cina tentang pergi ke bulan dengan roket.

Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng amat terkenal sebagai anti-Raja, anti-Melayu dan anti-Islam. Ramai percaya, Lim Kit Siang sebenarnya lahir di China tetapi dibawa masuk ke Malaysia semasa kecil. Justeru patriotismenya terhadap Malaysia diragui. Bahkan, Kit Siang dilihat lebih taat setia kepada Singapura berbanding Malaysia. Jadi, apabila Karpal Singh dan Nik Abdul Aziz meninggal dunia, hubungan antara DAP dengan PAS juga turut berakhir.

DAP hanya menggunakan isu kecil iaitu RUU355 untuk menghentam PAS kembali. DAP menjadikan RUU355 sebagai undang-undang hudud yang akan menjejaskan kehidupan masyarakat bukan Islam dan bukan Melayu di negara ini. DAP juga membawa kepercayaan bahawa RUU355 sekiranya diluluskan, akan menyaksikan upacara penggal kepala dan potong tangan. Jadi RUU355 digunakan sebagai alasan untuk menerajang PAS keluar dari Pakatan secara hina.

Kini, selepas PAS disingkirkan dari Pakatan, DAP mempunyai mangsa untuk dipersalahkan setelah keputusan PRU-14 diumumkan nanti. DAP tahu, Pakatan tidak mungkin akan berjaya membentuk Kerajaan. Oleh kerana itu, DAP memerlukan mangsa untuk dipersalahkan bagi mengelakkan mereka pula dipersalahkan.

Tanpa PAS, Pakatan Harapan tidak ada harapan untuk ke Putrajaya dan DAP amat sedar tentang hal tersebut. Liew Chin Tong cuba bermain psywar murahan dengan mengatakan pertandingan tiga penjuru akan memberi kelebihan kepada Pakatan manakala UMNO dan PAS akan kehilangan banyak kerusi.

Pada ketika DAP secara terbuka mengatakan mereka tidak memerlukan PAS dan pertandingan tiga penjuru jauh lebih bagus kepada Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP, di belakang tabir, Menteri Besar Selangor, Azmin Ali cuba menjalinkan kembali hubungan dan kerjasama dengan PAS. DAP yang kebiasaannya cukup celupar, langsung tidak berkata apa-apa. Sebaliknya yang memprotes tindakan Azmin Ali itu hanyalah dari kalangan ahli-ahli dan pemimpin PKR sahaja, sekaligus mencetuskan perbalahan dan perpecahan dalaman parti berkenaan.

Mengapa DAP memilih untuk mendiamkan diri dalam hal ini? Sudah tentulah kerana DAP tahu, mereka amat memerlukan PAS sekalipun pada masa yang sama, mereka menyatakan sebaliknya. DAP terlalu amat berharap Azmin akan berjaya meyakinkan Abdul Hadi Awang untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru. DAP akan cuba berselindung konon-kononnya rundingan antara PKR dan PAS tidak ada kena mengena dengan DAP.

Kalau betul DAP tidak mengharapkan PAS lagi, anda rasa DAP akan berdiam diri melihat Azmin bersalaman dan mencium tangan Abdul Hadi Awang? Sekiranya mereka sangat berani menyerang dan mencerca KDYMM Sultan Selangor, mengapa pula mereka tidak berani langsung menyerang Menteri Besar Selangor?

Sudah tentulah mereka akan tutup mulut kerana mereka terlalu mengharapkan Azmin berjaya meyakinkan Abdul Hadi untuk mengelakkan pertembungan tiga penjuru. Anwar Ibrahim pula hanyalah salah satu alasan DAP untuk tujuan tersebut.

Apatah lagi, kalau benar PAS tidak bersama-sama Pakatan, pertandingan tiga penjuru akan berlaku dan kemenangan besar akan diraih oleh Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP, apa yang Liew Chin Tong susah hati sangat? Sepatutnya mereka lebih gembira kerana tidak perlu bersusah payah lagi seperti sekarang. Kenapa tiba-tiba baik hati sangat memberi nasihat kepada UMNO dan PAS?

Wednesday, July 26, 2017

MULANYA EJEK, TAPI SEKARANG, DAP DAN TONY PUA MARAH SEBAB PAS NAK BERTANDING DI KERUSI DAP!!!



Tony Pua sangat efektif mempertahankan kepentingan DAP selepas perlantikannya sebagai Pengerusi Biro Penerangan Pakatan Harapan diumumkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan, Dr. Mahathir Mohamad. Biarpun dia turut membawa sama perjuangan dan aspirasi PKR, PAN dan Cap Bunga, tetapi sama seperti Cina-Cina DAP yang lain, perkara utama baginya adalah kepentingan DAP.

Salah satu perjuangan utama DAP adalah memastikan masyarakat bukan Islam percaya bahawa DAP adalah saviour yang menyelamatkan mereka daripada penguasaan sebarang elemen yang bersangkutan dengan Islam dan umat Islam.

Selain UMNO yang menjadi musuh utama DAP, parti chauvinist yang masih gagal menerangkan tentang dana politik RM1.2 bilion dari Zionis Israel itu turut menjadikan PAS sebagai musuh utama mereka. PAS dimusuhi bukan kerana Islam sangat, tetapi kerana PAS telah menggagalkan usaha DAP untuk menjadikan PAS sebagai biro agama Islam yang mengaut undi dan sokongan masyarakat Islam kepada DAP. Keputusan PAS untuk berpisah dengan DAP, telah menyebabkan kepimpinan tertinggi DAP melancarkan perang habis-habisan ke atas PAS.

Sebelum berseteru, keputusan untuk bertanding di kerusi mana, akan dirundingi oleh PAS dengan DAP. DAP adalah kuasa pemutus yang suara mereka perlu diambil kira dan dijadikan panduan.

Disebabkan itulah, walaupun sudah berpisah, DAP dan sebahagian besar pemimpin DAP masih lagi menganggap PAS perlu ikut kata perintah mereka. Sebelum ini, pengumuman PAS untuk bertanding lebih sedikit kerusi membuatkan DAP dan Pakatan mengejek parti berkenaan.

Kata-kata seperti 'buat apa berpolitik kalau tak nak menang', 'bagaimana nak menang Putrajaya kalau bertanding sikit je,' 'bagaimana nak ada kuasa kalau tak berani nak letak calon di lebih banyak kerusi', dan 'sengaja nak bagi UMNO-BN menang sebab tu tak nak lawan UMNO-BN di semua kerusi'.

Namun apabila PAS mengumumkan hasrat untuk bertanding sekurang-kurangnya 100 kerusi, sekali lagi Pakatan yang diketuai oleh DAP berkokok marahkan PAS. Tetapi suara-suara mengejek masih juga kedengaran seperti "Bertanding 100 kerusi jer, macam mana nak dapat majoriti 2/3 untuk bentuk kerajaan."

Baru-baru ini, PAS mengumumkan pelancaran jentera pilihanraya di Permatang Pauh menjadikan PAS sebagai sasaran kemarahan PKR yang bukan sedikit. PAS dituduh kononnya tidak hormatkan rakan-rakan pembangkang sebab berani menerjah kawasan kubu kuat PKR. PKR terlupa bahawa tahaluf siyasi antara PAS dengan PKR pada tahun 1999 memberikan laluan kepada Anwar Ibrahim dan Wan Azizah untuk bertanding di situ walaupun sebelum 1999, kerusi Parlimen Permatang Pauh ditandingi PAS menentang BN.

DAP pula kalut apabila PAS umumkan, mereka juga akan bertanding di kawasan yang turut ditandingi oleh DAP. Tony Pua menempelak PAS dan menuduh PAS sengaja nak bagi BN menang besar selain menuduh PAS bersekongkol dengan UMNO-BN. (RUJUK SINI)

Tony Pua terlupa agaknya atau buat-buat bodoh barangkali apabila PAN umumkan nak bertanding di Kelantan dan Terengganu membabitkan kerusi-kerusi PAS, Tony Pua bukan sahaja tidak bercakap apa-apa, malahan menyokong kuat keinginan PAN itu. Tidak itu sahaja, DAP menerusi Lim Kit Siang juga telah melantik Husam Musa dari PAN sebagai bakal Menteri Besar Kelantan tanpa peduli pun perasaan PAS yang telah menguasai Kelantan dari tahun 1990 lagi.

