1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Tuesday, January 4, 2011

Mimpi Si Pengangan

Tuesday, January 4, 2011
Dreams and reality..
Stalin, Karl Marx, Mao Tze Tung...citer dreams, yg mana rakyat pada umumnya impikan perkara2 ni..tapi trnyata in reality, ianya hanyalah satu impian.

Gitu juga Martin Luther King..misi dan visi nya adalah satu impian..pasal tu dia sendiri kabau.."In my dreams.."

Anwar guna approach yg sama..citer kan "dreams" dan "Idealism" yg mana ramai yg idam2kannya..tapi trnyata dalam kehidupan yg sebenar ianya adalah satu perkara yg hanya sedap didengar..kesemarataan, keadilan, ketelusan, kebebasan dsb.

Golongan2 "peasant" yg rasa tertekan ngan kehidupan dan tersisih, merasa marah ngan golongan bangsawan ( ahli2 korporat dan golongan2 elit) dan meletakkan golongan2 ni sebagai penyebab kepada kesengsaraan mereka. dan inginkan golongan2 ni membuka peluang dan agihkan kekayaan dan keistimewaan yg dimilik kepada org ramai..pada hal golongan2 bangsawan dan elit merasakan semua itu adalah milik mereka dan ianya atas usaha mereka dan ngapa perlu agihkan ngan gitu saja. Golongan2 ni juga trdiri mereka yg kecewa atau "kalah" dalam persaingan..kekecewaan menjadi senjata utk menghancurkan diri sendiri. Sepatutnya kekecewaan dan "kalah" ini sepatutnya jadi alat utk mematangkan diri sendiri dalam terus berjuang!! Dosa juga leh memusnahkan diri sendiri jika "dosa" dijadikan sebagai sumber kekecewaan dan kekalahan..
Jadikan "dosa" sebagai asset dan sempadan agar ianya leh jadi pendorong dalam mengejar pahala dan ganjaran..
Kekalahan sebenar..bila kekecewaan dijadikan musuh dan jadikan sebab untuk mengalah. Allah swt beri peluang sehingga ke saat2 yg terakhir utk kita terus berjuang!!

Qabil berjaya dihasut oleh syaitan kerana kecewa dan cemburu pada Habil..

Golongan2 ni mula menyokong sesapa je yg "champion" kan hasrat mereka tanpa memikirkan apakah kesudahan yg akan mereka dapati..Rakyat soviet union brsungguh2 dibelakang Stalin yg mana akhirnya mereka juga yg menghadapi kesengsaraan yg amat atas pilihan mereka sendiri.. Cina pula membuka lebih ruang kepada kebebasan dan kapitalism setelah menyedari "idealism" yg mereka pertahankan hanya membawa lebih banyak kemudharatan dari munafaatnya.

Kesemarataan dan keadilan yg manusia impikan atau idea komunisma hanyalah satu perkara yg "ideal"..tapi bukanlah realiti.Spt mana rakyat2 cina, soviet union menelan "pembohongan" ini gitu juga ramai rakyat M'sia menerima "pembohongan" ini.

Rakyat M'sia yg menerima "pembohongan" ni tidak memikirkan apakah kesudahan pada rakyat cina dan soviet union.

Gitu juga..revolusi yg melanda dizaman kemelesetan ekonomi dalam tahun 1998, 1999..revolusi "reformasi"..kononnya menjanjikan sesuatu yg ideal..yg mana akhirnya tidak membawa apa2 keuntungan pada golongan yg brdemo sakan dan trjerit2 pasal reformasi..hanya melihat keruntuhan kerajaan dan bangunnya kerajaan yg dihasilkan melalui reformasi yg goyah dan tidak kukuh spt di Indonesia, sehingga kini kita telah melihat peralihan kuasa yg kerap..dan masalah masih tetap ditahap yg lama..jeritan2 "reformasi" akhirnya brkubur!!

__

Hakikat kehidupan..sentiasa ada perbezaan. Cuma bagaimana nak kita hadapi dan melihat "perbezaan2" trsebut..negatif atau positif.

Kesemarataan..jari jemari pun tidak sama rata.
Keadilan..adil hanya bila masing2 menerima kekurangan dan kelebihan memasing.
Kebebasan..Tiap ciptaan yg wujud dalam dunia terikat ngan undang2 dan peraturan masing2. Siang ada hadnya, malam juga ada hadnya..matahari ada masanya, bulan juga ada masanya..mematuhi peraturan masing2 membawa kepada keamanan dan keharmonian..tapi jika bulan cuba jadi matahari..dan matahari cuba menjadi bulan, maka berlakulah haru biru dan kekecohan.
Ketelusan..ada perkara tetap dirahsiakan.

Dengan kekurangan dan kelemahan yg ada..kita kena terus berusaha.

Spt mana OKU..walaupun ada kekurangan yg kekal, perjuangan utk hidup dan mertabatkan maruah tetap diteruskan!!

Jadikan kekurangan dan kelemahan sebagai asset dan bukannya liabiliti..

-aa

0 comments

Ustaz-Ustaz Yang Buta Perut

Kabornya..dalam mahfum hadis nabi saw..sesapa yg mengunjungi ahli nujum yg menghitung nasib dan masa depan maka tertolaklah amalannya selama 40 hari...mahfumnya le.


PAKATAN, dan PKR ngan bangganya mempamirkan dimuka depan satu tabloid mengenai telahan seorang nujum kapir mengenai Nurul izzah yg kononnya bakal jadi PM wanita Malaysia pertama..


Mungkin kerana pak nujum ni, ahli2 PKR yg semakin hari semakin lemah semangatnya menjadi berkobar2 kembali..atau mungkin citer ni cuba mertabatkan Nurul Izzah sebagai seorg yg berkaliber dan layak jadi pemimpin dan bukan kerana bayangan bapaknya..atau nak "justified" kan kedudukan Nurul izzah..atau nak mengukuhkan kedudukan Anwarisma atau empire Anwar...atau ianya sebagai kisah utk mengukuhkan kedudukan Nurul Izzah keatas Azmin..


Maklumlah kalau Nurul Izzah jadi PM, masing2 faham ler sapa sebenarnya jadi PM..spt mana Azizah, Presiden PKR yg mana masing2 faham sapa sebenarnya Presiden PKR..


Dulu, sibuk ngan kisah Pak Nujum mengenai RAHMAN..yg mana nama Anwar disebut2kan sebagai mewakili huruf A...dan Nik Aziz disebut2kan sebagai mewakili huruf N.


Dan dari dulu hingga kini..tiada apa2 komen dari ustaz2 kita..semada dari PAS, UMNO..para mufti..dan ustaz2 "bebas"..


Spt biasa..para2 ustaz menganggap ni semua adalah "cakap2" politik..walaupun "cakap2" politik.."permainan2" politik leh hancurkan iman dan agama..


Malah, ada dijadikan bahan ceramah agama..


Jika telahan dari seorg mukmin..leh gak nak dirujuk, maklumler dah gitu pesanan Nabi saw..yakni mahfumnya..berhati2lah ngan telahan seorg mukmin kerana mereka memandang tembus akan Loh Mahfuz..


Tapi..ni adalah telahan seorg nujum kapir!!!!


-aa


1 comments

CELAKA SUNGGUH ORANG YANG MENCERCA MAHFUZ OMAR NIH!!!

Apa sebenarnya yang orang sakit hati sangat dengan Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena nih? Apa yang teruk sangat menjadi Mahfuz Omar sampai perlu dihina-hina dan segala tindakannya dipersoalkan? Dan mengapa pula peribadinya pula yang disangkut-sangkut sampai ke asal-usul sebagai pekerja setor Lapangan Terbang Bayan Lepas pun turut diungkit-ungkit?

Celaka besarlah bagi orang yang mengungkitnya!!!

Mahfuz letak jawatan sebagai Pengerusi Kedah Sato Sdn. Bhd, anak syarikat GLC Kedah sebab tidak suka dengan cara kerja kerajaan negeri yang dipimpin oleh OSTAT KITA. Salahkah tindakannya? Tidakkah itu menggambarkan ketelusan dan pandang jauh Mahfuz Omar yang sentiasa meletakkan keadilan dan ketelusan dalam prinsip perjuangannya bersama-sama PAS?

Yang nak dipersoalkan tentang motif Mahfuz, pasai apa? Awat, TONGONG sangat ka Mahfuz walaupun dia asalnya pekerja setor lapangan terbang? Awat, salah ka kalau Mahfuz guna taktik POLIGAME (politik + gambar + media) untuk mengangkatnya setinggi-tinggi yang mungkin dalam kerjaya politiknya?

Apa perlu Mahfuz perlu tahu segala prosedur dan tujuan sebenar penganugerahan kontrak KUIN kepada IJM secara runding terus dan bukannya Kedah Sato? Mahfuz tak mahu ada perkara-perkara runding terus nih. Mahfuz mahukan agar prosedur dijalankan secara terbuka dan telus... ada tender terbuka. Bila ada tender terbuka, bermakna kerajaan negeri Kedah lebih baik daripada UMNO-BN.

Takkan orang yang mengutuknya tak faham-faham? Celaka sungguh!!!

Sepatutnya, lebih ramai lagi pemimpin politik berwujud seperti Mahfuz Omar... setidak-tidaknya taklah dikatakan orang Cina dan India bahawa orang Melayu ni asyik nak kurung minda mereka semata-mata.... perlu diingat, Melayu tolong Melayu melalui runding terus adalah RASIS tetapi kalau Cina tolong Cina dengan tender terbuka, itu bermakna kesamarataan dan ketelusan... macam yang Lim Guan Eng buat di Pulau Pinang!!!

OSTAT KITA sangat kejam dan jumud... apa perlu anugerahkan satu kontrak bernilai ratusan juta ringgit kepada sebuah syarikat... cuba buat macam Lim Guan Eng, bagi segala projek kecil-kecil kepada berpuluh-puluh syarikat Melayu, taklah dikatakan tidak adil sekalipun satu kontrak kepada syarikat Cina bersamaan dengan beberapa ratus kontrak kecil yang dianugerahkan kepada kontraktor-kontraktor Melayu....

Takkan Mahfuz nak tolong capaikan cita-cita itu pun, kena kutuk jugak?

POSTING INI MERUJUK KEPADA ARTIKEL CELAKA INI!!!

0 comments

SHAMSUL ISKANDAR TAK PERNAH SEDAR, KASUTNYA TAK CUKUP INCI!!!!

Kadang-kadang terasa juga simpati dengan Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua AMK yang sentiasa lari apabila berada di 'medan tempur'. Beraninya hanya pada suara tetapi tindakannya sentiasa menggostan macam dia takut kalah ketika pemilihan Naib Presiden PKR dan kemudian menelan balik ludahnya dengan bertanding jawatan Ketua AMK... dan kemudiannya menang dengan cara menipu sampai Chegu Bard pun naik angin...

Bila cerita menteri kabinet terlibat dalam perogolan amah, seronok sungguh dia macamlah dia dapat peluru baru untuk ditembak. Dia pun tembak dentum-dentam tapi tembakannya sekadar peluru kapur. Dia suruh menteri terbabit tampil ke hadapan untuk membersihkan namanya.

Memang betullah, menteri yang terkena natijah itu perlu tampil dan membersihkan namanya. Dan ianya bukan sahaja desakan daripada kaum PKR-DAP semata-mata tetapi juga daripada kalangan UMNO-BN sendiri. Bab-bab jenayah seperti itu tidak boleh dikompromi sekalipun menteri berkenaan baru sahaja diturunkan dari kayangan sebagai 'ANUGERAH TUHAN' kepada rakyat Malaysia.

Cuma yang menjadi masalahnya ialah apabila Shamsul Iskandar Mohd Akin yang bercakap. Dia sendiri sepatutnya membersihkan namanya daripada tuduhan MENIPU UNDI dan MENGGUNAKAN UNDI HANTU untuk menang jawatan Ketua AMK. Dan tuduhan ini pula, datangnya dari dalam AMK sendiri, bukannya dari UMNO-BN.

Terlebih-lebih lagi, nasihat itu sewajarnya diberikan kepada Anwar Ibrahim agar tidak mencipta pelbagai polemik untuk menunda-nunda kes liwatnya yang sudah masuk tahun kedua. Anwar sudah terpalit sebagai PENGAMAL HOMOSEKSUAL menerusi keputusan yang dibacakan oleh ketiga-tiga hakim Mahkamah Persekutuan dalam kes liwat pertamanya.

Suruh Anwar Ibrahim tampil membersihkan imejnya. Tak payahlah sibuk-sibuk cari jalan nak gugurkan tuduhan liwatnya, kemudian menyalahkan sumpah laknat Saiful Bukhari Azlan yang kononya tak Islamik, kemudian kenakan pula tuduhan qazaf sedangkan Saiful adalah mangsa atau orang yang terlibat bukannya pihak ketiga sampaikan Dr. Lo'Lo' pun berkata, sumpah hanya wujud dalam perbicaraan walhal sumpah juga merupakan salah satu daripada cara pensabitan hukum.

Menteri terbabit hanya dituduh dan yang dikatakan mangsa, enggan buat laporan atau menyeretnya... ketua si Shamsul Iskandar pula, dah disabitkan dan ianya bukannya cakap dengar lagi...

Kesian si Shamsul Iskandar Mohd Akin nih... dia terlupa sukat tumit tapak kasutnya...

0 comments

AKIBAT DENGAR CAKAP CINA DAP, TELUR KHALID TERKANTOI!!!!

