IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Saturday, April 16, 2011

PAS TERGOLEK DI SARAWAK... TOLONG SIMPATI DENGAN PAS!!!

Saturday, April 16, 2011
Seperti yang dijangka, PAS kalah di semua kerusi yang ditandinginya di Sarawak. Meskipun bermula garang dan berkeyakinan penuh tentang kemenangan PAS di Sarawak, ternyata impian tersebut sekadar satu impian orang yang kuat berangan-angan.

Ketika PKR dan DAP berjaya menambah kerusi mereka di Sarawak selepas dua tahun berkempen secara agresif dan menusukkan lebih banyak jarum-jarum pecah belah, PAS pula terkonteng-konteng. Bukan sahaja kalah tetapi PAS menghadapi kemerosotan undi di Beting Maro yang diharapkan mampu menjadi kawasan pertama yang dimenangi oleh PAS di Sarawak.

Munajat dan doa serta solat hajat PAS untuk menang di Sarawak masih belum dikabulkan oleh Allah Taala. Sebaliknya Allah Taala mengabulkan sebahagian doa kepada PKR yang begitu beriltizam untuk menawan Sarawak kerana kekayaan negeri ini dan mampu membiayai keseluruhan aktiviti Pakatan Rakyat di seluruh Malaysia selama bergenerasi.

Penyengutuan PAS dengan DAP dan PKR sememangnya tidak banyak menguntungkan walaupun beberapa pemimpin PAS yang gila kuasa melihat penyengutuan tersebut sebagai sesuatu yang menguntungkan survival mereka dalam PAS dan Pakatan Rakyat.

Ternyata telahan awal para pemimpin PAS yang sebenarnya lebih sibuk tentang kehidupan mereka selepas ini dalam pertandingan jawatan-jawatan utama dalam PAS, telah menyalahi realiti sama sekali.

Ketika para petugas PAS yang dibawa dari Semenanjung mengeluh tentang pelbagai masalah yang terpaksa dihadapi atas nama perjuangan dan jihad, para pemimpin PAS pula bagaikan lembu dan kambing susu yang boleh diheret ke sana ke mari oleh DAP untuk berceramah di atas pentas mereka. Sedangkan pada masa yang sama, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang lain, tidak pula sibuk untuk berceramah atau diheret ke atas pentas ceramah PAS di kawasan-kawasan yang ditandingi.

Malang amat buat PAS yang menaruh sepenuh keyakinan terhadap rakan sekutunya tetapi pada masa yang sama, rakan sekutunya pula bertindak membelakangkan PAS dan menyifatkan PAS seperti haiwan belaan yang boleh diperah susu dan apabila hendak dimakan, boleh disembelih sesuka hati.

Maka sewajarnya PAS tidak perlu diketawakan atau diejek-ejek, sebaliknya PAS perlu diberikan simpati yang amat sangat. Sebabnya, PAS dalam keadaan sekarang, sebenarnya lebih memerlukan simpati berbanding sokongan atau kata-kata semangat yang tidak akan berkesudahan dengan realiti sebaliknya menjadikan PAS bagaikan hantu pontianak yang kakinya tidak jejak ke tanah dan badannya tidak naik ke langit.

7 comments

PROVOKASI IMPORT PKR TIDAK MENJADI!!! ORANG SARAWAK TAK HERAN PUN!!!

Pakatan Rakyat, khususnya PKR cuba melakukan provokasi dalam usaha mereka untuk menakut-nakutkan pengundi di seluruh Sarawak, ternyata tidak berhasil. Tindakan dan taktik kotor PKR, membuktikan mereka amat terdesak. Apatah lagi dengan maklumat yang menunjukkan Anwar Ibrahim sudah pun melarikan diri ke Amerika Syarikat.

PKR dilaporkan oleh Sarawak Update cuba melakukan provokasi di Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang di Satok. Sikap biadap yang ditunjukkan oleh ahli PKR itu begitu jelas membuktikan, PKR sudah sangat tertekan dengan keputusan tidak rasmi yang ditunjukkan meskipun MalaysiaKini memberikan laporan yang berpihak kepada mereka.

Saksikan video yang berjaya dirakamkan oleh Sarawak Update ini dan nilaikanlah sendiri betapa 'hebatnya' PKR yang belum pun berkuasa sudah mula menunjukkan betapa TUANnya mereka!!!

Dan yang lebih malang, si biadap itu datangnya dari Semenanjung!!!





2 comments

UPDATE TAK RASMI DI SARAWAK!!!

BN menang di:

N1 - N6; N8, N14 - N33; N35 - N38; N41 -N44; N49 - N53; N55 - N58; N61 - N62; N66- N67; N69; N71

51 KERUSI SUDAH DIMENANGI DENGAN SELESA... SUDAH MENANG LEBIH 2/3... PAKATAN TAK BERJAYA WALAUPUN SUDAH DUA TAHUN MENGHASUT DI SARAWAK!!!

2 comments

KEPUTUSAN TIDAK RASMI TERKINI SARAWAK!!!

Taib Mahmud menang di Balingian!!!

Abang Johari menang di Satok!!!

BN menang 51 kerusi!!!!

PKR-DAP-PAS telan asap!!!

BARU BIAN KALAH di BA'KELALAN!!!

0 comments

TERKINI LAGI: PAKATAN TERUS MENGKELAN!!!

Keputusan terkini dan tidak rasmi:

BARISAN NASIONAL MENGUASAI 51 KERUSI DAN BERJAYA MENGEKALKAN MAJORITI LEBIH DUA PERTIGA.

PKR-DAP MASIH MENGEKALKAN 3 KERUSI!!!

NANGIS!!! NANGIS!!!!

0 comments

SARAWAK TERKINI: PAKATAN KETINGGALAN

Keputusan tidak rasmi menunjukkan Barisan Nasional sudah pun mendahului Pakatan Rakyat dengan 28 kerusi berbanding PKR-DAP 3.

OMEGA OHHHHH OMEGA!!!

ANWAR SUDAH LARI KE AMERIKA SYARIKAT....

AMK MERAUNG-RAUNG DI KUCHING!!!

PAKATAN RAKYAT TERPAKSA MINTA MALAYSIAKINI DAN MALAYSIAN INSIDER PULAS BERITA KONONNYA MEREKA SUDAH MENANG BESAR!!!!



0 comments

SARAWAK TERKINI: SUDAHLAH KALAH, PEMBOHONG BESAR PULAK TU!!!

Pelbagai berita angin yang kedengaran. Namun berita angin yang paling menarik ialah KEMENANGAN BARU BIAN di Ba'kelalan, sungguhpun pada masa yang sama, pihak SPR masih lagi mengira undi dan keputusan masih jauh daripada rasmi.

Di beberapa kawasan yang ditandingi oleh komponen Pakatan, khususnya PAS, menunjukkan sokongan terhadap PAS berada di tahap yang sangat mendukacitakan. Perkembangan terkini serta keputusan tidak rasmi pula menunjukkan Pakatan Rakyat masih gagal meraih sokongan di sebalik usaha agresif yang ditunjukkan oleh kepimpinan utama pakatan untuk menguasai Sarawak.

Cubaan Pakatan Rakyat untuk mewujudkan suasana kacau dengan meuar-uarkan mereka telah menang beberapa kerusi, semakin menjadi-jadi sehingga Suruhanjaya Pilihanraya terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa hanya SPR yang boleh mengeluarkan kenyataan dan keputusan rasmi.

Di Saribas, PKR tewas di semua 12 pusat undi. Dan paling menarik apabila jumlah majoriti yang diperolehi oleh BN meningkat berbanding PRN tahun 2006. Taktik PBB menggantikan calon lamanya yang menang dengan majoriti 94 undi pada tahun 2006 iaitu Wahbi Junaidi dengan Muhammad Razi Sitam, ternyata berbaloi.

Dalam satu keputusan tidak rasmi yang lain, Barisan Nasional telah berjaya memenangi 12 kerusi berbanding PKR yang hanya memenangi satu kerusi.

Di beberapa tempat yang lain, terutama di kawasan pengundi Cina, kehadiran pengundi masih lagi berada di bawah paras 50 peratus. Ada teori yang mengatakan, pengundi Cina akan keluar beramai-ramai pada penghujung waktu untuk melakukan kejutan sebagaimana yang telah mereka lakukan di beberapa pilihanraya kecil yang lain.

1 comments

SHAMSUL PENDEK ADALAH BUKTI BABINYA PKR!!!

Kecoh semalam apabila Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua AMK yang pendek berperut buncit, berkepala botak dan bertelinga kemek bersikap kurang ajar di Restoran Nasi Ayam Penyek di Jalan Ajibah Ajol apabila bertindak menghalang, merampas dan bersikap kurang ajar terhadap tukang kempen Barisan Nasional.

Sudahlah pendek, akal pun sempit. Si pendek ini rupa-rupanya tidak sedar, dia sebenarnya tidak bertanding pun di Sarawak. Datangnya pun tidak dijemput. Bahkan dia bukannya mewakili mana-mana perkampungan atau kawasan kediaman masyarakat Sarawak.

Nak tunjuk samseng tak kena gaya mangkuk ni. Buat malu Orang Semenanjung saja!!!

Penulis memang berkesempatan dengan si pendek ini dalam penerbangan ke Sibu beberapa hari lepas. Sewaktu dalam penerbangan itu, si pendek yang berkeseorangan ini tidak berani pun mengangkat muka atau bertentang mata dengan sesiapa pun. Dasar orang pengecut yang hanya berani tunjuk samseng sebab ada kawan-kawan, memang begitu.

Budaya samseng dan kurang ajar yang ditunjukkan oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin sebenarnya merupakan cerminan jelas tentang sikap rendah dirinya kerana terlalu banyak kekurangan yang ada pada Ketua AMK ini.

Barangkali dia berasa dia hebat sangat, maka dia boleh berkurang ajar dengan orang tempatan. Padahal, dia hanyalah pendatang di bumi Sarawak yang ingin menjajah negeri ini bagi pihak tuan besarnya, DAP yang sangat CHAUVINIST dan RASIS itu.

Sikap penduduk tempatan yang masih menghormati tetamu tidak diundang seperti Shamsul Iskandar Mohd Akin wajar diberikan pujian. Namun, sikap seperti itu tidak akan bertahan lama apabila PKR dan Pakatan Rakyat dibenarkan hidup serta berkuasa di Sarawak. Sarawak dan penduduknya akan menyaksikan lebih banyak sikap samseng dan gangster yang diperkenalkan oleh para pemimpin PKR dan Pakatan Rakyat.

Baca DI SINI dan DI SINI

0 comments

MANA PENENTANG RASIS DALAM PAKATAN RAKYAT? HILANG TELUR HABIS DAH KUT?

Violet Yong, calon DAP untuk DUN Pending membuat ucapan yang mendapat perhatian di seluruh negara apabila mempersoalkan mengapa orang Cina tidak boleh dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak. Sedangkan pada masa yang sama, dia seperti tidak sedar bahawa dia adalah salah seorang daripada penggubal undang-undang Sarawak apabila berkempen agar dia dipilih sebagai wakil rakyat DUN Pending.

Ucapan yang dibuat oleh Violet Yong sebenarnya kalau dibiarkan berterusan boleh mencetuskan kegelisahan dan ketidakstabilan yang berterusan di Sarawak. Violet Yong bagaikan bukan lagi seorang rakyat Malaysia sebaliknya seorang agen asing yang cuba memecah belahkan masyarakat dengan membangkitkan isu orang Cina tak boleh jadi Ketua Menteri.