Kebijaksanaan DAP ialah cuba menampilkan mereka sebagai mangsa walaupun sebenarnya merekalah pemangsa yang menyamar sebagai mangsa!

Terbaharu ialah apabila Tony Pua diselar kerana bukan sahaja gagal memastikan Lim Guan Eng bersih daripada tuduhan rasuah dan salahguna kuasa, tetapi berusaha menggagalkan fungsi undang-undang di Malaysia menerusi pemanipulasian dan kempen berterusan menentang undang-undang negara.

Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, 'berjaya' mengelak daripada dibicarakan atas tuduhan rasuah dan salahguna kuasa dalam masa terdekat, bahkan berikrar akan memastikan perbicaraan tersebut ditunda dan dilengah-lengahkan.



Wednesday, May 3, 2017

NAIB KETUA PEMUDA PAS KATA, LIM GUAN ENG SEBENARNYA YANG SESAT LAGI MENYESATKAN!!!



Selepas Guan Eng tuduh PAS sesat kerana tidak lagi berbaiah dan berwala' dengan DAP, khususnya kepada dirinya dan bapanya, hari ini, Pemuda PAS mengembalikan tuduhan sesat itu kepada Lim Guan Eng pula. 

Lebih daripada itu, Pemuda PAS turut mengukuhkan hujah mereka dengan berkata, Setiausaha Agung DAP itu bukan sahaja sesat, tetapi juga SANGAT MENYESATKAN kerana mendakwa beberapa pihak bersekongkol dengan PAS.

Naib Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Guan Eng sudah beberapa kali menuduh, sebarang undi untuk PAS bermakna menyokong BN.

Lim Guan Eng barangkali terlupa, dia juga telah mengisytiharkan yang PAS adalah musuh utama DAP. Lim Guan Eng juga terlupa, PAS sebenarnya meletakkan calon menentang UMNO-BN bukannya di kerusi-kerusi yang ditandingi oleh calon-calon DAP.

Namun yang paling dilupakannya ialah, hampir kesemua orang PAS adalah orang Melayu. Manakala sebahagian besar orang UMNO pula juga adalah orang Melayu yang berkongsi satu akidah iaitu Islam.

Hanya kerana sebahagian orang Melayu-Islam tersebut tidak mahu mendewa-dewakannya dan menjilatnya, maka dituduh sesat, jelas menunjukkan hujah Naib Ketua Pemuda PAS itu adalah tepat.

Ahmad Fadhli turut mengungkit bagaimana Lim Guan Eng bertindak dan mengumumkan putusnya hubungan DAP dengan PAS ketika PAS sedang bermuktamar. 

Selama dua penggal Lim Guan Eng dan DAP menikmati kuasa, angkatan chauvinist yang memasukkan Melayu dan India dalam saf kepimpinan menerusi lantikan, bukannya pemilihan itu, sudah berasakan mereka adalah Maharaja Besar di negara ini sehingga perlu bagi setiap orang Melayu dan Islam tunduk patuh kepada mereka. Kalau tidak, akan dilabelkan sebagai perasuah, penyeleweng, sesat dan pengkhianat kepada negara.

Lim Guan Eng sudah terlupa barangkali, banyak isu yang membabitkan dirinya dan pentadbirannya di Pulau Pinang, tidak pernah dijawab. Dia dan pegawai-pegawai bahkan para penyokongnya masih gagal menjawab MISTERI RM305 JUTA yang menukarkan dari Terowong Dasar Laut kepada Jambatan Ketiga di kawasan yang sepatutnya dibina Jambatan Kedua Pulau Pinang, tetapi dipindahkan ke lokasi sekarang kerana tidak sesuai, malah DAP sendiri menghasut penduduk dan pemilik tanah agar menentang pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang di tapak itu dahulu.

Lim Guan Eng juga masih tidak dapat menjawab tentang SKANDAL TANAH TAMBAK yang diserahkan kepada syarikat-syarikat dari China dan Taiwan dan kemudian rakyat pula dikenakan bayaran sebagai ufti kepadanya dan syarikat-syarikat berkenaan. 

Lim Guan Eng juga sehingga kini langsung tidak menjawab tentang nasib penduduk dari kaum India terutama di Kampung Buah Pala yang kediaman mereka telah dirobohkan dan sewa rumah mahal yang tidak mungkin mampu mereka jelaskan. Malah beberapa PPRT seperti di Bukit Jambul yang mana masalah bekalan air dan elektrik yang terpaksa dicuri kerana bekalan telah dipotong atas arahan, juga tidak dipedulikan memandangkan penduduk di situ majoritinya orang Melayu.

Justeru, hujah Naib Ketua Pemuda PAS itu memang ada asas dan bukannya bersifat retorik. Apatah lagi, Lim Guan Eng sendiri mempunyai dendam peribadi terhadap PAS Pulau Pinang kerana PAS Pulau Pinang sudah beberapa kali mendedahkan penyelewengan dan salahguna kuasanya kepada umum.






Sunday, March 19, 2017

TAK TENTU ARAH JADINYA KIT SIANG... PAS SELANGOR PUN BERANI SELAR DAN KECAM DIA!!!



Seminggu dua ini, DAP khususnya Lim Kit Siang memang kelihatan seperti cacing kepanasan. Apa-apa sahaja isu, akan membuatkan Lim Kit Siang tidak senang duduk. Di sebalik bala tenteranya menyerang Rosmah Mansor dan Lim Kit Siang sendiri melaung-laungkan 'Selamatkan Malaysia', pemimpin tertinggi dan teragung DAP sekaligus merupakan pemimpin politik paling lama dalam Parlimen di dunia ini, tidak dapat menyembunyikan keresahan dan kebimbangannya. 

Rancangannya yang diharapkan akan membuatkan PAS semakin takut kepadanya, sekaligus tunduk sujud kepada DAP, seperti tidak berjalan lancar. Bukan sahaja PAS semakin menjauhkan diri, bahkan PAS sendiri memberi amaran kepada PKR, akan memutuskan hubungan dengan parti Anwar Ibrahim itu sekiranya berterusan bekerjasama dengan DAP, termasuklah di Selangor di mana PAS berada di dalam Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP sendiri.

Menggunakan Dr. Mahathir sebagai umpan juga nampaknya tidak mampu melemahkan pendirian PAS. Bahkan PAS menerusi Presidennya menyatakan, hubungan dengan Cap Bunga telah ditamatkan oleh PAS kerana Cap Bunga tetap mahu bekerjasama dengan DAP. 

Mungkin kerana itulah, Lim Kit Siang mengubah taktik. Katanya, Pakatan Harapan (DAP-PKR-Cap Bunga-PAN) perlu melupakan Abdul Hadi Awang yang merupkan Presiden PAS sebaliknya lebih menumpukan perhatian bagi mendapatkan sokongan akar umbi untuk pakatan yang diterajuinya.

Saranan Lim Kit Siang itu telah ditempelak oleh Setiausaha PAS Selangor merangkap ADUN Paya Jaras, Khairuddin Othman yang sangat sedar, Lim Kit Siang sebenarnya menyarankan agar Pakatan Harapan menggunakan apa sahaja cara untuk memecah belahkan PAS demi kelangsungan hidup DAP dan dia sendiri menjelang perbicaraan rasuah dan salahguna kuasa anaknya, Lim Guan Eng yang sudah tidak beberapa hari sahaja lagi. 

Kata Khairuddin, lebih baik Kit Siang jaga partinya sendiri yang sedang berpecah belah kerana kebencian akar umbi terhadap penguasaan kepimpinan dan dinastinya di dalam parti. 

Selain Kit Siang, Guan Eng dan salah seorang anak perempuannya merupakan pemimpin tertinggi DAP. Segala urusan DAP adalah berkisar tentang Lim Kit Siang dan keluarganya sahaja.

