IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Monday, December 6, 2010

BILA ANWAR BELA DIRINYA...

Monday, December 6, 2010
Anwar menempelak Najib Abdul Razak kerana mengata-ngatanya. Kisah nepotisme dan kronisme dalam PKR yang disentuh oleh Najib Abdul Razak dalam ucapan ketika Konvensyen BN di Wisma MCA semalam, akhirnya berjaya membuka mulut Anwar Ibrahim untuk mengulas tentang hal berkenaan.

Berkata Anwar, isu 'keluarga dalam parti' tidak berbangkit memandangkan Najib juga berlatar belakangnya keluarga untuk naik dalam politik. Yang tidak disentuh oleh Anwar Ibrahim ialah, Najib Abdul Razak naik sebagai Menteri Besar pada usia 28 tahun tatkala Almarhum ayahnya, Tun Abdul Razak Dato' Hussin sudah pun tiada di dunia ini. Manakala kewujudan Hishamuddin Hussein dalam barisan kepimpinan negara pula, bukannya dilakukan oleh Najib Abdul Razak, sebaliknya pada zaman Tun Mahathir.

Mengapa pula Anwar tidak mempersoalkan tentang Khalid Samad dan Shahril Samad, yang sekalipun berlainan parti tetapi mereka kekal sebagai adik-beradik. Pemikiran Anwar Ibrahim sememangnya aneh, seaneh selera seksualnya juga!

Namun perbezaan paling ketara antara Najib Abdul Razak-Hishamuddin Hussein dengan Anwar Ibrahim and cronys ialah, Hishamuddin Hussein dilantik atas kapasiti dirinya, bukannya ditunjuk, dituding, diusik-usik sedikit sahaja mahupun ditunjukkan kepada khalayak ramai seperti Sammy Vellu menunjuk Palanivel sebagai penggantinya. Sedangkan Wan Azizah, Nurul Izzah dan Azmin Ali, kemenangan mereka di dalam pucuk pimpinan PKR kerana hubungan istimewa dengan Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim boleh berdalih macam-macam tentang kronisme dan nepotisme dalam PKR terutama yang membabitkannya, tetapi Anwar Ibrahim tidak boleh mengelak daripada hakikat, PKR sedang runtuh kerana perasaan meluat yang teramat sangat ahli-ahli parti itu dengan gelagat Anwar Ibrahim sendiri. Yang tinggal dalam PKR sekarang adalah SYAITAN-SYAITAN BISU yang mengharapkan mereka menjadi calon untuk PRU 13.

Nak tengok merudum atau berkuburnya PKR, tunggulah selepas PRU 13 terutama sekiranya PKR gagal mengekalkan kemenangan atau lebih menang berbanding PRU 12. Ketika itu, akan berbondong-bondong para PELAKON dalam PKR keluar parti dan berselerak sama ada menyertai parti baru mahupun menjadi Bebas!

2 comments

PAKATAN RAKYAT DAH MULA BERBAHAGI KERUSI... ADA KERUSI TERBANG TAK?

Para pemimpin Pakatan Rakyat sudah mula membincangkan tentang pembahagian kerusi-kerusi yang bakal parti mereka tandingi pada pilihanraya akan datang.

Secara dasarnya, kerusi bermajoriti Melayu akan diserahkan kepada PAS, manakala kerusi bermajoriti Cina pula akan diserahkan kepada DAP. Kerusi yang majoritinya bercampur-campur akan diserahkan kepada PKR. Perbincangan juga turut bersandarkan kepada persetujuan 2008 iaitu seandainya kerusi PAS, maka ia akan kekal ditandingi oleh PAS.

Perkembangan ini sangat menarik memandangkan jikalau keputusan itu direalisasikan, PKR akan kehilangan banyak kerusi yang mereka telah menangi dan bakal tandingi.

Antara kerusi berkenaan, termasuklah Parlimen Machang yang kini disandang oleh Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR, Parlimen Dungun yang ditandingi oleh Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Parlimen Kulim-Bandar Baru yang disandang oleh Zulkifli Nordin atas tiket PKR tetapi kemudian melompat parti menjadi bebas, DUN Gombak yang disandang oleh Azmin Ali sungguhpun Gombak merupakan kubu terkuat PAS di Selangor.

Sudah pasti tuntutan PAS akan membuatkan PKR yang cukup terkenal sebagai kelincahan dan magik serta tongkat ajaib mereka akan melakukan sesuatu agar mereka tetap menang dalam perebutan dengan PAS. DAP tidak akan banyak bermasalah memandangkan kerusi-kerusi yang ditandingi oleh DAP adalah kekal dan tidak banyak berubah. Kerusi-kerusi yang diserahkan oleh DAP kepada PKR pula adalah kerusi-kerusi yang dahulunya mereka sentiasa kalah!

Pilihanraya Umum Ke-13 sangat berbeza berbanding Pilihanraya Umum Ke-12. PRU12 menyaksikan kemarahan rakyat Malaysia yang membuak-buak terhadap kepincangan kepimpinan Perdana Menteri pada waktu itu iaitu Abdullah Ahmad Badawi walaupun pada 2004, kepimpinannya berjaya mengungguli Parlimen dan DUN.

PRU 13 akan menyaksikan pertarungan sebenar dengan isu-isu yang bolehlah dianggap semasa seperti kenaikan harga barang dan perkhidmatan tanpa banyak skandal dan penyelewengan kewangan seperti pada zaman Abdullah Ahmad Badawi.

Persoalannya, mampukah kepimpinan utama PAS menang dalam tuntutan mereka terhadap PKR memandangkan PKR sentiasa mendabik dada bahawa mereka adalah parti yang kuat dan diterima ramai oleh rakyat Malaysia.

Atau barangkali akan ada ahli-ahli PKR yang baling kerusi ke arah kepimpinan utama PAS memandangkan mereka SANGAT PAKAR dalam kes-kes melibatkan kerusi terbang, tumbukan, tendang terajang dan tipu-muslihat.

2 comments

AMBIK KESEMPATAN SUNGGUH CINA DAP NIH!!!

Ng Suee Lim, ADUN Sekinchan yang melanggar seorang pelajar IPT Melayu sehingga koma dan hilang ingatan, mendesar agar Khir Toyo yang telah ditahan dan dihadapkan ke mahkamah oleh SPRM agar menggugurkan saman fitnah ke atasnya.

ADUN Sekinchan ini adalah orang yang membuat pendedahan tentang salahlaku serta penyelewengan kuasa melibatkan dua lot tanah dan sebuah banglo yang akhirnya menjadi milik Khir Toyo di dalam persidangan DUN.

Ng Suee Lim juga tidak berpuas hati dengan kelewatan dan kelambatan SPRM menyediakan kertas siasatan bagi mengheret Khir Toyo ke muka pengadilan. (FREE MALAYSIA TODAY)

Kalau melibatkan pemimpin UMNO, Cina-Cina DAP seperti Ng Suee Lim bersungguh-sungguh hendak membuktikan kebenaran. Bagaimanapun, apabila melibatkan kaum sendiri, seperti Teoh Beng Hock, seboleh-boleh mungkin mereka cuba menyembunyikan pelbagai fakta termasuklah penyelewengan yang dilakukan sehingga menyebabkan kematian Teoh Beng Hock.

Pasti ramai yang masih ingat, Teoh Beng Hock adalah saksi SPRM yang kemudian ditemui mati akibat terjatuh bangunan di Wisma Masalam selesai memberi keterangan kepada SPRM serta menyerahkan komputer ribanya selain beberapa dokumen lain melibatkan para pemimpin DAP di Selangor.

Kes tersebut bagaimanapun, dibesar-besarkan oleh DAP dan kesalahan segera dituding kepada SPRM serta PDRM tanpa sedikit pun menyentuh tentang data-data dan fakta-fakta penyelewengan yang telah diserahkan oleh Teoh Beng Hock sejurus sebelum kematiannya kepada pihak berkuasa.

Malah Ng Suee Lim sendiri enggan mengaku bersalah melanggar seorang pelajar ketika memandu dalam keadaan mabuk sungguhpun beberapa orang saksi mengesahkan ADUN Sekinchan itu berbau arak sewaktu keluar dari kenderaan pacuan empat rodanya untuk melihat keadaan mangsa yang telah dilanggarnya.

Ng Suee Lim sehingga kini tidak pernah BERANI untuk memperkatakan tentang kemalangan berkenaan!

Woi Apek! Pergi mahkamah dululah... kami pun nak dengar juga fakta-fakta dan barang bukti daripada Khir Toyo. Kami pun nak dengar juga sejauh mana bukti yang kau ada untuk mendakwa Khir Toyo rasuah dan menyeleweng. Kes Khir Toyo baru sahaja dibawa ke mahkamah, belum pun lagi dibicarakan....

Yang kau takut sangat, pasai apa? Nak cover line ka?

Apa kes kau kena belasah dengan orang kampung di Tanjung Karang tu hari? Dengar-dengarnya kau berlagak macam samseng dan memperlekeh-lekehkan petani kat situ sebab depa Melayu?

2 comments

NIK ABDUL AZIZ PULAK LEPAS KHIR TOYO.. BETUL KE?

'CHIEF SITTING KERBAU PLAK KENA LEPAS NI!"

Insan yang digelarkan sebegitu rupa adalah Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tidak pula diketahui bagaimana Nik Abdul Aziz memperolehi nama gelaran Red Indian berkenaan atau siapa yang memulakannya. Perlu diketahui bahawa hukum memberikan gelaran kepada seseorang ada dua.

Seandainya gelaran itu menyakiti hati dan perasaan orang yang digelar, maka haramlah perbuatan berkenaan seperti si tempang, si juling, si juburi dan sebagainya kecuali untuk tujuan memperkenalkan kepada orang lain. Sebaliknya dibenarkan atau diharuskan memberi gelaran seandainya gelaran berkenaan tidak menimbulkan perasaan riya' dan ujub.

Ianya bersesuaian dengan perintah Allah Taala dalam Surah Al-Hujurat ayat 11 dan kata-kata Imam Al-Nawawi di dalam al-Majmuk iaitu;

Dan ulama sepakat bahawa sunat menggelarkan seseorang dengan apa yang disukainya. Antaranya seperti Abu Bakar al-Siddiq. Namanya yang sebenar adalah Abdullah bin Uthman dan gelarannya pula adalah Atiq. (Al-Majmuk 8/41)

Dikatakan bahawa Nik Abdul Aziz bakal senasib dengan Khir Toyo berhubung beberapa penyelewengan dan skandal rasuah, melibatkan menantunya dan pengurusan kewangan negeri. Juga kek hari jadi bernilai puluhan ribu ringgit selain pakej mengerjakan umrah yang ditaja oleh syarikat-syarikat dan orang yang berkepentingan.

Seelok-eloknya, semua Menteri Besar dan Ketua Menteri dihadapkan ke mahkamah oleh SPRM agar kesungguhan mereka untuk menjadi Menteri Besar dan Ketua Menteri atau lebih tepat lagi, ke kemuncak politik diketahui umum oleh rakyat Malaysia. Setidak-tidaknya, mereka tidaklah berani menuding orang itu, orang ini sedangkan pada masa yang sama, banyak tindakan mereka diperkatakan oleh rakyat jelata, biarpun sebenarnya tidak berbukti.

Apatah lagi ISA boleh digubal untuk menahan mereka yang melakukan rasuah tetapi sukar memperolehi bukti sekalipun mempunyai tanda-tanda jelas bahawa mereka adalah pengamal rasuah dan penyeleweng amanah rakyat.

Contoh terbaik, Lim Guan Eng di Pulau Pinang!!!!

2 comments

SYABAS WAJAR TERIMA TAWARAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR!!!

Kerajaan Negeri Selangor katanya dalam keadaan menang sekarang ini mengatasi SYABAS. Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin, SYABAS hanya ada dua pilihan iaitu menerima tawaran harga RM5.9 bilion untuk pembelian kepentingan SYABAS atau syarikat konsesi tersebut, menyewa peralatan dan aset Kerajaan Negeri Selangor yang digunakan oleh SYABAS selama ini secara percuma berjumlah RM10.9 bilion. (MALAYSIAKINI)

Tekanan demi tekanan terus dibuat oleh Pentadbiran PKR Selangor ke atas SYABAS dalam usaha untuk melupuskan hutang tertunggak mereka. Dan seperti biasa, 'rakyat' digunakan untuk mewajarkan tindakan tersebut.

Seharusnya Kerajaan Persekutuan sudah lama membuat keputusan agar tuntutan Kerajaan Negeri Selangor di bawah PKR ditunaikan. Selagi tidak ditunaikan, selagi itulah mereka akan terus menekan rakyat Selangor dengan penghalalan kenaikan harga air seperti yang berlaku sekarang ini.

Secara dasar, pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu kepada rakyat dan penduduk Selangor adalah sangat baik. Bahkan rata-rata, tiada sesiapa pun yang mengatakan pemberian sebegitu, sekalipun sebenarnya ia adalah salah satu bentuk rasuah, sebagai tidak baik.

