1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Monday, May 2, 2011

JADAH APA CHUA SOI LEK TAKUT SANGAT DENGAN NEGARA ISLAM?

Monday, May 2, 2011
Amaran daripada Chua Soi Lek agar PAS mengubah prinsip perjuangannya kalau nak masuk Barisan Nasional atau bakal menghadapi bantahan keras daripada MCA, tidak mengejutkan langsung, bahkan menggelikan tali perut.

Apakan tidak, Presiden yang gagal mengemudikan dan memperkasakan parti pimpinannya lebih sibukkan parti orang lain. Lebih sibuk dan lebih takut dengan DAP berbanding langsung tidak ada wakil dalam kabinet kerajaan pada PRU akan datang.

MCA tidak perlu sebenarnya mempersoalkan prinsip perjuangan PAS. Walau sehina mana sekalipun PAS pada pandangan MCA, PAS sebenarnya mempunyai lebih banyak kerusi di Dewan Rakyat berbanding MCA yang bergantung sepenuhnya kepada UMNO. Sedangkan PAS pula dipergunakan oleh DAP dan PKR untuk kedua-dua parti tersebut menambah bilangan kerusi.

Sepatutnya Presiden MCA ini lebih memikirkan tentang untung nasib MCA pada PRU yang akan datang. MCA tidak langsung kelihatan akan memperolehi mana-mana kerusi kalau dilihat dan disandarkan kepada prestasi semasa. Sebaliknya MCA menerusi Presidennya yang pernah dikaitkan dengan DVD Porno pula lebih sibuk nak keluarkan suara, sekalipun suara yang dikeluarkan, langsung tidak menggambarkan dia adalah seorang Presiden MCA, sebaliknya seperti seorang apek penjual terompah kayu yang bising memekak kerana orang lebih senang pakai selipar jepun berbanding terompah kayu berwarna merahnya.

Yang anehnya, dia lebih nampak PAS berbanding parti yang dipimpinnya sendiri... Jadah apa dia rampas jawatan Presiden daripada Ong Tee Kiat pun, banyak persoalan yang boleh ditimbulkan dan tidak terjawab oleh Chua Soi Lek sendiri!!!

Semakin dia bercakap tentang Melayu-Islam, semakin MCA dilihat seperti parti chauvinist yang semakin menuju ke zaman kepupusan!!!!

1 comments

MACAM BIASA, PAS TETAP NAFI AHLI KELUAR PARTI!!!!

Apabila berita tentang keluarnya 225 orang ahli PAS dari parti tersebut di Kuala Kedah, maka ramailah pemimpin dan penyorak PAS menjerit sambil menafikan berita tersebut. Kata mereka, berita itu hanyalah satu dakyah UMNO-BN dan tidak benar langsung.

Naib Yang Dipertua PAS Kuala Kedah yang juga merupakan ADUN Kubang Rotan, Nasir Mustafa turut memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang 'menyamar' sebagai ahli PAS keluar parti itu.

Malu benarlah PAS jikalau ada ahlinya yang keluar parti tetapi besar-besaranlah berita tentang kemasukan ahli-ahli UMNO ke dalam PAS. Belum pernah lagi PAS mengaku ahli-ahli mereka keluar parti sebaliknya menganggap semua itu hanyalah dakyah semata-mata.

Berita tentang keluar parti dan menyertai parti lawan sebenarnya bukanlah berita yang sangat besar dan penting. Walaupun ada kalangan pembesar parti yang beranggapan itu menunjukkan satu kemenangan moral, hakikatnya pengaruh dan pola pengundi sebenarnya tidak berbeza. Apatah lagi yang bakal mengundi nanti, kebanyakannya bukan ahli mana-mana parti tetapi golongan muda yang akan memilih kerajaan berdasarkan emosi mereka, bukannya berdasarkan akal dan pertimbangan sewajarnya.

Seringkali tumpuan diberikan kepada golongan saluran 1 dan 2 tanpa menghiraukan golongan saluran 3 dan 4 yang jauh lebih penting serta mempunyai pandangan terhadap corak undi pada PRU akan datang.

Justeru tidak perlulah terlalu teruja dengan berita keluarnya 225 orang ahli PAS dari parti mereka menyertai UMNO kerana keluarnya 225 orang bererti ada 2250 orang yang sedang menyokong PAS dari generasi muda yang lebih berpengaruh dan mempunyai akses serta penyebaran maklumat yang lebih meluas!

0 comments

AMARAN AMK, JANGAN DIDIK PELAJAR UNIVERSITI, NANTI AMK TAKDAK SOKONGAN LAGI!!!

Kalau nak tengok kelompok Melayu bodoh yang kerjanya mengharapkan tongkat sakti turun dari langit, tengoklah PKR. Daripada yang setua-tua Anwar Ibrahim yang kerja depa sekadar berceramah dan sibuk mengatakan negara miskin, sampailah kepada Biro Mahasiswa AMK yang beranggapan kalau belajar di universiti, bila keluar nanti dapat jadi kerja bergaji besar.

BACA DI SINI

Biro Mahasiswa AMK telah memberi amaran kepada Kerajaan UMNO-BN agar tidak membuli pelajar-pelajar universiti yang mereka gelarkan sebagai mahasiswa - gelaran yang tidak sepatutnya diberikan berdasarkan prestasi sikap dan mutu pendidikan yang ditunjukkan.

AMK cuba mengambil kesempatan dengan cubaan membodohkan para pelajar universiti terutama yang berbangsa Melayu dengan mengajak mereka menceburi politik secara sepenuh masa. Penyembahan dan pendewaan mereka terhadap Anwar Ibrahim sangat keterlaluan sehinggakan KEBODOHAN ANWAR IBRAHIM DALAM BIDANG AKADEMIK turut mahu disemai kepada generasi pelajar zaman sekarang.

Tindakan kerajaan dan pihak berkuasa universiti menyingkirkan para pelajar yang terlalu sibuk hendak berpolitik dan mengambil tahu dunia politik tanahair merupakan satu tindakan yang sangat bijak. Golongan pelajar-pelajar yang diberikan peluang untuk menuntut di universiti awam dengan tempat yang sangat terhad tetapi berlagak seolah-olah tok nenek mereka mempunyai syer dalam universiti-universiti awam selain merampas hak pelajar-pelajar yang lebih layak dan lebih berkesungguhan untuk menggali ilmu pengajian di IPTA, seharusnya dikenakan tindakan paling keras.

AMK tidak perlulah memberi amaran kepada kerajaan mahupun pihak berkuasa Universiti. Seharusnya AMK membantu mewujudkan golongan pelajar universiti yang lebih berketrampilan dan berkualiti berbanding pelajar-pelajar universiti yang hanya lulus secukup makan dengan kursus-kursus pejam mata pun boleh lulus seperti Pengajian Melayu.

Tindakan Biro Mahasiswa AMK menunjukkan kecenderungan mereka yang sangat jelas untuk melihat lebih ramai pelajar-pelajar Melayu yang keciciran dan meninggalkan bangku pengajian selain mengikut membuta tuli AMK dan PKR menyembah Anwar Ibrahim yang sudah jadi Dewa Bercolok!

Ketika pelajar-pelajar berbangsa Cina dan India yang mendominasi kursus-kursus pengajian yang lebih penting untuk negara, selain menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran tanpa menghiraukan remeh-temeh dunia politik bongok, AMK pula berusaha sedaya mungkin menarik pelajar-pelajar Melayu agar terus menjadi lembam dan bongok, kerana lebih ramai pelajar-pelajar Melayu yang bangang, lebih mudahlah AMK untuk terus bernafas di dunia ini!

5 comments

VIDEO LUCAH ANWAR: TERNYATA HUSAM LEBIH PERCAYAKAN MESIN POLIGRAF DARIPADA PETUNJUK ALLAH TAALA!!!

Husam Musa mencabar trio Datuk 'T' menjalani ujian poligraf untuk menguji kebenaran daripada dakwaan yang dibuat oleh ketiga-tiga orang Datuk berkenaan bahawa Anwar Ibrahim terlibat video lucah yang dikaitkan dengannya. Dan Husam Musa juga menarik perhatian apabila mengutarakan pertanyaan mengapa Datuk 'T' tidak membuat laporan kepada jabatan agama agar Anwar ditangkap ketika sedang menghayun punggung menghentak tundun China Doll sampai terpancut.

Agak menarik kerana Husam Musa merupakan antara pemimpin kanan PAS yang dikatakan lebih mempercayai Allah Taala berbanding orang lain terutama sekali dari kalangan UMNO. PAS telah berkali-kali membuat sembahyang hajat dan munajat dengan petunjuk demi petunjuk telah diberikan menerusi Af'al-Nya. Namun Husam Musa memilih untuk tidak mempercayai petunjuk Allah Taala, sebaliknya terpaksa bergantung kepada mesin sepenuhnya kerana meragui petunjuk demi petunjuk Allah Taala.

Ternyata keimanan Husam Musa terhadap Dzat, Sifat, Asma dan Af'al Allah Taala, tidaklah seteguh mana sekalipun PAS seringkali mendabik dada bahawa mereka lebih Islam dan Islam mereka lebih jitu daripada orang UMNO.

Ironinya, Husam Musa menggunakan hujah dangkal kaumnya sendiri untuk menafikan kewujudan Anwar di dalam video lucah berkenaan yang menyentuh tentang rambut pendek yang sebenarnya telah banyak diterangkan dan dihujahkan oleh pihak yang tidak menerima Anwar sebagai insan suci. Husam Musa rupa-rupanya pemimpin yang sangat berat sebelah dan tidak mampu bertindak adil ketika mengeluarkan percakapan. Percakapannya tidak ubah seperti si juhalak yang jahilnya berlapis-lapis (murakab).

Bayangkanlah, selepas menjalani solat hajat, sepatutnya Husam Musa sudah pun meletakkan tawakkal dan redha dengan segala ketentuan yang ditunjukki-Nya. Malangnya keraguan Husam Musa terhadap kekuasaan Allah Taala, tidak mampu disembunyikannya. Dan akhirnya, Husam Musa meletakkan kebergantungannya kepada mesin.

Seharusnya dalam amalan Islam, seseorang yang mengaku beriman kepada Allah Taala, adabnya ketika melakukan amal atau kerja ialah, berdoa (bermunajat), bertawakkal, berusaha, berdoa dan kemudian kembali bertawakkal sebelum berakhir dengan redha. Dahulukan kerja Allah Taala, kemudian dimulai kerja makhluk, disudahi dengan tawakkal dan meredhai segala keputusan yang ditunjukkan oleh Allah Taala.

Apa yang cuba dilakukan oleh Husam Musa adalah sebaliknya. Kepercayaannya kepada Allah Taala tersangat berkurang sehingga terpaksa digantikan pula dengan mesin poligraf. Apakah bagi Husam Musa, keputusan mesin poligraf lebih tepat berbanding keputusan Allah Taala? Bagaimana pula sekiranya, ujian poligraf pun akan sama dengan keputusan yang sedang tersingkap sekarang ini? Adakah Husam Musa akan menyertai Anwar Ibrahim dan konco-konconya untuk menyatakan secara tersirat bahawa Allah Taala juga berkonspirasi dengan UMNO-BN?

Mungkin apa yang dilafazkan oleh Husam Musa adalah sesuatu yang kelihatan sangat kecil dan remeh. Sedangkan sebenarnya, bagi mereka yang mengaji tasauf dan hakikat, akan mengetahui bahawa lafazan Husam itu menandakan hatinya tidak seketul terhadap kekuasaan Allah Taala. Bahkan tersirat daripada lafaznya ialah keraguan Husam terhadap Allah Taala dalam memberikan keputusan sehingga perlu menyengutukan kuasa Allah Taala dengan kuasa mesin poligraf yang merupakan ciptaan daripada makhluk ciptaan Allah Taala.