Khalid Ibrahim tak belajar habis lagi ilmu pembohong. Ilmu pembohong yang menjadi rukun dalam Parti Keadilan Rakyat, masih belum hazam dalam hatinya. Dia barangkali terlalu memandang rendah kepada 'batara guru', sehinggakan pembohongannya mudah dibaca, malah ditingkah hampir sekelip mata.

Sepatutnya Khalid belajar dengan Anwar Ibrahim, The Master of Deceiver. Patutnya Khalid belajar macam mana nak sembang deraih macam cerita kotak-kotak rahsia yang sebenarnya tak wujud pun dan kemudian untuk menebus dosa fitnah, pergi buat umrah kat Makkah dan cium kelambu Kaabah supaya dosa diampunkan Allah Taala.

Dan sepatutnya Khalid juga belajar dengan Anwar Ibrahim, The Supreme Master of Hoaxer. Hanya dengan ilmu yang bertahap tinggi itu sahaja, Khalid boleh cerita tentang kemelut perjalanan SUK Selangor yang baru, yang kononnya berpihak kepada PKR dan Pakatan Rakyat.

Siapalah agaknya yang menjadi tok dalang Khalid Ibrahim dalam hal ini? Rasa-rasanya ramai yang tahu, siapa yang beria-ia nak menolak Khusrin....

Khalid menghadap Paduka Sultan Selangor. Kemudian keluar cerita kononnya, baginda Sultan dah perkenan agar perkara itu diserahkan kepada PKR dan Pakatan Rakyat untuk membincangkan calon-calon yang baru bagi jawatan yang sengaja dikontroversikan itu....

Dan tanpa disangka-sangka, ketika Khalid sedang mengembangkan punggung para penyokong PKR-DAP dengan CERITA BOHONGNYA, Istana Selangor mengeluarkan kenyataan dan titah Duli Tuanku yang nyata sekali bertentangan dengan apa yang dikhabarkan oleh Khalid Ibrahim, PKR dan DAP Selangor.

Terlebih-lebih malang, titah ke bawah duli tuanku, langsung tidak memihak kepada Khalid Ibrahim yang merupakan Menteri Besar Selangor...

Nampak-nampak gayanya, tak menjadi jugalah usaha yang konon-kononnya nak bagikan balik kuasa Sultan yang telah 'dihilangkan' oleh UMNO kerana ternyata baginda masih lagi berkuasa dengan menidakkan pembohongan Menteri Besar baginda sendiri!!!!

Mengenai cadangan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 bagi mengembalikan kuasa pelantikan SUK Negeri kepada Sultan Selangor, baginda menitahkan supaya cadangan pindaan tersebut dipersembahkan untuk mendapatkan perkenan baginda terlebih dahulu

Tak berkuasa ke Paduka Sultan Selangor, sehinggakan usul pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor pun PERLU DIPERSEMBAHKAN kepada baginda terlebih dahulu? Agak-agak, Khalid berani tak bentangkan tanpa perkenan baginda di DUN dalam sidang tergempar nanti? (UTUSAN ONLINE)

Kalau dah namanya duduk dekat dengan PENDUSTA seperti Anwar Ibrahim, perangai pun sedikit sebanyak akan ikut juga seperti DAJJAL ANUGERAH TUHAN itu!!!

3 comments

Najib Bagi Pampasan, Kerajaan Negeri Politikkan

Lebih 2,000 petani kerugian besar, sawah padi ditenggelami air masin
04/01/2011 3:43pm
Oleh AZRAN FITRI RAHIM
TUMPAT 4 Jan. - Lebih 2,000 pesawah dari lima buah kampung di daerah ini mengalami kerugian besar apabila sawah padi mereka digenangi air masin yang masuk melalui Sungai Golok, disebabkan kelemahan sistem pengairan di kawasan tersebut.
Air masin tersebut dikatakan memasuki lebih 1,000 hektar sawah ketika musim banjir pada setiap tahun berikutan kedudukannya yang berhampiran muara sungai berkenaan.
Berikutan itu, pesawah terbabit di lima buah kampung iaitu Bendang Pak Yong, Simpangan, Jejulok, Mentua dan Kubang Bemban mendakwa mengalami kerugian beratus ribu ringgit disebabkan tanaman mereka musnah.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) Jejulok, Ghazali Isa berkata, air masin yang memasuki kawasan sawah pada setiap kali musim banjir sukar untuk keluar disebabkan laluan yang terlalu sempit dan memakan masa hampir dua minggu untuk kering sepenuhnya.
Beliau berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah membina beberapa buah pintu air tetapi ia terlalu kecil dan tidak mampu untuk mengeluarkan kesemua air masin yang telah melimpahi kawasan berkenaan.
"Setiap kali musim banjir perkara ini berlaku dan yang terbaru di kawasan sawah seluas 200 hektar di Kubang Bemban di mana tali air baru yang memisahkan antara tali air dengan sungai terlalu rendah sehingga menyebabkan air masin dapat memasuki kawasan sawah.
"Air masin ini menyebabkan kerosakan tanah dan tanaman akan musnah, setiap kali musim banjir memang air akan melimpahi tetapi masalahnya, air ini tidak boleh keluar dengan cepat dan ia akan terus bertakung dalam sawah dan mengambil masa satu hingga dua minggu untuk kering sepenuhnya," katanya ditemui pemberita di Kubang Bemban di sini, hari ini. - Utusan

_________

Apa lagi..sapa nak bagi pampasan ni..Pak Najib juga le!!!


Kerajaan negeri spt biasa..lepas tangan, dan katakan je ni tanggungjawab kerajaan pusat! Mudah gak merintah negeri ni..


Lepas kerajaan pusat bantu..politikkan le pulak, spt biasa..


-aa

2 comments

BINI KETIGA PEMIMPIN PAS MINTA FASAKH

Seorang pemimpin PAS yang sangat hebat apabila berceramah, berpakaian pun mengalahkan tok alim yang berguru bersanad tujuh lapan puluh orang, kini sedang berhadapan dengan masalah rumahtangga yang kian meruncing. Janggut panjang, berserban dan berjubah tidak mampu meneguhkan rumahtangganya.

Masalah dengan isteri ketiganya, bukan lagi perkara asing di kalangan kawan-kawan rapat. Ramai sangat yang tahu, apatah lagi dengan sikap isteri ketiganya yang terlebih gedik sekalipun bertudung litup. Dari awal perkahwinannya lagi, si pemimpin ini telah dinasihati agar tidak meneruskan niatnya, memandangkan dia sendiri pun tak cukup ditarbiyah sekalipun dia sering berusrah, bertamrin dan bertasykil.

Namun, berkat ubat kuat, berkahwin juga dia dengan wanita berkenaan...

Dan sekarang, pemimpin tersebut sedang berhempas pulas untuk mempertahankan rumahtangganya. Niat awal yang dilafazkan ternyata memakan diri kerana dia bukanlah jenis yang bertanggungjawab kepada keluarga sendiri meskipun sibuk nak ambil tanggungjawab negara!

Rumahnya tidak ada televisyen, konon-kononnya untuk mengelak perkara syubhah. Isterinya kurang diberikan pendedahan sosial sekalipun ketiga-tiganya mempunyai ijazah dalam beberapa bidang profesional. Agak malang bagi pemimpin ini kerana isteri ketiganya bukanlah jenis yang mudah menerima pendapat bahawa syurga isteri terletak di kaki suami.

Dan sekarang, jenuhlah si pemimpin ni duk mengarang alasan agar aib rumahtangganya tidak didedahkan dalam prosiding permohonan fasakh... dan seperti biasa, isteri ketiga pemimpin ini sedang dipujuk oleh beberapa gerombolan muslimat sedang berusaha memujuk isteri ketiga itu agar tidak meneruskan niatnya untuk meminta fasakh...

Yang menjadi masalah besar sekarang ialah, perkahwinan dengan isteri ketiganya masih tidak didaftar di Malaysia!!!

1 comments

UMNO KECUT PERUT BILA ANWAR BERKEMPEN DI TENANG

Bangga sungguh Mazlan Aliman apabila Anwar turun berkempen di Felda Cemplak dan Kampung Ayer Panas. Serta-merta Mazlan Aliman berkata, UMNO kecut perut apabila Anwar memulakan kempen pilihanraya kecil sekalipun tarikh penamaan calon hanyalah pada 22 Januari ekoran tindakan polis menghentikan ceramah Anwar.

(MALAYSIAKINI)

Agaknya memang betuller kut yang UMNO kecut perut apabila Anwar Ibrahim berceramah lebih awal, tiada permit dan melanggar peraturan yang telah ditetapkan. UMNO kecut perut ler sebab UMNO tak seberani Anwar yang boleh langgar segala peraturan sedia ada termasuklah peraturan yang ditetapkan oleh Allah Taala.

Rasa-rasanya dalam ceramah semalam tu, Anwar ada tak ceritakan tentang 6-7 kotak rahsia yang 'disimpannya'? Dan daripada 'kotak misteri' itu, Anwar ada tak keluarkan cerita tentang rasuah beberapa pemimpin negara yang konon-kononnya dalam genggamannya?

Dari tahun 1998, ramai yang masih mengharapkan Anwar akan membuka rahsia itu kerana Anwar tidak pernah menyimpan sebarang rahsia terutama sekali yang berkaitan dengan rahsia yang boleh mengugut orang lain. Itu memang kerja Anwar Ibrahim. Kalau tak ada rahsia pun, dia akan 'create' rahsia...

Orang Melayu ni mudah... benda yang tak betul, kalau disebut berkali-kali dan kemudian tiada pula respons, mereka akan menganggap fitnah itu sebagai sesuatu yang betul. Dan orang Melayu juga sangat bersangka baik dengan Allah Taala... pergi ke Makkah, buat umrah, kemudian cium kain Kaabah, konon-kononnya segala dosa akan dibersihkan Allah Taala.... Orang Melayu sentiasa fikir, dosa ni hanya dengan Allah Taala semata-mata dan Allah Taala sahaja yang boleh mengampunkan dosa manusia....

Itu yang diajarkan oleh Anwar Ibrahim.... Lokman Nor Adam, tak mahu ke cerita macam mana kisah pembohongan, fitnah Anwar Ibrahim tentang 6-7 kotak rahsia itu? Takkan lepas dapat pangkat dalam UMNO, terus diam dan terkesot telur? Dulu bukan main lagi, sepak terajang segala macam makhluk di tengah-tengah jalan, sanggup minum air mineral botol kecil dalam kabus wasap gas pemedih mata...

Aneh juga, sebegitu ramai yang tahu kisah kotak 6-7 kotak itu, tidak seorang pun yang berani ceritakan 'terus-terang Anwar' tentang 'fail-fail' di dalamnya...

Dengar khabarnya, Ezam Md Noor nak ketuai demonstrasi di Jalan Kebun... macam dulu-dulu... dengar-dengar sahajalah... entah betul, entahkan tidak...

Maka betullah kut cakap Mazlan Aliman yang UMNO kecut perut sangat-sangat bila Anwar berucap dan berkempen...

3 comments

RAZALI IBRAHIM KENA KERASKAN TELURNYA!!!!

Razali Ibrahim adalah Timbalan Ketua Pemuda UMNO. Sungguhpun terpaksa bersaing dengan Ketua Pemuda UMNO, Razali Ibrahim nampaknya lebih menonjol berbanding Khairy Jamaluddin yang terpaksa melakukan pelbagai gimik termasuklah membayangkan keengganan untuk mempertahankan Kerusi Parlimen Rembau.

Sememangnya 'gempar' bikinan Khairy Jamaluddin membuatkan ramai yang marah kepada Ketua Pemuda UMNO yang kelihatan sangat terdesak untuk terus memegang jawatan di dalam UMNO itu. Apatah lagi Pemuda UMNO di bawah kepimpinan Khairy Jamaluddin yang kelihatan sangat lemah, layu dan kering sekalipun Khairy cuba menimbulkan pelbagai polemik termasuklah membangkitkan perkara biasiswa untuk pelajar bukan Melayu-Bumiputera.

Bukan tidak ada desakan untuk Razali Ibrahim bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO dalam pemilihan akan datang. Dan mujurlah pemilihan telah ditunda dalam tempoh 18 bulan dari penghujung Oktober lepas. Setidak-tidaknya memberi ruang kepada akar umbi UMNO untuk menilai sendiri barisan kepimpinan sedia ada sama ada wajar dipilih semula atau dinyahkan kerana ketidakupayaan mereka menjalankan amanah dan tanggungjawab yang mereka sendiri minta.

Razali Ibrahim bagaimanapun dikatakan teragak-agak. Mungkin rendah diri atau barangkali juga wala' tidak bertempat sekalipun ketuanya sekarang tidak tsiqah terutama sewaktu bapa mertuanya masih lagi bergelar Perdana Menteri Malaysia.

Apabila Khairy Jamaluddin sudah pun menggunakan taktik ugutan sebegitu, Razali Ibrahim sepatutnya sudah pun bersedia untuk meneruskan kerjayanya dalam bidang politik, terutama sekali dalam UMNO. Isyarat sudah diberikan agar Razali mula menunjukkan kemampuannya memimpin barisan Pemuda UMNO dan mengeluarkan pergerakan tersebut daripada kepompong mandom, malas, lembab dan bacul seperti sediakala. Malah tidak keterlaluan juga kalau dikatakan, Razali Ibrahim wajar memimpin Pergerakan Pemuda UMNO agar dapat bersaing dengan Lujnah Pemuda PAS Pusat pimpinan Nasruddin Hassan Tantawi yang kelihatan lebih mantap dan lebih berwibawa.

Atau setidak-tidaknya mengikuti jejak langkah Nasruddin yang tahu diri dan tidak meminta jawatan yang bukan-bukan di dalam partinya....