Namun sasaran Pakatan Rakyat sebenarnya adalah penuh bermuslihat. Konsep yang kaya semakin kaya, yang miskin perlu terus dimiskinkan, menjadi formula utama dalam usaha pengekalan kuasa di negeri ini. Pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu bukan untuk golongan miskin dan marhein yang relatifnya mempunyai keluarga yang besar atau beberapa keluarga tinggal di dalam sebuah rumah seperti yang berlaku di Flat 'India' di Pandan Indah, tetapi lebih menguntungkan golongan pendatang asing dan keluarga kecil.

Itu jugalah kisahnya apabila Kerajaan Pusat di bawah pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi suatu ketika dahulu memberikan elektrik percuma kepada bil di bawah RM20 yang sebenarnya lebih banyak dinikmati oleh orang lain, bukannya golongan berpendapatan kecil tetapi berkeluarga besar.

Ada baiknya, tanggungjawab bekalan air dikembalikan semula kepada kerajaan negeri. Sekalipun Pakatan Rakyat lebih sibuk dengan bekalan air di Selangor kerana IA ADALAH PERNIAGAAN YANG SANGAT MENGUNTNGKAN berbanding di Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan yang turut menswastakan bekalan air bersih kepada penduduk negeri-negeri terbabit, SYABAS seharusnya akur, bukannya mula mendedahkan tentang kepincangan Khalid Ibrahim.

Justeru tindakan kementerian terbabit memberikan laluan dan keizinan secara rasmi untuk Kerajaan Negeri Selangor berunding dengan SYABAS memang kena pada masanya. Apa pula gelagat dan tindakan Pakatan Rakyat Selangor selepas mereka memperolehi SYABAS? Apakah sebuah syarikat konsesi lain akan dianugerahkan hak ke atas air menggantikan SYABAS? Atau adakah kerajaan negeri akan terpaksa menggunakan alasan peningkatan kos bagi kenaikan tarif air?

Atau seperti yang dibayang-bayangkan dan diidam-idamkan, rakyat dan seluruh penduduk Selangor akan menikmati bekalan air bersih pada kadar yang jauh lebih rendah dan bekalan yang tidak putus-putus?

Yang pastinya, kes ini tidak akan mati dalam tempoh terdekat, sebaliknya akan mengundang kepada tindakan SYABAS ke atas Kerajaan Negeri Selangor menerusi tindakan undang-undang... yang sohehnya juga, rakyat dan penduduk negeri Selangor akan tetap dikenakan tarif air yang tinggi kerana AIR ADALAH PERNIAGAAN YANG SANGAT MENGUNTUNGKAN!!!!

1 comments

Melayu Yang Berjaya Kerana Dasar DEB, Cuba Tutup Peluang Orang Lain

Ketuanan Melayu: A risky experiment
Mariam Mokhtar | Dec 6, 10 Malaysiakini
I was born Malay and was hardly conscious of my race, either at school or at home. Race hardly cropped up in conversation except when we had form-filling to do – like applying for an identity card. Religion was something sacred and the only time we’d be aware of our racial and religious differences was deciding what to wear for a wedding or whose open house to visit, during the various festivities.
Thus, the recent clamour for “ketuanan Melayu” is destructive and damaging – not just for Malaysia but more so for the Malays, the very people that the “ketuanan Melayu” concept is supposed to protect. It is wrong because “ketuanan Melayu” is a dangerous experiment in social engineering.
Our neighbours were both Chinese and Indian. As children, we studied and played with each other, even hitched lifts to school when necessary, whilst the adults shared garden produce, swopped certain special dishes for the various ‘open houses’ and practiced their own version of ‘neighbourhood watch’.
Today, the Wongs are living out their twilight years away from their children, who have now settled overseas. Their children were willing to pay for them to live in a gated community, but they refused. In gated communities, they said, people hardly know one another and lives are conducted behind high walls and electric fences. The Wongs are unwilling to trade their relative freedom for living in secure isolation.
Mrs Pillai is now a widow, living on her own. Both her son and daughter have emigrated and she is loathe to leave Malaysia. She tells me, her children saw no opportunities in Malaysia. Her daughter is particularly bitter at having to leave her mother and especially angry that she was denied a place at a local college, and denied help by a local political organisation who refused to recommend her for a study loan.
Several thousand non-Malays have left, but many Malays have also gone. Families are torn apart or wrecked by a false belief in so-called superiority. Our country has not benefited from the wasted talent.
Where’s the sense of equality and justice?
When will Malays understand that the call for “ketuanan Melayu” creates antagonism at best, and violence at worst? There is open hatred toward non-Malays. The Malays have become arrogant; and non-Malays have been forced to be compliant. But for how long? Perhaps, it is the Malay who has more need of change. Where is their sense of equality and justice?
If “ketuanan Melayu” is supposed to benefit the Malays, why are the majority of Malays poor? If politicians had genuinely wanted to help Malays, the majority of Malays would now be wealthy, after 53 years of Umno rule. But this is not the case. The majority of Malays are poor.
Former prime minister Dr Mahathir Mohamad warned that the Malays will “lose their power” if Pakatan Rakyat were to come to power. He labeled Pakatan leaders as a bunch of self-serving and racist politicians.
What “power” is he referring to? Is he referring to Umno’s potential loss? Will the loss mean no more abuse of power and enrichment of family, friends and cronies? Is he lamenting the lack of control over the media, police, judiciary and the parliamentary rights and privileges committee? Did he also mean the inability to detain those who dare speak out against injustices?
Malay extremists claim that Pakatan’s alternative call for “ketuanan rakyat” goes against the Malay rulers. However, no one objected when Mahathir clipped the wings of the royals.
Mahathir and Najib Abdul Razak have sought to suggest that Umno/BN is a caring party, but despite 1Malaysia, Malaysians probably feel less united today.
Perhaps, the Malay extremist politicians promoting “ketuanan Melayu” can rightly be called “Children of Mahathir”.
Why will the extremists not deal with the social ills that beset the Malay youth – drug abuse, abandoned babies, under-achievement, and Mat Rempit? They have been fed propaganda and expect instant rewards but soon become disillusioned. They then fall further into the trap that ‘non-Malays are robbing them of their rights’. Is it any wonder they are bitter and have little aspiration?
The same group of extremists expects other faiths to respect Islam – but they fail to reciprocate this. It is alleged that in some mosques, the sermons preach unbridled hatred.
Many loopholes and obstacles
Last Saturday, a 14-year-old girl and a 23-year-old teacher were married at a mosque in Kuala Lumpur, after a religious syariah court approved the union. The teenager said, “It has been hard trying to juggle two rôles – as a student and a wife – but I am taking it in my stride.”
Can no one else see that this is wrong? How does the state protect children from paedophilia? Has the child’s health and maturity been considered? What about her mental and maternal health, when she undergoes repeated childbearing at a young age? What about her education?
Muslim men can remarry easily. So who will support her should her marriage fail? Or if her husband leaves her for a younger woman or fails to support her when he remarries? Our syariah law and welfare system has many loopholes and obstacles. Some women claim it works against them.
Look at how Malay men perceive of their women. Despite equality in Islam, women are given short shrift. Nurul Izzah Anwar’s request for a debate with Ibrahim Ali was rejected. He called her ‘small fry’ and told her to contact the head of Wiranita, the Perkasa women’s organisation, instead. This demeaning attitude towards women is replicated in many Malay households.
When will the champions of “ketuanan Melayu” talk about success, progress, innovation, creativity, harmony, sharing and excellence instead of alluding to the “only my rights matter” mentality?
We Malays must face up to our insecurities so we can live at peace with ourselves. The non-Malay is a convenient scapegoat for our failures. We need to admit we have problems and face up to them.
Our religious leaders must make a clear stand against polygamy, paedophilia, child-snatching and intolerance of other faiths. Our Malay leaders must learn to respect other non-Malay Malaysians and treat them as equals. Only then do we have the right to ask others to respect us. We must stop the hypocrisy and madness that is called “ketuanan Melayu”.
MARIAM MOKHTAR is a non-conformist traditionalist from Perak, a bucket chemist and an armchair eco-warrior. In ‘real-speak’, this translates into that she comes from Ipoh, values change but respects culture, is a petroleum chemist and also an environmental pollution-control scientist. -dari bloq Lim

____

MARIAM mokhtar berkata bagi pihaknya..tul ler tu. Dia telah mendapat munafaat dari DEB yg kini jadi seorg professional dan fasih menulis dan brbahsa Inggeris dan mengatakan DEB telah gagal..

tapi bagaimana bagi pihak mereka dari bangsa Melayu yg masih susah? tak perlu ke mereka dapat peluang spt mana Adik Mariam perolehi? Tak perlukah mereka dibantu? mentang2 dah senang, takkan tak leh beri peluang org lain senang? mentang2 dah berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dan dah punyai keyakinan diri dan rasa dah mampu brsaing secara open..bagaimana mereka? sapa nak sediakan mereka utk jadi spt kamu? kamu ke? PAS ke? DAP ke? PKR ke? jika Saiful pun tak dapat peluang pengadilan baginya apakah kamu ingat kaum melayu yg kamu sendiri sedar masih ramai yg susah akan dapat pembelaan? Yong oiii ...


"Ketuanan Melayu"..Mariam ni faham apa mende? Jika kefahaman dalam agama masih berfikir ada yg tak "sesuai"..apa yg dia faham dari "ketuanan melayu".

Dan rasa2nya..sapa yg mula menyentuh pasal ketuanan Melayu ni, apa sakitnya dan deritanya? selama ni tak diusik pun, semua ok je? mereka yg mula dulu, kemudian nak salahkan org lain pulak..


Tapi puak2 ni biasa le, langgar perintah polis dan undang2..kemudian bila kena tindakan, maka polis disalahkan..


Bila Ibrahim Ali tak nak brdebat ngan Nurul Izzah, marah..Tapi Nik Aziz tak nak muzakarah ngan satu pendakwah bebas dahulu atas alasan yg sama, tak marah.

Jika dalam keadaan sedemikian tidak boleh berlaku adil dan terbuka..yakni mengutuk kedua2nya..sebaliknya membenarkan yg satu dan mengutuk satu lagi, bermakna MARIAM MOKHTAR bukanlah jujur dan telus.


Ketuanan melayu/ketuanan Islam..tergugatnya ketuanan melayu sama ler tergugatnya Islam..


Nabi saw brdoa semasa perang badar..mahfumnya..agar Allah swt bantu dan berikan kemenangan pada para sahabat ra, kerana kalahnya mereka bermakna luputlah Islam...


Setahu aku, org2 Melayu sangat2 jarang bebenor menyusahkan org lain...Mariam ni betul2 Melayu ke atau macam Zaid, saya pun melayu.


Org2 cina dan India rasa terancam pasal Ketuanan melayu..kah kah kah... apakah ni si Mariam ni fikir?

Adik mariam, cuba singkap kembali rentetan peristiwa 13 Mei..sapa ancam sapa?


-aa

3 comments

Pijak Ajer Kepala Melayu, Mereka Rela!!!

Buat pertama kali rasanya..parti2 sedemikian malah dari kaum Cina bagi pandangan dan pendapat dalam isu2 org2 Melayu, pandangan membantu..syabas!! keprihatinan pada org2 Melayu.


GERAKAN mencadangkan ASEB, Amanah Saham Equiti Bumiputera, utk beli balik saham2 bumiputera, menjaga kepentingan equiti Bumiputera..


di berinya gula2..kemudian dicadangkannya agar diskaun 7% harga rumah mahal dimansuhkan (>RM500,000). Kabornya dari keuntungan trsebut leh le pemaju buat umah kos rendah..


Menarik........

___________

Walaupun ianya adalah syor..pandangan je.


Bunyi rasanya macam menarik..aku rasa, ngan adanya ASEB brmakna 30% pemilikan equiti tu dapat di"istiqamah"kan dan bermakna 30% kek ekonomi tu leh ler dimansuhkan..


Mungkin aku salah faham..atau mungkin GERAKAN salah faham..atau pun mungkin sekelian rakyat M'sia salah faham..atau pun mungkin buat2 tak faham.


30% pemilikan bumiputera bukanlah semata2 pemilikan 30% equiti saham sahaja..lagi pun ianya telah dimansuhkan..yg mana tidak lagi menjadi syarat lagi pada syarikat utk penyenaraian di Bursa KL.


30% pemilikan kekayaan negara..yakni pada keseluruhannya.


Ramai mengatakan DEB gagal kerana merujuk pada satu skop DEB yg sangat sempit yakni pemilikan saham. Pemilikan saham ni hanya satu dari ribuan agenda 30% economic share ni..aku simpati gak kerana pemimpin UMNO sendiri memahami DEB tu adalah semata2 30% dalam ekuiti saham yg disenaraikan..cam mana pempin UMNO leh tak faham dan tak tahu sedangkan ianya dicetuskan oleh pempin2 UMNO yg trdahulu,...


30% dalam pemilikan ekuiti, pemilikan dalam bidang keusahawanan, tenaga2 professional, tenaga2 mahir, dalam sektor industri, pertanian, kontraktor, retails, hartanah dll..