Dan inilah apa yang dikatakan sebagai syirik kepada Allah Taala... suatu dosa besar yang Allah Taala amarankan di dalam al Quran bahawa Dia tidak akan mengampuninya kecuali TAUBATAN NASUHA!!!

BACA KENYATAAN HUSAM MUSA DI SINI

3 comments

NIZAR MAKIN TERDESAK DAN MAKIN BODOH!!!

Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Perak mendedahkan tentang kebodohan dan kebangangan Nizar Jamaluddin yang terpaksa menggunakan dalih agama untuk terus berangan yang dia adalah Menteri Besar Perak yang digulingkan oleh UMNO.

Zambry Abdul Kadir turut mendedahkan bagaimana perangai Nizar Jamaluddin yang akan tersua-sua muka agar dia dilantik sebagai Imam, Tok Khatib, tukang baca doa, mahupun bertahnik (upacara belah mulut), mahupun tukang baca talkin agar dia kelihatan lebih beragama daripada orang lain. Dan apabila didesak, Nizar Jamaluddin akan memberitahu bahawa dia sebenarnya diminta, walaupun ramai yang dapat melihat bagaimana terhegeh-hegehnya Nizar untuk membaca doa dan mengimamkan solat jemaah tanpa menghiraukan tentang siapa yang lebih afdal sebagai imam terutama di masjid yang berada di bawah pentadbiran kerajaan negeri!

Namun yang agak menghairankan apabila Zambry Abdul Kadir mendedahkan pada zaman Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar selama 11 bulan, jabatan-jabatan tertentu telah menyebabkan ada Yayasan yang hampir disita oleh mahkamah akibat perbuatan mereka. Sedangkan Nizar Jamaluddin seringkali memomokkan dirinya sebagai utusan Tuhan yang dianugerahkan kepada rakyat Perak kerana kononnya pada zaman dia menjadi Menteri Besar Perak, Perak berada dalam keadaan yang sangat-sangat sejahtera.





Mujurlah Nizar Jamaluddin sekarang mempunyai Menteri Besar yang tidak berdendam seperti dirinya. Kalaulah yang bercakap di dalam video sekarang adalah Nizar Jamaluddin, manakala yang sedang diperkatakan adalah Zambry Abdul Kadir, rasa-rasanya tak kering lidah dia menzikirkan nama Zambry Abdul Kadir dengan cerita-cerita yang boleh menampakkan dia sedang bekerja.

Jauh benar jarak dan bezanya antara PAS Perak yang diberikan kesempatan oleh Allah Taala untuk mentadbir Perak menerusi penyengutuan mereka bersama-sama DAP, dengan Zambry Abdul Kadir!!!!

VIDEO DARI PERAK TODAY

5 comments

SOLAT HAJAT NIK ABDUL AZIZ TERMAKBUL... MUKA ANWAR LEBIH JELAS KALI INI!!!

Dengan gambar yang lebih jelas, dengan wajah dan tubuh badan Anwar yang lebih ketara, nampaknya para pencacai Anwar Ibrahim terpaksa mencari alasan lain untuk melepaskan Anwar daripada kebutaan hati perut dan kepala beku.

Doa Nik Abdul Aziz dimakbulkan Allah Taala serta-merta. Video HD yang disiarkan menerusi talian secara langsung atau streaming online, sudah pun tersedia untuk tatapan para pembela Anwar Ibrahim. Ia bukan sahaja untuk kemudahan para pembela Anwar Ibrahim untuk mencari dalih demi dalih, sebaliknya untuk memberikan pengetahuan yang lebih luas, solat adalah penyelesaian kepada segala-galanya.

Sudah diberitahu berulang-ulang kali bahawa segala sesuatu perlu diserahkan kepada Allah Taala, terutama sekali bagi perkara yang samar-samar dan menyimpan sebentar pembelaan terhadap orang yang pernah didapati bersalah kerana meliwat dan menyalahguna kuasa. Namun atas dasar assabiyah, Anwar Ibrahim terus dibela sekalipun memang sudah terlalu banyak tanda, Anwar Ibrahim adalah penjenayah yang tidak sepatutnya dibebaskan daripada penjara!

Mujurlah Allah Taala mengurniakan akal dan kudrat. Diilhamkan kepada Anwar Ibrahim agar menggerakkan sekutu-sekutu kuatnya seperti Nik Abdul Aziz yang mempunyai pengaruh besar di kalangan para ahli PAS dan PKR sendiri untuk mengetuai solat hajat dan berdoa kepada-Nya untuk menunjukkan keadilan dan menolak fitnah.

Maka dengan kebesaran-Nya dan dengan Af'al-Nya, digerakkan usaha kepada hamba tertentu yang memuatnaikkan dan meletakkan video Anwar untuk pembuktian kepada bersalahnya pembelaan pencacai-pencacai sekalian.

Semuanya kerana berkat doa dan solat hajat yang diketuai oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat!


7 comments

VIDEO LUCAH ANWAR IBRAHIM: VISUALNYA SEMAKIN JELAS DAN STREAMING ONLINE

video

Semalam Hari Pekerja.... hari ini pula cuti Hari Pekerja... tapi ada kerja sedikit untuk anda yang berminat untuk bekerja tanpa gaji. Kerjanya ialah tengok sahaja video yang tersedia ini dan kemudian buatlah kesimpulan. Kalau anda tak puas hati juga, cubalah perlahankan video ini dan kemudian panggil kawan-kawan untuk buat analisa.

Ini merupakan sebahagian daripada video yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim yang sifatnya lebih jelas berbanding dua video yang telah tersiar sebelum ini (6 klip video sebenarnya). Seperti yang dinyatakan dalam posting sebelum ini, video Anwar Ibrahim yang jelas sudah pun ada dan sedang tersebar dengan meluas. Video yang terselit di dalam The Flying Kick ini sebenarnya hanyalah kutipan daripada video-video jelas yang ada.

Masih ada khabar-khabar angin yang mengatakan terdapat beberapa video lain yang tidak ada kaitan dengan China Doll yang melayan Anwar Ibrahim bagaikan batang kayu, akan mula dilepaskan di Internet. Video-video berkenaan akan terus menyerang Anwar Ibrahim selagi mana Anwar Ibrahim dan konco-konconya cuba memberikan alasan-alasan bodoh mengapa visualnya boleh berada di dalam video berkenaan terutama sekali alasan KONSPIRASI dan FITNAH.

Agak aneh, pendedahan perangai sebenar Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia yang sangat bertentangan dengan sifat yang dicakapkan dan ditunjukkan di hadapan para penyokongnya, dikatakan sebagai politik lucah dan politik konspirasi.

Anwar boleh marahkan wartawan yang bertanyakan tentang DNA, jam tangan Omega dan sumpah mubahalah tetapi dia tidak boleh sama sekali memarahi video yang ada visual tubuh badan, muka dan kemaluannya yang bagak itu kerana itulah dirinya!!!

DAN INI PULA VIDEO ANWAR YANG BOLEH ANDA STREAMING SECARA ONLINE DAN PERCUMA....

Watch live streaming video from aljubura at livestream.com

7 comments

Sunday, May 1, 2011

VIDEO LUCAH ANWAR: VERSI CLEAR SUDAH ADA!!!

Sunday, May 1, 2011
Makin dinafikan, makin menjadi-jadi pula penyiaran video lucah Anwar Ibrahim. Dari satu video, alasan diberikan untuk membuat penafian, keluar pula video yang sama tetapi dengan gambaran yang semakin jelas, namun alasan dan dalih tetap diberikan untuk menafikan pembabitan Anwar Ibrahim.

Sudah ada versi yang lebih jelas dan sangat meyakinkan sedang berada di Internet. Walaupun video berkenaan telah dimuatnaik ke Youtube dan kemudian dibuang, namun versi berkenaan sudah pun wujud. Isyarat daripada pemuatnaik fail berkenaan sangat jelas. Semakin dinafikan, mutu visual yang dipersembahkan untuk tatapan dan pihak penafi untuk 'up-grade' alasan, juga perlu dipertingkatkan dengan menolak teori penafian sebelumnya.

Semakin Anwar dikatakan tidak bersalah, dan semakin Anwar sibuk berselindung di belakang dalih agama untuk menolak pembabitannya, nampaknya semakin tersepitlah Anwar dengan cerita-cerita mitos dan dongengannya.

Versi 'clear' sudah ada dan ia tidak akan mengambil masa untuk blog-blog mahupun portal berita yang tidak berpihak kepada Anwar Ibrahim untuk menyiarkannya secara beramai-ramai.

Wang ringgit Anwar Ibrahim nampaknya tidak mampu menyelindungkannya lagi. Air liur dan jampi mantera Anwar Ibrahim juga kian tidak laku dan membengkokkan hati orang ramai yang semakin yakin dengan cerita serta video yang lebih meyakinkan berbanding alasan dan dalih Anwar Ibrahim serta usaha 'cover-up' pencacai Anwar!

11 comments

MALANG UMNO KEDAH... MENANG TAK MUNGKIN, KALAH DAH TENTU!!!!

Sikap besar kepala, penting diri dan memantul-mantul sebagai merak buih, terus-menerus melanda UMNO Kedah. Perasan yang mereka masih lagi hebat, masih lagi dikehendaki dan masih lagi berpengaruh di Kedah, membuatkan mereka terus bersikap acuh tak acuh terhadap sebarang program yang boleh menaikkan rating mereka semula di negeri Jelapang Padi itu.

Itulah yang berlaku dalam program PERKASA yang dianjurkan di Stadium Suka Menanti, Alor Star semalam. Sekalipun yang menjadi tetamu kehormat adalah bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad, jumlah ahli UMNO yang datang hanyalah sekitar 3 ribu orang.

Mungkin memikirkan yang PERKASA bukan UMNO kerana PERKASA memperjuangkan Melayu dan hak-hak Bumiputera, maka UMNO Kedah enggan terlibat sama. Kalau terlibat sekalipun, penggawa-penggawa dan pembesar-pembesar UMNO yang hadir, bolehlah dibilang dengan jari tangan. Barangkali juga UMNO-Kedah enggan dilabelkan sebagai rasis dan dibimbangi gelaran berkenaan akan menyebabkan UMNO Kedah kalah dalam PRU 13 nanti ekoran rakyat dan pengundi Kedah adalah terdiri daripada majoriti masyarakat campuran yang tidak langsung mempunyai sebarang elemen rasis!!!

Apa yang berlaku semalam, menampakkan ketidaksungguhan UMNO Kedah untuk 'bekerja' dan berusaha mencari pengaruh yang kian menipis. Sekadar menaikkan nama Mukhriz Mahathir ke dalam barisan kepimpinan negeri, UMNO Kedah dilihat langsung tidak kreatif untuk memukat ikan di lubuk yang dalam.

Sepatutnya UMNO Kedah tidak malu untuk menumpang populariti PERKASA dan turut sama menjayakan majlis berkenaan, sekaligus dapat membuktikan bahawa UMNO Kedah sebenarnya sudah pun berada di landasan perjuangan untuk merampas negeri itu semula dari tangan PAS sebagaimana yang sering dilaung-laungkan oleh kepimpinan negeri.

Ternyata, segala teori selama ini tentang politik UMNO Kedah, memang benar belaka. PERKASA Kedah dipimpin oleh golongan yang bukan sahaja marhein pengaruh tetapi juga marhein usaha. UMNO Kedah pula dipimpin oleh golongan yang bukan sahaja lapar kuasa, bahkan sanggup berkerat betis kalau berasakan kedudukan mereka tidak selamat. Gabungan pemimpin UMNO dan PERKASA melahirkan barisan kepimpinan katak-katak betung yang bukan sahaja kuat melaung tetapi berbadan kecil dan terpaksa sentiasa menyorok.

