IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Tuesday, November 9, 2010

SAPA CURI UBAT SAKIT OTAK NIZAR? BAGI BALIKLAH OIII!!!!

Tuesday, November 9, 2010
Nizar Jamaluddin merupakan figur yang paling mendapat perhatian kerana sikap mudah lupa dirinya serta kasih sayang yang melampau-lampau terhadap orang bukan Islam di negara ini, terutama sekali pengundi-pengundi di Perak yang dirasakan dapat menaikkannya semula ke takhta Menteri Besar negeri tersebut.

Bersama-sama beberapa orang pemimpin bukan Melayu, Nizar menyuarakan perasaan tidak puas hati apabila Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan menyenaraikan ketiadaan semangat patriotik sebagai punca mengapa bukan Melayu kurang berminat menyertai angkatan tentera.

Kata Nizar, orang bukan Melayu tak berminat menyertai angkatan tentera kerana terlalu banyak penyelewengan di dalamnya termasuklah kehilangan enjin jet. Manakala Khalid Samad, seorang lagi pesakit otak yang bergelar Ahli Parlimen berjenama PAS pula memberikan buah fikirannya bahawa orang bukan Melayu enggan menjadi anggota tentera kerana tidak mahu dipergunakan oleh UMNO. (HARAKAH DAILY)

M. Kulasegaran sebagai wakil bukan Melayu, jelas terkejut dan terkedu sehingga terpaksa melakukan penafian dengan alasan separuh masak.

Sememangnya jumlah penyertaan bukan Melayu dalam angkatan tentera, 'boleh dibilang dengan jari'. Bukan sahaja angkatan tentera, bahkan dalam polis, bomba dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan perkhidmatan kepada rakyat, penyertaan mereka sangat berkurangan.

Apa peranan ahli-ahli Parlimen serta wakil rakyat DUN bukan Melayu dalam hal ini? Hampir tidak ada, sebaliknya mereka lebih seronok menekan Melayu dengan hasrat Melayu dan kaum Bumiputera negara ini, terus menjadi kuli dan sebagai pengawal keselamatan mereka yang dibayar gaji oleh kerajaan. Minat mereka adalah buat duit, kemudian pakat lari duduk di Australia, Kanada, Amerika Syarikat dan New Zealand.

Buktinya, sehingga kini lebih daripada separuh jumlah keseluruhan mereka, masih tidak fasih berbahasa Kebangsaan meskipun negara sudah mencapai 53 tahun merdeka.

Terdesak dan bimbang kekurangan undi dan sokongan, Nizar Jamaluddin cuba mengampu dan membodek dengan mengaitkan kepincangan berkenaan dengan rasuah. Apakah bidang politik, guaman, perniagaan, dunia korporat, pembuatan, pembinaan dan sebagainya yang menjadi nadi kehidupan mereka bebas daripada rasuah? Sedangkan sebagai penerbit buku pun, ramai daripada mereka yang sanggup melobi dan mengeluarkan duit berjuta ringgit bagi mendapatkan tender dan pembekalan...

Jangan temberanglah tentang rasuah kerana pembiakan rasuah sebenarnya bermula dengan wang dan hamper penghargaan selain prinsip 'kita tolong sama tolong la, kawan'.

Kunun-kununnya suci sangatlah perjuangan Pakatan Rakyat tuh, yek? Tuihhhhhhhhhhhh!!!!

Baca juga OPERATION ISLAND SHIELD.

7 comments

DIA NI MEMANG SAH MASUK AIR!!!

Abdul Aziz Bari turut menyertai kem Anwar untuk mengecam Zaid Ibrahim. Kata Abdul Aziz Bari, Zaid Ibrahim tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan dan memberikan peluru kepada musuh, terutama kepada MUSUH DEMOKRASI untuk menembak PKR walhal Zaid Ibrahim adalah seorang yang komited dengan perjuangan dan parti.

Itu yang disiarkan oleh BLOG ANWAR IBRAHIM.

Paling menarik di dalam artikel berkenaan apabila Abdul Aziz Bari mempersoalkan, 'siapa Zaid berbanding Anwar' dan gesaan Zaid agar Anwar Ibrahim berundur dari PKR adalah sesuatu yang 'melucukan'.

Orang yang kerapkali dinobatkan sebagai PAKAR PERLEMBAGAAN ini, nampaknya berfikiran sama seperti Awang Dokkeh Kandaq Machang... yang akhirnya membuktikan bahawa kata-katanya itu tidak ubah seperti, 'Rebah Tergolek Teloq Bergoncang'. Barangkali kisah dan kelakuan Zaid Ibrahim serta Mustafa Kamil Ayub yang pernah diuar-uarkan sebagai orang harapan Anwar Ibrahim, mempunyai kaitan yang sangat kuat dengan perlembagaan. Maklumlah, sebagai PAKAR PERLEMBAGAAN, sudah tentulah Profesor masuk air ini, bercakap macam mana pun akan kona ke perlembagaan.

Hanya kerana hendak memenangkan Azmin Ali, semua ketumbukan tentera di dalam PKR dikerah untuk mempertahankan KEKASIH Anwar Ibrahim itu...

Alangkah baiknya jikalau UMNO dan PAS juga berbuat seperti Anwar Ibrahim....

1 comments

ANWAR KENA PENYAKIT BIANG LAAA... BAHAYA TUH!!!


Macam tak percaya pula apabila Anwar kata, kalau ada konsensus daripada kepimpinan PKR yang dia harus berundur, maka dia akan mematuhinya. Macam tak percaya pula, Anwar Ibrahim yang cukup terkenal dengan slogan LAWAN TETAP LAWAN, tiba-tiba sahaja mengaku akan patuh kepada suara ramai. Sejak bila pula tiba-tiba Anwar Ibrahim berubah sikap? Adakah penyengutuannya dengan PAS dan DAP telah memunculkan sifat-sifat baik di dalam dirinya?

Memang musykil apabila Anwar tiba-tiba mengubah sikap. Kalau orang kat belah utara, tindakan Anwar itu diibaratkan sebagai BUANG TEBIAT. Maknanya tak lama lagi, dia dah nak menemui ajal ler... cuma dalam keadaan Anwar Ibrahim, ajal yang dimaksudkan bukanlah yang membabitkan nyawanya kerana Anwar mempunyai ramai pengawal yang sanggup mengorbankan diri mereka untuknya.

Ajal yang dimaksudkan, sudah tentulah pembabitannya dalam PKR atau POLITIK KEMALUAN RAKYAT. Dengan sistem perundangan yang nampaknya tidak menyebelahi Anwar Ibrahim memandangkan barisan peguam mahalnya tidak pun cuba menyanggah fakta dan bukti sebaliknya sekadar untuk mencari peluang menunda kes, sehinggalah kepada pemilihan jawatan-jawatan penting di dalam PKR yang mendedahkan bagaimana Anwar sendiri menjadi petualangnya, Anwar Ibrahim seperti sedang menggamit nasib malangnya pada tahun 1998. Bezanya kali ini, dia tidak berjawatan di dalam kerajaan.

Dalam artikel MALAYSIAKINI, Anwar Ibrahim menyelar Utusan Malaysia, Dr. Asri Zainal Abidin dan Zaid Ibrahim sebagai golongan pengkomplot yang cuba membuatkan dia meletakkan jawatan dan 'berehat'. Katanya, dia hanya akan berbuat begitu apabila ada desakan rakyat.

Rakyat mana yang dimaksudkan oleh Anwar Ibrahim, hanya dia yang lebih mengetahui. Kalau dikatakan rakyat Malaysia, kenyataannya itu memang keterlaluan. Apakan tidak, dari tahun 1999 sehingga 2008, majoriti rakyat menolaknya namun dia masih tetap MENDABIK DADA di sana sini bahawa majoriti rakyat menyokongnya. Hanya kerana Pakatan Rakyat haram telah memenangi kerusi parlimen lebih daripada sepatutnya, Anwar Ibrahim membuat rumusan semudah itu.

Dan hari ini, dia mengulangi semula kisah sedihnya 12 tahun lalu.... dengan persoalan yang ditinggalkan, ANWAR DAH BERUBAH DAN BERTAUBAT? Sejak bila pula Anwar yang kalah dalam serba-serbi, tiba-tiba sahaja menang selain daripada menang dalam memecahbelahkan negara, menghuru-harakan negara ini dan melakukan pelbagai perkara yang memberikan kesan negatif kepada negara ini?

Jadah apa pula dia nak mengata yang dia tidak akan tunduk kepada ORANG YANG KALAH? Bukankah dia sendiri SENTIASA KALAH terutama dengan nafsunya?

3 comments

Demonstrasi Nak Tolong Orang Susah... Anwar Jadi Kepala!!!

Maap kalau aku trtinggal bot...


Tapi aku cuma teringat..bila dengar perbualan kawan sepejabat tadi.


Tul jugak...kenapa tidak ada usaha bantuan pada mangsa2 banjir diKedah, Perlis dll...kerana kita ni diMalaysia bila terjadinya mala petaka dinegara2 lain bukan main "grand" sekali usaha mengutip derma dan sukarelawan2 digerakkan ketempat2 sedemikian..


Mana NGO2..mana Parti2 politik..takkan turun gempur dikawasan org lain semasa pilihanraya saja!!

KJ tak brminat ke utk initiate..

Puteri UMNO ..tak berminat ke?

PKR tak berminat ke? Kerana Datuk Seri Anwar yg kebelakangan semakin kurang "seri"nya sanggup buat demostrasi ..sanggup dibelasah, sanggup kena tembak ngan air..sanggup semata2 utk "keadilan, ketelusan,"

TV3...

Baitulmal..

Tabung2 masjid..

DAP..
GERAKAN..
MCA...


Tapi kini utk rakyat yg sedang dilanda mala petaka..kesusahan..tak de sapa berminat ke?


Banjir dengor semakin pulih..banyak belanja nak pakai ni, nak repair infra2 yg rosak..nak baik pulih rumah..baikpulih tanaman dan penternakan..

Nak cover balik segala yg hilang dan rosak...

Nak pulihkan kembali kehidupan...


Pada mereka yg terlibat..askar2, pasukan keselamatan, badan2 NGO, badan2 parti politik dll yg dah turun padang, begitu juga yg telah membantu dari segi material dan wang...semoga Allah swt balaskan kebaikan2 sedara dan sedari..didunia dan diakhirat!!


Melegakan/melapangkan sedara Islam lain yg dalam kesusahan..satu amalan yg dipuji dan disukai oleh Allah swt.


-aa

2 comments

KADANG-KADANG ZAID IBRAHIM INI PAK LAWAK JUGAK ORANGNYA....

Anwar dan Azmin disarankan agar keluar dari PKR kerana menjadi punca kepada kekacauan di dalam PKR. Itu yang disarankan oleh Zaid Ibrahim dan Mustafa Kamil Ayub.

Barangkali Zaid Ibrahim sudah terlupa, PKR diwujudkan untuk Anwar dan Azmin Ali adalah sebahagian daripada legasi Anwar yang perlu dipertahankan. Biarpun sewaktu Keadilan ditubuhkan dahulu, Azmin Ali bukanlah nama penting dan lebih bersifat menyorok di celah kelengkang Anwar dan bergantung di ketiak Wan Azizah, namun hakikatnya PKR ditubuhkan untuk Anwar dan Azmin!

Siapa Zaid Ibrahim yang hendak menghalau Anwar dan Azmin keluar dari PKR? Tanpa Azmin dan Anwar di dalam PKR, parti tersebut ibarat rumah tidak bertiang dan berbumbung. Secara tidak langsung, retorik Zaid Ibrahim lebih bersifat drama yang agak keterlaluan untuk ditayangkan kepada umum.

Walau apa pun telefilem yang sedang mereka arahkan dengan menggunakan PKR, sudah ramai yang meluat dengan parti tersebut. Ramai yang mentertawakan Anwar dan barisan kepimpinannya. Ramai yang tergelak-gelak dengan retorik kosong yang kerap dilaung-laungkannya dan kini apabila tiba pembuktian, PKR menjadi terlalu kelam-kabut. Sedangkan kemelut tersebut sekadar pemilihan pucuk pimpinan semata-mata, bukannya sedang membuat keputusan penting tentang pentadbiran negara.

Sememangnya cerita lawak Zaid Ibrahim dan Mustafa Kamil Ayub sudah cukup untuk menggambarkan betapa terdesaknya PKR untuk mendapatkan sokongan dan perhatian yang kian hilang.

