Abang 'Pen' nak jadi calon DUN Merlimau. Kerana itu, Abang 'Pen' perlu menunjukkan dan membuktikan dia lebih pandai daripada Nasruddin Tantawi. Abang 'Pen' nampak satu isu dan Abang 'Pen' pun cepat-cepat masuk daun dengan harapan, kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat akan meletakkannya di Merlimau berbanding mana-mana calon dari Pemuda PAS.Malangnya, Abang 'Pen' sudah tersalah terjah. Abang 'Pen' salah pilih isu. Abang 'Pen' pilih isu buku teks KSSR Bahasa Inggeris Tahun Satu yang tersalah cetak dan menghumbankan segala kesalahan kepada Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri.
Kata Abang 'Pen', Menteri Pelajaran harus bertanggungjawab terhadap kesilapan cetakan 400,000 buku teks tersebut sehingga ia perlu ditarik kembali dan digantikan dengan buku teks cetakan baru. Kata Abang 'Pen', kesilapan itu adalah tanggungjawab individu Menteri Pelajaran. (RUJUK DI SINI)
Abang 'Pen' yang bangang tetapi suka menjilat dan menonjolkan diri tidak tahu bahawa proses menghasilkan, menerbit dan mencetak buku teks bukan proses buat BUKU JINGGA yang Abang 'Pen' bangga-banggakan sangat tu. Proses buku teks bermula daripada pemilihan syarikat penerbitan berdasarkan manuskrip yang dihantar kepada BBT (Biro Buku Teks). Selepas BBT membuat semakan dan membuat beberapa pindaan, manuskrip tersebut diserahkan semula kepada penerbit terbabit.
Dalam tempoh 60 hari kemudian, manuskrip dalam bentuk buku yang lengkap lay-out, editing, proofing dan graphic design dihantar semula ke Unit Semakan BBT. Unit Semakan BBT akan membuat semakan secara terperinci sehingga warna mata burung pun turut diambil kira bersesuaian dengan tahap buku terbabit. Amendment kali kedua akan dibuat.
Kali ketiga penghantaran manuskrip yang sudah lengkap dan menjadi dummy, ke BBT akan melalui proses penyaringan yang paling ketat sehinggakan kebanyakan kakitangan syarikat penerbitan harus bermalam di pejabat selama lebih dua minggu untuk menyiapkan. Dan amendment kali ketiga itu dihantar semula ke BBT untuk mendapatkan kelulusan percetakan.
Proses percetakan dibuat dan akhirnya setelah selesai dicetak, penghantaran ke sekolah-sekolah dibuat oleh syarikat penerbitan tersebut mengikut tempoh masa yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran.
Dalam proses tersebut, tidak satu pun yang akan dicampuri oleh Menteri Pelajaran kerana tugas-tugas tersebut telah diserahkan kepada pakar-pakar yang ditempatkan di BBT.
Justeru apabila Abang 'Pen' menyalahkan Menteri Pelajaran kerana kesilapan cetakan tersebut, ia merupakan satu perkara paling bangang yang pernah dilakukan oleh seorang yang bergelar Ketua AMK.
Untuk pengetahuan Abang 'Pen', pembayaran daripada Kementerian Pelajaran hanya dibuat setelah semua buku dihantar. Dan apabila masih wujud kesilapan bagi pihak penerbit, penerbit terpaksa menanggung kos cetakan semula. Manakala seandainya kesilapan tersebut berpunca daripada kesilapan pencetak, maka syarikat pencetaklah yang perlu menggantikan kos tersebut. Harga yang dibayar oleh Kementerian Pelajaran kepada penerbit tetap sama.
Bagaimanapun, sekiranya kesilapan tersebut berlaku bagi pihak BBT dan Kementerian Pelajaran, terutama menerusi pertukaran kurikulum, maka Kementerianlah yang akan membuat pembayaran berganda. Dan kesilapan daripada Kementerian Pelajaran amat mustahil dilakukan kerana pihak kerajaan selalunya memilih jalan selamat, tidak sebagaimana yang difikirkan oleh Abang 'Pen'.
Abang 'Pen' bodoh dan bebal, tetapi Abang 'Pen' nak tunjuk pandai.... sepatutnya sebelum keluar apa-apa ayat dari mulut Abang 'Pen', pergilah dahulu belajar daripada mereka yang pernah terbabit dalam pengeluaran buku teks.... jangan tanya Anwar Ibrahim sebab sekalipun dia pernah menjadi Menteri Pendidikan, dia hanya tahu sain surat dan melantik kroninya untuk mendapatkan projek pembekalan buku teks. Selain daripada itu, Anwar Ibrahim tak tahu apa-apa... sama seperti masa dia menjadi pelajar universiti tahun 1974 lalu, dia tetap tidak tahu apa-apa kecuali menonjolkan dirinya untuk berpolitik.
Malang sungguhlah penyokong Abang 'Pen'... dan sememangnya patut sangatlah Tantawi marah sangat dengan Abang 'Pen' yang bahlol tetapi sentiasa berlagak macam tahu serba-serbi!!!!





