"Lebih baik Kit Siang memberi tumpuan kepada ahli-ahli DAP yang berbondong-bodong keluar meninggalkan DAP daripada membuang masa memujuk ahli-ahli PAS," kata Khairuddin. 

Lim Kit Siang dan DAP dilihat sangat terdesak memandangkan mereka mulai sedar, sokongan orang Melayu yang mereka nikmati dari tahun 2008 sehingga 2013 menerusi pembabitan PAS, kini berkurangan secara drastik. Bahkan kekuatan DAP iaitu sokongan daripada masyarakat Cina juga, dilihat mulai susut terutama apabila wartawan-wartawan akhbar berbahasa Cina mulai memboikot Lim Guan Eng dan DAP dengan memakai baju hitam sebagai tanda berkabung dalam sidang-sidang media Lim Guan Eng. Malahan sudah semakin ramai masyarakat Cina yang berani memberikan tentangan secara terbuka terhadap DAP dan Lim Kit Siang-Guan Eng berbanding pada tahun 2008 dan 2013 lalu.

Kerjasama antara DAP dengan bekas musuh utama mereka, Dr. Mahathir semakin menyaksikan penolakan akar umbi terhadap kepimpinan Lim Kit Siang. 

Dua hari lepas, Kit Siang dilaporkan sebagai berkata, dia berkeyakinan Pakatannya masih mampu menawan Putrajaya pada PRU-14 nanti menerusi sokongan akar umbi PAS tanpa Presiden PAS.

Keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP pada 23 Mac 2013 yang memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi dikatakan keputusan autokratik Lim Kit Siang. Hasilnya, dalam PRK Teluk Intan menyaksikan calon DAP, Dyana Sofya kalah walaupun kerusi Parlimen Teluk Intan telah disandangkan oleh DAP selama dua penggal.

Dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh anaknya, Lim Guan Eng, DAP mendakwa CEC telah membuat keputusan ‘sebulat suara’ untuk memutuskan hubungan dengan Hadi tetapi bukan dengan akar umbi PAS.

“DAP tidak boleh berkerjasama dengan Presiden PAS seperti Hadi Awang yang tetap bertindak secara tidak jujur dan tidak bermaruah.

“DAP hilang kepercayaan dan keyakinan pada Hadi sebagai pemimpin Pakatan Rakyat dan akan memutuskan hubungan serta menghentikan kerjasama dengan beliau.

“Oleh kerana Hadi adalah pemimpin PAS dalam PR, keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Hadi secara efektif akan meletakkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dalam keadaan terawang-awang,” kenyataan Guan Eng yang merupakan Setiausaha Agung DAP dipetik.

Usaha memecahbelahkan PAS tidak berjaya walaupun DAP banyak melabur sehingga tertubuhnya PAN, parti serpihan PAS yang diterajui oleh Mat Sabu. Harapan yang PAN akan mendapat sokongan daripada akar umbi, bagaimanapun semakin malap walaupun Husam Musa bersungguh-sungguh cuba menggambarkan kekuatan PAN di Kelantan.


Thursday, February 2, 2017

GUAN ENG BALAS DENDAM KEPADA PAS MENERUSI TIMBALAN PRESIDEN PAS SENDIRI?!!!



Di sebalik keseronokan para pentaksub Mahathir dan penyokong Cap Bunga apabila PAS menyatakan persetujuan untuk 'bekerjasama' dengan Cap Bunga dan akan membincangkan perkara tersebut secara lebih lanjut setelah jawatankuasa teknikal dibentuk, lain pula cerita yang didengar dari satu lagi pihak yang merupakan tok pekong Cap Bunga iaitu DAP!

Lim Guan Eng yang sepatutnya sudah digantung tugas dan tidak dibenarkan menjalankan tugas-tugas berkaitan Ketua Menteri Pulau Pinang dan yang berkaitan dengannya kerana berhadapan dengan tuduhan rasuah dan salahguna di mahkamah, sedang cuba mempertahankan bapanya dan partinya daripada mendapat malu.

Ancaman untuk menyaman Presiden PAS, Abdul Hadi Awang masih belum direalisasikan walaupun pada masa yang sama, DAP masih berterusan cuba menggilap imej mereka sebagai bukan anti-Islam.

Apa yang dilakukan oleh DAP itu, mudah dibaca. DAP mahu menanam kepercayaan di kalangan orang ramai terlebih dahulu bahawa mereka sebenarnya bukan anti-Islam. Dan apabila melihat gelombang kepercayaan ramai bahawa DAP memang bukan anti-Islam, maka barulah saman akan dibuat.

Namun, bagi yang mengikuti perkembangan kerjaya politik Lim Guan Eng, sudah tentu tahu, sebenarnya yang benar-benar sakit hati, bukannya Lim Kit Siang tetapi Lim Guan Eng. Lim Guan Eng cukup terkesan apabila dia bakal diheret ke penjara kerana kesalahan rasuah dan salahguna kuasa.

Walaupun Lim Guan Eng dan para penyokongnya cuba menggambarkan kononnya apa yang berlaku kepada Lim Guan Eng sebenarnya tidak lebih daripada konspirasi politik semata-mata, hakikatnya para peguam Lim Guan Eng sendiri terpaksa bertungkus-lumus mencari sisi-sisi teknikal yang boleh dimanipulasikan sebagaimana yang dibuat dalam setiap kes saman fitnah membabitkan Lim Guan Eng. Mereka tidak mencari fakta tetapi technical fault yang lebih mudah dimanipulasikan dan kemudian kemenangan berpihak kepada Lim Guan Eng.


Dendam Lim Guan Eng kepada PAS sama banyak seperti dendam dan kemarahannya kepada UMNO. Walaupun PAS mungkin akan berlembut dan kemudian bekerjasama dengan Cap Bunga, terutama menerusi pembabitan dan pengaruh Tuan Ibrahim Tuan Man yang kelihatan tidak sebulu dengan Nik Amar, malahan Presiden PAS sendiri, tetapi faktor tersebut akhirnya akan menjadikan Lim Guan Eng semakin besar kepala.

PAS mungkin ada helahnya yang tersendiri apabila menghantar Tuan Ibrahim Tuan Man untuk berbincang dengan Mukhriz Mahathir. Apatah lagi selama ini pun, Tuan Ibrahim Tuan Man kerap benar menunjukkan 'warnanya' dalam banyak kenyataan serta sikapnya yang bertentangan dengan Presiden.

Namun yang pasti, kenyataan yang dibuat oleh Ketua Penerangan PAS Terengganu, Mohd Nor Hamzah akan membuatkan Lim Guan Eng dan juak-juaknya semakin marah.

Mohd Nor dalam satu kenyataannya berkata, berbanding Lim Guan Eng, Abdul Hadi Awang tidak memiliki rumah yang berharga jutaan ringgit sama ada 'terdapat kolam renang atau tidak' sepanjang dia menjawat jawatan Menteri Besar Terengganu. Sebaliknya Hadi hanya memiliki dua buah rumah kayu untuk kedua-dua orang isterinya dengan Laut China Selatan sebagai 'kolam renang' mereka.

Bukan itu sahaja, sepanjang tempoh sepenggal menjadi Menteri Besar Terengganu, baik Presiden PAS itu mahupun ahli keluarganya tidak didakwa melakukan jenayah atau rasuah.


Sunday, January 29, 2017

"SILAKAN SAMAN PRESIDEN DAN PAS SEKALI, KIT SIANG!" - KETUA PENERANGAN DEWAN ULAMA PAS!!!



Lim Kit Siang mungkin mendapati sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini merupakan sambutan yang paling tidak menyeronokkan. Bukan sahaja Lim Kit Siang dapat melihat sendiri bagaimana para penyokong DAP yang begitu berleluasa di media-media sosial sudah mula surut dan susut walaupun PRU-14 semakin hampir, bahkan magiknya juga turut hilang selepas dia berbaik-baik dengan Mahathir.

Ancamannya untuk menyaman Presiden PAS, rupa-rupanya bukan sahaja tidak ditakuti malah dia dicabar agar mempercepatkan proses saman.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Khairuddin Aman Razali berkata, PAS memang menanti-nantikan saman Lim Kit Siang ke atas Hadi Awang. Ini akan memudahkan PAS untuk menterjemahkan dan merangkan kepada mahkamah apa yang telah dilakukan oleh Kit Siang, Lim Guan Eng dan DAP terhadap umat Islam.