2 comments

Rupa-Rupanya Anwar Tak Boleh Mengemut Lagi

Anwar, sering dirundung malang... apa lah salah dia? Dia seorg yg warak, murid pada ulamak2 besar didalam negara dan diluar negara.. Dia seorg pejuang Islam..

Mengapa beliau sering difitnah..dia tak bersalah. Dia ikhlas berjuang utk agama, dan negara ( bangsa tak diperjuangkan, sori ye!!)
Telus perjuangannya..dia umpama Mahatma Gandhi, dia umpama Mandela..Dia umpama dewa turun dari kayangan!!

Pakah benar ramai yg "gerun" ngannya sptmana pemujanya Kamal Sanusi kaborkan??

Mungkin kerana kebenarannya..keadilan yg diperjuangkannya..kewarakannya..ketelusannya maka dia digeruni..lalu difitnah lagi dan lagi..
Mulanya ia difitnah oleh Tun M setelah berkonspirasi ngan ratusan org dari rakyat biasa sehingga kepangkat2 besar...Anwar dituduh menyalah gunakan kuasa..

Anwar menyalah gunakan kuasa..ishhh kejam sungguh fitnah yg dilemparkan!! Mahkamah yg telah dibeli oleh UMNO dan yg dikuasai oleh Tun M telah sabitkan Anwar bersalah dan ia telah dipenjara...adusssss, hati2 mereka spt Kamal Sanusi bagaikan dihiris2.. Abang Anwar oooo abang Anwar...mengapakah mereka terlalu zalim!!!!

zalimnya mereka, tidak brpuas hati ngan hukuman sedemikian, lagi difitnahnya abang Kamal Sanusi ni telah melakukan jenayah LIWAT...pehhh sekelian pemuja2 Anwar bagaikan diledakkan bom atom..mereka lalu meratap menangis dijalanan..

Mengapakah Anwar dirundung malang... Mengapakah ia diseksa...mengapa ia dizalimi lagi dan lagi..

Tidak cukup ia difitnah...matanya pula dilebamkan...JAHATNYA mereka ini!!! apa yg digerunkan sangat akan Anwar ni..dia seorg yg warak, dia seorg yg telus, dia seorg pejuang keadilan...

Bagi pemuja2nya..spt Kamal Sanusi..Anwar umpama ambiya'as yg diuji ngan sebegitu rupa kerana perjuangannya suci murni..biasalah para ambiya'..

Anwar juga telah disuntik ngan virus HIV, disuntik ngan arsenik..dikatakan juga dalam makanannya dan minumannya dikandungi arsenik..malah dinding2 penjaranya telah dicatkan ngan cat yg mengandungi racun arsenik..dia didera gitu teruk sekali sehingga ada alami sakit teruk pada tulang belakangnya dan tengkuknya...ishhh zalim betul!! Pemuja2nya meratap-ratap dijalanan..pendekar2nya berjuang dijalanan sana dan sini..KEADILAN UTK ANWAR!!!!

Tapi sptmana para ambiya', para ulamak2 trdahulu..pertolongan Allah swt sangat hampir!! Beliau telah selamat dan sihat wal afiat..tiada siapa leh mudharatkan sesapa tanpa izinNya!!! beliau kemudian dibebaskan..dan tuduhan2 keatasnya yakni fitnah2 yg lain telah digugurkan..

Tapi..dulu musuh2nya..kini rakan2nya, pejuang2nya, pendekar2nya pula yg fitnahkan dia..malah pembancuh tehnya juga..Candra Muzaffar, Ezam, Zahrain...kemudian si Saiful..

Lagi...Anwar dizalimi...mereka cemburu padanya, cemburu pada kejayaan yg bakal diraihnya yakni sebagai PM MALAYSIA..

Tidak tu saja..kini ramai pula dari partinya sendiri..yg Presidennya ialah isterinya, dia pula PENAUNGnya...telah tuduh dia macam2..ishhh KENAPA NAK FITNAH lagi ni..apa yg tak puas hati!! APa yg dengki sangat ni...kononnya dia telah manipulasi pemilihan parti..dia adalah "tangan2 ghaib" malah ada yg kabor bukan ghaib lagi malah terang2an..

Mereka ni semua tak faham...apa yg Anwar faham akan keadilan, ketelusan, dan perjuangan..
..ADIL..brlaku adil pada lelaki dan pompuan...ehem...sama adil sama rasa..sama rata..
..TELUS...telussssssssssssss je masuk.
..PERJUANGAN...pertahankan "ADIL" dan "TELUS", inilah perjuangan!!!!

Wahai rakan dan taulan, wahai pejuang2 keadilan, fahamilah..hentikanlah fitnah anda!!

Wahai Kamal Sanusi..dimanakah kamu..hanya kamu yg memahami akan Anwar!!

-aa

7 comments

KEMPEN SELAMATKAN AIDC

Sumber: Panglima Perang Cyber

kenapa AIDC perlu diselamatkan dan penting kepada perjuangan membela Agama Bangsa Tanah Air ini ?


Baca tulisan berikut :

1.Youtube AIDC adalah youtube pro-kerajaan yg paling ramai dikunjungi.

2.Sejak April 18, 2008 sehingga kini sebanyak 2,911,798 kali video AIDC diview oleh penonoton. Angka ini tidak dpt dicapai oleh video2 pro kerajaan melainkan AIDC sahaja.

3.Dengan subcribers seramai 570 orang ini telah mmbuatkan video ini terus sampai ke masyarakat kampung yg ada capaian internet. Ini telah membuatkan masyarakat terbuka pintu mata dan hati sehingga masyarakat mengetahui kebenaran yg sejelas2nya.

4.Dengan mencapai lebih kurang 654 video tentang pendedahan siapakah sebenarnya Anwar Ibrahim telah menyebabkan Malaysia terselamat kerana rakyat telah berubah undi utk tidak sokong PKR yg diterajui Anwar.

5.Melalui video ini, rakyat yang menganggap kes liwat Anwar sebagai FITNAH telah mengubah paradigma tersebut kepada Anwar HAKIKATNYA seorang Peliwat. Bahaya untuk negara Islam.

Melihat kepada fakta di atas, rela kah kita AIDC terus mati? terus terkubur? terus hancur? Ayuh semua rakyat Malaysia yg cintakan kebenaran mari sama2 kita bantu AIDC melalui pelbagai usaha !!!!

2 comments

KUMAN DI SEBERANG BOLEH DILIHAT, SALAH NIK AZIZ BUAT-BUAT TAK NAMPAK...

Alahai... kesiannya PAS. Sudah pelbagai alasan yang diberikan mengapa mereka kalah di Galas namun mereka langsung tidak menyebut tentang bab tanah, perampasan tanah adat dan tanah rayau, pengabaian ke atas masyarakat Asli serta penggadaian tanah kepada orang asing bagi tujuan mengaut keuntungan di Galas.

Setelah KDYMM Sultan Kelantan sendiri menyalahkan Kerajaan PAS Kelantan kerana menggonjengkan tanah di Lojing dan Gua Musang kerana keuntungan besar yang diperolehi, mereka masih berusaha untuk menutup kesalahan bersebut dengan menyalahkan UMNO apabila kalah dalam perebutan kerusi DUN Galas.

Imej PAS Kelantan benar-benar tercemar di Galas. Gambar Nik Abdul Aziz yang memberi 'sadaqah' atau 'zakat' ketika majlis mengislamkan tiga orang Asli, menjadi senjata yang cukup ampuh sekalipun para penyokong PAS berpendapat pihak yang menggunakan gambar tersebut untuk memalukan Nik Abdul Aziz adalah golongan jahil agama.

Hakikatnya, PAS memang ditolak secara total di Galas. Apatah lagi kebanyakan masyarakat Asli cukup mengingati bagaimana gemulah ADUN Galas dari PAS, Chek Hashim Sulaima terlibat secara langsung dalam perampasan tanah yang sudah turun temurun menjadi hak Orang Asli.

Di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Abdul Fatah Mahmood, salah seorang Exco negeri cuba menggambarkan kekalahan PAS di kalangan masyarakat Asli adalah kerana taktik jahat yang digunakan oleh UMNO iaitu mengadakan karaoke, berdisko selain menjamu masyarakat tersebut dengan arak sedangkan pada ketika yang sama, PAS cuba mengislamkan mereka.

“Kita membawa ustaz untuk mengajar mengenai agama kepada Orang Asli di penempatan mereka. Namun dalam masa yang sama Umno menganjurkan karaoke dan disko.

”Ini menggambarkan di satu ketika kerajaan bimbang gejala sosial begitu parah sekarang, dan dalam masa yang sama menganjur pula program menjurus kepada keruntuhan akhlak,” katanya menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman (PAS-Kemuning). (MALAYSIAKINI)

Betapa terdesaknya PAS Kelantan untuk tidak mengakui kekalahan mereka dengan mewujudkan tuduhan sebegitu. Mungkin beranggapan kebanyakan rakyat Malaysia tidak membaca berita selain daripada apa yang disediakan oleh Malaysiakini, Malaysian Insider, Harakah Daily, Harakah dan Suara Keadilan Online, kata-kata seperti itu didendangkan agar air muka terjaga.

Tuduhan yang langsung tidak berbukti itu, pastinya akan digunakan dan dipanjangkan oleh jentera-jentera penerangan mereka dalam memperlekehkan kemenangan UMNO. Biarpun menjenamakan diri mereka sebagai Gerakan Islam, hakikatnya PAS sangat sukar bermuhasabah dan mengkaji semula kelemahan mereka yang sebenar, selain daripada bergantung kepada alasan-alasan remeh seperti itu.

Malanglah nasib ahli-ahli PAS yang setia dan yang mengharapkan kematangan sebenar parti tersebut untuk meneruskan perjuangan mewujudkan sebuah negara Islam.

4 comments

CACING KERAWIT DAH NAIK KE MATA....

Mustafa Kamil Ayub juga sudah berkira-kira hendak menarik diri daripada bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR biarpun sehingga kini masih lagi bermain tarik tali seolah-olah sedang menunggu 'sesuatu yang besar' untuk rundingan.

Penarikan dan perletakan jawatan Zaid Ibrahim telah menyebabkan kredibiliti barisan kepimpinan PKR runtuh sama sekali. Belang, kohong, nanah, kudis dan kayap Anwar Ibrahim serta kecenderungannya untuk mengoperasikan PKR mengikut hawa nafsunya, bukan sahaja diketawakan oleh musuh politik sebaliknya turut dikecam oleh para penyokong sendiri.

Kini kebanyakan mata tertumpu kepada Mustafa Kamil Ayub yang sebenarnya tidak mempunyai peluang langsung untuk memenangi jawatan itu sekalipun ianya dilakukan secara adil dan kertas-kertas undi 'tidak dijual secara berleluasa'.

Usaha menutup kohong oleh sebilangan pemimpin PKR terutama oleh Anwar Ibrahim, sudah tidak berjaya lagi. Pusinglah cakap ikut mana sekalipun, yang sohehnya, semua orang tahu, ini adalah permainan Anwar untuk memastikan kemenangan Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden PKR. Dengan kata lain, segala janji dan ikrar untuk mewujudkan sebuah keadaan telus, demokrasi dan mengikut suara ramai di negara ini, tidak ubah hanyalah sebuah retorik atau skrip drama semata-mata. Hakikatnya, Anwar Ibrahim tidak pernah berkeinginan dan bercita-cita untuk berbuat begitu kerana dia lebih memikirkan tentang dirinya sendiri.

Manakala Azmin Ali yang dipertanggungjawab dengan KEKOHONGAN yang berlaku dalam PKR kini, memilih jalan untuk mempromosikan dirinya di samping menampilkan dirinya yang naif. Katanya, dia tidak berada dalam keadaan yang membolehkan dia membuat keputusan. Namun semua orang tahu, betapa powernya Azmin Ali, terutama menerusi HUBUNGAN KASIHNYA dengan Anwar Ibrahim, terutama selepas SKANDAL UNDI TELEFON yang didedahkan selepas pendedahan Haris Ibrahim tentang 'kertas undi yang dijual'.

Penarikan diri Mustafa Kamil Ayub akan mewujudkan kesan domino dan keranapan PKR dijangka lebih cepat berlaku. Difahamkan Mustafa Kamil Ayub akan menghantar memorandum kepada Presiden 'Tak Berkuasa' PKR, Wan Azizah Wan Ismail. Dan selepas penghantaran memorandum tersebut, dia akan membuat sidang media.