Anda saksikan sendiri klip video ini.


Jadah apa agaknya Violet Yong mempersoalkan mengapa orang Cina tidak boleh membentuk kerajaan seperti yang dikatakannya kalau berdasarkan kononnya DAP bukanlah sebuah parti perkauman? Jadah apa Violet Yong cuba membangkitkan kebencian kepada masyarakat Melanau dan masyarakat Bumiputera yang lain?

Dengan menjadikan Pulau Pinang sebagai model utamanya, Violet Yong cuba mewujudkan perkauman dan semangat Kecinaan yang sangat menebal di kalangan para pengundi.

Ketika masyarakat Barisan Nasional cuba mengelak daripada menggunakan taktik yang sama, kononnya untuk kesejahteraan, keamanan dan kestabilan Sarawak, nampaknya DAP yang diimport dari Semenanjung tidak berkurang sedikit pun malahan bertambah agresif membangkitkan semangat kecinaan di Sarawak di samping merendah-rendahkan kaum lain.

Tidak pernah dalam satu ketika, DAP yang mempertikaikan parti-parti Bumiputera sebagai parti-parti rasis, bersikap tidak rasis, sebaliknya mereka sendiri adalah parti CHAUVINIST dan RASIS yang sangat terulung di Malaysia bermula dari awal penubuhannya sehingga kini.

Keinginan mereka untuk menguasai Malaysia seperti mana Lee Kuan Yew yang memakai songkok dan bersila di beranda masjid pada pertengahan 60-an di Singapura bagi mendapatkan sokongan masyarakat Melayu, tidak pernah padam. Dan DAP tidak pernah mempunyai sebarang pantang larang atau pun had untuk mempamerkan sikap CHAUVINIST dan RASIS mereka kerana DAP tahu, Barisan Nasional tidak akan mampu menyaingi dalam perlumbaan RASIS di negara ini!!!

2 comments

MANA PAS NAK LETAK MUKA DI SARAWAK?

Tidak dapat dinafikan lagi, PAS sekadar memasang angan-angan besar untuk memenangi kesemua kerusi yang mereka tandingi. Ceramah PAS tidak mendapat sambutan walaupun di Beting Maro mereka menyatakan bahawa PAS akan berjaya melahirkan sebuah kubu kuatnya di Sarawak buat kali pertama.

Kedatangan pemimpin-pemimpin besar PAS untuk membantu kempen, sebenarnya lebih banyak kepada membantu DAP dan PKR, bukannya untuk PAS sendiri. Para pemimpin besar PAS seperti Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Ibrahim Tuan Man dan sebagainya, hilang lenyap dalam kempen PAS di Sarawak. Jangan tidak, hanya nama Nik Abdul Aziz yang diperkatakan kerana dia datang ke Sarawak dengan tiket DAP.

Dengan hanya lima kerusi yang ditandingi, PAS sebenarnya hanyalah malukut di tepi gantang. Menang kesemua pun tidak akan memberikan sebarang impak. Tetapi apabila kalah kesemua kerusi bererti PAS perlu memikirkan kewajaran mereka beroperasi di Sarawak, apatah lagi dengan permainan 'Tolak PKR bermakna Tolak Negara Islam' cuba ditiupkan di Sarawak dengan hebatnya.

Walau apapun keputusan malam nanti, PAS sekadar berputih mata di bumi Sarawak. PAS tidak akan mampu ke mana-mana. PAS hanya menang sorak. Apatah lagi, terdapat banyak laporan yang mengatakan bahawa PAS di Sarawak hanyalah alat DAP untuk mendapatkan sokongan kaum Bumiputera Islam bagi membolehkan DAP menjadi kepala kerajaan negeri menggantikan Taib Mahmud.

Sekalipun DAP menzahirkan sokongan kepada Baru Bian, dengan perkembangan di Ba'kelalan, Baru Bian tidak nampak akan mampu menjadi Ketua Menteri seperti yang diinginkan dan dihajati.

Anwar sendiri, sekalipun di beberapa tempat mampu mengumpulkan jumlah hadirin yang ramai, tetapi kecacatan kerana gagal menjelaskan tentang banyak perkara, menyebabkan timbul perasaan tidak berpuas hati di kalangan para pengundi di kawasan itu sendiri seperti yang berlaku di Kapit.

Mana PAS nak letak muka di Sarawak? Istiqomahkah PAS bahawa mereka sebenarnya hanyalah sebuah pertubuhan politik yang sentiasa gagal di Sarawak dan tidak memberi sebarang makna walaupun mereka cuba memberikan label yang hebat-hebat kepada kewujudan mereka di dalam arus politik negara?

0 comments

BILA SEKALI TUN MAHATHIR BERSUARA!!!

Kalau nakkan ucapan atau kempen berdegar-degar tungtang-tungtang macam yang Anwar Ibrahim dan kaum PKR buat, memang tak adalah. Kalau harap Tun Mahathir akan berceramah dengan nada meninggi sambil mengutuk orang itu orang ini dan mengangkat diri sendiri macam yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim, sememangnya tidak wujudlah.

Sebabnya mudah... ucapan Tun Mahathir hanya untuk orang YANG ADA OTAK dan BOLEH BERFIKIR. Orang yang tak ada otak dan terpesona dengan ceramah atau kempen politik dengan suara meninggi tungtang-tungtang, tidak akan tertarik dengan ucapan Tun Mahathir.

Itulah sebabnya, ketika dia bergelar Perdana Menteri Malaysia, pemimpin dunia menunggu untuk mendengar ucapannya.

Kejadian berulang di Kampung Pulo Ulu, Petrajaya. Ternyata kehadiran Tun Mahathir sememangnya ditunggu oleh ribuan manusia. Golongan kanak-kanak yang bukan hidup pada zaman Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri juga turut terpesona dengan tokoh berkenaan. Kedatangan Tun Mahathir ditunggu dan kedatangannya disambut meriah. Bahkan sewaktu dia menaiki sampan dan kemudian menyeberang ke Bandaraya Kuching, orang ramai yang baru mengetahui bahawa lelaki tua yang berwajah jernih adalah Tun Dr. Mahathir, tebing Waterfront menjadi tumpuan utama dan lambaian Tun Mahathir disambut dengan jeritan bagaikan histeria daripada orang ramai.

Paling menarik apabila kehadiran Tun Mahathir menenggelamkan semua pemimpin yang ada sekali termasuklah Taib Mahmud!

Dan apabila Tun Mahathir bercerita tentang jam Omega, ramai yang menyambut dengan jeritan dan ketawa sungguhpun kata-katanya hanya santai tetapi sinis. Dan pada ucapan malam tadi, ramai yang agak terkejut apabila Tun Mahathir membacakan sepotong penuh ayat al Quran dan mentafsirkannya dengan bahasa yang paling untuk difahami.

Ternyata aura orang tua yang pernah dilaknat, dimahafiraunkan, dikatakan berkukubesi dan menghalang segala kebebasan, terlalu kuat sungguhpun sudah 8 tahun dia bersara daripada jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Masih ramai rupa-rupanya pengikut, peminat dan pencinta Tun Mahathir walaupun di Bumi Sarawak, Anwar Ibrahim dan juak-juak Pakatan Rakyat mendakwa mereka adalah yang terbilang.

7 comments

Friday, April 15, 2011

PEMBOHONGAN CALON PKR SATOK TERUS DILONDEHKAN

Friday, April 15, 2011
Calon PKR Satok, Ahmad Nazib Johari merupakan sekutu kuat Nik Nazmi telah pun menafikan perkahwinan keduanya dalam ASTRO Awani. Bapa kepada 5 orang anak ini dilihat semakin terdesak untuk terus 'merahsiakan' perkahwinan keduanya itu walaupun pada masa yang sama, semakin banyak bukti dikeluarkan tentang ulahnya.

Isteri keduanya dikatakan telah diceraikan ketika wanita tersebut masih dalam proses menguruskan pendaftaran anak mereka di Jabatan Pendaftaran Negara!

Calon PKR Satok yang tinggal di Taman Desa Ria, Jalan Kelang Lama, Petaling Jaya Selangor itu barangkali perlu mengekalkan perkahwinannya dengan isteri pertama. Dan bagi mengelakkan pelbagai masalah yang timbul, maka perkahwinan keduanya perlu disembunyikan serapat mungkin.

Ketika soksek-soksek kedengaran semakin kencang tentang status dirinya, PKR meneruskan keyakinan terhadapnya untuk menang kerusi DUN Satok dengan promosi keseluruhan rakyat Sarawak hendak berubah daripada hidup mudah sekarang, kepada hidup susah seperti orang Melayu di Sarawak dan Selangor yang serba mahal selepas PKR ambilalih negeri.

Apa-apa pun cerita peribadi tentang calon PKR DUN Satok yang juga merupakan seorang peguam syarie ini wajar disimpan dan tidak dijadikan sebagai senjata. Sama ada dia sendiri membuka aibnya atau pun Allah Taala yang membuka aibnya selepas dia membuka aib orang, ada lebih baik, biarlah dia selesaikan masalahnya itu. Kalau dia benar, maka bebaslah dia daripada sebarang petaka. Tapi kalau dia menganiaya orang seperti yang dilakukan oleh Ketua Umumnya ketika berkuasa dahulu, dosa-dosa aniaya itu akan terus mengekorinya sampailah nyawanya meninggalkan badan.

1 comments

Apa yg terpendam didada..akhirnya.

Pilihan raya Sarawak: Rais selar ucapan rasis Violet Yong 15/04/2011 4:04pm MIRI 15 April – Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim hari ini menyelar tindakan calon DAP bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pending, Violet Yong yang dikatakan menzahirkan ucapan berunsur perkauman semasa berkempen. Beliau berkata, setiap warga Malaysia tidak harus berbuat demikian walaupun terdesak untuk meraih undi daripada kaum tertentu. "Kita akan memandang Violet sebagai seorang yang berpandangan serong dan setiap yang bernama warga Malaysia yang jujur di Sarawak juga harus ketepikan pandangan tersebut demi Bumi Kenyalang dan demi masa depan kita yang berharmonis,” katanya kepada pemberita selepas makan tengah hari di Restoran Muara, Jalan North Yu Seng di sini, hari ini. Kenyataan Violet dipetik dalam satu ucapan tertutup dua hari lepas oleh blog Muka Petang (mukapetang.blogspot.com) dalam bahasa Hokkien yang diterjemahkan seperti “kenapa mesti Melanau saja yang memerintah Sarawak?” -utusan

____________


Kenyataan jelas menunjukkan hasrat dihati mereka yg selama ni terpendam..bukan sahaja Serawak, malah Malaysia ini..


Democratic Action Party..democratic konon tapi rasis!!! Malaysian Malaysia konon..


Jika org2 Cina masih tak faham atau saja tak faham..atau memang tu lah hasrat mereka secara diam..takkan org2 Cina masih brkira2 lagi setelah menikmati berbagai2 nikmat dinegara ni, tapi adatlah manusia..dah dapat betis nak peha pula.


Jika benar Malaysian Malaysia kenapa masih ada perkataan rasis dalam ceramah2 mereka..


elok tukar je jadi CAP..Chinese Action Party, jelas lagi terang!!

..C leh gak stand for communist.

Ikut suka le..


-aa




2 comments

PUAK PAKATAN BENAR-BENAR KALUT BILA POLIS KENALPASTI IDENTITI LELAKI X DALAM VIDEO LUCAH!!!