Dan yang lebih penting, masanya sudah sampai untuk Razali Ibrahim MENGERASKAN TELURNYA dan memimpin Pergerakan Pemuda UMNO untuk Pilihanraya Umum Ke-13 yang dijangka berlangsung sebelum pemilihan agung UMNO.

Yang dipersoalkan sekarang, RAZALI IBRAHIM ADA TELUR KA?

0 comments

SEMOGA KEKAL PAS DIPIMPIN OLEH GOLONGAN YANG BERIMAN DAN BERTAQWA!!!

Cerita tentang projek menukar saf kepimpinan PAS sedia ada kepada golongan yang benar-benar berkiblat kepada wang ringgit, betina dan harta benda, bukan lagi cerita dalam selimut atau dalam kelambu. Para pemimpin PAS yang dahulunya sangat jarang mencecahkan kaki ke hotel mewah untuk mentekedaghah, kini sudah mula berjinak-jinak dengan sepinggan nasi yang berharga RM38. Pemimpin PAS yang bertubuh badan dan berpakaian zuhud dahulunya kini sudah bertukar menjadi pemimpin bersut mahal, berperut buncit dan berbadan mengalahkan buah pear masak ranum. Dan para pemimpin PAS yang dahulunya makan bersunnah berdulang, kini lebih selesa menggunakan camca dan garfu.

PAS selepas 'kemenangan' PRU12 benar-benar sudah berubah. Dan kerana melihat PAS mempunyai nilai yang lebih tinggi terutama di dalam Pakatan Rakyat, ramai pemimpin yang dahulunya, baca jawi pun merangkak-rangkak, sekarang sudah mula berlagak sebagai ustaz. Pemimpin yang dahulunya, sangat membenci apabila disebut perkataan sunnah, kini terlebih sunnah berbanding Yahudi mabuk yang berkeinginan untuk melihat keturunan King David dan Solomon menguasai Baitul Maqdis.

Cubaan untuk merampas kuasa pada Muktamar Agung yang lepas, berjaya digagalkan sungguhpun kumpulan tersebut menguasai jawatan Naib Presiden dan beberapa jawatan eksekutif yang lain. Namun kali ini, cubaan tersebut akan lebih terbuka, memandangkan kempen-kempen sudah pun dijalankan dan cerita-cerita buruk tentang peribadi beberapa pemimpin atasan PAS sudah mula dikumandangkan.

Dan modal utama mereka kali ini sudah tentulah KERAJAAN PERPADUANG dengan ANAK-ANAK SYAITAN sudah mula menghentam peribadi pemimpin tertentu PAS yang dituduh ingin membawa PAS bersatu dengan UMNO.

ANAK-ANAK SYAITAN ini sebenarnya bengap tahap cipan mabuk!

Orang Melayu-Islam diberi Allah Taala dua pilihan dalam arus politik Malaysia iaitu UMNO dan PAS. Apa-apa yang berlaku kepada salah satu parti Melayu ini, orang Melayu secara keseluruhannya turut menerima impak sama ada mereka membenci PAS atau UMNO atau menyokong salah satu daripada dua parti ini.

Dalam Islam sendiri, ada dua segmen pentadbiran iaitu ULAMA dan UMARA'. Kedua-duanya tidak boleh dalam satu tubuh, sebaliknya kedua-dua perlu dalam satu saf. ULAMA peranannya menegur dan menasihati selain mengkritik, manakala UMARA' menjalankan tadbir urus.

ULAMA TIDAK BOLEH JADI UMARA' dan UMARA' TIDAK BOLEH JADI ULAMA... itu adalah hakikat yang Allah Taala pertunjukkan menerusi pengakhiran Khulafa Ar-Rasyidin pada Syaidina Ali r.a dan terbangunnya pemerintah berdinasti yang dimulai oleh Dinasti Umayyah. Sehinggakan sebegitu banyak hadis daripada Nabi s.a.w tentang bahaya Ulama yang bercita-cita menjadi umara dan bahaya ulama yang merapatkan diri dengan umara'. Dan bahaya tersebut menimpa ummat, bukannya terhad kepada golongan ulama dan umara' itu sahaja.

Itulah yang sepatutnya berlaku antara PAS dan UMNO....

Yang menjadi bahaya ialah apabila manusia-manusia berbulu serigala ada di dalam tubuh badan ULAMA. Golongan ini bukan sahaja sesat, bahkan menyesatkan. Mereka mempergunakan agama sedangkan mereka sendiri jahil dan tidak berkelayakan untuk bercakap tentang agama. Dan golongan ini sangat mudah bekerjasama dengan kaum kafir semata-mata untuk mendapat habuan dunia yang berbentuk kuasa.

Dan kerana itulah, pertemuan antara pemimpin tertinggi PAS dan UMNO yang turut disertai oleh KDYMM Yang Dipertuan Agong, bagaikan petir di dalam telinga ANAK-ANAK SYAITAN ini. Mereka menggunakan kesempatan ini untuk memburuk-burukkan pemimpin tertentu PAS. Cumanya kali ini Allah Taala telah mengaturkan agar Nik Abdul Aziz turut serta dan terbabit dalam perbincangan tertutup itu.

Mungkin itu caranya Allah Taala pelihara Nik Abdul Aziz daripada terus diburuk-burukkan dan dipergunakan oleh ANAK-ANAK SYAITAN yang berwajah dan menyerupai punahsihat-punahsihatnya selama ini.

Dan untuk seketika, ANAK-ANAK SYAITAN itu masih buntu untuk mencari sudut mana agar Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mudah diperguna-gunakan tidak cacat cela. Pun begitu, ianya tidak menghalang mereka daripada memburu kedudukan-kedudukan penting dalam PAS menerusi muktamar agung yang bakal diadakan pada tahun ini.

Mereka sudah pun pandai bermain TWITTER dan pandai pula mengupah bloggers!!!

Sasarannya, jawatan TIMBALAN PRESIDEN PAS yang kini disandang oleh Nasharuddin Mat Isa.... berapa juta ringgit pula kali ini akan dihabiskan untuk kempen dan lobi?

1 comments

SHAHIDAN KASSIM KENA MAKI DI KHALAYAK RAMAI!!!!

Apa sudah jadi? Bekas Menteri Besar Perlis dimaki di hadapan para penyokongnya tanpa selindung-selindung. Shahidan Kassim hilang muka apabila dijerkah di khalayak ramai dan dijadikan seolah-olah budak berhingus hijau yang minta sebatang ais krim Malaysia....

Di mana Shahidan yang baru sahaja dilantik sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Perlis dimaki dan oleh siapa, rasa-rasanya sesiapa yang bersama-sama Shahidan dan rapat dengannya, cukup tahu!!!

Maka bayangkanlah seorang yang pernah menjadi Menteri Besar, pernah jadi Pengerusi UMNO Negeri, seorang yang pernah berjawatan dalam Kabinet Malaysia, alih-alih diperbudak-budakkan sahaja oleh seseorang....

"Ni nak menang ke nak kalah?"

Itu adalah soalannya dan soalan itu dilantunkan dengan suara yang sangat garang oleh seseorang yang tidak ada apa-apa jawatan pun, baik dalam UMNO mahupun dalam Kabinet Malaysia!!!

Barangkali Shahidan sendiri tidak menyangka, dia akan dimalukan sebegitu rupa di hadapan rombongan penyokongnya sendiri. Dan tidak mustahil pula, selepas ini Shahidan akan tutup mulut, berhenti berkerenah seperti budak kecil atau mungkin juga akan keluar dari UMNO untuk menyertai Ustaz Hashim Jassin...

Siapa tahu... orang kalau dah merajuk dan kecil hati, macam-macam benda orang boleh buat!!!

13 comments

HASIL BALAK 205%... BERAPA BESAR PULAK BANJIR TAHUN NI DI KEDAH?

Bangga betul Menteri Besar Kedah, OSTAT KITA mengumumkan peningkatan hasil balak Kedah yang dikatakan berjaya diperolehi sepanjang tahun 2010. Menurutnya hasil premium balak pada 2010 adalah RM50 juta, jumlah yang jauh lebih besar berbanding perolehan pada zaman Det Khalid iaitu RM8 juta.

BACA DI SINI

Sekalipun beralasan bahawa perolehan itu adalah hasil daripada sistem tender terbuka, namun ramai yang melihat hasil berkenaan diperolehi daripada saiz kawasan pembalakan yang lebih besar berbanding sewaktu pentadbiran Barisan Nasional. Dan lebih teruk lagi, pembalakan pada zaman OSTAT KITA pula dikatakan menambahterukkan kerosakan alam semulajadi, sekaligus menyebabkan berlakunya fenomena banjir besar.

Peningkatan hasil 205% hasil balak, natijahnya ialah banjir terburuk dan terbesar dalam tempoh 100 tahun. Tahun 2011, dijangka banjir besar akan melanda Kedah sekali lagi dan kawasan yang bakal dilanda bersaiz lebih besar berbanding yang berlaku beberapa bulan dahulu akibat keserakahan penebang-penebang dan konsesi balak.

Bagaimanapun, ada juga kemungkinan OSTAT KITA akan lebih berhati-hati kali ini memandangkan iklim politik di Kedah mulai berubah. OSTAT KITA tidak sahaja berhadapan dengan pertentangan dari luar Pakatan Rakyat, sebaliknya dari dalam PAS sendiri. Isu balak besar kemungkinan akan dijadikan sebagai senjata untuk gerombolan berkulit serigala memudahkan projek rampasan kuasa mereka!!!!

0 comments

TAZKIRAH SUBUH: JANGAN SAMPAI JATUH SYIRIK!!!



Semenjak kebelakangan ini, kita seringkali dihidangkan dengan pelbagai cerita-cerita yang kita sangkakan sudah pupus. Namun memandangkan ianya wujud dalam al Quran, bahkan Allah Taala telah pun 'menganugerahkan' Surah Muawizzatain, khusus untuk umat Muhammad yang nuzulnya ketika Nabi s.a.w cuba diracun oleh seorang wanita Yahudi yang sangat memusuhi baginda, fenomena sihir dan 'berjalannya jin di dalam salur darah manusia' akan terus berlaku sehingga dunia ini berakhir hayatnya.

Kisah-kisah sihir sebenarnya bukan cerita dongengan. Semakin dekat kita dengan sangkakala pertama tiupan Israfil a.s, semakin banyak kisah-kisah seperti ini kedengaran. Dan seperti yang dijanjikan oleh Iblis laknatullahhi alaih pada penciptaan Adam a.s, dia dan bala tenteranya akan mendatangi setiap anak Adam dari pelbagai arah untuk menyesatkan mereka. Hanya sanya mereka yang kukuh iman dan taqwanya kepada Allah Taala sahaja yang akan terselamat.

Dan Iblis serta tentera-tenteranya tidak pernah berputus asa, sekalipun terhadap Nabi s.a.w sama ada dalam berwujud al-Mughirah, seorang tua yang dihormati dari Najd mahupun Dzul Khuwaishirah yang mempersoalkan keadilan Nabi s.a.w dalam pembahagian ghanimah Perang Hunain.

Sihir merupakan permainan 'mudah' untuk Iblis dan bala tenteranya menyesatkan umat Muhammad. Disebabkan sihir, manusia yang beriman kepada Allah Taala dan rasul-Nya bergantung kepada ayat-ayat al Quran, sedangkan dari segi Tauhid, amat jelas, AYAT TIDAK MEMBERI BEKAS. Diajarkan oleh 'ustaz-ustaz' pelbagai jenis ayat sekaligus mendorong si pesakit bergantung kepada ayat-ayat yang dihafalnya untuk kesembuhan. Malah sangat ramai sebenarnya yang mengatakan 'ayat ini kuat, ayat ini ampuh, ayat ini power' sedangkan seluruh kekuatan itu adalah daripada Allah Taala dan hanya Allah Taala!!!

Dan selain penyesatan serta kekufuran menerusi taqlid, menerusi sihir juga, syirik berlaku sama ada bersifat khafi mahupun jalli melalui perbuatan dan lisan. Amat ramai yang mengatakan, sihir sebegini kuat, sihir sebegitu sangat ditakuti dan sebagainya. Sekaligus mengalihkan perasaan takut atau khauf bukan kepada Allah Taala sebaliknya kepada sihir dan bekas perbuatan makhluk!!!

Maka berhati-hatilah... keyakinan atau tawakkal kita kepada Allah Taala merupakan salah satu daripada maqamat yang perlu kita capai bagi kesejahteraan taqwa dan iman kepada-Nya.

Maqam adalah beragam muamalat (interaksi) dan mujahadah (perjuangan batin) yang dilakukan oeh seorang hamba pada sepanjang waktunya. Jika seorang hamba menjalankan salah satu daripada maqam itu dengan sempurna, maka itulah maqamnya sehingga dia berpindah dari maqam itu menuju maqam yang lebih tinggi. (Al-Qusyairi, Ar-Risalah-Al-Qusyairiyyah, muka surat 234)

Dan untuk mendapatkan maqam tawakkal, perlulah kita menempuhi 4 tahap iaitu ILMU YAQIN, AINUL YAQIN, HAQQUL YAQIN DAN KAMALUL YAQIN... dan sesungguhnya dengan menempuh keempat-empat tahap keyakinan ini, kita mampu menangani sihir secara langsung tanpa perlu mensyirikkan Allah Taala.