Setakat ini, hanya Zaid Ibrahim dan Mustafa Kamil Ayub sahaja yang BEGITU KISAH dengan penyelewengan undian, manakala calon-calon Naib Presiden yang bertanding, masih lagi menutup mulut, meskipun Nurul Izzah Anwar pernah cuba membangkitkan isu ini tetapi kemudian menutup mulutnya secara tiba-tiba.

Seluruh 'PEMINAT' Anwar Ibrahim dan PKR sedang menanti perkembangan selanjutnya....

0 comments

Bila YUKAZZIBU BIDDIN Menyamar Sebagai Ulama

Satu masa dulu, para penyokong2 dan pencinta agama begitu bersungguh memertabatkan para ulamak..

"ulamak waris ambiya","ulamak ialah mereka yg bertaqwa disisiNya","ulamak ialah dari kalangan mereka yg mulia disisiNya","ulamak umpama penjaga pada agama","ulamak2 ialah tulang belakang ummat"..macam2 perkataan kita didendangkan ..ada yg bersumber dari AQ dan hadis, ada dari perkataan alim ulamak..dan seterusnya..ummat dituntut utk muliakan para ulamak...

Benar!!!

Ramai juga dari kalangan org2 beragama menampakkan kesedihan dan kerisauan mereka apabila melihat kelakuan ummat yg tidak begitu pedulikan para ulamak malah mengagung2kan para artis....sehingga perkataan "idola" mula didendangkan..

"Idola" perkataan Inggeris dimelayukan. Perkataan asalnya "IDOL"..
Dalam terjemahan kalimah tauhid..Worship no idols except Allah ..There is no idols except Allah swt..
Mudah2an perkataan ni usahlah digunakan lagi..jadikan sipolan sebagai idola, jadikan ulamak sebagai idola, jadikan nabi saw sebagai idola..
Walaupun apa yg dimaksudkan ialah sebagai tanda sanjungan, ikutan, pujaan, sumber inspirasi, teladan..tapi usahlah disebut2kan..kerana kekhuatiran kedudukan perkataan "idols" tu sendiri. Maklum ler terjemahan kekadang berubah2 ikut kefahaman memasing2..jalan selamat, tinggalkanlah perkataan "idola' pada mana2 makhluk hatta nabi saw sendiri.
________
Aku juga trfikir..kenapa para ulamak membiarkan penyokong2nya brsungguh2 kempen memuliakan ulamak, memahsyurkan para ulamak, menjulang2 para ulamak,menyanjung para ulamak..aku khuatir ia leh melampaui batas2nya.
Aku trfikir..apakah para ulamak "desperate" dan perlu sangatkah mereka akan sanjungan, pujian, kedudukan istimewa dari kalangan ummat..dan mahu setaraf ngan para2 artis Islam dan kapir?
Apakah para ulamak rasa sedih, rasa tertekan, rasa terhina..kerana tak dimuliakan spt mana para2 artis?

Sesungguhnya kedudukan ulamak dan artis2 dalam masyarakat ada kedudukannya masing2..tidak ada dikalangan ummat ni yg sibuk ngan artis2 mereka dan kemudian memandang sepi dan hina para2 ulamak..ulamak ada tempatnya yg khusus dalam hati2 ummat ini.

Malu lah sedikit ngan Allah swt..kemulian yg dikurniakan oleh Allah swt dalam mewarisi harta warisan para ambiya' dan ilmu2 nubuwah tu satu kemuliaan yg sangat tinggi dan mulia sekali..jadi usahlah tertanya2, terminta2, berharap2 kemuliaan dari makhluk pula..Jgn lah tuntutan "hak" yg telah digazetkan pada para ulamak ni dari ummat.."Earn it"..do not "Ask for it". Kemuliaan ulamak ialah kerana budi pekerti dan akhlak2nya..Allah swt puji nabi saw dalam AQ bukan kerana ilmunya tapi kerana akhlaknya.

Yakinlah..jika para ulamak ni benar2 bertaqwa kepada Allah swt..sekelian makhluk dilangit dan dibumi akan ditundukkan oleh Allah swt hanya ngan senyuman ulamak tu sahaja..malah renungan dan pandangan ulamak2 ni cukup menggentarkan hati2 manusia. Kata2nya melembutkan dan mencairkan hati2 yg keras..ibarat hujan yg lebat menimpa hati2 yg kering ketandusan air.. Jadilah spt mana pewaris2 mereka..yg sentiasa berkata " Cukuplah Allah swt bagiku"..dan tiadalah apa2 aku ni, melainkan hanya manusia yg lemah..

usahlah dibandingkan ngan para artis, ahli2 politik, ahli2 korporat..kerana kedudukan ulamak tidak layak utk dibandingkan ngan mana2 bidang profesion..usahlah kita menghina para ulamak kita sedemikian rupa.

Memuliakan ulamak pula bukannya gantungkan gambarnya..pada bontot keta, pada motor, pada dinding rumah, dan merata dinding..sesetengah ulamak melarang keras jika gambar mereka diambil..cuba mengelak sebarang sesi fotografi..cuba mengelak dari segala punca membawa kepada kemahsyuran!!
Maklum ler ulamak pun manusia..ada hati..ada perasaan..ada kote..bila datangnya ujian2 kemahsyuran ramai yg tersungkur!! Kemahsyuran, harta benda, wanita, pangkat dan kedudukan..satu fitnah dan maksiat yg tidak nampak dan tidak sakit serta samar2. Berbanding ngan zina, arak, judi-ianya jelas.

Org yg tak pernah minum arak..baru seteguk, mabuknya berhari2 malah gelagatnya sungguh memalukan (over sikit)..berbanding ngan mereka yg hari2 minum arak!!

Muliakan ulamak kita ngan pelihara mereka dari terjerumus dalam lembah2 ujian seboleh2nya..muliakan ulamak kita ngan berusaha patuhi nasihat2nya..muliakan ulamak2 ngan sertai majlis2 ilmunya..bukan memuliakan ngan cium tangannya dan melemparkan segala pujian dan wang ringgit semata2..lebih2 lagi pujian yg berlebih2 sehingga mereka-reka citer2 yg bukan2..

Jgn hinakan ulamak kita ngan wang dan harta benda..jgn hinakan ulamak kita ngan pangkat dan kedudukan yg leh menjatuhkan mertabatnya..

Ulamak ibarat kitab AQ..bukan utk dijadikan hiasan, bukan dijadikan lapik bantal, bukan dijadikan utk jual beli yakni meraih keuntungan perniagaan, bukan dijadikan "mascot" pilihanraya yg diusung kehulu kehilir utk meraih simpati dan undi, bukan dijadikan "gambar2" cetakan pada kain rentang, poster2, T'shirt2, button menonjolkan kesyahduan dan kewarakan semata2 utk keuntungan dunia.

Letakkanlah ulamak pada tempat sewajarnya..dan para ulamak sungguh2 lah jaga kemuliaan yg telah dikurniakan oleh Allah swt agar tidak dinodai dan diliwati oleh manusia2 yg rakus, gelojoh, dan rosak akhlak2nya...elakkan berada dalam majlis2 mereka, pakatan2 mereka, mainan2 mereka..sentiasa bersama2 ngan org2 yg miskin, spt mana pewaris mereka yg sentiasa berusaha hidup secara miskin, dan brdoa agar hidup brsama2 org2 yg miskin dan dibangkitkan bersama2 org2 yg miskin..

Anak2 bermain tahi..usahlah hinakan diri atas nama hikmah dan sahsiah serta atas nama agama, sama2 main tahi, sama2 sapu menyapu tahi kemuka masing2 dan keatas kepala masing2..tapi ambillah anak2 ini, bersihkan mereka ngan penuh kasih sayang, kerana Allah swt..dan bukannya mencaci, maki hamun, dan memberi kutukan dsb...
ummat pada para ulamak umpama ibu dan anak2nya..ada yg degil, ada yg taat, ada yg tak perkara, ada yg nakal..tapi kasih sayang ibu pada anak2nya tidak berkurangan pun, tetap pada matanya mereka ni anak2nya.

satu igauan yg ngeri..

-aa

0 comments

Ulama Bukan Setakat Pandai Lilit Serban Macam Nik Ajis...

Mahfumnya..Allah swt dahulukan kasih sayangNya dari kemurkaanNya..

Umum ketahui..Allah swt ciptakan syurgaNya utk mereka yg hargai dan brsyukur ngan kasih sayangNya. Disediakan bidadari yg cantik rupawan tiada berperi2nya utk melayani mereka, istana2 dan mahligai2 yg indah2 utk tinggal didalamnya..

Umum ketahui..Allah swt puji manusia sebagai sebaik2 ciptaanNya.

Umum ketahui..Allah swt perintahkan jin dan malaikat sujud kepada Bapa sekelian manusia yakni Adam as..

Umum ketahui..atas kasih sayangNya, Allah swt utuskan para2 ambiya'Nya as.

Umum ketahui ..atas sifat kasih sayangNya, Allah swt sedia ampunkan dan sediakan keampunan yg sangat luas keatas manusia walaupun dosa2nya meliputi langit dan bumi.

Umum ketahui..sekelian malaikat bertugas dan dikerahkan utk pastikan segala keperluan hidup tiap satu manusia..


Umum juga mengetahui sekelian ambiya' as dibesarkan dan disempurnakan sifat kasih sayangNya..

Umum mengetahui ..bahwa para ambiya' as tidak menuntut apa2 pulangan semada sokongan, pujian, harta benda, darjat pangkat dan kedudukan dari ummat manusia.

Umum mengetahui para ambiya' tidak diutus utk bina negara atau kerajaan..


Umum mengetahui..Ibrahim as tidak berebut kuasa ngan Namrud..apabila Namrud dan sekelian tenteranya musnah, Ibrahim as tidak tuntut tampuk pemerintahan Namrud malah terus berjuang menyampaikan perintah2 Allah swt..terus brusaha membimbing manusia kejalan yg lurus..


Umum mengetahui..Musa as tidak berebut kuasa ngan Firaun..apabila Firaun dan tentera2nya telah musnah..tidak pula Musa as menuntut kerusi pemerintahan Mesir yg mana dia sebelum ini dikenali sebagai "prince of Egypt"..malah baginda as terus menerus brusaha membimbing kaumnya kepada jakan yg lurus..


Begitulah sekelian ambiya'..


Nabi saw sendiri tidak juga berebut kuasa pemerintahan Mekah dari Abu Lahab, Abu Jahal, atau Abu Sufian..malah umum mengetahui..apabila baginda saw ditawarkan kedudukan pangkat kuasa utk memerintah Mekah, kahwini mana2 pompuan yg baginda saw berkenan, atau pun kekayaan penduduk Mekah..semuanya ditolak mentah2 oleh baginda saw.


Umum juga ketahui apabila Mekah ditakluki..sedikit kekayaan tidak dituntut oleh baginda saw begitu juga kuasa pemerintahan Mekah walaupun umum ketahui bahwa baginda saw adalah cucu kepada Abd Mutalib, anak sedara pada Abu Talib yg mana adalah pembesar2 Arab Quraish..malah ketika tu peluang baginya terbuka luas!!!


Fitnah apakah yg telah dilemparkan kepada ambiya'2 ini...........fitnah apa yg nak dilagukan keatas pengorbanan para ambiya' as yg suci murni dan penuh keikhlasan dan ketaatan...tak berasa malukah?


Wahai yg ngaku sebagai ulamak pewaris ambiya'..dan yg agung2kan ulamak2 ini sebagai pewaris ambiya'..bandingkanlah ciri2 mereka ngan mereka yg diwarisinya..


aku tulis.."umumnya"..bermaksud org Islam yg biasa pun tahu, jadi jika yg ngaku bahwa dia adalah ahli dalam agama, tak tahu..mmm tak tahu ler nak dikata..mudah2an bukanlah dari golongan munafik atau pendusta agama.


PAS tak perlu dibubarkan..tak perlu keluar dari parti..cuma kembalilah pada agama spt mana kehendak agama tu sendiri. Sesungguhnya rahmat Allah swt sangat hampir pada mereka yg brpesan2 ngan hak, brpesan2 ngan sabar...usahlah disemai kebencian sesama makhluk khususnya sesama Islam. Dalam mengamalkan agama, kesabaran adalah satu tuntutan. Hilangnya kesabaran akan melondehkan kecantikan dan kemurnian agama tu sendiri walaupun tidak tertanggal serban dan jubah, tidak akan tergugur sehelai pun dari janggut..


Amalkan agama sambil memeliharanya...


-aa

1 comments

BERDOALAH, IANYA CUMA FITNAH JAHAT UMNO SEMATA-MATA!!!!