Dan dengan demikian, dapatlah kita buat kesimpulan, OSTAT KITA mempunyai wawasan dan pandangan yang sangat jauh lebih ke hadapan berbanding para pemimpin UMNO Kedah yang bukan sahaja dapat melihat laungan katak betung PERKASA setakat berbunyi OUNG-OUNG-OUNG di hujung paya, bahkan perhimpunan PERKASA KEDAH laksana perhimpunan budak-budak sekolah sebab didatangi nazir sekolah, tidak akan langsung menjejaskan PAS sebaliknya menambahkukuhkan pandangan bahawa Kedah selama-lamanya milik PAS.

Syabas OSTAT KITA kerana enggan terlibat dalam majlis BUTA SENI PERKASA, sekaligus tidak terlibat dengan cubaan mencari pengaruh oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang hilang kuku dan gigi tetapi kuat berpegang kepada PERKASA!!!!

3 comments

'UGUTAN' NAJIB TIDAK AKAN DIPANDANG OLEH PENGUNDI CINA!!!

Apabila Najib Abdul Razak memberi amaran kepada para pengundi Cina bahawa mereka tidak akan mempunyai perwakilan seandainya undi mereka diberikan kepada DAP pada PRU13 nanti, sebenarnya ia hanya akan membawa natijah besar kepada UMNO-BN sendiri. Sebabnya, sekalipun UMNO-BN berjaya mengekalkan penguasaan di Parlimen, pengundi-pengundi Cina tetap akan menjadi kelompok yang paling 'disayangi' dan paling 'dihargai'.

Itulah yang berlaku selama ini. Bermula dengan Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu sehinggalah Pilihanraya Negeri Sarawak, pengundi-pengundi Cina yang diketahui tidak akan mengundi Barisan Nasional telah menikmati ratusan juta ringgit dalam bentuk bantuan yang tidak pun diperolehi oleh kelompok Bumiputera yang menjadi pengundi tetap Barisan Nasional.

Seperti yang berlaku di Sibu apabila Najib Abdul Razak mengumumkan pelbagai bentuk bantuan kepada masyarakat pengundi Cina, keputusan akhirnya memihak kepada DAP.

Ketidakseriusan Najib Abdul Razak dalam menangani kebangkrapan undi Cina sebenarnya telah menjadikan Najib Abdul Razak sebagai bahan lelucon oleh masyarakat tersebut. Bagi mereka, tanpa sokongan kepada Barisan Nasional, mereka akan memperolehi lebih banyak laba dan bantuan, terutama untuk pendidikan, media mahupun perniagaan.

Tiada perkara yang lebih penting kepada masyarakat berkenaan kecuali tiga perkara yang disebutkan di atas. Kecuali untuk kaum DAP yang memasukkan satu lagi elemen iaitu KATHOLIK, masyarakat Cina lebih mementingkan kepentingan serta keberuntungan untuk masyarakat mereka yang boleh diperolehi daripada kerajaan.

Kerana itulah, ketika orang Melayu kembali berdendang dengan lagu perpaduan PAS dan UMNO, DAP, GERAKAN, Cina PKR dan MCA mengambil bahagian dalam Forum After Sarawak Election - 'The Impact on Coming General Election' pada 28 April yang lalu di Dewan Serbaguna Chai Leng Park, Perai yang dikendalikan sepenuhnya dalam Bahasa Mandarin.

Sama ada dari Pakatan Rakyat, mahupun parti-parti Cina yang menjadi komponen Barisan Nasional, nampaknya mereka sangat bersatu hati dalam hal masyarakat mereka. Ketika DAP yang menjadi ketua menggelarkan tindakan atau cubaan menggabungkan PAS dan UMNO sebagai satu tindakan rasis, parti-parti Cina itu pula membincangkan perkara yang menjadi pokok dalam kehidupan seharian rakyat Cina Malaysia tanpa sedikit pun tercatat dengan perkataan RASIS sungguhpun semua perbualan mereka dalam Bahasa Mandarin.

Disebabkan itulah, 'ugutan' yang dilakukan oleh Najib Abdul Razak sebenarnya tidak akan sampai ke mana. Kesudahannya, Najib sendiri yang terpaksa turun untuk melutut dan mencium tumit setiap pengundi Cina bagi memohon restu mereka menyokong UMNO-BN seperti yang dilakukan sebelum ini. Manakala para pemimpin dari MCA, GERAKAN dan PPP serta SUPP, LDP pula sekadar bercekak pinggang dan menunggu hasilnya semata-mata!

10 comments

ISYYY... JANGGAL BENAR BUNYINYA BAB TOLONG-MENOLONG TU!!!

Sememangnya amat ganjil apabila Presiden PAS berkata, PAS tidak boleh bergabung dengan UMNO dan Barisan Nasional kerana tidak mahu bersubahat dalam tolong-menolong untuk melakukan kezaliman, penindasan dan menegakkan keadilan. Lebih ganjil apabila Presiden PAS itu berkata, PAS di dalam Pakatan Rakyat untuk menentang kezaliman yang telah dilakukan oleh UMNO-BN.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Abdul Hadi Awang itu adalah sebagai mengulas pelawaan Najib Abdul Razak agar PAS menyertai Barisan Nasional atau keluar dari Pakatan Rakyat.

Walau seretorik mana pun mana-mana pemimpin PAS bercakap tentang kebaikan PAS berada di sisi PKR dan DAP, rakyat sebenarnya dapat melihat bagaimana PAS hilang mulut dan hilang suara terutama terhadap kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan DAP, PKR dan PAS sendiri di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

Bagaimana yang dikatakan menentang kezaliman dan menegakkan keadilan jikalau PAS membuta tuli membela Anwar Ibrahim tanpa sedikit pun memberi peluang kepada orang yang menuduh Anwar melakukan kezaliman? Sedangkan Islam pula mengajar, pembelaan perlu dilakukan setelah pendapat kedua-dua pihak didengar berserta bukti. Bukti yang menyatakan Anwar adalah seorang penzalim dan seorang yang cenderung kepada perbuatan jahat telah pun wujud sejak dia masih berada dalam Kabinet lagi, dan keputusan mahkamah yang menegaskan bahawa dia memang terlibat dalam kegiatan homoseksual.

Begitu juga kekejaman dan kezaliman DAP di Pulau Pinang yang langsung tidak bertolak ansur dengan orang Melayu sungguhpun mereka mengatakan, DAP sekadar mengikut undang-undang. Undang-undang pada pendapat DAP ialah tiada tolak ansur kepada Melayu tetapi untuk masyarakat Cina, mereka bukan sahaja bertolak ansur malahan membenarkan perlanggaran semua undang-undang termasuklah undang-undang kecil penjaja.

Apa yang telah dilakukan oleh PAS untuk menentang kezaliman sepanjang berada di dalam Pakatan Rakyat? Sebaliknya ramai yang melihat, PAS hanyalah tidak ubah seperti pak badut yang disuruh menari dengan langkah zapin di hadapan orang ramai oleh DAP dan PKR.

3 comments

BILA ANWAR SEBUT TENTANG PILIHANRAYA, MAKNANYA....

Anwar Ibrahim kembali mencipta angka, tarikh dan masa untuk pilihanraya. Kata Anwar, Pilihanraya Umum akan berlaku pada sebelum bulan puasa (Ogos) atau selepas bulan puasa (September). Manusia nan seorang ini sentiasa ingin kelihatan lebih advance daripada orang lain dengan ramalan nujum pak belalangnya, walaupun ramalannya tidak pernah ada satu pun yang betul dan tepat. Malah ramalannya untuk menubuhkan kerajaan dengan menggulingkan Barisan Nasional pada 16 September 2008 juga bukan setakat tidak menjadi kenyataan, bahkan Ahli Parlimen Barisan yang dikatakan akan melompat ke dalam PKR dan Pakatan juga tidak berlaku, sebaliknya yang berlaku upacara melompat beramai-ramai Ahli Parlimen PKR sebagai Bebas.

Kalau diperhalusi, setiap kali tindakan Anwar membuat ramalan tentang tarikh pilihanraya, bererti Anwar sebenarnya sedang berada dalam kesulitan dan tekanan yang sangat teruk. Dia berharap dengan mewujudkan suasana pilihanraya dan kempen-kempen yang giat dijalankan, isu peribadinya tidak lagi diperkatakan atau paling tidak dapat dilupakan oleh orang ramai.

Isu video lucah yang dikaitkan dengannya, benar-benar merungsingkan Anwar sehinggakan dia mula tidak kenal sesiapa sahaja yang dikaitkan dengannya. Isu video lucah telah menghilangkan sebahagian besar daripada kesedaran, kewarasan dan kematangannya.

Lebih banyak kempen politik dijalankan, suasana kelam-kabut akan dapat diwujudkan lebih cepat. Anwar memerlukan suasana kelam-kabut untuk terus hidup bebas dari penjara. Dia pernah hampir berjaya melakukannya pada September 1998 dan Ogos 2008. Negara yang aman damai dengan rakyat lebih menumpukan perhatian kepada kerjaya dan kehidupan harian, akan membuatkan Anwar Ibrahim menjadi lemah kaku dan tidak bermaya.

Kerana itulah dari semasa ke semasa, Anwar mengharapkan agar PRU 13 dapat dijalankan secepat mungkin. Namun pada masa yang sama, amat berharap negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat pula tidak akan membubarkan DUN masing-masing sehinggalah cukup haul dan hisab!

Sebabnya sangat mudah... di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat, jumlah kerusi parlimen yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat agak banyak dan Anwar tidak berkeyakinan seandainya pilihanraya umum dilakukan secara serentak di semua negeri, Pakatan mampu mempertahankan kerusi yang dimenangi pada 2008, terutama sekali kerusi-kerusi PKR.

Apa pun, Anwar jelas sangat tertekan dengan apa yang sedang berlaku. Isu video lucah sudah menjadi satu liabiliti yang tidak dapat ditanggungnya. Lubang sudah pecah dan beberapa lubang yang lain akan turut pecah, menyusul lubang yang telah dipecahkan itu!!!

1 comments

Saturday, April 30, 2011

PAS MASUK BARISAN? KERINGLAH DARAH LIM KIT SIANG, KALAU JADI!!!!

Saturday, April 30, 2011
Isu PAS masuk Barisan Nasional dikumandangkan lagi. Kali ini datangnya daripada Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia sendiri. Dan sudah tentulah, kenyataan yang dikeluarkan oleh Najib Abdul Razak mengundang pelbagai tanggapan yang masing-masing mempunyai kebenarannya yang tersendiri.

Sekalipun Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am PAS terus berkeras menyatakan PAS akan kekal berada di dalam Pakatan Rakyat, tawaran yang dibuat oleh Najib Abdul Razak, akan dijadikan sebagai buah hujah pihak-pihak tertentu di dalam PAS sendiri.

Kerjasama PAS-DAP-PKR sebenarnya dilihat lebih banyak menguntungkan DAP. Ketika DAP berjaya menambah kerusi dan pengaruh di seluruh negara, PAS pula terus dilihat sebagai sayap dan jentera DAP yang menjadi tebusan tidak berbayar. PAS dipergunakan oleh DAP sepenuhnya untuk membolehkan parti tersebut diterima oleh kalangan masyarakat Melayu sama ada sokongan terus, mahupun sokongan tidak langsung. Sedangkan pada masa yang sama, PAS kekal ketandusan sokongan daripada masyarakat bukan Melayu yang sepatutnya dibantu oleh DAP menerusi Pakatan Rakyat.