Polis hanya memberitahu identiti lelaki di dalam rakaman video yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim telah dikenalpasti. Dan memandangkan mereka bagaikan ikan puyu di dalam botol, juak-juak Pakatan Rakyat sudah mula bermain dengan persepsi dengan harapan, tindakan mereka itu sekaligus akan menjadikan pendedahan pihak polis nanti, tidak lagi mengejutkan atau lebih tepat lagi, seperti yang sudah dijangka... KONSPIRASI DAN FITNAH!!!

Rata-rata blog juak-juak dan penjilat Anwar Ibrahim mempersoalkan tentang kenyataan yang dibuat oleh KPN sungguhpun laporan tentang individu tersebut belum lagi dibentang dan diumumkan. KPN sekadar memperkatakan tentang pengesahan identiti lelaki berkenaan. Namun para penjilat dan juak-juak Anwar sudah pun melangkau beberapa perkara, termasuklah jam Omega, DNA dan identiti Anwar di dalam video berkenaan.

Apa yang mereka lakukan sebenarnya ialah untuk mewujudkan rasa bersalah, sekaligus menafikan lelaki berkenaan adalah Anwar Ibrahim. Begitu juga dengan jam Omega yang mereka katakan, ianya pasti adalah jam tangan milik Anwar Ibrahim yang dilaporkan telah 'hilang' walaupun pada masa yang sama ada dalam simpanan Wan Azizah.

Dan mereka semakin kalut apabila TUKANG WAHYU UTAMA yang jadi rujukan sebelum ini iaitu Raja Petra Kamaruddin membuat kenyataan yang nyata tidak menyebelahi Anwar Ibrahim. Baru sekarang mereka mahu menceritakan tentang keburukan Raja Petra apabila bekas rakan baik Anwar itu, mendedahkan dalang yang melakukan fitnah terhadap Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor. Sebelum ini, KENTUT Raja Petra Kamaruddin pun wangi dan semerbak....

Pusing boleh terus pusing... macam Anwar Ibrahim juga... pusing boleh terus pusing, tapi akhirnya dia yang tertungging!!!

7 comments

TIME4CHANGE GAYA DAP!!!

Tema dan sentimen yang dimainkan oleh DAP adalah 'Time For Change'. Yang ingin diubah oleh DAP adalah kepimpinan negeri. Musuh utama DAP adalah Taib Mahmud yang dilihat sangat gagah dan sangat sukar ditundukkan. Serangan peribadi ke atas Taib Mahmud dipergiatkan dari semasa ke semasa.

Namun apakah perubahan yang sebenarnya dikehendaki oleh DAP selain daripada menjatuhkan Taib Mahmud? Apa yang telah dilakukan oleh DAP di Pulau Pinang dan Selangor yang boleh dijadikan petunjuk bahawa perubahan yang mereka inginkan memberikan kebaikan kepada rakyat secara keseluruhannya?

Setakat yang dapat dilihat pada hari ini, perubahan yang dimaksudkan oleh DAP ialah mencari kesalahan dan menuding jari. Bagi DAP, berubah bererti membuat lebih banyak rungutan dan komplen. Untuk DAP, berubah bererti membuat lebih banyak bising. Berubah bagi DAP juga bermaksud mewujudkan lebih banyak ceramah dan rapat umum selain memperkatakan pelbagai isu sensitif tanpa sebarang batasan bagi pihaknya, sedangkan Barisan Nasional pula perlu disekat, dihalang dan didiamkan seperti yang berlaku di Pulau Pinang.

Malang bagi Barisan Nasional, tema BERUBAH bagi perikatan tersebut bermaksud membuat lebih banyak pembangunan. BERUBAH bagi Barisan Nasional dalam kempen-kempen pilihanraya mereka pula bermaksud mengubah taraf hidup rakyat menerusi latihan, infrastruktur, penyediaan prasarana ekonomi yang lebih baik dan menghapuskan kemiskinan menerusi usaha jangka panjang, bukannya mengumpan dengan wang ehsan tetapi pada masa yang sama, mengekalkan malah menambahterukkan lagi kemiskinan seperti yang dilakukan oleh DAP dalam tindakan populis mereka di Pulau Pinang dan Selangor.

BERUBAH bagi Barisan Nasional pula lebih kepada meningkatkan taraf kehidupan dan memperolehi pendapatan yang lebih tinggi untuk setiap orang. Dan sepanjang berkempen, DAP seringkali memperkecil-kecilkan usaha tersebut dengan menyatakan bahawa sebarang perubahan yang ingin dilakukan oleh Barisan Nasional bererti menambahkayakan kroni dan ahli keluarga.

Agak aneh memandangkan kempen DAP tentang hal tersebut hanya berlaku di kawasan-kawasan yang bukan bermajoriti Cina. Untuk masyarakat pengundi Cina pula, DAP mengajar mereka agar bertindak pantas menyapu, mengaut dan menggunakan apa-apa sahaja kesempatan untuk memperolehi kek ekonomi yang lebih besar. Ada dua topeng yang digunakan oleh DAP dan Pakatan Rakyat.

Mungkin ramai yang tidak sedar permainan DAP dan Pakatan Rakyat di Sarawak. Dan sekiranya mereka berjaya dengan kempen tersebut selain diangguk-angguk dan ditunduksujud oleh masyarakat Sarawak, sudah pasti jurang ekonomi yang jauh lebih luas akan tercipta. Dan apabila wujudnya jurang ekonomi yang sangat luas, bererti kestabilan Sarawak diperjudikan selain kebarangkalian untuk huru-hara dan kekacauan wujud pada setiap masa.

Siapa yang lebih untung apabila berlaku hal sebegini di Sarawak? Taib Mahmudkah atau gerombolan DAP yang diketuai oleh Lim Kit Siang yang kini menguasai rumah-rumah agam terutama di jalan pesisiran pantai Tanjung Lobang, Miri, contohnya?

1 comments

ADA BENDA LAIN YANG ANWAR TURUT TABURKAN SELAIN JANJI MAT JENIN!!!

Ada benda yang terpaksa ditaburkan oleh Anwar Ibrahim dalam kempen pilihanrayanya terutama di Bario. Setelah terkantoi dan terjebak dengan isu DNA, video lucah, jam tangan Omega dan liwat Saiful, Anwar cuba untuk menghilangkan masalahnya itu dengan sesuatu yang telah lama dilakukan dan dimulakan sewaktu dia masih berada dalam UMNO - DUIT!!!

Khabar yang sampai mengatakan, Anwar Ibrahim akan menabur RM2 juta di Ba'kelalan teurtama sekali di kawasan Bario dalam usahanya untuk memastikan 'bakal' Ketua Menteri Sarawak, Baru Bian menang di sana.

Berbanding DAP, PKR sebenarnya berada dalam keadaan yang sangat meruncing. Baru Bian kurang mendapat sokongan meskipun dari kalangan kaum Lumbawang. Malahan ramai penduduk di kampungnya yang mempunyai ikatan persaudaraan dengan Baru Bian, lebih marahkan Baru Bian berbanding menyokongnya sungguhpun cerita tentang kejayaannya dalam tuntutan tanah NCR digembar-gembur di sebalik kekalahannya yang jauh lebih banyak berbanding menang.

Jalan selamat buat Anwar Ibrahim ialah dengan menaikkan PKR menerusi Baru Bian. Apatah lagi PKR merupakan petanding majoriti berbanding DAP dan PAS. Dan berbanding DAP, PAS juga nampaknya seperti datang melancong berbanding berkempen untuk menang memandangkan petunjuk yang ada sehingga artikel ini ditulis menunjukkan PAS jauh tertinggal di belakang.

Cerita Anwar tabur duit bukanlah cerita baru. Anwar sering dan mampu melakukannya. Walaupun pada masa yang sama, dia mempersoalkan tentang perbelanjaan Barisan Nasional dalam berpilihanraya, tetapi perbelanjaan besar dan peruntukan mega untuk PKR yang tidak diketahui sumbernya, tidak pernah cuba untuk dijelaskan oleh Anwar Ibrahim.

Dan sama seperti perbelanjaan serta dana yang diperolehi oleh PKR dari sumber-sumber yang diragui, kekayaan yang dimiliki oleh Anwar Ibrahim juga tidak pernah diberikan penjelasan. Anwar Ibrahim sentiasa mengelak daripada membicarakan tentang kekayaannya, sebaliknya dia lebih suka menuding jari kepada musuhnya dan menghebohkan isu tersebut walaupun sebahagian besar daripada hujahnya adalah penipuan semata-mata. Semuanya dilakukan agar kekayaan Anwar Ibrahim tidak disentuh dan dibesar-besarkan!

Mungkin menyedari kekalahan sudah pun berada dalam genggaman, Anwar Ibrahim terpaksa menggunakan helah RM2 juta!!!

2 comments

MERIAHNYA SAMBUTAN DI TENGAH-TENGAH BANDARAYA MIRI!!!

Sungguhpun DAP dan Pakatan Rakyat berkeyakinan penuh, Piasau, Pujut dan Senadin dalam Parlimen Miri bakal menjadi hak mutlak mereka pada Pilihanraya Negeri Sarawak kali ini, nampaknya apa yang berlaku malam tadi, memerlukan para pemimpin Pakatan Rakyat dan DAP berfikir berkali-kali.

Lebih 5000 orang membanjiri jalan utama di tengah-tengah Bandaraya Miri yang telah ditutup laluan oleh polis bagi memberi laluan kepada perhimpunan rakyat di situ. Agak kebetulan, ceramah yang dilakukan oleh DAP pula terletak lebih kurang 300 meter dari tapak perhimpunan besar-besaran Barisan Nasional itu.

Semua lapisan masyarakat membanjiri dataran tersebut, sekaligus memberikan indikasi yang sangat menarik buat ketiga-tiga calon Barisan Nasional yang mewakili SUPP

Ternyata pada bahagian-bahagian terakhir kempen pilihanraya negeri Sarawak, ada perkembangan yang mampu membuatkan keseluruhan jentera Barisan Nasional mampu menarik nafas lega sungguhpun pada peringkat awal dan pertengahan, DAP kelihatan mendahului di kerusi-kerusi bandaran.

Laungan 1Malaysia nampaknya mendahului laungan 'Jom Ubah' dan 'Pek Mo' DAP yang agak longlai kerana kebanyakan penduduk Miri dan kawasan sekitar membanjiri kempen Barisan Nasional sungguhpun tiada cabutan bertuah dan pengedaran tabung kutipan derma seperti yang dilakukan oleh DAP.

Paling menarik ialah apabila sebaik-baik sahaja Perdana Menteri selesai berucap dan majlis bersama rakyat berakhir lebih kurang pukul 10.00 malam, hujan mulai turun, sekaligus menyebabkan ceramah DAP juga terpaksa dibatalkan apabila para penonton dan hadirin bercempera lari bagaikan anak ayam kehilangan ibu.

Sesuatu yang perlu dipuji ialah kecekapan pihak polis mengendalikan trafik di Bandaraya tersebut. Sungguhpun terdapat dua ceramah besar, namun keadaan lalu lintas lancar, manakala para pemuja DAP yang sebelum ini bertindak samseng dengan meletak kenderaan sesuka hati mereka, nampaknya terpaksa akur dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

0 comments

Thursday, April 14, 2011

AZIZ REMPIT MENGAMUK!!!