Benarkah Exco Kesihatan, Hal Ehwal NGO, Sains Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr. Ismail Salleh bertindak kejam seperti yang didakwa? Atau adakah ianya satu lagi bentuk fitnah yang dibuat untuk meruntuhkan kredibilitinya sebagai seorang Exco? Apatah lagi Kerajaan PAS Kedah dikecam hebat gara-gara sikap lepas tangan dan kemudian cuba menyalahkan pihak lain untuk menutup kesalahan dan kelekaan mereka.

Dikatakan Exco tersebut (atau orang-orangnya) telah menghulurkan bantuan berupa makanan di sebuah tempat perpindahan. Bagaimanapun, apabila mengetahui kebanyakan orang yang berlindung di tempat tersebut merupakan ahli UMNO, Exco terbabit (atau orang-orangnya) telah merampas kembali makanan yang telah diberikan, meskipun menyedari merkea yang berlindung di tempat berkenaan sedang kelaparan.

Kita mengharapkan berita berkenaan tidak benar, memandangkan Exco tersebut adalah seorang Melayu yang sudah tentu beragama Islam, tambahan pula dia menganggotai dan mewakili Parti Islam Se-Malaysia. Masakan seorang Islam sanggup melakukan perbuatan kejam seperti itu terhadap saudara seagamanya sendiri sekalipun berlainan mazhab, sedangkan Islam sendiri mengajar agar bertimbang rasa walaupun terhadap musuh yang berada dalam tawanan.

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dari BLOG ANAK SEBERANG yang turut menyiarkan video pengakuan mangsa terbabit.

1 comments

LAKI SAPA LA NIH.... BODOH NAK MAMPUS!!!

Apabila seorang Cina seperti Idham Lim yang berkahwin dengan seorang Melayu kemudian cuba mengulas tentang adat budaya orang Melayu yang pada pandangannya adalah khurafat sekaligus memberikan mileage kepada parti politik yang disertainya, sesungguhnya ia amat malang bagi ahli-ahli parti yang dianggotainya.

Idham Lim menyertai gelombang kutukan untuk Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Perak yang sebelum itu telah menyertai satu majlis menaikkan tiang seri bagi membina perumahan untuk golongan kurang upaya. Majlis menaikkan tiang seri, suatu masa dahulu merupakan antara upacara paling penting dalam adat Melayu yang turut diiringi dengan pelbagai ritual yang sudah tentu menyalahi syara'. Dan perkara yang menjadi asas kepada perdebatannya adalah TEPUNG TAWAR. (BLOG CINA ISLAM)

Memang benar, sebarang upacara khurafat sewajarnya tidak wujud lagi pada zaman ilmu pengetahuan yang semakin mudah diperolehi sekarang ini. Namun pada masa yang sama, sebarang adat yang pada mulanya didapati menyalahi syara' tetapi kemudian setelah melalui pengubahsuaian dan pengadaptasian, sewajarnya hukum khurafat dan syirik tidaklah terlalu mudah untuk dijatuhkan lagi.

Barangkali memikirkan bahawa hujah berkenaan sahaja tidak boleh MAKAN HUJAH lawan, ADUN Titi Serong itu cuba menggunakan hujah yang sangat popular iaitu Nabi Muhammad s.a.w dan para Sahabat r.a tidak melakukannya. Secara tidak langsung, perbuatan Zambry Abdul Kadir sekalipun tidak jatuh syirik kerana khurafat, maka hujah berkenaan dianggap dapat memberikan pukulan maut dan mempromosikan PAS sebagai penjaga sunnah.

Adakah adat minum teh yang bangga diwarisi daripada nenek moyangnya merupakan perbuatan Nabi s.a.w dan para Sahabat r.a? Bukankah adat minum dan memberi minum teh yang merupakan budaya Cina, Korea dan Jepun turut mengandungi unsur-unsur dan falsafah Buddishme serta Zen? Tidakkah kalau ditanggap secara mudah, budaya minum teh juga khurafat sifatnya?

Tentu sahaja tidak, memandangkan adat yang diwarisi oleh Idham Lim tentunya telah menyingkirkan unsur-unsur serta falsafah Buddhism Zen berkenaan. Begitu juga dengan upacara menepung tawar dan menaikkan tiang seri rumah. Kebanyakan daripada unsur-unsur khurafatnya telah pun dibuang dan ianya tidak lebih daripada sekadar meraikan majlis.

Apabila Idham Lim cuba membuktikan adat budaya seperti menepung tawar itu adalah khurafat, apakah Idham Lim berani berterus-terang bahawa adat pertabalan KDYMM Yang Dipertuan Agong serta raja-raja Melayu yang lain sebagai khurafat dan wajar ditinggalkan kerana wujud unsur-unsur tepung tawar terhadap peralatan diraja? Adakah adat-adat seperti pengurniaan bintang dan darjah kebesaran juga tidak wajar diadakan dengan alasan Rasulullah s.a.w dan para Sahabat r.a tidak melakukannya?

Terlebih malang lagi apabila hukum agama bersandarkan kepada pendapat ORANG BANDAR, bukannya berdasarkan daripada nas-nas qati'e. Terlebih-lebih malang apabila dengan bermotifkan politik kuasa, hukum-hakam Islam disempitkan dan dijumudkan dengan harapan ianya boleh memberikan kelebihan kepada puak yang disokong.

Dalam satu riwayat, Nabi s.a.w telah meminta Syaidatina Aisyah r.a menyediakan satu kumpulan penyanyi dalam sebuah majlis perkahwinan kerana golongan Ansar sangat menggemari nyanyian. Sedangkan adat budaya Quraisy lebih kepada puisi dan sajak. Ada tolak ansur di situ dan teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w bahawa selagi adat itu tidak menyalahi syara', maka ia diharuskan. Dengan kata lain, selagi adat yang ingin dijalankan itu tidak menyalahi akidah, maka ia boleh diteruskan.

Dalam hal Zambry Abdul Kadir, tidak terdapat langsung bukti yang menunjukkan adat yang dilakukannya, menyeru jembalang, puaka, jin tanah mahupun makhluk lain untuk memberi perlindungan. Bahkan tiada juga jampi serapah sebaliknya doa yang dibaca adalah doa biasa yang meminta dan memohon kepada Allah Taala akan keselamatan dan memudahkan segala urusan selain keselamatan seluruh muslimin dan muslimat.





Kecenderungan golongan seperti Idham Lim dan para pengikut PAS totok yang jahil dalam pelbagai bab kecuali menjadi burung kakatua dan tiong untuk melabelkan pelbagai adat Melayu sebagai perbuatan khurafat sebenarnya mencerminkan tanggapan mereka terhadap orang Melayu itu sendiri. Sekalipun beragama Islam, Idham Lim terlalu berprasangka yang orang Melayu ini masih bodoh, jahil dan lebih mempertahankan perkara-perkara khurafat berbanding hukum agama.

Kalau ditanya mengapa Cina Islam sepertinya masih lagi meneruskan beberapa adat bangsanya yang telah diubahsuai agar tidak menyalahi syara', tahu pula dia memberikan jawapan sekalipun akan berputar belit seperti dalam kes TERHANGGUK-HANGGUK DAN TERBONGKOK-BONGKOK DI HADAPAN KERANDA DAN GAMBAR TEOH BENG HOCK, ataupun TERLIBAT SECARA LANGSUNG DALAM UPACARA MEMASANG LILIN sebagai simbol berkabung, bersedih atau bersimpati mengikut ajaran Khatolik. Sedangkan adat-adat tersebut secara jelas, dilarang di dalam Islam bahkan dikhuatiri orang yang menghadiri serta menjayakannya tergelincir akidah mereka kerana Nabi s.a.w telah pun menunjukkan teladan untuk upacara kematian orang bukan Islam sebagai panduan hukum.

Sekali lagi, PAS membuktikan bahawa mereka sanggup memutarbelitkan hukum agama agar mendapat perhatian dan sokongan daripada kaum jahil yang menjadi sebahagian besar penyokong mereka. Mereka tidak akan berani berterus-terang tentang hukum agama, sebaliknya mereka akan tetap mengamalkan budaya ambil sekerat dan buang sekerat.

Dalam bahasa mudahnya, mereka bercakap benar, tetapi pada masa yang sama, cakap benar mereka itu adalah pendustaan besar yang melindungi kebenaran total.

2 comments

Monday, November 8, 2010

YEAAAHHHH... TONCET ANAK KARPAL BERKUTU!!!!

Monday, November 8, 2010
DAP Pulau Pinang menerusi suara anak lelaki Karpal Singh yang menjadi ADUN Datuk Keramat telah mencadangkan agar Bahasa Inggeris dijadikan bahasa kedua di Pulau Pinang. Dia memberikan alasan, Bahasa Inggeris adalah lingua-franca terpenting dunia.

Apa sebenarnya motif peguam yang menjadi ahli politik ini? Apakah usaha-usaha Singapura menghapuskan Melayu, Bahasa Melayu dan agama orang Melayu ingin diteruskan di Pulau Pinang pula? Biarpun DAP adalah anak didik PAP Singapura dan matlamat asal penubuhan DAP adalah untuk membawa Singapura masuk ke dalam Malaysia semula, hakikatnya apa yang ingin dilakukan oleh DAP sebenarnya sangat merbahaya.

Ulasan BLOG PENGHUNI GUA tentang hal ini, sememangnya sangat tepat dan wajar diperhalusi oleh golongan yang bersungguh-sungguh ingin memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan selain kedaulatannya tidak diganggu gugat oleh golongan seperti Jagdeep Singh Deo dan DAP secara keseluruhannya.

Mungkin sekali imbas, kita akan dapati Jagdeep Singh Deo bagaikan seorang ahli politik yang sangat tulus-mulus yang mengambil berat tentang masalah negara. Hakikatnya, Jagdeep Singh Deo hanyalah salah seorang daripada leftenan-leftenan entiti yang ingin menghapuskan keseluruhan teras dan struktur negara ini iaitu MELAYU.

Agak aneh, kelompok seperti Jagdeep Singh Deo ini, tidak pula menjadi rakyat negara lain yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Singapura pastinya sangat mengalu-alukan orang sepertinya. Agak aneh juga, apa perlu lagi pengiktirafan bahasa kedua diperlukan untuk bahasa selain Bahasa Melayu, walhal secara keseluruhannya, Bahasa Inggeris adalah bahasa pertama, manakala Bahasa Mandarin pula adalah bahasa kedua di negara ini. Bahasa Melayu hanya bahasa ketiga kerana dianggap 'kekampungan' dan 'tidak maju'.

Perhatikan sahaja sebarang surat menyurat membabitkan perundangan, tidakkah semua surat-surat dan perjanjian serta kontrak berkenaan ditulis dalam Bahasa Inggeris? Perhatikan juga sebarang urusan rasmi perbankan di negara ini, tidakkah kesemuanya menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium. Bahkan anda boleh tonton televisyen dan dapat mendengar sendiri Bahasa Inggeris sebagai medium utama dan kemudian Bahasa Mandarin sebagai medium kedua. Bahasa Melayu hanya digunakan untuk rancangan-rancangan yang dianggap 'kekampungan'.

Tertanya-tanya juga, ke mana sebenarnya rombongan anti-PPSMI yang mengarak keranda, yang begitu membelasah Tun Mahathir kerana mahukan Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris dengan hujah-hujah yang dianggap hanya menambahkan bulu di dalam lubang telinga. Mana dia Sasterawan Negara A.Samad Said yang berpuisi sakan sebab nak membela Bahasa Melayu dalam pembelajaran Sains dan Matematik?

DAP sudah terang-terangan untuk menghapuskan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu walaupun di mana-mana dalam kempen mereka, mereka berpura-pura menyokong Perlembagaan Malaysia. Antara kata-kata yang paling menarik ialah, DAP akan memastikan Perlembagaan Negara dan hak keistimewaan Melayu-Bumiputera akan terjaga.

Nah, dalam duk buat kempen sebegitu, muncullah Jagdeep Singh Deo untuk mendapatkan pengiktirafan ke atas Bahasa Inggeris secara bahasa kedua. Apakah selepas ini, agama Kristian, Hindu, Buddha, Jain, Qadiani, Yahudi, Bahai, Kaballah dan Shinto akan diminta untuk dijadikan sebagai agama rasmi kedua Malaysia selepas Islam?