"Tolonglah, Kit Siang. Saman Hadi. Kit Siang memang anti-Islam. Dia telah melampau batasan dalam menentang pindaan usul Mahkamah Syariah sekaligus menentang Islam di negara ini," kata Khairuddin.

"Kami mencabar Kit Siang untuk memanjangkan perkara ini ke mahkamah. Tolonglah saman. Kami akan mendedahkan semuanya tentang tindakan DAP menentang Islam," kata Khairuddin lagi.

Menurut Khairuddin, PAS seblum ini mrupakan sebahagian daripada Pakatan Rakyat sebelum DAP yang anti-Islam bertindak menyingkirkan PAS.

"Terpulanglah kepadanya untuk menafikan perkara ini. Semua tindakan DAP, walaupun sepanjang PAS bersama-sama Pakatan Rakyat, menunjukkan mereka anti-Islam. Itulah yang menyebabkan kami mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam Pakatan Rakyat."

Menurut Khairuddin, daripada penggunaan Kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu, isu pemelukan agama Islam oleh si bapa yang dibenarkan di bawah Perlembagaan sehinggalah ke beberapa isu lain, semuanya menunjukkan penentangan dan sikap anti-Islam Lim Kit Siang serta DAP.

"Setiap kali wujud tindakan untuk memperkukuhkan Islam, Kit Siang akan cucuk dan buat provokasi," kata Khairuddin lagi.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan pula menyelar Lim Kit Siang dan menyifatkan pmimpin supremo DAP itu sebagai orang yang TIDAK TETAP OTAK. Malah dia juga menyifatkan pelan dan strategi DAP sebagai 'Strategi Serba Tak Menjadi'.

Keinginan dan cita-cita DAP untuk memusnahkan PAS awal-awal lagi telah dipatahkan apabila kelompok pemimpin PAS yang menyembah DAP kecundang dalam pemilihan parti setelah akar umbi PAS memilih untuk wala' kepada Presiden PAS.

DAP kecundang ketika berasakan PAS akan hancur apabila pemimpin-pemimpin PAS pro-DAP memilih untuk keluar parti dan menyertai PAN yang ditubuhkan oleh DAP berketuakan Mat Sabu.

Sama seperti Khairuddin, Nasruddin juga mencabar Kit Siang agar menyaman Presiden PAS!

Friday, October 21, 2016

MURSYIDUL AM PAS SAKITKAN HATI GUAN ENG-KIT SIANG DAN MAHATHIR BILA NYATAKAN, PAS TAKKAN BANTU JATUHKAN NAJIB!!!



Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin semakin menambahkan kebencian pakatan yang diterajui oleh DAP dan Mahathir apabila sekali lagi mengulangi kenyataan yang sebelum itu dikeluarkan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang bahawa PAS tidak akan membantu menggulingkan Najib Abdul Razak.

PAS menurutnya tidak akan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mahu menggulingkan kerajaan Najib Abdul Razak.

Itu yang terkandung dalam ucapannya di Kota Bharu malam tadi. Sekaligus melebarkan lagi permusuhan antara DAP dengan PAS dan mengecewakan Dr. Mahathir serta Muhyiddin Yassin yang berharap, PAS akan menggerakkan ahli-ahlinya untuk demonstrasi BERSIH pada November nanti.

Menurut Hashim Jasin, sebuah parti yang baru ditubuhkan telah mempelawa PAS untuk bersatu dan memastikan satu lawan satu dengan Barisan Nasional pada PRU akan datang. Namun, PAS tidak akan bekerjasama dengan pihak lain semata-mata untuk menumbangkan kerajaan atau menggantikan Perdana Menteri memandangkan ini tidak akan menguntungkan PAS.

Dalam sebuah majlis di Shah Alam minggu lepas, Pengerusi Cap Bunga, Dr. Mahathir berkata, satu-satunya cara untuk mengalahkan Barisan Nasional adalah dengan mengumpulkan semua parti pembangkang di bawah satu simbol, satu manifesto dan seorang calon.



Pada BERSIH 4.0 yang menyaksikan PAS tidak mengambil bahagian dan tidak menghantar ahli-ahlinya seperti dalam demonstrasi-demonstrasi BERSIH terdahulu, telah menimbulkan kemarahan para penyokong DAP. Para penyokong DAP telah menjadikan gambar Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sebagai sasaran untuk dihina, dicemuh, bahkan Abdul Hadi Awang difitnah menerima upah dan rasuah daripada Najib Abdul Razak dan UMNO.

PAS yang suatu ketika dahulu ditatang dan dipuja oleh DAP, bahkan perjuangan PAS turut didokong oleh DAP, menjadi bahan belasahan apabila PAS meneruskan iktikad untuk memperkemaskan perjuangan mereka. DAP cuba menggertak PAS walaupun hakikatnya, kekuatan DAP sebenarnya datang daripada PAS, bukan sebaliknya dengan menghalau PAS keluar dari Pakatan Rakyat, bahkan Pakatan Rakyat dilupuskan oleh Lim Guan Eng.

Kini, PAS 'maju setapak lagi' dalam perjuangan barunya yang memperagakan politik matang. Kenyataan yang dibuat oleh Mursyidul Am PAS itu, selaras dengan pendirian yang dibuat oleh Abdul Hadi Awang pada Jun tahun ini yang telah menolak tawaran 'dedak' Mahathir.

Menurut Hashim, PAS akan mengetuai, bukannya mengikut.

"Kita tidak boleh membiarkan pihak lain mengepalai kita. Kita yang memimpin mereka." (RUJUK SINI)


Thursday, October 13, 2016

PAS TIDAK AKAN PEDULI DENGAN DAP LAGI, DAN AKAN LETAKKAN CALON-CALONNYA DI MANA-MANA SAHAJA YANG PAS SUKA!!!



Mursyidul Am PAS yang baharu, Hashim Jasin barangkali telah mengikrarkan sesuatu yang sudah tentu amat tidak disenangi oleh DAP dan rakan-rakan sekongkol DAP seperti Cap Bunga, PKR dan PAN. Lebih-lebih lagi, pelbagai usaha dan gesaan telah dibuat agar PAS bersama-sama DAP, walaupun bukan sebagai rakan sepakatan tetapi sebagai pihak yang menghantar ahli-ahlinya untuk meramaikan demonstrasi jalanan BERSIH 5.0.

Hashim Jasin dalam kenyataannya sebagai Mursyidul Am PAS yang baru menggantikan Almarhum Tuan Guru Dr. Haron Din Al-Hafiz berkata, PAS akan bertanding di mana-mana sahaja tanpa perlu mengikut cakap DAP lagi.

Hubungan PAS dengan DAP yang telah berakhir membolehkan PAS 'bebas' untuk meletakkan calon-calonnya pada PRU akan datang.

Kecuali kerjasama dengan PKR di beberapa kerusi tertentu, PAS tidak peduli tentang pertandingan beberapa penjuru yang cuba dielakkan oleh DAP dan diusahakan oleh Pengerusi Cap Bunga.

Selain dari DAP, PAS juga menurutnya tidak akan bekerjasama dengan Parti Amanah Negara (PAN) terutama selepas PAN bercakap besar dan mengejek PAS ketika parti pimpinan Mat Sabu itu baru-baru ditubuhkan.

Mengakui yang PAS tidaklah sempurna, Hashim juga berkata, DAP dan PAN telah membuat kesilapan besar terhadap PAS.

"PAS akan bekerjasama dengan PKR. Bagaimanapun, hubungan kami dengan parti-parti pembangkang lain, akan dibincangkan oleh pucuk pimpinan sebelum sebarang keputusan dibuat," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS Perlis hari ini.


Thursday, September 29, 2016

KALAU TUAN IBRAHIM TUAN MAN YANG DILIHAT PRO-DAP PUN, DAH BENCIKAN DAP, MAHATHIR NAK BOLEH KATA APA LAGI?