Sokongan kaum DAP kepada PAS pula dilihat hanya untuk mengukuhkan kedudukan DAP dan bukan solid kepada PAS. Seperti yang berlaku di Kuala Sepetang ketika Pilihanraya Kecil Bukit Gantang, masyarakat DAP melihat sokongan kepada Nizar Jamaluddin akan membolehkan kuasa sepenuhnya dialirkan kepada mereka apabila kerajaan negeri pimpinan Nizar Jamaluddin ditumbangkan menerusi kegiatan lompat. Nizar Jamaludddin telah pun membuktikan bagaimana cekapnya DAP menggunakan PAS dalam merealisasikan banyak perkara yang lebih berpihak kepada kaum DAP.

Dalam hal ini, PAS tidak perlu diajak masuk ke dalam Barisan Nasional. PAS seharusnya kekal sebagai pembangkang yang dapat mengimbangi kuasa UMNO. PAS perlu bertindak sebagai pengawas kepada UMNO dalam pentadbiran negara. Menjadikan PAS sebagai entiti yang angguk-angguk dan diketuk-ketuk di dalam Barisan Nasional, merupakan kerugian besar kepada rakyat.

Bagaimanapun, PAS seharusnya dibantu untuk menjadi lebih kukuh. Setidak-tidaknya mengatasi kekuatan DAP yang berjaya menggenggam kerusi-kerusi bandaran. Di dalam Pakatan Rakyat, PAS seharusnya menjadi ketua, bukannya berketuakan DAP dan diarah tunjal oleh PKR sesuka hati seperti yang kita dapat lihat sekarang.

PAS terlalu banyak mengalah dan terlalu rendah diri untuk berdiri di sebelah DAP dan PKR. Walaupun sedar, kekuatan DAP dan PKR selama ini banyak disokong oleh jentera PAS yang lebih teratur dan lengkap, namun kebanyakan pemimpin PAS memilih untuk menjadi lembu yang dicucuk hidung. Apa-apa sahaja kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan tinggi DAP dan PKR akan diangguk tanpa sedikit bantahan pun. Kalaupun ada yang cuba membantah, apabila dijegil oleh Lim Kit Siang dan Karpal Singh, kebanyakan pemimpin PAS kemudiannya akan berpusing cakap.

Kejadian terbaru memperlihatkan bagaimana Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS terpaksa 'membetulkan' cakapnya sambil memberi alasan, kenyataannya telah dipusing pulas oleh media apabila Azmin Ali mengamuk setelah Mustafa Ali tidak menggunakan perkataan 'KONSPIRASI' dan FITNAH sebaliknya berkata, PAS akan mengkaji kedudukan di dalam Pakatan Rakyat selepas siasatan polis ke atas video lucah yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim, selesai.

Fungsi pembangkang sememangnya lebih sesuai untuk PAS berbanding menjadi komponen di dalam Barisan Nasional. Walaupun negara mempunyai pembangkang, tetapi PKR dan DAP sebagai pembangkang, dilihat lebih banyak merosakkan negara berbanding turut sama berganding bahu dengan kerajaan untuk memajukan negara. DAP sebagai pembangkang, ingin mengubah perlembagaan negara, sama ada secara langsung, mahupun menerusi perbuatan mereka memproksikan Bumiputera seperti yang mereka lakukan di Pulau Pinang dan Selangor. Manakala PKR sebagai pembangkang pula, tidak lekang-lekang dengan tujuan menaikkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan tidak habis-habis dengan masalah KEMALUANNYA!!!

PAS pula dilihat terlalu terikut-ikut dengan gelagat PKR dan DAP sedangkan PAS kalaulah tahu kekuatan dan keistimewaan mereka, pastinya menjadi pembangkang yang lebih efisien yang bukannya bertugas membangkang apa-apa sahaja tindakan kerajaan sahaja, sebaliknya turut menjadi mata dan telinga yang memperjuangkan nasib rakyat.

PAS boleh menolak tawaran untuk menyertai Barisan Nasional, namun PAS tidak seharusnya menolak untuk menjadi kepala pembangkang yang lebih baik dan lebih bernada rakyat berbanding sekarang, yang hanya jadi pak turut dan bernada Anwar Ibrahim serta Lim Kit Siang!!!

3 comments

AMK CUBA BESARKAN KEMALUAN PAS PULAK!!!

Bila AMK buat kecoh di dalam masjid di Sentul, mereka sebenarnya terkontang-kanting. Mereka tidak dapat sokongan daripada golongan PAS yang biasanya sangat agresif di kawasan terbuka terutama yang menentang UMNO. Mahu tidak mahu, AMK yang diketuai oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin yang tidak tahu bahawa harga kepiah putih yang mereka tenggekkan di atas kepala, harganya tidak lebih RM5.

Mahu tidak mahu, terpaksalah AMK menggunakan kaedah PAS dengan menyamar sebagai ahli PAS dan takbir PAS. Cuma malangnya, yang sibuk bertakbir dan menjerit lantang berzikir di dalam masjid adalah seorang lelaki yang sangat terkenal dengan botol arak, kaki betinanya dan kisah hitamnya di RMC.

Alangkah buruknya manusia-manusia juhalak yang sibuk nak bertakbir tetapi sangat biadap ketika berada di dalam masjid semata-mata untuk menolong dan membela ketua umum mereka.

Oleh kerana Pemuda PAS yang biasanya terlibat dalam kes-kes sebegini menghindarkan diri, AMK terpaksa menimbulkan persepsi di kalangan orang ramai bahawa yang melakukan perbuatan biadap di dalam masjid adalah Pemuda PAS, terutama dengan kepiah putih RM5 mereka. AMK tetap ingin menarik PAS terlibat sepenuhnya dengan masalah yang mereka cipta.

Sememangnya kita boleh nampak dari semasa ke semasa, AMK sebenarnya sentiasa cuba untuk menunggang di belakang PAS dan memperkudakannya. Apabila PAS masih tetap enggan terlibat dalam masalah peribadi Anwar Ibrahim dan PKR, AMK terpaksa menggunakan helah menyamar, termasuklah TAKBIIRRR!!!!

Sampai bila sebenarnya PAS akan terus membenarkan AMK menjahanamkan imej mereka? Sampai bila PAS akan sentiasa terpaksa menolong AMK dan PKR walaupun masalah yang sedang berlaku di dalam PKR dan Anwar Ibrahim sebenarnya tidak ada kena-mengena langsung dengan PAS?

Mentang-mentanglah KEMALUAN AMK besar, mereka cuba pula menjadikan KEMALUAN PAS turut besar seperti mereka!!!

4 comments

PEMBELIT TERLUPA YANG DIA DAH KE BELIT KE BELUM!!!

Anwar dalam satu wawancara dengan media mengatakan dia tidak kenal Eskay. Pada masa yang sama, Shazryl Eskay berkali-kali mengakui bahawa dia adalah bekas kawan baik Anwar, malah pernah menjadi rakan subahat dalam perbuatan maksiat.

Atas sebab itu, Anwar tidak mengaku yang dia mengenali Eskay. Sama jugalah apabila dia mengatakan dia tidak mengenali Saiful Bukhari Azlan yang diambilnya bekerja sebagai pembancuh kopi peribadinya. Sama jugalah seperti dia kata dia tak kenal Rahimi, seperti dia kata dia tidak kenal Rashid, seperti dia tidak kenal Norlaila dan banyak nama lain.

Sedangkan bukti-bukti yang ada jelas menunjukkan Anwar bukan sahaja mengenali mereka, tetapi sangat rapat. Seperti gambar-gambar yang disiarkan oleh PERAKTODAY menjelaskan tentang pembohongan nyata Anwar Ibrahim.

Kalau bab kenal pun, Anwar Ibrahim boleh temberang, apa sangatlah cerita-cerita lain yang bersifat lebih besar. Anwar Ibrahim dan pembohongan serta pendustaan bagaikan isi dengan tulang... tak boleh langsung berpisah dan bercerai!

4 comments

SOLAT HAJAT DI RUMAH ANWAR, MINTA BALA LAGI LER TUH!!!

Malam ini, pukul 7 malam, satu majlis solat hajat di mahligai Anwar Ibrahim bernilai RM7 juta dengan berimamkan Nik Abdul Aziz Nik Mat akan diadakan. Orang ramai dijemput hadir dan diminta membawa sejadah sendiri.

Itu hari Anwar buat juga majlis solat hajat, kononnya untuk menolak fitnah dan minta Allah Taala tunjukkan bukti. Akhirnya yang keluar ialah video klip Anwar yang kedua dan muka 'Anwar Ibrahim' di dalam video kedua itu jauh lebih jelas dari video yang pertama sekalipun para pencacainya cuba mempertikaikan tentang sisi kepalanya yang dikatakan tidak berambut walaupun beberapa saat sebelum itu, dalam frame yang sama, rambut Anwar tidak pun hilang sebagaimana yang didakwa.

Anwar memang tersepit sangat-sangat. Dukungan daripada kaum PAS nampaknya semakin kurang untuk Anwar. Dan sebagai basa-basi, Nik Abdul Aziz yang merupakan Mursyidul Am, terpaksa tampil untuk memberikan sokongan moral kepada Anwar Ibrahim, terutama apabila ramai perkakasnya sedang berkira-kira untuk merampas tampuk kepimpinan utama PAS pada muktamar agung yang akan diadakan dalam tempoh terdekat.

Elok jugalah kita pergi beramai-ramai untuk bersolat hajat terutama bagi kita yang mengaku beragama Islam. Aminkan doa Nik Abdul Aziz Nik Mat. Allah Taala bukannya jahil. Dia tahu apa-apa yang berlaku. Tiada tabir, tiada penghalang untuk-Nya untuk apa-apa sahaja yang tidak mampu difikirkan oleh manusia.

Bala apa pula la yang akan menimpa Anwar selepas ini.... kalau Anwar masih beranggapan, dia mampu menipu Allah Taala menerusi sifat putar belitnya, dia tersilap besar.... Peluang yang Allah Taala berikan, sewajarnya digunakan untuk kembali kepada-Nya, walau sebesar manapun dosa yang telah dilakukan... bukannya semakin sesat yang menyesatkan!!!

7 comments

SAM KETOT HANYA MENGESAHKAN ANWAR ADALAH PELAKU DALAM VIDEO LUCAH!!!

Kalau Anwar nak mengamuk dan gatal tangan nak balun orang (bukan balun China Doll), Shamsul Iskandar Mohd Akin adalah calon yang paling layak. Si pendek juhalak itu bukan setakat layak untuk dijerkah dan dimaki, bukan sahaja sangat layak untuk ditampar, disekeh atau ditumbuk, bahkan sangat layak untuk disiku, diterajang perutnya mahupun dilututkan kepalanya yang besar sebelah!!!

Apakan tidak, tindakan Shamsul Iskandar Mohd Akin membuat kecoh di dalam Masjid, bukan sahaja mendapat kecaman daripada orang ramai, bahkan turut menggambarkan bahawa menjadi ahli PKR bererti anda tidak perlu menghormati sebarang elemen agama. Anda boleh gunakan agama untuk membela Anwar Ibrahim, tetapi anda tidak perlu beragama langsung...

Kelakuan Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mengetuai sekumpulan manusia biadap dan TIDAK BERAGAMA membuat kecoh di ruang utama solat Masjid Amru Al-As, sangat jelas menunjukkan bahawa PKR hanyalah satu kumpulan anarki yang sepatutnya dilayan sepertimana kerajaan melayan pengganas komunis pada zaman darurat dahulu.

Shamsul Iskandar Mohd Akin sudah berkali-kali menunjukkan dan membuktikan bahawa dia adalah manusia yang paling kurang ajar, biadap dan tidak tahu diuntung, terutama apabila ada orang yang dirasakan dapat menyokongnya jikalau telinganya ditarik-tarik dan dahinya ditunjal-tunjal. Dia umpama watak pak lawak filem Tamil yang cakap berdegar-degar tetapi apabila dikonfrontasi akan terkencing, terketar-ketar dan menangis-nangis!