Thursday, April 14, 2011
Suara dari Kedah tentang banjir di Baling masih lagi kedengaran. Ketika Baling dilanda banjir pada bulan lepas, Abdul Azeez Abdul Rahim atau lebih dikenali sebagai Aziz Rempit berada di Jepun untuk menjalankan misi kemanusiaan mengetuai pasukan dari Malaysia. Dan memandangkan dia adalah Ketua UMNO Bahagian Baling, pelbagai cerita yang kedengaran tentang Aziz Rempit. Malangnya cerita-cerita tersebut tidak begitu menarik dan yang lebih penting, tidak betul.

UMNO Bahagian Baling merupakan satu-satunya yang mempunyai pusat bantuan mereka sendiri. Bahkan kakitangan tetap untuk pentadbiran tersebut adalah seramai 37 orang. Pusat bantuan UMNO Bahagian Baling diuruskan oleh orang yang dilantik sebagai penyelaras.

Sebelum ini, cerita tentang Aziz tidak memenuhi janji tentang tilam dan selimut di Baling kedengaran lantang. Kononnya janji Abdul Aziz tidak betul dan memalukan penduduk Baling, terutama mereka yang dilanda musibah banjir.

Bagaimanapun, menurut Abdul Aziz, perkara itu sepatutnya tidak timbul memandangkan pusat khidmatnya mempunyai kelengkapan yang mencukupi bahkan, turut mempunyai bahan bantuan lain yang lebih daripada cukup.

"Pergi cari di seluruh Malaysia kalau ada UMNO Bahagian yang ada kelengkapan untuk bantuan bencana seperti UMNO Bahagian Baling!" katanya dengan nada berang apabila ditanya tentang perkara tersebut.

2 comments

GEREJA BERKURANG DI SARAWAK? TENGOK DULU SEKOLAH AGAMA MIRI!!!!

Ketika pertubuhan Katholik mendakwa gereja tidak mencukupi di Sarawak walaupun gereja boleh dilihat di mana-mana sama ada di Kuching, Miri apatah lagi di Sibu, tidak banyak permintaan yang dibuat oleh masyarakat Islam Sarawak. Memandangkan undi daripada masyarakat Kristian dianggap penting kerana mereka membentuk masyarakat majoriti yang mempunyai pegangan undi penting, suara daripada masyarakat Islam bagaikan tenggelam begitu sahaja.

Miri hari ini merupakan pusat tumpuan Perdana Menteri, Ketua Menteri dan beberapa orang Menteri Pusat termasuklah Menteri KPDNKK, Menteri Dalam Negeri mahupun Menteri Pertahanan. Bagaimanapun, nada mereka langsung tidak membayangkan suara hari masyarakat Islam yang merupakan kelompok minoriti di Miri kedengaran.

Terselit di celah-celah bangunan perniagaan dan pusat-pusat perniagaan adalah Sekolah Agama Rakyat Miri yang terletak di belakang Masjid Jame' Lama Miri. Struktur bangunan sekolah tersebut, masih lagi jelmaan bangunan zaman Perang Dunia Kedua. Masih lagi berstruktur bangunan kayu sepenuhnya.

Bantuan untuk SAR yang diumumkan oleh Najib Abdul Razak, bagaikan tidak ada tempias yang sampai ke Miri yang rata-rata beranggapan masyarakat majoriti di sini adalah masyarakat bukan Islam.

Melihat kepada SAR Miri, ternyata ramai ibu bapa yang menaruh kepercayaan kepada sistem pendidikan agama yang mendapat pembiayaan kerajaan. Bagaimanapun, kesesakan yang dapat dilihat di SAR Miri juga sangat jelas menunjukkan bangunan sekolah berkenaan memerlukan pembelaan dan pembiayaan yang lebih besar.

Barangkali kerana undi masyarakat Islam di Miri kurang memberi kesan, dan Ahli Parlimen serta ADUNnya pula bukan beragama Islam, maka SAR Miri berada dalam keadaan yang sangat daif!!!

7 comments

TEMPOH 48 JAM GETIR, BARISAN NASIONAL KEMBALI DI HADAPAN!!!!

Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum kempen berakhir dan pengundian bermula, Barisan Nasional nampaknya telah menggerakkan serangan besar-besaran sekaligus mewujudkan satu gelombang baru yang lebih menarik.

Miri merupakan tempat berkumpulnya para pemimpin utama termasuklah Ketua Menteri Sarawak. Ketika Pakatan Rakyat, khususnya DAP begitu yakin isu 'Peh Mo' yang membuatkan SUPP melompat dan melatah, akan menghancurkan Barisan Nasional, gelombang baru dari kem BN pula menyaksikan sokongan yang juga begitu utuh dari kalangan masyarakat Bumiputera kepada parti kerajaan.

Persaingan sengit dalam pilihanraya negeri kali ini memaksa BN bekerja keras, terutama untuk menangani kempen 'Peh Mo' yang dilihat menggugat kejayaan Barisan Nasional untuk menguasai dua pertiga majoriti di DUN Sarawak.

Biarpun mengakui bahawa kerusi-kerusi bandar agak kritikal, namun kejayaan di kerusi-kerusi luar bandar sudah berada dalam genggaman. Tindakan defensif yang diamalkan sebelum ini sudah ditukar pada penghujung kempen. Serangan mula dilakukan secara agresif terhadap kempen-kempen Pakatan Rakyat.

Beberapa isu seperti isu NCR, kegagalan Lim Guan Eng, PKR dan PAS di negeri-negeri yang mereka kuasai di Semenanjung, bahkan isu Anwar dan jam tangan Omeganya dijadikan senjata. Selain politik pembangunan yang digunakan oleh Barisan Nasional, turut dimainkan adalah janji-janji dusta Pakatan Rakyat yang nampaknya tidak ke mana-mana.

Sebaliknya Pakatan Rakyat masih lagi mengekalkan gaya berkempen mereka yang seperti orang mabuk tuak sambil mengangkat diri sendiri dan memperkecil-kecilkan daya intelektual masyarakat tempatan. Anwar Ibrahim sendiri bagaikan terpaksa menghilangkan diri dan seperti telah kehabisan angin apabila beberapa tempat yang dikunjunginya telah menzahirkan penolakan selain memalukan Anwar Ibrahim secara terang-terangan seperti di Kapit.

Sekaligus, bolehlah dikatakan dalam tempoh terakhir ini, Pakatan Rakyat terpaksa bertahan setelah melakukan serangan lebih setahun terhadap Barisan Nasional. Pembabitan aktif Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri juga nampaknya disambut baik terutama di beberapa kawasan yang sebelum ini dilabelkan sebagai merah.

Dan mungkin kerana itulah juga, khabarnya Lim Kit Siang, pemimpin politik paling lama di Malaysia terpaksa dibawa masuk ke Sarawak.

3 comments

RAJA PETRA TURUT DEDAH PENJAHAT DALAM UMNO BERKONSPIRASI DENGAN ANWAR!!!

Pendedahan yang dibuat oleh Raja Petra yang turut mendedahkan beberapa nama yang menjadi dalang dalam perbuatan menfitnah Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor membunuh Altantuya Shiiribu, kini memasuki fasa baru.

Fasa baru yang dimaksudkan bukanlah Anwar Ibrahim kerana nama Anwar Ibrahim sudah dinyatakan sebagai dalang utamanya. Yang dimaksudkan fasa baru adalah ORANG BESAR UMNO yang dikaitkan menerusi nama salah seorang yang disebut oleh Raja Petra yang didedahkan oleh TV3 malam tadi dan bakal disambung malam ini.

Salah satu nama tersebut, baru sahaja dilantik ke satu jawatan penting setelah dipromosikan oleh dua orang Ahli Parlimen yang meyakinkan Perdana Menteri tentang kesetiaannya. Orang yang dimaksudkan kini berada dalam Malaysian Institute Economy Research atau MIER mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan salah seorang ketua sayap utama UMNO.

Sememangnya cerita tentang orang berkenaan sudah lama beredar di kalangan blogger dan kaitannya dengan pemimpin UMNO terbabit. Bagaimanapun, ketiadaan bukti membuatkan terpendam begitu sahaja, dan kaitannya dengan pemimpin UMNO terbabit 'dihilangkan' dari berita buat sementara.

Namun pendedahan yang dibuat oleh Raja Petra malam tadi, kembali membuka semula kisah lama. Kemasukan salah seorang daripada tok-tok dalang kecil dalam cerita penfitnahan Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor kembali menguatkan tanggapan mengapa Najib Abdul Razak mengenepikan pemimpin UMNO itu dalam sebarang jawatan kabinet.

Nampaknya pekung Trojan Horse dalam UMNO semakin terdedah sehari demi sehari... Najib Abdul Razak dan UMNO khususnya harus berterima kasih kepada para pemimpin dan ahli-ahli PAS yang bersusah payah mendirikan solat hajat dan munajat untuk meminta Allah Taala menunjukkan kebenaran!!!

Nyata Allah Taala tidak pernah menghampakan permohonan doa hamba-hamba-Nya sekalipun hamba-hamba-Nya melakukan dosa!!!

7 comments

CHINADOLL MUNCUL LAGI!!!

Milik siapakah China Doll ini?
Wajah lembut bagaikan sutera...

Ada cerita China Doll yang bakal diterjemahkan dalam bentuk berita di sebalik kerancakan kaum Pakatan Rakyat mengeluarkan cerita tentang AJK UMNO yang didapati berkhalwat dengan seorang pelajar berusia 16 tahun di Kelantan.

Kewujudan China Doll ini dan rahsia yang ada bersama-samanya, menyebabkan puak-puak yang menjilat Anwar Ibrahim sibuk bercerita tentang politik moral walaupun pada masa yang sama, mereka tidak bermoral dan tidak layak langsung untuk bercakap serta berhujah tentang moral.

Terdedahnya China Doll 'terbaru' ini pasti akan menggemparkan lagi dunia politik tanahair. Cuma, orang yang akan dikaitkan dengan China Doll ini, yang aan membuatkan lebih ramai orang tertunggu-tunggu termasuklah mereka yang sering membicarakan tentang hal moral dan politik porno, sebab kali ini juga cerita ini akan terkena ke batang hidung mereka sendiri!!!

Tunggu....

Nota: China Doll dalam gambar di atas hanyalah hiasan semata-mata!

0 comments

ZUL NORDIN TETAP OPTIMIS!!!

Pertemuan santai dengan Zul Nordin yang merupakan 'musuh utama' dan 'kebencian utama' pemuja Anwar Ibrahim, mengarah kepada perbualan tentang video lucah yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim. Dan tatkala pertanyaan berkisar tentang TAHYAT AWAL dan kondom yang ditarik keluar daripada 'benda' yang disarungnya, Zul Nordin sekadar tersenyum dan berkata, "Tengoklah sendiri tayangannya penuh nanti."

Apabila ditanya kepadanya tentang video tersebut, Zul Nordin masih lagi mengekalkan pendiriannya bahawa dia sangat optimis identiti sebenar orang yang dirakamkan di dalam video tersebut. Bahkan sewaktu membicarakan tentang moraliti perbuatan mendedahkan video tersebut sebahagiannya kepada umum, Zul Nordin turut mempersoalkan tindakan Karpal Singh yang mendedahkan video lucah Vijandran di Parlimen beberapa tahun lampau dan ianya tidak pernah diperkatakan sebagai politik tidak bermoral.

