Pada tahun 1994, ketika kemuncak Perang Bosnia, Zoran Nikolic yang merupakan playmaker paling berkaliber dalam pasukan bolasepak Kuala Lumpur (1991-1994) telah diusir dari Malaysia hanya kerana dia berbangsa Serbia dan Serbia di bekas Yugoslavia pula membunuh serta menyembelih umat Islam Bosnia.
Malaysia telah memutuskan semua hubungan diplomatik dengan bekas Yugoslavia kecuali Bosnia-Herzegovina dan Kosovo. Malaysia menjadi pendahulu dalam mengambil tindakan ke atas Serbia walaupun tentera Malaysia tidaklah sehebat tentera Amerika Syarikat, malah Malaysia 'tidak mampu' menghantar bom-bom untuk dijatuhkan ke atas Serbia.
Bagaimanapun, usaha yang dirintis oleh Malaysia itu, akhirnya terpaksa dituruti oleh Amerika Syarikat dan NATO, yang sebelum itu cuba untuk tidak mempedulikan atau menutup berita kekejaman Serbia dan Croatia ke atas umat Islam Bosnia serta Kosovo.
Beberapa misi bantuan daripada Malaysia dengan kerjasama DYMM Sultan Brunei, akhirnya mengubah posisi perang di negara Balkan itu, dan Amerika Syarikat serta NATO yang melihat perubahan tersebut, segera masuk campur dan mencuri kredit.
BURMA atau Myanmar, sebelum ini adalah sebuah negara yang dipinggirkan oleh dunia. Jumlah dagangan antarabangsanya terlalu kecil. Pendapatan negara itu juga sangat kecil. Bagaimanapun, apabila ASEAN mula memberikan perhatian kepada Burma terutama selepas ingin mengambil hati Amerika Syarikat menerusi sokongan kepada demokrasi di negara tersebut, Myanmar mulai berubah.
Selepas pembunuhan beramai-ramai orang Islam di Arakan pada abad ke-17, atas alasan penyembelihan lembu dan sambutan Aidil Adha, 1997 sehingga kini, minoriti Rohingya menjadi subjek untuk disembelih, dibunuh, dibakar hidup-hidup mahupun digantung sampai mati oleh ektremis Buddha di Myanmar tanpa ditahan oleh sesiapa pun.
Cubaan untuk mengintegrasikan Myanmar sebagai salah sebuah negara dalam ASEAN, tidak mendatangkan hasil yang dikehendaki. Walaupun Myanmar dilihat seperti sedang berusaha untuk menjadi sebuah negara demokrasi namun pembunuhan rakyat negara itu sendiri yang terdiri daripada umat Islam, terus berlangsung dan pembersihan etnik sedang dijalankan dengan jayanya.
Lebih menarik lagi, yang banyak melarikan diri dan mengambil kesempatan menggunakan tiket UNHCR sebagai pelarian adalah rakyat Myanmar beragama Buddha. Ini adalah kerana, Myanmar hanya mengiktiraf yang beragama Buddha sahaja sebagai rakyatnya, manakala yang beragama Islam pula, dianggap bukan warganegara dan mereka hanyalah berstatus 'orang hanyut'.
Walaupun lebih hampir dengan Bangladesh dan Assam, India, pelarian dari Myanmar, lebih berminat untuk mendarat dan hidup di Malaysia. Barangkali kerana cerita-cerita daripada saudara mara mereka yang berada di Malaysia, tentang betapa mudahnya kaum Rohingya tinggal di negara ini, malah sempat pula melakukan jenayah-jenayah kejam, membuatkan lebih ramai yang mahu mencuba nasib.
Berita-berita terbaru tentang orang hanyut dari Bangladesh dan Myanmar yang sanggup berbunuhan sesama sendiri di atas bot ikan yang menuju ke Malaysia (
RUJUK SINI), cuba digunakan oleh pihak-pihak tertentu di Malaysia untuk dijadikan modal politik. Kerajaan Malaysia yang sudah pun memberikan kelonggaran kepada pelarian daripada Myanmar dan Bangladesh, dipersalahkan kerana dikatakan terlalu kejam kerana tidak memberikan bantuan sewajarnya kepada orang hanyut dari Myanmar.
Kalau ke atas Serbia, Malaysia bertindak balas dengan mengusir semua warganegara dan keturunan Serb pada tahun 1994, sudah sampai masanya untuk amalan tersebut dibuat ke atas Myanmar.
Usir semua pelarian Myanmar beragama Buddha dari negara ini untuk menerima pelarian Myanmar beragama Islam. Malaysia bukannya syurga untuk pelarian atau warga asing, sebagaimana yang dikatakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri. Justeru, Malaysia perlu menggunakan pengaruhnya untuk mengenakan tekanan ke atas pemerintah Myanmar sepertimana yang dilakukan pada tahun-tahun 1990-an ke atas beberapa buah negara kejam seperti Serbia. Hentikan semua bentuk pelaburan, kerjasama, usahaniaga mahupun pergantungan bahan mentah Myanmar kerana tekanan ekonomi akan menyebabkan Myanmar akhirnya terpaksa akur dan mula bertindak secara rasional.
Dengar-dengar, Petronas punya pelaburan di Myanmar, besar juga jumlahnya!
KECUALILAH MALAYSIA pada masa kini sudah tidak ada pengaruh lagi di peringkat antarabangsa...
ATAU...
Malaysia hanya menunggu arahan dan tindakbalas Amerika Syarikat...