0 comments

ANAK CINA BISUL OTAKNYA

Sumber gambar: Malaysiakini

ADUN Sekinchan yang hampir membunuh seorang pelajar Melayu ketika memandu dalam keadaan mabuk, hari ini meracau lagi. Kalau semalam, dia mengadu mengalami gegaran otak kerana ditumbuk sebanyak tiga kali oleh 30 orang PEMUDA MELAYU, hari ini gegaran otaknya semakin dahsyat dan tidak terkawal.

Ng Suee Lim telah menunjukkan mentaliti sebenarnya. Belang sebenar dan KEBENCIAN MELAMPAU ke atas orang Melayu sekalipun dia menang kerana undi Melayu telah terserlah. Dalam usaha untuk menghalalkan perbuatannya mengapi-apikan penduduk kampung di sebuah kunci air di Tanjong Karang, Ng Suee Lim menyalahkan ORANG MELAYU secara keseluruhannya kerana dia dipukul.

Dia mendakwa, dia telah ke kunci air itu kerana dijemput tetapi apabila dia sampai ke sana, dia telah dibelasah beramai-ramai. Pun begitu, hanya tiga biji tumbukan hinggap ke kepalanya mengakibatkan OTAKNYA BERGEGAR tetapi tidak pula BERSEPAI di atas ban bendang!!!

Penafian yang dibuat oleh Noh Omar semakin membuatkan dia panas hati.

"Ini adalah dunia tanpa sempadan, ADUN dan MP juga tidak ada sempadan. Sempadan yang ada hanyalah mentaliti kekampungan Noh Omar, menteri kampung yang bermentaliti kampung," katanya lagi. (MALAYSIAKINI)

Apakah yang dimaksudkannya sebagai MENTALITI KEKAMPUNGAN dan MENTERI KAMPUNG YANG BERMENTALITI KAMPUNG? Apakah Ng Suee Lim ingin mengesahkan tanggapan majoriti orang Cina terhadap Melayu sebagai BANGSA TERBODOH DI DUNIA semenjak Melayu DENGAN RELAHATI menjadi MINORITI dalam tempoh 24 jam apabila kerakyatan dianugerahkan kepada golongan imigran 2 tahun sebelum merdeka.

Perkataan 'KAMPUNG' dikaitkan dan seringkali dirujuk kepada perkataan 'BODOH', 'BAHLOL', 'JUMUD', 'USANG' dan 'BERMENTALITI RENDAH'.

Apakah sebenarnya Ng Suee Lim ingin merujukkan Noh Omar sebagai Menteri Bodoh yang bermentalitikan BAHLOL, JUMUD dan USANG kerana kehadirannya di kunci air tersebut tidak disambut dengan paluan kompang dan bunga malai? Apakah Ng Suee Lim ingin menyatakan bahawa orang Melayu yang tidak menyokong pemimpin DAP sepertinya sebagai masih terkongkong dalam kelempung yang tidak maju.

Kepada Melayu-Melayu yang mengundi Ng Suee Lim sehingga dia berjaya menang di kerusi DUN Sekinchan, berbanggalah kerana ANDA BUKAN KEKAMPUNGAN lagi. ANDA JAUH LEBIH MAJU berbanding orang UMNO!!!

3 comments

Bila Dah Kalah, Tuhan Pun Nak Dibelit... Apa Nak Jadi Dengan PAS ni?

Kemenangan BN PRK baru2 ni buat pertama kalinya bersih dari tuduhan..pengunaan pengundi2 hantu!!!


Tapi......


Kononnya ada perancangan rapi..adanya ugutan..adanya rasuah..macam2 lagi. Bab perancangan rapi tu..kena setuju kut pasal tu dah jadi kemestian bagi semua parti yg brtanding, soalnya apakah PAS dan PAKATAN tidak buat perancangan rapi atau lebih rapi!!


Takkan baru beberapa penggal..dah pakat2 nak lena kut!! Kalau BN, ye ler pasal dah bertahun2 dah -kalau lena tu padan ler..


Pasal ugutan dan rasuah atau sewaktu ngannya...mm ni kena renung kembali!!

________

Kononnya pengundi diancam, diugut, atau disogok..seolah2 gambaran diberi bahwa pengundi/rakyat tidak dapat kebebasan yg benar2 bebas utk buat keputusan..


kita imbas kembali..apakah PAS tidak menggugut, tidak mengancam, dan tidak menyogok!! apakah PAS beri kebebasan yg selesa pada pengundi2nya, pada ahli2nya, pada rakyat pada setiap masa pemilihan dilakukan..semada pilihanraya umum, kecil atau dalaman..


Ngan menggunakan faktor2 agama, akidah, dosa dan pahala, kafir dan taat, syurga dan neraka, ayat2 AQ..ianya lebih pada ugutan, paksaan, dan tiada apa2 kebebasan diberikan-tiada ruang!! Jika tidak ngundi PAS atau PAKATAN bermakna derhaka pada ulamak, derhaka pada ulamak bermakna derhaka pada nabi, dan derhaka pada nabi bermakna derhaka pada Allah swt..dan derhaka pada Allah swt bermakna neraka le kesudahannya..


Undi PAS atau PAKATAN adalah "satu hak" yg wajib dilunaskan..walaupun tidak nampak apa PAS atau PAKATAN akan beri kembali atau bakal tunaikan "hak" rakyat atau pengundi2nya..malah pengundi2nya atau ahli2nya akan terus dituntut akan hak parti (kononnya hak agama) ngan terus kena berikan sumbangan/derma dan pengorbanan..


kesusahan dan penderitaan ahli2nya, penyokong2nya, pengundi2nya tu adalah tanggungjawab UMNO atau BN..kerana tu je ler jawabannya dan tuduhan yg dilemparkan dalam setiap ceramah2 politik mereka. Malah segala bentuk gejala maksiat, kemunduran rohani dan jasmani,bala bencana, mala petaka- semua diletakkan pada bahu UMNO..


Apa tanggungjawab ulamak2 dan barisan kepempinan PAS pada ahli2nya, penyokong2nya dan umumnya sekelian rakyat negara ini????


Tuntut undi..sebagai haknya PARTI yg kononnya pejuangkan ISLAM, dan kononnya mereka adalah ulamak!! hak mereka..dan wajib dilunaskan.. brdosa jika engkar!!!


Kedudukan sebagai seorg Islam juga dipertikaikan..jika tidak ngundi PAS.

__

Golongan yg jahat dimuka bumi ni..gunakan agama utk dapatkan keuntungan dunia dari manusia utk kepentingan dirinya dan golongannya..golongan2 ini gunakan AQ dan sunnah dijadikan alas kasut mereka!!


Agama tidak digunakan utk munafaatkan sekelian manusia..tapi digunakan utk mencengkam dan memeras manusia..


Agama tidak digunakan utk baiki kehidupan ummat..tapi digunakan senjata utk menakut2kan ummat demi kepentingan dunianya!!


Aku tak salahkan pengundi2 PAS dan ahli2 PAS..kerana mereka merasa ni adalah satu pengorbanan pada agama, satu tuntutan agama dan tanda ketaatan mereka pada Allah swt dan RasulNya..ni apa yg rata2 kefahaman mereka!!


Mereka undi dan sokong PAS kerana tu adalah tuntutan agama (ikut apa yg mereka difahamkan) tapi segala kemudahan hidup dan keperluan hidup adalah tanggungjawab UMNO -sebab tu mereka marahkan UMNO dan bencikan UMNO.

Malah tanggungjawab kemakmuran ummat dan agama adalah tanggungjawab UMNO!!


Mereka undi PAS tapi tuntut habuan dari UMNO..pandai dan licik betul ulamak2 PAS berpolitik..TABIK!!!!


Nak marah PAS yg mereka undi!! nak marah PAS atas segala kemunduran agama dan kerosakan ummat!! ishhhh tak boleh hina ulamak, tak leh kutuk ulamak..tak leh kata dan maki ulamak..tak leh kata apa pun kerana mereka ni ulamak!!


Tapi sapa nak disalahkan..sapa nak dimaki..sapa nak dikutuk..sapa nak diletakkan segala dosa..sapa nak dicampakkan kedalam neraka!! Ulamak2 yg berpolitik ni pun ambil bendera UMNO, ambik gambar2 pempin2 UMNO dan berkata ini lah org2nya!!


dan ulamak2 ni ngan rasa tenang dan aman ..sujud syukur kerana merasakan telah buat kebajikan pada agama dan ummat..dan sujud syukur kerana dapat elaun2 yg lumayan kerana dah jadi YB. ( kabornya pada ahli2nya, penyokong2nya..duit gomen haram!!)


Nik Aziz akui PAS gunakan agama..dalilnya para ambiya' as dan sahabat ra pun gunakan agama!! Betul le tu..tapi maksud dan tujuan jauh menyimpang!!


Satu digunakan utk membawa manusia kearah kejayaan dunia dan akhirat..dan satu lagi gunakan agama ngan maksud memerangkap manusia, menggunakan manusia, memperkudakan manusia, memperbodohkan manusia utk keuntungan dunianya.


bezanya umpama langit dan bumi!!


Mudah2an ianya dijadikan iktibar...


-aa


4 comments

AZMIN ALI SABOTAJ ANWAR IBRAHIM....



Anwar Ibrahim sekali lagi menerima tamparan berat apabila sejumlah anak muda Permatang Pauh mengumumkan penyertaan mereka ke dalam UMNO di kawasan yang disifatkan sebagai kubu kuatnya.

Permatang Pauh yang kali terakhir dimenangi oleh PAS pada tahun 1978 melalui calonnya Mohd Zabidi Ali berjaya dirampas oleh Anwar Ibrahim pada tahun 1982 mengalahkan Mohd Zabidi yang dipertaruhkan oleh PAS dan semenjak itu kekal berada di tangannya kecuali pada tahun 1999 hingga 2008 apabila kerusi parlimen berkenaan disandang oleh isterinya, Wan Azizah Wan Ismail. Bagaimanapun, Wan Azizah melepaskan kerusi berkenaan pada November 2008 dan dalam pertandingan tiga penjuru, Anwar Ibrahim yang kembali bertanding berjaya mengalahkan calon Barisan Nasional, Arif Shah dan calon AKIM, Hanafi Mamat dengan majoriti 15, 671 undi.

Kepincangan dan masalah dalaman ketika pemilihan PKR telah membuka mata banyak pihak menyebabkan 45 orang anak muda dari Kampung Uma, Tanah Liat menyertai UMNO hari ini. (BLOG PEJUANG BANGSA)

Ekoran perletakan jawatan Zaid Ibrahim dan penarikan dirinya daripada pertandingan Timbalan Presiden PKR, akan menyebabkan lebih ramai ahli-ahli parti berkenaan mengambil keputusan untuk keluar parti.

Di sebalik usaha Anwar Ibrahim dan orang-orang kesukaannya memberi imej bahawa parti berkenaan masih mendapat perhatian ramai, berita sebegini akan menyanggah dengan sendirinya usaha-usaha menanam keyakinan Anwar dan orang-orang kesukaannya.

Ternyata, cita-cita tinggi dan keserakahan Azmin Ali telah memusnahkan parti berkenaan dari dalam. Sekaligus, kemelut ini menunjukkan pensabotaj sebenar PKR bukanlah Zaid Ibrahim dan trojan horse yang digambarkan oleh Anwar Ibrahim sebaliknya keserakahan Azmin dan sikap pilih kasih Anwar Ibrahim sendiri.

Apakah proses pemilihan yang sedang berlangsung sekarang, akan ditangguhkan sepertimana yang dituntut oleh Mustafa Kamil Ayub, seorang lagi calon Timbalan Presiden PKR yang telah dua kali membuat tuntutan serupa? Atau adakah Saifuddin Nasution masih mencari-cari jalan untuk membela Azmin Ali sekaligus memaksa kepercayaan ke atas ahli-ahli PKR bahawa proses pemilihan yang sedang dijalankan sekarang, masih mengikut lunas-lunas demokrasi sepertimana yang dilaung-laungkan?

Rasa-rasanya ramai yang sudah dapat membuat kesimpulan sendiri berdasarkan situasi semasa....

1 comments

KEPALA BERBUIH, LUBANG BUNTUT DIJOLOK....

Malu kerana mamainya terus mendapat perhatian dan dikutuk beramai-ramai oleh rakyat Malaysia, khususnya penduduk Kedah yang terlibat dalam bencana banjir, Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak cuba menempelak Muhyiddin Yassin yang dikatakannya terlewat 7 hari untuk datang ke Kedah bagi meninjau keadaan banjir sebenarnya.

OSTAT kita ni mungkin tidak sedar, kata-katanya itu hanya akan menelanjangkan lagi perangai 'TAK APA'nya yang cukup sinonim jikalau berlaku sebarang isu besar di Kedah membabitkan pentadbirannya.