Gelagat Shamsul Iskandar Mohd Akin telah pun berjaya menimbulkan persepsi bahawa orang di dalam video lucah yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim, sememangnya adalah Anwar Ibrahim sendiri. Sudahlah Anwar sendiri tidak berani meminta polis menyiasat dan mengumumkan pelaku di dalam video tersebut, Shamsul Iskandar pula mengesahkan bahawa sememangnya pelaku itu adalah Anwar.

Kalau bukan Anwar, mengapa Shamsul Iskandar cuba menghalang Eskay daripada melaksanakan sumpah laknat? Walhal Shamsul Iskandar sendiri yang melaung-laung di dalam masjid bahawa Eskay perlu menjalani proses qazaf? Apa perlunya Shamsul Iskandar mengetuai segerombolan manusia termasuklah beberapa orang lelaki India yang kemudian dihalau keluar oleh jemaah termasuklah Shamsul sendiri, membuat kecoh di dalam masjid?

Bukankah tindakan provokasi yang dibuat oleh Shamsul Iskandar itu sebenarnya bertitik tolak daripada ketakutan terhadap kebenaran yang akan timbul? Bukankah Shamsul Iskandar sendiri telah menjadi makmum kepada dua imam yang gerak-geri solat mereka sangat tidak beradab, sekaligus menyerahkan kepada Allah Taala untuk kebenaran terserlah? Mengapa pula Shamsul Iskandar cuba berlagak seperti Tuhan pula?

Apakah solat hajat yang dibuatnya itu sebenarnya untuk menunjuk-nunjuk kepada para penonton di sekeliling mereka semata-mata memandangkan apa yang berlaku selepas solat tersebut, sangat jauh daripada maksud dan makna solat yang didirikan!!!

2 comments

ANWAR PUSING DAN TERUS BERPUTAR BELIT!!!

Ekoran video lucahnya, ramai yang membanjiri Dewan Nusa Bakti di Bandar Baru Ampang dengan harapan Anwar Ibrahim akan memberikan penjelasan terperinci bagi menangkis tuduhan yang dilemparkan kepadanya, terutama sekali tentang sumpah laknat yang dibuat oleh Shazryl Eskay di Bandar Baru Sentul, petang sebelumnya.

Bagaimanapun, kebanjiran mereka sekadar dipergunakan oleh Anwar Ibrahim untuk menunjukkan yang dia mendapat sokongan, bukan kerana orang ramai yang datang ingin mendengar penjelasannya.

Sememangnya, ramai yang mengeluh kecewa kerana Anwar masih lagi bermain-main dengan nada yang sama iaitu semuanya salah UMNO. Ramai yang sebelum ini dikenali sebagai penyokong Anwar di kawasan Ampang, khususnya dari Kampung Tasik, Tasik Permai dan Tasik Tambahan yang ditemui, mengeluh dan mencerca Anwar kerana langsung tidak berani menjelaskan kewujudannya di dalam klip-klip video yang diangkat ke dalam Internet.

Dalam ceramahnya, Anwar yang ditemani oleh Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang yang baru semalam nampak muka dan tubuhnya di Ampang secara umum, ADUN Lembah Jaya, Khassin Abdul Aziz, Azmin Ali, Tian Chua, Baru Bian dan bekas Imam Masjid Omar Al-Khattab yang sangat menyokong Anwar, Shamsul Firdaus, sekadar mengutuk politik lucah yang sedang melanda negara.

Tuduhan Anwar ialah, UMNO merupakan dalang di sebalik penyebaran video berkenaan. Anwar tidak menyentuh langsung tentang si pelaku di dalam video berkenaan yang kelihatan terlalu mirip seperti dirinya. Anwar juga tidak membayangkan untuk meminta polis menyiasat dan mendedahkan identiti si pelaku tersebut yang telah 'menyamar' dan 'menjatuhkan maruahnya' dengan membalun China Doll menggunakan ANUUU...GERAHnya yang bersaiz gedabak walaupun sekadar 4 minit!

Ceramah Anwar seperti biasa iaitu cuba mengalihkan perhatian berkenaan isu moral yang dikaitkan dengan dirinya kepada masalah negara. Anwar cuba bercakap seolah-olah dia adalah orang yang tidak terbabit dalam skandal moral.

Sambil menggambarkan dirinya adalah DEWATA Pakatan Rakyat, Anwar menyifatkan UMNO-BN cuba menghancurkan Pakatan Rakyat dengan cara menjatuhkan dan memalukannya. Walhal secara logik akal, Anwar Ibrahim sebenarnya BUKAN SIAPA-SIAPA di dalam Pakatan Rakyat. Tambahan pula PKR yang diketua umumkannya, langsung tidak menyerlah dan cemerlang. Daripada 49 kerusi yang ditandingi oleh PKR di Sarawak dalam PRN baru-baru ini, PKR hanya mampu memperolehi 3 kerusi sedangkan DAP yang bertanding 15 kerusi memperolehi 12 kerusi. Bahkan dalam Pakatan Rakyat sendiri, DAP adalah majoriti dan mempunyai kerusi yang jauh lebih berpengaruh berbanding kerusi-kerusi Parlimen yang dimiliki oleh PKR.

Mujurlah portal beritanya menyatakan bahawa orang ramai yang hadir adalah sekitar 5000 orang, sedangkan berdasarkan pemerhatian, jumlah yang datang tidak melebihi 3000 orang pun dengan lebih separuh daripada mereka adalah pengutuk dan pencerca Anwar Ibrahim!

Di gerai makan di belakang Pasar Bandar Baru Ampang, ramai yang bercerita tentang Anwar Ibrahim dan pada masa yang sama, ramai yang menonton semula klip-klip video yang telah disatukan untuk menjadi rantaian video 22 minit sambil mengangguk-angguk, membenarkan bahawa orang di dalam video berkenaan adalah ANWAR IBRAHIM!!!

5 comments

PANDAI CHUA SOI LEK AMBIL KESEMPATAN!!!

Ketika seluruh negara tertumpu perhatian kepada video lucah yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim, Chua Soi Lek, Presiden MCA yang bangkrap idea dan lebih memilih untuk menikam UMNO yang menjadi sekutunya untuk berkuasa di Malaysia, kembali bermain-main dengan isu yang sangat digemarinya iaitu HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU.

Chua Soi Lek kata, kalau PKR sanggup menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu yang sudah termakhtub di dalam Perlembagaan Negara Malaysia, dia akan menjadi orang pertama yang akan mengundi untuk PKR.

Cara bermain-main dengan kaedah sebangang itu sepatutnya hanya dibuat oleh Ketua AMK atau Ketua Penerangan AMK dan para pemimpin PKR sahaja. Tidak sepatutnya seorang Presiden MCA seperti Chua Soi Lek mengikut teknik sebodoh itu dalam usaha menarik sokongan kaum Cina kepadanya.

Perlembagaan Malaysia hanya boleh diubah dengan majoriti dua pertiga. Benteng terakhir untuk penggubalan Perlembagaan Malaysia adalah KDYMM Yang Dipertuan Agong.

Apakah Chua Soi Lek sebenarnya sedang mencabar PKR agar menjatuhkan dan menghapuskan KDYMM Yang Dipertuan Agong dari Malaysia kerana baginda merupakan benteng terakhir yang diamanahkan untuk menjaga hak-hak Melayu dan Islam di negara ini?

Apakah cakap Chua Soi Lek itu sebenarnya menggambarkan harapan besarnya untuk melihat hak keistimewaan Melayu terhapus atau dengan kata lain, dia sebenarnya menentang Perlembagaan Malaysia?

Anehnya, mengapa pula dia tidak menyertai DAP? Mengapa dia tidak menentang Lim Kit Siang di dalam DAP sebaliknya terus bersama-sama MCA dan bersungguh-sungguh untuk mempertahankan jawatan Presiden yang dirampasnya daripada Ong Tee Kiat?

Kalau PAS menerusi suara portal rasmi mereka, sudah pun menggambarkan tentangan terhadap Chua Soi Lek, mengapa pula orang UMNO masih lagi ternganga-nganga sambil mengharapkan keajaiban akan berlaku dan Chua Soi Lek akan berkata, dia sekadar mencabar PKR untuk merubah sesuatu yang agak mustahil untuk diubah?


5 comments

UDAHLAH MUKA PUN MACAM ORANG TONGONG, KENYATAAN YANG DIKELUARKAN TERLEBIH-LEBIH TONGONG!!!

Kalau tengok muka si Nik Nazmi ni, pasti ramai yang teringin nak membuli. Paling tidak pun nak jentik kepalanya. Nik Nazmi mempunyai banyak ciri-ciri mangsa buli. Dan mungkin kerana itulah, banyak kenyataan yang keluar dari mulut Nik Nazmi merupakan kenyataan budak kena buli. Kenyataan separuh masak dan dia sendiri tidak begitu yakin dengan kenyataannya.

Sebagai Pengarah Komunikasi PKR, kewajipan Nik Nazmi yang paling utama adalah menjilat Anwar Ibrahim. Apa-apa sahaja yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim akan dibela walaupun dia akan kelihatan seperti si bodoh yang disapu taik anjing ke muka.

Video lucah Anwar Ibrahim menyerlahkan benar ciri-ciri tolol dan tongong Nik Nazmi. Dalam kenyataannya untuk membela Anwar, Nik Nazmi berkata, video lucah berkenaan adalah perbuatan UMNO untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim. Dengan kata lain, Nik Nazmi menjadikan UMNO sebagai batu lastik walaupun trio Datuk 'T' tidak ada kaitan dengan UMNO sekalipun salah seorang daripada mereka pernah menjadi pemimpin UMNO.

Apa ke teruk sangat Nik Nazmi punya pemikiran sebagai Pengarah Komunikasi PKR sehinggakan apa-apa sahaja yang berlaku kepada Anwar Ibrahim, semuanya perlu dikaitkan dengan UMNO? Apa teruk sangat ke dendam UMNO kepada Anwar Ibrahim yang UMNO sendiri pecat sehinggakan Anwar Ibrahim balun China Doll pun, UMNO juga yang perlu disabitkan? Konspirasi besar benar UMNO dengan China Doll dan kemaluan Anwar Ibrahim sendiri untuk menjahanamkan tubuh badan Anwar Ibrahim?

Nik Nazmi terpaksa menggunakan hujah bahawa Anwar berada di rumah bersama-sama anak bininya pada masa kejadian, sedangkan sudah berkali-kali dibuktikan bahawa Anwar Ibrahim telah hilang dalam tempoh dua jam yang dipertikaikan itu. Twitter dan Facebooknya sendiri menunjukkan bukti bahawa Anwar Ibrahim memang telah hilang dari alam dunia siber yang cuba dijadikan sebagai alibi.

Paling menarik ialah apabila Nik Nazmi cuba menggunakan dalih agama kononnya, sumpah laknat tidak menepati syariat bahkan dikatakan juga bahawa sumpah laknat tidak wujud di dalam Islam dengan bersandarkan kepada pendapat ulama-ulama muktabar kononnya, tetapi ayat 61 Surah Al-Imran, tidak pula cuba berani-berani nak pertikaikan.

Barangkali Nik Nazmi beranggapan bahawa semua orang sepertinya yang bodoh serta jahil agama dan tidak membelek al Quran. Disebabkan itu, secara terang-terangan dia melakukan pembohongan dan pendustaan. Malah lebih teruk lagi, pendustaan atas nama Nabi s.a.w dan Allah Taala!