30% share diBursa..harganya berubah2..bila harga jatuh, kemungkinan 30% dari nilainya akan susut..apakah ketika ni nak start kembali 30%...policy 30 % ikut turun naik harga pasaran le pulak.

_____

Usaha2 dalam DEB sebenarnya hampir 100% Melayu-bumiputera menikmatinya..dari pembinaan sekolah2 rendah, kebangsaan, IPTA2, kolej2, institute2, Polyteknik, ITM, MARA, UDA, RISDA, FELDA, biasiswa2, kemudahan2 infrastruktur, Lebuh2 raya, dan macam2 bentuk rupa subsidi-subsidi baja, subsidi benih, subsidi minyak diesel, subsidi perubatan, diskaun pembelian hartanah, PEWAJA, PETRONAS, PROTON, "pandang ke Timur" dll...dalam memberikan kelebihan pada Melayu -Bumiputera ni, bukan Bumiputera tetap mengaut keuntungan dan kekayaan spt biasa malah berlipat ganda!! sekelian Melayu-Bumputera sepatutnya faham dan sedar!!! Pengurniaan biasiswa hampir kepada semua pelajar2 Melayu-Bumiputera diawal 70'an, 80'an tu adalah agenda DEB..billion telah dibelanjakan!!! It's about time to pay it back!!! tul tak kapten..doktor2, prof2, jurutera2..usahawan2..


Awal tahun 70an, berapa ramai Melayu-Bumiputera yg leh memiliki kereta (biasanya kalau ada keta 2nd hand je)..berapa ramai engineer, doktor, tenaga2 mahir, loyar, kapten kapal, akauntan, dll...sekarang berapa ramai? malah melalui DEB juga Nizar leh jadi Ir, Kamarudin Jaafar kaya raya, Hj Hadi, Nik Aziz sekarang ni leh kategori kaya raya gak..tak lupa, En Kamal Sanusi..gitu juga si Saya pun Melayu, Zaid Ibrahim..MB Selangor Khalid Ibrahim..Khalid Samad..Azmin Ali dan ketua Pembangkang merangkap bekas banduan peliwat dan penyalah guna kuasa, Anwar Ibrahim dan anak beranaknya...


Adakah ngan wujudnya ASEB, dan katakan ianya berjaya kekalkan 30% ekuiti saham maka isu 30% pemilikan Bumiputera ni perlu dimansuhkan?


Mana2 negara didunia ni..native atau penduduk tempatan memang kurang agresif dalam meningkatkan taraf hidup mereka, kerana mereka fikir ni adalah negaranya berbanding ngan pendatang. Pendatang akan brtungkus lumus, guna segala peluang dan peluang "kurang agresifnya" rakyat tempatan (kurang agresif makna lebih kurangnya "pemalas") mengukuhkan kedudukan ekonomi mereka demi utk keturunan mereka..mana2 negara trmasuklah rakyat Amerika..mat salleh dan pak hitam mula kurang agresif berbanding ngan pendatang2 dari Cuba, Mexico, Cina dll..agresif mereka yakni penduduk tempatan lebih pada perasaan patriotik semata2.. penduduk Bumiputera mereka yakni dari red Indian, jika tak kerana wujudnya "pemeliharaan hak2 istimewa" sudah lama pupus ditelan zaman...


Melayu..bumiputera sama ler macam Red Indian..tanpa usaha "pemeliharaan" ini..tentu akan pupus ditelan zaman dan arus pembangunan. Generasi2 muda pendatang dari bangsa Cina, India sekarang telah mula mengikuti rentak cara hidup org2 Melayu ..kerana mula brfikir mereka ni adalah org tempatan tak seperti nenek moyang mereka yg menyedari mereka adalah pendatang!! nenek moyang org2 cina faham mereka adalah pendatang maka mereka keja siang malam tungkus lumus kumpul harta utk generasi2 akan datang..


Sekarang..Melayu-bumiputera, India dan Cina (rakyat Malaysia) dll..mula "tertekan" ngan pemilikan kekayaang dari pendatang2 generasi baru yakni dari Bangla, Pakistan,Kampuchea, Melayu Pattani, Aceh, Boyan, Pak Hitam Afrika, Arab2 dll..pendatang2 generasi baru semakin ramai membanjiri bandar2 dan kampung..Nilai 3 benar2 telah ditakluki oleh pendatang2 ini..KL, sebahagian dari bandar KL telah mula ditakluki..kedai2 kat taman2 dan kampung2 telah mulai ditakluki..pasar2 malam..


Rakyat dari bangsa Cina dan India mula menuntut keistimewaan dari kerajaan sebagaimana keistimewaan yg diberikan pada Melayu-Bumiputera kerana khuatir generasi mereka akan kehilangan tempat berteduh akibat "pendatang2" ni yg kelak mungkin akan jadi warganegara Malaysia..


tapi malangnya..org2 cina dan India rakyat malaysia ini menuntut keistimewaan ini dengan cuba memansuhkan dan merampas hak keistimewaan Melayu-Bumiputera..sepatutnya mereka minta satu peruntukan khusus hak keistimewaan utk rakyat Malaysia dari ancaman2 "pendatang alaf baru"..


Sepatutnya..jika pemilikan hartanah yg mahal utk Melayu-Bumiputera diberikan 7%, maka elok gak utk rakyat Malaysia diskaun 3-5%, dan premium (diskaun tersebut diperolehi kembali) dari pembelian dari "pendatang2 alaf baru"..bukannya membasmikan peruntukan Melayu-Bumiputera!!! (aku rasa kerajaan dah buat perkara ni-tapi kapitan2 ni tak mahu citer betapa keuntungan mereka perolehi-cuma kita leh nampak keghairahan mereka utk terus membina projek2 perumahan yg harganya melebehi RM500,000. Target mereka ialah "pendatang2 alaf baru dan investor2 asing")...cuma rakyat Malaysia cina dan india yg teringin memiliki hartanah2 yg mahal rasa perit sikit pada hal ianya adalah dari perbuatan dari kalangan mereka sendiri..menyalahkan diskaun 7% pada Melayu -Bumiputera tidak memberi apa2 faedah dan keuntungan pada rakyat Malaysia dari kalangan cina dan india..ianya lebih pada hasad dengki, "aku tak dapat beli, jgn harap korang leh beli".


pemansuhan 7 % takkan memberi laluan mudah pemilikan hartanah2 yg mahal ni pada rakyat2 malaysia berbangsa India dan Cina pun..dan bukan sebab penghalang pada mereka utk membelinya juga. Malah quota Melayu-Bumiputera ni jika tak dibeli dalam tempoh tertentu, ianya leh dijual juga pada sesapa...7 % bukannya isu.


7 % diskaun leh mengurangkan keuntungan pemaju..he he .. sendiri le mau ingat ma..

_______

GERAKAN, MCA, MIC dari pertikaikan hak2 Melayu Bumiputera dan keistimewaan..mereka perlu merangka hak2 keistimewaan rakyat Malaysia secara umumnya dalam menghadapi tekanan global dan "penjajahan pendatang2 alaf kini"..lagi maju negara ni, lagi akan berlaku penghijrahan besar2an..


Sebagaimana org2 cina dan India dihijrahkan oleh British sehingga ada yg terus bermaustatin disini..mereka dihijrahkan kerana British tak mahu penglibatan secara terus ngan rakyat tempatan yg diwaktu trsebut 100% Melayu.


Kini..disebabkan arus pembangunan..rakyat malaysia yakni pendatang satu masa dulu, Cina dan India dah tak berminat utk buat keja buruh2 kasar dan pekerja2 estet spt melayu pada masa trsebut..maka kapitan2 Melayu, kapitan2 Cina, kapitan2 India sptmana British ketika tu telah "mendatangkan" ribuan2 tenaga2 buruh murah dari India, bangla, nepal, kampuchea, Vietnam, Pakistan, Indonesia..dalam pada tu berlaku juga penghijrahan besar2an dari Cina, Hong Kong, Singapura, Taiwan, Thai, Vietnam, Aceh, Indon, Burma, pakistan, Afrika, iran, dll dalam usaha mencari rezki dan kekayaan di tanah bertuah Semenanjung Tanah Melayu!!!


Aku rasa..kewujudan pendatang2 baru ni mungkin mencecah 1/3 atau 1/2 dari jumlah penduduk Malaysia.


Pempin2 Cina dan India sedar hal ini..tapi yg masalahnya nak rampas "hak keistimewaan org2 Melayu le pulak" sepatutnya mereka berusaha mengukuhkannya..kerana kerana org2 melayu lah mereka menikmati kehidupan hari ini..org2 Melayu telah berkali2 berjuang "menjaga" mereka semasa pendudukan Jepun, Komunis-Bintang Tiga, 13 mei...ni adalah hakikatnya.. dan jgn khuatir, org2 Melayu juga akan "menjaga" mereka dari penaklukan dan pendudukan "pendatang2 alaf baru". Org melayu bukan bangsa yg tak mengenang budi..kecuali Anwar dan suku sakatnya sahaja- tu kena bagi diskaun sikit.

______

Pempin2 India dan Cina sepatutnya mengenal pasti masalah terkini..dan mencari akal bagaimana utk menghadapinya. Bukan jadikan Melayu sebagai musuh, jadikanlah melayu ni sebagai kawan.. kebanyakan melayu suka dipijak2 akan kepalanya spt Nik aziz, hj Hadi, Nizar dan Kamal sanusi..so pijak je ler!!. lagi dipijak lagi bangga dia, lebih2 lagi kalau puji sikit sebagai pemimpin berwawasan, berkarisma dan macam2..


-aa


2 comments

HADI AWANG BALUN HARAMJADAH-HARAMJADAH PAS!!!

Orang tua ni, kalau bercakap sekali dengar macam tutuh puak-puak UMNO-BN tapi bila didengar dua kali, pihak yang ditutuhnya sangat berbeza daripada persepsi umum. Begitulah apabila dia berkata, Najib Abdul Razak gelabah dengan KEKUATAN Pakatan Rakyat. (HARAKAH DAILY)

Berkata Abdul Hadi Awang, Najib Abdul Razak tidak lagi dapat menyembunyikan 'ketakutannya' terhadap perkembangan terkini Pakatan Rakyat. Sekali imbas, kedengarannya seperti Pakatan Rakyat berada dalam kekuatan yang keterlaluan dan tidak mungkin dapat dirobohkan oleh mana-mana pihak sekalipun.

Tidak mungkin Abdul Hadi Awang tidak tahu tentang merudumnya PKR yang terang-terang mengamalkan budaya kuasa di kalangan isteri, suami, anak dan 'kekasih'. Tidak mungkin juga Abdul Hadi Awang, di dalam PAS, golongan Erdogan yang lapar kuasa sedang mencari jalan mencantas, menerajang, menyepak dan membentes selain memberikan gambaran-gambaran buruk terhadap kawan separti mereka sendiri. Malah sangat tidak mustahil, Abdul Hadi Awang tidak tahu tentang kemelut di dalam DAP yang sangat meruncing sehinggakan pihak kepimpinan tertinggi parti berkenaan MELARANG mana-mana ahli dan pemimpin DAP daripada mempertikaikan sebarang kuasa Lim Anak-Beranak di dalam media, sekalipun media itu menyokong mereka.

Abdul Hadi Awang bukanlah TOLOL dan BENGONG seperti yang cuba digambarkan oleh HARAMJADAH ERDOGAN di dalam PAS. Abdul Hadi Awang juga bukan BUTA, TULI dan LUMPUH sebagaimana yang diuar-uarkan oleh HARAMJADAH-HARAMJADAH yang menentangnya di dalam PAS.

Matanya dapat melihat kepincangan dalam PAS dan PAKATAN RAKYAT. Telinganya dapat mendengar masalah yang berbangkit. Kaki dan tangannya bergerak ke tempat-tempat yang menjadi punca kemerosotan sokongan terhadap Pakatan Rakyat dan menjadi punca kebencian terhadap PAS dan perjuangan parti berkenaan.

Dek kerana itulah, Abdul Hadi Awang kerapkali mengeluarkan kenyatan yang SEAKAN-AKAN MEMBALUN BN dan UMNO tetapi sebenarnya LEBIH KENEN kepada HARAMJADAH-HARAMJADAH di dalam PAS yang cuba meruntuhkan parti tersebut dari dalam selain menempelak sikap DUSTA, PEMBOHONG dan PENGELAT pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.

Sudah ramai ahli-ahli PAS yang sedar diri dan tahu taktik sebenar para pemimpin SIALAN khususnya dari PKR dan DAP yang mempergunakan PAS untuk kepentingan mereka, tetapi kemudian menyepak, menerajang dan meludah kahak hijau ke atas PAS seperti mana yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang.

Namun geng-geng HARAMJADAH di dalam PAS terus berusaha menampilkan parti berkenaan sebagai selipar tandas dan keldai tak bertelinga yang boleh disuntut sewenang-wenangnya oleh PKR dan DAP dalam apa yang mereka gelarkan sebagai Pakatan Rakyat.

