Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label idris ahmad. Show all posts
Showing posts with label idris ahmad. Show all posts

Saturday, April 22, 2017

MAHATHIR KENA SEDAR DIRI, DIALAH BAPA PERPECAHAN MELAYU, KATA IDRIS AHMAD!!!!



TOLONGLAH Tun Mahathir cermin diri dulu. Jangan hentam semborono begitu sahaja mengatakan PAS punca Melayu berpecah. Kalau Tun terlupa saya hendak ingatkan kepada Tun.

Bukankah zaman Tun Melayu berpecah?

Selama 22 tahun Tun berkuasa, tiga Timbalan Perdana Menteri terpelanting. Lahir team A dan team B di dalam Umno sehingga Umno diharamkan.

Zaman Tun lahirnya Parti Semangat 46 dan Parti Keadilan Rakyat. Bukankah zaman Tun, royalti minyak untuk Terengganu ditarik. Bukankan zaman Tun wujudnya Pejabat Pembangunan Persekutuan di Kelantan sehingga membazir berjuta wang negara apabila BN kalah pada tahun 1990.

Adanya Penghulu Persekutuan dan Penghulu negeri di Kelantan. Apakah Kelantan bukan negeri Melayu?

Pejabat Pembangunan Persekutuan wujud di negeri yang BN kalah. Trend ini wujud hingga zaman DS Najib.

Apakah ini lambang perpaduan Melayu? Zaman Tun juga apabila tsunami Melayu di dalam PRU 1999 selepas DS Anuar Ibrahim dipecat, maka Tun telah mewujudkan persempadanan semula. Sehingga merosakkan kerusi Melayu.

Apakah kelakuan Tun, maka Tun bapa penyatuan Melayu? Kenapa Tun terlalu berdendam dengan PAS? Salahkah PAS hendak membawa hala tuju sendiri.

PAS masih di blok pembangkang. Jangan perasan Tun sahaja hendak melawan BN.

PAS juga melawan BN. Semasa Tun berkuasa pun kami lawan. Tun baru hendak belajar melawan BN.

Belajarlah menjadi pembangkang. Sekarang baru Tun tahu betapa peritnya menjadi pembangkang di Malaysia.

 Kenapa pula Tun hendak marah kepada PAS apabila tidak menyertai PH. Ikut pemikiran Tun, kalah di dalam pemilihan maka tubuh parti baru.

Kalau tidak mahu sertai pakatan Tun, maka ini dianggap pemecah belah orang Melayu. PAS tidak berminat untuk lawan dengan Tun yang sudah tidak berkuasa.

Tetapi apabila Tun serang PAS, maka PAS akan mempertahankan diri.

IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS. 

Tuesday, April 11, 2017

IDRIS AHMAD NASIHAT NIZAR JAMALUDDIN SEDAR DIRI, DIA MENANG DI KAWASAN MELAYU 63% BUKAN KAWASAN CINA MAJORITI!!!



Idris Ahmad dalam Facebook peribadinya  menulis: 

Ada seorang wakil rakyat yang membawa lari kerusi PAS kata wakil Rakyat PAS yang kianat bukan dia yang kianat. Sebab wakil Rakyat PAS menang kerana orang bukan Islam undi. Dia pula menang kerana orang bukan Islam undi, bukan kerana orang PAS undi. Dia menang kerana orang undi Pakatan Rakyat bukan kerana undi PAS.

Saya senyum apabila berita ini sampai kepada saya. Saya jawab,
1. Betullah di setengah tempat seperti di Parlimen Bukit Gantang dengan izin Allah, orang bukan Islam mengundi saya.
2. Saya tanya balik, kalau setakat undi bukan Islam sahaja undi saya dan dia, adakah dia boleh menang.
3. Dakwaan beliau boleh diterima kalau dia bertanding di DUN Aulong Taiping atau Pokok Asam. Ini dia pun bertanding di DUN pengundi Melayu 63 peratus. Mungkin di dalam PRU 14 dengan ehsan Dap beliau bertanding di kerusi tersebut. Itu pun kalau Dap sudi memberi laluan.
4. Adakah lambang parti Pakatan Rakyat ada di dalam kertas undi.
5. Semasa dia lafaz baiah hendak menjadi calon adakah dia Sebut Wallahi Wabillahi Watallahi saya akan patuh kepada arahan pimpinan parti Pakatan Rakyat.
6. Berapa orang tenaga orang bukan Islam yang membantu beliau semasa kempen pilihanraya.
7. Bukankah tenaga PAS yang pergi merayu dari rumah ke rumah. Bukankah Jabatan Amal itu orang PAS. Bukankah pengawal keselamatan calon juga daripada orang PAS. Bukankah yang panjat pokok, gantung bendera orang PAS. Bukankah orang PAS yang manjadi perayu undi di bangsal panas daripada pagi hingga ke petang. Kadang-kadang terpaksa berlawan dengan jentera Umno pada hari mengundi. Bukankah yang penjadi PACA di dalam bilik mengundi juga orang PAS.