Pada masa yang sama, apabila kita sudah mencapai maqam Yaqin, maka tidak sukar bagi kita mencapai atau duduk dalam maqam Tawakkal pula... hanya tawakkal (berserah diri kepada Allah Taala) yang mampu menyelamatkan kita daripada gangguan sihir. Sebabnya Tawakkal adalah salah satu sifat manusia beriman dan ikhlas. Bahkan tawakkal adalah salah satu tanda orang arif.

Berkata Dzun Nun, salah seorang ulama tasauf dan ahli sufi terkenal apabila ditanya tentang tawakkal...

"Melepaskan diri daripada bantuan dan meninggalkan sebab-sebab." (Al-Ghazali, Al-Ihya, jilid 4, muka surat 264)

Semoga kita terhindar daripada melakukan kesyirikan sekalipun diduga dengan datangnya SIHIR kepada kita atau ahli keluarga. Dan semoga-moga kita semua akan memperolehi MURAQABAH iaitu menghadirkan pengawasan Dzat yang Maha Mengawasi dan kembalikan segala rasa gundah kepada-Nya.... Bi-iznillah wa insya-Allah!!!

1 comments

Monday, January 3, 2011

AMAH DIROGOL: MEMANG BANYAK YANG TAK KENA!!!

Monday, January 3, 2011
Kalau alasan gambar mangsa tidak disiarkan kerana ia mendatangkan aib, ianya memang bertepatan. Tetapi apabila alasan yang digunakan, tidak mahu menerima nasib yang sama dengan Altantuya Shiiribu yang mati dibunuh dan kemudiannya dibom sehingga berkecai, nampaknya ia memang sangat LAWAK!!!

Lebih melawakkan apabila organisasi bukan kerajaan, Migrant Care menerusi pengarahnya, Anis Hidayah berkata mangsa telah diberikan kaunseling tetapi tidak berminat hendak menyeret menteri berkenaan ke muka pengadilan kerana 'menteri ada akses yang besar dan duit yang banyak'.

Sedangkan di Malaysia, bersungguh-sungguh semua orang terutama dari kalangan Pakatan Rakyat yang mahukan Rais Yatim dihukum. Anehnya di Indonesia pula, mangsa tidak mahu membuat sebarang pendakwaan dan NGO Indonesia yang sangat skeptikal tentang Malaysia, terutama yang berkaitan dengan kebajikan pembantu rumah, tiba-tiba sahaja menjadi 'LEMBUT' dan 'BERBUDI BAHASA'.

Apa sangatlah menteri berkenaan kalau dibandingkan dengan majikan-majikan berbangsa Arab yang kerap mendera para pembantu rumah Indonesia, sehingga ada yang digunting bibir, ada yang dirogol ayah dan anak, ada yang dibogelkan dan tidak dibenarkan sama sekali berpakaian dan sebagainya. Sedangkan di Malaysia pula, pembantu rumah mengalahkan MEM BESAR, malah ada yang tidak segan silu mengorat majikan lelaki mereka, terutama kalau taukeh berkenaan berbangsa Cina dengan harapan dapat berkongsi kesenangan dan kemewahan.

Kalau tidak, masakan pembantu restoran wanita Indonesia di sini yang kononnya mengaku beragama Islam, boleh bekerja di restoran Cina, bergelumang dengan daging babi, makan minum di kedai berkenaan dan yang paling ketara adalah ijtihad mereka tentang memadukan suami masing-masing!

(BACA DI SINI)

Maka sudah sewajarnya rasa cuak mulai timbul berikutan keengganan 'mangsa' membuat laporan dan mengambil tindakan undang-undang tetapi sanggup pula menceritakan kepada NGO yang berkenaan... untuk apa sebenarnya?

Rasa-rasanya masyarakat Malaysia lebih dekat dengan undang-undang....

2 comments

AZIZ BARI CHANCELOR BARU UNISEL!!!!

Sekumpulan pelajar Universiti Industri Selangor (UNISEL) mencadangkan nama Prof. Emeritus Khoo Khay Kim sebagai Chancelor pusat pengajian tinggi itu yang baru menggantikan Rosmah Mansor yang kontraknya akan tamat pada bulan hadapan. Menurut pelajar-pelajar tersebut, Khoo Khay Kim mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan serta sumbangan terhadap pembangunan negara.

Dan KONON-KONONNYA juga, Kerajaan Negeri Selangor tidak berminat hendak melantik seseorang yang berlatar belakangkan politik untuk menjadi Chancelor universiti yang telah ditubuhkan oleh UMNO-BN tetapi sedang berusaha dihancurkan oleh PKR-DAP bagi memberi laluan kepada hub pendidikan DAP di Pulau Pinang.

Apa sangatlah Khoo Khay Kim kalau dibandingkan dengan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa yang sentiasa digambarkan sebagai PAKAR PERLEMBAGAAN sungguhpun beberapa tafsirannya tentang Perlembagaan Persekutuan sekadar tafsiran kanak-kanak yang berminat dengan dunia politik, bukannya berdasarkan akademik!

Orang yang paling layak menggantikan Rosmah Mansor di Unisel sudah tentulah tidak lain dan tidak bukan, Abdul Aziz Bari. Sesiapa pun, pastinya TIDAK TERGAMAK untuk melihat cendekiawan sebaik Khoo Khay Kim diletakkan dikubur dan liang lahad seperti UNISEL yang bakal dilupuskan oleh DAP-PKR Selangor.

Apatah lagi Khoo Khay Kim bukanlah penganut fahaman kesamarataan dan ketelusan serta penghapusan hak-hak istimewa Melayu yang menjadi rukun wajib bagi DAP untuk bersekutu dengan mereka. Perlantikan Khoo Khay Kim pastinya akan membawa satu lagi kemelut yang hampir serupa dengan kemelut SUK.

Khoo Khay Kim adalah cendekiawan sejarah yang sudah pasti akan menyatakan orang Melayu adalah penduduk asal kepulauan di tenggara Asia ini. Pendirian seperti itu sudah pasti sangat bertentangan dengan pendapat TAUKEH BESAR PKR-DAP di Selangor iaitu Lim Kit Siang serta konco-konconya bahawa Melayu adalah pelarian dan imigran yang setaraf dengan orang Cina dan India di negara ini.

Sewajarnya, Prof. Abdul Aziz Bari yang merupakan PAKAR PERLEMBAGAAN dinaikkan pangkat sebagai Chancellor UNISEL, apatah lagi Timbalan Chancellor UNISEL sudah pun memberikan kebenaran kepada para pelajar universiti berkenaan untuk menjadi pengambil upah demonstrasi secara profesional. Abdul Aziz Bari sangat berkebolehan untuk mengajar kemahiran tersebut kepada para pelajar UNISEL yang tidak pernah cemerlang dalam bidang akademik negara!!!

3 comments

KHAIRY MASUK PAS? TAHNIAH!!!!

Berita baik untuk para pejuang PAS!

Kalau tidak ada aral, tidak ada halangan, dan tidak ada pujukan serta tidak ada helah taktikal, Khairy Jamaluddin akan menyertai PAS berikutan 'huluran' tangan yang dibuat oleh Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hasan Tantawi.

Semuanya bermula apabila Khairy Jamaluddin membayangkan tidak lagi berkeinginan untuk mempertahankan Kerusi Parlimen Rembau yang dimenanginya pada PRU12 lalu. Menurut Ketua Pemuda PAS itu, pentadbiran Najib Abdul Razak tidak melihat potensi yang terdapat pada diri Khairy Jamaluddin sekaligus menyisihkannya biarpun Khairy adalah Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Ahli Parlimen Rembau.

'Tidak baik mempersia-siakan bakat kepimpinan yang sedia ada sedangkan ia masih boleh digilap dan disempurnakan untuk menjadi seorang pemimpin anak muda yang berilmu dan beramal soleh,' kata Nasruddin Tantawi. (HARAKAH DAILY)

Seandainya Khairy Jamaluddin melompat dari UMNO ke PAS, pastinya PAS telah mendapat satu kemenangan moral, sekaligus menandakan wujudnya sokongan daripada anak-anak orang elit seperti Khairy kepada PAS yang selama ini dianggap sebagai parti kampungan dan jumud beku kerana menafsirkan Islam mengikut mata yang berkepentingan.

Dan pastinya juga, ramai di dalam UMNO yang sangat suka hati dengan penghijrahan Khairy itu. Tidak salah juga seandainya ada orang yang akan berkenduri tujuh hari tujuh malam jikalau Khairy benar-benar menyeberang ke dalam PAS.

Persoalan yang timbul kini ialah, apa akan jadi dengan PAS selepas itu, terutama sekali Lujnah Pemudanya? Apakah penyakit berat UMNO akan dibawa bersama ke dalam PAS dan yang terlebih penting, sejauh manakah penerimaan anggota-anggota akar umbi PAS yang selama ini wala' tidak berakal, taat tak berotak? Apakah mereka sanggup berbaiat kepada Khairy setelah Khairy juga berbaiat dan bersumpah takliq talak tiga kepada isterinya, Nori Abdullah sekiranya dia keluar dari PAS selepas itu apabila dipilih sebagai wakil rakyat?

Apa lagi Khairy... peluang keemasan sedang menunggu, apatah lagi ketika ini PAS semakin mendapat sambutan terutama dari kalangan orang muda!!! Sambut sahaja huluran tawaran Nasruddin dan isi sahaja borang ahli... jangan lupa untuk bayar yuran keahlian seumur hidup, ya... nanti jadi macam satu makhluk tu, yuran tak bayar tapi memekaknya mengalahkan jadi ahli seumur hidup dunia dan akhirat!!!!

10 comments

NGANGA.... NGANGA.... CELAKO! CELAKO! NIK AZIZ CELAKO!!!

Apabila ada pihak dari Pakatan Rakyat yang membocorkan rahsia pertemuan tertutup antara kepimpinan tinggi PAS dan UMNO, melenting sakanlah ANAK-ANAK SYAITAN yang bertopeng agama dan cuba berlagak sebagai abid laksana Bashisha dengan Iblis Putih. Bertungkus lumuslah mereka cuba menafikan perkara tersebut, sehinggakan salah seorang daripada Erdogan-Liberal dalam PAS membuat kenyataan dalam TWITTER dan marah sakan dengan Presiden serta Timbalan Presiden PAS kerana memperdayakan Mursyidul Am untuk turut serta dalam perbincangan tertutup dengan pemimpin tertinggi UMNO itu. Sehinggakan apabila ada alibi yang cuba mengelakkan permusuhan di dalam jemaah PAS, pemimpin berkenaan segera menempelak dengan mengatakan, pergi ke London waktu malam, pertemuan diadakan di Kuala Lumpur (atau lebih tepat lagi di Istana Terengganu) pada waktu siang.

ANAK-ANAK SYAITAN itu berusaha sedaya mungkin untuk tidak memasukkan Nik Abdul Aziz Nik Mat. Konon-kononnya Nik Abdul Aziz duduk sekejap saja, hanya untuk makan, kemudian bergegas meninggalkan majlis tersebut bersama-sama KDYMM Yang Dipertuan Agong.

Mereka benar-benar ingin percaya dengan berita yang berlegar-legar di dalam kepala mereka sendiri. ANAK-ANAK SYAITAN itu benar-benar berkeinginan untuk mempercayai berita-berita dan sajak-sajak yang boleh digantung di dinding Kaabah seperti yang diamalkan oleh masyarakat Quraisy.

Nah, apabila Nik Abdul Aziz sendiri mengakui wujudnya pertemuan tersebut dan dia enggan menceritakannya kepada umum kerana ia adalah PERTEMUAN TERTUTUP, tertutup jugalah mulut ANAK-ANAK SYAITAN yang terlalu kasihkan IBLIS LAKNAT dalam bentuk TUBUH BADAN LIM KIT SIANG, LIM GUAN ENG DAN KARPAL SINGH selain Anwar Ibrahim yang berfahaman 'semua agama adalah sama'.

(BACA DI SINI)

Ternyata kali ini respons Nik Abdul Aziz agak lambat dan memerlukan 24 jam, sedangkan sewaktu wujudnya 'pertemuan gelap' antara UMNO dan kepimpinan PAS pada zaman penghujung Abdullah Badawi, Nik Abdul Aziz tidak payah menunggu sehingga beberapa jam pun untuk mengeluarkan kenyataan. Begitu juga apabila munculnya cerita 'kombinasi' PAS-UMNO di Perak, Nik Abdul Aziz juga tidak berusaha untuk tutup mulut sehingga 24 jam.

Pertemuan sudah disahkan. UMNO tidak ada sebarang bunyi lagi buat masa ini. Baik Najib mahupun Muhyiddin, kedua-duanya tutup mulut dan buat-buat tak tahu. Yang kecoh sangat adalah ANAK-ANAK SYAITAN dalam tubuh badan PAS yang sangat-sangat melenting dan marah kerana berlakunya pertemuan dan perbincangan tertutup itu.

Baca perenggan berikut dan pastinya akan ada ANAK-ANAK SYAITAN yang tergolek-golek bagaikan kepala kena panah petir sambil berzikir-zikir dan meratib-ratib yang ini hanyalah kebohongan media semata-mata!!!!

Bagaimanapun, Nik Aziz enggan mendedahkan hasil pertemuan itu kerana ia pertemuan tertutup, lapor Harakahdaily.

“Tentu ada perkara yang dibincangkan, mana boleh bertemu dengan perdana menteri untuk bersembang biasa.

“Bagaimanapun kerana ianya pertemuan tertutup, jadi saya tidak boleh mendedahkannya kepada umum, itu salah dari segi peraturannya,” beliau dipetik sebagai berkata di Kota Bharu tengah hari tadi.

2 comments

ISMAIL SABRI YAAKOB PERLU BERAMBUS SEGERA!!!!