Kedah bukan satu-satunya negeri yang terbabit dengan banjir. Perlis dan Kelantan turut terbabit sama. Anehnya, kedua-dua negeri tersebut tidak menghadapi kesukaran untuk menguruskan banjir dan bencana alam. Kelantan umpamanya, sama ada pada zaman pentadbiran Barisan Nasional 20 tahun lalu sehinggalah kepada pentadbiran Nik Abdul Aziz sehingga kini, tidak banyak rungutan yang timbul. Sebabnya segala keperluan untuk rakyat telah disiapsiagakan.

Tidak seperti yang berlaku di Kedah. Sewaktu banjir besar melanda Kedah pada 2006, OSTAT kita bukan lagi berkokok berceramah bersama juak-juaknya. Pandai pula mengata pentadbiran Det Khalid masa tu, tak pandai. Sana rompong, sini lompang. Kunun-kununnya kalau PAS memerintah Kedah, PAS akan dapat mengatasi masalah banjir itu dengan mudah.

Allah Taala Maha Kaya... PAS dimenangkan dalam Pilihanraya Umum Ke-12. Berseronok kerana kemenangan tersebut, satu demi satu apa yang dilaung-laungkan oleh PAS dahulu, bagaikan senjata makan tuan. Semuanya membuktikan bahawa PAS Kedah langsung tidak bertanggungjawab, tidak berkeupayaan dan tidak MEMPUNYAI OTAK WALAU SECEBIS JANGGUT UDANG PUN!.

PAS Kedah sebenarnya sudah terlalu malu dengan PENDEDAHAN yang dibuat oleh ALLAH TAALA ini. Tidak ada cara lain untuk menutup malu melainkan segera mencari jalan untuk memalukan Kerajaan Pusat. Segala kesalahan segera dipindahkan ke bahu Kerajaan Pusat dan UMNO.

Kebanyakan media yang berpihak kepada PAS dan Pakatan Rakyat cuba memutarbelitkan apa yang berlaku. Rungutan dan kemarahan rakyat Kedah terhadap kecuaian OSTAT kita dan barisan kepimpinannya, langsung tidak mendapat tempat di media-media Pakatan Rakyat. Yang disebutkan dan diuar-uarkan hanyalah lawatan sambil tersenyum yang dilakukan oleh OSTAT kita dan Mahfuz. Exco-Exco Kedah yang mengaut keuntungan besar dari GLC Kedah tetap tidak nampak muka kecuali Phahrolrazi Zawawi yang mengeluarkan kenyataan tentang peruntukan RM1 juta Kerajaan PAS Kedah dan titah Duli Tuanku agar baitulmal mengeluarkan RM500 ribu untuk mangsa-mangsa banjir.

OSTAT kita dan MB Kedah IN-THE-MAKING, Mahfuz Omar boleh mengeluarkan pelbagai kenyataan untuk mempersalahkan kerajaan pusat dan UMNO mahupun Barisan Nasional. Namun rungutan daripada pelbagai peringkat rakyat marhein, ternyata tidak menyebelahi mereka. Promosi dan apa-apa sahaja usaha meningkatkan nama PAS dan para pemimpinnya di Kedah, boleh dibuat, hakikatnya rakyat Kedah benar-benar marah terutama sekali dengan bekalan air bersih yang langsung tidak mendapat perhatian daripada pucuk pimpinan.

Semakin banyak kesalahan Kerajaan Pusat yang cuba dibuktikan oleh OSTAT kita dan Mahfuz Omar, sebanyak itu jugalah kesalahan-kesalahan berkenaan mencucuk LOBANG PUNGGUNG OSTAT KITA DAN MAHFUZ sendiri. Rakyat Kedah membandingkan nasib mereka dengan rakyat Kelantan dan Perlis yang terlibat dalam bencana banjir yang memperlihatkan kerjasama antara agensi-agensi negeri dan pusat yang tidak banyak kerenah.

"Kalau ayaq tak langgaq masuk rumah MB, sampai sudah MB duk lena lagi..."

Itulah kata-kata yang cukup sinonim dengan OSTAT kita kerana kelewatannya bertindak menangani masalah banjir serta sikap lepas tangan yang sehingga kini masih tidak diakuinya.

1 comments

KEMELUT PKR: PAS DAN DAP AKAN JADI PEMAKAN BANGKAI YANG GELOJOH!!!

Apabila krisis terbaru di dalam PKR tercetus, sebenarnya ia memberi impak dan MENERANGKAN SIAPAKAH tok dalang yang berada di belakang pementasan drama berkenaan. Biarpun tuduhan terarah kepada UMNO, hakikatnya semua orang tahu, PKR sebenarnya hanyalah bangkai yang daging reputnya direbut oleh dubuk dan burung nasar (vulture).

Sama ada Saifuddin Nasution mampu menutup atau sebaliknya kemelut berkenaan, pastinya ramai yang akan melompat untuk meninggalkan PKR. Dengan kata lain, PKR sebenarnya sudah tidak mampu bertahan lagi sebagai parti sahsiah. Biarpun Azmin Ali 'MENANG BESAR' sebagai Timbalan Presiden PKR, anggota-anggota bawahan parti yang sudah meluat sangat apa yang berlaku di puncak kepimpinan, sudah mula beralih arah.

Dalam hal ini, UMNO sebenarnya tidak mendapat sebarang keuntungan. Sebabnya, kebanyakan ahli-ahli Melayu yang keluar dari PKR hasil daripada cetusan yang dilakukan oleh Zaid Ibrahim, tidak akan berpatah balik kepada UMNO. Sebabnya, kebanyakan daripada mereka adalah hasil kumbahan dan hasil buangan daripada tong taik UMNO. Kebanyakan daripada mereka adalah golongan kecewa kerana gagal mendapat jawatan, projek mahupun golongan expired yang kegonjengang mereka sudah diketahui sangat.

Sama ada mereka kebanyakannya akan menyeberang masuk ke dalam PAS dan menebus dosa masing-masing dengan mula memakai kopiah putih dan membahasakan diri 'ana-ani-anta-antum', atau pun duduk senyap macam orang berkepala busuk, golongan ini tidak akan aktif lagi seperti ketika mereka berada di dalam PKR. Suara garit mereka juga tidak akan kedengaran kerana berada di tempat baru bererti mereka perlu tunduk kepada senior di dalam PAS yang jauh lebih tawakkal dan beristiqomah dalam melakukan sumbanglaku.

Manakala ahli-ahli PKR yang bukan Melayu pula akan meramaikan jumlah anggota DAP, apatah lagi selama ini pun kebanyakan mereka bernada suarakan DAP dalam menyuarakan apa-apa sahaja isu. Ahli-ahli yang kebanyakan merupakan bekas ahli PSRM akan membawa perubahan baru di dalam DAP yang cuba memperlihatkan parti berkenaan sebagai sebuah parti berbilang kaum meskipun pada masa yang sama, mengekalkan HUKUM WAJIB kepimpinan utama dari kalangan pemimpin berbangsa Cina.

Dan kerana itulah, krisis PKR kali ini juga akan diletakkan atas bahu UMNO untuk dipersalahkan, bagi melindungi permainan sebenar DAP dan PAS yang menjadi tok dalang. PKR semenjak dari awal lagi sudah dijangkakan, tidak akan dapat hidup lama memandangkan matlamat sebenar penubuhan parti tersebut sangat samar-samar kecuali memperjuangkan keinginan Anwar Ibrahim untuk menjadi seorang Perdana Menteri.

Hakikatnya, PAS dan DAP akan menjadi pemakan bangkai yang paling efisien dalam kemelut terbaru ini. Dan tidak lama kemudian, PAS dan DAP juga akan berhadapan dengan kemelut yang sama seperti PKR kerana wabak serakah dari kalangan ahli-ahli PKR tidak akan hilang, sebaliknya menular secara bebas serta pantas di dalam parti baru yang akan mereka sertai.

PAS sendiri sudah dapat melihat kesan pengaruh PKR di dalam parti apabila parti berkenaan jauh lebih memandang mudah akan hukum-hakam agama, termasuklah menghalalkan yang haram dan menghalalkan yang haram, terutama sekali dalam hal bersekutu dan bekerjasama dengan DAP yang diistinbathkan kepada hukum agama secara membuta tuli.

1 comments

UMNO BERJAYA BELI DAN RASUAH ZAID IBRAHIM!!!

Sememangnya Zaid Ibrahim, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, bekas calon di Hulu Selangor dan bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu berjaya menjadikan dirinya sebagai seorang yang penuh dengan kejutan, sekalipun kejutan yang dibuatnya menyakitkan hati kebanyakan pihak.

Hari ini Zaid buat kejutan lagi. Zaid umumkan tarik diri daripada pertandingan Timbalan Presiden PKR yang kelihatan sudah ada dalam genggamannya tetapi permainan kotor dari pihak yang satu lagi, menyaksikan dia berada jauh di belakang orang yang dicabarnya. Selain daripada tarik diri, Zaid juga umumkan perletakan semua jawatannya dalam PKR. Bagaimanapun, Zaid tidak pula umumkan perletakan keahliannya dan cabut keluar dari parti yang baru disertainya.

"Saya harap para peminat Anwar Ibrahim tidak lagi akan anggap saya sebagai spoiler yang menyekat perarakan mereka ke Putrajaya.Saya harap yang terbaik bagi mereka." (Malaysian Digest)

Zaid Ibrahim digambarkan sebagai gunting dalam lipatan, sebagai serigala berbulu kambing dan sebagai keris yang bermata dua apabila berhasrat dan mengumumkan untuk menjawat jawatan nombor dua dalam PKR. Walaupun sewaktu mula-mula menyertai parti tersebut, Zaid Ibrahim diberikan pelbagai gambaran yang indah-indah. Bahkan Zaid Ibrahim diperlihatkan sebagai pahlawan yang baru kembali dari medan perang dengan membawa kemenangan yang sangat besar dan bakal menjadikan PKR sebagai sebuah parti bersaiz gergasi pada masa hadapan.

Namun dari sehari ke sehari, beberapa kenyataan Zaid yang berterus-terang, terutama yang menyentuh tubuh Anwar Ibrahim mulai tidak disenangi oleh para pendokong PKR, terutama sekali geng-geng 'senior' yang banyak menyokong Azmin Ali. Apabila Zaid berada dalam persaingan jawatan Timbalan Presiden PKR, Zaid bukan sahaja membuktikan PKR sebagai sebuah parti caca-marba yang sistemnya seperti di sebuah kawasan tidak ada undang-undang, sebaliknya membuktikan parti tersebut sememangnya parti anak beranak.

Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan pernah mendakwa wujudnya Trojan Horse di dalam PKR. Kenyataannya itu dibuat sebagai sokongan moral kepada Azmin Ali yang dilihat begitu tersepit untuk menang dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden PKR. Sekalipun tidak menuding jari ke arah Zaid Ibrahim, umum dapat mengetahui dengan mudah, Trojan Horse yang dimaksudkan oleh Anwar Ibrahim itu adalah Zaid Ibrahim.

Hari ini, Zaid telah membuktikan bahawa dia wajar disyaki sebagai kuda trojan UMNO yang dihantar untuk menelanjangkan dan melondehkan PKR dari hujung rambut sampai hujung kaki. Kisah yang diceritakan oleh blogger Harris Ibrahim tentang kertas-kertas undi yang boleh dibeli, menambahkan lagi parah krisis pembohongan dan pendustaan di dalam proses pemilihan PKR yang julung-julung kali diadakan dengan sistem baru. (UREKA)

Kisah Anwar Ibrahim giat berkempen di Sabah untuk memastikan kemenangan Azmin dalam pertandingan tersebut, bukan lagi kisah dongengan dan tidak berasas. Anwar dan segala gerak kerja bagi pasukan Azmin ke Sabah bukan untuk memastikan kemenangan calon PKR di Batu Sapi sebaliknya untuk memastikan undi-undi terjamin buat Azmin. Sebabnya, Azmin tidak mempunyai kekuatan di Sabah sebaliknya Zaid mendapat sokongan yang lebih menyeluruh daripada penyokong-penyokong PKR di negeri tersebut.

Dan sememangnya proses pengundian itu sendiri sudah cukup untuk menimbulkan pelbagai syak dan wasangka. Di sebalik cerita-cerita gah tentang PKR, jumlah pengundi yang turun mengundi tidak sampai pun 12% daripada jumlah ahli-ahli PKR. Apakah itu disebabkan pemboikotan atau sebenarnya PKR tidak mempunyai ahli seramai yang mereka dakwa, sebaliknya sengaja digambarkan mendapat sokongan ramai agar jubor Anwar Ibrahim tetap kembang?