Anda boleh baca kenyataan Nik Nazmi DI SINI

Nilaikanlah sendiri berdasarkan situasi terkini, apakah kenyataan Nik Nazmi cukup bijak untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim atau dia sekadar menjalankan tugasnya selaku Pengarah Komunikasi PKR dengan skrip yang direka cantik tetapi isinya kekal bodoh, tongong, bangang dan bahlol terutama apabila menggunakan dalih Anwar bersama-sama anak isterinya dalam tempoh dua jam kehilangannya dari Twitter dan Facebook!



6 comments

ANWAR AKAN BERTAUBAT ATAU ANWAR AKAN JADI LAGI DAJAL?

Berita tentang Eskay berjaya melaksanakan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Sentul, telah mengundang pelbagai reaksi. Sama ada reaksi yang berbentuk kutukan terhadap Eskay, mahupun reaksi yang memadankan muka Anwar Ibrahim.

Menariknya, ramai juga yang beranggapan, sumpah laknat yang dibuat oleh Eskay sekurang-kurangnya telah pun membersihkan dirinya daripada tuduhan fitnah berbanding Anwar yang kelihatan berkeras tidak mahu bersumpah kerana sumpah tidak ada dalam Islam.

Namun ada pendapat pula yang kedengaran, Anwar Ibrahim sebenarnya sedang menanti saat yang paling sesuai untuk melakukan sumpah laknat. Perlu diingat, Anwar merupakan BINATANG POLITIK paling licik yang sangat ego dan angkuh. Anwar tidak akan sesekali mengaku salah walaupun kesalahannya terbukti di hadapan batang hidungnya sendiri. Paling lebih pun, Anwar akan melarikan diri dan tidak akan berhadapan dengan pertanyaan atau desakan untuk memadankan mukanya, seperti mana yang dilakukan ketika keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak berlangsung.

Anwar Ibrahim adalah seorang pemutar belit yang sangat hebat pernah dilahirkan di negara ini. Kehebatan putar belit Anwar Ibrahim sehingga membuatkan ramai generasi muda yang terpengaruh dan keluar ke jalan raya, menjahanamkan segala-galanya hanya kerana percayakan cakap Anwar.

Jangan terkejut sekiranya Anwar akan melakukan sumpah laknat ketika pilihanraya sangat hampir. Anwar tentu menunggu saat yang paling sesuai untuk melakukan sumpah laknat yang akan mengembalikan setidak-tidaknya 50% kepercayaan dan sokongan kepadanya.

Di dalam diri Anwar, tidak ada satu cahaya keinsafan pun sebaliknya yang wujud hanyalah dendam kesumat yang sangat menebal. Sesiapa pun yang sudah sangat hampir ke mercu kuasa, tetapi tiba-tiba hilang peluang dalam sekelip mata, akan bertindak seperti Anwar Ibrahim. Apatah lagi dengan bayangan demi bayangan dan peluang yang kelihatan sangat terbuka, pastinya membuatkan Anwar tidak berputus asa.

Sumpah laknat yang dilafazkan oleh Shazryl Eskay tidak akan mematikan Anwar Ibrahim. Sebaliknya Anwar akan terus merangka bagi mendapatkan sokongan daripada orang ramai semula seperti yang pernah dilakukan pada 1998. Bukan sedikit manusia yang sebenarnya sangat bodoh dan boleh mempercayai kata-kata seorang penipu yang licik seperti Anwar ibrahim sekalipun mereka sudah diberikan pelbagai bukti dan fakta.


6 comments

Friday, April 29, 2011

Sumpah Laknat..

Friday, April 29, 2011
Aku tak faham hal2 ni..sebenarnya!




Tapi ..jika Anwar dah kata bukan dia, apa hal nak risaunya..sepatutnya ahli2 PKR dan PAS kena percaya pada Anwar.




Maka sumpahan trsebut akan kembali pada sipenyumpah trsebut. So apa nak risau? Jika nak sumpah tiap2 waktu selama 40 hari pun tak pa..sumpah je ler!!




tu hal sumpah2 ni ler..




Aku trkenang masa bebudak dulu..rajin bebenor..sikit2 sumpah..sikit2 sumpah!! hari ni kita brpeluang melihat org2 tua le pulak beraksi sumpah2 ni..akhir zaman kut. Bebudak hari ni dah tak seronok main sumpah2 ni..


___________________________


Tapi satu perkara yg aku masih hairan..




Ngan semua kontroversi2 yg berlaku..gelaran "DATUK SERI" masih kekal lagi. Ibrahim Ali songel sikit je, terus ditarik "DATUK"nya..




Hj Hadi, Haron din, Nik Aziz..pakat sonyap je!! kesian ler ummat..terutama ahli2 PAS. Takkan masih nak junjung Anwar kesana kemari..dan junjung Lim Guan eng kesana kemari..




Penipuan demi penipuan beliau trdedah..masih lagi menjunjung!! 36 kotak rahsia, kena suntikan HIV, kena keracunan Arsenik..16 Sept..hubungan UMNO ngan APCO (gagal zahirkan bukti bila dituntut)..




Satu demi satu..Allah swt zahirkan. Apa lagi yg nak dilihat, apa lagi yg nak dizahirkan?? Anu nya pun dah terdedah yg merupakan kemaluan yg perlu dipelihara..tahap aib yg tinggi!! ( ketika ni secara rasminya masih dikatakan mirip2 je)




nasihatlah dia agar bersara..dan agar keaiban ni tidak diteruskan lagi..keaiban yg trzahir merupakan keaiban ummat Islam, ummat Melayu secara amnya.


____________


Jika benar dan terbukti..kelakuan luar biasa Anwar ni.


Apakah PAS, dari ulamak2nya sehingga para ahli2nya memohon maap kerana menistakan Tun M?


Sama2 ler kita lihat..apakah mereka ni benar2 amalkan AQ dan sunnah..atau hanya ahli2 politik sama saja standardnya ngan ahli2 politik dari DAP, Liberal, republika, PAP dll..kulit luar nampak Islamik, tapi isi dalam tetap sekular.




-aa

4 comments

VIDEO LUCAH ANWAR: KEPIAH PUTIH SHAMSUL TANDA DEKATNYA ISLAM DI HATINYA!!!

Shamsul Iskandar Mohd Akin menyelar JAWI kerana membenarkan Shazryl Eskay melakukan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Sentul yang berada di bawah pentadbirannya. Shamsul Iskandar Mohd Akin juga menyelar JAWI selain menuduh JAWI bersekongkol apabila pegawai jabatan agama itu turut berada di masjid berkenaan.

Ketua AMK itu mempersoalkan tentang tindakan JAWI membenarkan Eskay bersumpah laknat yang menurutnya melanggar syariat kerana seharusnya proses dimulakan dengan qazaf dan perundangan syariah.

Yang tidak diceritakan oleh si bengong berkepiah putih ini ialah, sumpah laknat yang dilakukan oleh Eskay adalah bersifat individu dan tidak terlibat langsung dengan proses perundangan. Yang dilupakan atau tidak diketahui oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin adalah sememangnya terdapat di dalam al Quran yang membicarakan tentang SUMPAH MUBAHALAH.

Antara ayat yang membicarakan tentang Sumpah Mubahalah ialah ayat 61 dari surah Al-Imran yang maksudnya:

“Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan ) kamu, maka katakanlah (kepadanya): “Marilah kita memanggil anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan- perempuan kamu, dan diri kami serta diri kami, kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang yang berdusta.

Latar belakang turunnya ayat itu ialah ada satu kabilah Nasara, Bani Najran, di selatan Semenanjung Tanah Arab bertemu Nabi Muhammad s.a.w. Mereka ingin mendapatkan perlindungan keselamatan daripada negara Islam melalui Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w meminta mereka membayar jizyah. Dalam pertemuan itu, mereka enggan membayar jizyah sebaliknya mereka mencabar untuk bermubahalah.

Tetapi akhirnya mubahalah tidak berlaku kerana kabilah Nasara bersetuju membayar jizyah tanpa melakukan sumpah mubahalah. Orang Nasara itu takut melakukan mubahalah kerana merasakan Nabi Muhammad s.a.w berada di pihak yang betul manakala mereka tidak betul. Hasilnya mereka terpaksa menanggung akibat buruk. Akibat itu bukan sahaja menimpa mereka tetapi turut dilaknat sehingga ke anak cucu. Justeru, kabilah Nasara membuat keputusan untuk menerima sahaja permintaan Nabi.

Mubahalah tidak tertakluk kepada banyak syarat kerana dalam nas-nas, syarak tidak dinyatakan dengan jelas syarat-syarat yang diperlukan. Cuma mubahalah ini boleh dilakukan ekoran daripada perbalahan yang tidak dapat diselesaikan dengan cara biasa melalui perbincangan dan persefahaman. Caranya boleh berlaku di mahkamah di depan hakim jika kes dibawa ke mahkamah. Ia juga boleh dilakukan di luar mahkamah bahkan di mana-mana sahaja. Pada zaman Abdullah Ibn Abbas Al-Auzar dan Syuraih Al-Qa‘di, mubahalah pernah berlaku di dalam masjid dan di luar masjid selepas kesepakatan kedua-dua pihak untuk sama-sama merujuk kepada pendekatan mubahalah untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

Ibn Hajjar berkata, akibat daripada Sumpah Mubahalah tidak melebihi tempoh satu tahun. Tidak melebihi tempoh dua bulan pun ada. Namun di kalangan pengikut Ahli Sunah Wal Jamaah, mubahalah dilafazkan hanya pada kes-kes yang serius dan pada kes-kes yang besar sahaja. Itu pun selepas dirujuk dengan pelbagai cara lain yang perlu diusahakan untuk menyelesaikan perbalahan dua pihak tadi. Jika ia masih tidak selesai, akhirnya barulah dirujuk kepada cara mubahalah.

Mungkin memikirkan kepiah putih di atas kepalanya, si bengong bernama Shamsul Iskandar Mohd Akin boleh berdusta sewenang-wenangnya? Seandainya dia seorang yang benar-benar faham aqaid hukm, dia pasti akan menggunakan kedua-dua pendapat memandangkan perkara Sumpah Mubahalah sebenarnya membahagikan pendapat jumhur ulama kepada dua bahagian utama iaitu menerima dan menolak.

Mengapa hanya ambil pada bahagian yang menolak kerana dirasakan ia bersesuaian dengan kes Anwar Ibrahim?

Walaupun secara peribadi, penulis tidak bersetuju dengan sumpah mubahalah yang ingin dilakukan oleh Shazryl Eskay atas pendapat tindakannya akan mengundang mudarat kepada ummat sama ada menerusi dia sendiri mahupun ke atas Anwar Ibrahim, namun dari satu segi, tindakan Shazryl Eskay sebenarnya tidaklah lebih besar kemudaratannya berbanding melakukan serangan dan berkurang ajar di dalam masjid kerana perbuatan seumpama itu secara jelas merupakan laknat Allah Taala yang diturunkan menerusi af'al hamba-Nya yang menjadi ahli AMK yang diketuai oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin.

BACA KENYATAAN LAKNAT SHAMSUL ISKANDAR DI SINI

2 comments

SUMPAH LAKNAT PASTI MENGUNDANG BALA!!!

Sumpah laknat atau mubahalah telah berjaya dilakukan oleh trio Datuk 'T' iaitu Shazryl Eskay, Abdul Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim sekalipun pada peringkat awal majlis tersebut berjaya dibatalkan oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin dengan bantuan ahli-ahli AMK yang lain.