Hanya barangkali kerana Abdul Hadi Awang adalah Presiden PAS, maka cakapnya penuh kiasan, ibarat, gurindam dan seloka... sama seperti kebanyakan pemimpin-pemimpin berjenama Melayu yang lain. Barangkali kalau dia masih seperti tahun 1970-an dahulu yang merupakan rebellious, pastinya tak cukup suara HARAMJADAH-HARAMJADAH di dalam PAS yang datang selepas PAS lebih kuat, menjawab terjahan-terjahannya.

3 comments

GIMIK PRA-PILIHANRAYA UMUM KA?

Berita bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo diseret oleh pegawai-pegawai SPRM berhubung pemilikan dua lot tanah di Shah Alam yang dibeli dengan harga di bawah pasaran serta pembinaan rumah banglo ala-Bali, mendapat liputan hangat khususnya dari kalangan Pakatan Rakyat.

Mereka sepakat dan sebulat suara mengatakan, penangkapan tersebut adalah GIMIK pilihanraya semata-mata. Keyakinan penuh bahawa pilihanraya umum bakal diadakan dalam masa terdekat, menjadikan penangkapan Khir Toyo begitu setara dengan pemikiran mereka.

Persoalannya, benarkah seperti yang didakwa?

Apa perlunya kerajaan khususnya Barisan Nasional Selangor memilih jalan tidak popular untuk mendekati dan menakluki hati para pengundi? Apakah Khir Toyo senasib dengan Khairy Jamaluddin yang dianggap sebagai liabiliti sama ada kepada Barisan Nasional, apatah lagi untuk UMNO?

Tangkap salah, tak tangkap pun salah. Itu adalah dilema SPRM yang perlu difikirkan oleh rakyat Malaysia dengan waras. Perlaksanaan tanggungjawab dan amanah yang SPRM tanggung, jarang sekali diberikan perhatian, sebaliknya apa-apa sahaja tindakan SPRM dianggap sebagai 'favour' untuk Barisan Nasional.

Perkara ini akan menjadi lebih riuh-rendah apabila Khir Toyo nanti akan 'dibebaskan' selepas diambil keterangan dan prosedur yang diambilnya sewaktu pemilikan harta-harta berkenaan sah di sisi undang-undang. Dan kalau itulah yang berlaku, Pakatan Rakyat akan terus meyakinkan rakyat Selangor dan Malaysia amnya bahawa SPRM bekerja bagi pihak UMNO-BN, manakala kes-kes yang melibatkan Pakatan Rakyat yang juga dibebaskan oleh SPRM dianggap sebagai KEBENARAN HAKIKI pemimpin-pemimpin terbabit.

Sewaktu SPRM melakukan siasatan terhadap Khalid Ibrahim berhubung lembu-lembu korban yang 'didatangkan' oleh entiti tertentu bagi pihak Khalid, tidak pula teori GIMIK PILIHANRAYA dikeluarkan. Begitu juga dengan kemasukan SPRM dalam menyiasat penyelewengan beberapa buah GLC Kerajaan Negeri Selangor, termasuklah isu pasir, PKNS dan sebagainya, juga tidak dikatakan sebagai GIMIK PILIHANRAYA.

Pakatan Rakyat boleh terus menggunakan reversed-psychology dalam usaha mereka untuk mendoktrinkan sebahagian besar warga Internet. Namun rasional kepada tindakan mereka, dilihat lebih kepada keburukan Pakatan Rakyat Selangor sendiri yang selepas 3 tahun, masih lagi gagal melaksanakan sebarang janji pilihanraya, termasuklah bantuan Tabung Haji sekalipun telah mengutip nama, alamat dan nombor kad pengenalan daripada sebahagian besar rakyat Selangor yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Jangan pula terkejut selepas ini, TIBA-TIBA SAHAJA ANDA MENJADI ahli kepada mana-mana parti di dalam Pakatan Rakyat sekalipun anda tidak pernah mengisi borang atau membuat permohonan menjadi ahli. Dan jangan juga hairan mengapa jumlah ahli-ahli PKR dikatakan 400,000 orang tetapi yang turun memilih pemimpin tidak sampai pun 9.7% daripada keseluruhan ahli.

Sama ada ianya GIMIK PILIHANRAYA seperti yang dicanangkan oleh serata blog Pakatan Rakyat, atau sebaliknya, rasa-rasanya terlalu ramai rakyat Selangor yang benar-benar gembira melihat kesungguhan SPRM menahan jerung-jerung belukang yang mempergunakan nama rakyat untuk nama mereka tercatat sebagai orang terkaya dan paling berharga di negara ini.

Negara ini bebas... sesiapa sahaja yang bijak, kuat berusaha sama ada kuat berjenaka, berdusta mahupun bekerja secara halal, selagi itulah mereka terus dibenarkan membuat kekayaan dan mengumpulkan harta. Namun pada masa yang sama juga, mereka juga perlu bersedia untuk berhadapan dengan kemungkinan tindakan undang-undang sekiranya pemilikan sebarang harta dibuat secara tidak sah DAN ADANYA LAPORAN INDIVIDU-INDIVIDU TERTENTU meskipun laporan berkenaan bersifat GIMIK dan RETORIK dalam usaha meraih populariti dan pengaruh politik.

4 comments

Menara Warisan Jangan Jadi Plaza Rakyat...

Menara Warisan..sejak ia diumumkan, berbagai2 reaksi.


Ada yg setuju..ada yg tak perkara..ada yg tak berapa setuju..ada yg sangat2 tak bersetuju..dan dari berbagai2 golongan..pembangkang maupun pro kerajaan..cendiakawan..malah dari Tun M sendiri.


Pembangkang..tu perkara biasa..tiada apa pun yg setuju melainkan kenaikan elaun Ahli Majlis Parlimen atau DUN..dulu, aku bayangkan DUN2 dan MP2 dari pihak Pembangkang ni akan ambil gaji sekadarnya dan pulangkan bakinya pada rakyat-ianya tinggal bayangan je ler. Ye ler, dah jadi YB, gaya hidup tu kenalah setaraf YB2 BN..


Aku teringat..satu masa dulu, PAS beria2 maukan pempin2 yg hidupnya zuhud cam Umar AlKhattab ra..tapi bila brpeluang menjadi pempin dan berpeluang utk buktikan dan amalkan seruannya tu, mmm ..biasalah manusia!!


KLCC tu dulu..jenuh diperkatakan..perkara yg sama yakni ruang pejabat "over supply". Kos tinggi malah elok dibelanjakan pada rakyat..mmm

Tapi bila KLCC dah siap, masing2 berbangga ngan trtegaknya bangunan berkembar tersebut. Ada yg kabor KLCC tu batu nisan ...

Mungkin tul jugak..pasal tu ramai gi ziarah, maklum ler makam MAHA FIRAUN!! Firaun diMesir kecik je....

Aku pelik, AQ dan hadis mana yg mereka pelajari dan dijadikan landasan..oleh Guru Nanak ke, Hj Mat Matahari ke, Ayah Pin ke..


Putrajaya..ngan kisah mahligai air mata rakyat hebohnya ..sapa2 masih teringat zaman reformasi yakni zaman utk komuniskan rakyat tentu teringat pasal MAHLIGAI AIR MATA..malah arwah Fadhil Nor sendiri kabornya akan lelong PUTRAJAYA jika BARISAN ALTERNATIF berjaya memerintah.

Kini..setiap rakyat M'sia berbangga ngan PUTRAJAYA semada dari golongan yg tak kisah, golongan yg tak setuju..brpusu2 org datang ziarah PUTRAJAYA dari sejak ianya siap hingga hari ni. PAKATAN RAKYAT pula kini brcita2 utk duduk diPUTRAJAYA...


Manusia mudah bebenor beralih angin..kesetiaan, kepercayaan, ketaatan yg berbolak balik..


dan macam2 hal lain le jugak..kutuk2 sakan, ludah sampai keluar kahak hijau..lepas tu pakat jilat ramai2!! tanpa segan silu..walaupun pada yg berjenama agama!!


Menara Warisan..spt biasa aku tak perkara. umumnya projek tu leh rancakkan ekonomi..sapa yg dapat, maka rezeki dia le..

Menara Warisan..kabornya akan timbulkan macam2 masalah antaranya kesesakan jalanraya, ..baguslah sebenarnya masalahini khususnya pada usahawan, ia leh jadi satu keuntungan..leh hasilkan projek lain pulak..he he..

Dunia yob...apa saja masalah bila diselesaikan akan lahirkan masalah yg lain..lagi pun kita kena faham manusia tu sendiri bermasalah. Jika tidak buat apa diutusNya sampai 124,000 ambiya' as..malaikat pun dah kabor, manusia ni tiada lain keja melainkan menimbulkan huru hara dan kacau bilau je. Manusia , teringin nak tonjolkan "ketuhanannya"..

So takut apa ngan masalah..tanpa masalah tiada lah warna warni kehidupan..tanpa masalah tak de ler keja..tak da keja, tak de le masyuknya!!


Kisah..ruang pejabat, ruang kedai dsb.."oversupply"..dari dulu aku dengor benda ni..tapi takpernah pula hentinya projek2 perumahan kos tinggi, apartment kos tinggi, ruang2 pejabat, dan ruang2 kedai..tak de pula DAP bantah, aku faham nak bantah macam mana pasal yg tak henti2 bina ni ramai dari kapitan2nya.


Sesakkan je KUALA LUMPUR ni..sekarang ni pun dah ramai stress..mudah2an bertambah2 ler golongan stress ni. Semakin banyak ler ustaz2 akan buat syarikat2 motivasi..ustaz2 ni kalau dah kaya dan gemok, sihat le mereka. Lagi pun KUALA LUMPUR, tempat terkumpulnya lumpur2 dan daki2 dunia..tentu lah tidak leh tahan tsunami pembangunan dan maksiat..Kuala Lumpur sekarang ni mula di"serang" oleh pendatang2 dari benua Arab, Benua Hindustan, Benua China, Benua Afrika dan Benua Indochina..dan pendatang2 ni kelak akan tuntut hak sama rata, maklum ler cina2, india2 dan melayu2 yakni rakyat Malaysia yg ada pun kan pendatang jua..


So buat je ler...memang Nabi saw tak suka binaan2 ni..tapi tu ler akhir zaman, buat je ler. Besok lusa dah nak kiamat..ada pula yg terkilan. Dunia sementara, buat je le..sementara leh buat.


mana tahu MENARA WARISAN kelak leh jadi ofis UNITED NATION le pulak..maklum ler US tgh bermasalah. Ada desas desus...kelak disini akan jadi pusat dunia..desas desus le.


Aku bukan pakar ekonomi..dan bukan juga pakar hartanah. Tapi aku tak kisah, PNB buat je ler.

Masalah esok lusa..sama2 le fikir dan usaha kan.


Cuma jgn jadi macam PLAZA RAKYAT...


-aa

5 comments

APA SEBENARNYA MOTIF GERAKAN?

Ketua Pemuda GERAKAN, Lim Si Pin mencadangkan agar kesemua parti yang menjadi komponen di dalam Barisan Nasional dibubarkan, sebaliknya Barisan Nasional menjadi parti tunggal yang mewakili semua kaum di Malaysia bagi menggambarkan masyarakat majmuk dan progresif di negara ini.

Sekali imbas, cadangannya itu nampak sangat 'cantik' dan 'mulia'. Namun apabila diamat-amati, ternyata ianya merupakan salah satu daripada senjata yang digunakan sama ada untuk menutup kelemahan diri, mahupun untuk memantapkan lagi ugutan dan tekanan terhadap Barisan Nasional sendiri.

Umum mengetahui bahawa GERAKAN merupakan parti yang diberikan kemanjaan, perhatian dan kasih sayang yang keterlaluan oleh Barisan Nasional selepas kemasukannya ke dalam Barisan Nasional pada 1970. Biarpun bergerak sebagai antoganis di dalam Barisan Nasional dan diberikan kekuatan terutama di Pulau Pinang, GERAKAN sebenarnya tidak pernah berjaya mengembangkan pengaruh atau kekuatannya menerusi dasar parti terbuka, sebaliknya bertukar menjadi sebuah lagi parti Cina selepas MCA dan DAP.

Penglibatan kaum-kaum lain di dalam parti berkenaan, terlalu kecil malah mereka tidak pun mempunyai sebarang kuasa, termasuklah suara kuasa berbanding kaum majoriti yang terdapat di dalam parti berkenaan. Pastinya para pembaca masih ingat bagaimana seorang calon Naib Presiden berbangsa Melayu dilanyak dengan teruk dan akhirnya kalah sebelum berkempen dalam pemilihan pucuk pimpinan GERAKAN beberapa tahun lalu.

Mac 2008 menyaksikan GERAKAN lumpuh sepenuhnya, terutama sekali di Pulau Pinang. GERAKAN kehilangan hampir kesemua kerusi yang mereka bertanding. Dan bermula dari situ, suara-suara sumbang yang cuba menggunakan taktik DAP untuk meraih sokongan kaum Cina, kerap berkumandang.