Apa-apa pun, apa yang dilakukan oleh Zaid Ibrahim pastinya akan menyebabkan satu lagi krisis besar melibatkan kepimpinan utama PKR. Cuma yang menariknya, apakah alasan yang akan diberikan oleh Saifuddin Nasution...

Zaid telah dibeli oleh UMNO... ada bukti yang mengesahkan Zaid telah berunding dengan kepimpinan utama UMNO.... Zaid memang sengaja dihantar dan dibiayai oleh UMNO untuk menjahanamkan PKR... Zaid memang dihantar untuk mengucar-ngacirkan ahli-ahli PKR.... Zaid itu, Zaid ini....

Pastinya alasan-alasan yang diberikan nanti, tetap akan diusahakan untuk menutup kohong dan nanah dalam PKR yang semakin besar dan semakin busuk...

3 comments

Sunday, November 7, 2010

KRISIS TISU TANDAS DI PULAU PINANG... KETUA MENTERI DAH MEROYAN!!!!

Sunday, November 7, 2010
Anak Apek Puaka, Lim Guan Eng yang juga merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang menggesa warga emas yang ingin memulangkan wang ehsan pemberiannya agar tidak memulangkan duit berkenaan menerusi UMNO sebaliknya menggunakan saluran Pejabat Daerah. Katanya, besar kemungkinan duit yang dikatakan dipulangkan oleh warga emas Pulau Pinang menerusi UMNO itu sebenarnya bukanlah wang ehsan, sebaliknya daripada unsur-unsur rasuah, judi dan duit haram yang lain. (HARAKAH DAILY)

Dengar tu nasihat 'ORANG PANDAI'....

Dia punya gerun bila UMNO Pulau Pinang berjaya mendedahkan tembelang pembohong dan pendustaannya, membuatkan Guan Eng cuba berhelah agar perhatian kepada UMNO kurang diberikan. Guan Eng agak bernasib baik kerana UMNO sedang disibukkan dengan pelbagai aktiviti termasuklah aktiviti banjir di Kedah.

Jadi, kesempatan ini bolehlah digunakan oleh Guan Eng untuk menutup, menudung, melindungi dan menambahkan koleksi pembohongannya selaku Ketua Menteri Pulau Pinang.

KUNUN-KUNUNNYA wang ehsan tersebut tidak perlu dipulangkan menerusi UMNO kerana kata Guan Eng, UMNO AKAN MEMPOLITIKKANNYA...

Eh, sejak bila pula Cina DAP sepertinya tidak pernah mempolitikkan apa-apa sahaja keadaan dan perkara yang mereka lakukan? Bukankah Guan Eng sentiasa mendabik dada dengan mengatakan Kerajaan Pakatan Rakyat mendahului semua perkara baik untuk rakyat, walaupun hakikatnya mereka hanya meniru dan melakukan sedikit pengubahsuaian.

Contohnya, Kerajaan Negeri Melaka bagi bantuan kepada warga tua dengan jumlah RM250 hingga RM400 sebulan, Guan Eng modified dan bagi kepada warga tua RM100 hingga RM1000 setahun...

Dan sekarang, Guan Eng pandai pulak bagi nasihat supaya orang Melayu di Pulau Pinang tidak pedulikan UMNO kerana UMNO katanya berpolitik. DAP sahaja yang tak berpolitik...

CHEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEETTTTTTTTTTTTT.....

3 comments

MANGKUK NI SAH, TAK PERNAH CABUT BULU HIDUNGNYA.... BUAT MALU TOK GUNDU JER!!!!

Sorang lagi makhluk dalam PAS yang berasakan seluruh manusia di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak ini dari spesies makan tahi dan pemakan bangkai manusia apabila pembohongan yang dilakukannya, bukan setakat menggambarkan tahap keintelektualannya, bahkan dapat menunjukkan serta membuktikan keimanan serta akidahnya kepada Allah Taala dan Nabi Muhammad s.a.w terlalu sedikit berbanding topeng yang dikenakan ke seluruh badannya, selain menganggotai parti politik berjenama Islam.

Phahrolrazi Zawawi menyalahkan pihak media kerana tidak membuat liputan bagI MENUNJUKKAN BETAPA PRIHATIN dan AKTIFNYA Kerajaan PAS Kedah membantu rakyat semenjak mula banjir melanda negeri tersebut. (HARAKAH DAILY)

Pendedahan sikap lepas tangan Kerajaan PAS Kedah kali pertama diluahkan oleh Shahrizat Abdul Jalil yang berang apabila Kerajaan PAS Kedah langsung tidak mengambil sebarang inisiatif untuk membantu rakyat sekalipun beberapa lawatan oleh Menteri Besar dan kawan-kawannya dilakukan. Bagaimanapun tindakan tersebut tidak ubah seperti pelawat zoo melawat beruk!!!

Apabila pendedahan seterusnya oleh Chor Chee Heung, Ahli Parlimen Alor Star menempelak Kerajaan PAS yang hanya mengadakan mesyuarat membincangkan masalah banjir di Kedah selepas 5 hari bencana itu melanda, melompat sakanlah para pembesar PAS Kedah terutama sekali Mahfuz Omar yang serta-merta mengumumkan bahawa Kerajaan PAS Kedah telah memperuntukkan RM300 ribu sebagai bantuan kepada rakyat negeri tersebut.

Melihat kepada bantuan yang digerakkan oleh UMNO dan Kerajaan Pusat ke Kedah, sekaligus menurunkan darjat dan populariti PAS Kedah, maka barulah berbunyi para pemimpin PAS. Perutusan KDYMM Tuanku Sultan Abdul Halim agar perbezaan fahaman politik diketepikan dan bantuan diberikan kepada seluruh rakyat Kedah yang terjejas akibat banjir, maka jentera PAS dan Pakatan Rakyat mulai menggunakan titah Duli Tuanku untuk menempelak UMNO dan Kerajaan Pusat agar pada masa yang sama dapat melindungi kelemahan dan pengabaian yang telah dilakukan oleh Kerajaan PAS Kedah.

Hari ini, Timbalan Perdana Menteri telah sampai ke Pokok Sena untuk membuat tinjauan. Phahrolrazi Zawawi segera membuat pengumuman bahawa Kerajaan PAS telah memperuntukkan hampir RM1 juta untuk mangsa banjir selain wang baitulmal berjumlah RM500 ribu.

Sikap yang ditunjukkan oleh Phahrolrazi sememangnya sudah cukup menggambarkan betapa terdesaknya PAS Kedah mencari populariti. Daripada laporan-laporan yang diterima, sememangnya rakyat Kedah yang terlibat dalam bencana banjir besar ini benar-benar marah kerana selain mereka putus bekalan makanan, mereka juga tidak memperolehi bekalan air bersih kerana operasi berkenaan langsung lambat digerakkan oleh Kerajaan PAS Kedah.

Barangkali Phahrolrazi Zawawi masih hidup pada zaman batu atau zaman kolonial sehingga langsung tidak tahu bahawa maklumat bergerak jauh lebih cepat berbanding apa yang dilaporkan oleh HARAKAH dan HARAKAH DAILY.

Banjir besar yang merupakan yang terburuk dalam 100 tahun sejarah Kedah ini, sememangnya melondehkan terus ketidakupayaan PAS Kedah mentadbir negeri. Ternyata apa yang pandai dilakukan oleh PAS Kedah ialah mencuri, merompak, menjarah dan menjahanamkan negeri.

Bantuan yang diumumkan oleh Phahrolrazi selain wang Baitulmal yang dikeluarkan atas titah perintah Duli Tuanku, pastinya menambahkan lagi BURUKNYA KELAKU puak-puak PAS di Kedah. Tidak perlu diulas panjang hal ini kerana dalam tempoh tidak sampai 72 jam, ia akan terdedah dengan sendirinya...

Sekarang pun sudah kedengaran, bantuan yang diberikan oleh Kerajaan PAS Kedah hanya memilih bendera, warna dan ketayap... tidak menyeluruh. Bahkan ramai orang PAS jauh lebih menggemari pendekatan UMNO dan Kerajaan Pusat dalam pemberian bantuan kepada rakyat Kedah....

Teruskanlah membohong, Phahrolrazi... teruskanlah memberi mimpi dan gambaran yang cantik-cantik dengan niat PAS Kedah tidak dikahak dan diludah oleh penyokong PAS sendiri!!!!

5 comments

WOI HUSAM!!! NAJIB BELUM MATI LA....

Liow Tiong Lai dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd Ismail Merican membuktikan pengumuman yang mereka buat sebelum ini apabila Perdana Menteri, Najib Abdul Razak kelihatan lebih sihat dan ceria tatkala dikunjungi oleh adik, sepupunya dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Koh Tsu Koon di Wad Kenamaan Hospital Besar Kuala Lumpur. (Gambar dari mStar Online)

Mungkin sekeping gambar sudah cukup untuk menafikan KERISAUAN dan KESUSAHANHATI Husam Musa serta para juak-juaknya tentang kesihatan Perdana Menteri Malaysia.

Sebenarnya biarpun tahap kesihatan Perdana Menteri Malaysia tidak begitu baik, namun pasaran spekulatif dan pasaran hadapan di Malaysia, langsung tidak terjejas. Sekaligus menunjukkan para pelabur sebenarnya TIDAKLAH SEBODOH seperti yang disangkakan oleh Husam Musa yang merupakan Exco Ekonomi Kelantan.

Pastinya cerita tentang kesihatan Najib Abdul Razak akan disiarkan oleh jentera penerangan kerajaan dan UMNO. Apa yang perlu dilakukan oleh Husam Musa adalah sentiasa memantau menerusi media-media yang dikuasai oleh UMNO, bukannya menunggu di Harakah, Harakah Daily, Rocket mahupun Suara Keadilan Online kerana media-media tersebut duduk di bawah tempurung dan tidak tahu bahawa di luar sana, epidemik sedang menular dan Pakatan Rakyat kian pupus dek perbuatan pemimpin mereka sendiri.

3 comments

PEMBAHAGIAN ADIL, YEK? ADIL YANG MACAM MANA TUH?

Koh Tsu Koon, Presiden GERAKAN dalam usahanya untuk menunjukkan bahawa dia adalah seorang presiden sebuah parti yang konon-kononnya berbilang kaum dan wajar dihormati, rupa-rupanya tidak boleh lari daripada stereotype politik pemimpin daripada masyarakat Cina.

Tidak mengejutkan apabila Koh Tsu Koon menggesa agar kek ekonomi di negara ini tidak lagi berasaskan kepada kaum tertentu dan Perlembagaan Negara sewajarnya melindungi semua kaum di negara ini. (MALAYSIAN INSIDER)

Cakapnya senada dengan gesaan Chua Soi Lek, Presiden MCA agar kuota 30% Bumiputera dikurangkan secara berperingkat-peringkat agar masyarakat boleh 'bersaing dalam suasana yang lebih kondusif'.

Namun baik Koh Tsu Koon, apatah lagi Chua Soi Lek tidak pula menyebut bahawa hampir 90% ekonomi negara ini dikuasai oleh orang Cina. Kuota 30% yang diperuntukkan kepada Bumiputera masih lagi jauh tersasar memandangkan segala pembekalan 'bahan mentah' masih terpaksa bergantung kepada kaum bukan Bumiputera.

Desakan kunun-kununnya kek ekonomi dibahagikan sama rata, adalah pembohongan dan pendustaan yang sangat jelas. Kek ekonomi yang hendak dibahagikan itu adalah bahagian 30% yang diperuntukkan kepada Bumiputera, manakala 70% yang telah dimiliki oleh bukan Bumiputera khususnya orang Cina, tidak boleh diusik langsung.

Atas alasan apa sekalipun, pembabitan orang bukan Bumiputera dalam sektor awam sememangnya dialu-alukan. Bahkan sehingga kini, belum ada lagi penyapuan ekonomi seperti yang dilakukan di Indonesia mahupun Fiji atau di Zimbabwe apabila kaum imigran dihalau dan harta mereka dirampas kerana jurang ekonomi yang teruk.

Paling teruk adalah pada 1969 apabila berlakunya tragedi 13 Mei. Sekalipun ketegangan tersebut berlaku akibat faktor ekonomi dan faktor menyombong megah GERAKAN, DAP dan PPP dengan bantuan Parti Komunis Malaya yang berselindung di dalam jubah Parti Buruh dan Parti Rakyat, tidak ada satu pun premis mahupun aset bukan Bumiputera di Kuala Lumpur yang dirampas!