Minyak masak hilang dari pasaran! Minyak masak tiada walaupun Malaysia adalah pengeluar minyak masak yang terbesar di dunia! Minyak masak hampir pupus di pasaran pengguna, walaupun harga sawit dunia berada pada paras tertinggi dunia!!!

Justeru, taktik, tak apa, kita menang dulu kemudian baru selesaikan masalah, wajar dicampak ke dalam longkang! Menteri yang berkaitan, Ismail Sabri Yaakob telah menyusahkan kaum pengguna menerusi beberapa siri peningkatan harga ketara sekalipun gaji, elaun dan segala kenikmatan hidupnya dibiayai oleh rakyat Malaysia!

Semua manusia adalah masyarakat pengguna. Dan sebahagian daripada masyarakat pengguna adalah pengundi. Daripada sebahagian tersebut, sebahagian lagi adalah penyokong UMNO-BN.

Ismail Sabri Yaakob adalah menteri yang mempunyai kaitan rapat dengan masyarakat pengguna. Beberapa tindakan dan cakap-cakapnya nyata telah menjadi liabiliti kepada UMNO-BN sendiri.

Dan sekarang, selepas gula, diesel, RON95 dan gas pembakar, minyak masak pula nampaknya memasuki senarai yang bakal menghancurkan UMNO-BN.

Suka tak suka, setuju atau sebaliknya, Ismail Sabri Yaakob memang SANGAT LEMAH!!!

Masalah kekurangan bekalan minyak masak, masih belum sampai ke pengetahuannya. Mulutnya masih terkunci atau barangkali dia masih berseronok-seronok menyambut kedatangan tahun baru bersama ahli keluarganya yang dibiayai oleh keseluruhan rakyat Malaysia.

Atau menteri ini sedang memberi peluang kepada orang tengah yang kerja mereka hanya memaketkan dan membotolkan minyak masak dengan jenama mereka sendiri untuk menaikkan harga dan kemudian, tampil sebagai penyelamat umat Malaysia?

Kalau menteri sendiri bagaikan mata tajak tidak berasah, lebih baik BERAMBUS segera daripada jawatan yang disandangnya. Rakyat Malaysia tanpa mengira parti politik, agama yang dianuti atau darah kaum yang mengalir di badan masing-masing, pastinya cukup SENANG HATI seandainya Menteri yang semandom, selembab dan sangat majal seperti Ismail Sabri Yaakob segera meletakkan jawatan kerana kegagalannya mengawal harga barang serta memastikan bekalan mencukupi untuk keseluruhan rakyat Malaysia!!!!

7 comments

YANG NI BETUL TERBALIK, PKR CABAR RAIS BERSUMPAH LAKNAT!!!!

Ini berita yang agak menarik!

PKR mencabar Rais Yatim untuk melakukan sumpah laknat bagi membersihkan namanya daripada tuduhan merogol pembantu rumah bernama Robengah pada tahun 2007 seperti yang hebat diperkatakan di serata blog, portal berita dan ceramah sekarang.

Saranan tersebut datangnya daripada PKR Batu Sapi dan orang yang menyarankan agar Rais Yatim bersumpah laknat adalah Zainuddin Hassan, Naib Ketua Cabang merangkap Setiausaha Cabang PKR Batu Sapi. Alasannya, tidak mahu Malaysia terpalit dengan pelbagai skandal seks kerana dunia mengetahui Malaysia adalah Negara Islam dan Negara Hukum. Menyembunyikan perbuatan jenayah rogol dan melindungi penjenayah adalah perbuatan terkutuk.

Disebabkan itu, Zainuddin menggesa agar siasatan dan hukuman setimpal dijalankan agar Malaysia terus dihormati. (SABAHKINI)

Adakah ini satu lagi sabotaj kepada Anwar Ibrahim setelah Gobalakrishnan, Ahli Parlimen Padang Serai, Zaid Ibrahim, bekas calon Timbalan Presiden PKR, Jeffrey Kitingan, bekas Naib Presiden PKR menyertai barisan bekas anggota-anggota PKR yang kini menentang Anwar Ibrahim?

Umum mengetahui bahawa Anwar Ibrahim merupakan manusia yang paling banyak alasan apabila tiba bab bersumpah laknat. Antara alasan yang diberikan adalah 'larangan ulama tertentu' kononnya bersumpah bukanlah cara Islam, sekalipun dalam pensabitan hukuman jenayah sama ada qisas mahupun hudud, bersumpah juga merupakan sebahagian daripada tatacaranya.

Amat mustahil Naib Ketua Cabang Batu Sapi itu tidak menyedari hal tersebut, atau barangkali PKR Batu Sapi juga sebenarnya sudah menerima hakikat bahawa Anwar Ibrahim melakukan perbuatan liwat berdasarkan kepada keengganannya untuk bersumpah laknat sekalipun Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar dari kes liwat pertama dahulu telah melakukan sumpah laknat. Begitu juga dengan Saiful Bukhari dalam kes liwat kedua...

Atau barangkali kerana Rais Yatim merupakan pemimpin UMNO, maka diminta bersumpah laknat sekalipun sehingga kini tidak ada kes mahkamah yang membabitkan Rais Yatim sekaligus tidak ada juga keputusan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan yang menyatakan, Rais dibebaskan kerana masalah teknikal sebagaimana yang dihadapi oleh Anwar Ibrahim.

Lawak betullah PKR nih... ketika pemimpin 'anugerah tuhan' mereka diminta bersumpah laknat bagi membersihkan namanya, macam-macam alasan yang diberikan, termasuklah dari segi agama kononnya...

Dan sekarang, mereka menyuruh Rais Yatim pula bersumpah laknat? Muka dan hati mereka ada warna pelangi macam simbol gay tu ke?

3 comments

KHAIRY, KHAIRY... KAU BETUL-BETUL MENYUSAHKAN!!!

SMS yang diterima pada 1.31 PM tadi...

SMS BUAT KJ: Assalamualaikum YB KJ, tanpa ribut/taufan sekali lagi sdr gegarkan persoalan personal sdr, dalam UMNO/BN nak hadapi PRUumum ini sdr buat hal lagi, sudah2lah, sdr nak berehat, nak bersara, nak belajar atau apa shj yang berhubung kait dgn UMNO/BN, tlglah sampaikan secara bebrisik pada YAB Presiden UMNO, tak perlu lontar cerita meloyakan ini pada umum. Sampai sahaja masanya, beritahu pada Presiden UMNO, "Sir, I want to resign from UMNO", habis cerita. Skrg ini jentera UMNO/BN nak kena jwb pula prob sdr d akar umbi, buang masa kami sahajalah. Sudahlah d Sel ni segelintir 'Pem UMNO Hidup Segan Mati Tak Mahu,' jgnlah bebankan lagi Presiden & Tim Presiden. Klu sdr rasa sdr gagal, jgn herert sekali UMNO d lembah kegagalan. Saya pohon pada media arus perdana tak perlu ulas soal KJ nak berhenti ni, BEBAN! BEBAN! Akar umbi UMNO Sel sdg bertenaga nak tumbangkan anjing2 Pakatan Rosak, jgn luluhkan smg kami. Salam, WIP - GAPS

Panjang lebar sungguh SMS tersebut tetapi isinya cukup jelas iaitu MELUAT dengan 'promosi' yang dilakukan oleh Khairy Jamauddin yang membayangkan keinginannya untuk tidak mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada PRU13 nanti.

Sama ada Khairy benar-benar bermaksud untuk tidak mempertahankan jawatannya selaku Ahli Parlimen Rembau dibuat atas 'keperluan akar umbi' atau satu lagi desakan agar dia diberikan jawatan dalam rombakan kabinet akan datang, hanya dia dan pengatur strateginya sahaja yang mengetahui.

Ramai yang melihat cara Khairy menyuarakan 'keinginannya' itu tidak tepat pada masanya. Apatah lagi tatkala banyak benar rumusan yang tidak 'elok' terkena pada batang tubuhnya, sekaigus membuatkan keinginannya untuk tidak mempertahankan kerusi Parlimen Rembau lebih kepada ugutan, bukannya bersifat prihatin.

Maka SMS berkenaan merupakan manifestasi daripada suasana sebenar yang perlu dihadapi oleh para penyokong UMNO sama ada mereka adalah peminat KJ, penyokong KJ, mahupun penentang KJ yang tegar seperti beberapa orang blogger yang tidak sembunyi-sembunyi menentang Khairy Jamaluddin walau atas isu apa sekalipun!

Kesempatan yang diambil oleh para penyokong Pakatan Rakyat dalam isu Khairy tidak mempertahankan kerusi Parlimen Rembau, tidak memberi kelebihan kepada para penyokong UMNO/BN. Dan sememangnya isu ini mencacatkan kerancakan serangan para penyokong UMNO yang mula menampakkan semangat.

Namun terfikir juga, walau apa yang dilakukan dan disuarakan oleh Khairy, sebenarnya tidak pernah memberikan kelebihan kepada para penyokong UMNO pun! Kelebihan hanya diperolehi apabila Khairy menutup mulut dan tidak menonjolkan tingkah lakunya.... dan seandainya kita berada dalam kedudukan Khairy, pastinya kita juga akan kebingungan... cakap salah, tak cakap lagilah salah...

Atau mungkin juga sebenarnya, Khairy tersalah pilih masa? Atau kata sesetengah orang, sengaja memilih masa yang salah untuk melakukan tekanan bagi tujuan peribadi?...

Entahlah... yang sohehnya, Khairy Jamaluddin bukanlah pemimpin yang berasal dari akar umbi... mungkin juga dia tidak memahami budaya hidup manusia di negara ini kerana dia tidak pernah hidup dengan cara akar umbi Malaysia semenjak dilahirkan sehinggalah dia berkahwin dengan Nori Abdullah...

4 comments

JONAH CUTE NAK BAGI MEMO LEPAS WAKTU DHUHA

Yang berdiri segak dalam gambar ini adalah Khairul Anuar Zainuddin, Ketua AMK Selangor. Kalau sebut nama Khairul Anuar, mungkin budak-budak AMK tak kenal sangat. Tapi kalau sebut saja nama Jonah, pasti ramai yang tepuk-tepuk meja sambil gelak-gelak angkat kaki.

Si Jonah yang kiut katek ini akan menyerahkan memorandum membantah perlantikan Khusrin Munawi sebagai SUK Selangor kepada Ketua Setiausaha Negara di Putrajaya esok pagi. Berdasarkan maklumat, mereka akan berkumpul di hadapan Masjid Putrajaya.

Tentu anda masih ingat, si Jonah ini pernah buat lawak bangsat apabila menentang perlantikan Zaid Ibrahim sebagai calon PKR Hulu Selangor sebaliknya melakukan desakan agar Anwar Ibrahim memilih Shamsul Iskandar Mohd Akin sebagai calonnya. Bahkan bersama-sama Shamsul Iskandar, mereka berkempen dengan Shamsul menggambarkan dirinya sebagai calon.

Yang dikendong tak dapat, yang dikejar berciciran... Hulu Selangor tak dapat ditawan, Zaid Ibrahim pun tak lama kemudian, cabut meninggalkan PKR yang kian berserabut.

Hantar memorandum, buat bantahan, berarak tepi jalan, mengonggong macam anjing lapar... itulah sahaja yang puak-puak ni tahu. Bila mai tang projek, sapu licin macam tikus jumpa keju. Dari sekecil-kecil projek seperti membekalkan sebatang pen, sampailah buat banner dan bunting, semuanya sapu licin.

Aneh juga, sungguhpun beberapa orang 'calon' Ketua AMK Selangor, begitu bersungguh-sungguh nak menjatuhkan Jonah sebelum ini kerana tidak gemar dengan cara dia menyapu, menang juga mangkuk nih jawatan itu. Atau adakah kemenangannya juga sama seperti kemenangan Shamsul Iskandar dan Azmin Ali?

Atau boleh jadi juga, menghantar memorandum kepada KSN tu sebenarnya satu helah sahaja kerana sebenarnya Jonah teringin nak melawat Putrajaya sambil berangan-angan yang Putrajaya telah berjaya ditawan oleh Anwar Ibrahim... manalah tahu, kalau daun-daun kering menjadi udang, ranting-ranting kering menjadi ikan, impian dan angan-angan itu tercapai... mungkin Jonah juga akan dilantik setidak-tidaknya sebagai balaci dan budak pejabat di Pejabat Perdana Menteri... kalau nasibnya baik, dapat juga dia jadi budak pembancuh kopi. Bukankah jawatan BUDAK PEMBANCUH KOPI merupakan jawatan tetap dalam kabinet Anwar?

Bersama-samalah kita 'berkumpul' bersama-sama Jonah yang kiut dan katek di hadapan Masjid Putrajaya... mungkin dia datang awal, ajak sekali dia bersolat Dhuha... kalau dia tak tahu, ajar saja dengan doa pada sujud terakhir rakaat kedua yang bermaksud:

"Kurniakanlah aku ilmu dan hikmah wahai Maha Pemberi Kurnia. Kurniakanlah aku rezeki wahai Maha Pemberi Rezeki dan permudahkanlah yang demikian untukku."

Ajar juga yang doa itu dibaca 40 kali sewaktu sujud terakhir rakaat kedua tuh.... manalah tahu kut kalu selepas sibuk jadi pengikut Anwar Ibrahim ni, terlupa pulak Jonah kiut nak bersolat Dhuha... lagipun berkumpul plak di hadapan Masjid Putrajaya... elok sangat ler tuh... cuma kalau boleh berkumpul pada waktu Dhuha (antara pukul 8-11 pagi) mungkin itu lebih afdal...