Ada sesuatu yang sedang berlaku. Sesuatu yang sudah pasti tidak akan menyenangkan banyak pihak, terutama sekali DAP dan PKR kerana ianya membabitkan PAS. Sekaligus membuktikan bahawa ketakutan PKR dan DAP Selangor untuk membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada pilihanraya negeri, terletak kepada PAS yang dilihat mampu membuatkan mereka kehilangan kuasa dan keistimewaan selama ini.

Apabila kenyataan datangnya daripada orang yang dilihat paling liberal dan cenderung kepada PKR-DAP iaitu Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, ia sudah cukup memberi isyarat bahawa PAS sudah bersedia untuk memasuki kancah politik negara secara serius selepas membersihkan parti tersebut daripada anasir-anasir PAN yang masih bersembunyi dan menyamar sebagai ahli PAS.

Kata Tuan Ibrahim Tuan Man, PAS tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti pembangkang termasuklah 'sekutunya' PKR yang dikatakan sebagai mengambil kesempatan ke atas PAS. 

Tuan Ibrahim Tuan Man, tidak menamakan individu atau parti yang dimaksudkan berkata, lebih baik PAS berkawan dengan pihak yang dapat menerima ideologi dan agenda mereka. 

"Lebih baik bagi PAS untuk bekerjasama dengan mereka yang ikhlas berbanding mempunyai hubungan dengan pihak yang hanya mengambil kesempatan ke atas kami," katanya. 

Timbalan Presiden PAS itu mengenangkan kembali perbuatan parti-parti sekutunya.. 

"Calon parti tersebut berbaris, tetapi jentera dan pekerja parti langsung tidak kelihatan. Lebih teruk, parti inilah yang telah menghumban poster-poster calon dan bendera-bendera parti kepada kami dan kemudian menyuruh kami menyelesaikannya. Kami tidak kisah sekiranya parti tersebut baru berusia setahun atau dua tahun, tetapi parti ini sudah tertubuh lama tetapi hanya muncul pada musim pilihanraya," katanya.

PAS sebelum ini diejek-ejek kerana menjadi 'barua' UMNO, malahan PAS juga dituduh telah 'didedakkan' sebanyak RM90 juta oleh para pemimpin dan penyokong DAP. 'Dedak' yang kononnya disuap oleh Najib kepada Hadi Awang itu, asalnya dipopularkan oleh Tun Dr. Mahathir yang cuba memberi tekanan agar PAS akur kepada pakatan barunya.

Lebih menarik lagi ialah apabila PAS 'dipaksa' untuk menyerahkan sebahagian kerusi yang ditandinginya kepada Cap Bunga yang dipengerusikan oleh Mahathir dan dipresidenkan oleh Muhyiddin Yassin.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Tantawi menolak paksaan Cap Bunga agar PAS bergabung di bawah satu bendera dengan parti-parti pembangkang lain bagi tujuan menumbangkan UMNO-BN pada PRU akan datang. Ini adalah kerana PAS enggan bekerjasama atau menjalinkan hubungan dengan DAP lagi.

Menurutnya, walaupun PAS bersedia untuk bekerjasama dengan mana-manaa kumpulan yang mahu membawa perubahan kepada negara ini, bekerjasama dengan DAP merupakan satu kesilapan besar yang tidak seharusnya diulangi. (RUJUK SINI)

Nasruddin turut menegaskan, PAS tidak akan sesekali menyerahkan kerusi-kerusi tradisinya kepada mana-mana parti pembangkang lagi walaupun parti-parti tersebut mengambil keputusan untuk bertanding di kerusi berkenaan. 

"PAS akan bertanding di 'kerusi PAS' Jikalau mana-mana pihak yang turut bertanding di kerusi yang sama, kami tidak akan berundur sama sekali."

.

Wednesday, November 18, 2015

DAP SELANGOR NAIK ANGIN BILA SETIAUSAHA PAS SELANGOR KATA LIM GUAN ENG TAK PUAS HATI, PAS NAIKKAN ELAUN GURU KAFA DAN AL QURAN!!!



DAP Selangor mendesak Setiausaha Pas Selangor itu, Mohd Khairuddin Othman menarik balik tuduhan yang dilemparkannya terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Penolong Bendahari DAP Selangor, Lau Weng San mendakwa kenyataan dikeluarkan Khairuddin itu tidak berasas kononnya DAP tidak puas hati Pas Selangor menaikkan elaun guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), memperkasakan institusi masjid dan memperjuangkan kewujudan Kolej Integrasi Tahfiz di Selangor.

"Saya menyeru agar beliau menarik balik fitnahnya terhadap Guan Eng dan memohon maaf atas tuduhannya yang tidak berasas itu.

"Ucapan Guan Eng dalam Kongres Kebangsaan Wanita DAP 2015 di Kuala Lumpur pada 15 November lalu hanya menyentuh bahawa DAP perlu terus kekal dalam kerajaan Selangor untuk memastikan Pas 'tidak buat jahat' dan 'tidak melaksanakan dasar yang tidak baik' kepada rakyat negeri itu," katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Adun Bukit Tunku itu, menjelaskan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut hanya memberi contoh situasi Pas di Kelantan yang terlibat dalam skandal penerokaan balak di kawasan hutan simpan kekal.

"Beliau (Guan Eng) memberi contoh di Kelantan iaitu Adun Pas Kawasan Salor, Datuk Husam Musa telah membongkarkan skandal pembalakan di kawasan hutan simpan kekal telah menyebabkan musibah banjir di negeri itu setahun yang lalu.

"Inilah perkara jahat yang disebut Guan Eng berlaku di negeri yang dikatakan sebagai kubu kuat Pas itu, sehingga parti pembangkang Umno pun tidak berdaya mendedahkan skandal yang serius ini," katanya.

Weng San memberi gambaran sekiranya DAP keluar dari Kerajaan Selangor, sudah pasti mekanisme pemantauan terhadap kerajaan negeri itu akan menjadi lemah, maka tiada sesiapa pun yang boleh menolak kemungkinan berlakunya musibah yang sama di Selangor nanti.

"Inilah apa yang dinyatakan Guan Eng. Dimanakah beliau ada menyentuh kenaikan elaun guru Kafa, pemerkasaan institusi masjid mahupun penubuhan Kolej Intergrasi Tahfiz Selangor?

"Malahan dasar-dasar ini juga dipersetujui oleh DAP dan PKR kerana ia merupakan sebahagian daripada dasar-dasar bersama dalam Manifesto Pakatan Rakyat Selangor dalam PRU13. Sebagai seorang ahli politik dan peguam bertauliah, Khairuddin pasti tahu bahawa kejujuran dalam berhujah dan perbicaraan yang berdasarkan fakta ialah kualiti yang wajib ada," katanya. (SUMBER)


Sunday, November 1, 2015

PESURUHJAYA PAS SELANGOR DEDAH TAKTIK KOTOR DAP UNTUK MENANG PADA PRU-14 NANTI!!!!



Iskandar Samad yang sekarang ini menyandang kerusi DUN Cempaka, membuat pendedahan yang sudah pasti tidak akan disenangi oleh DAP.

DUN Cempaka merupakan salah satu daripada 8 DUN yang mahu dirampas oleh DAP walaupun jumlah pengundi Melayunya lebih 70% setelah DAP berjaya memecah belahkan PAS.

Sebenarnya kalau Iskandar Samad tidak dedahkan pun, taktik DAP itu sudah diketahui umum.

Kita ambil contoh mudah Lim Kit Siang sahajalah. Setelah berpuluh-puluh tahun menjadi Ahli Parlimen, Lim Kit Siang cukup terkenal sebagai juara lompat tanding antara kerusi di lima buah negeri. Dalam bahasa mudahnya, Lim Kit Siang telah menjadi Ahli Parlimen untuk lima negeri yang berlainan dan tiga ADUN yang berlanan kerusi. Lim Kit Siang jelas merupakan nomad politik yang menggunakan kemasyhurannya untuk dia menang, bukannya utnuk berkhidmat di kawasan yang telah dimenanginya.