Di sebalik ikrar mereka tidak memperjuangkan perkauman, perkauman jugalah yang dijadikan senjata untuk meraih populariti. Di sebalik seruan agar Barisan Nasional dan UMNO khasnya agar membuka pintu yang lebih liberal, mereka jugalah yang menjadi chauvanist tegar.

Secara logiknya, walau atas alasan agama sekalipun, pendekatan terus kepada kelompok-kelompok bangsa merupakan pendekatan yang paling efektif. Dek kerana itulah, sekalipun PAS memperjuangkan Islam dan seringkali mengatakan Melayu tidak semestinya Islam, kelompok yang menjadi sasaran tetap juga orang Melayu, hatta wakil rakyat PAS itu seorang yang berbangsa Cina Muslim.

Dan itu merupakan hikmah terhadap penciptaan manusia dalam pelbagai kaum, suku dan bangsa seperti mana yang difirmankan Allah Taala!

GERAKAN dilihat terlalu tersepit untuk mencari populariti dan merampas semula kerusi-kerusi yang mereka telah hilang sebelum ini. Di sebalik ketakutan bahawa kerusi-kerusi berkenaan akan diserahkan kepada parti-parti komponen lain, khususnya MCA, MIC dan PPP, GERAKAN cuba menjadi kumpulan pendesak yang menggunakan taktik ugutan dan tekanan agar mereka tidak dipinggirkan, sungguhpun prestasi parti tersebut dalam Pilihanraya Umum ke-12 lalu paling teruk dalam sejarah penubuhannya.

Cerita dacing berat sebelah, cerita UMNO terlalu dominan, cerita BN jadi satu parti, cerita biasiswa untuk semua golongan rakyat Malaysia, cerita itu dan cerita ini, akan terus didendangkan oleh GERAKAN dalam usaha untuk mendapatkan sokongan kaum Cina, khususnya DAP.

Persoalannya, antara DAP dan GERAKAN yang ditubuhkan pada sezaman, jarak dan jurang mereka bagaikan langit dengan bumi. DAP dilihat sudah berjaya mendoktrinkan rakyat Malaysia, khususnya dari kalangan orang Cina manakala GERAKAN masih lagi terkial-kial dalam usaha memastikan parti tersebut terus hidup.

Sudah ada cakap-cakap yang mengatakan, ada atau tidak ada GERAKAN dalam Barisan Nasional, sudah tidak penting lagi. Sekalipun lebih gah daripada Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP), namun kedua-dua parti tersebut berkongsi dasar dan matlamat. Yang membezakan kedua-dua parti tersebut hanyalah, GERAKAN DIBERI PERHATIAN DAN PELUANG YANG JAUH LEBIH BESAR BERBANDING PPP, biarpun dari semasa ke semasa, GERAKAN semakin longlai dan hilang arah tujuan.

2 comments

MANA HILANG ARMAN WIRA PERKASA? SONGKOK TINGGINYA CARI TAK JUMPA KUT?

Berdasarkan maklumat, para peserta GAPS sepatutnya melepasi angka 5000 orang. Itu yang dijanjikan pada 29 November lalu ketika GAPS ditubuhkan dan bermesyuarat buat kali pertama. GAPS merupakan gabungan beberapa buah NGO termasuklah PERKASA, Jaringan Melayu Malaysia, Majlis Belia Malaysia dan beberapa pertubuhan NGO yang lain.

Dan sewaktu bermesyuarat di Bangunan UMNO Shah Alam pada sebelah malamnya, jaminan telah diberikan oleh setiap wakil NGO itu tentang jumlah kehadiran dan mereka kelihatan sangat bersemangat. Manakala Pemuda UMNO Selangor yang diwakili oleh beberapa orang Ketua Pemuda Bahagian pula, menjanjikan peserta yang sama ramai dengan NGO-NGO berkenaan.

Pada hari raptai iaitu pada hari Jumaat, segala-galanya nampak teratur dan licin. Harapan untuk melihat lebih ramai peserta GAPS begitu ketara dan dirasakan angka 5000 orang tidak akan sukar untuk dicapai.

Namun menjelang tengah malam Ahad, mesyuarat terakhir diadakan. Dan keadaan telah berubah sama sekali.
Hasilnya, NGO-NGO tidak terlibat dalam demonstrasi GAPS di pekarangan Stadium Merdeka, sekaligus mengurangkan jumlah peserta secara drastik. Begitu juga dengan anggota-anggota yang dibawa oleh Pemuda-Pemuda UMNO, langsung tidak kelihatan.

Apa sebenarnya yang berlaku?

Arman Azha Abu Hanifah, Ketua Wira PERKASA juga tidak kelihatan walaupun pada raptai demonstrasi di Bukit Kayangan, dia merupakan kepala jalan dan penghulu rombongan yang berjumlah hampir 1000 orang.

Begitu juga dengan kepala-kepala NGO yang lain. Juga tidak kelihatan di pekarangan Stadium Merdeka. Adakah kerana kesesakan lalu lintas yang luar biasa akibat sekatan dan lencongan yang dibuat oleh pihak polis, menyebabkan mereka tidak dapat hadir, memandangkan itulah alasan yang keluar dari mulut sebahagian besar peserta yang datang selepas 8 orang wakil GAPS yang menaiki dua buah kereta ke Istana Negara untuk menghantar memorandum kepada KDYMM Yang Dipertuan Agong.

Untuk sampai ke Stadium Merdeka bagi mereka yang tidak menggunakan kenderaan sendiri akibat kesesakan lalu lintas luar biasa, memerlukan dua pertukaran iaitu komuter di KL Sentral, atau Star LRT di Jalan Hang Tuah mahupun di Titiwangsa sebelum menaiki Monorel yang beroperasi dari KL Sentral ke Stesen Titiwangsa. Monorel adalah satu-satunya pengangkutan awam yang berhenti betul-betul di hadapan padang letak kenderaan Stadium Merdeka.

Bagi yang menggunakan Putra LRT sama ada dari Kelana Jaya mahupun Stesen Putra di Gombak, stesen pertukarannya adalah di KL Sentral.

Perjalanan jauh lebih 'mudah' jikalau hendak ke Masjid Negara!

Kelibat anggota-anggota Pemuda UMNO Selangor juga tidak kelihatan. Mungkin juga kebanyakan daripada mereka berada di Wisma MCA di Jalan Ampang untuk BERSERONOK-SERONOK dengan para perwakilan semua parti komponen BN yang membuat konvensyen di bangunan tersebut. Apatah lagi, di situ juga wujudnya KHAIRY JAMALUDDIN mahupun pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO yang lain.

Atau barangkali mereka sudah tidak betah berjemur di tengah-tengah panas dengan baju t hitam pulak, semata-mata untuk menjulang sepanduk, melaungkan kata-kata semangat dan kemudian akur dengan perintah polis agar bersurai secara aman tanpa melakukan sebarang perarakan seperti yang dibuat oleh Pakatan Rakyat.

Atau barangkali juga mereka sudah dapat menduga bahawa jumlah yang hadir tidak sampai pun seribu orang. Kalau jumlah peserta GAPS 10,000 orang, jangankan Ketua-Ketua Pemuda UMNO Selangor, Gerakan, MCA, MIC dan PPP pun akan datang untuk berarak sama. Malah kalau jumlahnya lebih dari itu, mungkin juga Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri akan turut sama, untuk ambil nama di perhimpunan GAPS.

Walau apa pun, sememangnya ada masalah komunikasi yang wujud antara NGO-NGO dengan penganjur atau barangkali juga antara NGO-NGO dengan sebahagian KETUA PEMUDA BAHAGIAN yang ada dalam perarakan berkenaan....

5 comments

JANGAN MENDURHAKAI IBU BAPA!!!

Antara dosa-dosa besar, dosa mendurhakai ibu bapa berada pada tingkat kedua selepas syirik kepada Allah Taala. Tiada sesiapa pun yang dapat menyelamatkan anak durhaka, hatta ULAMA yang digaulinya mahupun barisan Mufti yang menjadi penasihatnya, melainkan dosanya diampunkan oleh ibu bapanya sendiri, hatta ibu bapanya seorang kafir, jahil, kufur mahupun musyrik selagi mana anak tersebut menyakiti hati ibu bapa mereka kecuali apabila diperintahkan oleh ibu bapanya agar mengkufuri Allah Taala dengan cara melakukan maksiat atau menyalahi norma-norma syara'.

Imam Bukhari rahimahullah meriwayatkan di dalam Kitabul Adab dari jalan Abi Bakrah r.a bahawa Nabi s.a.w telah bersabda yang maksudnya;

"Sukalah aku memberitahumu sebesar-besar dosa, tiga kali (baginda s.a.w ulangi)." Sahabat bertanya, "Apakah itu, wahai Rasulullah?" Sabda Nabi s.a.w, "Menyengutukan Allah dan durhaka kepada kedua orang tua serta camkanlah dan saksi palsu serta perkataan bohong." Maka Nabi s.a.w mengulangi, "Dan persaksian palsu", sehingga kami berkata, "semoga Nabi diam." (Hadis riwayat Bukhari 3/151-152 - Fathul Baari 5/261 No.2654, dan Muslim 87)

Dalam sebuah hadis lain, Nabi s.a.w bersabda bahawa antara dosa-dosa besar ialah menyengutukan Allah, durhaka kepada ibu bapa, membunuh diri dan sumpah palsu (Riwayat Bukhari dalam Faathul Baari 11/555). Kemudian antara dosa-dosa besar yang paling dilaknat adalah SESEORANG MELAKNAT KEDUA-DUA IBU BAPANYA. (Hadis riwayat Bukhari)

Mendurhakai kedua-dua ibu bapa disebut sebagai UQUQUL WALIDAIN. Dosa ini menyebabkan seseorang anak itu tidak akan masuk ke syurga sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis yang bermaksud:

"Daripada Abu Darda bahawa Nabi s.a.w bersabda, "Tidak masuk syurga anak yang durhaka, peminum khamr (minuman keras) dan ORANG YANG MENDUSTAKAN QADAR." (Hadis riwayat Ahmad 6/441 dan dihasankan oleh Al-Albani dalam Silsilah Hadis Sahih 675)

Perlu difahami antara bentuk-bentuk durhaka (uquq) adalah:

(1) Menimbulkan gangguan terhadap ibu bapa baik berupa perkataan (ucapan) atau pun perbuatan yang membuatkan ibu bapa sedih dan sakit hati.

(2) Berkata 'ah' dan tidak memenuhi panggilan ibu bapa.

(3) Membentak atau mengherdik ibu bapa.

(4) Bakhil atau kedekut serta tidak memenuhi keperluan ibu bapa bahkan lebih mementingkan orang lain padahal ibu bapa sangat memerlukan. Seandainya diberikan nafkah sekalipun, ia dilakukan dengan penuh kira-kira dan congak-kiranya.

(5) Bermuka masam dan garang di hadapan ibu bapa, merendahkan ibu bapa dengan mengatakan mereka bodoh, 'kolot' dan lain-lain.

(6) Menyuruh ibu bapa melakukan kerja seperti menyapu, mencuci atau menyediakan makanan. Kerja-kerja tersebut tidak layak untuk ibu bapa kita, terutama jikalau mereka sudah tua atau lemah. Namun jikalau si ibu melakukannya dengan kemahuan sendiri, maka tidak mengapa. Pun begitu, si anak harus mengucapkan terima kasih dan memberikan penghargaan kepada ibunya.

(7) Mengata-ngata keburukan ibu bapa di hadapan orang lain atau mencemarkan nama baik mereka.

(8) Memasukkan kemungkaran ke dalam rumah seperti alat muzik, menghisap rokok dan lain-lain.

(9) Mendahulukan ketaatan kepada isteri berbanding ibu bapa. Bahkan ada sebahagian orang sanggup menghalau ibu demi menuruti kemahuan isterinya.

(10) Malu mengakui ibu bapanya. Sebahagian orang berasa malu dengan keadaan ibu bapanya dan tempat tinggal apabila status sosialnya sudah meningkat.

Kita seharusnya sentiasa berhati-hati dalam menjaga tutur kata dan perbuatan terhadap kedua-dua ibu bapa kerana akibat daripada durhaka kepada mereka, azab-Nya akan ditimpakan di dunia lagi.

Keredhaan ibu bapa kita harus didahulukan berbanding keredhaan isteri dan anak. Ini adalah kerana Nabi s.a.w mengatakan anak yang durhaka akan diazab di dunia dan di akhirat serta tidak akan masuk syurga, malah Allah Taala tidak akan melihat mereka pada hari kiamat.

Jangan sampai ibu bapa kita mendoakan keburukan bagi kita akibat perbuatan dan lisan durhaka kita kepada mereka kerana sesungguhnya, doa ibu bapa akan dikabulkan Allah Taala di dunia ini lagi. Doa ibu bapa termasuk dalam tiga doa yang dikabulkan Allah Taala iaitu doa ibu bapa terhadap anak mereka, doa orang musafir yang sedang dalam perjalanan dan doa orang yang dizalimi (Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam Adabaul Mufrad, Abu Dawud dan Tirmidzi).