Walaupun terdapat percanggahan pendapat di kalangan ulama tentang Sumpah Laknat atau Mubahalah, namun yang pastinya ia mempunyai kaitan rapat dengan Rasulullah s.a.w menerusi kisah kaum Nasara dari Najran yang enggan membayar jizyah. Upacara muhabalah antara Rasulullah s.a.w dengan kaum berkenaan tidak diteruskan apabila kaum berkenaan akhirnya bersetuju untuk membayar jizyah setelah sedar, kebenaran adalah atas Rasulullah s.a.w.

Peristiwa ini diceritakan di dalam Surah Al-Imran.

Ramai melihat tindakan Shamsul Iskandar Mohd Akin sebagai tindakan terdesak untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim daripada ditimpa lebih banyak musibah dan bala, namun tindakan yang dilakukan sudah cukup untuk membuktikan bahawa Anwar Ibrahim sememangnya sudah pun bersalah sebelum didapati bersalah oleh mahkamah bagi sebarang kes yang berkaitan dengan dirinya.

Pastinya ramai yang masih ingat dengan sumpah mubahalah yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan pada Ogos 2008 serta sumpah mubahalah yang dilakukan oleh Ummi Hafilda Mohd Ali yang diulang-ulang beberapa kali di seluruh negara ketika berceramah menentang Anwar Ibrahim.

Anehnya, ramai sebelum ini terutama yang berpihak kepada Anwar Ibrahim mempermain-mainkan sumpah laknat yang dibuat kerana beranggapan dan berpendirian bahawa ianya tidak mengikut syariat. Bahkan beranggapan bahawa sumpah juga bukanlah sebahagian daripada ajaran Islam.

Mungkin ramai yang tidak tahu tentang peristiwa muhabalah antara al-Syeikh Abi al-Wafa’ Thana’ al-Amritsari dengan Mirza Ghulam Ahmad Al-Qadiani yang akhirnya menyaksikan Mirza Ghulam Ahmad Al-Qadiani, pengasas ajaran sesat Ahmadiah atau Qadiani, menerima laknat Allah Taala dalam tempoh 40 hari selepas muhabalah tersebut, sedangkan al-Syeikh Abi al-Wafa’ Thana’ al-Amritsari hidup selama 40 tahun lagi.

Mirza Ghulam Ahmad mati dalam keadaan yang sangat hina. Dia telah diserang penyakit taun dan ketika mati, dia bergelumang di dalam najis dan kencingnya sendiri!!!... tepat sebagaimana yang dilafazkan di dalam muhabalah antaranya dan al-Syeikh Abi al-Wafa’ Thana’ al-Amritsari.

Sama ada dilakukan oleh kedua-dua belah pihak mahupun hanya sebelah pihak, bala Allah Taala pasti akan diturunkan. Justeru, seandainya kaum PKR dan Anwarista menaruh sepenuh kepercayaan terhadap Anwar Ibrahim, seharusnya mereka tidak perlu bertindak yang bukan-bukan, sebaliknya menyerahkan sepenuh keputusan kepada Allah Taala.

Sebabnya mudah, tiada satu makhluk di alam semesta ini yang dapat menipu Allah Taala walaupun Shamsul Iskandar Mohd Akin cuba menggunakan dalih dan alasan qazaf!!!

9 comments

Yang Tuan Ibrahim Tuan Man Kalut, Pasai Apa? Dia Terlibat Dalam Video Lucah Ka?

Nukilan Buat DSAI – Fitnah Mehnah Perjuangan
post info
By
Anwar Ibrahim
Oleh Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
Saya tak tahu apa yg nak dikata dan nak diluahkan apabila mengenangkan akibat yang sedang ditanggung oleh DSAI dan keluarga. 11 tahun beliau diaibkan dan satu demi satu tuduhan dikenakan ke atas beliau, dan keluarga semata-mata kerana beliau berada di pihak pembangkang.
Andainya ia berada di pihak BN, tentulah ia akan dilayan macam tiada apa yang berlaku. Lihat saja Presiden MCA yg mengaku melakukan aksi tak bermoral, langsung tak disiasat dan tiada sebarang dakwaan pun. Demikian juga Razak Baginda, tiada rayuan dibuat dan beliau kini bebas lepas.-seterusnya diblog.


________________________




DSAI telah dipecat oleh BN!! PAS yg jilat dan pungut DSAI..rasanya jika DSAI masih dalam BN, pasti dan pasti PAS ler yg bersungguh2 mendakwa DSAI..




Mungkin Tuan Ibrahim lupa sapa yg menekan agar DSAI didakwa didalam Parlimen (siKarpal), dan sapa yg menggelarkan DSAI AlJUBURI!!




Presiden MCA, beliau mengaku dan letak jawatan dalam kerajaan dan dalam parti sebelum kembali beraksi dan menewaskan OKT..


Tiada siasatan..ada ke laporan polis? Kenapa DAP, PAS tak sungguh2 menekan masa tu?




Razak Baginda..sapa sepatutnya kena buat appeal? Takkan Razak Baginda kena buat appeal agar dirinya disabitkan juga? pehhh bijak bebenor ler..




Aku tak kenai dan tak tahu sapa Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man ni..tapi bior ler betoi!!


______________


Aku musykil jika pempin2 tertinggi PAS dan DAP tak tahu sapa Anwar..tapi aku leh faham ngan gunakan Anwar dapat meraih keuntungan politik ialah salah satu strategi politik yg trbaik utk DAP dan PAS.




Tapi tu dari segi brpolitik...tul ler.




Tapi jika beragama Islam..fikir2 je ler!!




Bukankah PAS dah semayang hajat..mohon petunjuk agar dibenteras batil!! doa dah makbul tu!!




Tapi..apa kata..buat lagi semayang hajat lagi dan lagi..agar Allah swt perjelaskan lagi sapa Anwar ni!! atau sapa kah yg gamak berlakon sebagai Anwar tu..




-aa

4 comments

VIDEO ANWAR II: TIAN CHUA TERPAKSA JADI MUALAF!!!!


Video II dan empat klip video yang cuba disingkirkan awal dari Youtube malam tadi, benar-benar mendatangkan kesusahan buat Anwar Ibrahim. Satu-satunya cara untuk menolong Anwar Ibrahim adalah dengan menafikan video berkenaan adalah tulen berdasarkan analogi dan kajian forensik yang terpaksa direka oleh konco-konco Anwar.

Sudah tentulah orang yang paling sesuai untuk memperkatakan tentang pemalsuan video adalah Tian Chua. Tian Chua adalah orang yang memalsukan gambar Altantuya Shiiribu bersama-sama Najib Abdul Razak dalam cubaan menfitnah Najib membunuh model Mongolia itu. Gambar itu jugalah yang dijadikan bukti oleh Anwar Ibrahim dalam siri jelajah fitnahnya di seluruh negara sekalipun Tian Chua akhirnya mengakui, dialah orangnya yang membuat pemalsuan.

Berdasarkan gambar yang diambil pada minit 22:45:07, Tian Chua mengatakan orang yang ada di dalam video berkenaan bukanlah Anwar Ibrahim. Alasannya mudah, sisi kepala kiri makhluk yang mirip benar dengan Anwar Ibrahim di dalam gambar tersebut tidak berambut atau berambut nipis. Gambar itu kemudiannya dibandingkan dengan gambar pada keesokan harinya iaitu pada 22hb Februari.

HUJAH TIAN CHUA BOLEH DIBACA DI SINI


Bagaimanapun, Tian Chua dan Nik Nazmi gagal memberi alasan 'kembalinya' rambut Anwar Ibrahim pada minit 22:44:51 hingga minit 22:4518 seperti yang tertera pada gambar di atas. Kalau pada gambar minit 22:45:07, dikatakan rambut makhluk seakan-akan Anwar itu slope dan nipis, bagaimana pula penjelasan pada minit 22:44:51 yang hanya berbeza beberapa milisaat sahaja?

Tidakkah Tian Chua dan Nik Nazmi tidak melihat 'keajaiban' di situ akibat penataan cahaya dan lensa kamera yang mengambil gambar menggunakan infra-merah?

Sehebat-hebat Tian Chua dan Nik Nazmi, mereka hanya mampu mengambil gambar pada satu frame tetapi gagal mengambil serta menjelaskan gambar-gambar daripada frame-frame yang berlainan dalam scene yang sama.

Semakin dijelaskan oleh budak-budak pencacai Anwar, semakin kuat pula persepsi bahawa orang di dalam video berkenaan BENAR-BENAR ANWAR IBRAHIM!!!

1 comments

KETAKUTAN YANG KETERLALUAN... NAMPAK BENAR ANWAR YANG SALAH!!!

Majlis sumpah laknat yang ingin dilakukan oleh Shazryl Eskay, telah dibatalkan oleh pihak pengurusan masjid ekoran kekecohan yang dicetuskan oleh segerombolan AMK yang diketuai oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin. Alasan yang dibuat oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin ialah, sumpah laknat itu bertentangan dengan syariat.

Budaya kurang ajar dan biadap serta langsung tidak menghormati masjid sudah mula dipertontonkan oleh AMK dalam bentuk yang sangat hina. Tindakan Shamsul Iskandar Mohd Akin yang cuba merampas mikrofon daripada Datuk Shazryl Eskay, memperlihatkan yang Ketua AMK itu sebenarnya tidak tahu langsung tentang adab ketika berada di dalam masjid.

Dalam sebuah riwayat, Hajjaj Yusuf At-Tsaqafi yang sangat terkenal dengan kekejaman dan ketegasannya, pernah dikepit kepalanya oleh Ibn Az-Zubair r.a kerana cara solat Hajjaj adalah seperti ayam mematuk padi atau terlalu gopoh ketika bersolat. Hajjaj langsung tidak melawan.

Biarpun dendamnya kepada Ibn Az-Zubair r.a membara dan serangan yang dilakukan ke atas Ibn Az-Zubair yang berlindung di dalam Masjidil Haram terpaksa menggunakan manjanik sehingga merosakkan Kaabah, Al-Hallaj tidak melakukan serangan di dalam masjid. Walhal dia boleh menyerbu dan membunuh Ibn Az-Zubair r.a yang sudah tidak berdaya.

Itu riwayat di dalam sejarah Islam.

Malangnya, AMK yang konon-kononnya berjuang untuk menghapuskan politik fitnah, bertindak kurang wajar di dalam masjid.

Apa yang ditakuti sangat oleh AMK dengan sumpah laknat Eskay? Shamsul Iskandar kata, sumpah laknat Eskay tidak mengikut syariat, syariat mana pula yang diikut oleh AMK untuk berkurang ajar di dalam masjid?

Atau sebenarnya AMK sangat gusar dengan perkembangan terkini ekoran tersiarnya versi penuh video lucah Anwar Ibrahim yang langsung tidak boleh disekat-sekat lagi, maka AMK ingin berubah menjadi sebuah lagi Parti Komunis Malaya yang bakal menghancurkan apa-apa sahaja di negara ini asalkan matlamat mereka tercapai?

Atau sebenarnya, walaupun sumpah laknat tidak sempat dilakukan oleh Shazryl Eskay, sebenarnya laknat Allah Taala telah pun diturunkan dan petaka sudah pun menimpa negara ini menerusi tangan dan tindakan pengikut dajal yang membuat kacau di dalam masjid selain cubaan mengasari jemaah di dalam masjid yang tidak terlibat dalam permainan politik mereka?

Jangan pandang bala Allah Taala datang dalam bentuk yang besar-besar.... jiwa yang tidak tenang dan solat yang sukar dikhusyukkan juga adalah satu bentuk bala yang kurang diendahkan oleh manusia yang mengaku mereka beriman kepada-Nya!

7 comments

VIDEO LUCAH TERBARU ANWAR: SIMPATI BUAT KAK WAN SEKELUARGA!!!


Aku kekadang macam tak percaya dan memang macam tak percaya... ramai mereka yg aku kenali semacam berat nak menerima kenyataan bahwa gambar yg terpampang dimuka akhbar tu adalah mirip2 Anwar..