Dan lepas solat Dhuha tu nanti, jangan lupa juga suruh Jonah berdoa... kalau tak tahu doa Dhuha macam mana, minta kawan-kawan dari PAS ajarkan... sebab depa pandai bab-bab doa nih, terutama bab doa pecah perut, doa laknat dan doa kasi mati cepat!

2 comments

BILA KIT SIANG CUBA BELA ANAKNYA YANG 'NERD'

Dalam usaha untuk membela kerajaan anaknya yang kian goyah akibat pembohongan yang keterlaluan serta permusuhan ketara terhadap orang Melayu, Lim Kit Siang terus menyerang Najib Abdul Razak dan Utusan Malaysia yang disifatkannya sebagai pengembang permusuhan kaum atau lebih tepat lagi RASIS dan penekanan terhadap imej Melayu yang RASUAH.

Dari semasa ke semasa, Lim Kit Siang berusaha sedaya mungkin untuk terus menekankan perkataan RASIS kepada orang Melayu, malah sentiasa berusaha sedaya mungkin untuk menggambarkan orang Cina sebagai mangsa kepada orang Melayu dengan melabelkan slogan 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan sebagai penganiaya kepada rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa, pelbagai agama dan pelbagai budaya.

Dengan kata lain, Lim Kit Siang secara tidak langsung cuba menyatakan 1Malaysia bersalahan dengan prinsip Malaysian Malaysia yang dipelopori oleh DAP. Sama ada sedar atau tidak, Lim Kit Siang sentiasa cuba membawa gambaran 1Malaysia kepada prinsip kepercayaan DAP sekalipun pada dasarnya, Malaysian Malaysia itu sebenarnya adalah Mencinakan Malaysia dan Hancurkan Melayu...

Dia memberi pelbagai contoh antaranya membabitkan serangan ke atas gereja, arahan agar salib dan lagu-lagu krismas tidak dinyanyikan sewaktu lawatan Najib ke salah sebuah gereja yang kemudiannya dinafikan sendiri oleh pihak gereja dan pertubuhan katholik tentang tuduhan tersebut, keputusan kabinet untuk mewajibkan mata pelajaran Sejarah yang selagi boleh cuba disembunyikan dan dicacatkan oleh DAP kerana DAP merupakan penyebab utama tragedi pembunuhan kaum pada 13 Mei 1969, penganiayaan ke atas Chia Buang Hin yang mendakwa dikasari dan dipukul oleh polis dalam satu operasi dadah serta perlanggaran Perlembagaan kerana perlantikan SUK Selangor yang baru tanpa persetujuan DAP menerusi Menteri Besarnya.

Bagaimanapun, apa yang berlaku di Pulau Pinang, tidak langsung disentuh oleh Lim Kit Siang. Barangkali dia sudah cukup berpuas hati kerana sekalipun dia tidak bersuara, juak-juak dan penjilat tegarnya yang berkepiah putih dan bercakap Melayu akan terus mempertahankan Lim Guan Eng. Dia cuma perlu menekankan perkataan RASIS dan Melayu-Melayu yang lain, akan sentiasa berusaha mengelak daripada terkena badi perkataan RASIS yang diucapkannya menerusi tindakan mereka menyokong apa-apa sahaja yang dilakukan oleh Lim Guan Eng.

Cukup mudah dan formula itu sangat berkesan kerana walau apa pun keburukan yang dilakukan oleh Lim Guan Eng, anak lelaki Kit Siang itu tetap dianggap sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz sehinggakan Mujahid Yusof, anak seorang pemimpin PAS yang sangat disegani, sampai mengatakan, Melayu yang tidak memilih Pakatan Rakyat akan kerugian besar.

Perlu diingat, menjadi wakil rakyat berbangsa Cina DAP, tidak memerlukan sokongan dari akar umbi seperti kebanyakan para wakil rakyat Melayu atau lebih tepat lagi turun padang. Mereka hanya perlu bercakap, muncul dalam media dan mengutarakan idea-idea yang pelik-pelik yang kelihatan sangat menyokong kecinaan di negara ini, maka mereka akan mendapat sokongan yang sangat besar.

Ambil sahaja contoh Kit Siang. Dia adalah Ahli Parlimen Ipoh Timur. Entah apa jasanya di Ipoh Timur, ramai yang tidak tahu. Bahkan Kit Siang sendiri pun, besar kemungkinan tidak tahu nama sebatang jalan dan trademark Ipoh Timur kerana jarangnya dia ke sana.

Pun begitu, bagi mengekalkan kemenangannya, Lim Kit Siang kena bercakap di media... maka sebab itulah, jangan hairan apabila Lim Kit Siang terus menekankan perkataan RASIS kepada apa-apa sahaja yang melibatkan Melayu selain menokok imej RASUAH kepada Melayu seperti yang dilakukannya terhadap Isa Samad yang dilantik sebagai Pengerusi FELDA yang baru.

Dua perkara itu sudah cukup untuk memantapkan sokongan Cina-Cina DAP kepadanya!

Mungkin sebab itu, ada juga sebilangan wakil rakyat UMNO yang cuba meniru gaya Lim Kit Siang, kut?

0 comments

PROJEK DENGAN MAT BANGLA, ANAK JADI UMPAN

Berita tentang seorang wanita yang membawa anaknya yang berusia dua tahun sebagai 'penyelamat' agar memudahkan dia 'berprojek' dengan Mat Bangla yang baru dikenalinya beberapa jam sempena sambutan tahun baru, beredar di beberapa buah akhbar. Wanita berkenaan yang berusia 40 tahun, diberkas oleh penguatkuasa JAWI di sebuah hotel murah di Jalan Raja Muda Abdul Aziz pada pukul empat pagi.

Ini adalah secebis kisah daripada jutaan kisah yang hampir serupa pada sambutan tahun baru yang turut membabitkan campurtangan kerajaan. Ini baru kisah tahun baru, belum lagi kisah malam Ambang Merdeka atau malam Hari Raya Puasa. Ini baru kisah di hotel murah, belum lagi di hotel-hotel bertaraf tiga bintang dan berbintang-bintang. Dan ini kisah orang marhein, belum lagi kisah VVIP, VIP mahupun golongan atasan yang turut melakukan perbuatan yang serupa.

Mencari-cari kesalahan orang lain, adalah satu kesalahan. Bagaimanapun, pihak berkuasa perlu membuat langkah pencegahan agar perkara seperti ini tidak berlaku. Di Malaysia, keadaan amat terbalik dan tunggang langgang. Mencari-cari kesalahan, mengintip-ngintip kesalahan dianggap perkara halal dan perkara biasa. Lebih teruk lagi, ada penguatkuasa yang datang bersama kamera dan video untuk mengambil gambar orang yang ditangkap melakukan perbuatan berkenaan.

Seharusnya kerajaan memperkasakan langkah-langkah pencegahan, bukannya hanya mengambil tindakan setelah berlakunya sesuatu natijah daripada galakan perkara maksiat seperti malam sambutan tahun baru. Sepatutnya pihak berkuasa, menggunakan ketegasan untuk menghentikan budaya hiburan yang berlebihan, bukannya memberikan galakan dan turut sama menyumbang tenaga dalam perkara-perkara syubhat.

Perkara-perkara syubhat seandainya tidak dibendung, pasti akan menjadi maksiat. Dan inilah teladan yang boleh dipelajari daripada peristiwa ini. Sememangnya memalukan. Dua orang pelaku berkenaan sudah tentu memalukan diri mereka sendiri, sedangkan pada masa yang sama, kumpulan penguatkuasa itu juga turut memalukan kerana sudah pasti, ada sebenarnya yang seronok dengan 'kejayaan' mereka menangkap si pelaku, apatah lagi dapat melihat aurat si pelaku dengan bebas yang konon-kononnya sebagai pengajaran.

lebih malang apabila operasi berkenaan turut sama melibatkan wartawan. Jangan terkejut seandainya orang yang menguatkuasakan undang-undang syariah dengan melakukan penangkapan, sebenarnya adalah manusia yang tidak pernah bersolat jemaah di surau atau di masjid. Lebih teruk lagi, ada yang tidak bersolat pun dan hidup mereka sentiasa kufur.

Jangan seronok dan berasa lega dengan operasi sebegini kerana ia turut melibatkan iman bukan sahaja kepada orang yang ditangkap, bahkan kepada orang yang menuliskan berita, yang menangkap dan yang paling penting, yang seronok sangat apabila ada pasangan yang ditangkap kerana berkhalwat.

Satu sahaja soalan yang wajar ditanya ialah, sejauh manakah kita telah menghudud dan mengqisaskan diri kita sendiri sebelum kita mahukan undang-undang itu dikuatkuasakan kepada seluruh rakyat? Dan sejauh manakah kejujuran kita kepada taqwa sendiri sebelum kita mempersoalkan maksiat orang lain?

1 comments

UIHHH... GARANGNYA MAK CIK ZURAIDAH NIH!!!!


Garang sungguh mak cik kepoh nih... dia dah bagi kata dua kepada Khusrin, SUK Selangor yang baru agar tampil untuk membersihkan diri daripada segala macam tuduhan yang Khusrin adalah perompak yang dihantar oleh 'lanun Black Pearl' untuk melanun di kantung kerajaan negeri Selangor yang sebenarnya sudah pun dikosongkan oleh lanun PKR dan DAP!

SINI BACA

Dia pun turut sama sakit hati apabila rupa-rupanya kuasa yang dicari dan direbut-rebut ternyata ada had iaitu KDYMM Paduka Sultan Selangor. Janji macam-macam kepada rakyat Selangor untuk menang, ternyata sekarang ini Allah Taala tunjukkan bahawa segala janji tersebut sekadar janji pembohong kerana kuasa di Selangor dan negeri-negeri yang lain terletak di tangan Sultan.

Itu yang menggelupur macam janda mati laki yang ketujuh. Diputar belit, diselak sana, diselak sini semata-mata untuk menutup kebodohan diri di samping membesarkan ego dan besar kepala.

Nak sembang apa wahai mak cik kepoh oiii... kawasan Ampang ni pun dah bermasalah besar. Mak cik kepoh tak turun pun jenguk kawasan. Mak cik kepoh boleh sampai ke Sarawak dan menjanjikan kemenangan 40 kerusi untuk PKR atau Pakatan Rakyat di negeri itu di samping menyungkit kesusahan Dayak dan Melayu di ceruk pedalaman. Tapi di Ampang, yang letaknya hampir sangat dengan Kuala Lumpur, mak cik kepoh jarang sangat turun walaupun mak cik kepoh dan keluarga duduk di sini.

Mujurlah ada ADUN Lembah Jaya dari PAS yang sangat aktif, sangat baik, sangat mulia dan sangat berjasa. Mujurlah cover up Khassin, anak kelahiran Serdang Kedah, tidak memburukkan kawasan yang seratus peratus dikuasai oleh Pakatan Rakyat ini. Nak harapkan anak kelahiran Singapura seperti mak cik kepoh nih, dia sekadar tahu tentang lurah dan darjah kedudukan lubang jubur Anwar Ibrahim tapi sangat BAHLOL tentang kemiskinan beberapa keluarga terutama di Kampung Melayu Ampang yang hidup menderita sekalipun di dahi mereka ada cop bulan dan mata lebam.

Sibuk sangat nak bela Dayak dan Melayu di Sarawak sana nuh, mak cik kepoh lupa, ada ibu tunggal dengan tiga orang anak yang berpenyakit jantung dan paru-paru, sudah tiga tahun masih tidak dapat bertemu dengan mak cik kepoh semata-mata untuk mendapatkan tandatangan dan surat sokongannya bagi kemasukan ke IJN.... sebabnya pejabat perkhidmatan MP Ampang tutup dan hanya tinggal papan tanda.

Dan mujurlah ada Khassin, ADUN PAS yang membantu tanpa perlu bertanya sama ada yang hendak dibantunya itu orang PAS, PKR atau UMNO.

Sibuk persoalkan integriti Khusrin, mak cik kepoh seharusnya mempersoalkan integriti dirinya sendiri... malah mempersoalkan pendapatan yang diperolehi daripada menjadi Ahli Parlimen sama ada halal atau tidak berdasarkan kepada perlunasan tanggungjawab!!!!

Nak persoalkan orang konon... nak berjalan bawak punggung sendiri pun, dah jadi masalah besar!!!!

8 comments

Sunday, January 2, 2011

DI MANA DAP MENANG, DI SITULAH GANGSTER BERKUBANG

Sunday, January 2, 2011
Kisah pembabitan beberapa orang pemimpin DAP dalam dunia gelap, semakin hebat diperkatakan. Dan terbaru ialah di Sibu, kawasan yang berjaya direbut oleh DAP dari tangan Barisan Nasional.

Namun kemenangan DAP turut menyemarakkan satu lagi masalah di Sibu walaupun Ahli Parlimen DAP itu menjanjikan penyelesaian masalah ketika berkempen. Masalah tersebut adalah gangsterisme.

Berita tentang kegiatan gangster yang bukan sahaja mengugut dan memeras penoreh-penoreh getah, sebaliknya turut merampas kebun getah daripada pemiliknya sudah sampai ke pengetahuan polis dengan 10 penangkapan dibuat setakat ini. Sibu bukan sahaja terkenal sebagai tempat berkumpulnya masyarakat Foochow, tetapi turut berkumpulnya segala kegiatan samseng yang menumpang tui kemenangan DAP.