Terdapat banyak riwayat yang shahih yang menjelaskan tentang akibat buruk daripada perbuatan durhaka kepada ibu bapa sama ada di dunia mahupun di akhirat. Ada juga kisah-kisah nyata tentang azab siksa kepada anak yang durhaka. Antara yang paling masyhur adalah kisah Al-Qamah yang sangat warak, taat, kuat beribadat dan rajin pula menderma.

Setelah Al-Qamah bernikah, dia mula mengabaikan ibunya yang sudah tua. Akibat perbuatannya, ibunya berasa kecil hati dan sedih. Suatu hari, Al-Qamah jatuh sakit dan sakarat. Namun Al-Qamah yang warak dan kuat beribadat itu gagal mengungkapkan kalimah tauhid pada saat-saat terakhirnya.

Berita tersebut disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. Bersama beberapa orang Sahabat r.a, Rasulullah s.a.w ke rumah Al-Qamah. Dan dengan penuh kasih sayang, baginda cuba mengajar Al-Qamah agar mengungkapkan kalimah Thoiyibbah buat kali penghabisan. Ternyata Al-Qamah tetap tidak dapat melakukannya.

Setelah disiasat, akhirnya Rasulullah s.a.w mendapat tahu tentang ibu Al-Qamah. Ibu Al-Qamah tidak datang untuk bersama-sama anaknya buat kali penghabisan. Ibu tua itu segera dijemput. Sebaik-baik sahaja sampai, Rasulullah s.a.w segera bertanyakan kepada ibu tua tentang hubungannya dengan Al-Qamah.

Dengan juraian air mata, ibu Al-Qamah menceritakan perbuatan Al-Qamah yang tidak menghiraukannya selepas berkahwin, bahkan Al-Qamah terlalu menurut kata-kata isterinya, sekaligus membuatkan si ibu tua bertambah kecil hati dan memilih untuk meminggirkan dirinya di sebuah dusun. Malah dia tidak dapat memaafkan perbuatan anaknya itu, walaupun Rasulullah s.a.w sendiri yang memintanya.

Keengganan ibu tua itu membuatkan Rasulullah s.a.w memerintahkan para Sahabat r.a mengumpulkan kayu-kayu api di hadapan rumah Al-Qamah. Apabila ditanya untuk apa kayu api itu dikumpulkan, Rasulullah s.a.w memberitahu ibu tua itu bahawa Al-Qamah perlu dibakar hidup-hidup agar dosanya dapat diampunkan oleh Allah Taala.

Mendengar sabda Rasulullah s.a.w, hancur luluhlah hati ibu tua itu. Dengan segera dia melafazkan keampunan dan meredhai Al-Qamah sebagai anaknya. Selesai ibu tua itu berkata-kata, Al-Qamah dengan tenang melafazkan kalimah Thoiyibbah mengakhiri sakaratnya dengan air muka berseri-seri dan senyuman menghiasi bibirnya. (nota-pen)

Nota: Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Thabrani dan Ahmad secara ringkas di dalam sanad dan wujud nama Fayid Abul Warqa' yang diyakini sebagai matruk (Majmuz Zawaaid 8/148). Kata Ibn Jauzi, "Hadis ini tidak sah daripada Rasulullah s.a.w kerana di dalam sanad ada nama Fayid Abu Warqa'. Imam Ahmad pula berkata, "Fayid Abul Warqa' adalah matrukul hadis," Ibn Hibban berkata, "Tidak boleh berhujah dengannya." Manakala Imam Abu Hatim pula berkata tentang Fayid Abul Warqa', "Dia sering berdusta." (Lihat Al-Maudluu'at, Ibn Jauzi Juz 3, hal.87)

Perlu diingat, sedangkan Nabi s.a.w sendiri tidak dapat memberikan syafaat kepada kita apabila berlaku durhaka kepada ibu bapa, apatah lagi Tok Guru, Wali, Ustaz mahupun Wali Qutb. Hanya setapak ke bawah besar dosa durhaka kepada ibu bapa berbanding dosa mensyirikkan Allah Taala.

Semoga jadi pengajaran....

1 comments

Sunday, December 5, 2010

SAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN PULA NAK DEMONSTRASI DENGAN GERAMM

Sunday, December 5, 2010
Selepas demonstrasi air di Masjid Negara, kini tiba pula giliran AMK yang diketuai oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin untuk menggerakkan satu lagi demonstrasi yang dianjurkan oleh GERAMM (Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak) bagi membantah peningkatan harga bahan api - petrol, diesel dan gas cecair serta gula. (Malaysian Insider)

Ramalan pilihanraya umum bakal berlaku dalam masa terdekat ini telah menggerakkan bakal-bakal calon Pakatan Rakyat untuk menunjukkan kuasa dan keupayaan mereka sekaligus memperlihatkan kekuatan pengaruh di kalangan bakal pengundi.

Sehingga setakat ini, sudah ada dua rancangan untuk berdemonstrasi iaitu daripada ANAK, pimpinan Mazlan Aliman yang berbaju PAS tetapi berhati PKR dan BERSIH 2.0 yang digerakkan oleh Mat Sabu, calon rejected re-con PAS yang tidak berpendirian dan berprinsip.

Agak menarik apabila selain keinginan untuk menonjolkan diri sebagai calon sebagai faktornya, faktor lain adalah sebagai PUNCA PENDAPATAN. PKR yang ditubuhkan semata-mata untuk memastikan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia, memilih pendekatan demonstrasi dan rusuhan untuk mendesak kerajaan agar tunduk kepada tuntutan mereka.

Apa yang berlaku sekitar 1997-1998 dan 2007, cuba dijadikan pemangkin untuk mendapatkan kuasa semula. Dek kerana itulah, Anwar Ibrahim begitu bersungguh-sungguh untuk memperkecil-kecilkan dan memperlekeh-lekehkan Najib Abdul Razak selain dasar-dasar kabinet Najib. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menanam kebencian sekaligus memarakkan kemarahan rakyat jelata kepada Kerajaan Pusat yang diterajui oleh UMNO.

Apabila Anwar mengatakan Kerajaan Najib Abdul Razak melebihkan-lebihkan pembekal kuasa IPP, Anwar sebenarnya tidak pernah menceritakan bagaimana syarikat-syarikat yang memaksa TNB membayar tenaga yang mereka keluarkan itu wujud serta berfungsi. Malah Anwar selagi boleh untuk tidak menceritakan asal mula kewujudan syarikat-syarikat berkenaan dan siapakah yang telah menganugerahkan berbilion ringgit kepada syarikat-syarikat berkenaan menerusi perjanjian dan konsesi yang tidak akan menyebelahi Kerajaan Pusat buat selama-lamanya!!!

Dek kerana itulah, PKR menerusi juak-juak lapar kuasa di dalam parti berkenaan, terus berusaha untuk mewujudkan kekacauan agar tembelang sebenar Anwar Ibrahim tidak akan dipecahkan atau sempat didedahkan kerana kesibukan kerajaan menangani masalah yang dilakukan akibat hasutannya seperti demonstrasi di Masjid Negara tengah hari tadi.

Anwar terus menangguh-nangguhkan kes perbicaraannya. Daripada apa yang dilakukan oleh Anwar sehingga ke saat ini dalam kes perbicaraan liwat keduanya itu, Anwar tidak berhajat untuk membersihkan namanya sebaliknya sekadar ingin melengah-lengahkan agar dia mempunyai masa yang mencukupi untuk menggerakkan massa sekali lagi seperti pada tahun 1997-1998 memandangkan Najib Abdul Razak tidaklah setegas dan sehebat Tun Dr. Mahathir Mohammad dalam menangani masalah yang bernama Anwar Ibrahim, sebaliknya Najib Abdul Razak kelihatan seperti terikut-ikut dengan permainan Anwar, namun pada masa yang sama, cuba menutup ruang dari segi desakan ekonomi menerusi beberapa tindakan yang dilihat memberi banyak kelebihan kepada puak-puak peniaga seperti pengapungan semula Ringgit Malaysia di pasaran matawang dunia.

2 comments

CHEGU BARD MANA? BADRUL AMIN MANA?


Semalam bukan main sombong lagi kedua-dua makhluk nih. Kononnya lebih 20,000 akan hadir di Masjid Negara untuk sama-sama berarak, melanggar arahan polis dan seterusnya menikmati keenakan air semburan FRU serta wasap gas pemedih mata.

Hari ini tidak sampai pun setengah daripada angka yang disebut. Mahu tidak mahu, portal-portal berita dan blog-blog Pakatan terpaksa menebalkan angka sehingga menjadi 15,000 orang walaupun hakikatnya jumlah yang datang tidak melebihi angka 3000 orang. Kempen lebih dari sebulan tentang demonstrasi berkenaan dengan penyaluran dana yang sangat banyak, juga nampaknya tidak lagi membuahkan hasil.

"100 mereka akan bertembung dengan 10,000 kita." Itu kata-kata yang dilahirkan oleh Chegu Bard dengan penuh bangga dan bongkak.

Malangnya, ia tidak menjadi kenyataan. Dengan kebenaran UNISEL terhadap para pelajar mereka, dengan pembabitan persatuan-persatuan pelajar seperti GAMIS, jumlah yang hadir tetap tidak memberangsangkan sekaligus memaksa Mat Sabu yang merancang untuk mengadakan demonstrasi BERSIH 2.0 akan berfikir panjang memandangkan modal dan pelaburan yang dikeluarkan, tidak mendatangkan hasil yang besar.

Tiada apa-apa lagi yang boleh dibanggakan. Pakatan khususnya PKR sudah kehilangan PUSH-FACTOR (seperti kata Husin Lempoyang) biarpun juak-juak yang masih mengharapkan LEBATNYA hujan duit daripada Anwar, tetap mengapung-apungkan jumlah dan membangga-banggakan kejayaan yang sebenarnya sangat mengaibkan jikalau dibandingkan dengan uar-uar serta belanja yang dikeluarkan, selain faktor masa berkempen dan turunnya pada pemimpin utama DAP Selangor.

Boleh dikatakan warga Kuala Lumpur yang ingin ke pusat bandar, menyinga hari ini kerana kesesakan teruk, apatah lagi setelah pihak Pakatan memprovokasi polis dengan melanggar arahan agar tidak berarak di jalan raya.

"Saya kesal dengan sikap polis kerana tidak bersikap profesional." Itu kata-kata yang diluahkan oleh Khalid Ibrahim yang tidak basah atau terkena walau setitik pun air pancut FRU mahupun tertelan wasap gas pemedih mata.

"Kerajaan Persekutuan membelakangkan kepentingan rakyat Selangor." (Malaysiakini)

Dengan beralasankan Kerajaan Persekutuanlah, maka perhimpunan dan rusuhan hendak dimulakan di Masjid Negara dan KDYMM Yang Dipertuan Agong cuba dijadikan tumpuan, sekaligus menolak Ketuanan KDYMM Paduka Sultan Selangor di negeri baginda sendiri.

Apa-apa pun, biarpun terdapat kebanggaan bahawa wujudnya Cina dan India dalam demonstrasi di Masjid Negara, namun perlu juga diingat bahawa di belakang demonstrasi itu adalah Cina dan India DAP yang sangat takut kehilangan Selangor sekaligus menyekat aliran wang masuk ke kantung mereka.

Penyelewengan dan kelemahan mereka mentadbir Selangor, apatah lagi dengan terdedahnya tembelang pasir yang dicuri diseludup untuk dijual kepada Singapura, menjadikan demonstrasi melibatkan Melayu Pakatan sebagai alas selipar kepada DAP agar tindakan mereka tidak dipersoalkan.

Sampai bila Pakatan Rakyat di Selangor akan benar-benar bekerja untuk rakyat Selangor, bukannya sentiasa cuba menutup skandal dan penyelewengan mereka dengan mengakal-ngakalkan para pengikut mereka yang tidak cukup sel-sel otaknya?

5 comments

ANTARA DUA DARJAT!!!!

Hanya lebih kurang 3000 (LAPORAN MALAYSIAKINI, 7000 ORANG, sebuah blog PAKATAN pula menyatakan 15,000 orang) orang Pakatan Rakyat yang mampu dihimpunkan di pekarangan Masjid Negara setelah DUA BULAN berkempen dan setelah para pemimpin utama Pakatan Rakyat, termasuklah Teresa Kok dan Ronnie Liu selain ayam sabungan patah taji PAS, Mat Sabu turun untuk sama-sama menyertai perarakan yang dikhabarkan boleh mencecah sehingga 30,000 orang.

Akhirnya GIMIK melanggar arahan polis sehingga ditembak gas pemedih mata terpaksa digunakan bagi mendapat skop promosi untuk mereka. Dan itulah yang berlaku di Bulatan Hishamuddin berhampiran Masjid Negara apabila para penunjuk perasaan Pakatan Rakyat enggan mematuhi arahan polis agar tidak berarak.

Dalam promosi yang memakan belanja lebih RM300,000 yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor, ternyata masih gagal menarik minat para penunjuk perasaan termasuklah dari kalangan pelajar-pelajar IPT.