Tiba-tiba boleh mendakwa dia menang bukan kerana PAS. Cukuplah kamu meletakkan garam di tempat luka orang PAS dengan melarikan kerusi. Lebih baik diam, makan kenyang-kenyang elaun wakil rakyat, tetapi janganlah menghiris perasaan petugas PAS yang ikhlas. Petugas PAS tidak meminta upah dan belas kasihan, cuma mereka minta kejujuran, perkhidmatan dan santunan sahaja. Ahli PAS ikhlas, mereka hanya mendengar arahan dan wala' daripada pimpinan. Ingat! doa ahli marhain PAS yang ikhlas, insyAllah mustajab.

Rasa-rasanya, semua orang tahu, yang dimaksudkan oleh Idris Ahmad adalah bekas Menteri Besar Perak yang masih meroyan dan masih tidak dapat melupakan detik-detik indah dia bergelar Menteri Besar Perak iaitu Nizar Jamaluddin yang merupakan ADUN Changkat Jering.


Tuesday, January 31, 2017

IDRIS AHMAD SINDIR 'MENTERI PROPAGANDA' MAHATHIR, INSAF SELEPAS DEDAK UMNO SUDAH TIDAK DIBERI!!!



Apabila membaca tulisan A. Kadir Jasin bertajuk "Umno-Pas: Siapa Goda Siapa Atau Asmara Dana?", maka fahamlah saya penulis seorang yang anti Pas sejak daripada muda hingga tua. Baguslah beliau sudah insaf bahawa buruknya Umno. Parti yang beliau dokong dan pemimpin yang beliau menjadi pengampu dan penangkis kepada kebobrokan pemimpin Umno semasa beliau berkuasa di media Umno dahulu. Insaf itu pun setelah dedak sudah tidak diberi. Cuba tanya pula berapa kekayaan yang beliau pungut waktu menjadi penulis upahan Umno suatu ketika dahulu.

Tulisan beliau mengenai politik Kelantan pun agak pelik, mana peranan Dr Mahathir sewaktu krisis politik di Kelantan. Mungkin Datuk Mustafa Ali boleh memberi jawapannya, kerana beliau antara tokoh yang masih hidup, ketika Pas bersama BN dan terlibat secara langsung dalam krisis tersebut. Apakah Datuk lupa bahawa Dr Mahathir merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno. Samada Datuk lupa atau buat-buat lupa. Datuk hanya sebut tokoh-tokoh yang sudah meninggal seperti Tun Hussein Onn, Jaafar Albar, Datuk Harun Idris tetapi Datuk sepatah pun tidak sebut nama Tun Dr Mahathir. Mungkin terlalu banyak makan sagon atau dedak kot.

Tulisan Datuk yang penuh perajudis kepada Pas, membangkitkan isu RM90 juta. Sebagai seorang penulis yang hebat, kenalah baca dulu media rasmi Pas mengenai status saman Pas terhadap Sarawak Report. Mungkin itu budaya penulisan Datuk sewaktu makan dedak dengan Umno sehingga terbawa-bawa perangai tersebut walau pun tidak bersama Umno.

Tidak perlulah membuat tuduhan bahawa Pas bersama Umno. Datuk belajarlah menjadi pembangkang setelah kenyang bersama Umno. Pas sudah 65 tahun faham sepak terajang Umno. Banyak di kalangan kami tidak pernah bersama Umno. Sedangkan Datuk dan sekutu dan sewaktu dengannya pernah terlibat dengan Umno. Kami lawan Umno sewaktu Datuk  pertahan Umno melalui serangan media. Janganlah Datuk hendak samakan kami dengan perangai Datuk.

Maaflah saya tidak suka serang Datuk, kerana Datuk baru hendak belajar bertateh menjadi pembangkang.  Tetapi  apabila Datuk membuat tuduhan yang melampau kepada Pas, saya terpaksa serang. Sewaktu Datuk dengan Umno pun kami lawan Umno, inikan pula Datuk pun tidak ada kuasa tidak munasabah kami tidak berani lawan Datuk.

Datuk tidak layak bercakap soal integriti, nanti banyak pula orang akan dedahkan sewaktu Datuk menyokong Umno dahulu.

Hj Idris Hj Ahmad
Naib Presiden Pas
31/1/17


 
Blogger Templates