Itu kisah di Sarawak. Kisah di Semenanjung juga tidak kurang hebatnya terutama sekali di Selangor dan Pulau Pinang. Semenjak kemenangan DAP di beberapa kerusi Parlimen, peningkatan kadar jenayah lendir dan jenayah wang, semakin berleluasa. Saban minggu, serbuan dan tangkapan polis ke atas pelacur-pelacur asing, nampaknya tidak berkurangan, bahkan semakin bertambah.

Maka timbullah tanda tanya, apakah kerana DAP dipimpin oleh sebilangan peguam-peguam yang berpengaruh, maka kegiatan jenayah juga semakin berleluasa? Apakah kerana para penjenayah terbabit begitu yakin mereka akan dapat meloloskan diri dengan bantuan daripada peguam-peguam yang menjadi pemimpin DAP, maka mereka tidak perlu takut dan gentar dengan undang-undang.

Melihatkan situasi semasa, sememangnya para pemimpin DAP yang berkerjaya selaku peguam, gemar benar mengambil kes yang menentang pihak polis. Apa-apa sahaja kejadian membabitkan pihak polis, mereka akan cepat-cepat bertindak dan membawa ke mahkamah. Bagaimanapun, mangsa itu PERLULAH berketurunan Cina atau India. Kalau Melayu, agak kurang sedikit minat mereka sekalipun memang ada kes yang menunjukkan mangsa itu benar-benar mangsa, bukannya penjenayah yang berlagak jadi mangsa.

Kita boleh perhatikan kepada beberapa kes seperti kes A.Kugan dan beberapa nama anak India yang lain. Begitu juga dengan nama seperti Teoh Beng Hock dan nama-nama Cina yang lain, semuanya dijadikan sebagai alasan untuk para pemimpin DAP menonjolkan diri sebagai pejuang hak manusia.

Apabila mangsa berjenama Melayu, mereka akan membuat pilihan secara hati-hati dan adakalanya lebih bersikap sambil lewa. Seorang wanita Melayu yang disangkakan berbangsa Cina, telah dibela oleh Teresa Kok kerana terpaksa melakukan prosedur di dalam lokap sehinggakan Hishamuddin Hussein terpaksa ke negeri China untuk meminta ampun daripada pemerintah di sana. Dan akhirnya apabila wanita berkenaan seorang Melayu, Teresa Kok bagaikan tertelan gigi palsu dan para pemimpin DAP yang lain terus bisu dan pura-pura tak tahu.

Maka wajar sangatlah apabila terdapat ungkapan yang mengatakan, di mana DAP menang, di situ gangster berkembang kerana sehingga setakat ini, tiada sebarang tanda-tanda yang menunjukkan DAP sememangnya membenci penjenayah sebaliknya mereka yang membela penjenayah atas nama kemanusiaan.

Dan barangkali tragedi yang berlaku di Sibu, seandainya Polis Diraja Malaysia tidak mengambil langkah-langkah pencegahan serta penghapusan yang lebih berkesan, mereka pula akan dipersalahkan oleh DAP, seperti yang mereka lakukan dalam beberapa kes yang lain.

1 comments

Pencinta Hudud Kebanyakannya Jahil Murakkab!!!

Kisah aku disatu masjid..


Pak cik ni gitu brsemangat bercakap tentang hudud dan negara Islam dan sibuk menyalahkan Tun M (ketika tu sebagai PM)..


Aku ngusik..aku kabor ke dia..ni bukan masalah PM..ketua agama Islam negeri dan ketua agama Islam negara ni adalah Sultan2 dan Yg diPertuan Agong. Tanggungjawab melaksanakan hudud dan menjadikan negara ni negara Islam yg sempurna adalah tanggungjawab ketua agama..pemerintah yg trtinggi.


Ahhh,,jawabnya...sultan2 bukanlah diharapkan..mereka semua dari keturunan ketua2 lanun!!


Aku kabor...ishhhh kita asyik berkira tok2 org tu lanun...tok2 kita cam mana? Takkan ketua2 lanun ni datang satu kapal sorang2...


Mungkin tok2 kita dulu ni cuma pendayung2 atau pengelap lantai..pencuci jamban..atau tukang masak je..pasal tu jadi rakyat biasa. Ketua lanun jadi Sultan..org2 kuat ketua lanun jadi bangsawan atau org istana.


Terkedu pak cik tersebut....


Moral of the story..nak bercakap tu cermin2 le diri tu dulu. Sama gak macam siMelayu ni berkata "org2 Melayu ni memang ada PHD (penyakit hasad dengki)"


Tidaklah sipenzalim jadi lebih baik ngan mengatakan org lain tu penzalim..


-aa

1 comments

Bila Tak Dapat, Mulalah Cerita Tentang Ketelusan!!! Dasar Penyangak!!!

Dalam mengejar kekayaan, ramai golongan ni difahamkan dan memahamkan..untuk dapat kekayaan "lobby melobby" jadi amalan..

"lobby melobby" atau dengan nama lain entertaiment..atau "rasuah" sudah jadi amalan, atau prinsip dalam mengejar kejayaan semada dalam usaha mendapatkan projek atau pun pangkat dan kedudukan..

Walaupun hati kecil tidak menyenangi..golongan ni rasa ianya perlu atau terpaksa lakukannya...ngan harapan sipolan yg dilobbykan akan menjayakan hasrat mereka..mereka mengalah ngan brfahamkan ianya adalah satu yg wajib dilakukan atau ngan mengatakan bahwa tu lah satu2nya jalan utk berjaya..rasa tidak senang hati disebabkan iman terpaksa di'kubur"kan dan ditelan begitu saja..

Tapi..setelah habis ribuan ringgit, sekian masa...projek yg diidam2kan jatuh ketangan org lain..kedudukan pangkat yg dicita2kan jatuh ketangan org lain..yg dapat ialah kekecewaan...

Hati yg dibakar kekecewaan lantas menyalahkan tu dan ini..menyalahkan sistem..menyalahkan org lain..menyalahkan kronism atau nepotism..menyalahkan kerajaan..menyalahkan segala2nya ..tapi sekali2 tidak menyalahkan diri sendiri.

Tak trfikir oleh dirinya..jika dia berjaya mendapatkan apa yg dicita2kan bagaimana pula perasaan org lain yg tak dapat.

Tapi biasanya golongan yg berjaya dapatkan ngan jalan "lobby melobby" melampaui batas akan berkata ngan selambanya bahwa tu adalah rezekinya..dah ditakdirkan untuknya ..dia berhak dan layak..org lain yg gagal dan kecewa dikatakan tidak dapat menerima qada' dan qadar atau takdir ilahi..org lain hanya tahu dengki je ngan kejayaannya..

Cuma kalau dia gagal..tidak pula ia mengatakan ianya takdir atau qada' dan qadar..ngan selambanya dia akan mengatakan pada yg berjaya tu berjaya kerana kerana merasuah, atau guna kabel..

Ini lah keadaan kita hari ni..semada dalam arena politik maupun perniagaan..

Nilai2 murni agama telah diketepikan..nilai2 kapir jadi amalan dan kepercayaan..kerana yakin bahwa org2 cina berjaya dalam perniagaan kerana itulah rahsia kejayaan mereka malah dijadikan sebagai panduan..Dalam agama telah lengkap cara "lobby melobby", tak perlu abiskan ribuan ringgit utk "entertainment"..walaupun pihak yg terbabit minta di"entertain"kan..
Ikutlah segala procedur dan polisi yg sedia ada..dan yg telah ditetapkan. selebihnya bertawakkallah nganNya melalui sedekah, solat hajat, dan istikharah..jika gagal dapatkan projek sudah tentu pahala diperolehi..ribuan ringgit dijadikan sedekah akan menjanjikan pulangan yg lumayan didunia maupun akhirat..kekecewaan kerana gagal akan digantikan ngan kepuasan beramal..pasti dan pasti..Allah swt akan bayar kembali ribuan ringgit yg dijadikan sebagai "melobby" ini.

Pada mereka yg sibuk mengejar kekayaan, dan pangkat..gunalah cara agama. Tak salah mengejar kekayaan dan kekuasaan, tapi salah bila guna cara yg tidak diredhaiNya. Jika dapat pun melalui cara yg salah, keberkatannya akan hilang..kesudahannya tetap juga kekecewaan. Kekecewaan yg dihasilkan melalui cara ini akan menambah sempitkan fikiran dan hati, merosakkan jiwa..menghancurkan iman dan siratulrahim.

Jika gagal melalui cara agama, hati akan di"puaskan" kerana kita telah memohon kepadaNya..keyakinan bertambah..fikiran dan hati jadi sihat..jiwa menjadi lapang. Siratulrahim tidak terjejas..kerana kita faham bahwa org yg kita "lobby" tiada kuasa utk memberi rezki kepada kita. Siratulrahim yg tumbuh dari kejayaan atau kegagalan kita perolehi projek ataupun kedudukan melalui amal agama adalah lebih sihat dan ikhlas berbanding siratulrahim yg tumbuh kerana mengikuti jalan yg ditegah oleh agama..

Tinggalkanlah jalan2 org2 kapir..walaupun pada mata kasar nampak macam leh hasilkan kejayaan dan memang ada org berjaya ngan jalan tersebut tapi ianya penuh ngan fitnah dan kemurkaanNya. Jangan terpedaya pada bayang2 kejayaan begini kerana hakikatnya kejayaan tersebut adalah lopong dan penuh berduri.

Jalan agama..walaupun nampak macam sukar dan "tak logik" tapi hakikatnya penuh keberkatan dan kejayaan yg hakiki walaupun pada zahirnya gagal.

Bukan kerana yakin atau tidak..tapi amalkanlah sahaja, pasti dan pasti Allah swt tidak sia2kan hamba2Nya yg berharap kepadaNya. Didunia tidak dipersia2kan..lebih2 lagi diakhirat.

Agamakan jalan dan cara kita berpolitik..agamakan jalan dan cara kita dapatkan peluang2 projek2 besar...agamakan jalan dan cara kita dapatkan peluang2 perniagaan.

Selamatkan org yg kita lobby dari api neraka Allah swt..dapatkan projek, kekayaan dan pangkat kedudukan tanpa gadaikan syurga kita dan syurga org lain.

Dapatkan undi dan sokongan..tanpa gadaikan syurga kita dan syurga org yg mengundi kita.

Jangan jadi syaitan..kita menempah kedudukan dalam neraka bersama2 org yg kita lobby, juga mereka yg mengundi kita..tapi tempahlah kedudukan dalam syurga utk diri sendiri dan juga utk mereka. Masuklah kesyurga bersama2..bukannya masuk keneraka bersama2.

Berbanggalah ngan agama kita..jadikan kata2 "ISLAM IS WAY OF LIFE" sebagai satu kenyataan..walk the talk.
-aa

1 comments

SKANDAL SEKS SHAHIDAN KASSIM PULAK!!!!

Nampaknya, balas dendam sungguh juak-juak dan penjilat-penjilat segar Pakatan Rakyat. Apabila kes ADUN Selinsing disiarkan selain ADUN Perupok dan Salahuddin Ayub, maka berduyun-duyun pulalah cerita dari dalam UMNO pula yang diselongkar serta disiarkan. Ketika cerita-cerita tentang ADUN Selinsing dan ADUN Perupok serta Salahuddin Ayub disifatkan sebagai fitnah besar, cerita tentang beberapa orang pemimpin UMNO termasuklah bekas Menteri Besar Perlis, Shahidan Kassim, tidak pula 'menikmati' status yang sama. Sebaliknya ia dianggap sebagai satu cerita benar dan perlu diterima oleh sekalian rakyat sebagai fakta berbukti.


Ghibah dan Fitnah adalah dua ungkapan yang 'sedap' didengar kalau melibatkan lawan. Namun apabila kena ke batang hidung sendiri, Ghibah dan Fitnah segera ditanggapi sebagai dosa besar. Hukum hanya dikenakan kepada lawan dan apabila untuk diri sendiri, ianya bukan Ghibah dan Fitnah sebaliknya ia adalah fakta berbukti yang perlu diambil tindakan segera!

Itulah masalahnya....

Cerita tentang Shahidan Kassim mewarnai skandal politik membabitkan bekas pemimpin UMNO dan pemimpin UMNO sedia ada. Jangan persoalkan tentang kebenaran cerita berkenaan. Sebaliknya perhatikan bagaimana taktik ghibah dan fitnah digunakan secara meluas oleh kedua-dua pihak.

Biarpun kononnya berpegang kepada prinsip, tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah, ianya sekadar satu slogan untuk menghalalkan perbuatan. Apabila nama seseorang dipetik sebagai pelaku, sewajarnya bukti-bukti selain pengakuan perlu diletakkan sekali. Pensabitan hukum dalam Islam sangat jelas. Malah pensabitan mengikut undang-undang sivil juga sangat jelas, bukan sekadar cakap dengar.

Saman atau menarik saman bukanlah cara terbaik untuk menafikan perbuatan. Orang bersalah pun ramai yang menyaman orang lain untuk menutup malunya. Contohnya Anwar Ibrahim. Dia menyaman malu sekian ramai orang walaupun tiga orang hakim Mahkamah Persekutuan dalam kesimpulan terakhir mereka menegaskan, Anwar memang seorang peliwat tetapi dia dibebaskan kerana kesilapan teknikal iaitu 'sebutan tarikh dan tempat'.

Begitu juga apabila undang-undang Qazaf... ada pihak yang mengambil mudah dan cuba mempermain-mainkan undang-undang serta hukum berkenaan. Konon-kononnya untuk menutup malu tetapi tidak pula mengambil kira tentang pengakuan orang yang terlibat yang membatalkan maslahat qazaf.

Menuduh orang lain sebagai anak luar nikah, juga boleh dikenakan hukuman qazaf. Begitu juga melabelkan orang lain sebagai anak haram.