Ternyata Pakatan Rakyat, khususnya PKR sudah kehilangan 'sentuhan ajaib' mereka untuk mengumpulkan crowd seperti mana yang mereka lakukan sebelum ini. Atau barangkali juga kerana 'PIHAK BERKUASA PAS' tidak memberikan kerjasama dan turun sama seperti dalam Perarakan BERSIH tahun 2007 dahulu.

Sedar atau tidak sedar, Pakatan Rakyat tanpa PAS ibarat taik tanpa jamban, reban tanpa ayam. PKR semakin terbukti hanya menggunakan PAS untuk menunjukkan kekuatan mereka semata-mata. Apatah lagi dengan 'kebaikan hati' yang ditunjukkan oleh para pemimpin DAP sebenarnya bermotifkan penggunaan kekuatan yang terdapat di dalam PAS secara optima.

GAPS hanya ditubuhkan 3 hari lepas. Kempen yang dijalankan sekadar di dalam beberapa buah blog. Namun berjaya juga akhirnya mengumpulkan tenaga-tenaga muda yang prihatin terhadap kebajikan negeri Selangor. Biarpun jumlah pesertanya 'tidaklah seramai mana' namun akhirnya terbukti, masih ramai warga generasi muda yang sangat prihatin dengan kebajikan negeri mereka sendiri.

Malah demonstrasi GAPS juga nampaknya tidak disertai oleh para pemimpin besar apatah lagi Konvensyen Barisan Nasional sedang dijalankan di Wisma MCA, Jalan Ampang pada ketika demonstrasi tersebut diadakan.

Ternyata, antara Baju Hitam dan Baju Merah, wujud dua darjat yang sangat berbeza... satu, apabila disuruh bersurai dan perarakan mereka dihalang oleh polis, segera bersurai dan tidak menimbulkan kekecohan. Yang satu lagi, disuruh bersurai dan perarakan dihalang, segera merusuh dan akhirnya terpaksa menelan wasap gas pemedih mata...

Benar-benar DUA DARJAT YANG BERBEZA!!!

3 comments

APALAH DAYA, DISURUH POLIS, MEREKA PUN BERSURAI



Perhimpunan GAPS di pekarangan Stadium Merdeka tidaklah 'seindah' yang dibayangkan sebelum ini. Sekalipun jumlah yang datang berbaju hitam, menepati sasaran sebagaimana yang dimesyuaratkan di Shah Alam tiga malam lalu, kepatuhan kepada arahan polis jauh lebih ramai.

Mulanya menyangkakan jumlah anggota polis dan trak mereka jauh lebih ramai daripada peserta GAPS memandangkan jumlah peserta GAPS sehingga pukul 11.00 pagi tidak lebih dari seratus orang.

Namun menjelang 11.30 pagi, lebih ramai yang muncul dan berdasarkan pemerhatian, sejumlah 400 orang berpakaian hitam, sudah pun berjemur di tengah panas sambil melaung-laungkan kata-kata semangat seperti 'Daulat Tuanku!', 'Selamatkan Melayu', 'Singkir Anwar', 'Hapuskan PKR' dan 'Hancurkan Khalid'.

Perarakan bagaimanapun tidak dibenarkan oleh polis. Dan polis memberikan tempoh sehingga pukul 12.00 tengah hari untuk para peserta bersurai. Ternyata, tepat pukul 12.00 tengah, para peserta GAPS akur dengan arahan polis dan para peserta pulang dengan sebungkus nasi lemak dan sebotol air mineral setengah liter.

Dengar ceritanya, puak Pakatan di Masjid Negara berjumlah lebih 15,000 orang dan sedang berperang dengan polis...

Betullah seperti yang didakwa oleh puak-puak Pakatan... memang wujud DUA DARJAT antara mereka dengan grup yang mesra UMNO.....

1 comments

PERKEMBANGAN SETAKAT PUKUL 10.45 PAGI DI STADIUM MERDEKA


Jumlah yang hadir tidak lebih 30 orang.... berbanding di Masjid Negara yang sudah pun mencecah 200 orang dan dijangka akan bertambah berkali-kali ganda. Trak polis dan anggota polis lebih ramai daripada peserta.

Sekitar jam11.23 pagi (ketika artikel ini ditulis): pekarangan Stadium Merdeka, lebih 200 orang sedang berkumpul... tidak sahaja berbaju hitam, ada yang berbaju hijau muda, kuning dan biru PKR.

Masjid Negara: lebih istiqomah dengan jumlah kehadiran lebih 500 orang

akan update pada bila-bila masa

0 comments

BERAPA KERAT DARIPADA KITA, BELAJAR AGAMA BERSANAD

Mempelajari ilmu agama merupakan fardu kifayah dan fardu ain kepada diri. Mempelajari ilmu agama juga merupakan satu tuntutan serta keperluan yang bukan sedikit, sama ada untuk melebarkan akal, mahupun memperbaiki amal. Namun ramai yang tidak sedar bahawa ada satu lagi keperluan tentang ilmu agama yang wajib kita titik beratkan, tetapi hal tersebut dipandang mudah dan adakalanya langsung tidak dihiraukan.

Ilmu agama mempunyai banyak cabang atau furu'. Bagaimanapun, setiap cabang pasti akan bertemu pada satu titik iaitu kalimah Thoiyibbah dan dengan menggunakan rujukan serta sumber yang sama, iaitu al Quran dan Al-Hadis. Dan ambilan tersebut akhirnya akan bersanadkan kepada para Sahabat r.a sebelum terhenti pada Rasulullah s.a.w.

Belajar bersanad bukan hanya menjadi 'rukun wajib' dalam persilatan bahkan ianya jauh lebih penting di dalam pembelajaran agama. Dek kerana itulah, guru-guru yang bertanggungjawab akan menerangkan sandaran dan sanad mereka, bagi membuktikan bahawa ajaran mereka bukannya baru muncul, bukannya berdasarkan hawa nafsu, bukan juga main cubit-cubit daripada al Quran dan al Hadis ikut suka hati.

Kebanyakan sekolah pondok masih lagi mengamalkan pengajian bersanad bagi membuktikan kelayakan mudir atau guru yang mengajar. Begitu juga dengan guru-guru tarikat dan tasauf yang tidak berinstitusi, perlu mempunyai sanad yang kukuh sebagai benchmark bahawa mereka bukanlah tergolong dari kalangan pemuja hawa nafsu atau mendapat ilham hasil bisikan syaitan dan Iblis seperti yang berlaku kepada Ayah Pin, Nordin Puteh dan ramai lagi.

Pun begitu, ada satu trend pengajian agama yang muncul iaitu mempelajari agama dari perhimpunan, ceramah dan kempen-kempen politik. Kalau dahulu, ramai yang mempelajari agama daripada penjual-penjual ubat di kaki lima, kini trend tersebut mengalami penaikan standard.

Ramai yang mempunyai sarjana, doktor falsafah mahupun yang menjadi cendekiawan Islam, namun terlalu ramai yang memperolehinya dari universiti-universiti termasuklah di universiti di negara-negara barat. Sanad mereka biasanya terputus pada Dekan atau Profesor mahupun Chancellor universiti terbabit biarpun selepas itu sandaran mereka masih lagi al Quran dan al Hadis.

Apa pentingnya belajar secara bersanad?

Pentingnya ialah supaya kita tidak bertaqlid dan taksub membuta tuli. Imam Al-Ghazali rahimahullah dalam menangani masalah ilmu kalam (ilmu filsafat Tauhid yang sifatnya adalah untuk berdebat dan meruntuhkan tembok keimanan) berkata, hendaklah seseorang memahiri ilmu kalam di dalam sebuah daerah, gunanya untuk membentengi daerah tersebut daripada diasak oleh ilmu kalam.

Anda tahu apa itu ilmu kalam? Ia seakan-akan ilmu usul-addin tetapi ianya jauh lebih ekstrim, sekalipun ilm usuluddin juga dianggap sebagai sebahagian daripada ilmu kalam. Ilmu kalam berbicara sekitar Sifat-Sifat Allah Taala sama ada mengikut manhaj Assyaariyyah atau pun Maturidiyyah mahupun gabungan kedua-duanya. Sekali pandang ianya tidak mempunyai kesan negatif bahkan ia dikatakan mampu menambahkan keimanan kepada Allah Taala. Namun yang akan merosakkan iman itu sendiri adalah perdebatan-perdebatan tentang Sifat-Sifat Allah Taala yang sebenarnya tidak terhad kepada 20 Sifat Wajib dan 20 Sifat Mustahil serta 1 Sifat Harus.

Ilmu kalam akhirnya akan bersanad kepada filsafat Yunani, Yahudi dan Nasrani, sedangkan Usuluddin akhirnya akan sampai ke perdu Rasulullah s.aw.

Islam dianugerahkan Allah Taala kepada manusia bagi membangkitkan perasaan cerdik dan berakal hamba-hamba-Nya. Dan menerusi Rasulullah s.a.w, Islam disebarkan dari zaman berzaman. Sanad Islam ini tidak pernah terputus-putus sungguhpun pelbagai tokoh muncul dari semasa ke semasa.

Dek kerana itulah, sebelum anda mengaji agama, periksa dahulu latar belakang guru anda. Tengok, sama ada sanad keilmuwannya kepada Rasulullah s.a.w atau Solafus-Soleh atau pun terhenti, tergantung di awang-awangan atau sekadar mengambil kitab orang lain untuk disyarahkan, sedangkan dia sendiri, hanyalah SEEKOR KAKATUA dan TIONG BATU.

0 comments

JOM KITA BERTEMPUR!!!


Semua Di Jemput Hadir Ke PerHimpuan Aman GAPS
Pada Jam 11 Pagi Hari Ini...

Berhimpun Di Stadium Merdeka.

0 comments

MULUT KETAWA, HATI MENANGIS... SIAPA YANG TAHU?

Semenjak penulis terlibat dalam dunia blogging 3 tahun lampau, bermula dengan DEPAKATA, sehinggalah membina laman blog sendiri, terlalu banyak cerita yang penulis dengar tentang blogger. Malah sewaktu penulis terlibat sepenuh masa dengan dunia buku, malah sehingga sekarang pun buku tetap menjadi pendapatan utama, penulis juga banyak mendengar cerita tentang penulis-penulis buku, terutama buku-buku politik yang dibela oleh orang politik.

Selepas meninggalkan angkatan Reformasi dan melakukan retreat, penulis langsung tidak pernah menyentuh sebarang cerita tentang politik. Bahkan di dalam forum-forum yang penulis sertai pun, penulis cuba mengelak seboleh mungkin daripada berdebat tentang hal politik.

Menjadi pejuang atas apa yang kita percaya, bukanlah perkara mudah. Kalau Syaidina Abu Bakar r.a mendermakan keseluruhan hartanya untuk Perang Badar dan Syaidina Uthman Affan r.a, separuh daripada keseluruhan hartanya, mungkin pada zaman sekarang, ingin penulis katakan berkorban sebegitu sudah tidak relevan. Sebabnya, pengorbanan hanya sebelah pihak manakala pihak yang satu lagi sekadar mengutip ghanimah dan kemudian ber yeh yeh dengan kaum kerabat dan kroni mereka.

Cerita tentang orang tu bela, orang ni bela, letak jari di keyboard sudah ada yang menerpa bawa beg berisi duit dan menyerahkan pelbagai kemudahan lain, mungkin itu cerita Raja dan Ratu, Putera dan Puteri serta kaum bangsawan, hanya wujud dalam cerita-cerita dongeng semata-mata. Bukan tidak ada, tetapi bilangan manusia yang berkulit muka setebal lemak babi, sangat kurang dan terlalu sedikit di Malaysia ini.

Penulis berkawan dan berkenalan dengan beberapa orang penulis buku politik. Sememangnya penulis berasa sangat kagum dengan mereka. Dengan bermodalkan isi kandungan yang hendak ditulis, atau dengan sekadar mock-up kulit muka atau cover buku baru mereka, mereka boleh bertemu dengan ahli-ahli politik yang dirasakan lembik leher. Dan dengan menggunakan sedikit ugutan atau ampu mahupun bodek, mereka akan memperolehi apa yang mereka hajatkan.

Mendapat modal besar, mereka biasanya akan cetak buku berkenaan, tetapi jumlahnya terlalu sedikit berbanding jumlah dana yang diperolehi. Dan lebihan dana berkenaan akan terus masuk ke akaun bank atau dibelanjakan dengan senang hati.

Apakan daya, penulis cuma seorang penulis buku kanak-kanak, bukannya penulis buku politik. Apatah lagi penulis tidak ada keberanian setelah apa yang berlaku pada 1997 yang dirasakan terlalu sia-sia, terutama dengan kehilangan segala usaha penulis sepanjang 7 tahun sebelum itu sehingga anak-anak hampir seminggu tak makan nasi melainkan menyekik cucur kodok dan air teh kosong.

Kemudian apabila penulis terbabit dalam dunia blog, penulis masih lagi menulis kerana suka menulis. Bezanya penulis tidak lagi menulis seperti pada tahun 1997-1998, sebaliknya beralih kem. Sama seperti sebelumnya, tiada bayaran dikenakan sebab penulis masih tidak tahu di mana nak sakau atau siapa yang penulis boleh cekik atau pau untuk dapatkan duit!