DAP juga tahu, dengan memiliki jumlah pengundi yang boleh diarah untuk berpindah antara Parlimen atau DUN, sangat mudah untuk mereka mengatur kawasan mana yang perlu mereka rebut pada PRU.

Keceluparan Tony Pua yang sudah jadi ayam togel apabila takut untuk berhadapan dengan Arul Kanda, disahut oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad dengan pendedahan kejahatan DAP.

"Kami sudah tahu strategi mereka. Kami sudah menerima laporan-laporan tentang pemindahan pengundi ke kawasan-kawasan yang dimenangi oleh PAS," kata Iskandar Samad. "Tetapi kami tetap yakin, kami mampu untuk mempertahankan kerusi yang telah kami sandang sebelum ini." (RUJUK SINI)

Hampir kesemua kerusi DUN yang ingin dirampas oleh DAP dari PAS merupakan kerusi bermajoritikan pengundi Melayu. Secara logiknya, peluang DAP untuk menang ke atas kerusi-kerusi ini boleh diragui memandangkan secara tradisionalnya, undi Melayu hanya terbahagi kepada UMNO dan PAS.

Bagaimanapun, bantuan daripada PAN dan PKR akan membolehkan DAP mengumpu undi Melayu manakala UMNO dan PAS pula terus berbalah, membolehkan DAP muncul sebagai pemenang di kerusi bermajoritikan Melayu.

Kesemua taktik DAP itu semenangnya tidak beretika dan boleh dipersoalkan, tetapi ianya tidak bersalahan dari segi undang-undang. DAP hanya mengambil kesempatan dan peluang daripada sistem pilihanraya dan politik berdasarkan kaum untuk memanipulasi komposisi pengundi bagi membolehkan mereka berkuasa.


Friday, October 30, 2015

8 KERUSI DUN YANG DIMENANGI PAS SELANGOR, AKAN DIRAMPAS OLEH DAP!!!



Kegilaan DAP untuk menguasai Selangor sepenuhnya sekaligus turut menerajang PKR agar terus melutut di telapak kakinya, tidak mampu untuk dibendung dan disorok-sorok lagi. DAP sekalipun bakal terhalang oleh Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor yang tidak membolehkan mana-mana bukan Melayu dan bukan Islam menjadi Menteri Besar, akan berbuat sesuatu, sama seperti yang dilakukan oleh PAP di Singapura sebelum Perlembagaan negara terbabit diubah dan akhirnya Yusuf Ishak menjadi Melayu pertama dan terakhir sebagai Presiden Singapura.

Tidak menghairankan mengapa DAP awal-awal lagi melakukan provokasi ke atas PAS dengan menggunakan isu hudud. DAP sengaja berbuat begitu bagi memudahkan mereka menguasai aliran politik Pakatan, memandangkan DAP sangat yakin, mereka akan menguasai sekurang-kurangnya tiga buah negeri di Pantai Barat pada PRU akan datang.

Perak, Selangor dan Johor sangat diyakini mampu ditawan oleh DAP. Apatah lagi, DAP telah pun menaja dan mengukuhkan parti cap cangkul pimpinan Mat Sabu di ketiga-tiga negeri tersebut. Lim Kit Siang juga amat aktif di Johor dan gerakan mengguling serta menghalau DAP-DAP Johor yang asal seperti Boo Cheng Hau dan Norman Fernandez, mengukuhkan andaian sebelum ini bahawa DAP Pro-Keluarga Lim cuba mencari tapak yang lebih kukuh di Johor.

Hampir kesemua Ahli Parlimen dan ADUN DAP Johor sekarang ini merupakan anggota dalam kem penyembah Tokong Dua Beranak.

Kegagalan menguasai Kerajaan Negeri Perak pada tahun 2008 kerana dihalang oleh Undang-Undang Tubuh Negeri, sekarang ini telah diatasi oleh DAP menerusi pengkaderan dan pembonekaan ke atas beberapa nama Melayu oportunis yang berada di dalam parti tersebut mahupun menerusi 'biro Melayu-Islam' DAP, Parti Amanah Negara, sekaligus memudahkan usaha perampasan daripada pentadbiran ortodoks yang berasaskan Melayu-Islam.

Selangor sudah lama diidamkan oleh DAP. Tony Pua yang merupakan Pengarah Publisiti Kebangsaan DAP telah membayangkan yang DAP akan memperolehi tambahan penguasaan sekaligus menjadikannya sebagai parti tunggal di Selangor yang memperolehi majoriti.

Sekarang ini, DAP menguasai 15 kerusi DUN. Ditambah kerusi-kerusi dari PAN, serta 8 lagi kerusi yang dikuasai PAS untuk dirampas, DAP sekurang-kurangnya akan memperolehi 30 kerusi DUN pada PRU akan datang.

Kemenangan DAP pada 15 kerusi DUN yang dimenanginya sekarang, sudah terjamin. Apatah lagi DAP sudah pun menjalankan kerja-kerja pemindahan pengundi dan para penyokongnya ke kawasan-kawasan yang dijangka menjadi koleksi barunya. Lebihan majoriti besar di beberapa kerusi DUN pada PRU lalu, akan dikurangkan. Lebihan tersebut akan ditompokkan ke kawasan-kawasan di mana DAP melihat peluang untuk menang lebih besar.

8 Kerusi DUN yang akan dirampas oleh DAP pada PRU akan datang adalah Sri Serdang, Dusun Tua, Paya Jaras, Cempaka, Taman Templer, Lembah Jaya, Tanjung Sepat dan Meru. (RUJUK SINI)

Dengan UMNO Selangor yang kelihatan masih bercelaru dan bercempera, manakala PAS Selangor pula masih lagi meratapi perpecahan mereka hasil CAMPURTANGAN BIJAK DAP dan kekalutan fatwa Tahaluf Siyasi, DAP berjaya mencipta lompang yang berjaya dimanipulasi dan diambil kesempatan.


Saturday, July 11, 2015

MAJLIS SYURA PAS MENGESAHKAN, TAHALUF SIYASI DENGAN DAP SUDAH TERBATAL SEPENUHNYA!!!



Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS hari ini, Majlis Ulama PAS dalam satu mesyuarat telah membuat keputusan untuk membatalkan hubungan kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan DAP.

Keputusan itu dibuat berasaskan kepada tindakan-tindakan provokasi berterusan dan keputusan DAP yang mengecam serta melanggar kerjasama Pakatan Rakyat, selain campurtangan dalam akidah, dasar serta matlamat PAS.

Pun begitu, putusnya hubungan dan kerjasama dengan DAP tidak bermakna PAS akan meninggalkan terus Pakatan Rakyat, memandangkan PAS bertegas untuk meneruskan kerjasama dengan PKR.

Pada bulan lalu, pemilihan PAS telah dicemari dengan cubaan langsung DAP meletakkan proksi-proksi mereka sebagai calon dalam usaha terdesak untuk menggulingkan Abdul Hadi Awang dan merampas PAS untuk kepentingan keseluruhan DAP bagi mendapatkan undi dan sokongan Melayu-Islam.

DAP menerusi Lim Guan Eng bagaimanapun, enggan mengaku. Sebaliknya mencabar PAS menunjukkan bukti-bukti dan fakta-fakta fizikal berhubung campurtangan secara langsung DAP dalam pemilihan PAS menerusi calon-calon tersebut.

Sebaliknya untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa DAP sebenarnya tidak memerlukan langsung PAS, sebaliknya PAS yang terhegeh-hegeh serta amat memerlukan DAP, paparan serta publisiti beberapa orang ahli PAS sama ada yang berjawatan atau tidak, dibuat dan diberikan sambutan gilang-gemilang oleh DAP.

Bagaimanapun, dalam satu soalan, adakah itu menandakan DAP tidak akan mengenakan 'sekatan tersembunyi' kepada mana-mana orang Melayu menduduki jawatan tertinggi di dalam PAS selain Pengerusi dan Naib Pengerusi DAP mahupun jawatan-jawatan lantikan yang tidak penting selepas ini, ianya tidak dijawab.

Sebaliknya DAP sekadar mampu mendabik kosong, kononnya DAP adalah sebuah parti berbilang kaum, berbilang agama dan hanya mengamalkan kesamarataan. Sedangkan hakikatnya, kesemua jawatan-jawatan penting dibolot oleh para pemimpin DAP dari kaum Cina yang beragama Kristian.