Paling penting, jaga lisan dan jaga tulisan. Dan pesanan ini bukan untuk orang lain, sebaliknya diutamakan kepada diri sendiri terlebih-lebih lagi kepada penulis kerana adakalanya apabila kita menulis, kita terlalu terikut-ikut dengan emosi dan gagal menapis dan menyaringnya dengan kehendak syara'.


0 comments

ADUN SRI MUDA... KENAPALAH KAU MANGKUK?

Kebanyakan orang PKR adalah danur-danur dan taik-taik dalam UMNO yang terpaksa mufarakah daripada UMNO sama ada kerana mereka tertolak, gagal memanjat, gagal berlawan, mahupun kerana tidak nampak lagi cara untuk naik ke atas. Apatah lagi dengan janji-janji Anwar Ibrahim yang mewujudkan angan-angan besar kepada para pemujanya, menjadikan mereka bagaikan tidak berpijak ke bumi nyata.

Dan kerana itulah, danur-danur dan taik-taik UMNO ini mewujudkan satu macam perangai dalam PKR yang asasnya tetap UMNO cuma UMNO yang terbuang.

ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafie masih tidak mampu memisahkan dirinya daripada keburukan perangai dan cakap pandai apabila meneruskan kemelut perlantikan SUK yang baru menerusi mata dan akalnya sendiri. Dan kerana terlalu taksub dengan 'perjuangan rakyat' kononnya, Shuhaimi Shafie tanpa sedar (atau sangat sedar) menolak kuasa dan peranan Paduka Sultan Selangor dalam perlantikan berkenaan dengan mengatakan Sultan tiada hak, sebaliknya yang lebih berhak adalah Menteri Besar.

Satu masalah besar di kalangan orang PKR ini ialah, mereka sentiasa menyangkakan mereka lebih pandai berbanding orang lain. Ditokok pula dengan bantuan dan hasutan daripada DAP, menjadikan mereka seperti burung ciak yang berasa setanding dengan helang.

Apakah tindakan Shuhaimi Shafie bersekongkol dan satu nada dengan Nizar Jamaluddin, bekas Menteri Besar Perak yang gila meroyan, mampu menarik undi untuk PKR dan menyokong Pakatan Rakyat di Selangor? Apakah dengan menyemarakkan kemarahan kepada Paduka Sultan Selangor dan menentang segala-galanya yang melanggar ego Pakatan Rakyat, akan menyebabkan rakyat berbondong-bondong menyokong Pakatan Rakyat?

Kalau itulah yang difikirkan oleh Shuhaimi Shafie, tidak hairanlah mengapa dia dianggap sebagai pencuri pasir paling licik di Selangor. Mencari masalah untuk menutup masalah merupakan kaedah paling mudah untuk melarikan diri atau setidak-tidaknya melarikan tumpuan rakyat, khususnya yang berada di atas pagar.

Memberi kata dua kepada sultan, bijak sangatkah Shuhaimi Shafie dengan tindakannya itu? Walhal pada masa yang sama, tanpa perkenan Sultan, Shuhaimi Shafie sekadar ADUN yang menang pilihanraya tetapi gagal masuk ke Dewan Undangan... dan mujurlah Paduka Sultan Selangor tidak berfikiran seperti Shuhaimi Shafie yang hanya mempunyai kuasa atas undi, bukannya kuasa yang diwarisi. Kalau tidak, bukan Paduka Sultan Selangor sahaja yang akan diberikannya kata dua, bahkan barangkali juga dia akan 'memberi kata dua' kepada Allah Taala!!!

Paling menarik dalam hal ini adalah UMNO Bahagian Kota Raja? Kenapa diam tidak bersuara? Ke mana hilangnya suara UMNO Kota Raja? Selalunya kalau membabitkan Shuhaimi Shafie, hebat benar suara UMNO Kota Raja sampai-sampai boleh mengalahkan guruh di langit, lintar di bumi.

Takkan UMNO Kota Raja pun bagi kata dua kat Sultan jugak?

0 comments

Ustaz Yang Di Atas Kepalanya Ada Neraka!!!

Satu mamat ni ditangkap oleh penyelia tapak kerana tertidur dikawasan tapak kerja..


Bila dibawa kepada projek manager..oleh kerana projek manager ni org Islam dan berjanggut, simamat ni berkata.."Saya tak bersalah..bukannya saya nak tidur..tapi Allah swt yg tidurkan saya..saya mana ada kuasa"


Mmmm ...apakah Allah swt nak menganiaya hamba2Nya?

____________________


" Kita bukan berhasrat nak memerintah, bukan berhasrat utk berkuasa, bukan berhasrat utk mengejar kehidupan yg berpangkat dan kemewahan..tapi kita buat semua ini kerana Islam tu sempurna..kerana dalam Islam adanya politik..menolak atau tidak berpolitik bermakna telah menyempitkan agama!!! Kita buat semua ni kerana utk menegakkan Islam, menegakkan kebenaran, pejuangkan yg haq..kita buat ini kerana ianya ada tuntutan agama yakni amar ma'ruf nahi mungkar..Kita buat semua ni kerana utk mendaulatkan Islam dan menghancurkan yg batil..Kita buat semua ini utk mendapatkan keredhaanNya.,,,,bla..bla...bla..."


Akhir kata....Undilah kami..sokonglah kami..berikanlah peluang kepada kami..


MMmmmm...apakah Islam membenarkan mengadu domba, menyebarkan fitnah, memutuskan siratulrahim, membuka aib sedara seIslam dikhalayak ramai? Menjadikan musuh2 Allah swt sebagai sahabat dan pembantu?


Bunyi macam betul...tapi???

__________________________________

Seorang pekerja masuk kebilik ofis boss besar...pekerja ni menuntut penjelasan mengapa dia tak dapat kenaikan gaji sedangkan kawan2 sepejabatnya mendapat kenaikan..


Kata boss besar..Dia tak da kuasa, Allah swt yg gerakkan hatinya dan jari2nya..Allah swt yg tentukan segala2nya...sabarlah dan redhalah. Anggaplah ianya sebagai satu ujian dariNya..


Mmmmmm bunyi macam betul...tapi apa kata, sipekerja trsebut bagi satu das kat muka..boleh tak pekerja tersebut berkata perkataan yg serupa??


Apakah Allah swt suka menganiaya dan main2kan hamba2Nya? tanpa ada sebab2nya..

_____________________________________

Ustaz sedang mengajar...bersungguh2 ia mengecam akan mereka yg abiskan masa di karaoke, kelab2 malam, kelab2 dangdut..begitu dan begini ia mengecam...

Takut bebenor bunyinya..kerana berbagai2 ancaman dikabarkan..


Kemudian ustaz ni berkata..tapi kalau nampak dia kat tempat2 sedemikian jangan lah anggap bukan2...kerana kehadirannya ditempat2 sedemikian kerana niatnya nak berdakwah dan nak menimba ilmu..nanti tak tahu pula apa yg dikatakan kelab2 malam, dangdut, atau pun karaoke..


mmmm..lagi besar serban, lagi panjang le lilitnya..Batil tetap batil..maksiat tetap maksiat..haram tetap haram..tak kira le apa niatnya, atau pun siapa pelakunya.

________________________________________


Pada tuan punya badan akan kisah2 ni..jgn marah na!!


-aa

1 comments

Ulama Jaga Ummat, Bukan Jaga Parti Politik!!!

Tanah Melayu makin hari makin ramai ulamak...dari sehari ke hari, lahirnya graduan2 yg bergelar ustaz dan alim ulamak dari universiti2, pondok2..makin ramai lahirnya org2 Melayu yg pakar dalam syariah, usuluddin, tasauf, jenayah, ekonomi, hadis, AQ, sirah dan sebagainya..

Ada yg dilahirkan dari universiti2 yg ternama..spt AlAzhar..Madinah dll..

Makin hari bilangan populasi ustaz2 dan ustazah2 semakin bertambah..malah madrasah2 tahfiz pun berkembang biak ngan suburnya..

ALHAMDULILLAH....

Ada dari kalangan ustaz2 ni bergiat cergas dalam perniagaan spt menyediakan pakej2 umrah, industri hiburan, pakar2 motivasi dan konsultasi..tak kurang juga yg brgiat cergas dalam politik.. Ada yg buat keputusan utk menjadi ahli PAS, atas dasar PAS tu berjenama Islam dan ramai tokoh2 agama didalam parti trsebut..atau takut jika tak beri sokongan atau bersama2 PAS nanti apa pula pandangan dan kata org lain..

Ada yg libatkan diri dalam parti UMNO ngan brpendirian..UMNO dan PAS dll adalah semata2 parti politik..dan ISlam tu adalah apa yg diamalkan dalam diri sendiri dan apa yg disampaikan dan diamalkan... spt Melayu, India, Cina, dsb adalah nama bangsa, dan ISlam tu adalah amalan utk manusia tanpa mengira bangsa atau kaum..jadi Islam adalah amalan dalam kehidupan bukan parti politik yg menentukan..spt juga persatuan2..leh masuk mana2 pertubuhan selagi ianya bukan pertubuhan maksiat dan batil. Bukan persatuan, parti, bangsa atau kaum sebagai penentu syurga atau neraka..tapi nilai2 agama yg diamalkan tu lah sebagai titik penentuan yg menjadi sebab2 ke syurga atau ke neraka...

Ada juga lebih suka bebas..tidak terikat ngan mana2 parti atau pertubuhan, agar kefahaman agama mereka tidak dikongkong atau diletak dalam acuan parti tersebut..

So mana yg betul dan terlebih afdalnya? Masing2 ada hujjahnya..satu lebih suka jadi pak turut atau layan je ler, kalau tok guru2 duduk kat situ..takkan kita nak duduk kat sini..segala ilmu2nya disimpan dan dibungkus baik2..dari brpandu pada AQ dan sunnah, lebih suka berpandu pada ulamak2 yg sedia ada..
.... kalau tak trlibat macam mana nak sampaikan dakwah..katanya
Satu lagi..ambik je le, jalan selamat..

Istikharah dan solat hajat..ngan merujuk padaNya, tidak pula dijadikan sebagai panduan. Lebih suka brsandarkan pada ilmunya dan logik akalnya.

Dan pada realitinya...bila dah bercampur gaul..dah menjadi ahli parti..kekeliruan mula timbul, yg batil kekadang nampak macam haq..yg haq jadi kekadang tenggelam timbul..ummat brtambah keliru bila ulamak2 menjadi keliru. Nak dulukan agama atau parti...sesuatu yg bercanggah ngan agama tak sanggup nak ditegur, kerana takut2 leh mudharatkan parti..jalan selamat cukuplah ngan mendiamkan diri..malah rakan2 sekutu parti politik yg kapir lakukan sesuatu yg leh menghina kesucian agama pun didiamkan, dan yg teruknya cuba juga nak membenarkannya ngan mencari2 akan dalil2 yg tertentu yg kemudian diolah nampak macam ianya betul dan brsesuaian ngan agama..
kalau silap hari bulan leh dipecat atau diambil tindakan tata tertib...

Pada aku...ulamak kena sayangkan ummat..bukan sayangkan parti atau bangsa. Yg haq ditegakkan dan dibela walaupun parti atau bangsa trkorban..( Tapi yakinlah kerana menegakkan yg haq, akan mengukuhkan satu2 bangsa, kerajaan, atau bangsa trsebut..kerana bersama2 yg haq adanya bantuan Allah swt)

Usahlah kerana sayangkan parti, nak jaga hati tok guru, nak jaga maruah parti, nak jaga maruah tok guru, nak jaga maruah atau kedudukan org2 trtentu..atau yg sebenarnya nak jaga bontot sendiri..AQ dan sunnah dibungkus dijadikan bantal atau memenuhkan almari2 dirumah kononnya dia dah baca banyak kitab..
Kerana semua tu..kita sanggup menjerumuskan ummat dalam kekeliruan, teraba2 tak tahu apa tu parti politik dan apa tu agama..mana yg lebih utama, tak tahu mana yg lebih penting, mana yg haq dan mana yg batil,pening..sanggup brbaring dijalanan kononnya rela korbankan nyawa kerana agama atau kerana kerusi..

Kerana semua tu..kita sanggup campakkan ummat kedalam neraka..sanggup sehati sejiwa ngan org2 kapir..sanggup bertemankan syaitan..dan kononnya atas nama sahsiah Islam!!!!!!!!!!!!

Atas nama sahsiah Islam dan dakwah juga..sanggup biarkan sijahil berkata apa saja pasal Islam. walaupun jelas ianya salah..sanggup biarkan ummat brgelumang ngan tradisi2 yg bersendikan yahudi dan nasrani..

Jika ulamak sendiri keliru..apa lagi ummat.

Mudah2an Allah swt selamatkan kita semua...
Semoga ulamak2 kita..benar2 pewaris ambiya'..bukan sekadar mewarisi ilmu2 ambiya' tetapi bersendikan yahudi dan nasrani..

warisilah ilmu2 ambiya', warisi juga akhlak para ambiya', warisi juga misi dan visi para ambiya'..agar dapatlah mewarisi khazanah Allah swt yg khusus utk ambiya'2Nya..

Wahai ulamak...perlukah kamu pelindung dan pembantu selain dari Allah swt? Wahai ulamak..perlukah kamu perlindungan dan sokongan dari parti, pertubuhan, lebih2 lagi dari org2 kapir dan jahil..sokongan dari majoriti..sedangkan brsama2 kamu adanya Allah swt dan RasulNya?
Jika kamu rasa perlu..apa akan terjadi pada ummat?
-aa

0 comments

Blog Archive

Labels