Zul Nordin turut menyentuh tentang qazaf yang menurutnya merupakan pengalihan isu yang cuba menyelamatkan Anwar Ibrahim. Menurut Zul Nordin, ketiga-tiga orang Datuk T tidak pernah dalam setiap kenyataan yang dibuat menuduh Anwar Ibrahim berzina, sedangkan qazaf itu sendiri merupakan pertuduhan zina.

Anwar Ibrahim seharusnya lebih menumpukan perhatian kepada pembuktian dia tidak bersalah berbanding mengaitkan semua orang dalam masalah yang sedang dihadapinya. Terlalu banyak kecacatan dalam pembelaan diri yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim terutama sekali yang berkisar tentang jam Omega, DNA dan video lucah yang dikaitkan dengannya.

3 comments

SAKIT HATI! TERBAKAR! RENTUNG!!!

Gambar kemesraan antara Najib Abdul Razak dengan Abdul Hadi Awang yang terserempak ketika sedang melakukan walk-about, pastinya menyenangkan kebanyakan orang Melayu-Islam. Apatah lagi ketika Abdul Hadi Awang memeluk Najib Abdul Razak, sekaligus menggambarkan bahawa Islam kekal sebagai penyatu dua puak dalam jemaah yang berbeza pendekatan dan ideologi politik mereka.

Namun ada orang yang sangat sakit hati dengan gambar tersebut. Lebih sakit hati pula apabila gambar yang menunjukkan kemesraan antara Presiden PAS dan Presiden UMNO mengungkap 'misteri' kehadiran Anwar Ibrahim di Bumi Sarawak yang sehingga kini masih lagi berusaha untuk lari daripada Ezam Mohd Noor dan Ummi Hafilda.

Gambar di atas menceritakan segala-galanya tentang persaudaraan, Melayu dan Islam. Biarpun mungkin berbeza ideologi dan kefahaman, namun sebagai umat Islam, masing-masing terikat dan tidak perlu melakukan pelbagai onar untuk melepaskan diri seperti yang dilakukan oleh 'orang itu'.

Apa-apa pun, gambar di atas kembali merancakkan harapan majoriti orang Melayu-Islam di negara ini ketika Abdul Hadi Awang sedang hangat untuk dilanggar oleh orang-orang Anwar Ibrahim di dalam PAS yang melihat kepimpinan utama PAS adalah lesen untuk Anwar Ibrahim menyelamatkan diri.

4 comments

Wednesday, April 13, 2011

WONG HO LENG TUNJUK BELANG SEBENAR KEJAHATANNYA!!!

Wednesday, April 13, 2011
Tuduhan bahawa calon SUPP sendiri menyimbah cat merah pada posternya, memang menggelikan hati. DAP kononnya sangat baik, murni, tulus dan jujur. Apa yang dilakukan oleh DAP di seluruh Sarawak sekarang adalah untuk menyedarkan rakyat Sarawak tentang keadaan negeri mereka yang sebenar walaupun DAP mempunyai sasaran yang sangat jelas iaitu menjarah dan menjajah Sarawak.

Dalam satu kejadian, poster calon Barisan Nasional di Bukit Assek atau lebih tepat lagi pesaing Wong Ho Leng, Ahli Parlimen Sibu yang cuba mempertahankan kerusi DUN Bukit Assek, Chieng Buong Toon telah disimbah cat merah seperti yang sering dilakukan oleh lintah darah yang mengancam peminjam yang gagal membuat bayaran. Turut menerima nasib yang sama ada pusat khidmat Chieng Buong Toon.


Risalah yang berjudul, 'Wong Ho Leng akan menang, Chien Buong Toon masuk neraka' juga diedar dengan meluas. Tajuk risalah itu sudah cukup untuk membayangkan ancaman yang diterima oleh Chieng Buong Toon yang memaksanya membuat laporan polis.

DAP menerusi Wong Ho Leng sudah pun menunjukkan belang mereka yang sebenar. Bagi mengelakkan kekalahan Pengerusi DAP Sarawak di tempat yang dikatakan kubu kuatnya, DAP terpaksa menggunakan kaedah ugutan dan ancaman. Sesuatu yang sudah menjadi kelaziman buat DAP di Semenanjung!!!

1 comments

BILA RAJA PETRA PUSING CAKAP... ANWAR TERBABIT LAGI!!!!

Solat hajat dan munajat yang dilakukan oleh ahli-ahli serta pemimpin-pemimpin PAS nampaknya semakin menampakkan hasil. Bagaimanapun, hasil yang ditunjukkan tidak seperti yang mereka harapkan, sebaliknya seperti menyalahkan mereka sepenuhnya kerana masih lagi mempercayai dan memberi kepercayaan kepada Anwar Ibrahim.

Raja Petra Kamaruddin yang merupakan orang pertama mengaitkan Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor di dalam kes pembunuhan Altantuya Shiiribu, sudah pusing cakap. Cakapnya kali ini tidak lagi berpegang kepada SD dan tulisan-tulisannya di dalam Malaysia Today, tetapi mula mengarah kepada Anwar Ibrahim sebagai TOK DALANG SEBENAR untuk kes berkenaan.

Paling menarik ialah apabila Raja Petra Kamaruddin turut menyebut beberapa nama lain yang semuanya mempunyai kaitan rapat dengan Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim dalam pembelaannya ketika ditanya tentang jam tangan Omega, menyebut tentang Najib Abdul Razak dan pembunuhan Altantuya Shiiribu. Namun kali ini, sumber sebenar cerita itu telah mendedahkan cerita sebaliknya.

Apakah juak-juak Anwar Ibrahim akan mengatakan semua yang dikatakan dan didedahkan oleh Raja Petra Kamaruddin merupakan kata-kata yang telah dibeli dan dirasuah seperti alasan-alasan biasa yang mereka gunakan sebelum ini?

Kita nantikan perkembangan selanjutnya!!!

10 comments

CHONG CHIEN JIEN BAKAL KM... BARU BIAN BOLEH GOSOK DAHI!!!!

Bukan lagi rahsia, Baru Bian hanyalah seekor biawak yang akan dibunuh, disembelih dan dipanggang seandainya Pakatan Rakyat berjaya merampas Sarawak dari tangan Barisan Nasional. Sekalipun DAP sudah berikrar untuk mengangkat Baru Bian yang bertanding di kerusi Ba'kelalan sebagai Ketua Menteri seandainya Pakatan menang, namun soksek-soksek dari dalam DAP sendiri menjulang Chong Chien Jien, Setiausaha DAP Sarawak yang dilihat lebih berwibawa berbanding Baru Bian.

Taktik DAP memberikan sokongan kepada Baru Bian sebagai Ketua Menteri hanyalah helah jangka panjang. Seperti yang diketahui, DAP di kerusi-kerusi luar bandar dan Bumiputera tidak mempunyai reputasi yang hebat. Kehebatan DAP hanya di kerusi-kerusi bandar. PKR yang mencuba nasib di kerusi-kerusi luar bandar juga nampaknya kurang menyerlah walaupun berbanding parti-parti sekutunya, PKR bertanding dalam jumlah majoriti bagi membolehkan parti tersebut kekal dominan sekalipun pengaruhnya sangat kurang.

Helah yang dilakukan di Sarawak dengan mengiktiraf Baru Bian sebagai Ketua Menteri baru Sarawak merupakan ulangan helah di Perak apabila DAP akhirnya terpaksa bersetuju dengan perlantikan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang kemudiannya perlu sentiasa tunduk sujud kepada Ngeh-Nga dan DAP.

Ketua Menteri dalam bayangan sebenar adalah Chong Chien Jien. Sekalipun tidak kedengaran ulah yang dilakukan oleh Chong Chien Jien di Sarawak, namun cengkaman kuasanya di Bumi Kenyalang diperkatakan oleh semua orang.

Chong Chien Jien mempunyai suara besar dalam DAP Malaysia. Bahkan menurut sumber, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng juga tidak mampu menyaingi kuasa Chong Chien Jien di Sarawak. Atau dengan kata lain, di Sarawak, maharajanya adalah Chong Chien Jien, terutama dengan penguasaannya di Kuching.

Baru Bian sudah boleh melupakan hasrat untuk dilantik sebagai Ketua Menteri sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya negeri kali ini. Desakan dari dalam DAP jauh lebih kuat untuk Chong Chien Jien menjadi Ketua Menteri berbanding persetujuan untuk melantik Orang Ulu seperti Baru Bian.

PKR yang menurunkan kesemua PEMBOHONG TERBAIK mereka termasuklah Azmin Ali di Miri sudah boleh melupakan tentang kemenangan besar PKR yang serakah membolot kerusi untuk ditandingi. Sekalipun ancaman sebenar kepada Barisan Nasional datangnya daripada DAP tetapi dengan 15 kerusi yang ditandingi, Barisan Nasional kelihatan sukar untuk digugat.

Apatah lagi dalam tempoh terdekat akan ada satu lagi KEJUTAN BESAR membabitkan PKR dan Ketua Umum mereka akan dapat disaksikan oleh rakyat Malaysia malahan, seluruh penduduk dunia yang melayari Internet.

Yang sohehnya, Chong Chien Jien akan kelihatan lebih berkuasa selepas Pilihanraya Negeri kali ini!!!

0 comments

TEKANAN UNTUK PERTONTONKAN VIDEO LUCAH ANWAR SEPENUHNYA KIAN MENINGKAT!!!

Utusan Malaysia memainkan peranan sekali lagi untuk mendesak agar tayangan penuh video lucah yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim ditayangkan sekurang-kurangnya kepada Ahli Parlimen dan pemimpin politik tertentu. Walaupun klip video selama 1 minit 47 saat telah ditayangkan menerusi YouTube, namun tayangan berkenaan masih kurang mampu untuk menyebabkan Anwar Ibrahim menutup mulut dan PKR segera mengurangkan serangan peribadi dengan rentetan cerita-cerita dongeng karangan mereka di Sarawak.

Pelbagai teori telah dibuat oleh para penjilat dan juak-juak Anwar Ibrahim untuk menafikan pembabitan pemimpin POJAAAN mereka itu di dalam video berkenaan. Majoriti daripada mereka menyatakan bahawa video tersebut hanyalah satu lakonan yang menggunakan pelakon mirip Anwar Ibrahim.

Sesuatu yang sangat menarik tentang video tersebut adalah betapa kalutnya Anwar Ibrahim sekalipun dia dan isteri serta anaknya telah menafikan lelaki yang kelihatan dan sangat mirip dengan dirinya itu adalah dia sendiri. Sebarang pertanyaan tentang video tersebut kepadanya, termasuklah jam tangan Omega yang kini berada di tangan polis, mengundang kemarahan yang bukan sedikit kepada Anwar Ibrahim.

Kita menanti apakah yang akan dikatakan oleh juak-juak Anwar Ibrahim kali ini terutama apabila ia membabitkan Utusan Malaysia. Ketakutan juak-juak Anwar Ibrahim terhadap Utusan Malaysia, sememangnya tidak dapat dibendung terutama dalam kempen mereka agar Utusan Malaysia pupus dari dunia media Malaysia.

0 comments

CINA HILANG JAWATAN KETUA MENTERI SARAWAK!!!

SUPP akan bertanding di 19 kerusi DUN Sarawak. Pesaing utama SUPP adalah DAP. Antara jawatan penting yang diperuntukkan kepada SUPP adalah Timbalan Ketua Menteri Sarawak. Timbalan Ketua Menteri yang diperuntukkan kepada SUPP kini disandang oleh Dr. George Chan Hong Nam. George Chan bertanding di kerusi Piasau mempertahankan kemenangannya dengan majoriti 3918 undi yang diperolehi pada PRN lepas.