Mereka kata.."kita tak de bukti.."

"Ek leh..org2 tu, yakni Datuk T tu pun bagus sangat!!"

"aku hairan naper citer2 ni keluar masa pilihanraya"

"kita tak nampak, tak leh cakap apa2"

"aku kalau citer2 gini..malas nak ambik tahu"


Kalau yg ada faham agama sikit..mula persoalkan pasal 4 saksi le, dan macam2..


Ajaib!! Ajaib!! It's miracle...bila video Vijandaran diperkatakan..100% semua akui dan tak dengor pun kata2 membela..ishhh tu rupa je miripnya, tapi bukan dia..

atau ..ishhh kita tak de 4 saksi mana leh tuduh..


Datuk Eskay..dikatakan ek leh dorang tu macam bagus!!! Ajaib..org yg sebut ni tak pernah pun jumpa dan brcakap ngan datuk eskay tapi ngan nada yakin leh cop beliau seorang yg buruk moralnya..ishh tak perlu ke 4 saksi..tak perlu ke, kerana tak nampak tak leh tuduh!!

Rahim Tamby..sah 100% atas kesalahan seks tempoh hari, ishhh tak der sapa bela bahwa cukup ke 4 saksi, ada nampak ke..


Ajaib!! dan memang Ajaib!!! ni lah miracle!! Karamah Anugerah Tuhan!!! walaupun sekelian pempin2 yg brwibawa yg berjuang2 demi keadilan ( kononnya) satu demi satu meninggalkannya kerana berkat semayang2 hajat yg dilakukan oleh rakyat M'sia khususnya ahli2 PAS dan ahli2 PKR dan sekelian yg brsimpati..


Ajaibnya...mereka yg dirikan semayang tu tak juga2 "celik"..mereka tak mampu nak celik kerana "tuan2 guru" mereka..pewaris2 ambiya' mereka tidak juga celik2..Tapi aku yakin mereka dari sejak dah "celik" cuma kerana kepentingan "sahsiah politik Islam kononnya" mereka terus kudakan penganut2 mereka yg hanya mampu "celik" by the blessing of their spiritual leaders!!


Ajaib!!! Apa yg kuncikan mulut2 celupar pempin2 PAS yg brtuhankan tuhan yg kaki carut dan samseng dari mampu berkata yg haq!! Apa yg telah kunci dan pateri lidah2 mereka dari berkata2 yg benar dan haq..Apa yg kunci atau yg halang kebenaran dari dimuntahkan!!

Adakah kerana telah mula menghirup kemewahan dan kelazatan "kuasa" dan beberapa "kerusi" ..apakah kerana telah mula merasa "nikmat2" lazatnya sentiasa diberi tempat dihadapan walaupun datang paling lambat, tak perlu rebut2, tak perlu beratur..apakah kerana lazatnya, betapa bodohnya idea kita org akan dengar dan puji..pehh idea yg mantap!!

Apakah kerana lazatnya..bila mampu arah org dan org ni, dan tidak sapa persoalkan..

Apakah kerana lazatnya..betapa bodohnya lawak kita, org akan sungguh2 ketawa!!

Apakah kerana lazatnya..dapat berjalan disamping Sultan yg mana dulu tengok dari jauh je!!

Pakah pewaris2 ambiya' ni telah merasa nikmat semua ni dan yakin kerana "keberkatan" Anugerah Tuhan!!

Astagfirullah...................


Jika driver2 taxi dan orang2 kebanyakan leh tahu..musykil mereka yg punya "kasyaf" dan "celik" mata hati tak pasti dan ragu2..tak mungkin, tapi ni adalah satu keajaiban!!


Wahai Anwar udah2 ler tu..Chua Sok Lek sekurang2nya ada telur terus buat pengakuan dan letak jawatan!!

Liza Wong tu pun ngaku..cuba gak letak jawatan tapi sokongan ahli2 Parti Islam Semalaysia, PKR dan the Spiritual Leader telah kuatkan semangatnya utk berjuang dan mampu tersengih2 depan ahli2 PArti Islam Semalaysia walaupun dirinya dan ahli2 PArti Islam Semalaysia dan The Spiritual Leader tahu bahwa dia adalah penzina..setahu aku tiada agama dan kepercayaan mengatakan penzina tu adalah org yg mulia dan perlu dimuliakan. Kecuali penganut2 Parti Islam Semalaysia dan the Spiritual Leader..

( Islam membenarkan org tu brtobat..dan mungkin ahli2 parti Islam semalaysia dan the Spiritual Leader dah bagi blessing)

Abu Hasan Omar..letak jawatan.

Omar Maarop letak jawatan..

Rahim Tamby Chik letak jawatan..


Kenapa mereka letak jawatan..kerana tak mahu terus menerus memalukan diri sendiri dan keluarga, bangsa dan negara..semada mereka brsalah atau tidak..tetapi tak mahu terus menerus isu2 brkaitan ngan mereka diperbicarakan..


Wahai Anwar..isteri kamu anggap kamu Anugerah Tuhan, gitu sekali besar sekali perasaannya pada kamu..tapi sampai bila kamu terus menerus mengheretnya dalam penghinaan ni lagi dan lagi..

Kami yg brbicara, menulis pasal isu2 yg berkaitan pun rasa cemuih, jijik, dan dah nak termuntah..Kamu langsung tak memikirkan bagaimana Azizah terpaksa menelan segala2nya..anak2 kamu..bangsa seagama ngan kamu..

Melayu Peliwat..Melayu penzina..Melayu udahler, pak sheikh kamu pun macam tu..


Kita org2 Melayu ISlam terus menerus menelan semua ni walaupun rasa jijik dan nak termuntah..tapi kamu tetap Melayu..dan masih beragama ISlam..


Apakah langsung tiada dalam hati kamu dan trfikir kamu betapa..perasaan mereka disekeliling kamu yg terpaksa menelan semua ni..


Apakah kamu ingat mereka2 yg menulis, brciter pasal kamu dan isu2 berkaitan kamu merasa seronok...tidak sama sekali tidak..tapi kenapa masih diteruskan, kerana kamu adalah Anugerah Tuhan!!


Ni lah keajaiban Anugerah Tuhan!! Papa hebat!!! cuma sedihnya..Anugerah Tuhan ni dan Papa Hebat ni rasanya hanya fikirkan dirinya sahaja!!..selama hayat PKR sehingga hari ni, tiada apa yg diperjuangkan secara sungguh2 melainkan tentang "ANU"nya..


Memang AJAIB!! Pada mereka yg masih pertahankan "ANU"nya dan mirip2 "ANU"nya..udah2 ler tu..banyak lagi hal2 kehidupan kita yg perlu kita kisahkan dan fikirkan..


-aa

2 comments

VERSION PENUH KLIP VIDEO TERBARU ANWAR: KEPALA ANWAR BERAPI!!!

Tok wan yang dikatakan sakit tulang belakang sekembalinya dari luar negara selepas enggan menerima berita kekalahan teruk PKR di Sarawak, semakin sakit kepala. Apakan tidak, baru sahaja dia menghentam wartawan TV3 kerana kononnya wartawan tersebut adalah PERKAKAS UMNO, tup-tup keluar pula empat video lucah yang dikaitkan dengannya, sekaligus melengkapkan 22 minit durasi video yang sedang hangat di pasaran!!!

Biarpun keempat-empat video tersebut berjaya 'diselamatkan' selepas hanya mampu bertahan beberapa jam sahaja, namun ada khabar angin yang mengatakan, kesemua video tersebut telah dimuatnaikkan menerusi torrent, p2p dan sesawang video lain yang tidak kurang mutunya berbanding Youtube. Ada juga yang kata, video 22 minit tersebut yang berciri HD terdapat di Redtube.

Blog Papagomo telah berjaya merakamkan adegan daripada salah satu klip berkenaan dan disiarkan di blognya pada tengah malam tadi. (SINI)

Bagaimanapun, untuk melihat versi penuh tanpa sebarang penyuntingan, anda bolehlah layari BLOG PANGLIMA HARIMAU (sempat jugak sahabat ni muat turunkan keempat-empat video)

Biarpun kurang jelas dan mempunya suara latar, bagi mereka yang pernah menonton acara seumpamanya sudah dapat membayangkan apa yang telah berlaku di dalam klip berkenaan.

Pemuatnaik keempat-empat video tersebut menamakan dirinya sebagai rabiaab11. Tercatat pada profile akaun Youtubenya, pemuat naik tersebut berusia 21 tahun dan berada di United Kingdom.

Bagaimanapun, profile berkenaan boleh diragui memandangkan akaun youtube boleh dibuka dengan mudah dan butiran diri bukanlah satu kewajipan.

Apa yang pasti ialah, kehadiran empat lagi video baru yang telah dibuang itu bagaikan memberi isyarat kepada Anwar Ibrahim. Apatah lagi, khabarnya juga beberapa klip video 'peristiwa di Bangkok' turut akan dilepaskan untuk tatapan umum.

Apakah akan ada lagi laporan polis daripada Anwar Ibrahim tentang video yang telah dibahagikan kepada empat segmen daripada satu sudut pandang kamera sahaja?

Semalam, Anwar membuat laporan polis agar polis menyiasat dalang yang menyebarkan dan memuatnaikkan video berkenaan selain meminta polis menyiasat blogger yang turut memuatnaikkan video tersebut di blog masing-masing. Walaupun Anwar menafikan pembabitannya di dalam video berkenaan, Anwar tidak pula meminta polis menyiasat dan mendedahkan pelaku itu. Anwar hanya menekankan tentang moraliti tukang sebar, dan tidak sama sekali berani 'menyentuh' pelaku di dalam video tersebut.

Berapi lagi la kepala Anwar lepas nih... wartawan tv mana yang akan dimakinya? Wartawan akhbar mana pula yang akan dicemuhnya?

Kita tunggu sama-samalah perkembangan terbaru ini....


0 comments

FULL VERSION VIDEO LUCAH ANWAR YANG DIBUANG, MUNCUL BALIK!!!

BAGI ANDA YANG BERKEINGINAN UNTUK MENGIKUTI VERSI PENUH VIDEO YANG TELAH TERKENA DELETE OLEH YOUTUBE, ANDA TIDAK PERLU KHUATIR.... VIDEONYA BERJAYA 'DISELAMATKAN' OLEH SESEORANG... DAN ANDA BOLEH MENONTONNYA TANPA RAGU-RAGU... SAMA ADA UNTUK MEMBUAT PENILAIAN, MAHUPUN UNTUK CEPAT-CEPAT BERWUDUK DAN SEGERA MELAKUKAN SOLAT TAUBAT SAMBIL BERDOA AGAR AIB ANDA TIDAK DIBUKA OLEH ALLAH TAALA SEPERTIMANA ORANG YANG DI DALAM VIDEO ITU....


0 comments

KLIP VIDEO ANWAR: RUPA-RUPANYA ADA YANG 'TERLEPAS'

Rupa-rupanya, dalam semua duk ingat dah empat klip video yang dibuang oleh Youtube itu, hilang begitu sahaja, rupa-rupanya PAPAGOMO berjaya merakamkan salah satu daripadanya dengan menggunakan kamera telefon.

Memandangkan 'kelucahan' klip video tersebut agak keterlaluan dan melepas status 18 SX, tak dapatlah dimuatnaikkan di The Flying Kick. Bagaimanapun, untuk anda yang berminat untuk melihat corak dan seni orgasm lelaki yang dikatakan Anwar Ibrahim itu, anda bolehlah pergi KE SINI

Selamat menonton... yang bujang-bujang tu, jangan buat yang bukan-bukan!!!


0 comments

Blog Archive

Labels