Kita tengok sahajalah sejauh mana drama ini akan berlangsung...


Thursday, June 25, 2015

PEMUDA PAS PERAK PERAK MENENTANG NIZAR JAMALUDDIN YANG DILANTIK DAP SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG DUN PERAK!!!



PAS meminta DAP agar menghormati keputusan parti itu berhubung kedudukan Nizar Jamaluddin yang dianggap tidak sesuai diangkat sebagai Ketua Pembangkang DUN Perak.

Ketua Pemuda PAS Ipoh Timur, Salman SAleh berkata, Pemuda tidak bersetuju dengan keputusan DAP untuk mengekalkan Nizar Jamaluddin sebagai Ketua Pembangkang Negeri.

"PAS mempunyai lima orang ADUN, jumlah yang sama dengan PKR. Tambahan pula kedudukan Nizar sekarang di mana di atidak memegang sebarang jawatan penting dalam PAS, seharusnya dipertimbangkan oleh DAP."

Menurutnya lagi, kedudukan Nizar Jamaluddin sebagai Ketua Pembangkang Perak perlu dinilai berdasarkan keadaan semasa.

"Kami mendesak PAS Perak menasihatinya (Nizar Jamauluddin) untuk melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang DUN Perak dan menyerahkan jawatan tersebut kepada PKR atau DAP. Sekiranya DAP masih mahukan jawatan tersebut dipegang oleh PAS, DAP harus membiarkan kepimpinan PAS atua Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat menentukan siapa yang paling sesuai untuk jawatan tersebut," katanya lagi.

Kata Salman, membenarkan Nizar Jamaluddin mengekalkan kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang Perak, bukanlah cara terbaik untuk mengikat PAS dengan DAP.
– BERNAMA

Saturday, June 20, 2015

PAS HARAP, GABUNGAN PAS DENGAN PARTI LAIN SELEPAS BARISAN ALTERNATIF DAN PAKATAN RAKYAT, LEBIH LAMA DAN LEBIH TAHAN!!!



Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berharap jika ada gabungan Pas dengan parti lain selepas ini dapat bertahan lebih lama berbanding Barisan Alternatif dan PR.

“Kerjasama politik DAP dengan Pas akhirnya tidak dapat bertahan jua buat kali ke keduanya. Dari sudut positifnya, hubungan Pas-DAP kali ini berlangsung lebih lama berbanding di zaman di Barisan Alternatif selepas berehat selama 7 tahun (2001-2008).

“Jika ada kali ketiga, diharap kerjasama ini akan lebih panjang berbanding yang sebelumnya...Pas kekal dengan kerjasama bersama PKR yang tidak pernah putus sejak penubuhannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, tiada siapa tahu apa yang berlaku akan datang namun mungkin kekalahan hari ini adalah rahmat di masa depan.

“Pas tetap kesal dengan serangan berterusan DAP terhadap presiden parti dan fitnah bahawa Pas mahu mengadakan kerjasama politik dengan Umno. Lebih baik bagi DAP untuk menumpukan serangan pada Umno yang berkuasa di kerajaan persekutuan.

“Tiada siapa yang dapat mengetahui dengan pasti apa yang bakal berlaku pada masa depan. Kekalahan hari ini mungkin adalah rahmat di masa depan, kemenangan hari ini mungkin ialah musibah yang tidak diundang.

“Siapa yang menjangka kemenangan besar Umno di 2004 merupakan pintu kepada kehilangan undi popularnya hari ini? Biarlah sejarah menilainya,” katanya.

Katanya, Pas akan terus istiqamah dan menerima qada dan qadar ALLAH dengan hati terbuka manakala prinsip serta dasar parti akan terus menjadi kompas perjuangan. (SUMBER)


Thursday, June 18, 2015

KETAHIAN APAKAH INI? SALLEH MAN SUDAH LOMPAT PARTI DAN TINGGALKAN PAS KE?



Salleh Man, wakil tunggal PAS di DUN Pulau Pinang mewakili DUN Permatang Pasir, akan meneruskan tugasnya dan menjadi sebahagian daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Itu yang ditegaskan oleh Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. Menurutnya, keputusan itu telah dibuat oleh Majlis Eksekutif Negeri yang bermesyuarat semalam yang turut dihadiri oleh seua 30 ADUN.

Salleh yang merupakan ADUN PAS Permatang Pasir, memegang beberapa jawatan seperti Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, salah seorang ahli lembaga pengarah dalam Yayasan Islam Pulau Pinang dan Hub Halal Antarabangsa Pulau Pinang.

Menariknya selama ini, DAP bukan main lagi mengutuk sesiapa yang disifatkannya sebagai KATAK kerana lompat parti dan kerana itulah DAP telah meluluskan undang-undang anti lompat parti di Pulau Pinang.

Adakah Salleh Man bukan lagi ahli PAS?

Kalau Salleh Man tidak melompat parti dan masih lagi menjadi ahli PAS, mengapa pula DAP memecat dua orang lagi Ahli Majlis PBT dari PAS kerana berpegang teguh kepada pendapat yang PAS telah memutuskan hubungan dan kerjasama dengan DAP, justeru, semua yang ada kaitan dengan PAS perlu disingkirkan.

Mengapa pula Salleh Man istimewa di mata Lim Guan Eng?

BACA SETERUSNYA DI SINI



Tuesday, June 16, 2015

SAH!!! SECARA RASMI, DAP (BACA: GUAN ENG) PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN PAS... ADAKAH PAS AKAN U-TURN?



DAP hari ini mengumumkan menerima keputusan muktamar PAS yang meluluskan usul memutuskan hubungan dengan mereka, sekali gus membuatkan gabungan pembangkang tidak lagi wujud.

“Oleh kerana Pakatan Rakyat dibentuk oleh muafakat tiga parti serta terikat dengan rangka dasar bersama, usul muktamar PAS secara berkesan telah menamatkan Pakatan Rakyat.

“Pakatan Rakyat justeru tidak lagi wujud,” kata setiausaha agungnya Lim Guan Eng.

Kenyataan media Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng pada 16 Jun 2015 di Kuala Lumpur.

Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) dalam mesyuaratnya pada 15 Jun 2015 telah memutuskan seperti berikut:

Tidak wujud lagi ‘Pakatan Rakyat’

Pakatan Rakyat ditubuhkan pada 1 April 2008 sebagai respon bersama oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bagi memenuhi aspirasi perubahan politik rakyat Malaysia berikutan tsunami pilihanraya umum ke-12 pada 8 Mac 2008.

Dengan sokongan hebat daripada rakyat Malaysia, parti-parti pembangkang memenangi lebih satu pertiga daripada kerusi Parlimen dan lima kerajaan negeri.

Pimpinan DAP, PKR dan PAS telah bersetuju untuk membentuk Pakatan Rakyat dengan beberapa prinsip yang dikongsi bersama, dengan harapan untuk menyatupadukan kesemua usaha anti-Umno/Barisan Nasional demi mengusung era baru politik dan pentadbiran penuh integriti, akauntabiliti dan demokrasi dalam sebuah negara Malaysia yang progresif.

Juga telah dipersetujui bahawa proses membuat keputusan dalam Pakatan Rakyat haruslah berasaskan konsensus dan kepercayaan bersama di peringkat Majlis Pimpinan.

Di Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama pada Disember 2009, Dasar Bersama Pakatan Rakyat telah dikemukakan dan dipersetujui oleh ketiga-tiga parti sebagai asas kerjasama tiga parti komponen Pakatan Rakyat.

Muafakat Pakatan Rakyat bukanlah diniatkan sebagai muafakat demi kuasa semata-mata, tetapi sebagai sebuah muafakat yang berpandukan idea, prinsip dan nilai-nilai sebuah negara Malaysia yang baru.

Pakatan Rakyat tampil sebagai alternatif yang mampan bagi menggantikan Barisan Nasional pada PRU ke-13 dan memperolehi 52 peratus undi popular.