Tidak banyak perkembangan menarik yang ditunjukkan oleh SUPP dalam pilihanraya kali ini. Sebaliknya SUPP lebih dilihat terlalu berada di belakang bayang-bayang DAP yang lebih agresif dan bijak menyesuaikan diri dengan isu-isu ciptaan mereka.

Ramai yang melihat SUPP sebenarnya berada dalam tekanan yang sangat kuat. Berbanding PBB, PRS dan SPDP, SUPP diramal kehilangan lebih banyak kerusi. Dan risiko daripada kekalahan ini ialah, SUPP bakal kehilangan jawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak.

Apa cara SUPP untuk menyaingi DAP di Sarawak?

Nampaknya semakin lama SUPP semakin kelam. SUPP kehilangan arah. Cerita tentang George Chan dan 'wanitanya' semakin popular di Miri. Pemimpin berusia 74 tahun yang mempertahankan kerusi Piasau yang sebelum ini dinamakan sebagai Miri bagi kali keenam. Sambutan daripada penduduk tempatan untuk SUPP juga semakin menurun. Kemaraan DAP langsung tidak mampu disekat oleh SUPP lagi. Kehadiran Timbalan Perdana Menteri dan beberapa menteri yang lain termasuklah Zahid Hamidi juga nampaknya tidak banyak membantu SUPP di Miri.

Masyarakat Cina Sarawak yang memilih DAP menggantikan SUPP akan kehilangan banyak 'benda'. Sekalipun mereka mungkin akan menggunakan tekanan seperti yang dilakukan di Semenanjung, namun perlu diingat, Sarawak adalah padang yang berbeza sama sekali. 27 etnik yang tinggal di Bumi Kenyalang ini, mempunyai tuntutan masing-masing. Sarawak bukan untuk orang Cina semata-mata!!!

0 comments

PISAH AGAMA DARI POLITIK... PAS NAK KATA APA LAGI?

Hairan bin Aneh bin Pelik... tiba-tiba sahaja PAS kehilangan suara apabila Taib Mahmud mengatakan bahawa politik perlu dipisahkan daripada agama dalam hal Kristian dan Bible yang dijadikan kemelut di Sarawak dalam usaha Pakatan Rakyat untuk meraih undi kaum Kristian yang merupakan kaum majoriti di Sarawak.

Selalunya PAS sangat sensitif dengan perkara 'agama suku, politik suku' ni. Kalau di Semenanjung, terkeluar sahaja ungkapan itu dari mulut pemimpin UMNO, PAS akan menjadi tidak tentu arah. Bahkan bagaikan Red Indian dapat senapang tapi tak ada peluru. UMNO dijadikan sasaran dan turut dikafirkan kerana kononnya UMNO telah mengenepikan kebersamaan politik di dalam agama.

Apatah lagi PAS sebagai sebuah parti politik yang berjenamakan Islam, perlu sentiasa berpegang teguh kepada janji mereka untuk menjuarai apa-apa sahaja yang berkaitan dengan agama.

Bagaimanapun di Sarawak, PAS tidak mampu melenting. Tidak mampu mengamuk-amuk dan tidak mampu langsung untuk mengkafirkan Taib Mahmud. Tambah-tambah lagi apabila 'politik suku, agama suku' yang dikatakan oleh Taib Mahmud adalah tentang kemelut Kristian-Bible yang masih berkecamuk di Sarawak.


Barangkali PAS tidak cukup berani untuk mengutuk Taib Mahmud kerana mereka sangat memerlukan undi kaum Kristian untuk menang di lima kerusi yang ditandingi di Sarawak. PAS tidak boleh langsung mempamerkan imej Islam mereka sebaliknya perlu menunjukkan bahawa mereka adalah parti yang terbuka dan liberal di samping mencari-cari alasan untuk mengata UMNO yang tidak terlibat langsung dalam pilihanraya di Sarawak.

Kita tunggu alasan yang akan diberikan oleh Khalid Samad. Bab-bab Kristian ni, Khalid Samad cukup suka dan cukup tertunggu-tunggu untuk memberikan pendapatnya. Dalam sehari dua ini, pasti akan kedengaran ulasan daripada Khalid Samad, mewakili suara PAS yang sangat liberal dan berfikiran terbuka.

Namun yang paling penting, sejauh manakah keberanian PAS untuk memperjuangkan 'politik suku, agama suku' sebagai KAFIR!



0 comments

RM600 UNTUK SATU UNDI DAP!!!!

DAP menerusi lidah Lim Guan Eng cuba memerangkap pengundi-pengundi Sarawak terutama dari kalangan warga tua dengan janji RM600 setiap orang. Di Pulau Pinang, Lim Guan Eng sekadar memberi RM100 kepada warga tua dari hasil judi atas nama wang ehsan. Namun memandangkan Sarawak sangat kaya dengan hasil, maka DAP yang sudah dapat melihat lubuk emas sekiranya berjaya menguasai negeri itu, menjanjikan wang ehsan yang nilainya berkali-kali ganda dari yang diperolehi oleh warga emas Pulau Pinang.

Pakatan Rakyat sebelum ini menuduh secara bebas rasuah yang diamalkan oleh Barisan Nasional selain tipu perdaya yang dilakukan oleh kepimpinan Barisan Nasional Sarawak terhadap rakyat negeri itu. Bagaimanapun, apa yang dikatakan oleh Pakatan Rakyat, nampaknya mereka sendiri yang amalkan tetapi tuduhan sengaja dibuat ke atas Barisan Nasional bagi tujuan mengelirukan fikiran pengundi.

Itu janji dalam manifesto. Namun apabila ianya melibatkan Lim Guan Eng, pastilah yang akan berlaku selepas itu hanyalah pembohongan dan pendustaan semata-mata. Dalam manifesto yang dicetak selepas itu, Pakatan Rakyat mengubah angka RM600 kepada RM400.

Itu baru janji pilihanraya. Barangkali kalau mereka menang, apa yang berlaku di Selangor nanti, akan berlaku pula di Sarawak dan pihak Pakatan Rakyat mempunyai pelbagai alasan untuk menghalalkan pembohongan yang sudah menjadi darah daging mereka itu.

Kepada rakyat Sarawak yang berangan-angan untuk mendapat RM400 sebulan, anda seharusnya menilai semula apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor. Terdapat banyak skandal, penyelewengan dan rasuah yang berlaku di kedua-dua negeri itu apabila DAP menjadi pemain penting pentadbiran negeri.


0 comments

MAKIN PILIHANRAYA, MAKIN BANGANG KETUA PENERANGAN PAS NIH!!!!

Bila sebut nama Idris Ahmad, yang terpampang adalah wajah seorang lelaki yang kelihatan bijak dan alim tetapi kata-katanya penuh dengan kebodohan keterlaluan. Dia cuba memperkatakan tentang peranan pembangkang dan kerajaan tetapi dia sendiri tidak faham apa yang dikatakannya. Atau lebih tepat sangat kalau dikatakan, dia hanyalah seekor burung kakatua yang Allah Taala ciptakan dalam bentuk tubuh badan dan bahasa manusia.

Tidak perlulah dia mengajar rakyat tentang mengajar mana-mana kerajaan. Selama ini tidakkah Idris Ahmad tahu dan faham, PAS sentiasa diajar oleh rakyat dalam setiap pilihanraya. PAS tidak pernah menang walaupun berangan-angan dan bermimpi besar. PAS sentiasa melihat kemenangan sudah berada di pihak mereka tetapi setiap kali mereka berperasaan begitu, setiap kali itu jugalah Allah Taala memberikan kekalahan kepada mereka.

Dan ketika rakan sekutu mereka, PKR dan DAP menang 'besar' pada Mac 2008, PAS hanyalah anjing buruk kepala yang boleh disepak-sepak, disekeh-sekeh, dikencing-kencing dan ditunjal-tunjal dengan kayu. PAS selepas itu tidak pernah mampu berbuat apa-apa sebaliknya tidak ubah seperti anjing penakut yang terpaksa mengepitkan ekor di celah kelangkang. Hanya dengan UMNO dan Barisan Nasional sahajalah PAS mampu menyalak walaupun sedar salakan PAS tidak ubah seperti sang megat yang tidak bertaring.

Idris Ahmad cuba memberitahu rakyat bahawa dengan menolak pemimpin Barisan Nasional, maka barulah mereka akan turun padang untuk mengambil tahu hal rakyat. Idris Ahmad sepatutnya juga memberitahu, setakat manakah ambil tahu hal rakyat telah dibuat oleh para pemimpin Pakatan Rakyat selain daripada kempen dan ceramah yang meminta rakyat agar memilih mereka.

Di Perak sendiri, apakah yang telah dilakukan oleh PAS terutama di kawasan-kawasan yang telah mereka menangi? Tidakkah para pemimpin PAS di Perak sekadar menjadi jurucakap kepada DAP dan PKR bagi memperolehi undi dan sokongan Melayu sedangkan pada hakikatnya, wakil-wakil PAS yang telah dipilih oleh rakyat, sekadar bermain layang-layang dan gasing selain berbuat bising dan bercakap apabila disuruh oleh Ngeh-Nga seperti yang dilakukan oleh Nizar Jamaluddin dan Khalil Idham Lim.

Idris Ahmad cuba memperkatakan tentang kemiskinan di Sarawak dengan kemudahan api, air dan jalan raya. Malah Idris Ahmad cuba menghalalkan alasan, kemiskinan adalah dirancang oleh Barisan Nasional agar kempen Barisan Nasional kekal relevan.

Barangkali Idris Ahmad beranggapan Sarawak sebesar Kuala Kangsar atau Kota Bharu. Cerita yang cuba disampaikan oleh Idris Ahmad sebenarnya amat DUSTA, BOHONG dan penipuan nyata. Sebabnya berdasarkan pemerhatian yang dibuat, rata-rata kebanyakan rakyat Sarawak mempunyai taraf hidup yang jauh lebih baik berbanding Kelantan yang sangat dibangga-banggakan oleh Idris Ahmad.

Idris Ahmad cuba bercerita tentang pembalakan dan tanah di Sarawak tetapi sedikit pun dia tidak bercerita tentang pembalakan melampau dan perampasan tanah yang dilakukan oleh kerajaan PAS Kelantan di bawah pimpinan Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sampai bila Idris Ahmad boleh terus hidup dengan pembohongan dan pendustaan seperti itu? Sampai bila Idris Ahmad baru sedar, selama ini dia lebih nampak di seberang Laut China Selatan berbanding di Semenanjung, Kota Bharu dan Kelantan?


3 comments

BARISAN NASIONAL TERTELAN BARA DI MIRI!!!

Parlimen Miri mengandungi tiga buah DUN iaitu Piasau, Pujut dan Senadin. Dua daripadanya ditandingi oleh calon DAP dan satu lagi ditandingi oleh PKR. Piasau dan Pujut masing-masing ditandingi oleh calon DAP iaitu Ling Sie Kiong dan Fong Pau Tek manakala DUN Senadin pula ditandingi oleh Michael Teo Yu Keng dari PKR.

Walaupun pelbagai cerita yang kurang enak kedengaran tentang calon-calon DAP dan PKR, namun nampaknya sambutan yang diberikan oleh penduduk serta pengundi terhadap ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat, begitu mendapat sambutan yang cukup hangat. Dan kehangatan tersebut tidak hanya di Miri bahkan di Batu Niah pun, PKR dikhabarkan mendapat perhatian yang sangat luar biasa.