Bagaimana orang politik seperti Koh Tsu Koon dan sekalian pemimpin bangsa Cina yang lain - sama ada dari parti komponen BN apatah lagi pembangkang seperti DAP - begitu yakin dengan pendapat mereka bahawa pembahagian ekonomi tidak adil kepada orang Cina dan peluang mereka di sektor awam tertutup rapat? Walhal apa yang berlaku adalah di sebaliknya... walhal negara ini membuka cukup banyak peluang kepada masyarakat Cina sekalipun masyarakat Cina telah mendapat bahagian dan hak Bumiputera yang dirampas oleh British dan diserahkan kepada mereka tanpa sebarang tuntutan balas atau desakan agar mereka memulangkan semula aset-aset tersebut.

Contoh terbaik adalah di Pulau Pinang apabila British merampas tanah-tanah orang Melayu serta menghalang orang Melayu dengan menaikkan 'ekor' komuniti Cina menerusi pembahagian konsesi ekonomi secara besar-besaran agar tentangan orang Melayu terhadap British berjaya diminimakan. Akibatnya sehingga kini, Pulau Pinang terus 'dimiliki' oleh komuniti tersebut dan pembabitan Bumiputera khususnya Melayu di pulau tersebut dalam bidang ekonomi, sangatlah daif sekalipun mempunyai peruntukan dalam Perlembagaan. Ditokok pula dengan sikap ahli-ahli politik Melayu yang lebih banyak bermain selamat serta memastikan tembolok mereka tidak kurang dengan dedak, sekalipun milik Melayu yang lain.

Politik pemimpin kaum Cina sangat menarik. Apabila mereka ingin melakukan desakan dan tuntutan, mereka akan mula memperkatakan tentang Artikel 152 dan Artikel 153 Perlembagaan Malaysia. Sambil menekankan bahawa Perlembagaan melindungi hak keistimewaan Melayu, mereka pada masa yang sama, membuat tuntutan yang bertentangan dengan apa yang mereka cakapkan.

Anda boleh melihat politik jenis ini menerusi cakap-cakap Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan sekalian orang besar DAP yang bermata sepet dan tak pandai berbahasa Kebangsaan selain dibantu oleh muka Melayu yang tak pernah hidup susah seperti Nurul Izzah Anwar, Anwar Ibrahim dan sekalian pengikut serta pemimpin PKR.

Sewajarnya sebelum memperkatakan tentang perkongsian yang lebih adil, apa kata seandainya Koh Tsu Koon dan rakan-rakan pemimpin Cinanya menggesa agar semua harta kekayaan kaum Cina dikongsi ramai-ramai. Mana-mana syarikat gergasi Cina yang bermula daripada perampasan British ke atas pribumi dan Bumiputera negara ini, dibubarkan dan hasilnya dibahagikan sama rata. Begitu juga dengan tanah-tanah serta bandar-bandar yang asalnya merupakan tanah-tanah Bumiputera, tanah-tanah Raja, dipulangkan semula dan golongan imigran yang mendapat terlalu banyak manfaat daripada penjajahan British ke atas negara ini suatu masa dahulu, menyerahkan kerakyatan serta warganegara agar mereka boleh berambus dari negara ini dengan seberapa segera.

Cakap-cakap Koh Tsu Koon dan sekalian ramai pemimpin Cina yang lain sekadar untuk memastikan kekayaan mereka tidak terusik. Perhatikan bagaimana mereka melakukan serangan dan tentangan beramai-ramai ke atas cadangan pembinaan Menara Warisan 100 tingkat di kawasan yang dianggap mempunyai nilai hartanah yang sangat tinggi, semata-mata kerana pemiliknya adalah PNB, bukannya Ah Chong, Ah Seng, Muthusammy atau pun Harjit Singh!!!

2 comments

NI ADA KERJA UNTUK ANDA... KALAU ANDA ISLAM DAN SAYANGKAN AGAMA LA....

Halaman Facebook ini menghina islam malah mempersendakan junjungan Rasulullah s.a.w.



Bagi pengguna Facebook yang prihatin sila protes dengan cara melaporkan kepada pihak pengurusan facebook berkenaan page ini. Harapan kita jika ramai yg membuat laporan, pihak pengurusan FB akan menutup halaman ini.

Caranya:
1: login ke akaun FB korang
2: copy dan pastekan url ni>>> http://www.facebook.com/pages/Anti-Islam/107844799251057
3: Klik di sebelah kiri dibawah sekali yg ada tulis "Report Page"
4: Pastu berikan tanda pada "Contains hate speech or attacks an individual"
5: "targets a religious group"
6:Submit


klik untuk besarkan

Copy And Paste daripada BUJANG SUSAH!!

2 comments

Saturday, November 6, 2010

KELUAR PARTI... APASAL? KECEWA ATAU GAGAL?

Saturday, November 6, 2010
Blogger terkenal, CUCU MAT KILAU yang juga merupakan calon PKR untuk DUN Kemayan, Bera, Pahang pada Pilihanraya Umum Ke-12, Mohd Shukri Jamaluddin 39, telah mengumumkan keluar parti kerana menganggap PKR telah tersasar daripada perjuangan asal.

Anda boleh baca cerita selanjutnya tentang Cucu Mat Kilau keluar PKR dari blog JUSTICE FOR ALL...

Anda juga boleh membaca sendiri luahan hati Cucu Mat Kilau di blognya, CUCUMATKILAU ONLINE

Mohd Shukri terkenal pada tahun 2004 apabila membubarkan Parti Keadilan Bahagian Paya Lebar kerana memprotes tindakan Ezam Mohd Nor yang pada ketika itu Ketua AMK memecat Lokman Nor Adam dalam satu konspirasi perebutan kuasa. Bagaimanapun apabila Lokman Nor Adam dan Ezam Mohd Nor menyertai UMNO dengan jawatan Exco Pemuda UMNO dan Senator, Mohd Shukri kembali mendaftar keahlian PKR dengan bantuan Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan sekarang.

Dia juga terkenal kerana dituduh talibarut UMNO di dalam PKR kerana pernah bertemu serta berunding dengan Menteri Besar Pahang serta Perdana Menteri Malaysia!

3 comments

DEPA DAH START BERGASAK!!!... TENGOK AJER... JANGAN CAMPUR...

Setiausaha politik Anwar Ibrahim, Abdul Rahman Yusof telah mencetuskan polemik baru menerusi laman sosial Facebook sehari selepas pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi.

Polemik yang dimaksudkan adalah, PAS dan DAP, dua buah parti sekutu PKR tidak memberikan bantuan setimpal bagi memastikan kemenangan calon PKR, Ansari Abdullah di Batu Sapi. (Malaysian Insider)

Abdul Rahman turut mengungkit, bantuan yang diberikan oleh PAS dan DAP di Batu Sapi perlu dibayar oleh PKR walhal bantuan yang diberikan oleh PKR kepada PAS di Kuala Terengganu, Bagan Pinang dan Bukit Gantang serta DAP di Sibu tidak pula dibayar oleh kedua-dua parti berkenaan sebaliknya menggunakan duit kocek sendiri.

Dengan kata lain, pusing pi balik, PKR juga yang kena keluar duit. Itu yang dimaksudkan oleh SETPOL Anwar Ibrahim ini.

Kekalahan PKR dan PAS di Batu Sapi dan Galas, menimbulkan kegemparan di dalam Pakatan Rakyat. Ketiga-tiga parti mula menuding salah sesama sendiri. Meskipun secara tidak rasmi, sebaliknya masing-masing mula merungut tentang bantuan yang tidak bersungguh-sungguh dari kalangan parti sekutu.

Meskipun Anwar Ibrahim sendiri turun berkempen di Galas, begitu juga dengan anak perempuannya, namun kempen berkenaan dilihat sekadar melepaskan batok di kaki tangga. Begitu juga dengan pasukan-pasukan berkempen DAP. DAP sebaliknya lebih bersungguh-sungguh di Batu Sapi berbanding di Galas.

Bagaimanapun, usaha yang ditunjukkan oleh PKR dan DAP tidak bersamaan dengan usaha yang dilakukan oleh PAS di mana-mana sahaja pilihanraya kecil melibatkan PKR dan DAP. Sekalipun Abdul Rahman cuba mengungkit duit yang telah dikeluarkan untuk membayar khidmat bantuan PAS, hakikatnya sepanjang PKR terbabit dalam pilihanraya kecil dan umum pada 2008, PAS telah melakukan korban yang sangat besar.

PAS bukan sahaja berkorban wang ringgit dan jentera penerangan sebaliknya turut mengarahkan anggota-anggotanya terutama dari UNIT AMAL, agar beramal untuk satu tujuan yang tidak pasti dengan berselindung di sebalik perkataan JIHAD apabila ada pilihanraya membabitkan PKR. Begitu juga apabila berlaku pilihanraya kecil di Sibu, para pemimpin PAS tidak segan silu menggadaikan maruah dan 'aset' Islam semata-mata untuk memenangi hati kaum bukan Islam sekaligus memenangkan Wong Ho Leng.

Ekspresi Abdul Rahman sebenarnya mencerminkan perasaan tidak puas hati sesetengah pihak di dalam PKR. Mungkin juga sebagai respons kepada PERASAAN BENCI dan MELUAT sebahagian besar orang PAS terhadap PKR yang kelihatan sangat mengada-ngada, berlagak pandai, berlagak banyak duit, dan berlagak sebagai tuan dalam Pakatan Rakyat sekalipun hakikatnya PKR menggunakan dan memperkudakan PAS dalam apa juga keadaan.

1 comments

OTAK ADUN SEKINCHAN BERKECAI DITUMBUK!!!!

Bayangkan anda dibelasah dan dipukul oleh 30 orang pemuda!

Pastinya anda akan dikeronyok habis-habisan dan tidak sempat ke kereta mahupun menjerit minta tolong. Bagaimanapun Ng Suee Lim, ADUN Sekinchan yang pernah melanggar seorang pelajar Melayu sehingga koma namun tidak dikenakan sebarang tindakan sehingga hari ini, mendakwa dia telah MENGALAMI GEGARAN OTAK akibat ditumbuk tiga puluh orang pemuda Melayu itu tetapi hanya berasa 'tiga tumbukan di kepala'.

Hari ini, Malaysiakini, portal berita rasmi DAP dan Pakatan Rakyat, menyiarkan berita 'malang' Ng Suee Lim dengan harapan, ADUN yang berwajah PORGY itu akan diberikan kasihan belas.

Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor dan ADUN Serdang dalam Twitter mereka turut mencari pengaruh untuk mendapatkan belas kasihan buat ADUN Sekinchan ini.


Sebelum ini, blog ini ada mengulas tentang kejadian berkenaan. (BACA DI SINI)

Noh Omar merupakan sasaran DAP dan PAS terutama di kawasan Kuala Selangor, Sekinchan dan Sabak Bernam memandangkan pengaruhnya yang sangat kuat di kawasan berkenaan. Noh Omar tidak sahaja mendapat perhatian daripada para pesawah berbangsa Cina di Sekinchan, tetapi juga para nelayan yang telah dianiayai oleh Ronnie Liu.

Dek kerana itulah, Ng Suee Lim sebagai ADUN Sekinchan diperlukan dalam sebuah 'aksi-komedi' yang dapat menggamit perasaan simpati di kalangan para pengundi PAS, PKR dan DAP di kawasan tersebut. Cubaannya untuk berdemonstrasi dan menentang arahan polis agar bersurai akhirnya makan diri. Mengharapkan orang ramai yang berkumpul akan menyebelahinya sebab dia datang 'untuk membantu mereka', akhirnya dia yang dihalau bagaikan anjing kurap.

Dan untuk menutup malu, Ng Suee Lim membesar-besarkan cerita dengan kisah OTAKNYA BERGEGAR!!!!

Pastinya ramai yang masih ingat bagaimana pembantu Ronnie Liu begitu bersungguh-sungguh berlakon patah kaki dan terpaksa ke mahkamah dengan tongkat berkaki empat dengan kaki berbalut. Cuma balutan pada kakinya agak lawak... mamat berkenaan terlupa tarik kaki seluarnya agar tidak dibalut sama....

TIGA PULUH ORANG TUMBUK, HANYA TIGA TUMBUKAN KENA KE KEPALANYA.. HEBAT BETUL ADUN SEKINCHAN INI!!!!

5 comments

Blog Archive

Labels