Namun, dalam beberapa insiden sepanjang tahun lalu, termasuk krisis Menteri Besar Selangor, keputusan yang telah dicapai di peringkat Majlis Pimpinan telah dicabuli oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang mengakibatkan muafakat Pakatan Rakyat hampir lumpuh.

Keadaan Pakatan Rakyat yang hampir lumpuh ini direncatkan lagi dengan kerelaan Hadi untuk membentuk sebuah kerajaan perpaduan bersama Umno serta sokongan beliau terhadap Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak, walaupun telah didedahkan bahawa dana Lembaga Tabung Haji telah digunakan untuk membeli hartanah daripada 1MDB pada harga RM2,773 satu kaki persegi, di Tun Razak Exchange (TRX), yang telah dibeli oleh 1MDB pada harga hanya RM64 satu kaki persegi. BN dan Hadi tidak mempersoalkan kenapa Tabung Haji tidak dibenarkan membeli tanah TRX daripada kerajaan pada harga RM64 satu kaki persegi, dan sebaliknya membeli tanah tersebut daripada 1MDB pada harga RM2,773 kaki persegi.

Perbuatan Hadi memungkiri janji peribadinya di mesyuarat Majlis Pimpinan pada 10 Februari untuk membincangkan cadangan undang-undang hudud PAS terlebih dahulu bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat di peringkat Majlis Pimpinan sebelum ia dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Kelantan atau sebelum rang undang-undang persendirian oleh Hadi dikemukakan di Parlimen tambah melumpuhkan lagi keseluruhan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Pengkhianatan Hadi ini diikuti keputusan besar pada 6 Jun 2015 apabila Muktamar PAS, perhimpunan agung yang merupakan badan pembuat keputusan tertinggi dalam parti tersebut, menerima usul memutuskan hubungan dengan DAP tanpa sebarang perbahasan.

CEC DAP menerima usul Muktamar PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP dan secara langsung mengakibatkan Pakatan Rakyat tidak lagi wujud.

Memandangkan Pakatan Rakyat dibentuk oleh ketiga-tiga parti berdasarkan konsensus dan terikat dengan Dasar Bersama, usul di Muktamar PAS itu telah membunuh Pakatan Rakyat. Justeru kini, tiada lagi Pakatan Rakyat.

DAP akan bekerjasama dengan Parti KeADILan Rakyat dan semua pihak yang mahu melihat pemerintahan Umno/Barisan Nasional berakhir, bagi membentuk semula politik Malaysia dengan cita-cita menawan Putrajaya demi rakyat. Kesan daripada hal ini terhadap Kerajaan Negeri Selangor pula adalah sokongan DAP bagi kepimpinan Menteri Besar Selangor Azmin Ali untuk merangka semula kerajaan negeri dengan sebuah muafakat yang mampan berasaskan Dasar Bersama Pakatan Rakyat serta manifesto pilihanraya Pakatan Rakyat Selangor 2013 yang telah menerima mandat lebih 60% undi popular di negeri itu.

DAP akan berusaha ke arah sebuah muafakat baru yang berprinsip dan lebih meluas yang akan muncul bagi mengisi kelompangan politik serta mampu menyalakan semula harapan ke arah perubahan bagi menjadikan Impian Malaysia kita sebuah realiti, serta masa depan yang lebih baik untuk semua.

- Lim Guan Eng


Monday, June 15, 2015

DAP DAN PKR 'BODOH' SEBAB TAK FAHAM, JADI JANGAN CAMPUR URUSAN PAS!!!



DAP dan PKR tidak faham prosedur sesuatu usul dalam PAS, sehubungan itu kedua-dua parti itu disaran agar tidak masuk campur.

Itu penegasan daripada Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Nik Mohd Zawawi Nik Salleh.

"Dia (PKR,DAP) tak faham. Mereka tak payah nak campur masalah dalaman PAS, kita nak bawa ke mana-mana ikut pandai kitalah," katanya kepada Antarapos.

DAP dan PKR mengambil ketetapan bahawa 'usul putus hubungan dengan DAP' yang diluluskan Muktamar PAS sudah berkuatkuasa dan tidak perlu dibawa kepada Majlis Syura Ulama.

Ini kerana dakwa dua parti itu usul berkenaan sudahpun diluluskan oleh badan pembuat keputusan tertinggi dalam PAS justeru tiada keperluan untuk dibincang Majlis Syura Ulama lagi.

Ketika ditanya mengenai kedudukan PAS setakat ini, ujar Nik Zawawi parti itu masih anggota Pakatan Rakyat.

"Kita masih biasa lagi, kita tak ada apa-apa keputusan. PAS ni berpegang pada prinsip agama, sekiranya agama masih membenarkan kita berada dalam Pakatan maka kita kekal dalam Pakatan.

"Kalau agama dari segi hukumnya kata Tahaluf Siyasi batal, kita akan keluar daripada Pakatan. Ia berasaskan kepada hukum," jelasnya.

Namun sekiranya perkara sebaliknya berlaku meskipun hubungan yang terjalin antara ketiga-tiga komponen ini berjalan dengan baik tetapi tidak mengikut lunas-lunas agama, maka ia akan terbatal.

"Sekiranya hukum memutuskan untuk kita putus maka kita putuslah. PAS ni perjuangan Islam dan akan ikut lunas-lunas yang digariskan dalam agama Islam.

"Kalau Tahaluf Siyasi ini syarat-syarat masih kekal, walaupun sukar kita akan tetap dalam Pakatan. Sekiranya syarat-syarat dan peraturan itu terbubar/terbatal maka walaupun tiada masalah kita akan keluar," katanya.

Nik Zawawi berkata, tarikh untuk Majlis Syura Ulama bersidang bagi membincangkan perihal usul putus hubungan itu sudah ditetapkan, namun ia masih dirahsiakan.

Bagaimanapun ia akan dimaklumkan kepada umum apabila tiba waktunya.



FADZIL KEMI YANG DIPECAT SERTA-MERTA, PERTIMBANG UNTUK SAMAN KERAJAAN NEGERI!!!



Setiausaha Pas Pulau Pinang, Mohd Fadzil Kemi yang ditamatkan perkhidmatan dalam pentadbiran kerajaan negeri berkuat kuasa Jumaat lepas, sedang mempertimbang tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri pimpinan DAP.

Mohd Fadzil yang sebelum ini memegang jawatan Pegawai Penerangan gred 41 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, beliau sedang berbincang dengan peguam tentang notis pemberhentian perkhidmatan yang diterima Jumaat lepas.

Katanya, beliau turut membawa perkara itu kepada perhatian pemimpin Pas Pusat dan sedang menunggu maklum balas mereka sebelum mengambil sebarang tindakan.

"Peguam saya masih meneliti kes ini dan saya akan membuat pengumuman sekiranya telah membuat keputusan," katanya kepada Bernama ketika menerusi WhatsApp di sini hari ini.

Notis pemberhentian bertarikh 12 Jun dengan bayaran satu bulan gaji daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri itu dihantar dengan tangan kepada Mohd Fadzil yang juga ahli lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang.

Mohd Fadzil berkata, perkara itu turut dibawa kepada perhatian Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang yang baharu, Mohd Fauzi Yusof.

"Pesuruhjaya Pas akan membuat keputusan selepas jawatankuasa Pas negeri dibentuk dalam masa beberapa hari lagi," katanya.

Sementara itu, Fauzi ketika dihubungi berkata Pas akan melihat isu ini dengan cermat dan tindakan akan diambil selepas mesyuarat yang akan datang.

Sabtu lepas, Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan telah mendesak kepimpinan baharu Pas untuk mengarahkan wakil-wakilnya untuk mengundur diri.

Katanya tiga wakil Pas dalam kerajaan DAP Pulau Pinang iaitu Mohamad Sabu, Ustaz Mujahid Yusof Rawa dan Ustaz Rosidi Hussain telah meletak semua jawatan mereka dalam kerajaan negeri.

Kemelut DAP- Pas berlaku selepas Dewan Ulama Pas sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam Muktamar Tahunan Pas ke-61 tanpa bahas, namun akan meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dalam pakatan pembangkang. - Bernama


 
Blogger Templates