Sudah tentulah di kawasan bandar, topik utama yang diceramahkan dan dikempenkan adalah tentang pembalakan yang dimonopoli kononnya oleh Taib Mahmud dan kroni-kroninya, selain daripada keengganan Taib Mahmud untuk melepaskan jawatan Ketua Menteri Sarawak. Manakala di kawasan luar bandar seperti di sekitar Batu Niah pula, sepanduk dan pemidang seperti gambar di atas adalah pemandangan biasa yang boleh dilihat di mana-mana.

Kedatangan semakin ramai pemimpin Barisan Nasional dari Semenanjung nampaknya tidak mampu mengubah senario yang sedang berlangsung. Perkembangan terkini, ternyata sangat sukar untuk ditepis oleh barisan kepimpinan Barisan Nasional baik dari Semenanjung apatah lagi dari Sarawak.

Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri juga nampaknya sudah melihat perkembangan yang tidak menyebelahi Barisan Nasional. Kerja kuat yang terpaksa dilipatgandakan, mempunyai tempoh yang sangat singkat.

Mungkin bukan budaya politik di Sarawak tetapi terlalu banyak berita yang hanya menceritakan tentang keseronokan, berita palsu dan cerita ampu-mengampu, mulai menunjukkan 'keberhasilan' yang sangat ketara... Barisan Nasional jauh ketinggalan berbanding Pakatan Rakyat.

Barisan Nasional benar-benar memerlukan bantuan daripada suara individu yang dilihat mempunyai sokongan kuat di Sarawak... individu yang cuba disingkirkan sebelum ini!!!

6 comments

Tuesday, April 12, 2011

SMS JAHAT MULAI BEREDAR DI SARAWAK!!!

Tuesday, April 12, 2011
Ketika para penjilat dan juak-juak Pakatan Rakyat sedang bertungkus lumus untuk meyakinkan para pembaca mereka, Barisan Nasional sedang di ambang kekalahan, ternyata puak-puak itulah sebenarnya yang berada dalam kesukaran untuk merealisasikan mimpi-mimpi mereka. Pelbagai cara terpaksa digunakan. Dan salah satu daripadanya ialah penggunaan penghantaran mesej ringkas atau SMS.

Berikut adalah SMS yang sedang 'hangat' beredar di seluruh Sarawak:

TODAY THE CHURCHES OF MALAYSIA HAS REJECTED THE GOVERNMENT'S 10 POINT SOLUTION ON THE AL-KITAB. VOTE AGAINST BN IS A VOTE FOR JESUS. BN IS AN ANTI-CHRIST AGENT. CHRISTIAN ARE BEING DISCRIMINATED AND RIGHTS IN CONSTITUTIONS DENIED. DON'T VOTE FOR BN. IF YOU ARE A TRUE CHRISTIAN SEND THIS MESSAGE TO 8 OTHER CHRISTIANS.

Mungkin bagi kebanyakan orang yang konon-kononnya berfikiran terbuka, SMS yang sedang beredar itu hanyalah kempen pilihanraya semata-mata. Namun bagi mereka yang sedar tentang bahaya dan sentiasa berwaspada, SMS berkenaan sebenarnya mengandungi racun yang sangat ampuh untuk menjahanamkan negara ini dan bukan setakat mengalihkan pentadbiran Sarawak daripada Taib Mahmud kepada DAP semata-mata.

Agak mustahil untuk mengatakan BN mengamalkan diskriminasi agama memandangkan Barisan Nasional mengandungi komponen yang mempunyai pelbagai aliran agama di dalamnya. Tidak seperti Pakatan Rakyat, Barisan Nasional menghimpunkan kesemua parti-parti yang berteraskan Melayu-Islam, Kristian, Buddha, Toa Pek Kong, Confucius, Kristian, Hindu, bahkan agama nenek moyang menerusi parti-parti yang berasal dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Dari Sarawak sahaja, Barisan Nasional mempunyai empat parti komponen. Agak mustahil Barisan Nasional perlu untuk mendiskriminasi mana-mana puak di dalam parti berkenaan kerana sebarang tindakan sensitif hanya akan mengundang padah buat Barisan Nasional sendiri!

Di bawah Barisan Nasional, Kristian Sabah dan Sarawak boleh menjalankan upacara dan adat istiadat agama secara bebas, boleh mencetak dan mengimport Bible mereka tanpa sebarang halangan. Tiada cop, tiada nombor siri sebelum ini.

Apa yang berlaku di Pelabuhan Kelang dan Kuching merupakan KERJA Pakatan Rakyat yang cuba menguji perlembagaan dengan onar kalimah ALLAH yang disensasikan bagi menarik sokongan kepada DAP khususnya. Dan apabila umpan mereka telah dipagut, mereka segera menggunakan taktik Anwar Ibrahim ketika 'menjawab' soalan wartawan tentang jam tangan Omega.... soalan yang ditanya tidak dijawab, sebaliknya sibuk memaksa wartawan berkenaan mengubah soalannya supaya mudah dia melakukan tekanan dan mengalihkan isu!

Sesuatu yang sangat menarik untuk anda renungi.... juak-juak Pakatan yang beragama Islam menggunakan kempen UNDI BN = UNDI TAIB MAHMUD... manakala pada masa yang sama, yang satu lagi pihak menggunakan kempen UNDI BN = ANTI-CHRIST.

Oleh kerana itu UNDI BN = UNDI TAIB MAHMUD ANTI-CHRIST

Adakah itu yang sedang dimain-mainkan di Sarawak?

4 comments

GANDINGAN HUSAM-MAT SABU UNTUK PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN PAS!!!

Husam Musa telah pun dicalonkan oleh sebuah Kawasan untuk Presiden PAS. Manakala Mat Sabu pula telah dicalonkan oleh Kawasan Husam Musa sendiri untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden. Gandingan Husam-Mat Sabu sedang menanti untuk menghuru-harakan PAS sebaik-baik sahaja pilihanraya negeri Sarawak berakhir pada hujung minggu ini.

Tidak lagi menjadi berita rahsia yang jawatan Presiden PAS bukan lagi selamat. Kedudukan Abdul Hadi Awang sudah berada di hujung tanduk. Tiga tahun lalu apabila Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa bercakap tentang Kerajaan Perpaduan, ia merupakan menembak kaki mereka sendiri. Golongan Erdogan di dalam PAS yang tercari-cari peluang untuk menonjolkan diri, menggunakan kesempatan daripada isu Kerajaan Perpaduan untuk menyemai bibit-bibit kebencian terhadap Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa.

Sudah tentulah Mat Sabu dan Husam Musa mendapat restu daripada Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilihat tidak sebulu dengan Presiden dan Timbalan Presiden sedia ada. Tanpa restu Nik Abdul Aziz, sudah tentulah Husam Musa tidak akan berani melanggar Abdul Hadi Awang. Projek langgar Hadi-Nasha bukannya projek baru.

Gandingan Husam-Mat Sabu perlu ada bagi menyelamatkan Anwar Ibrahim daripada apa yang sedang berlaku sekarang. Bagi kebanyakan ahli-ahli baru PAS, Anwar Ibrahim adalah segala-galanya. Bahkan Anwar mengatasi kepimpinan utama PAS sendiri. Dalam portal-portal berita, mahupun blog-blog penyokong PAS, berita tentang Anwar Ibrahim, bahkan Lim Guan Eng mendahului berita tentang Abdul Hadi Awang, malah berita tentang Nasharuddin Mat boleh dikatakan langsung tidak ada.

Kes video lucah yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim, sebenarnya memberi kesan yang sangat mendalam. Kepimpinan utama PAS dilihat tidak cuba untuk mempertahankan Anwar Ibrahim seperti mana yang mereka lakukan dalam liwat pertama dan liwat kedua menerusi siri demonstrasi jalanan termasuklah BERSIH.

Dan kerana itulah, kaum Erdogan di dalam PAS melihat keperluan untuk mengambilalih pimpinan PAS bagi membolehkan sokongan daripada ahli-ahli PAS terhadap Anwar Ibrahim dapat dipulihkan semula. Pimpinan tertinggi PAS perlu digantikan dengan orang yang lebih bersimpati kepada Anwar Ibrahim. Atau dalam bahasa yang lebih mudah, kem Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu mengambilalih tampuk pentadbiran dan menjadi peneraju utama PAS.

Biarpun para penyokong masih lagi hidup dalam lamunan mimpi, yang sahihnya, selepas PRN Sarawak, pertembungan lebih besar akan berlaku antara Kem Nik Abdul Aziz dengan Kem Abdul Hadi Awang....

1 comments

PAS FOR ALL... PAS BOLEH BLAH!!!

Kalau di Semenanjung, PAS pasti akan bercakap besar dan melakukan serangan bertali arus terhadap UMNO dan Barisan Nasional apabila parti tersebut diberikan imej taliban, namun di Sibu nampaknya PAS akur bahawa mereka hanyalah parti budak-budak yang boleh dipermain-mainkan dan dilekeh-lekeh.

Antara bahan kempen yang paling ketara di Sibu ialah seperti tertera dalam gambar di atas. Majoriti pengundi di Sibu adalah daripada masyarakat Foochow. Biarpun PAS tidak bertanding di mana-mana DUN dalam Parlimen Sibu namun nampak begitu jelas, SUPP yang merupakan salah sebuah daripada empat parti komponen Barisan Nasional di Sarawak, menjadikan PAS sebagai bahan ejekan.

PAS For All... PAS telah berjaya mendakwahkan DAP... PAS untuk Semua dan pelbagai slogan yang penuh retorik....

Sama seperti tanggapan terhadap masyarakat Islam, mereka yang menyokong PAS sahaja dianggap sebagai anggota jemaah sesama agama, manakala yang menyokong UMNO dan PBB pula tidak dianggap Islam sepenuhnya, sebaliknya Islam yang penuh dengan kepura-puraan. Namun PAS sangat berhati-hati dalam pendekatannya dengan masyarakat Cina. Apabila masyarakat Cina memperlihatkan sikap tidak senang hati mereka terhadap PAS, serta-merta para penjilat akan mengatakan itu adalah kerana kegagalan UMNO atau PBB untuk mentarbiyyahkan masyarakat Cina tentang Islam.

Islam yang dimaksudkan PAS sudah tentulah parti itu sendiri!

Agak aneh kerana di Sibu, PAS tidak menghantar para pemimpinnya untuk mentarbiyyahkan masyarakat Foochow di sini yang masih lagi gentar dengan PAS. Sebaliknya PAS menghantar pemimpin yang 'berdaftar' dengan DAP, bukan untuk mentarbiyyahkan sebaliknya untuk memastikan masyarakat Islam dan Bumiputera menyokong DAP.

Ketika UMNO dari Semenanjung menghantar para pemimpin dan petugas-petugas untuk memenangkan calon Barisan Nasional dengan taktik sebagai rakan kongsi, PAS pula menghantar petugas dan pemimpin mereka sebagai balaci!

Mengapalah PAS sudah terlalu jauh daripada perjuangan asalnya? Apa yang telah berlaku sebenarnya sehinggakan PAS dijadikan sebagai bahan lelucon di kalangan masyarakat bukan Islam, sama ada dari pihak Barisan Nasional, bahkan dari kalangan DAP dan PKR juga!

0 comments

ANWAR HILANG LAGI!!!