Apabila seorang sahabat menceritakan rancangannya untuk mendapatkan dana daripada seorang ahli politik di Sabah dengan membina sebuah blog, penulis masih terpelongo dan tidak percaya, bagaimana sebuah blog boleh mendatangkan duit. Penulis adalah seorang pengikut aliran buku yang tegar dan tidak percaya dengan media baru, terutama sekali blog di mana hasilnya boleh dipertikaikan, terutama menerusi Cut & Paste yang tidak beretika.

Permatang Pauh, Bukit Gantang, Kuala Terengganu dan dua lagi pilihanraya kecil yang berakhir dengan kemenangan kepada Pakatan Rakyat, menarik minat penulis untuk mencuba secara aktif penulisan politik di dalam blog.

Anehnya, penulis tetap tidak disapa oleh sesiapa pun yang ada duit atau penyuapan peralatan untuk menulis atau berblog. Sedangkan pada masa yang sama, dari puak-puak yang menulis yang menggelarkan diri mereka sebagai pro-UMNO, riuh-rendah dengan kisah Nizar Jamaluddin yang pada waktu itu menjadi Menteri Besar Perak mengeluarkan sejumlah besar dana untuk membentuk pasukan siber...

Penulis menunggu-nunggu juga kalau-kalau dipanggil... kemudian muncul BPN dan segala macam ikatan bloggers yang lain, terutama dari kalangan pro-UMNO yang tumbuh bagaikan cendawan yang penulis kira, kalau mereka hadir pada tahun-tahun 1997-1998 lalu, tidak mungkin senario negara seperti sekarang. Malah penulis juga mungkin tidak beralih kem seperti sekarang.

Sehinggalah sekarang, penulis masih aktif menulis tanpa sebarang dana kecuali atas tulisan-tulisan yang dihantar ke beberapa tempat yang diminta khusus dengan harga akadnya sekali. Bukannya belaan atau ternakan. Pun begitu, untuk meneruskan kelangsungan hidup, penulis terpaksa membahagikan masa antara blog dengan penulisan yang sememangnya penulis memperolehi pendapatan daripadanya iaitu penulisan buku kanak-kanak dan untuk tender-tender Perpustakaan Negara Malaysia, Buku Bacaan Tambahan dan buku kanak-kanak yang lain serta kolum di beberapa buah tabloid nyamuk yang bukan politik terasnya. Kali terakhir penulis hasilkan sebuah novel adalah pada tahun 1995, sekarang penulis sedang berusaha untuk menghabiskan penulisan sebuah novel untuk seorang kawan yang telah pun menjadi seorang penerbit dari seorang budak pejabat di syarikat lama penulis.

Dan novel penulis, bukannya novel-novel politik mahupun novel-novel percintaan yang sudah pasti harga dan royaltinya tidaklah selebat mana....

Sepanjang berblogging, penulis telah menemui pelbagai jenis blogger. Anehnya, ada antara mereka yang bekerja sebagai pelayan di Restoran McDonald dan seringkali mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk ke tempat-tempat yang membolehkan mereka memperolehi skop berita. Kalau ada orang yang sudi membawa ke tempat-tempat jauh sedikit, menaja makan minum atau menyediakan tempat tidur atau memberikan sedikit wang tambang (yang sememangnya hanya ngam-ngam untuk tambang dan tol), bolehlah bernafas sedikit.

Selalunya, kosong pergi, kosonglah balik.

Jadi apabila ada orang yang beriya-iya menuduh penulis dibela oleh UMB atau mana-mana pihak dari UMNO untuk menulis menghentam kesongsangan fahaman bekas kaum kerabat mahupun KEABNORMALAN Anwar Ibrahim dan budak-budak PKRnya, atau niat jahat DAP untuk menjajah negara ini dengan melaga-lagakan Melayu-Bumiputera-Pribumi, penulis sememangnya terasa hati.

Siapa tahu, sudah lebih empat bulan sewa rumah tidak dibayar. Siapa tahu, hutang bedah pintasan koronari di Hospital Serdang, tidak terusik walau satu sen pun. Siapa tahu, hutang buat Engioplasti di HUKM masih lagi RM12,000 tanpa dimundurkan walaupun satu sen sungguhpun dah 7 tahun. Siapa tahu, hutang dengan Pusat Rawatan Islam, masih lagi berbaki RM2,892.40 semenjak tahun 2001 tanpa terusik. Malah, siapa yang tahu, hutang-hutang dengan HKL, Hospital Kluang, Hospital Tunku Aminah Johor Bahru, mahupu Hospital Batu Pahat dan Hospital Ampang, langsung tidak pernah berbayar. Begitu juga dengan bil elektrik yang sudah masuk bulan ke-5 dengan jumlahnya melebihi RM700. Mujur jugalah penulis tidak mempunyai kenderaan walaupun sebiji basikal... kalau tidak, lagi haru... tu belum lagi kira bab makan, susu anak, duit belanja anak-anak dan rumah...

Pinjaman daripada AA berjumlah RM1200 pun sehingga kini masih tidak berbayar walaupun tarikh yang dijanjikan sudah lepas tiga hari.

Terpulanglah kepada sesiapa pun untuk menilai kerana setiap mulut sangat sukar ditutup dan didiamkan. Apa yang penulis lakukan sekarang adalah kerana minat semata dan tidak disuruh oleh sesiapa pun. Penulis tidak mempunyai permit akhbar yang boleh disandar atau dipajakkan kepada pihak-pihak tertentu dengan jumlah jutaan ringgit. Penulis juga tidak pandai bercampur-gaul dengan orang-orang politik sambil menggosok-gosok punggung mereka untuk sakau duit. Penulis tidak pernah tahu dan belajar SENI MINTA DUIT daripada orang-orang politik dengan janji-janji tertentu.

Sememangnya, penulis sangat kecil hati apabila The Flying Kick dan Cucu Tok Wan dituduh dibela oleh orang-orang tertentu kerana artikel-artikel yang disiarkan tidak berpihak kepada mereka. Dan kalau tak percaya sangat, mari duduk dengan penulis di Pandan Mewah dan tengok sendiri kehidupan BLOGGER yang dikatakan Mesra BN... bandingkan pula kehidupan Blogger Pro-BN ini dengan Blogger Pro-Pakatan yang hebat-hebat segala perkakasannya!!!

Maaf, kulit muka penulis tidak cukup tebal setebal kulit babi untuk menyerendeh meminta peruntukan atau dibayar kerana kerja yang tidak disuruh dan penulis juga tidak cukup berani untuk MEMINTA SEDEKAH dengan mempamerkan nomb0r akaun mahupun memberikan penjelasan bagi mewajarkan penulis menjadi seorang PENGEMIS dan PEMINTA SEDEKAH.

Semoga selepas ini, tidak ada lagi tekaan atau tuduhan-tuduhan bodoh sebegitu sebab penulis tidak berminat hendak mendedahkan 'kelemahan diri' di dalam blog ini. Kalau perlu sangat, hubungi penulis di alamat e-mail; smcucutokwan@gmail.com dan penulis boleh bawa anda ke rumah penulis dan saksi sendiri kedaifan BLOGGER pro-UMNO yang dikatakan menerima suapan dan dana yang sangat besar ini!!!!

6 comments

Saturday, December 4, 2010

LEPAS PAKATAN SELANGOR, MAZLAN ALIMAN PULA NAK BERDEMONSTRASI DI KUALA LUMPUR

Saturday, December 4, 2010
Mazlan Aliman, Pengerusi ANAK tidak menolak kemungkinan akan menganjurkan demonstrasi di jalan raya di tengah-tengah Kuala Lumpur pada bulan April 2011 nanti seandainya kerajaan tidak melayan kehendaknya. (HARAKAH DAILY)

Wah, nampaknya tidak sia-sialah UNISEL mewujudkan kursus PERUSUH PROFESIONAL di kampus induk. Nampaknya ada lagi 'job' untuk para perusuh dan penunjuk perasaan sedang menanti. Pasti bayarannya jauh lebih besar memandangkan Mazlan Aliman dan ANAK melibatkan saman ke atas FELDA bagi 5000 orang warga FELDA.

Jadi, tidak mustahil sekiranya upah yang diterima bukan lagi RM30 seperti yang diterima oleh para peserta perarakan BAJU MERAH esok tengah hari. Sebaliknya mungkin RM300. Apa sangatlah nilai RM300 bagi satu kepala memandangkan saman FELDA nanti, jikalau dimenangi boleh menyebabkan 30 orang peguam yang dilantik oleh Mazlan Aliman memperolehi pendapatan untuk tempoh 10 tahun akan datang dalam satu masa sahaja. Apatah lagi, Mazlan Aliman dalam kenyataannya, 5000 orang peneroka FELDA sudah pun bersetuju untuk menjadi saksi sekiranya diperlukan oleh ANAK.

Semakin meriahlah Malaysia...

Makhal Shakti bila lagi nak berdemonstrasi? Shiu Qiu, Dong Jiong takkan nak tengok dan keluarkan dana sahaja? Meh ler sertai demonstrasi dan perarakan ini... kita bagi meriah dan jadikan ia sebagai acara bulanan. Setidak-tidaknya adalah juga pendapatan untuk SI PEMALAS tetapi TERJERIT-JERIT MENGATAKAN MEREKA SUSAH.

1 comments

CHEGU BARD CABAR UMNO PERTURUNKAN PENUNJUK PERASAAN BERAMAI-RAMAI

10,000 penyokong Pakatan Rakyat akan berhadapan dengan 100 orang GAPS. Itu yang ditegaskan oleh Chegu Bard, menantu sedara Anwar Ibrahim. Tujuannya adalah untuk merangsang semangat dan menggamit kedatangan lebih ramai golongan muda, terutama sekali para pelajar IPT yang sangat diyakini berada di sebelah Pakatan.

Chegu Bard dalam kenyataan yang memperkecil-kecil PENENTANG KEJAHATAN PAKATAN RAKYAT berkata, UMNO begitu risau dengan perkembangan yang berlaku sehingga terpaksa menganjurkan satu raptai perarakan yang katanya HANYA 100 orang yang hadir termasuklah Ketua Pemuda Bahagian Shah Alam. (MALAYSIAKINI)

Semakin sah, PAKATAN RAKYAT sebenarnya tidak pernah berminat untuk memperjuangkan hak rakyat sebagaimana UMPAN dan NAJIS YANG MEREKA TABURKAN. Sebaliknya Pakatan Rakyat sekadar ingin menunjuk dan membuktikan yang mereka masih kuat dengan mengumpulkan puluhan ribu umat di tengah-tengah Kuala Lumpur tanpa sebarang halangan, baik daripada pihak berkuasa mahupun orang awam.

Penyerahan MEMORANDUM kepada KDYMM Yang Dipertuan Agong hanyalah GIMIK dan RETORIK semata-mata. Tumpuan dan sasaran utama mereka kini adalah MELUMPUHKAN KUALA LUMPUR sama sekali bagi sebarang aktiviti ekonomi. Dengan cara itu, orang ramai akan berasa takut terhadap PAKATAN RAKYAT dan terpaksa memilih PAKATAN RAKYAT atau menyertai PAKATAN RAKYAT bagi mengelakkan berlaku sesuatu yang lebih buruk kepada mereka, seperti mana taktik PARTI KOMUNIS MALAYA pada zaman darurat dahulu... SERTAI atau DIBUNUH!!!!

Apabila berlaku kekacauan di tengah-tengah Kuala Lumpur bererti peluang untuk Pakatan Rakyat memenangi sebarang pilihanraya lebih cerah. Apabila berlaku penyusutan ekonomi dan keselamatan terancam, rakyat akan marah. Bagaimanapun, kemarahan itu bukan kepada Pakatan Rakyat yang mencetuskan kekacauan, sebaliknya kepada KERAJAAN dan pihak penguatkuasa undang-undang seperti Polis dan Tentera.

Dek kerana itulah, kita akan kerap melihat cabaran-cabaran daripada para pemimpin Pakatan Rakyat yang berjenama Melayu kepada pihak polis dan penguatkuasa undang-undang yang lain agar bertindak ke atas mereka. Tujuannya adalah agar dapat mencetuskan kemarahan luar biasa dan akhirnya berlakulah RUSUHAN SEPERTI YANG DIKEHENDAKI OLEH PEMIMPIN AGUNG mereka.

Sekalipun jumlah Baju Hitam tidak seramai Baju Merah tengah hari esok, namun kewujudan dan kehadiran mereka dijangka dapat menjadi pemangkin kepada kebangkitan seterusnya bagi menunjukkan bahawa PAKATAN RAKYAT tidak boleh lagi berlagak menuduh dan menuding pihak lain, khususnya UMNO dan Kerajaan Pusat bagi menutup sebarang salah laku mereka.

Jom turun ramai-ramai menyertai BAJU HITAM esok DI RUMAH MELAKA, JALAN BELLAMY DI BELAKANG ISTANA NEGARA.

2 comments

Blog Archive

Labels