Bukan sedikit orang yang berkata Anwar adalah seorang pemimpin yang berkarisma dan ditakuti oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Bukan sedikit orang yang berkata, Anwar adalah seorang pemimpin yang sangat hebat dan sangat membenci rasuah sehinggakan rasuah-rasuah yang dilakukan oleh Anwar, sama ada 'RASUAH HALAL' mahupun RASUAH HARAM semasa dalam kabinet dahulu, tertutup dan langsung tidak diperkatakan.

Namun para pengkagum Anwar tidak pernah sama sekali menceritakan bagaimana TAKUTNYA Anwar untuk berhadapan dengan Ezam Mohd Noor dan Ummi Hafilda. Pengalaman Anwar Ibrahim di Rumpun Makmur ketika Pilihanraya Kecil Kerdau menceritakan segala-galanya. Tidak pernah dalam sejarah Anwar Ibrahim hanya mampu berucap selama tidak lebih 15 minit dan cakapnya seperti jantan batang besar tak dapat lubang, tapi di Rumpun Makmur, Anwar benar-benar bukan Anwar Ibrahim yang sentiasa menyerang.

Di Kuching, rupa-rupanya kejadian yang serupa hampir berulang. Kedatangan Ezam Mohd Noor dan Ummi Hafilda yang menunggu di beberapa lokasi ceramah, menyebabkan Anwar Ibrahim hilang cakap besar, bahkan dirinya turut hilang. Di Kampung Bawean, Anwar yang sepatutnya berucap digantikan oleh Azmin Ali.

Walaupun para penjilat dan penulis upahan Anwar Ibrahim cuba memperkecil-kecilkan Ezam Mohd Noor kononnya bekas orang kanan Anwar Ibrahim itu tidak berkualiti berbanding Azmin Ali, hakikatnya, Azmin Ali yang turut berucap tidak jauh dari tempat Ezam Mohd Noor memberi ceramah, hanya mampu bercerita tentang perkara-perkara dongengan dan mitos-mitos yang menjadi agama dan akidah mereka dalam selimut Anwar selama ini.

Azmin Ali tidak upah seperti pelacur tua yang sanggup menawarkan harga RM1 untuk ditiduri oleh pelanggan ketika berhadapan dengan Ezam Mohd Noor. Dan sama seperti Anwar Ibrahim yang kena provokasi, Azmin Ali juga tidak mampu bertahan lebih dari 15 minit sebelum bergegas balik ke bilik 'untuk menghentak-hentakkan kakinya'.

Biarpun suara Anwar masih ada dan sayup-sayup untuk menunjukkan dia masih wujud, namun Anwar tidak akan berani untuk berhadapan dengan kedua-dua orang ini. Anwar berani menyerang dan menyergah wartawan namun Anwar akan jadi kecut sekecut-kecutnya jikalau pertanyaan tentang Omega, DNA dan video lucah diutarakan dan diasak kepadanya.

Sekarang, Anwar telah membuktikan, dia hanyalah seorang TUA yang kuat TEMBERANG, kuat SKANDAL, tetapi sangat PENAKUT untuk bertemu atau bertembung dengan manusia yang mengetahui latar belakangnya secara tuntas!!!

2 comments

KETAHUI FAKTA LELAKI MANA MEMILIKI PENIS TERPANJANG!!!

Wilayah Afrika, Amerika Latin dan Tengah agaknya memegang rekod terpanjang dibandingkan wilayah lainnya di dunia, sedangkan wilayah Asia Timur termasuk Indonesia, China Jepun termasuk yang rata-rata kecil atau pendek iaitu sekitar antara 10-11 cm.

Orang yang memiliki, kemaluan terpanjang dipegang 3 negara iaitu Ghana, Equador dan Kongo yang terpanjang dengan ukuran 17,93 cm. Terendah atau terpendek dipegang Korea Selatan dengan ukuran 9,66 cm -


Sumber: Siapa Memiliki Penis Terpanjang? | MalaysiaSensasi.Net

1 comments

Monday, April 11, 2011

PARIA... Ini Ceritanya!!!

Monday, April 11, 2011
“Mengenal pembagian masyarakat atas kasta-kasta tertentu, yaitu Brahmana, Ksatria, Waisya dan Sudra. Pembagian tersebut didasarkan pada tugas/ pekerjaan mereka. · Brahmana bertugas mengurus soal kehidupan keagamaan, terdiri dari para pendeta. Keberadaan kasta ini ada pada posisi paling penting dan punya pranan yang sangat besar bagi berjalannya pemerintahan. Mereka adalah orang yang paling mengerti menegnai seluk beluk agama Hindu, serta menjadi penasehat raja. · Ksatria berkewajiban menjalankan pemerintahan termasuk pertahanan Negara. Yang termasuk dalam kasta ini adalah para bangsawan, raja dan keluarganya, para pejabat pemerintah. Kasta ini memiliki kedudukan yang penting dalam pemerintahan, punya banyak hak tetapi tidak memiliki kewajiban untuk membayar pajak, memberikan persembahan, dsb. · Waisya bertugas berdagang, bertani, dan berternak. Mereka yang tergolong dalam kasta ini adalah para pedagang besar (saudagar),para pengusaha. Dalam golongan masyarakat biasa kasta ini cukup memiliki peran penting. · Sudra bertugas sebagai petani/ peternak, para pekerja/ buruh/budak. Mereka adalah para pekerja kasar. Mereka mempunyai banyak kewajiban terutama wajib kerja tetapi keberadaannya kurang diperhatikan. Di luar kasta tersebut terdapat kasta Paria terdiri dari pengemis dan gelandangan.- History by Rina Adityana”

Kenapa org2 India yg berugama Hindu perlu merasa hina ngan perkataan “PARIA” sedangkan ianya adalah ajaran dari agama Hindu tu sendiri..atau apakah di Malaysia ni, Hindunya telah "diperbahurui”...atau mungkin ada dari mereka nak beritahu, mereka bukan lagi beragama Hindu so mereka tidak lagi PARIA..atau ada yg nakberitahu mereka bukanlah PARIA tapi kasta yg lebih tinggi lagi..

Ni juga bagi aku, leh menyangkal bahwa agama asal penduduk di Tanah Melayu ialah agama Hindu...kerana tak pernah trbaca dalam sejarah org2 Melayu ada ngamalkan kasta2 ni.

-aa

3 comments

APABILA PEMILIK JAM TANGAN OMEGA DIKETAHUI!!!

Polis akan mengenalpasti pemilik sebenar jam tangan Omega yang sebelum ini telah diserahkan oleh trio Datuk T selain video lucah yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim. Polis juga akan mendapatkan nombor siri jam tangan tersebut untuk mencari nama pemilik sebenarnya.

Ada orang yang bakal panas dengan berita ini. Lebih-lebih lagi apabila membabitkan pihak polis. Untuk seketika ini, nampaknya tumpuan 'orang itu' lebih kepada Pilihanraya Negeri yang sedang dijalankan di Sarawak.

Apa agaknya helah 'orang itu' jikalau namanya yang tersangkut? Apa pula yang akan dilentingnya jikalau polis mengumumkan, pemilik sebenar jam tangan Omega yang diserahkan oleh Datuk T adalah namanya?

Bagaimanalah agaknya para penyokong orang itu apabila polis mengesahkan nama pemilik jam berkenaan? Adakah mereka akan melakukan demo besar-besaran seperti yang telah mereka lakukan pada penghujung 1990-an dahulu?

Satu lagi KEBABOOMMMM!!!

5 comments

Jahat atau "dijahatkan"..

Sapa budak jahat ni? Dulu..budak jahat dikabornya PDRM. PDRM diserang sungguh2 kerana selalu mengekang “kebebasan” mereka utk brcakap, brsuara kononnya…menyekat “kebebasan” mereka untuk “brhimpun secara aman”..PDRM tak mahu bagi kerjasama kerana tak mahu bagi permit pada mereka utk “berhimpun secara aman”.. Aman..konon!! PDRM dituduh anjing kerajaan..penjilat kerajaan. PDRM dihina dan dikutuk dan dikeji brsungguh2 dalam hamper semua ceramah dan kempen..1998 memuncaknya kebencian pada PDRM. Moral PDRM benar2 down. Hasil usaha “dakwah” golongan2 ini..hampir semua rakyat M’sia yakin dan percaya bahwa polis dan rasuah telah menjadi darah daging..sinonim. Bila nampak je polis buat sekatan, maka brbunyi ler..”mm tu cari makan ler tu”… Kesian polis…tapi ni lah hasil “dakwah”. Menuduh org tanpa bukti yg jelas adalah betul dan menepati agama jika org yg dituduh trsebut leh dikaitkan ngan UMNO, kononnya leh menyelamatkan org ramai dari kejahatan sipolan..maka digunakan pendapat2 ulamak2 terdahulu sebagai dalilnya yg diubahsuai sesuai ngan cita rasa mereka. Tak dinafikan ada beberapa pegawai polis yg trlibat, dah ditangkap dan dihukum..tapi kenapa PDRM secara total dipersalahkan? Sapa yg jahat ni? Kini..SPRM menyelongkar dan cuba membenteras gejala2 rasuah yg disyakki berlaku dipejabat2 imigresen dan kastam..maklumlah rungutan2 melimpah masuknya pendatang2 asing dan sekarang sibuk ngan desakan antarabangsa mengenai “perdagangan manusia” dan dikatakan M’sia adalah “hub”nya..Hasil jumpaan dari serbuan2 memang memeranjatkan. Kastam dan Imigresen yg kurang popular spt PDRM mula merasai bahangnya. Rakyat “tercelik mata”..mungkin PDRM leh tersenyum dan kabor..Yeob!! seksa kita dah lepas, korang le pulak...negara dan rakyat rasa spt dikhianati..khazanah negara dan pendapatan negara terjejas...mencecah billion2 ringgit..mereka yg telah diamanahkan oleh Negara dan rakyat telah merosakkan amanah ini. Aku cuma leh nasihatkan sekelian pegawai2 yg bertugas diImigresen dan Kastam..bersemangat waja lah teruskan dedikasi, jgn “dibudak jahatkan” SPRM..sekurang2nya berilah kerjasama yg mana “pembersihan” dapat dilakukan, dan nilai2 murni dapat dipupuk. Lagi pun badan2 ni leh dikatakan ramai pegawai2nya adalah dari beragama Islam.. Bersabarlah..teladanilah PDRM, (teladani semangat juang mereka yakni walaupun dicerca, dihina, dikatakan “anjing” tetap gak laksanakan tugas2 mereka). Tapi...bayangkan, hanya komisen je, leh perolehi jutaan ringgit. Bagaimana tuan yg beri komisen ni perolehi keuntungan!! Semoga siasatan SPRM ni leh membuahkan hasil yakni dapat mengenal pasti dan mencekup “budak jahat” yg sebenarnya.. Maklum ler iman ummat akhir zaman..tipis yg amat sangat..jika aku kat pejabat2 kastam atau imigresen ni mungkin dapat tolak setakat Rm10 atau RM 20, tapi kalau dan riban2 setiap bulan pulak tu..ambik je ler, cukup haul keluar zakat je ler atau banyakkan sedekah..maklum ler, rezeki jgn ditolak dan maut jangan dicari. ( bunyi macam betul he he- ni kalau pembangkang jadi kerajaan)(patutlah dengor2 ramai penyokong pembangkang dalam badan2 penguatkuasa ni- untung2 leh dapat fatwa halal ma)


Fitnah akhir zaman..batil dan haq, menjadi semakin sukar utk bezakannya. -aa

1 comments

Blog Archive

Labels